Sabtu, 7 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


MEDIA Rakyat MALAYSIA

Posted: 07 Jan 2012 03:14 AM PST

MEDIA Rakyat MALAYSIA


ANWAR PATUT DINOBATKAN SEBAGAI LELAKI PALING JAHAT DI DUNIA

Posted: 06 Jan 2012 08:32 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 06 Jan 2012 11:20 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Orang Asal Kuala Krau tetap perjuangkan hak tanah mereka

Posted: 06 Jan 2012 08:56 AM PST

Kalau hari semalam, 5hb Januari 2012, say pergi ke semua perkampongan Orang Asal didalam DUN Jenderak, Kuala Krau, Pahang untuk bertemu dengan Ketua-Ketua dan Anggota-Anggota Jawatankuasa Ranting, pada hari ini saya sekali lagi pergi ke perkampongan Orang Asal tetapi sasaran saya adalah penduduk-penduduk kampong.

Kalau hari semalam saya membawakan risalah 901 untuk diedarkan oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa Ranting kepada penduduk kampong masing-masing, namun pada hari ini saya membawakan risalah mengenai Isu Tanah Orang Asal untuk saya sendiri sampaikan kepada penduduk-penduduk kampong.

Oleh kerana saya hanya berbekalkan dengan 500 keping risalah sahaja, maka saya hanya sempat edarkan kepada penduduk di 7 buah perkampongan sahaja, dan 3 buah kampong lagi perlu saya edarkan di hari yang lain.

Risalah ini akan saya paparkan melalui blog ini kemudian dan intipati kepada risalah itu ialah tuntutan dari Orang Asal untuk tanah komunal mereka diwartakan.

Dari kampong ke kampong, sasaran saya adalah tempat penduduk berkumpul. Ada ramai yang berkumpul di rumah Tok-Tok Batin, dan dengan izin Batin-Batin, saya edarkan risalah itu kepada anak buah mereka.

Ada yang berkumpul di tepi-tepi gelanggang futsal dan padang bolasepak dan bolatampar. Anak-anak muda memberikan respon paling positif kepada isi kandungan didalam edaran itu dan ada yang membuat komen spontan seperti, "Ibu bapa kita selama ini telah tertipu, kita jangan lagi tertipu."

Ada yang terus melaungkan, "HIDUP PKR, REFORMASI!"

Di sepanjang jalan dari Penderas ke Kg Terbol, saya berhenti dan terus mengedarkan risalah ini di kedai-kedai minuman mereka, di veranda-veranda rumah, di halaman-halaman rumah, dan di waqaf-waqaf, di padang bolasepak, di padang futsal, di gelanggang sepaktakraw, di gelanggan bola tampar, di tepi-tepi jalan. Di mana-mana sahaja dimana ada tempat penduduk berkumpul, maka disitulah tempat saya berhenti dan membuat edaran.

Ada yang terang-terangan berkata, "Haji ni lebih rajin dari Wakil Rakyat, hari-hari datang melawat kita."

Didalam surat khabar Suara Keadilan yang diedarkan bersama-sama dengan edaran 901 semalam, ada pelbagai berita mengenai kedudukan Orang Asal, dan yang mereka paling minati ialah mengenai cerita Kim Kasim yang diterbitkan dengan gambar beliau yang berjanggut panjang itu. Mereka memuji Suara Keadilan yang sentiasa menempatkan berita Orang Asal dan perjuangan Orang Asal terhadap tanah mereka.

Edaran hari ini pula memperincikan perjuangan Orang Asal mengenai tanah mereka dan kedudukan mereka yang semakin terhimpit.

3 buah kampong lagi belum selesai pengedarannya iaitu Kg Rekoh, Kg Berdut dan Kg Paya Pelong.

Jalan-jalan untuk pergi ke kampong-kampong ini adalah begitu rosak, berlubang-lubang dan begitu sukar untuk laluan kereta melainkan kereta pacuan empat roda.

Kemudahan awam di perkampongan Orang Asal disini amatlah terbiar dan kedudukan mereka adalah sama seperti kedudukan kampong orang-orang Melayu sebelum Merdeka.

Tidak ada Orang Asal di Dun Jenderak pada hari ini yang tidak bercakap mengenai masalah tanah mereka. Ada sesetengah mereka menjadi ahli UMNO tetapi apabila berbicara mengenai hak tanah, tidak ada Orang Asal yang menyokong dasar tanah yang ditegakkan oleh UMNO.

Maka tersebutlah kisahnya seorang Ketua Cawangan UMNO yang kini begitu aktif dialam badan NGO Orang Asal yang memperjuangkan hak tanah Orang Asal. Beliau begitu aktif melawat kampong-kampong Orang Asal di DUN Jenderak membawakan berita yang diperjuangkan oleh NGO-NGO Orang Asal, dan tanpa sega silu mempertikaikan dasar tanah yang ditegakkan oleh UMNO sebagai dasar yang merugikan Orang Asal.

Acap kali didalam seminggu Ketua UMNO Cawangan ini menghubungi saya melalui handphone untuk bertukar-tukar pandangan mengenai perjuangan menuntut hak tanah bagi Orang Asal. Dia menyatakan bahawa beliau tidak bersetuju dengan dasar tanah UMNO yang merugikan Orang Asal itu.

Hari ini apabila saya pergi di kebanyakan kampong, orang-orang kampong juga mengesahkan berita bahawa Ketua UMNO Cawangan ini pergi ke kampong-kampong berkempen supaya Orang Asal bersatu memperjuangkan hak tanah bagi mereka dan terang-terang beliau memberikan sokongan kepada dasar tanah yang dibawakan oleh Parti Keadilan Rakyat.

UMNO kini tersepit kerana semua badan NGO Orang Asal bersatu hati menentang dasar tanah yang ditegakkan oleh UMNO dan dasar NGO-NGO itu adalah sama dengan apa yang diperjuangkan oleh Parti Keadilan Rakyat, justeru itu mendapat sokongan yang meluas.

Orang Asal Kuala Krau tetap perjuangkan hak tanah mereka, dan bersama dengan Parti Keadilan Rakyat akan berjuang hingga menang!


Suara Sri Andalas

Posted: 06 Jan 2012 11:11 PM PST

Suara Sri Andalas


901: Kejayaan Awal Pakatan Rakyat

Posted: 06 Jan 2012 02:00 AM PST

PETALING JAYA, 6 Jan: Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menjelaskan apa yang berlaku hari ini menunjukkan kejayaan awal Pakatan (PR) Rakyat dan seluruh rakyat terhadap tuntutan selama ini.

Jelasnya pada satu sidang media di Ibu Pejabat PKR petang ini, iai adalah satu usaha terbaik PR yang telah menuntut sistem yang adil dalam negara ini.

"PKR, DAP dan PAS khususnya Pakatan Rakyat hari ini menjelaskan apa yang berlaku hari ini adalah satu kejayaan awal untuk kita.

"Rakyat mahukan satu perubahan berlaku dalam sistem yang menjadi amalan Umno selama ini dan keputusan yang diberikan oleh pihak polis adalah gambaran positif Pakatan Rakyat" jelasnya.

Dalam pada itu beliau memberitahu pertemuan beliau dengan beberapa pimpinan PKR hari ini di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh telah mendatangkan hasil yang baik.

"Kita telah mengemukakan beberapa usul yang mana ia diadakan secara aman di kawasan tempat letak kereta di hadapan Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

"Dalam usaha memastikan segalanya teratur, pihak penganjur (PKR) telah menyediakan 500 orang marshal pada hari tersebut yang lengkap beruniform dan dilatih untuk mengawal perhimpunan demi menjamin kelicinan perjalanan perhimpunan," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Azmin juga menyatakan perhimpunan itu akan bermula seawal jam 7 pagi dan orang ramai boleh meletakkan kenderaan mereka di tempat-tempat letak kereta di kawasan lapang berhampiran Bangunan Matrade.

"Oleh kerana ini perhimpunan aman yang dibantu oleh pihak polis, tidak akan ada sebarang sekatan jalan raya yang akan menghuru-harakan keadaan dan tujuan menyekat orang ramai dari hadir, malah polis bersetuju menjaga traffik bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas," tambahnya lagi.

Jelasnya lagi, PKR mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia yang istiqamah memperjuangkan hak mereka berhimpun secara aman bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan selama ini.

Sementara itu, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang ditemui sebelum sidang media tersebut memberitahu seluruh ahli PAS boleh hadir pada hari tersebut dalam memberi sokongan menentang terhadap sistem keadilan yang pincang selama ini.

"Himpunan telah diberi kebenaran, maka ahli-ahli PAS boleh hadir kerana ia bukannya merupakan kesalahan, tidak perlu ada kenyataan dari PAS kerana ia telah dibenarkan.

"PAS sentiasa menyokong terhadap kempen tersebut prinsip kita selari dengan apa jua dasar yang telah dipersetujui bersama," katanya.

Ketua Pemuda DAP, Loke Siew Fook menyatakan DAP menyokong himpun kempen 901 dan juga akan turut serta bersama pada hari tersebut.


Sumber: Harakah Daily

Anwar Ibrahim

Posted: 06 Jan 2012 07:54 PM PST

Anwar Ibrahim


Polis benarkan himpunan 901 di mahkamah

Posted: 05 Jan 2012 09:17 PM PST

KeadilanDaily | 6 Januari 2012

KUALA LUMPUR 6 Dis : Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali memberitahu, polis telah memberi kebenaran dan jaminan akan menjaga keselamatan sepanjang perhimpunan yang bakal dianjurkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin depan.

"Kita telah bermuafakat dan bersetuju untuk meneruskan perhimpunan aman ini dengan beberapa perincian yang telah dibincang secara bersama," kata Azmin selepas mengadakan pertemuan dengan Ketua Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh hari ini.

Ahli Parlimen Gombak itu akan menerangkan secara terperinci mengenai rancangan dan keputusan yang telah dicapai untuk menjayakan perhimpunan pada 9 Januari itu, di Ibu Pejabat KEADILAN petang ini.

"Tempat telah ditetapkan, perhimpunan akan diteruskan. Keputusannya positif dan saya gembira dengan polis tadi menunjukkan kesediaan untuk berbincang dengan parti politik khususnya pakatan rakyat," katanya.

Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin menerusi laman twitter beliau, pihak polis membenarkan ruang perkarangan kawasan letak kereta berhadapan dengan mahkamah untuk berhimpun.

Satu sidang tergempar bersama pimpinan KEADILAN akan diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya 3.00 petang ini.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menyatakan, pihaknya tidak akan mengharamkan himpunan berkenaan, sebaliknya mencadangkan supaya kawasan yang sesuai.

Terdahulu, , turut hadir pada pertemuan tersebut beberapa pimpinan KEADILAN termasuk ketua Wanita,  Zuraida Kamarudin, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Pengarah Strategi, Rafizi Ramli dan juga Naib Presiden KEADILAN, N.Surendran.

Pertemuan itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammudin Hussein dan Ketua Polis Negara menyarankan agar Ketua Polis Kuala Lumpur bertemu penganjur bagi membincangkan perkara tersebut.

PKR to hold Anwar support rally outside High Court

Posted: 05 Jan 2012 09:10 PM PST

KUALA LUMPUR, Jan 6 — PKR today announced today the January 9 assembly in support of Datuk Seri Anwar Ibrahim will be held in the parking area outside the High Court in Jalan Duta, and added it has police permission to do so."The police have granted us permission to have our assembly at the Jalan Duta parking lot, right in front of the court entrance," PKR Youth chief Shamsul Iskandar Mat Akin told The Malaysian Insider after leaving the Kuala Lumpur police headquarters.

PKR deputy president Azmin Ali announced on Tuesday that Pakatan Rakyat (PR) will be amassing a rally of over 100,000 people in a show support for Anwar next Monday when the High Court delivers its decision for Sodomy II.

Azmin, who led the PKR delegation to meet with police here today, refused to divulge details, saying he will elaborate on the matter later at a press conference.

He said the meeting with the police went well, and thanked them for agreeing to meet PKR and "preparing to discuss the matter."

"The venue has been chosen… we will carry on with our assembly," Azmin told reporters here.

Kuala Lumpur police chief Datuk Mohmad Salleh confirmed the matter during a brief, joint press conference with PKR after their meeting.

"We have agreed that the assembly will be in accordance with the 2011 Peaceful Assembly Act.

"It is agreed that it will be held outside the (Jalan) Duta High Court parking area," he said.

Saya Tidak Akan Tinggalkan Negara Ini – Anwar

Posted: 05 Jan 2012 08:15 PM PST

Harakah


Bersaksikan puluhan ribu rakyat Kelantan malam tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau dan keluarga tidak akan lari meninggalkan negara biar pun berdepan dengan kezaliman yang menjijikan.

"Saya, anak dan isteri tidak sekali-kali meninggalkan negara ini biar pun berdepan dengan penghinaan yang begitu rupa.

"Saya telah mengadakan perjumpaan keluarga melibatkan isteri, anak dan menantu telah mencapai keputusan ini. Cuma mereka bimbang sekiranya saya sekali lagi dipenjara akan dicederakan seperti pernah berlaku sebelum ini.

"Kalau saya lari orang lain pula akan kena. Saya telah menjelaskan kepada rakan-rakan di luar negara rakyat bukan marahkan saya tetapi segelintir pemimpin yang rasuah dan zalim," katanya pada program Amanat Terakhir di padang Majlis Daerah Machang.

Hadir sama Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail, Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, anggota Exco, Dr Muhammad Fadzli Hassan dan pemimpin-pemimpin PAS dan PKR.

Pada 9 Januari ini Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mengumumkan keputusan perbicaraan kes liwat versi II selepas perbicaraan yang penuh kontroversi berlangsung tahun lepas.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata, beliau dipelawa rakan-rakan di Turki dan negara Arab yang bersedia memberi tempat kepadanya memandangkan penganiayaan dan penghinaan terhadapnya masih berterusan.

Katanya, Perdana Menteri Turki, Tayyid Erdogan ada mempelawanya mendapat perlindungan di negara itu dan begitu juga rakan-rakan di negara Arab.

Bagaimanapun kata beliau Erdogan lebih memahami suasana sebenar kerana beliau juga pernah dipenjarakan oleh pemerintah Turki sebelum ini kerana pendakwaan yang bermesej politik.

"Begitu juga dengan apa yang saya hadapi sekarang, lebih kurang sama dengan Erdogan alami sebelum beliau berada di kedudukan sekarang sebagai pemimpin utama Turki," ujarnya.

Oleh itu beliau berharap rakyat dan penyokong Pakatan bermunajat kepada Allah kerana segala keputusan dan tindakan di bawah penguasaanNya.

Seng Giaw sebelum itu memberitahu dua hakim yang pernah mengadili perbicaraan kes liwat I iaitu Datuk Augustine Paul dan Datuk Ariffin Jaka sudah meninggalkan dunia.

Rakaman Wawancara Sinar TV Bersama Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 05 Jan 2012 08:07 PM PST

Tiada ulasan:

Pengikut