Khamis, 5 Januari 2012

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Aminuddin Harun

Posted: 05 Jan 2012 07:06 AM PST

Aminuddin Harun


Rapat Rakyat N.Sembilan 15 Jan 2012 di Gemas, N.Sembilan

Posted: 04 Jan 2012 11:53 PM PST



RAPAT RAKYAT
Ceramah Perdana dan Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat N.Sembilan.
Tarikh : 15 Jan 2012, Ahad
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Rakyat, pekan Gemas, N.Sembilan (berhampiran pusat bowling Gemas)
Tetamu :
1. YB Dato Seri Anwar Ibrahim (tertakluk keputusan mahkamah 901)
2. Tuan Hj Mohamad Sabu (PAS)
3. YAB Lim Guan Eng (DAP)
4. Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat/Negeri

Semua dijemput hadir

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 05 Jan 2012 04:03 AM PST

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


DSAI - PENGGANTI SUDAH ADA.

Posted: 04 Jan 2012 09:49 PM PST



PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan pengganti sekiranya beliau gagal menjadi Perdana Menteri dan didapati bersalah berhubung dakwaan kes liwat dengan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dalam satu temu bual eksklusif dengan Sinar Harian Online semalam, Anwar menegaskan, Pakatan Rakyat (PR) bersedia dari segala kemungkinan termasuklah senario ketiadaannya selepas keputusan kes diketahui Isnin ini.

Namun Anwar enggan menamakan seseorang kerana menyifatkan ia adalah tindakan kurang bijak sekiranya calon penggantinya diumumkan sekarang.

"Sebagai seorang manusia biasa, kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada kita pada masa akan datang, namun PR sentiasa bersiap sedia dengan semua pilihan.

"Ketiadaan saya bukan hanya bermaksud saya di dalam penjara, kemalangan juga boleh terjadi, jadi saya akan umumkan pengganti saya selepas 9 Januari," katanya.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR menegaskan bahawa pengganti itu nanti semestinya mendapat sokongan ketiga-tiga parti komponen PR dan boleh ditonjolkan dengan baik serta diterima rakyat.

"Kita kena bersedia dan siapkan pemimpin ini, kita akan 'grooming' dengan sebaik-baiknya dan isi kepimpinan kita," katanya.

Ditanya persiapan PR menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), Anwar berkata jentera sudah berada di tahap terbaik dan segala masalah antara parti sudah pun hampir diselesaikan.

"Manifesto dan dasar-dasar bersama semuanya sudah diselesaikan, apa yang masih belum selesai adalah isu pembahagian kerusi sebanyak lima peratus, selebihnya beres," katanya.

PR akan mengadakan konvensyennya di Kedah pada 14 Januari ini.

Suara Sri Andalas

Posted: 05 Jan 2012 12:07 AM PST

Suara Sri Andalas


PKR Kota Raja Komited Sepenuhnya Beri Sokongan Kepada Anwar Pada 9 Januari Ini

Posted: 04 Jan 2012 12:01 AM PST

Kota Raja, 4 Januari 2012 - Parti Keadilan Rakyat Cabang Kota bersama-sama sayapnya, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan telah memberikan komitmen 100% untuk turun ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 9 Januari ini untuk memberi sokongan kepada Ketua Umum, Dato Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi perbicaraan Fitnah liwat II.

Satu taklimat pada malam semalam telah diadakan kepada kesemua ahlijawatankuasa Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Kota Raja yang akan hadir memberikan sokongan.

Taklimat diberikan oleh Ketua Cabang, YB Dr Xavier Jayakumar, Timbalan Ketua Cabang, YB Shuhaimi Shafiei, Ketua AMK, Saudara Azmizam Zaman Huri dan Ketua Wanita, Puan Rozaina Hamzah.

Taklimat yang diberikan mengulas lanjut berkenaan hak-hak untuk ke mahkamah pada 9 Januari nanti mengikut perlembagaan, menjaga keselamatan diri dan mengelak dari diprovokasi oleh pihak-pihak tertentu serta bergerak secara aman.

Bebas Anwar 901: Shahrizat, Najib Boleh Ikut Serta

Posted: 03 Jan 2012 11:46 PM PST

SHAH ALAM: Pakatan Rakyat Selangor mempelawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyertai perhimpunan kempen 'Bebaskan Anwar 901′ di perkarangan Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur pada 9 Januari ini.

"Tidak terkecuali kita juga menjemput (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai perhimpunan ini. Shahrizat dan Najib juga ada hak untuk berhimpun," kata Setiausaha Publisiti DAP Jenice Lee Ying Ha dengan nada agak sinis.

Beliau yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Teratai berkata demikian berikutan kenyataan Shahrizat semalam yang berkata perhimpunan itu sebagai tidak wajar diadakan kerana akan menimbulkan kekecohan semata-mata.


Shahrizat juga mendakwa perhimpunan itu adalah perhimpunan haram dan boleh mengancam keselamatan orang awam.

"Jika polis jalankan tanggungjawab dengan penuh disiplin maka tidak akan timbul sebarang masalah," kata Jenice Lee pada sidang media Pakatan di sini hari ini.

Ujar beliau, "lihatlah pada Himpunan Bersih 9 Julai dan kes pelajar di Perak bukan para demonstran yang membuat kecoh tetapi ada individu tertentu yang membuat kecoh. Kita banyak pengalaman mengenai hal provokasi ini."

Turut hadir Ketua Penerangan PKR Shuhaimi Shafie dan Ketua Penerangan PAS Saari Sungib.
Kebangkitan rakyat

Shuhaimi, ketika ditanya pemberita, sama ada Pakatan akan memohon permit untuk perhimpunan itu berkata, sepanjang rekod permohonan permit untuk mengadakan ceramah, ia tidak pernah dikeluarkan oleh polis.

"Perhimpunan ini sesuatu yang spontan. Kebangkitan rakyat tentang kes Anwar. Belum pun diadakan perhimpunan, polis dah keluar kenyataan kata jangan datang maka kami tak nampak ia akan diluluskan," kata beliau yang juga Adun Seri Muda.

Menyentuh mengenai persiapan perhimpunan, Shuhaimi berkata terdapat empat kawasan untuk mereka berkumpul nanti tetapi beliau enggan mengulas lanjut mengenainya.

Sementara itu, Saari menjelaskan bahawa ahli-ahli PAS enggan menyertai Himpunan Sejuta Umat tahun lalu kerana perkara itu telah diputuskan oleh pucuk pimpinan parti.

Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang, menganggap Himpunan Sejuta Umat sebagai agenda Umno bertujuan untuk mencetus permusuhan di antara kaum, kata beliau yang juga Adun Hulu Kelang.


Sumber: FreeMalaysiaToday

Anwar : Keputusan 9 Jan Tidak Jejas Peluang Jadi PM

Posted: 03 Jan 2012 11:33 PM PST

PETALING JAYA 03 JAN: Soal siapa yang akan menjadi Perdana Menteri di dalam kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang dari bertanding tidak timbul kerana muafakat yang kukuh di antara parti komponen.

Sebaliknya, Anwar berkata, jika PR dan rakyat tetap mahunya sebagai Perdana Menteri, soal kelayakannya bertanding tidak relevan kerana dia masih boleh dijadikan Perdana Menteri.

Anwar menjelaskan bahawa jika berlaku senario di mana PR menubuhkan kerajaan pusat selepas pilihanraya umum ke-13, seorang pemimpin dari PR boleh menjadi Perdana Menteri sementara dan mengembalikan kelayakan bertanding kepada beliau.

Beliau berkata ini berlaku di dalam kes negara Turki, di mana Perdana Menteri sekarang, Recep Tayyib Erdogan, dihalang daripada bertanding semasa partinya AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan) memenangi pilihanraya umum pada 2002.

"Siapa yang pegang sementara itu bukan perkara pokok. Sepertimana beberapa pemimpin PR kata kalau kita pilih Anwar dalam atau luar penjara bukan soalnya. rakyat sokong maka dengan izin Allah ia akan berlaku."

Beliau berkata demikian di dalam temubual Fokus Berita semalam.

Anwar tidak akan layak bertanding pilihanraya sekiranya mahkamah menjatuhi hukuman di dalam kes liwatnya pada Januari 9.

Seorang hilang kelayakan bertanding dalam pilihanraya selama satu penggal sekiranya dia dihukum tidak kurang dari setahun penjara atau denda dua ribu ringgit.

Tambah Anwar, soal siapa calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat bukan perkara perlu dirunsingkan kerana Pakatan Rakyat membawa dasar bersama yang jelas.

"Hubungan saya dengan tuan guru hadi dan tok guru nik aziz terlalu baik. kami saling mempercayai, saling memohon nasihat dan pendapat.

"Saya tidak fikir ada masalah. Kalau ada muafakat esok siapa yang harus jadi pemimpin sementara dari PKR atau PAS, DAP tidak menawarkan mana-mana calon, saya tidak fikir itu satu masalah."

PR dijangka menurunkan lebih ramai muka muda dan profesional kali ini berbanding pilihanraya umum lalu.

Bahkan sudah ada tokoh individu menawarkan diri dan badan-badan bukan kerajaan turut menyarankan calon tersendiri untuk membantu Pakatan Rakyat.

"Kes yang saya hadapi ini sudah hampir tiga tahun. Sejak saya didakwa kita sudah jangka muslihat untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

Maka oleh yang demikian kita memulakan beberapa langkah dan persiapan menjangkakan (muslihat) ini dan Alhamdulillah kita sudah hampir selesai.

Anwar yakin pemenjaraan beliau di tangan pemerintah Barisan Nasional tidak akan mengugat kerjasama PAS-DAP.

"Apakah ia akan jadi longgar andai Anwar dipenjara? Saya tidak percaya kerana hal ini (pilihanraya, dasar bersama) telah ditandatangani oleh pemimpin ketiga-tiga parti."

Anwar berkata, harapan Pakatan Rakyat menakluki Putrajaya cerah kerana mereka telah membuktikan yang mereka mampu mentadbir dengan baik di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

Tambahnya rundingan tentang strategi pilihanraya dan pembahagian kerusi antara PAS, DAP dan PKR sudah hampir selesai.

Bahkan Pakatan Rakyat kini lebih bersedia untuk mengancam kedudukan pemimpin-pemimpin kanan Barisan Nasional walau tanpa beliau selaku tonggak dalam PRU-13 nanti.

Jentera ini dikendalikan pemimpin ketiga parti oleh Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak), Anthony Loke (Ahli Parlimen Rasah) dan Dr Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai).

Urusetia dikendalikan oleh wakil ketiga-tiga parti. Walau ada sedikit gambaran seolah-olah saya memainkan peranan yang besar, sebenarnya ia adalah rangkaian pemimpin bekerja seabgai satu pasukan.


Sumber: Selangorkini

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 04 Jan 2012 11:20 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Januari 5 hari berkumpul untuk PKR Kuala Krau

Posted: 04 Jan 2012 03:32 PM PST

Hari ini kami, JK PKR Cabang Kuala Krau akan berkumpul di Pejabat PKR Cabang di Kuala Krau. Program hari ini adalah program santai. Serba sedikit makanan akan disediakan dan pada jam 9.00 pagi kami akan bincangkan program yang boleh dilakukan untuk sepanjang hari ini.

Biasanya pada hari ini kami akan membuat edaran rumah ke rumah. Namun, pada hari ini, semua edaran untuk ceramah di Pejabat PKR Kuala Krau sudah pun disiapkan dua hari lalu, begitu juga poster-poster sudah pun dipasang, hanya menunggu tarikh sahaja lagi iaitu 7hb Januari 2012 jam 8.45 malam, ceramah di perkarangan pejabat PKR akan diadakan dengan para penceramahnya terdiri daripada Sdri Siti Aishah Sh Ismail, Ketua Srikandai KEADILAN, YB S. Manickavasagam, Ahli Parlimen Kapar merangkap Anggota MPP PKR Pusat, Tan Ah Kow, Anggota Majlis Perbandaran Shah Alam, seorang pemuda yang berucap semasa kongres nasional yang lalu yang memukau hadirin, Bob Manolan, Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat, Wan Fauzuddin, blogger dan Pengarah Komunikasi dan IT PKR Pahang, Pak Jabit atau nama sebenarnya Ab Kadir bin Abd Manap, seorang pengarah filem dan drama, penulis skrip, dan pelakon yang juga Timbalan Ketua PKR Cabang Temerloh, dan saya sendiri selaku Ketua Cabang PKR Kuala Krau. Kehadiran saya hanyalah untuk mengalu-alukan sahaja sebagai memulakan ceramah itu.

Ada lagi edaran yang perlu dibuat. Ada 2000 edaran 901 yang dibawa dari Kuala Lumpur. Itu pun sudah hampir selesai diedarkan pada hari semalam.

Perbincangan akan berkisar kepada jumlah yang boleh dihantarkan oleh PKR Cabang Kuala Krau untuk menyambut Dato Seri Anwar Ibrahim yang akan tiba di Lapangan Terbang Kuantan jam 3.00 petang pada 7.1.12.

Ketua Team terdiri dari Sdr Razak Hussain, Timbalan Ketua Cabang dan Sdr Ramli Idup, Ketua Penerangan PKR Cabang akan membawa team Kuala Krau ke lapangan terbang Kuantan pada jam 11.00 pagi.

Maka perbincangan akan berkisar kepada pemergian masyarakat Kuala Krau ke Kuala Lumpur pada 9.1.12, berapa jumlah akan pergi, berapa buah kenderaan yang akan pergi, dan ikut jalan mana mereka akan pergi. Mereka perlu sampai jam 7.00 pagi di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

901 akan diabadikan oleh PKR Cabang Kuala Krau untuk juga menguji sejauh mana komitmen anggota-anggota PKR di Cabang itu terutamanya pimpinannya di peringkat Cabang.

Januari 5 adalah hari santai politik bagi PKR Cabang Kuala Krau dan kami akan bertemu jam 9.00 pagi di Pejabat PKR Kuala Krau, apa yang akan kami lakukan? Perbincangan jam 9.00 pagi itu menentukan!

7.1.12 Ceramah di Kuala Krau

Posted: 04 Jan 2012 06:37 AM PST

Anwar Ibrahim

Posted: 04 Jan 2012 07:50 PM PST

Anwar Ibrahim


Kenyataan Media Untuk Edaran Segera – Isu 901

Posted: 04 Jan 2012 05:53 PM PST

5 Januari 2012

Hak untuk berhimpun secara aman merupakan hak rakyat yang sejajar dengan semangat keperlembagaan. Ianya merupakan antara teras kepada amalan sesebuah negara demokratik. Justeru sebarang usaha atau tindakan yang menggasir hak untuk berhimpun secara aman dan hak menyatakan pendirian politik (political expression) rakyat Malaysia adalah bertentangan dengan asas pembentukan negara Malaysia yang demokratik, bebas dan merdeka. Pencabulan ke atas hak ini dianggap sebagai mengkhianati asas penubuhan negara Malaysia yang merdeka.

Oleh itu saya menyambut baik kenyataan YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan KEADILAN dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim. KEADILAN menyatakan kesediaan untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan aman ini berjaya diteruskan dengan aman dan teratur.

KEADILAN tegas menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

KEADILAN turut menggesa pihak polis untuk memelihara keselamatan awam termasuk para demonstran dan rakyat keseluruhannya yang berhimpun di Kuala Lumpur. Kita berharap insiden keganasan seumpama tragedi UPSI dan BERSIH tidak akan berulang. Ini adalah peluang terbaik Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara untuk memulihkan imej polis yang sekian lama tercalar dan mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi polis selaras dengan janji Perdana Menteri untuk melaksanakan transformasi politik di dalam pentadbirannya.

Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden KEADILAN

901 Dan Agenda UMNO

Posted: 04 Jan 2012 05:00 PM PST

Merdeka Review
Oleh Ooi Heng

Langkah demi langkah menuju tanggal 9 Januari 2012, apabila direnung kembali Deklarasi Permatang Pauh 1998, apa yang diperjuangkan oleh generasi reformasi masih relevan hari ini.  Bahawa diri manusia haram dizalimi dan diaibkan, haram dibelenggu dan disekat tanpa mengikut proses dan undang-undang yang adil.  Bahawa gerakan reformasi untuk menegakkan keadilan untuk semua, yang kuat dan yang lemah, yang kaya dan yang miskin; membersihkan institusi dan proses undang-undang daripada dicemari oleh penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Saya cintakan Malaysia.  Kita semua cintakan tanah air kesayangan ini.  Kita menghormati undang-undang dan sistem kehakiman yang membawa kebaikan dan keadilan kepada semua.  Menghadirkan diri di mahkamah Jalan Duta pada 9 Januari 2012 tidak bermaksud kita tidak menghormati undang-undang dan sistem kehakiman.

Sebaliknya, atas semangat cintakan perlembagaan, undang-undang dan sistem kehakiman negara, kita hadirkan diri untuk menyaksikan dengan kaca mata sendiri sejauh mana prinsip keadilan diangkat tanpa mengira perbezaan fahaman politik dalam kes fitnah II dan bukannya diperkosakan sistem kehakiman negara.

Sekian banyak berita yang terkandung dalam akhbar harian yang menjadi tatapan kita saban hari.  Apakah akhirnya memenjarakan kita dengan ketidakupayaan memahami hubung kait sistem kehakiman dan kuasa politk yang dominan?  Perhimpunan 901 bukan sekadar kerana seorang manusia berusia 65 tahun yang pernah ditelanjangkan, dibelasah sehingga mata berdarah, dipenjarakan dan diaibkan berkali-kali, tetapi berkait rapat dengan kerosakan sistem kehakiman dan institusi keadilan sehingga mampu memenjarakan kita dan memperdayakan kita dengan persepsi yang dilakarkan oleh jentera media kawalan UMNO dan Barisan Nasional (BN).  Jangan kita lupa semasa membaca akhbar atau menonton berita televisyen, dalam dunia kontemporari, institusi media merupakan sebahagian daripada institusi keadilan. 

Tanggal 9 Januari 2012 bakal dicatatkan sebagai lembaran sejarah hitam Malaysia berkenaan dengan sistem kehakiman.  Sama ada dipenjarakan atau tidak, penganiayaan yang dilakukan melalui manipulasi proses kehakiman dan media terus-menerus melakar persepsi bahawa insan bernama Anwar Ibrahim melakukan kesalahan tidak bermoral dan tidak sesuai menjadi Perdana Menteri.

Penganiyaan melalui proses kehakiman bukanlah sesuatu yang mudah difahami.  Sebab itu, orang ramai bergantung kepada laporan media, khususnya media cetak dan penyiaran untuk mengetahui perkembangan dari masa ke masa.

Kalau kita tidak naif, kita bukan sahaja faham bahawa hadirkan diri dalam perhimpunan 901 tidak bermaksud kita tidak menghormati undang-undang, kita juga faham bahawa keputusan pada 9 Januari 2012 merupakan sebahagian daripada agenda UMNO.  Daripada laporan berita akhbar harian yang berulang kali memetik komen yang lebih kurang sama daripada sesetengah individu yang sama contohnya Zulkifli Nordin sekian lama, barang siapa yang pernah bekerja dalam industri media, fahamlah dia, pelaporan seumpama bercanggah dengan nilai berita yang proses produksinya profesional.  Tidak kira apa motif “pelarian politik” Raja Petra (gambar kanan) berkenaan dengan komennya baru-baru ini, barang siapa yang pernah bekerja sebagai wartawan tahu benar apa itu agenda setting.  Sama ada sedar atau tidak, komen Raja Petra memenuhi agenda UMNO.  Tak apa komen seorang “pelarian politik” dijadikan sebahagian daripada agenda UMNO, yang penting kita sedar dan kita tidak naif sehingga mempercayai sistem kehakiman dan institusi keadilan dapat dipulihkan dengan melakarkan persepsi negatif berhubung tertuduh yang tidak melarikan diri.

Di mana berlaku ketidakadilan yang melampau sehingga menggeramkan rakyat terbanyak, di sana akan bangkit gelombang rakyat menuntut keadilan.  Begitulah tatapan sejarah khalayak ramai yang juga menjadi topik diskusi di kedai kopi dan di sana sini. 

Sejarah rakyat mengandungi elemen protes secara aman apabila institusi keadilan dilembukan oleh kuasa pemerintah.  Sejarah rakyat mengandungi elemen memberontak apabila penganiyaan atau keganasan secara melampau dilakukan oleh pihak berkuasa.

Tetapi sejarah UMNO berbeza dengan sejarah rakyat.  Dalam tatapan sejarah UMNO, rakyat tidak mampu bangkit asalkan manipulasi media cetak dan penyiaran dilakukan dengan bijak.  Barang siapa yang pernah bekerja dalam kedua-dua media cetak dan media atas talian, fahamlah juga dia bahawa kewujudan internet dan kebangkitan media baharu khususnya media sosial tidak bermaksud media cetak dan penyiaran menjadi bebas secara semula jadi.  Hakikatnya, beberapa konglomerat media UMNO-BN masih mengawal akhbar dan stesyen televisyen dan radio utama di Malaysia di samping media kerajaan yang juga didalangi agenda UMNO.

Pada ketika pemimpin UMNO memikirkan masa depan dan kepentingan diri, sama ada diri dapat bertanding pada pilihan raya akan datang, sama ada Najib akan merombak kabinet dan menukarkan pemimpi bertaraf menteri, dan sama ada diri dapat dinaiktaraf jadi menteri, biar kita memahami selok-belok media cetak dan penyiaran dalam konteks di mana media dilihat sebagai institusi kuasa yang juga merupakan sebahagian daripada institusi keadilan.  Dengan kata lain, selain dikawal dengan undang-undang ketat, media cetak dan penyiaran juga dapat dimanipulasi saban hari untuk mencapai agenda UMNO.

Pemimpin UMNO lain mungkin tidak faham sejarah dan undang-undang, saya pasti Saifuddin Abdullah yang pernah berbicara mengikut gerak hati masalah-masalah negara faham, apa agenda sebuah parti politik yang kehilangan idealisme dan sedang berdepan dengan krisis kehilangan tampuk pemerintahan, dan sejauh mana sistem kehakiman dan institusi keadilan dimanipulasi untuk mencapai agendanya.  Sebab itu, Saya yakin Saifuddin Abdullah yang menyokong hak berhimpun demonstran tidak akan membiarkan perhimpunan 901 secara aman dikucar-kacirkan oleh sesetengah pihak demi mencapai agenda tertentu.

Kalau kisah seorang insan berusia 65 tahun dianiayai berkali-kali tidak mampu menyedarkan kita berkenaan dengan kerosakan sistem kehakiman.  “Biarlah orang tua masuk penjara, mati di penjara pun tak apa,” kononnya.  Harapan bukannya pada orang tua, tetapi bertapak atas kesedaran kita bahawa kebangkitan rakyat cukup mustahak dalam perjuangan demokrasi dan keadilan.

Semasa Internet mula bertapak di bumi Malaysia, masyarakat secara amnya digegarkan dengan pelbagai fitnah yang dilontarkan oleh seorang Perdana Menteri terhadap timbalannya.  Kini sejarah berulang tetapi mungkin berakhir dengan perbezaan.  Kalau dahulu rakyat berasa lega selepas Mahathir diundurkan tetapi UMNO kekal, kini rakyat hanya akan merasa lega kalau UMNO diundurkan dalam pilihan raya akan datang. 

9 Januari 2012 bukan satu tarikh menyaksikan kelahiran seorang individu, kemudian menujum bila orang tersebut dipenjarakan dan sama ada orang tersebut mati dalam penjara atau di luar penjara, tetapi tarikh kita menterjemahkan kecintaan kita terhadap prinsip keadilan dalam kerangka undang-undang tertinggi dan sistem kehakiman. 

Seperkara penting yang harus dikaitkan sebagai penutup.  Tanpa kebebasan media cetak dan penyiaran, jangan kita mempercayai pembaharuan sistem pilihan raya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya sahaja dapat menjamin proses pilihan raya yang adil.  Sama ada proses kehakiman atau pilihan raya, institusi media merupakan asas kepada pembaharuan yang bermakna.  Sebab itu, kalau media tidak memainkan peranan sebagai sebahagian daripada institusi keadilan negara, maka media akan dimanipulasi sebagai sebahagian daripada agenda UMNO.

Jadual Jelajah Anwar Ibrahim 5-6 Jan 2012

Posted: 04 Jan 2012 04:18 PM PST

Khamis 5 Januari 2012 – Kelantan

7.00 mlm – Ketereh – Pondok Padang Kala, Melor

10.00 mlm – Macang – Padang Majlis Daerah Macang

 
Jumaat 6 Januari 2012 – Lembah Pantai & Kelana Jaya

9.00 mlm –  Lembah Pantai – Dewan Gasing Indah, Seksyen 5, PJ

11.00 mlm – Kelana Jaya – Kompleks Sukan 3K, Persiaran Kewajipan, Subang Jaya

Rakaman Jelajah Anwar Ibrahim: Ledang,Johor 3/4/2012

Posted: 04 Jan 2012 01:46 AM PST




ANALYSIS: Malaysia’s Political Future Hinges On Outcome Of Sex Trial

Posted: 04 Jan 2012 01:16 AM PST

Monster Sandcritics.com
By Julia Yeow Jan

When Malaysia’s High Court delivers a verdict in the sex trial of opposition leader Anwar Ibrahim Monday, the ruling would mark an end to one of the nation’s most controversial cases as well as the beginning of a new political era.

Anwar, 64, faces 20 years in prison if found guilty of sodomizing a 24-year-old former male aide in 2008, a charge he has vehemently denied and claimed was concocted by political foes.

Throughout the trial, which began in February 2010, his lawyers decried what they claimed to be repeated efforts to hamper the defence, such as denying access to testimonies and evidence.

Although the opposition alliance has its fair share of infighting and problems, Prime Minister Najib Razak is well aware of the threat that Anwar represents. Many educated, urban voters are increasingly impatient with his government over corruption and soaring inflation.

In the most recent elections in 2008, Anwar’s alliance wrested control of five of the nation’s 13 states from the government and denied it a two-thirds majority in Parliament.

The upset forced then-premier Abdullah Badawi to step down in favour of Najib, and Anwar declared his intention to take over the government, a threat Najib has taken seriously.

The premier has publicly warned his alliance to improve its performance or risk losing power in the next elections, which could be called as early as the first half of this year.

If Anwar is found not guilty, he is likely to pose a real threat to Najib, whose popularity is flagging despite populist policies and attempts to endear himself to younger voters.

But if Anwar is convicted and sentenced to even one year in jail, he would be barred from politics for up to five years, weakening the opposition bloc that has yet to name a successor.

Rights groups and opposition activists said the government seems intent on removing Anwar as a political foe by using a colonial-era law against sodomy, which outlaws it even when it is consensual.

Phil Robertson, deputy Asia director of Human Rights Watch, charged the proceedings have been conducted unfairly since the outset. He said the government did not appear ‘sincere’ in its earlier pledge to offer Anwar and his accuser equal rights and treatment.

‘Obviously, we cannot really speculate on what the verdict will be, but we do have very serious concerns that he is even being tried on this charge, which should not be considered a crime in the first place,’ Robertson said.

In 1998, Anwar was accused of sodomizing his driver and then using his power as then-deputy premier to cover it up, a charge he also claimed was trumped up to prevent him from challenging former premier Mahathir Mohamad.

He was convicted and jailed for six years before being released in 2004 when a Federal Court panel overturned his conviction, saying the main witness against him was unreliable and Anwar should have been acquitted.

Then, as now, the government denied any conspiracy.

‘The fact that he has been tried for this ‘crime’ twice now when thankfully there are very few prosecutions under this antiquated British colonial law also raises the fundamental question of why the government is singling Anwar out,’ Robertson said.

But just as he defied the odds to rise from political ruin to become opposition leader, Anwar’s supporters said it would take more than a conviction next week to remove him or his followers from Malaysian politics.

Jadual Program Dato Seri Anwar Ibrahim Rabu 4 Januari 2012 – Khamis 5 Januari 2012

Posted: 04 Jan 2012 12:37 AM PST

Rabu 4 Januari 2012 – Negeri Sembilan & Melaka

9.00 mlm – Seremban – Pejabat PKR N9, Jalan Rahang, Seremban, N9
11.00 mlm – Taman Sin Hoe, Bukit Baru, Parlimen Bukit Katil, Melaka

Khamis 5 Januari 2012 – Kelantan

7.00 mlm – Ketereh – Pondok Padang Kala, Melor
10.00 mlm – Macang – Padang Majlis Daerah Macang

‘Dakwa Ketua NFC Atas Cubaan Sogok Polis, SPRM’

Posted: 04 Jan 2012 12:32 AM PST

Malaysiakini

Pengerusi projek ternakan lembu, Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) Datuk Mohamad Salleh Ismail hari ini didakwa cuba merasuah pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, menurut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli, Mohamad Salleh perlu diheret ke muka penngadilan.

Pada satu sidang akhbarnya di ibupejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini Rafizi juga mendakwa sebanyak RM1.755 juta dibayar oleh Mohamad Salleh bagi tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM bagi mempengaruhi siasatan ke atas NFC.

Rafizi berkata sogokan itu dibayar melalui cek oleh Mohamad Salleh.

Dakwanya lagi, wang berkenaan disampaikan kepada pegawai penyiasat SPRM dan polis melalui ahli peniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail yang menjadi “orang tengah”.

Pada 30 Disember lalu, Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan menipu Mohamad Salleh.

Menurut Rafizi, dakwaannya itu dibuat berdasarkan wujudnya laporan polis oleh seorang anggota polis di Bukit Aman mengenai perkara tersebut.

Katanya, Akta SPRM 2009 bahagian IV Perkara 16 dan 17 menyatakan kesalahan rasuah berlaku apabila “mana-mana orang sendiri atau melalui atau bersama dengan lain” melakukan kesalahan tersebut.

“Undang-undang SPRM jelas menunjukkan dalam kes ini, Datuk Seri Salleh Ismail melalui Datuk Shamsubahrin Ismail cuba merasuah pegawai SPRM dan PDRM dalam kes NFC bagi perkara berikut:

“Pertama, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail yang membekalkan wang suapan malah menandatangani cek berjumlah RM1.755 juta.

“Kedua, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail memujuk pegawai SPRM dan PDRM dengan cara menyediakan wang suapan,” dakwanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Rafizi kesal kerana pihak berkuasa masih terus gagal bertindak.

Sebaliknya, dakwanya, mereka melindungi Mohamad Salleh yang juga suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan keluarganya.

“Pihak berkuasa membuat keputusan untuk mendakwa Datuk Shamsubahrin Ismail atas cubaan menipu NFC sedangkan wang yang terlibat adalah dengan tujuan merasuah pegawai SPRM dan PDRM,” katanya.

Rafizi juga menegaskan tindakan Mohamad Salleh melakukan cubaan rasuah, menggambarkan bahawa “prinsip tatakelola dan urustadbir yang diamalkan di NFC adalah lemah dan longgar”.

“Ia menggambarkan seolah-olah kelakuan rasuah dan cubaan membeli pegawai-pegawai kerajaan adalah amalan ringan dan boleh dilakukan dengan sewenang-wenangnya,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mendesak SPRM segera melakukan siasatan ke atas Mohamad Salleh dan pengurusan NFC berhubung cubaan merasuah.

Wee Choo Keong

Posted: 04 Jan 2012 03:29 PM PST

Wee Choo Keong


MYCC has commenced investigations into the “STRATEGIC ALLIANCE” between MAS & AirAsia

Posted: 04 Jan 2012 03:36 AM PST

Finally, the Malaysian Competition Act 2011 is now in full force after 1-1-2012. Syabas to Malaysian Competition Commission (MYCC) for commencing investigations into the so-called “Comprehensive Collaborative Framework” (CCF) under the secret MAS – AirAsia share swap agreements. Read in HERE. Yours truly has also called upon MYCC to investigate into the CCF, in HERE. [...]

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 04 Jan 2012 02:10 PM PST

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Sumpah Liwat - Renungan

Posted: 04 Jan 2012 09:06 AM PST

Demo UPSI - Ada Bukti Video Kekerasan Polis, Kata Mahasiswa

Posted: 03 Jan 2012 04:30 PM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 04 Jan 2012 11:45 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Isu NFC 12 Jan 2012 di Seremban

Posted: 04 Jan 2012 01:06 AM PST



CERAMAH PENERANGAN
Bersama : Rafizi Ramli dan Shamsul Iskandar Md Akin
Tarikh : 12 Jan 2012, Khamis
Masa : 9 mlm
Tempat : Pusat Khidmat ADUN Sikamat, Seremban

Semua dijemput hadir

Kejohanan Futsal 28 Jan 2012 di Seremban

Posted: 04 Jan 2012 01:06 AM PST



KEJOHANAN FUTSAL
Piala Ketua Pemuda PAS Seremban
Tarikh : 28 Jan 2012, Sabtu
Masa : 8 pagi
Tempat : Public Star , Seremban2

Yuran penyertaan : RM80
Tarikh tutup penyertaan : 21 Jan 2012
Terhad 32 pasukan sahaja

Sila hubungi :
Abu Zarim 013-6220348
Firdaus 019-6278148
Faiz 012-9233696
Syahran 016-3301478

Hadiah :
Johan : RM700 + Medal + Trofi
Naib Johan : RM500 + Medal
Ketiga : RM300 + Medal
Keempat : RM100

Anjuran : DACS N9 dan DACS Kawasan Seremban

Poster Kejohanan di :
www.facebook.com/pemudaseremban
http://dppksns.blogspot.com/

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

Posted: 04 Jan 2012 09:51 AM PST

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Rintihan mereka tidak diendahkan

Posted: 04 Jan 2012 06:15 AM PST




Scene minit ke-4 dan ke atas..

Biar saya tak berkerajaan takpe dah.

Memang saya bodoh,
Memang saya tak reti apa apa pun..

Jangan sampai saya jadi komunis!

Sumber: http://semutmalaysia.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/

Posted: 04 Jan 2012 08:28 AM PST

www.telokkemang.blogspot.com/


AMANAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM 4 JANUARI 2012 RABU

Posted: 03 Jan 2012 09:57 PM PST




AMANAT DATO' SERI ANWAR IBRAHIM 4 JANUARI 2012 RABU

Tepat jam 9 malam - 10 malam,

Perkarangan Pejabat Keadilan N. Sembilan, Jalan Tuanku Antah, Rahang.


Hi-Tea DUN Rantau bersama Tim. Presiden Keadilan

Posted: 03 Jan 2012 09:39 PM PST

Hi-Tea bersama Tim. Presiden Keadilan - YB. Hj. Azmin Ali di DUN Rantau. 31 Disember 2011 - 3 PM

Program - Program Parti Keadilan Rakyat N. Sembilan yang akan berlangsung

Posted: 03 Jan 2012 09:13 PM PST

2 Januari 2012 - Isnin - 9 malam

Pentas Anak Muda & Wayang Pacak Rakyat. Bertempat di Pejabat Keadilan N. Sembilan. Tayangan wayang pacak informasi untuk rakyat & anak muda.


4 Januari 2012 - Rabu - 9 malam

Amanat Dato' Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Keadilan N. Sembilan. Bertempat di Perkarangan Pejabat Keadilan N. Sembilan.

Semua dijemput hadir

Program - Program Parti Keadilan Rakyat N. Sembilan yang telah berjalan

Posted: 03 Jan 2012 09:02 PM PST


11 Disember 2011 - Ahad - 1 ptg

Pelancaran Tenaga Gerak Kerja Pilihanraya Keadilan DUN Rantau

25 Disember 2011 - Ahad - 11 pg - 4 ptg


Program 'Back To School' AMK N. Sembilan bersama Pejabat Parlimen Telok Kemang (YB. Dato' Kamarul Baharin Abbas) dan YB DUN Ampangan.

Sumbangan barangan keperluan sekolah dan beg sekolah di Parlimen Telok Kemang, DUN Linggi, Kampung Telok Pelandok & Pekan Tampin Linggi.

Sumbangan juga telah dibuat di Ampangan, Gedung Lalang 162, Kg. Jiboi dan kawasan sekitar bersama YB Rashid Latiff.

25 Disember 2011 - Ahad - 9 malam

Ceramah Penerangan bersama rakyat DUN Rantau di Ulu Lalang. Program bersama jentera penggerak pilihanraya DUN Rantau.


31 Disember 2011 -Sabtu - 11 malam

Program Edaran Risalah Bebas Anwar 901 oleh Angkatan Muda Keadilan N. Sembilan serta risalah Penerangan Laporan Audit Negara. Kelemahan Pentadbiran Kerajaan N. Sembilan di bawah UMNO/BN. Terbitan Keadilan N. Sembilan

Tiada ulasan:

Pengikut