Rabu, 21 Mac 2012

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Sokong Debat KM Melaka dengan Pesuruhjaya PAS

Posted: 21 Mar 2012 01:43 AM PDT


Jika diperhatikan, sudah tiba masanya untuk PAS dengan UMNO berdebat. Kita tahu setiap kali mengadakan ceramah di sekitar Parlimen Bukit Katil, ada sahaja pengacau yang cuba mengganggu ketenteraman awam dengan mengadakan ceramah di sebelah pihak PAS. Adakah ini debat yang sering dilaungkan oleh Ketua Menteri Melaka dengan mengganggu ceramah pihak PAS?

Sungguh dangkal jika beranggapan demikian. Sekiranya Ketua Menteri Melaka seorang yang berani, sahutlah hujah debat bersama Pesuruhjaya PAS Melaka. Jangan diberi seribu alasan untuk tidak berdebat. Mereka yang yang petah bercakap dengan mengganggu ceramah PAS, diseru untuk berlawan di medan 'face to face'. Jika seruan debat ini disambut, maka Ketua Menteri Melaka memang lelaki sejati jika dibandingkan dengan bosnya di Putrajaya.

Debat yang kita mahukan itu bukan untuk melihat siapa menang dan siapa kalah. Cuma kita ingin melihat bagaimana hujah dan jawapan Ketua Menteri Melaka apabila berdepan dengan Pesuruhjaya PAS Melaka. Jangan takut sebelum berjuang dan jangan hebat berkokok dalam menafikan sebarang sahutan debat ini. Debat juga akan melahirkan cara seorangan pemimpin berhujah dan menonjolkan diri dalam berdepan dengan pelbagai soalan.

Ketua Menteri tidak perlu takut kerana kita tidak ada pemenangnya dan tidak juga ada siapa yang tewas. Harapan golongan muda adalah ingin melihat dua watak besar dalam arena politik Melaka iaitu PAS dan UMNO dalam berhujah. Debat bukan medan mencari kelemahan atau menjatuhkan maruah sebaliknya mengasah bakat dalam berhujah.

Cuma dari pihak kami menunggu jawapan daripada Ketua Menteri untuk menerima debat ini memandangkan Pesuruhjaya PAS Melaka telah bersetuju seperti kenyataan di dalam blognya. Ayuh anak jantan berkokok dihadapan orang ramai dan jangan menyalak di dalam pagar yang tertutup. Bertempurlah di atas medan yang satu dan bukannya mengganggu ceramah orang lain.

Tiada ulasan:

Pengikut