Pakatan Rakyat |
Posted: 06 Dec 2011 03:51 PM PST Sinar Harian (Digunakan dengan kebenaran) oleh SYAHREDZAN JOHAN Selasa, 29 November 2011 tempoh hari, saya bersama-sama dengan lebih kurang 1,000 peguam dan orang awam berarak ke Parlimen. Perarakan tersebut dikenali sebagai Walk For Freedom untuk membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Awam 2011 yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat (PA2011). Perarakan itu bermula dari pintu masuk Kelab Taman Perdana Diraja dan berakhir di Parlimen. Perarakan itu dipelopori Majlis Peguam dan diketuai Presiden Badan Peguam, saudara Lim Chee Wee. Ketika di Parlimen, Majlis Peguam menyerahkan memorandum dan rang undang-undang alternatif yang dirangka oleh Majlis Peguam kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk V K Liew. Kausa kami adalah PA2011. Pada kami, PA2011 penuh dengan cacat dan cela. Ia tidak dirangka dengan teliti dan ada begitu banyak percanggahan dan kekhilafan. Ia juga mempunyai peruntukan yang lebih regresif berbanding undang-undang sedia ada. Antara kelemahan PA2011 adalah berkenaan dengan 'protes jalanan' yang tidak dibenarkan sama sekali. Definisi 'protes jalanan' begitu luas sehinggakan apa-apa jenis perhimpunan bergerak atau perarakan boleh diklasifikasikan sebagai 'protes jalanan'. Di samping itu, terdapat juga larangan yang tidak masuk akal. Contohnya, PA2011 memperuntukkan beberapa tempat larangan berhimpun, antaranya, sekolah dan tempat ibadat. Seseorang itu melakukan kesalahan sekiranya dia menganjurkan atau menyertai perhimpunan di tempat larangan. Oleh itu, mengikut PA2011, adalah menjadi satu kesalahan jika seseorang itu berhimpun di sekolah. Bagaimana pula dengan acara seperti hari kantin? Di bawah PA2011 kenduri di pekarangan masjid juga dilarang. PA2011 juga memberikan polis kuasa yang luas untuk mengenakan sekatan dan syarat ke atas mana-mana perhimpunan yang dikenakan. Dikhuatiri, sekiranya sekatan dan syarat ini tidak diperincikan, ia boleh disalahgunakan oleh pihak berkuasa. Atas sebab-sebab ini, dan sebab-sebab lain, Majlis Peguam menentang PA2011. Ini bukan tentang politik, bukan tentang barisan atau pakatan apa-apa. Ini tentang sebuah rang-rang undang yang begitu cacat dan dipantaskan kelulusannya. Harapan kami mudah sebenarnya. Jika tidak mahu menarik balik PA2011, sekurang-kurangnya rujuk kepada Jawatankuasa Terpilih Parlimen. Biar jawatankuasa ini perhalusi dan periksa peruntukan-peruntukan rang undang-undang ini satu persatu dan berunding dengan masyarakat awam. Mengapa perlu bergegas? Kita semua inginkan undang-undang yang dapat menjamin hak berhimpun, dan memberi makna kepada ucapan Perdana Menteri di ambang Hari Malaysia. Ramai yang bertanya, mengapa peguam perlu berarak? Bukankah ia menyusahkan orang ramai? Tidak ada cara lain untuk menunjukkan bantahan? Mengapa Majlis Peguam perlu 'berpolitik'? Majlis Peguam telah cuba berunding. Tetapi menemui jalan buntu. Perarakan itu adalah jalan terakhir yang simbolik supaya kami dapat dipertimbangkan. Lebih-lebih lagi apabila dilaporkan bahawa PA2011 akan diluluskan oleh Parlimen pada hari yang sama. Badan peguam dan Majlis Peguam tidak berminat dengan politik. Kami bukan anti-kerajaan mahupun pro-pembangkang seperti sering dituduh. Kami pro-keadilan (justice) dan mendukung Perlembagaan. PA2011 adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip ini. Atas dasar inilah saya berarak pada hari itu. Malangnya, walaupun dengan perarakan tersebut Dewan Rakyat telah meluluskan PA2011 tanpa undi bantahan. Ahli Parlimen pembangkang telah bermain politik dengan keluar Dewan. Maka pada hari itu, kesemua ahli Dewan Rakyat pada saya telah mengecewakan rakyat. Selepas peguam dan rakyat berarak, rang undang-undang tersebut tetap diluluskan oleh ahli Dewan Rakyat. *Penulis, peguam muda yang mengamal undang-undang sebagai rakan kongsi di sebuah firma guaman di Kuala Lumpur. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 06 Dec 2011 03:36 PM PST KUALA LUMPUR, 5 Dis: PAS dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengecam kenyataan yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar), yang memperlekehkan hukum Hudud dan menuntut beliau meminta maaf dari seluruh umat Islam. Setiausaha Agung Abim, Mohamad Raimi Ab Rahim juga melahirkan rasa "kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau." Ini bukanlah kali pertama presiden MCA yang pernah tertangkap dalam video seksnya itu menghina Islam bahkan telah beberapa kali. Kali ini di dalam sebuah forum "Hudud and its Implications on non-Muslims" yang dianjurkan semalam. Kenyataan Soi Lek ini dibuat ketika rakan karib MCA itu, Umno, terus-terusan mendakwa kononnya DAP cuba mengkristiankan umat Islam padahal kebanyakan pemimpin DAP sendiri bukan beragama Kristian. Abim menilai kenyataan biadap itu sebagai indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam itu sendiri, kata Mohamad Raimi dalam kenyataannya. Di samping itu, katanya, Abim berpandangan kenyataan tersebut yang itu berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini. Ini memandangkan hukum Hudud serta ajaran Islam secara keseluruhannya menghormati serta memartabatkan hak asasi manusia. Kenyataan Datuk Seri Chua Soi Lek tersebut juga merupakan kesinambungan daripada sentimen Islamophobia yang berkembang pesat di seluruh dunia, tambah beliau. Abim, katanya, merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau. Memandangkan ia bukanlah kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang bersifat begitu (menghina hukum Islam), Abim menggesa permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh beliau kepada seluruh umat Islam di negara ini. Abim juga, katanya, menggesa tindakan serta peringatan tegas dikemukakan ke atas beliau untuk mengelakkan insiden-insiden ini daripada berulang kembali. Umno sekongkol dengan MCA Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man melahirkan rasa kesal kerana Umno terus bersekongkol dengan MCA mengkritik hukum Allah. Tindakan terbaru Presiden MCA, Dr chua Soi Lek mengkritik hukum hudud bukan perkara baru, walaupun kenyataan ini dikritik oleh pelbagai pihak. "PAS menyedari bahawa tindakan berterusan beliau sekadar untuk menutup kegagalan pentadbiran beliau dalam MCA sehingga pelbagai masalah dalaman masih belum berjaya diatasi. "Kegagalan beliau meyakinkan masyarakat cina terhadap BN cuba ditutup dengan menimbulkan kritikan trhadap isu hudud. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap diam membisu UMNO terhadap penghinaan berterusan ini," kata Tuan Ibrahim. Bagi beliau, Ketakutan Umno untuk menegur tindakan biadap Chua Soi Lek ini membuktikan kepada umum siapa jadi kuda tungangan sebenar. Kebiadaban MCA ini tentunya lahir dari rasa besar kepala akibat tiadanya teguran atau bantahan oleh mana-mana perwakilan sewaktu PAU lalu. Bahkan apa yang diluah ialah kritikan terhadap enekmen hudud di Terengganu dan Kelantan, yang kononnya bertentangan dengan hudud sebenar. "PAS telah berulang kali menyatakan kalau apa yang dibentang tidak tepat dengan hudud sebenar, UMNO seharusnya membentang hudud yangh sebenar dan PAS. Akan pasti meyokongnya. "Jangan hanya tahu kritik, bila diminta sampai kini gagal kemukakan yang sebenar menurut perspektif Umno," katanya. KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan