Pakatan Rakyat |
Posted: 30 Nov 2011 03:20 PM PST | [Wajib Baca] Keluarga Sharizat Didakwa Beli Mercedes Mewah, Melancong, Beli Tanah GUNA Dana NFC Posted: 30 Nov 2011 06:00 AM PST Ha ha ha.
Apa lagi mahu diputar oleh pengembala lembu RM250 juta?
Saya petik: [KD] KUALA LUMPUR 30 Nov : KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil. Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009. Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu. "Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622," kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli. "Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itu maintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya," katanya. Menurutnya lagi, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009. KEADILAN turut mendedahkan 15 cek berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan Thailand. Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian. "Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada 'Impian Global Network Services' (IGNS). "Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket," kata Rafizi. Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran. Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini. "Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni," kata Rafizi. Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura. "Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ? "Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC," katanya. P/s: Tidak terkucilkah bini pengembala lembu dengan pendedahan terbaru ini? Bila bini pengembala lembu ini mahu menyaman Rafizi dan geng? Ha ha ha ha! Penyokong UMCO, teruskan gelak ketawa anda!!! | [Video] Amukan Bini Pengembala Lembu RM250 Juta Posted: 30 Nov 2011 05:30 AM PST Tadi kita baca ulasan/berita tentang ucapan dasar Ketua Wanita UMCO yang kononnya mahu memberikan mesej keras kepada pemimpin PKR, iaitu Zuraida, Saifuddin, dan Rafizi. Aksi meroyan bini pengembala lembu sampai tahap mahu mengangkat kain betul-betul menggelikan hati. Lucunya, sampai begitu sekali dia beraksi semata-mata untuk mengalihkan isu skandal yang sedang hangat diperkatakan orang.
Ha ha ha! Melayu, Melayu! Saksikan aksi meroyan di bawah ini: | Budak 14 Tahun Arah & Saksi Rakan Lelaki Perkosa Rakan Posted: 30 Nov 2011 04:08 AM PST Saya petik: [HM] PETALING JAYA: Remaja perempuan samseng. Itu ungkapan sesuai buat seorang remaja apabila sanggup memukul rakan sendiri dengan topi keledar sebelum mengarahkan dua rakan lelakinya merogol gadis terbabit sambil diperhatikannya dalam kejadian di sebuah hutan di tepi lebuh raya berhampiran Kundang, di sini, Ahad lalu. Perbuatan itu dilakukan selepas cemburu melihat teman lelakinya cuba menggoda mangsa hingga hubungan cinta mereka terputus.
Menceritakan kejadian itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Nora, 16, berkata, dia tidak menyangka rakannya yang berusia 14 tahun sanggup mengarahkan dua rakan lelaki merogolnya disebabkan cemburu buta.
"Selepas dua jam, saya mengajak mereka pulang kerana bimbang dimarahi ibu tetapi disekat rakan saya itu dengan memberi alasan mahu mengambil seorang lagi rakan di Kundang," katanya semalam.
"Rakan saya itu memberi alasan membawa saya ke hutan akibat sakit hati dan mahu membalas dendam serta mendakwa saya merampas teman lelakinya.
P/s: GILA! | BRA Pemimpin Wanita UMCO RM26 Ribu? WOW!!! Posted: 30 Nov 2011 12:40 AM PST Seorang perwakilan UMCO mendakwa bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin menuduh seorang pemimpin Wanita UMCO hidup bermewah-mewah, antaranya dengan memakai baju dalam berharga RM26,000 seperti yang dilaporkan oleh Malaysia Kini. Perwakilan Wanita Selangor, Datuk Habibah Mohd Yusof bekata, dakwaan itu dibuat oleh Datuk Nizar dalam sebuah ceramah di Perak sebelum ini. "Jadi jaga diri masing-masing dari mata orang PAS. Orang PAS ini tak ada modal," katanya disambut gelak ketawa lebih 900 perwakilan. Habibah berkata demikian ketika membentang usul menerima ucapan dasar Ketua Wanita Shahrizat Jalil di ibu negara hari ini. Dia walau bagaimanapun tidak memperincikan dengan lebih lanjut dakwaannya itu.
| Aktres CUN di Perhimpunan Agong UMCO Posted: 29 Nov 2011 10:30 PM PST P/s: Hak demokrasi dia! | Sharizat Mahu Angkat Kain, Gagal Jawab Isu Projek Lembu Keluarganya Posted: 29 Nov 2011 08:30 PM PST Orang UMCO kononnya mahu mendengar penjelasan Ketua Wanita mereka tentang isu projek lembu yang membabitkan dana rakyat berjumlah RM250 juta. Rupa-rupanya Sharizat hanya merapu sampai mahu menyelak kain. Merapu punya merapu, Shahrizat seperti dijangka tidak mampu menjawab persoalan projek lembu yang jelas pada pandangan ramai sebagai suatu salah satu projek kronisme UMCO sejak turun-temurun. Saya tidak mahu komen panjang-panjang hal ini kerana sudah menyiarkan hal yang berkaitan dengan panjang lebar sebelum ini. Yang pasti projek pemimpin UMCO dan keluarga tibai, yang celakanya, duit kita yang menjadi mangsa!!!
[MK] Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil hari ini memberikan amaran keras kepada pemimpin PKR kerana memainkan isu projek lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang diterajui suaminya. Sambil menegaskan beliau tiada kaitan dengan projek lembu itu, Shahrizat berkata beliau tidak takut dengan serangan oleh Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategik parti itu, Rafizi Ramli. "Senyum punya senyum, saya tak larat nak senyum lagi... Itu belum angkat kain lagi. Wahai Zuraida, ketua (Wanita) PKR yang biadap, cik puan ingat kami takut dengan kamu. Oh, suruh saya letak jawatan, siapa kamu?" soalnya. Ketika menyampaikan ucapan dasar dalam persidangan Wanita Umno di ibu negara, hari ini, Shahrizat menyifatkan tindakan Zuraida seolah-olah "gajah depan mata tak nampak". "Ada MP (anggota parlimen) Kelantan, sepatutnya jaga pengundi tetapi sibuk di Kuala Lumpur, tutup pusat khidmat. Tanya Machang," katanya di hadapan lebih 900 perwakilan. Supaya dilihat konsisten, katanya, Shahrizat juga menggesa Zuraida mendesak Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail meletakkan jawatan. "Saya gesa ketua wanita gesa presiden PKR letak jawatan atas angkara suaminya ketua umum yang pernah dihukum dan disabit pelbagai angkara," katanya. Sementara itu, Rafizi pula dilabelkan sebagai "si Tanggang muda" berikutan serangan bertali-arus yang ditujukan padanya. Dilihat melepaskan geram di gelanggang sendiri, Shahrizat yang kerap diam menghadapi isu itu menyifatkan penjelasannya hari ini sebagai "mukadimah" sahaja. "Oh, mentang-mentang saya sapu ketua di zaman krisis, jangan siapa fikir saya lemah walau senyum saya meleret," katanya. Pada masa yang sama, tanpa menyebut khusus mana-mana pihak, menteri pembangunan wanita itu mengingatkan ahli Umno supaya tidak mengambil mudah peranan wanita dalam parti. "Kita Wanita tak pernah curang. Tetapi bila kita susah, apakah mereka bantu kita? Adakah mereka setia bersama kita?" soalnya. P/s: Keluarga dia tibai duit rakyat, kemudian tanpa segan silu mengaku tidak ada kena-mengena dengan projek itu, tetapi dengan selamba minta orang lain letak jawatan, menggelar orang biadap dan tanggang moden, menuduh orang menjual bangsa, agama dan negara, serta menjaja fitnah yang mengaibkan orang. Hello Sharizat, keluarga siapa yang tibai duit rakyat sampai ratusan juta? Keluarga siapa yang guna dana awam untuk tunai umrah? Orang inilah yang layak digelar biadap, penjual bangsa, agama, dan negara, dan perlu meletakkan jawatan! Angkatlah kain, banyak perwakilan UMCO mahu melihatnya!!! | [Gambar] Pelajar Taiwan DICABUL Monyet "BERAHI" di Bali Posted: 29 Nov 2011 05:45 PM PST Gambar ini menjadi sensasi di blog dan di laman forum sejak beberapa minggu lalu. Malah kejadian ini telah mempopularkan "mangsa" monyet berahi ini di serata dunia. Namun, tidak semua blog atau laman forum menyiarkan butiran kejadian. Hanya gambar yang disiarkan. Biasalah. Gambar "hot"! Charmian Chen, 22, pelajar dari Taiwan melawat Hutan Keramat Monyet Ubud, Bali bulan lepas terkejut apabila "dibogelkan" oleh dua ekor monyet. Kejadian tersebut berlaku ketika pelajar itu memberi monyet-monyet tersebut makan. Tanpa disedari Charmian, sebutir jagung terjatuh di celah bajunya. Monyet-monyet itu mahu mendapatkan jagung itu. Walaupun Charmian cuba memegang pakaiannya daripada terlodeh, namun salah seekor monyet itu berjaya menarik pakaian Charmian sehingga mendedahkan payu daranya. Dengan muka merah padam, Charmian cuba menutup mahkota wanitanya itu dengan kedua-dua belah tangannya. Kejadian yang amat memalukan, malah dianggap mimpi ngeri ketika melancong di Bali itu akhirnya menjadikan Charmian ikon sensasi di internet. Gambar kejadian juga telah menjadi berita utama media di Taiwan. -DCM P/s: Gambar itu sudah dihitamkan. Kalau anda mencarinya di internet, memang jelas Charmian hanya menutup aset berharganya itu dengan kedua-dua belah telapak tangan. Fuh! Yang menariknya, rata-rata tukang komen sama ada di blog atau di akhbar, mengharapkan mereka adalah monyet yang melondehkan pakaian Charmian. Ha ha ha. Banyak orang sanggup jadi binatang kerana kejadian itu! | Lelaki BUNUH Anaknya di dalam Mesin Basuh Bergerak Posted: 29 Nov 2011 04:34 PM PST Seorang kanak-kanak lelaki Perancis berusia tiga tahun meninggal dunia selepas bapanya didakwa memasukkannnya ke dalam sebuah mesin basuh, menutupnya, dan kemudian menghidupkan mesin itu sebagai hukuman. Christophe Champenois, 33 dituduh memasukkan anak kecilnya, Bastien Champenois ke dalam mesin di rumah keluarga di Germigny-l'Eveque, di luar Paris, dan kemudian menjalankan kitaran cucian sejuk selama beberapa minit. Champenois ditahan oleh polis tidak lama selepas kejadian itu dilaporkan mahu menghukum anaknya itu kerana berkelakuan nakal di tadika. Menurut Le Parisien, ibu Bastien, Charlene, berumur 25 tahun, mengeluarkan anaknya itu dan berlari ke rumah jiran dengan mendakwa anaknya itu jatuh tangga. "Saya memegangnya di dalam pelukan dan Bastien seperti anak patung patah riuk," kata Alice, jiran kepada keluarga Champenois. "Saya dapat merasai degupan jantung terakhirnya. Charlene tidak bergerak. Dia tidak tahu bahawa anaknya telah mati." Pasangan Champenois berpegang pada cerita kemalangan jatuh tangga, namun anak pasangan itu yang berusia berusia lima tahun menceritakan bagaimana adiknya telah dikunci di dalam mesin basuh kepada jiran. Paling menyedihkan, kejadian itu bukanlah yang pertama. Kadang-kadang adiknya yang berusia tiga tahun itu telah dikunci di dalam almari selama dua jam, tambahnya lagi. Christophe Champenois didakwa atas kesalahan membunuh manakala Charlene Champenois didakwa kerana tidak mencegah jenayah dan tidak membantu seseorang yang berada dalam bahaya. -DCM P/s: Lahanat! |
Posted: 30 Nov 2011 03:13 PM PST Selepas ketinggalan jauh dalam persaingan menarik (atau menumpang imej) selebriti, Umno menerima suntikan positif ekoran anugerah khas puteri Umno kepada selebriti Lisa Surihani yang diberikan hari ini. Lisa menerima hadiah pencapaian khas daripada Pergerakan Puteri Umno sempena perhimpunan agung parti itu tahun ini, yang dijangka terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 tidak lama lagi. Perkembangan ini memperlihatkan trend memberi anugerah kepada tokoh popular pada perhimpunan tahunan semakin menjadi amalan parti-parti politik untuk membina imej popular. Pakatan pembangkang pertengahan tahun lalu menghangatkan dunia politik dan budaya popular apabila pengacara popular Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot kelihatan menunjukkan sokongan kepada pembangkang, mencetuskan reaksi keras pemblog-pemblog Umno. Sebelum itu, selebriti Bob Lokman menyertai PAS dan aktif berceramah di pentas parti itu sehingga mencetuskan kontroversi dalam kalangan seniman dan dengan pihak berkuasa agama. Umno kelihatan bimbang dengan imej pop yang jauh ketinggalan berbanding pakatan pembangkang ekoran semakin ramai selebriti mendekatkan diri dengan pembangkang, yang berpotensi membina imej untuk menarik sokongan orang ramai terutama golongan muda. Persaingan imej popular melalui selebriti semakin hangat menuju pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan awal tahun depan. Sokongan selebriti memudahkan sesebuah parti diterima orang ramai disebabkan populariti penggiat budaya popular terbabit, yang mendapat lebih tumpuan berbanding dasar dan tindakan parti yang lebih sukar dan mungkin kontroversi. Tindakan Lisa menghadiri perhimpunan Umno dan menerima anugerah itu walau bagaimanapun dijangka mencetuskan reaksi kurang senang sesetengah pihak, terutama peminat yang juga penyokong kuat pembangkang. Lisa ialah selebriti muda popular dan menerima lebih daripada sejuta peminat - jauh meninggalkan selebriti lain - di laman Facebook beliau, jumlah yang terbesar bagi selebriti Malaysia. Sebelum Lisa, Datuk Siti Nurhaliza (sebelum berkahwin) menjadi selebriti kegilaan kedua-dua pembangkang dan parti pemerintah, menjadi topik rujukan dalam ucapan dan ceramah pemimpin kedua-dua parti. Mawi, penyanyi yang muncul daripada rancangan televisyen realiti juga menjadi rebutan parti-parti politik pada masa kemunculannya pada 2005. Siti walau bagaimanapun tidak menunjukkan sokongan kepada mana-mana parti politik pada masa itu, walaupun pernah disebut menyertai puteri Umno. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan