Isnin, 30 April 2012

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


SIASAH

Posted: 30 Apr 2012 03:18 PM PDT

Kesan limpahan daripada protes Bersih ketiga Sabtu lalu masih dirasakan oleh kedua-dua pihak penggerak Bersih dan pemerintah Barisan Nasional.

Berbanding dua Bersih sebelum ini, Bersih 3.0 kelihatan lebih seimbang dari segi kesan untung ruginya kepada kedua-dua pihak.

Selain liputan media Barat yang rata-rata negatif kepada pentadbiran Najib, liputan dan komentar dalam negara lebih pelbagai dan turut memperlihatkan pandangan kritikal terhadap Pakatan Rakyat dan petubuhan bukan kerajaan Bersih.

Berikut beberapa tulisan terpilih di media dari pelbagai perspektif berhubung isu-isu sekitar Bersih 3.0:

Catatan Sejarah 28 April - Hishamuddin Rais, Malaysiakini, 26 April, 2012:

"Budaya melawan telah mengampuh seluruh negara. Budaya menentang kezaliman menjadi cool dan trendy. Budaya memperlekeh United Malays National Organisation telah menjadi fesyen untuk yang tua dan muda. Yang tinggal bersama United Malays National Organisation hanya yang 'poyo' dan kaki bodek."

Bersih 3.0 is Jumping the Gun - Kapil Sethi, The Malaysian Insider, 13 April, 2012:

"Now that most of their demands have been met for Bersih to insist that unless they are met within a timeframe of their choosing or they will take to the streets immediately smacks of a political vendetta."

Hasut Media Asing Burukkan Malaysia - Pak Selamat, Malaysian Digest, 26 April, 2012:

"Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin Bersih 3.0 akan memastikan keadaan menjadi benar-benar genting. Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan negara kerana pilihan raya semakin hampir. Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas."

Let's Tell the Main Story of Bersih 3.0 - Kee Thuan Chye, Malaysian Digest, 29 April, 2012:

"Let us not cloud the issue. The people have spoken. Will those in authority choose to listen or merely harp on the ugly incidents?" 

Did Bersih Walked Into the BN's Trap? - Syed Jaymal Zahiid, Free Malaysia Today, 28 April, 2012:

"Today's untoward incident gave them just that – the political ammunition to invalidate Bersih's demands and strengthen accusations that it never had intentions to improve the election system." 

Libertarian Cergas Ko-opt Penyertaan Melayu - A Kadir Jasin, The Scribe A Kadir Jasin, 28 April, 2012:

"Saya yakin kedudukan istimewa A Samad Said sebagai sasterawan Melayu yang terkenal dan perwatakan beliau yang lemah lembut telah berjaya dimanfaatkan oleh golongan libertarian untuk menarik penyertaan Melayu ikutan."

DUNIACACAMARBA

Posted: 30 Apr 2012 03:14 PM PDT

[HD] PETALING JAYA, 30 April: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar tidak terpengaruh dengan mainan media Umno BN yang cuba mengalihkan isu sebenar mengenai perhimpunan Bersih 3.0.

Beliau berkata, lapan tuntutan rakyat ke arah pilihan raya bersih dan adil harus diutamakan dan semua pihak harus menghormati kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bersuara.

"Semalam hari merdeka rakyat apabila 300,000 rakyat keluar menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Semua orang datang dengan harapan untuk berhimpun di Dataran (Merdeka) jadi jangan masuk dalam mainan media Umno BN untuk alih isu sebenar," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Tropicana, hari ini.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu seterusnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memberi arahan kepada peserta himpunan agar merempuh kawat berduri yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka.

Beliau sebaliknya menjelaskan, arahan dikeluarkan agar peserta bergerak ke kanan iaitu ke Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR), bukan ke Dataran Merdeka seperti yang ditulis dalam blog-blog pro Umno.

"Saya sebut dan merayu kepada peserta, tolong bergerak ke kanan, kanan makna ke arah Jalan Tuanku Abdul Rahman.

"Tapi saya tidak menyalahkan peserta yang bergerak ke arah Dataran Merdeka kerana mereka datang bukan kerana Anwar, bukan kerana (Datuk S) Ambiga tapi kerana menuntut pilihan raya yang bersih dan mahu berhimpun secara aman di Dataran.

"Nak kata kita hilang kawalan, memang tidak benar," katanya yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Azmin pula menjelaskan, isyarat tangan kepada Anwar bukan bermaksud beliau mahu peserta merempuh Dataran Merdeka sebaliknya menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis.

"Saya bertemu dengan polis di hadapan halangan polis. Saya memberi isyarat kepada Anwar bahawa saya berbincang dengan polis dan bukannya menghasut penyokong untuk merempuh masuk ke Dataran Merdeka.

"Namun, seorang anggota polis memberitahu saya bahawa dia belum mendapat sebarang arahan. Selepas itu, saya arahkan semua penyokong supaya duduk dan bertenang," jelasnya.

Beliau juga mempersoal polis yang bertindak melepaskan gas pemedih mata kepada semua peserta sedangkan tindakan boleh diambil ke atas sekumpulan yang didakwa merempuh penghadang.

"Kalau isu masuk ke Dataran satu kesalahan, kenapa sembur air kimia dan gas pemedih ata kepada semua orang?

"Ambil sahaja tindakan kepada mereka yang merempuh masuk itu," katanya.

P/s: Seperkara yang perlu kita ingat ialah dakwaan 2 ribu "anggota BERSIH 3.0" bergelang kuning seperti didedahkan oleh Zaharin di sini. Jika benar ada 2 ribu malaon yang menyamar sebagai peserta BERSIH, maka tidak mustahil malaon-malaon ini bertindak merempuh halangan tersebut untuk memprovokasi peserta BERSIH yang lain melakukan tindakan yang sama.

Cuba tonton dan dengar suara Anwar Ibrahim di bawah ini:

Berkaitan:

Bahasa isyarat tanda saya berunding dengan polis, bukan suruh peserta rempuh Dataran – Azmin

[KD] KUALA LUMPUR 28 April: Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali berkata, beliau ada berunding dengan polis yang berkawal supaya membuka laluan ke Dataran Merdeka.

Bagaimanapun polis berkenaan berkata, mereka tidak dapat membukanya kerana masih belum menerima arahan daripada pihak atasan.

"Polis meminta penyokong bertenang dan saya arahkan kepada mereka supaya duduk dan bertenang," katanya pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN tengah hari tadi.

Azmin menjelaskan, selepas itu beliau telah berkomunikasi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan bahasa isyarat menyatakan beliau telah berunding dengan polis.

"Keadaan pada masa itu terlalu sesak dan bising, susah untuk berkomunikasi. Saya menggunakan bahasa isyarat kepada Anwar menyatakan saya telah mengadakan rundingan dengan polis.

"Saya percaya ramai jurugambar mengambil gambar sewaktu saya berunding dengan polis. Saya tidak memberi apa-apa arahan kepada rakyat supaya merempuh penghadang (barricade)," katanya.

Penjelasan itu sekali gus menafikan dakwaan media pro-Umno BN kononnya beliau berhubung melalui isyarat dengan Anwar untuk memecahkan sekatan kawat berduri polis di Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Sebelum itu, Anwar telah memberikan isyarat (melalui tangan dan gerak mulut) kepadanya supaya berunding dengan polis bagi membenarkan orang ramai memasuki Dataran Merdeka.

Tiada ulasan:

Pengikut