Sabtu, 10 Disember 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


MUSLI OLI

Posted: 09 Dec 2011 01:03 PM PST

MUSLI OLI


PALING RAMAI KM, PALING MISKIN DAN PALING RAMAI PENGANGGUR...

Posted: 09 Dec 2011 09:47 AM PST


Ketua Menteri Sabah yang pertama ialah Presiden UPKO, Donald Stephens pada 1963. Pada 1965 Kerajaan Pusat arah Stephens meletakkan jawatan kerana tindakannya mendesak kedudukan Sabah dan Malaysia Agreement 1963 dikaji semula setelah Singapura keluar dari Persekutuan.

Stephens menggantikan tempat Peter Lo sebagai Minister Of Sabah Affair di peringkat Pusat. Peter Lo dari SCA dilantik sebagai KM Sabah yang ke -2  dalam interim government sebelum pilihan raya umum negeri yang pertama 1967.

Tun Mustapha adalah KM Sabah yang ketiga setelah USNO mengatasi jumlah kerusi UPKO. Tapi pada  1975, kerana Tun Mustapha enggan setuju royalti minyak 5%, KL tubuhkan parti baru jatuhkan kerajaan Tun Mustapha.

Tun Razak meminta Tunku memujuk Tun Mustapha berundur dan meletakkan jawatan sebagai KM Sabah. Dan berjanji akan membubar BERJAYA dan mengekalkan kerajaan USNO.

Timbalan Presiden USNO, Tun Mohd Said dilantik KM Sabah yang keempat, kira-kira 8 bulan sebelum pilihan raya negeri 1976. BERJAYA tidak dibubarkan KL.

USNO kalah kepada parti BERJAYA pimpinan Tun Mohd Fuad (Donald Stephens) dan TunStephens kali kedua dilantik sebagai KM Sabah yang ke 5.

Pada 6-6-1976, Tun Stephens terbunuh dalam nahas kapal terbang. Timbalan Presiden BERJAYA, Tan Sri Harris Salleh dilantik sebagai KM Sabah yang ke-6.

Pilihan raya negeri 1985, BERJAYA kalah kepada parti PBS dan Datuk Pairin Kitingan dilantik KM Sabah yang ke 7.

Pada pilihanraya 1994, PBS  menang tipis tetapi kerajaan Pairin tumbang setelah beberapa orang wakil rakyatnya menyertai BN.

Tun Sakaran Dandai dilantik KM Sabah yang ke lapan. Beliau memegang jawatan itu tak sampai 8 bulan untuk dilantik sebagai TYT Sabah.

Datuk Seri Salleh Said dilantik sebagai KM yang kesembilan menyambung tempuh Tun Sakaran. Selepas 16 bulan Salleh diarah KL untuk memberi laluan kepada presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee sebagai KM Sabah yang ke-10.

Selepas dua tahun, tempat Teck Lee diambil alih Tan Sri Bernard Dompok mewakili parti UPKO. Dompok adalah KM Sabah yang ke-11. Malangnya, Dompok, hanya menjadi KM selama 8 bulan kerana tewas pada pilihanraya negeri 1999 di kawasan DUN Moyog.

Datuk Osu Sukam menggantikan Dompok sebagai KM Sabah yang ke-12. Selepas 2 tahun tempat Osu diambil alih presiden LDP, Tan Sri Chong Kah Kiat pada 2001.

Pada 2003, Datuk Musa Aman menjadi KM Sabah yang ke - 13 hingga sekarang.... 

Sejumlah 13 KM Sabah. Jumlah yang paling ramai berbanding negeri-negeri lain di Malaysia.  Dua orang hilang jawatan KM kerana kerajaan pimpinan kalah, Tun Said (USNO) 1976 dan Harris Salleh (BERJAYA).

Manakala dua KM hilang jawatan kerana kalah walaupun parti menang dan kerajaan mereka menang. Peter Lo (SCA-Perikatan) 1967 dan Dompok (UPKO-BN) 1999.

Hanya seorang mati dalam jawatan, Tun Fuad Stephens.

Manakala 8 KM Sabah yang lain hilang jawatan kerana arahan Kuala Lumpur! 

UMNO DALANG PERISTIWA 13 MEI DI SABAH!!!

Posted: 08 Dec 2011 04:21 PM PST



Tun Mohd Fuad Stephens-Seorang negarawan, freedom fighter dan pejuang kemerdekaan Sabah.

Dari awal lagi Tun Stephens dan Peter Mojuntin telah melahirkan rasa tidak puas hati dan mendedahkan campurtangan pemimpin-pemimpin Kuala Lumpur untuk mengawal Sabah secara direk.

KL cuba  menghapuskan autonomy yang telah ditandatangani dengan hati yang berat di London dalam Malaysia Agreements 1963. Tapi pemimpin Pusat bijak melindungi perbuatan itu dengan berselindung disebalik USNO-SCA.

Dalam kenyataan pada 26 September 1967, Mojuntin bertanya "Is It not true that the USNO activities at HQ level are under the control of UMNO boys and lawyers from Malaya?...Even USNO members have heard to complain about this…." (ms 237 Herman Luping, Sabah's Delimma)

Keputusan pilihanraya umum pertama 1967, USNO-14, UPKO-12, SCA-5 dan Bebas-1.

Pilihnaraya 1967 adalah friendly contest antara tiga anggota Sabah Alliance Party. Free for all berlaku kerana perebutan kerusi bumiputera antara USNO dan UPKO tidak dapat diputuskan.

Pengerusi Sabah Alliance atau Perikatan Sabah ialah Tun Stephens. Stephens juga Presiden UPKO dan Menteri Hal Ehwal Sabah diperingkat Pusat. Pada PRN 1967, Stephens dinasihat jangan bertanding dan dijanjikan jawatan sebagai Pesuruh Jaya Malaysia ke New Zealand atau Australia. Tun Stephens patuh nasihat KL itu.

Setelah keputusan pilihan raya 1967 diumumkan. Tun Mustapha memanggil mesyuarat Sabah Alliance di rumahnya di Tanjung Aru. Pada masa itu diketahui beberapa orang wakil dari KL iaitu pegawai-pegawai UMNO telah berada di rumah tersebut.

Sebenarnya Tun Mustapha bukan pengerusi Sabah Alliance tetapi oleh kerana USNO mendapat 2 kerusi lebih, maka dia memanggil mesyuarat. Mesyuarat itu diwakili semua pemimpin kanan UPKO termasuk Tun Stephens. Kehadiran orang luar yang kononnya sebagai penasihat USNO menjadikan mesyuarat agak panas dan tegang.

Tun Mustapha atas nasihat Kuala Lumpur tidak melantik seorang pun wakil UPKO dalam kabinet. Dia menubuhkan kabinet kecil lima anggota sahaja. Dua menteri dari USNO, iaitu Harris Salleh dan Mohd Said Keruak, dua dari SCA, Khoo Siak Chew dan Pang Tet Tsung. Empat lagi jawatan menteri akan dilantik kemudian.

Keputusan Tun Mustapha atas nasihat UMNO itu hampir mencetus rusuhan kaum di Sabah. Peristiwa yang mencetusnya berlaku pada tarikh "13 MEI 1967".

Tun Stephens sebagai Pengerusi Sabah Alliance Party mengarah Setiusaha Sabah Alliance Party, Abdul Mumin Kalakhan untuk memanggil mesyuarat pada jam 7 malam, 13 Mei, 1967.

Setelah tiba di pejabat Sabah alliance di Gaya Street, pejabat itu telah dikunci dan semua lampu di padam. Pemimpin UPKO merasakan tindakan USNO tersebut sebagai usaha untuk menghina UPKO dan pemimpin Huguon Siou mereka.

Sekumpulan pemuda UPKO dan Peter Mojuntin merancang untuk bertindak balas tetapi sebagai seorang negarawan yang berjiwa besar Tun Stephens menasihati mereka supaya bersabar.

Akhirnya pada 15 Mei 1967 parti UPKO keluar dari Sabah Alliance dalam satu mesyuarat khas di Penampang. Bertitik tolak dari hari itu parti UMNO dan KL telah berjaya memecah belahkan perpaduan bumiputera Sabah.

Jika dulu Divide and Rule diamalkan dengan hanya menghantar "penasihat" atau wakil UMNO. Sekarang UMNO telah bertapak di bumi Sabah!! 



DIMENSI

Posted: 09 Dec 2011 12:12 PM PST

DIMENSI


Omegay: MSO di saman

Posted: 09 Dec 2011 01:56 AM PST


Zaid saman penulis, pengarang dan penerbit Buletin Rakyat

2011/12/09

Beliau menamakan penulis artikel, Mohd Sayuti Omar, pengarang akhbar, Norzah Kepol dan penerbit yang juga pemilik akhbar itu, Kantung Network Sdn Bhd, sebagai defendan pertama hingga ketiga.
Dalam pernyataan tuntutannya, Zaid mendakwa penerbitan artikel bertajuk "Zaid Terus Hanyut Dalam Keegoannya" memfitnah dan membawa maksud bahawa beliau memiliki moral politik yang rendah, seorang yang ego, bersikap autokratik, menggunakan kekayaan untuk memaksa orang tunduk kepadanya dan tidak memiliki ketinggian budi pekerti. 

Zaid menuntut satu perintah menghalang kesemua defendan daripada menerbitkan kata-kata fitnah berkenaan di dalam akhbar dan internet, satu perintah supaya defendan mengambil langkah menarik balik atau memadamkan kata-kata fitnah itu dan defendan perlu menerbitkan atau menyiarkan permohonan maaf di akhbar itu secara berterusan selama dua bulan atau tempoh yang dianggap wajar oleh mahkamah. 

Beliau turut menuntut ganti rugi am RM10 juta daripada setiap defendan, ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan. 

Selain itu, pada tarikh sama Zaid turut memfailkan satu injunksi untuk menghalang ketiga-tiga defendan daripada menerbitkan kata-kata fitnah tersebut dan memohon perintah interim supaya defendan mengambil langkah menarik balik atau memadam kata-kata berkenaan yang terdapat di akhbar dan internet dengan serta-merta. 

Sementara itu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datin Zabariah Mohd Yusof, hari ini yang mendengar kes itu di dalam kamar menetapkan 14 Disember untuk pengurusan kes. - BERNAMA 

Omegay: Cakap2 Khalid gereja - 10 patah ayat keluar dari mulut dia, seme tak bleh pakai! >|D

Posted: 08 Dec 2011 07:30 PM PST


''DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.

''Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. - Utusan Malaysiaku sayang

tidak tunduk kepada deaayypig?? podaaahhh!..jangan cepat terpedaya beb!!..Pasrael dalam perancangan gunakan strategi simpati. pasrael sebenarnya rela kerusi mereka di korbankan untuk menarik perhatian pengundi bukan islam. mungkin dengan cara mengorbankan beberapa kerusi untuk memperolehi sokongan padu di kerusi2 yang di lihat lebih terjamin sambil menunjukkan bahwa pasrael bersedia 'terkorban' demi memenuhi tuntutan pengundi cina kerana sedar kemenangan terdahulu hasil dari sokongan mereka juga

Ini hanyalah percaturan awal Pasrael menghadapi pihak BN. Dengan berkompromi menyerahkan beberapa kerusi kepada deeayypig maka terbukti Pasrael tak dapat menolak gejolak nafsu ke putrajaya mengatasi segala2nya. Pasrael tak kira sama ada deeayypig bleh menang atau tidak di kawasan majoriti melayu kerana yang penting bagi mereka adalah mendapatkan sokongan pengundi cina selain cuba meraih undi simpati dari kalangan orang melayu.

sebagaimana deeayypig melakukan pecah dan perintah di kawasan majoriti melayu di Pulau pinang begitu juga mereka akan lakukan di selangor. pasrael akan terus di asak agar bersetuju menyerahkan beberapa kerusi lagi dengan alasan konon2nya pengaruh dan sokongan pengundi cina deeayypig lbey menyerlah jika di bandingkan sokongan pengundi melayu terhadap pasrael yang di lihat semakin merosot.

Deeayypig hanya memberi arahan tentang yang perlu di lakukan oleh pasrael adalah 'go with the flow'. jadi pak turut!. maka tidak timbul masalah siapa yang akan menang atau kalah kerana mereka sama2 akan terus menjaja cerita2 dongeng dan fitnah dan dalam hal ini pasrael di lihat lebih menonjol!. itu lah tugas khalid yang 'membunuh' islam dan orang melayu dari dalam..

itu belum termasuk cerita hikayat dari parti peegayrar lagi! kehkehkeh

Omegay: Titah sultan dah berkali2 - Pasrael masih tak paham2 lagi??

Posted: 08 Dec 2011 04:30 PM PST


Sultan Selangor titah MAIS pertahan imej Islam

2011/12/08

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah baginda tidak rela melihat agama Islam dipermain-mainkan oleh orang lain yang cuba menjatuhkan imej dan nama baik agama itu. 

Sehubungan itu, baginda selaku ketua agama Islam negeri, meminta anggota Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) supaya mempertahankan kesucian dan nama baik agama Islam.

"Ahli-ahli MAIS mempunyai peranan yang penting dalam mengubah dan mentransformasikan badan itu ke arah yang lebih cemerlang supaya dipandang tinggi dan dihormati oleh semua masyarakat," titah baginda pada majlis pengurniaan watikah pelantikan kepada 20 anggota MAIS bagi sesi 2012-2014 di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini.
Baginda juga mahukan rakyat terus memberi kepercayaan dan penghormatan mereka terhadap institusi Islam di negeri ini terutamanya MAIS. 

"Beta tidak mahu ada pihak yang memperkecilkan kemampuan institusi ini dalam mentadbir dan memajukan ekonomi masyarakat Islam sehingga mereka yang tidak sepatutnya campur tangan dalam urusan agama Islam turut terlibat demi kepentingan politik atau kepentingan peribadi mereka," titah Baginda. 

Sultan Selangor bertitah keadaan ini secara tidak langsung akan mengelirukan dan meresahkan umat Islam di negeri Selangor serta menjadikan kepercayaan umat Islam terhadap institusi agama Islam berkurangan. 

Baginda juga mengingatkan anggota MAIS bahawa pihak yang cuba menjatuhkan Islam akan sentiasa berusaha mencari kelemahan yang ada pada institusi Islam untuk didedahkan kepada masyarakat agar agama itu dipandang sebagai agama yang tidak boleh membawa kemajuan dan kesejahteraan. 
"Justeru itu, ahli-ahli MAIS dan seluruh umat Islam di Selangor perlu berwaspada dan sentiasa ingat mengingati supaya umat Islam sentiasa bersatu padu dan bekerjasama untuk menaikkan syiar Islam supaya dipandang mulia dan dihormati," titah baginda. 

Sultan Sharafuddin bertitah rakyat berbilang kaum di negeri ini harus hidup dalam keadaan aman dan makmur serta mengecapi kekayaannya bersama-sama dan mendapat apa yang mereka perlukan untuk kehidupan seharian. 

Baginda berharap rakyat Selangor menghormati Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan dan negeri tetapi penganut agama-agama lain bebas untuk menjalankan aktiviti keagamaan masing-masing. 

"Justeru itu, Beta menyeru dan menasihatkan supaya perkara-perkara yang menyentuh tentang agama tidak dipolitikkan supaya rakyat boleh hidup dalam suasana saling hormat-menghormati dan harmoni," titah baginda. 

Sultan Selangor juga berpuas hati dengan khidmat dan sumbangan anggota-anggota MAIS, yang membawa institusi Islam di Selangor ke arah kemajuan dan pembangunan lestari. - BERNAMA 

Baginda sultan dah bertitah..sebenarnya tanggungjawab mempertahankan kesucian islam bukan saja terletak di bahu jabatan atau persatuan tertentu tapi ia adalah tanggungjawab semua umat islam. setiap individu yang beragama islam lah yang wajib memikul tugas bagi memastikan maruah islam di pandang tinggi

Kebimbangan baginda ada asasnya. Sebagai ketua agama sudah tentu baginda mengambil berat dan cuba memelihara kesucian islam. bererti baginda peka dengan keadaan semasa. ini berikutan sudah ada pihak2 tanpa segan silu mengambil kesempatan mencemar kesucian agama islam sehingga memaksa baginda bersuara. Bukan sekali tapi dah berkali2 baginda menasihati pihak yang cuba memperlekeh islam dengan sewenang2nya

Apa dah jadi dengan MB selangor? di mana tanggungjawab beliau sebagai MB beragama islam dan orang melayu tapi tak mampu melakukan apa2 untuk mempertahankan maruah dan kesucian islam?? adakah dengan 'kow tow' di depan 'rakan2 dagang' mampu menyelamatkan islam dari menjadi mangsa pemesongan akidah di masa akan datang??

Bagai mana dengan pemimpin2 pasrael yang lain? takde rasa malu ker dengan datuk hasan ali yang berseorangan mempertahankan akidah umat islam? sebenarnya pasrael tak mampu bertindak memelihara kesucian islam di sebabkan terlalu memikirkan sokongan bukan islam walhal tanggungjawab itu wajib di pikul oleh mereka sebagai rakan PR yang memerintah.

Ada pepatah orang tua berkata.."bulat air kerana pembentung..bulat manusia kerana muafakat". tapi dalam kes pasrael berlainan sket.."anwar telanjang bulat kerana meliwat..bendera pas bulat kerana otak kosong" kehkehkehkeh


p/s: masih ingat wally slipau perlekeh kat baginda sultan yang tak mahu institusi mesjid di jadikan tempat berpolitik...harkkkk ptuihhh!!

PEJUANG BANGSA

Posted: 09 Dec 2011 11:43 AM PST

PEJUANG BANGSA


Awang Import kembali sertai Liga Super Malaysia 2012

Posted: 09 Dec 2011 11:41 AM PST



Nama Penuh: Brendan Gan
Tarikh Lahir: 3 June 1988 (1988-06-03) (age 22)
Tempat Lahir : Sutherland Shire, Australia
Tinggi : 1.78 m (5 ft 10 in)
Posisi: Attacking Midfielder
Kelab Sekarang:   Sabah FA  
Kelab dahulu   :  Sydney FC


 Zacharia Simukonda bekas penyerang Perlis kembali 
semula ke Liga Super menyertai T Team 


 Lamin Conteh Jr sertai semua skuad Perlis 


 Bekas bintang MPPJ , Bruno Martelotto memilih pasukan 
B Sathianathan iaitu ATM  

Marlon tidak diterima Wan Jamak sebab faktor usia 
 ATM pulak sambar pemenang  Kasut Emas
Liga Super ini 


Lazar Popovic , bekas penyerang Serbia U-23 
memilik pasukan Cikgu Jan iaitu Perak FA 


 Bintang Lebanon , Muhamad Ghaddar memilih Juara 
Liga Super , Kelantan 


Denny Antwi dari Ghana  memilih Kelantan 

Senarai pemain import Liga Malaysia 2012

Kelantan FA
1. Mohamed Ghaddar (Lubnan)
2. Emmanuel Okine (Ghana)
3. Denny Antwi (Ghana)
4. Zakaria Charara (Lubnan)

Terengganu FA
1. Jusio Nunis (Brazil)
2. Sibi Gwar (Nigeria)

Selangor FA
1. Ramez Dayoub (Lubnan)
2. Lelo Mbele (Congo)

Kedah FA
1. Daniel Baroni (Brazil)
2. Danilo Rafael (Brazil)

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
1. Marlon Alex James (St Vincent & Grenadines)
2. Bruno Martelotto (Argentina)

Perak FA
1. Lazar Popovic (Serbia)
2. Michal Kubala (Slovakia)

Negeri Sembilan
1. Marquem Goncalves (Brazil)
2. Emmanuel Owona (Cameroon)

T-Team FC
1. Zacharia Simukonda (Zambia)
2. Bojan Petrit (Bosnia)

Sabah FA
1. Brendan Gan (Australia)
2. Michael Baird (Australia)

Sarawak FA
1. Kalle Sone (Cameroon)
2. Guy Bwelle (Cameroon)

PKNS FC
1. Dawood Nicoise (Perancis)

Perlis FA
1. Lamin Conteh Jr (Sierra Leone)
2. Lewis Henry (Sierra Leone)

Apa nasihat PM DS Najib kepada Khairul Fahmi Apek ??

Posted: 09 Dec 2011 10:55 AM PST


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencadangkan penambahan bayaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) daripada RM10,000 kepada RM20,000 bagi emas pertama yang dimenangi atlit negara dalam Sukan SEA akan datang.

Selain itu, beliau berkata, bagi pingat emas seterusnya, bayaran RM10,000 akan diberikan kepada atlit terbabit, berbanding RM5 ribu ketika ini.

Terima kasih PM dan kerajaan BN !

TANAH TUMPAH DARAHKU ..................

Dunia tak kiamat pada 2012 - Pakar

Posted: 09 Dec 2011 10:29 AM PST



PALENQUE, Mexico, 9 Dis — Jika anda bimbang bahawa dunia ini akan berakhir penghujung tahun depan berdasarkan kalendar kaum Maya — bertenang kerana tarikhnya masih jauh daripada ramalan.

Itu penegasan pakar-pakar Maya yang mengetepikan sebarang kepercayaan bahawa kaum Maya purbakala telah meramalkan dunia akan kiamat dengan malapetaka buruk pada Disember 2012.

Perkara itu juga telah digambarkan menerusi filem "2012" mengenai bagaimana dunia akan menjadi alam yang berbeza akibat kemusnahan dunia yang berlaku dua tahun lalu.

Dalam filem berkenaan kalendar kaum Maya berusia 5,125 akan tamat pada 21 Disember 2012.

Tamadun ini yang pernah wujud kira-kira 200 tahun sebelum masihi memiliki ilmu astronomi yang maju dan mereka berjaya mengesan pergerakan matahari dan planet sejak beberapa ribu tahun lalu. Ia mempunyai 22 kalendar yang merangkumi kitaran masa cakerawala dan sistem solar.

Pada tanggal 21 Disember 2012 bumi dikatakan akan berada sebaris dengan pusat Galaksi Bima Sakti buat kali pertama sejak 25,800 tahun menyebabkan polar magnet bumi berganjak sekali gus mencetuskan gempa bumi, banjir dan letupan gunung berapi.

Kalendar Maya kuno dikatakan amat tepat terutama membabitkan perubahan pada planet.

Kalendar itu menyebut bahawa detik itu akan membawa kembali Bolon Yokte, dewa Maya yang dikaitkan dengan perang dan penciptaan.

Penulis Jose Arguelles merumuskan tarikh penghujung masa "yang kita ketahui" dalam buku 1987, yang spekulasinya menjurus kepada akhiran pergolakan dahsyat.

Bagaimanapun pakar-pakar yang mengadakan mesyuarat mereka di bandar raya Maya di selatan Mexico menjelaskan, ia hanya menggambarkan pengakhiran satu tempoh penciptaan dan permulaan kepada yang baru.

"Kita kena jelas mengenai ini. Tidak ada ramalan bagi 2012," kata Erik Velasquez, pakar dari National Autonomous University of Mexico.

"Ia hanya falasi pemasaran," kata beliau.

National Institute of Anthropological History yang berpejabat di Mexico sedang cuba untuk menghilangkan rasa ragu-ragu siri ramalan mengenai pergolakan dahsyat yang akan membawa kiamat.

"Pemikiran muluk-muluk Barat telah memutarbelitkan pandangan dunia tentangan dunia ketamadunan purbakala seperti (kaum) Maya," kata institut itu dalam satu kenyataan yang dipetik oleh Reuters.

Kajian dakwa Blogger Pro BN masih bersifat defensif , salah siapa ?

Posted: 09 Dec 2011 09:21 AM PST



DATUK Seri Najib Tun Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO Ke-62 dan pertemuan dengan para ahli media sosial di Konvensyen Media Sosial baru-baru ini menyatakan bahawa alam maya bakal menjadi ruang yang boleh mempengaruhi pola pengundian dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

Selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 diketahui umum, BN dikatakan membuat kesilapan yang paling besar kerana bertanggapan suratkhabar dan televisyen lebih penting tetapi generasi muda lebih mempercayai SMS dan blog.

Banyak persoalan timbul apabila menganalisis hubungan media sosial dengan politik kepartian negara. Antaranya peranan media sosial ke atas pengguna yang melayari beberapa elemen media sosial; keberkesanan media sosial dalam melahirkan keyakinan dan kepercayaan; bagaimana untuk memenangi perang psikologi di alam maya; agenda setting isu atau pemasaran politik yang bagaimanakah mampu mendekati pengguna.

Soal sama ada gerombolan pemilikan media sosial BN masih di takuk yang sama berbanding dengan tahun 2008; adakah pelayar dikenali profilnya; apakah isu yang dibawa hanya bersifat pusat dan bagaimana pula isu tempatan yang berbeza mengikut 222 kawasan Parlimen?

Kesemua ini adalah cangkuman persoalan faktor penolak dan penarik dalam pembentukan iStrategi@ strategi di alam maya sebagai persiapan BN di PRU 13.

Media sosial merangkumi blog dan blog mikro (twitter), jaringan sosial (facebook), projek kerjasama (Wikipedia), kandungan komuniti (YouTube), Dunia Permainan Virtual (World of Warcraft) dan Dunia Social Virtual (Second Life). Yang dominan dan sering mencuri tumpuan kini adalah facebook, blog dan twitter yang telah melahirkan wartawan dalam kalangan rakyat.

Jika ini persoalannya, di manakah blog pro- BN hari ini? Adakah media sosial pro-BN mampu berhadapan dengan pro-barisan pembangkang yang sudah mula bertapak 12 tahun yang lalu dan mengadakan konvensyen ke atas ICT dan media alam maya ini sebulan lalu?

Bolehkah populariti dijadikan sebagai 'penanda aras' bahawa sokongan sudah kembali? Adakah media sosial kuasaan BN dianggap gah?

Malaysia merupakan antara negara yang dilihat begitu pantas dalam mengekori perkembangan teknologi global.

Mengikut halaman website www.socialbakers.com yang melakukan analisis statistik ke atas halaman website yang popular mengikut negara, kini, terdapat hampir 11,816,200 orang yang memiliki akaun dalam portal facebook meletakkan Malaysia di tangga ke-17 dalam kedudukan pengguna facebook dunia; laman paling popular di Malaysia diikuti dengan YouTube di tangga ke-3 dan Twitter di tangga ke-11.

Dalam kategori, penjenamaan, lima jenama yang paling popular adalah AirAsia (1,213,444), McDonalds Malaysia (904,058), 1Malaysia (794, 956), Golden Screen Cinemas (573,983) dan Pizza Hut Malaysia (519,014). Empat jenama ini semenangnya sudah lama dikenali dalam industri masing-masing tetapi yang menariknya, 1Malaysia yang baru berumur 31 bulan sudah bertapak dalam jenama dunia.

Statistik jaringan sosial halaman ini juga mendapati kemasukan ke facebook adalah 45.17 peratus (%) daripada jumlah populasi negara ini dan 69.91% dari pengguna Internet. Dari faktor demografi pula, kumpulan yang aktif adalah yang berumur antara 18-24 tahun (34%) diikuti dengan kumpulan berumur 25-34 tahun (28%). Dari kumpulan gender, 53% adalah pengguna lelaki dan 47% adalah wanita.

Dari konteks blog pula, ranking yang dikeluarkan oleh www.alexa.com menunjukkan bahawa 65% adalah blog yang condong kepada BN manakala 35% pula kepada PR. Walau bagaimanapun, dalam kelompok lima teratas, ia berpihak kepada barisan pembangkang walaupun dengan tangga pertama dan keempat milik BN [ (papagomo (BN), milosuam (PR), tukartiub (PR), novandri (BN), amenoworld (PR)].

Jika dibandingkan dengan Alexa ranking untuk blog tahun 2010; Tukar Tiub dilihat konsisten dengan berada di tempat keempat manakala House PK@Parpukari di tempat ketiga; PapaGomo di tangga ke-15 dan Dr. Novandri di tangga ke-14. Milo Suam pula ditangga ke-19.

Jika dibandingkan dengan 2008, diakui army cybertroopers BN sudah jauh meningkat tetapi dilemanya adalah sama ada ia akan diterjemah kepada sokongan atau tidak kepada BN. Ini kerana kemunculan armycybertroopers sememangnya jauh bertambah tetapi isu yang dibawa masih bersaing hebat dengan media sosial pro-PR kerana pro-BN ada masanya terlalu bersifat defensif.

Malahan ada sebilangan yang menjadi 'musuh dalam selimut' yang boleh memain peranan merobohkan apa yang sudah terbina hampir 43 bulan sejak Mac 2008. Peruntukan menjadi isu. Blogger perlu dijaga kebajikan; apa berlaku jika mereka kecewa dan berpaling arah?

Berbanding dengan facebook dan blog, twitter dikatakan masih kecil kumpulan pengguna dan pelanggannya. Barangkali, anggaran penggunaan adalah sekitar 800,000 orang.

Tidak dinafikan media sosial mempunyai peranan yang bermakna dan diakui oleh kedua-dua pihak, parti pemerintah mahupun pembangkang. Ia telah mengubah kaedah komunikasi antara parti, calon dengan pengikut tetapi bersifat selektif kerana tidak semua mampu melayarinya secara menyeluruh.

Twitter adalah niche yang semakin hari penggunaannya meningkat. Walaupun begitu, pool Twitter masih sekitar 800,000 pengguna; jauh sedikit daripada 28 juta orang penduduk. Baik BN ataupun pakatan pembangkang, masing-masing sudah menerokai penggunaan facebook sebagai alat kempen dengan memasukkan perbualan melalui video, gambar dan isu dasar.

Blog pula penting dalam komunikasi politik terutama ketika PRU untuk memberikan ruang alternatif kepada penyiaran dalam media konvensional.

Kelemahan lain yang ketara adalah kekurangan blog yang menonjolkan berita dalam bahasa Inggeris untuk mendekati kelompok bukan Melayu dan pengundi bandar kelas atasan dan pertengahan menyebabkan kelompok ini lebih gemar mendekati portal berita seperti Malaysiakini (1), Malaysian Insider (5), Free Malaysia Today, Nutgraph (30), harakahdaily.net (6) dan tranungkite.net (9).

Perang di zon alam maya bukan lagi untuk mencari kebenaran ataupun kesalahan tetapi lebih bersifat untuk membina kepercayaan dalam kalangan pelayar dan pengguna.

Skil manipulasi dan hebahan berterusan digunakan apatah lagi sesiapa yang memiliki informasi dianggap mempunyai kelebihan. Kebanyakan isu dibawa oleh kepimpinan dan dasar BN sendiri sehingga blog-blog ini terpaksa mempertahankan tindakan yang kadang-kadang 'sukar' dipertahankan sehingga 'backfire' kepada mereka.

Jika pun sesuatu isu itu mungkin tidak benar dan bersifat spekulasi, pembohongan dan persepsi semata-mata tetapi ia tetap mempunyai 'nilai' kerana dalam konteks hari ini, ada yang bertanggapan sesiapa yang bijak berbohong akan muncul sebagai wira dan hero sebenar.

Berita atau isu seperti akan dibawa ke sana sini untuk memastikan mendapat hebahan dan publisiti meluas kerana percaya ia boleh mempengaruhi minda, hati dan emosi pengundi.

Yang di bandar akan membawa ke luar bandar; yang anak edar kepada keluarga; yang kawan kepada rakan yang lain. Ia merebak seperti skil cepat kaya piramid.

Apa yang perlu dilakukan apabila kita tidak tahu sama ada ranking menggambarkan 'kepercayaan' sudah dibina dan akan menterjemah kepada sokongan ke atas parti? Barangkali, pengundi yang setia kepada parti akan kembali tetapi media sosial wajar mendekati 'pengundi atas pagar'.

iStrategi merupakan pendekatan holistik untuk proses peremajaan BN dalam PRU Ke- 13. Maka, media sosialnya perlu mengenali tujuan blog dilancar; siapa pelayar; apakah isu yang dekat kepada pelayar; bagaimana membawa keyakinan hati, minda dan emosi; dan di manakah lokasi strategik untuk memastikan kemenangan.

oleh: Dr Sivamurugan Pandian 

Akibat pertahan agama, Hassan Ali ditendang dari menjadi calon PRU 13

Posted: 09 Dec 2011 08:42 AM PST



Game beberapa orang Anwarinas dalam PAS semakin berjaya ...  Hassan Ali menjadi mangsa pertama mereka untuk dicantas sebagai calon parti bagi mempertahankan kerusi dimenangi semasa PRU 12.

Beberapa isu berkaitan JAIS dan agama Islam di negeri Selangor yang mana pandangan  Hassan Ali selaku Exco Agama jelas bercanggah dengan pendirian parti di pusat.  Selepas  panas isu  murtad di   gereja DUMC sehingga kehadiran beliau di HIMPUN semakin memungkinkan PAS akan cantas beliau dari bertanding di PRU akan datang .

GPB simpati sekali nasib seorang yang pemimpin PAS yang cuba pertahan agamanya & umatnya tetapi terus dikenakan tindakan sedemikian .   PAS ternyata semakin menyimpang jauh dari landasar sebenar mereka menegakkan syiar Islam dek kerana jaga undi bukan Islam dari parti DAP -PKR.

Kerana ABU lah , UMNO boleh berkuasa sejak Merdeka !

Posted: 09 Dec 2011 07:27 AM PST

Bila Chegubard dengan SAMM pencacai Anwar lancar gerakan ABU ( Asal Bukan UMNO )  , ini membuktikan PKR semakin takut gelombang bahawa rakyat semakin menolak Pakatan .

ABU bukan gerakan rakyat tapi propaganda Pakatan menipu rakyat  seperti mana PRU 12 dulu.

Tetapi ABU Chegubard masih lagi tak mampu melawan   ABU parti keramat ini   iaitu " Allah bersama UMNO "  .  ABU ini juga la menyebabkan Chegubard tewas kepada seterunya Khairy Jamaluddin di Rembau .



Kalau tiada ABU ini , sudah lama parti BN hilang kuasa iaitu  semasa PRU 12 lalu  . Kini menjelang  PRU 13 , UMNO dan BN sudah kembali bersedia  dibantu ramai anak muda yang sudah declare AKU BUDAK UMNO !

Tunggu saja insyarat semboyan perang ... kita lawan demi pertahankan Putrajaya !


Ramasamy VS Rayer , bukti DAP bergolak gara-gara Godfather !

Posted: 09 Dec 2011 06:33 AM PST







Orang Penang kalau bab gaduh memang sempoi punya ... Kali ini kita usha geng India dalam DAP dok bergaduh pasal rebut jadi calon & juga campurtangan Godfather Agung , Karpal Singah .

Ramasamy tetap mahu tambah calon India untuk kerusi DAP ,tapi ia dibantah oleh Godfather Agung  Karpal Singh. Bila dihentam Karpal , mula mengamuk la orang kanannya si Rayer Seri Delima .

Memang isu ini tengah hangat dan hot di P.Pinang ..TV3 pula tadi main isu ni di Buletin Utama pulak . Gempak lagi la ..

DAP sedang bercakaran sesama sendiri untuk rebut menjadi  calon . Maklum lah sudah berkuasa, semua kaum dalam parti itu hendak .

Kita lihat la   macamana nasib kaum India dalam jadi ahli  parti rasis chauvinis Cina ni selepas ini .. Apa yang GPB nampak semua ni akan kena kelentong terbaik punya seperti mana penduduk Kg Buah Pala ..

Adun PAS & Harakah bakal disaman kerana fitnah MB Terengganu !

Posted: 09 Dec 2011 05:32 AM PST



Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said akan menyaman seorang wakil rakyat pembangkang yang didakwa memfitnah beliau berkaitan bantuan sekolah berjumlah RM30 juta.

Ahmad memberitahu persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu pada Khamis bahawa tindakan undang-undang terhadap Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk) akan diambil segera kerana dakwaannya itu telah menjejaskan nama baik beliau dan kerajaan negeri.

"Dia mendakwa telah berlaku salah laku dan penyelewengan serta kebocoran dalam kontrak bekalan pakaian sekolah kepada satu syarikat bernilai hampir RM10 juta, setiap tahun selama tiga tahun dengan jumlah keseluruhan kontrak RM28.47 juta dan dikecualikan daripada proses tender, sedangkan dalam laporan Ketua Audit Negara, kontrak hanya satu tahun sahaja iaitu 2009.

"Nilai kontrak sebenar RM7.995 juta sahaja bukannya RM10 juta seperti yang dibohongi itu," katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2012 yang dibentang oleh beliau Isnin lepas.

Bernama melaporkan Ahmad berkata bahawa bantuan pakaian sekolah hanya diberi pada 2009 sedangkan pada 2008 dan 2010 bantuan adalah dalam bentuk wang tunai.

Beliau berkata pembohongan itu turut disiarkan dalam kolum Syed Azman, 'Ganu Kite' dalam akhbar Pas, Harakah, edisi 11-13 Nov lepas.

Selain Syed Azman, tindakan serupa juga akan diambil terhadap Harakah, pengerusi dan penerbit Harakah dan semua yang terlibat.

"Saya sudah menghubungi peguam dan tindakan (saman) ini akan diambil dalam masa terdekat," katanya.-8/12/2011

Rupanya Guan Eng takut, terpaksa ajak kawan temankan naik kapal selam !

Posted: 09 Dec 2011 04:12 AM PST

Datuk Seri Zahid tenangkan apek ni sebab terlampau takut sangat ..hahaha 


Zahid Hamidi semalam  ajak ketua regim DAP ini saja naik kapal selam KD Tun Razak  , tapi macamana ada 2 orang  lagi iaitu Mansor & Ramasamy boleh  selit  naik pulak .

Rupanya baru GPB tahu  bahawa apek rasis DAP yang selalu hebat skill putar belitnya di sidang media , sebenarnya  penakut  orangnya  .  Apa tidaknya terpaksa ajak member Pakatan ( Mansor - Ramasamy )   untuk teman dalam kapal selam yang semuanya adalah tentera Melayu a.k.a Bani Jawi .

Adakah Guan Eng takut  duduk bersama   tentera di dalam kapal selam itu  ? Maklum lah DAP merupakan parti paling kuat  kutuk , hina ,fitnah  di ceramah2 dan portal pro mereka pasal kapal selam ini .

Apapun ...Zahid Hamidi sudah berjaya checkmate ketua regim DAP  paling rasis ini !  Tak boleh selam ye , sekarang sudah terbukti kan boleh selam . Bila Zahid mula ajak Guan Eng , beliau tidak boleh menyatakan menolak kerana malu lah nanti  seorang CM takut naik kapal selam .

Sekarang Lu Kena Beb !!


duduk dalam kapal selama sejam pun ajak member sekali
 ..kah kah kah ....


Seperti yang dijanjikan Lim Guan Eng datang ke pameran LIMA di Langkawi petang Jumaat dan dibawa untuk menyelam dengan kapal selam Scorpene KD Tun Razak.Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menemuinya di lapangan terbang (gambar) .Bagaimanapun beliau tidak dapat turut serta menyelam bersama Ketua Menteri Pulau Pinang itu kerana terpaksa menghadiri satu acara lain.


Guan Eng menyelam bersama dua Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dan P Ramasamy.



Memang muka takut gile punya ..tak ada teloq betul puak2 rasis ni !
kutuk askar kita bukan main lagi,  tapi bila ajak naik muka pucat  siot ..




Sebelum itu pada jamuan tengah hari bersama media yang membuat liputan LIMA '11,Zahid berkata isu berkaitan aset pertahanan negara tidak sepatutnya dijadikan debat secara terbuka oleh mana-mana pihak terutama pembangkang.


"Negara lain pun ada masalah itu juga. Boleh persoal harga atau spesifikasi aset itu tetapi jangan pertikaikan kemampuan aset negara dalam mempertahankan negara," katanya.


Untuk itu, katanya, beliau akan terus mempelawa anggota pembangkang yang mempertikaikan kemampuan aset pertahanan negara untuk melihat sendiri kemampuan aset pertahanan tersebut, sekali gus menyanggah tohmahan yang dibuat mereka.


"Siapa yang cakap banyak, mereka yang pertama akan dijemput. Seperti kapal selam, ahli politik sebenarnya tidak boleh menaikinya tetapi bagi membersihkan nama baik ATM (Angkatan Tentera Malaysia) bahawa aset pertahanan negara boleh digunakan, saya terpaksa buat pengecualian," katanya.


Beliau berkata Guan Eng dan dua timbalannya dibawa menaiki kapal selam KD Tun Razak petang ini bagi mengalami sendiri kebolehan kapal selam itu.


"Dua (wakil) DAP dan seorang Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kapal selam itu akan bergerak lima jam untuk sampai ke satu kawasan yang dalam untuk menyelam. PAS kita akan jemput ke Sepanggar, Sabah (pangkalan kapal selam).


"Bagi Tony Pua (Anggota Parlimen DAP Petaling Jaya Utara) kita akan jemput dia naik kapal selam dari Langkawi ke Teluk Sepanggar yang makan masa tiga hari tiga malam. Biar dia tahu susah naik kapal selam. Dia yang paling bising, paling banyak cakap," katanya.- 9/12/2011















Tahi orang lain punya , UMNO P.Pinang jadi mangsa fitnah !

Posted: 09 Dec 2011 03:14 AM PST


Apa hal pulak UMNO P.Pinang perlu mohon maaf terhadap ketua regim DAP ini ???  Itu replika tahi bukan UMNO punya , tapi  oleh pihak NGO   dan diakui sendiri oleh mereka.

Mengapa PAS pulak yang terlebih sudu  nak menuduh UMNO dalam hal ini ??  Pandai betul puak2 ni ..semua benda jadi kepada khalifah mereka ini dituduhnya  UMNO  sepertimana  isu pejabat DAP dibakar dulu .

Adakah PAS pun sanggup  disaman  UMNO PP gara-gara tuduhan fitnah seperti ini  ???


UMNO PP saman Guan Eng gara-gara tuduhan fitnah cubaan 
membakar pejabat DAP 




Mana dia pemimpin UMNO Negeri di sini ?? Hanya NGO
diketuai Ghani Jiman saja yang beri hadian kepada lidah biawak 

Bukti gemilangnya pemerintahan kerajaan DAP di P.Pinang

Posted: 08 Dec 2011 11:48 PM PST



Pusat Hiburan Diserbu 10 Kali Masih Tawar Khidmat GRO China 

 Sebuah pusat hiburan di sini yang diserbu lebih 10 kali kerana mengupah wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO), didapati terus mengulangi kesalahan itu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng, berkata dalam operasi pada pukul 10.30 malam itu, 17 wanita warga China berusia antara 20an dan 30-an diberkas sepasukan anggota Cawangan Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.

"Beberapa orang daripada mereka cuba meloloskan diri dan bersembunyi dalam bilik tetapi usaha mereka gagal kerana pusat hiburan itu sudah dikepung," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Polis turut menahan seorang lelaki yang dipercayai penjaga premis itu.

Gan berkata serbuan itu dilakukan selepas pemantauan mendapati pusat hiburan itu masih menyediakan khidmat GRO warga asing.

Katanya operasi berkenaan juga bertujuan membanteras kegiatan maksiat dan penyalahgunaan dadah di pusat hiburan.

"Siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dalam kegiatan membekalkan warga asing ke pusat hiburan itu selain mengesan pemilik premis itu," kata Gan.

Katanya pemantauan dan pemeriksaan akan diteruskan bagi memastikan kegiatan mengupah wanita warga asing untuk bekerja sebagai GRO dapat dibendung. - BERNAMA

Propaganda ABU diaktifkan , bukti Pakatan terdesak tarik undi Melayu

Posted: 08 Dec 2011 10:47 PM PST


Dulu PRU 12 , propaganda ABU a.k.a Asal Bukan UMNO  memang mengena dan ramai pengundi terutama generasi muda terpengaruh  hingga mengundi Pakatan . Dulu ABU berkesan kerana ketika itu  tiada media baru  menyokong kerajaan  serta pelbagai  lagi  isu besar  seperti kenaikan harga minyak .

Tapi kini ia sudah berubah .  Dulu sebelum PRU 12 parti Pakatan tidak mempunyai kuasa , tapi kini mereka sudah mempunyai kerajaan . Rakyat dah  menilai janji mereka yang hanya cakap tak serupa bikin selama lebih 4 tahun memerintah di 4 buah negeri .

Media baru pun kini sudah seimbang dan jika mengikut ranking blogger pro UMNO kini menguasai media blog ini .

Penggunaan semula propaganda kitar semula ABU merupakan langkah terdesak Pakatan selepas kajian mereka mendapati pengundi Melayu terutama pengundi muda kini  mula beralih arah kepada BN .

 Biar lah Pakatan Haram ini buat la apa pun , blogger Pro Kerajaan akan terus dedahkan penyelewengan ,penipuan , kezaliman regim Pakatan .



** GPB dengar gelombang  "Asal Bukan Pakatan  ( APB ) "  sedang  dalam pembikinan .....

Letak calon Melayu , bukti DAP ganti PAS memang sah !!

Posted: 08 Dec 2011 06:26 PM PST



Pas Selangor menyifatkan cadangan DAP yang berkemungkinan meletakkan calon Melayu bertanding di kerusi majoriti Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti sebagai satu langkah yang tidak wajar.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri, Khalid Abdul Samad berkata, pihaknya tidak akan tunduk kepada tuntutan itu kerana langkah tersebut masih belum dapat diterima oleh masyarakat selain ia bukan satu jaminan DAP akan memperoleh kemenangan dalam PRU13.

Beliau yang mengakui bahawa cadangan DAP tersebut ada dibincangkan dalam mesyuarat bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), namun pihaknya beranggapan ia sukar dilaksanakan dan memerlukan masa.

''DAP (letakkan calon Melayu di kerusi majoriti Melayu) kerana mereka mahu pecahkan imej daripada parti satu kaum kepada parti semua kaum tetapi langkah ini memerlukan masa.

''Namun, kita rasa langkah ini tidak wajar dan kita tidak tunduk kepada tuntutan DAP," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Milo Suam geli replika kek tahi, tapi Bos main lubang tahi tak jijik !

Posted: 08 Dec 2011 05:03 PM PST



Milo Suam pencacai Anwar meroyan giler pasal geng Ghanis Jiman hantar replika tahu kepada ketua regim Guan Eng . Jijik ke bro ?? Ketua hang main lubang taik tak jijik ke ???


Di bawah GPB petik artikel dari memberi blogger MPP ...memang kaw lu kena tibai...

Gua betul-betul gelak besar bila blogger-blogger pencacai Pakatan meroyan marah pasal khalifah agung dorang di Penang dihadiahkan replika tahi..


Ramai dikalangan puak-puak kambeng tu mendakwa dorang berasa geli dan malu bila tahi dijadikan bahan politik untuk memburukkan pemimpin dorang.


Kononnya..., perbuatan tersebut (menghantar replika tahi) adalah di luar batasan susila orang Melayu dan Islam.


Kononnya..., apa yang dibuat tu tak beradab, memalukan bangsa melayu dan juga negara Malaysia... Sungguh tak sedar diri punya statement dari gerombolan Pakatan..


Cuba korang fikir satu perkara.., blogger-blogger pencacai kambeng Pakatan tu semuanya kata geli dengan tahi.., tapi dalam masa yang sama, dorang sokong dan baekk punya jilat Ketua yang suka main lubang tahi..


Dan ketua yang menjadikan lubang tahi sebagai satu kegemaran tu telah dipuja.., diangkat.., diagungkan.., serta didewakan sehingga dianggap manusia anugerah Tuhan oleh puak-puak blogger Pakatan yang mengaku geli tengok tahi tu..


Wat de fak beb !!! Ni lah yang dikatakan perangai tak sedar diri puak-puak tolol Pakatan.


So.., itulah perangai sebenar pencacai penyokong Anwar Ibrahim. Dorang selalu perasan yang dorang tu suci murni tanpa dorang sedar badan dorang bau tahi..


Ghani Jiman yang bagi replika tahi kat Guan Eng tu lagi mulia rasanya dari pencacai Pakatan yang sokong ketuanya sondol lobang tahi..

KEMBARA DI PERJALANAN INI

Posted: 09 Dec 2011 08:09 AM PST

KEMBARA DI PERJALANAN INI


MAT INDERA ITU KOMINIS BUKAN PEJUANG NEGARA, JGN BIKIN MALU ORG ISLAMLAH

Posted: 08 Dec 2011 03:13 PM PST

Saya terpanggil untuk menulis di blog ini kerana lewat diskusi saya dengan beberapa rakan di FB mengundang persoalan ini. Bukan main hujah dangkal mereka mempertahankan Mat Indera kononnya pejuang negara kerana melawan British walaupun terang lagi bersuluh Mat Indera ini bersekongkol dan berdajal dengan kominis. Mereka menyebut akan ilmu agama Mat Indera dan sebagainya, tetapi mereka lupa bahawa Mat Indera ini sanggup membunuh sesama Islam, malah anak-anak kecil dan perempuan lemah pun dibantai dengan kejam tanpa perikemanusiaan..Apakah ini caranya orang beragama lakukan?..Atas nama apakah perlakuan itu?..Jika bukan atas nama KEKUFURAN dan KEZALIMAN kepada sesama Islam dan PENGKHIANATAN kepada agama dan negara?...Jangan jadikan ilmu agama Mat Indera sebagai hujah, ilmu sahaja tidak mampu menjadikan seorang itu beriman dan bertaqwa kerana Yahudi sendiri ada yang hafal al quran dan menjadi ulamak palsu mengabui mata org ISlam seperti yang berlaku di Acheh ...

Saya kongsikan dengan pembaca semua satu artikel dari blog yang saya kira sangat memberi info mengenai hal ini, beliau menceritakan betapa DANGKALnya pemikiran org melayu yang menyokong kominis seperti Mat Indera ini sebagai pejuang dan pahlawan negara dengan membawa kita mengimbau sejarah kominis di Indonesia yang anggotanya adalah melayu Islam yang merupakan serpihan dari parti Islam yang diberi nama Sarikat Islam...Saya berdoa muga parti Islam di Malaysia ini tidak mengikut jejak langkah Sarikat Islam di Indonesia utk menjadi BARUA KOMINIS di tanah Melayu berdaulat ini.

Apapun, saya C & P apa kata salah seorang pembaca di blog tersebut tentang PAS.

Dari laci SB, parti PAS ditubuhkan utk "destabilization agenda and factor" oleh pihak british. The fact that PAS was set up by British and not by PAS member. Ahmad Fuad was the perfect candidate for the destabilization in the mood for independence. Modus operandi Lawrence dipakai jika outcome tidak menguntungkan British. Perkara sama terjadi disemua bekas commonwealth. The rest was history.

By fact PAS is a British Party, setup, registered and constitution based on British ideology with Islamic brand. Sifat assabiyah kenegerian diberatkan supaya mudah dikawal bila agenda tak menjadi. Pecah belah dilaksana.

Enough revealing ...

Kita dapat lihat banyaknya auta british dalam pemikiran PAS.


Kepada semua pembaca, sila klik pada link di bawah untuk membaca artikel tersebut.

MALU BESAR MELAYU TAHUN 2011

Selamat membaca.

Tiada ulasan:

Pengikut