Jumaat, 27 Januari 2012

Dewan Pemuda Pas Sepanggar

Dewan Pemuda Pas Sepanggar


Majlis Perpisahan Setiausaha Kerja (SUK) PASTI Negeri Sabah

Posted: 27 Jan 2012 06:36 AM PST

Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepanggar (DPPKS) mewakili PASTI Kawasan mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Nasir Morni di atas sumbangan dan curahan tenaga beliau dalam membangunkan PASTI Negeri Sabah. Khidmat yang telah beliau curahkan selama menjadi Setiausaha Kerja (SUK) telah menjadikan pengurusan PASTI Negeri Sabah antara yang terbaik sepanjang perkhidmatan beliau.

Ucapan perpisahan yang disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Lahirul Latigu

Bagi menghargai sumbangan beliau, satu majlis perpisahan telah diadakan di Pejabat Pemuda Negeri. Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, Saudara Lahirul Latigu. Pada ucapan Ketua Pemuda PAS Negeri Sabah, beliau telah menyampaikan ucapan penghargaan dari DPP Sabah terhadap gerak kerja terbaik yang diberikan oleh saudara Nasir.

Majlis perpisahan ini diadakan berikutan Saudara Nasir yang akan berpindah ke negeri asal beliau iaitu Sarawak. Semoga pengalaman sepanjang bersama DPP Sabah ini berjaya untuk beliau teruskan bersama-sama dengan PAS Negeri Sarawak, khususnya berkaitan pengurusan PASTI negeri.

Tiada ulasan:

Pengikut