Pakatan Rakyat |
Posted: 19 Dec 2011 03:30 PM PST Tun Mahathir Berbohong, Dokumen Bank Dunia Buktikan Beliau Bertanggungjawab Ambil Pinjaman Bank Dunia Tahun 1999 KEADILAN merujuk kepada 3 dokumen rasmi Bank Dunia yang diedarkan kepada pihak media pada hari ini. Ketiga-tiga dokumen rasmi ini adalah bersabit dengan salah satu dari empat pinjaman dari Bank Dunia berjumlah US$704 juta yang diambil oleh Kerajaan Malaysia dalam tahun 1999. KEADILAN mengemukakan ketiga-tiga dokumen ini sebagai bukti bahawa Tun Mahathir telah berbohong apabila beliau mengaku "menolak tawaran bantuan dari Bank Dunia (ketika itu) kerana jika Malaysia berbuat demikian, ia akan menjadi hamba kepada Bank Dunia[1]". Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia ini berhubung pinjaman US$60 juta ini secara jelas membuktikan perkara-perkara berikut: PERTAMA: RUNDINGAN PINJAMAN BERLAKU SELEPAS DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DIPENJARAKAN Rujuk Kertas Maklumat Projek (Project Information Document) bernombor PID6999 yang bertarikh 23 Oktober 1998. Laporan ini disediakan sebagai laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara. Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula. Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan. Ia mustahil melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan UMNO. KEDUA: TUN MAHATHIR MOHAMAD MENGARAHKAN KERAJAAN MEMOHON PINJAMAN BANK DUNIA Rujuk Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document) bernombor 18855-MA yang bertarikh 3 Mac 1999. Laporan ini disediakan untuk makluman pimpinan Bank Dunia dalam membuat keputusan sama ada mahu meluluskan permohonan pinjaman yang dibuat Kerajaan Malaysia. Rujuk muka surat 29 (Lampiran 6) yang menunjukkan jadual kerja dan rundingan yang melibatkan Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Ia secara jelas menunjukkan bahawa agensi bertanggungjawab yang berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman ini adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad. Dokumen ini membuktikan bahawa permohonan untuk mendapatkan pinjaman dibuat oleh Tun Mahathir Mohamad melalui Unit Perancang Ekonomi. KETIGA: PERJANJIAN DITANDANGANI PADA 31 MAC 1999 DIBAWAH PERSETUJUAN TUN MAHATHIR MOHAMAD Rujuk Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999. Perjanjian ini ditandatangani dibawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan. Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia. Malah, pentadbiran beliau dibawah arahan dan seliaan beliau bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia. Oleh yang demikian, KEADILAN ingin menegaskan bahawa fitnah beliau terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik dibawah Dato' Seri Anwar Ibrahim. Malaysia berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika beliau memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998. Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui dana amanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan. Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya. Tun Mahathir sewajarnya membersihkan imej beliau di mata rakyat dengan menjawab dua isu melibatkan keluarga beliau. Adalah lebih baik beliau menerangkan mengenai penglibatan beliau dalam urusan menyelamatkan perniagaan anak beliau, Mirzan Mahathir yang melibatkan wang rakyat berjumlah RM2 billion dalam tahun 1998 daripada cuba menegakkan benang basah bahawa beliau menolak bantuan kewangan Bank Dunia. Apatah lagi apabila Mirzan Mahathir mempunyai dana yang cukup besar kebelakangan ini untuk membeli konglomerat arak terbesar di Filipina iaitu San Miguel yang dilaporkan berharga sekitar RM2.9 bilion. MOHD RAFIZI RAMLI, PENGARAH STRATEGI YB NIK NAZMI NIK AHMAD, PENGARAH KOMUNIKASI WONG CHEN, PENGERUSI BIRO PERDAGANGAN KEADILAN 19 DISEMBER 2011 Full content generated by Get Full RSS. | ||||||
Posted: 19 Dec 2011 03:22 PM PST | Posted: 19 Dec 2011 06:00 AM PST Saya olah berita yang saya salin dan tampal dari blog Edyes/AntaraPos dan Malaysia Kini. Ekoran kejadian menurun bendera Najib di PWTC Sabtu lalu, Adam Adli mahasiswa UPSI yang dikatakan menurunkan bendera tersebut kini menjadi sasaran ugutan dan tindakan fizikal penyokong tegar/ macai UMCO. Adam yang turut mengetuai Legasi Mahasiswa Progresif dilaporkan menurunkan bendera itu seketika sebagai membantah keputusan kerajaan untuk meminda dan bukan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971. Selain keluarganya di PP menerima ugutan daripada pihak yang mendakwa sebagai ahli sebuah pertubuhan Melayu, kekecohan turut berlaku petang tadi apabila Adam diiringi oleh wakil Solidariti Mahasiswa Malaysia, membuat laporan polis di Bukit Aman tiba-tiba diserbu oleh seorang yang tidak dikenali. Adam ke Bukit Aman untuk membuat laporan polis selepas mendakwa beliau menerima ugutan daripada pihak tertentu. Lelaki itu cuba menumbuk Adam tetapi dia berjaya diselamatkan oleh rakan-rakan mahasiswa. Lelaki itu kemudian memperkenalkan dirinya sebagai Ruslan Mokhtar kepada antarapos.com berkata beliau kesal dengan keangkuhan Adam dan pelajar yang berarak ke ibu pejabat Umno. "Saya rasa dia (Adam Adli) kurang ajar sangat, kalau dia betul-betul anak Melayu. Dia sudah masuk ke bangunan UMNO, pergi ke bangunan UMNO perlu beradaplah... Jangan sampai hendak turunkan bendera Presiden UMNO. "Lepas tu naikkan bendera dia. Ini sudah kurang ajar...bagi saya dia dah kurang ajar... saya seorang-orang cari dia, saya bukannya upahan samseng UMNO, semua itu tidak, sebab dia kurang ajar, kita akan cari dia, kata beliau. "Dia tidak hendak minta maaf, kalau orang tua dia, kita buat macam itu, marah tak dia? Jadi bagi saya sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, saya cukup marah dengan apa yang dia buat tu," katanya. Sebelum ini, Pemuda UMCO yang diketuai Arman dalam sebuah video di Youtube mengugut untuk menampar dan meludah mahasiswa yang terlibat dalam demontrasi Sabtu lalu. Lihat video di sini. Sementara itu, penganjur perhimpunan Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana beranggapan tindakan itu merupakan hak mereka untuk bersuara. Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan Najib. Katanya, tindakan itu ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diumum akan dimansuhkan. Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf. P/s: Sejarah tercipta, mahasiswa turunkan bendera Najib, Presiden UMCO! Menurut MK, kumpulan mahasiswa itu merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas Presiden Umno. Mereka kemudiannya menggantikan bendera itu dengan kain rentang prokebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkan bendera Najib semula. Tiada tindakan kurang ajar, menghina seperti memijak, meludah, dan lain-lain terhadap bendera Najib. | Gadis IPTA Dirogol Teman Lelaki Alami Pendarahan & Trauma Posted: 19 Dec 2011 04:00 AM PST Saya petik: [HM] MELAKA - Seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini ditemui tersandar di dinding sebuah hotel bajet di Kampung Hulu, di sini dalam keadaan berdarah, petang kelmarin. Mangsa berusia 20 tahun itu dipercayai dirogol teman lelakinya yang berusia 22 tahun selepas kedua-duanya dikesan mendaftar masuk ke hotel berkenaan yang terletak di belakang sebuah stesyen minyak, kira-kira 6.30 petang. Menurut sumber, lelaki dikenali mangsa itu sejak dua tahun lalu dilihat berlari keluar dari hotel berkenaan sebelum mangsa juga keluar dalam keadaan menangis selang beberapa minit kemudian.
P/s: Cari penyakit! | Posted: 19 Dec 2011 03:29 AM PST | [Video-Lawak] Mamat Sebelah Awek Seksi UGUT Mahu Tampar & Ludah Mahasiswa Posted: 19 Dec 2011 12:18 AM PST Mukadimah tiada, salam pun tiada. Tiba-tiba terus mengeluarkan kata-kata kasar, tidak ubah seperti orang yang hilang akal. Macam inikah pemimpin muda UMCO? Tiada diplomasi dan budi bahasa ketika mengutarakan kata-kata. Mamat ini mengaku panglima perang, panglima Melayu. Kalau betul berani dan hebat, pergilah ke Palestine berjuang kerana Allah, mudah-mudahan syahid. Dia menuduh mahasiswa sebagai macai dan kuda DSAI, apa kepentingan yang dapat diperoleh Anwar dan pembangkang dalam isu ini? Hal yang dibantah berkaitan dengan AUKU. Jika AUKU dimansuhkan BeNd dan PR sudah tentu dapat manfaatnya. Lainlah kalau mamat ini yakin bahawa golongan mahasiswa majoritinya penyokong PR. Yang pasti mamat ini dan geng adalah macai Najib kerana jelas dia berkelakuan sedemikian kerana mahu mempertahankan bendera Najib. Yang paling lawak, dia meludah diri sendiri. Bingai! Berkaitan: | Posted: 18 Dec 2011 11:32 PM PST Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Il, meninggal dunia pada usia 69 tahun akibat serangan jantung, seperti yang dipetik oleh Reuters daripada media rasmi negara itu. Menurut Korean Central News Agency (KCNA), pemimpin itu "meninggal dunia akibat tekanan hebat mental dan fizikal" pada 8.30 pagi Sabtu (7.30 pagi waktu Malaysia) ketika berada dalam kereta api untuk jelajah "turun padang". Agensi itu menggesa rakyat Korea Utara supaya mengikut anak lelaki bongsu Jong-Il dan penggantinya, Kim Jong-Un, yang berusia lewat 20an. "Semua ahli parti, tentera dan orang awam patut mentaati kepemimpinan komrad Kim Jong-Un dan melindungi dan mengukuhkan lagi parti, tentera dan orang awam," kata penyampai TV agensi berita itu yang berpakaian serba hitam sambil menangis. Menurut KCNA, bedah siasat dilakukan semalam. Pemimpin terbabit mengalami serangan angin ahmar pada Ogos 2008. Pengebumian beliau akan diadakan pada 28 Disember ini tetapi tiada delegasi asing dijemput hadir. Tempoh berkabung diisytihar dari 17 hingga 29 Disember. Sementara itu, agensi berita Yonhap melaporkan tentera Korea Selatan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. | Anwar Enggan Bersumpah: Dua Isu - Fakta World Bank, Akta Rahsia Rasmi Posted: 18 Dec 2011 10:24 PM PST Saya petik: [SH] GEORGETOWN - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan menyahut cabaran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bersumpah laknat di masjid dengan memegang al-Quran berhubung kenyataannya mengenai bantuan kewangan daripada Bank Dunia.
P/s: Saya setuju sangat dengan pendapat DSAI. Pertama, fakta pinjaman Malaysia ada di laman sesawang World Bank. Kedua, Anwar tidak boleh mengemukakan surat rayuan itu kerana Akta Rahsia Rami (OSA). Bagaimana mungkin Anwar boleh menyimpan surat itu.
|
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan