Inilah peluang yang perlu Umno rebut untuk membuktikan kepada rakyat bahawa PAS telah menyeleweng dari ajaran Islam. Umno jangan cuba mencari alasan untuk mengelak untuk bermuzakarah dengan TGNA.
Muzakarah tersebut perlu disokong untuk diadakan supaya ianya akan dapat menyerlahkan lagi perbezaan dasar perjuangan parti antara Umno dan PAS.
Ianya pasti akan memberi peluang bagi kedua pihak parti dukungan Melayu itu membuktikan sejauh mana landasan perjuangan mereka itu benar-benar berada diatas jalan yang diredhai Allah.
PAS sudah tentu akan menempelak Umno yang didakwa berjuang atas dasar assobiyah.Maka sejauh mana pula Umno akan dapat menangkis dakwaan tersebut adalah amat menarik untuk kita semua saksikan bersama.
Maka begitu pula Umno, akan mendakwa kononnya PAS adalah parti ajaran sesat.Maka kita akan berpeluang menyaksikan segala macam dalil-dalil yang akan dikemukaakan oleh PAS bagi menangkis tohmahan tersebut.
Rakyat sendiri yang akan mengadilinya dengan pertimbangan akal budi dan ilmu yang ada pada setiap mereka.Kita bukan mencari kemenangan semata-mata tetapi mencari kebenaran; kerana apabila kebenaran muncul, maka akan lenyaplah kebatilan dengan sendirinya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (TGHA) perlu memberikan sokongan yang padu kepada usaha TGNA yang mahu bermuzakarah dengan Umno.
"Saya tak ganggu presiden saya. Yang saya sebut, saya nak muzakarah dengan Umno kenapa tolak Islam. Kalau dia (Hadi) tak setuju dengan saya, tak apa... yang penting muzakarah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pasar Kota Jembal, di Kota Bharu semalam, di sini
Nik Abdul Aziz berkata beliau juga tidak akan melonggarkan syarat yang telah ditetapkannya iaitu membincangkan mengenai dasar kebangsaan yang diamalkan Umno jika parti itu benar-benar mahu mengadakan muzakarah dengan PAS.
Presiden Pas patut sokong kerana muzakarah tersebut bukan bertujuan untuk merintis jalan membentuk 'Kerajaan Perpaduang' sebagaimana yang pernah di dukung oleh sesetengah pihak dahulu dan ditentang hebat oleh TGNA sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan