Pakatan Rakyat |
Posted: 02 Dec 2011 03:26 PM PST Arahan tarik balik laporan naib presiden 'sedia undur' Beberapa pertubuhan berita diberikan arahan supaya tidak menerbitkan laporan yang memetik kenyataan tiga naib presiden Umno supaya calon yang tidak boleh menang atau "winnable candidate" berundur pada pilihan raya umum akan datang. Namun tidak semua pertubuhan berita mematuhi arahan dari Putrajaya itu supaya tidak menyiarkan berita berkenaan. Ia berhubung reaksi tiga naib presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap ucapan dasar presiden. Pada ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak, semalam, beliau berkata calon boleh menang akan diletakkan pada pilihan raya umum akan datang dan meminta semua ahli mendahulukan kepentingan parti daripada peribadi. Pada sidang media kemudiannya, ketiga-tiga naib presiden berkata mereka bersedia memimpin melalui teladan dengan berundur secara terhormat jika ahli dan rakyat merasakan khidmat mereka tidak lagi diperlukan, jika mereka bukan calon yang boleh menang. Lewat petang semalam, agensi berita kerajaan, Bernama mengeluarkan notis kepada pelanggan memaklumkan bahawa artikel yang disiarkan telah dikemaskini. "Nota kepada editor: Sila abaikan berita bertajuk Umno-Naib Presiden (calon) yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul," petik notis itu. Berita baru yang menyusul bagaimanapun tidak melaporkan ketiga-tiga mereka akan berundur bagi memberi laluan kepada ahli lain diletakkan sebagai calon, tetapi sebaliknya memetik mereka mendesak orang lain berbuat demikian. -mk Ketiga-Tiga Naib Presiden UMNO Sedia Tarik Diri Bertanding PRU-13 KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Ketiga-tiga Naib Presiden Umno Khamis menyatakan kesediaan mereka untuk menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) sekiranya mereka difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein membuat kenyataan tersebut dalam sidang akhbar bersama selepas perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak di sini pada Khamis. Hishammuddin yang mewakili ketiga-tiga mereka berkata "tiada masalah" apabila ditanya adakah mereka sanggup melepaskan kerusi masing-masing jika difikirkan tidak mampu menjadi calon yang boleh menang. Katanya ini adalah selaras dengan ucapan dasar presiden parti yang antara lain menyebut anggota parti perlu menilai sama ada mereka dapat membantu parti memenangi pilihan raya umum jika bertanding nanti atau hanya merugikan parti jika berbuat demikian. "Presiden parti tidak mahu meletakkan parang yang tajam untuk memenggal leher orang yang tidak lagi boleh memberikan kemenangan kepada parti, namun kita sendiri mesti lakukan muhasabah pada diri. Kalau kita tidak boleh memberikan kemenangan kepada parti lagi maka kita perlu mengundurkan diri." Najib semasa berucap pada perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011 hari ini secara halus meminta para pewakilan mencontohi sifat sahabat Rasulullah, Khalid al-Walid yang taat mengundurkan diri sebagai panglima perang apabila diarahkan oleh khalifah, dan hanya berkerja sebagai tentera biasa sekalipun sedang berada di kemuncak kariernya yang tidak pernah kalah dalam sebarang peperangan. -Bernama Ulasan GB Sememang wajar ketiga-tiga Naib Presiden UMNO itu berundur. Paling tidak pun rakyat Malaysia khususnya ahli UMNO sendiri sudah melihat "kebebalan" mereka. Buat kenyataan sedia berundur, lepas tu baru tersedar risikonya bahawa ahli-ahli UMNO memang hendakkan ketiga-tiga berundur sehingga mengejutkan pimpinan tertinggi termasuk Presiden dan Timbalan Presiden. Akhirnya ketiga-tiganya tarik semula kenyataan yang dibuat bersama - yang lucunya - suruh orang lain pula berundur. Buruk betul! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 02 Dec 2011 03:24 PM PST Saya petik: [SH] KUALA LUMPUR - Baik ada makna. Itu gambaran yang sesuai apabila seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun berpura-pura berhubungan baik dengan seorang wanita orang kurang upaya (OKU) sejak lebih setahun lalu mengambil kesempatan merogol mangsa. Perbuatan warga emas yang tidak berperikemanusiaan itu akhirnya terbongkar apabila mangsa berusia 30 tahun disahkan hamil enam minggu setelah mangsa menjalani pemeriksaan pada 26 November lalu. Ibu mangsa yang dikenali Chia, 51, berkata, pada mulanya dia tidak tahu siapa yang merogol anaknya itu namun kejadian dua hari selepas anaknya disahkan hamil membongkar pelaku yang bertanggungjawab. Menurutnya, pada 29 November, anaknya sekali lagi nyaris menjadi mangsa perbuatan warga emas tersebut, namun anaknya enggan dan memaklumkan apa yang berlaku kepadanya sebelum warga emas itu berjaya diberkas oleh penduduk dan diserahkan kepada pihak berkuasa. "Saya tergerak hati untuk membawanya ke klinik dan menjalani pemeriksaan dan akhirnya dia disahkan hamil enam minggu. "Daripada apa yang dimaklumkan anak saya, sudah banyak kali dia dirogol," katanya pada sidang media bersama Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), di menara PGRM, Cheras, di sini semalam. Hadir sama, Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam PGRM, Wilson Lau dan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Segambut, Jayanthi Devi Balaguru. Chia berkata, berdasarkan apa yang diceritakan anaknya kejadian rogol itu dilakukan di tangki air tingkat 18 di rumahnya di Taman Mutiara Fadason Jinjang Utara. Katanya, terdapat juga jiran yang pernah melihat warga emas yang bekerja di tapak binaan berdekatan kawasan rumahnya itu membawa anaknya naik ke tingkat atas. "Apabila saya beritahu anak saya yang dia kini hamil dan akan mempunyai bayi, dia hanya ketawa (kerana tidak mengerti apa-apa)," katanya. Menurutnya, dia sebelum ini tidak pernah berjumpa dengan lelaki berkenaan namun maklum akan hubungan baik lelaki itu terhadap anaknya. "Anak saya mengalami deman panas ketika berusia empat tahun menyebabkannya terencat akal dan pada umur 18 tahun, dia mengalami kemalangan dan menyebabkan kecacatan kekal pada kaki kirinya," katanya. Pada masa sama Wilson berkata, mangsa rogol berkenaan kini ditempatkan di wad Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) dan sebarang tindakan susulan terhadap OKU berkenaan bergantung kepada nasihat doktor. "Untuk kes ini, ibu mangsa dimaklumkan oleh pihak berkuasa bahawa sukar untuk mangsa memperoleh keadilan walaupun boleh sabit kesalahan dengan kes rogol, namun disebabkan ia melibatkan mangsa OKU, sukar untuk memperoleh kemenangan di mahkamah," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan