Isnin, 23 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN

Posted: 22 Jan 2012 09:21 PM PST

PERGERAKAN PEMUDA UMNO BAHAGIAN ROMPIN


PERSIAPAN PRU...SKOR KAD..

Posted: 22 Jan 2012 08:25 AM PST

Sebagaimana yang telah diarahkan oleh PPU Malaysia,setelah taklimat Operasi Tepat..Skor Kad,maka PPU Rompin telah mengadakan pertemuan dengan semua KPC mengikut DUN.Taklimat bertujuan memberikan kefahaman kepada KPC tentang Operasi Tepat dan pelaksanaannya.Sesi soaljawab juga telah diadakan mengenai pembentukan jentera PRU peringkat DUN dan juga cawangan.YB KP juga telah melahirkan harapan agar KPC dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan penuh ketelusan agar hasil yang diperoleh nanti juga tepat.Semoga selepas nanti tugasan ini akan dapat disiapkan mengikut tempohmasa yang telah ditetapkan.

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak

Posted: 22 Jan 2012 01:08 PM PST

Pentas UMNO Kg.Serdang, Sitiawan. Perak


DAP dicabar letak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu!

Posted: 22 Jan 2012 06:51 AM PST


Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mencabar DAP supaya meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu sekiranya benar-benar ikhlas untuk menjadi parti yang bukan berasaskan kaum.

Beliau berkata, tindak-tanduk serta pendekatan DAP selama ini menggambarkan parti itu tidak mampu keluar daripada kepompong `chauvinistik' dengan hanya tertumpu ke arah kepentingan satu kaum sahaja.

"Mereka cuba nak jadi parti yang bukan berasaskan perkauman, tetapi lihatlah kawasan yang mereka wakili ketika ini, semuanya adalah kawasan majoriti di mana satu kaum sahaja yang tinggi kelompoknya.

"Kalau betul mereka hendakkan Melayu, cuba letak calon Melayu di kawasan majoriti Melayu. Kita tengok sama ada mereka boleh menang atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan komputer dan peralatan sekolah tajaan Sime Bank di Kampung Teluk Kechil di sini semalam.

Zambry berkata, rakyat boleh menilai sikap pemimpin DAP sendiri yang secara terang-terangan mengamalkan sikap perkauman ala apartheid tetapi sehingga kini tidak diambil sebarang tindakan.

"Tiada apa-apa tindakan. Jadi, inikah dikatakan parti yang bukan berasaskan perkauman," ujarnya.

Sementara itu, ditanya mengenai dakwaan bahawa ekosistem Pulau Pangkor kini berdepan kemusnahan ekoran aktiviti pembangunan yang pesat, Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor berkata, tuduhan tersebut tidak berasas.

Beliau menjelaskan, seiring dengan peredaran masa, pembangunan dan mobiliti sosial membabitkan lebih 20,000 penduduk di pulau itu tidak dapat dielakkan.

"Anda tidak boleh mengharapkan Pangkor sama seperti ia pada 30 atau 20 tahun yang lalu apabila tiada hotel, tiada elektrik, tiada kemudahan air dan tiada rumah.

``Atau adakah kita mahu mengatakan bahawa Pangkor harus kekal ke belakang dan penduduknya harus terus hidup dalam kemiskinan,'' tegas beliau.

Beliau menambah, kerajaan Persekutuan juga mengambil perhatian serius berhubung masalah pembuangan sampah di pulau itu dengan meluluskan peruntukan RM10 juta untuk menaiktaraf kawasan pelupusan sampah sedia ada.

Malah katanya, masalah penempatan untuk generasi kedua di pulau itu turut dipandang serius oleh kerajaan apabila peruntukan RM20 juta diluluskan bagi menyediakan perumahan rakyat seperti di Teluk Gedong dekat sini. - UTUSAN

Warna-warni politik
Torashah

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK

Posted: 22 Jan 2012 07:17 AM PST

LAMAN BLOG PERGERAKAN PEMUDA UMNO CAWANGAN TELOK DATOK


BR1M...untuk rakyat

Posted: 22 Jan 2012 12:14 AM PST

walaupun cuaca "tidak"berapa baik,namun orang ramai masih tidak berganjak untuk menyemak serta mendapatkan baucar tunai BR1M.Ada yang datang secara perseorangan,dan ada juga yang bawa keluarga.Pelbagai bangsa dan usia,juga pelbagai telatah dapat di lihat.Liputan KP pada hari ini adalah di SMK Bandar Banting,seawal jam 8:00 pagi KP telah berada di sana,walaupun kaunter masih belum dibuka,namun orang ramai telah pun beratur panjang,al-maklumlah,hari Ahad sebegini ramai ibu-bapa yang mempunyai urusan masing-masing,apatah lagi musim cuti panjang ni.Di SMK Bandar Banting ini,Adun MORIB,Ybhg Tuan Haji Hasiman Bin Sidom telah menyampaikan baucer tunai BR1M.Kira-kira seramai 2140 orang yang layak menerima BR1M fasa 1 ini.



Kepada yang telah menerima,bersyukurlah...Terima kasih PM

Tiada ulasan:

Pengikut