Khamis, 17 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 16 May 2012 03:14 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


Posted: 16 May 2012 01:47 AM PDT


Menjelang PRU 13, entah bila tarikhnya, pelbagai cerita kita dengar, baca, tonton dan sebagainya. Itulah kisah pra pilihanraya ke 13. Bagi UMNO/BN kisah calon tentunya menarik perhatian ramai. Yang lama pasang badan malah yang baru juga teringin menyumbang bakti dan budi jika terpilih. Apa pun kita nantikan pengumuman pembubaran Dewan Rakyat oleh Perdana Menteri dan diikuti oleh Dewan Undangan Negeri. Rasanya itu pun bukan semua. Mana lah tahu kerajaan PR yang memerintah Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan tidak mahu bubar tentunya akan ada pilihanraya yang berasingan antara Parlimen dan DUN. Sama-sama kita nantikan.


Tidak kurang hebatnya juga mengenai isu ini. Tiba-tiba sahaja kepimpinan tertinggi PAS membuka "modal lama" mereka iaitu "Hudud". Jika sebelum ini, kepimpinan tertinggi PAS lebih berhati-hati untuk membawa modal ini, setelah mendapat bantahan dari rakan sekutu mereka. Namun apabila tersedar dari "mimpi syurga" yang di tiup oleh DAP mereka bertukar kepada "negara kebajikan". Berubah apabila golongan ulama dalam PAS sama ada diperingkat pemimpin mahu pun ahli serta penyokong mereka mula menarik diri...akhirnya PAS sedar bahawa yang memenangkan mereka dalam PRU 13 adalah pengundi Melayu. Ini disebabkan DAP tidak akan beri satu kerusi pun kepada PAS untuk PRU 13......


Demi pakatan rapuh dalam PR, PAS dipaksa untuk melepaskan prinsip perjuangan mereka selama ini.Bantahan dari kepimpinan tertinggi DAP juga PKR menyebabkan PAS menurut sahaja kehendak mereka.

Tiada ulasan:

Pengikut