Selasa, 20 Disember 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 19 Dec 2011 11:47 PM PST

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kisah Bergambar Ceramah PKR di Kuala Krau

Posted: 19 Dec 2011 05:48 PM PST











PKR Cabang Kuala Krau telah mengadakan Ceramah pada 18hb Disember 2011 bermula jam 8.45 malam. Penceramah-penceramahnya terdiri daripada YB Elizabeth Wong, YB Hee Loy Sian, Ginie Lim, Rebin Birham, Ustaz Shamsul Firdaus, Pak Jabit dan Haji Suhaimi Said.

Ginie Lim datang dari Melaka dan jam 7.00 malam Kak Hendon ambil dia di stesyen bas (terminal bas) Temerloh.

YB Eli berceramah di Taman Saga Temerloh sebelum ke Kuala Krau.

YB Hee sampai jam lebih kurang 8.30 malam dan sebelumnya Rebin Birham dan Ustaz Shamsul telah tiba.

Ada jamuan ikan patin masak tempoyak, semua mereka yang sampai sebelum jam 9.00 malam kesemuanya telah menjamu selera, masakan yang disediakan memang mengambil kira kepada mereka yang datang kerana di Pekan Kuala Krau ini sukar juga mendapatkan makanan setelah waktu senja kecuali mereka pergi ke Tanjung Kubu lebih kurang 2 km dari Pekan Kuala Krau, disana ada banyak gerai makanan.

Hujan turun dari pagi hingga ke waktu ceramah. Menggusarkan hati saya bimbang-bimbang tidak ada orang yang datang kerana keadaan cuaca itu.

Kak Hendon telah talipon kepada Azmi Zainun, Naib Ketua 2 PKR Cabang untuk mendapatkan kanopi, harapan untuk mendapatkannya amat tipis, kerana 18hb Disember itu adalah hari Ahad, dimana nak dicarikan kanopi itu.

Azmi telah menemui rakan-rakan dari DAP. Mereka telah usahakan dan dapat kanopi dan kerusi-kerusi. Bayaran? Percuma. Alhamdulillah, inilah kerjasama yang rapat di kalangan parti-parti didalam Pakatan Rakyat.

Maka didalam hujan yang gerimis itu berlangsunglah ceramah PKR di Pekan Kuala Krau, dengan kedua-dua kanopi itu dipenuhi dan yang lain-lain duduk di kaki-kaki lima kedai dan kehadiran yang memberangsangkan itu membawa makna besar.

Petugas-petugas parti terdiri daripada anggota wanita Kuala Krau telah mengedarkan Risalah "Kak Wan" untuk kutipan derma. Alhamdulillah, lebih dari RM300.00 telah dikutip hasil daripada edaran itu.

Ceramah selesai jam menghampiri 12.00 tengah malam. Satu ceramah di pekan kecil ini yang berjaya!

Anwar Ibrahim

Posted: 19 Dec 2011 07:25 PM PST

Anwar Ibrahim


Mahathir Bohong, Dokumen Bank Dunia Buktikan Pinjaman

Posted: 18 Dec 2011 09:52 PM PST

Keadilan Daily

KEADILAN mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia.

Ketiga-tiga dokumen berhubung pinjaman US$60 juta itu secara jelas membuktikan rundingan pinjaman berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Ia susulan kenyataan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad  yang mencabar Ketua Pembangkang itu menunjukkan surat yang ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli merujuk Kertas Maklumat Projek bertarikh 23 Oktober 1998, iaitu laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara.

"Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

"Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan.

"Ia mustahil melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan Umno," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kedua, katanya, Mahathir mengarahkan kerajaan memohon pinjaman Bank Dunia berdasarkan Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman bertarikh 3 Mac 1999, yang secara jelas menunjukkan agensi bertanggungjawab berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

"Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad," kata Rafizi.

Ketiga, katanya, perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 di bawah persetujuan Mahathir, berdasarkan Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

"Perjanjian ini ditandatangani di bawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

"Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia," kata Rafizi.

Malah, katanya, pentadbiran Mahathir di bawah arahan dan seliaan beliau, bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.

Rekod kewangan di bawah Anwar baik

Menurut Rafizi, KEADILAN menegaskan bahawa fitnah Mahathir terhadap Anwar dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik semasa Anwar menjadi menteri kewangan.

Malaysia katanya berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

"Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui danaamanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan.

"Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya," ujar Rafizi

‘Proof’ That Dr M Accepted World Bank Aid

Posted: 18 Dec 2011 09:37 PM PST

Malaysiakini

PKR has obtained documents that a unit under the Prime Minister’s Office, under then premier Dr Mahathir Mohamad, had prepared for a US$60 million loan from the World Bank.

NONEAccording to the publicly available World Bank document dated March 3, 1999, the Economic Planning Unit had prepared for the social-sector loan as early as July 26, 1998.

Revealing this at a press conference at PKR headquarters today, party chief of strategy Rafizi Ramli(right) said this is proof that Mahathir had lied when he said he had rejected any financial assistance from the bank.

“The agreement was signed by the government, whose prime minister and finance minister at the time was Mahathir, at a time when (PKR de facto leader and former deputy prime minister and finance minister) Anwar Ibrahim was in jail with a bad back and a black eye. His involvement is impossible,” he said.

Kehebatan Melayu Pada Agama Dan Akhlaknya

Posted: 18 Dec 2011 09:32 PM PST

Oleh Afix Redzuan
Ketua Imam Khalifah Besar Seni Silat Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengamal ilmu persilatan supaya berada di landasan perjuangan yang betul dalam usaha memartabatkan agama Islam dan bangsa Melayu.
Anwar dalam ucapannya berkatanya, budaya fitnah yang menular dalam kalangan masyarakat sejak sekian lama menjadi punca perpecahan sehingga terjatuhnya empayar Melayu yang satu ketika dahulu berdiri megah.
Jelas beliau, bukan semua Melayu itu wajib bersatu sebaliknya bersatu mempertahankan prinsip keadilan dan kebenaran dan bukannya bersama dalam melakukan kezaliman dan kerosakkan.
Anwar turut menganjurkan kepada anak-anak gayong supaya kembali membaca hikayat sejarah perjuangan melibatkan Hang Tuah dan Hang Jebat yang mempopularkan “Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah”.
“Perlawanan mereka itu dalam sejarah tiada tolok bandingnya. Tetapi dalam perlawanan itu mereka ada dialog, bukan pencak sahaja. Jebat hairan 'Tuah aku datang untuk mempertahankan kamu.’ Tuah terima, tapi tuah kata aku tak sanggup kamu ingkar kepada arahan Raja. Jebat kata raja zalim, tidak mahu mencari kebenaran. Terpengaruh dengan orang sekelilingnya. Maka berlakulah pertempuran.
“Maka berakhir dengan tragedi, Hang Tuah menang, kalah Melayu. Itu maknanya, sejarah Melayu ertinya permulaan kepada tewasnya Melayu. Panglima sebesar Hang Tuah menjadi korban. Panglima segigih Hang jebat mati dibunuh.
“Sebab itu kita mesti hayati ini adalah mulanya jatuh empayar Melayu kerana fitnah, tidak mempertahankan prinsip keadilan, tidak mahu mengangkat martabat bangsa tetapi menjadi alat, korban akibat daripada gerombolan kecil yang membawa fitnah dan kerosakan,” katanya.
Beliau turut mengingatkan anak muda masa kini supaya mewarisi semangat kental pejuang terdahulu selain penekanan sesi pentarbiahan supaya pejuang yang dilahirkan tidak mudah tewas dengan sogokan harta benda, wang ringgit dan pangkat sehingga sanggup membelakangkan perjuangan.
“Memartabatkan bangsa Melayu dari segi budaya dengan prinsip akidah agamanya. Bukan angkuh bangsanya bukan hina kaum lain. Hebat Melayu itu kerana jiwa dan rupaya. Melayu itu dibentuk melalui agama yang membentuk akhlaknya yang memperjuang dan menegakkan keadilan.
“Maka perpaduan itu wajib. Bersatu untuk membawa kebaikan dan ketaqwaan kepada Allah Taala,” katanya di Majlis Khazanah Tamadun Islam dan Koleksi Seni Silat Pusaka Gayong di Dewan Sri Zaleha, NAZA Gurun, Gurun, Kedah.
Turut serta dalam majlis tersebut Mahaguru Seni Silat Pusaka Gayong, Datuk Raja Abdul Majid Mat Isa.

Wee Choo Keong

Posted: 19 Dec 2011 03:25 PM PST

Wee Choo Keong


MAS paid 8 month bonus in 2010 to Firefly staff!

Posted: 18 Dec 2011 08:00 PM PST

On 21-11-2011 MAS MD, En Ahmad Jauhari Yahya (AJ), told the Public Account Committee (PAC) in the presence of Tan Sri Azman Mokhtar, the ex-business partner of Rashdan when they were in BinaFikir Sdn Bhd, that Firefly made a loss of RM89 million! Read HERE. Yours truly has been reliably informed that as a mark [...]

Keadilan Bahagian Tampin

Posted: 19 Dec 2011 12:28 PM PST

Keadilan Bahagian Tampin


PRU 13: Apakah Umno-BN akan menang di Gemas dengan bantuan undi pos?

Posted: 19 Dec 2011 12:42 AM PST

Peningkatan ketara undi pos di Dun Gemas dapat dilihat melalui keputusan PRU 2004 dan PRU 2008.

Pada PRU 2004, mengikut helaian keputusan menunjukkan jumlah keseluruhan undi pos ialah 453 undi dengan 431 undi sah dan 22 undi rosak.

Pada PRU 2008 pula, mengikut helaian keputusan jumlah keseluruhan undi pos adalah 2,932 undi dengan undi sah 2,774 dan 158 undi rosak.


Manipulasi Undi Pos

Umno-BN telah memanipulasikan undi pos dengan memaksima perolehan undi tersebut kepada calon BN.

Pada PRU 2004, calon Pas telah mendapat 124 undi (27.37%) manakala calon BN memperolehi 307undi (67.77%).

PRU 2008 telah memperlihatkan peningkatan luarbiasa jumlah undi pos. Calon Pas mendapat undi sebanyak 514 undi (17.53%) dan calon BN mendapat 2,260 undi (77.08%).


Persediaan Jentera

Kemenangan DAP dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Sibu lalu harus diambil pedoman dan pengajaran berguna kepada jentera pilihanraya PR. Keupayaan dan kepakaran PACA (polling agent & counting agent) khususnya dalam mengendalikan undi pos amat perlu kerana kemenangan DAP di Sibu adalah dengan bantuan kepakaran kendalian undi pos.

Perkara ini bukan lagi mustahil dilakukan kerana telah terbukti dalam PRK Sibu. Ruang dan peluang kepakaran yang dimiliki oleh jentera PKR harus dimanfaat melalui kemahiran dalam mengendalikan undi pos.

Mungkin pada PRU-13 nanti, jika keupayaan tersebut dapat dikuasai, tidak mustahil sekurang-kurangnya PR akan mendapat 45% undi pos samada daripada undi tentera atau polis!

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 19 Dec 2011 11:48 AM PST

Anak Muda Kampung Nak Senang


SBPA, Yg Kaya Makin Kaya,Yg Miskin Papa Kedana

Posted: 18 Dec 2011 03:49 PM PST



SBPA : Jangan cetus 'perang' dengan kakitangan awam, Cuepacs beri amaran

KUALA LUMPUR, 18 Dis ― Isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) turut menjadi perhatian perhimpunan membantah Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) petang ini, dengan pemimpin kanan Cuepacs memberi kerajaan amaran - jangan mencetuskan "perang" membabitkan kakitangan awam yang rata-rata tidak puas hati dengan sistem gaji baru ini.

Pelaksanaan SBPA dilihat akan menjadi satu lagi ujian kepada pentadbiran Najib menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

Timbalan Presiden II Cuepacs Zainal Ismail berkata, pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini, sudah pun mencetuskan rasa tidak senang di semua lapisan perkhidmatan awam khususnya mereka dalam Kumpulan Pelaksana.

Kumpulan Pelaksana sebelum ini dikenali sebagai kakitangan Kumpulan Sokongan I dan II.

"Saya minta kerajaan jangan cetuskan perang, kakitangan awam ada 1.4 juta orang, saya berharap kerajaan jangan wujudkan pertikaian dengan melaksanakan SBPA," kata beliau yang menimbulkan isu NFC, projek ternakan lembu yang dikaitkan dengan keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Shahrizat Abdul Jalil, yang juga Ketua Wanita Umno, dalam ucapannya.

Kemudian ketika ditemui The Malaysian Insider, Zainal yang juga pemimpin kanan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia berkata, ramai beranggapan bahawa projek NFC yang menggunakan RM250 juta dana awam itu sebagai satu pembaziran.

"Mengapa RM250 juta boleh dibazirkan dalam projek lembu, kata nak keluarkan lembu dalam setahun dalam sekian-sekian jumlah, tetapi tak jadi, gagal," soal beliau yang menyamakan mengapa kerajaan tidak boleh memberi manfaat lebih baik bagi kakitangan awam menerusi SBPA.

Masalah dan kegagalan projek NFC ditimbulkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Kerajaan kata gunakan hampir RM3 bilion untuk melaksanakan SBPA, siapa rasai jumlah yang besar? (Difahamkan) seramai 36 penjawat Kumpulan Premier dapat bahagian peruntukan (dalam bentuk perubahan gaji) hampir RM200 juta, hanya sekitar RM300 juta bagi Kumpulan Pelaksana," katanya lagi.

Rata-rata kesemua pemimpin yang bercakap pada perhimpunan petang ini melahirkan rasa tidak puas hati yang timbul khususnya berkaitan perubahan gaji di bawah SBPA.

SBPA menyediakan sistem gaji satu lapis berbanding tiga lapis sekarang.

Ketika membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perubahan gaji - kenaikan gaji antara tujuh dan 13 peratus.

Ia sebahagian daripada langkah menjadikan negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Bagaimanapun pemimpin-pemimpin Cuepacs mendakwa kenaikan gaji bagi kebanyakan kakitangan awam khususnya Kumpulan Pelaksana adalah kurang daripada tujuh peratus, yang turut menjadi harapan.

Satu slaid yang ditunjukkan kepada lebih 2,000 orang yang menghadiri perhimpunan hari ini menunjukkan penjawat kategori JUSA C menerima kenaikan hampir 45 peratus di peringkat permulaan gaji berbanding Sistem Saraan Malaysia (SSM).

SBPA akan menggantikan SSM.

Maklumat itu menunjukkan kategori Satu JUSA C menerima gaji permulaan RM$6,595 di bawah SSM dan akan dibayar RM$12,000 jika menerima SBPA, Kategori Dua (SSM RM$7,236; SBPA RM$12,645), Kategori Tiga (SSM RM$7,939; SBPA RM$13,345), Kategori Empat (SSM RM$8,710; SBPA RM$14,115) dan Kategori Lima (SSM RM$9,480; SBPA RM$14,885).

Cuepacs mahu membangkitkan lima poin komponen dalam SBPA semasa pertemuan dengan Najib minggu ini.

Dua poin utama ialah menangguhkan urusan penerimaan opsyen dan membatalkan dasar pemisah atau 'exit policy'.

Sumber : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/sbpa-jangan-cetus-perang-dengan-kakitangan-awam-cuepacs-beri-amaran/

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

Posted: 19 Dec 2011 11:15 AM PST

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


EPU dikaitkan dengan dokumen Bank Dunia

Posted: 19 Dec 2011 12:33 AM PST

PKR hari ini mengetengahkan dokumen bagi membuktikan unit bawah Jabatan Perdana Menteri semasa era Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia untuk pinjaman daripada institusi kewangan antarabangsa.

NONEMenurut dokumen bertarikh 3 Mac 199 itu, Unit Perancang Ekonomi (EPU) bersedia untuk pinjaman AS$60 untuk sektor sosial seawal 26 Julai 1998.

Bercakap dalam sidang media di pejabat PKR di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, ia membuktikan Dr Mahathir berbohong apabila berkata beliau menolak bantuan kewangan daripada Bank Dunia.

Rafizi berkata, dokumen itu ditandatangani kerajaan di mana Dr Mahathir merupakan perdana menteri dan menteri kewangan manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika itu sedang merengkok dalam penjara.

'Bendera Najib': Siswa enggan mohon maaf

Posted: 19 Dec 2011 12:30 AM PST



Penganjur perhimpunan yang menyaksikan bendera Datuk Seri Najib Razak diturunkan di ibu pejabat Umno pada Sabtu lalu tidak akan memohon maaf kerana merasakan ia merupakan hak mereka untuk bersuara.

Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ahmad Syukri Abdul Razab menjelaskan, tindakan itu merupakan lambang hilangnya keyakinan mereka terhadap kepimpinan perdana menteri.

student handing memo to umno on academic freedom crowdKatanya, ini ekoran agenda tranformasi yang diperkenalkan gagal meyakinkan rakyat dalam beberapa dasar, seperti berlakunya tangkapan bawah Akta Keselamatan dalam Negeri ISA selepas diuumum akan dimansuh.

Justeru, bercakap dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Ahmad Syukri berkata, kumpulan mahasiswa tidak akan mengeluarkan sebarang permohonan maaf.

Semasa perhimpunan menuntut kebebasan akademik kelmarin, kumpulan mahasiswa merendahkan bendera Najib yang terletak sebaris dengan semua bekas presiden Umno.

Mereka menggantikannya dengan kain rentang pro kebebasan akademik untuk beberapa minit sebelum sebelum menaikkannya semula.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pemimpin Umno termasuk Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Timbalan Menteri Pelajaran yang menuntut permohonan maaf dibuat.

Bantah Auku: Mahasiswa turunkan ‘bendera Najib’ di PWTC

Posted: 18 Dec 2011 09:25 PM PST

Desakan untuk memansuh Akta Universiti Kolej Universiti (Auku) 1971, memuncak apabila lebih 300 mahasiswa berhimpun dan berarak secara aman.

Protes itu digerakkan Solidariti Anak Muda (SMM) dan disertai Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis), Gerakan Menuntut kebebasan Akademik (Bebas), Legasi Mahasiswa Agresif (LMA).

Seawal jam 1 petang, mahasiswa berhimpun depan masjid jamek sebelum berarak ke bangunan Maju Junction untuk menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Ketika berarak, mereka melaungkan slogan mendesak kerajaan menghapuskan Auku dan memberi amaran betapa gelombang mahasiswa bakal menjejaskan hayat politik Umno Barisan Nasional (BN)

Mereka juga menyatakan tidak gentar untuk dipenjara demi memperjuangkan usaha memansuhkan Auku, bukan sekadar memindanya.

Orang awam yang kagum dengan keberanian mahasiswa yang dikawal polis termasuk anggota cawangan khas (SB), turut memberi sokongan.

Depan bangunan Maju Junction, mereka kemudian duduk memegang kain rentang dan melaung desakan supaya mahasiswa diberi kebebasan bersuara dan akademik.

Selepas 10 minit, Pesuruhjaya Suhakam, Shaani Abdullah menerima memorandum daripada mahasiswa dan menyifatkan perarakan itu tidak menyalahi undang-undang.

"Perlu pelbagai cara bagi dapatkan perhatian. Berhimpun adalah satu cara dan mereka berhak melakukannya. Memorandum ini akan dipanjangkan kepada kerajaan," kata Shaani.

Mahasiswa kemudian berarak ke bangunan Umno – Putra World Trace Centre (PWTC) bagi menyerahkan memorandum kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah.

Ketika Saifuddin berucap menggunakan pembesar suara, seorang mahasiswa, Adam Adli, 22, dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dilihat menurunkan bendera yang tertera wajah Najib sebagai protes.

Tindakan itu mencuri tumpuan peserta lain sehingga mengakibatkan pengawal keselamatan kelam kabut menaikkan semula bendera berkenaan.

Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat.

Saifuddin melalui twitter mendesak mahasiswa memohon maaf atas tindakan itu tetapi SMM hanya akan membuat kenyataan seawal-awalnya esok

Tanah dibeli NFC, tapi nama di bawah Putrajaya Holding

Posted: 18 Dec 2011 09:23 PM PST

NGO Jingga 13 mempersoalkan status tanah yang didakwa telah dibeli oleh National Feedlot Corporation (NFC) milik keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil di Putrajaya, yang masih diletakkan atas nama Putrajaya Holding.

Semalam, Jingga 13 yang dipengerusi oleh Fariz Musa telah membuat lawatan di dua lot tanah tersebut dan mendapati status tanah berkenaan masih belum ditukar.

"Kenapa tanah tersebut masih belum ditukar nama sedangkan pengeluaran wang sejumlah RM3,363,507 disalurkan melalui National Meat Live Stock (NMLC) membeli dua bidang tanah tersebut?

"Adakah benar-benar wujud pembelian atau hanya lah langkah bertujuan mengeluarkan wang tanpa membeli tanah tersebut?," kata beliau pada satu kenyataan.

Jingga 13 turut mempersoalkan ketelusan pihak polis dalam penyiasatan berkaitan pendedahan KEADILAN mengenai penyelewengan dana Kerajaan RM250 juta dalam Skandal berkenaan.

Ini ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara sebelum ini yang melaporkan berdasarkan siasatan awal pihak polis bahawa pembelian kondominium One Menerung berharga RM13.8 juta tiada unsur pecah amanah jenayah .

"Kami mempersoalkan ketelusan pihak polis dalam siasatan berkaitan 4 perkara termasuk pembelian dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya
yang sehingga sekarang status siasatan masih lagi kabur dan tidak pantas.

"Berdasarkan keseluruhan laporan polis yang dibuat oleh JINGGA 13 sahaja sejumlah RM 18.8 juta wang rakyat telah diseleweng dan dipecah amanah bagi tujuan yang tidak ada kena mengena atau perkaitan dengan projek lembu fitlot," kata Fariz.

Katanya lagi polis sepatutnya lebih telus, adil dan profesional terhadap siasatan yang dilakukan bukannya bertujuan untuk membersihkan nama keluarga Shahrizat Jalil yang terlibat dalam penyelewengan dana duit rakyat.

"Rakyat berhak mempersoalkan berkaitan skandal NFC ini kerana ia adalah melibatkan duit rakyat yang tidak digunakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah," katanya lagi.

KEADILAN dedah bukti Dr M buat 38 pinjaman Bank Dunia

Posted: 18 Dec 2011 09:22 PM PST

KEADILAN mendedahkan bukti pautan memuatkan senarai pinjaman Bank Dunia kepada Malaysia pada zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini sekaligus membuktikan tohmahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ejen Barat dan perkakas Bank Dunia, tidak benar, sebaliknya Mahathir berbohong dan cuba memutar belit fakta sebenar.

Rujukan pautan itu di sini

Semakan berdasarkan pautan itu, Mahathir melakukan sebanyak 38 pinjaman antara 18 Mei 1982 hingga 30 Mac 1999.

Walaupun Mahathir kerap memfitnah Anwar, bekas Presiden Umno itu bersekongkol dengan Jack Abramoff untuk melobi bagi bertemu Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.

Sedangkan, Anwar ketika masih Menteri Kewangan pernah menulis kepada Bank Dunia bahawa Malaysia tidak lagi memerlukan bantuan institusi kewangan itu.

"Kini sudah terang lagi bersuluh, politik hipokrit usang serta propaganda fitnah pasti tewas kerana kebenaran pasti muncul.

"Sewajarnya sebelum mantan Perdana Menteri itu mencabar sesiapa bersumpah menjunjung al Quran, eloklah dia meneliti kepentingan siapa dalam syarikat arak San Miguel," kata kenyataan media KEADILAN hari ini.

Mahathir bohong, dokumen bank dunia buktikan pinjaman

Posted: 18 Dec 2011 09:15 PM PST

KEADILAN mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia, ketika krisis kewangan 1997 dan 1998.

Ketiga-tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung pinjaman US$60 juta itu secara jelas membuktikan rundingan pinjaman berlaku selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara dan dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli merujuk Kertas Maklumat Projek bertarikh 23 Oktober 1998, iaitu laporan awal oleh Bank Dunia untuk menilai permohonan pinjaman sesebuah negara.

"Ia adalah dokumen pertama yang disediakan sebelum pun rundingan bermula.

"Tarikh 23 Oktober 1998 membuktikan bahawa proses rundingan pinjaman tersebut bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipecat dan dipenjarakan.

"Ia mustahil melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang selalu didakwa Tun Mahathir Mohamad dan Umno," ujarnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kedua, katanya, Mahathir mengarahkan kerajaan memohon pinjaman Bank Dunia berdasarkan Laporan Penilaian Permohonan Pinjaman bertarikh 3 Mac 1999, yang secara jelas menunjukkan agensi bertanggungjawab berunding dengan Bank Dunia untuk mendapatkan pinjaman adalah Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

"Permohonan pertama dibuat pada 26 Julai 1998. Laporan dan rundingan berikutnya (yang hanya bermula selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan) ditangani sepenuhnya oleh Unit Perancang Ekonomi, yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad," kata Rafizi.

Ketiga, katanya, perjanjian ditandatangani pada 31 Mac 1999 di bawah persetujuan Mahathir, berdasarkan Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia (Loan Agreement) bernombor 4452-MA yang bertarikh 31 Mac 1999.

"Perjanjian ini ditandatangani di bawah arahan dan persetujuan Tun Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.

"Jelas sekali bahawa Tun Mahathir Mohamad telah berbohong apabila beliau mengaku tidak mahu menerima bantuan kewangan dari institusi antarabangsa seperti Bank Dunia," kata Rafizi.

Malah, katanya, pentadbiran Mahathir di bawah arahan dan seliaan beliau, bertanggungjawab membuat permohonan mendapatkan bantuan kewangan Bank Dunia.

Rekod kewangan di bawah Anwar baik

Menurut Rafizi, KEADILAN menegaskan bahawa fitnah Mahathir terhadap Anwar dalam hal ini tidak lebih dari usaha beliau memadamkan rekod pentadbiran kewangan yang baik semasa Anwar menjadi menteri kewangan.

Malaysia katanya berjaya mencapai lebihan belanjawan ketika Anwar memegang portfolio Menteri Kewangan sehingga berjaya melangsaikan hutang dengan lebih awal dalam tahun-tahun 1993 hingga 1996, berbanding dengan defisit belanjawan yang berpanjangan sejak Tun Mahathir Mohamad mengambil alih jawatan itu dalam tahun 1998.

"Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Kumpulan Wang Amanah Negara dan Kumpulan Wang Amanah Pencen, bertujuan menjaga kepentingan rakyat melalui danaamanah yang dikawal ketat dan bebas dari salahguna kerajaan.

"Malangnya, dana ini turut disalahgunakan dan menyimpang dari niat asal penubuhannya," ujar Rafizi.

Tiada ulasan:

Pengikut