Rabu, 1 Februari 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 31 Jan 2012 03:27 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


ARTIKEL WAJIB BACA

Posted: 30 Jan 2012 05:53 PM PST

Keselamatan dan kedaulatan negara — Ruhanie Ahmad

January 31, 2012
31 JAN — Keselamatan, kekuatan dan perpaduan adalah matlamat utama orang Melayu mewujudkan Umno sebagai wadah perjuangan untuk memerdekakan tanah air mulai tahun 1946.
Orang Melayu berkehendak supaya tanah air dan bangsanya terselamat dan kuat, dan hanyalah boleh kuat jika kita bersatu padu (Datuk Onn Jaffar, 1 Mac 1946).
Ini bermakna Umno wujud untuk menjamin pelbagai aspek keselamatan iaitu keselamatan negara, keselamatan insan, keselamatan ekonomi, keselamatan politik dan lain-lainnya. Lantas Umno pun memilih untuk memerdekakan negara menerusi "jalan perlembagaan", musyawarah dan perkongsian kuasa antara orang Melayu, Cina, India dan lain-lainnya.
Inilah sebabnya Perikatan (kini Barisan Nasional) berpaksikan konsep interdependensi demokratik-komunalisme untuk "mewujudkan perdamaian nasional dan perasaan berbaik-baik di antara bangsa-bangsa untuk keselamatan negara" (Tunku Abdul Rahman Putra, 30 Jun 1957).
Umno juga mendukung konsep ini sebab orang Melayu telah bersumpah tidak mahu menumpahkan walau setitik darah pun ke bumi bagi mencapai kemerdekaan negara (ibid). Konsep ini juga diperjuangkan kerana kedudukan Umno sangat berlainan dari parti-parti lain. "Umno sungguhpun parti Melayu yang terbesar, tetapi mempunyai kewajipan dan tanggungjawab bukan sahaja kepada bangsa Melayu bahkan kepada semua bangsa" (Tunku Abdul Rahman Putra, 28 Mac 1957).
Maka, inilah juga buktinya bahawa Perikatan dan BN adalah pakatan kesetiakawanan siasah yang unik, tidak boleh diciplak dan sukar untuk dihayati oleh pihak yang enggan berpijak kepada realiti Malaysia.
Apa yang dicita-citakan oleh Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman iaitu menggunakan politik untuk menjamin keselamatan adalah selaras dengan kajian para penganalisis keselamatan sejak dulu sampai sekarang. Oleh sebab itulah Morgenthau (2006:561) menegaskan keselamatan mesti didefinisikan sebagai integriti kepada wilayah negara dan institusi-institusinya.
Sity & Zarina (2005:188) menyatakan keselamatan nasional bermaksud menjaga pertahanan sempadan daripada ancaman ketenteraan musuh supaya ia wujud sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.
Trager & Simonie (1973:36) pula mendefinisikan keselamatan sebagai dasar kerajaan untuk mewujudkan keadaan siasah nasional dan internasional yang melindungi kepentingan utama negara daripada ancaman musuh. Ini semua disebabkan objek rujukan kepada sesuatu ancaman keselamatan, secara tradisinya, adalah negara, walaupun objek rujukannya yang tersembunyi adalah nation (Buzan et al. 1998:36).
Hakikatnya demikian kerana survival kepada sesebuah negara adalah mengenai kedaulatannya, sementara survival kepada sesebuah nation adalah identitinya (ibid).
Realitinya juga begitu kerana kedaulatan melegitimasikan kewujudan sesebuah negara, memperincikan monopolinya terhadap kegunaan kekerasan terhadap musuh, dan menjelaskan haknya menentukan undang-undang, peraturan, tatacara, dan dasar-dasar (Held & McGrew 1993:265). Waltz (1969:96) pula menyatakan, kedaulatan membolehkan sesebuah negara memperolehi kuasa mutlak untuk menentukan tindakan yang wajar bagi menangani masalah domestik dan luaran.
Lantaran itulah Tunku Abdul Rahman menjadikan Malaysia sebuah negara yang berkecuali bagi menjamin kedaulatannya dan supaya bebas daripada manipulasi serta dominasi kuasa asing.
Oleh sebab itulah Tun Abdul Razak Hussein mengasaskan konsep ZOPFAN untuk membebaskan Asia Tenggara daripada menjadi kancah kuasa-kuasa besar, dan mengilhamkan Rukunegara bagi menjamin order dalaman Malaysia.
Inilah sebabnya Tun Hussein Onn berhempas-pulas menggunakan saluran diplomasi untuk memujuk China dan Rusia menghalang perebakan Perang Vietnam di Asia Tenggara pada tahun 1970-an.
Motivasi keselamatan juga mendorong Tun Dr Mahathir Mohamad menimbulkan gagasan EAEG dan EAEC untuk menjamin keselamatan ekonomi negara di era globalisasi pada dekad awal 1990-an. Walaupun kedua-duanya tidak jadi kenyataan, semangatnya kini dijelmakan dalam kerjasama ASEAN+3 dan Forum Serantau ASEAN (ARF) yang wujud bagi menjamin keselamatan Asia Tenggara.
Sama juga hakikatnya bila Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan strategi out of the box untuk menyelamatkan ekonomi negara setelah diserang penyangak mata wang pada 1997-1998. Dr Mahathir juga memperkenalkan Wawasan 2020 supaya ekonomi Malaysia dan rakyat jelatanya bebas daripada ancaman globalisasi dan susunan baru dunia di abad ke-21.
Mutakhir ini, Datuk Seri Najib Razak pula melaksanakan Konsep 1 Malaysia dan berusaha untuk menjamin kelangsungan ekonomi bumiputera dan ekonomi negara kerana ekonomi juga berperanan penting mewujudkan keselamatan nasional. Apa yang diperjuangkan oleh Perdana Menteri Malaysia di atas selaras dengan rumusan Azar & Moon (1998:283) bahawa empat nilai-nilai teras yang jadi paksi keselamatan Dunia Ketiga adalah menjamin kelangsungan politik dan wilayahnya; melindungi kesejahteraan ekonomi dan kemakmurannya; menjamin survival organik rakyat jelatanya; dan mewujudkan keharmonian komunal di kalangan warganegaranya.
Seluruh huraian di atas memanifestasikan bahawa politik Malaysia sangat menitikberatkan keselamatan untuk menghindarkan dominasi kuasa-kuasa besar, memelihara perpaduan rakyat dan memelihara kelangsungan nasional. Lantas apa manfaatnya menyokong politik yang tidak mempedulikan keselamatan dalam kehidupan? Apa maksudnya menyokong perjuangan Palestin menyelamatkan rakyatnya daripada kezaliman Israel, jika politik Malaysia juga cuba diheret untuk menyokong Israel?
Apa faedahnya berselindung di sebalik konsep kesaksamaan dan kesamarataan asing jika konsep yang didukung ini sebenarnya diwujudkan untuk mengharu-birukan negara-negara membangun? Akhir kata, khususnya buat bangsa "Mim" dan umat Islam insaflah bahawa kesongsangan motivasi, matlamat dan cita-cita politik di Malaysia hanya mengundang petaka dan bencana.
Lantas gunakanlah politik untuk menempah keselamatan dunia dan akhirat. Hindarilah siksa dan bala dari Allah seperti pernah ditimpakan ke atas penduduk kota Nabi Luth, Soddom, Gomorrah, termasuk Kota Pompei dan Herculaneum! — Utusan Malaysia
* Datuk Ruhanie Ahmad ialah bekas Ahli Parlimen Parit Sulong, Johor

Bila Tun Mahathir bersuara....

Posted: 30 Jan 2012 05:49 PM PST

Tun Dr Mahathir Mohamad waded into the on-going debate surrounding Hang Tuah's existence in Malaysian history today, saying that the legendary warrior should not be admired as a leader.
The former prime minister also said that while "there must be some truth in the story" surrounding the tale of Hang Tuah, not everything should be believed.
He described Hang Tuah as someone who was "too loyal" and did things that were "not admirable."
"Hang Tuah being looked at as a leader is wrong.
"Here is a man so servile, so very obedient, so loyal he could kill his friend for something he (Hang Jebat) did not do... of course Hang Jebat should not be seen as a good leader either," Dr Mahathir said during a question-and-answer session at the Razak Lecture series here.
He said people should not believe everything written in the "Hikayat Hang Tuah", and that stories on how the Malay warrior was able to travel all around the world and defeat so many enemies was unlikely to be the truth.
"Much of this is fiction," he said.
The latest Hang Tuah debate was triggered when historian Tan Sri Dr Khoo Kay Khim openly disputed the Malay warrior's existence and said that there were no historical records to prove that he was real.

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS

Posted: 31 Jan 2012 11:14 AM PST

PUTERI UMNO BAHAGIAN CHERAS


PENGUMUMAN TARIKH PILIHANRAYA UMUM KE 13

Posted: 31 Jan 2012 12:19 AM PST

Ramai pasti yang tertanya bilakah tarikh Pilihanraya Umum Ke 13. Ramai pemerhati politik mengatakan yang pilihanraya umum 13 bakal jatuh pada tahun 2012. Itu sudah hampir pasti. Tetapi yang jadi persoalan. Bilakah tarikh yang sebenar-benarnya?

Memang daripada dulu lagi kalau dah namanya Perdana Menteri Malaysia, sudah jadi amalan di Malaysia tarikh pilihanraya umum akan menjadi hak mutlak kepada seorang yang bergelar Perdana Menteri Malaysia, kalau sekarang pastilah kuasanya diberikan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menentukannya "tarikh keramat" tersebut. Ia tidak boleh dikongsikan dengan rakyat Malaysia sendiri apatah lagi terhadap pembangkang jauh sekali.

Pilihanraya secara umumnya akan berlangsung 5 tahun sekali. Tidak kira di negara-negara jiran kita sehinggalah ke negara maju :

  • Thailand
  • Filipina
  • Indonesia
  • Jepun
  • China
  • Britain
  • Amerika

Mereka akan umumkan tarikh pilihanraya umum jauh lebih awal iaitu sekurang-kurangnya setahun daripada berlangsung pilihanraya umum di negara mereka.

Apa Yang Bagusnya Kalau Diumumkan Lebih Awal Pilihanraya Umum?

  • sekurang-kurangnya supaya semua pihak dapat mempersiapkan diri dan jentera sebaiknya
  • ini lebih adil kepada semua parti-parti yang bertanding
  • termasuklah perkara yang melibatkan perancangan perkara besar termasuklah kos yang sangat tinggi
  • rakyat sendiri pun lebih mudah untuk "merancang"

Sebenarnya, apabila tibanya pilihanraya umum ke 13 nanti semua kita di sini yang bergelar rakyat Malaysia merangkap pengundi adalah juga merupakan pemegang saham (shareholder) kepada sebuah syarikat yang bernama Malaysia. Manakala menteri-menteri serta wakil rakyat, baik daripada Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat adalah ahli lembaga pengarah dan Perdana Menteri diibaratkan sebagai pengarah.

  • Anda-anda semua ini yang merupakan "pemegang saham" mempunyai kuasa melalui saham (undi) dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.
  • Dan dengan saham (undi) itu jugalah mampu menukar pengarah mahupun ahli lembaga pengarah yang tidak menunjukkan prestasi yang baik

Kalau sebelum ini, ramai pemerhati politik mengatakan termasukklah akhbar Reuters sendiri buat ramalan pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung sekitar bulan Mac 2012 ini.

Ramalan Tarikh Pilihanraya ke 13 (PRU). Antara Faktor Yang Diberikan Mereka :

  • Malaysia sebenarnya sedang berdepan dengan ekonomi yang semakin lesu
  • Berlakunya pergeseran dalaman Umno sendiri yang semakin ketara (mesti diadakan sebelum pemilihan UMNo yang dijangka awal tahun 2013)
  • pembebasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat II

Walaubagaimanapun, berita terbaru melalui laporan Wall Street Journal (WSJ) menunjukkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak belum lagi bersedia untuk membuat pilihanraya umum ke 13 selagi tranformasi ekonomi yang ingin beliau laksanakan belum lagi berjaya.

2 petikan daripada kenyataan Datuk Seri Najib Razak kepada Wall Street Journal (WSJ) yang menarik perhatian kami :

"You can have all the polling numbers but you must have the sense that this is the right time.

"I hope it will be the right time soon enough, but we still have to deliver on our promises and it's important for people to have the feeling that the reforms we have promised will actually benefit them," he said.

Rupanya lambat lambat lagi ilham Perdana Menteri untuk mendapatkan tarikh pilihanraya umum ke 13 yang sesuai. Dan hati kecil kami juga merasakan yang pilihanraya umum ke 13 tidak akan dijalankan dalam masa yang terdekat iaitu bulan Mac 2012 ini

Itu hanya beberapa perkiraan yang diambil oleh kami buat masa ini. Yang hampir pastinya, pilihanraya umum ke 13 akan dijalankan pada tahun ini.

Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Cheras menjangkakan ramai di kalangan generasi muda mungkin baru pertama kali menjadi pengundi pada pilihanraya umum ke 13 ini. Adakah anda orangnya? Apa pandangan dan pemerhatian generasi muda mengenai tarikh pilihanraya ke 13 dan harapan anda sebagai generasi muda mengenai pilihanraya yang akan datang ini?

Tiada ulasan:

Pengikut