Pakatan Rakyat |
Posted: 16 May 2012 03:06 PM PDT Saya berasa geli hati dengan gelagat UMNO yang kian hari kian memalukan. Pagi semalam sekumpulan penyokong parti itu telah berbaris dihadapan kediaman Ambiga, Pengerusi Bersih, dengan menonggeng dan menunjukkan bontot kepada rumah Ambiga. UMNO sudah menjadi parti lawak dan telah benar-benar jatuh martabatnya dengan sikap yang ditunjukkan oleh penyokong tegarnya itu. Kemasukkan saya kedalam DAP dahulu disambut oleh seorang dua sebagai tindakan politik bangkrap. Tetapi sebenarnya apa yang berlaku semalam itu merupakan betul-betul politik bangkrap yang tidak ada tolok bandingnya. Nampaknya politik UMNO ini tidak lagi boleh lari dari bontot dan punggung, sejak 14 tahun yang lalu. Sudah tidak terlarat untuk membesarkan isu bontot dan punggung Saiful, sekarang mereka memanjangkan lagi perjuangan berlandaskan kepada bontot dan punggung. Dalam kesemua 213 negara yang berkerajaan didunia ini, Malaysia lah yang parti pemerintahnya mempertahankan kuasa dengan menggunakan bontot dan punggung dan ini amat memalukan. Saya tidak tahu bagaimana kah perasaan mereka-mereka ini semasa melakukan kerja keji ini. Malah nampaknya mereka berbangga melakukannya. Masa demi masa UMNO melakukan kerja-kerja yang tidak menunjukkan tamaddun yang asas sebagai rakyat sebuah negara yang mengaku sebagai negara sedang membangun yang termasyor didunia ini. Melakukan kerja menonggeng terhadap rumah Ambiga itu merupakan kerja sia-sia dan ianya amat mengerikan untuk memberikan mandat kepada parti yang sudah bangkrap politiknya. Tidak beberapa lama dahulu UMNO telah mengejutkan rakyat dengan tindakan penyokongnya menghantar kek berbentuk tahi kepada Ketua Menteri P Pinang Lim Guan Eng. Apabila politik BN sudah sampai ketahap ini, bagaimana setengah pemimpin UMNO masih mengaku yang parti itu boleh mempertahankan maruah Melayu dan menjaga Agama Islam, agama anutan kesemua orang Melayu itu. Mengapa UMNO sanggup melakukan kerja-kerja yang tidak semenggah ini, tetapi begitu marah apabila parti itu dikritik dan tidak mendapat sokongan orang Melayu yang rata-rata beragama Islam itu? Apa Islamnya dengan tindakan sekumpulan manusia yang hidup dizaman ini melakukan 'exercise punggung' dihadapan rumah Ambiga itu? Inikah mentaliti yang berjanji untuk membawa transformasi kepada negara dalam segala bidang sedangkan penyokong kepada kepimpinan yang ada pada hari semalam telah menunjukkan sikap kuno dan menjijikan itu. Berapakah upah yang mereka terima untuk melakukan itu tidak dapat dipastikan tetapi yang pasti UMNO sudah bangkrap dan saya jangka masih ada yang mempertahankan kerja itu sebagai kerja mulia dan perlu untuk menyambung kuasa politik UMNO dan BN itu. Tidak dapat dibayangkan bagaimanalah masyarakat antarabangsa memandang terhadap kita semua. Sekolot-kolot negara-negara Afrika tidak ada kejadian seburuk dan sehina ini berlaku dalam politik mereka. UMNO memang sah sebagai sebuah parti yang sudah hilang hidayah kerana mereka berbangga dengan melakukan kerja-kerja yang memalukan ini. Tidak pernah terfikir yang UMNO sudah jatuh sedemikian rendah darjat dan martabatnya. Sesungguhnya kelemahan yang sedang dihadapi oleh UMNO ini berpunca dari kelemahan UMNO itu sendiri. UMNO sudah menjadi parti yang penuh dengan kekalutan dan marilah kita bertindak dan berdoa agar selepas pilihanraya ini nanti tidak akan ada lagi kejadian-kejadian sehina ini lagi berlaku dalam politik negara kita lagi. Ianya amat memalukan kita semua. Kadang-kadang kesian juga melihat UMNO ini. Tapi sudah tidak dapat lagi berbuat apa-apa kerana ia sudah terlalu jauh tersasar dari sasaran perjuangan. Hilang agama, hilang budaya dan hilang adab serta adat Melayunya. Melayu telah hilang segala identitinya. Itulah sumbangan terbesar UMNO terhadap bangsanya. aspanaliasnet.blogspot.com | ||||||||||||||
Posted: 16 May 2012 03:04 PM PDT | Penang kesal niat baik disalah tafsir Posted: 16 May 2012 05:58 AM PDT
Ketua Pegawai Eksekutif Penang Institute, Zairil Khir Johari, berkata beliau bersama pimpinan wadah pemikir itu kecewa kerana niat yang ikhlas telah disalahtafsirkan untuk dijadikan alasan oleh Tunku Aziz untuk meninggalkan parti DAP serta mengutuk Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng. Beliau merujuk kepada wawancara Tunku Aziz bersama akhbar milik MCA, The Star, hari ini yang melaporkan bahawa senator lantikan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang itu telah menyifatkan tawaran Penang Institute sebagai menghina beliau dan menggambarkan Guan Eng sebagai seorang yang "biadap". Isnin lalu, dalam wawacancara TV milik media kawalan Barisan Nasional, Tunku Aziz mengumumkan keluar DAP selepas mengkritik pimpi2nan parti serta menuduh perhimpunan Bersih 3.0 sebagai melanggar undang-undang. Beliau turut mengkritik Pakatan Rakyat kerana dikatakan tidak memberi peluang kepada kerajaan BN yang disifatkannya sebagai berada di landasan yang betul serta sentiasa mendengar pandangan rakyat. Zairil menjelaskan tawaran Penang Institute bukan sebagai ganti atau pampasan kepada Tunku Aziz yang tidak mahu dilantik semula sebagai Senator mulai 30 Mei ini. "Tawaran kami kepada Tunku adalah ikhlas atas dasar ingin mendapatkan kepakaran beliau di Pulau Pinang selepas tidak mahu menyambung tugasnya sebagai Senator," katanya. Beliau menjelaskan, atas rasa hormat kepada kedudukan Tunku Aziz sebagai seorang tokoh, pihak Penang Institute telah meminta Guan Eng selaku Pengerusi Penang Institute, untuk menyampaikan tawaran wadah pemikir itu kepada Tunku Aziz. "Dalam perbualan telefon di antara Ketua Menteri dan Tunku Aziz pada Jumaat lalu, mereka sama sekali tidak berbincang tentang syarat-syarat perlantikan sebagai Felo Kanan atau butir-butir kewangan . "Butir-butir itu hanya disampaikan kepada Tunku apabila saya menghubungi beliau pada pagi Isnin lalu, sebagai susulan kepada perbualan telefon di antara Tunku dan Ketua Menteri," tambah Zairil. Beliau menjelaskan lagi, jawatan Felo Kanan tersebut memerlukan penjawatnya untuk menghadiri persidangan di dalam dan luar negara, dan justeru, Penang Institute mempunyai pakej standard untuk semua Felo Kanan – setakat ini tiga orang – termasuk pembiayaan RM50,000 setahun. Menurutnya, tawaran itu dibuat kepada Tunku Aziz selepas beliau (Zairil) bersama Pengarah Eksekutif Penang Institute Prof Datuk Woo Wing Thye berkongsi pendapat bahawa Tunku adalah seorang tokoh yang sesuai untuk wadah pemikir tersebut, yang dapat membantu meningkatkan nama Pulau Pinang dalam arena ekonomi, dasar dan perancangan di peringkat nasional dan global. Penang Institute adalah wadah pemikir untuk kerajaan negeri Pulau Pinang yang menjalankan kajian dan program tentang sosio-ekonomi dan isu-isu semasa, serta menerbitkan, antara lain, majalah bulanan Penang Monthly dan penerbitan ilmiah mengenai dasar awam. – Roketkini.com | Semoga Tunku Aziz terus berjuang untuk integriti, hak asasi dan kedaulatan undang-undang Posted: 16 May 2012 05:55 AM PDT KUALA LUMPUR, 16 MEI: Lim Kit Siang berharap Senator Tunku Aziz Tunku Ibrahim akan sentiasa berjuang bersama walau berbeza wadah bagi mewujudkan Malaysia yang baru dan bersih yang berpegang kepada integriti, hak asasi manusia dan kedaulatan undang-undang. Ketua Parlimen DAP itu berkata, beliau akan menjadi orang yang pertama yang mengalu-alukan Tunku Aziz jika beliau (Tunku Aziz) mengubah pendiriannya untuk meletak jawatan sebagai Naib Pengerusi DAP serta keluar parti. "Bagaimana pun saya hormati sepenuhnya keputusan beliau jika terus ingin meletak jawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Menurutnya, beliau telah kenal baik dengan Tunku Aziz sejak beberapa dekad lalu sebagai seorang yang berpinsip dan berintegriti. "Dan pandangan saya terhadap beliau masih tidak berubah sedikit pun, sebagaimana Tunku Aziz sendiri ketahui dalam tiga pertemuan kami baru-baru ini, dua di rumahnya dan yang ketiga di Parlimen. "Jika terpaksa berpisah kerana perletakan jawatannya dari parti tidak dapat dielakkan, biarlah ia dalam keadaan yang paling terhormat dan bersopan, tanpa perlu ada persengketaan," tambah beliau. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur mengucapkan terima kasih kepada Tunku Aziz atas segala khidmat dan sumbangannya sebagai Naib Pengerusi DAP di samping menjadi Senator DAP yang pertama, mewakili negeri Pulau Pinang. – Roketkini.com | Bersih gerak kempen Jom Pantau PRU 13 Posted: 16 May 2012 05:53 AM PDT (Oleh Mohd Martin Kahar) KUALA LUMPUR 16 Mei: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) akan menggerakkan dua kempen penting iaitu keluar mengundi dan jom pantau bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adil dan bersih. Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said berkata, selepas Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) gagal mereformasi pilihan raya walaupun ratusan ribu rakyat menuntut pilihan raya bersih pada Himpunan Bersih 3.0, rakyat perlu menjadikan undi mereka sebagai benteng melawan penipuan. "SPR tidak ada sedetik niat untuk memperbaiki pilihan raya, jauh sekali untuk memastikan perkara paling fundamental iaitu membersihkan senarai daftar pemilih. "Jelas SPR tidak boleh dipercayai untuk menjalankan pilihan raya umum dengan adil dan bersih. Justeru, kami menyeru semua rakyat Malaysia yang layak mengundi, anak semua bangsa keluar mengundi bagi melawan penipuan ini. "Kita keluar beramai-ramai dengan jumlah yang belum pernah terjadi di Malaysia!" gesa Sasterawan Negara yang lebih dikenali Pak Samad pada sidang media hari ini. Turut hadir, Jawatankuasa Pemandu Bersih 2.0, Maria Chin dan aktivis Hishamuddin Rais. Pak Samad berkata, rakyat juga diseru memantau situasi pilihan raya untuk memastikan tidak berlaku penipuan. "Kita memerhati dengan mata yang tajam pada masa berkempen dan pada hari membuang undi. Laporkan, hebohkan dan lawan penipuan ini!" gesa beliau lagi. Menurut beliau, Bersih 2.0 akan bekerjasama dengan Tindak Malaysia dan Jom Pantau bagi melatih sukarelawan yang berperanan sebagai pemantau, pegawai pilihan raya, pengira undi dan ejen pengundi pos. Tindak Malaysia adalah NGO yang terlibat melatih sukarelawan pilihan raya dan Ejen Pengundi, Pengira Undi dan Ejen Barung (Pacaba). Mereka juga akan memastikan pilihan raya tidak terlibat dengan penipuan. Manakala Jom Pantau pula diketuai Komas yang bekerjasama dengan Malaysian Observes Network (MEO-Net), Southeast Asian Center for e-Media (SEACAM) dan National Institute for Democracy Electoral Iintegrity (NIEI). Rakyat boleh mengambil bahagian dalam pemantau pilihan raya dengan cara membuat laporan kepada umum di www.pru13.info. | Senaman punggung langgar adab, budaya Melayu - Teras Posted: 16 May 2012 05:51 AM PDT (Oleh Aedi Asri) KUALA LUMPUR 16 Mei: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Mohd Azmi Abdul Hamid menyifatkan 'senaman punggung' oleh bekas tentera di depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sebagai tindakan bodoh dan gila. Katanya, tindakan itu tidak patut diterima oleh mana-mana pihak kerana ia tidak menunjukkan tata susila dan budaya Melayu yang sebenar. "Saya cukup kesal dengan kelakuan mereka yang langsung tidak matang dan beradap. "Apatah lagi ia adalah satu provokasi dan boleh menimbulkan ketegangan (di kalangan masyarakat)," katanya kepada Keadilan Daily. Beliau juga kesal sikap lepas tangan pihak berwajib kerana tidak menghalang kelakuan di kediaman peribadi itu. "(Pihak berkuasa) seolah merestui, (ia) patut dihalang kerana mengganggu kediaman dan privasi (Ambiga)," katanya. Semalam, dilaporkan 15 anggota tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) berdemonstrasi di depan kediaman Ambiga kerana membantah peranan beliau dalam perhimpunan Bersih 3.0 dan apa yang dikatakan sebagai 'gerakan seks bebas'. Selain membawa sepanduk mengutuk Ambiga dan Bersih 3.0, mereka turut menarik perhatian dengan membongkok dan menggoyangkan punggung ke arah kediaman peguam itu. Demonstrasi ini dilihat sebagai susulan 'protes Burger' oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) 10 Mei lalu yang membuka gerai burger di hadapan rumah beliau. Mohd Azmi sehubungan itu, menyeru semua pihak, terutama ahli agama dan bekas tentera untuk tegas mengecam aksi tersebut. "Mereka telah menghina Islam, (kerana) mencetuskan fitnah dan salah faham terutamanya kepada masyarakat bukan Islam. "Ia juga memberi gambaran buruk kepada bekas tentera, padahal hanya dilakukan oleh sebilangan kecil sahaja," kata beliau lagi. | Hanya si bacul suka goyang punggung Posted: 16 May 2012 05:50 AM PDT (Oleh Masdar Wahid) KUALA LUMPUR 16 Mei: Tindakan Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) mengadakan 'senaman punggung' depan kediaman Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga sangat memalukan, kata Datuk Fauzi Abdul Rahman. Pengerusi Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang itu menyifatkan, kumpulan yang diketuai Mohd Ali Baharom berfikir menggunakan punggung. "Tindakan ini sangat biadab, jijik dan meloyakan kerana hanya mereka yang berfikir menggunakan punggung sahaja melakukan aksi tidak bertamadun itu," katanya dihubungi Keadilan Daily. Jika PVTM tidak bersetuju dengan Ambiga, persoalan pokok kata Fauzi ialah, adakah aksi yang dilakukan kumpulan itu beradab dan sesuai dengan adat dan tata susila rakyat Malaysia? "Kami dari Kobat, malah puluhan ribu dari bekas-bekas tentera tidak sedikit pun megah dengan aksi `goyang punggung' di hadapan seorang wanita untuk membuktikan `kejantanan' bekas tentera. "Hanya pondan di lorong-lorong atau seorang bacul sahaja suka menggoyang-goyangkan punggung dan ianya amat menjijikkan," tegasnya. Beliau turut melihat tekanan berterusan puak seumpama itu melakukan pelbagai aksi di depan rumah Ambiga untuk mengalih perhatian rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil sebagaimana dibuktikan pada Himpunan Bersih 28 April lalu. "Tentera sepatutnya menyokong Bersih kerana NGO ini bertujuan baik iaitu menuntut pentadbiran Datuk Seri Najib Razak antaranya membersihkan daftar pemilih. "Daftar pemilih di Malaysia kotor sebab warga asingpun turut mengundi dan dalam hal ini, tentera patut sokong dan bukan menjadi alat Umno," tegas Fauzi lagi. Mengenai pengabaian Kementerian Pertahanan terhadap bekas tentera yang lumpuh, beliau turut mengaitkannya dengan aksi senaman punggung itu. "Sebab itu saya katakan, aksi goyang punggung ini tidak menyelesaikan masalah golongan tentera yang masih ramai hidup susah sebab Najib kekal enggan turunkan harga minyak termasuk abaikan bekas tentera. "Kobat pula tidak bercadang menggoyang punggung depan rumah Najib dan disaksikan Rosmah Mansor kerana ia tidak menyelesai masalah negara yang menuju bankrap ekoran rasuah Umno dan sekutunya," katanya sinis. Sehubungan itu, beliau menyeru tentera dan bekas tentera melakukan perubahan pada Pilihan Raya Umum akan datang dengan menolak Najib yang terus memperalat segelintir bekas tentera demi kepentingan hayat politik Umno. Fauzi yang merupakan anak saudara kepada Allahyarham Tan Sri General Abdul Hamid Bidin, bekas Yang Di-Pertua Persatuan Bekas Perajurit Malaysia menubuhkan Kobat di Pahang bertujuan membela nasib bekas tentera dan perajurit negara. Penubuhannya berikutan nasib kumpulan terbabit tidak terbela khasnya di Pahang walaupun Najib pernah menjadi Menteri Pertahanan sebanyak dua kali masing-masing pada 1990 hingga 1995 dan 1999 hingga 2008. Aktiviti Kobat juga boleh diakses di laman ini: http//kobatpkr.blogspot.com/ | Tosai Percuma di luar rumah timbalan IGP Posted: 16 May 2012 04:50 AM PDT Aidila Razak Mula-mula burger, kemudian senaman punggung... dan Ahad ini tosai pula. Mengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya. Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu. "Ini sebenarnya satu kempen kesedaran. Tosai adalah makanan yang sihat dan sajian sarapan bagi masyarakat India. Kami mahu mempromosinya," katanya ketika dihubungi. Kumpulan itu memilih untuk membuka gerai di luar rumah Khalid di Taman Bukit Teratai Khalid kerana mereka "menghormati" beliau. "Beliau telah berkata bahawa gerai boleh dibuka di hadapan rumah orang dan kami menghormati apa yang beliau katakan". Barathidasan menambah bahawa kumpulan itu akan memohon permit dari Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk gerai tersebut, dan mungkin meneruskannya juga walaupun ia ditolak. "Kita hanya mahu beri orang ramai sarapan yang sihat. Kami tidak menjual apa-apa," katanya. | FAM beri Annuar Musa amaran keras Posted: 15 May 2012 11:31 PM PDT Oleh: NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH KELANA JAYA - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini memberi amaran keras kepada Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa, yang digantung dua setengah tahun, agar tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak. Ini berikutan Annuar, yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), dikatakan telah melanggar kod etika jawatankuasa tatertib dengan menghadiri satu majlis perasmian di Kota Bharu semalam. | Hanya 20% Pengurusan Tertinggi Felda Menyokong Penyenaraian Posted: 15 May 2012 10:49 PM PDT
Boston Consulting Group (BCG) adalah salah satu daripada juru runding yang dilantik untuk menerajui proses penyenaraian ini. Selain menyediakan pelan langkah-langkah penyenaraian, BCG juga bertanggungjawab menilai kesediaan dan pandangan pengurusan Felda mengenai tindakan Barisan Nasional menyenaraikan FGV dan aset-aset berkaitan Felda. KEADILAN telah berjaya mendapatkan salinan laporan yang dibentangkan oleh BCG kepada pengurusan Felda dan FGV di dalam mesyuarat tersebut. Kesimpulan yang dibuat oleh BCG setelah menemuramah dan mengadakan kajiselidik melibatkan 30 orang pengurusan tertinggi Felda dalam bulan Oktober 2011 adalah seperti berikut: 1. Cabaran terbesar untuk menjayakan proses penyenaraian ini adalah pandangan pengurusan tertinggi Felda sendiri yang menentang keputusan tersebut; 2. Lebih separuh dari pengurusan Felda (55%) tidak bersedia untuk melalui proses penyenaraian ini; 3. Hanya 20% dari pengurusan tertinggi Felda yang benar-benar menyokong proses penyenaraian; dan 4. 65% dari pengurusan tertinggi Felda percaya proses penyenaraian ini akan gagal kerana Felda masih belum bersedia. Pendedahan ini mengesahkan bahawa proses penyenaraian yang cuba dilakukan Barisan Nasional mendapat tentangan hebat dari kalangan pimpinan tertinggi Felda sendiri. Ini memberi gambaran bahawa mereka yang lebih arif dan mengikuti proses dalaman sepanjang keputusan menyenaraikan Felda berpandangan penyenaraian ini lebih membawa keburukan daripada kebaikan kepada Felda dan peneroka. Tentangan pengurusan tertinggi Felda ini akan menyulitkan proses penyenaraian dan membawa risiko bahawa ia akan gagal kerana tidak mendapat kerjasama kakitangan Felda. Makanya, adalah menjadi tanggungjawab Dato' Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Isa Samad untuk memberikan penjelasan kenapa pandangan dan tentangan pengurusan tertinggi Felda ini tidak diambil kira dan penyenaraian Felda diteruskan jua. Mereka juga perlu memberi jaminan bahawa pengurusan Felda sedia ada tidak diketepikan dan muka-muka baru yang lebih akur dengan kehendak Barisan Nasional akan dilantik mengisi sebahagian besar jawatan baru di dalam Felda. MOHD RAFIZI RAMLI 16 MEI 2012 | Posted: 15 May 2012 09:12 PM PDT tahap pemikiran puak umno? sebab apa ramai golongan cerdik pandai join PAS dan Pakatan Rakyat? korang fikir la sendiri. | Lebih menarik daripada Raja Lawak Posted: 15 May 2012 08:56 PM PDT FARUSH KHAN Saya ambil cuti pada 3 Mei lalu semata-mata untuk mengikuti perdebatan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) dengan Pengarah Strategik PKR, Mohd Rafizi Ramli, tetapi sayang seribu kali sayang, ia ditangguhkan. "Suasana kini tidak sesuai; tarikh baru akan ditetapkan nanti," demikian kenyataan dalam Sinar Harian, akhbar yang mengambil inisiatif membarakan program debat itu. Dengan rekod 13 wacana yang sudah dianjurkan sejak 19 Mac tahun lalu, saya tidak ragu memang Sinar Harian mampu mengendali debat mengenai perlu atau tidak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) itu dengan teratur. Sebab itu apabila dimaklumkan debat itu akan diadakan pada 22 Mei depan di Shah Alam, awal-awal lagi saya sudah susun jadual untuk hadir. Cuti atau tidak, saya akan tetap terpacak di situ, Insya-Allah. Minta jangan ditangguhkan lagi. Keterujaan saya bukan ikut emosi. Ia berdasarkan rekod. Maksud saya, jika KJ dan Rafizi dapat mempertahankan rekod prestasi mereka ketika berdebat di London awal tahun ini mengenai kemampuan Malaysia mencapai Visi 2020, mereka pasti akan berjaya lagi membuktikan perdebatan mereka bukan sekadar berlangsung dengan aman dan teratur, bahkan cukup menarik. Terus-terang, rakaman pertandingan Raja Lawak yang memecahkan perut ramai penonton itu pun tidak mampu mempengaruhi saya untuk ulang menonton, seperti tarikan rakaman perdebatan KJ-Rafizi di London itu. Saya sanggup ulang tayang rakaman program itu beberapa kali untuk menghayati mesej yang mereka sampaikan. Diselang-seli dengan gurauan dan fakta yang mantap, perdebatan mereka cukup matang dan menarik. Tidak ada satu ketika pun saya berasa bosan, jauh sekali marah kepada mana-mana pihak. Tidak ada ketika dalam tempoh perbahasan selama sejam setengah itu anda dapat lihat sama ada KJ atau Rafizi bertegang urat menegakkan benang basah, seperti yang biasa anda lihat berlaku di platform parti semasa ceramah dan kempen pilihan raya atau pada persidangan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Malah, anda tidak boleh menahan ketawa dengan antik mereka. Rafizi, umpamanya, menceritakan bagaimana beliau dan rakan-rakan cuba berunding dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan kebenaran berhimpun di kawasan parkir Kompleks Mahkamah di Kuala Lumpur di hari keputusan kes Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Januari lalu. Katanya ketika berunding mengenai syarat bagi membolehkan perhimpunan di bawah bil perhimpunan awam, beliau berasa seolah-olah 'satu-satunya tempat yang kita boleh berhimpun adalah Gunung Jerai'. Kalau partinya menang PRU13, katanya, antara yang mereka akan lakukan ialah mansuhkan bil tersebut. Ada ketika, Rafizi menawarkan KJ menyertai PKR memandangkan 'suara kita sama, umur pun lebih kurang sama tetapi anda tidak ada kuasa untuk lakukan apa-apa di sebelah sana'. Sementara KJ pula mengucapkan 'terima kasih' kepada Rafizi yang 'melantik' beliau menjadi menteri dalam negeri dan menteri pelajaran, tetapi akan tetap bersama Umno kerana banyak perkara sudah berjaya dicapai, walaupun beliau tidak menjadi menteri. Kesimpulan perdebatan mereka menyentuh perasaan. Rafizi mengajak penonton membuat perubahan untuk kebaikan rakyat; tidak kira parti mana pun mereka pilih. Namun KJ, dalam menghormati luahan Rafizi yang diakui begitu merendah diri, tetap berpendirian perjuangan berkesan hanya mampu dicapai melalui BN, kerana ia ada asas. Yang jelas perdebatan itu banyak memberi ilmu dan membantu anda sedikit sebanyak membuat penilaian dalam menentukan calon dan parti mana yang memenangi hati dan undi anda pada pilihan raya umum (PRU) yang mungkin berlangsung dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Apa dalam hati mereka saya tidak tahu dan tidak mahu buat andaian, tapi KJ dan Rafizi, dalam perdebatan di London itu, kelihatan sebagai dua sahabat yang saling menghormati, lebih daripada dua musuh politik; berkongsi jenaka dan bertukar pujian serta pengiktirafan. Mereka memang jelas matang dan sporting, menyuarakan pandangan dengan tertib dan sopan; mendengar dengan tumpuan, menjawab dengan senyuman; tiada kata-kata nista, tiada tuduhan, tiada fitnah, tiada maki-hamun, cuma sekali sekala gurauan dan sindiran ringan. Marilah kita berdoa moga ciri-ciri mulia begini terus ujud dalam negara ini. Kalau di masa dekat tidak mungkin, saya yakin ia akan berlaku tidak lama selepas PRU13, yang mengikut ramalan pendeta politik, paling sengit dalam sejarah.Sudah tiba masanya kita berubah, dari segi pembangunan fizikal dan mentaliti; setuju untuk tidak setuju. Bayangkan betapa hebat dan bertuahnya kita jika apa yang dilihat dalam perdebatan dua orang muda itu menjadi realiti di bumi indah yang kita cintai ini. Doakan. | 'Senaman Punggung' Bertentangan Prinsip Rukun Negara Posted: 15 May 2012 08:52 PM PDT SHAH ALAM, 15 MEI : 'Senaman punggung' oleh sekumpulan mendakwa bekas tentera di depan rumah pengerusi BERSIH, Datuk S Ambiga dekat ibu negara hari ini disifatkan sebagai tidak bermoral dan bertentangan dengan prinsip rukun negara, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob. Jelasnya, budaya tidak sihat itu dilihat semakin menular di kalangan masyarakat tanpa ada sekatan dan tindakan tegas daripada pihak berkuasa. Menurutnya, kelakuan itu seolah-olah 'dihalalkan' dan kian menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat dalam negara kita. "Saya bimbang perkara ini terus menular dan menjadikan negara kita sebagai tumpuan bagi budaya tidak sihat ini yang sangat besar kesannya terhadap moral dan perkembangan generasi akan datang," katanya. Beliau berkata, tindakan itu juga seolah-olah menghina etika kesopanan dan kesusilaan yang sepatutnya dijadikan contoh kepada negara-negara lain. "Perkara ini amat dikesalkan apatah lagi ia dilakukan oleh individu (bekas tentera) yang diajar dan didik dengan disiplin yang tinggi," ujarnya. Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago turut melahirkan kekesalannya terhadap perlakuan memalukan itu yang disifatkan sebagai melanggar undang-undang dan intimidasi Ambiga. Katanya, tindakan juga harus diambil terhadap kesemua perlaku terbabit bagi mengelakkan institusi dan perlembagaan negara tidak lagi dicemari dengan insiden memalukan. "Sikap ini harus dikutuk masyarakat kerana ia sangat memalukan dan merendahkan moral. Pihak berkuasa harus menyiasat perkara berkenaan bagi membolehkan kita mengenalpasti individu yang memberi arahan untuk berbuat demikian," katanya. Sekumpulan bekas tentera pagi tadi melakukan satu senaman aneh di hadapan kediaman Ambiga di Bukit Damansara. Kumpulan 15 orang daripada Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) itu melakukan gimik demonstrasi yang dinamakan mereka sebagai "senaman punggung" dengan membongkok dan menggoyang-goyangkan punggung mereka ke arah kediaman Ambiga. Kumpulan berkenaan diketuai presiden PVTM, Mohd Ali Baharom yang berkata mereka berhak mengadakan demonstrasi tersebut sebagai bantahan terhadap Ambiga. | "Guru Penjana Generasi Idaman, Guru Penyayang, Guru Disayangi." Posted: 15 May 2012 08:48 PM PDT SHAH ALAM,15 MEI : Kerajaan Selangor memperuntukkan RM16 juta setiap tahun kepada kepada sekolah-sekolah agama rakyat, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil untuk memperkasa bidang pendidikan di negeri itu. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam perutusan sempena Hari Guru 2012 yang disambut pada 16 Mei berkata selain daripada bantuan peruntukan itu, bantuan persekolahan seperti beg dan buku sekolah turut diberikan kepada mereka yang memerlukan. "Tahun ini Kerajaan Negeri telah menetapkan Guru Penjana Generasi Idaman, Guru Penyayang, Guru Disayangi sebagai tema," kata Abdul Khalid. Abdul Khalid berkata , selain daripada persoalan tanah, kerajaan negeri Selangor juga turut sama mengadakan beberapa inisiatif berhubung pendidikan misalnya dengan mengadakan kolej serta universiti. " Bantuan-bantuan ini diberikan untuk membolehkan pihak sekolah terbabit menambah-baik kemudahan dan kualiti pengajaran. Sekolah-sekolah terbabit adalah jenis sekolah yang tidak mendapat bantuan khusus daripada Kementerian. "Oleh kerana wujud permintaan daripada ibu bapa di samping adanya kesediaan para guru untuk mengajar, kerajaan negeri Selangor dengan keterbatasan kewangan yang ada berpendapat bantuan kecil yang sesuai wajar diberi," kata Abdul Khalid. Jelas Abdul Khalid lagi, elaun guru KAFA juga telah ditingkatkan dengan adanya peruntukan zakat bagi menggalakkan guru terbabit terus berkhidmat dengan cemerlang. "Pendidikan kini tidak lagi terhad kepada keupayaan membaca dan mengira tetapi membentuk keperibadian manusia untuk menghargai hidup dengan nilai-nilai yang betul. "Situasi rumit yang pelbagai ini tentulah menjadikan profesion perguruan cukup penting dalam memberi suntikan bermakna buat bekal generasi muda mendepani cabaran zaman," ujar Abdul Khalid. | Status Pengundi Yang Diragui. Ali Khan? Posted: 15 May 2012 07:51 PM PDT Pengundi yang bernama Ali Khan bin Amirul ini lahir sebelum tahun 1978, tetapi mengapakah beliau tidak mempunyai nombor KP lama? | Minta ambil tindakan isu kafir Posted: 15 May 2012 06:15 PM PDT Oleh: Wartawan Sinar Harian PASIR PUTEH - "Tok Guru adalah seorang tokoh agama dan beliau adalah pemimpin utama parti serta pemerintah rakyat Kelantan, jadi tidak wajar jika beliau digambarkan sebagai 'bapa kafir'," kata Timbalan Ketua Penerangan Pas Pasir Puteh, Abd Halim Mohamed. Menurutnya, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak seharusnya digambarkan sebegitu, kerana ia akan mendorong kemarahan rakyat Kelantan khususnya dan amnya rakyat Malaysia yang menyokong beliau. Abd Halim berkata, perkara tersebut juga dilihat sebagai menghasut dan boleh menimbulkan suasana yang tidak harmoni kerana beliau sangat dihormati. "Kami berharap kenyataan pihak berkenaan dalam sebuah blog dapat disiasat," katanya . Sebelum itu Pas Kawasan Pasir Puteh adalah pihak pertama yang membuat laporan polis berhubung isu tersebut iaitu pada 8 Mei lalu di Balai Polis Pasir Puteh. Beliau berkata, mereka cukup kecewa dengan apa yang berlaku dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Abd Halim berkata, sebagai seorang pemimpin yang dihormati Nik Abdul Aziz tidak sepatutnya dilayan seperti itu lebih-lebih lagi ia terlalu sensitif kerana melibatkan soal agama. "Perkara ini seharusnya diambil tindakan tegas supaya ia tidak berulang lagi pada masa akan datang dan kepada pihak lain diharap tidak mengulanginya. "Ini kerana dengan apa yang berlaku rakyat boleh menilai sendiri siapa yang betul dan siapa yang tidak," katanya. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan