Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan |
- Nama Najib baik tetapi tidak Umno dan BN
- Sekitar Program Bicara Selebriti ~ Hari Hiburan Islam
- Umno umpan wang misi tawan Kelantan
- Wang zakat akan beli hotel MS Garden?
- Kekerapan Najib turun ke Perak timbul tanda tanya
- Soalnya, dana RM250 juta NFC ikut peraturan kewangan atau tidak?
Nama Najib baik tetapi tidak Umno dan BN Posted: 25 Jan 2012 04:10 PM PST KUALA LUMPUR, 25 Jan: Para pemimpin Umno kini mula mempertikaikan tindakan presiden mereka yang berlebihan mempromosikan dirinya sedang nama baik parti dan negara terus menjunam. Mereka mula menyedari hal ini sejak akhir-akhir ini apabila kajian yang dibuat menunjukkan rating Datuk Seri Najib Razak terus meningkat. (Hanya nama Najib yang naik ratingnya...yang lain-lain merudum) Tetapi dalam masa yang sama rating pemimpin kerajaan yang lain, Umno, Barisan Nasional bahkan kerajaan Malaysia sendiri terus merudum. "Kalau macam ini berterusan, dalam pilihan raya nanti dia je lah yang menang, kami semua lingkup," kata seorang pemimpin Umno yang kini mula bosan dengan apa yang berlaku. Menurut beliau yang bertanding dalam sebuah Dun tetapi kalah dalam pilihan raya umum 2008 lalu, pelbagai kajian menunjukkan populariti Najib meningkat hatta melampaui Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bahkan, nama timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin terus menjunam ke belakang. Beliau memberikan contoh bagaimana Najib mengendalikan isu NFC - National Feedlot Centre - di mana Najib menyerahkan isu ini untuk dikendalikan Muhyidin dan Datuk Seri Noh Omar. (Muhyidin sedang menerima pelbagai tekanan sejak akhir-akhir ini) Padahal, katanya, Najib yang mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Impak Besar (High Impak Comitte) yang meluluskan projek ini. Ada juga yang mempertikaikan kenapa Najib tidak menghalang laporan Ketua Audit Negara berhubung dengan NFC ketika dia menerima laporan tentang projek NFC yang bermasalah pada tahun 2010 lalu. Selain Muhyidin, turut menghadapi masalah di zaman Najib adalah parti-parti komponen BN khasnya MCA, Gerakan dan MIC. "Dari 15 kerusi Parlimen yang dimenangi MCA sekarang, hanya 7-8 kerusi sahaja yang selamat dalam pilihan raya umum akan datang," kata satu sumber kepada Harakahdaily. Antara agensi yang dirujuk menaikkan nama Najib adalah Pasukan Komunikasi Kebangsaan (National Communications Team - NCT) dan pasukan penasihat luar negara termasuk Apco. NCT yang kini beroperasi di Bangsar, selepas berpejabat di The Garden, ditubuhkan di bawah Pejabat Perdana Menteri (PMO). Ketuanya yang pertama adalah Jalil Hamid, bekas Timbalan Ketua Biro Reuters di Kuala Lumpur. Kini Jalil mengetuai NST apabila Najib bimbang kalau-kalau petugas NST mengkhianati beliau di sana. Pengganti beliau adalah Sufi Yusuff, bekas Setiausaha Akhbar Tun Dr Mahathir yang masih bertugas dengan Tun hingga kini. Di samping itu, NCT juga mempunyai Datuk Khalid Mohamad, bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan yang kini adalah Penasihat NCT. Di sinilah juga terletaknya beberapa wartawan veteran yang dilantik sebagai konsultan dan pegawai penyelidik. Peranan NCT adalah untuk memastikan nama baik kerajaan terbela, namun peranan yang selalu mereka jalankan adalah nama baik Najib selaku Perdana Menteri. Ini menyebabkan mereka tidak tahu, kepada siapakah mereka bertugas...kepada negara atau kepada peribadi perdana menteri Najib. |
Sekitar Program Bicara Selebriti ~ Hari Hiburan Islam Posted: 25 Jan 2012 04:10 PM PST |
Umno umpan wang misi tawan Kelantan Posted: 25 Jan 2012 04:04 PM PST KOTA BHARU, 25 Jan: Umno dianggap hanya bergantung kepada kekuatan wang ringgit bagi menjayakan misi menawan Kelantan. Sedangkan taktik itu bertentangan dengan perjuangan dibawa Nabi Muhammad saw. (Gambar: Nik Aziz melepas rombongan Kelantan Ride) Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Umno sejak 20 tahun lalu beriya-iya sangat hendak tawan Kelantan dengan harapan mereka ada kekuatan wang ringgit. "Boleh jadi kerana mereka ada duit banyak sehingga bercakap begitu, sedangkan semasa Nabi Muhammad saw dahulu, baginda seorang yang miskin dan tetap meneruskan perjuangan Islam menentang golongan kaya seperti Abu Jahal. "Jadi tidak pelik dan hairanlah kalau kami (PAS) di Kelantan ini juga berusaha mempertahankan Kelantan," katanya ketika ditemui media selepas melakukan pelepasan rombongan Kelantan Ride di Kompleks Kota Darulnaim hari ini. Semalam ketika datang ke Kelantan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak melahirkan keyakinan Barisan Nasional (BN) mampu menawan negeri tersebut pada pilihan raya umum ke-13. Malah, sebelum ini mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah melahirkan keyakinan serupa, mampu merampas Kelantan. Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang Mursyidul Am PAS berkata, walaupun Umno berusaha merampas Kelantan, namun PAS tetap mempertahankan negeri ini. Bagaimanapun menurutnya kekayaan yang dimiliki seseorang tidak digunakan untuk Islam dianggap hanya sia-sia sahaja. "Firaun kaya, Qarun kaya, Namrud pun kaya kalau nak banding dengan Nabi saw masa itu. Islam menyebut kita ada akhirat dan kemenangan sesuatu kaum itu bukan kerja manusia dan itu semua adalah kehendak Allah SWT," ujarnya. Kata beliau juga rakyat Kelantan akan bertanggungjawab di hadapan Allah Taala kelak sekiranya mereka tidak bersungguh-sungguh mempertahankan dasar Islam yang ada sekarang. Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Negeri, Ahmad Fadhli Shaari berkata, tidak nampak sebarang perkembangan luar biasa di sebalik keyakinan Umno mahu merampas Kelantan. "Keyakinan itu perkara lumrah dan bukan kali pertama disuarakan pemimpin Umno samada di peringkat pusat mahu pun negeri. "Pada pilihanraya umum 2008, Umno Kelantan di bawah Tan Sri Annuar Musa juga menyuarakan keyakinan serupa, bahkan mengisytiharkan bakal Menteri Besar Kelantan," katanya. |
Wang zakat akan beli hotel MS Garden? Posted: 25 Jan 2012 04:03 PM PST KUALA LUMPUR, 25 Jan: Majlis Agama Islam Pahang didakwa akan membeli Hotel MS Garden, Kuantan dengan menggunakan wang zakat bernilai RM 50 juta. Demikian dakwa Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan dalam Facebooknya hari ini. "Saya difahamkan Majlis Agama Islam Pahang akan membeli Hotel MS Garden (gambar) dengan wang zakat bernilai RM50 juta. "Mohon pihak berwajib siasat perkara ini dan pastikan ia tidak berlaku justeru masih ramai rakyat dlm negeri Pahang yang memerlukan zakat," tulis Nasrudin dalam facebooknya itu. Sebelum ini, wang zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikatakan telah digunakan untuk membayar kos guaman Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharun. Kos guaman itu adalah untuk bayaran pembelaan beliau atas saman yang dikemukakan datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas beliau ekoran isu qazaf Saiful Bukhari Azlan. Dalam pada itu, Nasrudin berkata, Badan Tindak Khas Anti Penyelewengan Zakat DPPM yang dipengerusikan oleh Kamaruzaman Mohamad akan pantau dan kaji perkara ini agar wang zakat ummah dapat di selamatkan dari kerakusan sang penguasa. "Jika benar satu tindakan tegas mesti diambil," kata beliau dalam facebook itu. |
Kekerapan Najib turun ke Perak timbul tanda tanya Posted: 25 Jan 2012 04:02 PM PST IPOH, 25 Jan: Kekerapan Predana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno turut ke Perak sejak kebelakangan ini menimbulkan pelbagai persoalan termasuk adakah BN pnegeri itu sedang menghadapi masalah besar. Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Salman Saleh berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu malah menambah ianya juga mungkin kerana BN tidak yakin pada PRU-13 nanti rakyat Perak akan bersama mereka. Menurut Salman, umum maklum bahawa pada 13 Januari yang lalu, Najib telah pun berada di Perak dalam satu program khas untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN seluruh negara yang berkampung di Perak ketika itu. Kini, selang dua minggu pula, Najib akan sekali lagi turun di Perak sempenan Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan pada 28 Januari ini di Setiawan, tambahnya lagi. Malah jadual Naib dikhabarkan begitu padat dalam tempoh terdekat untuk turun ke Perak dalam tempoh dua bulan yang akan datang. "Adakah ianya juga ada kaitan dengan kajian UM tentang prestasi BN Perak yang juga dilaporkan baru-baru ini? "Malah, kami juga melihat kenyataan terbaru Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir yang terus menafikan berlaku masalah menentukan kerusi bagi BN Perak turut menyumbang kehadiran Datuk Sri Najib ke negeri Perak sekali lagi," ujarnya. Keyakinan itu juga jelasnya dapat dilihat dengan kehadiran Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaludin ke Perak pada 23 Januari yang lalu. Menurutnya, kehadiran Khairy itu memberikan gambaran jelas bahawa Umno BN Perak berada dalam keadaan terdesak untuk memastikan BN mendapat kembali mandat rakyat Perak di dalam Pilihan Raya Umum ke –13 yang akan datang. |
Soalnya, dana RM250 juta NFC ikut peraturan kewangan atau tidak? Posted: 25 Jan 2012 04:02 PM PST KUALA LUMPUR, 25 Jan: Soal kekeliruan Laporan Ketua Audit Negara tidak lagi berbangkit kerana terlalu banyak perkara meragukan mengenai Fidlot Nasional Corp (NFCorp) yang didedahkan, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar. Beliau menekankan, isu utama berkaitan dengan NFCorp ialah adakah dana RM250 juta yang diterima dari kerajaan oleh syarikat milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kini bercuti dari jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan. "Itu isu utama mengenai NFCorp. Adakah pemberian dana RM250 juta kepada NFCorp dibuat mengikut peraturan kewangan kerajaan? "Selain itu, isu utama yang lain ialah pendedahan mengenai pembelian unit kondominium di Bangsar dan Singapura masing-masing berharga RM13.8 juta dan RM9.9 juta dan kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 serta dua bidang tanah bernilai RM3,363,507 di Putrajaya," kata Mahfuz. Malah, kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu, tidak ada langsung penjelasan yang meyakinkan ke atas dakwaan mengenai penggunaan wang NFCorp yang dikatakan membiayai percutian keluarga Ketua Wanita Umno itu di luar negara, selain disalurkan kepada restoran-restoran mewah yang juga milik keluarga Shahrizat. Tidak ada juga penjelasan yang memuaskan terhadap dakwaan penggunaan sehingga RM600,000 dari dana yang diperuntukkan untuk projek lembu NFCorp bagi membayar hutang kad kredit pada tahun 2009, kata Mahfuz lagi. Oleh sebab itu, kata beliau, tidak perlulah Pengerusi NFCorp yang juga suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail membangkitkan isu kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara antara NFCorp dan Pusat Fidlot Nasional (NFC). "Jawablah dahulu pendedahan-pendedahan yang dibuat itu sehingga umum yakin dan percaya bahawa NFCorp tidak menyalahgunakan wang RM250 juta untuk projek lembu itu memandangkan Salleh sendiri sebelum ini mengakui wang tersebut digunakan untuk membeli kondominium kononnya untuk pelaburan "Jangan mudah membuat dakwaan kononnya ada kekeliruan dalam laporan Ketua Audit Negara," kata Mahfuz. Salleh sebelum ini mendakwa, entiti perniagaan yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara yang berada dalam keadaan kucar kacir bukanlah NFCorp. Menurutnya, pihak pengaudit telah terkeliru antara NFCorp, sebuah syarikat persendirian, dengan NFC, syarikat kepunyaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Mempersoalkan dengan lebih lanjut mengenai pelbagai perkara yang meragukan dalam NFCorp, Mahfuz bertanya, mengapa timbul dakwaan bahawa seorang pegawai yang dipecat dari syarikat milik suami dan anak-anak Shahrizat itu menjual maklumat kepada pembangkang? "Sebagai andaian, katakanlah maklumat dijual kepada Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli. "Jika tidak ada sebarang perkara yang meragukan dan perniagaan berjalan NFCorp berjalan dengan telus dan bersih, tidak mungkin Rafizi, seorang akauntan bertauliah mahu membeli maklumat yang didakwa dijual oleh pegawai NFCorp yang dipecat itu," kata beliau. Mahfuz menambah, jika benar ada rahsia NFcorp yang dijual, ia bermakna ada perkara yang dirahsiakan. "Rahsia apa? Adakah rahsia mengenai perbelanjaan yang tidak ada kaitan dengan projek lembu yang membolehkan NFCorp mendapat dana RM250 juta itu dari kerajaan?" soal beliau. Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Pengarah Jabatan Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang memberitahu beliau akan memberikan penjelasan terperinci berkaitan berhubung dakwaan kekeliruan dalam laporan pihaknya itu. |
You are subscribed to email updates from Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan