Isnin, 5 Mac 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


Kota Bharu bermandi cahaya sempena TMK@12

Posted: 04 Mar 2012 07:49 PM PST




(Salah sebuah kereta berhias sempena TMK@12)


KOTA BHARU, 5 Mac: Puluhan ribu masyarakat Kelantan pelbagai kaum membanjiri Bandar Kota Bharu bermula Bandar Baru Tunjung untuk mengikuti perarakan citrawarna kereta berhias sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) malam semalam.

Mereka mengambil kesempatan untuk menyaksikan citrawarna perarakan kereta berhias itu dengan mengambil tempat di laluan kanan dan kiri jalanraya dari Bandar Baru Tunjung dan berakhir di Dataran Rehal.

Sebanyak 36 kontinjen yang mengambil bahagian dalam perarakan itu, antaranya majlis-majlis daerah seluruh negeri itu, perarakan motosikal klasik, beca, vespa dan lain-lain acara lagi.

Selain itu persembahan kebudayaan di atas kereta berhias oleh tiga kaum utama di negeri itu, Melayu, tarian singa oleh masyarakat Cina, India dan Siam juga diadakan.

Walaupun hujan lebat telah melanda di negeri itu, khususnya Kota Bharu sejak dua hari lalu, namun cuaca yang baik membuatkan perarakan kereta berhias berjalan lancar.

Turut hadir memeriahkan majlis berkenaan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Datuk Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman dan lain-lain pimpinan.

Sementara itu, Majlis Daerah Tanah Merah muncul johan pada pertandingan itu.

Dengan kemenangan itu, majlis daerah berkenaan membawa pulang RM3,000 dan sijil penghargaan.

Umno ‘candu’ rakyat guna wang menjelang PRU13

Posted: 04 Mar 2012 07:48 PM PST


KOTA BHARU, 4 Mac: Sejarah kejayaan Inggeris menawan China dengan mengumpankan candu menggamatkan persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan hari ini.

Drs Zainuddin Awang Hamat (PAS-Limbongan) berkata, tentera China tewas ketika itu kerana mereka sudah dimabukkan dengan candu sehingga memudahkan penjajah Inggeris menawan negara terbabit.

"Situasi seperti itu seakan berulang sekarang apabila kerajaan Barisan Nasional seumpama mengumpan 'candu' kepada rakyat melalui pelbagai bantuan menjelang musim pilihan raya sekarang.

"Candu itu berupa wang RM500, RM200 dan RM100 yang diagihkan kepada rakyat di seluruh negara sekarang.

"Tujuannya bagi memancing hati rakyat. Taktik tersebut seperti mengulangi apa yang pernah dibuat penjajah Inggeris," katanya ketika membentang usul merakam ucapan menjunjung kasih.

Sejak awal tahun ini kerajaan BN sibuk mengagihkan Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM500, baucer buku kepada pelajar institusi pengajian tinggi RM200 dan bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 5.5 juta pelajar sekolah.

Sedangkan kata Zainuddin yang Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kelantan sejarah tamadun manusia membuktikan hati mereka tidak mudah dibeli dengan umpan kebendaan.

"Sebaliknya hanya agama yang mampu mengubah hati manusia," katanya.

Tuan Zamri Ariff Tuan Zakaria (PKR-Guchil) berkata, pemimpin yang terlalu lama berkuasa akan menjadi buta hati.

Katanya, kalau sudah lama menjadi wakil rakyat mereka tidak lagi nampak tanggungjawab terhadap rakyat, sebaliknya lebih berminat mencari keuntungan peribadi.

Namun kata beliau ia berlainan dengan pemimpin berjuang mendaulatkan Islam kerana kuasa yang ada digunakan memartabatkan agama.

Tiada ulasan:

Pengikut