Selasa, 15 November 2011

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah

Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah


PAS Sabah anjur Wacana Rakyat

Posted: 15 Nov 2011 05:19 PM PST

KOTA KINABALU, 16 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah(DPPNS) akan menganjurkan satu wacana berkonsep perundangan bagi mengetengahkanisu berkaitan perundangan Sabah dan Persekutuan.

Ketuanya,Lahirul Latigu (gambar) berkata wacana tersebut yang julung kali diadakan ini bakalmenyaksikan tumpuan ramai terutama rakyat Sabah dalam mengetahui perkaraberbangkit sama ada berkaitan perkara 20 mahupun institusi perlembagaan negara.

Katanya,pengetahuan rakyat umum kepada aspek berkaitan perlembagaan dan enakmen negeriSabah adalah perlu bagi memastikan setiap warga Sabah mengetahui hak dankebajikan yang perlu dipertahankan.

"Sudahsampai masanya rakyat Sabah memahami dengan jelas apa sebenarnya perkara 20 danapakah disebalik pembentukkan perkara berkenaan.

"Kitaingin mengajak rakyat bagi sama-sama untuk 'celik' undang-undang terutamaberkait dengan negeri Sabah ini," katanya semasa di temui di pejabat Pemuda PASdi sini.

MenurutLahirul lagi, perkembangan positif untuk rakyat mengetahui mengenai perkaitanundang-undang juga mesti dipupuk dan disemai memandangkan peredaran perubahanzaman telah berlaku.

"Sudah54 tahun negara ini mencapai kemerdekaan. Sudah banyak revolusi sistem, baikpendidikan, ekonomi, budaya dan sebagainya. Hari ini, kita ingin turut samamelihat rakyat sama-sama boleh bercakap mengenai undang-undang dan hak.

"Kitasudah tidak boleh untuk duduk sekadar hanya menerima sahaja. Rakyat bolehmenyuarakan pandangan dan perbezaan pandangan bakal dilihat sebagai satupersaingan dan perkembangan positif," ujarnya.

Beliauturut mengajak rakyat seluruhnya untuk turut sama menjayakan program tersebut.Hal ini katanya, peluang berbicara mengenainya tidak banyak yang menganjurkan,dan PAS merupakan agen utama membawa masyarakat ke arah perubahan.

"Pihakpemuda PAS mengajak seluruh rakyat yang berkelapangan untuk sama-sama mengikutiprogram ini," katanya.

Wacanabertajuk "Perkara 20 dan Perlembagaan Malaysia" tersebut akan diadakan pada 19November di Likas Square, Kota Kinabalu ini bakal menyaksikan penglibatan aktifProf. Dr. Abdul Aziz Bari yang juga merupakan Pakar Perlembagaan dan PensyarahUndang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Penyertaan tersebutterbuka kepada semua warga dengan bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM10setiap seorang.

Orangramai yang berminat untuk mengikuti wacana berkenaan, bolehlah merujuk teruskepada Salman Muhammad Amin di talian 019-8963075 atau Mohd Firdaus Bin Muhammad Nor (013-5409308/ 088-430832).

Tiada ulasan:

Pengikut