Rabu, 9 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Puteri Bahagian Segambut

Posted: 08 May 2012 11:28 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


TIBAI buat Penyokong ANWAR Tak Keruan?

Posted: 08 May 2012 06:30 PM PDT



Penyokong tegar Anwar semakin tertekan apabila terdapat sebuah kumpulan yang dinamakan TIBAI - Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim sudah mula bergerak ke seluruh negara dalam siri jelajah TIBAI.

Sudah tentu rata-rata penyokong tegar Anwar Ibrahim pasti tidak rela idola mereka dimalukan dan didedahkan segala pembohongan serta penipuan atau dalam bahasa mudahnya ditelanjangkan di hadapan khalayak ramai.

Alhamdulillah, ahli kumpulan TIBAI yang merupakan bekas-bekas pejuang Anwar suatu tika dahulu telah kembali kepada kebenaran. Hidayah Allah telah sampai kepada mereka lebih awal daripada terus bersekongkol bersama Anwar Israel.

Kini tugas mereka ini adalah menyampaikan dan berkongsi mengenai diri Anwar Ibrahim dengan seluruh rakyat Malaysia umumnya.


Cerita selanjutnya di REZQEEN HILL

GEMPAR : AHLI POLITIK TERKENAL BUNTINGKAN GADIS MELAYU KEMUDIAN SURUH GUGURKAN.....

Posted: 08 May 2012 05:00 PM PDT

Fuyooo..Isu gambar seks Azmin Ali tak selesai lagi...dah pulak timbul isu Naib Presiden PKR buntingkan anak orang...Dahsyat betul pemimpin-pemimpin tertinggi PKR...Tian Chua didakwa telah membuntingkan seorang gadis Melayu yang dipercayai anak kepada seorang pemimpin pakatan...

Untuk menutup malu dan diketahui umum..Tian Chua telah mengarahkan gadis tersebut menggugurkan kandungannya..Kesian gadis tu..dah la jadi mangsa Tian Chua..lepas tu ditambah pula dengan dosa memggugurkan kandungan tersebut...Berapa agaknya bayaran yang dibuat oleh Tian Chua kepada keluarga gadis tersebut untuk menutup kisah hitam ini??

Beginikah moral pemimpin yang kononnya akan mentadbir Malaysia satu masa nanti....

Ikutu pendedahan yang dibuat oleh Raja Petra mengenai skandal sek yang melibatkan Tian Chua dan seorang gadis melayu....

Sekadar Hiasan

Boleh kita berbicara tentang gadis Melayu itu, anak kepada pemimpin pembangkang, yang Tian Chua buntingkan dan kandungannya digugurkan untuk menutup malu? Saya tidak akan memberitahu nama atas dasar tidak mahu memalukan gadis tersebut dan bapanya.

Dr Syed Husin Ali tahu mengenai perkara ini dan beliau tentu faham maksud saya. Kita tinggalkan perkara ini dahulu, sementara waktu, melainkan jika Tian Chua mahu berterusan mengasak saya - Malaysia Today, 6 Mei 2012



Elok la tu..Ketua Umum PKR seorang biseksual ... Timbalan Presiden PKR suka 'main' dalam tandas ... Naib Presiden PKR berjaya membuntingkan gadis Melayu ...EP ingin mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mempunyai barisan kepimpinan parti ini mewarisi bakat-bakat terpendam dalam aksi seks bebas.

Memang patut pun Anwar memperjuangkan hak LGBT kerana kerana undang-undang yang ada sekarang ternyata kolot dan tidak releven dengan PKR dan ianya perlu dirombak atau dimansuhkan.


Sumber: EMPAYAR PEMUDA

Hello Sir @limlipeng Bila Nak Selesaikan Masalah Banjir di Segambut? @JDB27 @princeszzfionna @MiszNury #YBMalas #BN4Segambut

Posted: 08 May 2012 02:35 AM PDT


Sebelum ini SP pernah menulis tentang kejadian banjir di Kampung Segambut Bahagia yang terjadi dalam tempoh masa tak sampai 2 minggu. Para pembaca boleh melihatnya di sini. Baru-baru ini sekali lagi kampung tersebut dilanda banjir selepas hujan lebat yang berpanjangan.

Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, Ahli Parlimen Segambut, YB Lim Lip Eng tidak turun menjenguk atau meninjau masalah yang menjadi punca kawasan tersebut banjir sedangkan Pusat Khidmat Wakil Rakyat DAP Parlimen Segambut terletak berdekatan dengan kawasan yang dilanda banjir.

Adakah kerana kawasan tersebut adalah kawasan majoriti pengundi Melayu? Atau adakah kerana kawasan tersebut bukan kawasan pengundi "High end" seperti di Damansara Heights atau TTDI maka masalah mereka dipandang sepi? Nak tunggu BN atau UMNO yang selesaikan ke?

Nampak gayanya PRU13 ni Orang2 Segambut semua kita pakat2 undi BN semula untuk mentadbir Segambut. YB kita ni sibuk dengan isu2 di tempat lain.




PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 08 May 2012 03:43 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


BUAT ISTILAH SENDIRI : NIK AJIS.

Posted: 07 May 2012 11:05 PM PDT


Cukup Dengar 'Sabda'nya... Nik Aziz Pertikaikan Keputusan Majlis Fatwa!!


Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan mengeluarkan pandangan berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 semalam "dengan hanya menggunakan sebelah mata."

Sambil menegaskan beliau setuju bahawa perhimpunan bertujuan untuk mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram, perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu bukan bertujuan mencetuskan huru-hara.

"Bagaimanapun, apabila dikaitkan dengan himpunan Bersih 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan sebelah mata. Mata yang digunakan pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah pun rosak.

"Saya menghormati ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi perhormatan namun dalam hal ini saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan ini," kata beliau dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Semalam, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara dan kekacauan dalam negara.

Pengerusinya, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin berkata, jawatankuasa memandang serius isu itu di mana sebahagian umat Islam telah bertindak sebagai perusuh jalanan dalam banyak perhimpunan atau demonstrasi termasuk seperti yang berlaku pada perhimpunan di ibu negara 28 April lepas.

"Tindakan merusuh, membawa kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama.

"Sesiapa juga tidak boleh buat, tidak (boleh) bersetuju ke arah (usaha) mendatangkan kemudaratan, keresahan, menjadikan rusuhan sesama kita hingga berpecah, apatah lagi kalau berlaku pertumpahan darah," katanya.

SABDA NIK AZIZ (NABI PAS)

Dalam kenyataannya, Nik Aziz berkata, "tidakkah disedari bahawa Himpunan Bersih 3.0 bukannya bertujuan untuk mencetuskan huru-hara?"

"Himpunan ini menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya bukannya mencetuskan huru-hara jauh sekali untuk menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya," kata beliau.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, jika dikatakan menggunakan cara beradab dibenarkan, maka "suka saya bertanya, apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?"

Malah, soal beliau, pernahkah Majlis Fatwa Kebangsaan memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan dalam pilihan raya yang implikasinya lebih besar kepada negara.

"Saya yakin bahawa fatwa ini hanya laporan akhbar prokerajaan sahaja tanpa mendapat penjelasan dari penganjur Bersih 3.0 sebelum membuat pertimbangan.

"Justeru, soalan saya ialah fatwakah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak, terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.

Nik Abdul Aziz menambah, huru-hara tercetus apabila perhimpunan yang diadakan dihalang.

"Andaikan himpunan di Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi huru-hara.

"Jika Bersih berhimpun dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?" kata beliau.

Sehubungan Nik Abdul Aziz meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menghormati pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusan.

"Justeru cukuplah saya mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah," katanya lagi. -sinar

4 comments:

  1. jangan jadi nyanyuk. Sejarah terbukti pembangkang dari dulu memang suka buat huru hara. Bila ada demo akan disusuli huru hara. Pilihanraya kecil pun akan ada kacau. PM ke Gua Musang bukan nak jatuh kan kerajaan kelantan tapi tukar melalui pilihan raya. Tak kan ini tak dapat bezakan. Apa punya pemimpin berfikiran dengkel.
    Balas
  2. Tok Guru Nik Aziz mmg pandai buat tafsiran sendiri tanpa merujuk pada sapa2, itu dah sedia maklum.Istilah "Berhimpun" & " berdemostrasasi" x sama maksud.Jgn lah kelirukan org2 PAS terutamanya dgn istilah2 sendiri yg tok guru syok sendiri nak sebut. ADAKAH "Berhimpun" pada hari sembahyang Jumaat kita menjerit2,bawak sepanduk2,pakai baju2 kuning yg bercop ayat tertentu?????? Adakah "Berhimpun" MENDENGAR ceramah2 kita menjerit2, melolong2 sana sini....tolonglah jgn kelirukan masyarakat, dulu tok guru nik aziz kata Allah SWT mencarut, lepas tu kata, ayat2 dalam AlKuran adalah ayat2 politik semuanaya....sudah2lah tu bercakap POLITIK ni, jgnlah letakkan POLITIK didepan berbanding agama ISLAM
    Balas
  3. nik ajis ni dah boleh letak dalam muzium dah, xlayak dah jadi pemimpin sbb bila dah tua ni dia jd semakin bodo n bangang. boleh kata solat sama ngan demo. solat tu ibadah wajib weh. demo tu sama ngan lembu. demo la ni xserupo mulo, koho lamo koho bengong.
    Balas
  4. Tok Guru Nik aziz ni bermusim, dia akan keluarkan fatwa mengikut naluri dan tafsiran sendiri, Apakah dia merujuk dengan mana-mana pihak sebelum mengeluarkan fatwa dia tu yang pergi ke BERSIH 3.0 tu wajib, datang berhimpun untuk menggulingkan kerajaan itu wajib, ada dia tanya sapa2, rasanya tak adakan, malah dia bagi duit tambang, duit makan, penginapan lagi, tetapi yang herannya tu pengikut dia tu yang tak boleh berfikir langsung, mana yang baik dan mana yang buruk..malah pengikut mereka sanggup menyamakan Nik Aziz tu dengan Nabi, perjuangan Anuar tu sama dengan perjuangan nabi.TAK LOGIK LANGSUNG, PENGIKUT DIA ORANG NI SAMA DENGAN LEMBU JER..
    Balas

GOMBAK!!! GEMPUR!!!: BERSIH 3.0. KIT SIANG DEDAH TUJUAN SEBENARNYA?

Posted: 07 May 2012 10:55 PM PDT

GOMBAK!!! GEMPUR!!!: BERSIH 3.0. KIT SIANG DEDAH TUJUAN SEBENARNYA?: Jelas lah sudah kenapa perlu diadakan Bersih 3.0 ini dan kenapa ianya perlu diadakan dijalanan? Kenapa timbul kekecohan dan kega...

Dr Mohamad Khir Toyo

Posted: 08 May 2012 09:37 AM PDT

Dr Mohamad Khir Toyo


Azmin Ali: Agenda UMNO atau PKR?

Posted: 07 May 2012 11:57 PM PDT

DunSemarang

Posted: 08 May 2012 01:47 AM PDT

DunSemarang


Songkok...

Posted: 08 May 2012 01:00 AM PDT

Songkok Pemberian Kami

Songkok tinggi pemberian kami
yang kau pakai di kepala bahlol itu
menunjuk-nunjuk pandainya
di hadapan kami
yang kau sangka sama bahlolnya
dengan kepalamu itu

lantas

kau menjaja songkok tinggi pemberian kami
bersama- sama dengan hidungmu yang semakin tinggi
ke sana ke mari
ke darat ke baruh ke laut

membuka pekung
dengan baju bangang yang terbukadi dada
dari dalam pekung itu
keluar nanah khianat
yang melemaskan bangsa
meluluhkan Agama

ingatlah
songkok itu pemberian kami
diperbuat daripada darah nenek moyang

jangan kau kotori
dengan najis taulamu yang semakin biaDAP.
.by Ajey on Tuesday,

ByM69

Terima Kasih YB.

Posted: 07 May 2012 02:07 AM PDT

.
Ucapan terima kasih kepada YB Dr Ir Wee Ka Siong dan YB Dato Haji Samsolbari bin Jamali, yang prihatin dan sudi membuat lawatan ke rumah saya. Terima kasih kepada Timbalan Ketua UMNO Bhg Ayer Hitam, Tuan Haji Junaidi bin Haji Kamari, S/u UBAH Tuan Haji Halid Saat dan Pengurusi Taman-taman Pt Raja Tuan Harom bin Haji Ihsan. Semuga keprihatinan tuan-tuan semua menjadi iktibar kepada semua. Kunjungan ini telah memberi semangat kepada saya untuk terus berjuang bersama UMNO dan Melayu Islam. InsaAllah saya akan mula meng "UP-GRADE" blog DunSemarang secara beransur-ansur dan sentiasa mengharaf bantuan dari rakan-rakan AJK UMNO dan Ahli UMNO DunSemarang.Alhamdulillah saya telah selamat menjalani pembedahan mata Kiri dan Kanan. BY Ajey

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 07 May 2012 11:11 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


DS @NajibRazak Umum Durian Runtuh Untuk Peneroka FELDA #BNBagus

Posted: 07 May 2012 09:28 PM PDT

YAB Perdana Menteri sebentar tadi mengumumkan durian runtuh kepada peneroka FELDA dengan jumlah keseluruhan RM1.689 bilion kepada 112,000 keluarga peneroka. Jumlah yang lebih besar dari BR1M.

Hari ini Fasa 1, setiap ketua keluarga menerima RM5,000. Fasa 2, RM5,000 kepada setiap isteri peneroka. Fasa 3, RM5,000 kepada setiap generasi kedua FELDA (anak² peneroka).

Setiap keluarga terima RM15,000 dan ini belum termasuk pemberian saham FGVH.

Perdana Menteri juga tidak lupa kepada kakitangan FELDA. Beliau telah mengumumkan DUA SETENGAH BULAN bonus tambahan. Yayasan Felda juga akan membantu membaiki kampung2 di sekitar FELDA.

Jomlah pakat2 kita semua UNDI BARISAN NASIONAL.

#BNBagus

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Ulama Mengesahkan Demonstrasi BERSIH 3.0 Haram

Posted: 07 May 2012 02:00 AM PDT


Akhirnya para Ulama dan Mufti membuka mulut menyuarakan pandangan mereka selepas masing-masing kurang senang melihat kekacauan dan rusuhan berlaku semasa demonstrasi BERSIH 3.0. Mereka sepakat sependapat sebarang perhimpunan dan demonstrasi yang menjurus kepada kacau bilau dan mengganggu ketenteraman awam adalah haram untuk disertai.

Kenyataan itu jelas tepat dan kena pada masanya apatah lagi demonstrasi BERSIH 3.0 yang berlangsung minggu lepas itu terbukti gagal dikawal selia oleh penganjur hingga akibatnya memudaratkan suasana damai yang selama ini dikecapi semua pihak.

Tidak sedikit khalayak umum terpaksa menanggung kerugian angkara rusuhan dan kekacauan yang berlaku, lebih dari itu sedikit sebanyak turut menyebabkan imej baik negara terpalit sama tercemar gara-gara tindakan liar perusuh BERSIH 3.0 yang berkelakuan ganas seakan hilang kewarasan fikirannya.

Malah apabila kebanyakan perusuh yang terbabit merosakkan harta benda awam dan mencederakan anggota keselamatan seperti yang berlaku dalam BERSIH 3.0 adalah terdiri kalangan orang Islam, ianya tentu sahaja mencalarkan kesucian Islam sebagai agama yang menyeru kepada keamanan dan perpaduan.

Selain itu, faktor pihak penganjur sendiri yang terlibat secara langsung dalam menyokong keagiatan memurtadkan umat Islam dan kuat mendukung golongan songsang (lesbian, gay, biseksual & transgender - LGBT) tentu sahaja menjadi salah satu kriteria penting sehingga mendorong para Ulama bersependapat mengharamkan perhimpunan seumpama itu.

Namun, persoalannya adakah para peserta BERSIH 3.0 khususnya yang beragama Islam bersedia menerima pandangan para Ulama itu dan mengambil iktibar sebagai pengajaran di masa depan, ataupun mereka lebih selesa berpaut pada pandangan minoriti pro BERSIH 3.0 yang diketuai oleh ulamak politik seperti Nik Aziz Nik Mat?

Bersih 3.0: Kenyataan Terdesak AMK

Posted: 07 May 2012 01:00 AM PDT


Sesuatu yang kita pasti, Bersih bukan didukung oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berjuang untuk kepentingan rakyat, tetapi sejak Bersih 1 lagi ia sudah menjadi alat oleh pembangkang untuk memperlihatkan kononnya rakyat bangkit menentang kerajaan yang zalim.

Sistem pilihan raya tidak adil hanyalah alasan dan persepsi yang diwujudkan untuk penyokong pembangkang berkumpul di bawah nama Bersih dan kemudian berarak bagi memperlihatkan kononnya jumlah yang menentang kerajaan adalah ramai.

Penulis pernah menulis sebelum ini, kalau sejuta orang berhimpun semasa Bersih pun takda makna kerana yang datang itu hampir kesemuanya adalah penyokong pembangkang, dan bukannya rakyat biasa yang selama ini tidak mencampuri urusan politik mana-mana pihak.

Bolehlah menipu sekali, tapi bila berulang kali menipu guna alasan yang sama melampaulah. Ingat orang bodoh ke?

Lama-kelamaan, orang ramai termasuk pengundi atas pagar (yang tidak pernah sekali pun menyertai perhimpunan Bersih) sedar yang Bersih hanyalah platform pembangkang untuk memburukan kerajaan.

Menyedari taktik penyokong pembangkang berhimpun beramai-ramai atas label Bersih sudah semakin basi dan lebih ramai yang mula menyampah (terutama selepas insiden ganas Bersih 3.0), maka pembangkang cuba berlagak pandai dengan mahu menjauhkan diri dari satu program yang selama ini diperkuat dan dimantapkan oleh mereka sendiri.

Angkatan Muda PKR membuat kenyataan menolak dakwaan Bersih 3.0 digunakan Pakatan Rakyat (PR) kerana menurut sayap pemuda PKR itu, mereka tidak memperolehi sebarang keuntungan daripada aspek "political mileage" daripada perhimpunan tersebut.

Ketua AMK PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, menegaskan, perkara itu adalah agenda Umno untuk mencalarkan imej Bersih.

"Apa 'political mileage' yang kami dapat dari Bersih 3.0? Malah kami terpaksa menerima kecaman negatif dan kerajaan memberikan publisiti buruk Pakatan Rakyat," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR baru-baru ini.

Selama ini Bersih sinonim dengan pembangkang, peserta menjerit reformasi, memaki hamun pemimpin negara, tidak ada langusung kedengaran sebarang jeritan untuk pembaharuan sistem pilihan raya, tetiba UMNO pulak yang dipersalahkan?

Hakikatnya, selepas Bersih 3.0 berubah menjadi buruk dan rakyat marah, tetiba keluar kenyataan tidak memperolehi sebarang keuntungan daripada aspek "political mileage" daripada perhimpunan tersebut.

Kalau tidak memperoleh sebarang keuntungan mengapa sebelum Berish 3.0 diadakan, para pemimpin pembangkang beriya-iya memjemput penyokong menyertainya melalui siri ceramah mereka? Beriya-iya tweet dan menggunakan medium seperti Facebook untuk menyebarkan mengenai Bersih?

Kenapa pemimpin pembangkang berucap dalam Bersih?

Sebahagian baju penyokong Bersih dengan jelas tertera bendera parti pembangkang.

Mengapa masa Bersih dan Bersih 2 dulu bukan main berlagak bercerita ke seluruh negara rakyat sudah menolak kerajaan yang ada, yang secara tidak langsung memperlihatkan rakyat kononnya memilih pembangkang kini?

Mengapa wajah-wajah pemimpin kerajaan diletakan di lantai dan dipijak-pijak? Takda adab punya manusia.

Perjuangan untuk rakyat apa kalau duk pijak gambar muka orang lain.

Jadi kini, bila orang ramai makin faham apakah itu Bersih dan ia sama sekali tidak mencerminkan kebangkitan rakyat tetapi hanyalah propaganda pembangkang, maka orang seperti Shamsul Iskandar Md Akin cuba nak berlagak pandai dengan mengeluarkan kenyataan yang nyata sekali mencerminkan sifat orang yang terdesak.


Sumber: MYNEWSHUB

UITM TIDAK LAGI SESUAI UNTUK ORANG SEMACAM KHALID ISMATH #AmanKampus #Bersih3

Posted: 07 May 2012 12:30 AM PDT

Setelah bermacam-macam bentuk kelakuan buruk yang ditunjukan oleh mahasiswa seperti Khalid Ismath maka lebih elok mahasiswa ini berhenti sahaja pengajiannya di UITM.

Pada hermat penulis, pertama, kerana beliau seorang mahasiswa UITM yang bukan mewakili kesuruhan semua pelajar UITM, yang berjuang untuk parti longkang seperti Pakatan haprak.

Kedua kerana beliau telah mengheret sekali nama UITM dan mahasiswa UITM yang lain dengan pendekatan busuk yang ditonjolkan dengan terlibat dalam insiden menendang polis dan cuba membuat ugutan kepada pihak PDRM.

Ketiga, untuk apa beliau berpayung dengan UITM , sedangkan segala peraturan universiti, etika sebagai pelajar Universiti serta larangan sebagai mahasiswa untuk tidak terlibat dalam gerakan pelampau jelas beliau ingkari.

Ada baiknya, mahasiswa seperti ini dibuang terus dari UITM, supaya pemikiran kotornya tidak akan melibatkan pelajar-pelajar yang lain yang tahu untuk bersyukur.

Pelajar UiTM Tendang Polis Dibebaskan

Polis mengesahkan penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM), Khalid Mohd Ismath, 22, yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam rusuhan semasa perhimpunan badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang di ibu negara, pada 28 April lalu dibebaskan dengan jaminan polis.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa berkata Khalid dibebaskan kira-kira pukul 11 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras.

Pelajar itu disiasat kerana didakwa melakukan kekacauan dan rusuhan yang mengakibatkan kerugian dan kerosakan harta awam.

"Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan bagi proses tindakan undang-undang yang akan diambil terhadap Khalid dalam tempoh terdekat," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan ke atas laporan terhadap Khalid membabitkan kejadian menendang anggota polis trafik serta melakukan rempuhan ke atas polis semasa perhimpunan itu.

Beliau menambah siasatan berhubung dakwaan Khalid mengeluarkan kenyataan ugutan kerana 'ingin membunuh polis' di dalam laman sosial Facebook miliknya akan disiasat oleh Polis Kontinjen Selangor.-Mstar


Baca selanjutnya di KHAZANAH MINDA POLITIK MELAYU

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 07 May 2012 03:45 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


PERKARA 3:

Posted: 06 May 2012 08:46 PM PDT

Jangan salah tafsir Perkara 3, 11 Perlembagaan —

  Shamrahayu A. Aziz

May 10, 2011
10 MEI — Tulisan saya pada minggu ini bukan bertujuan untuk menambah hangat isu 'agama Kristian sebagai agama rasmi'. Ia adalah untuk menjawab beberapa persoalan yang ditujukan kepada saya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), e-mel dan juga panggilan telefon selepas perkara ini diketengahkan.
Perkara sama ada benar atau tidak laporan laman sesawang yang menghebahkan perkara ini, biarlah pihak berwajib melakukan siasatan. Namun, sebagai seorang Islam, saya menganggap ia adalah isu besar yang perlu ditangani dengan matang.
Saya bersetuju dengan beberapa pandangan yang disebarluaskan media mengenai kedudukan Islam. Dari sudut sejarah, Islam adalah agama bagi negeri-negeri Melayu dan juga negeri Borneo sebelum kedatangan British. Tidak ada satu ruang pun dalam sejarah yang mengiktiraf agama lain dalam perundangan atau amalan atau upacara rasmi. Fakta sejarah ini tidak boleh diubah, walaupun ada kelompok yang mengajak kita supaya mengabaikan sejarah dan menumpukan kepada situasi semasa dan ke depan. Saya sentiasa menyebut bahawa sejarah ditulis di atas batu, bukan di atas pasir. Tulisan di atas batu itu tidak akan berubah, tetapi tulisan di atas pasir akan hilang ditiup angin atau dilanda ombak. Sejarah perlu dihargai.
Mengambil kira kedudukan Islam dan orang Melayu di Tanah Melayu, Perlembagaan Persekutuan meletakkan Islam sebagai bagi Persekutuan (Perkara 3(1)); agama bukan Islam hanya boleh diamalkan dalam keadaan aman dan damai tanpa mengganggu kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan (Perkara 3(1)); Islam adalah urusan negeri-negeri yang sepenuh di bawah kuasa Raja-Raja Melayu (Perkara 3 (2)(3); dan, Peruntukan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kuasa raja-raja Melayu (termasuk perkara berkaitan Islam) tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja walaupun rang undang-undang pindaan berjaya mendapat dua pertiga majoriti (Perkara 159(5) dibaca bersama dengan Perkara 38(4)).
Fasal (4) Perkara 3 juga menjadi fokus perbincangan. Ia menyebut: "Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini". Saya menyebut fasal (4) ini kerana ia sering dijadikan hujah untuk merendahkan dan meremehkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Walaupun hujah berkaitan peruntukan ini agak teknikal, sudah tiba masa untuk semua kita memahaminya kerana kita adalah pengguna sebenar. Kefahaman sebenar mengenai peruntukan berkaitan dapat membantu kita memahami Perkara 3 tanpa mudah dipengaruhi tafsiran terpesong.
Diringkaskan mengenai tafsiran fasal (4). Pertama, kita perlu melihat kepada fasal (1) dalam Perkara 3. Fasal ini meletakkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan. Ia juga membenarkan agama lain diamalkan dalam keadaan aman dan harmoni. Perkara 3(4) menyatakan bahawa Perkara 3 (iaitu mengenai kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan) tidak akan mengurangkan kedudukan perkara lain dalam Perlembagaan.
Dalam membaca dan menafsir Perlembagaan, kita hendaklah sentiasa ingat bahawa, sebagai undang-undang tertinggi negara, setiap peruntukan yang dimasukkan mempunyai nilai tertentu. Oleh itu, walaupun fasal (4) itu berbunyi begitu, ini tidak bermaksud ia menidakkan nilai fasal (1). Fasal (1) tidak wujud dalam kekosongan. Ia mempunyai nilai tertentu yang disebut dalam Perkara-Perkara lain, seperti Perkara 11(4), 12(2), Jadual Keempat dan Perkara 150(6A).
Dari sudut sejarah penggubalan Perkara 3 pula, fasal (4) adalah satu bentuk kompromi bagi menangani kebimbangan orang bukan Islam mengenai kedudukan dan kebebasan beragama. Oleh itu, fasal (4) bukanlah menafikan kesan fasal (1) itu sendiri. Saya tegaskan sekali lagi bahawa, fasal (4) bukanlah bermaksud merendahkan atau meremehkan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.
Sehubungan itu, kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan, sama ada menerusi Perkara 3 atau Perkara 11, tidak harus digunakan sehingga menggugat rasa tidak aman.
Oleh itu, sekiranya wujud gerakan (seperti disebut-sebut, ikrar paderi) yang boleh mengenepikan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan, maka ia sudah tentu bertentangan dengan Perlembagaan. Golongan ini sudah menodai prinsip 'aman dan harmoni' dan prinsip keluruhan Perlembagaan.
Walaupun benteng perundangan mengenai kedudukan Islam agak kukuh dan menjadikan suasana selamat dan menyenangkan, perkembangan dalam tahun-tahun kebelakangan ini mengehendaki peruntukan itu diperjelas dan ditegaskan. Kadang kala, peruntukan undang-undang tidak dapat menyelesaikan semua masalah dan isu yang dibangkitkan sekiranya kita tidak begitu faham apa yang tersurat dan apa yang tersirat di dalamnya.
Saya tidak bermaksud untuk merendah-merendahkan Perlembagaan dan sistem perundangan negara, tetapi, suasana sosial dan politik ada kalanya berupaya 'melupakan' peruntukan perundangan yang ada. Oleh itu, dalam mengendalikan keadaan seumpama sensitiviti keagamaan ini, di samping mengambil kira pendekatan dengan benteng perundangan, pada masa sama, langkah lain juga perlu di ambil perhatian. — Berita Harian Online
Penulis ialah Penolong Profesor Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Double - Y: 11 Auta #BERSIH3 Yang Wajib Diketahui Rakyat Malay...

Posted: 06 May 2012 08:14 PM PDT

Double - Y: 11 Auta #BERSIH3 Yang Wajib Diketahui Rakyat Malay...: Ini antara 'KEJAYAAN' yang telah dilakukan oleh NGO BERSIH :

TAHNIAH KEPADA YANG SEMUA.

Posted: 06 May 2012 08:00 PM PDT


Larian Bendera UMNO sempena 66 tahun peringkat negeri Melaka telah berlangsung selama 2 hari pada 5 dan 6 hb. Mei 2012 bermula dari Sungai Rambai dan berakhir semalam di Kuala Linggi untuk di serahkan kepada Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan YAB Menteri Besar oleh YAB Ketua Menteri Melaka.

Peringkat Negeri Melaka telah melalui Parlimen Jasin, Kota Melaka, Bukit Katil, Alor Gajah, Tangga Batu serta berakhir di Masjid Tanah. YB Datuk Wira Ir. Idris Harun selaku Pengarah Larian Peringkat Negeri Melaka dan di bantu oleh Sdr. Zaidi Attan selaku saketeriat larian telah dapat menjalankan tanggungjawab dengan memuaskan. Tahniah diucapkan.

Sepanjang larian kelihatan penduduk-penduduk keluar untuk menyaksikan larian bersejarah yang bermula dari Istana Besar Johor Bahru. Larian ini dijangka tiba di stadium Bukit Jalil pada 11 Mei 2012. 

Turut hadir semasa penyerahan bendera adalah YB Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Naib Presiden UMNO Malaysia, terima kasih Datuk diatas sokongan tersebut.

PRESIDEN PAS BERRETRORIK MENGENAI PINDAAN PERLEMBAGAAN.

Posted: 06 May 2012 07:43 PM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 07 May 2012 11:08 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


LARIAN UMNO PENUH SEMANGAT

Posted: 06 May 2012 11:25 PM PDT

Datuk Wira Syed Ali AlHabshee mengetuai larian bendera 
UMNO Bahagian Cheras sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 66 
bermula dari Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel hingga Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur 

PENUH SEMANGAT

Acara Larian Bendera UMNO sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 66 pada 11 Mei ini diteruskan penuh semangat.

Ini temasuk melibatkan beberapa peringkat UMNO di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Tidak ketinggalan UMNO bahagian Cheras yang turut mengambil bahagian dalam acara ini sebagai tanda sokongan kepada lambang dan perjuangan parti selam ini. 

Acara larian yang melibatkan kira - kira 200 peserta itu dilepaskan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali AlHabshee, bermula di Pusat Rekreasi Cheras, Jalan Peel sehingga ke Taman Salak Jaya, Kuala Lumpur. Menurutnya, program ini diharapkan dapat memberi kesedaran kepada bukan sahaja kepada ahli UMNO, malah pada semua rakyat tentang sumbangan UMNO selama 66 tahun.

Acara kemuncak larian bendera akan berakhir di Bukit Jalil pada 11 Mei ini.

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 06 May 2012 11:38 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


@UstazAzharIdrus - Nasihat Azmin Berbaik Semula dengan Ibunya, Cik Tom

Posted: 06 May 2012 11:30 PM PDT


Sabda Rasulullah S.A.W maksudnya "Redha Allah bergantung pada redha kedua ibu-bapa dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu-bapa"

Riwayat Al-Hakim



BERSIH 3.0 : Triple A (Bukan Triple H) Perlu DiDakwa

Posted: 06 May 2012 11:00 PM PDT

Sehingga ke hari ini, rakyat masih belum puas bercakap mengenai Perhimpunan BERSIH 3.0 yang paling kotor walaupun Kuala Lumpur telah dibersihkan dari sisa-sisa najis peserta dan pemimpinnya. Rata-rata meluahkan rasa geram yang amat sangat terhadap BERSIH 3.0 yang dilihat sebagai satu perhimpunan yang tidak perlu sama sekali serta berniat jahat atau khianat terhadap negara sendiri.

Tindakan peserta-peserta BERSIH 3.0 yang cedera dan ingin memohon simpati juga dipandang sinis oleh majoriti rakyat. Menurut mereka, bukan peserta-peserta tersebut tidak diberi amaran mengenai risiko berdemonstrasi malah mereka juga telah ditawarkan tempat yang selamat untuk berdemonstrasi. Kenapa mereka dengan sengaja ingin mencederakan diri?

Kini, walaupun terbukti BERSIH 3.0 gagal sehingga memaksa pihak penganjur dan penyokong memalsukan gambar-gambar bagi menutup malu, mereka sudah pun berangan-angan untuk mengadakan BERSIH 4.0.

Kita tidak pasti berapa ramai pula lembu-lembu yang sedia dikorbankan dalam siri menghuru-harakan negara oleh BERSIH seterusnya. Tetapi yang pastinya, penganjur BERSIH langsung tidak prihatin dengan nasib lembu-lembu penyokong mereka. Sahlah bahawa penyokong-penyokong mereka sememangnya tidak bernilai di mata mereka dan boleh dikorbankan bila-bila masa.

Pendirian mereka jelas iaitu: sekiranya penyokong mereka tertangkap kerana bertindak ganas, penganjur tidak bertanggungjawab. Begitu juga sekiranya cedera atau kehilangan nyawa.

Bagi menangani kedegilan mereka ini, kerajaan ada pilihan iaitu membiarkan mereka mengadakan BERSIH 4.0 bagi menambahkan lagi rasa benci rakyat terhadap pembangkang dan Ambiga.

Atau kerajaan boleh menangkap Ambiga, Anwar dan Azmin yang menjadi peneraju keganasan BERSIH 3.0 sekali gus menguburkan impian mereka untuk mengadakan BERSIH 4.0 dan seterusnya.

Mana-mana pilihan pun, ia akan tetap memberi kelebihan kepada kerajaan.

Namun, jika diikut sentimen rakyat hari ini, majoritinya inginkan agar Ambiga, Anwar dan Azmin diambil tindakan tegas, begitu juga dengan semua peserta yang terlibat.

Ini perlu sebagai memberi pengajaran kepada mereka agar tidak sewenang-wenangnya membuat kerosakan dan menyusahkan hidup orang lain kononnya atas alasan memperjuangkan 8 tuntutan yang mana 7 daripadanya telah pun diluluskan. Hanya satu sahaja iaitu tempoh berkempen 21 hari yang tidak diterima memandangkan ianya akan membawa lebih banyak keburukan iaitu menjadi antara faktor terjadinya tragedi 13 Mei 1969.

Tindakan tegas terhadap 3-A ini juga dilihat penting sebagai menyatakan bahawa negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang. Sesiapa yang melanggar undang-undang wajib ditangkap. Telah begitu jelas bahawa ketiga-tiga mereka telah mengenepikan undang-undang sejak dari mula lagi, iaitu dengan menolak untuk mengadakan perhimpunan di dalam Stadium Merdeka.

Mereka juga mempermainkan undang-undang apabila mendapat kelulusan untuk membuat protes 'Duduk Bantah' tetapi kemudiannya langsung tidak 'duduk' tetapi berarak dan membuat kecoh di jalanan.

Tidak cukup dengan itu, kemuncak pelanggaran undang-undang oleh pihak BERSIH 3.0 ialah apabila peserta cuba menceroboh Dataran Merdeka yang dari awal lagi diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh polis. Penganjur boleh menafikan yang pencerobohan itu dilakukan atas arahan mereka, tetapi itu bukan soalnya. Soalnya, perhimpunan tersebut tidak harus dilakukan di sana tetapi di dalam Stadium di mana mereka kelulusan diberikan.

Ini bukan kali pertama 3A ini membuat ancaman anarki sebegini. Selagi tiada tindakan diambil terhadap mereka, rakyat akan meragui kesungguhan pihak berkuasa dan kerajaan dalam menguatkuasakan undang-undang. Selain itu, ia juga akan memberi semacam ilham dan keberanian kepada lebih ramai pengkhianat seperti mereka untuk berbuat yang sama di masa hadapan.

Selepas BERSIH 3.0 tumbuh berbagai kumpulan laman sosial yang bertujuan menunjukkan tentangan terhadap penganjurnya. Dari forum-forum dan komen-komen dalam kumpulan tersebut, tampak jelas yang majoriti rakyat menunggu dalam keresahan saat di mana pengkhianat 3A ini akan ditangkap. Rakyat mendambakan ketegasan dan inginkan kesudahan atau penutup bagi siri drama BERSIH yang memualkan.

Justeru, 3A perlu dikenakan tindakan yang tegas bukannya sekadar kritikan dan kecaman yang tidak berkesudahan di dalam akhbar.

Jangan biar keresahan rakyat berpanjangan kerana ia akan bertukar menjadi keraguan di mana akhirnya pasti bertukar lagi menjadi bosan terhadap kerajaan.


[Panas] @PDRMsia Sangat Ganas?

Posted: 06 May 2012 08:23 PM PDT



Tika ini banyak media internet pro pembangkang dan beberapa akhbar bahasa Cina giat menjalankan kempen membantah keganasan dan kekerasan polis (PDRM) yang didakwa sengaja dilakukan semasa menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 3.0.

Dakwaan sedemikian mungkin ada benarnya bila di ambil kira tindakbalas pihak polis selepas peserta demonstrasi mula merempuh penghadang yang didirikan. Sepatutnya dalam keadaan kalut bila arahan mahkamah diingkari sewajarnya anggota polis hanya perlu berdiam diri dan biarkan saja perlanggaran undang-undang berlaku tanpa halangan.








Keutamaan perlu diberi kepada golongan vokal minoriti yang berkehendakkan tuntutan mereka dipenuhi secara kuasa jalanan lagipun sebagai negara demokrasi semua orang ada hak mereka sebagaimana perompak mempunyai hak untuk merompak kedai emas dan bank tanpa halangan polis.

NGO BERSIH 3.0 yang hingga kini tidak didaftarkan sebaliknya bergiat secara haram sewajarnya dibiarkan saja bergerak bebas sama seperti pemandu kenderaan yang tidak berlesen kerana hak sama rata lebih penting berbanding penguatkuasaan undang-undang ciptaan manusia yang cukup mengongkong.











Penggunaan jalanraya untuk berhimpun tiada salahnya kerana tujuan jalan-jalan di bina memang bertujuan untuk membolehkan rakyat jelata lepak dan baring di atasnya. Soal ia mengganggu perjalanan urusan harian orang lain bukan isunya, kehendak vokal minoriti lebih penting dan mendesak.

Polis juga seeloknya belajar menjiwai watak sebagai robot, tidak perlu memiliki hati nurani dan perasaan, apa sangatlah setakat kena panggil anjing, babi dan di cop sebagai zalim dan kejam, tak berbekas pun. Dan, kalaupun dipukul dan dipijak biarkan sahaja yang penting keutamaan peserta demo yang sedang menggila mahu melepaskan perasaan perlu diutamakan berbanding ketenteraman orang awam lain.

Jika boleh, kerajaan dan juga pihak polis patut menggalakkan lebih banyak demonstrasi jalanan dan perhimpunan di atas jalanraya di tengah-tengah bandaraya seluruh negara demi memenuhi tuntutan demokrasi yang yang menjadi intipati negara kita.

Nik Aziz, Ambiga dan Anwar pun tak kisah kalau kita nak baring, duduk dan berdemo setiap hari sambil buang sampah merata-rata sekitar halaman rumahnya, jadi apa hal polis nak kisah dengan demonstrasi di tengah bandaraya yang dianjurkan oleh BERSIH?

Soal gangguan terhadap urusan harian rakyat lain dan risiko kerosakan harta benda awam, biarkan saja. Keutamaan berdemo dan berhimpun atas jalan jauh lebih penting. Jika pihak polis dan kerajaan masih bertegas mendahulukan ketenteraman awam dan melebihkan kehendak majoriti, nampak sangat memang tiada hati perut dan kejam. Itu namanya zalim dan ganas. Tak gitu?

Di bawah ini disertakan beberapa gambar semasa perhimpunan BERSIH 3.0 di atas jalanraya sekitar Kuala Lumpur sedang berlangsung, kesemuanya jelas menunjukkan keganasan polis terhadap peserta yang tahap keganasan itu menyamai kekerasan yang dilakukan oleh polis yahudi Israel.

Sekitar Larian Bendera Sang Saka Bangsa Bahagian Segambut

Posted: 06 May 2012 03:55 AM PDT

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Larian Bendera Sang Saka Bangsa Bahagian Segambut #larianUMNO66

Posted: 06 May 2012 03:49 AM PDT

Seramai lebih kurang 200 orang ahli-ahli UMNO Bahagian Segambut yang telah menyertai Larian Bendera Sang Saka Bangsa Bahagian Segambut.

Larian dimulakan seawal jam 10.00 pagi di Checkpoint 1 Masjid Wilayah Persekutuan selepas menerima bendera dari Bahagian Lembah Pantai.

Sebanyak 9 checkpoint yang terlibat antaranya Masjid WP, SK Kiaramas, Tmn SPPK, SK Segambut.

Larian ini adalah bersempena dengan Ulangtahun Ke 66 UMNO. Turut serta berlari bersama-sama dengan ahli-ahli UMNO yang lain adalah Ketua UMNO Bahagian Segambut, YBhg Datuk Kamarudin Hj Ambok serta barisan Exco UMNO Bahagian Segambut.

Larian berakhir di Pusat Rekreasi Kepong dan bendera diserahkan kepada kontijen Bahagian Kepong untuk dibawa ke Bahagian Batu.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Razlan's

Posted: 06 May 2012 11:02 PM PDT

Razlan's


Maafkan saya ibu!

Posted: 06 May 2012 09:31 PM PDT


Mati kita akhirnya ke Liang Lahat, Mati kita akhirnya mengadap Yang Maha Esa.

Bak kata pepatah, Syurga di Bawah tapak kaki ibu. Adakah kita mahu berpolitik sehingga sanggup menderhaka kepada ibu. Mahukah kita tergolong dalam kumpulan yang menderhaka kepada orang tua.

Tidak menjengguk ibu semenjak bulan 8 tahun lepas.. semasa hari raya.. memaki hamun adik dan mengharamkan segala makanan di rumah ibunya ...

Bertaubatla selagi ibu masih ada ... meminta maaf lah selagi ibu masih hidup .... apakah akhirnya kita nanti sekiranya IBU sendiri tidak membenarkan kita menjengguk dia kalau mati ...

Ini bukan isu Anwar.. bukan isu Nik Aziz ... bukan isu Ambiga .. ini soal Hidup kita ke Neraka atau Syurga ... keberkatan Allah SWT dan keberkatan Seorang yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari ....

INGATLAH AZMIN!



www.pemuda-enggang.org

Posted: 06 May 2012 11:38 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Bersih 3.0 bukan ‘malaikat’ yang tidak melakukan kesalahan, kata pemimpin DAP

Posted: 05 May 2012 07:54 PM PDT

Penganjur Bersih 3.0 tidak seharusnya menyalahkan pihak berkuasa atas kejadian keganasan yang berlaku Sabtu lalu ketika perhimpunan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih, kata Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim. Penganjur Bersih 3.0 bukan kumpulan "malaikat yang diturunkan dari syurga … Continue reading

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 06 May 2012 11:04 AM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERIMA KASIH KEPADA RAKAN FB SAYA

Posted: 06 May 2012 10:23 AM PDT


Assalamualaikum.

Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan facebooker yang hadir pada program santai petang Khamis lalu di Taman Tamadun Islam (TTI). Sebenarnya saya sudah memikirkan agak lama untuk mengadakan program sedemikian tetapi malangnya kekangan waktu tidak mengizinkan saya.

Apa pun, apa yang saya hasratkan telah pun menjadi kenyataan. Dan saya amat gembira sekali di atas sambutan, kehadiran dan sokongan yang diberikan.

Melalui program sedemikian sebagaimana yang kita maklum, saya dapat mengenali rakan-rakan facebook saya, sama ada dari kawasan saya di Parlimen Kuala Nerus atau di mana sahaja. Apa yang penting kita dapat bersua, dapat berbicara dan bertukar-tukar pandangan mengenai banyak perkara.

Jujurnya, saya kagum dan teruja dapat bertemu rakan facebook. Ternyata mereka sangat mempunyai semangat setiakawan yang tinggi sesame mereka. Saya kagum dengan anda semua sebenarnya.

Kepada mereka yang tidak dapat hadir atas apa jua sebab, mungkin di lain waktu kita dapat bersua lagi dalam acara yang lain pula.

Saya fikir, facebooker adalah antara golongan yang sangat penting di kala ini. Mereka menjadi wartawan dan juru lapor mengenai apa jua peristiwa. Saya sendiri sebagai wakil rakyat, memperolehi banyak maklumat mengenai peristiwa di kawasan saya melalui apa yang dicatatkan oleh rakan-rakan facebook. Ada di antara mereka menghantar mesej melalui chatting dan sebagainya.

Bezanya hari ini, kita bersua muka dan saling mengenali antara satu sama lain.

Saya sangat berharap agar kita dapat bersua lagi di suatu masa nanti, insyaAllah.

Terima kasih kepada semua.

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 06 May 2012 07:50 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Persidangan Pemuda UMNO cawangan

Posted: 06 May 2012 01:17 AM PDT

Syukur alhamdulillah,Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Telok Datok telah pun selamat menjalankan persidangan tahunannya dengan baik dan jayanya.
Sent by PEMUDA UMNO TELOK DATOK®

Kantoiiii

Posted: 05 May 2012 08:28 PM PDT

Baru-baru ini gempar juga ye pabila Setiausaha Agung PKR menyatakan bahawa Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO cawangan Kubang Bunggor.tapi..jeng jeng..hari ini terpapar sibdada akhbar Sinar harian bahawa kenyataan Setiauasaha Agung PKR tu meleset sama sekali,pabila Wan Ahmad muncul membuat kenyataan bahawa namanya sama dengan nama Datuk Wan Ahmad..perghh..lagi mau tipu ke?confirm lepas ni,mereka kata ni kerja umno..sahabat,sudah-sudahlah,dan janganlah putar-putar,kan dah kantoiii..


Pemuda UMNO Telok Datok

UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 06 May 2012 01:23 AM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang


Hari Ulang Tahun UMNO 11 Mei Ini Janjikan Kelainan, 66 Tahun Pembela Rakyat

Posted: 05 May 2012 07:07 PM PDT



KUALA LUMPUR 24 April – Bertemakan UMNO Pembela Rakyat, sambutan hari ulangtahun UMNO ke-66 kali ini berlainan dengan sambutan sebelumnya yang mana akan dimeriahkan dengan pelbagai acara dan program yang menarik untuk seluruh rakyat.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rakyat pelbagai kaum dialu-alukan untuk turut sama memeriahkan pelbagai program dan aturcara yang bakal disediakan kelak.

Menurut beliau sambutan ulangtahun UMNO akan bermula dengan larian bendera UMNO, konvoi bermotosikal, majlis tahlil serta kemuncaknya karnival selama tiga hari dua malam di Stadium Bukit Jalil.

"Untuk larian bendera, ianya akan berjalan serentak di empat zon pada 1 Mei ini dan akan berakhir di Stadium Bukit Jalil pada 11 Mei nanti. Untuk Zon utara, larian bendera ini akan melalui empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak serta Selangor, manakala Zon Pantai Timur akan bermula di Kelantan dan akan melalui Terengganu dan Pahang.

"Untuk Zon Selatan pula ianya akan bermula di Johor dan akan menjelajah  Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor dan untuk Zon Sabah akan bermula di Negeri Bawah Bayu seterusnya diterbangkan ke KLIA dan seterusnya melalui Selangor dan Wilayah Persekutuan. Larian ini akan berakhir di Stadium Bukit Jalil apda 11 Mei nanti," katanya pada satu sidang media khas sempena sambutan Ulang Tahun UMNO ke 66 di Menara Dato Onn di sini, hari ini.

Jelas beliau lagi konvoi bermotosikal pula akan bermula pada 4 hingga 11 Mei yag akan diketuai Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.

Tengku Adnan seterusnya menambah majlis tahlil akan diadakan pada 10 Mei bertempat  di Surau Ar-Rahman, PWTC  selepas solat Maghrib yang akan dipimpin oleh Senator Mej Jeneral Datuk Jamil Khir Baharom.

Tambah beliau untuk sambutan di Bukit Jalil, terdapat 'outdoor dan indoor activity' yang bakal menemui pengunjung.

"Pelbagai acara menarik akan diadakan…tetapi apa yang penting pada 11 Mei, Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan ucapan selain penganugerahan tokoh Melayu terbilang," katanya.
Katanya lagi sepanjang tiga hari dua malam karnival berkenaan, pelbagai acara menarik disediakan untuk pelbagai kumpulan sasaran seperti paintball, rock climbing, street soccer, silat, pertunjukan Robotic, pancaragam dan sebagainya lagi.

"Macam-macam acara kita sediakan baik untuk golongan dewasa dan pelbagai kumpulan umur yang lain. Untuk melihat acara lebih jelas dan program yang diatur, layari www.umno-online.com," katanya. -MediaUMNO

Baiki ruang kelemahan sebelum PRU-13 - PM

Posted: 05 May 2012 07:01 PM PDT

KUALA LUMPUR 5 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu melihat peringkat akar umbi UMNO terutama daripada ketua bahagian dan cawangan mencari ruang yang boleh dibaiki walaupun secara keseluruhannya parti itu sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13. 

Najib yang juga Presiden UMNO berkata, sangat penting kumpulan akar umbi ini bekerja sebagai satu pasukan dan satu keluarga, sekali gus mengetepikan sebarang persaingan dan persengketaan sesama ahli buat sementara waktu.

"Kita ini merupakan satu pasukan, satu keluarga yang bukan saja mantap tetapi kukuh dan padu dalam apa jua keadaan dan kita mesti melihat bahawa ancaman kita, pesaing kita adalah parti pembangkang dan bukanlah sesama kita," katanya dalam wawancara eksklusif dengan UMNO-Online di sini, hari ini.

Katanya, ahli UMNO perlu menjurus kepada perhatian yang sepenuhnya kepada sebarang dan segala usaha yang boleh dibuat untuk memastikan jentera parti ini padu dan boleh bergerak, lancar serta penuh bersemangat untuk parti dan Barisan Nasional (BN).

Pada masa sekarang, semua jentera UMNO di negeri sudah dipersiapkan, kursus sudah diberikan, panduan sudah disediakan dan perjumpaan dengan mereka telah pun dibuat, katanya.
Najib juga mahukan setiap ahli UMNO tanpa mengira jawatan yang mereka pegang supaya membantu memenangkan parti dengan menunaikan tanggungjawab mengundi kerana setiap undi itu mempunyai nilai tersendiri.

"Kita ini merupakan parti yang besar, 3.3 juta ahli kita semua sekali. Oleh itu, kita mesti meletakkan dalam fikiran dan juga 'mind set' ahli-ahli parti kita ini supaya menumpu kepada sebarang usaha yang boleh dilakukan setiap daripada kita.

"Tidak semestinya kita ini merupakan seorang pemimpin besar, atau pemimpin di peringkat bahagian tapi kita sebagai ahli biasa sekurang-kurangnya nilai undi kita, sebab ada kalanya ada juga ahli UMNO yang tidak mengundi waktu pilihan raya," katanya lagi.

Najib bagaimanapun mengaku bahawa dirinya adalah seorang yang realistik dan bukan mudah untuk mengubah sikap ahli UMNO dalam jangka masa pendek.

"Saya rasa bahawa pencapaian atau pun perjalanan ini sudahpun bermula dan ada sedikit sebanyak perubahan tapi kita perlu meneruskan lagi sebab untuk mentransformasikan UMNO adalah satu cabaran yang tentu sekali akan memakan masa," katanya. 

- BERNAMA

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 05 May 2012 11:37 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


CHELSEA Juara Piala FA!!!! #ChelseaPilihanOrangMuda

Posted: 05 May 2012 04:25 PM PDT

Tahniah buat Chelsea di atas kejayaan merangkul Piala FA buat kali ke 7 - Juara Piala FA 1970, 1997, 2000,
2007, 2009, 2010 & 2012.

Buat Liverpool try lagi next season. Season ni memang rezeki Chelsea kerana Chelsea itu Power hehehe....

Biru itu memang power. Sama seperti BN. BN Itu Biru! Chelsea itu Biru!

#BNPilihanOrangMuda! #ChelseaPilihanOrangMuda!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

UMNO Cawangan Bukit Ampang

Posted: 05 May 2012 01:13 AM PDT

UMNO Cawangan Bukit Ampang


TRANSFORMASI: SEBUAH PERJALANAN UNTUK RENUNGAN

Posted: 04 May 2012 05:11 AM PDT

Teks ucapan Perdana Menteri 
Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak
pada pelancaran Laporan Tahunan GTP dan ETP.
3 April 2012

Bismillahhirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Rakyat Malaysia sekalian,

1. Ceritera kejayaan Malaysia merupakan ceritera yang telah di tinta emas. Ia telah dilakar oleh sumbangan  semua rakyat Malaysia dari Negeri Perlis hinggalah ke Sabah. Hakikatnya, ia hasil sumbangan warga tiga belas buah negeri dan tiga Wilayah Persekutuan yang walaupun dipisahkan secara fizikalnya oleh Laut Cina
Selatan, namun disatukan roh dan semangatnya oleh kehendak untuk hari ini yang lebih baik daripada hari semalam dan hari esok yang penuh dengan harapan di bawah lembayung kibaran jalur gemilang.

2. Kejayaan ini hasil sumbangan usahawan kecil, sederhana dan besar yang berani mengambil risiko, ia hasil sumbangan petani, pesawah, pekebun, peladang, penternak dan nelayan yang gigih menggunakan kudrat, ia hasil sumbangan para guru, pensyarah, wartawan, karyawan dan cendekiawan yang mendidik serta memberi
kesedaran, ia hasil pengorbanan anggota tentera dan polis yang setia mempertaruhkan jiwa dan raga demi keselamatan negara tercinta, ia hasil sumbangan penjawat awam, pekerja swasta, pekerja kolar putih, biru dan buruh yang merupakan roda yang menggerakkan pembangunan negara, pendek kata kejayaan nasional adalah kejayaan yang dibina semua warga Malaysia.

3. Tugas kita hari ini sebagai generasi baru Malaysia yang mewarisi watan daripada generasi terdahulu teramat berat, kita dipanggil semboyan pertiwi bagi meneruskan tugas mulia membina negara bangsa Malaysia. Kita berdiri di atas bahu para patriot negara, bahu-bahu gergasi para bapa pengasas Malaysia. Kita berhadapan dengan amanah dan cabaran bagaimana membina di atas kejayaan sedia ada di samping meneruskan proses perubahan dan pembaharuan nasional.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

4. Tiga tahun lalu, saya berdiri di hadapan tuan-tuan, puan-puan, saudara dan saudari bagi menyampaikan ucapan sulung saya selaku Perdana Menteri Malaysia ke-6.

5. Di dalam ucapan sulung tersebut, saya telah menggariskan prinsip yang akan memandu hala tuju kerajaan pimpinan saya dalam bergerak ke hadapan, prinsip yang dimaksudkan ialah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. 

6. Falsafah asas yang telah saya dan rakan-rakan pilih menjadi teras kerajaan ini, ialah falsafah yang merai dan menuil kemajmukan Masyarakat Malaysia yang sedia ada. Ia menjunjung harapan mereka untuk membentuk masa hadapan yang lebih baik. Falsafah ini terbentuk hasil daripada proses merasai denyut nadi rakyat, menggarap aspirasi serta mendengar keluh kesah mereka.

7. Ia dibentuk bagi menangani tiga cabaran utama era globalisasi dan era dunia tanpa sempadan, iaitu pertama, dalam mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk Malaysia. Kedua, bagi membentuk sistem penyampaian kerajaan yang lebih mendakap aspirasi rakyat dan ketiga, mengeluarkan Malaysia dari perangkap gejala negara berpendapatan sederhana yang telah melanda banyak negara-negara lain di
dunia, di mana kadar pertumbuhan semakin perlahan dan pembangunan menjadi statik malahan dalam kes yang ekstrem ia mula menjadi regresif. 

Rakyat Malaysia yang dihormati

8. Sebarang perubahan dan pembaharuan yang ingin kita bawa, wajib berasaskan premis bahawa sebagai negara yang majmuk survival kita bergantung kepada keberterusan keutuhan perpaduan nasional yang didasarkan kepada keyakinan bahawa kepelbagaian yang kita miliki merupakan sumber kekuatan bukannya kelemahan.

9. Kita perlu memanfaatkan bakat yang terbaik dari kolam bakat kebangsaan bagi membangunkan negara serta menambah kekayaan nasional tanpa mengira ras dan kepercayaan penyumbang tersebut. Perkiraan pertama dan terakhir seharusnya adakah mereka warganegara yang mampu menyumbang. Sepanjang lipatan sejarah pembangunan negara Malaysia, dari sebuah negara pertanian berpendapatan rendah kepada negara perindustrian berpendapatan sederhana tinggi, ia telah menyaksikan sumbangan mereka yang datang dari semua kaum dan semua kepercayaan.

10. Menjadi keyakinan yang telah saya nyatakan secara terbuka bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya, era kerajaan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah berakhir. Menginsafi hakikat ini, dalam menggubal komponen pertama Dasar Transformasi Nasional, iaitu Program Transformasi Kerajaan atau GTP, kita telah mewujudkan makmal-makmal khusus bagi mendapat maklum balas daripada rakyat, tentang apakah yang sebenarnya menjadi urutan keutamaan mereka.

11. Hasil daripada merundingi rakyat, sebanyak 7 bidang keberhasilan utama atau NKRA telah dikenal pasti untuk dilaksanakan. Bagi memastikan pencapaian KPI di bawah NKRA ini akan mampu dicapai mengikut jadual atau lebih pantas, maka kerajaan telah mengambil keputusan untuk menggunakan strategi lautan biru
kebangsaan atau "national blue ocean strategy" di dalam beberapa NKRA.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

12. Pada malam ini, genaplah 3 tahun pentadbiran saya. Saya berdiri pada malam ini bagi melaporkan pada tuan-tuan dan puan-puan apa yang telah kita capai setelah perencanaan yang rapi dan pelaksanaan yang berstrategi.

13. NKRA yang diberi keutamaan, adalah untuk menangani kos sara hidup. Kerajaan prihatin bahawa rakyat terhimpit akibat tekanan kos sara hidup yang semakin hari semakin meningkat. Ia melanda bukan sahaja penduduk bandar, tetapi juga penduduk luar bandar. Hakikatnya, semua segmen warganegara terkesan olehnya. Bagi meringankan bebanan ini, kerajaan telah merangka pelan jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menanganinya.

14. Antara langkah jangka pendek bersifat "one off" yang telah dilaksanakan bagi tahun 2012 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M, sebanyak RM 500 yang memanfaatkan hampir 4 juta isi rumah negara yang berpendapatan di bawah RM3 000.

15. Tidak cukup dengan bantuan BR1M, kerajaan juga memberikan bantuan persekolahan RM 100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah. Bantuan ini telah memanfaatkan 5.3 juta orang pelajar sekolah seluruh negara. Bagi pelajar Institut Pengajian Tinggi dan Tingkatan 6 pula, mereka tidak dilupakan. Baucar buku bernilai RM200 telah disediakan yang telah memanfaatkan 1.3 juta orang pelajar. Semua bantuan ini melibatkan peruntukan hampir RM 3 bilion.

16. Kerajaan juga baru-baru ini telah mengumumkan kenaikan gaji 7 hingga 13 peratus bagi 1.4 juta orang kakitangan sektor awam yang telah memanfaatkan hampir 4 juta orang rakyat Malaysia. Manakala bagi sektor swasta, saya akan mengumumkan pelaksanaan gaji minimum pada akhir bulan ini.

17. Untuk langkah jangka sederhana, kerajaan telah memperkenalkan beberapa prakarsa bagi mengurangkan tekanan kos hidup antaranya Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, Menu Rakyat 1Malaysia serta pembekuan kenaikan untuk tempoh 5 tahun harga tol di Lebuh Raya Utara-Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur serta penghapusan tol di beberapa laluan seperti di Lebuh Raya Cheras- Kajang dan Lebuh Raya Connaught.

18. Untuk tempoh jangka panjang, menyedari bahawa perumahan merupakan komponen terbesar kos sara hidup, maka kerajaan telah memperkenalkan Skim Perumahan 1Malaysia atau PR1MA untuk membina perumahan mampu milik di kawasan Bandar bagi golongan pertengahan, manakala untuk golongan berpendapatan rendah skim seperti Projek Perumahan Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan di tingkat giatkan lagi. Bagi perumahan kawasan luar bandar, pembinaan rumah yang mencukupi akan diterajui oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Kerajaan juga tidak melupakan perumahan bagi golongan nelayan. Bagi tahun 2012 sebanyak RM300 juta telah diperuntukkan di bawah Tabung Khas Perumahan Nelayan untuk membina dan membaik pulih rumah.

19. Selain daripada semua inisiatif di atas, Kerajaan juga komited untuk meneruskan dasar subsidi yang terpilih melibatkan makanan seperti beras, gula, minyak masak dan tepung gandum, hasil petroleum termasuk minyak kereta, diesel dan gas memasak. Kerajaan juga memberikan subsidi bil elektrik bagi 1 juta isi rumah yang melibatkan bil bernilai RM20 ke bawah. Segala subsidi ini membabitkan peruntukkan sebanyak lebih RM30 bilion setahun.

20. Kerajaan yang sedia ada ialah kerajaan yang berkebajikan dan bertanggungjawab. Pengurusan ekonomi serta hasil secara berhemah telah memungkinkan lebih RM 30 bilion diperuntukkan setiap tahun untuk subsidi secara langsung bagi mengurangkan bebanan hidup rakyat serta hampir RM 3 bilion untuk
berian terus bagi tahun 2012.

Rakyat Malaysia sekalian,

Keduanya, NKRA yang bermatlamat mengurangkan kadar jenayah.

21. Kerajaan telah mengambil langkah inovatif dan kreatif melalui strategi lautan biru (national blue ocean strategy) untuk meningkatkan jumlah anggota polis terutamanya di kawasan-kawasan panas. Strategi ini nyata berkesan di mana kadar jenayah jalanan telah berjaya dikurangkan sebanyak 39%, manakala jenayah
keseluruhan telah berkurang sebanyak 11% semenjak tahun 2009.

22. Usaha mengurangkan kadar jenayah jalanan telah menyaksikan era baru kerjasama antara Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Di Raja Malaysia, di mana pusat-pusat latihan tentera sedia ada telah dimanfaatkan untuk melatih juga anggota-anggota polis. Kesannya, dengan kos yang minimum lebih banyak anggota polis boleh dilatih dengan kadar lebih pantas, seterusnya diatur gerak ke kawasan-kawasan yang memerlukannya. Di bawah strategi lautan biru ini juga rondaan bersama anggota polis dan tentera serta anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam yang dilatih khusus serta dikawal selia oleh pihak PDRM di
laksanakan bagi tujuan pencegahan jenayah. Sebagai sebahagian daripada langkah mengurangkan kadar jenayah ini juga, teknologi inovatif dan moden seperti pemasangan CCTV akan di tingkat luaskan.

Ketiga, NKRA yang bermatlamat meningkatkan pencapaian pelajar.

23. Buat pertama kalinya dalam sejarah Negara, pendidikan peringkat rendah dan menengah adalah percuma. Kerajaan memperuntukkan perbelanjaan yang besar setiap tahun untuk bidang pendidikan. Hasilnya, 77% daripada anak-anak kita telah mendapat peluang mengikuti pembelajaran peringkat pra-sekolah berbanding 67%, 2 tahun yang lalu. Kerajaan menyedari anak-anak ialah permata Negara.
Pendidikan seawal mungkin akan menjamin mereka mendapat kelebihan persaingan dalam kehidupan masa depan.

24. Kerajaan juga menyedari peri pentingnya peranan guru dalam memastikan sistem pendidikan yang berkualiti. Menyedari hakikat itu, saya telah pun mengumumkan laluan karier perguruan yang lebih baik berasaskan sistem kenaikan pangkat "time based" dalam Bajet 2012 dan mengumumkan jaminan penerusan komitmen tersebut dalam ucapan saya kepada anggota perkhidmatan awam baru-baru ini.

Keempat, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan infrastruktur asas luar bandar.

25. Kerajaan tidak pernah melupakan penduduk luar Bandar. Keprihatinan kerajaan ini terbukti apabila pada Tahun 1959 Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan. Semenjak 3 tahun yang lalu, usaha untuk mempertingkatkan kemudahan asas luar bandar telah diberikan nafas baru dengan
penekanan ke Negeri Sabah dan Sarawak.

26. Setakat ini, hampir 1000 kilometer jalan luar Bandar telah dibina. Dalam sejarah negara, ini merupakan jumlah kilometer jalan terpanjang yang pernah dibina dalam tempoh 2 tahun. Sebagai perbandingan, panjangnya melebihi Lebuh Raya Utara-Selatan sedia ada. Menggunakan strategi lautan biru, Angkatan Tentera Malaysia melalui Projek Jiwa Murni telah membantu dalam pembinaan jalan-jalan luar Bandar ini. Contohnya, Long Lopeng ke Ba'kelalan, Kuala Medalam ke Medamit, Limbang dan Kampung Saeh, Bekenu, Miri.

27. Semenjak pelaksanaan NKRA ini tiga tahun yang lalu, sebanyak 27 ribu lagi isi rumah luar bandar mendapat nikmat bekalan elektrik dan lebih 70 ribu lagi isi rumah pula mendapat bekalan air yang bersih. Hasil langkah-langkah ini telah meningkatkan akses rakyat Malaysia kepada air bersih. Bagi negeri Sabah
peningkatan melibatkan 8% membabitkan lebih 150 ribu penduduk. Bagi negeri Sarawak, peningkatan ialah sebanyak 5.3% yang membabitkan lebih 100 ribu penduduk. Manakala bagi negeri-negeri di Semenanjung, peningkatan ialah sebanyak 3.6% yang membabitkan lebih 250 ribu penduduk. Bagi bekalan elektrik pula,
negeri Sabah dan Sarawak menunjukkan peningkatan sebanyak 6.8% dan 6.2%, yang memanfaatkan lebih daripada 230 ribu penduduk.

28. Bagi merancakkan lagi pembangunan luar Bandar, Kerajaan telah melancarkan Program Transformasi Luar Bandar sebagai sebahagian daripada Dasar Transformasi Nasional. Di bawah program ini, Pusat- Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) telah dan bakal didirikan. Pusat RTC pertama telah dilancarkan di Gopeng, Perak. Manakala RTC yang berikutnya akan dilancarkan di Kota Bharu dan beberapa buah
lokasi yang telah dikenal pasti.

Rakyat Malaysia yang dihormati,

Kelima, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan pengangkutan awam bandar.

29. Bagi meningkat kualiti kehidupan rakyat terutama di kawasan bandar, kerajaan akan melaksanakan beberapa projek besar pengangkutan awam. Projek paling utama ialah projek MRT yang merupakan projek pengangkutan awam bandar jangka panjang yang paling komprehensif dalam sejarah pengangkutan awam negara. Fasa pertama projek ini dijangka siap dalam tempoh 5 tahun akan datang.

30. Sementara itu, kerajaan telah pun mengambil tindakan untuk meningkatkan sistem pengangkutan LRT dengan penambahan dari gerabak 2 koc kepada gerabak 4 koc, dan pemanjangan kedua-dua laluan Kelana Jaya dan Ampang Jaya. Pemanjangan kedua-dua laluan ini dijangka akan memanfaatkan lebih 500 ribu pengguna sehari semasa waktu puncak.

31. Bagi perkhidmatan komuter KTM pula, koc-koc baru telah pun dibeli dan akan diperoleh secara berperingkat. Ini akan meningkatkan mutu dan keselesaan perkhidmatan komuter. Langkah-langkah ini dijangka akan meningkatkan keselesaan kepada hampir 100 ribu pengguna harian. KTM juga kini dalam proses mempersiapkan laluan berkembar dan proses elektrifikasi laluan Ipoh-Padang Besar.

32. Di bawah NKRA ini juga, Kerajaan telah memperkenalkan Bas Ekspresway Transit (BET) yang telah memanfaatkan 370 ribu orang pengguna setiap hari.

Keenam, NKRA yang bermatlamat mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah.

33. Perang terhadap kemiskinan telah dilancarkan secara sistematik dan berterusan semenjak kemerdekaan lagi. Ia dilaksanakan secara lebih saintifik bermula dengan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990). Matlamat kedua DEB adalah untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan. Alhamdulillah, kita telah
berjaya membasmi kemiskinan tegar apabila kita telah mengeluarkan lebih 44 ribu isi rumah daripada kategori tersebut. Namun, kita tetap waspada terhadap kes-kes baru yang mungkin berlaku.

34. Kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai inisiatif, seumpama akhiri zaman miskin atau 1AZAM yang telah memberi nikmat kepada lebih 47 ribu isi rumah yang melibatkan perbelanjaan lebih RM 500 juta. Manakala di bawah program Kebajikan Rakyat 1 Malaysia atau KAR1SMA pula sebanyak RM 1.4 Bilion
diperuntukkan setiap tahun kepada 500 ribu penerima bantuan kebajikan masyarakat seluruh negara.

Ketujuh, NKRA yang bermatlamat membanteras rasuah.

35. Kerajaan komited bagi membanteras gejala rasuah. Jenayah rasuah adalah ibarat barah kepada kelangsungan dan pembangunan negara. Ia mampu memusnahkan keharmonian rakyat. Kerajaan tidak pernah pilih kasih dalam usaha memerangi rasuah. Tidak timbul soal bahawa tindakan hanya akan diambil terhadap "ikan bilis" manakala "ikan jerung" akan dibiarkan terlepas bebas. Sehingga akhir 2011, sebanyak 900 pesalah rasuah telah disabitkan kesalahan. Kerajaan telah pun menubuhkan mahkamah khas bagi mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah.Manakala badan penguatkuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditingkat upaya dengan secukupnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi,

36. Selain GTP yang telah diperkenalkan pada tahun 2009, kerajaan juga pada tahun 2010 telah memperkenalkan Program Transformasi Ekonomi (ETP) bersama-sama 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) serta 131 Projek Permulaan Ekonomi (EPP). Melengkapinya ialah Model Baru Ekonomi (NEM) serta 6 Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI).

37. Matlamat utama ETP dan NEM adalah untuk mengeluarkan Malaysia dari perangkap negara berpendapatan sederhana dan meletakkan negara di landasan yang betul, bagi mencapai Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

38. Untuk analogi, NEM dan SRI bolehlah diibaratkan sebagai lebuhraya. Manakala ETP merupakan kenderaan yang akan menggunakan lebuhraya membawa kita ke destinasi akhir, iaitu sebuah negara maju berpendapatan tinggi. 12 NKEA di bawah ETP ialah bahagian-bahagian enjin kepada kenderaan tersebut. Manakala EPP ialah bahan api atau "fuel" yang akan menggerakkan kenderaan ini. Untuk Malaysia
menjadi sebuah negara maju, kesemua komponen termasuk kenderaan, enjin, bahan api dan lebuhraya hendaklah berada dalam keadaan yang terbaik.

39. Perubahan dan pembaharuan yang kita lakukan melalui inisiatif ETP dan NEM sepanjang 2 tahun yang lalu telah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan. Contohnya, laporan World Economic Forum bagi Tahun 2012 telah menyaksikan Malaysia naik 5 anak tangga dalam senarai daya saing ekonomi dunia berbanding tahun sebelumnya. Malaysia hari ini adalah antara 21 buah negara paling kompetitif ekonominya di dunia. Manakala, Bank Dunia di dalam laporannya "Doing Business 2012" pula telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-18 paling mudah memulakan atau menjalankan urus niaga. Kita telah memintas negara-negara yang maju seperti Jerman, Jepun, Taiwan dan Perancis. Syarikat perunding A.T Kearney juga telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang 10 teratas dalam Indeks Keyakinan Pelaburan Langsung Asing bagi Tahun 2012.

40. Semasa ETP dilancarkan 2 tahun lalu, pendapatan perkapita negara adalah USD 6,700. Hari ini, ia telah meningkat kepada USD 9,700. Manakala data 2011 menunjukkan pencapaian tertinggi KDNK atau GDP serta PNK atau GNI negara semenjak merdeka. Angka KDNK telah mencecah RM 852.7 bilion manakala PNK pula RM830.7 bilion. Pencapaian ini telah membolehkan kerajaan mengutip jumlah hasil tertinggi dalam sejarah pasca merdeka iaitu RM 185.54 bilion membolehkan pelbagai inisiatif dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat di samping langkah-langkah di ambil bagi membaiki kedudukan fiskal kerajaan. Terbukti apa yang telah dicapai dalam kerangka waktu ini, menunjukkan kita berada di trajektori yang betul untuk mencapai pendapatan perkapita USD 15,000 pada tahun 2020.

41. Sejak pelancaran ETP pada 2010, sehingga akhir 2011, pelaburan langsung asing telah meningkat sebanyak 12.3% kepada RM33 bilion. Manakala pelaburan swasta pula telah menunjukkan peningkatan sebanyak 19% kepada RM94 bilion. Sebanyak 313 ribu peluang pekerjaan baru dijangka dapat dicipta daripada keseluruhan RM179 bilion nilai pelaburan yang telah diumumkan di bawah ETP. Sebanyak RM129 bilion pendapatan negara kasar pula dijangka dapat dijana menjelang Tahun 2020.

42. Bagi menambah kukuh kewibawaan dan keutuhan perancangan hasil pelaksanaan program-program transformasi kerajaan khususnya GTP dan ETP, satu prosedur audit dijalankan oleh firma antarabangsa Price Waterhouse Coopers, dengan disemak oleh sebuah Panel Antarabangsa yang dianggotai oleh pakar-pakar berwibawa antaranya dari United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, serta Korea Selatan.

Rakyat Malaysia Sekalian,

43. Segala yang saya telah bentangkan sebentar tadi adalah bukti jelas sikap keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti kerajaan yang ada. Kerajaan ini telah berterus terang dengan rakyat Malaysia tentang apakah masalah dan cabaran yang sedang di hadapi negara, dan kita telah merangka pelan menyeluruh bagi
menangani segala cabaran yang dikenalpasti.

44. Segala prakarsa di bawah payung Dasar Transformasi Nasional telah dirangka dengan bersebab dan bermatlamat. Pucuk pangkalnya, Kerajaan hari ini jelas tentang ke arah mana hala tuju yang ingin di bawa negara, iaitu menuju sebuah negara maju berpendapatan tinggi.

45. Kita dambakan sebuah negara yang memiliki prasarana asas yang moden yang dapat dinikmati semua warga Malaysia sama ada di pedalaman, luar bandar, pinggir bandar mahupun di bandar. Kita impikan sebuah negara di mana persekitarannya sejahtera dari jenayah, alam sekitarnya bersih dan sistem pengangkutan awamnya cekap. Kita menginginkan sebuah negara di mana jalan rayanya selamat, bekalan
airnya bersih, bekalan elektrik, akses kepada internet jalur lebar, perkhidmatan kesihatan dan pendidikannya adalah yang terbaik. Kita mahukan sebuah negara di mana pekerjanya terutamanya generasi muda mendapat peluang pekerjaan yang upahnya setimpal, di mana gaji minimum akan berada di atas paras kemiskinan,
serta semakin tinggi kemahiran yang dimiliki maka semakin tinggi pula ganjarannya.

46. Kerajaan hari ini tidak takut untuk bersaing dalam gelanggang yang demokratik. Bukankah kerajaan ini yang memansuhkan I.S.A., Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri, membatalkan 3 perisytiharan darurat, menggubal Akta Perhimpunan Aman bagi melindungi hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara seperti yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Selanjutnya meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti bagi mengiktiraf hak perlembagaan pelajar untuk menganggotai parti politik, serta meminda Akta Pelesenan dan Mesin Cetak bagi menghapuskan keperluan pembaharuan lesen tahunan penerbitan.


47. Hakikatnya, kerajaan hari ini dipilih secara demokratik di dalam pilihanraya umum yang bebas dan adil. Oleh itu, kita tidak sekali-kali takut mahupun gentar bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif. Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca. Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai "track record" yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya.

48. Kerajaan yang saya pimpin bukan kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab. Kerajaan ini di dalam merangka sebarang dasar, di dalam membelanjakan wang negara tidak akan sekali-kali meranap mahu membangkrapkan negara. Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa
yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan, sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya .


49. Perjalanan nasional ke arah cita-cita kebangsaan sebuah negara maju hanya tinggal 8 tahun lagi untuk dicapai. Seperti yang saya analogikan sebentar tadi, untuk menuju matlamat nasional kita memerlukan kenderaan yang berprestasi tinggi, komponen enjin yang berkualiti, bahan api mencukupi, destinasi yang
jelas dan lebuh raya terbaik. Namun, saya ingin mengingatkan, kita juga memerlukan kepada pemandu yang cekap supaya dapat menggabung jalinkan segala faktor yang ada bagi memastikan kenderaan tiba ke destinasinya pada masa yang ditentukan dengan selamat. Oleh itu, janganlah kita bereksperimen untuk menukar pemandu yang telah terbukti kebolehannya, di tengah-tengah jalan, untuk digantikan dengan pemandu yang diragui dan berbahaya.

50. Oleh yang demikian, jangan sesekali kita salah membuat pilihan. Berhati-hatilah dengan tukang karut yang melipur lara. Mereka ini hanya pandai berjanji tapi tidak pernah mengotainya. Mereka tidak pernah konsisten antara amalan dan retorik yang dilaungkan. Makanya, berwaspadalah dengan alunan muzik
oleh peniup seruling yang tampak indah tapi penuh dengan persona dan perdaya.

Rakyat yang dikasihi

51. Sesungguhnya, masa depan kita dan anak-anak kita bergantung kepada keputusan hari ini. Kesimpulannya, kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan yang beramanah dan paling penting kerajaan ini sentiasa menepati janji.

Sekian, Wabillahhitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

 
DATO SERI NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
Perdana Menteri Malaysia merangkap
Presiden UMNO dan Pengerusi Barisan Nasional
 
-- BERNAMA

Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 04 May 2012 11:06 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud


Gaji Minima Sabah - Perlukah Dipolitikkan Pembangkang

Posted: 04 May 2012 05:09 AM PDT


Saya merujuk kepada pengumuman Perdana Menteri berhubung gaji minima sektor swasta di Sabah.

Selepas mempertimbangkan pandangan Majlis Perundingan Gaji Negara (MPGN) yang mewaili sebahagian besar majikan serta kakitangan di Sabah dan pakar ekonomi termasuk daripada Bank Dunia, kadar RM800 ditetapkan sebagai gaji minima di Sabah.

Seperti dijangka, pembangkang pantas menjadikan isu ini sebagai modal politik. Mereka megkritik kadar gaji minima itu sebagai terlalu rendah, selain menganggapnya tidak adil berikutan kadar berbeza yang ditetapkan di Semenanjung.

Pertamanya, gaji minima bukannya tongkat sakti untuk menyelesaikan segala masalah ekonomi dan cabaran yang dihadapi kakitangan berpendapatan rendah. Kerajaan mempunyai pelbagai kaedah lain dalam membantu mereka, termasuk subsidi mencecah berbilion ringgit, pemberian tunai dan kursus latihan bagi meningkatkan kemahiran masing-masing.

Gaji minimum bukan bertujuan mengubah status golongan berpendapatan rendah kepada kumpulan berpendapatan tinggi. Gaji minima lebih menjurus kepada penanda aras asas supaya gaji ditawarkan tidak kurang daripada kadar ditetapkan kerajaan. Majikan boleh menawarkan gaji lebih tinggi jika berasa pekerja layak menerimanya berdasarkan kelayakan dan kemahiran.

Ada perbezaan besar pendekatan antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dalam isu ini. Pakatan Rakyat melihatnya dari pandangan populis dan oleh sebab itu hanya berminat untuk melihatnya dari pespektif pekerja semata-mata (tidak menghairankan kerana pekerja merupakan pengundi teramai). Berbeza dengan kerajaan yang perlu berlaku adil dan bertanggungjawab kepada semua pihak.

Kepada kerajaan pula pihak pekerja dan majikan adalah dua komponen yang sama penting dalam ekonomi negara kita. Kedua-duanya tidak dapat ujud bersendirian dan saling perlu memerlukan. Menyedari hakikat ini maka kerajaan mengambil pendekatan yang adil dan saksama terhadap kedua-dua komponen ekonomi yang penting ini. 

Di sebalik keghairahan mengkritik dasar berkenaan, pembangkang terlupa memaklumkan rakyat bahawa tuntutan terhadap kadar minima lebih tinggi boleh menjejaskan golongan pekerja yang kononnya mahu dibela.

Benar, kos kehidupan adalah faktor penting yang perlu diberi pertimbangan. Bagaimanapun, kita perlu mengambil kira aspek lain seperti tekanan inflasi dan kemampuan majikan terutama bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (contohnya kedai kopi, restoran dan kedai runcit di pekan kecil seperti Kota Belud).

Kita ambil contoh restoran yang mempunyai 8 pekerja dan dibayar purata RM500 seorang. Dasar gaji minima RM800 bermakna kos perniagaan majikan meningkat kepada RM2,400 sebulan.

Bayangkan, pada kadar minima  RM1,100 seperti cadangan pembangkang, berapa banyak majikan berupaya mengekalkan perniagaan mereka?  Memang ada yang boleh bertahan tetapi sebahagian besarnya tidak mungkin dapat berbuat demikian, malah mungkin terpaksa membuang pekerja.

Dalam beberapa keadaan, beban kos lebihan mungkin dipindah kepada pengguna dengan meningkatkan harga barang dan perkhidmatan bagi menampung kerugian. Bayangkan senario di kilang yang mempunyai ratusan atau ribuan pekerja. Gangguan dan ancamannya terhadap ekonomi negara bukan calang-calang.

Di akhirnya, kadar minima tinggi yang tidak masuk akal hanya akan meningkatkan pengangguran, inflasi dan menjejaskan ekonomi. Situasi ini perlu dihindari bagi mengelak pekerja dan rakyat menanggung kesannya.

Selepas kajian mendalam dan perbincangan bersama wakil pekerja dan majikan Sabah dalam MPGN, rumusan dipersetujui ialah ekonomi Sabah berupaya menyerap gaji minima RM800. Ekonomi dijangka sedikit terjejas pada kadar ini tetapi kesannya mampu diurus.

Perangkaan menunjukkan 98% daripada perniagaan di Malaysia berada dalam kumpulan PKS. Mereka akan menerima tempias paling teruk berikutan pelaksanaan dasar gaji minima. Malah, kadar RM800 itu akan menimbulkan cabaran besar di pekan kecil seluruh Sabah.

Menyentuh perbezaan kadar di Semenanjung dan Sabah, ia berlaku berikutan asas ekonomi berdasarkan wilayah yang berbeza. PKS di Semenanjung mempunyai asas dan keuntungan lebih baik, justeru boleh menyerap kadar gaji minima lebih tinggi berbanding di Sabah dan Sarawak.

Secara idealnya dan demi manfaat politik, MPGN boleh saja mencadangkan supaya kerajaan menyelaraskan kadar gaji minima nasional kepada RM800.

Bagaimanapun, persoalan yang timbul ialah apa perlunya pekerja di Semenanjung `dihukum' daripada mendapat kadar gaji minima lebih tinggi jika majikan mereka mampu berbuat demikian?

Perdana Menteri memberi jaminan kadar gaji minima akan dikaji secara konsisten dan kita berharap kadar yang selaras di seluruh negara dapat dicapai dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Persoalan asasnya ialah apa guna kita mempunyai kadar gaji minima yang lebih tinggi jika ia menyebabkan pekerja kehilangan pekerjaan manakala peningkatan harga barangan dan perkhidmatan (goods and services) mengurangkan kuasa beli pekerja? 

Ini perlu difikirkan dengan serius. Justeru, itu sebabnya kerajaan memperhalusi isu ini dengan teliti. Langkah pertama adalah yang paling menyukarkan dan kerajaan harus dipuji dengan pengumuman struktur kadar gaji minima. Selepas ini, majikan dan pekerja perlu mencari jalan untuk menjadi lebih produktif dan cekap. Ini boleh membawa kepada kadar gaji minima lebih tinggi dalam jangka panjang.

Pembangkang perlu berhenti memperjudikan masa depan pekerja. Perebutan untuk menjadi popular dan mendesak gaji minima lebih tinggi dalam keadaan tidak mampu ditanggung para perniaga di Sabah boleh diibarat sebagai usaha mensabotaj ekonomi dan mempedaya pekerja. Ia akan memberi kesan negatif kepada pekerja, meningkatkan pengangguran, melingkupkan perniagaan dan membebani rakyat dengan lonjakan inflasi.

Kita tidak boleh membiarkan pembangkang menjahanamkan ekonomi seperti dilakukan ketika krisis kewangan global pada 1998.

Dasar ekonomi tidak bertanggungjawab mereka hampir membawa negara ke ambang kebankrapan, selain membuatkan ekonomi negara merudum.

Rakyat Malaysia melihat sendiri dasar ekonomi serba pincang mereka dan ia bukan sesuatu yang wajar diamalkan.

Salam. 

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 04 May 2012 11:07 AM PDT

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


GENERASI MUDA PERLU MENGIMBAU PERJUANGAN TERDAHULU

Posted: 03 May 2012 08:27 PM PDT


 Generasi muda perlu mengimbau kembali perjuangan yang dilakukan oleh golongan berkenaan untuk meneruskan perjuangana mereka yang terdahulu ketika memperjuangkan kemerdekaan lebih 50 tahun lalu.





Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata peranan generasi muda pada zaman dahulu ketika merintis kemerdekaan begitu besar tanpa mengira latar belakang pendidikan masing-masing.

"Peranan generasi muda amat penting, dahulu ketika ingin merinstis kemerdekaan peranan generasi muda begitu signifikan sekali, sama ada mereka di sekolah pondok hinggalah ke maktab perguruan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara.

"Walaupun kita sudah mencapai kemerdekaan lebih daripada 50 tahun, namun pengisian generasi muda amat penting untuk bersama-sama membina sebuah negara untuk dinikmati oleh semua rakyat," katanya.
Menurutnya, pengimbauan semula pembabitan generasi muda amat penting bagi memastikan generasi sekarang dapat mempelajari untuk memastikan pemerintahan Barisan Nasional yang ditunjanggi UMNO terus dipertahankan.

Rosnah berkata Barisan Nasional sebuah kerajaan yang telus dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat sejajar slogan Rakyat di Dahulukan, Pencapaian Diutamakan. 

Sumber Berita – Media UMNO

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 04 May 2012 07:41 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Dulu kau janji setia..

Posted: 03 May 2012 06:17 PM PDT

Canme nak jadi pemimpin kalau rumah tangga pun tak terpimpin,tau bahawa yb mampu untuk lebih dari 1..tapi ikutlah caranya..ish..ishh..maaf ye yb,bukan nak campuri urusan umah tangga yb,tapi..rakyat bising lah yb..mereka kata,kalau umah tangga pun dok goyah,camne kalau pimpin negara..lagi goyang...

Kp,kata,alamak yb..camne boleh jadi camni ye yb,dulu lain sekarang dah lain..yelah dulu belum jadi mp lagi kan..kalau dulu janji sehidup semati..tapi kini..janji tinggal janji..




Pemuda UMNO Telok Datok

Giliran kami memBERSIHkannya

Posted: 03 May 2012 07:46 AM PDT

                  

Badan-badan NGO telah bersepakat pada malam ini untuk membuat 1 laporan polis terhadap penganjur bersih 3.0 serta kroni-kroninya agar kesemua mereka ini dikenakan tindakan yang sekerasnya kerana GAGAL mengawal perhimpunan tersebut dari duduk dan bantah kepada MERUSUH DAN GANAS!.Sehingga  menyebabkan 11 anggota POLIS tercedera,4 buah kenderaan polis rosak teruk,kemusnahan harta benda awam dan juga mengancam ketenteraman,kesrlamatan orang awam.INI JELAS BERTENTANGAN DENGAN AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012 YANG TELAH DIBENTANGKAN DI PARLIMEN BARU-BARU INI...
Badan NGO yang hadir pada malam ini juga MENDESAK agar satu siasatan rapi dilakukan terhadap 2 individu yang bertanggungjawab memberi isyarat tangan serta mengarahkan seorang lelaki India untuk merempuh halangan POLIS diikuti dengan sekumpulan ahli unit amal....





Pemuda UMNO Telok Datok

Ahli Parlimen Kota Belud

Posted: 03 May 2012 11:30 PM PDT

Ahli Parlimen Kota Belud


In defence of Sabah Minimum Wage

Posted: 03 May 2012 05:59 PM PDT

I refer to the recent annoucement by the Prime Minister on the minimum wage for Sabah.

After careful consideration both by the National Wage Consultative Council and by the economic experts including from World Bank, the RM800 amount was decided as minimum wage for the state.

As expected the opposition was quick to turn this into a contentious issue to gain political mileage. They criticised the minimum wage as being too low and also unfair because of the different rate offered in Peninsular Malaysia.

First of all, minimum wage is not a magic wand to solve all economic problems and challenges faced by the lower income society. The government has other tools to help them, which among others, through billions of ringgit of subsidies, direct transfer of cash and training courses to re-skill them.

We must not be misled in thinking that minimum wage is meant to make the poor becoming high income earners overnight. That is never the intention. The minimum wage is a floor benchmark where salary can't go down below the amount decided by the government. This is to ensure employers pay reasonable salary. Of course employers can offer higher if they think the employees deserve it based on their qualification and skill.

There is a big difference between Barisan Nasional and Pakatan Rakyat on the issue. PR is looking at it from populist view and thus insterested only to look at the employees point of view (where the vote bank is). On the other hand, BN, being in the government, has to be more responsible. To BN, employees and employers are equally critical parts of the economy. They need each other and no one can exist without the other. Hence, BN's approach is to be balanced and fair to both components of the economy.

In their eagerness to criticise the policy, the opposition conveniently forget that their populist demand for even higher minimum wage could be detrimental to the very workers they say they want to champion.

Yes, cost of living is an important factor to be looked at. But other factors are equally serious and also need to be taken into consideration. Factors such as inflationary pressure and the ability of employers especially in the small and medium sized enterprises to pay (for example coffee shops, restaurants, sundry shops in small towns like Kota Belud).

Take for example a restaurant which has 8 workers who, on average, pays its employees RM500 each. The minimum wage policy of RM800 will now increase the employer's business cost by a RM2,400 a month!

At higher minimum wage of RM1,100 as suggested by the oppposition, how many of them will be able to sustain their businesses?

No doubt some will be able to survive but a lot of them won't and may resort to letting go of their employees. In some cases, businesses will even pass the extra cost to the public by increasing their prices of goods and services to compensate for their lost profits. Imagine the scenario in factories which have hundreds and thousands of workers.

The economic disruption and the danger to the nation's economic well being is real.

So, in the end, unrealistic high minimum wage will increase unemployment, inflation and hurt the economy. This must be avoided to prevent workers and public at large from experiencing the backlash.

After careful studies and discussions from representatives of Sabah employers and employees in the Wage Consultative Council, it was concluded that Sabah's small and medium businesses would be able to absorb minimum wage of RM800. Currently, the median income for Sabah workers is RM577 per month. At this rate, some disruption to the economy will still be expected but the impact is manageable.

According to a statistic, 98% of Malaysian businesses are small and medium sized (SMEs). They will the ones hard hit by the minimum wage policy. In small towns all over Sabah, indeed even the minimum wage policy of RM800 will be a great challenge to them.

On the difference between Peninsular Malaysia and Sabah, the reason is the regions' economic base. SMEs in Peninsular Malaysia have better economic footing and better profit thus could absorb higher minimum wage than Sabah and Sarawak.

Of course, ideally and for political expediency, the National Wage Consultative Council could propose to the government a standardised national minimum wage level of RM800. But the next question is why penalise workers in Peninsular Malaysia from getting higher minimum wage when their employers can afford it?

The Prime Minister had said that the minimum wage rate would be reviewed regularly and hoped that in the next two to three years we could have a standardised minimum wage throughout the nation.

The fundamental question is this. What is the use of higher minimum wage if in the end the workers lose their jobs and the ensuing inflationary prices of goods and services will dilute the higher purchasing power of the workers?

This is a very challenging question indeed. Hence the government is balancing the issues with great care. It is to be commended for taking the first move by announcing minimum wage structure, which is the hardest part and most difficult. Next, employers and employees must find ways and means to be more productive and efficient. This will lead to higher minimum wage levels in the future.

The opposition must stop endangering the livelihood of the workers. Being populist and demanding higher minimum wages when businesses in Sabah cannot afford them is tantamount to economic sabotage and betraying the workers themselves. It is going to hurt the workers, increase unemployment, close down shops and burden the public with cost-pushed inflation.

We must not let the opposition ruin the economy just as they did during the 1998 global currency crisis. Their irresponsible economic policy then almost bankrupted the country and sent the economy on a tail-spin nose dive. Malaysians have seen their ill-advised economic policy before and it was not pretty.

Salam.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 03 May 2012 11:07 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


Jom Tengok Wajah2 Bangsat Bersih 3.0 @PDRMsia

Posted: 03 May 2012 08:00 PM PDT

Gambar di bawah ini adalah wajah perusuh BERSIH 3.0 yang dikehendaki polis yang melakukan keganasan samada terhadap polis ,wartawandan orang awam semasa himpunan terbabit.



KUALA LUMPUR - Polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0 bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu.


Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.


Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti alamat sebahagian mereka, memapar gambar mereka di akhbar dan meminta mereka hadir secepat mungkin di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.


Jika mereka enggan, katanya, polis akan bertindak, termasuklah mengesan mereka di rumah.


Bagaimanapun, beliau tidak memberi tempoh untuk mereka tampil memberi kerjasama.


"Kita juga minta mereka yang ada maklumat, melihat kejadian atau terkilan dengan apa-apa juga tindakan polis semasa bersurai atau mengenai penangkapan ketika perhimpunan Sabtu lalu untuk tampil ke balai polis terdekat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, hari ini.


Mereka boleh hubungi pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 atau 019-3872344.




Berguru Dengan Orang Cina Cara Berdemo Yang Betul

Posted: 03 May 2012 06:00 PM PDT

Kenapa kali ni ramai Cina turun berdemo???


Untuk sesiapa sahaja yang berminat berdemonstrasi lagi pada masa hadapan, sila ikut petua cara masyarakat Cina berdemonstrasi.
Tips ini penting terutama kepada bebudak Melayu yang akan join kalau ada lagi siri Bersih selepas ini. Orang Melayu selalu over sampai terbawak-bawak, so kenalah bagi panduan.
Tips ni macam work smart la, dont have to work hard. kita ubah jadi demo smart, not demo samdol.
1) Banyak buat bising dan bakar sentimen di Facebook dan Twitter serta medium sosial lain. Kalau banyak masa lapang, mula buat camni berbulan awal.Pemuda Cina banyak buat camni. Risiko sangat rendah kalau camni tapi boleh menyumbang memporak-perandakan negara.
Sebelum, semasa dan selepas demonstrasi. Buat camni. Gagah tak ingat maki hamun orang dan kerajaan di Facebook. Namun hari demonstrasi tak turun, cuma teruskan mengutuk dan membakar semangat di media sosial.
2) Kalau untuk Bersih, datang pakai baju warna kuning tapi cop lain. Contohnya, baju kuning tapi gambar babi. Buat-buat macam join demo Bersih tapi bila dengar polis mula nak bertindak, berlari masuk ke shopping complex terdekat, buat-buat shopping dan minum-minum dengan rakan-rakan (kalu macam Bersih 3.0 semalam, sepatutnya masuk Sogo). Budak Melayu ramai yang terus duduk nak lawan polis, sedangkan remaja Cina lari duduk pusat membeli-belah. Bijaklah sikit. Last-last free kena angkut duduk balai.
3) DAP ka, MCA ka- gaduh pun untuk faedah bangsa sendiri sahaja. Apa boleh dapat melalui kerajaan – MCA taram. Apa kena bagi tekanan dalam Parlimen – DAP muncul. Bila MCA dan DAP tak boleh nak bagi nampak kat orang Melayu yang diaorang rasis sangat dalam sesuatu isu – maka ketika itulah munculnya dajal dalam bentuk Dong Key Zhong (Dong Jiao Zhong ke apalah nama pertubuhan tu). Puak ni pulak akan bagi tekanan tanpa peduli kena label rasis ke apa.


Jadi secara prinsipnya, pergi demo berjuang untuk faedah sendiri. Sentiasa fikir diri sendiri dalam apa keadaan pun. Jangan jadi kuda tunggangan sesiapa.
4) Satu jam sebelum demonstrasi bermula, pastikan muncul di kawasan demonstrasi, kalau boleh duduk barisan hadapan untuk menampakkan macam bersemangat. Pemuda DAP banyak buat camtu.
Dan setengah jam sebelum ia benar-benar bermula, pastikan anda hilangkan diri di medan selera atau kompleks membeli-belah terdekat.
5) Pastikan turun bawak pasangan yang seksi, kalau boleh awek pakai seluar pendek dengan andaian polis tak kacau pasangan bercinta.
6) Buat-buat bawak borang kaji selidik, bila polis tahan, cakap buat kaji selidik dengan rakyat. Bawak dua tiga helai borang aje pun dah cukup. Lepas tu bila polis beredar, jerit balik polis tu anjing.
7) Pemuda Cina kalau datang mesti buat-buat tayang tatoo kat badan walaupun sekadar kain sarung tangan yang gambar tatoo. Kononnya polis akan gentar pasal yang datang tu taiko besar. Budak Melayu pun kena pikir benda-benda camni. Setakat topi tiga line buat apa, kang ada yang ingat kerja jaga lampu isyarat ke apa.
8) Kalau demonstrasi tengah hari buta, pastikan bawak air dalam botol 1.5 liter, tak mau lebih tak mau kurang. Satu untuk elak mati kehausan, kedua dijadikan senjata untuk takutkan polis dari menghampiri anda.
Semua tips ini adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian beberapa orang wartawan Mynewshub yang bertugas di sekitar kawasan Dataran Merdeka semalam.
Ini bukan entri rasis, tapi realiti untuk bagi pemuda dan bangsa Melayu faham agar jadi jadi bodoh. Kalau tak puas hati pun, gunalah saluran yang lebih bijak lain kali.


Sumber: MYNEWSHUB dan BUKAN SEKADAR POLITIK

PKR Tipu Wang Rakyat RM2 Juta????

Posted: 03 May 2012 07:11 AM PDT


Selepas kejayaan besar BERSIH 3.0, seperti yang dikemukakan oleh Anwar, PKR sedang menunggu tarikh 04.05.2012 untuk mengadakan Malam Gala yang dijangka dapat mengumpulkan dana yang besar untuk pilihanraya. Kalau menurut rakan-rakan di HQ, Anwar menjangka dan mengharapkan mendapat sumbangan sekurang-kurangnya RM2 juta pada malam gala itu sahaja.

Soalnya, bukan pasal RM2juta. Anwar nak RM2juta boleh dapat bila-bila. Tapi lebih kepada nak tunjuk kepada rakyat bahawa PKR ini susah dan masih memerlukan dana rakyat.



Ini semua soal imej dan persepsi. Jika Anwar kelihatan terlalu berkemampuan dan kaya; ia tidak sesuai dengan imej 'demi rakyat' yang ingin dibawa oleh Anwar sendiri. Itulah sebabnya, agenda malam gala ini nanti adalah kononnya usaha mencari dana kewangan pilihanraya.

Apakah anda percaya PKR masih mencari dana pilihanraya? Minta maaf cakaplah, kami yang dalam PKR sendiri pun tak percaya. Kami sendiri melihat bagaimana pemimpin peringkat Pusat dan Cabang, bergaya dengan kemewahan baru yang mereka peroleh sepanjang tempoh 2008-2012. Ramai kontraktor PKR yang mula merasa senang dan gembira dengan bantuan kewangan yang mereka peroleh hampir setiap masa.

Malam Gala PKR 2012 dikatakan disusun atur oleh mereka yang rapat dengan Azmin/Saifuddin/Shamsul Iskandar. Kumpulan Nurul Izzah/Nik Nazmi/Rafizi agak sedikit terkeluar daripada penganjuran Malam Gala ini. Sebab itulah, menurut kawan-kawan, teater 'Madah Berhelah' ini akan membayangkan bagaimana kumpulan-kumpulan dalam PKR sendiri terpecah dan tidak solid.




Azmin, menurut info, sudah menyusun kalangan kontraktor/sub-kontraktor PKNS untuk menyumbang kepada dana pilihanraya PKR. Sumbangan dana kepada Malam Gala ini sumbangan rasmi sahaja. Sumbangan yang tak rasmi sudah mencecah jutaan ringgit.

PKNS memang menjadi lubuk utama kepada kejayaan Malam Gala ini nanti. Azmin perlu buktikan bahawa dia mampu menyusun bala tentera korporat yang cukup bagi mempertahan Selangor. Ketika mana Azmin sendiri teruk dihentam dengan isu 'moral peribadi' yang sebenarnya sudah lama menjadi igauan di kalangan pemimpin tertinggi PKR.

Wujud teori yang berkata – bahawa pendedahan yang dilakukan oleh blogger pro-UMNO/BN ini sebenarnya hasil 'feeding' oleh pihak PKR sendiri. Setakat ini blog ini belum dapat buktikan. Mari kita sama-sama fokus kepada penganjuran Malam Gala PKR 2012. Berapa juta agaknya collection?

Malam Gala ini agenda 'face saving' kepada Azmin. Setelah terkantoi beraksi dengan gadis gebu, Azmin semakin kelam kabut dan tidak selesa. Khabarnya, Shamsidar tidak seperti Kak Wan, yang kuat menyokong Anwar dalam apa sahaja keadaan - REZQEEN HILL



Al Fatihah Buat Bob Kuman

Posted: 03 May 2012 02:45 AM PDT


Bob Kuman dilaporkan telah kembali ke Rahmatullah pada jam 4.38 petang tadi. Sekalung takziah dan belasungkawa buat keluarga Allahyarham Bob dan Semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Al Fatihah.

Anwar Atau R Thangam?

Posted: 02 May 2012 11:43 PM PDT

Penahanan R Thangam tengah malam semalam dalam satu operasi yang dilaksanakan oleh pihak polis bukanlah bukti satu gambaran jelas penglibatan PKR sebagai dalang utama kekecohan semasa demonstrasi tempohari.

Walaupun R Thangam adalah Ketua Cabang PKR Rasah, tidak mustahil tindakan mencabar arahan mahkamah yang dilakukannya itu adalah inisiatif sendiri sekalipun dalam salah satu rakaman video menunjukkan R Thangam adalah antara individu yang awal sekali mengalih penghadang jalan selepas menerima greenlight dari Azmin Ali dan Anwar Ibrahim.

Berdasarkan rakaman tersebut, selepas penghadang dialihkan ia kemudiannya diikuti dengan serbuan beramai-ramai oleh peserta Bersih 3.0 ke kawasan Dataran Merdeka yang akhirnya mendorong pihak polis berundur dan FRU mula mengambil alih dengan melancarkan langkah penguatkuasaan menghalang serbuan tersebut.

Polis yang berkawal di sebalik penghadang pun satu hal, kalau mereka tidak lari dari serbuan peserta demonstrasi Bersih 3.0 tentu saja FRU takkan menyembur air dan menembak gas pemedih mata. Betul tak?
Apapun, dengan kejayaan penangkapan ini bolehlah Anwar Ibrahim mencuci tangan kerana tiada bukti fizikal yang menunjukkan Anwar adalah orang pertama menyentuh dan mengalih penghadang tersebut.

Setakat arahan isyarat saja antara Anwar dan Azmin Ali tidak memberi makna apa-apa tambahan pula ketika itu Anwar sedang memeluk bahu seorang lelaki berbaju oren, boleh jadi isyarat tersebut bermaksud mahukan privasi tanpa gangguan.

Sedangkan video chinadoll yang 99% tepat pun Anwar dapat tepis dengan selamba badaknya, apa sangatlah dengan bukti video kabur yang hanya menunjukkan permainan isyarat antara Anwar dan Azmin.

Jika sekalipun terbukti isyarat arahan itu punca utama rempuhan dan kekalutan bermula tetap ianya tidak layak dijadikan bukti. Bukankah Presiden Pas, Datuk Hadi Awang pernah berkata bukti video hanyalah besi yang tak layak menjadi saksi, tidak begitu?

Kita harap selepas ini Anwar kembali cool kerana watak utama punca kekecohan Bersih 3.0 telahpun berjaya ditahan dan tak usahlah lagi marah-marah macam dalam sidang akhbar di Pejabat PKR sehari dua lepas.

Kasihan menengokkan budak Cina bernama Benji Lim yang selama ini berjuang untuk pakatan pembangkang alih-alih dihalau keluar semata-mata untuk menjaga air muka Anwar yang terpaksa bersilat lidah menjawab persoalan yang dikemukakan oleh Benji Lim.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN

Posted: 03 May 2012 11:38 AM PDT

UMNO CAWANGAN TAMAN SEJAHTERA, LUNAS KEDAH DARULAMAN


HALAU GURU WANITA BAHASA MELAYU DISEKOLAH CINA GUNA SAMSENG: Terima Kasih PAS!

Posted: 02 May 2012 06:30 PM PDT

PETALING JAYA:Guru wanita yang mengajar disebuah sekolah jenis Kebangsaan Cina di Damansara mendakwa hidupnya dalam ketakutan berikutan di ganggu serta diugut oleh sekumpulan samseng yang disyaki upahan ibu bapa pelajar yang tidak berpuas hati dengan mangsa yang mengajar disekolah berkenaan.


Setakat ini guru wanita itu sudah menerima lima ugutan sejak 10 April lalu manakala ugutan terbaru yang diterimanya ketika berada ditempat letak kereta dirumahnya pada jam 10 pagi pada hari sabtu lepas."ketika kejadian itu mangsa yang menuju kearah keretanya telah dihampiri oleh seorang lelaki tidak dikenali dan memarahinya kerana masih lagi mengajar disekolah tersebut walupun amaran supaya berpindah sudah diberi beberapa kali" Inilah sikap kurang ajar dan pengecut samseng upahan terhadap seorang guru wanita yang mengajar disekolah Jenis Kebangsaan Cina .

Jika dilihat konteks perjuangan Persatuan Jawatan­kuasa Sekolah Cina Bersatu Malaysia (Dong Zong) mungkinkah ia ada kaitan dengan kejadian ini. ,Apa dihairankan jika Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong ditumbuk dalam perhimpunan pendidikan Cina di Kajang inikan pula seorang guru wanita. Rentak perang yang dimainkan oleh sebahagian mereka boleh membawa tafsiran dari pelbagai sudut dan tidak mendatangkan keuntungan kepada bangsa Cina secara kesuluruhanya malah dilihat mengajak kaum-kaum dinegara ini membenci antara satu sama lain.

Gangguan terhadap mangsa dikatakan bermula selepas isu penggunaan bahasa Melayu disekolah berkenaan ditimbulkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak sependapat dengan pentadbiran sekolah pada hujung tahun lalu. Boleh dilihat dengan jelas bila kata-kata ugutan " esok akan mati jika kau berdegil;dan berpindah dari sekolah berkenaan bukan satu pekara yang boleh dilihat remeh oleh pihak berkuasa sedangkan laporan polis sudah dilakukan oleh mangsa di Balai Polis Damansara, dan telah disahkan oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai peneraju Kemeterian Pelajaran harus bertindak dengan segera demi kebaikan dan keselamatan semua guru-guru yang mengajar bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina agar tidak tidak dilihat lemah dan lembek.

Tunggu penjelasan Dari Tan Sri Muhyiddin Yassin atau dari menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin atau dari dua timbalanya

Aman Central: Pas Kedah cuba berbohong?

Posted: 02 May 2012 06:21 PM PDT

ALOR SETAR 2 Mei - Dakwaan Kerajaan Pas Kedah yang menyatakan projek pembinaan kompleks beli-belah Aman Central bernilai RM500 juta di sini adalah projek swasta ternyata tidak benar apabila bukti menunjukkan pembangunannya turut melibatkan kerajaan negeri. Timbul persoalan apakah kerajaan negeri mahu berbohong atau cuba memberi jawapan mengelirukan untuk menutup kelemahannya tidak melaksanakan tender terbuka bagi projek tersebut?

Ketua Pemuda Gerakan negeri, Tan Keng Liang berkata, Warta Kerajaan Negeri pada 9 Jun 2011 menunjukkan pengambilan tanah di bawah Seksyen 3(1)(b) dan Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi pembinaan itu dikhaskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan agensi kerajaan negeri. "Pengerusi PKNK adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak

Majlis Peguam 'perkakas pembangkang', Chee Wee didesak letak jawatan

Posted: 02 May 2012 06:17 PM PDT

KUALA LUMPUR 2 Mei - Majlis Peguam bukan lagi sebuah badan bebas yang profesional, sebaliknya menjadi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) suruhan kepada pembangkang. Sehubungan itu, Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor mendesak Presidennya, Lim Chee Wee meletak jawatan dan menyertai parti pembangkang dengan segera. Ini kerana, kata beliau, setiap kenyataan serta tindak-tanduk Majlis Peguam tidak lagi dibuat secara bebas dan objektif sebaliknya, bersifat memihak sepenuhnya kepada pembangkang. "Saya mendesak beliau melepaskan jawatan sebagai Presiden Majlis Peguam dan sertai parti pembangkang agar lebih mudah untuk Chee Wee berdepan secara pendekatan politik. "Tindakannya memperalat Majlis Peguam untuk mengecam polis dalam isu demonstrasi ganas Bersih 3.0 bukan sahaja bersifat memihak dan tidak objektif tetapi biadab

www.pemuda-enggang.org

Posted: 03 May 2012 11:17 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Sama kan

Posted: 03 May 2012 05:20 AM PDT

Posted from WordPress for Android

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 03 May 2012 07:35 AM PDT

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Kan dah kena..tu pun kata tak patut...

Posted: 03 May 2012 05:54 AM PDT

KUALA LUMPUR - Tiga penuntut Universiti Malaya
(UM) yang digantung satu semester dan didenda kerana
kesalahan berkaitan Akta Universiti dan Kolej Universiti
(Auku) menyifatkan hukuman itu sebagai melampau
dan bercadang mahu membawa isu ke mahkamah.
Jawatankuasa Tindakan Tatatertib UM mendapati
mereka bersalah kerana mengalungkan bunga ke atas
gambar pemimpin negara ketika demonstrasi menuntut
pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi
Nasional (PTPTN) bulan lalu.
Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM),
Mohamad Safwan Anang, 23, berkata, "kami
memberitahu pada awalnya simbolik kalungan bunga
hanyalah sebagai satu sindiran."
"Jika menyebabkan ketenteraman awam terganggu
mesti polis dah ambil tindakan dan tangkap kami.
Sepanjang perbicaraan, panel hakim hanya
mempersoalkan mengenai adab sahaja.
"Mereka (hakim) kata tak sopan dan ini bercanggah
dengan nilai budaya orang Melayu. Kami tanya adakah
mereka menghormati hak kami berdemo? Mereka
mempersetujui hak berdemo tetapi jangan buat
kalungan bunga.
"Mereka kata tak sopan, apa definisi tak sopan? Kami
hanya letak kalungan bunga yang boleh ditafsir dengan
pelbagai contoh seperti kalungan tahniah atau simbolik
kematian hak mahasiswa. Kita kecam sekerasnya
hukuman ni dan akan buat rayuan kepada UM,"
katanya ketika ditemui kampus UM hari ini.
Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini
menegaskan, perbicaraan yang bersidang pagi tadi
adalah sesuatu yang mengecewakan.
"Kita berhujah atas undang-undang dan Perlembagaan
tapi mereka tidak memberi respons. Mereka
(jawatankuasa disiplin tatatertib) akui demo hak
bersuara tak boleh tapi mereka lebih menekankan adab
isu kesopanan.
"Kita kata itu bukan isu yang patut dibincang, kita
berhujah mengenai akta dan perlembagaan, mereka tak
boleh jawab. Malah mereka akui hak berdemo.
Tindakan ini (hukuman) akan memburukkan nama UM
dan ini boleh menjatuhkan ranking UM," katanya.
Syahid berkata, tindakan UM satu konspirasi untuk
mematikan suara mahasiswa, dan jika berterusan
idealisme anak muda akan mati kerana akan dibayangi
oleh perintah Auku.
Pelajar tahun satu jurusan Undang-Undang UM, Mohd
Haziq Abdullah Abd Aziz; 20, pula berkata, perbicaraan
pagi tadi berat sebelah.
"Hakim menuduh kami, sepatutnya hakim mendengar
hujah tertuduh dan mesti ada seorang pendakwa raya,
tetapi di sini yang mendakwa menyuruh kami mengaku
bersalah adalah hakim sendiri, malah hujah yang
diutarakan tidak dijawab mengikut lunas undang-
undang.
"Kita akan kemukan rayuan kepada pihak universiti
dalam masa dua minggu seperti yang diberikan, malah
akan mempertimbangkan untuk membawa hal ini ke
mahkamah. Mengenai perkara ini (mahkamah) kami
akan umumkan nanti," katanya.
Mereka dikenakan tindakan di bawah Seksyen 16C
Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib pelajar-pelajar
tahun 1999) dan kesalahan melanggar undang-undang
kaedah 3A (i), 3A (ii).
Jawatankuasa Disiplin Tatatertib Pelajar UM
menjatuhkan hukuman amaran lisan supaya tidak
mengulangi perbuatan itu lagi, denda tidak melebihi
RM200 dan pengantungan pengajian selama satu
semester kepada tiga mahasiswa SMM.

Hahaaa,kp kata patut...elok buang ajerrrr


Pemuda UMNO Telok Datok

Puteri Bahagian Segambut

Posted: 02 May 2012 11:34 PM PDT

Puteri Bahagian Segambut


SPR: Semakan Daftar Pemilih Tambahan 2012

Posted: 02 May 2012 10:00 PM PDT


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula mempamerkan senarai Rang Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2012 di 952 tempat di seluruh negara selama 14 hari bermula hari ini.

SPR dalam satu kenyataan di sini memaklumkan, senarai itu dipamerkan selaras dengan kehendak Peraturan 13(5), Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002.
Ia dipamerkan di Pejabat Pilihan Raya Negeri di 15 tempat:
1. Pejabat Pos Berkomputer (451)
2. Kompleks/Pejabat Kerajaan (86)
3. Pejabat Daerah/Pejabat Tanah (124)
3. Majlis Daerah/Perbandaran (48)
5. Dewan Serbaguna/Rukun Tetangga/Balai Raya/Penghulu/Dewan (194) dan lain-lain tempat (34).

Menurut suruhanjaya itu, semakan juga boleh dibuat melalui laman web SPR di www.spr.gov.my.

Menurut SPR, sebanyak 289,255 permohonan pendaftaran pemilih baru dan 104,430 permohonan untuk pertukaran alamat pusat mengundi daripada pemilih yang sedia berdaftar telah diterima bagi tiga bulan pertama tahun ini.

"Warganegara Malaysia yang baru memohon menjadi pemilih atau mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon untuk pertukaran alamat pusat mengundi dinasihat supaya menyemak senarai tersebut," menurut SPR.

Suruhanjaya itu memaklumkan warganegara yang baru berdaftar sebagai pemilih tetapi mendapati nama mereka tidak tersenarai boleh membuat tuntutan dengan menggunakan Borang B.

Sementara bagi pemilih berdaftar yang hendak membuat bantahan terhadap kemasukan nama mana-mana orang dalam Rang Daftar Pemilih itu boleh mengisi Borang C dan tidak melebihi 20 orang, kata kenyataan itu.

Borang tersebut hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar (Pengarah Pilihan Raya Negeri) bagi kawasan pendaftaran yang berkenaan pada hari bekerja dalam tempoh Rang Daftar Pemilih tersebut dipamerkan.

"Nasihat SPR bagi mereka yang ingin membuat bantahan, pastikan bantahan itu adalah berdasarkan kepada alasan yang kukuh dan tidak dibuat secara melulu," kata kenyataan itu.

SPR memaklumkan bahawa suruhanjaya itu tidak mempamerkan senarai nama yang akan dipotong dari Daftar Pemilih yang telah hilang kelayakan seperti meninggal dunia, lucut hak warganegara dan sebagainya.

"Bagaimanapun, untuk memudahkan parti politik membuat semakan kepada senarai nama itu, SPR akan mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi senarai nama yang akan dipotong kepada parti-parti politik," katanya.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi ibu pejabat SPR di talian 03-8885 6565 atau faks 03-88889117 atau menghubungi mana-mana Pejabat Pilihan Raya Negeri.

Sumber: Utusan

Khalid Ismath Perlu Ditahan Segera di bawah Akta Hasutan @HishammuddinH2O

Posted: 02 May 2012 08:00 PM PDT

Petikan status dari laman facebook Khalid Ismath:

"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan".

Nama : Khalid Mohd.Ismath
Jurusan : Tahun 2 pengajian undang-undang di UiTM Shah Alam
Umur : 22 tahun
Asal : Kampung Raja Uda, Pela
buhan Klang
Jawatan : Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami)







Khalid Mohd Ismath dari pemuda Parti Sosialis ini sangat bahaya. Beliau bekas pelajar UiTM Merbok dalam jurusan diploma undang-undang pada tahun 2010. Sekarang melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam. Beliau terlibat secara aktif sebagai pengikut syiah tegar semasa beliau belajar di peringakat sekolah menengah. Khalid sangat licik bergerak masuk dalam pergerakan pelajar. Beliau cuba mencari pengaruh untuk mendapat sokongan ramai khususnya pelajar IPT. Kita sedia maklum, ajaran syiah sesat "Imamiah Ithna Asyariyyah" adalah suatu ajaran sesat lagi kafir yang terkeluar dari ajaran Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ). Bagi mereka menipu kepada ASWJ adalah halal dan mendapat pahala. Khalid berpura-pura menjadi pejuang kebebasan akademik dan kebebasan suara pelajar. Bagi yang tidak faham apa itu ajaran syiah sesat yang sebenarnya, mudah tertipu dan ditipu.


Tidak ada iman bagi yang tidak bertaqiyyah. Inilah rukun iman orang-orang syiah. Lebih kurang 90% taqiyyah dengan menipu orang-orang sunni. Khalid boleh menipu orang-orang yang tidak belajar kitab-kitab syiah dan tidak boleh menipu kami yang arif pasal ajaran syiah yang sesat lagi kafir. Di sini, kami tidak perlu jelaskan apa itu syiah dan ajaran pembohongannya. Anda boleh semak penjelasan dalam blog bahaya syiah. Khalid sudah mula menggunakan pentas parti politik dengan alasan berjuang untuk meruntuhkan kerajaan zalim BN/UMNO, supaya rakyat percaya bahawa beliau adalah pejuang tulin. Sebenarnya, khalid dan rakan-rakan syiahnya tetap membenci orang sunni yang mereka panggil dengan nama Nasibi @ Nawasib (najis tidak boleh disucikan dan kafir).

Untuk mencari pengaruh dan cuba mempengaruhi orang-orang sunni yang jahil terhadap syiah, maka mereka akan gunakan bermacam-bermacam pendekatan dan strategi menarik minat ASWJ ke ajaran syiah yang sesat. Mereka sanagguap berpura-pura dan sanggup berada dibarisan hadapan supaya masyarakat nampak bahawa orang syiah sahaja yang berani dan menjuarai pejuangan rakyat. Sama juga Iran yang tunjuk garang dan seolah-olahnya benci terhadap Amerika dan Israil sedangkan Amerika dan Yahudi bebas bergerak di Iran. Inilah yang dikatakan orang munafiq sepertimana Abdullah bin Saba yang merupakan pelupur gerakan syiah sesat semenjak zaman Saiyidina Ali r.a.. Sifat mereka yang munafiq ini boleh dirujuk dalam al-Quran, ayat 8-20 dalam surah al-Baqarah.

Gerakan pelajar, NGO dan parti politik kena hati-hati dengan gerakan kumpulan si khalid yang sesat lagi menyesatkan ini. Jangan bagi dia peluang masuk mana-mana organisasi, jika anda mahu selamat. Jika tuan-tuan masih degil dan percaya dengan Khalid ini, silakan ... selepas ini jangan sesal apabila si munafiq ini buat kacau dan merosakkan organisasi anda. Kami sentiasa mengikuri gerak-gerinya yang banyak bertaqiyah. Jangan negara kita ini jadi macam di Iraq dan kini di Syria. Perdana Menteri Syria dengan sokongan Iran dengan membunuh sekian ramai orang-orang suni di sana, kerana bagi mereka halal darah orang suni untuk dibunuh apabila ada peluang. Harus diingat dan difahami, syiah bukan mazhab dan bukan ajaran Islam.

Peserta BERSIH Korban Ambiga?

Posted: 02 May 2012 06:05 PM PDT


BERSIH 3.0 benar-benar membuka mata rakyat Malaysia sehingga memaksa mereka yang sebelum ini hanya menjadi pemerhati juga mula mengambil bahagian membincangkannya di laman-laman sosial. Majoritinya meluahkan perasaan geram dan hairan kenapa ada manusia yang sanggup menghuru-harakan negara yang aman makmur ini.

Jika benar niatnya adalah untuk memperjuangkan pilihanraya bersih maka kenapa perlu menolak tempat yang ditawarkan kerajaan? Kenapa perlu melanggar undang-undang, berarak dan apa perlunya merempuh polis untuk masuk ke Dataran Merdeka, iaitu kawasan yang dilarang? Kita bukan dalam keadaan berperang di mana perusuh perlu menawan kubu penting musuh. Justeru, apa pentingnya Dataran Merdeka untuk dijadikan tapak perjuangan? Kenapa perlu mengambil risiko tercedera, tergadai nyawa, terjejas masa depan mengambil risiko dibuang kerja atau dibuang universiti kerana telah melanggar undang-undang yakni semata-mata untuk menawan Dataran Merdeka?

Jika sekadar ingin duduk bantah dan mempamerkan sokongan yang ramai, maka duduk sajalah di dalam stadium di mana para wartawan boleh membuat liputan dengan mudah dan aman serta menunjukkan kepada dunia jumlah sokongan yang diperolehi oleh BERSIH.

Mungkinkah kerana ingin menutup jumlah sokongan yang terlalu sedikit, maka BERSIH perlu membuat huru-hara?

Apapun tujuan dan alasannya, apa yang pasti ialah pemimpin-pemimpin BERSIH jelas menyifatkan penyokong-penyokong mereka sebagai manusia yang tiada nilai langsung.

Pemimpin-pemimpin BERSIH telah dengan sengajanya menyuruh atau membiarkan peserta melanggar undang-undang walaupun tahu bahawa tindakan itu akan membawa padah. Seolah-olah nyawa peserta BERSIH, iaitu penyokong mereka tidak ada harga langsung!

Dan apabila mereka dikritik dan dipersoal tentang penyokong mereka yang diluar kawalan, mereka langsung tidak ingin memikul tanggungjawab. Malah Ambiga secara terang-terangan, meletakkan kesalahan 100% ke atas penyokong-penyokongnya dengan alasan beliau tidak pernah mengarahkan mereka untuk bertindak ganas. Pemimpin-pemimpin pembangkang pula hanya menafikan sambil menuduh pihak polis sebagai menyamar dan memukul rakan sendiri.

Sedangkan bukan mereka tidak tahu bahawa dalam mana-mana demonstrasi pasti ada kemungkinan berlaku keganasan dan kecederaan. Jika tidak, kenapakah dalam setiap demonstrasi di mana-mana negara di dunia, kerajaan akan menugaskan polis dan pasukan anti rusuhan untuk bersedia.

Pasukan polis punya kuasa dan hak untuk menggunakan kekerasan bagi mengawal perusuh yang tidak mematuhi undang-undang. Sekiranya perusuh bertindak ganas, polis juga bertanggungjawab mengikut undang-undang untuk 'menundukkan' perusuh. Dan dalam kes BERSIH 3.0 ini, peserta demo telah dengan nyata merusuh, melanggar undang-undang dan mengganas seperti yang dijangka.

Ini bukan mengejutkan dan bukan juga perkara baru, maka tindakan Ambiga enggan bertanggungjawab atas keganasan yang sememangnya telah dijangka mengesahkan yang beliau tidak pernah mempunyai sedikit pun rasa prihatin terhadap penyokong-penyokongnya.

Beliau melihat penyokong-penyokongnya bagaikan lembu yang boleh dicucuk hidung dan dikorbankan bila-bila perlu. Nyawa lembu-lembu ini tiada harga dan tiada kaitan dengannya.

Ambiga juga langsung tidak bertanya siapa dan berapa ramai mereka yang terdera dan bagaimanakah nasib mereka selepas perhimpunan itu.

Selesai BERSIH 3.0, Ambiga, Anwar, Kit Siang, Hadi semuanya pulang berlenggang sambil mengibas-ngibas tangan melepaskan segala tanggungjawab terhadap kekotoran, kemusnahan, kecederaan dan kesan perbuatan mereka kepada ekonomi dan imej negara.

Fikirlah, jika penyokong sendiri yang sanggup mati kerana mereka juga mereka sanggup 'lembukan', maka sekiranya mereka memerintah negara ini, pastinya rakyat juga akan mereka anjingkan.

Jom Tengok Melayu Pencacai Ambiga

Posted: 02 May 2012 02:53 AM PDT

Mari berkenalan dengan Melayu paling bangsat di antara Melayu bangsat yang merusuh pada Perhimpunan Bersih 3suku yang lepas.

Inilah orangnya yang saya maksudkan.


Sudahlah menyokong Bersih3.0 kemudian tolong jaga keselamatan si Ambiga yang terang² memusuhi Islam, menjadi lawyer kepada Lina Joy murtad secara 'sah' dan memperjuang LGBT di Malaysia.

Apa punya bahlol Melayu begini, memalukan sungguh.


Sungguhpun mereka dibayar tetapi sangat hina pekerjaan tersebut menjaga keselamatan musuh Islam yang memperjuangkan perkara bertentangan ajaran Islam - Sumber: REZQEEN HILL

Meh tengok video kat bawah ni lak



Qulilhaqq walau kaana murra - Kebenaran Yang Terungkap : Video Pendedahan Polis Langgar Demonstran.

Posted: 01 May 2012 10:42 PM PDT


Kebenaran tentang insiden anggota polis melanggar peserta Bersih terungkai melalui vidwo di bawah. Mohon semua pihak buka mata dan perhatikan betul-betul video ini dan pastikan tiada tercicir walau sesaat pun setiap detik dalam rakaman video ini.
Bertepatan dgn hadis nabi saw, 'Sesiapa yg menipu kami (umatku), bukanlah ianya dari kalangan umatku'........Qulilhaqq walau kaana murran! (berkatalah benar walaupun ianya pahit)






PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 02 May 2012 03:16 PM PDT

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


HAK ASASI MANUSIA.

Posted: 01 May 2012 05:34 PM PDT


Esei ini telah memenangi Hadiah Kedua
Peraduan Menulis Makalah Undang-undang 2001
Anjuran Majlis Peguam, Dewan Bahasa Pustaka dan Institut Terjemahan Negara


Hak Asasi Manusia:
Imbangan Antara Hak Ramai dan Hak Individu

Oleh Wong Hon Wai (honwai_wong@hotmail.com)


Mukadimah

Kamus Dewan menakrifkan hak asasi sebagai hak yang dasar atau pokok seperti hak bebas mengeluarkan pendapat, menganut sesuatu agama, bergerak dan lain-lain. [1]  Contoh yang diberi itu sebenarnya hanya merujuk kepada makna tradisi hak asasi manusia. Dengan perkembangan zaman, makna hak asasi harus diberi tafsiran yang lebih luas.

Di arena antarabangsa, terdapat 3 dokumen penting berkenaan Hak Asasi Manusia iaitu Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948, Kovenan Antarabangsa Hak-hak Sivil and Politik 1966 dan Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan 1966.

Dalam kedua-dua kovenan antarabangsa tersebut, hak asasi manusia merangkumi tetapi tidak terbatas kepada hak-hak berikut:

(1) Hak sivil dan politik: Hak kebebasan bercakap, kebebasan beragama, kebebasan berkumpul dan menubuhkan persatuan, kebebasan daripada penderaan dan kesaksamaan di bawah undang-undang.

(2) Hak sosial, kebudayaan dan ekonomi: Hak kepada pendidikan, pekerjaan dan rekreasi, hak menikmati perkhidmatan yang minimum berkenaan kesihatan, tempat tinggal serta persekitaran yang selamat.

Ahli falsafah Barat, Rousseau, telah mengemukakan konsep "Kontrak Sosial"  pada tahun 1762.[2] Konsep kontrak sosial menggariskan hubungan antara ahli-ahli masyarakat di mana setiap ahli melepaskan hak individu tertentu untuk mendapatkan keselamatan sosial yang bersifat kepentingan ramai.

Benih yang ditaburkan oleh Rousseau ini telah menampakkan pengaruhnya dalam nas-nas perundangan moden. Sepanjang pembentukan tamadun moden, imbangan antara hak individu dan hak ramai merupakan topik utama dalam perdebatan berkenaan hak asasi manusia.



Perbezaan Paradigma dalam Konsep Hak Asasi Manusia


Hak asasi manusia mulai mendapat tempat rasmi di arena antarabangsa melalui Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948. Perisytiharan tersebut dipelopori oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang keahliannya terdiri daripada kebanyakan negara-negara merdeka di dunia.

Kumpulan lain juga menerima pakai  piawaian hak asasi manusia. Komuniti Europah (European Community) misalnya telah memaktubkan Konvensyen Europah mengenai Hak Asasi dan Kebebasan Asasi 1950 yang mempunyai kuasa mengikat dari segi undang-undang terhadap negara anggota Komuniti Eropah.

Sementara itu, Majlis Islam juga telah mengisytiharkan Perisytiharan Islam terhadap Hak Asasi Manusia[3] yang berdasarkan al-Quran dan Sunnah. Perisytiharan ini lebih mementingkan semangat ummah yang membawa knosep komuniti. Setiap hak asasi manusia yang ditera dalam perisytiharan itu membawa bersama tanggungjawab tertentu[4]. Dalam setiap hak asasi manusia yang tertera, semua pihak adalah tertakluk kepada batasan untuk memenuhi syarat moral, ketenteraman awam serta kebajikan ummah.  [5]

Bagi tamudun lama Cina pula, susunan masyarakat berasaskan persetujuan dalam keluarga, kemudian dilanjutkan persetujuan itu  ke peringkat kampung dan negara.[6]. Susunan masyarakat Cina yang berasaskan fahaman Confucius sememangnya berbeza dengan di negara-negara Barat yang lebih individualistik.

Perbezaan dari satu tamadun ke tamadun yang lain menampakkan perbezaan persepsi antara hak asasi manusia. Di satu pihak terdapat unsur individualistik yang mementingkan hak individu dan bersifat bertentangan dengan hak ramai. Di satu pihak yang lain pula terdapat semangat  komuniti yang tinggi yang mementingkan hak ramai daripada hak individu.


Tinjauan terhadap Perundangan yang melindungi Hak Asasi Manusia di Malaysia


Di bawah Bahagian 2, Perlembagaan Malaysia termaktubnya sembilan kebebasan asasi. Secara umumnya, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan hak individu tetapi tertakhluk kepada syarat-syarat tertentu umpamanya ketenteraman awam, kesihatan awam dan moral yang merupakan hak ramai.

Kita akan mendapat perspektif yang lebih jelas dengan merujuk secara mikroskopik terhadap salah satu kebebasan asasi yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia. Perkara 10 antaranya memberi hak bebas bercakap, mengeluarkan fikiran, berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata serta menubuhkan persatuan kepada semua warganegara Malaysia.

Menurut pandangan seorang ahli akademik, Harding, Perkara 10 sebenarnya bukan memberi hak tersebut tetapi mengambil balik hak tersebut. [7]

Hak-hak yang tersebut di atas sebenarnya tertakluk kepada Perkara 10(2) di mana Parlimen diberi kuasa untuk mengawal hak tersebut dan ia boleh dikurangkan melalui Akta-akta Parlimen berasaskan lapan alasan. Alasan-alasan tersebut ialah kepentingan keselamatan Persekutuan, perhubungan persahabatan dengan negeri lain, ketenteraman awam, keistimewaan Parlimen dan Dewan Negeri, penghinaan terhadap mahkamah, akhlak, fitnah atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan suatu kesalahan serta mempersoalkan kedudukan yang dilindungi di bawah Bahagian 3, Perkara  152,153 dan 181.

Kelapan-lapan alasan tersebut boleh dikategorikan secara umumnya di bawah hak ramai. Dengan itu, Perkara 10 walaupun memberikan hak kepada individu tetapi tertakhluk kepada lapan hak ramai.

Jika dibandingkan dengan Konvensyen Eropah mengenai Has Asasi Manusia dan Kebebasan Asasi 1950 yang menggariskan bahawa kebebasan bercakap hanya dibataskan di mana diperlukan di bawah satu masyarakat demokratik, kebebasan bercakap yang diberi di bawah Perlembagaan Malaysia adalah terbatas secara relatifnya.

Walau bagaimanapun, seperti yang dinyatakan oleh Prof Dr Shad Saleem Faruqi, penghayatan hak asasi manusia ialah satu perjalanan dan bukan satu destinasi memandangkan hak asasi manusia bukanlah sesuatu yang statik. [8]  Ancaman yang baru akan menimbulkan keperluan yang baru. Dengan peredaran masa, maka satu satu penghayatan semula tentang teori hak asasi manusia diperlukan. Malaysia juga tidak terkecuali daripada perubahan paradigma sejagat.

Di bawah Seksyen 2, Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), pengertian hak asasi manusia merujuk kepada kebebasan asasi  yang termaktub dalam Bahagian II, Perlembagaan Malaysia. 

Seksyen 4(4) Akta 597 juga memperuntukkan bahawa rujukan harus dibuat kepada Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948  setakat yang tidak berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.  Ini bermakna hak asasi manusia yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi dimaktubkan dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia 1948 harus dirujuk setakat tidak berlawan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Secara adatnya,  Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 dianggap sebagai undang-undang antarabangsa yang mengikat. Dengan terteranya Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, konsep hak asasi manusia di Malaysia telah diperluaskan sejajar dengan perkembangan sejagat. 

Walaupun terdapat 28 perkara di bawah Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang menjamin hak asasi individu, terdapat satu klausa khas iaitu Perkara 29  yang menyebut bahawa setiap orang tertakluk hanya kepada batasan seperti yang ditentukan oleh undang-undang semata-mata bagi tujuan menjamin pengiktirafan dan penghormatan yang sepatutnya terhadap hak-hak dan kebebasan orang lain dan untuk mendekati keperluan-keperluan sepatutnya bagi akhlak, ketenteraman awam dan kebajikan umum dalam suatu masyarakat yang demokratik. [9]
Di bawah Kovenan Antarabangsa Hak-Hak Sivil dan Politik, idealisme manusia bebas untuk menikmati kebebasan sivil dan politik hanya dapat dicapai sekiranya memenuhi syarat-syarat asas yang membolehkan seorang menikmati hak sivil, politik, ekomomi, social dan kebudayaan. Di bawah perkara 4 Kovenan tersebut telah dinyatakan bahawa di bawah keadaan darurat yang mengancam keselamatan negara dan telah diisytiharkan secara rasmi, negara yang menandatangani Kovenan tersebut boleh mengambil langkah mengurangkan obligasinya dalam Kovenan itu tertakluk kepada keperluan semasa dengan syarat langkah-langkah itu bukan tidak konsisten dengan obligasi-obligasi lain di bawah undang-undang antarabangsa dan tidak melibatkan diskriminasi atas alasan bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama serta asal-usul seseorang.  Dinyatakan juga terdapat hak-hak individu yang tidak boleh dikurangkan dalam apa-apa keadaaan seperti hak terhadap nyawa (Perkara 6), larangan terhadap hukuman berbentuk kejam (Perkara 7), larangan pengabdian (Perkara 8), larangan pemenjaraan atas alasan tidak dapat memenuhi obligasi kontrak (Perkara 11), hak perlindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan (Perkara 15), hak sebagai seorang manusia di bawah apa-apa undang-undang di mana jua (Perkara 16) serta kebebasan agama (Perkara 18). [10]

Walaupun piawaian dalam imbangan antara hak ramai dan hak individu adalah berbeza mengikut satu negara daripada negara lain, tetapi terdapat satu perkara yang umum iaitu terdapat peruntukan yang mengiktiraf bahawa hak individu boleh disekat demi kepentingan hak ramai. 


Tinjauan terhadap Keputusan Kehakiman yang bersangkutan dengan Hak Asasi Manusia di Malaysia

Bagi individu, mahkamah merupakan harapan terakhir untuk mengutarakan kes pencabulan hak asasi manusia. Dengan meninjau kes-kes yang telah diputuskan di mahkamah Malaysia, kita dapat menkaji pendekatan cabang kehakiman terhadap imbangan antara hak ramai dan hak individu.

Dalam kes Re Susie Teoh  [11], Hakim Mahkamah Tinggi YA Abdul Malek, memutuskan bahawa seorang bapa tidak mempunyai kuasa di bawah Akta Penjagaan Anak 1961 untuk memilih agama bagi anaknya. Anaknya mempunyai hak di bawah Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan untuk memilih agamanya sendiri. Ringkasnya, seseorang  bukan Islam  yang berumur di bawah umur 18 tahun boleh menentukan agamanya sendiri dan tidak tertakluk kepada kehendak penjaganya.

Tetapi, keputusan ini dibalikkan di Mahkamah Agung.[12] Di Mahkamah Agung telah diputuskan di bawah semua keadaan, demi kepentingan negara yang lebih utama (in the wider interests of the nation), seseorang minoriti[13] tidak mempunyai hak automatik untuk menerima ajaran berkaitan sesuatu agama tanpa kebenaran ibu bapa atau penjaganya. Dalam keputusan ini, kepentingan ramai mengatasi hak seorang kanak-kanak untuk memilih agamanya yang dijamin di bawah Perkara 11.

Dalam satu kes yang lain, kes Hajjah Halimatussadiah[14], mahkamah memutuskan hak  seorang kakitangan awam untuk memakai purdah adalah tertakhluk kepada perintah perkhidmatan awam. Dengan ini, hak ramai mengatasi hak individu seorang untuk memilih cara berpakaian demi alasan untuk mengekalkan disiplin di perkhidmatan awam.

Menurut keputusan kes Susie Teoh dan kes Hajjah Halimatussadiah, adalah jelas terdapat kecenderungan untuk memberi tempat yang lebih utama kepada hak ramai daripada hak individu.


Dalam kes Lau Dak Kee lwn Pendakwaraya[15], Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa hak kebebasan bercakap adalah tertakhluk kepada undang-undang yang diluluskan di Parlimen.

Dalam kes Madhavan Nair lwn Pendakwaraya[16], Mahkamah Tinggi  telah mengisytiharkan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyoal penggunaan perkataan subjektif seperti "perlu" dan "mustahak" di bawah Perkara 10(2) Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan. Selama Parlimen memenuhi keperluan prosedur dalam meluluskan undang-undang untuk mengongkong kebebasan bercakap, maka undang-undang itu tidak dapat dicabar atas alasan terlampau kongkong atau tidak munasabah.

Di bawah Perlembagaan India, terdapat keperluan untuk membuktikan bahawa batasan terhadap hak asasi manusia mesti munasabah. Di Mahkamah Malaysia, ujian yang diguna bukan kemunahsabahan tetapi samada pencabulan hak asasi tersebut adalah d bawah kuasa undang-undang yang dibenarkan. Adalah jelas bahawa kedudukan mahkamah Malaysia dalam kes pencabulan hak asasi manusia adalah berbeza dengan kedudukan mahkamah di India. [17]

 



Locus Standi


Dalam memperihalkan hak individu dan hak ramai, kita harus menkaji penerima pakai piawaian locus standi.

Di bawah Common Law, locus standi merujuk kepada hak seseorangan untuk memulakan pembicaraan di mahkamah. Dalam kes England, R lwn Commissioner of Police for the Metropolis ex p. Blackburn[18],  Lord Denning memutuskan akan menidakkan locus standi kepada seseorang penyibuk yang menyentuhi hal yang tidak berkaitan dengannya tetapi akan memberikan locus standi kepada sesiapa yang mempunyai isu benar di mana sesuatu yang dilakukan atau bakal berlaku mempunyai kesan ke atasnya.

Di kes-kes yang diputuskan di Malaysia, , kes Lim Cho Hock lwn Kerajaan Negeri Perak [19], mahkamah telah memutuskan bahawa bahawa plaintiff mempunyai locus standi di bawah alasan beliau mempunyai kepentingan persendirian yang benar untuk membawa kes tersebut.

Walau bagaimanapun, piawaian locus standi yang digunakan  tidak dilanjutkan kepada seorang ahli politik walaupun beliau mengemukakan alasan bahawa dia seorang pengguna jalan serta pembayar cukai. Kes United Engineers (M) Berhad lwn Lim Kit Siang  [20], mahkamah Aguong memutuskan ahli politik tersebut  tiada locus standi.

Dalam kedua-dua kes tersebut, nyata menunjukkan bahawa hak individu adalah dilindungi berasaskan kepentingan persendirian yang sebenar tetapi tidak terpakai untuk seorang wakil rakyat yang membawa kes tersebut berdasarkan kepentingan ramai.

Walaupun kes ini bukan berkenaan pencabulan hak asasi, keputusan tersebut secara tersiratnya bererti remedi terhadap pencabulan hak asasi diberi kepada individu yang mempunyai kepentingan persendirian sahaja.


Penutup:

Di Malaysia, konsep undang-undang [21] adalah ditakrifkan di bawah Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan. Tiada terdapat peruntukan spesifik berkenaan undang-undang antarabangsa di bawah Perkara tersebut. Secara tersiratnya, ini bermakna undang-undang antarabangsa bukan sebahagian daripada  sumber undang-undang bagi Malaysia.

Dalam ketika Malaysia berkembang menuju ke arah Wawasan 2020 untuk menjadi sebuah negara maju, seharusnya terdapat satu usaha untuk  mengikut arahtuju undang-undang antarabangsa. Undang-undang antarabangsa berkenaan Hak Asasi manusia merupakan satu jurisprudens yang tidak dapat dielakkan sekirannya Malaysia ingin berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju yang lain.

Seperti yang dicadangan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)[22], kerajaan harus mengambil langkah untuk menandatangani serta mengambil langkah ratifikasi terhadap 2 kovenan penting iaitu Kovenan Antarabangsa Hak-Hak Sivil dan Politik serta Kovenan Antarabangsa Hak-hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan. 

Salah satu syarat yang harus dipenuhi apabila menandatangani serta mengambil langkah ratifikasi kedua-dua dokumen penting itu ialah undang-undang domestik Malaysia yang terlalu berpusatkan hak ramai harus diberi kelonggaran.

Dalam satu zaman globalisasi serta perkembangan teknologi yang pesat, model perundangan yang terlalu berpandukan hak ramai tidak dapat memenuhi cabaran zaman. Dalam era ini, hak individu seperti hak terhadap rahsia diri, hak mendapatkan maklumat dan sebagainya harus diberi perhatian baru.

Konsep kontrak sosial yang diutarakan oleh Rosseau 2 abad lalu harus mendapat penghayatan semula.  Ruang pergerakan manusia tidak terbatas lagi kepada ruang fizikal. Hari ini, transaksi perniagaan atau pembelajaran boleh dijalankan di Internet tanpa pertemuan fizikal. Apa yang penting ialah pertemuan minda yang tidak mengira ruang fizikal. Dengan itu, konsep hak ramai perlu diberi definisi baru.  Satu titik imbangan baru antara hak ramai dan hak individu harus dicari.






[1] Kamus Dewan Edisi Baru 1989 terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ms 394.
[2] R.H. Hickling, Malaysian Public Law ms 117
[3] Perisytiharan Islam mengenai Hak Asasi Manusia (Universal Islamic Declaration of Human Rights)   http://ww.alhewar.com/ISLAMDECL.html
[4] Nota Huraian 2: Perisytiharan Islam mengenai Hak Asasi Manusia.
[5] Nota Huraian 3: Perisytiharan Islam mengenai Hak Asasi Manusia.
[6] Kevin Tan Yew Lee  , Yeo Tiong Ming & Lee Kiat Seng Constitutional Law in Malayisa and Singapore, Malayan law Journal, 1991, ms 420
[7] Harding,A. : Law, Government and the Constitution in Malaysia, Malayan Law Journal, 1996 ms 189
[8] Sunday Star December 3, 2000
[9] Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat http://www.unhchr.ch/udhr/lang/mli.htm
[10] Kovenan Antarabangsa Hak-Hak Sivil dan Politik http://heiwww.unige.ch/humanrts/instree/b3ccpr.hmt
[11] [1986] 2 MLJ 228
[12] Teoh Eng Huat lwn Kadhi, Pasir Mas  [1990] 2 MLJ 301
[13] Mengikut Seksyen 2, Akta Majoriti 1971, seorang yang dewasa ialah mereka yang mencapai umur 18 tahun.
[14] Halimatusaadiah lwn Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia [1992] 1 MLJ 513 (HC), [1994] 3 MLJ 61 (SC)
[15] [1976] MLJ 229
[16] [1975]2 MLJ 264
[17] Kevin Tan Yew Lee  , Yeo Tiong Ming & Lee Kiat Seng Constitutional Law in Malayisa and Singapore, Malayan law Journal, 1991 ms 791)
[18] [1968] 2 QB 241
[19] [1980] 2 MLG 148
[20] [1988] SCR
[21] Perkara 160(2): "Undang-undang teramsuklah undang-undang bertulis, common law setakat mana ianya berkuatkuasa dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, dan apa-apa adat atau kelaziman yang mempunyai kuatkuasa undang-undang dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya.
[22] Laporan Tahunan 2000 Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, ms 28.

Tiada ulasan:

Pengikut