Isnin, 28 November 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


Anwar Ibrahim

Posted: 27 Nov 2011 07:23 PM PST

Anwar Ibrahim


Kongres Nasional PKR: Menggilap Perjuangan Rakyat

Posted: 27 Nov 2011 08:36 AM PST

Merdeka Review

“Perjalanan yang kita ambil dari Masjid Negara ke Dataran Merdeka hanya mengambil masa 15 minit, dan kita sampai ke Dataran Merdeka untuk mengisytiharkan satu proklamasi untuk berjuang. Dan ramai di kalangan kita telah berjalan bukan 15 minit, tetapi 13 tahun sampai hari ini.”

Demikianlah kata-kata Naib Presiden PKR Tian Chua, mengimbau nostalgia kelahiran parti KEADILAN dalam gerakan Reformasi, yang bermula pada September 1998.

Tian Chua berkata, ramai yang tidak kenal secara peribadi Anwar Ibrahim, tidak lebih sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri Barisan Nasional yang dipecat dari kerajaan, 13 tahun lalu. “Beliau tidak tinggalkan pesan tentang rancangan bagaimana kita tawan kerusi-kerusi. Tidak ada mesej tentang bagaimana kita harus berjuang. Rakyat yang mengatur sendiri. Aktivis-aktivis dari bawah yang memberanikan diri untuk berdepan dengan penindasan. (Ramai antara mereka) …yang mengorbankan pekerjaan, bahkan keluarga dan segala-galanya untuk mencapai kejayaan.”

Kata-katanya disambut dengan tepukan gemuruh, dalam sesi penggulungan Kongres Nasional PKR yang berlangsung di Pulai Springs Resort, petang tadi. Tian Chua sempat mengaitkan gerakan reformasi dengan senario politik di dunia, menyaksikan bagaimana Revolusi Jasmin yang berlaku di Timur Tengah sehingga membawa kepada Arab Spring.

“Rakyat bangkit, yang 99% tuntut hak keadilan dari 1%,” katanya dengan tegas, malah beliau yakin “sejarah telah mentakdirkan gerakan rakyat ini akhirnya akan menang.”

Mendengar dari akar umbi

Mengambil iktibar dari Barisan Nasional, Tian Chua menggesa agar pemimpin mendengar kepada rintihan rakyat, dan bukannya pakar-pakar dari syarikat perhubungan awam seperti APCO sekiranya berkuasa. “Kita nak selesaikan masalah transport, tanya pemandu teksi; kalau kita nak selesaikan isu penternakan lembu, tanyalah penternak lembu; kalau kita nak selesaikan masalah beras, tanyalah petani-petani! Kita harus sentiasa pastikan, parti ini harus sentiasa ada proses mendengar dari akar umbi!”

“Perjuangan rakyat” menjadi tema yang ditonjolkan dalam sesi penggulungan Kongres Nasional PKR, yang berkemungkinan besar kongres terakhir untuk parti itu sebelum PRU 13. Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail, (gambar kiri) mengimbas liku hidupnya 13 tahun yang lalu, khususnya selepas Anwar Ibrahim dipenjarakan.

Wan Azizah mengakui dirinya terkesan dengan beberapa insiden, antaranya seorang makcik yang bertubuh bongkok datang ke ceramah dan menghulurkan wang satu ringgit untuknya. Ketua Umum Anwar Ibrahim yang berucap di akhir Kongres, turut membangkitkan beberapa kisah yang menyentuh hatinya ketika turun ke gelanggang.

Misalnya, seorang Tok Lebai yang datang dengan pakaian yang lusuh, menyerah satu sampul, yang diketahui isinya ialah RM1000 hanya selepas beliau membukanya dalam kereta. Beliau juga tersentuh apabila seorang Cina yang beredar setelah ceramahnya bermula, yang disyakinya sebagai ahli MCA. Namun, orang Cina itu kembali dengan motornya, membawa ubat batuk dan gula batuk kepadanya, kerana mendapati suaranya sudah serak.

Anwar (gambar kanan) mengakui dirinya dinasihati Wan Azizah untuk mengurangkan aktivitinya baru-baru ini, kerana kesakitan bahagian pinggangnya dan batuk. Namun, beliau mendakwa bahawa rakyat di bawah adalah “ubat”-nya, ketika beliau turun dan merenung mata-mata rakyat di akar umbi. Anwar turut mengingatkan, ratusan ribu rakyat yang terlibat dalam perjuangan ini, dan mereka tidak mendapat sebarang habuan atau manfaat.

Beliau sempat mengisahkan pengalaman Naib Presiden PKR Nurul Izzah, juga anak perempuannya, yang sedikit khuatir apabila ahli korporat besar seperti Tony Ferdenandez, adik Najib dan jutawan yang ramai turun untuk berkempen di kawasannya, iaitu Lembah Pantai.

Secara terus-terang Anwar Ibrahim menyatakan bahawa usah diharapkan korporat besar akan menyokong perjuangan PKR, kerana mereka mempunyai kepentingan yang dilindungi kerajaan Barisan Nasional. Berulang-kali beliau mengingatkan, “Siapa yang sokong kita? Pemandu teksi, pekerja di kilang, peniaga kecil…”

Khalid segan berdepan dengan Syed Husin Ali

Khalid Ibrahim mengakui bahawa dirinya memikul cabaran yang besar selepas menyandang jawatan Menteri Besar Selangor, dan beliau sentiasa berhati-hati kerana sedar kesalahan dirinya akan meruntuhkan usaha-usaha dalam reformasi.

Khalid Ibrahim (gambar kiri) mengakui bahawa dirinya “hormat kepada Anwar Ibrahim”, tetapi “segan bila berdepan dengan Syed Husin Ali (bekas Timbalan Presiden PKR)”. Beliau sedar bahawa penampilan dirinya lebih sebagai ahli korporat, dengan pakaian yang agak jenama, tali leher dan sebagainya, pernah diragui sama ada berkemampuan untuk memikul tugas “Merakyatkan Ekonomi”. Sambil berseloroh beliau berkata dirinya tidak main golf, beliau mengisahkan bagaimana misi “merakyatkan ekonomi” itu disempurnakan melalui urus tadbir ekonomi yang baik, “minda korporat, rakyat di hati”, kata Khalid Ibrahim.

Isu paling besar Melayu: Ketidaksamarataan

Di samping itu, Khalid Ibrahim menegaskan bahawa ketidaksamarataan adalah isu yang paling besar untuk Melayu. “Saya mula-mula tidak mahu bercakap seperti saudara Iskandar, yang mengatakan bahawa masalah orang Melayu sudah mula takut. (Kononnya) ‘kita mesti tunjukkan kita menjuarai isu Melayu untuk tarik balik sokongan Melayu’.”

“Kita bukan Ibrahim Ali, saya tak mahu campur dalam kumpulan tersebut,” tekannya dengan yakin. Malah, Khalid berkata dirinya bersedia untuk menjelaskan kepada masyarakat Melayu, tentang apa masalahnya dengan Dasar Ekonomi Baru. Beliau berkata, negara kita kaya, tetapi kelemahan itu disebabkan urus tadbir yang tidak baik. Lebih-lebih lagi, penyebaran maklumat tersekat kerana diserang oleh media arus perdana.

“Kelemahan Johor kerana Melayu mempercayai apa yang disebarkan Utusan Malaysia,” katanya dengan nada menyindir, sambil menyuntik semangat bahawa urus tadbir baik di Selangor akan diteruskan di negeri Johor – menyuntik semangat kepada Pakatan Rakyat untuk menawan kubu UMNO-BN ini dalam PRU 13.

Akta Pekerjaan: MTUC Mahu MOU Dengan Pakatan

Posted: 27 Nov 2011 08:29 AM PST

Malaysiakini

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang untuk membentuk perjanjian persefahaman dengan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan pindaan kontroversi ke atas Akta Pekerjaan.

Setiausaha kewangan MTUC, Alias Awang berkata, pemimpin Pakatan perlu menandatangani perjanjian persefahaman dengan MTUC untuk menyatakan sokongan yang lebih bulat ke atas usaha untuk memansuhkan undang-undang tersebut.

Dalam ucapannya di Kongres Nasional PKR hari ini, Alias berkata, beliau juga akan membawa usul untuk membentuk memorandum persefahaman itu di perhimpunan MTUC Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 2 Disember depan.

“Saya akan bawa usul, kita akan beri cadangan kepada Pakatan,
kena buat MOU untuk kita tunjukkan keikhlasan… Awak tolong saya, saya akan tolong awak,” katanya lagi.

“Beliau yang mengisytiharkan perang ke atas kerajaan yang meluluskan undang-undang berkenaan juga berkata, MTUC akan membuat keputusan untuk menyokong parti yang usaha menarik balik undang-undang berkenaan.

Tambahnya, MTUC juga akan meneruskan siri perhimpunan untuk membantah pindaan ke atas Akta Pekerjaan yang diluluskan Dewan Rakyat sebelum ini.

Alias berkata, perhimpunan besar itu dijangka diadakan di hadapan bangunan Parlimen apabila undang-undang berkenaan diluluskan Dewan Negara pada 12 Disember, katanya dalam perbahasan di Kongres Nasional PKR hari ini.

Dalam ucapannya, Alias turut meminta para perwakilan supaya memberi sokongan penuh untuk hadir ke perhimpunan berkenaan, disambut dengan laungan “sokong pekerja” oleh para perwakilan berkenaan.

Tambahnya, parti dalam Pakatan perlu menyokong bantahan berkenaan memandangkan golongan pekerja membentuk sejumlah lima juta daripada keseluruhan jumlah pengundi.

“Kalau biarkan (pekerja) berjuang tanpa sokongan saya takut mereka beralih sokongan,” kata ahli PKR itu lagi ketika membahaskan usul memartabatkan kaum pekerja.

Dewan Rakyat sebelum ini meluluskan Rang Undang-undang Pekerjaan (Pindaan), yang mengandungi 22 pindaan dan 17 peruntukan baru dengan dua seksyen dimansuhkan.

Rang Undang-undang itu dijadual dibentangkan di Dewan Negara pada persidangan Disember ini.

Amendments Just a “Sleight of Hand”, Govt Must Withdraw Assembly Bill – PKR

Posted: 26 Nov 2011 08:47 PM PST

Malaysia Chronicle

Minister in the Prime Minister’s Department Nazri Aziz confirmed that the Cabinet has agreed to make 8 amendments to the controversial Peaceful Assembly Act, but PKR leaders flayed him and the Najib administration for trying to manipulate the issue.

“The Bill must be withdrawn. Extensive changes are required. Amendments by the government are expected to be a sleight of hand calculated to appease public anger,” N Surendran, PKR vice president, told Malaysia Chronicle.

“It is clear the government has no intention to lift the ban on street protests, which is the key grievance. Protests will proceed until the government recognizes the people’s right to assemble and gives full effect to Article 10 of the Federal Constitution.”

He was commenting on a Berita Harian report that quoted Nazri as saying that 8 amendments would be made on Tuesday when Parliament convened for the second reading of the Bill.

Another Najib “sleight of hand”

The Peaceful Assembly Bill was first proposed by Prime Minister Najib Razak in September to appease public anger over his excessively harsh crackdown on peaceful demonstrators at the July 9 Bersih 2.0 rally for free and fair elections.

But instead of agreeing to greater democratic space, Malaysians were shocked when the PM tabled a Bill for first reading earlier this week that contained even more repressive conditions for public gatherings than in Myanmar, which allows street protests.

The Malaysian bill was also condemned for giving the police too much power and discretion over the people’s freedom.

“There is only one solution – to withdraw, not amend. There are no redeeming factors at all in this Bill,” PKR director of legal affairs Latheefa Koya told Malaysia Chronicle.

A slew of protests on the cards

Initially, Najib and his cousin Home Minister Hishammuddin Hussein defended the Bill vehemently, with Najib saying it was a “revolutionary” law and a “giant leap” while Hisham, who controls the police, said there was “no way” the government would retract the law due for final reading next Tuesday.

That prompted the mushrooming of several civil society groups including the Freedom to Campaign led by law professor Wong Chin Huat and the Bar Council to organize various demonstrations and candlelight vigils.

With public sentiment fast souring, the Najib administration began to back-track, blaming Nazri for the excessive conditions on the basis that Najib had been overseas and was not aware. That was condemned as a”flimsy excuse” to save face for Najib.

However, what concerns Malaysians most now are the amendments that will be made. There is fear that these will be cosmetic and are highly unlikely to pass muster with the Bar Council. Nor are the civil society groups likely to take kindly to any form of “manipulation” by the Najib administration to slip in extra provisions to enable their coalition to cling to power in the event they lose the next general election.

“How can the government be so sloppy. The Bill is full of loopholes and in the first place, it was not necessary. All we needed was to practice Article 10 in the full spirit in which is was written,” PKR vice president Tian Chua toldMalaysia Chronicle.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Penyenaraian Dedah Felda Kepada Risiko Monopoli

Posted: 26 Nov 2011 08:40 PM PST

Keadilan Daily

Penyenaraian Felda di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) mendedahkan Felda kepada risiko dimonopoli individu tertentu, kata perwakilan Gombak, Mohamad Saleh.

Dalam perbahasan menyokong ucapan dasar Presiden, Saleh berkata, penyenaraian itu bertentangan dengan tujuan asas penubuhan Felda iaitu mewujudkan skim tanah rancangan bagi menjaga kebajikan peneroka.

"Kita bimbang penyenaraian di BSKL akan terjadi kepada Felda seperti yang menimpa Syarikat Beras Nasional (Bernas)," katanya yang juga bekas peneroka Felda Taib Andak.

Tambah Mohamad Saleh, aset Felda bertambah kepada 50 syarikat usahasama korporat dengan aset 360 000 hektar tanah, namun hakmilik tanah sebahagian peneroka masih belum diperoleh.

Bahkan, hutang bertimbun peneroka perlu dilangsaikan oleh generasi kedua Felda.

"Sampai ada orang kata, kalau masuk (skim) Felda ini, tujuh kali mati dan tujuh kali hidup semula pun, hutang masih tak boleh habis.

"Berbanding pengurusan kerajaan Selangor, dia jaga orang Selangor dari lahir sampai masuk ke liang lahad,' katanya berseloroh disambut gelak ketawa perwakilan.

Tiada ulasan:

Pengikut