Isnin, 30 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


Razlan's

Posted: 29 Jan 2012 11:15 PM PST

Razlan's


Bantuan BR1M Parlimen Seputeh siri 1

Posted: 29 Jan 2012 07:40 PM PST

Pagi ini seramai 500 keluarga yang layak menerima bantuan BR1M bagi kawasan Parlimen Seputeh.


Bantuan ini akan berjalan 2 hari bermula hari ini dan sejumlah 1737 keluarga yang mendapat bantuan rakyat 1 Malaysia.


Bantuan prihatin kerajaan Barisan Nasional.


Semoga ianya dapat meringankan beban..


Published with Blogger-droid v2.0.2

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 29 Jan 2012 09:16 PM PST

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


JOM THE SIRIES...JUMPA ORANG MUDA...

Posted: 29 Jan 2012 03:56 AM PST

Orang muda dan sukan khususnya bola memang sukar dipisahkan.Walaupun ada yang akan mengatakan bukan sekadar sukan namun hakikatnya melalui program seumpama inilah anak muda dapat dikumpul dan didekati seterusnya perancangan program seterusnya dapat disusun berdasar maklumbalas yang diperolehi.Pertandingan futsal bagi Zon Muadzam Shah ini telah berjaya menarik minat 16 pasukan yang didaftar mengikut cawangan masing-masing.Apa yang tersirat inilah dia jentera PPU yang akan digerak bagi menghadapi PRU13 akan datang.Semua borang pendaftaran diserah sendiri oleh KPC kepada urusetia.Kaunter penyemakan status daftar pemilih juga di buka bagi memberi peluang pengundi baru/muda yang telah didaftarkan/mendaftar mengetahui ststus mereka.Bagi yang masih belum berbuat demikian juga boleh membuat pendaftaran dikaunter tersebut.Bagi pihak PPU Rompin,ingin merakam ucapan tahniah dan terimakasih kepada semua yang terlibat samada urusetia dan pemain sendiri yang telah bermain dengan penuh semangat kesukanan.Tahniah...

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN

Posted: 29 Jan 2012 03:18 PM PST

PEMUDA UMNO BAHAGIAN JASIN


"BILA DAP PAKAI BAJU MELAYU"

Posted: 28 Jan 2012 07:01 PM PST





 TAK BERMAKNA BILA PAKAI BAJU MELAYU MAKA..........
YANG PASTI MEREKA TAK BOLEH MELANGKAH BILA PAKAI BAJU MELAYU
YANG INI DAH KENA LANGKAH KOT?

JIKA BENAR BERILAH JAWATAN SETIAUSAHA AGONG KEPADA ORANG MELAYU.......KATA PARTI SEMUA KAUM?????

Orang Melayu Diingatkan Jangan Terpedaya Helah DAP

PUTRAJAYA, 27 Jan – Orang Melayu diingatkan jangan sesekali terpedaya dan terperangkap dengan tipu helah DAP yang memang sejak penubuhan parti itu, ia langsung tidak pernah memperjuangkan kepentingan orang Melayu.
Ingatan itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menurut beliau, kerana apa jua tindakan parti itu hanyalah helah semata-mata demi untuk menarik sokongan orang Melayu.
"Kenapa baru sekarang dia nak jemput orang Melayu, saya tak tahulah apa tujuan dia, tapi kita dah tahu sejarah DAP ini, jadi orang Melayu kena faham lebih-lebih lagi bila dia menekankan Malaysian-Malaysiannya.
"Dia kata dia bukan parti perkauman, dia kata dia parti multi-racial (pelbagai kaum) tetapi dari segi amalan dan apa yang telah dilakukan oleh DAP sejak ditubuhkan sampai sekarang pun jelas terbukti (ia) parti yang chauvinist," katanya di sini hari ini.
Muhyiddin berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan berhubung kenyataan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa lebih ramai orang Melayu akan menyertai parti itu.
Beliau turut mempersoalkan kenapa sekarang baru sibuk untuk menjemput orang Melayu, sedangkan parti itu agak bersifat perkauman dan nampak jelas langsung tidak mengambil kira kepentingan orang Melayu.
"Jadi sekarang baru sedar, bila dah ada pihak yang mengatakan tiada wakil Melayu, mungkin dia nak merancang setengah negeri itu nak diberikan kepada wakil Melayu yang dijanjikan bakal jadi exco, ketua kerajaan atau pun Menteri Besar baru," katanya.
Muhyiddin berkata bagi orang yang sudah lama dalam parti politik mereka akan faham benar ia cuma helah pilihan raya sahaja dan diharapkan orang Melayu dapat memahami secara mendalam sejarah DAP itu.
"Latar belakang, perjuangan dan suara lantang DAP apakah dia mewakili orang Melayu, jadi jangan mudah terpedaya kerana dekat pilihan raya ini pelbagai tawaran akan dibuat.
"Akan letak calon-calon Melayulah, nak ambil lebih ramai orang Melayulah dan jika ada pihak yang tidak memahami sejarah perjuangan DAP mereka akan mudah terjebak dengan gaya politik DAP," katanya.
Timbalan Perdana Menteri berkata bagi beliau DAP langsung tidak mengambil kira soal kepentingan orang Melayu berdasarkan rekod-rekod sejarah yang lalu.
"Apa isu yang disuarakan, soal pendidikan pun dia tidak pernah menyuarakan soal pendidikan kebangsaan, sebaliknya soal pendidikan Cina sahaja, walau pun pendidikan Cina diberi perhatian oleh kerajaan," katanya.

Agenda DAP Tarik Orang Melayu Untuk Bergerak Tanpa Pas, PKR

KUALA LUMPUR 27  Jan – DAP dilihat cuba berdiri sendiri tanpa bantuan rakan-rakan lain dalam pakatan pembangkang dalam usaha mereka mendominasi senario politik di negara ini.
Penolong Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Tan Sri Megat Junid berkata jika itu bukan alasannya, kenapakah DAP begitu beriya-iya cuba menarik orang Melayu  untuk menyertai parti berkenaan.
Menurut beliau DAP semestinya akan menggunakan apa sahaja cara untuk mereka menguasai politik negara ini walaupun pada dasarnya mereka bernaung di bawah satu gabungan pembangkang dan menjulang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Percayalah mereka hanya bermain gula-gula politik dengan gabungan mereka sendiri. Jika mereka tidak mempunyai niat sedemikian rupa, kenapakah mereka membuka dan menerima keahlian dari kalangan orang Melayu.
"Bukankah sekutu mereka iaitu Pas majoritinya kaum Melayu dan sebahagiannya menerusi PKR. Apakah mereka tidak mempercayai kedua-dua parti berkenaan. Cumanya apa yang saya nampak dis ini, DAP cuba melengkapkan kaum Melayu di dalam parti mereka  untuk memastikan mereka dapat bergerak tanpa bantuan PKR dan Pas kelak," katanya.
Tegas beliau pada satu hari nanti, jika budaya itu berterusan dan DAP dibarisi ramai kaum Melayu, percayalah pada saat dan ketika itu tidak mustahil mereka akan bergerak sendiri dan Pas serta PKR akan berputih mata.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kecenderungan DAP menarik kaum Melayu di negara ini untuk menyertai mereka khususnya menjelangnya pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Mengulas lebih lanjut, Megat Firdouz yang yang juga Timbalan Ketua UMNO Subang seterusnya menambah, orang Melayu perlu sedar dan tahu tipu muslihat parti berkenaan kerana mereka bijak bermain dengan kata-kata.
"Tembelang DAP nampaknya dah pecah awal dan hakikat berkenaan perlu disedari oleh orang Melayu di negara ini. Kehadiran mereka bersama pembangkang yang lain hanyalah sekadar sandiwara semata-mata.
"Apabila dah kuat dan mampu bergerak tanpa PKR dan Pas, DAP akan muncul dengan wajah baru mereka mendominasi politik negara dan meninggalkankan rakan sektunya yang pernah tidur sebantal apda satu ketika," katanya. -MediaUMNO 

DAP Tidak Akan Selamanya Percaya Pas Untuk Pikat Orang Melayu

DAP amat sedar akan impak isu penyiasatan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama terhadap kerajaan negeri dan imbangan kuasa Pakatan Rakyat.
Reaksi awal Pas untuk terus menyerang Dato Dr Hassan Ali yang mendapat sokongan orang ramai dan tidak kurang dari ahli politik lawan telah membuka suatu lebaran baru dalam politik tempatan.
Sokongan orang UMNO dan atas pagar ada mencelikkan sebahagian penyokong Pas akan kesilapan mereka mengetepikan agenda Islam yang dibawa Pas selama ini. Satu-satu alat senjata politik Pas itu masih releven tetapi telah diketepikan oleh kepimpinan yang dipengaruhi puak Erdogan.
DAP boleh merasakan sokongan orang Melayu terhadap Pas akan menjunam. PKR yang sudah nazak hanya berdaya mencuba melewatkan realiti fitrah kehancuran mereka. Masuk Anwar ke Sungai Buloh, berkubur dan berkecai bacailah PKR.
Faktor utama untuk DAP berkuasa di peringkat nasional terletak pada Pas. Itu yang DAP membuat kenyataan untuk meyakinkan Pas dan PKR akan komitmen mereka. Mulut cakap lain, hati kata lain. Nampaknya prospek Pas akan bertambah kabur.
Bagi DAP, peluang mereka untuk berkuasa terletak pada PRU13. Jika BN dapat kekal, pendulum politik akan kembali kepada BN semula.
Senario politik akan menjadi lebih terbelah mengikut kaum di mana UMNO (Melayu) versus DAP (Cina) dan ini tidak akan sekali-kali kekal. Akhirnya kewarasan politik akan kembali dan kesederhaan akan diterima balik. MCA/MIC akan menjadi menarik balik.
Pas akan memakan masa yang lama untuk kembali dan PKR hanya tinggal nyawa-nyawa ikan dan mungkin sudah berakhir.
DAP agak desperado dan sedang secara diam-diam merasakan alternatif yang ada pada mereka ialah untuk menarik orang-orang Melayu masuk DAP. Target mereka adalah Melayu-Melayu PKR yang susah mahu menerima UMNO dan kurang tertarik dengan budaya Pas.
Lim Guan Eng pun baru-baru ini sudah mengatakan ada 7 orang calun Melayu akan dikedepankan. Adakah ini cukup untuk menarik orang-orang Melayu masuk DAP?
DAP cuba mempromosi kemasukan Prof Ishak dari Universiti Pertahanan dalam DAP tetapi seorang akademik tidak boleh membawa impak politik.
Sebelum ini, Pengerusi Tranparency International Tunku Aziz berjaya ditarik dan dilantik menjadi Naib Pengerusi DAP. Bagi yang tahu, TunKu Aziz tidak boleh dianggap sebagai betul-betul berjiwa DAP kerana dia hanya proksi seorang ahli politik UMNO.
Kampung Melayu di Kepong yang masuk jadi cawangan Melayu DAP pun sudah lompat kembali ke pangkuan UMNO.
Apa yang boleh dijangkakan adalah dari kemasukan Melayu secara diam-diam, momentum ini akan membina mengikut perkembangan politik Pas.
Lagi lama Pas tersangkut ditengah tanpa pendirian, lagi risau DAP kerana perlu mengambil opsyen politik ini yang boleh juga backfire dalam masa terdekat.
Boleh tak boleh, DAP terpaksa ambilalih kepimpinan Pakatan yang akan berubah menjadi Pakatan Triniti.
theunspinners.blogspot.com

Politik DAP Terhadap Pas, PKR

KUALA LUMPUR, 25 Jan. – Pilihan Raya Umum ke-13 akan menjadi medan penting kepada Dap yang dikatakan sedang mengumpulkan calon-calon bagi mewakili parti terbabit khususnya dari kaum Melayu untuk membolehkan mereka mendapat sokongan dari orang Melayu selain sebagai persediaan untuk menjadi Menteri Besar di beberapa negeri sekiranya mereka menang dalam pilihan raya terbabit.
Lantaran itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Berangan, Shabudin Yahaya menyelar tindakan tersebut yang melihat bahawa DAP cuba menunjukkan kepalsuan liberalisme dalam berpolitik.
"DAP perlukan calon-calon Melayu kerana mahu menyesuaikan keperluan semasa selain tidak mahu ketinggalan dengan trend dan kehendak rakyat terkini, apatah lagi mereka baru sedar bahawa sokongan orang Melayu juga amat penting dalam politik," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Jelasnya, tindakan bersendirian DAP  ini adalah taktik mereka dalam politik sedangkan hal sebenarnya mereka langsung tidak percaya kepada anggota sekutu dalam pakatan pembangkang iaitu PKR dan Pas sendiri yang secara total dianggotai oleh Melayu.
"Kita lihat bagaimana dalam pakatan pembangkang itu sendiri ada pelbagai bangsa sama ada Cina, India dan jika mahukan yang sepenuhnya Melayu maka mereka boleh mencalonkan dari kalangan anggota Pas tetapi mereka tidak berbuat demikian kerana bersebab.
"Ada pepatah mengatakan 'tidur sebantal tapi mimpi lain-lain' maka jawabnya itu adalah pakatan pembangkang sebagaimana DAP yang tidak sehaluan dengan agenda politik Pas dan PKR maka kerana itu mereka mahukan calon Melayu mewakili lambang DAP."
Tegasnya, taktik sedemikian dibuat bagi mengaburi mata rakyat kononnya mereka adalah parti yang turut memperjuangkan bangsa lain selain DAP kononnya adalah parti untuk pelbagai kaum.
"Mereka cuba untuk mengumpan orang Melayu bagi mengikut kehendak mereka iaitu melahirkan Melayu DAP  dan bukannya Melayu yang berpaksikan Pas mewakili Dap atau sebagainya. Dalam hal ini, contoh terbaik adalah Hassan Ali yang menjadi kambing hitam dalam perangkap DAP bagi memastikan sekutu dalam pakatan terbabit terus tunduk kepada kehendak mereka.
"DAP tidak perlukan Melayu Pas atau Melayu PKR tetapi sebagaimana hari ini, sebaliknya sebagai perancangan untuk pilihan raya akan datang, mereka mahukan Melayu baru yang berpaksikan DAP sendiri, iaitu membawa liberaslime tanpa ada jiwa Melayu dan tidak dibayangi oleh mana-mana parti lain pun."
Tambahnya lagi, DAP  cuba memperalatkan orang Melayu sebagai boneka politik bagi memastikan impian dan cita-cita mereka untuk berkuasa tercapai. - MediaUMNO

APABILA DINASTI "LIM" BERSUARA....

Posted: 28 Jan 2012 06:28 PM PST



 APABILA DINASTI "LIM" BERKUASA!!!!!!!!

APABILA DINASTI 'LIM' BELUM BERKUASA

Rasis dan kroni

PENASIHAT DAP, Lim Kit Siang melakukan provokasi lagi, kali ini dalam perutusan Tahun Baru Cina. Menurut beliau, masyarakat Cina masih boleh meraih kekayaan walaupun kepimpinan Barisan Nasional (BN) gagal. Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar tidak menghargai nikmat kemakmuran yang dikecapi di bawah kerajaan BN. 

Tindakan Kit Siang membangkitkan soal kekayaan kaum adalah berbahaya. Semua orang tahu bahawa ekonomi negara dikuasai oleh kaum Cina antaranya disebabkan percaturan penjajah yang menempatkan kaum itu di bandar-bandar, budaya niaga yang diwarisi sejak zaman lampau selain perpaduan kukuh kaum berkenaan.

Persoalannya apakah wajar ia dijadikan modal politik? Memang banyak persoalan berlegar berikutan kenyataan tersebut. Antaranya, apakah soal kekayaan hanya hak kaum Cina dan mengapa berjanji tentang penguasaan kekayaan untuk satu kaum sahaja. Bagaimana pula dengan kaum lain?

Ternyata Kit Siang tidak dapat lagi menyembunyikan agenda sebenar DAP yang membuak-buak untuk terus menghasut kaum Cina menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Ia menyerlahkan hakikat sebenar bahawa DAP adalah parti paling rasis bukan sahaja di Malaysia, bahkan di seluruh dunia. 

Dalam pada itu, Awang tertanya-tanya mengapa Kit Siang, 71, masih enggan berundur daripada politik. Zaman beliau sudah berlalu. Suatu ketika dulu, beliau pernah dilabel diktator sehinggakan beberapa pemimpin DAP merajuk dan berundur angkaranya. 

Lagipun Kit Siang sudah sukses dalam membina dinasti Lim ekoran perencanaan kronisme yang berjaya menempatkan anaknya, Lim Guan Eng berada di persada kuasa sebagai Setiausaha Agung. Seperti bapanya, beliau akan bergayut dengan jawatan itu untuk puluhan tahun. Anak beranak yang mencorakkan parti itu. Khabarnya dalam diam, sebahagian pemimpin Cina DAP kecewa kerana Kit Siang terlalu memihak dan melindungi Guan Eng. Awang tidak terkejut jika cucu Kit Siang juga akan diatur untuk mewarisi kepimpinan DAP selepas Guan Eng.

Tetapi yang beliau tidak akan berjaya ialah untuk memulihkan imej rasis DAP yang makin busuk. Penambahan ahli Melayu dalam parti yang dibuat sekadar untuk mengaburi mata rakyat, tidak akan mengubah apa-apa.

Realitinya, majoriti Melayu tetap menolak DAP biar apa topeng yang dipakai. Hanya segelintir Melayu sahaja yang boleh diperkuda.

Kit Siang dan Guan Eng tidak ikhlas menerima ahli Melayu dan pada masa yang sama tidak percayakan orang Melayu untuk diberi peranan penting dalam parti itu. Lihatlah nasib orang India dalam DAP, yang terpinggir dan menjadi kelas kedua. 
 
DAP apatah lagi ketika era dinasti Lim, tidak akan berubah. Ia akan kekal menjadi parti paling rasis di dunia.

Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat



KERANA TERPAKSA?

Posted: 28 Jan 2012 06:12 PM PST


Benarkah Aziz Bari 'pakar undang-undang'. SAKINAH Kuala Lumpur. SAYA ingin mendapatkan penjelasan siapakah yang telah memberikan pengiktirafan kepada Prof. Dr. Aziz Bari sebagai pakar undang-undang dan perlembagaan?Adakah pengiktirafan ini telah diberikan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)  utusan_malaysia/Forum - 

Menyertai Politik

Akhirnya teka-teki mengenainya terjawab. Memilih untuk menyertai politik. Bila dah masuk gelangang tu, setakat ini belum pasti lagi nak joint parti mane satu...... Begitu juga dengan pencalonan PRU 13 nanti..... Rugilah masuk politik setakat ceramah saje...tak kemana....Realiti Dunia Politik sudah tentu berbeza dengan apa yang ada dalam buku dengan kenyataan. Jadi bersedialah.....minda, fizikal dan emosi.
 

SIAPA SELEPAS HASSAN ALI?

Posted: 28 Jan 2012 05:43 PM PST


Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 29 Jan 2012 01:32 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


50,000 meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Sitiawan!

Posted: 29 Jan 2012 08:48 AM PST

Najib Tun Razak bersama Rosmah Mansor bermesra dengan Tan Yee Syuen, 3, dan Tan Chang Yuen, 2, ketika mengunjungi keluarga Tan Kiew Siew, 40, dan isteri Chong Lee Chuan, 38, di Taman Sepakat, Kampung Selamat, sebelum menghadiri majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di padang Lapangan Terbang Sitiawan, malam tadi. Turut hadir Dr. Zambry Abd. Kadir dan isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di padang Lapangan Terbang Sitiawan malam ini berjaya apabila dihadiri kira-kira 50,000 pengunjung pelbagai kaum.

Beliau berkata, ini terbukti apabila setiap pelusuk padang yang luas itu dipenuhi pengunjung daripada segenap lapisan masyarakat.

"Perhimpunan terbesar ini (orang tanya) siapa yang bilang (kira)? kita yang bilang... kerana kawasan yang besar ini dipenuhi dengan pengunjung dari empat pelusuk (padang) yang mahu meraikan perayaan ini bersama," katanya ketika berucap pada majlis itu.

Rais berkata, beliau bangga kerana masyarakat Cina yang hadir bukan sahaja dari Sitiawan malah pelbagai kawasan berhampiran.

Selain itu, katanya, sambutan Tahun Naga mengikut kalendar Cina pada perayaan Tahun Baru perlu dijadikan elemen perpaduan di bawah gagasan 1Malaysia.

"Tahun Naga merupakan simbolik pada tahun ini kerana ia mempunyai kuasa dan sifat yang berbeza dengan makhluk yang lain.

"Naga juga membawa kekuatan, kebahagiaan serta nilai-nilai yang boleh dibanggakan. Ini boleh dijadikan lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum di negara ini," katanya.

Rais turut melahirkan perasaan bangganya dengan majlis yang dianjurkan apabila 250 tarian naga dipersembahkan dicatat dalam Malaysia Books of Record.

"Tarian kebudayaan yang dipersembahkan malam ini juga membawa erti perjuangan di Malaysia dan juga di kawasan ini (Lumut)," katanya.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta pelbagai persembahan lain, antaranya pelancaran gimik, artis dan kumpulan kesenian.

Sementara itu : Warisan, kebudayaan kaum Cina terus dipertahan – kata PM

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa setiap warisan dan kebudayaan yang membentuk identiti serta jati diri kaum Cina di negara ini akan terus dipelihara.

Perdana Menteri berkata, kepimpinan Barisan Nasional (BN) sejak lima dekad lalu tetap berpegang kepada prinsip menghormati kepelbagaian budaya yang menjadikan Malaysia sebuah negara berbilang kaum yang hebat.

Berucap di hadapan 50,000 hadirin pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina di padang Lapangan Terbang Sitiawan dekat sini malam ini, Najib menegaskan, masyarakat Cina di negara ini dianggap cukup istimewa berbanding di negara-negara lain.

"Kita boleh berbangga hari ini bahawa dari segi kesucian kebudayaan Cina, Malaysia paling istimewa, tiada negara lain di Asia Tenggara ini yang memelihara budaya orang Cina, hatta di negara China sekalipun.

"Di China, revolusi budaya telah menyebabkan banyak warisan dan budaya orang Cina dihapuskan atau dirosakkan, tapi di Malaysia sehingga hari ini semuanya kita pelihara," katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir; Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan; Datuk Seri Dr. Rais Yatim; Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ahli Parlimen Lumut, Datuk Seri Kong Cho Ha.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan keputusan kerajaan untuk menjadikan seni persembahan Chingay sebagai warisan kebudayaan kebangsaan.

Najib berkata, masyarakat Cina terutamanya generasi muda perlu mengetahui bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan yang sama sejak merdeka memelihara kesucian warisan dan budaya kaum itu.

Warna-warni politik
Torashah

www.pemuda-enggang.org

Posted: 29 Jan 2012 11:11 AM PST

www.pemuda-enggang.org


Two faced Anwar Ibrahim and the infamous Wall Street Journal article

Posted: 29 Jan 2012 08:37 AM PST

Anwar's latest skulduggery came in a few hours ago in his blog when he desperately trying to clear his name against his position on Israel. The blog post is titled – 'Jangan Putar belit Kenyataan Demi Fitnah' (Don't twist my … Continue reading

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 29 Jan 2012 07:33 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


Apa kata SURVEY???

Posted: 28 Jan 2012 09:52 PM PST

Survey yg dijalankan melalui komen-komen web/portal/sosial media mendapati rakyat menolak debat Najib-Anwar sebaliknya mahukan debat Hasan Ali-Mat Sabu dimaterialisasikan..
Sent by hj.zawalajam hj. mashod BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan:

Pengikut