Selasa, 29 November 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan

Dewan Pemuda Pas Kawasan Machang -dppkm- Mempersada Perjuangan


PAS tolak RUU, desak bawa ke JK Khas Parlimen

Posted: 29 Nov 2011 12:24 AM PST

KUALA LUMPUR, 29 Nov: PAS berpendirian akan memprotes dan menolak Rang Undang-Undang (RUU) Perhimpunan Aman melainkan ianya dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk diteliti.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, hal itu kerana pembentangan RUU tersebut dilihat tidak lebih kepada respon negatif kerajaan terhadap kejayaan perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu.

"Pas protes dan menolak sepenuhnya rang undang-undang ini kecualilah ianya dibawa kepada Jawatankuasa Khas Parlimen dahulu.

"Rang undang-undang ini sebenarnya menghukum rakyat terutamanya yang berhimpun di Bersih 9 Julai lalu.

"Ini adalah reaksi negatif kerajaan bagi menghukum rakyat kerana mengadakan perhimpunan 9 julai yang lalu dan untuk memastikan rakyat tidak boleh lagi berhimpun bukan 100 ribu, bukan 500 ribu malah beberapa ratus ribu pun tidak boleh lagi berhimpun dan melakukan apa yang berlaku pada 9 julai lalu," kata beliau pada sidang media bersama Majlis Peguam di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Tumpat itu juga berkata, RUU tersebut jelas membuktikan kerajaan tidak bersedia menghadapi kemaraan rakyat yang berlansung dalam keadaan aman.

"Umno BN tidak toleran, tidak sanggup untuk menghadapi rakyat yang boleh berhimpun dan berarak secara aman seperti yang berlaku pada perhimpunan Bersih itu," katanya.

Majlis Peguam wakili rakyat


Sementara itu, Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, tindakan Majlis Peguam mengadakan perarakan aman membantah RUU tersebut adalah mewakili suara rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi.

"Apa yang dijalankan oleh Majlis Peguam memang menyuarakan hasrat rakyat Malaysia kerana kita tidak mahu satu akta perhimpunan haram sebaliknya hendak dibebaskan daripada pengharaman ataupun pemenjaraan hak asasi manusia selama ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Tambah beliau, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah membuktikan kebenaran berhimpun secara aman yang diberikan kepada rakyat tidak mendatangkan keburukan malah dihormati rakyat.

"Kita telah buktikan di Pulau Pinang kita adakan satu sudut pidato sebanyak dua kali seminggu dan rakyat dibenarkan berhimpun secara bebas tanpa sebarang provokasi.

"Ini berjalan hampir dua tahun dan tak ada masalah dan saya rasa kerajaan Malaysia harus mempunyai keyakinan terhadap kematangan rakyat," katanya sambil berkata, DAP bersama Pakatan Rakyat menyokong penuh Majlis Peguam untuk menolak RUU tersebut.

Cintakan kebebasan


Dalam pada itu, Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee berjaya menyerahkan draf RUU yang disediakan pihaknya dan surat terbuka  kepada Timbalan Menteri di Jabata Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Leong dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menegaskan, Majlis Peguam tidak anti kerajaan atau pro pembangkang sebaliknya hanya pencinta undang-undang dan kebebasan.

"Majlis Peguam  tidak anti kerajaan atau pro pembangkang tapi kami anti ketidakadilan, perlanggaran perlembagaan dan pencinta undang-undang," kata beliau yang sebelum itu berarak secara aman dari Taman Tasik Perdana bersama lebih kurang seribu peguam termasuk penyokong demokrasi menuju ke bangunan Parlimen.

Turut diserahkan ialah surat terbuka kepada Ahli Parlimen yang menyatakan beberapa peruntukann dalam RUU Perhimpunan adalah lebih ketat berbanding sebelum ini.

Ia termasuk penyenaraian tempat-tempat larangan berhimpun yang disifatkan sebagai tidak munasabah seperti sekolah, rumah ibadat dan stesen minyak.

Seloka tersurat dan tersirat

Posted: 29 Nov 2011 12:23 AM PST

Isteri melancong ke Mekah,
Riuh rendah seluruh negara,
Haji sudah hijrah pun sudah,
... Tutup 'aurat tak mahu-mahu juga.

Cincin sebentuk nilai berjuta,
Diimport dari negara bahaya,
Apa diharap transformasi negara,
Transformasi isteri pun tidak berjaya.

Wanita möngolia dikasi letup,
Rakyat tak lupa walau dah lama,
Tembelang pecah tak boleh tutup,
Pelbagai alasan rakyat tak terima.

Anak lembu dikata kuda,
Ditambat tiang agar tak keluar,
Semangat membara anak2 muda,
Gantikan Bn dgn PR.

Wang RM 100 diberi pelajar,
Berduyun mak bapa berhimpun,
Nak dapat kena kasi ceramah mak bapa dengar,
Supaya nanti pakat undi BN.

Comey sungguh anak dara pak mat,
pandai pula buat kuih pau
Suruh rakyat berjimat cermat,
tapi depa boros melampau..

Dari machang ke banggol judah,
bawa bersama sekodi kain,
Minyak naik berkali2 dah,
alasan tetap sama LEBIH RENDAH BERBANDING NEGARA LAIN..

Beli kuda berjuta-juta,
Nak guna buat lumba,
Ingatkan boleh merasa,
Rupanya 5 jer yang boleh guna.

Dapat kontrak lembu RM 250 juta,
Beli kondo hampir 10 juta,
Pelajar seluruh negara dapat RM 530 juta,
Yang nie RM 250 Juta dia saja. UNTUNGNYA DIA.

‘Tanya Cina Kelantan, adakah saya khianati mereka’

Posted: 28 Nov 2011 04:06 PM PST

KOTA BHARU, 28 Nov: Seramai 40 orang peserta rombongan dari Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Kawasan Parit Buntar menegaskan mereka tetap akan menyokong perjuangan di hadapan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mereka menyatakan demikian sempena lawatan rasmi mengunjungi Tuan Guru yang juga Menteri Besar Kelantan, di kediaman rasmi, di sini petang ini.

Rombongan yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum wanita serta bekas penyokong MCA diketuai Pengerusi DHPP kawasan tersebut, Ricky Tang.

(Gambar: Tuan Guru menerima cenderahati daripada Ricky Tang.)

Ricky dalam ucapannya memberitahu, masyarakat bukan Islam di negeri ini khususnya kaum Cina sering diberi bayangan buruk berhubung perjuangan PAS dengan tujuan menakutkan mereka.

"Bagaimanapun, semakin mereka ditakuti sokongan terhadap PAS semakin bertambah dari tahun ke tahun dan pihak lawan sudak tidak boleh berbuat apa berhubung ledakan sokongan ini," ujarnya.

Sementara itu, Tuan Guru ketika berucap pada majlis itu menyeru golongan terbabit meninjau perkembangan kehidupan masyarakat bukan Islam khususnya kaum Cina di negeri ini sejak 21 tahun lalu melalui golongan terbabit.

"Tuan-tuan boleh bertanya masyarakat Cina Kelantan, adakah saya selaku ketua kerajaan mengkhianati mereka sama ada dari segi ekonomi, agama, kebudayaan, sosial dan sebagainya?

"Tuan-tuan tidak boleh menerima bulat-bulat maklumat yang tidak tepat dari orang tertentu tanpa merujuk sendiri dari masyarakat bukan Islam di negeri ini," ujarnya.

Tuan Guru turut melahirkan rasa bertuah serta terima kasih kerana sudi mengunjunginya, walaupun dalam keadaan demam, namun kerana rasa gembira untuk bertemu masyarakat terbabit, beliau gagahi juga.

Ggateh Basikal Anak Muda di Kuala Krai

Posted: 28 Nov 2011 04:05 PM PST

                              
KOTA BHARU, 28.Nov – Program Ggateh Basikal bagi kalangan remaja di negeri ini semakin mendapat sambutan dan baru-baru ini telah di adakan di peringkat jajahan Tanah Merah begitu mendapat sambutan meriah dari lebih 500 remaja dan buat kali ke duanya peringkat jajahan program Ggateh Basikal Anak Muda akan diadakan pula di Kuala Krai.

Menurut Pengarah Urusestia pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Kelantan Haji Abd.Aziz Yunus, program ini dijangka akan dirasmikan sendiri oleh Exco Belia Datuk Abdul Fattah Mahmood bertempat di Perkarangan Taman Tasik Krai pada 10.Disember.2011
" saya amat berharap anak muda di jajahan Kuala Krai akan dapat bersama-sama menyertai program Ggateh sihat Anak Muda ini dan ia akan meliputi kayuhan sejauh 40 KM merangkumi tiga Dun iaitu Guchil, Mengkebang dan Manek Urai" ujar beliau.

Sementara itu, terdapat juga beberapa acara menarik seperti pertandingan Basikal Fixie, Cabutan Bertuah, Pertandingan Kemahiran menunggang basikal dan banyak lagi.

Abd Aziz juga berkata walaupun dengan mengadakan program kayuhan basikal ini, namun ia akan dapat merapatkan lagi hubungan sesama remaja setempat dan ia juga akan dapat mengelakkan remaja daripada membuang masa tanpa sebarang usaha yang berfaedah.

" Kita sedar kini pelbagai gejala sosial telah melanda masyarakat terutamanya golongan remaja, namun ia seharusnya mendapat kerjasama semua pihak seperti keluarga, masyarakat dan individu itu sendiri dalam menanganinya dan langkah mengadakan program sebegini untuk remaja juga boleh mengurangkan aktiviti yang tidak berfaedah kepada mereka"katanya lagi.

Soi Lek celaru tuduh PAS tutup Genting

Posted: 28 Nov 2011 04:01 PM PST

TEMERLOH, 28 Nov: Dewan Pemuda PAS Pahang (DPPNP) menganggap Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, mengalami kecelaruan pemikiran apabila akhir-akhir ini sering mengecam hudud sehingga apa yang diucapkan beliau jauh tersasar daripada yang diperjuangkan oleh PAS.

Ketuanya, Shahril Azman Al-Hafiz (gambar) menolak dakwaan Soi Lek bahawa pusat pelancongan Genting Highlands akan ditutup apabila PAS mengambil alih pemerintahan sebagaimana tersiar dalam akhbar The Star kelmarin.

Dalam kenyataan tersebut Soi Lek berkata, Malaysia mungkin kehilangan Genting Highlands jika Pakatan Rakyat mengambil alih Kerajaan dan melaksanakan undang-undang hudud.

Menurut Shahril Azman, PAS tidak berhasrat menutup kawasan yang menjadi tarikan popular pelancong yang sudah maju dan mendatangkan keuntungan ekonomi sebaliknya parti itu hanya mahu menghapuskan judi kerana ia dilarang oleh semua agama.

"Barangkali Soi Lek tidak faham bahawa judi boleh merosakkan institusi keluarga dan kemasyarakatan dan apabila rosak dua institusi ini ia ancaman kepada negara. Keluarga boleh berpecah belah akibat bahana judi sehingga berlaku perceraian. Dalam masyarakat pula judi boleh membawa pergaduhan, pembunuhan dan suburnya industri Ah Long.

"Apa yang untungnya rakyat dengan judi ini sebab yang untung hanya tauke judi, jadi itu bukanlah kemajuan namanya. Sebab itu negara yang maju seperti Singapura dan Indonesia tidak membenarkan kasino berlesen," katanya dalam sidang medianya semalam.

Mengenai kenyataan Soi Lek bahawa Genting memainkan peranan penting dalam ekonomi negara kerana menerima 20 juta pelawat dan membayar cukai RM1bilion setahun, Shahril berkata jika PR memerintah semua pusat pelancongan akan diberi penambahbaikan lagi supaya dapat menambah kantung negara.

"Jadi cuba mengaitkan hukum hudud dengan tutup Genting Highlands itu tidak ada kena mengena. Kami tegaskan bahawa tidak ada agama yang membenarkan judi. Persoalannya adakah Soi Lek tidak mempunyai agama?

"Bahkan ekonomi rakyat termasuk orang Cina juga akan lebih terpelihara dan meningkat tanpa judi kerana judi adalah penipuan dan menghancurkan institusi keluarga dan masyarakat," katanya.

Soi Lek sempena menyampaikan hadiah kepada pemenang Malaysia National Lion Dance Championship 2011 di Genting itu turut mendakwa, di Kelantan kerajaan PAS tidak membenarkan kedai loteri dan jika PR berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat, mereka mahu untuk melaksanakan undang-undang hudud dan Genting menjadi mangsa pertama.

"Sebenarnya Soi Lek yang pernah dikaitkan dengan video porno itu menghadapi kecelaruan pemikirannya sendiri ketika cuba meraih kepentingan politik kerana tidak ada negara yang maju hanya kerana judi," tambah Shahril.

Tiada pemimpin bukan Melayu bercita-cita jadi PM

Posted: 27 Nov 2011 05:54 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Nov: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman Umno dan beliau adalah Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng (gambar) berkata, yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia bukan Melayu.

"Malah, Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walaupun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia dan keahlian parti kita terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan.

"Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol," ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang dalam satu kenyataan.

Tegasnya, DAP bukan ancaman kepada orang Melayu tetapi Umno yang menjadi ancaman bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikapnya yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Menruutnya, dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, Umno mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit seperti pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan.

Selain itu, katatanya kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah.

"Selama ini Umno telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka," katanya.

Katanya lagi, ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal Melayu manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insuran, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu.
Dalam politik pula, ujarnya Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu, semua menteri besar dan ketua menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang.

Tambahnya, tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu.

Oleh itu, ujarnya ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua.

Majlis Perasmian Berkhatan Dun Tanjung Mas

Posted: 27 Nov 2011 05:53 PM PST












'Wasatiyyah' gagasan baru Umno lawan 1Malaysia?

Posted: 27 Nov 2011 05:51 PM PST

KUALA LUMPUR, 27 Nov: PAS melahirkan rasa hairan dan pelik apabila Umno yang selama ini terkenal sebagai parti bersifat perkauman cuba melancarkan gagasan wasatiyyah sebagai langkah ke arah mengambil jalan pertengahan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemunculan idea ini menandakan sesuatu yang tidak kena telah berlaku pada Umno masa kini.

"Adakah kemunculan gagasan wasatiyyah petanda Umno kini kian bergelora? Ataupun ada pemimpin yang tidak sabar menanti untuk menonjolkan kepimpinannya kepada ahli Umno sehingga melancarkan slogan baru yang lebih mudah difahami untuk memalukan slogan 1Malaysia yang sehingga kini masih belum difahami oleh rakyat.

"Apakah kerana ada pihak yang merasakan konsep 1Malaysia perdana menteri sudah hampir tenggelam sehingga mendorong mereka untuk mengemukakan idea gagasan wassatiyyah sebagai alternatif dan persediaan ke PRU13 tanpa slogan 1Malaysia? "katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas seminar kebangsaan anjuran Umno bertajuk 'Pemahaman Wasatiyyah dan 1Malaysia' sempena Perhimpunan Agung Umno 2011 di Kuala Lumpur semalam.

Sambil menegaskan bahawa wasatiyyah adalah satu asas penting selaras dengan gagasan Islam, namun apa yang dipersoal adalah kemampuan Umno untuk mengamalkan perinsip tersebut dalam keadaan perjuangan mereka tebal dengan sifat perkauman.

"Harus tegas diingatkan bahawa gagasan wasatiyyah wajib dibina di atas asasnya yang betul, yakni dasar dan paksi yang tidak bertentangan dengan prinsip Islam.

"Akan tetapi, mana mungkin parti yang bersifat tebal perkauman dan sering flip-flop seperti Umno dapat mengambil jalan tengah dalam pendekatan politik dan urus tadbir negara," katanya.

Beliau memberikan contoh, tindakan Umno yang membiarkan beberapa badan NGO pro mereka terutamanya Perkasa, memainkan sentimen perkauman ekstrem bermotifkan politik yang jelas mencerminkan gagasan wasatiyyah yang diutarakan hanyalah slogan kosong, sebagaimana berakhirnya gagasan Islam Hadhari dan lainnya.

Menurut Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah hanya akan dapat dicapai bilamana parti pemerintah melaksanakan sistem pemerintahan dengan adil dan saksama.

Selain itu, parti pemerintah mesti melaksanakan amanah yang diletakkan dengan menghayati seluruh sistem Islam kerana seluruh dasar Islam berpaksi kepada keadilan sejagat, tanpa mengira perbezaan warna kulit dan bangsa.

"Parti pemerintah juga diwajibkan melaksanakan perjanjian seperti pembayaran royalti minyak kepada Kelantan dan menghormati dan menjunjung dasar federalisme dalam Perlembagaan Persekutuan," tegas beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Walau apapun, kata Tuan Ibrahim, gagasan wasatiyyah yang disebut Umno hanya sekadar pemanis bicara bagi memberi ruang kepada segolongan intelek berbicara.

Gagasan itu ujarnya tidak lebih dari sekadar wacana dan seminar tanpa apa- apa tindakan dan pelan bertindak.

"Selagi Umno terus dan masih gagal menunaikan amanah dan gagasan sistem federalisme yang telah diterima pakai dalam sistem politik negara, lancarlah apa- apa slogan sekalipun kerana ianya tidak lebih hanya fatamorgana, kosong yang tidak mempunyai apa-apa makna kepada rakyat selain sebagai satu cubaan baru untuk memperdayakan mereka," tambahnya.

Himpunan Pemuda PAS Perak (HEMPAP 2011)

Posted: 27 Nov 2011 04:06 PM PST
















PRA OLIMPIK : MALAYSIA KECEWA DI TANGAN BAHRAIN

Posted: 27 Nov 2011 02:59 PM PST


Malaysia tewas 3 – 2 kepada Bahrain walaupun selesa mendahului 2 – 0 menerusi jaringan pemain muda berbakat Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli pada minit ke 29″ dan 68″
Bahrain yang mempunyai mental dan fizikal yang kental walaupun bermain dengan 10 orang pemain seawal minit ke 63″ tidak sesekali berputus asa dan penat lelah mereka  membuahkan hasil apabila berjaya menjaringkan 3 gol dalam masa 6 minit iaitu pada minit ke 80″, 85″ dan 86″.
Perlawanan lain menyaksikan Jepun menang tipis 2 – 1 ke atas Syria untuk memberikan 3 mata berharga buat negara matahari terbit itu.
Kedudukan dalam kumpulan bagi Kelayakan Olimpik 2012
Kelayakan Olimpik 2012

Tiada ulasan:

Pengikut