Sabtu, 17 Mac 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 16 Mar 2012 07:05 PM PDT

Anwar Ibrahim


Beranikah Rakyat Malaysia Melakukan Perubahan

Posted: 16 Mar 2012 12:08 PM PDT

Malaysiakini

Amin Iskandar

Malaysia berada di persimpangan. Di sebelah kanan, sebuah pemerintahan semenjak negara merdeka, di sebelah kiri pula sebuah harapan baru yang mungkin memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik.

Tidak lama lagi, pilihan raya umum (PRU) akan berlangsung. Telahan yang paling popular adalah PRU13 akan diadakan pada bulan Jun 2012. Diberitakan, Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak tidak mahu pilihan raya berjalan secara berasingan.

Kerajaan Selangor pimpinan Abdul Khalid Ibrahim berkeras hanya akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya selepas Jun 2012.

Najib bimbang jika PRU diadakan tanpa negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) seperti Selangor, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah, pertempuran akan berlaku berkali-kali.

Ertinya, selepas PRU, Barisan Nasional (BN) terpaksa berhadapan dengan pilihan raya negeri pula. Ini adalah mimpi ngeri yang Najib mahu elak. Pengalaman berlawan dalam pilihan raya kecil (PRK) selepas Mac 2008, PR bukanlah lawan yang mudah ditewaskan.

Dahulu senarionya lain. BN mudah menang dalam PRK kerana seluruh jentera kerajaan dapat bertumpu di sesebuah kawasan.

PRK selepas Mac 2008 seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Penanti dan beberapa kawasan lagi membuktikan bahawa BN kini mempunyai pesaing yang mungkin mampu mengalahkan mereka dalam PRU.

Anwar atau Najib?

PRU13 nanti, rakyat Malaysia hanya mempunyai dua pilihan. Sama ada mahukan Malaysia dipimpin oleh BN dan Najib sebagai perdana menteri atau Malaysia baru di bawah Pakatan dan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Jika BN menang dalam PRU13 akan datang, rakyat sudah boleh agak bagaimana keadaannya. Seperti hari ini, rakyat akan terus-menerus menanggung beban kehidupan yang mahal dengan pendapatan yang rendah.

Harga bahan bakar seperti petrol dan diesel akan terus naik dan pelbagai subsidi terhadap barang keperluan asas akan ditarik balik. Sedangkan, pendapatan majoriti rakyat Malaysia masih berada di tampuk lama.

Dasar yang sedia ada akan menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membeli kenderaan seperti kereta kerana sistem pengangkutan awam yang teruk dan tidak efisyen.

Kesesakan jalan raya sangat kritikal dan jalan penyelesaian yang di tawarkan oleh kerajaan BN adalah dengan membina lebih banyak lebuh raya. Apabila banyak lebuh raya maka bertambahlah tol. Kuala Lumpur boleh dikatakan sebagai sebuah bandaraya yang paling banyak tol di Asia Tenggara.

Banyaknya lebuh raya dan kutipan tol yang tinggi tetap tidak menyelesaikan masalah kesesakan lalulintas yang parah di ibukota negara ini. Pengguna membayar tol untuk lebuh raya dan tetap berhadapan dengan kesesakan.

Kalau tidak percaya dengan pernyataan saya di atas, cubalah lalui lebuh raya seperti New Pantai Expressway (NPE) di waktu pagi!

Pilihan ditangan rakyat

Seharusnya, sesebuah kerajaan itu memikirkan dasar yang menguntungkan rakyat terbanyak. Sistem LRT yang sedia ada sudah cukup baik akan tetapi ianya harus diperkasakan dan melalui ke kawasan rakyat bawahan yang memerlukannya.

Apa guna membina MRT di kawasan seperti Taman Tun Dr Ismail (TTDI) di mana majoriti rakyat di kawasan tersebut tidak memerlukannya?

Cadangan untuk membina MRT melalui kawasan TTDI mendapat tentangan penduduk setempat kerana kawasan laluannya tidak sesuai dan menggangu mereka.

Sedangkan lebih baik LRT sedia ada dipanjangkan sehingga melalui kawasan seperti Shah Alam dan Klang – mempunyai majoriti rakyat kelas pekerja yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik.

Bukankah lebih baik peruntukan yang banyak dibelanjakan untuk kepentingan majoriti rakyat yang memerlukan sistem pengangkutan awam yang lebih baik berbanding dengan membina lebih banyak lebuh raya?

Penulis pernah tinggal di kawasan pedalaman di Korea Selatan yang mempunyai sistem pengangkutan awam yang jauh lebih baik dari sesetengah kawasan di Kuala Lumpur. Walaupun tidak mempunyai "subway" yang panjang, pekan tersebut menawarkan sistem bas yang efisyen.

Harga kenderaan yang mahal

Rakyat juga akan terpaksa berhadapan dengan harga kenderaan yang begitu mahal. Rakyat Malaysia sebenarnya terbeban dengan harga kenderaan yang begitu mahal berbanding dengan kualitinya. Kenderaan tempatan menawarkan harga yang begitu mahal kepada rakyat Malaysia sedangkan ianya boleh dijual dengan murah di Indonesia dan Filipina.

Rakyat Malaysia terpaksa berhutang selama sembilan tahun untuk memiliki kereta tersebut. Sebaik sahaja selesai melangsaikan hutang pada tahun kesembilan, kereta tersebut pun musnah.

Sedangkan di negara seperti Singapura (dahulu sebahagian daripada Malaysia), rakyat sudah hidup ditahap seperti rakyat negara Jepun dimana kenderaan hanya digunakan selama lima tahun dan kerajaan akan memberi subsidi kepada rakyat untuk menukar kenderaan.

Sesebuah kereta itu, akan mula perlu ditukar alat gantinya selepas usia lima tahun. Sebab itu kita dapat melihat kenderaan import "recond car" membanjiri Malaysia. Kenderaan recond adalah kenderaan yang telah digunakan di negara maju seperti Jepun dan United Kingdom yang dipakejkan semula sebelum dihantar ke Malaysia.

Sebenarnya, kenderaan recond ini adalah kenderaan terpakai. Akan tetapi apabila sampai ke Malaysia, ianya perlu didaftarkan sebagai kenderaan baru dan pemiliknya akan mempunyai perasaan memiliki kenderaan baru.

Dalam bahasa mudahnya, untuk merasa "mewah", rakyat Malaysia sebenarnya menggunakan "bekas-bekas" dari Jepun dan United Kingdom.

Berani utuk berubah

Untuk berubah, yang hanya diperlukan oleh rakyat adalah keberanian. Memang benar, untuk mendapatkan keberanian tersebut bukanlah satu perkara mudah.

Rakyat di negara jiran kita seperti Indonesia, Thailand dan Filipina telah membuktikan bahawa keberanian mereka untuk menukar parti yang memerintah itu berbaloi.

Hari ini, parti-parti politik atau individu politik di Indonesia, Thailand dan Filipina perlu bekerja keras untuk memastikan mereka terpilih untuk memimpin.

Ini memberikan rakyat satu kekuatan di mana ahli dan parti politik terpaksa bekerja keras untuk menyakinkan rakyat untuk memperolehi undi mereka. Malahan di negara maju seperti United Kingdom lebih sukar lagi.

Seseorang pemimpin itu tidak hanya boleh beretorik semata-mata akan tetapi perlulah bekerja keras untuk membuktikan dia mampu melakukannya. Jika tidak, sudah pasti akan ditolak melalui kertas undi.

Sudah sampai masanya bagi rakyat memikirkan sama ada ingin mempunyai kehidupan yang lebih baik atau tidak. Lihatlah keuntungan yang diperolehi oleh rakyat apabila kerajaan tidak menguasai majoriti dua pertiga di parlimen.

Keuntungan yang lebih besar jika rakyat mempunyai keberanian yang lebih tinggi untuk berubah. Dengan syarat kekuasaan yang mutlak tidak diberikan kepada mana-mana parti, baik BN mahupun PR.

Watch Live Dato Seri Anwar Ibrahim at India Today Conclave 2012

Posted: 16 Mar 2012 02:24 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 16 Mar 2012 11:06 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Solidariti Mahasiswa 18 Mac 2012 di Seremban

Posted: 16 Mar 2012 08:44 AM PDT


CERAMAH UMUM

Tarikh : 18 Mac 2012, Ahad

Masa : 9 mlm

Tempat : Markas PAS Ampangan, Seremban (sebelah Surau Hitam)

Penceramah :

Adam Adli, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Safwan Anang, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Syukri Razab, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)

Nazree Yunus, Ketua AMK N.Sembilan

Zulkefly Mohamad Hj Omar, AJK PAS Pusat

Semua dijemput hadir

Program Penerangan DUN Chembong 24 Mac 2012

Posted: 15 Mar 2012 05:51 PM PDT


CERAMAH UMUM

Tarikh : 24 Mac 2012, Sabtu

Masa : 9 mlm

Tempat : Pusat Komuniti DUN Chembong, Kg Mulia, Rembau (depan Majlis Daerah Rembau)

Penceramah :

~ Suhaizan Kayat , EXCO Pemuda PAS Pusat

~ Dr Ahmad Suhaimi Md Aris , Penyelaras SAMM

~ Aiman Athirah , Ketua Penerangan Muslimat PAS Pusat

~ Puan Norwani , Ketua Muslimat PAS Rembau

~ Rozmal Malakan , Timbalan Yang Dipertua PAS Rembau

Pengerusi Majlis : Hakki , Ketua Pemuda PAS Rembau

- Semua dijemput hadir -

Anjuran : Pakatan Rakyat DUN Chembong

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 16 Mar 2012 09:46 AM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


[Video] Sakmongkol Harap Najib Akan Jadi Ketua Pembangkang Selepas PRU

Posted: 15 Mar 2012 12:39 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut