Jumaat, 18 Mei 2012

Barisan Nasional

Barisan Nasional


bumiyang

Posted: 18 May 2012 03:37 AM PDT

Politik Harian

Posted: 18 May 2012 03:30 AM PDT

Politik Harian


[Video] KJ : PUNB Laksana Tranformasi Pembiayaan Berteraskan Kemampanan

Posted: 18 May 2012 02:00 AM PDT



Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) menyasarkan pemberian pinjaman sebanyak RM200 juta tahun ini yang melibatkan pelbagai jenis skim.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sehingga ini, sebanyak RM33 juta pinjaman telah diberikan kepada usahawan-usahawan PUNB.

Pengerusi baru PUNB itu berkata, daripada jumlah RM200 juta tersebut, RM68 juta diperuntukkan kepada skim Prosper Peruncitan, RM60 juta kepada segmen borong, RM16 juta (segmen runcit berskala besar), RM10 juta (segmen usahawan siswazah/ usahawan muda) dan RM4 juta (perintis) serta RM25 juta diperuntukkan untuk membeli hartanah-hartanah bersesuaian sebelum disewakan kepada usahawan-usahawan PUNB.

Video URL: http://youtu.be/bt-Qx9Y-ca0

Anwar Dan Lim Guan Eng: Dua Diktator Dalam Satu Pakatan

Posted: 18 May 2012 01:00 AM PDT


Parti PKR dan DAP mempunyai banyak persamaan kerana itu perkahwinan poligami mereka dengan PAS menyaksikan kemesraan yang lebih antara antara mereka berdua, berbanding dengan PAS.

Persefahaman antara mereka cukup utuh terutamanya dari segi matlamat iaitu ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Republik, berfahaman plural, berpegang kepada prinsip liberal sekali gus menolak Islam sebagai agama rasmi, menghapuskan Raja-raja Melayu serta hak istimewa bumiputera.

Bagaimanapun, menyedari yang mereka tidak mungkin dapat meraih sokongan ramai jika mempromosi matlamat tersebut secara terang-terangan dan drastik maka cara halus dan perlahan-lahan digunakan untuk merombak fikiran rakyat. Ini dilakukan dengan berbagai cara menggunakan berbagai wajah seperti BERSIH, Seksuality Merdeka, SUARAM, SUHAKAM dan termasuklah menjemput Irshad Manji, lesbian tersohor dunia untuk mengasak minda muda-mudi kita agar menerima pemikiran ini.

Seharusnya dengan persefahaman yang sedemikian, PKR dan DAP sudah boleh bergabung sebagai satu parti. Lagipun, kedua-duanya sama-sama mempromosi diri sebagai parti berbagai kaum. Tidak lupa juga, kedua-dua mereka merupakan parti pengamal nepotisme dan kronisme yang nyata kerana diterajui oleh keluarga dan sahabat handai pemimpin tertinggi.

Justeru, jika matlamat, prinsip, pegangan dan hala tujunya sama, kenapakah mereka masih menjadi dua komponen berasingan?

Jawapannya, kerana pemimpin-pemimpin mereka gila kuasa, ingin bergelar Ketua dan tidak sanggup menjadi orang nombor dua. Walaupun DAP secara lahirnya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri tetapi umum tahu bahawa DAP mempunyai kuasa penuh ke atas Anwar kerana menyimpan segala bukti rahsia gelapnya.

Anwar pula, lebih rela menjadi boneka kepada DAP asalkan di atas kertas, jawatannya tertera sebagai orang nombor satu. Baginya, sekurang-kurangnya tanpa bergabung dengan DAP, dapatlah juga beliau mendabik dada sebagai Ketua yang sebenar iaitu kepada juak-juak dalam partinya yang akan sentiasa setia buta tuli kepadanya. Jika bergabung dengan DAP, pasti semua juak-juaknya menjadi keliru perintah mana yang perlu diikut, perintah Ketua Boneka atau Ketua yang sebenar?

Masalah yang lebih besar dari sekadar hairaki jawatan ialah sifat Anwar dan juga keluarga Lim itu sendiri iaitu mereka semua mempunyai sifat diktator tegar.

Anwar adalah seorang Ketua yang tidak demokratik, kerana itu beliau sanggup memanipulasi undi dalam pemilihan parti untuk memastikan hanya 'orang-orangnya' yang kekal di jawatan tertinggi. Walaupun PKR mempunyai Presiden iaitu isteri beliau sendiri, tetapi Presiden PKR hanyalah ilusi, atau bayang yang tidak wujud secara nyata. Keputusan parti dibuat seratus-peratus oleh Anwar tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan orang lain. Kerana itu, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya setelah menyedari bahawa mereka hanyalah alat yang diambil dan ditolak ke tepi mengikut keadaan semasa dan mengikut nafsunya.

Sifat diktator Lim Guan Eng pula sudah menjadi pengetahuan umum. Beberapa kali sifat tersebut mengheret beliau ke dalam konflik, krisis dan keadaan memalukan. Kes sPICE misalnya, telah membuka luas karektor kuku-besinya yang keterlaluan.

Namun, seperti juga Anwar, Guan Eng terlalu angkuh untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan. Mereka sering mempersetankan segala kritikan dan membawa keangkuhan mereka ke tahap lebih tinggi setiap kali dikritik, sehingga akhirnya menyerlahkan sifat zalim.

Kerana itu Guan Eng tega meranapkan kampung-kampung dan perniagaan Melayu dan India yang baginya tidak menyokongnya. Tetapi para peniaga Cina yang dianggap penyokongnya dibela dan perniagaan mereka tidak diganggu walaupun berniaga di kawasan yang dilarang serta menghalang lalu-lintas.

Semua ini didedahkan oleh Tunku Aziz, serentak dengan pengumuman beliau untuk keluar dari DAP. Bagi Tunku Aziz, Guan Eng adalah dari jenis yang berlainan dari bapanya yang tidak berpegang kepada integriti dan membuat sesuatu dengan hanya mengikut emosi dan ego sendiri.

Mungkin Tunku Aziz sudah terlalu lama berkawan dengan Kit Siang atau mungkin juga beliau terlalu lurus dan mudah percaya sehingga gagal melihat bahawa Kit Siang adalah borek, dan Guan Eng adalah rintik. Siapa lagi yang mengajar Guan Eng, jika bukan Kit Siang agar tidak perlu menghormati sesiapa? Keluarga Lim ini hidup dengan beraja di mata, bersultan dihati. Orang lain adalah hamba, dan bangsa lain adalah anjing yang boleh disenyapkan, disepak-terajang atau dibunuh jika perlu.

Justeru, dengan dua orang diktator berada dalam satu pakatan, bagaimana kita mengharapkan yang mereka dapat bekerjasama dengan baik jika menjadi pemerintah? Pemerintahan dua orang diktator pastinya menjanjikan kezaliman dan penindasan dua kali ganda juga.

Seperti yang kita lihat hari ini, keangkuhan mereka membuatkan mereka sering berbuat silap dan merugikan diri serta parti.

Maka, jika dua diktator ini menjadi pemerintah sekali gus, pasti kesilapan yang dilakukan mereka juga akan berganda sehingga akhirnya akan menyebabkan negara kerugian dengan berlipat kali ganda juga

Khairy Jamaluddin: Sokongan Muda Berpihak Kepada Umno

Posted: 18 May 2012 12:00 AM PDT


Kehadiran puluhan ribu golongan muda semasa sambutan ulang tahun UMNO ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini jelas membuktikan bahawa parti itu masih menerima sokongan padu daripada golongan muda.

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ini membuktikan bahawa tanggapan sesetengah pihak kononnya Umno tidak lagi mendapat sokongan golongan muda tidak benar sama sekali.

"Justeru kehadiran ramai golongan muda dalam perhimpiniunan jalanan di ibu kota pada 29 April lepas tidak boleh dijadikan ukuran untuk mengatakan bahawa sokongan golongan muda kini telah beralih arah kepada pembangkang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan forum Auto anjuran Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) di sini.

Khairy berkata golongan muda sangat selesa berada di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana banyak suara dan masalah mereka didengar dan diteliti oleh Najib.

"Kerajaan mengadakan pelbagai program dan pelbagai dasar terutama dasar pemilikan tanah, pemilikan rumah pertama, pinjaman yang kita berikan kepada mahasiswa dan juga banyak dari segi latihan, usahawan muda," katanya.

Kerajaan juga, katanya banyak memberikan pengkhususan kepada orang muda dan juga melalui dasar-dasar kerajaan BN sekarang ini seperti pemansuhan Akta Rahsia Rasmi (ISA) dan kebebasan politik yang lebih diberikan kepada pelajar universiti dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Ini semua adalah tuntutan orang muda yang hendak lihat kepada kebebasan sivil yang lebih luas lagi contohnya orang mudalah yang paling lantang mengkritik ISA sehingga ia dimansuh dan digantikan dengan akta yang membenarkan semakan mahkamah contohnya, jadi kita lihat banyak dasar yang menjadi titik sentuh kepada orang muda," katanya lagi.

Beliau yakin dengan dasar-dasar BN yang realistik serta berpijak pada bumi nyata, majoriti anak muda akan memberi kepercayaan mereka kepada kerajaan hari ini. - Bernama

Galeri Gambar klik di sini

Cafe Rocket Bukti Penyalahgunaan Kuasa Kerajaan Selangor

Posted: 17 May 2012 11:00 PM PDT


Selama ini DAP dan pakatan pembangkang PR sering mendabik dada dan kerap bercakap besar seolah-olah merekalah juaranya dalam isu kredibiliti (kebolehpercayaan) dan integriti (kejujuran dan ketulusan). Dan, tidak sedikit penyokong DAP dan PR khususnya dari kalangan keturunan Cina yang menelan bulat-bulat retorik tersebut.

Malah ada juga segelintir orang India dan orang Melayu yang menyokong pembangkang turut sama menaruh kepercayaan serta terpengaruh dengan propaganda bombastik itu seolah-olah bagi mereka PR adalah paling telus, jujur, teguh amanah dan penuh kredibiliti.

Hakikatnya, realiti dengan fantasi jauh berbeza apatah lagi bila tiap bait kata dan janji mulus itu dilaungkan oleh golongan politikus yang resam kerja hariannya memburu kuasa dan harta berselindung disebalik retorik dan propaganda.

Pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz berkaitan cabang perniagaan DAP, Cafe Rocket yang beroperasi tanpa kelulusan majlis bandaran hanyalah satu daripada pelbagai isu yang sudah sekian lama sengaja dipendam begitu saja oleh kerajaan pakatan pembangkang yang memerintah Selangor.

Satu pendedahan yang menarik kerana ianya menambah lagi koleksi kepincangan urus tadbir negeri oleh kerajaan Selangor yang turut dianggotai DAP sebagai rakan sepakatan dalam memerintah negeri Selangor.

Sebelum ini dalam kes Teon Beng Hock, isu rasuah dan penyalahgunaan tender kontraktor Bumiputera oleh penyokong Cina DAP pernah didedahkan dalam inkues terbuka beberapa tahun lepas namun telah dipolitikkan pemimpin negeri kononnya ia permainan politik oleh BN.

Menurut Tunku Aziz, Cafe Rocket tersebut yang terletak di Petaling Jaya dimiliki oleh ahli kanan DAP hingga kini bebas beroperasi tanpa permit sah dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sejak hampir tiga tahun lalu.

Menurut Tunku Aziz lagi, apabila isu tersebut dibangkitkan oleh ahli-ahli DAP yang lain tiada tindakan konkrit diambil untuk menjawabnya melainkan seperti sengaja di sapu ke bawah karpet.

Mengikut rekod, perlancaran rasmi Cafe Rocket telah disempurnakan oleh Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua menteri Pulau Pinang pada 4 Oktober 2009.

Timbul pertanyaan besar di sini, apakah punca utama yang mengecualikan Cafe Rocket daripada tertakluk pada undang-undang hingga dibenarkan beroperasi secara haram tanpa tindakan dari majlis bandaran?

Apakah disebabkan DAP sebagai komponen pendukung utama kerajaan negeri Selangor maka ia mendapatkan keistimewaan untuk melanggar aturan undang-undang tatkala banyak penjaja di tepi jalan terpaksa berdepan dengan langkah penguatkuasaan oleh MBPJ?

Mengapakah sehingga kini Menteri Besar Selangor, khalid Ibrahim terus berdiam diri sedangkan isu ini bukan sahaja berkait rapat dengan soal ketelusan dan kejujuran malah turut melibatkan penguatkuasaan undang-undang yang sepatutnya tiada mana-mana pihak pun terkecuali.

Adakah kerana pemimpin utama DAP, Ronnie Liu Tian Khiew berkuasa penuh sebagai EXCO ataupun Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian Dan Penyelidikan maka kerana itu Cafe Rocket diberi kelebihan untuk beroperasi secara haram?

Adalah agak jelik dan memalukan bila selama ini DAP gah berkokok mendabik dada sebagai juara demokrasi yang memperjuangkan kredibiliti dan integriti namun bila saat memiliki secebis kuasa pemerintahan sampai masanya tidak berupaya merealisasikannya.

Selama hampir tiga tahun cafe Rocket beroperasi tanpa permit seperti mana kata Tunku Aziz bermakna selama tiga tahun ini kerajaan Selangor membenarkan berlakunya perlanggaran undang-undang dan penyalahgunaan kuasa.

Baru diberi nikmat menguasai kerajaan di peringkat negeri pun dah terpampang ketidaktelusannya mentadbir, bagaimana mungkin untuk mengurus tadbir sebuah negara yang tentunya menuntut lebih ketegasan dan integriti yang tinggi.

Jika beginilah realiti dan hakikatnya, tiada guna untuk DAP mahupun kerajaan PR Selangor untuk terus mendabik dada sebagai pejuang demokrasi yang berintegriti apatah lagi untuk terus beretorik mendakwa diri sebagai anti rasuah dan anti penyalahgunaan kuasa.

Ketua Pemuda: Umno Masih Perlukan Khairy

Posted: 17 May 2012 09:38 PM PDT


Keputusan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai ketua sayap pemuda itu sesuai dengan keadaan semasa yang masih memerlukan kepimpinannya.

Ketua Penerangannya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menyifatkan Khairy sebagai seorang pemimpin yang amat diperlukan parti ketika ini.

"Pemuda Umno kini berada dalam keadaan sangat baik bawah pimpinan Khairy di mana pelbagai cadangan yang telah dibawanya kepada kerajaan melalui usaha pemuda, antaranya Makmal Pemuda Barisan Nasional (BN).

"Hasil daripada inisiatif yang dibawa beliau adalah suara pemuda bagi memenuhi kehendak rakyat negara ini," katanya kepada Sinar Harian.

Minggu lalu, Khairy berkata beliau berhasrat menawarkan diri untuk memimpin Pemuda Umno bagi tempoh satu lagi penggal di mana pemilihan akan dibuat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Khairy menyatakan hasratnya melalui laman Twitter.

Khairy juga menyatakan pendirian akan cadangkan had umur ketua pemuda sehingga 40 tahun sahaja berbanding sebelum ini.

"Pendekatan dibawa Khairy berjaya menyatukan orang muda di bawah payung BN," katanya.

Menurutnya, gandingan Khairy dan Naibnya, Datuk Razali Ibrahim serta seluruh Exco merupakan gandingan mantap, sekali gus Pemuda Umno mempunyai masa depan yang amat cerah dalam membantu BN terus memenangi majoriti dua pertiga dalam PRU13.

Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata, mereka menghormati hak Khairy, bagaimanapun posisi pimpinan dalam parti banyak bergantung pada keberkesanan kita dalam mengembalikan sokongan rakyat pada Umno dalam PRU13.

"Mengenai had umur, saya setuju kepada 40 tahun kerana ia beri ruang lebih ramai pemimpin muda untuk diketengahkan," katanya.

Berlainan nada dengan Pengerusi Sekretariat Pekerja Muda Pemuda Umno, Nazir Hussin Akhtar Husin yang menyarankan had umur sesuai bagi jawatan ketua pemuda adalah 45 tahun.

"Ini adalah bersesuaian dengan landskap politik negara yang sukar menerima perubahan secara mendadak. Umno adalah parti lama yang mempunyai seni yang tersendiri, jadi tidak boleh tergesa-gesa," katanya.-Sinar Harian

Galery Gambar Perasmian Auto Forum PUNB 2012 klik di sini

Debat PTPTN Khairy VS Rafizi Disiarkan Secara Langsung Pada 22 Mei

Posted: 17 May 2012 06:00 AM PDT


Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli akan berlangsung, Selasa ini.

Ia sepatutnya diadakan awal bulan ini tetapi ditangguhkan.

Berbanding lokasi asal di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, Shah Alam, debat anjuran Kumpulan Media Karangkraf ini akan diadakan secara langsung dari Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, menerusi saluran Astro Awani dan Bernama Radio24, mulai jam 10 malam.

Debat melibatkan dua pemimpin kanan Umno dan PKR ini bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi.

Penasihat Eksekutif Editorial Sinar Harian, Datuk Abdul Jalil Ali berkata, oleh kerana debat Selasa depan diadakan di auditorium, tempat untuk hadirin terhad kepada 400 orang.

"Oleh kerana debat ini juga akan disiarkan secara langsung oleh Astro Awani dan Bernama Radio24, kami berharap mereka yang tidak dapat hadir di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf akan mengikuti siaran langsung," kata beliau.

Mereka yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 017-3714523 (Zailani). -SH

Muhyiddin: Umno Sedia Muzakarah Dengan Pas

Posted: 17 May 2012 04:02 AM PDT


Umno sedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun agak terkejut dengan pelawaan Pas itu, beliau, yang juga Timbalan Presiden Umno berkata, perkara itu telah dan pernah disuarakan parti itu sebelum ini, namun ditolak keras, khususnya oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Kalau ikut yang lepas, Nik Aziz tak pernah setuju. Masa itu dia kata Umno tak boleh dipercayai, tapi kalau hasrat dia ikhlas, tujuan untuk kebaikan ummah, masyarakat Islam dan negara Malaysia kita tidak jadi masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera Malaysia dan makan tengah hari bersama Timbalan Perdana Menteri di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Nik Aziz bahawa parti itu sentiasa bersikap terbuka untuk bermuzakarah dengan sesiapa sahaja termasuk Umno dan juga bersetuju untuk muzakarah itu diadakan dalam masa terdekat.

Muhyiddin berkata parti itu sedia menerima pelawaan itu kerana perkara tersebut telah disuarakan Umno sejak sekian lama atas kesedaran pentingnya umat Islam disatukan, yang kini berpecah kepada beberapa kelompok kerana berbezan ideologi.

"Jadi kalau ada dan hasrat itu adalah ikhlas, lahir daripada niat yang ikhlas, yang tujuannya ialah untuk kebaikan, kita tiada masalah," katanya.

Berhubung pendedahan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim bahawa bekas partinya cuba merasuah sebanyak RM50,000 selepas beliau meletak jawatan, Muhyiddin berkata, pendedahan itu mengesahkan lagi pandangan banyak pihak yang mengatakan DAP sebenarnya tidak demokratik adalah benar.

Katanya, apa yang dilakukan parti itu terhadap seorang pemimpin yang cukup berprinsip seperti Tunku Aziz juga menyerlahkan sifat dan sikap sebenar DAP, iaitu berlagak, sombong dan tidak boleh ditegur.

"Saya juga pernah mengatakan demikian semasa saya melawat Pulau Pinag dulu bahawa Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri biasa bersikap sombong dan angkuh tetapi itu mungkin tidak dilihat penting sangat tetapi apabila seorang tokoh seperti Tunku Aziz menerima padah yang sama barulah kita ketahui sikap sebenar DAP.

"Jadi, sama ada dia (Guan Eng) buat tawaran RM50,000 itu, pendedahan Tunku Aziz itu tentu membolehkan kita membuat penilaian mengenai DAP sebenarnya, bukan Guan Eng sahaja," katanya.

Tunku Aziz dalam temu bualnya dengan sebuah akhbar semalam, dilaporkan berkata Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Johari Khir menghubunginya dan menawarkan wang tunai RM50,000 selain jawatan sebagai felo kanan di Institut Penang, sebuah badan pemikir milik kerajaan negeri supaya menutup mulut dalam isu peletakan jawatannya.

"Apakah dia fikir saya jenis orang yang begitu? Saya menganggap tawaran ini sebagai cubaan untuk merasuah, saya fikir ia biadab dan saya tidak akan bekerja lagi dengan lelaki ini," katanya dipetik sebagai berkata dalam temu bual itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata masyarakat, khususnya orang Melayu yang menyokong parti itu harus melihat semula sokongan mereka kerana apa yang berlaku jelas menunjukkan DAP yang kononnya mengamalkan prinsip demokrasi bukanlah sebuah parti untuk orang Melayu.

"Bagi saya ini suatu isyarat yang penting untuk rakyat Malaysia. Sebab itu sahaja cara-cara yang dilakukan oleh pemimpin DAP biasanya tidak serasi serta sebulu dan langsung tidak menghormati orang lain," katanya. - Bernama

SENJALIZA

Posted: 18 May 2012 03:22 AM PDT

SENJALIZA


Irshad Manji-Musuh Islam!

Posted: 18 May 2012 01:38 AM PDT

Buku inilah yang memperkaya Irshad Manji. Buku yang menjadi kebangaan Manji dan diharamkan di kebanyakan dunia Islam.
Quran, a reformist translation, salah satu senjata ampuh Manji untuk menyelewengkan aqidah orang Islam dan remaja Islam.
Irshad Manji, seorang refomist Islam yang mengistyiarkan dirinya Lesbian dan pro LBGT memang mendapat sokongan dan dokongan Salman Rushdi, Penulis Satanic Verse yang menghina Islam. Salman pernah menerima ancaman bunuh yang dikeluarkan oleh Khomini.
Golongan wanita remaja merupakan sasaran utama Manji kerana mudah didekatinya dan mudah diselewengkan aqidah mereka. Adakah remaja ini menyedari bahawa Maji adalah pengamal Lesbian?
Remaja yang berada dalam kelompok sosial yang amat terbuka memang menjadi kegemaran Manji...

"We know that many Malaysians want to hear about Muslim reform and moral courage because my Twitter feed has received nothing but support from Malaysians since I announced my arrival in KL yesterday.".

Begitulah ungkapan Irshad Manji setelah pihak berkuasa Malaysia memberikan tekanan agar tidak membenarkan dia mengadakan ceramah di Monash University Kampus Sunway pada hari Jumaat bersamaan 18 Mei, 2012 mulai jam 1.00 hingga 2.00 petang. Masa ini adalah bertepatan waktu dengan waktu umat Islam sembanyang Fardhu Jumaat.

Sebenarnya hanya beberapa kerat sahaja rakyat Malaysia yang berkomunikasi dengan Irshad melalui Twitternya. Itupun meraka yang sehaluan dan sewaktu dengannya. Misalnya:-  IrshadManji@fazighazali @zaidibrahim But there are many reform minded Muslims in these countries, and they need to be encouraged. @MoralCourage2 hours ago · reply · retweet dan Seorang lagi yang menghubungi Irshad tetapi berfahaman seperti gambar berikut:-..
"I chose to be lesbian, and chose to engage in homosexual behavior. And there's nothing wrong with that choice. I'm gay and I'm Okay..." ref: http://www.facebook.com/FaziGhazali

Siapa Irshad Manji? di sini

Irshad Manji mengakui bahawa dia BUKAN Islam Liberalist, sebaliknya adalah Islam Reformist yang menyokong perkahwinan sejenis dan LBGT (Lesbian, Bisexual, Gay and Tran-sexuality). Dia berasal dari Canada dan bermustautin di New York, Amerika Syarikat. Manji dilahirkan pada tahun 1968 di Uganda. Ayahnya berasal dari Gujerat dan Ibunya berasal dari Egyp.

Irshad bertugas di Robert P. Wagner Graduate School of Public Service, New York University, USA. Dia telah mempelopori Public Leadership and Moral Courage sebagai pengisian ke atas Moral Courage Project-MCP yang telah dibangunkannya sendiri dan ditempatkan di at New York University's Robert F. Wagner Graduate School of Public Service.

Di samping itu MCP juga menjadi host kepada website yang mampu melakukan interasi dengan pelayarnya bagi melicinkan kerja-kerja penyebaran fahaman Irshad yang menyimpang dari Aqidah Islam sebenarnya.

Bersih menyokong Irshad. Ambiga memanglah sejak awal memanglah pro kepada aktiviti LBGT. Oleh itu kita tidak hairan jika selepas Bersih 3, Irshad menyusul dan mendapat dokongan peserta Bersih-3.

Kita tidak boleh menafikan bulat-bulat tentang keterdedahan negara  kita Malaysia ini kepada kegiatan survertif dan ancama luar. Irshad Maji sendiri merupaka satu contoh. Kenapa agaknya Monash University di Sunway dengan kerjasama Broarder memberikannya ruang untuk bercermah dengan mudah.? Apakah hubungan mereka dengan Irshad telahpun lama terjalin atau terdapat perantara yang menjadi penyambung hubungan itu?....

Jika Irshad sendiri disedari dan dikenalpasti sebagai individu yang kontravesi terutama ke atas dunia Islam, apakah pihak penganjur sengaja mempermudah kehadiran Irshad sebagai menyemarakkan lagi kehangatan isu politik tanah air......?

Kemana suara Pemuda PAS dan Muslimah PAS? Di mana hilangnya Puteri UMNO dan Pemuda UMNO? Di mana orang-orang politik yang mahu menegakkan Islam sebagai way of life?  
Jika bukan kerana tekanan JAIS dan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM)sudah pasti, Irshad sudah mula dapat menyuntikkan sel-sel barah terhadap amalan Islam  di Negara kita. Sudah tentu dia dapat menyebarkan kitab-kitabnya yang mampu menyelewengkan aqidah anak-anak mudan kita. AWB.......

Sahabat-Gunung

Posted: 18 May 2012 01:45 AM PDT

Sahabat-Gunung


Kesian Pak Cik Nie....

Posted: 17 May 2012 10:06 PM PDT

Apalah Utusan nie, kenapalah keluarkan gambar pakcik-pakcik yg telah memfailkan injuksi halang penyenaraian FGVHB, tapi depa antara yg terawal ambik durian runtuh fasa pertama sebanyak RM5000.

Dah rezeki dier, biarlah ....


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sambutan Hebat Hari UMNO ke 66- Signal Kepada Najib

Posted: 17 May 2012 08:15 PM PDT


Sumber: MalaysianView
Di saat ini ahli UMNO masih merasai akan bahang sambutan ulangtahun UMNO yang diraikan secara rasminya di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11hb Mei 2012 yang lalu.
Ketua UMNO bahagian Puchong, Datuk Satim Diman berkata, kehadiran begitu ramai ahli UMNO pada majlis tersebut menggambarkan satu semangat yang luar biasa. Ada yang kata ianya mencecah 120 ribu orang dan ada pula yang kata 100 ribu.
"Kelakarnya, isu ini turut menjadi pertikaian dikalangan penyokong pakatan. Paparan gambar yang diambil sebelum majlis menjadi hujah mereka. Begitulah hebatnya sambutan ulangtahun UMNO kali ini. Mungkin sebab semua penyokong parti politik kini telah berada dalam standby mode untuk berhadapan PRU13!
Saya percaya bahawa gelombang yang ditunjukkan ini merupakan satu signal bahawa seluruh ahli UMNO berdiri teguh dibawah kepimpinan DS Najib selaku Presiden dan Panglima Perang UMNO," ujarnya yang juga Ketua Pembangkang Selangor kepada MalaysianView.
Tambahnya, `Gelombang Merah' ini harus diterjemahkan dalam bentuk semangat juang yang tinggi seterusnya memastikan BN terus mendapat mandat 2/3 dalam pilihanraya umum akan datang, malah merampas kembali beberapa buah negeri yang telah 'dipinjamkan' kepada pakatan pembangkang khususnya di Selangor ini.
"UMNO tidak ada pilihan untuk memastikan kemenangan bagi memastikan agama, bangsa dan negara ini dipertahankan dari dijajah secara halus oleh anasir asing! Telah terbukti pemimpin pakatan tidak boleh diharap untuk mempertahankan semua ini," tambahnya lagi.

Diplomat Singapura Melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah?

Posted: 17 May 2012 07:24 PM PDT


Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu.  

Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.

Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis.  

Namun, sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah.   Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk 'pekena' laksa Kuala Kedah atau Mee Abu, bolehlah kita berkata 'ada ku kesah?'

Tetapi, bila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula merasa curiga, hairan, serta marah.  

Jika ini benar, kita marah kerana tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Singapura telah dengan sengaja menunjuk sikap tidak menghormati hubungan diplomatik antara kerajaan dua negara dengan mengunjungi pusat pentadbiran parti pembangkang Malaysia.  

Kita juga merasa hairan kenapa PAS membenarkan ini berlaku.  Sedangkan umum tahu sejarah antara Singapura VS Malaysia atau Lee Kwan Yew VS Tunku/Tun M/Melayu yang penuh dengan prasangka serta tidak pernah selesa.   Sifat kiasu Singapura yang enggan mengalah, enggan mengaku salah dan tidak boleh bertolak ansur dalam apa jua perkara membuatkan hubungan antara dua negara ini tegang.  Walaupun tegang tetapi tetap tenang kerana sifat pemimpin Malaysia yang cukup sabar dan berhemah dalam menangani karenah kiasu mereka.    

Siapa tidak tahu dendam dan impian Lee Kwan Yew untuk mengCinakan Malaysia sepertimana yang dilakukannya di Singapura.  Lee Kwan Yew juga tidak pernah berselindung tentang pendiriannya yang menganggap Islam itu sebagai penghalang perpaduan dan telah membuat kenyataan menyeru orang Islam agar tidak terlalu berpegang kepada agama agar lebih mudah untuk bercampur dan bermasyarakat.  

Dan siapa tidak tahu hubungan 'abang-adik' PAP dengan DAP.  Dikhabarkan juga bahawa Lim Guan Eng memiliki sebuah pejabat di Singapura dan hampir setiap minggu akan ke sana.  Untuk apa? Apa agendanya?  Apakah Pulau Pinang sebuah negeri di bawah jajahan Malaysia atau Singapura?   Semua ini masih lagi menjadi tandatanya dan masih belum terjawab.  

Kini dengan lawatan pihak kerajaan Singapura ke Pusat PAS kita tertanya-tanya lagi tidak cukupkah DAP sebagai adik kandung dan kini PAP ingin mengambil PAS sebagai adik angkat pula?  

Rasa curiga kita terhadap Singapura dan PAS bukanlah tidak berasas.  Kita tahu pilihanraya semakin hampir dan Kedah adalah negeri yang menuju muflis di bawah pimpinan PAS.   Tidak mustahil jika lawatan Singapura itu membawa niat untuk 'membantu' adik-angkatnya di Kedah.  Bantuan yang ditawarkan boleh jadi dalam bentuk 'pelaburan' melalui 'kerjasama'.  

Justeru, persoalannya sekarang sejauh manakah kebijaksanaan kepimpinan PAS Kedah untuk membaca yang tersirat, yang tersurat serta mencongak-congak angka, kesan dan akibat jika mereka menerima 'pelaburan' dan 'kerjasama' dengan Singapura?  

Kebimbangan kita ini juga bukannya tidak berasas kerana kita cukup maklum dengan tahap 'kebijaksanaan' pemimpin-pemimpin PAS apatah lagi bila berhadapan dengan orang luar atau bangsa lain.   Pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Ustaz Azizan bukannya pernah terdedah dengan persaingan dengan bangsa lain dan tidak punya pengalaman untuk menangani manipulasi, jauh sekali memahami agenda mereka.   

Kerana itu, kita bimbang Kedah akan ditimpa nasib seperti Kelantan di mana tanah-tanah rizab Melayu habis tergadai ke tangan orang akibat 'kebijaksanaan' pemimpinnya.  

Ustaz Azizan harus menjawab segala kemusykilan rakyat mengenai lawatan Singapura ke Pusat Pentadbiran PAS Kedah ini.  Jika tidak benar, katakan tidak benar.  Jika benar, katakanlah kenapa. 

Rakyat ada hak untuk mendapat penjelasan bagi menghapuskan segala kemusykilan

Muzakarah With UMNO, PAS's New Drama Series

Posted: 17 May 2012 06:23 PM PDT


When PAS realize that they are stuck and left behind, they begin to rekindle with issues of hudud, Islamic nation and muzakarah with UMNO. This is the usual matter that would happen when PAS is in trouble and when they receive less support. And now, not just that they are losing support, their position in Pakatan Rakyat is getting smaller and smaller by the day.

Writer would like to focus on the issue of muzakarah.

Although Nik Aziz today said, "I am prepared to have a muzakarah with anyone, including UMNO." Well, we all know that it is only meant for UMNO. He mentioned it that way just so that it would not look obvious.

Why did writer say that? Because in PAS's political scenario in Malaysia today, who would want to muzakarah with PAS? MIC, MCA and PPP? Who? Only UMNO would want to work with PAS. DAP and PKR would definitely be out of topic because their cooperation with PAS did not even went through with any muzakarah. 

The question that writer has is that aren't PAS embarrassed in asking for muzakarah with UMNO considering all the bad things that they have said to UMNO especially four years back? Where is their dignity? A few days back, Hadi Awang also said the same thing, but it cannot be taken because he is not PAS's true leader, Nik Aziz is.

Now it is clear why Anwar really wanted to take over PAS in discreet. Turns out, Anwar is scared that the muzakarah might turn to reality and that Pakatan Rakyat would be way back. Obviously, when muzakarah is held, the talks on politics and balanced power for the cooperation would be applied.

This is what Anwar would like to avoid. Even how low PAS is to be compared to UMNO now, PAS still has a strong support to be compared to DAP and PKR who only depend on Chinese votes, and Malays who are unsure about issues that are being brought up.

Thus, UMNO should avoid themselves from being trapped with PAS's cunning game. This muzakarah deal is just another agenda that might have bad intentions. Whatever it is, it would only provide benefit to PAS and it would only give a bit of moral advantage to BN and UMNO. What PAS really want is not to unite. What they want are benefits, it the cooperation is realized.

UMNO leaders should remember that PAS's cooperation with BN back then only showed loyalty towards PAS alone. If their demands are not fulfilled, PAS would leave in no time. They would not even care of what they have agreed upon, as long as they get what they want.
That is PAS.

Even when they are working alongside PKR and DAP, they still have the guts to suggest that they want to have a muzakarah with UMNO, is there any guarantee that history would not repeat itself if the muzakarah is realized like how it was in the 70s?

This is what writer hope that UMNO leaders would see. Lets not get trapped with this drama. We already know how the story went before it even begin.

one2many

Posted: 18 May 2012 01:41 AM PDT

one2many


AMBIGA HANTAR WAKIL SAPU DUIT FELDA

Posted: 18 May 2012 01:00 AM PDT

1 Malaysia, UMNO berjasa! Kata pak cik BERSIH itu..hehe

Alalalala..pak cik BERSIH pun sapu juga ye? Hehe..duit punya pasal. Jari satu tunjuk atas. Selalunya jari yang diangkat begitu tandanya mengakui sesuatu. Dalam solat, jari telunjuk diangkat ketika baca tahiyyat sebagai tanda mengakui keesaan Allah SWT. Dalam kes ni tak bolehlah disamakan macam dalam tahiyyat, tapi nak bagitahunya, orang tua ni memang mengakui kebenaran bahawa Kerajaan 1Malaysia Barisan Nasional yang menguruskan Felda telah berjaya menafikan dakwaan pembangkang kononnya Felda sudah bangkrap. Terima kasih pak cik BERSIH!

KOMPLOT BN DALAM PILIHANRAYA PARLIMEN MESIR?

Posted: 18 May 2012 12:30 AM PDT


Gambar di atas ialah salah satu poster yang digunakan oleh seorang calon dari kem Ikhwanul Muslimin, sebuah pertubuhan persaudaraan Islam terbesar di Mesir dan Timur tengah, yang akan bertanding dalam pilihan raya Parlimen Mesir tidak lama lagi.

Sekali pandang, tiada apa-apa yang istimewa dengan poster ini. Tapi cuba perhatikan betul-betul. Ada satu logo berbentuk dacing yang digunakan oleh calon ini. Kenapa dacing? Kenapa tidak bulan? Soalan ini tidak perlu dijawab sebenarnya. Sengaja saya muat naik di sini untuk perkongsian bersama. Selebihnya, terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. Peace!

SELAMAT DATANG KE SELANGOR!

Posted: 17 May 2012 11:48 PM PDT

Sebelum apa-apa, mari layan video parodi di bawah :


Parodi Bangkang Dari Longkang semakin berapi. Jika sebelum ini ramai yang melatah terutamanya juak-juak pembangkang, tapi kali ini mereka pasti akan melatah lebih teruk dengan tersiarnya video berjudul Special Offer ini.

Apa tidaknya, parodi ini dengan beraninya menyinis Kerajaan PKR Negeri Selangor yang dipimpin oleh Menteri Besar Khalid Gagap kerana tidak mampu bertindak mengatasi masalah rumah urut haram yang semakin bercambah di negeri tersebut.

Jika sebelum ini rakyat digula-gulakan dengan janji dan manifesto kononnya pembangkang boleh selesaikan masalah yang berlaku sejak zaman pemerintahan UMNO/BN itu lagi, tetapi hari ini masalah bukannya makin selesai tapi makin buruk.

Jadi tak hairanlah kalau lepas ni Selangor digelar Darul Maksiat. Mana PAS? Tak berketek* dah ke?

Glosari :

Berketek ialah istilah dalam loghat pattani yang bermaksud bersuara. Tak berketek pula bermaksud tak berani bersuara atau tak mampu berkata-kata lagi. 

VIDEO YANG AKAN MEMBUATKAN PAKATAN MEROYAN SAKAN

Posted: 17 May 2012 06:00 PM PDT

SAKSIKAN

UMNO SUDAH SEDIA HADAPI PRU-13!!

Posted: 17 May 2012 08:59 AM PDT

SAKSIKAN VIDEO DI BAWAH




PANEH MIANG

Posted: 18 May 2012 01:13 AM PDT

PANEH MIANG


Nawaitu masing-masing...

Posted: 17 May 2012 07:20 PM PDT

Asas dan tujuan UMNO...


Tetapi...asas dan tujuan Pakatan Rosak...


hanya nak jadi Perdana Menteri...


LU PIKIR LA SENDIRI...

Peguam pun sokong...

Posted: 17 May 2012 06:09 AM PDT


"Ia merupakan satu transformasi kerajaan untuk mengumpulkan belia-belia Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti yang bermanfaat bukan sekadar hiburan semata-mata bahkan ia juga melibatkan kerohanian, pendidikan dan karier," ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Razali Haji Ibrahim dalam taklimat Hari Belia Negara (HBN) 2012 bersama 25 peguam muda profesional di Sekreteriat Hari Belia Negara di Sekretariat HBN 2012, Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

HBN yang bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 sehingga 27 Mei disajikan dengan lebih dari 500 acara di 24 pentas yang sediakan khasnya untuk belia-belia Malaysia menunjukkan kreativiti dan bakat-bakat masing-masing.

Menurutnya lagi, "Peguam-peguam muda dapat memberi sumbangan dalam pembentukan negara dan dapat menyumbangkan bantuan guaman secara percuma berkaitan dengan undang-undang negara dan sebarang permasalahan kepada pengungjung-pengungjung yang hadir pada HBN kali ini."

Di samping itu, KBS menggalakkan belia-belia profesional dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) berkerjasama dalam menjayakan HBN yang bakal mengumpulkan dua juta generasi pemimpin masa depan negara.

Taipingmali (tm)

Posted: 18 May 2012 01:13 AM PDT

Taipingmali (tm)


Orang Batu Kurau melompat bila Dato Fauzi masuk Pas

Posted: 17 May 2012 06:09 AM PDT

Bukan main seronok orang Pas bila Dato Hj Fauzi Shaari bekas pegawai kanan polis masuk Pas. 

Apa nak herankan. kaum kerabat dia pun dah lama jadi orang kuat Pas. Dia dulu kerja polis pun jiwa dia sudah Pas. 

Selepas beberapa tahun bersara sekarang istihar masuk Pas, Sebenarnya ia bukan pukulan untuk Umno Larut tetapi pukulan untuk Dr Mat Nor Manuty , Ustaz Akmal Kamarudin, Nazri Din dan juga Dr Rani, semua otai Pas Larut terasa panas punggung bila Dato Fauzi masuk Pas. Takut kena tepis ketepi....

Dato Fauzi mungkin terkilan kerana selepas bersara kerajaan tak lantik dia sebagai pengerusi GLC atau tak lantik dia sebagai Duta atau Konsulat. So masuk lah jadi orang Pas dengan harapan boleh jadi wakil rakyat. hehehehe....

 baca apa kata orang Pas di bawah

PENGISTIHARAN PERDANA!!! Bekas Pegawai Tertinggi PDRM sertai PAS

Tahniah..Buat Dato Haji Fauzi Shaari..Pukolan maut buat Zambry

Satu lagi pukolan maut buat UMNO Perak khususnya...Apa yang yang mantan KPN Rahim Nor katakan kepada Tuan Guru Nik Aziz dah termakan diri kepada bekas polis dan kepimpinan Polis... 

Nga Kor Ming: Umno tak bela orang Melayu

Posted: 17 May 2012 05:47 AM PDT





Dalam satu ceramah politik oleh Nga Kor Ming Ahli Parlimen Taiping dan Adun Pantai Remis di padang permainan Kamunting Jaya Selasa lalu, beliau dalam ceramahnya menyebut " Umno tidak membela orang Melayu". Selain Nga, ceramah yang dianjurkan oleh Pas turut menjemput Mat Sabu dan Sivakumar sebagai penceramah. Ceramah yang sarat dengan pembohongan disambut oleh laungan 'takbir' oleh penyokong Pas.

Persoalan pokok ialah hujah Nga bahawa Umno tidak membela orang Melayu , pemimpin Umno hanya menjaga kroni sahaja, rakyat menderita kerana barang naik, Umno korup dan negara akan bankrup di bawah Umno. 54 tahun rakyat ditipu oleh Umno dan Umno tidak memberi apa-apa faedah kepada rakyat. Itulah inpati dari ucapan Nga,

Orang Pas juga tidak ada bezanya dengan ideologi Dap. Pas juga terkenal dengan pembohongan bersiri sejak tahun 50an lagi manakala Dap dalam era 60an.

Pas langsung tidak berterima kasih akan usaha kerajaan pilihan rakyat yang berjaya membangunkan negara sejak merdeka. Pembangunan insan menjadi agenda utama kerajaan, dasar pendidikan negara dan dasar ekonomi baru telah berjaya mengangkat maruah orang Melayu.

Melayu berjaya dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan, menghapuskan buta huruf, meningkatkan taraf kesihatan dan banyak lagi.

Anak-anak orang Pas juga berjaya dalam kehidupan mereka berkat daripada usaha yang diilhamkan oleh kerajaan tetapi segala usaha tersebut tidak dihargai malah mereka mendakwa segala bantuan yang kerajaan berikan adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah. Wang yang diberikan oleh kerajaan juga dilabelkan sebagai wang rakyat, bukan wang Umno.

Oleh yang demikian segala usaha keras kerajaan Barisan Nasional tidak dinilai oleh Pas. Pas tetap dengan ideologi mereka, "Kerajaan bagi apa pun ambil, undi tetap Pas" . Ini lah yang menyebabkan Nga Kor Ming lebih naik minyak dalam ceramahnya.

Kalau Melayu Pas sudah tidak tahu bersyukur dan berterima kasih, maka amat mudah bagi Nga Kor Ming menuangkan minyak ke dalam api.

Nga Kor Ming pun berjaya dalam bidang pendidikan peringkat universiti adalah kerana jasa kerajaan Barisan Nasional, jika tidak dia tak merasa menjejakkan kaki ke universiti kerana beliau datang dari keluarga miskin.

Wahai orang Pas, tak malu kah bila Nga Kor Ming mengutuk bangsa Melayu, di mana letaknya maruah orang Pas bila Nga Kor Ming mengkritik pemimpin Melayu dan raja-raja Melayu?

Dalam satu ceramah sebelum ini, Nga menyatakan kepada kaum Cina di Taiping bahawa Malaysia akan dijadikan sebagai sebuah negara baru yang menggunakan sistem republik dan kuasa raja-raja dihapuskan. Yang peliknya kata-kata Nga dipersetujui oleh segelintir pemuda Gerakan dan Mca, maklumat ini dimaklumkan oleh seorang di Taiping 3 minggu lepas.

Kerajaan yang memerintah ialah kerajaan Barisan Nasional dan ditunjangi oleh Umno. Rakyat telah memberi mandat setiap 5 tahun sekali untuk mengurus tadbir negara ini dan BN telah berjaya melakukannya dengan baik.

Kini di bawah YAB Dato Seri Najib Tun Razak, telah mengambil satu pendekatan baru iaitu Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Oleh itu kerajaan sanggup turun padang untuk mendapatkan maklumat yang terus dari peringkat bawah. Segala tuntutan rakyat diteliti dan hasilnya ialah kerajaan meletakkan 9 KPI yang perlu dilaksanakan segera.

Oleh itu hari ini kita dapat melihat Kedai 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, BR1M dan pelbagai-bagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan yang mendengar denyut nadi rakyat. Tidak kah itu membela rakyat?

Hanya yang dungu sahaja tidak mensyukuri nikmat yang Allah sahaja yang menafikan pemberian dan bantuan kerajaan. Oleh yang demikian, tuduhan Nga Kor Ming merupakan satu tuduhan sampah yang wajar dibakul sampahkan seperti mana buku jingga yang telah di tong sampahkan oleh Dato Ahmad Maslan.

Belantan

Posted: 17 May 2012 11:36 PM PDT

Belantan


PAS Sedang Bergerak Kearah SEKULAR!

Posted: 17 May 2012 10:06 PM PDT


PAS bersekongkol dengan parti SEKULAR pemusnah ISLAM. Kesilapan besar Nik Aziz adalah kerana terlalu mempercayai kumpulan Erdogan di dalam PAS. Husam, Kamaruddin, Mahfuz adalah pembawa Sekular Moden ala Mustafa Kamal Artatuk di dalam PAS.

Nik Aziz sanggup menangis semasa doanya dihadapan ribuan penyokong di stadium pada Pilihanraya, tetapi tidak pula menangis apabila umat Islam dan Melayu diganggu-gugat oleh orang kafir DAP dan Melayu-Islam PKR yang menjadi pengkhianat agama, bangsa dan negara.

PAS sedang berarak ke arah Sekular dan juga PAS sedang menyanjung PKR, bapa Sekular Moden dan pengikut setia YAHUDI AMERIKA yang diketuai oleh Anwar. Tangisan Nik Aziz yang hanya memberi makna kepada politik sahaja dan bukannya iklas untuk perkembangan Islam.

Nik Aziz menyatakan UMNO Nasionalis, tetapi PKR sendiri mengakui secara terang-terangan mereka Sekular. Kini PAS bersekongkol dengan Sekular, maka PAS sedang menuju kecelakaan besar.

PKR telahpun menyerlahkan sikapnya dan sikap kebanyakkan ahli PKR yang anti perjuangan Islam yang di suarakan oleh ahlinya apabila bekas ahli PKR iaitu YB Zulkifli Nordin di katakan mempertahankan Islam yang tidak sesuai dengan perjuangan yang di bawa oleh PKR dan sikap PKR ini telah di serlahkan oleh TIAN CHUA dalam The Star pada 26 Oktober 2008.

Antara lain Tian Chua mengatakan bahawa Zulkifli Nordin tidak boleh bersuara seolah-olah sama dengan suara parti PAS sedangkan dia adalah parti PKR yang sekular dan berbentuk pribadi Anwar Ibrahim dan Tian Chua tidak gemar Zulkifli berpolitik cara PAS.

Yang lebih hebatnya ialah kebanyakkan orang cina tidak suka cara PAS berpolitik dan lebih-lebih lagi jika orang PKR berpolitik cara PAS! Di katakan juga ramai di kalangan orang melayu yang ada di dalam PKR tidak suka kepada perjuangan cara PAS. PAS sepatutnya memikirkan satu pendekatan bersatu dengan UMNO untuk memastikan sikafir-kafir merbahaya ini tidak membaham Islam.

Mufti Perak sendiri melihat bahawa gabungan PAS dan UMNO di Perak adalah jalan pembuka kepada penyatuan Melayu seterusnya melahirkan kekuatan dalam Islam. Islam kuat kerana penganutnya.

Islam akan lemah sekiranya penganut Islam di dalam UMNO dan PAS terus bertelagah. Walaupun ramai soldadu PKR di dalam PAS, ini tidak bermakna PAS tidak boleh bersatu dengan UMNO. PAS akan terus dibaham dengan pendekatan sekular PKR sedikit demi sedikit apabila tidak mahu mengadakan perbincang sesama Islam di dalam UMNO yang pada masa kini menjadi ketua pemerintah Malaysia yang beragama Islam.

Bayangkan Tian hua seorang Ketua Penerangan PKR pusat mengakui bahawa PKR ialah sekular. Jelaslah sekarang PAS adalah generasi awal Mustafa Kamal Artatuk.

DAP sedang menjadikan Anwar sebagai jambatan merentasi PAS sebagai laluan menjadikan Malaysia dibawah jajahan kuasa mereka iaitu untuk menrealisasikan agenda PAP. Kini PAS dilihat berada dibawah jambatan diantara DAP dan PKR tanpa PAS dan penyokong-penyokong taksub mereka sedari taktik "command and conquer" DAP yang kini lebih terserlah untuk menghakis hak-hak Melayu dan mempertikaikan agama Islam.

Ini berlaku kerana Anwar telah mengatakan akan menjadi PM pada 16 Sept 2008 lepas walaupun semua tahu ia hanyalah pembohongan besar walaupun terpaksa menetapkan tarikh baru atau pada bila-bila masa.

Dengan syarat PAS atau pun Pakatan Rakyat iaitu mestilah seorang Islam yang layak menjadi PM, DAP telah menggunakan Anwar sebagai jabatan memberi sokongan maximum kepada Anwar sebagai bakal PM dan bukannya dari golongan PAS disebabkan ideologi yang berbeza dan DAP lebih menerima ideologi PKR dari PAS.

Jika ianya berlaku, maka corak pemerintahan DAP akan menggunakan cara pemerintah "back door" yang sama seperti apa yang terjadi kepada Selangor dan Perak kini.

Ramai berpendapat yang dulunya memangkah PKR ( bagi yang sedar percaturan politik DAP ) pada pilihanraya ke-12 kononya untuk perubahan mula menyesal kerana DAP yang merubahkan segalanya menggunakan platform PKR dan PAS. Yang dikejar tak kesampaian, yang dikendong keciciran.

Adakah penyokong PKR dan PAS dapat menyanggah perkara yang sedang dilakukan DAP ini? Jadi, apa kata penyokong PAS? Masih nak sokong, diperguna, diper'donkey, ditunggang, ditipu, dipermacai oleh Anwar yang sedang dipergunakan oleh DAP untuk menghancurkan Melayu-Islam?

Suara Politik
Taminsari

Sejarah tahun 1977 mengapa Pas disingkirkan dari BN!

Posted: 17 May 2012 10:01 AM PDT




Penulis mendapati di pihak kerajaan dan BN, tiada usaha yang begitu serius dan meluas dalam menceritakan 'kisah benar' di sebalik tuduhan dan cerita dongeng yang didendangkan Pas.

Ada dalam kalangan rakyat yang menjumpai dan menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan pihak BN demi merungkai rasa benci dan menyampah rakyat yang bersifat melulu lantaran dengan naifnya tertelan gula-gula penipuan juak Pas ini.

Kini banyak suara di peringkat akar umbi, di seluruh pelosok negara mahukan agar kisah ini disebarluaskan. Gunakan media cetak, media massa dan media baharu sebaik-baiknya dalam menterjemahkan suratan sejarah yang sebenar-benarnya. Kongsikan dengan rakyat mengapa pada tahun tersebut pimpinan Pas melucutkan jawatan Datuk Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.

Disini diceritakan juga mengapa kerajaan BN pimpinan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia ketika itu, terpaksa 'menceraikan' Pas atas sebab musabab keselamatan dan keamanan di negeri Kelantan. Dihuraikan juga intipati ucapan Hussein Onn pada tahun tersebut yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas yang tidak memegang aspirasi kerjasama apabila berada dalam kerajaan BN.

Ikutilah ucapan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Terlebih dahulu saya dengan sukacitanya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan setinggi-tingginya penghargaan kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian yang telah bersusah payah datang dari jauh dan dekat dan secara tergesa-gesa menghadiri perjumpaan ini. Perjumpaan ini amat penting bagi menentukan nasib orang Melayu khasnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya.

Perjumpaan kita hari ini diselubungi oleh suasana sedih dan pilu. Sedih kerana kehilangan seorang menteri yang telah banyak berjasa kepada UMNO dan negara. Kemalangan kapal terbang MAS di Tanjung Kupang, Johor yang telah mengorbankan 100 nyawa, sungguh mengejut dan mengharukan kita semua. Oleh itu sempena dengan perjumpaan kita yang bersejarah ini, marilah kita beramai-ramai mendoakan semoga Allah s.w.t mencucuri rahmatnya ke atas roh Allahyarham Dato' Seri Ali bin Haji Ahmad serta lain-lain roh orang yang telah terkorban dalam kemalangan itu.

Sebelum saya menyebut perkara penting dalam perjumpaan ini, marilah kita menoleh sejenak ke belakang mengkaji semula dengan secara ringkas perkembangan yang telah berlaku sehinggalah keperjumpaan yang diadakan pada petang ini.

Saya tidaklah berhajat hendak menerangkan kemajuan dan kejayaan UMNO yang telah lalu atau kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh Perikatan sejak ia ditubuhkan. Kesemuanya ini ada dalam pengetahuan tiap-tiap ahli UMNO. Demikianlah juga dengan hasrat dan tujuan menubuhkan Barisan Nasional yang telah menyatupadukan sehingga ke hari ini sebelas buah parti politik yang yang sebilangannya telah menentang UMNO pada masa sebelumnya.

Sesungguhnya UMNO telah membuat membuat banyak pengorbanan politik bagi memenuhi hasrat dan matlamat Barisan Nasional. Walaupun perjalanan kita masih jauh dan penuh dengan liku-liku tetapi Barisan Nasional telah dapat menumpukan sepenuh tenaga memupuk dan menyuburkan semangat kerjasama dan persefahaman dalam melaksanakan rancangan pembangunan, membawa kemakmuran dan kebahagiaan kepada rakyat berbilang kaum.

Barisan Nasional berazam akan terus dengan penuh keberanian dan dengan usaha yang lebih bersungguh-sungguh mewujud dan mengeratkan perpaduan. Dengan sokongan rakyat saya percaya Barisan Nasional akan mencapai kejayaan.

Barisan Nasional merupakan satu federasi yang longgar kerana tiap-tiap parti yang bergabung ingin mengekalkan identiti partinya masing-masing. Tetapi parti-parti komponen adalah terikat dengan semangat ingin bekerjasama, saling mengerti sesama sendiri dan yang paling penting sekali ialah mematuhi disiplin parti.

Semangat kerjasama dan persefahaman adalah penting bagi menyelesaikan masalah negara. Ia lebih berharga dengan membuktikan dalam amalan daripada semata-mata mengadakan perakuan-perakuan sahaja tetapi tidak dipraktikkan.

Inilah caranya Barisan Nasional bergerak selama ini dari semenjak ia ditubuhkan. Hasil kejayaan penubuhan Barisan Nasional telah dapat dilihat dengan nyata apabila parti ini mencapai kemenangan yang paling gemilang dalam pilihan raya tahun 1974. UMNO yang paling mempelopori gabungan ini serta memastikan ia dapat terus wujud kukuh dan teguh supaya pembangunan negara dapat diselenggarakan dengan lebih licin, sempurna dan jayanya.

Parti-parti politik yang bercorak gabungan seperti Barisan Nasional ini sudah pasti sekali-sekala menghadapi masalah. Pertentangan pendapat dan perbezaan cara mendekati dan menyelesaikan sesuatu masalah merupakan satu perkara biasa yang memang diramalkan dari mula-mula lagi.

Peristiwa perpecahan parti komponen Barisan Nasional di Sabah merupakan kejadian pertama yang telah berlaku. Walaupun perkara ini belum dapat diselesaikan dengan sepenuhnya tetapi Insya Allah penyelesaian terakhir akan dapat dibuat dengan secara beransur-ansur. Pergolakan yang sedang kita hadapi di Kelantan sekarang merupakan peristiwa kedua. Perkara ini besar, yang berkehendakkan pengkajian dan pertimbangan yang serius kerana ia melibatkan soal pokok.

Sebagaimana kita maklum, Dato' Haji Mohamad Nasir telah dipilih menjadi Menteri Besar hasil daripada persefahaman dan semangat tolak ansur di antara Allahyarham Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Ketua Barisan Nasional di masa itu dengan pucuk pimpinan PAS yang mempunyai suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan. Semangat tolak ansur seperti ini patut sentiasa wujud, digalak dan dikekalkan. Ia merupakan faktor utama bagi mengekal dan menjamin perpaduan dalam Barisan Nasional.

UMNO tidak berhajat dan tidak mahu mencampuri langkah-langkah pimpinan PAS melucutkan jawatan Dato' Haji Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan semata-mata kerana menghormati kehendak-kehendak pucuk pimpinan PAS mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS. UMNO menganggap perkara itu sebagai masalah Barisan Nasional. Langkah itu juga telah diambil oleh pucuk pimpinan dengan tidak ada sedikit pun perundingan dengan pucuk pimpinan Barisan Nasional terlebih dahulu.

UMNO tidak dapat menyokong langkah yang diambil oleh pucuk pimpinan PAS dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 15 Oktober itu bukan kerana UMNO tidak dibawa berunding, tetapi kerana UMNO tidak tahu sebab atau diberitahu sebab-sebab mengapa Menteri Besar Dato' Haji Mohamad Nasir dilucutkan daripada jawatannya. Oleh itu sikap berkecuali yang telah diambil oleh UMNO itu adalah satu tindakan yang munasabah. Tambahan pula UMNO masih lagi berharap hendak mengekalkan perpaduan dengan PAS.

Malangnya peristiwa melucutkan jawatan Menteri Besar itu dengan tidak disangka-sangka telah mencetuskan kejadian yang buruk. Peristiwa yang telah mengakibatkan kecederaan sebilangan orang yang tidak berdosa, kemusnahan harta benda dan boleh mengancam nyawa dan keselamatan rakyat telah juga mengancam keselamatan negeri Kelantan. Jika keadaan ini tidak dikawal segera ia akan melibatkan keselamatan negara seluruhnya.

Sebagai Perdana Menteri saya bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, saya terpaksa mengambil langkah yang tegas. Keadaan darurat telah diisytiharkan bagi negeri Kelantan. Satu undang-undang dirangka yang meletakkan kerajaan negeri Kelantan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan. Langkah-langkah ini diambil pada masa menteri-menteri dari Parti PAS masih lagi bersama-sama kita dalam jemaah Menteri. Rang Undang-Undang ini kemudiannya telah diluluskan oleh Parlimen.

Kerajaan Darurat terpaksa ditubuhkan di Kelantan dengan tidak mengira siapakah yang menjadi parti pemerintahnya. Sama ada ia dari parti lawan ataupun parti kawan tidaklah penting kerana yang pentingnya ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Kelantan sendiri. Saya memanglah sentiasa meletakkan kepentingan keselamatan di atas segala-galanya.

Memang benar demokrasi telah mati di Kelantan. Tetapi rakyat Kelantan telah dapat terus hidup dengan penuh keyakinan di atas keselamatan dan masa depan mereka. Demokrasi di Kelantan tetap akan dipulihkan sebaik-baik sahaja keadaan mengizinkan.

Bukti nyata kita semua telah dapat nikmati sekarang dimana pemerintahan NOC atau Mageran tahun 1969 telah dimansuhkan dan kita telah kembali kepada pemerintahan demokrasi. Tempoh dan lama masa berjalannya kerajaan darurat di Kelantan itu hanya dikehendaki sekadar yang wajib sahaja.

Lebih pendek adalah lebih baik. Kerajaan Pusat berikrar akan memulihkan kembali pemerintahan demokrasi seberapa segera yang boleh. Sebagaimana kita semua sedia maklum bahawa parti PAS yang mempunyai anggota di Dewan Undangan yang lebih ramai akan tetap memegang teraju pemerintahan negeri itu semula dan bukanlah UMNO.

Malang sekali tujuan baik Kerajaan Pusat dan rang Undang-undang yang telah mendapat persetujuan daripada Parlimen itu telah sengaja disalah faham dan disalahtafsirkan oleh pucuk pimpinan PAS. Semua wakil rakyat PAS, telah menyokong rang undang-undang penubuhan kerajaan Darurat di Kelantan itu.

Biarlah saya bersalah dalam tindakan saya mengadakan undang-undang itu. Tetapi saya tidak sanggup memikul dosa yang lebih besar dengan membiarkan berlakunya pertumpahan darah, pengorbanan nyawa, kecederaan dan kemusnahan harta benda. Sebagai Perdana Menteri saya tidak boleh memandang ringan perkara ini. Saya berkewajipan penuh melindungi nyawa rakyat.

Tindakan saya ini telah disambut baik dan disokong oleh sebahagian besar penduduk dan rakyat Kelantan sendiri. Saya tidak faham kenapa pucuk pimpinan PAS tidak mahu menyokongnya. Saya tahu tidak semua ahli PAS bersetuju dengan tindak tanduk pucuk pimpinannya. Sebenarnya UMNO juga memerlukan kerjasama PAS dan tidak sekali-kali meragukan penyertaan PAS tetapi yang kita sangsikan ialah sikap dan pendirian pucuk pimpinannya.

Perbuatan pucuk pimpinan PAS menentang arahan parti anggota Barisan Nasional sama ada di dalam atau pun diluar dewan ini dimasa akan datang. Jika semangat kerjasama dan saling mengerti ini luntur dan disiplin parti diketepikan, akibatnya Barisan Nasional akan hancur. Kita semua tahu bahawa disiplin merupakan rahsia perpaduan dan kekuatan Barisan Nasional selama ini.

Disiplin adalah paling mustahak dalam penghidupan manusia dan hendaklah diutamakan. Mengenakan disiplin di atas diri sendiri pun merupakan perkara penting, apatah lagi masyarakat atau pertubuhan seperti parti-parti politik.

Satu daripada sebab-sebab kejayaan UMNO selama selama ini ialah kerana ahli-ahlinya mematuhi disiplin parti serta menghormati dan menjunjung tinggi peraturan yang ditetapkan. Parti-parti yang ahlinya tidak patuh kepada disiplin akan membawa kehancuran kepada parti itu sendiri.

Soal mengenai siapa yang bersalah sehingga mengakibatkan tercetusnya kejadian buruk di Kelantan itu tidaklah berfaedah dibangkitkan. Tetapi perkara yang paling penting dan yang patut diutamakan ialah melindungi nyawa rakyat terlebih dahulu. Sebagai Perdana Menteri, saya mengetahui dengan sedalam-dalamnya masalah keselamatan dalam negeri. Saya mesti bertindak sewajarnya mengikut keadaan.

Saya telah pun menerangkan bahawa saya tidak menyebelahi mana-mana pihak yang terlibat dalam peristiwa Kelantan itu. Saya jalankan segala tindakan yang perlu bagi mengawal dan mententeramkan keadaan di atas sifat saya sebagai Perdana Menteri.

Yang bertanggungjawab di atas kepentingan, keselamatan dan kebajikan rakyat, bukan sahaja di Kelantan bahkan di seluruh tanah air kita. Inilah amanah yang telah bertanggungjawab oleh rakyat kepada saya. Saya tidak faham mengapa pucuk pimpinan PAS tidak tidak memahami hakikat ini. Soal keselamatan adalah satu perkara yang tidak boleh dijadikan tawar menawar.

Di bawah kuasa-kuasa darurat, Pengarah Kerajaan negeri Kelantan adalah bertanggungjawab kepada saya sebagai Perdana Menteri. Saya pula bertanggungjawab kepada Jamaah Menteri di mana menteri-menteri dari PAS menganggotainya.

Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dimana menteri-menteri dari PAS menganggotainya. Saya akan memberi penjelasan kepada Jemaah Menteri dari masa ke semasa mengenai perkembangan dan kemajuan di negeri Kelantan masa itu menteri-menteri dari PAS boleh membangkitkan sebarang kemusykilan mengenainya. Sebaliknya mereka telah mengambil tindakan meletakkan jawatan beramai-ramai dari menyertai kerajaan.

Dalam masa kita sedang mencari-cari jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi mengatasi keadaan buruk yang tercetus di Kelantan itu, tiba-tiba pucuk pimpinan PAS menimbulkan lagi berbagai masalah lain dengan mengemukakan undi tidak percaya kepada beberapa orang Menteri Besar yang terdiri draipada ahli-ahli UMNO.

Di antara yang yang paling baru ialah di negeri Kedah. Menteri-menteri Besar boleh ditukar ganti tetapi apa yang meragukan ialah tentang sejauh mana keikhlasan pucuk pimpinan PAS melakukan perbuatan-perbuatan ini dengan tidak mahu berunding terlebih dahulu dengan kita.

Dimanakah letaknya semangat kerjasama pucuk pimpinan PAS dalam Barisan Nasional? Apakah salahnya jika perkara ini dirundingkan dengan kita terlebih dahulu? Jika kita sanggup merundingkan terlebih dahulu mengenai hal-hal negeri Kelantan dengan pucuk pimpinan PAS, mengapakah pucuk pimpinan PAS mahu membelakangkan kita mengenai hal di negeri-negeri yang lain?

Sungguh sukar sekali bagi kita hendak memahami tindak-tanduk pucuk pimpinan PAS ini. Setelah menimbulkan gejala-gejala ini, pucuk pimpinan PAS melahirkan hasrat hendak terus kekal dalam Barisan Nasional. Kita sungguh tidak faham dengan sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS ini.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kedah yang akan datang pada 17 Disember ini sudah pasti akan menimbulkan perbalahan yang hebat. Tidakkah pucuk pimpinan PAS sedar atas perkara ini?

Apakah tujuan pucuk pimpinan PAS membuat demikian? Bukankah ini semuanya merupakan gejala-gejala yang sengaja ditimbulkan dengan niat hendak memecah-belahkan Barisan Nasional? Di negeri Johor pula, pucuk pimpinan PAS di sana telah memberi amaran yang merupakan kata dua bahawa calon-calon PAS akan bertanding dalam semua kawasan pilihan raya menentang Barisan Nasional.

Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada PAS. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat kerjasama UMNO dengan PAS demi kepentingan dan faedah rakyat.

Pucuk pimpinan PAS telah juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya PAS meninggalkan atau dikeluarkan daripada Barisan Nasional. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri.

Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan PAS mengkaji semula kedudukan PAS dalam Barisan Nasional, Perkara ini telah dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung PAS selama tiga tahun berturut-turut setelah PAS menyertai gabungan besar ini.

Penubuhan ranting-ranting PAS dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan PAS yang meragukan.

Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan Barisan Nasional. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak-pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.

Walaupun Barisan Nasional terpaksa berpecah, tetapi ini tidak bererti pembangunan akan terjejas dan terhenti. Pembangunan tetap akan berjalan terus. Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) mesti dijayakan dengan sepenuh-penuhnya. Inilah janji saya kepada rakyat sekalian.

Berikutan dengan berlakunya kejadian-kejadian ini, saya telah mengadakan sidang tergempar Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada Disember 1977, Fasal 14, Perlembagaan Barisan Nasional membolehkan dengan suara majoriti memecat parti-parti ahli yang bergabung yang didapati melanggar disiplin. Tetapi Barisan Nasional sekali-kali tidak berniat hendak menggunakan Fasal tersebut bagi memecat PAS.

Barisan Nasional masih lagi, jika boleh, berkehendakkan PAS tinggal kekal dalam Barisan Nasional. Sungguhpun demikian, disiplin parti mesti dipelihara dan dipatuhi kalau kita mahu melihat Barisan Nasional hidup berpanjangan. Oleh itu satu usul yang merupakan suatu tolak ansur sebagai jalan keluar yang sebaik-baiknya bagi meyelesaikan masalah ini telah dikemukakan dalam Dewan Tertinggi Barisan Nasional itu.

Tolak ansur ini merupakan usul yang berkehendakkan supaya parti-parti anggota yang ahli-ahlinya didapati menentang arahan parti whip mengenai sesuatu masalah yang dibentangkan di dalam dewan rakyat, dewan negara atau dewan negeri hendaklah mengambil tindakan disiplin terhadapnya dengan memecat mereka itu daripada parti masing-masing.

Apabila semangat kerjasama yang tulus ikhlas itu luput dan disiplin parti telah diketepikan, Barisan Nasional sudah tentu akan pecah dan musnah. Jika ini berlaku tentulah tidak berguna lagi. Eloklah kekusutan yang berlaku ini diselesaikan sekarang juga kerana jika dibiarkan berlanjutan akan merugikan parti dan rakyat.

Daripada sebelas parti anggota dalam Barisan Nasional, sembilan telah menyokong, PPP berkecuali dan PAS menentang usul itu. Keputusan suara terbanyak ini telah dimaklumkan dengan secara rasmi kepada pucuk pimpinan PAS.

Memandangkan betapa pentingnya masalah yang kita hadapi, saya telah mengadakan mesyuarat khas majlis Tertinggi UMNO malam tadi. Majlis tertinggi UMNO telah membincangkan dengan teliti segala akibatnya terutama sekali tentang sikap pucuk pimpinan PAS yang ada sekarang, yang terang-terang menggugat perpaduan Barisan Nasional khususnya dan perpaduan orang Melayu amnya. Kami berpendapat bahawa haruslah diwujudkan kesungguhan dan keikhlasan bagi memperkukuhkan Barisan Nasional.

Memandangkan kepada perbuatan, sikap dan pendirian pucuk pimpinan PAS selama ini, UMNO berpendapat kerjasama yang erat tidak mungkin dapat terus wujud di antara UMNO dengan PAS dalam Barisan Nasional.

Oleh yang demikian, bagi mengelakkan pertelingkahan ini berpanjangan, yang akhirnya akan membawa perpecahan kepada Barisan Nasional, Majlis Tertinggi UMNO telah dengan perasaan amat dukacita mengambil pendirian, jika pucuk pimpinan PAS tidak mematuhi dan mengambil tindakan sebagaimana yang dikehendaki di dalam Mesyuarat Dewan Tertingginya pada 5 Disember yang lalu, UMNO akan meminta diadakan mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional supaya dipersetujui resolusi memecat PAS daripada Barisan Nasional.

Pagi ini saya telah menyampaikan pendirian UMNO itu kepada ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional. Ketua-ketua parti anggota Barisan Nasional dalam perjumpaannya pagi ini telah bersetuju supaya mesyuarat khas Dewan Tertinggi Barisan Nasional diadakan pada 13 Disember yang akan datang ini.

Inilah tujuan kami mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO petang ini bagi menjelaskan pendirian yang telah diambil oleh Majlis Tertinggi UMNO itu.

UMNO sudah membuat keputusan dan menentukan pendiriannya. Keputusan dan pendirian itu adalah dibuat dengan hati yang suci, demi kepentingan Barisan Nasional dan negara. Saya yakin dengan kesucian hati kita itu, Allah akan memberkati perjuangan kita.

Saya merayu kepada semua ahli UMNO supaya bertenang dan terus menjalankan tanggungjawab kita dengan lebih berhati-hati lagi, lebih bersungguh-sungguh lagi dan lebih berdedikasi lagi. Masa hadapan Barisan Nasional penuh dengan cabaran. Kita akan menghadapinya dengan meminta petunjuk dan keredhaan Allah.

Dengan ini maka kita menyerahkan diri kita sepenuhnya kepada Allah."

Komen tambahan dari penulis :

Antara punca sebenar krisis kelantan 1977 adalah berpunca dari pihak PAS itu sendiri. Malah didalam portal PAS pusat itu sendiri menyatakan bahawa ianya bermula apabila timbulnya ketidak puasan hati PAS terhadap Menteri Besar ketika itu, Datuk Muhamed bin Nasir.

Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1 - Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2 - Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973.

3 - Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketiak itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha bergabung antara PAS dan UMNO.

4 - Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5 - Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan itu sendiri.

6 - Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan sebagi Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7 - Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal rumah tangga PAS.

8 - Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam keselamatan negeri Kelantan.

9 - Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10 - Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus oleh Kerajaan Pusat.

11 - Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk dr kalangan menteri PAS sendiri.

12 - Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13 - Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg menyokong rang undang-undang Darurat.

14 - Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.

15 - Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16 - Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17 - Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18 - Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri Kelantan.

Dengan apa yang dihuraikan diatas, maka terserlahlah apa yang diceritakan selama ini bahawa Parti Islam SeMalaysia (Pas) 'angkat kaki' dari kerajaan Barisan Nasional (BN) pada tahun 1977 dahulu disebabkan oleh 'sifat kejam' dan 'tikam belakang' kerajaan terhadap Pas pada masa itu adalah pembohongan semata-mata.

Kerana itulah jika kita melihat apabila ada sahaja usaha untuk mewujudkan perpaduan dan kesatuan antara parti politik UMNO dan BN bersama Pas tidak lama dulu, akan ada suara sumbang daripada juak Pas mendendangkan lagu dan ceritera dongeng yang sama, bahawa kerajaan BN telah 'menganaktirikan' Pas suatu ketika dulu.

Impaknya, rakyat marhain yang tidak berusaha untuk mengkaji dan menelusuri sejarah silam dan mengorek cerita sebenar akan menelan bulat-bulat cerita dongeng juak Pas ini. Hakikatnya, perkara yang berlaku adalah sebaliknya. Kerajaan BN tidaklah bersifat kejam sebagaimana yang disandiwarakan oleh pihak Pas sekarang. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Posted: 16 May 2012 10:48 AM PDT

Masihkah kita ingat..! - ADUN DAP langgar pelajar Melayu! Andaikata kalau pelajar Cina..dah lama huru-hara!


Pada 7 Februari 2010, jam 11.50 malam, seorang pelajar bernama Mohd Bakri Mohd Bazli telah dilanggar oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim di persimpangan lampu isyarat, berhampiran UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam. Ng Suee Lim dipercayai baru pulang dari satu majlis makan malam sebelum kejadian tersebut berlaku.

Menurut Ng Suee Lim, dia mendakwa keretanya terbabas melanggar pembahagi jalan dan melanggar motorsikal yang dinaiki oleh Mohd Bakri. Ng Suee Lim menyalahkan pelajar terbabit sebagai punca berlakunya kemalangan. Menurut seorang saksi, bau arak yang kuat dapat dihidu daripada Ng Suee Lim. Apakah Ng Suee Lim memandu dalam keadaan mabuk?

Bila Kugan meninggal dunia, Xavier Jayakumar bagi pihak kerajaan negeri Selangor pantas menghulurkan sumbangan. Namun ketika Mohd Bakri dilanggar oleh ADUN DAP, sumbangan pun tiada, malah dipersalahkan pula pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bandar dan Wilayah terbabit.

Pelajar ini telah telantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. ADUN DAP yang melanggar Mohd Bakri sama keadaan seperti Tian Chua, buat lepas tangan dan menyalahkan mangsa sebagai punca kesalahan.


Mohd Bakri, seorang pelajar Melayu miskin tidak diberikan pembelaan. Jauh berbeza dengan pembelaan yang diberikan oleh Ng Suee Lim terhadap Teoh Beng Hock ketika dalam Dewan Undangan Negeri. Ng Suee Lim siap bawa gambar Beng Hock lagi untuk menuduh kesilapan SPRM dan kerajaan sebagai punca kesalahan.

Beranikah Ng Suee Lim berhadapan dengan orang yang membawa gambar Mohd Bakri dan menuduhnya sebagai bersalah? Di mana keadilan untuk Mohd Bakri yang ketiaka itu masih terlantar di hospital dan Mohd Salleh Hamdan yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh ADUN DAP dan ahli parlimen PKR ?

Dalam isu Beng Hock bukan main lagi dia bising, tetapi terhadap mangsa langgar ini mengapa mereka diam? Amat wajar inkues diadakan untuk menyiasat kes pelanggaran Tian Chua dan Ng Suee Lim. Fikir-fikirkanlah...!!!

Suara Politik
Taminsari

oyabun

Posted: 17 May 2012 11:35 PM PDT

oyabun


Antara dua 'Abdul Aziz', DAP dan PAS!

Posted: 17 May 2012 01:43 AM PDT


Kelmarin, dua pemimpin pembangkang membuat dua kenyataan yang berbeza. Kedua-duanya melibatkan individu bernama 'Abdul Aziz'.

Kenyataan pertama dibuat oleh Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat keputusan meninggalkan parti itu selepas dikecam hebat oleh kepimpinan DAP yang salah seorang pemimpinnya ingin mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz.

Segalanya bermula apabila Tunku Abdul Aziz enggan menyokong perhimpunan haram Bersih yang dianggap melanggar undang-undang negara serta hanya mencetuskan huru-hara. Akibat ketegasannya Tunku Abdul Aziz tidak disambung tempoh perkhidmatan sebagai Senator oleh DAP.

Ketika Tunku Abdul Aziz tegas dengan pendiriannya dan sanggup kehilangan kedudukan demi menegakkan kebenaran, kita juga dihidangkan dengan kenyataan keras oleh seorang lagi bernama Abdul Aziz iaitu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Menteri Besar Kelantan itu ternyata tidak berpuas hati dengan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Pas sudah menyeleweng dan menyalahgunakan agama Islam. Justeru Nik Abdul Aziz menyifatkan ia satu pandangan lapuk seorang mufti.

Sebelum ini, dalam isu Bersih, Nik Abdul Aziz ternyata meletakkan kepentingan politik bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mengatasi segala-galanya apabila Mursyidul Am Pas itu menyifatkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia hanya menggunakan sebelah mata apabila mengaitkan perhimpunan Bersih 3.0 dengan huru-hara dan umat Islam haram menyertainya.

Malahan dalam kenyataan melalui Facebook, Nik Abdul Aziz secara sinis berkata, mata yang digunakan oleh jawatankuasa fatwa itu pula adalah kabur dengan cermin mata yang telah rosak.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau bersetuju perhimpunan yang bertujuan mencetuskan huru-hara dan merosakkan harta benda adalah haram, tetapi bukan Bersih 3.0. Beliau turut menyifatkan jawatankuasa itu membuat keputusan hanya berdasarkan laporan akhbar prokerajaan, tanpa mendapat penjelasan daripada penganjur Bersih 3.0.

Namun cuba kita kaji apa kata Tunku Abdul Aziz mengenai Bersih pada 26 April lalu sehingga memungkinkan beliau tidak disenangi oleh kepimpinan DAP. Menurut Tunku Abdul Aziz, beliau membantah perhimpunan itu kerana berdasarkan pengalaman serta pemerhatian terhadap penganjuran beberapa perhimpunan jalanan di luar negara yang kononnya aman tetapi berakhir dengan keganasan.

''Walaupun saya daripada pembangkang, bukan semua pembangkang sokong Bersih. Saya tak akan sokong Bersih. Saya dah biasa tengok, bukan sahaja di negara kita tetapi saya biasa bekerja duduk di banyak negara. Semua demonstrasi kononnya mula dengan secara orang kata aman tetapi kebanyakan di mana-mana pun kita tengok terjadi sebaliknya," kata beliau ketika itu.

Mungkin Tunku Abdul Aziz membuat bantahan tersebut kerana melihat apa yang berlaku dalam perhimpunan Bersih 2.0 tahun lalu yang kesudahannya berakhir dengan kekecohan. Dan pada tahun ini penganjur sengaja mencari fasal apabila tetap ingin mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka biar pun ia sudah ada perintah mahkamah melarang mereka berbuat demikian.

Ternyata telahan Tunku Abdul Aziz menjadi kenyataan apabila perhimpunan Bersih 3.0 turut berakhir dengan kekecohan dan lebih teruk lagi ada keberanian luar biasa di kalangan penunjuk perasaan untuk merempuh sekatan polis.

Tetapi Pas termasuk Nik Abdul Aziz sengaja tidak mahu mengakui fakta ini, sebaliknya parti berkenaan bersekongkol dengan Majlis Peguam menyalahkan pihak berkuasa. Lidah rasmi Pas menunjukkan gambar kononnya polis bertindak ganas tetapi mereka tidak pula memaparkan bagaimana Unit Amal parti itu merempuh sekatan polis yang dikatakan menjadi salah satu penyebab utama perhimpunan tempoh hari menjadi ganas.

Tindakan Tunku Abdul Aziz meletakkan jawatan, sekali lagi memberi pengajaran kepada pemimpin-pemimpin Pas supaya sentiasa berpegang kepada prinsip dan konsisten dalam apa juga yang dilakukan.

Tunku Abdul Aziz boleh sahaja menyokong Bersih kalau beliau mahu tempoh senatornya disambung tetapi beliau tidak berbuat demikian kerana ini menyentuh soal prinsip. Tunku Abdul Aziz tidak mahu menjadi seperti pemimpin-pemimpin Pas yang sanggup menolak kebenaran semata-mata kerana perjuangan politik.

Mungkin hujah ini tidak disenangi oleh Pas dan Nik Abdul Aziz tetapi inilah kenyataannya. Walaupun banyak pihak sudah melihat bahawa perhimpunan Bersih tidak akan mendatangkan sebarang faedah apatah lagi dengan sikap kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa bersedia berunding bagi menyelesaikan masalah namun ia tidak dipedulikan oleh Pas dan sekutunya.

Oleh itu, mereka mahu mana-mana juga pihak termasuklah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan menyokong perhimpunan berkenaan, kalau membuat kenyataan berbeza dengan apa yang mereka perjuangkan maka pihak-pihak berkenaan akan dituduh pak turut kerajaan.

Sebab itulah, apabila Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan membuat keputusan mengatakan perhimpunan Bersih haram, maka melompatlah kepimpinan Pas. Pelbagai dalil dan hujah dikeluarkan oleh mereka bagi mempertahankan Bersih dan ada antaranya memperlekehkan keputusan majlis tersebut.

Sebagai contoh, seorang pelajar Malaysia di Jordan dalam satu tulisan yang disiarkan oleh blog-blog memperlekehkan keputusan Jawatankuasa Fatwa dan meminta anggota majlis tersebut bersikap terbuka biar pun menerima gaji daripada kerajaan BN.

Inilah sikap pemimpin dan penyokong Pas, kalau sesuatu keputusan itu tidak menyebelahi politik mereka, maka ia ditolak bulat-bulat biar pun ia dibuat berlandaskan al-Quran dan hadis.

Jika situasi ini diambil kira, jelaslah Tunku Abdul Aziz jauh lebih matang berpolitik berbanding kepimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz. Ia memandangkan Tunku Abdul Aziz bersedia menerima risiko bagi menyatakan kebenaran tetapi Pas sentiasa sahaja berdolak-dalik dan membuat sesuatu keputusan berdasarkan perhitungan politik semata-mata.

Justeru tidak hairanlah apabila kepimpinan Pas bercakap soal hudud, tidak ada sebarang perasaan takut di kalangan pemimpin-pemimpin DAP atau PKR untuk membantah perkara tersebut. Ini kerana mereka memahami kepimpinan Pas terlalu taksub berpolitik dan tetap akan bersama dengan pakatan pembangkang biar pun apa juga berlaku.

Begitulah juga dalam isu Bersih, ketegasan Tunku Abdul Aziz dan keputusan Jawatankuasa Fatwa sudah pasti tidak akan mengugat Pas untuk terus menyokong perhimpunan haram berkenaan biar pun ia telah membawa kesan yang amat buruk kepada negara.

Pemikiran kepimpinan Pas sudah terkepung dengan politik untuk menjatuhkan kepimpinan BN melalui sasaran memenangi pilihan raya umum akan datang bersama-sama dengan PKR dan DAP.

Apa pun Tunku Abdul Aziz boleh dianggap memberi pengajaran kepada kepimpinan Pas termasuk Nik Abdul Aziz supaya konsisten dalam memperjuangkan sesuatu dan perlu menjadikan apa yang berlaku kepada beliau sebagai isyarat mengenai wajah sebenar politik DAP.-UMO

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

Posted: 17 May 2012 11:33 PM PDT

sekupangdua

Posted: 17 May 2012 11:30 PM PDT

sekupangdua


NAIB KETUA PEMUDA KAMPAR MASUK DAP

Posted: 17 May 2012 10:39 PM PDT


Baru sebentar tadi kira-kira jam 12.30 berakhir satu peristiwa bila kantin di pejabat tanah Batu Gajah kecoh bila sdr Syamuri melalak pasal hal permohonan yang tak diluluskan, tanah, doket atau pasir lombong teman tak tahu tapi Apa yang dijeritkan adalah UMNO tak guna dah 26 tahun dia jadi AHLI UMNO bla..bla bla

Pada sebelah pagi tadi memang dia dan rakan-rakan bersarapan dengan tenang dengan rakan-rakannya, difahamkan semalam juga ada dikantin dengan membawa beberapa buah fail ditangan, teman tak amik tahu sangat sebab teman ni bukan orang jual pasir atau mohon doket, jadi pada teman biorler urusan diam tapi pagi tadi dia adalagi...

Tengah teman berborak dengan sahabat teman di pejabatnya yang tak berapa jauh dari kantin, dalam jam 11.30 pagi gamaknya kumer terkejut dengan tetiba terjerit-jerit bunyinya dikantin, buat-buat tak kisah ler teman sebab memang biasa kantin ler katakan... Tertiba terdengor ler pulak HIDUP DAP... BANYAK KALI WEH! Ini rupa UMNO, tak Guna, tolong orang melayu apa? Bla...bla...bla...

Terpanggil dari melihat agak lama berlarutan hinggga nak ke pukul 12 dah kecoh nya makin kuat, teman pun pegiler tengok, rupa-rupanya si Syamuri ni tengah mengamok dan macam biasaler cukup cepat benor disebelahnya ada Nizar popular dan Siva glamour... Siap berdiri disebelah lagi... Apa lagi si syamuri ni lansung tak henti-henti bercakap macam berucap diceramah ler lagaknya
KITA KENA TUKAR! SAYA KELUAR UMNO DAN MASUK DAP! HIDUP DAP, HIDUP DAP,HIDUP DAP! sambil gengam borang DAP

Disambung lak oleh Nizar ' kalau beginiler rupanya UMNO bukan saja disini diseluruh perak pun sama, mari kita tukar! ' biasaler nambahkan marak api yang sedang mara' disambut lagisi syamuri.. Kalau kita tukar bukan tanah lombong jer dapat, lombong EMAS pun kita boleh dapat... Kantin yang sunyi sepi tadi dah mula dikunjungi oleh beberapa kaum india, aji-aji yang bersongkok dan beberapa orang kuat dap dan pas, kelihatan anggota polis pun juga hadir termasuk pegawainya sekali, terdengar sebelah teman tu bebisik, macamana nizar dengan siva ni cepat benor sampai siap ada borang DAP lagi? Rakannya jawab eleh dia orang ni benda macam ni memang suka, macam semut, dua orang akak seorang melayu dan india terus belah sebab nak makan pun susah bila group PAS dan DAP yang penuh di CERAMAH KANTIN...

Akhirnya kira-kira 12.10 kumpulan syamuri ni terus keluar tinggalkan majlis termasuk nizar dan siva dan geng yang masih lagi dikantin, berkompul weh... Itu ayat akhir sebelum geng dema keluar dari kantin tersebut

Hahahaha teman kenai dengan syamuri ni, soal balak, tanah, doket pasir ni memang selalu dia sembang, tapi teman ni tak nak dengor pasal pada teman itu bukan bidang teman, lantak dema ler... Ni yang tak paham bila selalu dapat tak ler kecoh, tang ni pulak yang tak paham, tak dapat ler kot! Adaler yang dia sampai menjerit-jerit kat kantin tu... siap umum keluar UMNO dan masuk DAP, pastu lak bila mula sedar kehadiran beberapa lebai diselang selikan pulak dengan laungan allahuakbar, allahuakbar...


Senang jer bagi Teman, kalau benar lah ada parasit macam dema kata, elok ler, kalau tak betui ada jalannya selain dari kecoh macam nie, tak tahu hujung pangkal tetiba penghujung cerita masuk DAP, pikior komer ler, elok jugak kalau betui ada parasit baik jangan ada dalam UMNO, lagi pun apa yang dimarahkan soal permohonan pasior boleh sebabkan ngaku keluor UMNO, ini yang teman tak paham nie... Hehehehe gamaknya seronok dapat pasir nie tapi marah kalau tak dapat. Tak pa ler yop jual berger lagi elok yop... Bagitau teman nanti teman datang beli....hahahaha

Special Offer... SELANGOR HEBAT!

Posted: 17 May 2012 07:45 PM PDT



ADOI POCAH PERUT TEMAN... HEBAT, HEBAT MEMANG HEBAT SELANGOR NIE...

Dialog Dewasa Kritik Berasa

Posted: 17 May 2012 11:26 PM PDT

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TERKINI RUMAH AMBIGA: AMBIGA LARI

Posted: 17 May 2012 08:35 PM PDT

Rumah  Ambiga Dikunci Rapat, Kereta dibungkus, 4 CCTV dipasang menghala ke pintu pagar.

Itu Gajah menanti KAMBING


CCTV dipasang di sekeliling rumah Ambiga menanti KAMBING petang ini


Atas Pintu ada azimat, hati-hati kamu KAMBING


 No. 67, Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara


Kereta turut dibungkus, jangan usik nooo...ini bukan kereta polis boleh diterbalikkan

Motor pun parking ajer...


Kepada Kumpulan Anak Muda Benci Ambiga (KAMBING) yang bercadang ke rumah Ambiga petang ini, walaupun Ambiga sudah melarikan diri namun hak anda dijamin perlembagaan, meluahkan isi hati anda adalah hak asasi manusia noo...Tapi jangan ler pulak anda bayangkan kawasan dalam rumah tu kawasan Dataran Merdeka pulak yer...Nanti kang jadi naya pulak, Unit Anal baru nampak sorang tengah berjalan...sesat kot...



Portal PAS Kantoi Gelar Cikgu Di Malaysia Sebagai Lembu

Posted: 17 May 2012 07:00 PM PDT

 Bila portal pembangkang, Tranungkite menghasut guru supaya tunjuk punggung kepada TPM, gambar punggung lembu yg dipamerkan.

Wajarkah kerjaya guru yang suci di samakan dengan lembu?

http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=14402

Anda nilai sendiri perangai sebenar pembangkang.

*Yang lembu tu merujuk kepada cikgu pro pembangkang la. Tak sedar mereka diperlembukan oleh pemimpin pembangkang. Kena kutuk pun masih nak sokong.

Al Kisah Hikayat Anwar Ibrahim Bermula Dengan Video Ini.

Posted: 17 May 2012 05:30 PM PDT

Untuk sesiapa yang belum tahu, bagaimana Hikayat Anwar Ibrahim bermula untuk merampas tahta.



*Nantikan bahagian kedua.

Jom Layanzzz.....Satira Terbaik BDL

Posted: 17 May 2012 03:00 PM PDT

Sebelum ni ada pihak bengang bila Bangkang Dari Longkang (BDL) perli perusuh BERSIH.

Video terbaru BDL kali ini menyindir pihak Kerajaan pulak. Jom layan.



So, mana-mana pihak yang prejudis terhadap BDL tu, sila betulkan kembali persepsi anda.

MyMassa tengok video BDL ini seperti Jangan Ketawa yang sering menyindir tabiat masyarakat Malaysia.

Kepada yang masih tak faham maksud satira tu, rajin-rajin tengok kamus ye.

*Nak tengok blogger pembangkang berani tak nak promote BDL ni atau masih stigma dengan bahawa BDL ini UMNO punya kerja. Asal kena batang hidung, UMNO yang salah. Jawapan standard.

PAS Akui Perkahwinan Rojak Mereka Dengan DAP dan PKR Belum Serasi.

Posted: 17 May 2012 11:30 AM PDT

Berita dari AntaraPos.

Belum ada kesepakatan dalam PR , kata PAS



SHAH ALAM: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib mengakui bahawa Pakatan Rakyat masih belum mempunyai satu ikatan yang kukuh dalam menentukan hala tuju gabungan itu.

Kenyataan itu diulas Harun berikutan tindakan Presiden DAP, Karpal Singh sebelum yang bertindak menyelar cadangan PAS mahu melaksanakan hukum Hudud jika menang dalam pilihan raya akan datang.

"Saya melihat pakatan masih belum ada satu ikatan yang kuat. Yang mana pakatan ini melantik sesiapa yang menjadi ketua," katanya.
Harun kemudian menyifatkan Karpal telah melanggar perjanjian manifesto yang dicapai dalam Pakatan Rakyat selain menganggap pemimpin DAP itu tidak menghormati prinsip PAS.

"Mereka tak bersetuju tapi akhirnya akan setuju juga."

"Jika mereka faham dan lihat kebaikan-kebaikan Islam mereka akan menyokong dan bersetuju."

Justeru Harun menepis dakwaan yang menyifatkan PAS hanya sebagai "pak turut" dalam Pakatan Rakyat.

Katanya, gabungan itu bergerak dengan momentum yang sama dalam usaha mendapatkan kemenangan pada pilihan raya umum tidak lama lagi.

"Belum diketepikan. Sama-sama berusaha dalam pakatan untuk menang."

PAS kebelakangan ini dihujani kritikan pelbagai pihak bersabit pendirian parti itu tentang cadangan pelaksanaan undang-undang Syariah sekiranya Pakatan Rakyat menerajui kepimpinan negara.

Namun parti itu menegaskan komitmen untuk melaksanakan perubahan menyeluruh menerusi muafakat rakyat diutamakan dan telah dipersetujui dalam penegasan bersama Buku Jingga selain meminta agar rakan parti dalam Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada pilihan raya yang bakal diumumkan bila-bila masa.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wnb5No

Syukur. Ada jugak puak dalam PAS yang mengakui hakikat sebenar.

Macam mana nak sepakat kalau dah lebih 4 tahun bentuk Pakatan Rakyat, tapi kabinet bayangan pun takde.

Masing-masing tunggu peluang untuk kuasai satu sama lain. Pengagihan kerusi antara parti di beberapa negeri pun tak selesai lagi.

*PAS tepis dakwaan sebagai pak turut. Kalau bukan pak turut, kenapa bila bangkit bab Hudud yang mengalahnya PAS? Takut pada DAP atau takutkan Allah SWT?


Ulama Digantung Kerana Bergambar Dengan Artis Seksi Ini.

Posted: 17 May 2012 09:00 AM PDT

Artis seksi dari Mesir, Yousra.



Oleh kerana bergambar dengan Yousra, dua orang ulama ini telah dikenakan tindakan.



Mungkin ketegasan Al-Azhar perlu dicontohi oleh PAS.

Ulama yang pernah bergambar dengan porn star juga perlu diambil tindakan.





*Masalahnya, berani ke PAS nak ambil tindakan terhadap Nik Aziz? PAS sekarang ni kan Parti Kebajikan, bukan Parti Islam.

Gambar Si 'Haram Jadah' Ambil Durian Runtuh.

Posted: 17 May 2012 08:00 AM PDT



Memang haram jadah. Kaw-kaw kutuk FELDA, tapi time terima durian runtuh, dia pun sapu.


*Kalau tak haram jadah, bukan ahli PAS namanya.

PAS Kedah Sedia Jual Tanah Pada Singapura?

Posted: 17 May 2012 07:00 AM PDT

MyMassa ada dengar info sulit mengenai kedatangan Menteri Pertanian Singapura di Kedah.

Namun, maklumat yang ada pada MyMassa masih belum cukup. Apabila terbaca pendedahan PANAS dari sahabat blogger Gerakan Timur, rasa maklumat ini perlu disebarkan dengan lebih luas lagi.

PANASSS... Setelah Di Kelantan, Tanah Di Kedah Pula Bakal Digadaikan Kepada Singapura???


Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu.

Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.

Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis.

Namun, sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah. Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk 'pekena' laksa Kuala Kedah atau Mee Abu, bolehlah kita berkata 'ada ku kesah?'

Tetapi, bila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula merasa curiga, hairan, serta marah.

Baca seterusnya di sini (http://gerakantimur.blogspot.com/2012/05/panasss-setelah-di-kelantan-tanah-di.html).

Perjumpaan PKR dan DAP dengan kedutaan Singapura bukan lagi rahsia. Pada PRK Bukit Selambau, Saifuddin Nasution telah berjumpa dengan pegawai kedutaan Singapura. LGE pula sering berulang alik ke Kota Singa.


Kini PAS menyertai DAP dan PKR untuk bersahabat dengan Singapura. Menarik bukan.


*Bila PRU makin dekat, makin masyuk pihak pembangkang dengan bantuan luar negara.

Memang Giler! PAS Bagi Sijil Kepada Perusuh #bersih 3.0

Posted: 17 May 2012 06:00 AM PDT

BERSIH kata perhimpunan pada 28 April adalah perhimpunan NGO bukan parti politik.

Kalau betul, kenapa PAS Melaka bagi sijil pada perusuh BERSIH 3.0? Apa kaitan PAS dengan BERSIH sampai bagi sijil kepada perusuh-perusuh?

Muktamar Pemuda PAS Melaka


Semalam berlangsungnya Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Melaka kali ke-37 yang bertempat di Parlimen Jasin yang bermula pada awal pagi dan berakhir jam 3.00 petang yang turut dihadiri oleh pemerhati jemputan dari DAP yang diwakili oleh YB Tiey Kok Kiew dan juga PKR oleh Law Bing Haw.
Turut diundang dalam majlis itu juga adalah wakil dari Badan Perhubungan PAS, Asri Shaik Abdul Aziz selaku Setiausaha, Ashraf Mukhlis Minghat selaku Ketua Penerangan dan juga Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri, Bahiki Islamil, Dewan Muslimat PAS Melaka dan juga Dewan Ulama PAS Melaka serta beberapa NGO dan wakil-wakil media yang diundang.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Melaka kali ke-37 ini dirasmikan oleh Suhaizan Kaiat, Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Johor.
Beberapa anugerah juga turut disampaikan kepada wakil dewan pemuda kawasan antaranya anugerah Jundullah bagi mereka yang ditahan kerana terlibat demonstrasi I.S.A dan juga BERSIH 2.0 dan 3.0. Selain itu penyampaian hadiah kepada PASTI terbaik bagi kawasan Bukit Katil.
http://pasmelaka.blogspot.com/2012/05/muktamar-pemuda-pas-melaka.html

Kalau korang tak percaya, boleh semak sendiri di link yang diberi di atas.



Dulu MyMassa ingat sijil untuk perusuh BERSIH 2.0 ini main-main, bila PAS Melaka sendiri warwarkan kat laman web mereka, memang sah ini kerja mereka.


*Bagi PAS, merusuh adalah ibadah. Nik Aziz pun keluarkan 'fatwa' wajib sertai BERSIH. Terima kasih blogger AlogLaloq yang melaporkan isu ini terlebih dahulu.

Bukti MB Selangor Lebih Pentingkan Kuil Dari Masjid.

Posted: 17 May 2012 04:30 AM PDT

Berita dari Portal AntaraPos.


Umno mahu MB guna RM1.9b baiki surau, masjid 



SHAH ALAM: Dakwaan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa bajet untuk menyelenggara dan membaik-pulih masjid dan surau di Selangor adalah terhad, sesuatu yang memeranjatkan, kata ketua penerangan Umno Selangor, Shukor Idrus.

Katanya, sebagai menteri besar dan juga exco yang bertanggungjawab terhadap agama Islam, adalah menjadi tanggungjawab Abdul Khalid menjaga kesejahteraan surau dan masjid termasuk menambahbaik infrastruktur rumah ibadat berkenaan.

"Apatah lagi dalam kita nak menyambut bulan Ramadan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi. Mengapa tidak boleh dikeluarkan perbelanjaan simpanan untuk menceriakan lagi masjid dan surau di Selangor.

"Persoalan kita, benarkan kerajaan negeri mempunyai simpanan yang diuar-uarkan selama ini atau ia hanyalah satu retorik menggambarkan kejayaan mentadbir kewangan negeri," katanya.

Sebelum ini, di dalam ucapannya di mana-mana majlis di negeri Selangor, Abdul Khalid mewar-warkan tentang betapa stabil dan kukuhnya kewangan negeri tersebut.

Antara yang sering dihujahkannya adalah 'kerajaan negeri ada banyak duit, jadi kita kongsi dengan rakyat' dan 'kita ada duit yang banyak, jadi tiada masalah untuk kita laksanakan pembangunan'.

Beliau juga pernah memberitahu kerajaan negeri mempunyai simpanan tunai RM1.9 bilion.

Mengulas lanjut, Shukor berkata sekiranya benar kerajaan negeri  mempunyai simpanan mengapa menteri besar mengumumkan perbelanjaan terhad untuk keagamaan.

"Ini merupakan satu persoalan kita dan kalau benar ada simpanan kenapa tidak boleh dibelanjakan untuk keagamaan.

"Apa yang kita lihat hari ini pun tidak ada apa yang kerajaan negeri buat, jika kita lihat ada surau atau masjid baru dibina oleh Pakatan Rakyat sepanjang mereka memerintah?

"Di mana wang simpanan RM1.9 bilion yang dikatakan merupakan simpanan terbaik negeri Selangor yang dibuat oleh Pakatan?" soalnya.

Portal Antarpos sebelum ini melaporkan rintihan penduduk sekitar Selangor yang mahu kerajaan Pakatan Rakyat  memberi perhatian sewajar kepada kemudahan surau sebagaimana dilakukan oleh kerajaan negeri sebelumnya.

Ini termasuk surau-surau yang dibina di atas tanah persendirian, di rumah pangsa yang kebanyakannya dalam keadaan usang dan terbiar.  Sesetengahnya hampir roboh dan dimakan anai-anai.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wnb5Nh

Tahniah UMNO Selangor kerana berani terjah MB Selangor yang merangkap EXCO Agama Islam.

Kalau sebelum ini, selama 22 tahun PAS Kelantan perintah, selama itulah Kerajaan Negeri lepas tangan mengenai pembinaan surau dan masjid baru. Kini masalah yang sama menular di Selangor. Kebanyakan masjid atau surau baru di Selangor di bina oleh pemaju perumahan bukan Kerajaan Negeri.

Yang peliknya, Kerajaan Selangor boleh pulak taja pembinaan kuil baru dan membaik pulih kuil lama.  


Bilangan masjid dan surau yang nak dirobohkan kian bertambah.



Kalau macam ni pentadbiran Kerajaan Selangor, patutlah Negeri Selangor sering diturunkan bala oleh Allah SWT seperti banjir kilat dan ribut.


*Tak guna kalau tiap-tiap solat Jumaat, doa pasal elak bala dan negeri berkebajikan kalau Kerajaan PKR Selangor sendiri yang menjemput bala dari Ilahi dan hanya mementingkan kebajikan kuil dan tokong.

DEBARAN SEMAKIN TERASA

Posted: 17 May 2012 02:30 AM PDT



Di Sabah, Sarawak & Labuan, oh ya juga Brunei Darus Salam dan Singapura, anda belia Malaysia di luar sana, atur tiket murah anda, gunakan pas pelajar anda, dapatkan tiket murah dengan cara bijaksana, barangkali pemimpin setempat anda hendak menolong, barangkali wakil rakyat di kawasan anda hendak menolong, silakan usahakan dan datanglah beramai-ramai ke Himpunan Sejuta Belia di Putrajaya 27 Mei 2012.

Anda jangan risau, di Presint Diplomatik apa sahaja ada, Mydin, makanan Johor, Kelantan, ayam percik, ayam kampung, Secret Resepi, Pos Laju pun ada, tak perlu pergi ke Nilai 3 untuk membeli perhiasan khat dan permaidani di Presint Diplomatik semua ada. Namun jika anda mencari-cari Mee Kolok minta maaf anda boleh menaiki ERL ke KL Sentral dan dari situ boleh pergi ke Restoran Sarawak Mee Kolok di Setapak.

Kamu dari Tawau Sandakan dan Kota Kinabalu, lagu "Aku Anak Kampung" sangat popular di Putrajaya ini. Di Cheras ada Restoran bernama Bugis Cafe Restoran di kawasan parlimen YB Ong Tee Kiat. Jika susah-susah sahaja ada Persatuan Rumpun Melayu Bugis Sabah yang sangat aktif di sini.

Orang Jawa jangan risau tempe dan lada ada di semua restoran. Tempe besar Temepe kecil semua ada. Lada hijau, lada merah, lada kecil besar sederhana semua ada. Makanan jangan risau.

Mari kita raikan Hari Belia Negara 2012 yang terbesar di dunia. Malaysia Boleh. Anda Boleh. datanglah beramai-ramai. Isteri anda yang anda sayangi bawa sekali dengan anak-anak anda. Keselamatan di Putrajaya sangat baik, CCTV ada di mana-mana. Tapi awas jangan langgar Lampu Merah, jika langgar anda kenalah bayar saman. Tapi ingat juga, jika anda orang baru masuk ke Putrajaya, jika anda berada di persimpangan, perhatikan SignBoard di kiri anda, anda kena membelok ke kiri jika tiada kenderaan dari mana-mana arah walaupun Lampu Merah. Buka mata anda Lihat signboard itu...hehe

Mari kita berhibur dulu dengan lagu ini...

Kejayaan MB Perak Yang Baru 5 Tahun Tapi Nik Aziz Tak Capai Dalam 22 Tahun.

Posted: 17 May 2012 12:30 AM PDT

Ada ke Nik Aziz buat macam ni?



Sebelum ni MyMassa pernah siarkan berita KM Melaka Islamkan orang di sini (http://mymassa.blogspot.com/2012/04/gempar-apa-ali-rustam-buat-dengan.html).

Jika benar PAS perjuangkan Islam dan konon-kononnya penyokong PAS dari bukan Islam makin ramai, persoalannya berapa ramai yang dah masuk Islam?

Itulah beza antara ikhlas berjuang untuk Islam dengan menggunakan Islam untuk perjuangan peribadi dan kuasa.


*Dari kelab penyokong PAS kini Dewan Himpunan Penyokong PAS. Kalau ikut Harakah, dah berpuluh ribu jadi penyokong PAS bukan Islam. Sayangnya, mereka hanya sokong PAS atas dasar politik, bukan kerana minat dengan Islam. Itu pun salah strategi DAP untuk pecah belahkan orang Melayu.

Panglima Perang Cyber

Posted: 17 May 2012 11:07 PM PDT

Panglima Perang Cyber


Sambungan Hukum Baju Kuning Adakah Mutlak Atau Ada Sebab ?

Posted: 17 May 2012 03:34 PM PDT


Selepas menyiarkan hukum baju kuning maka beberapa persoalan telah ditimbulkan, adakah tidak boleh secara mutlak baju kuning ini atau tidak ?

Pertama : larangan Nabi memakai warna kuning kunyit kerana persamaannya dengan agama lain. Ini menunjukkan larangan berdasarkan warna yang sama yang boleh mengelirukan samada Islam ini ada kaitan dengan agama tersebut atau tidak.

Maka, jangan difikirkan bahawa pakaian kuning semata-mata tetapi tengoklah pada persamaan itu punca sebenarnya.

Dalam isu Bersih 3.0 maka pakaian warna kuning bukan sahaja sama dari segi warna bahkan perbuatan berdemonstrasi juga menyamai apa yang dilakukan bukan Islam di negara lain. Justeru itu ia akan mengelirukan adakah Islam sama dengan agama lain dari segi demonstrasi atau sebaliknya.

Islam melarang umatnya melanggar undang-undang. Dalam hal ini perhimpunan Bersih 3.0 jelas melanggar undang-undang selain merosakkan keamanan dan mengganggu laluan lalu lintas.

Kedua : Warna kuning dilarang kerana kebetulan ia sama warna pakaian agama lain, maka jika ada persamaan dari segi perbuatan contoh acara Vigil sudah tentu ia lebih besar pengharamannya dari sekadar persamaan warna.

Semoga penjelasan ini memberi manfaat kepada kita semua.

DOA HARI #UMNO66 OLEH JAMIL KHIR INI WAJAR DIBACA SETIAP HARI SETIAP AHLI PARTI @NajibRazak @MuhyiddinYassin

Posted: 17 May 2012 07:06 AM PDT



DALAM BERJUANG DOA TONGGAK KEJAYAAN SERTA USAHA SEPANJANG MASA. MARILAH KITA PANJATKAN DOA DAN KEKALKAN DOA DI SETIAP KALI SELESAI BERSOLAT UNTUK MENDAPAT PETUNJUK ALLAH DAN PERTOLONGANNYA.

PRU 13 KALI INI BUKAN SEBARANG PRU TETAPI PERTEMBUNGAN ANTARA HIDUP DAN MATI PARTI KERAMAT YANG BERJASA KEPADA ALIF BA TA INI.

DAMPINGLAH ULAMA, KIKISKANLAH MAKSIAT, BANYAKKAN TAAT AGAR KITA HIDUP PENUH BERKAT DAN DINAUNGI RAHMAT.

HAYATI DOA DATUK JAMIL KHIR YANG SANGAT MENYENTUH HATI DI ATAS. SEMOGA KITA AKAN MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH TAALA DI DUNIA DAN AKHIRAT.

UMNO PERLU TERUS MARA UNTUK RAKYAT 1MALAYSIA !!!

UMNOLAH PEMBELA RAKYAT...

Pinggan Mangkuk Dari Tulang Babi - Tolong Sebarkan

Posted: 17 May 2012 06:44 AM PDT


Sebarkan info ini...

Jangan sekadar bahan pinggan mangkuk dititiberakan, sumber wang juga lebih utama diteliti agar jangan duit haram memasuki perut kita agar senang hidup dunia hingga akhirat sana...daging dari wang haram nerakalah tempatnya. Ayuh kita bertaubat sebelum terlambat tidak kira siapa dan di mana serta apa warna politik kita...

Gambar Ady Putra dan Nora Danish Di Mekah - Alhamdulillah @WardinaSafiyyah @LisaSurihani

Posted: 17 May 2012 06:08 AM PDT




inilah yang menggembirakan kita bila umat Nabi Muhammad kembali ke tempat asal Islam dilahirkan. Menaikkan iman mencari 'permata' yang hilang dan membaharui azam menjadi hamba Tuhan... 

Semoga seteruk mana dosa kita, jangan difikir putus asa kerana rahmat Allah tidak ada batas dan kasih Allah mengatasi jika dikumpulkan semua kasih sayang para ibu di dunia dulu kini dan selamanya. 

Keunikan Malaysia apabila soal hidayah diterap melalui kesedaran berasaskan pendidikan bukan hukuman. 

Manakala pihak bercanggah dengan sunnah akan melihat hukuman itu lebih penting dilakukan dari kaedah menanam kesedaran kepada manusia yang masih jauh dari landasan menuju Tuhan. 

Kerana itu Hudud bukan pilihan utama Umno kerana kesedaran lebih utama berbanding menetapkan matlamat menjalankan hukuman hudud. 

Bukan bermakna hudud ditolak namun ia perlu menunggu masa yang sesuai berdasarkan kedudukan kuasa umat Islam dan masa depan bangsanya selain faktor ekonomi, sosial yang turut diambil kira.

Semoga hari demi hari umat Islam Malaysia makin baik tahap imannya dan sekaligus akan dapat mengelakkan bala Allah dari menimpa kita semua.

Belajar agama kena berguru jangan berharap youtube sahaja. Carilah guru agama yang soleh dan bergurulah dengannya hingga akhir hayat kita.

Jom tengok Ulama terkenal dunia Habib Umar Al Hafiz di bawah 

Apa Benda #BeeAntBlues Ni ? Jom follow @BeeAntBlues @NajibRazak

Posted: 17 May 2012 05:54 AM PDT





Untuk makluman Bee Ant Blues ini akan menyertai Himpunan Hari Belia Negara 2012 bersama 2 juta jangkaan peserta pada 23-27 Mei 2012 tidak lama lagi. Maka untuk maklumat lanjut sila rujuk info berikut :

twitter : BeeAntBlues
Facebook Group : Bee Ant Blues Port


Video : Peguam Khairul Azam Lawan Majlis Peguam Bukan Ahli Umno Bahkan Pernah Mohon Jadi Ahli Pas !!! @NajibRazak

Posted: 17 May 2012 05:29 AM PDT

Kenyataan Peguam Khairul Azam ini wajar diteliti semua pihak yang mungkin prejudis samada beliau ahli Umno kerana tindakannya menentang Majlis Peguam atau Bar Council.


Bahkan penulis terkejut beliau mengaku pernah memohon menjadi ahli Pas.


Selama ini tidak ada yang berani melawan Majlis Peguam namun apabila badan yang sepatutnya berjuang menegakkan Perlembagaan kini seperti menentang pihak menguatkuasakannya seperti polis maka melawannya adalah tindakan yang sangat tepat pada masanya.


Jika tidak kita akan dapat melihat ramai dari golongan penjenayah, perusuh, peliwat, pengkhalwat dan perosak alif ba ta akan berleluasa pekerjaan mereka tanpa dapat dihalang oleh sesiapa.


Majlis Peguam yang benar-benar bebas perlu diwujudkan demi melihat keseimbangan dan keadilan akan dapat dinikmati oleh semua rakyat.


Tahniah Khairul Azam atas tindakan anda...lawan tetap lawan.


Published with Blogger-droid v2.0.2

DARUL EHSAN TODAY

Posted: 17 May 2012 11:02 PM PDT

DARUL EHSAN TODAY


BUKTI Nik Ajis Dah Tebiat Nak Mampos....

Posted: 17 May 2012 07:00 PM PDT


Nik ajis ajak umno bermuzakarah...??? kahhh...kahhh...kahhh... itu tanda-tanda nik ajis dah nak mampos, orang tua kata dah buang tebiat...

Cuba korang perhati muka nik ajis tu, ada tak tanda-tanda seperti di bawah:


  • Mata hitam kita tidak akan bersinar lagi
  • Hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
  • Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. 
  • Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
Kalau ada tanda-tanda macam tu pada nik ajis, baik korang suruh dia bertaubat dan letak jawatan sebagai mb kelantan...

Lawakan, setalah puas dia jual dan gadai agama untuk politik bodoh dia tu, setelah puas dia maki hamun umno, setelah puas dia pecah belahkan umat melayu, tetiba dia ajak muzakarah...

PISAU.NET

Posted: 17 May 2012 09:42 PM PDT

PISAU.NET


Guan Eng vs Tunku Aziz

Posted: 17 May 2012 06:00 PM PDT


Nyatanya, Anwar tidak berapa gemar dengan apa yang berlaku berkenaan isu Tunku Aziz dalam DAP. Sebagai orang lama dalam politik, Anwar tahu bahawa DAP sudahpun gagal untuk menguruskan isu Tunku Aziz dengan baik. Lim Guan Eng, sudah menjadi 'monster' – yang tidak tahu menghormati orang lain – dan ini akan menyusahkan politik Pakatan Rakyat dalam jangka masa panjang.

Setakat ini, tak ramai yang boleh dan mampu menasihatkan Guan Eng. Dia sudah terlalu bongkak dan sombong sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Padanya, jawatan yang tidak pernah mampu diperoleh mana-mana pemimpin DAP yang ada sekarang adalah bukti bahawa dia adalah 'knight' istimewa dalam DAP. Oleh yang demikian, dia mesti diberikan kedudukan yang istimewa dan apa sahaja yang dikatakannya mesti dituruti.


Anwar memang sudah mula rasa tidak selesa dengan Guan Eng. Bukan baru. Masa zaman Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri lagi, Anwar sudah nampak bahawa Guan Eng adalah different breed of political animal.


Tunku Aziz pada hakikatnya sudah dikenalpasti oleh Dinasti Lim (Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng) sebagai individu yang boleh diangkat sebagai Chariman parti DAP bagi menggantikan Karpal. Dinasti Lim sudahpun memaklumkan kepada Anwar bahawa Karpal sudah tidak lagi relevan dalam politik DAP. Anwar tidak memberikan sebarang komen dan enggan mencampuri urusan dalaman DAP. Ya, memang benar, Karpal adalah peguam Anwar – namun itu semua dilakukan di atas keadaan profesional. Non issue.


Anwar juga tahu bahawa Tunku Aziz adalah seorang Melayu yang sangat berintegriti tinggi. Anwar dimaklumkan oleh sumber dalaman Petronas; bagaimana Tunku Aziz menulis surat sendiri kepada Tan Sri Hassan, meminta dia diberhentikan sekiranya penerimaan jawatan sebagai Naib Presiden DAP akan memberikan masalah kepada Petronas – ketika itu Tunku Aziz adalah Board of Trustee kepada Anugerah Merdeka yang ditaja oleh Petronas.


Dalam isu ini, Guan Eng sebenarnya sudah membuka pekung dirinya – untuk menawarkan RASUAH sebanyak RM50k kepada Tunku Aziz. Guan Eng adalah seorang pemimpin yang kotor dan mahu menyelesaikan semua masalah dengan wang. Inikah kononnya pemimpin DAP yang bersih?


Lebih merisaukan Anwar adalah apabila akhbar Cina seperti Sinchew juga sudah menyerang integriti Guan Eng.

Anwar risau semua ini akan memberi kesan kepada cita-citanya menjadi Perdana Menteri.-Gelagat Anwar.


Pisau kata "angkuh,bongkak,penipu dan pembelit...dah lama ada gerakan jatuhkan Guan Eng dari dalam DAP..."

Kerana Terlalu Banyak Mengkritik...

Posted: 17 May 2012 08:53 AM PDT

CARA DAP mengendali isu kritikan Naib Presidennya, Tunku Abdul Aziz Ibrahim terhadap demontrasi Bersih 3.0 tidak langsung memperlihatkan semangat demokratik yang sepatutnya menjadi simbol kepada parti tersebut.

Apatah lagi nama parti tersebut bermula dengan huruf 'Demokratik'. Malangnya ia belum benar-benar demokratik.

Ini semua terjadi pada pandangan peribadi saya adalah kerana, untuk sekian lamanya, DAP adalah sebuah parti politik yang hanya asyik mengkritik sahaja.

Ia tidak ada sejarah memerintah sebuah negara mahupun negeri. Tetapi tiba-tiba selepas pilihan raya ke-12 empat tahun yang lalu, parti ini menjadi parti yang memerintah di sekurang-kurangnya sebuah negeri iaitu Pulau Pinang.

Di beberapa negeri yang lain seperti Selangor dan buat seketika, Perak, DAP turut sempat merasa perkongsian kuasa.

Untuk menjadi sebuah parti yang orang kata "walk the talk", DAP mestilah berada di kehadapan dalam memperkenalkan pembaharuan.

Lebih-lebih lagi, ia adalah parti yang ingin menjuarai demokrasi tulen dan juga politik baru.

Legitimasi kewujudan DAP dan juga rakan-rakan kongsinya yang lain dalam arena politik Malaysia seperti PAS dan PKR adalah kerana mereka mahu menawarkan sesuatu yang lain daripada kerajaan yang ada sekarang.

Mereka mahu memperkenalkan budaya politik baru. Mereka mahu menegakkan kebebasan bersuara. Mereka mahu memastikan kebebasan mengkritik.

Tetapi jika satu pandangan yang berbeza dari naib presiden pun tidak dilayan secara demokratik, maka tidak ada gunanya DAP mahu menegakkan itu semua.

Ini semua terjadi sepertimana yang saya tegaskan diawal tadi adalah kerana sejak berkurun-kurun lamanya DAP hanya tahu mengkritik sahaja.

Mereka nampaknya masih belum sedar bahawa situasi mereka sudah berubah. Mereka adalah sebuah parti yang telah pun diberi mandat untuk berkuasa dan memerintah - sekurang-kurangnya di sebuah negeri.

Maka mereka perlu harus belajar menerima kritikan pula dan bukannya asyik menjadi defensif malah menghukum seorang pemimpin yang dihormati dan berdiri atas dasar prinsip sepertimana Tunku Abdul Aziz dengan tidak menyambung tempoh perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara.

Itu bukan caranya untuk sebuah parti yang telah memerintah menunjukkan kuasa.

Sebaliknya DAP patut meraikan kepelbagaian pendapat sepertimana yang diperjuangkannya. Bukan menghukum seseorang yang bertentangan pendapatan dengan kepimpinan.

Jika beginilah sikap yang ditunjukkan oleh DAP, bagaimanakah kami rakyat Malaysia yang juga pengundi mahu memberikan mandat dan kepercayaan kepada parti itu untuk memimpin Malaysia.

Apakah jaminan yang boleh diberikan oleh DAP, seandainya mereka memperolehi kuasa, mereka tidak akan menghukum orang yang berprinsip tetapi tidak selari dengan pandangan dan aliran semasa mereka?

Apa yang telah terjadi ke atas Tunku Abdul Aziz tidak sedikit pun membantu DAP mempertahankan imejnya sebagai sebuah parti yang mahu menegakkan kebebasan bersuara malah ia kini boleh dianggap sebagai parti yang tidak meraikan kepelbagaian suara.


MUHD HISHAM ABD MANAF

Pengundi Atas Pagar

Selangor Darul Ehsan

Halal Hub:PAS PP Melopong Lagi,Malik Kasim Kayakan Kroni Bahagiakan Guan Eng.

Posted: 17 May 2012 06:21 AM PDT

Isu PAS diketepikan hak untuk mendapatkan jawatan YDP MAIPP senyap begitu saja,PKR melalui YB Malik Kassim masih memegang jawatan tersebut.

Guan Eng ,Anwar dan Mansor Osman kelam kabut cuba menutup cerita ini kononnya ia adalah satu kesilapan.Mereka menggangap DYMM YDP Agong budak pejabat yang boleh sesuka hati diarah itu ini.Sedangkan nama calon sebagai YDP MAIPP dicadangkan sendiri oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Malik Kassim Exco agama Islam,Beliau juga YDP MAIPP, Salleh Man Adun Permatang Pasir hanya merintih akibat dipermainkan oleh DAP dan PKR.


Pisau sebenarnya berasa kasihan terhadap PAS kerana diperlakukan sebegitu oleh 2 parti chauvanis ini,apakan daya dek kerana kebodohan sendiri maka lacuran politik sebegini hanya didiamkan malu tidak mahu rakyat tahu akan kebaculan PAS.


Ini ada isu terbaru,Episod PAS diperbodohkan oleh PKR dan DAP tidak berhenti disitu saja, Pisau sedia maklum akan kekesalan Salleh Man dan PAS diperlakukan bagai budak budak oleh DAP dan PKR. Perwatakan Salleh Man seorang yang lemah lembut dan tertib turut katanya mencerminkan seorang pemimpin yang baik.Malangnya pemimpin PAS negeri ini dipermainkan oleh PKR terutamanya Malik Kassim berulang ulang dan tidak berhenti disitu saja.


Kita semua tahu Malik Kasim memegang jawatan pengerusi Halal Hub Pulau Pinang,Salleh Man juga dilantik sebagai salah seorang pengarah didalam Halal Hub Pulau Pinang.
Apa yang menariknya Salleh Man hanya menjadi ahli lembaga pengarah secara percuma tanpa dibayar langsung sedangkan Malik dan juga Guan Eng sapu bersih elaun pengerusi dan penasihat Halal Hub.


Regim DAP seperti yang kita tahu langsung tidak mengamalkan CAT, Ketua Staf Halal Hub dipegang oleh kroni Malik Kassim iaitu adikkandung sendiri iaitu Rodziah Kassim.


Bayangkan kroni Malik Kasim mengawal sepenuhnya Halal Hub,dalam masa yang sama Salleh Man melopong menjadi pak pacak secara percuma didalam ahli lembaga pengarah Halal Hub.


Jika benar regim DAP mengamalkan CAT kenapa kroni dan saudara memegang kepentingan GLC kerajaan negeri.


Berapa elaun yang diterima Lim Guan Eng dan Malik Kasim didalam Halal Hub? Jika Salleh Man dibayar..tolong dedahkan berapa jumlah elaun beliau sebagai ahli lembaga pengarah..


Ini adalah bukti betapa PKR secara terang terangan perbodohkan PAS Pulau Pinang,Pesuruhjaya Negeri diperlakukan sebegitu rendah kastanya berbanding Zairil Khir Johari yang mendapat puluhan ribu ringgit sebulan..


Blogger DAP yang dibayar sebulan 7 ribu lebih tinggi gajinya daripada Salleh Man..


Korang nilaikan sendiri berapa sen nilai seorang pesuruhjaya PAS negeri Pulau Pinang,apatah lagi kalau mereka hanya ahli biasa....

Pisau kata " isu YDP MAIPP, PKR tetap pegang jawatan tu memandangkan PAS tidak punyai kredibiliti untuk mengurus tadbir hal ehwal agama Islam..."

The breaking of BERSIH begins.

Posted: 17 May 2012 03:02 AM PDT

AIDCNews – 16/05/12 – Something is not right after the BERSIH 3.0 fiasco, despite numerous denials by the group's steering committee about the 'upcoming' BERSIH 4.0.


On May 15, BERSIH chairman, Datuk S. Ambiga announced that there would not be another BERSIH demonstration after the bad outing during BERSIH 3.0.


"My side has not thought about any agenda to hold Bersih 4.0 rally… I know that (the proposal of) Bersih 4.0 is supported by many quarters, including PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat, PKR and other NGOs, but there is no plan about it for the time being," she said.


Her sidekick, Maria Chin Abdullah reaffirmed her statement, saying that there would not be a BERSIH 4.0.


"We have no plans to organise BERSIH 4.0 at this time, but if others want to have it, it is their right.We will not be involved and will not be held responsible should anything happen to BERSIH 4.0," said Maria, who is also a member of the BERSIH steering committee.


And yet another member of the committee, Hishamuddin Rais has come out with a similar statement.


He told the media at the Kuala Lumpur Chinese Assembly Hall (KLSCH) Wednesday that at this juncture they had no plans to organise BERSIH 4.0, and this has been agreed upon by 84 other NGOs.


All the BERSIH leaders who made the statements are leaders of NGOs aligned to the PKR de facto leader, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


The question is why the BERSIH steering committee must be defensive and repeat the same statements again and again on different days?


Is it because Ambiga's statement as chairman holds no more clout?


Consider this – if during earlier BERSIH outing, the NGOs and PKR were more prominent, but after BERSIH 3.0 it is PAS that has come to the fore.


On May 12, PAS spiritual leader, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat gave a signal that there would be a BERSIH 4.0.


If BERSIH 3.0 had been a sit in protest similar to The George Soro's sponsored 'Occupy Wall Street', "BERSIH 4.0 will be about 'sitting and debating", said PAS youth leader Nasruddin Hassan.


"One million people for BERSIH 4.0," said PAS deputy president Mohammad Sabu.


All the above statements pertaining to BERSIH 4.0 were made by PAS leaders, and not BERSIH or PKR as it was in the past.


Meanwhile, Anwar Ibrahim, as the leader of Pakatan Rakyat said they didn't know anything about PAS's post mortem of BERSIH 3.0…at least not until they started to clamour for BERSIH 4.0.


We can see the problems within BERSIH and the disparate ranks of the opposition parties hedging it.


Although such things are hidden, nevertheless the voices calling for BERSIH 4.0 seem to tell all…and to indicate that things have not been right with BERSIH 3.0.


So, what is really happening? Is PAS not satisfied with the way BERSIH was organised earlier, considering that it happened mostly because of PAS members, but at the end of the day the 'glory' went to Ambiga and Anwar?


Is BERSIH 3.0 now a liability due to interference from Anwar Ibrahim and Azmin Ali, making it imperative for yet another 'forceful' outing in the form of BERSIH 4.0 to cover up the mistakes?

Rupanya Ng Wei Aik Gengster Komtar DAP Pegawai KDN?

Posted: 17 May 2012 01:00 AM PDT


Adun gengster tong gas Ng Wei Aik memang cukup terkenal dengan sikap kasar,samseng,pembohong,rasis dan ultrakiasu .

Adun DAP yang amat disayangi oleh khawarij PAS Pulau Pinang baru baru ini juga ditangkap berbohong kononnya di pukul polis:klik sini


Saat Ng Wei Aik mengganas dengan tong gas:klik sini

Gengster Komtar ni pernah halau peniaga dengan kata kata kesat,dia juga pernah berlagak seperti polis trafik,dia juga pernah secara kasar menghalau para peniaga melayu di Pasar Ramadhan Chowrasta.

Kali ini gengster Komtar dah jadi pegawai KDN pulak...laporan polis harus dibuat kerana bangsat ini dah menyamar ..


Seolah-olah tidak serik, wakil rakyat DAP, Ng Wei Aik sekali lagi menunjukkan sikap ala samseng terhadap warga asing.

Kali ini berlaku di sebuah dusun di kaki Bukit Bendera, Air Itam di sini pada Jumaat lalu apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu didakwa menyalahgunakan kuasa terhadap pekerja asing.

Wei Aik yang juga Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikatakan mengikut operasi Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) ke kawasan berkenaan bagi meninjau laluan haram yang dibuat oleh pemilik dusun itu.

Bagaimanapun, Wei Aik telah menyamar sebagai pegawai dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan menahan dua pekerja asing di situ, menyemak pasport serta permit kerja mereka.

Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi berkata, kejadian tersebut disiarkan di dalam sebuah akhbar berbahasa Cina pada 12 Mei lalu.-utusan


Pisau kata "Cina Penang pun meluat dengan gengster nih!"

Apabila Kuda Di Angkat Menjadi Kaldai DAP.

Posted: 16 May 2012 11:00 PM PDT


Prof. Dr. Ariffin Omar dilantik sebagai senator menggantikan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang meletak jawatan Naib Presiden DAP ekoran perbezaan pendapat dengan pemimpin DAP berhubung perhimpunan haram Bersih 3.0.Ariffin yang menyertai DAP sejak tahun lalu ialah bekas Presiden Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN) dan pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).


DAP melantik lebih ramai pemimpin Melayu bukan sekadar untuk memikat sokongan orang Melayu bahkan untuk menjadikan mereka 'kuda tunggangan' parti berkenaan.Jika dilihat sekarang ini DAP begitu giat untuk menarik sokongan orang melayu walhal dalam masa yang sama mereka sendiri tidak dapat buang daripada sikap chauvanis ultrakiasu dan rasis dalam segala tindakan mereka.


DAP merancang untuk melantik pemimpin Melayu menjadi Menteri Besar di negeri yang mempunyai Undang-Undang Tubuh Negeri yang hanya membenarkan orang Melayu menjadi Menteri Besar.Ini satu lagi bukti jika DAP menguasai negeri Perak pada PRU13,PAS sudah pasti akan menggigit jari kerana peranan Nizar sebagai kaldai tunggangan akan dilucutkan digantikan Melayu DAP.


Peletakan jawatan Tunku Aziz,adalah satu tindakan yang mencerminkan keberanian bekas Naib Pengerusi DAP itu dalam menyatakan pendapat dan kebenaran.Selama beliau menjadi Naib Pengerusi DAP, beliau belajar banyak pengalaman pahit. Pada peringkat awal perjuangan DAP mungkin dianggap demokratik tetapi apabila berada di dalam parti itu beliau sedar bahawa demokratik DAP hanya pada slogan.


Ingatlah DAP hanya milik syarikat Lim dan anak anak....


Pisau kata " agaknya berapa Guan Eng bayar Ariffin tu yer?"

tok gajah

Posted: 17 May 2012 09:24 PM PDT

tok gajah


Bloggers yang semakin layu.....................

Posted: 16 May 2012 10:21 PM PDT

Sejak kebelakangan ni Tok peratikan semakin ramai bloggers yang pro Pakatan Rakyat sudah mule layu dan terkulai. Bukan nye ape sebabnye, mereka tu dah kehabisan modal, dah tak de modal lagi nak entam kerajaan. Dato Seri Najib dan timbalan nye telah berjaya meletak kan kedudukan ekonomi dan ke amanan negara di tahap yang sangat cemerlang.

Jika kita berfikiran waras, cube le fikir baik2 ape yang kerajaan tidak bantu rakyat? Rakyat yang dah hidup senang dan mewah tu memang le dah ramai, yang tidak bernasib baik hidup susah tu tidak pernah di lupekan dan di abaikan, mereke ni semuanye sentiasa mendapat bantuan dari kerajaan BN yang sangat perihatin tentang kehidupan rakyat nye.

Sebenar nye memang tidak pernah ujud rakyat di Malaysia yang dah mati kebuluran atau yang tinggal di bawah kolong. Memang susah nak cari rakyat yang benar2 hidup nye merempat seperti di negara2 jiran kite. Boleh di katakan bahawa kerajaan pimpinan BN sudah lame dari dulu telah mengamalkan sistem negara berkebajikan.

Begitu juge dengan cara pemerintahan nye yang sangat adil dan saksama dalam negara yang berbilang kaum. Tal kira apa agama, bangsa dan keturunan semua nye akan di bantu jikasekiran mereka memerlukan bantuan. Mereka2 ni semuanye tidak pernah di abaikan oleh kerajaan BN yang sangat adil dan saksama ni.

Sekarang dah terbukti dengan nyata bahawa bloggers dari pencacai2 Pakatan Rakyat sudah tidak ade modal lagi mau hentam kerajaan. Modal2 yang boleh mereka jadi kan isu cume perkara yang remeh temeh yang tidak ade kene mengene dengan keselesaan hidup rakyat.

Modal2 yang tinggal cume memfitnah pemimpin kerajaan BN sahaja. Malang nye rakyat sudah bijak memilih yang mane kaca dan yang mana intan. Fitnah2 yang mereka pos kan dalam blog2 mereka ni sebenaenye sudah basi dan ketinggalan zaman. Ianye sedikit pun tidak akan menjejaskan keutuhan pemimpin kerajaan BN.

Bagi bloggers2 pencacai PR yang sudah mule sedar, mereka dah mule berundur sedikit demi sedikit, ade yang up-date semimggu sekali atau sebulan sekali sahaja, ade juge yang selalu up-date dengan posting yang berbentuk 'non-political' sahaja. Paling malang ada yang dah tutup terus blog nye.

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 17 May 2012 09:24 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


PERANGAI SELEBET ORANG PAS. BELAKANG HENTAM DEPAN MAKAN.

Posted: 17 May 2012 08:00 PM PDT

SELAMAT DATANG KE SELANGOR..

Posted: 17 May 2012 06:00 PM PDT

TOLAK IRSHAD MANJI !

Posted: 17 May 2012 03:09 PM PDT

MALAM NI ADA CERAMAH.

Posted: 17 May 2012 02:41 PM PDT

TUNKU AZIZ DAN HASAN ALI MANGSA POLITIK BARU.

Posted: 17 May 2012 03:30 AM PDT

RAFIZI RAMLI BOLEH/ BAKAL TERIMA TINDAKAN MALAYSIAN INSTITUTE OF ACCOUNTANTS (MIA)

Posted: 17 May 2012 12:00 AM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 17 May 2012 09:19 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Air Percuma : Selangor Mungkir Janji #ReturnSgor

Posted: 17 May 2012 08:00 PM PDT




Ramai Anak Orang PAS & PKR Akan Makan Duit #PTPTN Lepas Ini

Posted: 17 May 2012 06:00 PM PDT










Tun Mahathir : Majlis Peguam Bukan Pertubuhan Politik

Posted: 17 May 2012 05:00 PM PDT


Irene Fernandez : Tiada Kerja Lain, Hanya Memburukkan Nama Negara

Posted: 17 May 2012 04:00 PM PDT


Bekas Pemandu Zahid Rafik Seorang Penipu

Posted: 17 May 2012 09:30 AM PDT




PETALING JAYA: Actress Zahida Mohamed Rafik, who was linked to a federal minister, has denied a fresh round of allegations from her former driver.

In denying the allegations, she maintained that she never knew Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Shafie Apdal and branded former driver Noor Azman Azemi a "liar".

"I want to know what else he will be lying about again. Of course, they are all not true.

"I can't say much, so let my lawyers handle it. Let's just wait," she said when asked about the claims in an interview.

In a press conference organised by PKR yesterday, Noor Azman, 38, claimed that his relationship with the actress was strained.

Noor Azman had claimed in a police report that Shafie and Zahida had an intimate relationship for several years and that he (Noor Azman) was paid by the minister to be the chauffeur of the actress-cum-model.

He claimed that the two would meet at hotels and the minister would pass him cash of between RM100,000 and RM200,000 to be banked into Zahida's account.

Noor Azman, who resigned as Zahida's driver on Feb 29, lodged the report to clear his name after she accused him of absconding with RM200,000.

The minister, who is married to Datin Seri Shuryani Shuaib, with whom he has six children, has said there was no truth in the report made by Noor Azman and has threatened legal action.

Zahida's lawyers have sent both Noor Azman and PKR Wanita chief Zuraida Kamaruddin a letter of demand claiming defamation.

Mari Lihat Wajah AJK PAS Tidak Tahu Malu

Posted: 17 May 2012 08:30 AM PDT


Tuduh macam macam pada kerajaan. Namun bila sampai kepada pemberian durian runtuh mereka dulu yang tampil ke hadapan. Apa sudah jadi ini? Apakah Nik Aziz tidak beri cukup makan?

Guan Eng Hipokrit & Tawar Rasuah

Posted: 17 May 2012 07:48 AM PDT



Teresa Kok Tuduh Tunku Aziz Emosi Untuk Tutup Cerita Rasuah RM50k

Posted: 17 May 2012 06:42 AM PDT



Emosional? Memang kenyataan itu tidak tepat dan berbentuk diversion untuk menjawab prinsip yang dipegang oleh Tunku Aziz. DAP sebenarnya yang emosional bila mahu merasuah Tunku Aziz RM50,000 sebulan untuk jawatan felo di sebuah institut supaya Tunku Aziz kekal dalam DAP. 

Nampaknya, selepas BERSIH 3, ramai kumpulan atas pagar akan muncul kerana kumpulan ini adalah mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakan pakatan pembangkang membuat tindakan ganas ketika BERSIH. Ini petanda pakatan akan hilang banyak kerusi dalam PRU13 nanti. 

Video Tun Mahathir Untuk Ambiga

Posted: 16 May 2012 10:00 PM PDT

r b f

Posted: 17 May 2012 07:27 PM PDT

r b f


Umno dan Pas Tidak Akan Bersatu Selagi Nik Aziz Masih Hidup

Posted: 16 May 2012 09:15 PM PDT

Sebagai seorang yang beragama islam kita suka jika agama dan kaum kita kuat serta bersatu padu. Di Malaysia umat islam dah berpecah belah sejak tahun 1951. Puncanya kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad  kalah menentang  Tunku bagi merebut jawatan YDP Umno.

Bertitik tolak dari situlah tertubuhnya Pas dan Pas mendapat sokongan yang baik dari penjajah kerana mereka tidak mahu melihat melayu bersatu padu dibawah Umno kerana boleh menyusahkan kerja mereka. Dengan adanya Pas maka melayu akan berpecah belah.

Tertubuhnya Pas kerana dendam terhadap Umno , dan dendam itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Dimana ada Umno disitu akan ada Pas. Dimana ada Pas disitu masyarakat akan berpecah belah. 

Kafir mengkafir , syurga neraka, sembahyang dua iman , memulau kenduri, tidak makan sembelihan, kerjasama dengan syaitan, doa pecah perut dan  hinggalah ke tahap ada pasangan yang dinikahkan semula, semuanya Pas lakukan kerana dendam serta bencinya kepada Umno. 

Kepala kepada segala pembencian Pas kepada Umno tidak lain tidak bukan adalah Nik Aziz. 

Tahun 1973 Datuk Asri membawa Pas menyertai BN.   Dalam tempoh Pas berada dalam BN Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. 

Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli  Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan PAS-UMNO. Nik Aziz pada masa itu selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat antara yang mendesak supaya Datuk Asri lepaskan jawatan dalam Pas. Akhirnya Datuk Asri lepaskan juga jawatan YDP Pas pada 1982. 

Nik Aziz sering mengatakan Pas serik untuk berkerjasama dengan BN atau Umno kerana pernah ditipu sebelum ini. Itu semua adalah pembohongan beliau. Selanjutnya anda baca di sini.

Hari ini Pas berada dalam keadaan yang lemah dan sangat-sangat lemah selepas rusuhan bersih 28 April dan juga ketika PRU semakin dekat. Tiba-tiba semalam Nik Aziz mengeluarkan kenyataan Pas sedia bermuzakarah dengan Umno.

Pelik atau tidak ?

Adakah anda ingat kenyataan Nik Aziz itu ikhlas ?

Kita harus ingat walaupun Nik Aziz dijulang sebagai ulama dan tok guru tetapi dalam masa yang sama beliau adalah political animal. 

Dalam ramai-ramai ahli politik yang ada di Malaysia, Nik Aziz adalah salah seorang ahli politik yang pintar. Sepanjang karier politiknya beliau telah bertanding 11 kali dalam pilihanraya sejak 1967 dan tidak pernah kalah. Bertahan sebagai seorang MB yang tidak membawa sebarang kemajuan kepada negeri selama 22 tahun. 

Bagaimana cara beliau bertahan atau strategi yang digunakan ? 

Guna agama, doa, munajat , sembahyang hajat, hudud, ayat quran , hadis , air tawar, air zam-zam , kismis dan tidak lupa juga syurga serta neraka. 

Sesekali saya pernah terfikir yang ada kalanya Anwar Ibrahim seratus kali lebih baik dari Nik Aziz dan Pas walaupun Anwar seorang peliwat. Anwar tahu dia buat dan dia salah, sebab itu didesak macamana sekali pun dia tidak berani untuk bersumpah dengan nama Allah kerana dia takut.  Berbeza dengan Pas, sejak penubuhannya sehinggalah ke hari ini agama dilacurkan secukup-cukupnya oleh mereka untuk kepentingan politik.

Hujan tidak ribut pun tidak tiba-tiba sahaja Nik Aziz hendak bermuzakarah dengan Umno ?

Semuanya untuk menyelamatkan beliau dan Pas....

22 Tun dan 22 tahun Nik Aziz. Apa sumbangan mereka ?
Seperti yang saya katakan diatas , Pas hari ini berada dalam keadaan yang cukup-cukup lemah untuk berhadapan dengan PRU yang akan diadakan bila-bila masa. 

Mereka tahu mereka akan kalah teruk kali ini. Orang-orang melayu sudah tolak mereka termasuklah di Kelantan. Yang tinggal hanya penyokong-penyokong totok mereka yang telah dibutakan hati dan dipekakkan telinga. 

Atas sebab itulah tiba-tiba Nik Aziz bersuara untuk bermuzakarah dengan Umno bagi menunjukkan keterbukaan mereka untuk menyejukkan hati orang-orang melayu dan seterusnya boleh membuatkan orang-orang melayu lembut terhadap merekabagi menghadapi PRU.

Sebelum ini telah beberapa kali Pas menolak Umno dengan angkuh dan sombong dan lebih rela bekerjasama dengan DAP. Hari ini tiba-tiba mereka teringatkan Umno. Janganlah Umno teruja dan terperangkap dengan mainan politik Nik Aziz. 

Sebagai seorang islam , kita suka penyatuan, kita suka perpaduan dan kita suka bila kita kuat. Tapi bolehkah Umno dan Pas bersatu selagi musuh Umno nombor wahid , Nik Aziz masih hidup ? 

Ianya boleh dilaksanakan sekiranya bubar Umno dan bubar Pas, bersatu atas nama lain. Tetapi sekiranya nak bersatu atas nama Umno dan Pas disaat Nik Aziz masih hidup, lupakanlah. Tunggulah dia mati dulu...

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 17 May 2012 03:21 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


KENYATAAN PALING RASIS DAN KORUP!!!

Posted: 16 May 2012 06:41 PM PDT

Manusia transparen, berintegriti dan bersih seperti Tunku Aziz pun DAP cuba sogok wang dan jawatan. 

Tunku Aziz masuk DAP di atas faktor yang pada anggapannya DAP, adalah parti yang memiliki segala kriteria ini dan sebab itu beliau menjadi melayu terdidik pertama yang mengiktiraf DAP sebagai parti yang mampu mentadbir dengan amalan demokratik, integriti, transparen dan bersih dari rasuah serta profesional.

Akhirnya apabila terkena batang hidung sendiri barulah beliau tahu siapa DAP.

Tunku Aziz orangnya straight forward. Dalam tubuhnya tiada darah politik dan beliau tidak pandai main politik. Kemasukannya dalam DAP bukan di atas sebab politik sangat tapi lebih kepada sebab-sebab seperti yang disebut di atas.

Apabila beliau "terkena getah politik", barulah beliau sedar bahawa DAP hanyalah sebuah parti politik yang berkiblatkan kepada kuasa, wang dan kemasyuran.

Walaupun bunyinya rasis, tapi berani saya katakan suburnya budaya rasuah dan judi adalah berpunca dari komuniti perniagaan. Komuniti perniagaan adalah komuniti opportunist yang melihat setiap keadaan boleh dimanipulasi ke arah menambah ekuiti ekonomi.

Kebolehan ini ada pada kaum cina. Bagi kapitalis cina, rasuah dan judi adalah rukun penting kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Komuniti perniagaan cina sanggup menawarkan apa saja termasuk wang, amoi dan pelbagai in kind lain sebagai tukaran kepada kontrak dan projek.

Budaya perniagaan ini datang dari komuniti ekonomi cina sejak turun temurun. Bagi mereka semua ini wajib dilakukan jika mahu maju dalam perniagaan.

Komuniti ekonomi cina ini ada dalam MCA, GERAKAN dan DAP. Adakah kita mahu mengatakan komuniti perniagaan ini hanya ada dalam MCA dan Gerakan? Apakah dalam DAP tidak ada komuniti perniagaan ini? Atau apakah komuniti peniaga cina yang ada dalam DAP terkecuali dari budaya rasuah, judi dan industri turun temurun, perkhidmatan perbekalan amoi?

Pendek kata, komuniti perniagaan cina adalah komuniti pemberi rasuah terbesar, manakala komuniti melayu adalah komuniti penerima rasuah. Jika melayu tidak memegang jawatan strategik dalam jabatan dan agensi kerajaan atau majlis bandaran, tidak ada sebab untuk komuniti pemberi rasuah ini memberi rasuah kepada melayu yang rata-ratanya menjasi kakitangan.

Jika suatu hari nanti jawatan strategik dalam kerajaan dan GLC ini dikawal oleh kaum cina, pasti wang rasuah ini akan berlegar di kalangan kaum cina sahaja. Di Petronas sendiri sudah wujud keadaan ini sejak jawatan penting di Petronas dipegang oleh kaum cina.

Ini adalah realiti. Jangan nak nafi-nafi.

Di sinilah Tunku Aziz gagal membuat penilaian. Beliau fikir dalam DAP tidak ada keturunan cina yang meniaga. Dia ingat dalam DAP hanya ada cina yang punya integriti luar biasa, trasparen dan bebas dari rasuah. 

Dia ingat cina DAP tidak ada syarikat hartanah besar yang akan memberi rasuah kepada YDP, SU, pegawai pelesenan bagi tujuan kelulusan tanah untuk pembangunan.

Tunku Aziz ingat, dalam DAP tidak ada towkey yang berniaga rumah urut dan pusat judi yang akan memberi rasuah keoada pegawai pelesenan dan penguatkuasa yang akan dirasuah untuk melindungi perniagaan rumah urut dan industri amoinya.

Jadi, DAP janganlah mendabik dada dan cuba memonopoli imej transparensi, integriti dan sifar rasuah menjadi hak cipta terpelihara DAP. Jangan nak temberang dan cuba mengalihkan segala budaya rasuah, judi dan betina kepada melayu UMNO. 

Peniaga Cina dalam DAP, MCA dan Gerakanlah yang telah menjaei penyumbang terbesar kepada industri rasuah negara. 

Jika rasuah dalam ekonomi negara ini berjumlah puluhan billion setahun seperti yang sering disebut dalam ceramah DAP, maka jika dipecahkan kepada peratusan pegangan ekuiti ekonomi, pegangan rasuah komuniti cina di negara ini berada di sekitar lebih 50%. Pegangan rasuah Melayu masih berada ditakuk lama sekitar 20%. Bakinya dipegang oleh India dan lain-lain termasuk pegangan asing.

Tidak mungkin adat resam turun temurun dalam mengendalikan perniagaan dan ekonomi di kalangan masyarakat cina di Penang bertukar 180 darjah kepada pendekatan ekonomi Umar Abd Aziz sebaik saja Guan Eng mentadbir Penang.

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 17 May 2012 03:05 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Sangat Merbahaya..! Nik Aziz Adalah POLITICAL ANIMAL....

Posted: 17 May 2012 04:55 AM PDT

Sebagai seorang yang beragama islam kita suka jika agama dan kaum kita kuat serta bersatu padu. Di Malaysia umat islam dah berpecah belah sejak tahun 1951. Puncanya kerana Ustaz Haji Ahmad Fuad kalah menentang Datuk Onn Jaafar bagi merebut jawatan YDP Umno.

Bertitik tolak dari situlah tertubuhnya Pas dan Pas mendapat sokongan yang baik dari penjajah kerana mereka tidak mahu melihat melayu bersatu padu dibawah Umno kerana boleh menyusahkan kerja mereka. Dengan adanya Pas maka melayu akan berpecah belah.

Tertubuhnya Pas kerana dendam terhadap Umno , dan dendam itu terbawa-bawa sehingga ke hari ini. Dimana ada Umno disitu akan ada Pas. Dimana ada Pas disitu masyarakat akan berpecah belah.

Kafir mengkafir , syurga neraka, sembahyang dua iman , memulau kenduri, tidak makan sembelihan, kerjasama dengan syaitan, doa pecah perut dan hinggalah ke tahap ada pasangan yang dinikahkan semula, semuanya Pas lakukan kerana dendam serta bencinya kepada Umno.

Kepala kepada segala pembencian Pas kepada Umno tidak lain tidak bukan adalah Nik Aziz.

Tahun 1973 Datuk Asri membawa Pas menyertai BN. Dalam tempoh Pas berada dalam BN Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan.

Hakikatnya spekulasi dan tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan ahli-ahli Pas yang tidak berpuashati dengan perpaduan PAS-UMNO. Nik Aziz pada masa itu selaku Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama Pas Pusat antara yang mendesak supaya Datuk Asri lepaskan jawatan dalam Pas. Akhirnya Datuk Asri lepaskan juga jawatan YDP Pas pada 1982.

Nik Aziz sering mengatakan Pas serik untuk berkerjasama dengan BN atau Umno kerana pernah ditipu sebelum ini. Itu semua adalah pembohongan beliau.

Baca seterusnya...., klik SINI

Video Klip Rosmah Nyanyi Lagu Wonder Girls... Nobody Nobody But You...!!

Posted: 17 May 2012 12:03 AM PDT



Masa Depan Politik Datuk Seri Shafie Apdal Semakin Pudar....!!

Posted: 16 May 2012 06:28 PM PDT

Bekas pemandu kepada pelakon Zahida Rafik hari ini tampil mendakwa bahawa beliau pernah menemani aktres itu untuk memasukkan duit berjumlah RM1 juta yang didakwa diberikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Shafie Apdal.

Noor Azman Azemi yang muncul kali pertama di khalayak umum berkata berkata jumlah tersebut merupakan jumlah paling tinggi yang pernah dibawa untuk dimasukkan dalam akaun milik Zahida, pada tahun lalu.

"Yang paling rendah sekali RM100,000... saya tak tahu dalam beg ada RM 1juta.

"Bila masuk ke dalam bank, baru saya tahu dalam beg itu, yang saya bawa ada RM1 juta... Itu nilai paling besar pernah saya bawa," katanya sambil mengesahkan ia dibawa masuk ke dalam bank dalam bentuk tunai.


Noor Azman berkata demikian menjawab soalan pemberita berhubung nilai transaksi yang paling maksimum pernah dimasukkan ke dalam akuan pelakon tersebut.

Noor Azman (gambar, kiri) menjadi perhatian selepas membuat laporan polis pada 13 Mac sebagai reaksi atas dakwaan beliau melarikan diri dengan wang Zahida sebanyak RM200,000.

Laporan polis itu didedahkan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin pada 18 April. Zahida dan Shafie bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan akan mengambil tindakan undang-undang.

Bercakap dalam sidang media di Petaling Jaya pagi ini, Noor Azman berkata transaksi tersebut berlaku pada tahun lalu.

Noor Azman berkata sepanjang tiga tahun bekerja beliau selalu membawa pelakon jelita itu untuk memasukkan duit yang didakwanya daripada Shafie ke dalam bank.

"Saya tidak pernah membawa duit itu, sendiri... Saya membawa dengan Zahida Rafik sekali. Saya tidak akan dibenarkan membawa duit, sendiri," katanya.

Ditanya sama ada beliau mempunyai sebarang masalah dengan Zahida itu, Noor Azman berkata sebelum meletak jawatan beliau mempunyai "pertelingkahan" ekoran berlakunya sesuatu perkara dan ia dimaklumkan kepada Shafie.

Bagaimanapun, selepas itu beliau meletak jawatan kerana "tidak seronok bekerja" susulan berlakunya perkara itu.

Noor Azman yang juga anggota Pemuda Pandan menegaskan tidak mempunyai "pertelingkahan" dengan Shafie yang juga Naib Presiden parti itu sekalipun sudah lama tidak menghubungi pemimpin itu.

Turut hadir dalam sidang media itu beberapa pemimpin kanan PKR antaranya Pengerusi Biro Undang-undang PKR Latheefa Koya dan dua Ahli Parlimen PKR Zuraida Kamaruddin (Ampang) dan R Sivarasa (Subang).

Ibu saudara Noor Azman yang juga penyanyi terkenal tahun 1980-an, Dayangku Intan serta suaminya turut hadir dalam sidang media tersebut.

Malaysiakini telah menghantar SMS kepada Zahida dan tweet kepada Shafie bagi mendapatkan reaksi mereka terhadap dakwaan tersebut.

Bagaimanapun, setakat berita ini dikemaskini, Malaysiakini masih belum menerima sebarang jawapan.

Abdul Rahim Sabri - Malaysiakini

BERANI MEMBUAT PILIHAN...

Posted: 17 May 2012 03:02 PM PDT

BERANI MEMBUAT PILIHAN...


Astagfirullah...Malik Itik lepas tangan, jenazah muaalaf dibiarkan ditokong!

Posted: 17 May 2012 10:45 AM PDT

Sebentar tadi telah diadakan sidang akhbar tergempar bertempat di Masjid Bandar Baru Air Itam, Pulau Pinang. Isunya sangat besar yang pasti menyentak perasaan seluruh umat Islam negara ini tidak kira ideologi politik.

Isunya ialah mengenai kesangsian yang berlaku terhadap satu jenazah yang sedang berada bersama dengan keluarga beliau menjalani upacara kematian mengikut cara kaum Cina.

Yang menimbulkan ketegangan dan kesangsian ialah Malik Kassim, Exco Agama Pulau Pinang merangkap YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang didakwa mengatakan bahawa jenazah itu adalah seorang Mualaf!

Tetapi yang hairannya ialah sebagai pemimpin yang diamanahkan menjaga hal ehwal agama Islam, Malik Kassim didakwa lepas tangan dan membiarkan sahaja jenazah mualaf itu menjalani upacara kematian kaum cina.

Hari ini adalah hari ke-4 jenazah itu berada bersama keluarga bukan Islam beliau tetapi Malik Kassim seolah-olah tidak berbuat apa-apa untut menuntut jenazah tersebut dan dikebumikan dengan segera mengikut syarak Islam.

Ketidakefesienan Malik Kassim itu turut menimbulkan tandatanya kepada keluarga bukan Islam mualaf tersebut yang sebelum ini mahukan pengesahan sah seperti yang dikatakan oleh Malik Kassim.

Sambung baca di MiM

(Gambar) Shah Rukh Khan bikin kecoh di Stadium Kriket, digantung seumur hidup!

Posted: 17 May 2012 09:51 AM PDT

KECOH… bintang filem Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan (kanan) mencetuskan kekecohan dengan para pengawal keselamatan di Stadium Kriket, Wankhede Mumbai, India, Rabu lalu.

Pelakon itu juga diharamkan daripada menjejakkan kaki ke stadium berkenaan seumur hidup kerana melanggar peraturan apabila membawa sekumpulan remaja termasuk anak perempuannya Suhana turun ke padang selepas berlangsungnya satu perlawanan kriket.




Belahan kain Nicole terlalu tinggi, hingga ke paras punggung!

Posted: 17 May 2012 09:45 AM PDT

Nicole sebenarnya mahu menonjolkan dirinya pada tayangan premier filem Man In Black 3. Ini adalah kerana, filem tersebut merupakan filem pertama beliau lakonkan.

Malangnya, mungkin kerana terlalu ghairah mahu menampilkan diri, bekas anggota kumpulan Pussycat Doll ini kelihatan amat kekok berjalan di atas karpet merah.

Ini semuanya berpunya dari pakaian yang dikenakannya pada hari tersebut. Pakaiannya yang terlalu anggun, belahan kain dibawahnya sangat tinggi, sedikit lagi sampai pada paras punggung.

Akibatnya, Nicole terpaksa menggunakan tangannya untuk menutup kain belahannya itu ketika berjalan. Kalau tidak dikawal, mungkin peminat-peminat dapat melihat seluar dalam Nicole pada hari itu.
(Itu pun kalau dia pakai...)
 Trailer Men In Black 3

Nik Aziz melatah muzakarah - Ada Udang di Sebalik Mee...

Posted: 17 May 2012 08:15 AM PDT

Baru-baru ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat membuat satu kenyataan media yang menjelaskan bahawa parti pimpinannya sedia untuk bermuzakarah dengan UMNO, Majlis Fatwa Kebangsaan atau siapa saja berkenaan sesuatu yang melibatkan PAS.

Kenyataan itu dibuat oleh Nik Aziz ekoran kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang mendakwa PAS sekian lama mempergunakan nama Islam demi kepentingan kuasa politik dan meminta Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bermuzakarah bagi membincangkan kedudukan perkataan "Islam" yang ada pada nama parti itu.

Maksdunya, dalam cadangan Mufti Perak itu, beliau hanya meminta Majlis Fatwa bermuzakarah sesama jawatankuasanya dan tidak ada pun timbul soal PAS diajak bermuzakarah bersama.

Jadi, apahalnya pula Nik Aziz tiba-tiba memberikan kenyataan PAS bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO atau mana-mana pihak? Kenapa tiba-tiba keluar nama UMNO? Tan Sri Harussani ada sebut nama UMNO, kah?

Latah Nik Aziz yang tiba-tiba menyebut nama UMNO dan membabitkannya dengan 'muzakarah' membuatkan saya tertanya-tanya mengenai respon luar biasanya itu. Dan saya mengambil keputusan untuk menghubungi beberapa sumber yang rapat dengan pemimpin PAS di Kedah.

Menurut sumber yang dikenal pasti pro – Harun Din, kenyataan Nik Aziz itu dikatakan berdasarkan kesedaran Mursyidul Am itu mengenai penurunan drastik sokongan umat Islam kepada PAS sejak bersekutu dengan PKR dan DAP.

Menurutnya, ramai akar umbi khususnya dari golongan anak muda dan penyokong PAS mempersoalkan hubungan parti itu dengan PKR dan DAP yang dilihat seolah-olah tidak ikhlas dan tidak ada titik persamaan.

Dalam ertikata lain, mereka tidak puas hati melihat dasar-dasar PAS dipijak sewenang-wenangnya oleh PKR dan DAP, malah para penyokongnya pula seolah-olah dipergunakan seperti 'kuli kang' dan ada kalanya mereka disuruh melakukan sesuatu yang tidak masuk akal!

Bila ditanya tentang apa yang dimaksudkan tidak masuk akal itu, sumber itu memberikan contoh "menafikan video-video seks Anwar yang memang benar lelaki itu adalah Anwar"!

Justeru katanya, melihat PAS semakin kurang sokongan umat Islam yang beralih menyokong BN kerana yakin pada kepimpinan Najib, Nik Aziz yang "baru sedar di anak tirikan" PKR dan DAP itu melihat gabungan Pakatan Haram tidak menguntungkan PAS sama sekali.

Justeru itu, katanya berkemungkinan besar 'latah muzakarah' Nik Aziz itu dibuat akibat untuk mencuba nasib, manalah tahu jika UMNO sudi berbincang dengan PAS untuk membentuk kerjasama sebagaimana yang dicadangkan pada 4 tahun lalu.

Beberapa sumber lain yang rapat dengan kepimpinan Azizan, Nasharuddin Mat Isa, Nasrudin Hasan dan Harun Taib juga memberikan pandangan yang lebih kurang sama dengan pendapat tersebut.

Salah seorang dari mereka turut menambah bahawa PAS benar-benar marah tentang pembahagian kerusi DUN dan Parlimen di antara parti Pakatan Haram kerana PKR dan DAP cuba mencuri banyak kerusi-kerusi PAS di beberapa buah negeri, khususnya di Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Mereka melihat, sekiranya PAS bekerjasama dengan UMNO, bukan setakat kerusi, malah "meja" di Putrajaya pun mungkin akan PAS perolehi!

Begitu rupanya… Maksudnya Nik Aziz, ada "udang di sebalik batu"..?

Saya sebenarnya tak kisahlah jika benar PAS mahu bekerjasama dengan UMNO/BN. Cuma, jika mahu bekerjasama dengan UMNO/BN, maka kenalah ikut gaya dan corak UMNO/BN. Kalau PAS boleh terima gaya kafir harbi dan agen Yahudi, mengapa tidak boleh terima cara UMNO/BN yang lebih Islamik, kan?

Saya sebenarnya juga tidak kisah untuk PAS bersatu dengan UMNO/BN jika mereka benar-benar ikhlas. Apatah lagi, saya memang mengimpikan perpaduan di kalangan umat Islam di negara ini. Perpaduan umat Islam di negara ini lebih penting dan itulah yang sangat-sangat ditakuti oleh DAP dan PKR.

Meskipun begitu, jika benar Nik Aziz mahu bersemuka dan bermuzakarah, rasanya tak payah umum secara terbuka. Ajak saja Hadi Awang, Harun Din dan Harun Taib ke rumah Datuk Seri Najib. Tak payah bawa Mat Sabu atau Mahfuz, mereka tak relevan…

Saya percaya, Najib mampu berbuat sesuatu untuk menyatupadukan ummah. Jika beliau boleh menggerakkan transformasi negara, perpaduan umat Islam juga boleh dilihat sebagai program transformasi ummah, bukan?

Justeru, tak payah kecoh-kecoh di media secara terbuka. Buat diam-diam pun tak mengapa. Selepas itu, biar kita sama-sama lihat bagaimana Anwar terkangkang menangis berguling-guling kerana cita-citanya memperkudakan PAS untuk jadi Perdana Menteri gagal ditengah jalan!

mykmu

(Video) Kemalangan ngeri Ferrari 599 GTO rempuh teksi di Singapura

Posted: 17 May 2012 07:18 AM PDT

Klip video yang menunjukkan bagaimana sebuah kereta Ferrari dengan kelajuan melebihi 180km/j telah melanggar sebuah teksi di sini lalu mengorbankan pemandunya telah mencapai 1.4 juta hits dalam laman YouTube.

Bagaimanapun pemeriksaan mStar Online pada jam 7.30 malam Khamis mendapati, klip video berkenaan telah pun dikeluarkan dari laman tersebut.

Kemalangan itu telah mendapat perhatian ramai termasuklah Kerajaan Republik Rakyat China yang mana pemandu Ferrari tersebut adalah warganya malah Perdana Menteri Singapura tidak terlepas daripada turut memberi komen serta reaksi.

Kerajaan China menerusi kedutaannya di Singapura pada Rabu mengeluarkan kenyataan menyeru warganya agar menghormati undang-undang negara lain.

"Kami benar-benar berasa sedih dengan apa yang berlaku," kata Setiausaha Pertama Kedutaan, Wen Penghui.

"Dan kami juga berharap semua warga kami yang menetap dan bekerja di republik ini menghormati nyawa, nilai dan keselamatan orang lain, mematuhi undang-undang dan hidup dengan penuh tanggungjawab dan bersopan," kata setiausaha itu lagi.

Para pekerja asing dari China di Singapura telah menjadi subjek kritikan daripada warganegara itu ekoran kejadian menyayat hati yang berlaku di awal pagi Sabtu lalu.

Pemandu kereta Ferrari berkenaan adalah seorang warganegara China berusia 31 tahun bernama Ma Chi yang bekerja di Singapura telah memecut keretanya dalam kelajuan yang sangat tinggi lalu menghentam sebuah teksi yang membawa seorang penumpang warga Jepun.

Kesemua mereka terbunuh dalam kemalangan berkenaan.

Klip video yang merakamkan insiden itu telah diambil dari sebuah teksi lain yang sedang berhenti di simpang empat ketika lampu isyarat merah.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut memberi reaksi di dalam laman Facebooknya.

Beliau menyeru warga Singapura agar tidak menjadikan kejadian itu sebagai sebab untuk melepaskan kemarahan kepada warga asing yang bekerja di republik itu.

Akibat daripada kemalangan itu, Ma terbunuh serta merta di tempat kejadian manakala penumpang teksi berkenaan seorang wanita warga Jepun berusia 41 tahun meninggal dunia dua jam kemudian di hospital.

Pemandu teksi berusia 52 tahun itu pula meninggal dunia sehari kemudian.

PAS bukan saja pandai tabur fitnah, janji kosong pun pandai juga

Posted: 17 May 2012 06:32 AM PDT

KOTA BAHARU 17 Mei - Kerajaan Kelantan pimpinan PAS kini terus beretorik dengan mengumumkan beberapa projek mega menjelang pilihan raya umum ke-13 ini semata-mata untuk mengaburi mata rakyat kononnya kerajaan negeri turut mengutamakan pembangunan.

Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata kerajaann negeri itu sepatutnya merasa malu dengan kegagalan melunaskan janji-janji lama seperti jambatan merentangi Sungai Kelantan antara Kampung Cina di sini ke Palekbang di Tumpat pada 1996 dan membina Pasar Baru Pasir Mas yang dijanjikan pada 2005.

"Mana janji-janji yang mahu membina projek-projek itu dan Umno tidak hairan PAS kembalim menabur janji-janji baru menjelang pilihan raya umum ini," katanya kepada pemberita selepasnMerasmikan Herbs and Beauty Fest 2012 di perkarangan Kompleks Mara di sini, hari ini.

Mohd Fatmi mengulas beberapa pengumuman kerajaan negeri mengenai projek mega seperti pembinaan stadium di Pasir Puteh dan pembinaan lebuh raya tanpa tol pertama di Kelantan menghubungkan Kota Baharu-Kuala Krai yang membabitkan peruntukan berbilion ringgit.

Beliau berkata pada pilihan raya umum lepas juga kerajaan negeri turut mengedarkan borang bagi rakyat mendapatkan rumah kos rendah namun selepas tamat pilihan raya dan PAS kembali menguasai Kelantan segala janji itu tidak pernah ditunaikan.

"Saya percaya perkara yang sama akan berlaku lagi dan rakyat akan menyaksikan satu lagi janjinpalsu yang pasti tidak akan ditunaikan," katanya.

Mohd Fatmi juga berharap Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kembalimmemainkan peranan dalam memajukan Kelantan yang dilihat tidak bermaya dalam memacu pembangunan di negeri itu.

"Rakyat Kelantan tidak tahu apa peranan PKINK sekarang yang dilihat lesu dan senyap. Kembalilah kepada peranan asal untuk terus merangsang ekonomi di Kelantan," katanya.

BERNAMA
posted from Bloggeroid

Akta pekerja asing mungkin diwujudkan

Posted: 17 May 2012 06:08 AM PDT

JAKARTA: Malaysia akan meneroka kemungkinan terhadap keperluan mengadakan sebuah akta pekerja asing bagi menguruskan pekerja asing dalam negara, yang kini mencapai angka 4 juta orang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, dengan jumlah pekerja asing yang pada masa ini mewakili lebih daripada 10 peratus penduduk negara, pengurusan mereka tidak lagi boleh dibuat secara ad hoc.

"Saya secara peribadi percaya bahawa kita perlu ada (akta pekerja asing). Sekarang kita menangani isu-isu apabila ia berlaku sahaja," katanya ketika ditemui di sini Khamis.

Mohamed Nazri yang mengetuai delegasi Kesatuan Antara Parlimen Malaysia dalam lawatan tiga hari ke sini mulai Rabu, sebelum itu menemui Ketua Majlis Pemesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia, Taufik Kiemas di kediamannya di Menteng,Jakarta Pusat.

Turut serta dalam rombongan beliau ialah Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ronald Kiandee dan anggota Parlimen Balik Pulau, Mohd Yusmadi Mohd Yusoff.

Mohamed Nazri yang juga menteri yang bertanggungjawab terhadap Parlimen dan undang-undang berkata pada masa ini Malaysia tidak lagi bercakap hanya tentang pekerja Indonesia tetapi tentang pekerja asing yang juga datang dari beberapanegara lain.

"Jadi kita mesti melihat pengalaman negara lain seperti negara-negara teluk di mana bilangan pekerja asing lebih ramai daripada penduduk tempatan, itu semua kita tengok," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melawat Emiriyah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini telah menyatakan bahawa Malaysia sedang meneliti undang-undang pekerja asing di negara itu sama ada ia sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.

Rakyat UAE pada masa ini berjumlah kira-kira 1.2 juta orang manakala pekerja asing pula telah mencapai angka lima juta orang, manakala di Indonesia pula yang banyak menghantar tenaga kerja ke luar negara mempunyai undang-undang tentang bagaimana
menguruskan pekerja mereka di luar negara.

Mohamed Nazri berkata, penyelesaian masalah pekerja asing seperti mengadakan peraturan gaji minimum tetapi tidak melibatkan pembantu rumah dalam senarai, merupakan peraturan yang bersifat diskriminasi.

Katanya, peraturan gaji minimum harus melibatkan semua jenis pekerjaan dan tidak boleh bersifat diskriminasi.

Menteri itu berkata, Kaukus Parlimen Malaysia Indonesia (KPMI) yang disepakati penubuhannya oleh kedua-dua negara, akan antara lainnya membincangkan tentang keperluan mengadakan undang-undang untuk pekerja asing itu.

Beliau percaya KPMI juga akan dapat memainkan peranan yang berkesan untuk merapatkan hubungan para anggota Parlimen Malaysia dan Indonesia bagi membincangkan isu-isu dua hala dan isu-isu yang ada kepentingan bersama. - BERNAMA
posted from Bloggeroid

Otot peha koyak, Chef Wan dinasihatkan berehat

Posted: 17 May 2012 05:42 AM PDT

PETALING JAYA: Chef selebriti terkenal Datuk Mohd Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan mengalami kecederaan pada otot paha kanannya selepas tergelincir semasa mengendalikan kelas memasak di Malaysian Women Weekly Cookery Club pada Sabtu lalu.

Chef Wan berkata, kejadian berlaku apabila dia terpijak minyak masak yang tumpah di lantai dan lupa dilapkan oleh pembantunya.

"Kadang-kadang kejadian yang berlaku tanpa kita duga kerana terlalu sibuk fokus pada masakan sehingga terlupa tentang keselamatan.

"Alhamdulillahlah keadaan saya tidak terlalu serius cuma otot pada bahagian paha koyak sedikit akibat kejadian itu dan saya hanya perlu banyak berehat buat masa ini," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, pada Khamis.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, akibat kejadian itu pahanya telah membengkak dan beliau terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan.

"Saya ni seorang yang tidak reti untuk duduk diam dan apabila perlu menggunakan tongkat untuk berjalan saya rasa kekok.

"Tetapi nasihat doktor perlu dipatuhi yang mengarahkan saya supaya perlu berehat selama enam minggu sebelum kembali bekerja," ujarnya.

Mengakui tidak mahu terlalu memanjakan diri yang sakit, Chef Wan memberitahu, dia tetap melakukan pelbagai aktiviti bagi mengelakkan dirinya bosan ketika di rumah.

"Saya banyak membuat menu baru dan beberapa aktiviti lain yang tidak perlu melibatkan pergerakan yang banyak supaya tak bosan," katanya.

Sementara itu, Chef Wan berkata, dia juga terpaksa menyusun semula jadualnya terutama sekali untuk rakaman program masakan bagi bulan Ramadan yang telah dipersetujui sejak awal dan beberapa kemunculan lain di luar negara.

Beliau bernasib baik kerana semua pihak memahami keadaannya kini dan sanggup menukar jadual tersebut sehingga dia pulih sepenuhnya.

Rangka bekas ustazah yang hilang ditemui di sawah

Posted: 17 May 2012 05:13 AM PDT

BACHOK –Misteri kehilangan seorang bekas guru Kelas Fardu Ain (Kafa) bulan lalu terungkai apabila penemuan rangka tulang di batas sawah padi di Kampung Cherang Hangus, di sini, disahkan sebagai wanita terbabit.

Rangka mayat Norhayati Mat Ripin,38, ditemui seorang pemandu mesin padi yang baru sahaja memulakan tugas memesin padi kira- kira jam 12 tengah hari semalam.


Ibu mangsa, Ramlah Mohd Nor,61, berkata, dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dimaklumkan pemandu mesin padi berkenaan.

"Pemandu mesin padi itu pekerja anak makcik, Mohd Ridhuan, 39, yang memiliki mesin padi tersebut.

Selepas menemui rangka dan pakaian mangsa, beliau terus datang ke rumah ini dan memberitahu Mohd Ridhuan.

"Rasanya sudah genap sebulan dia hilang. Kami semua puas mencarinya merata tempat. Rupanya dia hanya berada beberapa meter dari kami selama ini. Makcik reda dengan kejadian yang menimpa ini dan tidak tahu mengapa dia boleh meninggal dunia dalam keadaan sedemikian kerana setahu makcik dia tidak pernah ke seberang sawah sana sebelum ini," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sinar Harian 27 April lalu menyiarkan permintaan Ramlah yang merayu orang ramai membantunya mencari anaknya yang dikatakan hilang selepas menjemur pakaian yang dicuci.

Ramlah berkata berkata, selepas diberitahu penemuan rangka tersebut, anaknya, Mohd Riduan pergi melihat rangka tersebut mengecam pakaian dan selipar yang dipakai arwah ketika hari kehilangannya.

"Makcik tidak mengesyaki apa-apa perbuatan khianat yang berlaku kerana kita tidak nampak apa yang berlaku. Tetapi arwah tidak menghidap penyakit yang membolehkan dia pengsan sendirian atau
sebagainya.

Sebelum ini pun dia sering ke pekan Jelawat dan ke Kota Bharu untuk mengambil ubat sendiri," katanya.

Menurutnya, Norhayati atau mesra disapa Ti itu juga seorang janda yang disahkan menghidap Skizofrenia sejak di tingkatan lima dan masih mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II
(HRPZ II).

Anggota polis dan Forensik yang dikejarkan ke lokasi kejadian terpaksa menaiki mesin padi untuk ke lokasi rangka mayat mangsa memandangkan ia agak jauh dari jalan utama serta keadaan tanah sawah yang baru dituai menyukarkan perjalanan biasa.

"Saya tidak sangka pesanan yang pernah dinyatakan agar tidak mencarinya jika hilang rupanya suatu petanda dia akan pergi selamanya," katanya.

Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Ab Rahim Che Ghani mengesahkan menerima laporan mengenai kes tersebut.
posted from Bloggeroid

Gadis tingkatan dua dakwa dirogol dipondok

Posted: 17 May 2012 04:00 AM PDT

KOTA BHARU - Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol gadis bawah umur di sebuah pondok di sini, Mac lalu.

Mohd Jahari Razmi, 22, dituduh mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan merogol mangsa yang ketika itu berusia 14 tahun tiga bulan.

Berdasarkan pertuduhan, kejadian berlaku di sebuah pondok di kampung tertuduh di Wakaf Mek Zainab di sini, pada jam 10 pagi, 14 Mac.

Mohd Jahari berdepan penjara antara lima dan 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Dia yang diwakili peguam bela, Ahmad Ridhuan Awang mengaku tidak bersalah.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Salam Yusof tidak membenarkan sebarang jaminan dikenakan ke atas tertuduh berikutan dakwaan serius yang dihadapi.

"Sekiranya mahkamah membenarkan jamin, saya mohon jaminan berjumlah RM15,000 dengan syarat tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan saksi-saksi pihak kami," katanya.

Hakim Ahmad Bazli Bahruddin kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kes akan didengar pada 17 Jun depan.

(Video) Padah beromen dikawasan parking kereta!

Posted: 17 May 2012 03:00 AM PDT

Video dibawah menyaksikan sepasang kekasih sedang asyik bercumbu di belakang sebuah kereta.

Aksi panas mereka telah dirakamkan oleh CCTV yang terdapat di kawasan tempat letak kereta tersebut.

Apa yang terjadi selepas itu? Saksikan video dibawah...





Moral of the story, jangan beromen sambil bersandar di kereta...

Biar betul Haji Hadi 'sound' Harun Taib mengenai kenyataan hududnya!

Posted: 17 May 2012 01:00 AM PDT

Sebelum ini, Hadi bertegas tidak akan laksanakan Hudud kerana beberapa syarat tidak dipenuhi.

Kemudian, macam biasa, DAP melalui pemimpin kafirnya bertegas untuk membantah keras pelaksanaan tersebut.

Dan disusuli beberapa pemimpin PAS yang mahukan Hudud tetap dilaksanakan walau apa pun alasannya. Antaranya Datuk Harun Taib. Boleh baca laporannya di SINI.

Harun ingat, dengan tindakannya itu, dapatlah sedikit kredit dari Presiden, sekali Hadi kata itu hanya pandangan peribadi Harun sahaja. Ini bermakna, Hadi tetap dengan pendirian untuk tidak melaksanakan hudud.

KUALA LUMPUR 16 Mei - Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menganggap gesaan Datuk Harun Taib berhubung pelaksanaan hukum hudud bersifat peribadi dan tidak mewakili pandangan parti adalah sesuatu yang mengejutkan.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau sendiri tidak pernah terfikir ulama besar seperti Abdul Hadi boleh melemparkan kenyataan negatif sedemikian terhadap Ketua Dewan Ulama Pas itu.

Jelasnya, ia bukan sahaja menjatuhkan martabat rakan seperjuangan tetapi boleh dilihat sebagai usaha tersembunyi melaga-lagakan kedua-dua pemimpin utama parti berkenaan.

"Saya tersentak membaca ulasan Presiden Pas mengenai gesaan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama Pas berhubung perlaksanaan hudud. Saya benar-benar terkejut dan terus meneliti komen beliau...." - UM

(Gambar) Nazmi Faiz dapat liputan akhbar Portugal

Posted: 17 May 2012 12:31 AM PDT

Nazmi Faiz kini berada di Portugal bagi menjalani sesi pemilihan untuk kelab Beira-Mar. Jika berjaya, beliau mungkin akan diserap untuk skuad bawah 19 tahun kelab tersebut.

Liputan meluas diperolehi oleh beliau di sana apabila beberapa akhbar menyiarkan berita menganai kehadirannya di sana.

(Gambar) Penampilan seksi Fara Fauzana hingga nampak lurah payudara?

Posted: 17 May 2012 12:25 AM PDT

Beberapa blog sekarang hangat mempamerkan foto Fara Fauzana yang agak seksi (diorang la cakap).

Dalam gambar tersebut kelihatan Fara mengenakan kot kecil berwarna merah untuk menutup gaun yang dipakainya.

Mungkin kerana fesyen kot, kot yang dipakainya, terdedah dibahagian dada, manakala gaunnya pula jenis low cut sampai lurah payudaranya.

Mujurlah, Fara Fauzana punya aset bukan macam Pamela Anderson, kalau tidak, ia mungkin terjojol mintak nak keluar.

Tapi ini gambar lama sebenarnya. Foto tersebut diambil ketika Anugerah Bintang Popular 2007. So sekarang, kalau Fara pakai lagi baju tu lagi, ada perubahan tak? Hehehehe..



Budiey.com

Cucu Mat Kilau hentam PAS kerana taksub dengan artis!

Posted: 16 May 2012 11:15 PM PDT

Siapa yang tak kenal dengan Cucu Mat Kilau (CMK). Beliau merupakan blogger pro pembangkang yang banyak menyumbangkan artikel kepada sebuah blog Pahang Daily Online (PDO).

CMK juga bekas calon PKR calon DUN Kemayan yang kemudiaanya keluar dari parti itu. CMK kemudiaanya cuba memohon untuk menjadi ahli PAS dan permohonannya tertangguh sehingga dua tahun!

Difahamkan, beliau kini akhirnya terpaksa bergerak sebagai aktivis bebas gara-gara permohonan untuk menyertai parti itu tergantung hampir dua tahun lamanya.

Malah, paling menyedihkan beliau dikatakan gagal sertai PAS kerana Pakatan Rakyat mempunyai perjanjian bahawa mana-mana ahli yang keluar tidak dibenarkan sertai lain-lain parti dalam Pakatan Rakyat. Sila rujuk SINI

Akhirnya beliau meluahkan rasa hatinya yang terpendam di akaun Facebooknya akibat dari kejelikan melihat PAS kini beria-ia mengangkat artis yang pengetahuan politiknya cetek daripada orang lama yang sedia berkecimpun di dalam dunia politik ini!

Terkadang CMK jd hairan.. Apakah Parti PAS itu mencari populariti dan glamor smata2..

Org yg telah lama berjuang dan konsisten dlm perjuangan "terlalu sukar" utk sertai parti .. hanya kerana mereka tinggalkan parti lain dlm Pakatan Rakyat.

Dekat dua tahun hantar borang keahlian smpai skrg x diproses2..

Tetapi bila ARTIS.. pagi hantar borang.. petang sudah LULUS.. terkadang, belum lulus lagi sudah diusung ceramah sana sini. Apakah ini budaya yg mahu diperkenalkan kpd generasi muda.. Artis lama2 ditarik sertai PAS... Ke mana arahnya para pejuang yg setia dengan perjuangan Islam itu sendiri agaknya.

Jika sokongan org muda digunakan ARTIS, maka apakah kita yakin mereka ikhlas menyokong perjuangan?. Maka itu, berhati2lah dlm membuat tindakan demi masa depan parti itu.. Terkadang kita perlu berani menegur dan menerima teguran... biar pun pahit untuk ditelan..

Inilah yg terjadi kpd CMK sebenarnya.. Jika ini fitnah... lupakan. tp ini kenyataan dan realiti... Jika begitu, lepas ni ramai lagi ARTIS yg dah "merudum" akan diangkat sbgai pejuang dalam PAS.. hanya DECLARE jer...

CMK amat terkilan dgn situasi ini... CMK dah 13 tahun berjuang.. 4 kali cuba utk declare dan hantar borang PAS.. smpai skrg masih tiada jawapan yg pasti.. Beginikah agaknya nasib seorang pejuang rakyat?..

Maka fikirkanlah wahai sahabatku semua....

(Gambar) Ady Putra fail penceraian, Nora Danish dah single, eh! Macam kebetulan pulak ye..

Posted: 16 May 2012 11:00 PM PDT

Aku bukan nak menuduh Nora Danish punca penceraian Ady Putra dan isterinya.

Tapi bila baca berita mengenai pasangan terbabit, Ady Putra ada mengeluh, mungkin kecewa kerana doanya ketika beliau di Mekah nampaknya tidak terkabul.

Bila sebut umrah, baru aku teringat yang dia mengerjakan umrah bersama-sama Nora Danish dan keluarganya.

Nora Danish juga selalu memuat naikkan gambar Ady Putra berdua, bertiga, berseorangan di laman twitter dan facebooknya.

Ada kalanya Nora Danish meletakkan caption Zikir dan Mom, Zikir dan Dhia, di mana, nama-nama tersebut adalah watak-watak lakonan mereka berdua di dalam drama bersiri Tentang Dhia. Dalam lakonan tersebut memang nak kemesraan mereka berdua sebagai suami isteri.




Ini bukan satu tuduhan...cuma cadangan..kalau jadi pun apasalahnya!

Duda dan janda!

PAS mahu letak calon bukan Islam di Sarawak dan Johor

Posted: 16 May 2012 09:44 PM PDT

KUALA LUMPUR: PAS bersetuju meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding di Sarawak dan Johor pada pilihan raya umum ke-13.

Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS Hu Pang Chaw berkata dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Tiram, Johor, dan satu kerusi Parlimen di Sarawak.

"Perkara ini sudah dipersetujui PAS pusat. DHPP memang meminta PAS pusat meletakkan calon dari sayap DHPP di satu kerusi setiap negeri, tidak kira sama ada kerusi Parlimen ataupun DUN.

"Tetapi perkara ini masih dalam peringkat perbincangan. Keputusan akhir bergantung kepada PAS pusat," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

DHPP adalah sayap kepada PAS, yang mewakili penyokong mereka di kalangan bukan Melayu dan bukan Islam.

Hu berkata dalam usaha meletakkan calon dari sayap DHPP, mereka memerlukan strategi bagi memastikan kemenangan kerana tidak ada faedahnya meletakkan calon dari kalangan anggota DHPP kalau tidak menang.

Sebagai contoh, meletakkan calon PAS dari kalangan DHPP di kawasan yang majoriti pengundi orang Melayu akan meletakkan parti itu dalam keadaan sukar untuk mencapai kemenangan, katanya.

Hu berkata senarai calon dari sayap DHPP akan dihantar kepada PAS pusat melalui PAS negeri, dan setakat ini, calon untuk Kedah, Perak, Selangor, Johor dan Sarawak telah dikenal pasti.

Pada pilihan raya umum 2008, PAS meletakkan seorang calon dari kaum India untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Tiram di Johor, dalam kawasan Parlimen Johor Baharu.

Bagaimanapun, calon berkenaan, R Kumutha, tewas kepada Maulizan Bujang dari Barisan Nasional (BN). - BERNAMA

(Video) Aidil Zafuan syok sendiri - Rita Rudaini

Posted: 16 May 2012 07:37 PM PDT

Ini merupakan video rakaman kenyataan penuh Rita Rudaini selepas prosiding ringkas berkaitan isu tuntutan cerai daripada suami, Aidil Zafuan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petang, Shah Alam awal petang semalam yang berakhir dengan penarikan balik tuntutan.

Namun, tuntutan baru timbul daripada pihak plaintif supaya Rita Rudaini kembali taat kepada suami dengan berpindah rumah ke kediaman baru Aidil Zafuan di USJ 1 & ini menimbulkan episod baru dalam kes pergolakan rumahtangga pasangan ini yang sebenarnya sudah bertahun lama.

Rita Rudaini ketika menjawab pertanyaan para media di luar mahkamah menjelaskan yang beliau rasa kelakar dengan tuntutan tersebut & berkata tidak akan memenuhi tuntutan tersebut yang dianggap tidak matang. Video ini berdurasi 14 minit, jangan tidur.



Rotikaya

Khalid Berahim tak kata apa-apa, yang lain pulak sibuk buat kenyataan...boneka jugak la ni!

Posted: 16 May 2012 07:28 PM PDT

MB Khalid masih merahsiakan pendiriannya mengenai penyertaan Selangor untuk mengadakan pilihanraya serentak dengan pusat.

Tapi sebelum itu, penasihatnya sudah menyatakan pendirian untuk tidak ikut sekali pilihanraya yang akan datang.

Apa nak takut, sekarang pun Pakatan sudah sangat yakin dapat menegekalkan momentum kemenangan mereka. Dsh confirm menang pun masih tergagap-gagap nak bagi kenyataan!

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan mendedahkan sama ada Selangor akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bersama jika Kerajaan Pusat membubarkan Parlimen awal.

Khalid berkata, langkah itu salah satu strategi politik seperti digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang masih merahsiakan tarikh sebenar PRU13.

"Pilihan raya negeri ini pasti diadakan, namun sama ada dilakukan bersama Kerajaan Pusat atau tidak, terpulang kepada pihak kami untuk menentukan keputusan tersebut.

"Strategi ini sama seperti tindakan Perdana Menteri untuk tidak menghebahkan tarikh pilihan raya, oleh yang demikian
apabila tiba masanya nanti, kita akan umumkan," katanya kepada media, semalam.

Ketika ditanya berhubung pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed yang menegaskan tarikh
sesuai PRU13 adalah selepas Hari Raya Aidilfitri pada bulan September, beliau berkata, itu bukan pandangan Najib.

"Saya tidak boleh komen tentang itu kerana pandangan itu datang dari bekas perdana menteri," katanya.
Sebelum ini, wujud spekulasi bahawa PRU-13 akan diadakan pada 9 Jun 2012, dan pembubaran parlimen akan berlaku
pada Isnin lalu.

Namun, spekulasi tersebut melesat setelah Najib berlepas ke United Kingdom (UK) Ahad lalu.

Oleh yang demikian timbul pula desas-desus bahawa tarikh paling sesuai bagi PRU13 iaitu pada bulan September, yang
turut dipersetujui oleh Dr Mahathir, semalam atau paling cepat awal Julai.
posted from Bloggeroid

Gadis dicabul selepas pura-pura ditolong...

Posted: 16 May 2012 06:39 PM PDT

PETALING JAYA: Seorang warga asing berpura-pura menolong mengangkat barang sebelum mencabul wanita dibantu dengan meraba payudaranya di dalam lif sebuah pusat beli-belah di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, lelaki itu diberkas pengawal keselamatan keesokannya selepas dikenal pasti mangsa.

Menurut sumber, dalam kejadian jam 4 petang itu wanita berusia 19 tahun itu mengangkut barang menggunakan troli sebelum suspek menawarkan bantuan.

"Pada mulanya, suspek hanya menyentuh tangan mangsa ketika menolak troli masuk ke lif.

Bagaimanapun, sebaik pintu lif terbuka, suspek yang membantu menolak keluar troli terus meraba buah dada mangsa sebelum menutup pintu lif.

"Mangsa yang terkejut cuba menahan pintu lif namun gagal," katanya.




Menurutnya, keesokannya, mangsa pergi ke tempat kerjanya dan terserempak suspek sebelum melaporkan perkara itu kepada pengawal keselamatan.

Ady Putra pulak bercerai dengan isterinya Aida Yusof

Posted: 16 May 2012 05:43 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara ini (perceraian) akan berlaku dalam rumah tangga saya," kata pelakon Ady Putra, 31, yang bercerai dengan isterinya, Aida Yusof.

Ketika dihubungi Harian Metro semalam, pelakon berasal dari Singapura itu mengesahkan dia sudah memfailkan permohonan untuk bercerai di Mahkamah Syariah, di sini, pada 11 Mei lalu.

Menurut Ady, dia tidak mahu bercerita lanjut mengenai perceraiannya itu, tetapi apa yang pasti mereka tiada persefahaman.

"Perpisahan ini bukan mengenai isu tak ada anak atau pun ada orang ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk saya ceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain," katanya.

Ady berkata, dia dan Aida berpisah secara baik dan keputusan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

"Ketika saya pergi mengerjakan umrah, baru-baru ini, saya mohon segala yang terbaik daripada Allah terutama kebahagiaan dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami," katanya.

Metro

Hudud tu hukum la bangang, bukan mainan!

Posted: 16 May 2012 05:28 PM PDT

Hudud mainan politik BN, - Rafizi
PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) mendakwa pendirian pihaknya mengenai pelaksanaan hukum hudud tidak pernah berubah, sebaliknya Barisan Nasional (BN) khususnya MIC cuba menjadikannya isu sekarang bagi meraih undi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

PR sekali lagi menegaskan bahawa pihaknya akan membuat keputusan mengenai hudud jika menerima persetujuan semua pihak.

Sehubungan itu, Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli berkata, MIC cuba menimbulkan 'kekecohan' dan salah faham di kalangan pengundi memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) bakal diadakan tidak lama lagi.

Keanggotaan PR terdiri daripada PKR, DAP dan Pas.

Rafizi membalas kenyataan Setiausaha Agung MIC, S. Murugessan menyatakan PR harus menyatakan pendirian mereka mengenai pelaksanaan hukum hudud dengan jelas bagi pengundi membuat penilaian dan pendirian.

"Pihak BN mahupun MIC sendiri tidak pernah memandang serius isu hudud ini, mengapa baru sekarang mereka timbulkan isu ini?" soal Rafizi.

"Ini jelas menunjukkan teori yang MIC gunakan mengenai isu hudud ini adalah cubaan untuk meraih undi kaum masyarakat India," kata beliau.

Rafizi juga berkata, keputusan untuk melaksanakan hudud merupakan satu keputusan penting yang perlu difikirkan bersama.

"Pihak kami tidak akan gentar mengenai isu ini kerana sejak 2008, sokongan rakyat terhadap PR dan PKR terus meningkat," jelas beliau lagi.

Malah katanya, rakyat kini semakin memahami dan bijak berfikir untuk membuat keputusan dan pihaknya tidak akan berasa tergugat dengan isu yang ditimbulkan MIC.

"Buktinya, kaum India merupakan kaum yang kedua terbesar keahlian dalam PKR. (Kira-kira) 25 peratus merupakan keahlian di kalangan kaum India manakala Melayu 60 peratus dan selebihnya kaum Cina," katanya lagi.

Majlis Peguam tiada hak tolak Akademi Undang-undang - Nazri

Posted: 16 May 2012 05:18 PM PDT

JAKARTA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata Majlis Peguam tidak berhak langsung untuk menolak cadangan penubuhan Akademi Undang-undang kerana mereka bukan ahli Parlimen yang bercakap mewakili rakyat.

"Majlis Peguam tidak berhak mengatakan tidak dan terpulang kepada kami untuk mengatakan ya dan saya fikir kita perlu mempunyai sebuah akademi undang-undang supaya mereka yang tidak berpersatuan, yang mempunyai latar belakang undang-undang, dapat disatukan di bawah akademi undang-undang," katanya.

Sebagai contoh, katanya pensyarah dan profesor di universiti dalam bidang undang-undang dan penasihat undang-undang di sektor korporat akan dapat berpersatuan dengan adanya Akademi Undang-undang itu nanti.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee yang menolak cadangan kerajaan untuk menubuhkan Akademi Undang-Undang, sebagai alternatif kepada persatuan itu.

Nazri tiba di sini semalam dengan mengetuai delegasi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) Malaysia untuk lawatan tiga hari."Saya nak bagi tau, saya seorang peguam, tak berbangkit soal saya kata nak menutup Majlis Peguam. Saya punya kenyataan itu bersifat politik. Maknanya tindakan mereka itu memalukan," katanya.

Nazri berkata Majlis Peguam mungkin berasa bahawa rakyat bersetuju dengan tindakan mereka."Majlis Peguam perasan. Mereka fikir seluruh rakyat setuju dengan mereka. Apa hak yang mereka ada untuk menolak (penubuhan Akademi Undang-Undang)? Mereka tidak ada kuasa untuk menghentikan kita (kerajaan) menubuhkan akademi," katanya.

Lim dalam kenyataannya kelmarin menyebut bahawa kenyataan Nazri menimbulkan persepsi bahawa cadangan itu dihidupkan semula apabila kerajaan berasa terancam oleh Majlis Peguam yang tidak bersetuju penyalahgunaan kuasa oleh polis pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Menteri itu berkata, tidak timbul soal kerajaan berasa terancam hanya dengan resolusi Majlis Peguam yang mengecam tindakan polis ke atas peserta perhimpunan Bersih 3.0 di ibu negara pada 28 April lalu.

"Kenapa kerajaan perlu berasa terancam? Tidak ada apa-apa ancaman yang dirasakan oleh kerajaan sejak Majlis Peguam ditubuhkan bertahun lamanya. Alhamdulillah kerajaan masih kuat," katanya.

Nazri juga mencabar Majlis Peguam supaya mendaftar pertubuhan itu sebagai parti politik memandangkan fokus badan itu lebih cenderung kepada politik.

Beliau turut mencabar presiden Majlis Peguam supaya bertanding dalam pilihan raya jika mahu mewakili rakyat.

"Saya tawarkan Lim untuk bertanding di Padang Rengas supaya dia boleh bersuara mewakili rakyat," katanya.

- Bernama

(Gambar) Kekasih Syarini, Bubu bermesraan dengan gadis seksi di kelab?

Posted: 16 May 2012 05:00 PM PDT

Rasanya baru sahaja Syahrini membuat kenyataan terbuka yang beliau memang sedang berpacaran dengan seorang jejaka Malaysia dari kerabat Selangor, Raja Mohammad Syazni.

Jejaka tersebut lebih di'kenali dengan nama manja, Bubu dan kurang 48 jam dari pendedahan kisah cinta mereka berdua kini timbul gadis yang di'katakan sebagai orang ketiga.

Sekeping gambar Bubu bersama seorang gadis berimej seksi bernama Virta Rahdania Maladi beraksi mesra mula bertebaran di laman laman hiburan Indonesia & menimbulkan spekulasi.

Gadis tersebut bagaimana pun tampil memberikan penjelasan yang beliau & Bubu baru sahaja berkenalan pada malam gambar itu di'ambil dan hubungan mereka terus akrab.

Menurut Virta Rahdania Maladi, mereka berdua bertemu di Bali dan menghabiskan masa bersama semalaman sebelum berpisah kerana mendakwa Bubu terpaksa pulang ke Malaysia.

Gadis dalam gambar di'sebelah ini yang bekerja sebagai seorang penari bagaimana pun menafikan mempunyai sebarang hubungan istimewa bersama Bubu & pertemuan mereka terjadi sebelum jejaka itu mengenali Syahrini lagi. Jadi, tiada isu Bubu berlaku curang terhadap Syahrini.




Rotikaya

Kenny Daglish tinggalkan Liverpool

Posted: 16 May 2012 04:08 PM PDT

TIDAK sampai seminggu selepas persaingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berakhir, Kenny Dalglish memutuskan untuk meninggalkan jawatan pengurus Liverpool.

Pengurus berusia 61 tahun ini dilaporkan mengambil keputusan melepaskan jawatan pengurus ekoran prestasi kurang memberangsangkan kelab itu pada musim kali ini.

Laporan media menyebut Dalglish mengambil keputusan itu selepas perbincangan dengan pemilik utama Liverpool, John W Henry dan Tom Werner di Boston, semalam.

Kelab itu hanya menduduki tempat kelapan dalam saingan EPL kali ini.

Selain muncul naib juara Piala FA, Liverpool memenangi kejohanan Carling Cup.

Pengurus Wigan, Roberto Martinez dan bekas ketua Liverpool, Rafael Benitez disebut-sebut sebagai calon untuk mengemudi pasukan itu selepas ini.
posted from Bloggeroid

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Posted: 17 May 2012 03:01 PM PDT

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan


Mufti Lapuk VS Ulamak Kulapuk

Posted: 17 May 2012 05:00 AM PDT


Mufti Lapuk VS Ulamak Kulapuk : Mana Lebih Berbahaya??



Kenyataannya disifatkan sebagai 'lapuk' hanya kerana pandangannya tidak memihak kepada perjuangan PAS

Kenyataan Nik Aziz yang mendakwa padangan dan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria disifatkan sebagai 'lapuk' jelas menunjukkan PAS hanya memuji mana-mana individu yang menyokong perjuangan PAS tak kira samaada ianya lari ataupun terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.

Jika sebelum ini PAS beriya-iya memuji Tan Sri Harussani apabila timbul isu 'ancak' yang melibatkan Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir... Kemudian menggelarkan Tan Sri Harussani sebagai 'HARAMSANI' apabila menyelar perjuangan PAS yang terpesong dari Islam...


Apapun, kenyataan lapuk ke... Mufti lapuk ke... Tak kiralah apa yang juak PAS nak katakan pada Tan Sri Harussani, eXception sentiasa menyokong Tan Sri Harussani. Jika hendak dibandingkan dengan Mufti Lapuk, ada bagusnya... Bak kata orang, semakin tua santan, semakin banyak lemaknya... Maksud eXception, semakin meningkat usia kita, maka semakin banyak pengetahuan yang kita ada. Manakala Nik Aziz pula wajar digelarkan sebagai ULAMAK KULAPUK...

Kenapa eXception menggelarkan sedemikian... Sudah resam sifat kulapuk, semakin matang dia menyebarkan spora kulapuk ke tempat lain dan menjangkiti perumah dan merosakkannya... Sebagai contoh roti... Apabila dijangkiti kulapuk, roti sudah menjadi hijau dan rosak, kemudian spora kulapuk akan menjangkiti roti lain dan merosakkannya... Macam Nik Aziz la... Bila berceramah dia meracun dan merosakkan permikiran orang ramai yang mendengar ceramahnya, supaya membenci orang yang tidak menyokong perjuangan PAS...


Ini Bukti Di Tangan Saya Penyelewengan Yang Dilakukan UMNO - Al Juburi

Posted: 17 May 2012 12:00 AM PDT


Al Juburi Tunjuk Bukti Penyelewengan UMNO/BN Dalam Ceramah PAS??



Berikut adalah antara isi kandungan ceramah Al Juburi di dalam sebuah ceramah anjuran PAS...

"Tuan-tuan dan puan-puan sekelian. Di tangan saya ini adalah antara BUKTI penyelewengan-penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO dan BN semasa zaman Mahathir memerintah. Bukti ini antara dokumen rahsia kerajaan yang berkotak-kotak saya simpan"

Waaaahhh... Ada bukti tu... Awat tak fotostat pastu edar kat semua penonton?? At least diorang akan tahu akan kebenaran dokumen tersebut...

Tapi eXception pasti, Al Juburi takkan dedahkan kandungan dokumen di dalam tangannya kerana sebenarnya dokumen tersebut ialah...


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.



Kah kah kah kah kah kah!! Sejak dari tahun 2007 lagi dok dengar mende yang sama... Ada dokumen rahsia kerajaan berkotak-kotak... Keh keh keh keh... Mana dokumen tersebut?? Kih kih kih kih kih!! Ke cuma KOTAK KOSONG jer??




Gambaran Demonstrasi Bersih 4.0

Posted: 16 May 2012 05:00 PM PDT


Gambaran Demonstrasi Bersih 4.0



Inilah gambaran dalam otak eXception, apa yang akan berlaku pada BERSIH 4.0 nanti...

Jika BERSIH 3.0 Pakatan Anak Haram Jadah berjaya mengumpulkan puluhan ribu demonstran...

Jika BERSIH 3.0 mereka menerima dana dari luar...

Inilah akan terjadi apabila BERSIH 4.0 tidak lagi mendapat dana dari luar...

Apa lagi dengan keadaan ekonomi Amerika yang sudah tenat...

Apa lagi bilangan demonstran tak sampai ribuan...

Apa lagi bila RAKYAT sudah BOSAN dengan game play PAKATAN ANAK HARAM JADAH...

Apa lagi demonstran sudah tidak lagi DUDUK DAN BANTAH...

Maka eXception persembahkan...

.


.


.


.


.


.


.


.

BERSIH 4.0 : BARING . TADAH




Aksi demonstran Bersih 4.0 yang berbaring di atas jalan sambil menadah tubuhnya dilenyek tayar lori...





Cucu Tok Selampit

Posted: 17 May 2012 01:47 PM PDT

Cucu Tok Selampit


Countdown Himpunan Belia Negara 2012 - 5 Hari Lagi

Posted: 17 May 2012 08:00 AM PDT


Jangan lupa. 5 hari lagi. Datanglah ke Himpunan Belia Negara 2012. 23 - 27 Mei 2012. Bertempat Di Putrajaya. Banyak pertandingan menarik yang boleh disertai oleh seisi keluarga selain dari persembahan, pertunjukan dan pameran. Antara pertandingan yang dijangka menarik perhatian adalah:







Muzakarah Dengan UMNO, Tajuk Drama Terbaru PAS

Posted: 17 May 2012 12:47 AM PDT



PAS, bila sedar yang dirinya sudah tersepit dan ketinggalan, akan kembali bercakap soal hudud, negara Islam dan muzakarah dengan UMNO. Ini adalah perkara 'alami' dan biasa berlaku bila PAS ada masalah dengan penurunan sokongan. Apatah lagi dalam keadaan sekarang, PAS bukan setakat hilang sokongan rakyat, kedudukkannya dalam Pakatan Rakyat pun semakin mengecil dan jauh tertinggal di belakang.

Penumpuan penulis ialah tentang isu muzakarah ini. Walaupun Nik Aziz hari ini menyebut, yang penulis petik "sedia bermuzakarah dengan sesiapa sahaja, termasuk UMNO", ia memang semata-mata ditujukan kepada UMNO. Disebut sebegitu sebab taknaklah nampak sangat yang PAS ni terhegeh-hegeh nak muzakarah dengan UMNO, setelah begitu banyak yang buruk-buruk ditempel kepada UMNO sebelum ini.

Kenapa penulis kata "memang semata-mata ditujukan kepada UMNO"?  Sebab dalam senario politik PAS di Malaysia hari ini, siapa nak muzakarah dengan PAS? MIC, MCA, PPP? Siapa? Mana ada pihak lain, hanya UMNO sajalah. DAP dan PKR memang dah di luar tajuk sebab kerjasama dengan PAS sudah bermula tanpa muzakarah pun. Kalaupun muzakarah, ia dalam bentuk tidak langsung, bukan dalam konteks 'rayuan' yang dibuat terhadap UMNO sekarang.

Persoalan penulis, tidak malukah PAS meminta diadakan muzakarah dengan UMNO sekarang setelah apa yang mereka lakukan terhadap UMNO sepanjang masa sebelum ini, terutama 4 tahun yang lepas? Mana maruah Nik Aziz dan PAS?  Beberapa hari sudah, Hadi Awang juga mengungkapkan perkara yang sama, tapi itu tidak boleh dipakai sebab Hadi bukan ketua sebenar PAS, tapi Nik Aziz.

Sekarang teranglah sudah kenapa Anwar begitu beria-ia mahu mengambil alih PAS secara halus.  Rupanya Anwar takut muzakarah itu jadi kenyataan dan Pakatan Rakyat yang diwujudkan Anwar akan lebih jauh tertinggal di belakang. Sudah tentu bila muzakarah ini diadakan, perbincangannya ialah mengenai politik dan pembahagian kuasa kalau kerjasama wujud.

Ini yang Anwar mahu elakkan. Serendah mana pun kedudukkan PAS dibanding dengan UMNO sekarang, PAS masih punya sokongan akar umbi yang kuat, dibanding dengan PKR dan DAP yang banyak bergantung kepada pengundi cina dan melayu atas pagar yang bergantung kepada isu-isu tertentu untuk menentukan sokongan.

Justeru, UMNO mesti mengelak dari terperangkap dengan permainan licik PAS ini. Soal muzakarah ini bukan baru dan niat disebaliknya pun bukan suatu yang rahsia. Apa sekalipun, ia hanya akan menguntungkan PAS dan memberi sedikit kelebihan moral kepada BN dan UMNO. Yang diintai PAS bukan perpaduan tapi apa keuntungan yang dia boleh dapat kalau kerjasama itu jadi kenyataan.

Pemimpin UMNO perlu ingat, penyertaan PAS dalam Barisan  Nasional dulu menunjukkan bahawa kesetiaan mereka hanya kepada PAS semata-mata. Kalau apa yang dimahukan itu tidak boleh dicapai, PAS tidak akan teragak-agak untuk meninggalkan kerjasama yang telah dipersetujui di awalnya.  Peduliklah yang ditinggalkan itu nak jadi apa, janji mereka dapat keuntungan. Itulah PAS.

Sedangkan dalam keadaan 'bekerjasama erat' dengan PKR dan DAP sekarang pun, PAS berani membuat cadangan untuk bermuzakarah dengan UMNO, apakah jaminan masalah yang sama tidak akan berulang kalau muzakarah dengan UMNO nanti membawa kepada kemasukkan PAS ke dalam BN seperti dekad 70-an dahulu? 

Ini yang penulis harapkan kepada pimpinan UMNO untuk perhalusi. Jangan mudah terperangkap dengan drama ini.  Plot cerita dan kesudahannya sudah diketahui sebelum pengambaran itu bermula sekalipun.

Harrasing Najib In London Only Benefit BN

Posted: 16 May 2012 08:00 PM PDT


In contrast with Anwar Ibrahim's opinion where he thinks that the actions made by a few Bersih supporters (mentioned Pakatan Haramjad) in London yesterday would humiliate and deter the image of Datuk Seri Najib Tun Razak. Instead, it showed the world that Najib is a calm leader, instead of making harsh response in facing such situation. 

Perhaps Anwar thought that both of the Bersih supporters would be cuffed or 'handled' by the UK police or Najib's bodyguards after they tried to ruin his speech. Images as such is vital to show that the lie saying that Najib is a bad and evil leader is not true. All of that did not happen. Instead, both of them were 'rebutted' by Najib in open.

Once again, the strategy that was supposed to hit Najib turned to hit Anwar and Bersih instead. Their rude conduct in London yesterday was like a follow-up of the behaviors of Bersih 3.0 supporters in streets around Dataran Merdeka back in April 28. Rakyat who were angered by the riot that occurred in Kuala Lumpur is getting more annoyed with the same approach that was made by two to three Bersih supporters in London.

We do not know where did such culture came from, what is certain is that it is not Malaysians. There are many other approaches than can be made. Approaches that are more civilized. Writer is certain that the reason why they acted that way was just to gain the attention of foreign media that was there so that they could say that Najib is being opposed by his rakyat. The fact is, only two to three people came and it only lasted for a few minutes. Not enough to show that 27 million Malaysians are going against him.

Even if that is the story, it would be obvious that foreign media is not interested in getting the truth. In the angle of democracy, majority of Rakyat has chosen Najib as the Prime Minister and some minorities would have to accept that fact no matter how much they hate it. That is what democracy is all about. That was the same thing that Datuk Seri Najib said during his speech after all of the commotion that was triggered by those Bersih supporters.

We need to remember that there were hundreds of Malaysians at the event in London yesterday and only these two or three people tried tried to be heroes and they even tried to provoke others to join them. Sadly, that did not happen. His presence were even celebrated by the crowd that they were rushing to shake hands with the PM - something that Anwar, Nik Aziz and Ambiga would be mad about.

The truth is, such rude action and the PM's cool response only benefits BN in facing the coming election. If we are to say that he as humiliated, Najib handled the situation himself in a calm manner and it only lasted for a few minutes which then he ordered those Bersih supporters who were shouting to keep quiet. And they ended up being quiet!!!

Writer thinks that this would make it easier for BN for the coming election. That was enough to show how rude Bersih is, just to please their political lust. If it is possible, writer would want Anwar to set more of those things. Makes it easier for us.

Apa Ni PAS? Buku Jinggay Lebih Utama dari Al-Quran?

Posted: 16 May 2012 06:00 PM PDT


Terbukti sudah isu hudud hanyalah gimik politik PAS sekadar untuk mengabui mata masyarakat Islam demi kepentingan politik kepartian. Bab sembang secara teori boleh kata semua pemimpin PAS dari bawah hingga atas cukup gah bercakap seolah-olah hari ini juga hudud akan dilaksanakan. Itu teori, tapi bila masuk bab praktikal semuanya hancur manakan tidak, jawatankuasa teknikalnya hingga kini pun tak pernah selesai di susun dan satu mesyuaratpun tak pernah dibuat.

Terbaru, Presiden PAS, Hadi Awang sekali lagi nak tunjuk jaguh dalam isu hudud tapi sayangnya kejaguhannya hanya bertahan sehari dua saja. Sekali kena herdik dengan Karpal Singh terus tunduk malu nak angkat muka. Melihatkan si Presiden dah layu kena herdik, mulalah dua tiga kerat pemimpin muda PAS nak tunjuk hebat konon nak pertahankan maruah parti sambil menegaskan hudud akan dilaksanakan juga nanti jika PR memerintah.

Cara pemimpin-pemimpin muda PAS bercakap dah macam ayam berkokok tahi sendiri lekat di ekor. Macamlah kerusi Parlimen yang akan PAS tandingi nanti melebihi 150 kerusi dan menang minima 120 kerusi parlimen bagi membolehkan PAS menguasai pembentukan dasar PR jika mengambil alih pemerintahan. Realitinya, PAS hanya mampu angkat muka seketika untuk tunjuk juara, tak sempat penyokong PAS nak kembang dada rasa bangga, datang Anwar Ibrahim panggil semua kepala-kepala pembangkang akhirnya habis mesyuarat, keputusannya Buku Jinggay juga yang jadi rujukan utama PR.

Kata Anwar semua parti pembangkang dalam PR akan kekal berpegang pada konsesus persetujuan pada 28 September 2011 yang menetapkan Buku Jinggay sebagai dasar bersama. Ringkas kata, apa sahaja situasi dan apa saja strategik PAS untuk menarik semula undi Melayu Islam yang makin jauh dari PAS kot manapun mesti tertakluk pada Buku Jinggay yang menetapkan tiada tempat untuk perlaksanaan hudud.

Akhirnya jadilah PAS macam ayam jantan kokok berderai-derai tapi tahi lekat di ekor sendiri, dulu sekali sekala bolehlah PAS gebang isu hudud untuk menarik perhatian khalayak Melayu Islam tapi sekarang nak sembang saja pun dah tak boleh sebab risau pengundi Cina DAP pula yang lari dari PR.

Dulu PAS tuduh UMNO lebih mendaulatkan perlembagaan negara berbanding Al-Quran sekarang tuduhan tersebut dah jadi boomerang kena atas muka PAS pula apabila Buku Jinggay kini dah macam kitab suci lebih diutamakan dan bernilai tinggi berbanding Al-Quran.

waadat

Posted: 17 May 2012 01:33 PM PDT

waadat


UMNO PAS muzakarah?

Posted: 16 May 2012 05:38 PM PDT


Selalunya apabila salah satu pihak terdesak maka akan timbullah semula idea muzakarah.

Selepas PRU12 lalu UMNO memang nampak terdesak. Maka tidak hairanlah timbul pelawaan untuk bermuzakarah dengan PAS.

Namun cadangan tersebut bukan sahaja dipandang sepi oleh PAS malah terungkitlah perkara lalu yang menghambarkan usaha tersebut.

Demang membaca kenyataan awal seorang imam muda mengajak bermuzakarah yang kemudiannya disambut dengan bersemangat oleh seorang mufti.

Situasi kali ini bukan lagi kerana UMNO terdesak sebaliknya kerana imam dan mufti tersebut melihat perseteruan dua parti yang menaungi ummat Islam itu semakin menghuru harakan keadaan.

Bagi Demang ia memang suatu hasrat mulia. Muzakarah tidak seperti perdebatan yang bakal menyerlahkan kehebatan sang juara.

Muzakarah boleh menghasilkan pelbagai kemungkinan. Penghujah yang hebat boleh jadi kalah apabila kebenaran terserlah. Kemenangan akan dikongsi bersama manakala sang egoistik akan tersungkur dan malu sendiri.

Demikian cantiknya kesan muzakarah namun kenapa ada yang menentang?

Sebenarnya bukan semua kebaikan itu disukai. Jangan kita lupa betapa akan ada pihak yang amat rugi apabila dua musuh berbaik-baik.

Kenapa?

Formulanya amat mudah. Pernahkah anda dengar perihal dua pihak yang berseteru akhirnya bersatu ketika menghadapi musuh bersama?

Itulah yang berlaku pada PAS, DAP, dan PKR. Walaupun dalam banyak perkara mereka bertentangan namun mereka berkongsi satu tujuan iaitu menumbangkan UMNO-BN.

Demang amat bimbang setelah UMNO-BN tumbang mereka pula berkelahi sesama sendiri.

Maklumlah, letika itu mereka sudah tiada alasan lagi untuk bekerjasama.

Tiada ulasan:

Pengikut