Sabtu, 17 Disember 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


Cucu Tok Selampit

Posted: 16 Dec 2011 01:36 PM PST

Cucu Tok Selampit


Wajarkah Budaya Samseng P"Gay"R Diamalkan Di Dalam UMNO?

Posted: 15 Dec 2011 11:00 PM PST




Terkejut menonton berita Astro Awani yang menyiarkan berita mengenai beberapa penyokong DS Shahrizat Jalil "menyerang" pusat khidmat UMNO Bahagian Cheras. Ini berikutan kenyataan keras daripada Ketua Bahagiannya, Datuk Wira Syed Ali Al Habshie, yang menyatakan bahawa UMNO tidak perlu memikul "biawak hidup" dalam isu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). CTS merasa amat terkilan dengan kelakuan sesetengah pengikut DS Shahrizat itu. Bagi CTS, setiap orang berhak menyatakan pandangan masing-masing. Kita tidak boleh memaksa setiap orang di dalam UMNO untuk menurut kesemua pendapat kita. Selain daripada DW Syed Ali, Datuk Bung Mokhtar dan Datuk Ghapur Salleh turut menyatakan pendapat yang sama iaitu DS Sharizat Jalil sepatutnya meletak jawatan dan tidak bertanding di dalam PRU13.

CTS berpendapat DS Shahrizat tidak perlu meletakkan jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO. Biarlah perwakilan membuat keputusan mengenai nasibnya di kemudian hari. Cumanya, DS Shahrizat tidak perlu membebankan UMNO dengan masalah keluarganya. Sayangilah UMNO yang telah banyak berjasa kepada keluarganya dan jangan menghancurkan parti keramat ini semata-mata untuk terus berkuasa. Penyokong-penyokong DS Shahrizat sama ada yang ikhlas ataupun "yang berbayar", seharusnya lebih rasional. Kita berada di dalam parti UMNO, satu parti yang rasional tingkah laku. Kenapa perlu bersifat kurang ajar, samseng dan gedebe semata-mata berlaku berselisihan faham dan berbeza pendapat di antara satu sama lain di dalam parti. Tidak perlu mewujudkan budaya negatif seperti di dalam parti P"Gay"R dan DAP seperti memaki hamun dan membaling kerusi sekiranya tidak bersependapat.

DS Shahrizat harus ingat, jawatan Menteri yang disandangnya bukan atas kehendak Rakyat. Rakyat telah menolaknya di dalam PRU12 dengan mengambil YB Nurul Izzah sebagai Wakil Rakyat mereka. Janganlah menetang kehendak takdir. Jawatan Menteri yang disandangnya diperolehi melalui "pintu belakang" atas tiket Ketua Wanita UMNO. Jalan terbaik buat DS Shahrizat, berilah peluang kepada muka baru untuk bertanding di dalam PRU13. Janganlah membebankan DS Najib Tun Razak di dalam membuat keputusan pemilihan calon. DS Shahrizat bukan seorang "winnable candidate" pada pandangan CTS. Undurlah secara terhormat. Ingatlah semua itu mungkin sudah tertulis di dalam qada dan qadar Allah.

MB Khalid Ibrahim Bakal Bertanding Di DUN Jeram Dalam PRU13?

Posted: 15 Dec 2011 05:00 PM PST

Hari ini, Jumaat, MB Selangor akan menghadiri satu majlis penyerahan geran tanah kepada peneroka-peneroka FELDA di Bukit Cerakah. Agak pelik memikirkan tujuan sebenar MB Pakatan Haram mengambil berat tentang peneroka sedangkan mereka adalah pihak yang beria-ia berusaha menghapuskan FELDA seperti mana di dalam keputusan bersama Konvensyen Pakatan Rakyat 2010.

Seperti maklumat yang CTS perolehi daripada UMNO Kuala Selangor, MB Khalid Ibrahim diberitakan bakal bertanding di DUN Jeram di dalam PRU13 nanti, ekoran daripada penolakan majoriti penduduk di kawasan DUN Ijok yang beliau telah menangi di dalam PRU12. Alasan yang diberikan adalah kerana terdapat ramai kaum keluarganya di kawasan Jeram! Maka tidak hairanlah, langkah pertama yang diambil oleh beliau untuk menarik sokongan pengundi di kawasan Jeram adalah dengan memberi "gula-gula" kepada peneroka-peneroka FELDA Bukit Cerakah.

Penulis tidak kisah sangat di mana kawasan beliau hendak bertanding. Itu adalah hak beliau untuk memastikan kemenangan beliau. Cumanya, satu saja nasihat daripada CTS. CTS rasa eloklah kiranya Setiausaha Politik MB Selangor, Faekah Husin tolong carikan perunding imej untuk DS Khalid. Sejak kebelakangan ini imej beliau agak serabai dan tidak terurus. Hodoh rasanya melihat seorang MB yang tidak bercukur dan rambut tidak bersikat. Cuba kalau boleh contohi Ketua Menteri Pulau Pinang yang berjaya mengubah imejnya ala-ala pelakon Hong Kong gitu.


waadat

Posted: 16 Dec 2011 01:29 PM PST

waadat


tanyalah Anwar

Posted: 15 Dec 2011 05:57 PM PST

"Saya bercakap di Amerika, bulan lepas... sebenarnya di Malaysia sahaja orang tak berapa nak dengar saya berucap. Minggu lepas, saya di Australia..."

Demang percaya mungkin anda sendiri pernah dengar ucapan begitu daripada Anwar. Jika belum, cuba-cuba lah lihat di Youtube. Pasti akan berjumpa dengan kata-kata yang hampir sama.

Sebenar Anwar sedang menggunakan skil komunikasi yang cukup berkesan. Dengan melemparkan nama-nama besar, individu yang melakukannya bukan sahaja berupaya menarik perhatian audien malah secara langsung melatakkan dirinya sebaris dengan nama besar tersebut.

Jika anda bercita-cita menjadi ahli politik, berlatih lah untuk melakukannya. Cuma.anda perlu juga berlatih untuk menjawab apabila orang bertanya: "siapa yang mendengar ucapan anda di Amerika itu?"

Kedah Ke KL - MctHeory

Posted: 16 Dec 2011 01:24 PM PST

Kedah Ke KL - MctHeory


KASI PANAS!! MASALAH RAKYAT SUNGAI PETANI MASIH BELUM SELESAI!!

Posted: 16 Dec 2011 10:00 AM PST


Sehingga ke hari ini masalah ketiadaan pengangkutan awam (Bas antara kawasan) di Bandar Sungai Petani belum dapat kerajaan Negeri selesaikan, sekiranya permasalahan ini berlarutan ia akan mendatangkan kesulitan, terutamanya ketika musim persekolahan akan bermula tidak lama lagi. Kerana ada antara pelajar akan menggunakan pengangkutan awam sebagai pengangkutan ke sekolah.

Amat menyedihkan apabila satu tempat yang bertaraf Bandar tidak mempunyai tahap kemudahan awam yang lengkap (Bas Awam). Jika perkara sebegini pun masih belum dapat Kerajaan Negeri selesaikan. Apa guna Sungai Petani di iktiraf sebagai Bandar..sekiranya tiada pengankutan awam yang utama,(Bas Awam)

Dalam permasalahan ini menyebabkan kami juga tertanya-tanya, kemana perginya Exco kerajaan Negeri Kedah yang di pertanggungjawapkan ke atas kerja-kerja ini? kenapa tiada plan tindakan yang di ambil Exco berkenaan? apakah Exco berkenaan beranggapan Parti PAS ini masih menjadi pembangkang di Kedah?? sehinggakan lupa apa kerja yang perlu di utamakan..sekiranya masih gagal selesaikan masalah rakyat,,Pisau Kedah cadangkan gugurkan slogan Sejahtera Rakyat..kerana rakyat sekarang sengsara di bawah pemerintahan PR.

Sambung baca Media Kedah

PANAS!! USTAZ NASHA DAN HASAN ALI KENA BELI DENGAN UMNO??

Posted: 16 Dec 2011 07:38 AM PST


Ustaz Nasha keluar kenyataan, Hasan Ali hentam Pas. Akhirnya UMNO jugak yang kena. Inilah jenis spesis Pas yang memang tak mengaku salah sendiri. Semuanya salah UMNO.

Apakah UMNO yang suruh Hasan Ali dan Ustaz Nasha keluarkan kenyataan dalam akhbar?

Bila Hasan Ali dan Ustaz Nasha masih lagi berdegil dan taknak dengar cakap Pas pusat. UMNO yang disalahkan.. pelik betul la..


Semakin ramai Alim Ulama dalam Pas yang tawar hati bila Pas berpeluk cium dengan Dap. Cuma mereka tak dedahkan kepada umum. Mereka takut Pas terus bungkus kalau mereka buat begitu.

Tanyalah Dewan Ulama Pas.. takkan berani mereka bersuara untuk menentang Dap. Kerana arahan khas dari pucuk pimpinan Pakatan untuk Ulama Pas tidak bersuara.

Kiranya sekarang, siapa menjunjung Islam, dialah musuh utama Pas pusat. Siapa menjunjung Dap.. dia akan ditabal menjadi pembesar.. contohnya Mat Sabu.

Mat Sabu naik dalam Pas disebabkan sokongan Dap dan PKR. Kalau ikut hakikat sebenar, layakkah Mat Sabu jadi Timbalan Presiden Pas??..

Belajar pun gagal, macam mana nak jadi pemimpin?

Sebab tu Mc kata.. jangan undi Pas. Undi Pas umpama Undi Dap..

Jika Taatkan Islam, Sayangkan Melayu, tolong jangan undi Pas!!


McTheory:
Undi Pas.. umpama undi Dap.. jahanam Melayu Islam..

KASI PANAS!! ANAK DERHAKA, JAGA MAK PUN TAK BOLEH, ADA HATI NAK JAGA KERAJAAN?

Posted: 16 Dec 2011 04:37 AM PST



Alamak MP anak derhaka yang jaga mak pun tak mampu. Ada hati nak komen lebih pasal program kerajaan pusat? adehh.. Nak baca boleh klik SINI.

Jika tanggung jawab sebagai anak pun tak mampu nak buat. Usah la bersembang nak jaga rakyat. Dok sibuk pasal guru sementara, sedangkan mak di kampung pun dah sakit tenat. Dia tak peduli pun.


JKKKP adalah saluran bantuan kepada rakyat dari kerajaan pusat. Takut bila bagi kat kerajaan negeri. Lain pulak jadinya duit tu nanti.

Sebab tu puak Pakatan marah sangat bila peruntukan yang sepatutnya depa dapat, tapi tak dapat.

Tengoklah apa jadi pada RM100 juta peruntukan Jalan raya di Kedah, dan RM600 Juta peruntukan bekalan air di Kelantan. Bukan kerajaan negeri gunakan pada yang sepatutnya. Depa lesapkan wang tersebut ke dalam simpanan masing-masing.

Duit tu untuk baiki infrastruktur, bukan untuk di simpan dan disalahguna.

Agaknya kalau kerajaan pusat salurkan pada kerajaan negeri, duit tu sampai pada rakyat tak?

Hmm... agak2 sampai tak?

heh..

McTheory:
sendiri fikir larr..

TERBAIKK!! CERAMAH YB ZUL NOORDIN DI ALOR SETAR KEDAH!!

Posted: 16 Dec 2011 01:42 AM PST


Pada pembaca blog Mc menjemput para pembaca beramai-ramai ke ceramah umum YB Zulkifli Noordin, Naib Presiden Perkasa Malaysia.

"Memperkasakan Bangsa, Memertabatkan Agama"

Tarikh: hari Sabtu, 17hb Disember 2011.
Masa: 8.00 malam.
Tempat: Sek Keb Kampung Gelam. 
Jalan Dato Kumbar, Alor Setar, Kedah. 

Jika anda Taatkan Islam, sayangkan melayu, hadirlah bersama kami..

McTheory:
Ingat satu.. Politik Bukan Agama..

TUDIAA!! USTAZ NASHA BAKAL SERTAI HASAN ALI??

Posted: 15 Dec 2011 10:55 PM PST


Seorang lagi pejuang Islam sebenar dalam Pas bersuara. Pas makin pelik, ya betul.. sejak berkawan dengan Anwar dan Dap ni. Pas dah makin pelik.. dan sangat pelik.. Islam Pas pun dah makin kritikal. Dulu mereka ni dianggap ektrimis, sekarang ni tah la. Dah takdak rate nak buh kat Pas ni.


Islam Pas, lebih kurang Islam ikut suka. Ikut sedap dan ikut keadaan.

Kalau hukum Islam tu kena dengan kepentingan politik mereka. Mereka akan guna, kalau tak sesuai, mereka akan tolak hukum tersebut.

Contohnya Nabi Melayu Pas, iaitu Nik Aziz. Mana ada nabi lagi selepas Nabi Muhammad SAW.

Pelik, pelik dan semakin pelik..

McTheory:
Pas ni memang dah sesat jauh..

PANAS HARI INI!! ANWAR AKHIRNYA MENGAKU MELIWAT!!

Posted: 15 Dec 2011 07:11 PM PST


Saksi yang dijanjikan tak ada. Bukti kukuh yang didakwa ada untuk bantah pendakwaraya pun tak keluar. Peguambela sendiri pun mengaku anak guamnya meliwat suka sama suka. Akhirnya Anwar sendiri mengaku bahawa beliau akan ke Sungai Buloh untuk kali kedua.

Apakah ini satu lagi taktik Pakatan Haram yang sengaja mahu Anwar masuk ke penjara? Apakah ini satu lagi taktik untuk golongan Pakatan Haram mengadakan demontrasi besar-besaran. Kali ini Anwar dan peguamnya seolah-olah mahu kalah dalam mahkamah.


Mc berasa sedikit curiga dengan keadaan ini. Anwar ni kepalanya berbelit. Jika kita susah nak baca akal Tun Dr Mahathir semasa membina Malaysia. Sama juga macam Anwar, susah nak baca apa pulak yang di plannya untuk menjahanamkan negara.



Cakap banyak pun tak guna. Kita tunggu 9 Januari 2012 ini. Mc percaya akan ada sesuatu yang tak elok akan berlaku kelak. Puak Pakatan Haram ni sedang merancang sesuatu.

McTheory:
Selamatkanlah Malaysia dari Malapetaka!! 

TERBAIKK EMAIL DARI PEMBACA!! Cerita Menarik Mengenai Pas dan Pkr Kedah!! Rugi tak baca!!

Posted: 15 Dec 2011 04:11 PM PST

Inilah contoh pencacai..
Dun Bandar Baharu: Siapa Pencacai Dalam Kerajaan PR??


Oleh Mat Sera


Pencacai lebih rendah martabatnya dari hamba. Pencacai membuat kerja yang kotor untuk tuannya dengan upah yang rendah. Kalau dalam filem P Ramlee – Tiga Abdul_ pencacai boleh mengakibatkan amarah kepada Ahmad Nisfu. Dalam kontek politik pencacai ini adalah orang suruhan yang menjalankan kerja-kerja jijik untuk orang lain antara master dan slave.

Dalam DUN Bandar Baharu hanya terdapat dua parti dalam PR iaitu PAS dan PKR. DAP tak ada tempat walau pun ada penyokong. Kebanyakan penyokong DAP berlindung dibawah PKR dan menunggu masa yang sesuai untuk menukar PKR ini kepada Chinese based party seperti yang dilakukan oleh mereka kepada parti Gerakan. Orang-orang Melayu dalam PKR ini sekarang dah pun jadi pencacai kepada kumpulan ini. Pemimpin-pemimpin Melayu ini termasuklah ketua cabang dan ketua-ketua ranting yang tidak berdaun mungkin tidak sedar apa yang berlaku dibawah kerana mereka mendongak terlampau tinggi untuk mencapai PUTRAJAYA bagi merealisasikan dendam mereka kepada rakyat yang telah memenangkan UMNO selama 12 kali pilihanraya.


Tak sedar tak mengapa tapi jangan pula bila sedar nanti dah tinggal sehelai sepinggang. Ini lah yang dilaung-laungkan oleh pemimpin-pemimpin BERJASA demi pesyarikatan Melayu. Orang Melayu perlu sedar bahawa Malaysia hanyalah satu-satunya tanah air kita. Masa kini mungkin kita bernasib baik ditanah air sendiri tapi anak cucu kita belum tentu lagi mungkin akan menjadi PATI di tanah air negara jiran. Masa itu DSAI dan Tok Guru Nabi akan termaktub dalam sejarah sebagai pengkhainat bangsa dan agama dan pada ketika itu juga pakar manipulasi sejarah Mat Sabu dah tak ada untuk menukar sejarah ini.

Di DUN Bandar Baharu taukehnya adalah orang PAS kerana ADUNnya dari parti PAS. Dengan sendirinya PKR jadi kuli. Mungkin taukeh besarnya pula PKR tapi macam mana nak claim kerana MPnya pun dah lari tinggalkan kubu. Pada masa sekarang terdengar suara-suara sumbang yang mengatakan PKR boleh menang tanpa bantuan PAS. Tak percaya tanya ketua ranting Selama Kedah yang mengaku kononnya beliau berjaya menubuhkan 18 ranting PKR di DUN Bandar Baharu dan berangan-angan bertanding di DUN ini walau pun tiga penjuru. Saya percaya kenyataan beliau tapi ranting-ranting tersebut tidak berdaun dan sedang mereput menunggu masa untuk jatuh kebumi. Saya juga dimaklumkan bahawa 18 ranting-ranting ini ditubuhkan atas usaha bekas ketua ranting Lubuk Buntar yang telah pun meninggalkan PKR.

Perebutan pengaruh antara PAS dengan PKR kian ketara sekarang dengan hampirnya pilihanraya. Masing-masing ingin membuktikan memperolehi sokongan rakyat bagi menuntut kerusi ADUN. PAS pastinya tidak akan melepaskan kerusi empok ini sementara PKR pula memulakan jarumnya suapaya rakyat menolak pencalonan dari PAS dengan menghulur gula-gula kepada penduduk. Akhir-akhir ini saya dimaklumkan bahawa PKR DUN Bandar Baharu akan memberi bantuan persekolahan kepada ibubapa sepertimana yang diberikan oleh kerajaan. Kalau boleh beri, bersyukurlah tapi nampak berat kerana kenyataan itu datangnya dari ketua kampong yang tidak ada kampong yang dulunya ahli PAS tapi terjun ke PKR apabila orang-orang PAS Kg Telok Sera dah tak terima beliau. Semua ini dibuat untuk mendapatkan tempat sebagai tuan dan menjadikan parti yang satu lagi itu sebagai kuli.

Bagi PAS pula percaturan mereka akan lebih mudah untuk mengenepikan PKR kerana mereka berada diatas. Ceramah-ceramah PR yang diadakan walau pun melibatkan pemimpin PKR atau DAP diwar-warkan sebagai ceramah PAS hanya helah untuk memungut derma. Datanglah siapa pun, DSAI ka Lim Guan Eng ka semuanya dikatakan ceramah PAS dan diadakan ditempat yang ditentukan oleh PAS. PAS berkuasa menentukan segalanya sedangkan PKR menjadi pak turut dan hanya boleh angguk. Bayangkan dari 54 jawatan ketua kampong tidak sampai 10 kawasan yang diberikan kepada PKR. Dimana letak maruah PKR yang dibuli oleh PAS. Memang ini satu sepakatan tapi dimana keadilannya. Usaha usaha membantu penduduk dalam mendapatkan bantuan selain dari UMNO, PKR banyak memain peranan. Tapi yang mendapat nama adalah PAS.

Taktiknya amat mudah kerana mereka ada orang hubungan seperti di pejabat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Apabila diberitahu oleh orang dalam bahawa kelulusan telah diperolehi pemimpin PAS ini akan membawa borang permohonan kepada pemohon yang berkenaan untuk diisi dan kelulusan diperolehi pada besoknya padahal bantuan telah pun diluluskan dan apa yang dilakukan sebagai gimik. Maka gahlah pemimpin PAS yang uruskan bantuan. Tektik ini juga kadang-kadang dilakukan oleh pemimpin PKR untuk orang UMNO. Susu UMNO tapi PKR dapat nama. Tapi PAS dan PKR masih gagal menjadi juara dalam permohonan pembinaan semula tokong di Kg Baru Padang Lalang.

Ternyata tidak ada sepakatan antara PAS dan PKR dalam mentadbir DUN ini. Masing-masing cuba menjatuhkan satu sama lain. Kita hanya perlu tunggu dan lihat sandiwara mereka yang pastinya rakyat akan dapat menyaksikan kepuraan kedua-dua parti ini sebelum PRU13. PAS sudah tidak ada pemimpin tempatan untuk diketengahkan. Rakyat telah tidak menerima Yaakob Husin sekarang dan pendokong PAS tidak akan menerima Hassan Razak kerana sikap tamak beliau yang sanggup menjatuhkan kawan seperjuangan. Calon dari luar pasti tidak akan diterima oleh rakyat DUN Bandar Baharu. PKR yang masih mengintai kerusi ini sudah pasti mempunyai alasan meminta kerusi DUN ini. Begitu juga UMNO belum ada calon tempatan yang sesuai. UMNO mesti berhati-hati dalam pemilihan calon ini kerana jika silap langkah peristiwa sabotaj dalam PRU12 akan berulang.

Satu perkara yang mempunyai kesepakatan antara PAS dan PKR yang tidak membezakan tuan dan hamba ialah mengenepikan tanggung jawab kepada rakyat dan kedua-duanya adalah parti aportunis. Ambil sahaja contoh sebuah taman perumahan di DUN ini. KK nya adalah orang PKR tapi tinggal ditempat lain. Pengerusi kariahnya pula orang PAS yang juga imam masjid. Taman ini telah beberapa kali menghasilkan anak luar nikah. Gejala buruk social yang lain termasuklah rogol kanan kanak sekolah liwat dikalangan kanak-kanak belasan tahun telah pun berlaku. Tapi perbuatan-perbuatan ini dipandang sepi oleh pemimpin-pemimpin masyarakat ini. Tidak ada usaha untuk memberi kesedaran kepada masyarakat setempat. Dimanakan peranan imam dan juga KK yang makan elaun buta. Ini semua berlaku kepada anak anak bangsa kita. Inilah kerjasama erat antara PAS dan PKR dalam membiarkan kemaksiatan berlaku.

Seperkara lagi yang mengeratkan kerjasama PAS dan PKR adalah dalam merosakkan eko system di DUN ini. Sikap rakus pejabat tanah daerah di bawah pentadbiran PAS menjadikan rakyat yang menyokong mereka dahulu menjadi mangsa apabila berlakunya hujan lebat. Di kawasan DUN ini semasa pemerentahan BN hanya terdapat dua kawasan sahaja diluluskan untuk mengambil tanah merah. Tapi dalam 3 tahun pentadbiran PAS telah diluluskan 4 kawasan. Semalam apabila berlaku hujan lebat, rumah-rumah rakyat yang rata-rata miskin telah dimasuki banjir lumpur termasuk kawasan pegangan PAS di Kg. Permatang Simpor. ADUN tak nampak hidung pun KK pula asyek lepak dikedai kopi. Inilah hasil dan faedah yang rakyat perolehi apabila memilih PR dalam PRU12 dahulu.

Semoga Allah melindungi rakyat DUN Bandar Baharu dari penjarah politik yang bertopengkan Yang Berhormat semoga rakyat membuat pemilihan yang tepat tidak lagi tersalah pilih seperti dalam PRU12 dimana MPnya lari meninggalkan kubu dan ADUN nya bersembunyi takutkan rakyat meminta pertolongan.

Wassalam


Penulis Adalah Seorang Bekas Pkr dan Ketua Cawangan UMNO Dun Bandar Baharu, Kedah.



McTheory:
Terima kasih atas email ini.. Mc mengalu-alukan pendedahan sebegini..

JEBAT BERKOKOK

Posted: 16 Dec 2011 01:21 PM PST

JEBAT BERKOKOK


Apa perlu kepada UMNO-BN

Posted: 15 Dec 2011 07:35 PM PST



Sama ada kita sedar ataupun tidak sudah kerap kali kedengaran di pentas-pentas ceramah Pakatan Rakyat yang tidak lekang bibir menyebut perkataan UMNO-BN. Kenapa perlu menyebut perkataan UMNO-BN?

Bukankah UMNO itu adalah salah satu komponen yang terdapat di dalam BN? Bukankah MCA, MIC dan lain-lain parti di dalam BN yang membentuk perikatan yang dipanggil Barisan Nasional?

Suatu ketika dahulu Jebat diberitahu oleh seorang rakan bahawa modus operandi yang digunapakai oleh agen untuk memburukkan UMNO ialah 'UMNO BAGUS CUMA MAHATHIR YANG TIDAK BAGUS'.

Mereka sedar kerana selagi adanya Mahathir selagi itulah mereka tidak dapat mengganggu gugat UMNO.

Sekarang Mahathir tidak ada yang ada hanya UMNO. Atas dasar itulah mereka merasakan bahawa selagi ada UMNO selagi itulah punca kuasa akan kekal bersama Barisan Nasional. UMNO sebagai punca dan akar tunjang yang menguatkan Barisan Nasional.

Pastilah sudah tersemat kemas difikiran mereka bahawa nama UMNO harus diburukkan ke tahap maksima kerana jika tidak buatlah apa sahaja pasti usaha mereka akan menemui jalan buntu.

Ibarat hendak menumbangkan pokok akar tunjangnya mestilah dirapuhkan terlebih dahulu kerana selagi akar itu memaut kemas pada tanah selagi itulah pokok tidak akan tumbang.

Jika anda membiarkan perkara ini terjadi anda sebenarnya sedang menumbangkan pokok dan pokok itu adalah Malaysia.

MUSLI OLI

Posted: 16 Dec 2011 01:18 PM PST

MUSLI OLI


INDONESIA TERTAWA BILA MALAYSIA BICARA SOAL DEMOKRASI....

Posted: 16 Dec 2011 11:13 AM PST


Rakyat Indonesia beruntung mendapat pemimpin dan parti terbaik setelah mereka berani melakukan perubahan!

Jika tuntutan rakyat Indonesia menuntut perubahan atau reformasi  pada tahun 1998 tidak berjaya, barangkali sehingga hari ini Golkar masih menjadi kerajaan yang memerintah Indonesia. 

Jika ada yang berubah hanya presiden dan menteri-menteri. Barangkali presiden Suharto akan melantik menantunya, atau anaknya Hutomo atau pemimpin kanan seperti Akbar Tanjung. 

Dasar parti masih sama, tidak banyak akan berubah. Budaya dan sikap masih sama. Jika ada yang berubah hanya stail kepimpinan.

Tetapi rakyat Indonesia telah melakukan sesuatu yang pada mulanya dirasakan mustahil. Sukarno tunduk kepada desakan rakyat. Penggantinya Habibie yang mengetuai parti GOLKAR tewas kepada pemimpin buta, Abdul Wahid atau Bapak Gus Dur.

Gus Dur selepas itu digantikan Megawati Sukarnoputri setelah impeachment keatas Gus Dur. 

Reformist sebenar dalam kebinet Gus Dur dan Megawati ialah seorang bekas Leftenan General ABRI. Namanya Susilo Bambang Yudhoyono (SBY). SBY menyatakan rasa  kecewa kerana tidak berlaku perubahan yang dituntut rakyat lalu menubuhkan parti baru iaitu Demokrat Parti.

Pada PEMILU 2004, SBY  dan Yusuf Kala (Golkar) mencabar parti PDIP pimpinan megawati dan menang.

Pada 2009, sekali lagi SBY yang telah banyak melakuan reformasi membantu rakyat Indonesia mengekal kuasa sebagai presiden.

Hari ini rakyat Indonesia boleh berbangga jika mereka bercakap soal demokrasi. Mereka telah buktikan dengan menukar parti pemerintah sebanyak tiga kali. Golkar kepada PDIP dan kepada DP.

Isyarat kepada parti dan pemimpin yang memerintah, "yang berkuasa sebenar-benarnya dalam sistem demokrasi ialah RAKYAT, maka itu kebajikan rakyat harus dipelihara dengan sebaik-baiknya".

Jika ada pemimpin Malaysia bercakap apa itu prinsip dan konsep demokrasi, rakyat Indonesia boleh tertawa atau  setidak-tidak tersenyum sinis.

"Demokrasi apa yang bapak cakap, jika rakyat Malaysia tidak bisa membuat perbandingan dasar parti mana yang lebih baik? Barisan Nasional memerintah sejak British, ya tentu sekali kita hanya bisa bandingkan pemerintahan BN  dengan pemerintah British! Tapi bukan dengan parti-parti politik lain, yang mungkin lebih baik kepada rakyat daripada BN!"

Rakyat Filipina juga akan mentertawakan Malaysia bila bercakap soal demokrasi. Mereka telah melakukan perubahan dengan menolak Arroyo dan memilih Aquino. Apa lagi rakyat Thailand, mereka pasti akan ketawa terbahak-bahak. renung-renungkan... 


Rajahmas

Posted: 16 Dec 2011 12:16 PM PST

Rajahmas


Bakal PM Pakatan Rakyat selain Anwar Ibrahim

Posted: 16 Dec 2011 06:55 AM PST

Lihat kabinet bayangan di bawah.. Andai satu ditolak masuk ke Sungai Buloh, siapakah bakal PM Malaysia Pakatan Rakyat?



Adakah.. (a) Lim Kit Siang? (b) Karpal Singh? (c) Hadi Awang? (d) Tian Chua dengan Rakunnya?

Panas! DAP buat Taj Mahal Perak....

Posted: 15 Dec 2011 05:44 PM PST

11 bulan kerajaan Nizar Lambai memerintah Perak, bermacam jenis penyamunan telah berlaku berkat ketunggulan PAS dengan kedunguan penyokong taksub mereka.

Tanya rakan-rakan DAP lain betul atau tidak wujud kronisme dan nepotisme dalam parti itu di Perak? Kalau tak, buat apa 300 ahli parti mereka buat demo memprotes Nga dan Ngeh depan ibupejabat DAP di Ipoh dulu?


 Kalau lupa, sila rujuk malaysiakini..

Hari ini, Rajahmas copy artikel daripada seorang sahabat di Perak. Kalau nak tahu apa amalan kroni krotai mereka, cuba baca sampai habis....

PANAS! BONGKAR NGA KOMENG DAN PAKATAN RAKYAT MENYAMUN!

SYARIKAT BINI KESAYANGAN @ PENYAMUN HARTA RAKYAT
NGA KOMENG MEMANG PENYAMUN BESAR, BUKAN YANG BESAR YANG KECIK-KECIK PUN DIA SAPU, INI KES BAGAIMANA DIA MENYAMUN UNTUK SYARIKAT ISTERI TERSAYANG SEMASA PAKATAN RAKYAT MENERAKAKAN NEGERI PERAK.

TENGOK LER SENDIRI SAPA YG TERENDAH & SAPA YG TERMAHAL!
TENDER UNTUK BAJU SUT AHLI MAJLIS DEWAN BANDARAYA DICADANGKANG SEMASA PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH ALA NAZI DI NEGERI PERAK SEBELUM INI, SEBAIK TENDER DIBUKA MAKA BERLAWAN BEBERAPA SYARIKAT UNTUK MEMENANGI TENDER TERSEBUT.

KALAU DIPERHATIKAN SEMUA NAMA SYARIKAT DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BUKAN BUMIPUTERA PUN,SEKALIPUN BANGSA DIA SENDIRI, MEMANG DIA LANSUNG TAK BAGI PELUANG LANSUNG, SERENDAH HARGA MANA PUN SYARIKAT LAIN YANG MENAWARKAN HARGA, DIA TAK BERI PELUANG, MENYAMUN TETAP MENYAMUN WALAUPUN TENDER DI BAWAH RM 20 RIBU SEKALI PUN!

KORANG TENGOK LER! BOLEH TARIK BALIK BAGI KAT YG TERMAHAL
SAMUN TETAP SAMUN!
HARGA YANG DITAWARKAN OLEH SYARIKAT ETHAN & ELTON SYARIKAT ISTERI KESAYANGAN KHALIFAH NGA KOMENG INI ADALAH YANG TERTINGGI BERBANDING DENGAN SYARIKAT LAIN, JADI SUDAH LAYAKLAH MAJLIS BANDARAYA IPOH MEMILIH TENDER YANG TERMURAH.

MALAH TENDER INI TELAH PUN DIBERIKAN KEPADA GOODMAN TAILOR TETAPI SEBALIKNYA ATAS ARAHAN KHALIFAH YANG DITABAL OLEH PAS INI MENARIK BALIK KEPUTUSAN TENDER TERSEBUT DAN DI AWARDKAN SEMULA KEPADA ETHAN & ELTON MILIK BINI KESAYANGAN KHALIFAH NGA SEKALIPUN HARGA TERTINGGI YANG DI SENARAIKAN ANTARA SYARIKAT LAIN.

PERLUKAN SYARIKAT YG BERPENGALAMAN?
PENGALAMAN HAPER!!! BARU 4 BULAN JER TU!

BUKAN SETAKAT ITU SAJA. KALAU DILIHAT PADA TARIKH  SYARIKAT MILIK BINI  KESAYANGANNYA NYATA TERLALU BARU, AGAKNYA KHALIFAH NAK BUAT BANK SENDIRI UTK SIMPANAN SAMUNAN DUIT RAKYAT! PENYAMUN SI KOMENG  NI TELAH MENEPIKAN SYARAT YANG PALING UTAMA BILA JELAS TERTERA MAHUKAN SYARIKAT YANG BERPENGALAMAN, SYARIKAT LAIN YG TELAH LAMA WUJUD TELAH DINAFIKAN OLEH SYARIKAT BINI YANG HANYA BERUSIA 4 BULAN DI DAFTARKAN.

SI KOMENG YANG SELALU MELALAK DI SETIAP CERAMAH PERDANA PAS YG MENCACI DS ZAMBRY KADIR SEBAGAI HITAN METALIK DAN PENYAMUN NAMPAKNYA LAGI BUSUK DARI FITNAHNYA, SEKECIK NI PUN DIA TAK KASI PELUANG, APA LAGI YANG BESAR-BESAR MEMANG PAKAT TAK MERASA LER ORANG LAIN.
SYARIKAT KRONI DAN SENARAI LEMBAGA PENYAMUN
APAPUN MEMANG JELAS SI KHALIFAH NGA KOMENG PENYAMUN HARTA RAKYAT, SEKUPANG CABAR NGO-NGO, UMNO, PERTUBUHAN-PERTUBUHAN, PEMIMPIN-PEMIMPIN CACIAN DIA... MALAH RAKYAT SENDIRI  SUPAYA LAPOR JER KE SPRM! NAMPAKNYA KENCING TAK TUS LER KHALIFAH NIE! 
BUKTI PEMBAYARAN KEPADA PENYAMUN

Sumber: Sekupangdua

PEJUANG BANGSA

Posted: 16 Dec 2011 11:54 AM PST

PEJUANG BANGSA


PAS tentu berang bila Najib umum hadiah kepada ulama & pegawai penyelia masjid

Posted: 16 Dec 2011 09:59 AM PST



Lagi bukti Kerajaan BN sebuah kerajaan berkebajikan & martabatkan institusi masjid  . Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan elaun Pegawai Penyelia Masjid Daerah (PPMD) daripada RM1,210 kepada RM1,810 bermula tahun depan.

Selain itu , tuntutan elaun perjalanan PPMD juga dinaikkan kepada RM700 sebulan daripada RM500 sebelum ini.

"Memandangkan sekarang hanya terdapat 87 PPMD di seluruh negara, saya ingin mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju menambah jawatan itu kepada seorang PPMD di setiap daerah di seluruh negara.


"Dengan ini, diharapkan semoga institusi masjid dan surau kita dapat diimarah serta terpelihara dengan sebaiknya," katanya ketika berucap pada Majlis Perdana Ulama, Umarak dan Imam bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.


Kenaikan ini hingga RM 600  untuk semua 87 orang  pegawai penyelia masjid daerah merupakan  satu hadiah & bonus  yang cukup besar diberikan  oleh  Najib selaku PM Malaysia  kepada orang yang bertanggungjawab hal ehwal masjid di daerahnya .   Sebelum ini elaun guru KAFA dinaikkan oleh kerajaan BN   dari RM 500 ke RM 800 .


Tak perlu tunggu PKR , PAS dan DAP memerintah negara ini , tapi kerajaan BN sudah laksanakan & kotakan !

Nurul Izzah mula tunjuk belang ,balun kerajaan Pakatan di Selangor & Kedah !

Posted: 16 Dec 2011 08:19 AM PST




Amboi Nurul Izzah  !   Nampak macam  lebih sudu dari kuah  ni ....

 Tak perlu  tunggu mesyuarat pemimpin Pakatan ke  bagi nak  bincangkan isu ini .

 Hari ini  Nurul Izzah  telah  desak dan   menuntut negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat tidak menjalankan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di institut pengajian tinggi milik kerajaan negeri.

 Besar juga power anak Anwar ini hingga  boleh arahkan semua  negeri ditadbir  Pakatan ini  sidang media dengan  Malaysiakini je bukannya di meja perbincangan .  Perkara ini sudah tentunya beri kesan kepada PAS di Kedah yang juga mana  mereka berdepan juga  masalah pelajar di Kolej Universiti Insaniah . Tapi GPB yakin  PAS macam biasalah menurut segala arahan kerana inilah tukang  pak turut & pak angguk dalam Pakatan .


Justeru, naib presidennya Nurul Izzah Anwar mendesak kerajaan Selangor dan Kedah tidak melaksanakan undang-undang yang dipertikaikan itu, sekali gus menunjukkan lebih komitmen terhadap kebebasan akademik dengan mengotakan janji.


Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Nurul Izzah membangkitkan kritikan terhadap cara kerajaan Kedah menangani isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN).


Manakala Selangor pula, tambahnya, masih tidak mengikuti tuntutan yang dibuat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menjadikan universiti di negeri itu institusi bebas, sekurang-kurangnya daripada sudut semangat, walaupun tidak secara undang-undang.





Amaran Anwar paling lawak tahun ini , Malaysia jatuh miskin pada 2020 !

Posted: 16 Dec 2011 07:19 AM PST





Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi amaran bahawa Malaysia akan bertambah miskin pada 2020, dengan tambahan 1.7 juta rakyat berpendapatan bawah RM1,500, bawah Program Tranformasi Ekonomi (ETP).


Dakwanya, idea yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu juga akan melebarkan jurang pendapatan masyarakat berdasarkan unjuran ETP.Penasihat ekonomi Selangor itu berkata demikian dalam ucap utamanya dalam majlis makan malam anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam tadi. KLIK DI SINI 



Malaysia pernah alami kemelesetan ekonomi teruk pada 1997 di ketika Anwar menjadi Menteri Kewangan. Pada masa itu , mujur la Tun Dr Mahathir bijak menangani masalah dan kalau Anwar sudan tentu nak pinjam duit dari IMF.

Hari ini beliau mengutuk pulak agenda & perancangan PM DS Najib bagi membawa masa depan Malaysia lebih baik  pada tahun 2020 .  ETP , GTP , NKRA ini semua merupakan strategi dan transformasi kerajaan untuk menjadikan  negara ini pada tahun 2020 adalah berpendapatan tinggi .

Kesimpulan ,  rakyat sebenarnya mampu menilai dan berfikir  apa yang Najib sedang lakukan  sekarang untuk kemajuan /kebaikan   negara dan   bukannya cakap kosong kedai kopi  Anwar Ibrahim ini

Tahniah Anwar ! Pelajar Melayu tajaan Petronas kahwin gay Mat Salleh !

Posted: 16 Dec 2011 06:40 AM PST


Mesti makcik , pakcik , tok wan di  kampung  akan terkejut bila tengok seorang anak Melayu berbaju tradisional bangsanya bercium mulut dengan Mat Salleh sebagai tanda mereka berkahwin .  Dalam Islam sendiri , memang haram di sisi agama  melakukan perbuatan lahanat ini.

Ini semua berpunca bila budaya GAY menular dan jika di BARAT ia dihalalkan secara bebas .  Itu sebabnya   banyak pihak seperti NGO Islam mendesak Seksualiti Merdeka 2011 yang dianjurkan Ambiga  diharamkan sama sekali.

GPB yakin  Anwar dan Ambiga mesti gembira akan berita di atas ini sebab ia merupakan bukti hak asasi di Dublin hebat berbanding negara  Malaysia . Kahwin GAY iaitu  sesama lelaki sudah dianggap normal dan " biasalah  bro "  .....

 Adakah perjuangan  Hak Asasi  ini  lebih besar dari Tuhan & agama hingga melanggar batas norma naluri seorang manusia  ?



Anwar sokong ....tentu beliau gembira seorang pelajar Melayu
telah kahwin sesama lelaki di Dublin 

PAS semakin menggila , berperang sesama sendiri gara-gara Hassan Ali & Nasharudin

Posted: 16 Dec 2011 04:13 AM PST



PAS kini siap 'menguruskan' dua pemimpin kontroversinya exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa yang dianggap merugikan parti, terutama dalam keadaan menjelang pilihan raya umum.

Antara tindakan itu dengan giat menggunakan organ parti - media cetak dan internet - untuk menjawab kenyataan kontroversi kedua-dua pemimpin itu yang tidak disenangi.

Bermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali dalam akhbar web PAS Harakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Malah, Harakah minggu depan akan memuatkan wawancara khas dengan Mustafa yang mendakwa Hasan kini cuba mempengaruhi beberapa lagi pemimpin parti supaya 'tidak lagi yakin dengan perjuangan PAS'.

Malah tanpa curiga, Mustafa dilaporkan menyatakan Hasan mahupun Nasharudin 'bakal tidak kekal lama' dalam perjuangan PAS.

Tindakan agresif itu jarang berlaku dalam PAS yang sering menekankan konsep penyelesaiaan secara dalaman dalam pelbagai isu.

Disiplin kedua-dua pemimpin itu amat merunsingkan kepimpinan tertinggi PAS sehingga memaksa mereka mengambil langkah itu.

Dr Hasan baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia membantu perdana menteri menyatupadukan Melayu-Islam termasuk PAS dan Umno.

Manakala Nasharudin pula dilapor menyifatkan politik PAS makin pelik apabila ada golongan tertentu yang mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya.

FAKTA SEJARAH : Laungan Rasis Kit Siang semasa peristiwa 13 Mei 1969 !

Posted: 15 Dec 2011 11:10 PM PST



Lim Kit Siang adalah dalang 13 Mei.

Ini adalah kata-kata dari Kit Siang pada 13 Mei.

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, "Mati Melayu, kemudian kita lihat dalam himpunan-himpunan dan perarakan-perarakan yang mereka buat. Ini antara kenyataan yang mereka keluar pada 11 Mei, "Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis melayu"

Pada 11 Mei di Jalan Bukit Bintang, "Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan".


Pada 11 Mei Jalan Changkat Dollah, "KL sekarang cina punya". Pada 12 Mei Jalan Ipoh, Jalan Tunku Abdul Rahman, "melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control."

Di Jalan Khir Kampung Baru, depan orang Melayu ini kenyataan parti Yang Berhormat Ipoh Timur, "Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…".

Pada 12 Mei depan Balai Polis Jalan Pudu… "… semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis."

-AAKJ



**  Laporan MAGERAN juga boleh dijadikan sumber tentang betapa rasisnya Kit Siang . Sehingga sekarang beliau tidak memohon maaf kepada bangsa Melayu 

PAS diberi amaran jangan usik FELDA !

Posted: 15 Dec 2011 08:05 PM PST



PAS  yang cuba jolok sarang tebuan menerusi Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) seramai 50 orang diketuai Mazlan Aliman  berdemo Selasa lalu hari telah mendapat reaksi balas.  GPB hairan apa jasa PAS & Mazlan Aliman kepada peneroka selama ini  tiba-tiba cuba jadi hero bagi halang penyenaraian FELDA Global Venture Holdings (FGVH) di bursa saham .


Kelmarin ,  700 wakil peneroka seluruh negara, belia FELDA, PERKASA dan lain-lain mengadakan perhimpunan aman depan Wisma FELDA di Kuala Lumpur untuk menyatakan sokongan kepada kerajaan dan Pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad.



Selain itu , satu kumpulan lagi   telah mengadakan perhimpunan depan ibupejabat PAS di Jalan Raja Laut untuk menghantar memorandum menghentam tindak tanduk parti itu dalam isu berkenaan.

Sewaktu perhimpunan itu mereka menyerahkan memorandum, antara lain menyatakan sokongan penuh kepada usaha kerajaan untuk menyenaraikan FGVH dan percaya kepada Isa dalam melaksanakan tanggungjawab beliau.

Mereka juga mengutuk campurtangan PAS untuk ganggu gugat usaha murni kerajaan itu dan menghasut para peneroka.



Nga Kor Ming rompak wang rakyat guna syarikat bini ???

Posted: 15 Dec 2011 06:29 PM PST



                                           SYARIKAT BINI KESAYANGAN @ PENYAMUN HARTA RAKYAT



NGA KOMENG MEMANG PENYAMUN BESAR, BUKAN YANG BESAR YANG KECIK-KECIK PUN DIA SAPU, INI KES BAGAIMANA DIA MENYAMUN UNTUK SYARIKAT ISTERI TERSAYANG SEMASA PAKATAN RAKYAT MENERAKAKAN NEGERI PERAK.


                      TENGOK LER SENDIRI SAPA YG TERENDAH & SAPA YG TERMAHAL!


untuk selanjutnya ..KLIK DI SINI 


Patut lah puak2 komunis DAP meroyan gila babi punya bila kerajaan mereka tumbang dulu hingga sanggup sembah derhaka kepada Raja Perak . Rupa-rupanya  depa  samun habis duit walaupun terpaksa beli harga paling mahal dalam sebut harga.

 DAP  bukan main lagi  hentam  kerajaan Pusat disebabkan laporan Audit 2010 yang menegur beberapa kementerian  , tapi bila  mereka sapu duit rakyat dengan memilih harga mahal dalam sebut harga  disembunyikan .

CAKAP TAK SERUPA BIKIN !!

Drama Godfather DAP berakhir , akhbar Tamil dipersalahkan

Posted: 15 Dec 2011 05:18 PM PST


Macam sial sekali drama Tamil pertelingkahan antara Godfather dengan Ramasamy .  Yang jahatnya ialah akhbar Tamil kononnya membuat laporan silap .

Kalau laporan akhbar ini silap , mengapa Rayer yang penakut ini sanggup pi buat laporan polis disebabkan ugutan bunuh ??   Jangan ingat orang bodoh la dengan ending rekaan Kit Siang dan anaknya ini.








Rayer buat laporan polis, dakwa terima ugutan bunuh

ADUN Seri Delima, RSN Rayer hari ini membuat laporan polis dengan mendakwa menerima ugutan bunuh menerusi beberapa panggilan telefon sejak semalam.

Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang itu berbuat demikian di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di George Town.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Reyer mendakwa pemanggil mengaku penyokong Timbalan Ketua Menteri II P. Ramasamy.

Pemanggil yang bercakap dalam bahasa Tamil memberi amaran kepada saya agar tidak membangkitkan sebarang isu mengenai Ramasamy pada Konvensyen DAP Pulau Pinang esok, jika saya sayangkan nyawa saya dan nyawa keluarga saya, katanya.

Bagaimanapun kata Rayer, beliau tidak gentar dan akan terus bercakap mengenai isu tersebut termasuk meminta Ramasamy memohon maaf berhubung kenyataannya mendakwa Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh sebagai 'godfather'.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng ketika dihubungi, mengesahkan polis menerima laporan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan.

- Bernama

Tiada ulasan:

Pengikut