Sabtu, 5 Mei 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 05 May 2012 03:27 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA


NAJIB MIMPI LIAR DAN BELASAH, RAKYAT MIMPI BASAH DAN HIDU GAS

Posted: 04 May 2012 06:30 AM PDT

Anwar Ibrahim

Posted: 04 May 2012 07:32 PM PDT

Anwar Ibrahim


Chandra Muzaffar – Who Are You to Call Others ‘Frauds’ And ‘Hypocrites’

Posted: 04 May 2012 10:31 AM PDT

Malaysia Chronicle

Friends have asked me what prompted the extraordinary hatchet job that Dr Chandra Muzaffar attempted on the Bersih 3.0 movement and its leaders in his recent article misleadingly titled 'Bersih and the Quest for Human Rights' published in various media.

What was in the article that could be of academic or scholarly value to warrant any close reading? Those attracted by the title may have expected an article on how the quest for human rights in Malaysia may have taken on fresh urgency given the police manhandling of the demonstrators and media, and the many instances of violation of democratic rights.

In the internet and mainstream media, the issue of police brutality has become the main focus and memory of demonstrators and the Malaysian public. That could have been a topic that Dr Chandra – in defending the status quo – could have brought fresh insights from a human rights perspective.

However, he chose not to do so. Instead he churned out a propagandistic piece praising the political reforms undertaken as well as aimed at demonizing the Bersih leaders and its supporters from the opposition.

His reminder about the "degree of integrity in the electoral process" and the fact that there is no electoral process in the world that is totally free of blemish is quite a turn-around. The Chandra of old that I remember was lucid, scathing and critical of the lopsided electoral playing field in favour of the Barisan Nasional and the formidable array of dirty tricks, including mal-apportionment and gerrymandering, it used to win elections.

A real U-turn

This includes control of the mainstream mass media that is now unsurprisingly keen to publish any piece that Dr Chandra provides – certainly a far cry from past practice when he was with Aliran or the opposition.

In my numerous conversations with him during the 16 years that we were friends and colleagues at Universiti Sains Malaysia, we talked and shared similar views of the unfair and un-free electoral process and also of BN's manipulation of the system that enabled it to hold on to power indefinitely.

Today, Dr Chandra seems to have changed his view on the ruling party and many issues in the country, including that of the state of civil liberties. According to him, "[I]t is an irrefutable fact that through these legislative reforms [Peaceful Assembly Act, ISA repeal, etc] the space and scope for the expression and articulation of human rights has been expanded and enhanced as never before."

That "irrefutable fact", as Dr Chandra terms it, is not irrefutable. It needs the passage of time and confirmation from the ground to ascertain what has been gained and whether the reforms are substantive or simply cosmetic to pre-empt regime change. Sweeping or grandstanding statements such as the one above made by him are premature and smack of political partisanship.

Should Dr Chandra, after conducting rigorous social science research – publish the results of his work confirming this "irrefutable fact", it may perhaps help convince sceptics that there has been "far reaching changes to political and civil liberties."

Less than convincing compared to other accounts

In the meantime, his pronouncements on the changes in the country are less convincing and less thoughtful than the one below, which could have come from the pen of the Chandra of old.

Excerpts from Muaz Omar: 'Claiming back our freedom' (The Malaysian Insider, 3 May 2012)

As the nation and its people developed and progressed, Umno has dragged its feet, not wanting to accept that the social and political fabric has changed.

They are trapped in their old ways continuing their archaic doctrine of oppression, rampant corruption and abuse of power as well as propagating religious and racial tensions.

Half-hearted and watered-down transformation policies by Prime Minister Najib Razak failed to diminish the desire of Malaysians for a better deal.

The people are not impressed by the lack of political will.

This resulted in the resounding success of Bersih 3.0 on April 28 in Kuala Lumpur and 80 other cities around the world.

Hundreds of thousands, mostly young, of all races attended the gathering in Kuala Lumpur peacefully until the riot police took action.

Ordinary Malaysians were beaten up and tear-gassed. Even local and foreign media personnel were manhandled, some with their equipment destroyed and confiscated.

This black mark on Malaysian democracy reaffirms concerns that Najib lacks the desire or the will to reform.

His much-touted Peaceful Assembly Act did not provide any democratic civil rights to the people but is used to forcefully maintain the hegemony of his own party.

In short, Najib continues to engage in repressive and authoritarian tactics of former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad.

The tenacity as well as desire of Malaysians for substantive change was evident during the rally.

As Najib and Umno-BN leaders try to downplay and dismiss this demand by shifting blame and pointing fingers, Pakatan Rakyat needs to listen closely to Malaysians and not misread or take for granted their desire for change.

The people swarmed the capital with the intent of claiming back their freedom; they are tired, they are fed-up, and they are angry.

Who are you to call others ‘frauds’ and ‘hypocrites’

My final problem with Dr Chandra's article is its unprecedented attack on some of the Bersih and opposition activists as "frauds and hypocrites without any sincere commitment to freedom and democracy." According to him, "[t]hrough their politics of deceit and duplicity, they continue to manipulate mass sentiments for their own diabolical agenda." These are strong accusations, going beyond even what the BN leaders have said.

Who are these people that he describes as frauds and hypocrites? It is unethical to hide under the cover of generalization in making these allegations.

Besides the requirement of naming them, Dr Chandra should realize that as a social scientist he must provide evidence to prove his argument that they are frauds and hypocrites. What actions have they engaged in to deserve such demonizing from a senior social scientist holding the esteemed position of Noordin Sopiee Professor of Global Studies?

Has he conducted any interviews with the Bersih leaders to get them to explain their positions? Or has he found them guilty without bothering to speak to them?

Is this the view of key independent respondents such as those who took part in the rallies? Or is this the view of the larger population? Or perhaps is it the view of some of the BN leaders?

These and a myriad of other questions need to be answered by Dr Chandra. Otherwise he will be seen as another BN mouthpiece out to score cheap points and using the cloak of academic position to bolster his politically biased opinion.

Dr Lim Teck Ghee is the director of the Center for Policy Initiatives

KEADILAN Lancar MERDEKA RAKYAT: Pasca BERSIH3.0, Pengumuman Penting Ketua Umum Mengenai SPR

Posted: 04 May 2012 06:52 AM PDT

Sokongan ratusan ribu rakyat dari seluruh pelosok negara yang turun dengan satu suara menuntut proses demokrasi yang adil adalah catatan sejarah negara. BERSIH3.0 yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang seharusnya dirayakan semangat dan prinsipnya.

Malangnya, ada pihak yang cuba menutup isu sebenar yang dibawa BERSIH3.0. Suara rakyat yang mewakili jutaan rakyat mahu ditutup dengan cerita picisan yang memfitnah rakyat. Rakyat yang menjadi mangsa akibat kekerasan dan keganasan polis diserang bertalu-talu di media kawalan Umno/Barisan Nasional sedang pemangsa yang ganas dilindungi.

KEADILAN akan terus membawa berita gembira dari BERSIH3.0 ke seluruh negara mengenai kebangkitan rakyat. Tarikh 28 April 2012 akan kita nobatkan sebagai Merdeka Rakyat.

Pelancaran siri ceramah perdana dan jelajah "Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH3.0" akan disempurnakan sendiri oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim pada hari Isnin, 7 Mei 2012 di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak jam 9 malam. Ia akan turut disertai pimpinan terkanan KEADILAN dan jemputan kepada pimpinan PAS dan DAP.

Dato' Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman penting mengenai kedudukan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam majlis pelancaran Merdeka Rakyat pada hari Isnin ini.

Selain fokus kepada kejayaan rakyat menuntut proses demokrasi yang disuarakan melalui BERSIH3.0, KEADILAN juga akan menayangkan dengan terperinci kejadian keganasan yang dilakukan pihak berkuasa. Peluang ini juga akan digunakan untuk membongkarkan perkembangan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan Dato' Seri Najib Tun Razak.

Siri ceramah perdana dan jelajah Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH3.0 akan dibawa ke seluruh negara untuk memastikan api semangat rakyat menuntut proses demokrasi yang adil akan terus membakar.
 
MOHD RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN

Panel Bebas: Kerajaan Cuba Ketepikan Suhakam

Posted: 04 May 2012 02:24 AM PDT

Harakah

Kerajaan sengaja mengenepikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) apabila hendak menubuhkan panel siasatan bebas yang lain untuk menyiasat perhimpunan Bersih 3.0, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

“Itu kerja Suhakam. Kenapa ketepikan Suhakam dan tubuh pula kononnya panel siasatan bebas untuk siasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu?

“Apa perlu panel siasatan itu sedangkan Suhakam telah membuktikan ia menjalankan kerjanya dengan professional,” beliau mempersoalkan.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu menyifatkan tindakan itu sebagai bukti nyata bahawa kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) bukan sahaja tidak menghargai kewujudan Suhakam malah terangan-terangan menunjukkan rasa tidak percaya kepada suruhanjaya tersebut.

“Mengapa kerajaan terang-terang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam?

“Adakah (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan kerajaannya marah dan sakit hati sangat kerana merasakan pendengaran Suhakam sebelum ini tidak menyebelahi pihak mereka,” soal Mahfuz lagi.

Tindakan kerajaan yang menunjukkan rasa tidak percaya kepada Suhakam itu seolah-olah sengaja mahu mendorong masyarakat antarabangsa khususnya meragui kemampuan suruhanjaya itu, katanya.

“Kerajaan nampaknya tidak mahu mengiktiraf peranan Suhakam sebagai pelindung hak asasi semua pihak termasuk pihak polis sendiri,” katanya.

Beliau juga bimbang kerajaan sengaja menolak peranan yang sepatutnya dimainkan oleh Suhakam untuk menyiasat kejadian yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 3.0 itu kerana mahu mencari pihak yang boleh melindungi jenayah yang dilakukan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan itu.

“Adakah kerajaan sengaja hendak mencari orang yang boleh berkerjasama untuk melindungi apa yang dilihat umum sebagai jenayah kerajaan Umno dan sebahagian anggota polis yang bertindak kejam dan ganas terutama yang mengarahkan tindakan sedemikian terhadap mereka yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0 itu?” tanya Mahfuz.

Beliau menyifatkan tindakan mengetepikan Suhakam itu menambahkan lagi keyakinan masyarakat termasuk masyarakat antarabangsa bahawa kerajaan cuba melindungi keganasannya dari disiasat secara bebas, bersih dan adil.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Suhakam Tan Sri Hasmy Agam menegaskan bahawa penggunaan kekasaran yang tidak seimbang dan tidak sepatutnya terhadap peserta perhimpunan dan juga petugas media adalah satu tindakan pihak polis yang tidak boleh diterima sama sekali.

Suruhanjaya itu juga, tegasnya, terkejut dengan dakwaan layanan polis terhadap petugas media yang mempunyai tanggungjawab untuk merekod, mendokumen dan melaporkan peristiwa yang menarik minat orang ramai secara professional dan beretika.

Pelancaran Jelajah ‘Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH 3.0′

Posted: 04 May 2012 02:22 AM PDT

Malaysiakini

Siri ceramah perdana dan jelajah "Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH 3.0" akan dilancarkan Isnin ini.

Pelancarannya akan disempurnakan sendiri oleh Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak jam 9 malam.

Menurut Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, ia akan turut disertai pimpinan terkanan PKR dan jemputan kepada pimpinan PAS dan DAP.

Rafizi berkata Anwar dijangka membuat pengumuman penting mengenai kedudukan pengerusi dan timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di majlis pelancaran tersebut.

“Selain fokus kepada kejayaan rakyat menuntut proses demokrasi yang disuarakan melalui BERSIH3.0, PKR juga akan menayangkan dengan terperinci kejadian keganasan yang dilakukan pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Peluang itu juga, tambahnya, akan digunakan untuk membongkarkan perkembangan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Siri ceramah perdana dan jelajah Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH3.0 akan dibawa ke seluruh negara untuk memastikan api semangat rakyat menuntut proses demokrasi yang adil akan terus membakar,” tegas Rafizi.

Majlis Peguam Adakan EGM Perhimpunan BERSIH 3.0

Posted: 04 May 2012 01:20 AM PDT

Malaysiakini

Majlis Peguam akan mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu.

Menurut surat pekeliling rasmi yang disiarkan di lamanwebnya, EGM itu akan diadakan Jumaat depan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Agendanya ialah membincangkan usul Pengerusi Majlis Peguam, Lim
Chee Wee berhubung dengan peristiwa dan sekitar perhimpunan awam pada 28 April 2012 anjuran BERSIH 3.0, dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Tiada maklumat lanjut dinyatakan dalam pekeliling tersebut.

EGM itu memerlukan kuorum 500 orang.

Majlis Peguam telah menugaskan pasukan pemantauan 78 anggota semasa perhimpunan tersebut dan kemudiannya mengeluarkan laporan interim pada hari Selasa.

Syarikat Razak Baginda di HK Mencurigakan

Posted: 04 May 2012 12:28 AM PDT

Harakah

Tinjauan Asia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak diketahui punca perniagaannya.

Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan.

Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia.

Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi.

Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao.

Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis.

Temuramah Najib

Majistret Perancis Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang dilantik ke Tribunal Paris Grande de Instance telah memberitahu hasrat mereka untuk menemuramah Najib dan orang kanannya satu ketika dulu Razak Baginda.

"Bagaimanapun peluang untuk pihak berkuasa Perancis untuk menerumah perdana menteri daripada sebuah negara berdaulat atas kes rasuah adalah sangat tipis, walaupun persoalan ini akan merumitkan pelan Najib untuk melawat Eropah pada masa depan," tulis John, sambil menambah beliau tidak pasti samada pihak berkuasa Perancis sudah meminta bantuan daripada Hong Kong untuk membantu siasatan mereka.

Selain orang kanan Najib, Razak Baginda juga dinamakan sebagai kekasih kepada Altantuya Shariibu yang dibunuh kejam di Shah Alam pada 2006 setelah dikatakan datang menuntut komisyen daripada penjualan kapal selam yang dijanjikan kepadanya.

Di satu sidang Dewan Rakyat, telah didedahkan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd telah menerima sebanyak Euro 114 juta (RM457 juta) sebagai komisyen pembelian kapal selam daripada satu anak syarikat Thales dan DCN, Armaris.

Perimeker pada masa itu adalah satu syarikat yang dimiliki KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.
Perimekar kini dimiliki 20 peratus setiap satu oleh LTAT and Boustead Holdings.

Menurut laporan Agence France Press (AFP), siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002.

Berdasarkan dokumen, kontrak tersebut mempunyai dua bahagian. Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen:

Pertama ialah penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta;

Dan kedua ialah mengenai penghantaran “sokongan logistik” dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang.

Menurut AFP, perjanjian tersebut melibatkan komisyen RM457 juta yang dibayar ke Perimekar, kontrak C5 untuk bisnes kejuruteraan yang dimeterai pada Ogos 2000 antara DCNI, sebuah anak syarikat DCN dan Thales International Asia bernilai Euro 30 juta (RM132 juta).

Yang ketiga, ialah penjanjian rundingan yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi.

Menurut John, penyiasat Perancis sedang juga menyiasat satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada Ogos 2004 bernilai Euro 359,450 (RM1.44 juta) yang dihantar ke Thint Asia.

"Bagi penyiasat, perkara ini seolah-olah… menunjukkan bayaran yang dibuat ke Terasasi pada akhirnya tiba di tangan Najib, menteri pertahanan ketika itu atau Razak Baginda," tambahnya.

Para penyiasat Perancis turut berkata Terasasi menerima bayaran daripada Thint Asia, termasuk satu bayaran berjumlah Euro 360000 (RM1.44 juta) yang disertakan dengan nota, "Razak hendakkan bayaran ini dibuat segera."

"Tiada indikasi Razak mana yang dirujuk, Najib Razak atau Razak Baginda," tulis beliau.

Dokumen di mahkahmah Perancis telah mendedahkan bahawa jumlah wang yang disalurkan daripada Thint Asia ke Terasasi ialah sebanyak Euro 3 juta (RM12 juta) ketika Terasasi masih di Malaysia dan Euro 33 juta (RM132 juta) tatkala ia menjadi syarikat di Hong Kong.

Najib Sent Fax Asking US$ 1bil For Baginda, Says Suaram, But Will MACC Initiate Probe?

Posted: 04 May 2012 12:23 AM PDT

Malaysia Chronicle

Local human rights movement Suara Rakyat Malaysia, which successfully initiated a French investigation into alleged kickbacks linked to Malaysia’s purchase of the Scorpene submarines and the brutal murder of Mongolian citizen Altantuya Shaariibuu, has urged the Malaysian Anti-Corruption Commission to launch a probe following an explosive revelation involving the prime minister.

Earlier, Suaram revealed that French public prosecutors had evidence in the form of a fax page dated June 1, 2001, in which Najib Razak, the then Defence minister, sought a payment of US$1 billion for Perimekar, a company owned by Abdul Razak Baginda.

Razak had been acquitted of a charge of murdering Altantuya, with whom he said he had an affair.

It was claimed that Altantuya’s murder had to do with unpaid kickbacks owed to her from the Scorpene deal. This, according to a private detective hired by Razak, was said to be the reason why Altantuya had been hounding Razak at his office in the days leading to her brutal murder, before she was bungled up into a car by policemen closely linked to the prime minister’s security apparatus.

In the fax, sent from Francois Dupont, the Malaysian representative for French-based security provider Thales Asia International, to D Arnaud, Najib was mentioned as requesting the money as a condition for a meeting in July 2001.

The document is one of 153 documents seized in May 2010 by French police from the office of Henri Gide, an officer for Thales.

The document is said to contain a chronology of visits and action items for Dupont during his visit to Malaysia, which included “meetings with the Ministry of Defence and the management members of Perimekar".

Suaram said the MACC must launch an immediate investigation into the French prosecutors' revelation and urged the government to cooperate with the French inquiry.

Suaram also called on the Defence ministry to come clean in Parliament on the alleged commissions paid as well as companies involved in the submarine purchase scandal.

Keganasan Polis Tidak Gentarkan Anak Muda

Posted: 03 May 2012 11:21 PM PDT

Harakah

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) bersama 70 NGO di bawah kendalian anak-anak muda dari berbagai-bagai lapisan anak muda Malaysia akan mengadakan pameran bergerak menayangkan video dan mempamirkan pelbagai bentuk gambar-gambar keganasan polis semasa menyuraikan himpunan Bersih 3.0 minggu lalu.

Perkara ini dinyatakan oleh ketua SAMM, Badrul Hisham Sharin atau dikenali dengan Che GuBadr malam tadi dalam majlis ringkas perkisahan beliau dan teman-teman yang menjadi mangsa keganasan dan kedurjanaan polis semasa di rumah Anwar Ibrahim.

Dalam pameran itu orang ramai dapat menyaksikan aksi polis yang membelasah para peserta di mana aksi dan sikap rakus polis ini tidak ditayangkan di media eletronik dan cetak penjilat tahi. Sebaliknya apa yang mainkan oleh media massa mengenai aksi para himpunan yang digambarkan ganas dan bertindak ke atas polis.
Pemeran itu menurut Badrul akan diadakan di seluruh negara, ke kampung-kampung dan desa di mana masyarakatnya hanya menerima akses media penjilat tahi sahaja.

“Kita berharap pameran ini akan memberi gambaran jelas apa yang berlaku pada himpunan Bersih 3.0 lalu mengenai tindakan ganas polis,” katanya.

Dalam pengkisan ringkasan mengenai senario Bersih dan tindakan ganas polis, Badrul mencerita polis telah melakukan para perserta sebagai mangsa mereka tanpa ada belas kesian. Polis akan membelasah mana-mana para peserta secara beramai-ramai. “Keadaanya macam di dalam hutan rimba di mana polis bertindak semacam haiwan liar kelaparan yang menerkam mangsa,” tegasnya.

Beliau sendiri ditendang, ditumbuk beramai-ramai oleh anggota polis, sampai berdarah hidung dan keluar air dari telinga. “Saya tidak dapat bebruat apa-apa dalam keadaan begitu selain diam dan meminta maaf agar jangan diperlakukan demikian…. namun permohonan dan rayuan saya tidak dipedulikan,” ceritanya lagi.

Paling tidak bermoral polis yang dilakukan ke atas Badrul sambil membelasah wang beliau juga RM200 dirampas (curi) polis. “Saya dengar setelah selesai membelasah dan mencuri duit saya mereka gelak beramai-ramai.

Sambil membelasahnya juga polis mengeluar kata-kata kesat dan menghina dirinya dan juga diri Anwar Ibrahim dengan mengatakan, ini orang kuat Anwar bontot. (Cis kepada polis ini).

Malam tadi selain Badrul tiga orang rakannya yang turut menjadi mangsa polis turut mengisahkan nasib pada himpunan itu. Shafik yang pertama kali menyertai Bersih atas kemahuannya sendiri bersumpah dia tidak akan menyokong Umno lagi dan sebaliknya akan menentang parti yang dianggap durjana kerana mengarah polis berlaku sadis.

“Walaupun inilah kali pertima saya menyertai demonstrasi dan saya dibelasah ia tidak akan memeritkan saya, apa yang berlaku itu menjadikan saya akan turun di mana saja demonstrasi untuk menjatuhkan Umno. Umno kena jatuhkan sebab ia sebuah parti jahat,” katanya tanpa menggambarkan kegerunan.

Tegas Badrul lagi himpunan Bersih 3.0 adalah sejarah bagi anak-anak muda. “Saya melihat himpunan Bersih 3.0 menunjukkan kebangkitan anak-anak muda Malaysia untuk merubah kerajaan,”

Malam tadi juga Badrul dan anak-anak muda menyatakan janji dan ikrar mereka, bahawa keganasan polis itu tidak akan mematahkan semangat mereka untuk terus bangkit bagi menghancurkan kezalaiman.

“Insya Allah kami tidak akan gentar bahkan apa yang berlaku itu memberi semangat kepada kami untuk terus bangkit,” ujarnya disambut takbir dan tepukan gemuruh dari kira-kira 100 orang yang hadir pada setiap malam Jumaat di rumah Anwar untuk bertahlil, munajat dan solat hajat.

Anwar pula dalam memberi reaksi kepada kebangkitan anak-anak muda, Badrul dan rakan-rakannya menganggap mereka adalah hero-hero baru yang boleh disandarkan oleh rakyat. Saya ucap syabas dan tahniah atas keberanian mereka kerana menegakkan keadilan dan kebenaran. – http://www.msomelayu.blogspot.com/

BULETIN RAKYAT

Posted: 04 May 2012 11:04 AM PDT

BULETIN RAKYAT


NAJIB PURA-PURA RABUN, NAMPAK KUMAN DI SEBERANG LAUT !!

Posted: 04 May 2012 06:12 AM PDT

PETALING JAYA, 4 MEI: Kuman di seberang laut, Najib nampak; gajah di depan mata, dia pura-pura rabun.  Itulah sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu menubuhkan sebuah panel baru bagi siasatan terhadap salah guna kuasa polis semasa perhimpunan aman Bersih 3.0 sedangkan Malaysia sudah mempunyai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).


Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Najib perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mendakwa perhimpunan Bersih telah melanggar "prinsip dan semangat Akta Perhimpunan Aman..

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 04 May 2012 09:44 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


PKR Ajak Rakyat Tolak Budaya Fitnah Umno

Posted: 03 May 2012 09:04 PM PDT

Harakah KUALA LUMPUR, 3 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengutuk keras tindakan terbaru Umno dan para pengendali laman-laman blog upahan mereka yang menjadikan Timbalan Presiden PPKR Mohamad Azmin Ali sebagai mangsa fitnah mereka. Justeru, Parti Keadilan Rakyat menggesa Presiden Umno Najib Tun Razak tampil mengambil tanggungjawab dan tidak lagi bersikap 'baling batu sembunyi tangan'. "Hakikat bahawa media [...]

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 04 May 2012 09:31 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Dekat OCBC Bank

Posted: 04 May 2012 09:29 AM PDT

Habis La...

Posted: 04 May 2012 08:20 AM PDT

Perjuangan Menuntut Pilihanraya BERSIH & ADIL

Posted: 04 May 2012 07:54 AM PDT

Najib nak rempuh pejabat MB Klate...kah kah kah

Posted: 04 May 2012 05:33 AM PDT

Yang Nii...Lagi Dashyat !!!

Posted: 03 May 2012 09:58 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut