Jumaat, 4 November 2011

BLOG - BLOG PARTI UMNO

BLOG - BLOG PARTI UMNO


www.pemuda-enggang.org

Posted: 03 Nov 2011 11:44 AM PDT

www.pemuda-enggang.org


Allahuakbar! Polis haramkan Seksualiti Merdeka

Posted: 03 Nov 2011 02:55 AM PDT

Timbalan Ketua inspektor-polis Khalid Abu Bakar telah mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti anjuran penganjur ‘Seksualiti Merdeka’. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Sungai Besi hari ini, Khalid berkata polis akan mengambil tindakan terhadap program yang akan dijadualkan pada 9 hingga 13 … Continue reading

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri

Posted: 03 Nov 2011 11:42 AM PDT

YB Dato' Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri


TERCABAR LAGI.... SAMPAI BILA?

Posted: 02 Nov 2011 12:37 PM PDT

Gambar Hiasan

Assalamualaikum.

Sekali lagi negara dikejutkan dengan isu penganjuran Seksualiti Merdeka yang dilihat sebagai cubaan pihak tertentu untuk membuka ruang terhadap isu-isu seksual songsang dengan berselindung di sebali hak asasi manusia.

Semalam di Parlimen, beberapa Ahli Parlimen membangkitkan mengenai isu ini dengan ada yang menyifatkannya sebagai budaya binatang. Mungkin ramai yang tidak faham mengenai program tersebut dan kerana itu, reaksi segera mereka gagal dikesan. Program tersebut dikatakan mempromosikan budaya seksual yang bertentangan dengan Islam dan adapt timur yang sekian lama kita amalkan.

Malah, mereka yang terlibat menyokong program ini pula bukanlah calang-calang orang. Ia terdiri daripada NGO yang bertopengkan perjuangan hak asasi manusia selain individu yang dikaitkan dengan program ini adalah manusia yang sama terlibat dengan perhimpunan BERSIH yang diharamkan itu.

Walaupun sebagai seorang pengamal politik, saya tidak melihat isu ini dalam konteks berkenaan. Sebaliknya saya ingin melihat perkara tersebut sebagai seorang rakyat – di mana sebenarnya akibat daripada sikap orang kita sendiri, maka ada orang lain yang lebih berani melakukan sesuatu yang boleh mengancam, menghina dan mencetuskan keadaan yang diharamkan agama Islam yang Maha Suci.

Sudah acapkali umat Islam diuji dalam isu-isu yang sensetif tetapi mereka masih tidur dan lena. Oleh kerana itu, mereka mudah terbuai dan tidak sensetif dengan isu-isu yang melibatkan dengan kepentingan mereka.

Bagi rakyat yang fanatik, apa yang dilakukan oleh puak dan golongan sekutu mereka, mereka akan memplaster mulut dan tutup telinga. Mereka tidak berminat. Inilah manusia yang sentiasa memakai topeng. Dan, ini jugalah cabaran serta masalah yang sedang dihadapi oleh umat Islam sebenarnya.

Oleh itu, saya menyeru kepada rakyat agar lebih sensetif terhadap isu berkenaan dan tidak memandangkan sebagai hanya perkara terpencil. Bagi saya, ini adalah satu ancaman dan cabaran kepada rakyat dan umat Islam.

Ingat, ada hal-hal yang boleh kita kompromosi, namun ada hal-hal tertentu pula, kita tidak boleh bertolak ansur, apatah lagi ia berada pada tahap yang melampau.

Kita telah berada di dalam sebuah negara Malaysia yang sangat aman damai. Oleh kerana itu, jangan ada mana-mana pihak yang cuba meragut keamanan dan keharmonian itu dengan menganjurkan acara yang bukan-bukan di negara ini.

Sedarlah, kita sedang diperhati dan setiap ruang kelemahan kita akan diambil kesempatan oleh manusia yang tidak pernah tahu bersyukur itu.

Sedarlah rakyat.

Tiada ulasan:

Pengikut