Pakatan Rakyat |
Posted: 22 Jan 2012 01:33 AM PST | NFC Guna Perkasa Untuk Pertahan Diri? Posted: 22 Jan 2012 12:33 AM PST Isu Perbadanan Fidlot Nasional didakwa berpunca daripada dendam seorang pegawai yang dibuang kerja kerana didakwa pecah amanah dan kemudiannya menjual maklumat berkaitan kepada pembangkang. Kumpulan pendesak Melayu PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini berkata, beliau dimaklumkan perkara itu oleh pengerusi Nasional Feedlot Corporation Datuk Salleh Mohamad Salleh Ismail dalam perbincangan selama lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. "Dia (pegawai itu) tak puas hati (dipecat), dia jual maklumat," katanya sambil mendakwa perkara itu diberitahu padanya pagi tadi. PERKASA dan 11 lagi NGO Melayu hari ini mengadakan sesi dialog dengan pengerusi NFC Datuk Mohamad Salleh Ismail - yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil - lebih dua jam di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Bercakap dalam sidang media selepas itu, Ibrahim turut menggesa pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyegerakan siasatan terhadap isu itu supaya perkara sebenarnya dalam disingkap. "Saya tegaskan kita serah pada SPRM dan pihak polis menyiasat. Hasil terakhir, itulah pendirian kita. Kita percaya kepada integriti badan ini," katanya lagi. http://wargamarhaen.blogspot.com/2012/01/perkasa-pegawai-dendam-jual-maklumat.html | 'Rayuan kes liwat untuk penjarakan Anwar' Posted: 21 Jan 2012 09:55 PM PST Tindakan Jabatan Peguam Negara membuat rayuan terhadap pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada pertuduhan kes liwatnya bertujuan memenjara tokoh pembangkang itu, kata PKR dan Aliran. "Motif rayuan itu adalah untuk memenjarakan Anwar dan menghalang Pakatan Rakyat daripada menguasai kuasa kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang," kata naib presiden PKR N Surendran. Beliau juga mendakwa rayuan itu menunjukkan slogan pembaharuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hanyalah sekadar janji-janji penuh kemunafikan dan penipuan. Dalam kenyataan berasingan, badan bukan kerajaan yang berpangkalan di Pulau Pinang itu juga mendakwa rayuan kes tersebut bertujuan menghalang kebebasan bergerak pemimpin PKR berkenaan demi "kelangsungan hidup BN." "Satu-satunya individu yang boleh menggegarkan dan memusnahkan teras kuasa BN melalui Pakatan Rakyat hanyalah Anwar dan oleh itu beliau mesti disisihkan (dipenjarakan)," kata presiden Aliran P Ramakrishnan hari ini. Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein pula dilaporkan berkata, tindakan Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan "satu tindakan yang tepat". "Bagi saya rayuan itu bukan satu isu kerana sesiapa sahaja yang dalam keadaan seperti itu, Anwar pun tetap akan merayu," naib presiden Umno itu dipetik sebagai berkata. | Polis Malaysia...jangan jadi macam polis India.... Posted: 21 Jan 2012 08:18 PM PST Terasa benar, di Malaysia ni memang mengamalkan double standart yang sangat ketara. Ketidakadilan secara terang-terangan. Hingga menjadikan segolongan itu kebal dan tidak boleh ditembusi oleh kritikan-kritikan. Puteri kesal sangat dengan sikap dan tindakan polis..( walau pun Puteri tahu, mereka bertindak atas arahan) tetapi tindakan tersebut melambangkan Malaysia bukanlah negara demokrasi yang adil apatah lagi kalau suara-suara mengkritik kerajaan UMNO/BN. Awal tahun ini, kita dikejutkan dengan penangkapan seorang mahasiswa USM yang kononnya membuat kenyataan ugut meletupkan helikopter yang akan dinaiki oleh Tok Najib di laman sosialnya. Keluar di televisyen dan akhbar-akhbar, memberi amaran kepada orang ramai agar tidak mengeluarkan kenyataan berbau ugutan bunuh dan sebagainya kepada pimpinan-pimpinan.Puteri juga tidak berpihak kepada kenyataan-kenyataan ugut bunuh, ugut cedera atau apa jua yang melibatkan nyawa dan keselamatan seseorang tetapi Puteri kesal dengan sikap tidak adil terutama pihak polis dalam menangani isu ini.
menganggap gurauan mahasiswa USM itu boleh menggugat keselamatan negara...macamana pula dengan gurauan Mohd Safuan Hilmi itu...tidak ke Tuan Guru itu merupakan Menteri Besar Kelantan kalau tidak pun menghormati beliau sebagai Mursyidul Am PAS. Begitu juga dengan kes bakar gambar Menteri Besar Perak. Cepat sungguh polis mengambil tindakan, walhalnya ada yang bersikap kurang ajar,,kencing atas gambar Menteri Besar Kelantan...polis buat-buat pejam mata. Kalau nak tunjuk, kita ni telus, adil dan mengambil kira keselamatan negara, polis kena bersikap adil dan jangan dipengaruhi mana-mana pemimpin politik atau lebih sesuai jangan hanya jadi polis UMNO/BN. Anda semua polis Malaysia dan bertanggungjawab kepada setiap rakyat Malaysia tanpa mengira fahaman politik. Jangan jadi polis India yang hanya menjaga pimpinan atasan India dan sanggup menindas rakyat tanpa mengenal erti keadilan. Jangan biarkan pemimpin-pemimpin UMNO/BN hamprak menjadikan polis seperti kuda tunggangan atau robot kontrol. Tunjukkan kewibawaan anda. Ingatlah...UMNO/BN bukannya akan menungkat langit memerintah Malaysia sampai hari kiamat...bila Pakatan Rakyat ambil alih..anda-anda semua akan dinaungi oleh Pakatan Rakyat pulak.. Puteri : Polis sedia berkhidmat..untuk negeri dan rakyat...jangan pula jadi macamni...polis sedia berkhidmat..untuk UMNO yang jahat.... Oleh : PUTERI BULAN http://kedahla.blogspot.com/2012/01/polis-malaysiajangan-jadi-macam-polis.html | Hasan Ali Dah Macam Orang Tak Betul Dah.. Kesian.. Posted: 21 Jan 2012 06:53 PM PST
Hassan Ali juga mendakwa tindakan PAS sebagai sangat keji dan hina kerana terlibat menjatuhkannya sambil menggambarkan dirinya sebagai pejuang Melayu dan Islam yang sebenar. Selain itu Hassan Ali juga mendakwa dirinyalah yang benar-benar teguh di dalam mempertahankan prinsip perjuangan PAS, manakala pemimpin PAS yang lain sudah jauh menyimpang tidak sepertinya. Kalau Hassan Ali rasa hanya dialah pejuang sebenar eloklah dia buka Parti Islam se Malaysia baru macam Mahathir buka parti Umno baru. source: http://milosuam.blogspot.com/2012/01/hassan-ali-dakwa-tindakan-pas-sangat.html#ixzz1k9UaSSZ7 | Video Serangan Beruk Umno Dimajlis ABU Malam Tadi Posted: 21 Jan 2012 05:06 PM PST | Ceramah ABU Dan Mat Sabu Diserang Beruk Liar Posted: 21 Jan 2012 04:22 PM PST SHAH ALAM – Ceramah Asal Bukan Umno anjuran Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) dan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) terpaksa ditangguhkan selepas majlis tersebut diserang sekumpulan lelaki tidak dikenali di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam di sini, malam tadi. Kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam apabila lebih kurang 20 lelaki yang menunggang motosikal dengan bersenjatakan kayu menyerang orang ramai yang berada di dalam dewan tersebut. Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang ada ketika kejadian berkata, lebih kurang 100 orang berada di dalam dewan dan akibat serangan tersebut, beberapa orang mengalami kecederaan.
"Sekumpulan lelaki ini ada memakai baju-T yang memaparkan lambang salah sebuah parti dan mereka bukan sahaja mencederakan orang ramai tetapi merosakkan gerai makanan yang berada di pekarangan dewan. "Susulan kejadian tersebut, pihak penganjur terpaksa menangguhkan ceramah atas alasan keselamatan orang ramai," katanya. Menurutnya, setakat tengah malam tadi, beliau dimaklumkan mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih di bawah pemantauan doktor. Badrul berkata, pihak penganjur akan membuat laporan polis pada malam ini untuk tindakan tegas kepada pihak yang menimbulkan kekecohan di ceramah tersebut. Program Asal Bukan Umno di dewan MBSA adalah yang ketiga dianjurkan selepas di Gombak dan Bayan Baru dan difahamkan juga menerima gangguan yang sama oleh pihak yang berkenaan. Dalam pada itu, Badrul Hisham yang turut dikenali dengan nama mesra Chegubard berkata, "mereka cuba bakar sentimen kaum, tetapi mereka turut musnahkan gerai-gerai peniaga Melayu yang datang berniaga." "ABU bukan satu kaum tetapi milik rakyat semua," katanya lagi. | Terkini - Pemuda Umno Mengganas Di Majlis Ceramah mat Sabu Posted: 21 Jan 2012 09:08 AM PST Berikut adalah maklumat terkini tentang tentang ceramah Mat Sabu yang di serang secara fizikal oleh pemuda Umno yang di ambil dari Facebook Chegu Bard. | Posted: 21 Jan 2012 06:04 AM PST IPOH, 21 JAN: Dua graduan muda jurusan undang-undang daripada UiTM yang berminat dengan politik telah memilih untuk menyertai DAP. Mereka adalah Fairuz Azhan Amirruddin dan Dyana Sofya Mohd Daud. Fairuz Azhan, 25, merupakan seorang penulis manakala Dyana Sofya, 24, seorang peguam. Penyertaan mereka dilihat sebagai keseinambungan populariti parti tersebut di kalangan profesional Melayu yang semakin meningkat. Kedua-dua mereka telah diperkenalkan dalam satu sidang media di ibu pejabat DAP Perak di sini hari ini.
Katanya beliau dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu membuat apa yang mampu bagi menambah baik negara tercinta ini. Menurutnya DAP jelas dari dulu sampai sekarang merupakan parti untuk semua kaum, malah di Perak sahaja, DAP pernah mempunyai lima wakil rakyat Melayu. "Jadi amat tidak logik jika DAP dituduh sebagai parti anti-Raja mahu pun anti-Melayu. Jika tidak, parti ini tidak mungkin wujud hari ini kerana parti DAP sudah pasti akan diharamkan jika mempunyai matlamat tersebut. "UMNO bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Dan kemungkinan besar itu akan berlaku, maka kita menjawab bahawa DAP dan Pakatan Rakyatlah yang akan membela dan mempertahankan orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata dasar bersama Pakatan Rakyat jelas mempertahankan keluhuran Perlembagaan. Pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham pula berkata ramai orang Melayu telah menyertai DAP sejak penubuhannya dan banyak pula yang memegang jawatan penting dalam parti serta diletakkan sebagai calon dalam pilihan raya. "DAP tidak pernah diskriminasi terhadap orang Melayu. Ia adalah sebuah parti yang berbilang bangsa yang terbuka untuk semua orang. Ia berusaha ke arah sebuah sistem demokrasi sosial, dan parti demokrasi sosial ini tidak pernah menjadi parti cauvinis Cina mahu pun parti komunis seperti yang sering difitnah oleh UMNO." "Kita memang menjangkakan serangan daripada UMNO yang akan mengatakan bahawa DAP sedang melatih orang Melayu kononnya untuk menjadi Menteri Besar di pelbagai negeri. "Namun hari ini saya ingin sekali lagi menegaskan terutamanya bagi rakyat Perak bahawa DAP tidak mempunyai cita-cita tersebut, dan jika cerita tersebut keluar, ia hanya lagi satu fitnah daripada Barisan Nasional. DAP menyatakan sokongan penuh kepada Datuk Seri Nizar (daripada PAS) sebagai Menteri Besar untuk Perak," katanya. Sementara itu, Fairuz Azhan menjelaskan beliau menyertai DAP kerana tidak sanggup berdiam diri melihat negara semakin lama semakin dirosakkan oleh kerajaan UMNO-BN. Beliau mengambil contoh kadar hutang negara yang semakin meningkat akibat sikap tidak bertanggungjawab kerajaan kini dan secara langsung menyebabkan rakyat menderita kerana pemotongan subsidi dan juga pengenalan cukai baru seperti GST yang bakal menambah beban rakyat. "Saya juga percaya dengan ideologi yang dibawa oleh parti. Mengikut pemahaman saya, Deklarasi Setapak yang menegaskan tujuan penubuhan DAP adalah untuk mempertahankan Perlembagaan negara. Ini juga bermaksud, DAP mempertahankan agama Islam sebagai agama rasmi, menzahirkan kedaulatan Raja, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, dan kedudukan istimewa bumiputera. "Saya juga berpegang kepada ideologi demokrasi sosial yang kejayaannya boleh dilihat di Pulau Pinang. Saya juga yakin bahawa DAP merupakan platform yang terbaik untuk membebaskan minda masyarakat daripada politik perkauman dan politik ketakutan." Dyana Sofya pula berpendapat bahawa kejayaan urus tadbir cekap, akauntabel dan telus (CAT) oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang dipimpin oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng meyakinkan beliau untuk memilih DAP sebagai wadah politiknya. "Bayangkan jika kejayaan CAT di Pulau Pinang boleh diketengahkan ke peringkat kerajaan pusat? Bukankah semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan mendapat faedah secara lebih adil dan saksama? "Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang dan kemakmuran negeri bertambah berlipat kali ganda. Mengapa kita tidak boleh mengimpikan itu di peringkat nasional?" katanya. – Roketkini.com | Tukang karut Umno sempitkan perjuangan Islam Posted: 21 Jan 2012 04:57 AM PST KUALA LUMPUR, 21 Jan: Ruang perjuangan dan perlaksanaan Islam tidaklah sesempit pemikiran Umno dan tukang karut terbarunya, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Wadah untuk memperjuang dan memartabatkan Islam hampir tiada batas sempadan, tidak kira di masjid atau di padang bola. "Cakap-cakap kecewa tukang karut Umno yang terbaru benar-benar memperlekehkan Islam apabila ia menggambarkan maruah umat Islam terpaksa bergantung dan menempel atas sesuatu jawatan," kata beliau. Malah, tegas Mahfuz, Islam boleh dimartabatkan tanpa mengira apa jua bidang yang diamanahkan.
"Tetapi kalau otak dan pemikiran masih lagi dalam acuan pemikiran jumud Umno walaupun mendabik dada kononnya pejuang aqidah seolah-olah hancur musnahlah aqidah semua orang tanpa beliau, tentulah Islam dan perjuangan memartabatkannya dilihat dari pemikiran yang sempit dan jumud," kata Ahli Parlimen Pokok Sena. Menurut Mahfuz, orang yang melihat Islam sebagai ajaran suci yang mencakupi semua ruang dan bidang, sentiasa memohon perlindungan dari Allah agar tidak mengeluarkan cakap-cakap tidak menggunakan akal yang menyesatkan orang lain. "Tetapi, dengan pemikiran sempit ajaran Umno, keluarlah cakap-cakap menyesatkan kononnya maruah dipijak kerana tidak dapat memegang portfolion hal ehwal Islam. "Sedangkan orang yang memijak-mihak maruahnya sendiri ialah orang tidak puas-puas mendedahkan sisi-sisi buruk dan jelik dirinya sendiri," kata beliau. Bagaimanapun, kata Mahfuz, apa yang berlaku itu menjadi pengajaran kepada semua pihak agar ikhlas memperjuangkan Islam. "Bila kita memperjuangakan Islam, berusahalah untuk mengikhlaskan diri, tidak gila talak kerana tidak dapat jawatan lalu menjadi pengacau kerana sakit hati tidak mendapat jawatan yang diidam-idamkan seperti jawatan menteri besar dan sebagainya. "Bagi melindungi sebab sebenar membuat kacau, pengacau sentiasa berubah-ubah alasannya membuat perangai, mula-mula dia mendakwa puncanya perkara ini, kemudian perkara itu dan selepas itu perkara yang lain pula. "Hampir setiap hari bertukar-tukar sebab dan punca beliau menggelupur," katanya. Mahfuz juga merasa geli hati melihat Umno berpesta di dalam media-medianya seperti orang mabuk seolah-olah mendapat "tangkapan yang lumayan". "Kalau Umno ingat ia sudah mendapat tangkapan yang lumayan sebasgai modal kempennya, ia tentu amat menggelikan hati kerana apa yang dapat dicekup oleh Umno itu sudah ditolak oleh akar umbi sehingga tidak mendapat pencalonan dari akar umbi untuk terus menjadi wakil mereka," katanya. Bagaimanapun, Mahfuz yakin Umno akan tetap "terkinja-kinja keseronokan dengan apa yang dicekupnya itu" walaupun menjadi bahan ketawa orang ramai. http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/7704-tukang-karut-umno-sempitkan-perjuangan-islam | Posted: 21 Jan 2012 04:25 AM PST berat mata memandang, berat lagi bahu adik Adrianna menanggung, bantulah... Assalammualaikum Wr.Wb. Saudara saudari ku sekalian, marilah kita membantu adik ini dengan memberi sedikit sumbangan ikhlas kepadanya. Dia kini menderita akibat masalah saluran jantung, memerlukan kos pembedahan di IJN. Adik Adrianna Juliana Bt Mohd Jasni berumur 7 tahun merupakan anak yang kelima dari tujuh adik beradik, berasal dari Kuala Langat, Selangor. Pekerjaan kampung yang tidak seberapa oleh ayah dan ibu bagi menyara kehidupan keluarganya tidak mencukupi utk menanggung kos pembedahan Adrianana iaitu sebanyak RM 20,000.00 Sumbangan anda boleh di salurkan ke a/c* Maybank (164342225893)* Semoga dengan sedikit sebanyak derma anda itu akan memberi harapan yang besar kepada adik Adrianan untuk meneruskan kehidupan seperti kanak- kanak yang lain. Terima kasih Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara dan sahabat kita yang lain. Semoga usaha kita membantu adik ini mendapat limpah rezeki dan berkat dari Allah swt....Wassalam Diterima melalui email | Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar' Posted: 21 Jan 2012 04:05 AM PST Tabiat berbelanja besar seorang lagi anggota keluarga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menarik perhatian media Australia hari ini - kali ini di Sydney. Dalam seksyen 'Private Sydney' akhbar Australia Sydney Morning Herald, kolumnis Andrew Horney memanggil Rosmah sebagai "first lady of shopping', kerana dikatakan telah membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney. Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp, kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di sana "sekitar dua minggu lalu". Oktober lalu, anak perempuan Najib, yang tidak dinamakan, telah dilaporkan oleh akhbar Western Australian telah berbelanja mewah di David Jones di Perth semasa Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM). Akhbar itu kemudiannya membuat pembetulan kepada laporan tersebut, dengan memetik sumber tanpa nama, selepas Najib berkata anak perempuannya tidak berada di Perth pada masa itu. http://malaysiakini.com/news/187259 | 'Aku Jimat' muncul permainan kedua paling popular Posted: 21 Jan 2012 02:42 AM PST Suatu permainan Apple, yang dipercayai diilhamkan dari watak isteri perdana menteri, kini muncul sebagai permainan kedua paling popular di kalangan aplikasi berbayar Malaysia. Mungkin dengan mengambil kesempatan daripada tumpuan media Permainan tersebut, yang merupakan satu-satunya yang dibangunkan oleh syarikat berkenaan, dan boleh didapati di Apple App Store untuk pengguna iPod, iPad dan iPhone, telah dilancarkan pada 17 Januari. Ia mendapat perhatian media pada 19 Januari dan terus menjadi rebutan muat-turun permainan tersebut. Sehingga ini, 154 orang telah memberi permainan tersebut penarafan lima bintang. Menurut syarikat pemajunya, permainan itu adalah "untuk mendidik anak-anak kepentingan menabung" sejak kecil dan "lebih awal jika seseorang berjimat maka, lebih banyak yang dapat dikumpulkan". Dengan tabung berbentuk seekor kucing, pemain dikehendakimenyambut duit syiling bernilai US$1000 (RM3,100) setiap satu yang digugurkan bagi membuat pembelian - sama ada sebuah rumah bernilai US$5,000,000 (RM15, 000,500) atau kereta berharga US$300,000 (RM10,000). Pengguna juga boleh membeli mana-mana sembilan beg tangan yang ditawarkan, bernilai antara US$ 9,000 hingga US$ 110,000 (RM27, 900 hingga RM440,000) atau juga cincin berlian bernilai US$24 juta (RM74 juta). Setiap syiling bernilai $1,000 tetapi jika seseorang itu bernasib baik, jongkong emas bernilai $1,000,000 akan digugurkan. Pemain bagaimanapun mesti berhati-hati untuk mengelakkan diri mereka daripada terkena bom. Ini kerana bagi setiap kali mereka terkena bom, tambahan umur setahun akan dimasukkan kepada pemain dan seseorang dipaksa untuk "bersara" pada usia 99 tahun. http://www.malaysiakini.com/news/187249 |
Posted: 22 Jan 2012 01:25 AM PST | Hassan Ali dakwa tindakan PAS sangat keji dan hina Posted: 21 Jan 2012 06:38 PM PST HASSAN Ali mendakwa terdapat rancangan untuk menjatuhkannya sebagai seorang Exco Negeri Selangor yang melibatkan ketiga-tiga pemimpin tertinggi parti dalam Pakatan Rakyat. Hassan Ali juga mendakwa tindakan PAS sebagai sangat keji dan hina kerana terlibat menjatuhkannya sambil menggambarkan dirinya sebagai pejuang Melayu dan Islam yang sebenar. Selain itu Hassan Ali juga mendakwa dirinyalah yang benar-benar teguh di dalam mempertahankan prinsip perjuangan PAS, manakala pemimpin PAS yang lain sudah jauh menyimpang tidak sepertinya. Kalau Hassan Ali rasa hanya dialah pejuang sebenar eloklah dia buka Parti Islam se Malaysia baru macam Mahathir buka parti Umno baru. ReJaM© "Hassan Ali pejuang Melayu sebenar kah kah kah..." | Rosmah digelar "First Lady of Shopping" dalam akhbar Australia Posted: 21 Jan 2012 09:08 AM PST GAYA berbelanja boros Rosmah Mansor, sekali lagi menjadi tumpuan antarabangsa apabila beliau mendapat gelaran "First Lady of Shopping" dalam akhbar berpengaruh Australia, The Sydney Morning Herald. Pereka fashion di Sydney, Carl Kapp memberikan gelaran "First Lady of Shopping" kepada isteri Perdana Menteri sambil mendedahkan bahawa Rosmah berbelanja besar sehingga $100,000 (RM322,794.87) di butiknya baru-baru ini. Carl Kapp turut membayangkan bahawa Rosmah tidak gemar untuk tawar menawar di dalam berbelanja apabila menyifatkan Rosmah sebagai pemurah dan rundingan harga dengan wanita boros itu begitu mudah dijalankan. Selain itu, The Morning Herald turut mendedahkan bahawa Rosmah bersama suaminya, Najib Tun Razak dilaporkan menyewa penthouse di The Darling hotel yang berharga $20,000 (RM64,558.97) semalaman. Mungkinkah Akhbar The Morning Herald akan dibayar untuk meminta maaf kepada Rosmah serta mengubah kenyataannya di atas laporan ini? Kita tunggu dan lihat. ReJaM© "Pemimpin bersenang lenang di atas kesusahan rakyat..." |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan