Awekz terpanggil untuk menyuarakan pendapat tentang konsep 'winnable candidate' atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami, 'calon boleh menang'. Dikhabarkan, rakyat mengalu-alukan formula baru pembahagian kerusi berdasarkan konsep 'calon boleh menang' dan bukannya populariti parti sepertimana yang diumumkan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin.
Sebagai contoh, "…kalau di Parlimen Batu kita lihat (Pengerusi Parti Progresif Penduduk Wilayah Persekutuan) Datuk A. Chandrakumanan boleh menang, maka kita letakkan menggantikan Gerakan,…"
Persoalannya, sejauh mana formula baru ini dapat memastikan bahawa penyokong BN tidak berada dalam dilema ketika membuang undi, apatah lagi atas alasan tidak suka dengan calon yang diletakkan. Mampukah BN menarik golongan atas pagar kerana golongan ini sering mengundi berdasarkan calon dan bukan parti. Adakah kemungkinan, penyokong pembangkang akan memberi undi kepada BN atas faktor calon yang tepat dan diterima baik oleh masyarakat setempat.
Apakah parti komponen akan dapat menerima formula baru ini? Atau mungkinkah akan ada lebih banyak sabotaj dan boikot terhadap calon yang dinamakan. Bagaimana pula penerimaan wakil rakyat yang mungkin tidak dicalonkan selepas ini? Logiknya, sekiranya wakil rakyat tersebut telah berkhidmat dengan baik dan disukai oleh penduduk setempat. Maka sewajarnyalah juga beliau akan dicalonkan kembali.
Andai tidak dicalonkan, siapa yang perlu dipersalahkan, parti atau kepimpinan? Tepuk dada tanya diri, dan seharusnya tiada lagi istilah merajuk, mensabotaj serta memboikot PRU kerana sudah jelas anda hanya bermotifkan peribadi dan bukannya masyarakat.
Yang jelas, PRU di zaman transformasi ini tidak boleh lagi dianggap seperti PRU-PRU sebelum ini. Pemikiran rakyat sudah maju, sikap rakyat sudah berubah. Rakyat mampu memperolehi maklumat mengenai pemimpin dan isu-isu tertentu melalui hujung jari sahaja. Pemimpin boleh berpura-pura baik, boleh memanipulasi maklumat dan boleh menipu mengenai sesuatu isu tetapi beliau tidak boleh menipu sesiapa kecuali dirinya sendiri.
Awekz: Tercalon atau tidak, apa yang lebih penting untuk kejayaan BN di dalam PRU-13 kelak kerana masa depan kita terletak dihadapan. Janganlah diperjudi dan dipertaruhkan masa depan itu semata-mata kerana hajat peribadi tidak tercapai. Fikir-fikirkan...
Wah hebat anak kambing Anwar Ibrahim ni... pakai jam tangan berjenama Panerai yang berharga RM24,500. Itu baru jam tangan belum seluar dalam lagi.... tah berapa ratusan ribu la plak seluar dalam milik si Sam ini... dengar khabar Sam memakai seluar dalam yang special sikit, tiada di pasaran, kena tempah beb... (Kalis air kencing)... al-maklumlah.. Sam ni suka terkencing dalam seluar.
Cerita ni saje je aku nak kepoh ala-ala puak pembangkang... nak dengar apa kata puak ni pulak.... Jom kita view video di bawah.....
Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudan akhbar kecil 'Malaysia Harini', namun muka depan akhbar ini bagi tarikh 11 – 25 Jun 2012 menunjukkan yang akhbar ini perlu diberi perhatian.
Pendedahan di muka depannya yang bertajuk 'Utan Kayu markas lahir gerila anwar?' mendedahkan bagaimana mahasiswa dilatih untuk menyerap masuk ke dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk memperoleh maklumat. Dalam pada itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran dan fahaman liberal dan plural di kalangan masyarakat. Matlamat utama latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang menolak pemikiran dan fahaman mereka.
Menurut akhbar tersebut, Anwar telah merekrut ramai anak muda kita, terutama mahasiswa untuk dihantar ke Utan Kayu bagi menjalani latihan.
Secara ringkasnya, pemikiran liberal dirujuk sebagai pemikiran terbuka yang meletakkan hak asasi, iaitu kemahuan, kehendak dan nafsu manusia mengatasi tuntutan budaya, agama mahupun hukum alam, contohnya perlakuan seks songsang. Dalam hal-hal tertentu, golongan ini juga meletakkan hak segelintir mereka sebagai mengatasi hak majoriti contohnya dalam menganjurkan demonstrasi dan rusuhan.
Fahaman pluralisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama adalah sama kedudukannya. Maka, ibadah dalam Islam seperti solat boleh dilakukan di mana-mana saja tempat ibadat tanpa mengira sama ada ia adalah kuil hindu atau gereja. Selain itu, semua orang boleh mengaminkan doa yang ditujukan kepada Allah S.W.T. atau Dewa berkepala gajah, atau Jesus Christ kerana ia tiada bezanya.
Komunitas Utan Kayu dipelopori oleh Pengarang akhbar Tempo iaitu Goenawan Mohamad, Pengarang akhbar Suara Pembaruan, Aristides Katoppo, Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi, Wartawan Kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya, Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain di Indonesia.
Kebebasan akhbar yang wujud selepas tumbangnya Presiden Seoharto telah membuka jalan yang luas kepada golongan ini untuk bergerak cergas. Bagi memudahkan pergerakan mereka dalam politik, pemimpin Komunitas Utan Kayu menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik dan membangunkan jaringan wartawan alternatif.
Sepertimana agen-agen penyebar fahaman liberal di Malaysia seperti Malaysiakini, SUARAM dan berbagai-bagai lagi yang ditaja oleh NED dan NDI iaitu antara jaringan kompleks di bawah CIA, Majalah Tempo juga ada menerima bantuan khusus daripada The Asia Foundation dari jaringan yang sama. Melalui dana yang diterima dari pihak inilah maka Goenawan berjaya menubuhkan Komunitas Utan Kayu dan juga Komunitas Salihara iaitu Pusat Islam Liberal dan LGBT, yang mana Anwar pernah dijemput untuk memberi ucapan khas.
Peneraju The Asia Foundation di rantau Asia Tenggara ialah Dr. Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand dan sahabat Anwar.
Surin mendapat pendidikan dari Harvard, merupakan Muslim Thailand pertama yang pro neo-con sehingga diterima sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller Foundation, Harvard University dan American University, Cairo. Peranan The Asia Foundation ialah menaja fahaman Islam pro-barat atau liberal tadi.
Selain Anwar yang pernah berucap di Komunitas Salihara, Goenawan juga pernah menjemput Aminah Wadud, iaitu tokoh Islam liberal yang mengimamkan solat Jumaat di Amerika untuk berucap di sana. Mungkin ramai yang lupa bahawa ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau pernah melantik Aminah Wadud ini sebagai tenaga pensyarah Universiti dari 1989 – 1993.
Antara tokoh lain yang pernah menjadi tetamu kehormat Komunitas Salihara ialah Musdah Mulia iaitu tokoh Islam liberal yang giat membela LGBT.
Selain Komunitas Salihara, Goenawan juga memperjuangkan LGBT melalui Lontar Foundation dan Tifa Foundation.
Persamaan antara Aminah Wadud, Musdah Mulia, Goenawan dan Anwar Ibrahim adalah mereka merupakan antara personaliti Islam yang menerima sanjungan serta anugerah khas dari Barat atas nama pejuang kebebasan, pejuang hak asasi, kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi.
Kerana berjaya menimbulkan kontroversi di kalangan umat islam, Aminah Wadud menerima Danish Democracy Prize. Musdah Mulia menerima anugerah US State Department's International Women of Courage kerana membela LGBT. Anwar diberi jawatan tinggi dalam beberapa organisasi dalam rangkaian jaringan Neo-con manakala Goenawan pula menerima penghargaan 'Dan David Prize' dari Tel Aviv University, Israel malah akhbar Israel, haaretsz juga melaporkan bahawa goenawan turut diberi hadiah wang USD250 ribu atas penghargaan itu.
Hakikatnya, pengiktirafan, anugerah dan sanjungan yang diberikan oleh barat kepada semua mereka ini, walaupun dirujuk atas nama hak asasi, kemanusiaan, kebebasan dan sebagainya adalah sebenarnya pengiktirafan terhadap kerja kuat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam serta melemahkan pegangan agama Islam.
Di Malaysia, antara tokoh yang turut menerima sanjungan dan beberapa anugerah dari Barat atas nama hak, kebebasan dan kemanusiaan adalah Ambiga Sreevanesan, yang juga merupakan pejuang LGBT.
Justeru, jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan gerakan khas untuk melemahkan Islam, sewajarnyalah mereka kembali merujuk kepada Al-Quran yang menyatakan bahawa "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sampai kamu mengikuti agama mereka" (al baqarah ayat 120).
Allah tidak berbohong kepada hambanya. Bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran kini berada di depan mata. Semoga mahasiswa dan golongan-golongan muda di Malaysia tidak terlalu mudah terhasut untuk membenci dan memberontak tanpa asas. Dan gunakanlah akal dengan sebaiknya agar tidak terpedaya dengan ide-ide baru yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya sesat dan merosakkan diri serta masyarakat.
Kerajaan juga digesa agar tidak memandang ringan akan pendedahan ini. Adalah diharapkan agar tindakan tegas diambil untuk mengekang pergerakan agen-agen neo-con di negara kita.
Semalam heboh dengan berita yang mengatakan Karpal Singh sudah gila...
Cerita tersebut di sebarkan melalui email yang memaklumkan Karpal Singh telah dimasukkan ke wad urology sebuah hospital kerajaan sejak tiga hari yang lalu.
Karpal Singh dilaporkan mengalami penyakit 'delerium' iaitu sejenis penyakit bagi orang yang keliru atau khayal atau separuh sedar.
Menurut wikipedia 'delerium' berkaitan dengan kecelaruan mental yang mempunyai ciri-ciri psikotik seperti halusinasi dan delusi.
"Dia (Karpal) sudah mula bercakap-cakap seorang diri dah," kata sumber itu.
Dari sumber terbaru, Anak kedua Karpal Singh mengesahkan bapanya dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan susulan.
Gobind Singh Deo mengesahkan perkara itu ketika ditanya oleh Mstar online.
"Memang benar bapa saya dimasukkan ke hospital, tetapi bukan kerana beliau tiba-tiba jatuh sakit.
"Beliau hanya mendapatkan rawatan susulan seperti yang dijadualkan oleh doktor," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.
Pada Ahad lepas, Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang masih juga tidak serik mendendangkan janji pendidikan percuma, tentu saja ramai yang ketawa berdekah mendengar propaganda tersebut.
Dalam ceramahnya di Stadium Kajang itu, katanya pakatan pembangkang optimis untuk menyediakan pendidikan percuma dan PTPTN tetap akan dimansuhkan.
Menurutnya, dengan cuma RM5 bilion setahun tanggungan untuk pendidikan percuma, bukan satu masalah kerana kos itu nanti boleh diambil dari hasil keuntungan jualan minyak negara yang berjumlah RM80 bilion.
Nampak mudah dan ringkas penyelesaiannya, seolah-olah segala hasil minyak itu akan kekal selamanya manakala sektor lain seperti kesihatan, pertahanan, pengurusan, bayaran pencen, kos subsidi dan lain-lain tidak memerlukan perbelanjaan.
Pada minggu lepas, kita dipertontonkan dengan aksi kalut malut menyelubungi kem pakatan pembangkang gara-gara langlah pembekuan sementara pinjaman PTPTN kepada UNISEL milik kerajaan negeri Selangor.
Paling penting, dalam tempoh pembekuan sementara itu kita berpeluang melihat model pendidikan percuma yang mereka propagandakan selama ini rupanya berkonsepkan gadai dan jual aset milik universiti.
Penyelesaian mudah ala korporat keparat yang jika menjadi budaya dalam urus tadbir kerajaan tentunya bakal melingkupkan semua harta benda rakyat, negeri dan negara.
Itu baru melibatkan keperluan menanggung sebuah IPT dan jumlah pelajar yang terlibat pula cuma 1000 orang. Jika semuanya mengambil pengajian ijazah, bermakna sejumlah RM7 juta setahun sahaja diperlukan untuk menampung seribu orang pelajar tersebut.
Tapi dek kerana ura-ura menyediakan pendidikan percuma hanyalah propaganda politik semata-mata, mereka hilang punca untuk mempraktikkan janji tersebut. Yang terlintas di kepala mereka jual dan gadai tanah.
RM5 bilion seakan dipandang sebelah mata oleh Anwar tapi RM7 juta setahun untuk UNISEL pun sampai timbul ura-ura bergolok gadai tanah. Haru.
Jika angka sekecil RM7 juta setahun pun tidak mampu ditanggung sekalipun dikatakan kantung kerajaan negeri memiliki aliran tunai RM1.8 bilion, sebaliknya tanah milik universiti juga yang mahu dijual.
Bukankkah lawak namanya bila begitu yakin Anwar mahu menyelesaikan kos tanggungan yang lebih besar sehingga mencecah RM berbilion setahun?
Tidak syak lagi dengan sikapnya yang bermuka tebal dan gemar menabur janji tanpa mengukur baju di badan sendiri, Anwar layak digelar sebagai satu-satunya politikus yang memiliki pakej yang lengkap untuk dianugerahkan sebagai pelawak politik tanahair.
Barangkali untuk sekurang-kurangnya 100 tahun akan mendatang, Anwar Ibrahim akan dikenang oleh rakyat Malaysia sebagai pelawak politik paling tersohor yang sukar dicari ganti.
Sekali lagi Anwar Ibrahim selaku Ketua Pakatan Pembangkang terpaksa bersilat lidah untuk menepis isu akaun RM3 bilion yang sedang hangat diperkatakan sekarang.
Perkara ini penting menuntut penjelasan dan jawapan yang ampuh. Nilai RM3 bilion bukannya kecil anak dan ia didakwa berlaku ketika Anwar adalah Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri.
Tapi sudah tabiat Anwar, tiap kali dirinya terbelit dengan isu panas ada saja caranya mengelakkan diri dari menjawab persoalan yang timbul.
Selalunya pemimpin UMNO yang akan dijadikan sebagai kambing hitam untuk dipersalahkan atau dipertanggungjawabkan sekaligus dengan harapan dirinya tidak akan dipersoalkan oleh penyokong pembangkang.
Bendanya bukanlah susah, jawab YA atau TIDAK, itu sahaja. Jika YA, rakyat nak tahu dari mana datangnya aset dan wang tersebut. Jika TIDAK, kenapa tidak di saman sahaja Timbalan Gabenor Negara, Abdul Murad yang mendedahkannya.
Ini tidak, hanya dek kerana panas punggung disuruhnya pula Tan Sri Muhyidin Yassin pula mendedahkan akaun beliau. Tiada kaitan langsung dengan isu RM3 bilion yang heboh diperkatakan sejak 13 tahun dulu.
Penulis teringat kejadian dalam satu sidang akhbar setahun yang lalu membabitkan isu chinadoll. Bila wartawan tanya komennya tentang isu tersebut, tak semena-mena ditunjukkan perutnya yang konon tidak boroi. Pun bersilat lidah juga. Mengarut sungguh caranya menjawab.
Songsang betul cara pemikiran Anwar saling tak tumpah dengan perwatakan dan kegemarannya. Kaedah menjawab yang langsung tidak mencapai tahap intelektual sebagai seorang pemimpin.
KUALA LUMPUR: Former Perak mentri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin said Tuesday he was willing to meet the Sultan of Johor, Sultan Ibrahim to apologise and explain to the ruler his tweet about the bid for the WWW 1 vehicle registration number. Mohammad Nizar said he would be sending an official letter seeking an audience with the Johor Sultan soon to enable him to explain the real situation, so as to end the controversy over the matter. "After the Johor Sultan said that it would be good for me to apologise to the people of Johor, today I wish to state with sincerity that I want so much to apologise to the Sultan himself. "My tweet was a personal and general opinion from an ordinary citizen without directing it to any quarters...this needs to be clarified to the Johor Sultan so that there will be no more speculation and misunderstanding on the matter," he told reporters at the parliament lobby, here, Tuesday. Mohammad Nizar, who is also Perak PAS deputy commissioner is being investigated under the Sedition Act following his remark on Twitter on the Johor Sultan's succcesful bid for the vehicle plate number WWW 1 at RM520,000. Following this, Mohammad Nizar tweeted that such a big sum of money should be used to help the Malays and the poor in Johor to buy houses.
tunku : what made this moron ex mb thinks that the Sultan of Johor will grant him an audience? after what he tweeted , he still trying to spin his words around . the Sultan will be wasting his precious time if he wish to see this moron. as the Sultan had said that he should apologize to the people of Johor.if he is dare enough make a public gathering and ask forgiveness to the people.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Bolehkah orang Islam yang dikerdilkan haknya oleh Kerajaan negeri PAS Kedah menang? Saksikan saga pergelutan si kerdil yang dinafikan hak oleh PAS Kedah yang menjual tanah wakaf berstatus khas (tanah tersebut tak boleh dijual tanpa kebenaran waris) kepada Sony Ho, pendakwah Kristian dan antara orang kuat DAP Pulau Pinang.
Si kerdil iaitu waris Mufti Pertama Kedah telah memfailkan injunksi sementara pada 4 Jun 2012 ke atas Kerajaan PAS Kedah. Injubksi ini bertujuan memberhentikan sebarang usaha meroboh madrasah dan menggantikan dengan kompleks belibelah yang mana segala aktiviti tak dapat dikawal. Antara aktiviti yang biasa terdapat di dalam pusat membeli belah termasuklah aktiviti yang menuju kepada maksiat dan penjualan arak (karaoke, bar, hotel) ataupon aktiviti memurtadkan umat Islam (gereja)
Apakah Islam tertegak di Kedah selepas PAS memerintah?
Rakyat mengalu-alukan formula baru pembahagian kerusi berdasarkan konsep 'calon boleh menang' dan bukannya populariti parti sepertimana yang diumumkan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin semalam.
Contoh yang diberikan ialah, "…kalau di Parlimen Batu kita lihat (Pengerusi Parti Progresif Penduduk Wilayah Persekutuan) Datuk A. Chandrakumanan boleh menang, maka kita letakkan menggantikan Gerakan,…"
Formula baru ini dapat memastikan bahawa penyokong BN tidak berada dalam dilemma ketika membuang undi atas alasan tidak suka dengan calon yang diletakkan. Sementara itu, ia juga akan membantu BN menarik golongan atas pagar kerana golongan ini sering mengundi berdasarkan calon dan bukan parti. Lebih dari itu, tidak mustahil penyokong pembangkang akan memberi undi kepada BN atas faktor calon yang tepat dan diterima baik oleh masyarakat setempat.
Syukurlah kerana BN telah belajar dari kesilapan 2008, di mana faktor calon yang salah banyak merugikan parti yang sedia lemah ketika itu. Pada 2008, BN terlalu yakin dan selesa dengan nama parti sehingga mengambil mudah faktor calon. Ramai pemimpin BN ketika itu percaya yang rakyat mengundi parti dan bukan calon serta parti akan tetap menang walau siapapun calonnya dan walaupun calon itu tidak bekerja dengan baik untuk mereka. Ternyata sikap tersebut telah membawa kerugian yang besar kepada parti, rakyat dan juga negara.
Walaupun begitu, BN masih berhadapan dengan ketidakpastian sikap parti-parti komponen untuk menerima baik formula ini. Semangat setiakawan serta kematangan calon akan teruji secara langsung. Kemungkinan sabotaj dan boikot tidak boleh dielakkan seratus-peratus.
Maka, di sinilah perlunya rakyat bertindak matang agar tidak terpedaya dengan taktik sabotaj dan golongan yang tidak matang itu. Adalah penting untuk kita melihat sesuatu dalam konteks yang besar dan luas sebelum membuat keputusan. Sedikit kajian dalam mencerna maklumat juga tidak akan merugikan kita kerana undi kita adalah penentu masa depan kita dan juga negara.
Sewajarnya, sekiranya seorang wakil rakyat telah berkhidmat dengan baik akan disukai oleh penduduk setempat. Maka sewajarnyalah juga beliau akan dicalonkan kembali.
Justeru, jika tidak tercalon, ia adalah salah diri sendiri dan bukannya salah parti atau salah kepimpinan. Andainya masih ingin merajuk, mengsabotaj atau memboikot PRU kerana tidak tercalon, maka ia dengan sendirinya menunjukkan yang mereka sememangnya tidak mempunyai ciri-ciri seorang manusia yang bertanggungjawab, jauh sekali seorang wakil rakyat atau pemimpin yang baik, sekali gus membuktikan bahawa keputusan untuk tidak mencalonkan mereka adalah tepat sekali.
Apa yang para calon 'wannabe' ini perlu tahu ialah, PRU di zaman transformasi ini tidak boleh lagi dianggap seperti PRU-PRU sebelum ini. Pemikiran rakyat sudah maju, sikap rakyat sudah berubah. Rakyat mampu memperolehi maklumat mengenai pemimpin dan isu-isu tertentu melalui hujung jari sahaja. Pemimpin boleh berpura-pura baik, boleh memanipulasi maklumat dan boleh menipu mengenai sesuatu isu tetapi beliau tidak boleh menipu sesiapa kecuali dirinya sendiri.
Maka, kita harap semua pemimpin dari semua parti komponen berlapang dada dan menerima nasib mereka dalam PRU akan datang dengan terbuka. Jika nasib tidak menyebelahi anda sebagai calon, pastinya itu adalah yang sewajarnya untuk anda. Terimalah dengan sebaiknya dan baikilah diri jika masih menyimpan cita-cita untuk ke puncak kuasa. Tunjukkan pada rakyat bahawa kesepakatan antara parti-parti komponen BN adalah kesepakatan yang tulen, dan bukannya palsu sepertimana Pakatan Rakyat.
Gagasan Anti-Penyelewengan Selangor (GAPS) terperanjat dan kesal dengan satu usaha untuk mem`bunuh' penjaja-penjaja Melayu pada bulan Ramadhan ini di Jalan Taiping, Klang, di mana pada tahun ini, penjaja-penjaja Melayu hanya dibenarkan berniaga selama dua minggu (14 hari).
Pengerusinya, Hamidzun Khairuddin berkata, Jalan Taiping merupakan satu kawasan yang sangat strategic di Bandar Klang, di mana sebelum ini penjaja-penjaja Melayu ini dibenarkan berniaga lebih dari tiga puluh (30) hari dalam bulan Ramadhan untuk menjual barang-barang bukan juadah seperti pakaian, kasut dan barang-barang keperluan Hari Raya.
"Tapi kali ini, Menteri Besar membuat arahan supaya penjaja-penjaja Melayu ini hanya boleh berniaga selama 14 hari. Ini amat memeranjatkan kita kerana penjaja-penjaja Melayu ini hanya berniaga setahun sekali dan mereka berniaga di kawasan yang sangat strategik dan mereka berniaga pada bulan Ramadhan dan pembeli-pembelinya juga hampir keseluruhannya orang Melayu.
Sebelum ini tidak timbul masalah, tetapi pada kali ini penjaja-penjaja ini telah mengadu kepada GAPS kenapa kerajaan negeri hanya membenarkan mereka berniaga hanya untuk 14 hari," ujarnya yang juga mantan Ketua AMK Negeri Selangor.
Ujarnya, Ramadhan pertama sehingga ke Ramadhan ke-14, tidak boleh berniaga di Jalan Taiping, tetapi pada Ramadhan ke-15 sehingga ke Ramadhan ke29 atau ramadhan ke-30 baru boleh berniaga.
"Dalam masa yang sama, kita juga melihat kenaikan harga, contohnya seperti kenaikan harga untuk menghantar borang permohonan, RM300 tetapi dulu RM100 sahaja, penggunaan lessen dulu tidak ada tapi sekarang dikenakan RM200. Penggenaan wang RM1000 untuk wang pertaruhan, dulu tidak ada tapi sekarang RM3000.
Saya fikir ini merupakan usaha-usaha untuk mem`bunuh' peniaga-peniaga Melayu di Bandar Klang. Untuk berlaku adil kepada seluruh peniaga dan penjaja kecil Melayu di Bandar Klang, MB kena tarik balik perkara ini. Orang Melayu wajar diberikan hak untuk berniaga di Bandar Klang selama 30 hari dalam bulan Ramadhan ini, bukan 14 hari," tambahnya.
Sehubungan dengan itu, GAPS mendesak kerajaan negeri dan MB Selangor untuk membenarkan orang Melayu di Bandar Klang selama 30 hari dalam bulan Ramadhan ini.
Kita rasa amat sangsi dan curiga kerana di Selangor hari ini sudah wujud sebuah jawatankuasa yang dinamakan Jawatankuasa Antara Agama, yang difahamkan di dalamnya semua agama dimasukkan dalam satu Jawatankuasa.
Aktivis masyakat, Hamidzun Khairuddin berkata, beliau sendiri ada pengalaman apabila ingin mendirikan sebuah surau di Taman Aman Perdana, surat permohonan untuk meminta bantuan dari kerajaan negeri telah disalurkan kepada jawatankuasa tersebut.
"Akhirnya kami tidak mendapat sebarang bantuan untuk mendirikan surau di taman Aman Perdana itu dan yang lebih memeranjatkan ialah Pengerusi Jawatankuasa Antara Agama ini ialah seorang EXCO Kerajaan Negeri yang bukan beragama Islam.
Persoalannya ialah mengapa perlu diwujudkan jawatankuasa Antara Agama ini dan apakah akibat serta implikasinya kepada agama Islam sebagai agama rasmi di Selangor dan agama rasmi di peringkat persekutuan?," ujarnya ketika ditemui di Shah Alam sebentar tadi.
Dalam masa yang sama, dalam hal pembianaan pusat-pusat ibadat agama lain, peruntukan yang diberikan kerajaan negeri sangat mewah dan berlimpah-ruah, berbanding dengan permohonan untuk mendirikan surau dan masjid oleh penduduk Islam di Selangor.
"Mengapa apabila kita ingin mendirikan surau atau masjid, mengapa tidak ada apa-apa bantuan dari kerajaan negeri?. Islam sebagai agama rasmi di Selangor, wajar diberikan peruntukan yang sewajarnya oleh pihak kerajaan negeri dalam mendirikan dan memakmurkan surau dan masjid di Selangor.
Persoalan besar yang harus diketahui rakyat, mengapa agama Islam wajibataupun telah dimasukkan sebagai suatu entiti dalam Jawatankuasa Antara Agama ini. Saya mahu Menteri Besar selaku EXCO Agama Islam jawab persoalan-persoalan seperti ini," tambahnya lagi.
Dalam masa yang sama, Hamidzun meminta kerajaan negeri mengiktiraf islam sebagai agama Islam di Selangor, kerana beliau melihat sudah ada cubaan untuk menganak-tirikan Islam sebagai agama rasmi di Selangor.
Ini adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar yang dilakukan oleh Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Exco Agama Islam di negeri Selangor ini.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin hari ini menafikan laporan sebuah portal berita kononnya beliau akan meninggalkan Umno dan menyertai barisan pembangkang di Sabah.
Anggota Parlimen Beaufort itu berkata khabar angin tersebut tersebar kerana beliau pernah mengadakan pertemuan dengan beberapa rakan pemimpin dari parti lain di Sabah bagi membincangkan dan menyelesaikan masalah rakyat.
"Saya bercakap begitu (berjumpa dengan pemimpin lain di Sabah) supaya ada penambahbaikan, ada jaminan dan ada perubahan dari segi kepimpinan di peringkat negeri, dari segi approach dan harapan rakyat sebelum pilihan raya umum ke-13," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.
Semalam Malaysiakini melaporkan khabar angin kononnya Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, dan Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Wilfred Bumburing akan menyertai majlis anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), sekali gus menyertai pembangkang.
Lajim berkata melalui perbincangan seumpama itu pelbagai perkara penting berkenaan masalah dan kebajikan rakyat Sabah dapat diketahui.
"Rakyat meletakkan harapan yang besar kepada kerajaan negeri dan persekutuan dalam menangani apa juga masalah dihadapi mereka, contohnya di peringkat saya seperti masalah air dan banjir yang tidak sudah-sudah dialami rakyat... ini semua saya suarakan demi rakyat," katanya.
Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudan akhbar kecil 'Malaysia Harini', namun muka depan akhbar ini bagi tarikh 11 – 25 Jun 2012 menunjukkan yang akhbar ini perlu diberi perhatian.
Pendedahan di muka depannya yang bertajuk 'Utan Kayu markas lahir gerila anwar?' mendedahkan bagaimana mahasiswa dilatih untuk menyerap masuk ke dalam sektor-sektor awam sebagai perisik untuk memperoleh maklumat. Dalam pada itu, mereka juga bertanggungjawab untuk menerapkan pemikiran dan fahaman liberal dan plural di kalangan masyarakat. Matlamat utama latihan mereka di markas tersebut adalah untuk menjatuhkan kerajaan yang menolak pemikiran dan fahaman mereka.
Menurut akhbar tersebut, Anwar telah merekrut ramai anak muda kita, terutama mahasiswa untuk dihantar ke Utan Kayu bagi menjalani latihan.
Secara ringkasnya, pemikiran liberal dirujuk sebagai pemikiran terbuka yang meletakkan hak asasi, iaitu kemahuan, kehendak dan nafsu manusia mengatasi tuntutan budaya, agama mahupun hukum alam, contohnya perlakuan seks songsang. Dalam hal-hal tertentu, golongan ini juga meletakkan hak segelintir mereka sebagai mengatasi hak majoriti contohnya dalam menganjurkan demonstrasi dan rusuhan.
Fahaman pluralisme pula merujuk kepada kepercayaan bahawa semua agama adalah sama kedudukannya. Maka, ibadah dalam Islam seperti solat boleh dilakukan di mana-mana saja tempat ibadat tanpa mengira sama ada ia adalah kuil hindu atau gereja. Selain itu, semua orang boleh mengaminkan doa yang ditujukan kepada Allah S.W.T. atau Dewa berkepala gajah, atau Jesus Christ kerana ia tiada bezanya.
Komunitas Utan Kayu dipelopori oleh Pengarang akhbar Tempo iaitu Goenawan Mohamad, Pengarang akhbar Suara Pembaruan, Aristides Katoppo, Peneliti LIPI, Moehtar Pabottinggi, Wartawan Kanan Radio Mara, Mohamad Sunjaya, Pegawai Komunikasi UGM, Ashadi Siregar serta beberapa tokoh wartawan lain di Indonesia.
Kebebasan akhbar yang wujud selepas tumbangnya Presiden Seoharto telah membuka jalan yang luas kepada golongan ini untuk bergerak cergas. Bagi memudahkan pergerakan mereka dalam politik, pemimpin Komunitas Utan Kayu menubuhkan Institut Studi Arus Informasi (ISAI) yang bertanggungjawab menerbitkan buku politik dan membangunkan jaringan wartawan alternatif.
Sepertimana agen-agen penyebar fahaman liberal di Malaysia seperti Malaysiakini, SUARAM dan berbagai-bagai lagi yang ditaja oleh NED dan NDI iaitu antara jaringan kompleks di bawah CIA, Majalah Tempo juga ada menerima bantuan khusus daripada The Asia Foundation dari jaringan yang sama. Melalui dana yang diterima dari pihak inilah maka Goenawan berjaya menubuhkan Komunitas Utan Kayu dan juga Komunitas Salihara iaitu Pusat Islam Liberal dan LGBT, yang mana Anwar pernah dijemput untuk memberi ucapan khas.
Peneraju The Asia Foundation di rantau Asia Tenggara ialah Dr. Surin Pitsuwan, Bekas Menteri Luar Thailand dan sahabat Anwar.
Surin mendapat pendidikan dari Harvard, merupakan Muslim Thailand pertama yang pro neo-con sehingga diterima sebagai fellow di The Rockeffeler Fellowship Program, The Rockefeller Foundation, Harvard University dan American University, Cairo. Peranan The Asia Foundation ialah menaja fahaman Islam pro-barat atau liberal tadi.
Selain Anwar yang pernah berucap di Komunitas Salihara, Goenawan juga pernah menjemput Aminah Wadud, iaitu tokoh Islam liberal yang mengimamkan solat Jumaat di Amerika untuk berucap di sana. Mungkin ramai yang lupa bahawa ketika Anwar menjadi Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), beliau pernah melantik Aminah Wadud ini sebagai tenaga pensyarah Universiti dari 1989 – 1993.
Antara tokoh lain yang pernah menjadi tetamu kehormat Komunitas Salihara ialah Musdah Mulia iaitu tokoh Islam liberal yang giat membela LGBT.
Selain Komunitas Salihara, Goenawan juga memperjuangkan LGBT melalui Lontar Foundation dan Tifa Foundation.
Persamaan antara Aminah Wadud, Musdah Mulia, Goenawan dan Anwar Ibrahim adalah mereka merupakan antara personaliti Islam yang menerima sanjungan serta anugerah khas dari Barat atas nama pejuang kebebasan, pejuang hak asasi, kemanusiaan dan berbagai-bagai lagi.
Kerana berjaya menimbulkan kontroversi di kalangan umat islam, Aminah Wadud menerima Danish Democracy Prize. Musdah Mulia menerima anugerah US State Department's International Women of Courage kerana membela LGBT. Anwar diberi jawatan tinggi dalam beberapa organisasi dalam rangkaian jaringan Neo-con manakala Goenawan pula menerima penghargaan 'Dan David Prize' dari Tel Aviv University, Israel malah akhbar Israel, haaretsz juga melaporkan bahawa goenawan turut diberi hadiah wang USD250 ribu atas penghargaan itu.
Hakikatnya, pengiktirafan, anugerah dan sanjungan yang diberikan oleh barat kepada semua mereka ini, walaupun dirujuk atas nama hak asasi, kemanusiaan, kebebasan dan sebagainya adalah sebenarnya pengiktirafan terhadap kerja kuat mereka untuk memecahbelahkan umat Islam serta melemahkan pegangan agama Islam.
Di Malaysia, antara tokoh yang turut menerima sanjungan dan beberapa anugerah dari Barat atas nama hak, kebebasan dan kemanusiaan adalah Ambiga Sreevanesan, yang juga merupakan pejuang LGBT.
Justeru, jika ada yang masih sangsi dengan kewujudan gerakan khas untuk melemahkan Islam, sewajarnyalah mereka kembali merujuk kepada Al-Quran yang menyatakan bahawa "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu sampai kamu mengikuti agama mereka" (al baqarah ayat 120).
Allah tidak berbohong kepada hambanya. Bukti kebenaran ayat-ayat Al-Quran kini berada di depan mata. Semoga mahasiswa dan golongan-golongan muda di Malaysia tidak terlalu mudah terhasut untuk membenci dan memberontak tanpa asas. Dan gunakanlah akal dengan sebaiknya agar tidak terpedaya dengan ide-ide baru yang kelihatan menarik tetapi sebenarnya sesat dan merosakkan diri serta masyarakat.
Kerajaan juga digesa agar tidak memandang ringan akan pendedahan ini. Adalah diharapkan agar tindakan tegas diambil untuk mengekang pergerakan agen-agen neo-con di negara kita. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Salam. Walaupun anak perempuan Osman Kering,Eiby telah sahkan bapanya tiada nadi di rumah & meninggal dunia, tetapi kini doktor2 di HUKM cuba utk menyelamatkan Osman Kering. Jadi utk mengesahkan keadaan & situasi sebenar, sy akan ke HUKM utk mengesahkan & nntikan update terbaru dari saya. Mari kika berdoa yg terbaik. (Zuan Melodi)
Berita kematian beliau diterima kira-kira 20 minit lalu melalui facebook. Beliau meninggal duni dan kini jenazahnya masih di HUKM . Berita disahkan oleh anaknya. Eiby Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rakyat mengalu-alukan formula baru pembahagian kerusi berdasarkan konsep 'calon boleh menang' dan bukannya populariti parti sepertimana yang diumumkan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin semalam.
Contoh yang diberikan ialah, "…kalau di Parlimen Batu kita lihat (Pengerusi Parti Progresif Penduduk Wilayah Persekutuan) Datuk A. Chandrakumanan boleh menang, maka kita letakkan menggantikan Gerakan,…" Formula baru ini dapat memastikan bahawa penyokong BN tidak berada dalam dilemma ketika membuang undi atas alasan tidak suka dengan calon yang diletakkan.
Sementara itu, ia juga akan membantu BN menarik golongan atas pagar kerana golongan ini sering mengundi berdasarkan calon dan bukan parti.
Lebih dari itu, tidak mustahil penyokong pembangkang akan memberi undi kepada BN atas faktor calon yang tepat dan diterima baik oleh masyarakat setempat.
Syukurlah kerana BN telah belajar dari kesilapan 2008, di mana faktor calon yang salah banyak merugikan parti yang sedia lemah ketika itu. Pada 2008, BN terlalu yakin dan selesa dengan nama parti sehingga mengambil mudah faktor calon.
Ramai pemimpin BN ketika itu percaya yang rakyat mengundi parti dan bukan calon serta parti akan tetap menang walau siapapun calonnya dan walaupun calon itu tidak bekerja dengan baik untuk mereka. Ternyata sikap tersebut telah membawa kerugian yang besar kepada parti, rakyat dan juga negara.
Walaupun begitu, BN masih berhadapan dengan ketidakpastian sikap parti-parti komponen untuk menerima baik formula ini. Semangat setiakawan serta kematangan calon akan teruji secara langsung.
Kemungkinan sabotaj dan boikot tidak boleh dielakkan seratus-peratus.
Maka, di sinilah perlunya rakyat bertindak matang agar tidak terpedaya dengan taktik sabotaj dan golongan yang tidak matang itu.
Adalah penting untuk kita melihat sesuatu dalam konteks yang besar dan luas sebelum membuat keputusan. Sedikit kajian dalam mencerna maklumat juga tidak akan merugikan kita kerana undi kita adalah penentu masa depan kita dan juga negara.
Sewajarnya, sekiranya seorang wakil rakyat telah berkhidmat dengan baik akan disukai oleh penduduk setempat. Maka sewajarnyalah juga beliau akan dicalonkan kembali.
Justeru, jika tidak tercalon, ia adalah salah diri sendiri dan bukannya salah parti atau salah kepimpinan. Andainya masih ingin merajuk, mengsabotaj atau memboikot PRU kerana tidak tercalon, maka ia dengan sendirinya menunjukkan yang mereka sememangnya tidak mempunyai ciri-ciri seorang manusia yang bertanggungjawab, jauh sekali seorang wakil rakyat atau pemimpin yang baik, sekali gus membuktikan bahawa keputusan untuk tidak mencalonkan mereka adalah tepat sekali.
Apa yang para calon 'wannabe' ini perlu tahu ialah, PRU di zaman transformasi ini tidak boleh lagi dianggap seperti PRU-PRU sebelum ini.
Pemikiran rakyat sudah maju, sikap rakyat sudah berubah. Rakyat mampu memperolehi maklumat mengenai pemimpin dan isu-isu tertentu melalui hujung jari sahaja.
Pemimpin boleh berpura-pura baik, boleh memanipulasi maklumat dan boleh menipu mengenai sesuatu isu tetapi beliau tidak boleh menipu sesiapa kecuali dirinya sendiri.
Maka, kita harap semua pemimpin dari semua parti komponen berlapang dada dan menerima nasib mereka dalam PRU akan datang dengan terbuka.
Jika nasib tidak menyebelahi anda sebagai calon, pastinya itu adalah yang sewajarnya untuk anda.
Terimalah dengan sebaiknya dan baikilah diri jika masih menyimpan cita-cita untuk ke puncak kuasa.
Tunjukkan pada rakyat bahawa kesepakatan antara parti-parti komponen BN adalah kesepakatan yang tulen, dan bukannya palsu sepertimana Pakatan Rakyat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Isunya di sini ialah siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri dari pihak Komplot Pembangkang. Penting woo...jadi Perdana Menteri Malaysia. Orang paling berkuasa di Malaysia beb. Siapa yang tak nak kuasa?! Dapat jadi ketua darjah pun boleh kembang lubang jub... inikan pula jawatan Perdana Menteri Malaysia.
2. Rakyat tak penting...yang penting ialah jawatan Perdana Menteri. Visi, misi, wawasan, perancangan etc. semua tu tak perlu...yang utama bagi mereka ialah dapat Putrajaya dulu, apa nak buat belakang kira. Janji boleh macam-macam, tapi bagaimana nak laksanakan, itu kemudian cerita. Tengok hal beku PTPTN di Unisel pun dah cukup untuk dijadikan contoh. Harap cakap je bedegar nak hapus PTPTN...baru dibekukan pun dah panik...lagi mau cakap lebey...
3. Karpal menegaskan, "Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri." Dan tambahnya lagi, "Saya akui tersasul menyebut menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri tetapi buat masa ini, kita (komplot pembangkang) sepakat untuk pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti."
4. Kebiasaannya apabila seseorang itu tersasul menyebut sesuatu, sebenarnya dia menyebut apa yang telah lama bermain difikirannya, atau sudah sering dibincang serta disebut dalam hati.
5. Justeru apabila Karpal 'tersasul' menyebut nama Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri, bermakna Karpal bukan cakap kosong, atau konon tidak sengaja menyebutnya. Pasti perkara itu sudah lama bermain dimindanya, dengan beberapa pertimbangan, serta strategi yang memungkinkan apa yang disebutkannya itu sebenarnya BOLEH MENJADI KENYATAAN iaitu PERDANA MENTERI BUKAN MELAYU PERTAMA DI MALAYSIA.
6. Ok...katakanlah Komplot Pembangkang menang di PRU-13 (selisih malaikat 44), mereka kononnya sepakat memilih Bro Anwar Bin Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Persoalannya, berapa lama agaknya Bro Anwar Bin Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri? Baca semula kata-kata Karpal yang di warnakan merah di atas, "buat masa ini" pilih Anwar. Maksudnya, akan datang belum tentu...
7. Kita mengandaikan pula apabila Bro Anwar Bin Ibrahim menjadi PM, sudah tentu dia akan melantik 2 orang timbalannya di kalangan pemimpin Pas dan DAP bagi menjaga hati kedua parti sekomplot-nya. Sementelah sehingga kini, geng Komplot Pembangkang masih belum menyenaraikan kabinet bayangan seandainya mereka menang di PRU-13. Bermakna andaian bahawa Malaysia mungkin mempunyai 2 orang Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan Komplot Pembangkang, tidaklah boleh diketepikan begitu saja, kerana andaian ini ada pemberatnya.
8. Kita andaikan pula, Timbalan Perdana Menteri 1 ialah LGE daripada DAP dan Timbalan Perdana Menteri 2 ialah Husam Musa daripada Pas. Jangan haraplah Anwar nak lantik Hadi sebagai TPM 2...apa klass beb.
9. Mengapa Timbalan Perdana Menteri 1 mesti dari kalangan DAP dan bukannya Pas? Kerana DAP tahu banyak rahsia Anwar. Siapa yang jadi peguambela Anwar untuk kes liwat II? Agaknya mengapa peguam-peguam DAP ini begitu sukarela membela Anwar?
10. Ditambah pula dengan segala maklumat sulit berkenaan Anwar yang bakal disalurkan rakan DAP dari Singapura, akan menyebabkan kerandut Bro Anwar Bin Ibrahim sentiasa senak dalam genggaman DAP.
11. Sedikit maklumat, LKY pada 1998 pernah menulis surat kepada Tun Mahathir, mempersenda pihak risikan Malaysia yang lambat tahu mengenai Anwar. Singapura tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim sejak 1991, ketika Anwar memegang jawatan Menteri Kewangan. Singapura dah lama intip Anwar dan berniat menggunakan maklumat tersebut untuk mengugut Anwar dan Malaysia seandainya Anwar dilantik Perdana Menteri Malaysia.
12. Berbalik kepada persoalan, andai Anwar sah dilantik Perdana Menteri dikalangan Komplot Pembangkang, agak-agak berapa lama dia akan bertahan dalam jawatan? Sebulan? Setahun? 2 tahun? DAP pasti menggunakan segala sumber yang dimiliki mereka untuk mendesak Anwar memenuhi semua tuntutan mereka, termasuklah menuntut jawatan Perdana Menteri dikalangan bukan Melayu.
13. Jika itu berlaku, adakah Anwar akan menurut kehendak DAP, atau dia akan berdemo...ops...melawan? Tapi berdasarkan situasi yang berlaku dalam Komplot Pembangkang hari ini, jelas bukan Pas sahaja yang telah menjadi balaci DAP, malah PkR pun sama menjadi pak turut DAP. Maka andaian bahawa Anwar akan melawan segala tuntutan DAP pada masa hadapan, bolehlah diibaratkan umpama mimpi dalam mimpi.
14. Bro Anwar Bin Ibrahim pasti diberi kata dua, sama ada letak jawatan dan diberi taraf negarawan dengan gelaran Tun, atau rahsianya dibocorkan besar-besaran, yang bukan sahaja bakal menjahanamkan imej Anwar di seluruh dunia, tetapi turut memalukan seisi keturunannya hingga mungkin memaksa mereka lari berhijrah ke Zimbabwe. Mengapa Zimbabwe? Heh...
15. Hakikatnya, khayalan Karpal yang kononnya tersasul menyebut LGE sebagai PM bukanlah sesuatu yang tidak disengajakan. Sudah ada perkiraan dan strategi yang sememangnya dirancang sekian lama untuk memungkinkan ianya berlaku.
16. Tapi masih ada juga cara lain yang memungkinkan bukan Melayu menerajui negara Persekutuan Tanah Melayu, iaitu dengan menukarkan status dan sistem Malaysia kepada negara Republik. Azmin Ali pernah dijanjikan jawatan Perdana Menteri oleh Anwar yang berhasrat menukar negara ini kepada negara Republik, dan kononnya Bro Anwar Bin Ibrahim sendiri akan dilantik sebagai Presiden pertama. Sebab itulah Azmin sanggup buat serta merelakan apa saja untuk Anwar, semata-mata kerana kuasa dan mengidamkan jawatan Perdana Menteri Malaysia. Mungkinkah? Mampukah? Only time will tell...
17. Walaubagaimanapun, cara kedua ini agak sukar dilakukan (walaupun tidak mustahil) kerana mereka perlu menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu di negara ini yang pastinya tidak semudah sepertimana yang pernah berlaku di Indonesia. Justeru, strategi pertama iaitu merealisasikan impian Perdana Menteri bukan Melayu pertama di Malaysia oleh DAP, sebenarnya agak praktikal untuk dilaksanakan.
18. Akan ada yang mengatakan, "argh...tak mungkinlah", "mengarutlah kau ni", "ini semuanya hampeh"...bla...bla...bla...
19. Harus diingat bahawa Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan membenarkan sesiapa saja dilantik sebagai Perdana Menteri asalkan mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat. 'Tragedi' ini boleh berlaku sekiranya AP Pas berpakat membenarkan usul Perdana Menteri dilantik dikalangan bukan Melayu. Lagipun Pok Nik sendiri pernah bagi green light akan hal ini. AP Melayu DAP dan PkR dah tentulah akan sokong apa saja usul asalkan mereka berkuasa.
20. Ia bukan perkara mustahil lagi seandainya Melayu yang menyokong Komplot Pembangkang hari ini sama bingainya dengan Melayu Singapura masa zaman Lee Kuan Yew pakai songkok dan kepit akhbar Utusan Melayu Jawi ke hulu ke hilir menipu orang Melayu. Lagipun zaman ini dah ada jelmaan "Umar Abdul Aziz" di kalangan DAP yang disanjung dan dipuja oleh Pas. Siap bagi cina DAP masuk surau dan masjid, ceramah, baca tafsir Quran depan Melayu dan disambut pula dengan takbir.
21. Dulu di depan Melayu, LKY janji akan kekalkan Hak Istimewa Melayu (Perkara 152 Perlembagaan Singapura) dan mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Singapura. Tapi hari ini realiti Melayu di Singapura? Anda sendiri tahu bagaimana...
22. Depan Cina pula, LKY gelar Melayu sebagai "anjing-anjing Tunku". Hari ini, orang Melayu sendiri yang panggil sesama Melayu sebagai "anjing" terutamanya polis Melayu dan Melayu yang menyokong kerajaan,
23. Sejarah pasti akan berulang, kerana itu janji dan ingatan Allah kepada manusia yang sering alpa akan hakikat penghapusan kaum-kaum yang banyak dikisahkan dalam Al-Quran Nul Karim.
24. Mungkinkah Melayu yang asalnya melarat, sesudah berjaya, akan kembali merempat? Wallahualam.
Selepas Karpal Singh 'tersasul' mahu Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri bagi pembangkang, hari ini Setiausaha Agung DAP itu sendiri tampil menjelaskan ramai calon dalam pakatan tersebut yang layak selain Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kenyataan itu sekaligus memberi gambaran sebenar mengenai kedudukan Ketua Pembangkang di kaca mata DAP tetapi Guan Eng segera cuba mereda keadaan dengan berkata, buat masa ini pakatan pembangkang bersetuju hanya Anwar calon Perdana Menteri.
Malah pada masa yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang itu dilihat cuba bermain teka-teki apabila enggan mengaitkan namanya sebagai calon untuk menggantikan Anwar dengan berkata, beliau tidak layak untuk mengisi jawatan nombor satu negara.
"Ada ramai lagi calon yang lebih layak daripada saya selain Anwar, tetapi untuk pengetahuan rakyat, kita hanya ada satu calon (buat masa ini) iaitu Anwar. Saya sendiri secara peribadi tidak minat untuk menjadi Perdana Menteri kerana saya tidak layak.
"Saya sudah cakap banyak kali bahawa Pakatan Rakyat hanya ada satu calon untuk menjadi perdana Menteri iaitu Anwar," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati) Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali.
Baru-baru ini Hasan mendakwa Anwar berkemungkinan akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan jika pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dan seterusnya menamakan Guan Eng sebagai pengganti.
Dakwaan tersebut timbul ekoran ketegasan Karpal yang juga Pengerusi DAP bahawa selagi hidup, beliau akan berjuang untuk memastikan orang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana Perlembangaan Persekutuan membenar perkara itu.
Dalam perkembangan berasingan, Guan Eng yang selama ini sering 'menyerang' polis berkata, Kementerian Dalam Negeri perlu mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung jenanyah yang dakwanya semakin berleluasa di Lembah Klang.
"Saya harap beliau (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) dapat memanggil satu mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) termasuk semua kerajaan negeri untuk mengkaji langkah yang diambil bagi mengatasi masalah ini," katanya.-UMO
Dengan nama Allah swt yang maha pemurah lagi amat mengasihani.
Surah ( Ar-Ra'd : ayat 13.11 )
" Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya, dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia ".
Rasulullah tidak pernah menghalang umatnya menyebut tentang bangsa malah baginda berbangga sebagai bangsa Quraisy apabila menyebut 'ana Quraisy'. Baginda mengaku berbangsa Quraisy tetapi tidak bermakna baginda memperbesar-besarkan perkara itu, yang penting ialah Islam .
Tidak ada masalah dengan bangsa sebab itu dalam al-Quran, Allah berfirman : " Manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa supaya dapat kenal-mengenali antara satu sama lain ". Maknanya Allah jadikan bangsa/kaum itu memang benar!
Penulis tidak fikir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat @ Pok Nik sudah cukup tua untuk menjadi nyanyuk tetapi anehnya beliau sering merepek bila bercakap. Namun beliau sendiri sedar dirinya sudah tua dan letih. Ertinya secara fizikal beliau kekurangan tenaga. Cuma akalnya saja yang masih kuat untuk berlawan dengan UMNO.
Begitulah Nik Aziz yang sedang menghabiskan masa tuanya untuk menentang UMNO, parti politik yang sebangsa dan seagama dengannya. Tetapi sementelahan beliau tidak berbangga menjadi Melayu mungkin hati nuraninya tidak memihak kepada bangsa Melayu. Dengan kata lain, mungkin beliau menyesal dilahirkan sebagai bangsa Melayu.
Kasihan Nik Aziz. Beliau tidak dapat membezakan antara agama dan bangsa. Justeru beliau berasakan secara kebetulan dan automatik menjadi Melayu. Kita tidak tahu selama ini Nik Aziz tidak menganggap dirinya Melayu. Namanya saja Melayu. Ertinya beliau tidak menyukai namanya sendiri. Jadi apa pengenalan diri Nik Aziz sebenarnya?
Nik Aziz tidak percaya pada pengenalan bangsa. Sebab itu katanya beliau membina sebuah masjid di Rantau Panjang menggunakan reka bentuk Cina dalam usaha menghilangkan masalah perkauman. Mengapa menggunakan reka bentuk Cina kalau mahu menghapuskan identiti bangsa? Jika tidak percaya pada wujudnya bangsa, kenapa tidak menggunakan reka bentuk Islam?
Penulis rasa Nik Aziz menghadapi krisis identiti. Beliau menganggap dirinya seorang Islam, tetapi bukan berbangsa Melayu. Ini pengakuan beliau sendiri. Beliau mahu dikenali sebagai seorang Islam, bukan seorang Melayu.
Aneh! Sesudah lebih 20 tahun menjadi Menteri Besar baru sekarang beliau mendakwa dirinya tidak berbangga sebagai Melayu. Ini seharusnya menyedarkan orang Melayu Kelantan bahawa Menteri Besar mereka tidak bangga dengan dengan bangsa Melayu.
Mungkin ada yang menganggap penulis cuba memutar-belitkan kenyataan. Tetapi itulah yang penulis fahami daripada berita yang tersiar didalam akhbar sebelum ini. Ada manusia yang tidak suka dilahirkan sebagai bangsa Melayu. Tidaklah diketahui mengapa beliau tidak menyukai bangsanya sendiri. Mungkin ada faktor yang menyebabkan beliau jadi begitu.
Mungkin atas sebab itulah juga beliau menolak agenda perpaduan Melayu walau pun Melayu itu Islam. Wallahuallam.
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Benarkah Karpal Singh menjalani rawatan perubatan biasa? Atau ada sesuatu yang cuba dirahsiakan oleh pihak tertentu? Kebiasaannya, ahli politik yang mengalami masalah kesihatan akan menyembunyikan tahap kesihatan mereka bagi mengelak daripada ia menjadi "bahan" laris dalam kalangan seteru politiknya. Sebagai contoh, Menteri Besar Kedah, Azizan Razak pada suatu masa dahulu pernah digesa agar berundur diri daripada terus memimpin Kedah atas faktor kesihatan. Maka, apakah hal yang sama juga bakal berlaku terhadap Karpal Singh yang umurnya sudah pun mencecah 72 tahun? Saya kurang percaya, jika ada yang mendakwa tahap kesihatan Karpal Singh berada dalam keadaan meyakinkan, saya fikir sudah tiba masanya beliau berundur dan bersara daripada politik. Dan lebih bijak lagi, sekiranya Karpal Singh bersegera menulis buku memorinya - sebelum beliau meninggalkan dunia yang fana ini.
PETALING JAYA: Pengerusi DAP, Karpal Singh dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan perubatan biasa, bukan kerana jatuh sakit. Perkara ini disahkan oleh anak kedua beliau, Gobind Singh Deo. "Memang benar bapa saya dimasukkan ke hospital, tetapi bukan kerana beliau tiba-tiba jatuh sakit. "Beliau hanya mendapatkan rawatan susulan seperti yang dijadualkan oleh doktor," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin. Gobind Singh yang juga ahli Parlimen Puchong berkata sudah menjadi perkara biasa bagi bapanya yang berusia 72 tahun itu ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan kesihatan. "Ia hanya rawatan susulan dua-tiga bulan sekali," katanya. Bagaimanapun beliau tidak memberitahu hospital tempat bapanya dirawat. Sebelum ini terdapat desas-desus menyatakan anggota Parlimen Bukit Gelugor ini ditahan di wad kerana jatuh sakit sejak tiga hari lalu.
Keputusan SPM 2011 pada tahun ini merupakan keputusan yang terbaik sepanjang lima tahun yang lepas.
Walaubagaimanapun keseluruhan keputusan masih terdapat jurang pencapaian di antara calun-calun luar Bandar dan calun-calun di Bandar. Calun-calun luar Bandar masih tercorot ke belakang dalam mata pelajaran English, Sejarah, Math, Pengajian Islam dan Moral Sudies.
Apa yang lebih menarik lagi ialah calun-calun luar bandar mengatasi calun-calun di bandar dalam subjek Sains. Mungkin guru-guru yang baik seharusnya di hantar ke luar Bandar dan tidak berkepol di di sekolah-sekolah dalam Bandar sahaja. Seperti menjadi amalan guru-guru yang tidak berprestasi dihukum dengan dihantar ke luar Bandar, secara tidak langsung pelajar-pelajar luar Bandar juga menerima tempias hukuman tersebut.
Realiti kehidupan di luar Bandar mungkin membantu pencapian mereka dalam mata pelajaran sains. Kehidupan harian mereka seperti bergelut dengan ayam kampong, keli, haruan, pakok-pokok ulam, ikan Karin, ikan semilai, petai, jering dan genuak berbanding dengan rakan-rakan mereka di Bandar yang hanya hidup di kota batu.
Murid yang cemerlang lahir dari bimbingan guru yang cemerlang. Pengalaman sahabat saya bekas guru cemerlang Tuan Syed Osman Mansor semasa diposting menjadi guru besar ke Sekolah Rendah Seri Gedong Sungai Petani yang merupakan di antara yang tercorot di daerah Kuala Muda di mana beliau telah 'turnaround' sekolah tersebut 'from zero to hero' seharus menjadi di antara ramuan dan pendekatan guru-guru muda hari ini.
Pendedahan mengenai pendidikan kesihatan reproduktif dan seks dilihat kurang berkesan kerana ibu bapa dan guru-guru segan membincangkan perkara itu secara terbuka Setiausaha Agung Persekutuan Persatuan-persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM), Dr. Kamaruzaman Ali berkata, tidak banyak ibu bapa mampu membincangkan mengenai pendidika...n tersebut dengan anak-anak sedangkan mereka adalah individu paling layak.
Malah terdapat ibu bapa juga tidak mempunyai pengetahuan asas mengenai pendidikan itu. Keadaan yang sama juga berlaku di sekolah apabila guru-guru segan dan cenderung untuk mengelak daripada menyentuh mengenai topik berkaitan reproduktif dan seks malah masih ramai yang melihatnya dari sudut negatif.
Apabila seseorang pasangan Islam itu ingin berkahwin dan semasa aqad nikah salah satu tanggung jawab wajib suami dan juga isteri ialah nafkah zahir dan keperluan batin. Umum mengetahui nafkah zahir seperti keperluan hidup, harta dan wang tetapi umum jarang mengupas sedalam-dalamnya keperluan batin atau nafkah batin.
Batin dilihat sekadar hidangan sex di ranjang dimana itu hanyalah 'the ends meet' selepas proses-proses panjang seperti ilmu melalui pendidikan zuriat. Padahal ilmu ini sangat penting. Ilmu ini perlu diajar kepada anak-anak sebaik sahaja mereka aqil baligh di mana waktu itu nafsu mula bertunas.
Di ketika itulah anak-anak perlu dididik tentang imu Pengurusan Nafsu dan Syahwat supaya mereka pandai dan bijak mengurus shahwat mereka mengikut lunas-lunas kesucian Islam.
Kerana asas ilmu ini tidak kukuh maka kita sendiri tidak tahu bila kita mula tahu tentang sex, tentang syahwat malah ironinya kita tersipu-sipu malu dengan contoh-contoh 'double meaning' seperti 'Pisang', 'Kerang', Oyster' dan lain-lain.
Kelompongan ini membuat generasi hari ini menuntut ilmu ini melalui laman-laman sesawang biru.
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dulu ketika dibebaskan dari penjara Sungai Buloh, Anwar beritahu rakyat Malaysia bahawa dia terpaksa "mencari rezeki" di Amerika kerana tiada peluang "mencari rezeki" di Malaysia. Maka berhijrahlah Anwar ke Amerika yang mendakwa dirinya mencari rezeki sebagai pensyarah pelawat universiti (John Hopkin dan Georgtown). Anwar menetap di Amerika selama dua tahun (2005-2007).
Sekembalinya Anwar ke tanah air pada akhir 2007, dia membawa wang yang banyak. Anak-anaknya semuanya dihantar ke Amerika untuk menyambung pelajaran. Rumahnya di Damansara telah dijual dan dibeli rumah baru yang lebih besar di Bukit Segambut bernilai puluhan juta. Hanya dua tahun berkelana di Amerika mampu membina rumah semewah itu. Itu yang ditunjukkan kepada kita. Dari segi kemewahan rumah, yang tidak ditunjuk, masih banyak lagi.
Pegawai khas Anwar pun ramai, selain Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad, Nathaeil Tan, Sim Tze Tzi dan lain lain lagi. Dari mana Anwar dapat duit membayar seramai pegawai khas itu ? Berapa pula gaji bulanan pegawai-pegawai khas lain yang turut Anwar bayar ? Itu cerita sebelum Anwar menjadi ketua pembangkang di Parlimen. Sekarang Anwar sudah menjadi ahli parlimen Permatang Pauh dan mendapat gaji tambahan sebagai ketua pembangkang.
Tetapi Anwar masih berulang-alik ke luar negara memenuhi tugasan Amerika Syarikat. Kemuadian pula ke Bangkok untuk " berurut "? Kalau masih berminat menjadi penceramah Amerika, kenapa bertanding di Malaysia ? Sampaikan ketika Pakatan rakyat sibuk menangani masalah pilihanraya kecil di Perak dan Kedah, Anwar masih sibuk dengan urusan Amerika.
Kemudian Anwar bersama Madeline AlBright di Doha Qatar, kononnya hendak menyelesai masalah Gazza. Dengar cerita, masih menjadi penceramah Amerika, walaupun sudah berjawatan Ahli Parlimen dan Ketua Pembangkang ketika itu? Kemudian jadi " Menteri Parlimen Malaysia " pulak disana?
Masih tidak cukup gaji ketua Pembangkang di Malaysia, hingga masih sibuk ke hulu ke hilir menjadi penceramah Amerika ? Samasa kempen mengundi di Permatang Pauh, Anuar mengatakan yang dia tak berkemampuan untuk menyediakan minuman kepada pengundi kerana tidak ada wang? Boleh percaya ke? Sejak bila pula bangsa Yahudi bernama Madeline Albright berminat membantu umat Islam di Palestin, kecuali mengusahakan tindakan agar negara-negara Islam tunduk kepada Amerika dan Israel?
Kalau kita membaca keynote address Anwar di Plenary Session of the U.S.-Islamic World Forum, 14 February, 2009, Four Seasons Hotel, Doha, Qatar pun kita tidak pandangan-pandangan bernas Anwar untuk menyelesaikan masalah Ghaza, kecuali ucapan seorang agen Amerika yang merayu-rayu agar kempimpinan Obama membaiki sikap terhadap dunia Muslim.
Kata Anwar, "Our deepest fears were abated with hope that the Obama administration would honour the promises of a new agenda to re-engage with America"s friends and foes around the world in the interests of greater peace and in the pursuit of justice and liberty.
We see a president committed to the values of freedom and democracy, a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect"
Itu hanya rayuan agen Amerika kepada majikannya Amerika Syarikat. Belum tentu Obama mempedulikan pandangan Anwar yang dianggap gagal melaksanakan misi Amerika di Malaysia. Anwar menuduh Malaysia membayar pelobi Yahudi bernama Jack Abramof untuk berjumpa dengan Presiden Amerika. Perjumpaan sekali itu dicanang Anwar berulang-ulang kali. Itu hanya sekali.
Anwar yang berjumpa banyak kali dengan pelbagai Yahudi, bukan setakat Jack Abramof, malah Madeline Abright, Carl Gershman, Paul Wolfowitz, Al Gore dan pelbagai tokoh-tokoh Yahudi lagi semata-mata untuk melobi memburuk-buruk Malaysia dan membantunya agar dapat menawan Malaysia. Anwar tidak bising kalau dia berunding dan melobi dengan Yahudi untuk memburuk-buruk Malaysia. Anwar akan bising kalau ada pihak dari Malaysia yang melobi sama untuk memperbetulkan dakwaan negatif Anwar.
Inilah manusia talam dua muka, di depan PAS cakap lain, di depan Amerika cakap lain. Di depan PAS, Anwar cakap, "ana akan berunding dengan Amerika untuk selesaikan masalah Ghaza", di depan Amerika pula, " I sudah dapat kontrol Parti Islam SeMalaysia, semua di bawah telunjuk I sekarang"
Anwar sibuk berceramah dengan Madeline Albright di Qatar, Ustaz Hadi pula sibuk mempertahankan Pakatan Rakyat di Malaysia. Apa cerita permainan politik Anwar dengan ustaz Hadi ini ? Anwar sendiri bersekongkol dengan aktivis-aktivis pro Israel dalam Brookings Intitution. Anwar dilantik sebagai penasihat antarabangsa institut yang dibiayai oleh dana Yahudi itu.
Kalau Anwar sudah bersekongkol dan mendapat habuan yang lumayan daripada yayasan-yayasan Yahudi di Amerika Syarikat, kenapa masih menaruh harapan lagi kepada Anwar.
Tanpa pertolongan rakyat Malaysia pun Anwar sudah mendapat kesenangan dunia hasil pertolongan Amerika dan Israel. Dengan pertolongan rakyat Malaysia, akan mempercepatkan lagi hasrat Amerika dan Israel menobatkan bonekanya menjadi PM Malaysia..Sama-samalah kita fikirkan.
Wallahuallam.
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Kira-kira 6 ribu masyarakat india di sekitar klang menyambut kehadiran isteri perdana menteri, datin seri rosmah mansor di karnival wanita india 1malaysia di taman sentosa klang, semalam.
Pada pandangan Panglima foto ini tidak wajar disebarkan walaupun kita geram dengan tindakan mereka menghina dan memperlekeh negara selain menghalalkan kalimah Allah dan merosakkan masa depan bangsa kita serta menyokong komunis Mat Indera.
Kita elakkan dari mengaibkan mereka dan banyakkan usaha untuk terus menjawab hujah yang dilontarkan bukan dengan gambar aib sebegini. Harap teguran ini tidak mengguris hati rakan seperjuangan.
Jika ada memilih cara sebegini terpulanglah kepada mereka kerana kita mempunyai cara yang berbeza.
Bahan sesuai ialah seperti berita di bawah ini sudah cukup mendedahkan sikap PAS yang jelas mementingkan parti dari rukun kelima umat Islam.
Ia lebih diminati rakyat atas pagar termasuk golongan muda mudi yang kini makin kuat jiwa agama mereka dengan bukti video tokoh agama di youtube sangat mendapat sambutan.
عبد الحليم أتين wrote: Dewan Rakyat Kecoh, MP Pembangkang Persoal Kerajaan Tarik Balik RUU Pilihan Raya
KUALA LUMPUR: Hari pertama mesyuarat kedua persidangan Dewan Rakyat bagi penggal kelima bermula kecoh apabila wakil rakyat pembangkang mempersoalkan kredibiliti kerajaan menarik balik Rang Undang-undang(Pindaan) Akta Kesalahan Pilihan Raya di peringkat senat pada 10 Mei lalu.
Menggunakan Peraturan Mesyuarat 14, M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) mahu kerajaan memohon maaf diatas tindakan menarik balik rang undang-undang tersebut malah mendakwa ia dibentangkan secara tergesa-gesa tanpa melalui proses kajian yang menyeluruh.
Bagaimanapun dakwaan Kulasegaran disanggah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kerana tegasnya penarikan balik rang undang-undang itu dibuat selepas mendapat persetujuan semuapihak termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan wakil Ketua Pembangkang.
"Saya sudah berbincang dengan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Saya sudah hubungi...saya panggil Ketua Pembangkang. Tanya Ipoh Timur (Lim Kit Siang).
"Tiada minta maaf...anda tak faham," katanya pada pemulaan sesi persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin.
Bagaimanapun Kulasegaran tetap tidak berpuas hati malah terus membangkitkan isu bahawa kerajaan perlu melakukan perbincangan dengansemua pihak termasuk pembangkang sebelum membentangkan rang undang-undang berkenaan.
"Kurang perpincangan antara kerajaan dan pembangkang. Sepatutnya perlu ada sedikit penghormatan kepada kami (pembangkang)," katanya.
Namun Mohamed Nazri sekali lagi menegaskan bahawa perbincangan tidak perlu diadakan demi menjaga kredibiliti SPR sebagai badan bebas kerana pindaan undang-undang sedia ada itu dibuat oleh suruhanjaya itu sendiri.
"Kita tak boleh campur urusan SPR. Kalau kata nak bincang dulu antara kerajaan dan pembangkang, ia tak mungkin boleh berlaku kerana itu cadangan daripada SPR. Kita mesti bertanggungjawab.
"Kita hanya boleh tengok cadangan pindaan itu selepas ia dibentangkan. Ini kes istimewa kerana ia dibawa oleh SPR. Ini bukansoal penghormatan, kita mesti hormati kebebasan SPR," katanya.
Sebelum itu Mohamed Nazri memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan mengambil keputusan menarik balik rang undang-undang itu selepas Dewan Negara membahaskan untuk meminda dua pindaan terhadap cadangan akta itu.
"Dalam perbahasan peringkat Dewan Rakyat kita lakukan tiga pindaan. Kemudian apabila ia dibahaskan diperingkat Dewan Negara, Dewan Negara bahaskan untuk membuat dua lagi pindaan menjadikan semua lima pindaan.
"Kalau kelima-lima pindaan ini dibuat, bermakna rang undang-undang itu sudah tidak bermakna. Sebab itu kita telah berunding bersama dengan Ketua Pembangkang dan SPR bagi mendapatkan persetujuan supaya rangundang-undang itu ditarik balik," katanya.
Tegas beliau tidak timbul isu yang mengatakan pindaan terhadap akta itu dilakukan secara tergesa-gesa tanpa kajian.
"Ia bukan tergesa-gesa. Ini rang undang-undang daripada SPR, cara urusan kita ialah apabila SPR cadangkan apa-apa pindaan undang-undang berkaitan SPR...jemaah menteri tak buat apa-apa pindaan atau kajian untuk jaga kebebasan SPR.
"Sebab itu apabila cadangan itu sampai ke kabinet, kita luluskan tanpa apa-apa pindaan yang dibuat kerana kita tiada hak untuk berbuat demikian.
"Itu bukan tergesa-gesa, kalau ada apa-apa perasaan tak puas hati, ia harus dihalakan kepada SPR," katanya.
Rang undang-undang itu dibentangkan pada 9 April lepas di mana pindaan berkenaan bertujuan menambah baik proses pengundian termasuk menjauhkan lagi tempat bagi orang ramai menunggu atau berada dekat pusat mengundi pada hari mengundi dari 50 meter kepada 100 meter kecuali bagi mereka yang masuk untuk mengundi.
Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang tersebut pada 19 April setelah dibahaskan selama tujuh jam. Disiar di Graoup Facebooker 1Malaysia Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Lebih biadap Nik Aziz telah sanggup menuduh Nabi Muhammad saw juga mengamalkan kronisme seperti video di bawah untuk menghalalkan perbuatan puak seangkatan dengannya :
JOHOR BAHARU 10 Jun – Kira-Kira 30,000 rakyat Johor pelbagai kaum dan agama berhimpun secara aman di pekarangan Istana Pasir Pelangi bagi menyatakan sokongan dan taat setia kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.
Mereka membawa pelbagai sepanduk dan mula berhimpun sejak 10 pagi tadi di Sangkar Kristal, Taman Pelangi sebelum berarak sejauh satu kilometer ke Istana Pasir Pelangi, yang merupakan kediaman rasmi Sultan Johor pada 2 petang.
Sultan Johor turut berangkat ke Himpunan Menjunjung Kasih dan Taat Setia Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Johor itu, yang dianjurkan Majlis Penyelaras Gabungan NGO Melayu Negeri Johor (Gabung).
Suasana di pekarangan istana yang penuh sesak bertukar menjadi emosional apabila baginda tiba-tiba menjadi sebak dan menitiskan air mata ketika menyampaikan ucapan ringkas kepada hadirin.
"Saya tidak akan melupakan hari yang amat bersejarah seperti hari ini," kata baginda sambil mengesatkan air mata dan laungan "Daulat Tuanku" rakyat yang menghadiri perhimpunan itu terus berkumandang. – BERNAMA
Sepertimana Mymassa telah nyatakan sebelum ini http://mymassa.blogspot.com/2012/06/news-pesan-datuk-lajim-ukin_10.html bahawa Datuk Lajim Ukin tetap bersama UMNO dan BN. Semalam mymassa sekali lagi bersembang dengan orang-orang kanan Datuk Lajim Ukin, mereka hendak sampaikan kepada anda jangan terikut-ikut dengan ketemberangan Anwar Ibrahim.
Mari kita lihat Pembodohan Anwar Ibrahim kepada anda
Plot 1 : Anwar perbodohkan Pas dengan menyuruh PAs mewar-warkan akan ada Pengumuman Maha Besar di Himpunan Hijau Pas 1 Jun 2012. Kononnya 2 Wakil Rakyat BN akan sertai Pakatan Rakyat. Pas yang kebodohan pun ikutlah cakap Anwar tu...
Plot 3 : Walaupun rundingan gagal tetapi Anwar buat plan lain. Anwar paksa dirinya terbang ke Kota Kinabalu. Anwar beritahu pengikutnya dia terbang ke Kota Kinabalu kerana hendak hadiri program Besar. Kemudian dalam diam-diam Anwar tukar tiket ke Labuan. Anwar suruh budak-budaknya tulis dalam internet kononnya hujanlebat kapal tak boleh terbang lah kapal tak boleh landing di Kota Kinabalu lah.
Plot 4 : Dalam diam-diam Anwar terbang ke Tawau berehat-rehat sambil makan udang besar, ikan besar...sambil ketawa terbahak-bahak...
Mari kita ketawakan mereka... Kebanyakan blogger-blogger pembangkan menDelete posting-posting mereka mengenai harapan Menggunung mereka melihat Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing menyertai Pakatan. ..Tahniah Anwar kerana berjaya memperbodh-bodohkan mereka semua hehe...
* Sebab itulah apabila beliau dilantik menjadi Penasihat Ekonomi di Selangor, nilai yang diletakkan ke atas kepakaran beliau hanyalah RM 1. Bukan sebab hendak jimat duit rakyat sangat pun. Mohon sebar-sebarkan - Kredit Pahlawan FB, JAS Salleh
Bagaimana Azmin-Shamsida kumpul kekayaan luar biasa ?
Klik untuk besarkan imej
Azmin Ali pernah disiasat BPR (sekarang SPRM) pada tahun 1995 kerana terdapat laporan terdapat kekayaan luar biasa yang dimiliki Azmin yang tidak setimpal dengan pendapatannya. Siapa yang melaporkan kepada BPR ketika itu dan kenapakah Azmin dilaporkan kepada BPR adalah dua persoalan yang menggambarkan memang dari dulu (sejak Azmin menjadi Setiausaha sulit kanan-SUSK- Anwar di Kementerian Kewangan)sumber kekayaannya amat diragui.
Memang benar Azmin disiasat BPR pada tahun 1995, tetapi bukan berkaitan dengan saham. Siasatan ketika itu berkaitan dengan bukti fizikal yang nampak di depan mata iaitu 'Kereta Mewah' dan 'Rumah Mewah'. Tiada siasatan berkaitan dengan pemilikan saham-saham yang bernilai jutaan ringgit, kerana bukti itu tidak nampak secara umum. Azmin dan Shamshida sembunyikan semua resit-resit pembelian saham-sahamnya, tetapi sekarang sudah terbongkar, bermakna SPRM mempunyai bukti baru yang telah disembunyikan sebelum ini.
Perlu ditegaskan siasatan BPR pada tahun 1995 hanya berkisar berkenaan rumah dan kereta dan siasatan SPRM pada tahun 2009 berkisar berkenaan dengan saham. Bermakna siasatan yang berkisar dua aspek yang berbeza. Tetapi SPRM boleh menyambung semula, siasatan lama (1995) yang tertunggak sebelum ini berdasarkan dengan penemuan bukti-bukti baru (pemilikan saham). Kerana dengan adanya bukti-bukti pemilikan saham menggambarkan Azmin dan Shamshida mampu memberi kereta mewah dan rumah mewah.
Azmin kata, buktikan beliau mendapat saham-saham terbitan khas yang dikeluarkan dari Kementerian Kewangan ? Azmin sengaja memanipulasikan kenyataan, tuduhan terbaru ke atasnya bukan saham terbitan khas dari Kementerian Kewangan, tetapi saham-saham yang dibelinya sendiri oleh Azmin dan Shamsida serta menggunakan proksi-proksi adik beradik Shamshida (Jamil, Jamal dan Johan) melalui pembelian saham terbuka di pasaran saham dan saham-saham di syarikat-syarikat tertentu.
Bukti-bukti pembelian saham telah dikemukakan kepada SPRM dan sudah bertebaran di internet dan mungkin Azmin-Shamshida sudah melihatnya di internet, sebab itu dia berani mencabar saham-saham yang lain yang tidak wujud khususnya dari Kementerian Kewangan. Ini bukan soal saham kelulusan dari Kementerian Kewangan, tetapi persoalannya dari mana Azmin dan Shamshida memperolehi kewangan membeli saham-saham bernilai jutaan ringgit yang tidak setimpal dengan statusnya pegawai kerajaan, SUSK di Kementerian Kewangan
Perlu diingat Azmin dan Shamshida memiliki saham bernilai lebih RM10.5 juta pada sekitar tahun 1992-1995, adalah dianggap seorang yang jutawan pada tahun tersebut. Sesiapa yang memiliki wang RM1 juta pada tahun 1990-an sudah dianggap jutawan, apatah lagi memiliki wang sebanyak RM10.5 untuk membeli saham.
Itu baru pembelian saham yang dapat dibuktikan, bagaimana pula dengan pembelian saham yang masih belum dapat dibongkar ? Bagaimana pula dengan simpanan tetap Azmin-Shamshida di Bank Singapura dan Switzleand ?
Apa berlaku dalam siasatan BPR 1995 ?
Memang Azmin disiasat pada tahun itu, tetapi dengan campur tangan Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan siasatan ke atas Azmin Ali dihentikan.
Anwar yang kononnya mahu memperkasakan BPR telah menggunakan kuasanya melantik kroninya, Datuk Shafie Yahya sebagai Ketua Pengarah BPR dengan tujuan semua kuasa penyiasatan BPR di bawah telunjuk Anwar.
Seperti kata bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor dalam ceramahnya di Petaling Jaya, kononnya Anwar mahu membanteras rasuah tetapi dalam masa yang sama melantik kroninya menjadi Ketua Pengarah BPR. Bukankah itu juga malan rasuah dan kronisme ? Kenapa Anwar tidak mencadangkan badan BPR yang tiada pengaruh Anwar seperti SPRM yang diluluskan di parlimen hari ini ?
Apabila Azmin diadu melakukan rasuah, Anwar serta merta mengarahkan Datuk Shafie Yahya menghentikan siasatan dengan alasan sekiranya siasatan diteruskan akan menjejaskan reputasinya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri kerana Azmin Ali adalah salah seorang pegawai kanan yang amat dipercayai di pejabatnya. Maka siasatan pun dihentikan dengan tiada apa-apa dokumen penting dimasukkan ke dalam fail siasatan.
Siasatan 95, campur tangan Anwar, bagaimana pula siasatan 98 ?
Kata Azmin, baiklah jika siasatan pada tahun 1995 dihentikan kerana campur tangan Anwar yang berkuasa sebagai TPM ketika itu, kenapa siasatan pada tahun 1998, ketika Anwar sudah kehilangan kuasa, Azmin juga dilepaskan.
Siasatan 1998, bukanlah siasatan BPR tetapi siasatan polis. Dua entiti yang berbeza dengan tujuan yang berbeza. Pada tahun 1998, Azmin tidak disiasat oleh BPR tetapi disiasat oleh polis kerana mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pemecatan Anwar Ibrahim sebagai TPM dan Menteri Kewangan. Orang pertama yang perlu disiasat polis ekoran pemecatan Anwar adalah pegawai yang paling kanan iaitu Azmin Ali.
Azmin sendiri mengakui dia direman 8 hari dalam siasatan itu. Tetapi siasatan polis ketika itu bukan menjurus kepada pemerolehan harta Azmin, sebaliknya siasatan lanjut berkenaan dengan gerak kerja Azmin sepanjang menjadi pegawai kanan Anwar Ibrahim, suspek utama yang akan didakwa ketika itu.
Siasatan polis menjurus kepada penyelewengan Anwar yang bakal didakwa di mahkamah pada tahun 1998, bukannya siasatan ke atas penyelewengan Azmin. Tiada penglibatan BPR menyiasat Azmin pada tahun 1998.
Siasatan polis ke atas Azmin pada tahun 1998 bertujuan untuk dijadikan bukti di mahkamah semasa pendakwaan ke atas Anwar, berkaitan dengan penyelewengan dan salh laku yang dilakukan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dalam menghalang siasatan lanjut berkenaan skandal Anwar dan Shamshida yang juga merupakan isteri kepada Azmin Ali.
Sebab itu polis menahan reman Azmin selama 8 hari, kerana orang yang bakal didakwa di mahkamah membabitkan isterinya sendiri, Shamshida Taharin.
Tetapi terdapat perkara pelik yang dilakukan oleh Azmin semasa 8 hari siasatan itu. Dalam tahanan reman itu, dia banyak membuat pengakuan ekslusif (yang masih disimpan dalam rekod polis Bukit Aman), tetapi apabila tampil di mahkamah, Azmin menukar pengakuannya dan menjadi pembela Anwar pula.
Ekoran daripada itu, Azmin telah membuat kenyataan yang bercanggah di mahkamah dengan kenyataan lisannya semasa dalam tahanan polis. Maka, Azmin telah dibicarakan kerana membuat pengakuan palsu pada tahun 1999. Perbicaraan Azmin memberi keterangan palsu, Hakim Mahkamah Sesyen Akhtar Tahir mendapati Mohamed Azmin bersalah dan mengenakan hukuman penjara 18 bulan.
Azmin terlepas daripada penjara 18 bulan, apabila hakim Mahkamah Rayuan menerima permohonan rayuan Azmin dan dibebaskan sepenuhnya pada tahun 2009.
Ada kes yang masih belum terbongkar
Kes penyelewengan di Phileo Allied Bank seperti yang terkandung dalam akuan bersumpah, Datuk Khalid Murad masih belum dibongkarkan sepenuhnya. Bank itu sudah gulung tikar sekarang ini ekoran salah guna melampau Anwar Ibrahim menggunakan proksi menubuhkan bank untuk kepentingan agenda politik serta meletakkan kekasihnya, Shamsida Taharin di situ.
Shamsida goyang kaki tanpa perlu hadir ke pejabat, tetapi dalam masa sama diberikan pelbagai kemudahan termasuk kereta audi dan pemandu serta kemudahan lain termasuk elaun-elaun tambahan yang mencecah hampir rm30 ribu sebulan. Maka tidak hairan jika Phileo Allied Bank bangrap selepas Anwar dipecat daripada Menteri Kewangan.
Selain melantik proksi Anwar bernama Tong Kooi Ong menjadi CEO Phileo Allied Bank, Anwar juga mendapat 30 persen daripada bank itu melalui proksinya bernama Hassan Moktar dan Ahmad Latif yang dilantik sebagai pemegang syer dalam syarikat Utus laksana yang menjadi pemegang syer terbesar Phileo Allied Bank.
Walaupun Anwar telah mengarahkan semua dokumen-dokumen di Phileo Allied Bank dilupuskan sebaik sahaja dia dipecat pada tahun 1998, namun bukti-bukti hidup masih ada sampai sekarang. Pekerja-pekerja di bank itu yang merana kerana bank telah gulur tikar dalam sekelip mata boleh menjadi saksi bagaimana penyelewengan Anwar bermaharajalela atas nama Menteri Kewangan.
Ramai pekerja-pekerja Phileo Allied Bank yang boleh menjadi saksi. Salah seorangnya adalah Ng Seng Hing yang menjadi akautan/financial controller Phileo.
Paling menarik di bangunan Phileo Allied Bank itu terdapat sebuah bilik VVIP khas, tempat rehat Anwar Ibrahim dan Shamsida Taharin dalam kekerapan sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Bilik rehat VVIP itu hanya untuk Menteri kewangan dan Executive Corporate Affairs, Phileo (Shamshida) sahaja. Tentu Wan Azizah juga ingin tahu jika kes Phileo Allied Bank ini dibongkar semula.
PAS Terengganu telah memalu gendang dan menghebahkan bahawa Raja Bahrin akan masuk PAS.
Malah Raja Bahrin beberapa kali dibawa ke pentas ceramah PAS untuk memperkenalkannya sebagai calon di salah satu kerusi Parlimen / DUN di Kuala Terengganu.
Rasanya ramai yang kenal dengan anak gadis Raja Bahrin ini yang mana pernah jadi popular semasa dia kecil (kes Raja Bahrin bawa lari anaknya dari bekas isteri).
Kini anak gadisnya telah dewasa dan berkahwain.
Raja Bahrin diberitakan telah berkahwin dengan seorang artis iaitu Noryn Aziz. Mari kita tengok imej isteri bakal calon PAS ini.
MyMassa berkongsi dengan pembaca bagaimana keadaan PAS sekarang yang begitu terdesak untuk menang pilihan raya. Jika dahulu hanya ustaz atau ustazah boleh jadi calon PAS, sekarang ini sesiapa sahaja boleh jadi calon PAS asal mereka 'winnable' candidate. Walaupun individu tersebut baru masuk politik dan tidak tahu apa-apa tentang perjuangan PAS (termasuk calon bukan Islam yang bertanding di bawah DHPP).
Individu yang tidak melalui usrah yang yang direncanakan oleh Lujnah Tarbiyah dan Latihan Kepimpinan PAS pun boleh jadi pemimpin dalam parti. Bila keadaan ini berlaku, PAS berubah dari sebuah gerakan Islam yang perjuangkan Negara Islam kepada parti politik yang gila kuasa semata-mata.
Kita lihat kini ramai yang menyertai atau sokong PAS. Ramai yang pemuda dan pemudi yang tampal stiker, kibar bendera dan pakai baju PAS. Cuba tanya pada mereka, adakah mereka faham dasar perjuangan PAS? Jika mereka tahu pasal Islam, takkan muslimat PAS boleh buat perangai macam ni?
Bagi MyMassa, PAS tersesat jauh dari perjuangan asal kerana pemimpin-pemimpin mereka yang mabuk kuasa. Sampai satu masa, PAS bukan diruntuh oleh pihak lawan tetapi akan runtuh sendiri kerana nilai Islam dalam parti tersebut sudah hilang. Lihatlah bagaimana orang yang bukan ulama seperti Mat Sabu boleh dilantik ke jawatan Timbalan Presiden. Nak cakap Mat Sabu ni golongan profesional pun tak boleh sebab satu Malaysia tahu Mat Sabu tak habis belajar di ITM. Itulah hakikatnya.
*Dulu slogan PAS menuju akhirat, sekarang ni dah tukar menuju Putrajaya sejak golongan ulama ditewaskan oleh parasit dalam PAS.
Walau bagaimanapun, beliau WAJIB mempelajari terlebih dahulu teknik-teknik untuk kekal berkuasa yang WAJIB diamalkan oleh seorang Keramat Hidup seperti bapanya.
Sebagai contoh, solat mesti didirikan di merata-rata tempat. Namun adalah amat penting untuk memastikan timing-nya tepat, yakni ketika mana wartawan dan para penyokong sedang berkumpul bagi memastikan perasaan riak dan ujub itu dapat dinikmati sepenuhnya. Soal syubhah dan syak tetang kebersihan tempat sujud tadi tidak menjadi hal lagi.
Dan sebagai cubaan pertama beliau untuk test power (orang tengok ke tidak), di bawah inilah hasilnya...(walaupun di Malaysia ini 99% bangunan ada disediakan surau).
Nampak gaya macam syok sendiri sahajalah jawabnya.
*Kenapa Nik Aziz sekeluarga suka sangat bersolat merata-rata tempat?!! Ada sumpahan tidak boleh masuk masjid ke?!!
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sebelum ini heboh diseluruh negara dengan pengiktirafan Mat Sabu bahawa komunis yang membunuh anggota polis adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar.
Mat Sabu juga menghalalkan darah anggota polis yang beragama Islam yang terkorban di Bukit Kepong dibunuh oleh 200 orang Komunis yang tidak mempunyai agama dan tidak percaya wujudnya tuhan.
Ini yang menjadi perjuangan PAS sejak isu komunis menjadi hangat diseluruh negara,menghalalkan darah anggota polis Bukit Kepong dan angkat 200 orang komunis yang tidak beragama sebagai pejuang kemerdekaan.
Dalam usaha mempertahankan Mat Sabu pelbagai dalil dakyah disebarkan,hinggakan perjuangan parti komunis juga diangkat sebagai satu perjuangan setaraf pejuang kemerdekaan.Menyamakan Chin Peng yang dikenali sebagai The Butcher Of Malaya sebagai salah seorang pejuang kemerdekaan.
Inilah dipanggil sebagai khawarij,mereka akan menghalalkan apa saja asalkan matlamat mereka tercapai. Darah rakyat berbilang bangsa yang diperlakukan dengan zalim dan kejam dihalalkan oleh khawarij PAS dan pakatan.
Nah,kelmarin seluruh blog haprak pakatan termasuk portal tipu sana sini Malaysiakini perbesarkan seolah Mat Sabu difitnah oleh pihak akhbar semasa perbicaraan berlangsung berikutan seorang saksi membuat laporan hanya bersandarkan kepada laporan akhbar.
Bagaikan satu keputusan mahkamah,seolah Mat Sabu memperolehi satu kemenangan kononnya pihak akhbar telah membuat fitnah terhadap beliau.
Yang dimainkan oleh blog dan media haprak pakatan hanya bersandarkan kepada laporan akhbar. Mereka cuba sembunyikan fakta video dibawah ini yang secara jelas tohmahan Mat Sabu dibuat terhadap anggota Polis Bukit Kepong.
Pisau melihat jika beginilah cara haprak pakatan berpolitik,adalah menjadi satu kewajipan buat jika haprak pakatan memerintah dinegara ini agar hapuskan sejarah perjuangan Leftenan Adnan bersama Rejimen Askar Melayu di Bukit Candu kerana pada waktu itu beliau juga adalah askar British.
Bukukan perjuangan komunis sebagai pejuang kemerdekaan didalam buku teks sekolah agar anak anak dididik mempercayai kezaliman komunis hanyalah sebuah penipuan dan dakyah British!
Anda diluar sana bersetuju anggota polis Bukit Kepong yang beragama Islam dibunuh oleh 200 komunis yang tidak mempercayai agama dan tuhan? Mat Sabu mahukan 200 komunis ini diangkat sebagai pejuang kemerdekaan. Anda setuju?
Sekali lagi Pisau ingatkan khawarij PAS sanggup menghalalkan perjuangan komunis hingga menyamakan Nabi Muhammad dengan perjuangan komunis di Tanah Melayu.
Bab nak menghalalkan cara asalkan matlamat tercapai kita serah kat khawarij PAS, Dek kerana nak mempertahankan Mat Sabu dengan komunis presiden khawarij juga sanggup menghalalkan perjuangan komunis dengan samakan Nabi sebagai pengkhianat bangsa.
Nabi pun dianggap pengkhianat
Dunia hari ini akan menghukum bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah pengkhianat kepada bangsa dan tanahair, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Ini, katanya kerana Nabi s.a.w. menyerang bangsa dan tanahairnya sendiri di Mekah dan kaum Arab yang dipimpin oleh bapa mertuanya, Abu Suffian.
"Tidak, tidak sekali-kali kerana bangsanya menganut ajaran jahiliah, ajaran syaitan dengan meninggalkan syariat Allah SWT," tegasnya semasa berkhutbah Idulfitri di Masjid Rusila, hari ini.
Pada ketika itu, jelasnya di bahagian timur Semenanjung Tanah Arab dijajah oleh Parsi dan baratnya oleh Rom.
"Mekah dibebaskan, Mekah dimerdekakan. Dimerdekakan daripada siapa? Dimerdekakan daripada jahiliah, bukan jahiliah Parsi, bukan jahiliah Inggeris, jahiliah Perancis, jahiliah Cina dan India. Mekah dibebaskan dari jahiliah Arab, sebangsa dengan Nabi s.a.w.," jelasnya di hadapan lebih 3,000 jemaah.
Katanya, Mekah dijajah oleh jahiliah Arab, dengan itu Nabi s.a.w. memimpin para sahabat untuk membebaskan Mekah daripada jahiliah bangsanya sendiri.-Haramkah
Apa kena mengena rasullulah berperang dengan kafir dengan perjuangan komunis?Adakah komunis memperjuangkan agama Islam? Adakah komunis mempertahankan bangsa dan tanahair?
Adakah komunis berperang menentang melayu kafir jahilliah? Inilah taraf presiden khawarij,kita dah nampak bagaimana timbalan khawarij bermulut longkang berotakkan kepala lutut.Sekarang presidennya pula lebih komunis daripada komunis pula.
Murtad pun dah halal,sekarang komunis pun dah jadi perjuangan fisabillilah....
Pisau kata " Mat Sabu cukup takut isu komunis kembali jadi panas,ramai bekas anggota keselamatan panasnya masih belum reda"
Have you ever read the comments section of Malaysiakini? Then you should know what we mean when we say that Malaysiakini's hardcore followers are racists, misogynists (that's people who hate women) and bigots.
The kinds of comments they post makes us want to migrate to another country to escape these ugly people with ugly views. They think they are carrying on a discussion but they are just spewing hate and bigotry.
At the height of the NFC issue, they used such foul language on Shahrizat Jalil that we wondered whether Malaysiakini was read by monsters or animals.
We dislike Shahrizat too and we think her husband is a national disgrace and also her two sons. She should also resign and disappear from public instead of hanging around.
But that does not justify Malaysiakini readers/commentors for saying things like she has fondled her tits till cow milk gushed out, that she should open her legs if she wants to survive and other obscene language.
Mahathir is the favourite target of the Malaysiakini racists. They call him mamak kutty, mamak dog and balik India.
Some people tell us that the commentors are not real people in the sense that they are paid cybertroopers, mostly from the DAP, to dominate the discussion and create an impression that all Malaysians hate Umno, MCA and everything connected to the BN.
Unfortunately the greatest impression they have created is that PR supporters are racists, bigots and women haters and that the audience of Malaysiakini are the worst of Malaysian society.
Is it any wonder that Malaysiakini cannot attract enough advertisements to be self sufficient and has to crawl to PR for funding?
Which right-minded company or product would want to be associated with this kind of website, read by people who think and talk like Mat Rempits and Ah Longs?
The only people who should rush to advertise in Malaysiakini would be companies selling red paint and motorcycles that can outrace a police car. Our investigations showed that Malaysiakini gives out free advertisements – without the consent of these companies!
There used to be reasoned and rational people commenting in Malaysiakini. But as the news coverage became more one sided and the spinning became so ridiculous, the intelligent and objective readers have shrunk back from commenting.
Why be associated with this low life crowd, they must be thinking? Congratulations Malaysiakini.
You have become the opposite mirror image of the mainstream media that your supporters love to rubbish. You have reached the pinnacle as a propaganda machine for PR leaders and you are a magnet for rabid racists and bigots.
You must be very proud of that. And all these racists and bigots also happen to be fervent supporters of Pakatan Rakyat. That is scary!!-Stopthelies
Rakyat mengalu-alukan formula baru pembahagian kerusi berdasarkan konsep 'calon boleh menang' dan bukannya populariti parti sepertimana yang diumumkan oleh Tan Seri Muhyiddin Yassin semalam.
Contoh yang diberikan ialah, "…kalau di Parlimen Batu kita lihat (Pengerusi Parti Progresif Penduduk Wilayah Persekutuan) Datuk A. Chandrakumanan boleh menang, maka kita letakkan menggantikan Gerakan,…"
Formula baru ini dapat memastikan bahawa penyokong BN tidak berada dalam dilemma ketika membuang undi atas alasan tidak suka dengan calon yang diletakkan. Sementara itu, ia juga akan membantu BN menarik golongan atas pagar kerana golongan ini sering mengundi berdasarkan calon dan bukan parti. Lebih dari itu, tidak mustahil penyokong pembangkang akan memberi undi kepada BN atas faktor calon yang tepat dan diterima baik oleh masyarakat setempat.
Syukurlah kerana BN telah belajar dari kesilapan 2008, di mana faktor calon yang salah banyak merugikan parti yang sedia lemah ketika itu. Pada 2008, BN terlalu yakin dan selesa dengan nama parti sehingga mengambil mudah faktor calon. Ramai pemimpin BN ketika itu percaya yang rakyat mengundi parti dan bukan calon serta parti akan tetap menang walau siapapun calonnya dan walaupun calon itu tidak bekerja dengan baik untuk mereka. Ternyata sikap tersebut telah membawa kerugian yang besar kepada parti, rakyat dan juga negara.
Walaupun begitu, BN masih berhadapan dengan ketidakpastian sikap parti-parti komponen untuk menerima baik formula ini. Semangat setiakawan serta kematangan calon akan teruji secara langsung. Kemungkinan sabotaj dan boikot tidak boleh dielakkan seratus-peratus.
Maka, di sinilah perlunya rakyat bertindak matang agar tidak terpedaya dengan taktik sabotaj dan golongan yang tidak matang itu. Adalah penting untuk kita melihat sesuatu dalam konteks yang besar dan luas sebelum membuat keputusan. Sedikit kajian dalam mencerna maklumat juga tidak akan merugikan kita kerana undi kita adalah penentu masa depan kita dan juga negara.
Sewajarnya, sekiranya seorang wakil rakyat telah berkhidmat dengan baik akan disukai oleh penduduk setempat. Maka sewajarnyalah juga beliau akan dicalonkan kembali.
Justeru, jika tidak tercalon, ia adalah salah diri sendiri dan bukannya salah parti atau salah kepimpinan. Andainya masih ingin merajuk, mengsabotaj atau memboikot PRU kerana tidak tercalon, maka ia dengan sendirinya menunjukkan yang mereka sememangnya tidak mempunyai ciri-ciri seorang manusia yang bertanggungjawab, jauh sekali seorang wakil rakyat atau pemimpin yang baik, sekali gus membuktikan bahawa keputusan untuk tidak mencalonkan mereka adalah tepat sekali.
Apa yang para calon 'wannabe' ini perlu tahu ialah, PRU di zaman transformasi ini tidak boleh lagi dianggap seperti PRU-PRU sebelum ini. Pemikiran rakyat sudah maju, sikap rakyat sudah berubah. Rakyat mampu memperolehi maklumat mengenai pemimpin dan isu-isu tertentu melalui hujung jari sahaja. Pemimpin boleh berpura-pura baik, boleh memanipulasi maklumat dan boleh menipu mengenai sesuatu isu tetapi beliau tidak boleh menipu sesiapa kecuali dirinya sendiri.
Maka, kita harap semua pemimpin dari semua parti komponen berlapang dada dan menerima nasib mereka dalam PRU akan datang dengan terbuka. Jika nasib tidak menyebelahi anda sebagai calon, pastinya itu adalah yang sewajarnya untuk anda. Terimalah dengan sebaiknya dan baikilah diri jika masih menyimpan cita-cita untuk ke puncak kuasa. Tunjukkan pada rakyat bahawa kesepakatan antara parti-parti komponen BN adalah kesepakatan yang tulen, dan bukannya palsu sepertimana Pakatan Rakyat.
Pisau kata "di penang ,pas bergaduh dengan pkr berebut kawasan,dap penang bergaduh dengan orang luar yang guan eng nak calonkan"
Semua ini didiamkan hanya bermodalkan RM100. Lagi skandal regim DAP halau orang miskin keluar dari Pulau Pinang! Lim Guan Eng & regim DAP membuktikan mereka cakap tak serupa bikin, Buletin Mutiara dengan kos 300 ribu wang rakyat digunakan sebagai alat untuk berbohong meneruskan agenda menutup segala bentuk penipuan kerajaan regim DAP.
Kita semua sedia maklum apabila ketua menteri paling celaka dalam sejarah regim DAP Pulau Pinang mengumumkan untuk membina rumah murah dengan peruntukan 500 juta sebenarnya ia adalah untuk menutup kerugian 10billion akibat penjualan tanah Bayan Mutiara dibawah harga pasaran yang Lim Guan Eng sendiri akui semasa sidang dewan.
Realitinya rakyat miskin dihalau keluar daripada tanah pulau ,tanah pulau dijadikan kawasan eksklusif oleh kerajaan RAKYAT BERKEBAJIKAN untuk orang orang kaya .
Selepas Bayan Mutiara gagal untuk membina rumah kos rendah kali ini wujud satu lagi skandal penjualan tanah di tanah seluas 1.1 ekar milik kerajaan negeri di Jalan Zainal Abidin dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pelan projek perumahan rakyat (PPR) walaupun ianya telah diluluskan Majlis Mesyuarat Negeri (MMK) sejak tahun 2005. Untuk makluman fasa pertama berjaya disiapkan oleh kerajaan BN,manakala fasa kedua tanah tersebut Lim Guan Eng dan regim DAP berjaya menjualnya kepada hospital swasta .
Dalam plan asal kawasan tersebut diperuntukan untuk membina rumah pangsa yang boleh disewa dengan kadar RM100 sebulan oleh rakyat miskin. Natijahnya apabila regim DAP memerintah tanah ini telah dijual. Flat dibelakang tanah lapang yang berjaya disiapkan oleh kerajaan BN sebelum regim DAP mengambil alih.
Plan asal,lokasi PPR yang sepatutnya regim DAP meneruskan agenda BN membantu rakyat namun kesemua ini hanya tinggal harapan apabila tanah telah dijual untuk mengaut keuntungan dan memenuhkan poket sebelum PRU13!!!
Pisau kata " regim DAP halau rakyat miskin keluar dari pulau dengan bermodalkan RM100"
Lim Guan Eng dan regim DAP baru baru ini mengumumkan AKAN membina rumah murah selepas hampir habis mandat sebagai kerajaan negeri,itupun selepas mengadai tanah yang bernilai 10 billion dalam skandal kes Bayan Mutiara.
500 juta dirancang untuk belanja membuat rumah murah,tetapi kesemuanya dibina di Batu Kawan Seberang Perai Selatan. Bukannya di Barat Daya atau Timur Laut Pulau Pinang di sebelah tanah Pulau.
Kenapa? Berdasarkan plan DAP,tanah di sebelah pulau adalah menjadi hak eksklusif untuk para kontraktor yang mahu mengaut keuntungan berlipat kali ganda dengan menjual rumah dengan harga paling minumiun setengah juta.
Satu lagi contoh klasik yang dilakukan oleh regim DAP apabila menjual sebidang tanah yang dikhaskan oleh kerajaan BN untuk membina rumah kepada hospital swasta. Isu ini juga membuktikan penduduk miskin tidak layak untuk tinggal disebelah pulau dan dihalau keluar ke tanah besar di Seberang Perai.
Lim Guan Eng dan regim DAP sehingga sekarang tidak mampu membuktikan dimana lokasi rumah murah yang dibina oleh regim DAP. Mereka hanya mampu berbohong diatas kertas dan ceramah kononnya kerajaan regim SUDAH MEMBINA RUMAH MURAH kepada penyokong haprak pakatan yang sentiasa akan menyokong walaupun tahu ia adalah satu pembohongan.
Pemuda Barisan Nasional (BN) Negeri mendesak kerajaan DAP menunaikan manifesto pilihan raya yang lalu sebelum berhasrat menabur lebih banyak janji untuk memperolehi mandat seterusnya dari rakyat.
Ini berikutan nasib golongan rakyat miskin di Pulau Pinang seolah-olah dipinggirkan di bawah pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng termasuk pembinaan rumah kos rendah.
Buktinya, tanah seluas 1.1 ekar milik kerajaan negeri di Jalan Zainal Abidin dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang pelan projek perumahan rakyat (PPR) walaupun ianya telah diluluskan Majlis Mesyuarat Negeri (MMK) sejak tahun 2005.
Ketua Pemuda BN Negeri Oh Tong Keong berkata, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab kepimpinan DAP seharusnya mengutamakan pembinaan PPR itu sebaik memegang tampuk pemerintahan negeri pada 2008.
"Kita cuma nak tahu bila mereka (kerajaan negeri) mahu membina rumah kos rendah buat rakyat miskin sedangkan tanah sudah ada namun tiada sebarang perancangan dilakukan sejak mereka memerintah," kata Tong Keong.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pemuda BN Negeri Ir. Shaikh Hussein Mydin mahu Guan Eng membuktikan bahawa kerajaan Guan Eng peka terhadap kebajikan rakyat miskin di Pulau Mutiara itu.
Shaikh berkata, sudah ramai rakyat miskin di negeri itu kini berhijrah ke negeri lain berikutan tidak mampu memiliki rumah ekoran harga rumah terlalu mahal.
"Kerajaan negeri menggalakkan pembangunan memang bagus tapi jangan sampai rakyat miskin terpinggir," katanya.
"Kalau boleh saya mahu dia (Guan Eng) bina rumah PPR yang lebih tinggi serta kurangkan sewa dari RM 100 kepada RM 50," ujarnya.-Sumber
Pisau kata "Jual tanah untuk hospital swasta pun ada kawtim la..mana boleh kasi free"
Apa yang terlintas dalam kepala otak korang bila tengok gambar kat bawah ni...
Nik Abduh Solat Kat Taman
Nik Aziz Solat Kat Hutan
Ramai ambil peluang ambil gambar keramat hidup PAS bersolat.
Pisau teringat kata kata seorang pakcik semasa PRK Galas,katanya "sebagai umat Islam dan penyokong PAS sekali seumur hidup mesti solat berimankan Nik Aziz,kalau tak sempat bersolat dapat bersalam atau dapat tengok muka pun jadilah..."
Orang tua ni tafsir dan beri fatwa ikut sedap mulut hingga menghalalkan yang haram..
Pisau kata " kita tak cukup surau & masjid kah? "
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Cuba rakan-rakan semua renungkan ayat dibawah ini....
Beza Pas dan Umno.
UMNO - Menggunakan politik untuk kepentingan agama dan bangsa
PAS - Menggunakan agama dan bangsa untuk kepentingan politik
Sejarah telah membuktikan Pas sanggup lakukan apa sahaja demi untuk keuntungan politik mereka. Dah berkali-kali saya pernah catatkan diblog ini tentang isteri pun Pas sanggup jadikan taruhan politik.
Kafir mengkafir, perpecahan umat, jaja Quran dan hadis, gadai kalimah Allah , janji syurga,halalkan rusuhan ganas dan doa pecah perut. Banyak lagi kalau kita nak senaraikan satu persatu kesesatan-kesesatan yang dilakukan Pas sejak tertubuhnya sehingga ke hari ini.
Minggu lepas sekali lagi Pas membuktikan yang mereka lebih mementingkan politik dari tuntutan agama.
Menunaikan fardhu haji adalah salah satu kewajipan kepada umat islam yang mampu. Mana-mana orang islam yang terpilih mereka melahirkan rasa syukur kerana mereka telah diangkat untuk pergi haji. Pendek kata majoriti mereka yang mendaftar tidak sabar-sabar untuk pergi haji.
Namun lain pula bagi Pas....
Minggu lepas Pas telah mengeluarkan arahan kepada kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13.
SHAH ALAM, 5 JUN : PAS hari ini meminta kesemua ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya untuk menangguh ibadah haji bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ini kerana menurut Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, PAS menjangka PRU-13 bakal berlangsung semasa musim haji iaitu selepas bulan Ramadan, antara September hingga Oktober.
Katanya, penangguhan ibadah haji itu dianggap wajar kerana PAS memerlukan jentera parti untuk melaksanakan gerak kerja semasa pilihan raya nanti.
"Inilah masalah yang dihadapi negara kita berhubung tarikh pilihan raya menyebabkan rakyat susah untuk membuat perancangan.
"Kalau ikut pemantauan kita, memang dijangkakan pilihan raya bakal diadakan pada musim haji tahun ini iaitu jemaah haji bertolak ke Makkah.
"Kalau berlaku demikian, kita minta ahli PAS yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya sama ada sebagai calon atau wakil calon atau agen parti untuk menangguh ibadah haji ke tahun hadapan," katanya.
Tuan Ibrahim juga berkata, jika pilihanraya diadakan pada musim haji ia akan mendatangkan kesukaran bagi pengundi yang dipilih untuk pergi ke Makkah.
"Kita melahirkan rasa dukacita terhadap perkara ini. Takkan kita nak salahkan orang ramai untuk menunaikan ibadah haji? Kerajaan sepatutnya lebih awal tetapkan tarikh, supaya tidak mengganggu perkara-perkara lain," ujarnya.
Dasyat kan ?
Sampai ahli nak buat ibadah yang wajib pun mereka minta tangguh kerana lebih pentingkan politik.
Perlu diingat ibadah haji adalah rukun islam yang kelima. Pertama mengucap syahadah dan diikuti dengan sembahyang 5 waktu, puasa, zakat dan haji.
Kalau Pas secara terbuka boleh keluarkan arahan kepada ahlinya supaya menangguhkan perkara yang wajib, agak-agaknya selama ini berapa banyak ibadat wajib seperti sembahyang , puasa dan zakat yang pemimpin Pas tangguhkan kerana nak utamakan politik ?
Tidak mustahil jika bulan Ramadhan nanti Pas keluarkan pula arahan supaya ahli-ahlinya menangguhkan pembayaran zakat kerana wang yang sepatutnya digunakan untuk membayar zakat diminta di dermakan untuk tabung PRU 13 Pas.
Kalaulah ada ahli mereka yang sepatutnya menunaikan haji pada tahun ini menangguhkan pemergian mereka kerana arahan dari Pas dan orang itu meninggal dunia tanpa sempat menunaikan haji , Pas tanggunglah dosa itu .
Eh...eh...lupa pula....Pas mana ada dosa dan mereka dah dijamin syurga. Betul kan ?
Semoga ramai yang akan buka mata dengan perkara ini. Pas adalah sebuah parti politik yang luar biasa atau luar kenormalannya untuk mengejar kepentingan politik sehingga mereka sanggup lakukan apa sahaja demi politik. Inilah yang dinamakan binatang politik atau pun dipanggil political animal.
Setakat hari ini PM tidak pernah katakan yang beliau akan bubarkan parlimen pada musim haji. Pas yang memandai-mandai mengalahkan PM. Soal tarikh PRU yang tidak ditetapkan juga tidak timbul. Semua orang tahu penggal pemerintahan akan tamat 5 tahun selepas dari tarikh kali pertama parlimen bersidang selepas sesuatu PRU. Untuk penggal ini (penggal 12) parlimen pertama bersidang pada 28 April 2008 dan tamat pada 28 April 2013.
Maka pada 28 April 2013 parlimen akan terbubar dengan sendiri dan SPR perlu adakan pilihanraya dalam tempoh 60 hari. Dari hari ini ada setahun lagi tempoh untuk adakan pilihanraya.
Cuma terpulang kepada PM samada beliau hendak bubarkan lebih awal dari tarikh berkenaan atau tidak. Kalau Pas nak kata PM tidak menetapkan lebih awal bila hendak bubarkan parlimen. Bagaimana pula dengan negeri-negeri yang diperintah pak-khatan rakyat ? Adakah Khalid Ibrahim, Nik Aziz, Guan Eng dan Azizan telah umumkan bila mereka nak bubarkan dun negeri-negeri mereka ?
You are subscribed to email updates from RBF Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Cadangan melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam sistem pilihan raya adalah langkah ke belakang dan ibarat "kembali ke Zaman Batu", kata Presiden Parti Progesif Penduduk (PPP) Datuk Seri M Kayveas.
Menurutnya, negara seperti India dan Pakistan melaksanakan sistem dakwat kekal kerana mereka tiada sistem pendaftaran warganegara yang sistematik seperti MyKad di negara ini.
Dakwanya lagi, langkah itu juga adalah membazir dan akan menakutkan sesetengah pihak untuk keluar mengundi.
"Gadis-gadis cantik dengan kuku mereka yang dirias rapi, mereka tidak akan keluar dan mengundi.
"Adakah mereka akan menyembunyikan (jari yang dicalit dakwat kekal) selama tiga bulan dari teman lelaki mereka?" kata Kayveas secara berseloroh di Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan petang tadi.
Dalam ucapannya, Kayveas turut menempelak Pakatan Rakyat yang menurutnya berkempen "setiap malam selama 365 hari" tetapi mempertikaikan tempoh kempen sedia ada selama tujuh hari.
"Saya nak cadangkan kepada SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya), kalau hari ini calon dinamakan, esok kita mengundi," katanya separa serius disambut gelak tawa kira-kira 1,000 perwakilan dalam Dewan Tun Ismail PWTC.
PERANCIS dan England mengakhiri perlawanan sulung mereka dalam Kumpulan D, yang berlangsung di Stadium Donetsk, dengan terikat 1-1, yang ternyata mengecewakan peminat-peminat kedua-dua pasukan.
Pada babak awal perlawanan, England yang memulakan serangan gagal untuk menghasilkan jaringan. Sebaliknya, asakan bertubi-tubi England akhirnya berhasil apabila tendangan Joleon Lescott membolosi pintu gawang untuk mendahului 1-0 pada minit ke-30.
Perancis yang tersentak dengan jaringan awal England, melakukan asakan bertubi-tubi. Samir Nasri menghasilkan gol untuk mengikat kedudukan pada minit ke-39.
Dalam pertemuan kali ini, Perancis kelihatan banyak menguasai bola.
Kedua-dua pasukan yang turun untuk memburu gelaran utama, dilihat semakin rancak dalam mengasak kubu masing-masing untuk mencari gol kemenangan bagi mengukuhkan kedudukan mereka dalam Kumpulan D.
Bersambung babak kedua, Perancis semakin mempamerkan penguasaan yang luar biasa apabila sering melakukan hantaran cantik ke gawang lawan dalam mencari gol kedua.
Bagaimanapun, jentera pertahanan England yang kental berjaya mengekang serangan Perancis daripada meraih kemenangan pada perlawanan tersebut.
Gol England sekali lagi diuji apabila rembatan kencang penyerang Perancis, Karim Benzema untuk menambah gol bagaimanapun masih gagal apabila diselamatkan penjaga gol England, Joe Hart pada minit ke-60.
Pada perlawanan tersebut, ia turut menjadikan pertemuan pertama tiada kad dilayangkan pengadil kepada pemain berbanding perlawanan sebelum ini.
Selepas ini, pasukan tuan rumah, Ukraine akan bertemu Sweden dalam perlawanan kedua Kumpulan D, jam 2.45 pagi.
Perancis turun untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 21 perlawanan sebelum ini. Kedua-dua pasukan pernah bertemu di mana rekod pertemuan terakhir menyaksikan Perancis menewaskan England 2-1 dua tahun lalu.
KUALA LUMPUR - Demokrasi akan hanya berperanan seperti yang diharapkan apabila manusia memahami batasannya, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berkata demokrasi tidak akan membawa kebaikan yang dijanjikannya jika rakyat hanya memikirkan tentang kebebasan demokrasi, tetapi tidak tahu tentang tanggungjawab yang datang bersamanya.
"Sebaliknya, ia akan hanya menimbulkan ketidakstabilan dan ketidakstabilan tidak akan mengizinkan berlakunya pembangunan dan membolehkan manusia menikmati manfaat daripada kebebasan serta hak yang dijanjikan demokrasi," katanya.
Dr Mahathir, yang menjadi perdana menteri Malaysia selama 22 tahun sebelum melepaskan jawatan itu pada 2003, berkata demikian ketika menyampaikan syarahan utama pada majlis konvokesyen khas University of Santo Tomas (UST) di Manila, ibu negara Filipina.
Dr Mahathir dianugerahi gelaran profesor kehormat oleh universiti berkenaan.Gelaran itu dianugerahkan kepada tokoh dari luar negara yang mengukir pencapaian cemerlang dalam bidang kepakaran masing-masing.
Dalam kenyataannya, Kementerian Luar berkata penerima gelaran itu sebelum ini termasuk pemenang hadiah Nobel dalam bidang kimia dan seorang canselor dari Vatican.
Dalam ucapan beliau, yang teksnya diedarkan kepada media di sini, Dr Mahathir menjelaskan dengan panjang lebar tentang kemungkinan kelemahan yang terdapat pada demokrasi, dengan merujuk kepada sebuah negara yang tidak mampu mencapai kemajuan kerana apa yang beliau sifatkan sebagai "terlalu banyak demokrasi".
"Sebaik saja sesebuah kerajaan dipilih, pihak yang kalah akan mengadakan demonstrasi dan mogok umum, menuduh kerajaan melakukan penyelewengan.
"Kerajaan perlu menangani gangguan ini dan membelakangkan tugas mengurus tadbir yang sepatutnya dilakukannya. Gangguan ini boleh menjadi begitu serius hingga memaksa kerajaan itu berundur," katanya tanpa menyebut nama negara yang beliau maksudkan.
Dr Mahathir berkata walaupun negara berkenaan mengamalkan demokrasi, tetapi beliau mempersoal sama ada itu adalah demokrasi yang sebenarnya, sambil bertanya " adakah demokrasi suatu matlamat atau suatu alat?"
Sambil menyatakan bahawa Malaysia bukan sebuah negara demokrasi liberal, beliau berkata selalunya, demokrasi dilihat menyediakan suatu 'cara mudah' untuk menukar kerajaan.
"Tak perlu revolusi, tak perlu perang saudara, tak perlu Arab Spring. Hanya dengan satu undi, kerajaan akan jatuh atau dipilih semula berdasarkan kehendak rakyat," kata Dr Mahathir.
Beliau menegaskan bahawa di Malaysia, calon dari parti pembangkang boleh menang dan malah telah menawan beberapa kerajaan negeri.
Mengenai kepimpinan, Dr Mahathir berkata ia tidak boleh sekali-kali mengamalkan rasuah dan perlu memiliki beberapa kemahiran serta idea berkaitan pentadbiran dan pembangunan negara.
"Nilai seorang pemimpin diukur mengikut idea yang dimilikinya. Untuk membawa kemakmuran kepada negara, dia perlu tahu dasar apa yang perlu dilaksanakan dan strategi mana yang perlu digunakan," kata beliau.
Beralih kepada ekonomi, Dr Mahathir, yang baru-baru ini dipelawa Yemen untuk menjadi penasihat ekonomi khas negara itu, berkata beliau percaya dalam iklim ekonomi yang bermasalah sekarang, Asean perlu bekerjasama secara lebih produktif dan memanfaatkan pasarannya yang terdiri daripada setengah bilion orang.
"Sebenarnya, negara Asia Tenggara memiliki potensi pertumbuhan, kemakmuran dan kuasa yang besar. Apa yang kita perlukan hanyalah rakyat dan pemimpin yang sayangkan negara serta rakyat mereka, lebih daripada diri mereka sendiri," katanya.
Kemeterian Luar berkata ketibaan Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali di Manila semalam disambut Duta Malaysia ke Filipina Datuk Seri Dr Ibrahim Saad dan para pegawai kedutaan.
Dr Mahathir juga mengadakan perjumpaan dengan masyarakat Malaysia dan menyampaikan ucaptama bertajuk 'Pembinaan Negara dan Pembangunan Ekonomi' pada majlis makan malam anjuran Asia Society di sebuah hotel terkemuka di sana. - Bernama
SEKARANG tahulah kita, pembekuan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ditarik balik, bukan disebabkan tekanan mana-mana pihak tapi kerana rayuan yang dibuat pihak UNISEL kepada PTPTN.
Pada penulis, tindakan UNISEL ini amat memalukan kerajaan negeri dan dalam masa yang sama berlawanan dengan cita-cita Pakatan Rakyat untuk melaksanakan pendidikan percuma di seluruh negara jika kita berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan.
Kelihatannya juga, kepimpinan UNISEL terlalu bergantung kepada pinjaman PTPTN untuk beroperasi dan tidak mampu memikirkan cara lain untuk memperolehi sumber kewangan bagi menampung kos operasi Universiti tersebut.
Atau paling tidak menunggu kerajaan negeri merangka formula yang lebih baik untuk mengatasi masalah ini.
Sepatutnyalah sebagai sebuah agensi dibawah kerajaan negeri, UNISEL menunggu arahan selanjutnya dari kerajaan negeri terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menghantar surat rayuan kepada PTPTN.
Kelihatannya UNISEL tidak yakin dengan kemampuan kerajaan negeri menguruskan masalah ini dan lebih sanggup mengambil tindakan sendiri tanpa memikirkan implikasi dari tindakan tersebut terhadap imej kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat.
Sedarkah UNISEL bahawa akibat dari tindakannya itu, masyarakat semakin tidak yakin Pakatan Rakyat mampu melaksanakan janji untuk memberi pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia?
Walaupun perancangan (pendidikan percuma) unutk seluruh negara itu melibatkan penggunaan wang dari Petronas yang hanya boleh dicapai dengan kuasa di peringkat persekutuan, tapi ia sesuailah dengan nilai perbelanjaan yang mencecah beratus billion ringgit
Sedangkan di UNISEL ini, kehilangan hasil lanjutan dari pembekuan sementara itu hanya dalam lingkungan antara RM 5 juta hingga RM 7 juta yang pada pendapat penulis masih dalam kemampuan kerajaan negeri untuk menampungnya.
Seperti yang disebut-sebutkan sebelum ini, simpanan kerajaan negeri sudah mencecah RM 2 billion, apalah sangat nilai RM 7 juta ini?
Sehubungan dengan tindakan yang jelas memalukan kerajaan negeri ini, penulis suka mencadangkan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim agar Naib Canselor UNISEL, Prof. Dr. Anuar Ahmad dipecat dari jawatan tersebut dengan serta merta kerana mengambil tindakan sendiri tanpa pengetahuan kerajaan negeri.
Pemecatan ini mampu menyelamat maruah dan air muka kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat dari dianggap rakyat Selangor sebagai tidak berkemampuan, disebalik cakap-cakap mengenai pengurusan kewangan negeri yang baik dan simpanan yang tinggi.
Sikap tiga orang artis iaitu Tasha Shila, Anzalna dan Neelofa yang bertelagah akan memakan diri apabila tawaran berlakon ke atas mereka disekat sekiranya didapati bersalah oleh jawatankuasa disiplin yang bakal ditubuhkan oleh Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Presidennya Zed Zaidi berkata, menerusi jawatankuasa tersebut, pihaknya akan memanggil mereka untuk menyiasat apakah punca sebenar mereka bertelagah yang secara langsung mencemarkan nama baik dunia artis tempatan.
"Sekarang ini semakin ramai artis terutamanya bakat baru gemar meluahkan rasa tidak puas hati terhadap artis lain atau bergaduh sesama sendiri menerusi ruangan laman sosial seperti 'Facebook' dan 'Twitter'.
"Pertelagahan antara Tasha, Anzalna dan Neelofa adalah contoh terbaru, dan kelakuan itu menunjukkan mereka terlalu mengikut emosi. Sebab itu pihak Seniman bersikap tegas dan akan menubuhkan jawatankuasa tersebut secepat mungkin.
"Dengan langkah menyekat tawaran berlakon untuk mereka, ia akan memberi pengajaran kepada mereka dan artis-artis lain agar hal sebegini tidak akan timbul lagi pada masa akan datang," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin. Zed Zaidi
Zed diminta mengulas mengenai laporan sebuah akhbar yang mendakwa pelakon Neelofa telah memburuk-burukkan dua rakannya iaitu Anzalna dan Tasha.
Episod pergaduhan artis berkenaan tercetus apabila Neelofa kononnya telah meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan kemenangan Tasha sebagai Artis Baru Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH) menerusi sebuah akhbar mingguan.
Kejadian itu bertambah panas apabila pada Ahad lalu Anzalna pula menempelak Neelofa dengan mendakwa pelakon itu suka memburukkannya di laman sosial.
Dalam pada itu tambah Zed, walaupun jawatankuasa disiplin itu belum lagi ditubuhkan, ketiga-tiga artis berkenaan serta individu lain yang mempunyai masalah sesama sendiri boleh merujuk kepada pihak Seniman sekiranya sukar untuk menyelesaikan kemelut yang dihadapi.
"Buat masa ini pihak kami tidak boleh masuk campur melainkan artis-artis ini yang datang kepada Seniman untuk selesaikan masalah.
"Bagaimanapun, andai kata kes mereka terlalu serius sehingga dibawa naik ke mahkamah, pihak kami akan campur tangan untuk menyelesaikannya," tegasnya.
Dalam pada itu, pihak Seniman juga sedang merancang untuk menganjurkan sebuah kursus komunikasi buat artis-artis yang baru menyertai industri seni hiburan agar isu-isu mengenai disiplin tidak akan timbul lagi.
Mengikut syarat, semua artis di negara ini perlu menjadi ahli Seniman sebelum boleh diambil berlakon.
Isu pembantu rumah terus menjadi isu yang paling menarik terutama dengan desakan dari sebuah negara jiran tentang gaji minimum untuk rakyat mereka.
Namun, apakah desakan itu turut akan memastikan bahawa perkhidmatan yang diberikan oleh pembantu-pembantu rumah itu juga akan setimpal dengan gaji yang diberikan?
Seorang majikan menceritakan bagaimana pembantu-pembantu rumahnya berlagak lebih dari DIVA apabila bangun tidur lebih lewat daripadanya dan dia sendiri terpaksa memasak sarapan untuk para pembantu rumahnya?
Justeru, gambar-gambar di atas yang menunjukkan bagaimana KURANG AJAR dan BIADAPNYA pembantu rumah yang sepatutnya bekerja, tetapi sebaliknya BEROMEN dan BERASMARA di hadapan wanita tua yang dijaganya!!!
BUTTERWORTH - Perbicaraan hari pertama membabitkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkaitan isu kenyataan berkenaan dengan komunis Bukit Kepong di Mahkamah Butterworth di sini, hari ini yang awalnya dijangka akan berlangsung panas bertukar mengejutkan banyak pihak.
Ini kerana saksi pertama,Visva Nathan,75, pesara polis yang dipanggil memberi keterangan, tiba-tiba mengejutkan semua yang hadir mengikuti perbicaraan itu apabila membuat pengakuan memfitnah Mohamad, yang turut dikenali sebagai Mat Sabu, dan pada masa yang sama, meminta maaf kerana membuat laporan polis terhadapnya dengan hanya merujuk kepada laporan akhbar tersebut semata-mata.
"Saya minta maaf dan tidak mahu pihak polis mengambil tindakan," katanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Sesyen di sini hari ini sebaik selesai membaca dua laporan akhbar berbahasa Melayu dan teks ceramah Mat Sabu yang jelas menyatakan tiada perkataan komunis yang tertera dan diucapkan oleh tertuduh yang menjadi asas pendakwaan itu.
Pengakuan pesara polis dari Raub, Pahang itu dibuatnya selepas diasak bertubi-tubi oleh peguam bela Muhammed Hanipa Maidin yang mewakili Mat Sabu, berkaitan ketiadaan perkataan komunis yang diungkapkan oleh Mat Sabu dalam akhbar yang menyiarkan berita berkenaan.
Malah saksi itu juga mengaku tidak terdapat perkataan komunis dalam teks ucapan Mat Sabu selepas ditunjukkan kepadanya semua dokumen berkenaan semasa berdiri dalam kandang saksi dalam prosiding, hari ini.
Beliau turut berkata, dakwaan terhadap Mat Sabu yang terkandung dalam laporan polis yang dibuatnya pada 27 Ogos tahun lalu berkaitan isu itu hanya bersandarkan pada laporan akhbar bahasa Melayu yang dibacanya.
Pada awal perbicaraan beliau menjawab dengan tenang semua soalan yang dikemukan oleh Muhammed Hanipa, tapi nadanya bertukar sebaliknya sebelum didengar mengiyakan dan memohon maaf atas perbuatannya itu.
Sebaik Nathan berbuat demikian,suasana mahkamah yang hening sebelumnya bertukar menjadi hampir bising apabila hadirin mula menghela nafas termasuk berpandangan antara satu sama lain dan berada dalam kehairanan.
Bagaimanapun suasana berjaya ditenangkan oleh pegawai polis yang bertugas dengan meminta hadirin diam dan menumpukan perhatian kepada perbicaraan.Mat Sabu, 57, didakwa membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, dengan mengetahui bahawa tohmahan yang dibuat akan merosakkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka.
Mat Sabu diwakili oleh barisan peguam yang terdiri dari Muhammed Hanipa, Nasar Khan Mirbas Khan dan Aminuddin Zulkifli manakala pendakwaan dikendalikan oleh Yusaini Amer Abd Karim.Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 13, 16 dan 17 Jun ini untuk sambungan perbicaraan.
Sementara itu Muhammed Hanipa yang ditemui berkata, pihaknya akan tetap membuat rayuan kedua di Mahkamah Rayuan di Putrajaya untuk mengenepikan dakwaan yang dikenakan terhadap Mat Sabu selepas usaha pertama berbuat demikian di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 22 Februari lalu ditolak.
Mat Sabu yang mengenakan baju kemeja putih dilihat sering tersenyum sepanjang prosiding berlangsung termasuk ketika berada dalam kandang orang kena tuduh.
Dibawah adalah petikan berita yang dikutip dari blogger Rotikaya.
Tetapi timbul beberapa persoalan di FB dan twitter yang mengatakan Osman Kering masih lagi dalam keadaan kritikal dan belum meninggal.
Wallahuallam...doakan sahaja kesihatan beliau
Kami baru sahaja menerima pengesahan daripada beberapa orang terdekat yang pelawak juga pelakon veteran Osman Kering sudah meninggal dunia awal malam ini.
Menurut anak lelaki Osman Kering, bapa beliau meninggal dunia sekitar jam 7.00 malam tadi & jenazah allahyarham kini berada di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Maklumat awal mengatakan Osman Kering meninggal dunia akibat penyakit batuk kering.
KUALA LUMPUR: Pelakon Johan As'ari, 26, bersedia jika digosipkan dengan gandingannya dalam filem Pencinta, Siti Saleha, seperti kontroversi sebelum ini yang mengaitkan dia dengan beberapa pelakon wanita menerusi drama dibintanginya.
Johan atau nama sebenarnya Johan Arrif As'ari berkata, dia tidak mempunyai masalah tentang hal itu kerana percaya khabar angin akan hilang dengan sendiri jika ianya tidak benar seperti yang didakwa.
"Memandangkan sebelum ini saya sering digosipkan bercinta dengan pelakon=pelakon wanita yang berganding dengan saya, maka saya juga sudah bersedia untuk dikaitkan dengan Saleha.
"Saya tidak boleh menolak persepsi orang yang akan berkata macam-macam walaupun sudah diberikan penjelasan."Dan gosip-gosip cinta seperti ini akan lenyap dengan sendiri jika apa yang perkatakan itu tidak benar," katanya yang sedang menjalani penggambaran Pencinta, arahan Khir Rahman.
Selain bakat lakonannya yang hebat dalam drama Juvana pada tahun lalu, namanya mula diperkatakan apabila dia tidak mengaku mempunyai hubungan cinta dengan Izreen Asminda, yang juga merupakan pelakon siri berkenaan.
Kemudian dia turut dikaitkan dengan heroinnya dalam drama Cinta Elysa, Fasha Sandha dan Nabila Huda menerusi drama Pelangi Kasih. Bagaimanapun, Johan menepis kesemua gosip berkenaan.
Mengakui gosip yang mengaitkan Johan dengan pelakon-pelakon wanita sedikit sebanyak mempengaruhi popularitinya, dia berharap, populariti yang terlalu cepat diraihnya itu tidak mudah jatuh, seperti yang dialami oleh beberapa artis lain.
"Alhamdulillah, dalam masa setahun sahaja saya dikenali ramai. Semua ini kerana Juvanadan sedikit sebanyak gosip yang melanda juga mempengaruhi populariti tersebut.
"Walaupun orang sering berkata seseorang artis itu mudah tersungkur jika terlalu cepat popular, saya harap ia tidak berlaku kepada diri sendiri.
"Kalau boleh saya ingin menjadi orang popular kerana menjadi yang terbaik. Saya percaya, jika bekerja dengan ikhlas dan selalui ingat Tuhan, InsyaAllah, karier kita akan berjalan dengan lancar," tuturnya.
KUALA LUMPUR - Majlis Sukan Negara (MSN) sedia membantu Datuk Lee Chong Wei mengatasi apa jua masalah peribadi yang dihadapinya bagi memastikan pemain nombor satu dunia itu dapat membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik London bulan depan.
"Masalah-masalah peribadi seperti ini tidak 30dapat kita elakkan, saya berharap Chong Wei dapat menanganinya dengan sebaik mungkin," kata Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong ketika mengulas mengenai bapa Chong Wei, Lee Ah Chai, 59, yang dilaporkan cuba membunuh diri semalam.
Menurut Zolkples, beliau ada menghantar mesej melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) kepada Chong Wei pagi ini meminta supaya menggunakan kebijaksanaannya menyelesaikan masalah yang dihadapi itu.
"Saya juga menawarkan bantuan saya sekiranya diperlukan," kata Zolkples ketika ditemui pemberita hari ini.
"Sebagai seorang anak yang bertanggungjawab, Chong Wei mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap keluarganya," katanya.
Chong Wei dilaporkan masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami baru-baru ini walaupun membuat persediaan bagi Sukan Olimpik. - Bernama
DAP memang jelas kebenciannya oleh ramai rakyat di Malaysia termasuklah ahli-ahli pakatan pembangkang terutamanya PAS. Contoh mudah, kita boleh tengok polis pencen punya statement hari tuh, apabila beliau memilih PAS untuk perjuangan politiknya.
Beliau berkata, "Takkan saya nak masuk DAP, sudah tentu saya pilih PAS untuk perjuangan saya." Kenapa perlu begini? Kerana masih ada rasa kebencian membara kepada parti yang cukup racist ini..
Tapi itu buka perkata pokok yang mahu aku katakan di sini. Asasnya adalah Cina DAP memang tahu mereka tidak akan bermimpi sekalipun jawatan PM. Tetapi, politik masyarakat Cina, berlainan dengan Melayu.
Mana-mana yang parti yang menguntungkan mereka, itulah yang akan mereka sokong dan itulah yang terjadi di Pulau Pinang sekarang.
Cina DAP tidak perlu pening kepala memikirkan jawatan PM tersebut kerana, masih lagi ada Cina yang setiap di dalam PKR dan melobi bontot DS Anwar untuk jawatan terbaik dikalangan masyarakat mereka.
Sebab itulah ada jaminan yang DS Anwar berkemungkinan akan menjadi PM (Nauzubillah...!) dalam jangka masa yang pendek sahaja kerana pelobi-pelobi jerung Cina dibawahnya sentiasa mencocok untuk naik. Hal ini pastinya menggembirakan DAP yang akan menumpang sekaki kekalutan Melayu kelak!
KUALA LUMPUR - DAP menegaskan bahawa mereka tidak akan merebut jawatan Perdana Menteri, sebaliknya menyerahkan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Paktan Rakyat konsisten dengan kenyataan sebelum ini bahawa sekiranya Putrajaya berjaya ditawan, yang mana hanya seorang sahaja layak sebagai Perdana Menteri iaitu Anwar sendiri.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, secara peribadi beliau tidak layak dan tidak berminat untuk menjawat jawatan tersebut.
"Ada ramai yang lebih layak dan berpengalaman untuk meneraju negara dan menjadi Perdana Menteri. Saya akan bertanya beliau apa jawatan atau kuasa yang akan diberikan kepada saya," katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Mohd Ali minggu lalu, yang menyatakan bahawa Anwar akan melepaskan jawatan dalam tempoh tiga bulan selepas memenangi pilihan raya bagi memberi lalu kepada Guan Eng untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Entah dimana pegangannya, mindanya dikaburi kuasa yang mungkin akan diperolehi andainya menyertai parti pembangkang.
Acap kali dilihat beliau memburukkan parti sendiri sedangkan dirinya masih lagi ahli.
Kemudian berlagak macam bagus, macamlah dia pegang segala kunci kejatuhan UMNO.
Buat malu Arwah saja...
Bertempat di Padang PPR, Taman Batu Muda, Batu Caves, di pentas pembangkang beliau 'membongkarkan' segalah salah laku UMNO 'ciptaan'nya yang dianggapnya betul. Fakta yang dicanangkan semuanya disampaikan secara berseloroh, dengan harapan dapat tepukan dan gelak ketawa dari penonton..
Tamrin Ghaffar Baba anak arwah Timbalan Perdana Menteri Malaysia semasa zaman Tun Dr Mahathir kini rancak berceramah diatas pentas PAS walaupun masih lagi menjadi ahli UMNO. Intipati ceramah tiada lain selain mencemuh dan menyerang parti beliau sendiri. Bagi saya yang tidak berparti, perbuatan ini amat tidak beretika dan tidak bermaruah. Perbuatan beliau nampak jelas mengundang UMNO untuk mengambil tindakan disiplin keatas beliau.
Mengenai ceramah malam tadi, saya harap beliau buat sikit kajian mengenai topik yang nak disampaikan kepada orang awam. Dia kata dia sudah puas menipu semasa dalam UMNO, jangan lah disambung lagi penipuan setelah memilih wadah perjuangan yang baru ini pula.
Lembu NFC tidak dibela untuk beranak pinak. Lembu NFC di bawa masuk bawah skim Feedlot dimana lembu digemukkan dalam masa tiga bulan dengan sistem pemakanan yang di kawal ketat. Hasil yang dijual ialah daging lembu, bukan nya anak lembu atau pun hasil tenusu.
Akhir sekali hanya manusia saja yang tinggal didalam kondominium, bukan nya lembu. Jangan lah terbawa bawa perangai menipu kamu semasa dalam UMNO kedalam dalam parti baru. Jangan dipanjangkan lagi dosa dosa kamu itu. Silap silap nanti parti yang kamu dok mengendeng ini nanti akan reject pulak permohonan kamu bagi mengelak terpalit dengan dosa kamu itu.
BEBERAPA blog dan portal berita pro Pakatan Rakyat sejak minggu lepas melaporkan kemungkinan akan berlaku aktiviti lompat parti secara besar-besaran oleh beberapa orang Ahli Parlimen dan bekas pemimpin BN Sabah ke Pakatan Rakyat di sempena dengan lawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri tersebut semalam.
Penulis sendiri tidak pasti bagaimana maklumat ini boleh tersebar, penulis sudah memeriksa sendiri dengan pejabat Datuk Seri Anwar dan mengesahkan berita ini bukan datang dari situ.
Tapi yang hairannya berita ini diwar-warkan dengan begitu bersungguh-sungguh dan secara meluas sekali, seolah-olah sudah ada kepastian dalam tangan akan ada Ahli Parlimen BN yang akan melompat parti di Sabah sedangkan penulis tahu sejak kegagalan 16 September 2008, semua orang dalam Pakatan Rakyat sangat berhati-hati bercakap mengenai perkara ini.
Game on. Hujung minggu lalu menerusi sisipan hiburan Berita Harian, Anzalna Nasir tampil berani mengeluarkan kenyataan penuh kontroversi terhadap Neelofa.
Dalam temubual tersebut, Anzalna Nasir mendakwa yang Neelofa mempunyai niat jahat dan busuk hati semenjak mereka sama sama berada dalam persaingan Dewi Remaja 2010.
"Walaupun tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok"
"Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun "Kami Benci Anzalna". Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja"
Neelofa dalam kenyataan balas menerusi Twitter berkata tindakan Anzalna Nasir memberikan kenyataan kepada surat khabar merupakan tindakan untuk menfitnah diri dan keluarga.
"Nothing in this dunya is in our hands, that Allah cannot take from us and so jgn fikir memfitnah dan menjatuhkan org lain dlm suratkhabar dalah sebaik baik jalan penyelesaian. I know where I stand and as for the TRUTH I will do it the official way," ujar Neelofa melalui Twitter.
Kami tertarik dengan kenyataan Neelofa untuk menyelesaikan perkara ini secara rasmi (official way), adakah kita akan lihat dua selebriti remaja ini naik turun mahkamah tidak lama lagi?
DUNGUN – Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam pertamanya luar biasa.
Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori hantu itu membawapadah apabila dia dicekup polis, dua hari selepas dia bergelar pengantin baru.
Pemuda berusia 25 yang baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang.
Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah.
Suspek yang mempunyai ahli keluarga berasal dari Bachok, Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini.
Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya.
"Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih, akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan berkahwin dengan saya.
"Namun dia tidak mengetahui bahawa saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah saya ditangkap petang tadi," katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952
Kalau minggu lepas, Tasha Shilla meluahkan isi hatinya yang kecewa dengan Neelofa kerana mempertikaikan kemenangannnya di dalam ABPBH, hari ini menerusi BiPop, Anzalna membuka kisah Neelofa yang pernah menghiris perasaannya satu ketika dahulu.
Anzalna berani membuat pendedahan ini selepas membaca cerita daripada Tasha Shilla. Menurut Anzalna, apa yang diceritakan adalah fakta dan bukannya fitnah.
Tragedi ini berlaku sebaik sahaja pertandingan Dewi Remaja berakhir. Menurut Anzalna, pendedahan ini dilakukan untuk orang ramai mengetahui warna sebenar diri Neelofa.
Kata Anzalna:-
Walaupun saya tidak menang sebarang tempat dalam pertandingan itu, hanya menjadi finalis, Lofa tetap tidak berpuas hati dengan saya. Menerusi laman social Facebook milik keluarganya, Lofa menghina keluarga saya dengan perkataan tak elok. Saya tak tahu apa motif Lofa berbuat begitu, sedangkan saya tak menang pun, mungkin dia busuk hati, sama seperti yang pernah diceritakan Tasha sebelum ini.
Semua pengikut saya di FB tahu Lofa menghina keluarga saya. Lofa juga mewujudkan satu akaun "Kami Benci Anzalna". Selain itu, saya turut menerima ugutan daripadanya sekiranya saya memenangi pertandingan Dewi Remaja.
Bagi saya walaupun perkara itu sudah lama berlalu, apabila saya membaca pendedahan Tasha, saya dapat rasakan apa yang dilalui Tasha, saya lebih dulu merasainya.
Cuma saya tidak pernah membuat pendedahan sebelum ini.
Terus-terang, apa yang dilakukan Lofa amat menghiris perasaan saya. Saya nak semua orang tahu warna sebenar diri Lofa. Sampai sekarang saya masih dengar orang bercerita, Lofa terus bercerita benda buruk mengenai diri saya, nak jatuhkan karier saya. Ramai artis senior yang bercerita kepada saya, seolah-olah Lofa tidak berpuas hati dengan saya.
Ketika Dewi Remaja dulu, saya tak menang sebarang tempat, tapi kenapa dia perlu busuk hati? Lofa pula ada ramai peminat, saya pula sebaliknya. Justeru kenapa dia perlu busuk hati? Sebelum ini ramai wartawan bertanya antara saya dan Lofa, tapi saya tak cerita apa-apa, takut dilabel bermulut jahat, namun selepas pendedahan Tasha, barulah saya ada kekuatan untuk bercerita.
Saya sedar diri saya ini tidak sepopular dirinya. Jadi tak perlulah busuk hati dengan saya. Saya masuk industri ini, tidak berniat nak kejar populariti, saya nak cari rezeki. Kalau saya nak kejar populariti, dah lama saya buat kontroversi seperti dirinya. Biarlah kita sama-sama cari rezeki dengan ikhlas, Lofa patut bersyukur dengan apa yang diperolehinya hari ini.
Si nenek berusia 53 tahun ini dilihat membuka pakaiannya sehelai demi sehelai pada ketika mempersembahkan nyanyiannya Human Nature di Istanbul, Turki.
Lebih memualkan, setelah beliau menanggalkan pakaiannya, tanpa segan silu, beliau menyelak colinya sambil menunjukkan puting payudaranya kepada penonton.
Kemudian, beliau dilihat seperti ragu-ragu dengan tindakannya dan menutup kembali puting payudaranya dengan membuat memek muka seolah-olah terkejut!
Tindakan Madonna itu dilihat agak keterlaluan kerana Turki secara tradisionalnya adalah negara Islam yang mempunyai penduduk Muslim yang ramai.
KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel Sokongan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencabul remaja di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa Februari lalu.
Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shahrul Izuairi Ibrahim, 31, didakwa melakukan kesalahan terhadap remaja Thailand itu kira-kira jam 10 pagi pada 5 Februari lalu di sel lokap berkenaan.
Bapa kepada dua anak itu dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan remaja berusia 15 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya yang ketika itu ditahan reman kerana dikaitkan kesalahan Imigresen.
Penjawat awam itu, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu sekiranya didapati bersalah.
Pendakwaan kes tersebut dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Muhamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Fazali.
Noor Dayana menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh bagaimanapun, Mohd Shahrul Izuairi meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut dengan alasan dia mempunyai dua anak serta menghadapi masalah kewangan.
Bagaimanapun, Mohd Fazaly Ali menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Julai ini.
Tertuduh ketika di bawa keluar dari mahkamah menutup mukanya dengan menggunakan jaket untuk mengelak wajahnya dirakamkan pihak media.
JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digesa agar tidak terus berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan diminta segera membubarkan Parlimen.
Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, PKR di semua peringkat negeri dan akar umbi sudah bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 dan menggesa Najib membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia menerima kekalahan dalam PRU13.
"Kita minta Perdana Menteri hentikan teka-teki mengenai tarikh PRU13 ini dan segera bubarkan Parlimen kerana rakyat sudah bersedia untuk hadapi Pilihan Raya.
"Kita juga tidak mahu Umno teruskan budaya samseng seperti yang dilakukan sebelum ini dan Najib perlu bertanggungjawab membuat kenyataan terbuka bahawa Umno sedia terima kekalahandan hormati keputusan rakyat," katanya.
Mohamed Azmin berkata, sebanyak 13 juta risalah yang mengandungi manifesto Pakatan Rakyat (PR) mengenai 13 isu rakyat turut diedar ke seluruh kawasan cabang PKR menerusi Kempen 1 Pengundi 1 Risalah.
"Selain pengedaran risalah ini, kita turut menggunakan sistem data berkomputer yang membolehkan kita mengesan pergerakan pengundi-pengundi hantu dari satu kawasan ke kawasan lain.
"Dengan adanya sistem ini akan dapat membantu kita menangani masalah pengundi hantu dengan lebih awal sebelum PRU berlangsung," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Pelepasan Konvoi Kempen Pilihan Raya PKR Peringkat Negeri Johor, di sini, semalam.
Ella menjadi mentor yang keenam menjuarai rancangan realiti popular TV3 Mentor bagi musim 2012 kali ini. Beliau bersama protegenya, Caroline menampilkan persembahan bertenaga yang berjaya menarik undi dari penonton melalui undian SMS.
Ketika persembahan duet, Ella cuba mengekalkan imej Ratu Rock dengan mengenakan pakaian simple, bercorakan rangka serta skirt labuh merah jambu.
SHAH ALAM – Kenyataan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Ismail Mohamed Said berhubung isu penarikan semula pembekuan kemudahan pinjaman terhadap penuntut Universiti Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) didakwa dibuat dengan emosi dan kurang bijak.
Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin mendakwa, kenyataan Ismail yang menyatakan pinjaman itu ditarik balik kerana tahu kononnya Kerajaan Negeri tidak mampu memberi bantuan kewangan, menunjukkan beliau membenarkan dirinya diperangkap pemimpin Umno-Barisan Nasional (BN).
"Selepas menurut perintah, beliau pula terpaksa menarik semula keputusan tersebut dan membuat kenyataan mendakwa kononnya Kerajaan Selangor tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada pelajar. Kerajaan Negeri kesal dengan kenyataan tersebut," katanya.
Faekah berkata, selaku penjawat awam, mereka sepatutnya mempunyai integriti dalam memastikan kepentingan rakyat (pelajar) diutamakan dan tidak membenarkan pentadbiran di perbadanan itu ditadbir oleh ahli politik.
"Penjawat awam selaku golongan profesional perlu berani menyatakan pandangan termasuklah mengingatkan mereka yang tidak faham akan prinsip doktrin pengasingan kuasa di antara badan eksekutif dan legislatif," katanya.
Dalam pada itu, Faekah turut menggesa menteri terlibat agar berhenti 'memperkudakan' pegawai kerajaan kerana tindakan itu hanya akan merendahkan martabat penjawat awam di mata masyarakat.
"Mereka harus berani mengambil tanggungjawab atas kesilapan yang telah dilakukan dan perlu meminta maaf kepada semua pelajar di Malaysia.
"Mereka sepatutnya menjadi negarawan yang berkhidmat untuk semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan ideologi politik. Hanya dengan itu barulah mereka akan mendapat penghormatan daripada rakyat," katanya.
SHAH ALAM - Mohd Rafizi Ramli mendesak Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meminta maaf kepada rakyat dan khususnya mahasiswa atas keterlanjurannya membekukan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) baru-baru ini.
"Tindakan Khaled jelas menunjukkan yang beliau terdesak untuk menutup malu apabila membuat dakwaan mengatakan Pakatan Rakyat (PR) bijak bermain sandiwara politik berhubung isu PTPTN," kata Pengarah Strategi PKR ini ketika dihubungi Sinar Harian Online.
Tambah Rafizi, tindakan Khaled juga secara tidak langsung menghukum mahasiswa sebagai alat mainan politik Umno.
"Saya bertegas dalam hal ini agar Khaled tidak cuba 'menegakkan benang yang basah' kerana jelas yang Khaled tersalah langkah dengan membuat keputusan untuk membekukan pinjaman PTPTN sebelum menarik semula keputusan itu," katanya.
Beliau juga mencabar agar Khaled melontarkan idea, pandangan dan cara penyelesaian yang boleh diguna pakai untuk mengurangkan beban mahasiswa daripada terus dibebani hutang PTPTN.
"Janganlah terus-menerus menyerang PR tanda tidak ada sebarang buah fikiran untuk selesaikan beban mahasiswa.
"Khaled sepatutnya memberi cadangan dan berbincang secara ilmiah berhubung usaha kerajaan persekutuan bagi menambah baik mutu pendidikan tinggi negara," tegas beliau.
Tambah Rafizi, PR telah mengemukakan cadangan mereka untuk memberi pendidikan tinggi secara percuma kerana yakin mampu untuk direalisaikan apabila PR mendapat mandat memerintah negara menerusi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
"Beliau mesti jawab persoalan ini dan kemukakan idea berhubung beban hutang yang terpaksa ditanggung mahasiswa," tambahnya.
Khaled sebelum ini mendakwa yang PR sekadar menabur janji untuk memberikan pendidikan percuma apabila berjaya membentuk kerajaan pada PRU akan datang, walhal perkara itu mustahil dilaksanakan.
Khaled mendakwa PR bijak bermain dengan sandiwara politik sedangkan hakikat sebenarnya mahasiswa begitu memerlukan bantuan kewangan daripada PTPTN.
Menurutnya, sekiranya PR ingin merealisasikan janji berkenaan, ia sudah boleh dilaksanakan di institusi pengajian tinggi (IPT) yang ada di negeri yang ditadbir kerajaan PR dan tidak perlu tunggu sehingga mengambil alih pentadbiran negara.
Kecoh khabarnya bapa kepada seorang ahli sukan negara kepada Lee Chong Wei mencuba membunuh diri tetapi pihak polis berjaya mengagalkanya sebanyak 2 kali.
Lee Ah Chai berusia 59 tahun itu yang menetap di Butterworth pada mulanya dikatakan cuba membunuh diri berhampiran pusat beli-belah Queensbay, Bayan Lepas awal pagi ini namun digagalkan pihak polis yang bertindak memujuknya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Azman Abd. Lah berkata pihak polis menerima maklumat lelaki itu sedang menangis di tepi laut berhampiran pusat membeli belah Queensbay kira-kira pukul 4 pagi ini.
Pasukan peronda dihantar ke tempat kejadian dan bertindak memujuk beliau agar pulang ke rumahnya.
Anggota kita mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memujuknya sebelum dia mahu pulang dengan baik,katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Beliau berkata, pasukan peronda polis itu juga bertindak mengiringi bapa ahli sukan itu yang memandu kereta bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
Sebaik tiba di kilometer dua Jambatan Pulau Pinang kira-kira pukul 7.45 pagi, dia memberhentikan kereta di tepi jambatan dan keluar serta cuba terjun ke laut. Bagaimanapun hasil tindakan pantas polis, kita berjaya menyelamatkannya, katanya.
Azman berkata, lelaki itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
Berdasarkan keterangan awal, beliau mendakwa menghadapi masalah keluarga kerana anggota keluarganya tidak mempedulikannya, katanya
CROATIA mengungguli tangga teratas Kumpulan C apabila membenam Republik Ireland 3-1 di Stadium Municipal, Poznan.
Pasukan itu yang memulakan sepakan menjaringkan gol pada minit ketiga menerusi Mario Mandzukic.
Mengambil kira keputusan seri 1-1 membabitkan Sepanyol dan Itali sebentar tadi, Croatia berjaya menbawa pulang tiga mata penuh dalam usaha mengukuhkan kedudukan untuk ke pusingan suku akhir.
Pertahanan Ireland, Sean St. Ledger menanduk cantik hasil hantaran sepakan percuma dari Kevin Doyle menewaskan penjaga gol Croatia, Stipe Pletikosa pada minit ke-19 menjadikan kedudukan terikat 1-1.
Dua minit sebelum tamat separuh masa pertama, Nikica Jelavic melepasi perangkap ofsaid pasukan Ireland dengan menjaringkan gol kedua buat Croatia.
Masuk babak kedua permainan, Mandzukic sekali lagi mengejutkan Ireland dengan menambah gol ketiga Croatia menerusi tandukan menewaskan penjaga gol, Shay Given pada minit ke-48 sekaligus gol kedua peribadinya setakat ini.
Selepas itu, Ireland mula mencipta gerakan berbahaya mengasak kubu lawan untuk merapatkan kedudukan namun tuah tidak menyebelahi mereka.
Pada saingan Kumpulan D esok, iaitu perlawanan yang dinanti-nantikan peminat bola sepak, Perancis menentang England manakala Ukraine bertemu Sweden.
PENYANDANG juara Euro 2008, Sepanyol dan Itali mempamerkan permainan penuh dramatik dan berkualiti apabila menjaringkan gol tunggal masing-masing selang empat minit dalam perlawanan sulung kejohanan Euro 2012.
Kedua-dua pasukan terikat 1-1 untuk berkongsi mata dalam perlawanan Kumpulan C.
Cesc Fabregas menyelamatkan maruah Sepanyol dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-64 - selang empat minit selepas jaringan pemain Itali Antonio Di Natale meletakkan negaranya di depan.
Sepanyol, juara bertahan, yang turun dengan misi mahu menjadi negara pertama mempertahankan gelaran juara Eropah ditentang hebat oleh Itali, yang menjadikan pertemuan ini sebagai medan untuk membalas dendam.
Pada babak awal perlawanan, Sepanyol yang banyak - lebih 60 peratus - menguasai perlawanan bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan.
Sebaliknya, pertahanan yang kukuh dilakukan oleh pasukan Itali berjaya mengekang asakan Sepanyol daripada membolosi pintu gawang.
Kedua-dua pasukan dilihat mengasak kubu masing-masing bagaimanapun gagal untuk mencipta jaringan.
You are subscribed to email updates from Pilihan Anda To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
20 akaun induk BNM bernilai RM3 Billion yang dikawal Anwar semasa jadi Menteri Kewangan merangkap TPM seperti yang disebut di dalam akuan berumpah Penolong Gabenor BNM lebih valid untuk dipercayai dari tuduhan umum dan semberono jumlah rasuah tahunan kerajaan BN diberitakan sebanyak RM20 billion.
Video tulin 99.9% bersama China Doll lebih valid dari tuduhan kaitan Najib dan Altantuya yang hanya bersandarkan gambar superimposed ciptaan Ahli Parlimen Batu PKR dan rekayasa cerita Najib akan disapina sampai ke Perancis.
Video yang diserah Dato Nalla kepada peguam Dato Shafei Abdullah lebih valid dari tuduhan konspirasi tanpa henti dan tanpa bukti Anwar kepada badan tertinggi negara seperti pasukan polis, institusi hakim dan pimpinan politik berkuasa.
Keberanian Najib bersumpah laknat di dalam masjid jelas lebih valid dari helah-helah yang digunapakai Anwar bagi mengelakkan dirinya dari mengambil risiko bersumpah laknat.
Pemikiran para penyokong dan pendokong pakatan lebih valid untuk menjalani ujian kewarasan mental, apa yang menyebabkan otak dan akal mereka gagal berfungsi dengan waras untuk berfikir secara adil, tulus dan berorientasikan "mencari kebenaran".
1. BN Bukan benar-benar dalam keadaan selesa menghadapi PRU13 nanti. Ini diakui oleh banyak pihak bahkan termasuk pucuk pimpinan sendiri. Memang payah untuk menyatakan sesuatu yang benar yang kadangkala ianya pahit untuk ditelan. Menyatakan kebenaranpun kadang-kala akan dipandang serong dan sinis.
2. Himpunan belia yang baru lalu memperlihatkan generasi belia ada kecenderungan untuk menyokong kerajaan BN, namun berapa ramaikah antara mereka yang layak mengundi? Berapa ramai juga yang sudahpun mendaftar untuk mengundi?
3. Beberapa hari lalu saya menonton iklan di tv yang meminta mereka yang masih belum mendaftar 'daftar pemilih' supaya berbuat demikian. Dinyatakan bahawa jika mereka mendaftar sekarang (ketika itu) maka mereka akan layak untuk mengundi jika PRU13 diadakan pada bulan September nanti. Bunyi iklan yang menarik namun berapa ramai antara para belia yang melihat apa yang tersirat didalam kenyataan berkenaan? Berapa ramai para belia yang bergegas untuk mendaftar bagi menyokong memperteguhkan kerajaan BN dalam PRU nanti?
4. Mungin BN tidak seperti yang digambarkan iaitu benar-benar dalam bahaya tetapi saya yakin bahawa BN bukan benar-benar dalam keadaan selesa. Sokongan kaum Cina masih belum pulih dan belum dapat dipastikan. Undi generasi belia masih belum tentu mampu membantu. Bahkan undi kaum Melayu sendiri masih berpecah-pecah.
5. Pengikut Pas yang taksub masih mengharap 'syurga' mudah yang dijanjikan oleh Nik Aziz biarpun Nik Aziz sendiri belum tentu mendapat syurga Allah dari angkara memecahbelahkan umat yang diperbuatnya. Pengikut PKR yang taksub dan mendapat imbuhan yang memuaskan masih juga tetap setia bersama Anu arr meskipun sudah yakin pasti bahawa Anu arr itu memang peliwat bersiri, Anu arr itu pelanggan pelacur, Anu arr itu pembohong, Anu arr itu mengamalkan korup, kronism dan nepotism. Mereka masih dan akan tetap menyokong selagi Anu arr memberikan mereka 'belanja' untuk bersubahat bagi membenarkan segala dusta.
6. Berapa ramai pula pemimpin UMNO sendiri yang benar-benar setia kepada parti? Ada yang sudah berkira-kira jika tidak dicalonkan mereka akan bertanding dengan lambang lain, menyertai parti lain atau akan bertanding bebas. Ada juga yang sudah merancang-rancang untuk menikam calon yang terpilih dari belakang. Ada yang masih 'besar kepala' menganggap bahawa jawatannya dan kedudukannya didalam parti bagaikan dirinya dewa.
7. Jika tidak demikian masakan Kedah kalah kepada lawan? Jika tidak masakan Kelantan sehingga kini masih belum dapat ditawan?
8. Ada antara pengundi yang berpendapat bahawa lebih baik UMNO dikalahkan untuk mengajar para pemimpin UMNO (tertentu) supaya mereka akan sedar diri. Walaupun perbuatan itu akan merugikan parti kerana mungkin itu akan lebih bererti. Ada yang berpendapat runtuhkan segalanya dan bina semula diatas keruntuhan itu supaya semuanya bermula dari satu, supaya pemimpin akan sedar diri dan menginsafi.
9. Harus diingat bahawa kekalahan (kemerosotan undi) dalam PRU12 adalah kerana protes terhadap pemimpin UMNO yang besar diri dan tidak membantu rakyat dan apa yang rakyat kehendaki. Tidak mustahil ianya akan berulang sekali lagi jika pekatan pembangkang berjaya mainkan perasaan rakyat.
10. Saya percaya bahawa bukan parti yang rakyat pentingkan sangat kerana mereka sedar bahawa mereka tetap sama, dalam golongan marhain. Yang mereka ukur adalah perkhidmatan yang kerajaan dan parti yang mereka sokong serta pemimpin-pemimpinnya mampu berikan. Jika pemimpin dan kerajaan mampu yakinkan rakyat mereka akan mendapat apa yang hak bagi mereka maka sudah tentu mereka akan menyokong. Jikalau mereka patut berubahpun kerana hilang percaya maka itu bagi mereka bukanlah juga satu masalah.
11. Secara mudahnya adalah, rakyat akan bertanya; jika saya menyokong, apakah yang akan saya dapat? Apakah hanya sekadar menonton apa yang orang lain dapat dihadapan mata atau saya juga akan mendapat sebahagian darinya? Hatipun boleh berubah-ubah!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan