SelamatHariJadi Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir pada hari ini , tanggal 25 NOVEMBER 2011.
Semoga Dato' sekeluarga terus dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dalam iman, dilimpahi rezeki yang halal dan dilindungi dengan Rahmat Allah sepanjang masa ... Amin Ya Robbal A-laminnn ... .
(Sila Klik Gambar Untuk Enlarge) .
Di bawah ni pula doa khusus dari AloQStaQBlog untuk Dato' Mukhriz :
SELAMAT BERJUANG DATO' MUKHRIZ UNTUK MENGHADAPI PRU13 YANG BAKAL MENJELANG, SEMOGA KEDAH DAPAT DIRAMPAS KEMBALI DARIPADA PAKATAN RAKYAT - DAN SEMESTINYA ALOQSTAQBLOG MENGIMPIKAN& MENGHARAPKANMB KEDAH PASCA PRU13 NANTI ADALAH INSAN YANG BERNAMA : YAB DATO' MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR.
Aminnnn ! ....
InsyaAllah kita akan berjaya seandainya kita berusaha 10x ganda lebih daripada usaha musuh.
(Dato' ... dah ditaqdirkan tarikh birthday kita sama, brooo !!! ... Hehe , suatu kebetulan yang saya amat-amat hargai DAN bersyukur pada Allah !)
AloQStaQ
25 November 2011 (Hari Birthday DMM & AS) 2:22 Pagi Malam Jumaat (Selepas dapat Hadiah Special! haha!)
Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah dalam satu forum di hadapan sekumpulan pelajar Indonesia di republik itu pada 30 Julai lalu.
Punahsihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan. Baca di sini...
Hari ini Timbalan presiden PKR, Azmin Ali mempersendakan Anwar Ibrahim dengan menyatakan berikrar menyatakan Anwar Ibrahim akan jadi PM ketujuh! Pada hakiktnya beliau tahu Anwar kini berdepan dengan hukuman penjara berhubung tuduhan liwat.
Ya betul Azmin... Anwar akan jadi PM ke tujuh... tapi di Sungai Buluh la hahaha... Angkuh dan Besar betul angan-angan Mat Jenin ni... PKR baru perintah satu negeri, itupun jadi boneka di Selangor... ada hati nak pegang satu Malaysia pirah!!
Dibawah kenyataan Azmin yang kononnya PKR mampu mengantikan UMNO di Kongres PKR!
PKR dan Pakatan pula sebaliknya telah bersedia untuk menggantikan Umno dan BN dengan tawaran dalam manifesto Buku Jingga dan juga belanjawan alternatifnya, kata Azmin yang turut menyebut mengenai pencapaian pentadbiran di Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor.
PKR juga bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos bahawa hanya Umno yang boleh membawa kesejahteraan kepada rakyat.
"Hari ini, PKR sudah bersedia untuk menerajui gerakan rakyat untuk memecahkan mitos ini. PKR akan menerajui Malaysia tanpa Umno," katanya.
Tak payah kencing banyak lah.. tunaikan dulu manifesto yang belum tertunai!!!
Pemuda Barisan Nasional (BN) hari ini menyambut baik transformasi kerajaan dan juga transformasi politik Datuk Seri Najib Razak yang dilihat seiring dengan hala tuju serta pendirian institusi tersebut.
Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata langkah kerajaan membatalkan tiga pengisytiharan darurat di Parlimen hari ini serta serta pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan pindaan kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta pelbagai langkah lain merupakan satu langkah yang sesuai dengan generasi muda.
"Hari ini saya dan rakan-rakan rasa bangga sebab suara kita didengari oleh Perdana Menteri yang mana suara kita diambil kira dan pandangan kita sudah menjadi kenyataan hari ini samaada ISA, kebebasan akhbar, kebebasan untuk berhimpun dan lain-lain lagi.
"Pemuda BN gembira dan kita rasa hala tuju yang dibawa selama ini ada hasilnya apabila program transformasi kerajaan atau politik Datuk Seri Najib selari dengan kehendak kita yang mewakili generasi muda," katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda BN di PWTC, Khamis.
Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO seterusnya menambah program transformasi politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merangkumi langkah-langkah mengukuhkan lagi demokrasi yang memberi kebebasan kepada rakyat adalah sedikit sebanyak hasil daripada laporan makmal Pemuda.
"Secara spesifiknya telah dengar daripada cadangan Pemuda BN melalui laporan makmal kita, melalui pendirian politik kita dan sekian lama beberapa pendirian untuk kerajaan memahami tuntutan zaman untuk kukuhkan demokrasi kita dan kita hormati dan julang kebebasan demokrasi kita.
"Apa yang kerajaan laksanakan hari ini adalah satu langkah tambahan di samping ucapan Datuk Seri Najib pada hari Malaysia baru-baru ini yang telah umumkan pemansuhan ISA dan akta kediaman terhad serta pindaaan kepada akta mesin cetak.
"Ini semua menjurus kepada transformasi kerajaan yang sesuai dengan tuntutan generasi muda hari ini. Generasi muda pada hari ini walapun masih lagi mementingkan kestabilan dan keselamatan tetapi menganggap hak asasi dan kebebasan dan juga demokrasi sebagai satu tunggak yang penting dalam permintaan mereka," katanya.
Serentak dengan itu, Khairy pada sidang media berkenaan turut mengumumkan secara rasmi slogan "BN Pilihan Orang Muda" untuk pilihan raya kali ini yang memberi kebebasan kepada generasi muda untuk memilih pada masa akan datang.
"Kita tidak paksa dan kita cari satu slogan yang segar yang menghormati kebebasan dan hak serta pilihan yang ada pada orang muda untuk menentukan kerajaan pada masa akan datang.
"Oleh sebab itu dengan transformasi politik hari ini kita juga umumkan "BN Pilihan Orang Muda" sebagai slogan kita yang menjadi satu-satunya tumpuan untuk kita terus dengan kempen kita, transformasi kita, touch point kita atau pelbagai program lain yang akan kita anjurkan untuk wujudkan touch point," katanya. -MediaUMNO
Lamanweb peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak www.1malaysia.com.my telah digodam awal pagi semalam dan sehingga kini masih dalam penyelenggaraan..
Penggodam meninggalkan nota yang mendakwa laman web tersebut digodam oleh "Tofan Batam". Batam adalah sebuah kepulauan Indonesia di selatan Singapura.
Penggodam turut meninggalkan gambar bendera Malaysia sedang dikencing atasnya oleh pihak tertentu.
Tindakan itu katanya tidak melibatkan kandungan penulisan atau bahan lain tetapi bersifat 'defacement' iaitu mengubah visual laman web berkenaan.
Kemahiran seperti itu biasanya dimiliki 'system crackers' yang akan menceroboh masuk ke pelayan web (server) dan mengubah rupa hadapan sesuatu laman web itu.
Kejadian itu dapat dikesan dengan pantas dan laman web 1Malaysia ditutup untuk sementara waktu.
Bagaimanapun pihak kerajaan tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak.
Anwar Ibrahim menyampaikan ceramah dalam satu forum di hadapan sekumpulan pelajar Indonesia di republik itu pada 30 Julai lalu.
Punahsihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.
Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.
Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.
''Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.
''Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),'' katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.
Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.
Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
''Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
''Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,'' katanya.
Dalam pada itu beliau menyelar tindakan pihak berkuasa Malaysia menahan enam orang termasuk seorang Ahli Parlimen kerana disyaki menjadi pendukung fahaman komunis.
Soal beliau, adakah wajar mereka yang dikatakan pendukung itu dipenjarakan seperti mana kesalahan memukul orang.
Puak DAP serpihan dari PAP Singapura memang dari dulu lagi kita kenali sebagai parti yang rasis, sombong dan angkuh! Mereka ni pantang berkuasa... Bila berkuasa mereka akan menjadi raja kepada segalanya!
Terbaru, Polis akan mengambil keterangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar Ng Wei Aik berhubung laporan polis yang dibuat oleh seorang wanita terhadap wakil rakyat itu yang didakwa menghina dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap suaminya.
Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob berkata, polis juga akan memanggil beberapa saksi lain untuk direkodkan keterangan mereka.
"Satu kertas siasatan telah dibuka bagi menyiasat, kita akan panggil mereka yang terbabit dengan kejadian itu termasuk ADUN berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Program Hari Bertemu Pelanggan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang semalam.
Peniaga barangan lusuh, Sarimah Packeer Mohamed, 43, semalam membuat laporan polis mendakwa Ng telah mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina suaminya seorang warganegara Bangladesh di hadapan orang ramai ketika membuat lawatan ke kawasan kebakaran rumah kedai di Jalan Gudwara kemarin.
Langkah kerajaan untuk meminda Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 bukan sahaja satu pengiktirafan kepada mahasiswa tetapi juga menunjukkan langkah tersusun kerajaan ke arah mengasah bakat kepimpinan mahasiswa di negara ini.
Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim berkata jika sebelum ini pindaan akta itu membolehkan mahasiswa terlibat di dalam pertubuhan belia, namun komitmen kerajaan hari ini bakal memberi peluang yang lebih luas kepada golongan berkenaan.
Menurut beliau mahasiswa perlu mengambil kesempatan berkenaan dengan memiliki serta mengambil ilmu pengetahuan yang cukup dalam usaha menonjolkan kepimpinan serta idea mereka.
"Kita buat ini sebab kita iktiraf kepimpinan mereka dalam usaha untuk mematangkan mereka dalam persatuan di luar kampus. Peringkat seterusnya sudah tentu untuk mereka dedahkan kepada politik sebenar.
"Ianya adalah satu galakan dan pengiktirafan kepada mahasiwa untuk terlibat secara langsung dalam proses pembinaan negara dan saya menaruh harapan tinggi agar ianya tidak digunakan kesempatan untuk sebaliknya.
"Inilah peluang yang diberikan kepada mahasiswa untuk menunjukkan kematangan tanpa membiarkan diri mereka dimanipulasi oleh mana-mana pihak. Ini secara tidak langsung merupakan bukti transformasi yang cuba dilaksnakan oleh Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan benar-benar serius menjelang negara maju 2020," katanya.
Razali yang juga Timbalan Pengerusi Pemuda BN seterusnya menambah langkah berkenaan juga seiring dengan pendirian pergerakan itu yang mahu perkara tersebut diteliti dan dinilai semula demi kepentingan mahasiswa.
"Isu pindaan terhadap AUKU ini telah dibuat sejak daripada dulu lagi…..Rakyat kena mengimbau perkara ini bukan perkara yang disebut semalam.
"Tambahan pula Pemuda BN berulang kali menyatakan pandangan bahawa sudah sampai masa untuk kita melihat semula AUKU ini dan akhirnya dilaksanakan dan rakyat kena ambil kira bahawa bukan hanya kenyataan politik tetapi kesungguhan itu telah ditunjukkan oleh kerajaan selepas ianya diperkatakan bertahun lamanya… pada kita dia hanya bercakap," katanya.
Beliau seterusnya berkata ianya adalah waktu terbaik untuk mahasiswa mengambil terhadap pengiktirafan tersebut.
"Ini adalah kesempatan yang cukup baik untuk digunakan dan saya harap sekali lagi tidak akan ada mana-mana pihak yang akan mempolitikkan perkara ini apabila mahkamah membuat keputusan di mana kerajaan memutuskan untuk membawa perkara ini ke peringkat seterusnya sebagai satu proses perundangan.
"Saya rasa tidak ada kena mengena dengan kes yang sedang berlangsung kerana selepas satu persatu pengiktirafan kepada hak bersuara di kalangan rakyat dilakukan di bawah transformasi politik Perdana Menteri," katanya. -MediaUMNO
Pergerakan Pemuda Umno akan membincangkan isu berkaitan transformasi politik dan persiapan menghadapi pilihan raya umum pada Perhimpunan Agung Umno 2011 yang akan bermula Selasa depan, kata ketua pergerakan itu Khairy Jamaluddin.
"Semangat kita tinggi untuk membincangkan dua isu tersebut pada perhimpunan nanti," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Pemuda Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari Khamis.
Khairy berkata rakyat seharusnya lebih menghayati dan menyokong transformasi politik yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia merangkumi langkah-langkah yang boleh mengukuhkan lagi demokrasi negara.
Beliau berkata Pemuda BN membuat ketetapan menyokong konsep 'calon boleh menang' yang ditekankan oleh Perdana Menteri.
"Kita juga harap konsep ini diterima oleh semua dan tidak ada mana-mana pihak yang akan pertikaikan pemilihan calon oleh kepimpinan parti komponen dan juga pengerusi BN sendiri," katanya.
Khairy juga menyambut baik pindaan terhadap Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik.
"Ini salah satu permintaan Pemuda di mana satu kebebasan politik diberikan kepada mahasiswa. Saya gembira kerana hala tuju yang dibawa selama ini sudah nampak hasil apabila program transformasi politik itu selari dengan generasi muda dan tuntutan zaman," katanya.
Sementara itu, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN turut mengumumkan slogan rasmi Pemuda - 'BN Pilihan Orang Muda' bagi pilihan raya akan datang.
"Kita cari slogan yang segar bagi menghormati kebebasan dan hak yang ada pada orang muda untuk pilih kerajaan akan datang," katanya.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita berhubung kenyataan Prof Dr Abdul Aziz Bari, yang mengatakan akaun Majlis Agama Islam (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak diaudit.
Baginda bertitah kenyataan pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu adalah tidak tepat.
Tuanku turut menasihatkan Aziz agar tidak membuat sebarang kenyataan kerana ia mengundang kekeliruan dan keresahan di kalangan rakyat terhadap integriti MAIS dan Lembaga Zakat Selangor.
Titahnya, Aziz perlu mendapatkan fakta yang tepat dan betul sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Beta sangat dukacita apabila dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Aziz ada membuat kenyataan bahawa akaun MAIS dan LZS tidak diaudit dan bebas daripada diaudit.
"Kenyataan beliau ini adalah tidak tepat kerana Beta disembah maklum bahawa akaun MAIS dan akaun LZS telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan mendapat Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara pada setiap tahun serta akan terus diaudit oleh Jabatan Audit negara pada tahun-tahun akan datang.
Integriti MAIS
"Beta harap Prof Aziz jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum mendapatkan fakta-fakta yang tepat dan betul," titah baginda.
Baginda menyampaikan titah berkenaan ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) lain.
Aziz dalam laporan media 11 November lalu dilaporkan berkata, Sultan Selangor telah melampaui kuasa dengan menitahkan Adun untuk meluluskan rang undang-undang tanpa dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Julai lalu.
Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Selangor semua Adun meluluskan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 yang membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam.
Aziz yang juga seorang pakar perlembagaan berkata, perlembagaan tidak memberikan apa-apa kuasa kepada Sultan.
Beliau merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan – Perkara 3 (2) dan Seksyen 1 (2) (d) Jadual Kelapan – dengan jelas menyatakan bahawa walaupun Sultan mempunyai kuasa budi bicara dalam hal Ehwal Islam dan Agama Melayu, namun ia tidak menyentuh aspek perundangan.
MAIS bidas laporan
Sementara itu, Selasa lalu MAIS menjelaskan dakwaan bahawa laporan kewangan tahunan tidak perlu diaudit adalah tidak tepat.
Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata laporan kewangan tahunan MAIS disatukan telah disediakan dan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara setiap tahun dan MAIS dari 1997 hingga 2010 telah mendapat pengiktirafan sijil bersih melalui Sijil Ketua Audit Negara.
Beliau merujuk kepada laporan berita FMT berkenaan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011.
Pada 10 November, FMT melaporkan bahawa pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam – FMT
CyberSecurity Malaysia hari ini menasihatkan para pembeli-belah dalam talian agar berhati-hati apabila berkongsi maklumat memandangkan serangan keselamatan siber kini kian meningkat.
Ketua Pegawai Eksekutif Prof Datuk Husin Jazri berkata antara Januari dan Ogos, sejumlah 13,173 jenayah siber seperti penipuan, komplot dan cubaan pencerobohan terhadap pengguna internet telah dilaporkan kepada CyberSecurity Malaysia.
"Berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas, kami hanya menerima 6,206 insiden yang bermakna jenayah telah meningkat 112 peratus tahun ini," katanya dalam taklimat media bersama mengenai Keselamatan Beli-belah Dalam Talian dan Mudah Alih dengan PayPal.
Husin berkata kes-kes penipuan ialah penyumbang utama kepada jenayah siber yang menguasai 35 peratus atau 4,574 kes, sementara penipuan pembelian dalam talian 12 peratus atau 565 insiden dari Januari hingga Oktober.
"Penipuan yang dijalankan dalam talian kini sudah sama dengan penipuan di jalanan dan internet. Oleh itu, peluang untuk mendapatkan semula wang amat tipis," katanya.
Bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pengguna, terutamanya pembeli-belah dalam talian, CyberSecurity Malaysia telah berganding bahu dengan Paypal untuk menyediakan peringatan kepada para pembeli-belah Malaysia.
Sebagai sebahagian daripada kempen, mereka akan menjalankan kempen kesedaran bersama untuk berkongsi tip-tip keselamatan di radio, media cetak dan dalam talian.
Pengarah urusan PayPal (Asia Tenggara dan India) Elias Ghanem berkata kerjasama ini akan mempromosikan Disember sebagai bulan beli-belah dalam talian yang selamat kerana ia merupakan musim puncak untuk rakyat Malaysia membeli-belah dalam talian yang mengambil peluang akan tawaran istimewa yang ditawarkan.
"Bagi kekal selamat sepanjang tempoh beli-belah dalam talian yang paling sibuk ini, kami menggesa agar mereka mengamalkan "membeli-belah tanpa amalan perkongsian" dan mendapatkan perlindungan pengguna, terutamanya ketika membeli dari laman sesawang seberang laut," katanya.
Ghanem berkata PayPal turut menawarkan dasar perlindungan pembeli yang melindungi para pembeli dalam talian jika mereka tidak menerima barangan yang mereka beli dari laman sesawang yang menerima PayPal atau mereka menerima barangan yang berbeza daripada yang terdapat di laman sesawang.
PayPal ialah perniagaan e-perdagangan berpangkalan di AS, penyedia untuk cara yang lebih cepat dan selamat untuk membayar dan mendapat pembayaran dalam talian.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda dengan sikap segelintir rakyat di negeri ini yang mengkritik dan mencaci pihak polis yang menjalankan tanggungjawab mereka.
Baginda bertitah perbuatan itu patut dielakkan kerana suasana harmoni dan selesa yang dirasai masyarakat berbilang kaum di Selangor selama ini adalah hasil usaha pasukan keselamatan yang berjaya menjaga keamanan dan kesejahteraan.
"Ada juga rakyat yang sengaja tidak mahu mendengar dan degil dengan arahan-arahan pihak polis bagi mengelak kekacauan dan huru-hara.
"Anggaplah polis sebagai rakan kita yang sanggup berkorban untuk membantu membanteras jenayah dan bukannya pihak yang menyusahkan rakyat," titah baginda ketika merasmikan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam yang baru, hari ini.
Turut hadir Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Bernama melaporkan, Sultan Sharafuddin menasihatkan anggota polis supaya menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ditetapkan dan tidak menyalahgunakan status demi kepentingan peribadi.
Baginda menarik perhatian bahawa polis sering dipersalahkan oleh pihak tertentu yang cuba memburukkan imej pasukan keselamatan itu di mata masyarakat.
Sehubungan itu, baginda meminta pihak polis menghindari gejala seperti rasuah, salah guna kuasa dan penyalagunaan dadah.
Sultan Sharafuddin bertitah, pihak polis harus lebih bertanggungjawab dan berhati-hati bagi memastikan bahan bukti untuk setiap kes yang dikendalikan dijaga rapi kerana kehilangan ataupun kerosakan bahan bukti boleh menjurus kepada pesalah terlepas daripada menerima hukuman sewajarnya.
"Kehilangan atau kerosakan barang bukti juga boleh menyebabkan integriti pihak polis dipersoalkan masyarakat," titah baginda yang turut mahu program polis bersama rakyat diperbanyakkan dalam usaha menangani kadar jenayah di Selangor.
Sementara itu, dalam ucapannya, Ismail berkata, sebanyak 37,702 kes jenayah dilaporkan antara Januari dan Oktober tahun ini berbanding 41,345 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Beliau berkata, penurunan itu ialah hasil kerja keras anggota polis selain bantuan masyarakat dalam menyalurkan maklumat mengenai jenayah menerusi khidmat laman web sosial facebook Polis Diraja Malaysia yang dilancarkan Mei lalu.
IPK Selangor yang siap dibina pada 19 Julai 2009 menempatkan, antara lain, IPD Shah Alam, pejabat pengangkutan dan bengkel kenderaan IPK dan IPD, lokap berpusat, dewan utama, stor barang kes dan bekalan serta mes pegawai.
Walaupun sentiasa menggambarkan parti mereka sebagai gah dan dominan, PKR sebenarnya adalah parti yang paling goyah dan gusar berbanding rakan-rakan sekutunya yang lain di dalam pakatan pembangkang untuk mempertahankan reputasi khususnya di negeri Selangor.
Bekas Setiausaha PKR Selangor, Mohd Nazmi Rosli berkata atas dasar itulah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) hingga Jun 2012.
Menurut beliau berbanding dengan negeri-negeri yang dikuasi oleh rakan sekutunya yang lain, tidak timbul syarat sedemikian rupa dan hanya sekadar menyatakan komitmen masing-masing untuk membubarkan serentak sesama mereka.
"Bukankah ini memberi bayangan kepada kita bahawa PKR sedang berdepan dengan ketidakyakinan mereka sendiri dan seolah-olah tidak konsisten berbanding sekutu mereka iaitu Pas dan DAP.
"Apa jua alasan yang diberikan itu sebenarnya adalah untuk menutup kegusaran mereka yang semakin hari semakin ditolak rakyat kerana gagal melunaskan segala tanggungjawab yang diamanahkan selain banyak masalah dalaman parti," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan sekalipun kerajaan Pusat bertindak membubarkan Parlimen pada Januari tahun depan untuk menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).
Kata Khalid, kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.
Mohd Nazmi seterusnya menambah PKR sebenarnya khuatir dan bimbang kawasan mereka akan kalah teruk berbanding dengan kawasan yang ditandingi oleh sekutu mereka yang lain.
Ini kerana katanya kepimpinan PKR telah pun sedar dan tahu selain masalah dalaman, tahap kepercayaan dan keyakinan umum kepada Datuk Seri Anwar merupakan faktor yang boleh mendorong pengundi menolak mereka.
"Sebab itu saya lihat Tan Sri Khalid mengeluarkan syarat berkenaan kerana beliau pun tahu soal ini dan berharap rakyat dapat membuka mata dan tidak tertipu dengan gaya serta lakonan politik PKR dan pembangkang hari ini," ujarnya. - Media-UMNO
Hari ini pendengar awam PSC sedang berjalan di Sabah dan inilah hasil pemikiran otak jumud DAP Melayu yang menjadi balaci Lim dan anak beranak
Seorang ahli DAP Sabah mncadangkan kepada PSC on electoral reforms - 1. Tentera di sempadan tak perlu undi 2. Jika tak dapat atasi masalah pengundi pos, rakyat luar negara tak perlu undi. Pendirian DAP yang dikemukakan oleh En Adris Taripan, ahli DAP Sabah sebentar tadi
Banjir: Jumlah mangsa di Kelantan meningkat kepada 1,892; Terengganu berkurangan kepada 1,236; Pahang 11 mangsa masih di pusat pemindahan Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Rumah yang dikatakan milik Saifudin bernilai RM73.3 juta di Australia
INILAH gambar sebuah rumah agam yang bernilai RM 73.3 juta yang dikatakan milik Setiausaha Agung PKR dan juga MP Machang Saifuddin Nasution yang terletak di Australia dan kalau benar ianya cukup mengejutkan untuk seorang MP biasa seperti Saifuddin Nasution ini kerana cala-calang orang yang boleh memiliki rumah yang semewah begini malah Saiffudin juga didakwa memiliki simpanan wang jutaan ringgit yang disimpan diluar Negara(ini kita akan dedahkan kemudian).
Saya terperanjat menerima gambar-gambar yang mendedahkan kekayaan serta kemewahan yang didakwa milik Saifuddin Nasution kerana mana mungkin MP yang melebelkan dirinya bersih bolah terlibat dengan pengumpulan harta dan kekayaan sebegini.Kalau benar ini rumahnya maka jelaslah Saifuddin adalah pemimpin munafik dan sesuai sangatlah berada di dalam parti munafik seperti PKR itu..
Sebelum ini blog ini pernah mendedahkan rumah mewah milik Saiffudin di Machang yang dibina dengan kualiti kayu bermutu tinggi hingga mencecah harga jutaan ringgit dan sebuah lagi rumah mewahnya di Setiawangsa,Kuala Lumpur malah kemampuan Saifuddin memiliki rumah-rumah sebegini mewah sukar diterima akal kalau bersandarkan kepada gaji ataupun pendapatan sebagai Ahli Parlimen.Dari mana datang wang sebanyak ini?
Saiffuddin sebelum ini cukup ghairah mendedahkan kononnya penyelewengan pimpinan UMNO dan Barisan Nasional rupanya menyembunyikan kebejatan moral yang cukup tersendiri dan Saifuddin kalau benar merasakan beliau seorang pemimpin yang bermoral,bebas dari rasuah dan penyelewengan,beliau harus tampil untuk menyanggah dan mempertahankan dirinya bahawa itu bukan rumah beliau dan beliau juga tidak mempunyai simpanan ringgit berjuta di luar Negara itu.Dan pendapatannnya hanya cukup makan untuk dirinya serta keluarga.
Sumber wangnya dari mana?
Kita juga terkejut atas dakwaan pemilikan rumah yang sebegini mahal harganya sedangkan rakyat di bawah pimpinannya masih hidup melarat di Machang dan meminum air yang tidak bersih dan berpenyakit.Namun Saifuddin hidup mewah dan membina kekayaan serta nama atas kemelaratan rakyat yang beliau jadi wakil rakyatnya.
Kalau dakwaan ini benar,kita boleh membuat kesimpulan bahawa Saifuddin yang selama ini terkenal dengan imej Islamik enggan meninggalkan parti PKR yang tidak bermoral itu kerana beliau memperolehi kekayaan yang cukup luar biasa dan tujuh keturunan keluarganya tidak akan kebulur ataupun merempat walaupun satu hari nanti beliau bukan lagi sebagai MP ataupun Setiausaha Agung PKR.
Mungkin kerana pengorbanannya untuk terus bersama PKR di saat rakan-rakan beliau seorang demi seorang meninggalkan parti itu,Saifuddin tetap bertahan dan Saifudin diberikan ganjaran sebesar ini.Dan hebatnya semua pemimpin PKR ini dilihat terlalu banyak sumber kekayaan mereka.
Rumah di Machang...
Malah kalau dikaji orang-orang yang berada di sekeliling Anwar selain daripada Saifuddin termasuklah Rahim Ghaouse dan beberapa orang lagi sanggup menjadi hamba abdi kepada pemimpin PKR itu kerana mereka memperolehi kekayaan dunia dan berbaga-bagai lagi kemudahan.
Malah anak Anwar sendiri Nurul Izzah mempunyai simpan tetap di salah sebuah Bank di Israel dan sehinggga kini Nurul Izzah berdiam diri dan tidak mengambil tindakan apa-apa terhadap laporan simpanan kewangannya itu yang didedahkan.
Bahawa seorang penyokong Malaysia Missing! Selepas menonton Final Match bola sepak... (Ahmad Fidaus bin Arham. K/p.No 850512-05-5293)... Hanya jumpa beg baju and walet.
Mohon di sebarkan dalam fb, twitter dan mana2 media alternatif lain... Terima Kasih. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Seramai 132,801 peminjam PTPTN telah disenarai hitam sehingga 31 Ogos lalu yg melibatkan jumlah pinjaman RM2.1 bilion.
Sudah tentu peminjam ini adalah anak-anak puak Pas yang ketegaq. Kalau mak bapa pun kaki lari hutang bank apa lagi anak mereka.
Orang Pas ni memang teruk, beli kereta pun malas bayar ansuran, guna kad kredit pun tak mau bayar. Bila datang surat saman baru menggelepar macam babi terkejut bunyi senapang. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
PAS Perak ni memang baghal, cakap macam main lepas sahaja. Pas dan dua lagi komponen mereka mengutuk bajet yang dibentangkan oleh Najib tetapi pada masa yang sama Pas yang terlebih dahulu berada di depan untuk mengambil segala bantuan dan yang dicadangkan oleh Najib.
Contohnya bantuan persekolahan RM 100 setiap pelajar. Ada kes seorang bapa datang ke sekolah dan menuntut duit RM 100 walhal anaknya baru berusia 6 tahun, sudah tentu tak dapat bantuan tersebut bila tak dapat, mula lah maki hamun dan akhirnya mendedahkan bahawa beliau adalah puak-puak pembangkang.
Pas tak payah kutuk bajet BN sebagai bajet pancing undi, Bajet BN dari dahulu lagi adalah bajet membela rakyat, dahulu masa Anwar Ibrahim bentang bajet pun , Pas kutuk macam-macam tetapi ambil peluang juga hasil bajet tersebut.
TM nak tanya juga Pas, apa tujuaannya Pkr mengeluarkan Buku Jingga dan Pas mengeluarkan Buku Hijau, tidakkah itu bertujuan untuk memancing undi?
Sila jawab wahai Pas Perak!
IPOH, 23 Nov: PAS Perak menyifatkan bajet yang dibentangkan oleh Menteri Besar Perak, Dato' Dr Zambry Kadir dalam sidang DUN adalah bajet yang hanya bertujuan memancing undi
Timbalan Pesuruhjayanya, Ustaz Misbahul Munir berkata, Bajet yang konon mengutamakan rakyat yang dibentang jelas semata-mata untuk meraih simpati setelah BN gagal menyakinkan rakyat.
Tambahnya, Kadar defsit yang tinggi sebanyak RM 50.142 juta juga membuktikan kerajaan sanggup menanggung defisit yang tinggi hanya bertujuan meraih undi. Pemberian insentif kepada rakyat hanyalah gula-gula yang meracuni rakyat semata-mata.
Pemberian yang berdasarkan 'one off' tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat miskin tegar, ia hanya bersifat sementara.
" Bajet negeri Perak ternyata meniru beberapa pendekatan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat sewaktu pemerintahan 11 bulan dahulu walaupun ketika itu BN menyerang habis-habisan," katanya ketika dihubungi.
Antara yang pernah dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat dahulu ialah pemberian sumbangan keperluan harian kepada rakyat miskin tegar, bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat, memberi elaun kepada Pengerusi dan Setiusaha JKKK, menaikkan elaun kepada guru-guru Tadika Islam dan KAFA, dermasiswa kepada pelajar IPTA, pemberian tanah kepada Sekolah SUWA dan SAR dan sebagainya.
Malahan, beberapa peruntukan Pakatan Rakyat yang dipertikaikan oleh UMNO BN seperti peruntukkan kepada Hal Ehwal bukan Islam, bantuan kewangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, pemberian hak milik kepada penduduk Kg Baru turut ditiru .
Tambahnya, Kini apa yang pernah dibuat oleh PR dulu ditiru oleh kerajaan UMNO BN. PAS tidak mempertikaikan usaha-usaha ini kerana itu adalah hak rakyat, tetapi perlulah lebih telus dan adil.
Beliau berharap Kerajaan BN tidak mengamalkan sikap 'double standard' dalam perlaksanaan dasar-dasar pembangunan ekonomi Negeri Perak.
"Apabila Pakatan Rakyat memberi peruntukan dan hak kepada kaum dan agama lain, BN menuduh kami menggadai tanah kepada Cina, Nizar pula 'dicop' boneka DAP," ujarnya lagi.
Pas semenangnya tukang angkat najis Dap. Untuk maklumat lanjut tentang bajet Perak sila masuk [ke sini]
You are subscribed to email updates from Taiping Mali To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sama ada sedar atau tidak, Ahad ini kita akan menyambut tahun baru 1433 Hijrah. Sebelum terlupa, warga Paneh Miang ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ma'al Hijrah 1433 kepada semua rakan-rakan dan pembaca kami di mana sahaja berada. Tema bagi Sambutan Ma'al Hijrah Tahun ini ialah "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah".
Alhamdulilah kerana kita masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati nikmat-nikmat dari MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM. Apakah azam kita pada tahun baru ini? Barangkali ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah kerana kita terlalu selesa menyambut tahun baru masihi. Apapun, marilah bersama kita ingat-mengingati sesama muslim atas dasar keimanan dan ketaqwaan. Antara amalan utama dalam menyambut tahun baru hijrah ini ialah membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, maka syaitan akan berkata, "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua."
Doa Awal Tahun pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, maka syaitan akan berkata, "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan."
Dah nak masuk pru 13, janji-janji pakatan di selangor hanya tinggal janji, dari pada 14 janji yang dibuat, baru satu yang di tunai, itu pun sampai bankrup anak syaikat kerajaan negeri selangor.
Apa pun sebelum kita dengar sekali lagi janji-janji pakatan haram selangor untuk pilihanraya umum akan datang, mai kita tengok balik janji-janji yang mereka buat masa pilihanraya lepas, korang semua boleh nilaikan sendiri dah tertunai ke belum...
membuka tabung permulaan rm 100 untuk setiap anak kelahiran selangor.
memberi bantuan rm 75 setiap bulan untuk setiap anak yang dihatar ke nurseri.
memberi bantuan rm 50 sebulan seorang untuk anak yang dihantar ke tadika.
hadiah rm 1000 untuk anak yang di tawarkan berlajar di ipta dan ipts.
bantuan dan biasiswa untuk anak selangor.
memberi bantuan kepada anak-anak muda yang nak mendirikan rumah tangga.
membuka pusat sukan dan rekeriasi.
caruman takaful rm 2500 untuk warga emas, anak yatim dan oku.
elaun untuk ibu tunggal pada yang layak.
elaun khas untuk suri rumah yang jaga anak kecil sepenuh masa, pada yang layak.
membantu rakyat selangor dapat rumah sendiri.
menubuhkan penyelaras hal-ehwal agama lain selain agama islam.
mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan komersial 10%
memberi bekalan air percuma sebanyak 20 meter padu setiap bulan.
Danny fong adalah seorang ahli DAP, itu disahkan sendiri oleh ahli-ahli dap, dia dan berberapa ekor lagi pekerja cina yang pernah berkerja di NFC telah disabitkan dalam kes pecah amanah, mereka rembat jutaan duit NFC, tapi kenapa saifuddin, zuraidah dan rafizi tak mahu buat sidang media mengutuk si cina tu rembat duit syarikat...???
Kerana apa? pasal yang buat kerja pecah amanah tu orang cina dan juga ahli dap, itu pasal lembu tiga ekor tu senyapkan cerita tu.... itulah sialnya pembangkang dan manusia macam lembu tiga ekor tu, sedikit kesilapan dalam menguruskan projek mereka gambarkan pada rakyat seolah-olah projek feedlot tu gagal sama sekali, sampaikan malaysiakini sanggup menipu kata hanya ada seekor sahaja lembu yang ada di ladang tu, tapi cerita ada ahli dap yang pecah amanah dan curi duit syarikat NFC, mereka senyapkan.
Inilah juga punca kenapa NCF di serang hebat, pasal untuk divertkan cerita yang ada ahli dap yang pecah amanah....
ANWAR Ibrahim menyampaikan ceramah dalam satu forum di hadapan sekumpulan pelajar Indonesia di republik itu pada 30 Julai lalu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam siri ceramahnya di Indonesia terus memburuk-burukkan Malaysia dengan menuduh sistem kehakiman negara ini tidak bebas kerana dikongkong oleh pihak kerajaan.
Ketua Pembangkang itu berkata, bukan itu sahaja, hakim-hakim yang menjalankan tugas juga tidak mempunyai kewibawaan kerana mereka terikat dengan ketentuan yang telah dibuat oleh kerajaan apatah lagi sekiranya ia melibatkan orang berpangkat besar.
Beliau berkata, secara ringkasnya, tidak berlaku pemisahan kuasa di Malaysia seperti mana ditetapkan dalam amalan demokrasi berparlimen, khususnya antara badan kehakiman dengan eksekutif.
''Sebagai contoh, jika seorang yang berpangkat besar menerima komisen, orang ini tidak akan masuk penjara, sebaliknya akan dilepaskan.
''Apabila hakim boleh dibeli atau mereka takut untuk membuat keputusan, itu merupakan satu petanda yang cukup buruk (terhadap institusi kehakiman),'' katanya ketika berceramah di dalam satu forum di hadapan pelajar Indonesia di republik itu, 30 Julai lalu.
Rakaman ceramah tersebut diperoleh Utusan Malaysia hari ini.
Selain itu, Anwar di dalam ceramahnya itu turut memberitahu rakyat Malaysia telah mula mempersoalkan kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
''Begitu juga dengan perjalanan pilihan raya di Malaysia. Pada tahun 2008 di kawasan Pantai Barat kita menang di Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor dan 10 daripada 11 kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
''Hanya satu sahaja kerusi yang mereka menang. Itu pun pada saat-saat akhir, entah bagaimana ada 14,000 undi pos turun dari langit,'' katanya. (SUMBER-UTUSAN)
Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh beritahu orang luar negara sistem kehakiman negara tidak adil. Tapi dia tak nak pulak cerita ... - pernah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes liwat 1998, - dia ada ramai peguambela yang hebat, - kes liwat ditunda berpuluh-puluh kali, - memberi keterangan dari kandang tertuduh dimana pihak pendakwa tidak boleh menyoal balas, - mengulas kes liwat di atas pentas ceramah politik ketika perbicaraan sedang berlaku di mahkamah - boleh membawa saksi yang hebat dari luar negara seperti pakar forensik dari Australia - masih bebas bergerak ke luar negara kerana passportnya tidak ditahan - bebas mengulas kes liwat di dalam blog dan twitter secara live dari kandang tertuduh - mahkamah membenarkan permohonan Anwar bagi menjalankan pendakwaan secara tertutup
Macam mana hubungan Malaysia - Indonesia tidak selalu bergolak, sebab ada duri dalam daging.
Pada 11 November yang lalu, Tony Pua mendakwa susu segar yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia(KR1M) telah dicemari dengan e-coli. Ia berdasarkan kepada ujian makmal bebas yang dilantik oleh Pakatan Rakyat. (Sumber)
Walaubagaimanapun, Tony Pua ENGGAN MENDEDAHKAN nama makmal yang menjalankan ujian berkenaan kononnya takut kalau makmal berkenaan menghadapi ketika masalah mendapatkan lesen daripada Kementerian Kesihatan.
Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) mengeluarkan kenyataan berkenaan dakwaan susu segar KR1M dicemari e-coli. (Sumber)
KKM mengesahkan kandungan vitamin A dalam produk susu tumbesaran yang dijual di KR1M tidak melebihi had maksimum yang ditetapkan dibawah Peraturan Makanan 1985. Hasil pemeriksaan di kilang yang mengeluarkan produk berkenaan mendapati kandungan vitamin A dalam produk tersebut tidak melebihi had 5,000 I.U(unit antarabangsa) dalam setiap hidangan seharian.
Kami minta Tony Pua dedahkan secara terbuka laporan kedua-dua makmal yang dilantik oleh Pakatan. Buktikan kepada rakyat dengan data dan maklumat yang kamu ada. Buat apa nak takut?
Pada 7 Februari 2010, jam 11.50 malam, seorang pelajar bernama Mohd Bakri Mohd Bazli telah dilanggar oleh ADUN DAP Sekinchan, Ng Suee Lim di persimpangan lampu isyarat, berhampiran UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam. Ng Suee Lim dipercayai baru pulang dari satu majlis makan malam sebelum kejadian tersebut berlaku.
Menurut Ng Suee Lim, dia mendakwa keretanya terbabas melanggar pembahagi jalan dan melanggar motorsikal yang dinaiki oleh Mohd Bakri. Ng Suee Lim menyalahkan pelajar terbabit sebagai punca berlakunya kemalangan. Menurut seorang saksi, bau arak yang kuat dapat dihidu daripada Ng Suee Lim. Apakah Ng Suee Lim memandu dalam keadaan mabuk?
Bila Kugan meninggal dunia, Xavier Jayakumar bagi pihak kerajaan negeri Selangor pantas menghulurkan sumbangan. Namun ketika Mohd Bakri dilanggar oleh ADUN DAP, sumbangan pun tiada, malah dipersalahkan pula pelajar tahun tiga, Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bandar dan Wilayah terbabit.
Pelajar ini telah telantar di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. ADUN DAP yang melanggar Mohd Bakri sama keadaan seperti Tian Chua, buat lepas tangan dan menyalahkan mangsa sebagai punca kesalahan.
Mohd Bakri, seorang pelajar Melayu miskin tidak diberikan pembelaan. Jauh berbeza dengan pembelaan yang diberikan oleh Ng Suee Lim terhadap Teoh Beng Hock ketika dalam Dewan Undangan Negeri. Ng Suee Lim siap bawa gambar Beng Hock lagi untuk menuduh kesilapan SPRM dan kerajaan sebagai punca kesalahan.
Beranikah Ng Suee Lim berhadapan dengan orang yang membawa gambar Mohd Bakri dan menuduhnya sebagai bersalah? Di mana keadilan untuk Mohd Bakri yang masih terlantar di hospital dan Mohd Salleh Hamdan yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh ADUN DAP dan ahli parlimen PKR ?
Dalam isu Beng Hock bukan main lagi dia bising, tetapi terhadap mangsa langgar ini mengapa mereka diam? Amat wajar inkues diadakan untuk menyiasat kes pelanggaran Tian Chua dan Ng Suee Lim.
Kalau Negara Islam pun boleh digugurkan…, kalau prinsip pun boleh tergadai kepada DAP maka tidak pelik Pemuda Pas membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi membantah konsert penyanyi Elton John di Genting Highlands malam tadi.
Demikian menurut penceramah bebas, Ustaz Sarjat Ali yang melihat Pas hari ini tidak lagi berpegang kepada prinsip mereka sebaliknya mengutamakan kuasa khususnya mimpi ke Putrajaya bersama PKR dan DAP.
Menurut beliau bukanlah mengejutkan Pemuda Pas boleh tarik 'handbrake' berhubung demonstrasi berkenaan kerana mungkin tidak mendapat persetujuan 'abang besa'r mereka di dalam pakatan pembangkang.
" Bukankah Pas hari ini parti 'pak turut'… kalau bukan 'pak turut' sudah pasti kawasan sekitar konsert berkenaan akan penuh dengan penyokong totok mereka yang tertipu dengan perjuangan Pas selama ini.
"Inilah natijah dan harga yang perlu dibayar oleh penyokong Pas setelah beralihnya kepimpinan mereka daripada ulama kepada sekular atau pun yang pernah dilabelkan oleh beberapa pihak sebelum ini bahawa Pas telah dikuasi oleh puak-puak Anwarinas.
"Mereka ingin tunjukkan bahawa Pas hari ini bukan Pas 'ortodoks' sebaliknya kepimpinan baru yang lebih liberal dalam usaha mengejar kuasa. Itu sahaja yang mereka ingin perjuangkan sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Pemuda Pas yang membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan demonstrasi membantah konsert penyanyi Elton John di Genting Highlands malam tadi.
Sebuah portal berita memetik Ketua pemuda Pas Pahang Shahril Azman Abdul Halim sebagai berkata demonstrasi itu tidak diteruskan memandangkan pihaknya memberikan tumpuan terhadap persediaaan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Ustaz Jamil seterusnya menambah rakyat boleh lihat dan boleh nilai perjuangan Pas hari ini yang tidak lagi berpegang kepada prinsip sebaliknya mengejar kuasa dan kepentingan politik semata-mata.
Tegas beliau, apa jua alasan yang diberikan, apa jua pandangan yang dikemukakan terserlah hari ini Pas bukan lagi memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan sebaliknya penuh dengan kepura-puraan.
"Mana perginya ayat-ayat al-quran yang dibaca dalam setiap siri ceramah? Bukankah itu semua retorik yang hanya bertujuan untuk mengaburi mata rakyat dalam usaha mendapatkan undi sahaja… MasyaAllah."
Wasabi Oyabun..
You are subscribed to email updates from Oyabun To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Membaca kenyataan terbaru Mahfuz Omar pasti membuatkan ruangan blogosfera ketawa terbahak-bahak. Mahfuz dalam reaksinya menjelaskan PAS tidak akan sesekali menyertai UMNO dalam survival politiknya.
Baiklah, reaksi itu adalah sinonim dengan keangkuhan PAS. Sikap yang amat ditegah dalam islam, satu kalimah yang diperjuangkan PAS sejak turun temurun.
UMNO seharusnya tidak perlu menutup pintu rundingan dengan PAS. Biarlah PAS mahu mengatakan apa saja. Kuncinya, kesedaran menunjangi politik bangsa akan terus menjadi kunci kepada perjuangan agama. Dalam hal ini, sebenarnya beban survival politik amat berat ditanggung PAS.
Semenjak bercengkerama dengan aktivis kristian DAP dan PKR, PAS boleh diibaratkan sebagai pelacur agama kerana banyak tindakan melibatkan kesucian agama Islam gagal ditangani dengan berkesan oleh PAS.
Mengambil contoh dua isu besar mengenai Islam seperti Kalimah Allah dan JAIS - DUMC, itu adalah indikator bahawa PAS menggunakan agama demi kepentingan politik.
Oleh itu, 'gurauan' Mahfuz sebenarnya tidak lebih kata-kata semangat untuk diri sendiri dan meyakinkan penyokong PAS mengenai situasi ini.
Hasan Ali, Exco Agama Islam Selangor yang menjadi bahan kritikan dan kutukan para penyokong Pakatan Rakyat, mendedahkan tentang cubaan memurtadkan umat Islam dengan menggunakan peranti Bible yang menggunakan kuasa solar.
Sama seperti kes-kes yang sebelum ini, DAP yang kerja mereka setiap hari ialah mencari poin untuk bercakap bagi mendapatkan pengaruh dan undi berbanding menunjukkan teladan menerusi kerja, tutup mulut dan langsung tidak bersuara.
Tony Pua yang banyak mulut, sebaliknya lebih bekerja keras untuk membuktikan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia adalah pembunuh rakyat Malaysia menerusi penjualan barangan yang tidak bermutu tetapi berharga murah. Teresa Kok yang merupakan seorang avengelist tegar bersama-sama Ronnie Liu, Hannah Yeo dan Teng Chang Kim, juga tidak kelihatan di mana-mana.
Dengan kata lain, apa yang dituturkan oleh Hasan Ali ada kemungkinan melibatkan pembabitan kuasa-kuasa DAP Selangor seperti nama-nama di atas.
Kongress PKR kali ini adalah luar biasa. Walaupun tiada sebarang pemilihan sebarang jawatan peringkat nasional tetapi ia amat signifikan dengan pemulihan moral ahli-ahli PKR untuk menghadapi PRU Ke-13. Ia adalah misi PKR untuk menawan Johor selepas tidak berkeyakinan di Negeri Sembilan dan Melaka.
Pemukiman ini akan menjadi titik tolok menambah motivasi kepada ahli PKR untuk menyakini kepimpinan Anwar dalam menuju Harapan Baru buat rakyat Malaysia. Kebanyakan ahli PKR dah hilang kepercayaan kepada kredibiliti Anwar untuk memimpin PKR. Bagi mereka, Anwar sudah expired tambahan pula isu moral dan keyakinan mereka Anwar akan kepenjara tahun depan.
Walaupun ramai ahli yakin dengan kes liwat dan penyebaran video seks namun ahli PKR kerap dimotivasi dengan stigma mahu mengubah sistem yang sedia ada dan diganti dengan konsep keadilan dan kesamarataan. Nampak seolah-olah proses rebranding Anwar dalam sanubari ahli-ahli PKR.
Melihat jadual padat Anwar dalam menjelajah Johor untuk mengukuhkan dan menerapkan nilai perpaduan dalam menumbangkan BN dan mencanang akan kecelaruan dalam sistem pelaksanaan demokrasi oleh SPR. Sebenarnya, tiada istilah perpaduan dalam PKR jika keadilan dalam pemilihan parti yang lepas masih disorok dalam laci Setiausaha Agung. Prejudis dan penuh penipuan.
Kita boleh menjangkakan jentera tetap psywar PKR macam Malaysiakini, TMI dan FMT pasti akan memberi tumpuan khusus dan highlight usul arah tuju PKR dalam mengharungi PRU Ke-13. Apa jua usul sepertimana untuk mengambil bahagian serentak dengan pusat untuk berpilihanraya adalah isu yang dijangka menjadi tumpuan.
Sehingga artikel ini ditulis sudah ada kedengaran daripada beberapa cabang mahu mengusulkan mengenai prestasi Khalid Ibrahim sementah memorandum yang diserah kepada Presiden parti telah diperhalusi. Jangan dilupa usul tanpa sokongan untuk bubar DUN berasingan tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin kanan parti.
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita berhubung kenyataan Prof Dr Abdul Aziz Bari, yang mengatakan akaun Majlis Agama Islam (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak diaudit.
Baginda bertitah kenyataan pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu adalah tidak tepat.
Tuanku turut menasihatkan Aziz agar tidak membuat sebarang kenyataan kerana ia mengundang kekeliruan dan keresahan di kalangan rakyat terhadap integriti MAIS dan Lembaga Zakat Selangor.
Titah baginda, Aziz perlu mendapatkan fakta yang tepat dan betul sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Beta sangat dukacita apabila dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Aziz ada membuat kenyataan bahawa akaun MAIS dan LZS tidak diaudit dan bebas daripada diaudit.
"Kenyataan beliau ini adalah tidak tepat kerana Beta disembah maklum bahawa akaun MAIS dan akaun LZS telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan mendapat Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara pada setiap tahun serta akan terus diaudit oleh Jabatan Audit negara pada tahun-tahun akan datang.
Integriti MAIS
"Beta harap Prof Aziz jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum mendapatkan fakta-fakta yang tepat dan betul," titah baginda.
Baginda menyampaikan titah berkenaan ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) lain.
Aziz dalam laporan media 11 November lalu dilaporkan berkata, Sultan Selangor telah melampaui kuasa dengan menitahkan Adun untuk meluluskan rang undang-undang tanpa dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Julai lalu.
Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Selangor semua Adun meluluskan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 yang membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam.
Aziz yang juga seorang pakar perlembagaan berkata, perlembagaan tidak memberikan apa-apa kuasa kepada Sultan.
Beliau merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan – Perkara 3 (2) dan Seksyen 1 (2) (d) Jadual Kelapan – dengan jelas menyatakan bahawa walaupun Sultan mempunyai kuasa budi bicara dalam hal Ehwal Islam dan Agama Melayu, namun ia tidak menyentuh aspek perundangan.
MAIS bidas laporan
Sementara itu, Selasa lalu MAIS menjelaskan dakwaan bahawa laporan kewangan tahunan tidak perlu diaudit adalah tidak tepat.
Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata laporan kewangan tahunan MAIS disatukan telah disediakan dan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara setiap tahun dan MAIS dari 1997 hingga 2010 telah mendapat pengiktirafan sijil bersih melalui Sijil Ketua Audit Negara.
Beliau merujuk kepada laporan berita FMT berkenaan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011.
Pada 10 November, FMT melaporkan bahawa pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam. - AIDC
Suara politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Aziz Bari sudah terlalu hebat lagi kebal - hampir semua pihak tidak lagi berupaya "menyentuh" dirinya lagi - hatta Sultan Selangor pun seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa terhadap penghinaan serta kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh Profesor serba tahu ini terhadap kesultanan dan institusi Islam Selangor. Bagi Aziz Bari apa-apa sahaja yang melibatkan tindakan Sultan Selangor hampir semuanya serba tidak kena di sisi undang-undang. Dengan kata lain, hanya tafsiran beliau sahajalah yang betul lagi tepat dari segi perundangan dan kehakiman - pooorahhh.
Sejak beliau "bebas" daripada hukuman UIA - egonya makin menyerlah - sehingga barangkali, rakyat Selangor sudah mula membuat sindiran pedas, "Siapa sebenarnya Sultan Selangor? Aziz Bari atau Sultan Sharafuddin?" Malah ada juga yang sinis berkata, Profesor Undang-undang itu sudah pun memiliki gelaran baharu, iaitu "Raja Abdul Aziz Bari" - hebat, sungguh hebat Aziz Bari. Elok sangatlah Malaysia mempunyai banyak profesor yang menjunjung kebebasan akademik dan bersuara seperti Aziz Bari ini - lagi cepat negara ini lingkup dan jahanam. Di tambah lagi dengan manusia seperti Ambiga - pejuang homoseksual. Lepas ini Majlis Peguam diminta memperjuangkan pula hak asasi kumpulan manusia yang melakukan seks dengan binatang - barulah lengkap!
SHAH ALAM, 24 Nov – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan pensyarah Prof Abdul Aziz Bari kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.
Sultan Selangor bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun.
"Beta sangat dukacita apabila Beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ada membuat kenyataan bahawa akaun Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor tidak diaudit dan bebas daripada audit.
"Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul," titah baginda ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.
Dalam titah baginda lagi, Sultan Selangor menyarankan agar setiap jabatan dan agensi di Selangor mengambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan oleh pihak audit agar masalah seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan dapat dielakkan.
"Beta berharap ketua-ketua jabatan dan agensi di negeri ini sentiasa memberi perhatian kepada hal-hal berkaitan dengan kewangan dan memastikan segala peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi agar tidak ditegur audit," titahnya.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam ucapannya berkata pembinaan Wisma Audit seumpama ini adalah yang ketiga selepas Perak dan Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR, 24 Nov — Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda bagi membolehkan pelajar pusat pengajian tinggi menyertai parti politik. Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini. Najib berkata pindaan akan dibuat ke atas Seksyen 15 AUKU bagi membolehkan penuntut-penuntut berusia 21 tahun ke atas bergiat aktif dalam parti-parti politik.
"Untuk menghormati hak pelajar kita yang sudah dewasa, di bawah Perlembagaan, kami akan meminda Seksyen 15 AUKU untuk membenarkan mereka menjadi ahli parti politik," kata beliau ketika membentangkan usul memansuhkan tiga deklarasi berkaitan darurat di Dewan Rakyat hari ini. Pengumuman Najib itu mendapat sokongan anggota Dewan Rakyat.
Bagaimanapun menurut Najib, kerajaan akan meneruskan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Rayuan pada 31 Oktober lalu yang mengumumkan bahawa Seksyen 15 bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Najib juga berkata di bawah AUKU politik akan dilarang sama sekali di kampus universiti.
"Keputusan ini adalah ekoran keprihatinan kerajaan dan memahami aspirasi rakyat dan (menunjukkan) bagaimana kami mendengar suara mereka.
"Ini bukan retorik murahan. Ini adalah hasil iltizam politik dan keberanian moral," kata beliau di Parlimen.
Perdana Menteri berkata kerajaan akan membuat rayuan kerana keputusan mahkamah akan ada implikasi ke atas sistem perundangan negara ini. Akhir bulan lalu, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 15 (5)(a) AUKU 1971 yang melarang mahasiswa menyatakan sokongan atau bangkangan dalam aktiviti politik sebagai tidak sah di sisi undang-undang.
Dalam keputusan majoriti 2-1, panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Wira Low Hop Bing memutuskan seksyen tersebut dalam AUKU itu tidak munasabah dan melanggar kebebasan bersuara. Hakim Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus dan Datuk Linton Albert membenarkan rayuan empat penuntut jurusan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menghadapi tindakan disiplin kerana didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 24 April tahun lepas.
Muhammad Hilman Idham, Woon King Chai, Muhammad Ismail Aminuddin dan Azlin Shafina Mohamad Adza dalam saman pemula mendakwa mereka menerima notis dari UKM untuk menghadiri Lembaga Disiplin UKM bagi menjawab tuduhan melanggar Sesksyen 15(5)(a) AUKU. Bagaimanapun, mereka didapati tidak bersalah oleh lembaga itu. Kesemua mereka itu telah menamatkan pengajian masing-masing September lalu.
KUALA LUMPUR: Penyanyi lagu Sedetik Lebih, Anuar Zain berharap pengumuman kemenangannya melalui lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abdul Halim tidak menimbulkan sebarang pertikaian selepas anugerah Lagu Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 18 (AIM18) pada awalnya diserahkan kepada lagu Penakut ciptaan Yunalis Zarai atau Yuna.
Kata Anuar, dia tidak mahu dengan pembetulan ini akan menimbulkan fikiran negatif terhadapnya atas kemenangan Yuna pada malam AIM 18 pada 12 November lalu.
"Ini merupakan satu kesilapan yang menjadi sejarah dalam industri hiburan tanah air, secara jujurnya ketika menerima berita ini, saya agak terkejut.
"Saya tidak mahu orang luar menganggap kami telah mempertikaikan kemenangan Yuna untuk kategori tersebut, sedangkan saya sendiri menerima keputusan lagu 'Penakut' sebagai Lagu Terbaik pada malam itu dengan hati yang terbuka," katanya pada sidang media pembetulan bagi anugerah Lagu Terbaik AIM 18, di sini, Khamis.
AIM 18 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil dianjurkan oleh Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).
Pada malam tersebut, lagu Sedetik Lebih telah memenangi kategori Lagu Pop Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Lelaki).
Kata Anuar, dia menganggap perkara tersebut sebagai kesilapan besar yang sememangnya boleh menjejaskan kredibiliti seseorang artis yang tidak bersalah.
"Jika diikutkan saya, berat untuk terima anugerah ini dan tidak mahu datang untuk berdepan dengan Yuna menerima trofi kemenangan tersebut.
"Kadang kala saya rasa anugerah tersebut tidak perlu untuk dipulangkan dan perkara ini lebih baik dibiarkan diam sahaja," katanya lagi.
Bagaimanapun, katanya dia menerima penghargaan tersebut dengan berfikiran positif agar dapat membantu industri seni pada masa akan datang.
"Saya hormat Yuna lebih kerana dia sanggup datang untuk majlis pemulangan anugerah ini dengan hati yang terbuka dan positif.
"Saya juga berharap tidak berlaku lagi kejadian sebegini yang boleh mengakibatkan kredibiliti AIM dan RIM dipertikaikan," katanya. (mStar online)
You are subscribed to email updates from MERBOK TIMES To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Pakar penderhaka Melayu zaman moden Aziz Bari bercadang untuk menghadap DYMM Sultan Selangor, kononnya untuk merafak sembah, memohon ampun, dan last sekali "mengajar" Tuanku Sultan hal-hal perlembagaan.
2. Selama ini, Selama ini, Selama ini, Aziz Bari hanya bercakap kepada media sahaja. Bercakap di pentas ceramah PKR sahaja, bercakap di Seminar-Seminar Pakatan Rakyat sahaja dengan tujuan egonya merendah-rendahkan Sultan Selangor, memalukan Sultan Selangor dan menjatuhkan martabat Instutusi Kesultanan. Apabila DYMM Sultan Selangor murka, barulah Pakar Penderhaka ini hendak bertemu DYMM Sultan Selangor.
3. Bagi kita, selayaknya Pakar Penderhaka ini keluar sahaja dari Negeri Selangor menuju ke negeri Dapiq Penang yang dipuja-pujanya itu. Pakar Penderhaka ini tidak pernah memalukan LGE malah dipuji-pujanya pula. Dia tak layak mencium tangan Sultan Selangor yang dia seringkali sindir, hina dan memalukan Sultan dan Istitusi Kesultanan di dada akhbar.
4. Bagaimana fikiran anda akan rancangan Pakar Penderhaka ne nak jumpa Sultan yang dia sering hina-hinakan itu?
Antara enam program impak tinggi untuk membantuk PKS adalah:
Integrasi Pendaftaran dan Pelesenan Penubuhan Perniagaan untuk mewujudkan pusat pendaftaran tunggal melalui Sistem Pendaftaran Perniagaan (MyCoID) dan Sistem Pelesenan Perniagaan (BLESS).
Platform Pengkomersialan Teknologi (TCP) iaitu sebuah rangkaian platform kebangsaan yang diuruskan sektor swasta bagi mempromosi idea inovatif bermula peringkat pembuktian konsep ke peringkat pengkomersialan.
Program Pelaburan PKS (SIP) yang menyediakan pembiayaan kewangan peringkat awal dan disalur melalui syarikat pelaburan kepada PKS berpotensi sama ada dalam bentuk hutang, ekuiti atau hibrid.
Program Going Export (GoEx) menawarkan bantuan khusus kepada pengeksport dan PKS yang menceburi pasaran baru di luar negara.
Program Pemangkin untuk mewujudkan juara tempatan menerusi pendekatan yang lebih bertumpu dengan sokongan dalam bidang pembiayaan, akses kepada pasaran dan pembangunan modal insan.
Inovasi Keterangkuman direka khusus bagi membolehkan 40 peratus golongan berpendapatan rendah memanfaatkan inovasi dalam menggalakkan transformasi komuniti, termasuk perusahaan mikro di luar bandar.
Lahanat punya manusia!!! Apa, Si Anu Ghairah Tuhan seekor ini tidak puas hati ke Indonesia ditumbangkan dalam kandang sendiri dua kali pada SEA Games baru-baru ini?!!
Kenapa mesti pengkhianat bangsa ini terus-terusan membakar semangat orang-orang Indon untuk membenci Malaysia?!! Adakah mereka berhak untuk masuk campur dalam urusan pentadbiran dan masa depan negara?!! Mereka layakkah untuk mengundi?!!
Tidakkah beliau merasa bersalah apabila Jalur Gemilang dibakar dan dilumur najis?!! Dan Raja-raja kita dihina sebegitu rupa?!!
Tidakkah beliau merasa bertanggungjawab apabila anak-anak kita yang sedang menuntut di sana diugut bunuh dan rogol?!!
Pelik sungguh dengan tindak-tanduk Anwar ini apabila semakin ramai rakyat menolaknya. Beliau tidak sudah-sudah menjemput INDON untuk datang mengGANYANG kita bagi merampas kuasa dan menaikkan dirinya sebagai pemerintah ganti.
Ramai yang kata gaya pentadbiran DS Najib menyebabkan rakyat kembali hidup selesa dan yakin. Perasaan selamat yang sama dinikmati rakyat selama 22 tahun Tun M menjadi PM.
Hari ini Utusan Malaysia menyiarkan satu bukti sejarah yang bakal menjawab kenapa rakyat Malaysia WAJIB memastikan BN terus berkuasa di bawah pentadbiran PM Najib selepas PRU-13 ini.
Bukan semua orang boleh bermain bolasepak. Sukan ini bukan sahaja memerlukan stamina dan mental sentiasa berada di tahap terbaik, emosi juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan perancangan pasukan dapat dicapai dengan sempurna. Tempoh perlawanan yang panjang juga memerlukan para pemain supaya sentiasa fokus dan konsisten dalam mengekang pihak lawan daripada membolosi gawang gol. Sukan bolasepak adalah manifetasi terbaik perjuangan kita sebagai manusia di dunia ini.
Inilah persamaannya di antara DS Najib dengan Tun M. Kedua-duanya mampu beraksi sebagai ahli sukan yang baik kerana mereka mempunyai bakat dan kualiti diri yang sangat baik. Sukan membentuk personaliti dan kualiti emosi yang baik untuk manusia.
Jadi bersukanlah untuk membentuk sahsiah diri yang baik dan sempurna. Kerana golongan yang kurang bersukan ini akan cenderung ke arah hobi yang bukan-bukan!
Ikuti luahan hati seorang AJK Masjid di Terengganu yang juga seorang ahli PAS.
Kecewa dengan YB Khalil Idham Lim Posted on Friday, November 18 @ 07:17:45 PST Dilulus untuk paparan oleh aya Oleh: iposkihc
"Jumaat 18 November 2011 YB Khalil Idham Lim Abdullah (ADUN Titi Serong, Perak) dijadualkan menyampaikan khutbah di Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Pihak masjid amat berbesar hati menerima tawaran menyampaikan khutbah oleh YB Khalil melalui seseorang yang menguruskan kehadiran beliau ke Terengganu. Pada Khamis 17 November 2011 wakil yang menguruskan YB Khalil telah menghubungi pihak masjid bagi mengesahkan kehadiran YB Khalil menyampaikan khutbah pada tarikh yang telah ditetapkan.
Tiba waktu Jumaat 18 November sehingga masuk waktu Zohor jam 12.55 tengahari dan azan dikemundangkan YB Khalil belum muncul. Iman dan bilal bertugas masih menunggu kehadiran beliau dengan harapan beliau akan tiba walaupun mungkin agak lewat. Jam 1.07 tengahari beliau belum muncul. Tuan imam membuat panggilan menggunakan pembesar suara sebanyak tiga kali supaya YB Khalil hadir kehadapan dengan andaian beliau hadir tapi mungkin berada bersama jemaah di bahagian belakang. Imam, bilal dan makmun mula resah dengan keadaan yang berlaku. Oleh kerana waktu sudah terlewat daripada kebiasaan maka tuan imam masjid tanpa persediaan yang cukup terpaksa menyelamatkan keadaan untuk naik keatas mimbar bagi meneruskan rukun-rukun solat Jumaat hingga selesai.
Selesai solat Jumaat imam, bilal dan pengerusi masjid masih setia menunggu YB Khalil takut-takut beliau muncul kehadapan untuk memaklumkan apa sebenar yang berlaku dan memohon maaf kepada pihak masjid. Namun beliau tidak muncul sampai ke sudah walaupun beberapa ahli jemaah yang mengenali beliau memaklumkan ternampak kelibat beliau turun dari masjid bersama-sama jemaah lain.
Walaupun solat Jumaat berlangsung tanpa kecacatan namun pihak masjid merasa amat terkilan serta kecewa di atas kegagalan beliau hadir sebagaimana dijanjikan. Pihak masjid menghubungi wakil yang menguruskan kehadiran beliau dan diberitahu bahawa YB Khalil terlewat hadir dan ketika beliau sampai imam sudah naik ke atas mimbar menyampaikan khutbah. Oleh kerana itu dia terus berada di saf belakang bersama jemaah lain.
Sepatutnya YB Khalil lebih maklum bahawa khutbah Jumaat tidak seperti ceramah, kuliah maghrib, forum dan sebagai. Kegagalan hadir pada waktu ditetapkan untuk program sedemikian masih boleh dimaafkan. Amat berbeza dengan khutbah Jumaat yang mana ketiadaan khatib boleh menyebabkan solat Jumaat tidak dapat ditunaikan. Andaikata ini berlaku adakah YB mahu bertanggungjawab ? Seseorang khatib sewajibnya berusaha hadir selewat-lewatnya setelah azan zohor berkumandang. Sekiranya tidak yakin boleh hadir tepat pada waktu baik tarik diri awal-awal dari menjadi khatib daripada menimbulkan masalah kepada seluruh jemaah.
Pihak masjid juga amat terkilan kerana YB Khalil gagal menampilkan beliau sebagai seorang wakil rakyat yang berjiwa besar. Sewajarnya beliau tampil bersua muka dengan imam dan pengerusi masjid bagi memohon maaf atas kegagalan berkhutbah sebagaimana dijadual. Beliau tidak sepatutnya merasa malu untuk memohon maaf malah ianya akan membuang prasangka dan anggapan negatif terhadap beliau susulan insiden tersebut.
Kami berharap ini kegagalan mendisiplinkan waktu yang pertama dan terakhir bagi YB Khalil. Kami selaku ahli bawahan mengharapkan perkara ini diberi perhatian oleh semua pimpinan Pas agar kita tidak mempermainkan peringatan dalam surah Al-Asr yang selalu dibaca setiap kali mengakhiri sesuatu majlis.
*Nampaknya ahli PAS mula marah pada pemimpin mereka. Mungkin lepas ni akan ada pemberontakan dalaman PAS. Idham Lim pun satu hal jugak. Siap kena panggil guna microphone pun tak datang-datang! Macam haram.
1.Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) meramalkan bahawa musim tengkujuh akan bermula pada penghujung bulan Oktober 2011 dan akan berlangsung sehingga awal Mac 2012. Ramalan turut menyatakan bahawa beberapa bahagian di negara ini akan mengalami peningkatan kadar hujan sebanyak 20% – 40% jika dibandingkan dengan tempoh yang sama bagi musim tengkujuh tahun lalu. Menurut JMM, keadaan ini adalah disebabkan oleh tekanan rendah di atmosfera berikutan kejadian tiga ribut tropika yang melanda rantau ini iaitu Taufan Nesat, Ribut Tropika Haitang dan Taufan Nalgae yang mengakibatkan hujan lebat serta kejadian air pasang yang tinggi. Akibat fenomena ini, beberapa buah negara jiran iaitu Thailand, Kemboja, Laos, Viet Nam dan Filipina telah dilanda bencana banjir yang buruk.
2.Jika peningkatan hujan sebanyak 20% pada tahun 2010 (jika dibandingkan pada tahun 2009) diambil kira, maka negara ini akan menerima sehingga 60% lebih hujan. Dalam hal ini, pihak Kerajaan sedang bersiap siaga untuk menghadapi keadaan banjir yang lebih buruk terutamanya pada bulan November dan Disember berikutan pertembungan hujan lebat dan beberapa kejadian air pasang besar.
3.Berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas serta ramalan JMM, negeri-negeri yang berisiko menghadapi banjir adalah Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, Sabah, Sarawak, Pahang dan Johor.
4.Pada tahun 2010, Kedah dan Perlis telah mengalami banjir yang teruk sementara Kelantan dan Terengganu mengalami banjir yang lebih ringanberikutan tekanan rendah di Laut Andaman pada waktu itu. Akan tetapi, pada tahun ini, Kelantan dan Terengganu dijangka akan mengalami banjir yang lebih teruk dengan purata kadar hujan sebanyak 800-900mm setiap hari semasa musim tengkujuh kali ini.
5.Mengambil iktibar daripada trend banjir besar yang melanda negara-negara jiran di rantau ini, Pihak Kerajaan kini sedang bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan situasi banjir yang terburuk dalam beberapa dekad kebelakangan ini.
*Dipetik daripada Siaran Media Kerajaan ( Layari Portal Banjir MKN (portalbanjir.mkn.gov.my)
# Menyedari Situasi tersebut, Mymassa atas dasar social responsibility turut ingin bersama-sama mengingatkan para keluarga yang ingin bercuti di hujung minggu supaya berhati-hati.
Kalau benar Harakah sebuah lidah rasmi gerakan Islam, berita seperti ini yang akan keluar.
Tapi nak buat macam mana. Harakah bukan lidah gerakan Islam sebaliknya hanya media propaganda sebuah parti yang rakus untuk merebut kuasa.
Semua ajaran Islam ditolak ketepi. Yang pasti, editor akhbar ini akan pastikan para pembaca mereka mendapat dos fitnah yang secukupnya untuk disebarkan ke pihak lain melalui borak-borak di kedai kopi.
Apa yang MyMassa perhatikan adalah tindakan Harakah sama seperti tindakan Nik Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan. Cuba perhatikan ucapannya.
"Kalau kita buat berasingan segala 'iblis syaitan' sana akan tertumpu pada satu kawasan.
"Apabila dah banyak sangat, susah kita nak kawal nanti," katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.
Tengok orang tua ni, tak habis-habis memaki pihak lawan. Pernahkan anda dengar ucapan yang sama dari PM atau TPM. Inikah kata-kata yang keluar dari mulut pemimpin yang dipanggil 'Tuan Guru' atau Ulama oleh pengikutnya?
Sebab itu MyMassa tidak kisah kalau ada pencacai PAS yang komen di blog ini yang marah apabila Nik Aziz dikritik. Bagi kami, Nik Aziz bukan ulamak tetapi hanya seorang diktator tua yang takut kehilangan jawatannya. Dan bagi kami Nik Aziz adalah FIRAUN MODEN yang diagung-agungkan oleh pengikutnya sehingga merasakan dia maksum (terpelihara dari dosa) walaupun menerima rasuah umrah dan memberi rasuah semasa pilihan raya.
Maaf pencacai PAS. Keluarlah kata-kata ugutan seperti ini...."ko hina ulamak ye...ALLAH itu Maha Adil...ko tunggu je la ye....", MyMassa tetap tidak gentar.
Jika Nik Aziz seorang ulama, dah pasti ramai yang pecah perut akibat doa laknatnya.
Kes ini bukan berlaku di Malaysia, tetapi di Australia.
Di Malaysia, belum pernah lagi PDRM buat demonstrasi seperti ini.
Namun, di negara kita memang wujud pasukan unit beruniform haram yang kerjanya ikut demonstrasi haram. MyMassa gelarkan mereka POLIS PERHIMPUNAN HARAM.
*Pelik. Unit Amal hanya 'beramal' dalam perhimpunan haram yang bukan untuk pertahankan agama. Masa perhimpunan HIMPUN di Stadium Shah Alam, tak nampak pulak golongan ni. Mana datang 'amal'nya kalau tak berjihad di jalan Allah sebaliknya jalan AMBIGA yang dipilihnya.
Yang selamat dijadikan isu, yang tak selamat diamkan sahaja.
JURUCAKAP Pakatan Rakyat, Tony Pua dan Nurul Izzah Anwar mendakwa susu yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia mengandungi bacteria E.coli. Apa bukti dan makmal mana yang menjalankan ujikaji ke atas sampel berkenaan?
Sehingga sekarang tidak diberitahu, sebaliknya pemimpin parti-parti pembangkang ini lebih suka mendendangkan melodi `menipu' rakyat.
Telah dibuktikan bahawa air minum yang dibekalkan oleh Syarikat Air Kelantan Sendirian Berhad (AKSB) disahkan melalui uji kaji makmal terhadap sampel air di Kelantan pada setiap tahun oleh Kementerian Kesihatan bukan saja mendapati ia mengandungi logam-logam berat malah bakteria berbahaya termasuk E.coli.
Lebih membimbangkan, E.coli turut ditemui dalam sampel air yang dibekalkan ke rumah-rumah oleh AKSB.
Penemuan E.coli itu dalam sampel air dari Kelantan dikesan dalam uji kaji yang dijalankan kementerian itu sejak dari tahun 2008 hingga 2010. Bermakna dah berapa ramai rakyat Kelantan yang `dianiaya' oleh pemimpin sebuah parti yang mendakwa menjalankan pentadbiran secara Islam.
Bukankah isu pencemaran air minum di Kelantan lebih serius. Slogan Negara Berkebajikan dan kitab para pemimpin Pakatan Rakyat termasuk PAS iaitu buku jingga, bukankah menitik beratkan kebajikan rakyat?
Di mana suara Tony Pua dan Nurul Izzah? Mungkin disebabkan majoriti penduduk di Kelantan adalah terdiri dari orang Melayu, maka ia bukan suatu keutamaan kepada Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat.
Adakah Pakatan Rakyat yang dicorakkan oleh DAP mengamalkan sikap diskriminasi, kerana rakyat yang terlibat adalah orang Melayu tetapi sekiranya majoriti bukan Melayu yang terlibat, maka mereka akan menjadi jaguh, seolah-olah insiden tersebut suatu malapetaka, walaupun yang terlibat boleh dikira dengan jari.
Bukankah pencemaran air minum di Kelantan yang telah disahkan mengandungi E.coli ini merupakan suatu malapetaka?
Di mana pejuang-pejuang hak asasi di kalangan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat? Tidak kah mereka perlu memperjuangkan hak asasi penduduk Kelantan untuk mendapatkan sumber bekalan air yang bersih?
Janganlah `double standard' dengan hanya memperjuangkan hak asasi golongan yang melanggar moral dan tatasusila masyarakat Negara ini dengan menyokong forum Seksualiti Merdeka yang memperjuangkan hak kebebasan golongan lesbian, gay, transexsual dan bisexsual (LGTB).
Nak harap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, secara tanpa segan silu menyokong penganjuran forum berkenaan, apatah lagi Majlis Peguam Malaysia yang lebih ke arah kebebasan, termasuklah kebebasan beragama dan seks.
Sekiranya beginilah karekter para pemimpin Pakatan Rakyat, maka masa depan rakyat Kelantan dan negeri-negeri yang majoriti penduduknya orang melayu melebihi 80 peratus akan dianak tirikan.
Di mana PAS dan pemimpin melayu di dalam PKR ketika itu? Jawapannya mudah dengan menunding jari kepada parti dan pemimpin UMNO.
Bukankah alasan sebegini adalah klise, setiap kali mana-mana parti pembangkang atau para pemimpimnya melakukan kesalahan, maka mereka akan menuduh UMNO yang menjadi penyebab dan dalangnya?
Begitu juga, krisis air yang melanda rakyat Kelantan sejak 20 tahun lalu, telah didengar tuduhan dari para penceramah dan media alternatif parti berkenaan yang menuduh kerajaan pusat bersalah kerana menganak tirikan pembangunan di Kelantan.
Benarkan begitu? Bukankah kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan sebanyak RM600 juta (soft loan) dengan bayaran berperingkat, (bermula dengan RM200 juta - RM600 juta dalam masa 3 tahun) setelah dipohon oleh Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz.
Bagi mereka yang waras akan dapat menilai di antara kebenaran dan fitnah. Kita doakan sahaja semoga golongan ini diberi hidayah oleh ALLAH swt supaya kembali kepada ajaran Islam sebenar dengan menolak budaya memfitnah. *Serangan terhadap KR1M adalah satu lagi agenda rasis DAP. Cuba lihat gambar ini.
Nampaknya makin ramai yang menentang Seksualiti Merdeka (SM) yang mendapat 'restu' Anwar Ibrahim.
Mari kita tengok jenis-jenis seksualiti yang dipertahankan oleh Anwar dan SM.
Beastially: Orang yang suka melakukan seks dengan haiwan atau binatang peliharaan seperti ayam, itik, lembu, kambing, anjing dan kadang-kadang dengan ular. Exhibitionisme: Orang yang suka melihat perempuan berjalan khusunya bahagian punggung sehingga menimbulkan keghairahan. Fetishisme: Lelaki yang suka menyimpan dan mengumpul barang-barang perempuan seperti coli, seluar dalam, rambut, tuala dan sebagainya. Homoseks: Seks dikalangan lelaki sama lelaki, kebiasaanya mereka melakukan seks dengan cara memasukkan zakar ke dubur. Lelaki jenis ini jika berkahwin sekali pun, mereka tetap akan melakukan seks dengan isteri melalui dubur. Seks beginilah puncanya penyakit AIDS atau HIV Incest: Melakukan seks dengan keluarga terdekat seperti ibu, adik, kakak, bapa. Lesbian: Lesbian di kalangan remaja melayu tidak begitu serius. Ia berlaku di kalangan anak-anak remaja perempuan yang tinggal di asrama atau di kilang-kilang. Biasanya kumpulan perempuan ini tidak sukakan lelaki, maka mereka beralih melakukan cumbuan-cumbuan dikalangan sesama mereka. Satu orang bertindak sebagai lelaki dan satu orang bertindak sebagai perempuan. Molested: Percubaan melakukan seks secara paksa sama ada raba-raba punggung atau buah dada atau mengambil kesempatan sewaktu melakukan pemeriksaan kesihatan. Necrophilia: Orang yang melakukan seks dengan mayat. Nymphomania: Perempuan yang kuat nafsu seks, tidak puas satu lelaki. Mereka akan melakukan seks dengan banyak lelaki. Onani: Onani atau mastubasi, juga dikenali sebagai melancap, sama ada menggunakan tangan, geselan dengan bantal, kain, paha atau menggesel kelentit di kalangan remaja perempuan. Ianya akan menjadi keburukan, bila onani ini sudah menjadi melampau atau ketagih hingga terpaksa melakukannya setiap hari dan boleh menjejaskan kesihatan fisikal dan mental. Lelaki juga turut melakukannya - malah jumlahnya lebih ramai. Pedophilia: Lelaki yang sukakan seks dengan kanak-kanak dan sanggup merogol anak atau cucunya sendiri. Mereka ini tidak berminat kepada orang dewasa. Dianggap sebagai jenayah seks yang sangat berat. Satyriasis: Lelaki yang kuat nafsu dan suka melakukan seks dengan banyak perempuan. Scoptophilia: Ini sejenis manusia yang suka dan seronok melihat orang lain bersetubuh. Jangan terkejut mendapati manusia ini suka melihat isterinya atau anaknya sendiri disetubuhi oleh orang lain. Mudah-mudahan tidak ada golongan ini dalam masyarakat Melayu. Trollisme: Lelaki yang suka melihat perempuannya disetubuhi oleh orang lain. Wifeswapping: Orang yang suka menggangu isteri dan suka lakukan seks pada isteri orang. Juga mereka suka bertukar-tukar isteri untuk seks. Voyeirisme: Orang yang suka mengintip perempuan mandi telanjang melalui mana-mana lubang yang terdapat di rumah mereka. Ada yang sanggup tidur satu malam diatas bumbung hanya sekadar melihat suami-isteri bersetubuh. Turut digelar sebagai Kaki Skodeng. Zoophilia: Orang yang suka melihat haiwan melakukan seks.
Apabila Kerajaan Pusat sekali lagi menawarkan bantuan kepada rakyat Kelantan untuk memperbaiki sistem bekalan air, Pemuda PAS mula panas. Maka, dengan pantas satu label baru diberikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) sebagai ANGKUH! Kononnya tawaran yang diberi tidak ikhlas. Perlu menangkan UMNO sebagai Kerajaan Negeri baru mahu tolong.
Ini bukan kali pertama PAS buat tuduhan sebegitu. Sebelum ini, jentera PAS di negeri-negeri melalui `flyer', penceramah kedai kopi serta media alternatif mereka telah memanipulasi fakta dengan mendakwa kerajaan Pusat punca utama berlakunya krisis air di Kelantan kerana menganak tirikan rakyat Kelantan sebaik sahaja PAS berjaya membentuk kerajaan negeri.
Mereka mendakwa Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang yang zalim, itu sebab keluarnya panggilan `mahafiraun' untuk menjustifikasikan gelaran tersebut kerana membiarkan kerajaan Kelantan pimpinan PAS bertungkus lumus membetulkan kesilapan kerajaan UMNO/BN yang memerintah sebelum ini.
Begitu lah alunan laungan penuh semangat oleh jentera psywar PAS menabur fitnah untuk menutup kelemahan mereka.
Untuk itu, diperturunkan fakta sebenar berhubung skandal Air Kelantan untuk renungan semua, kerana mereka yang memfitnah dan mendengar sama sahaja dosanya.
Krisis ini bermula sejak 1990, apabila PAS berjaya menguasai Kelantan dengan pertolongan bekas ahli serpihan UMNO iaitu Semangat 46 yang diketuai olehTengku Razaleigh Hamzah.
Dengan pertolongan parti Semangat 46, Kelantan kekal di bawah penguasaan PAS sehingga ke hari ini, walaupun Semangat 46 kemudianya berkubur dan ahli-ahlinya kembali menyertai UMNO.
Ketika itu,Nik Aziz menjadi Menteri Besar Kelantan dan timbalannya Rozali Isohak dari Parti Semangat 46 telah bersetuju bekerjasama dengan "Thames Water" sebuah syarikat dari United Kingdom untuk memaju dan membangunkan air di Negeri Kelantan, bertujuan menangani masalah air di negeri berkenaan.
Projek mega tersebut gagal dan yang anehnya segala beban hutang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Negeri Kelantan, bukannya tanggungjawab bersama dengan syarikat dari UK itu.
Ini kerana memorandum yang ditandatangani tidak memihak kepada kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh Nik Aziz. Manakala Exco yang mentadbir Kelantan yang dilantik oleh Nik Aziz ketika itu tidak ada seorang pun di kalangan mereka yang mempunyai latar belakang di bidang undang-undang.
Walaupun ada penasihat undang-undang negeri tetapi Nik Aziz dan Exconya tidak ada pengalaman dan kemahiran mengurus dan gagal membuat keputusan yang tepat dan akhirnya rakyat dan Negeri Kelantan menjadi mangsa menanggung beban hutang sehingga kini.
Disebabkan keegoan pemimpin PAS yang enggan mendapat khidmat undang-undang dari kerjaan Pusat menyebabkan kerajaan Kelantan muflis dan akhirnya, Nik Aziz tanpa rasa bersalah mewakili kerajaan Negeri Kelantan memohon bantuan daripada kerajaan pusat dengan menemui Tun Mahathir ketika itu sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan beban hutang.
Orang lain yang berhutang tapi orang lain yang diminta membayarnya.
Tun Mahathir bersetuju membantu kerajaan Negeri Kelantan dengan memberi pinjaman mudah sepertimana yang diberikan kepada National Feedlot Corporation (NFC) yang dimainkan oleh pembangkang iaitu sebanyak RM600 juta dengan pemberian secara berperingkat,bermula dengan RM200 juta hingga RM600 juta dalam tempoh 3 tahun.
Keputusan tersebut telah mengecewakan ahli UMNO dan tidak bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir membantu Negeri Kelantan kerana orang-orang PAS yang di ketuai oleh Nik Aziz dan pemimpin yang lain ketika itu telah memberi pelbagai gelaran termasuk FIRAUN dan MAHA FIRAUN ketika berceramah di pentas-pentas politik.
Tun Mahathir merasionalkan penyokong UMNO dengan mengatakan beliau bukan PM kepada UMNO dan BN tetapi PM kepada rakyat Malaysia. Pemberian RM600 juta itu adalah untuk rakyat Kelantan sebab Kelantan di bawah Persekutuan Malaysia dan bukan RM600 juta untuk Nik Aziz dan orang-orang PAS tetapi untuk membantu rakyat Kelantan. Terpulang kepada Nik Aziz dan kerajaan yang dipimpinnya untuk mengurus tadbir RM600 juta itu sebab duit ini diberi oleh kerajaan pusat terus ke perbendaharaan kerajaan negeri Kelantan tanpa dipantau.
Etika yang perlu ditunaikan oleh kerajaan negeri ialah membayar kembali kepada kerajaan pusat mengikut perjanjian. Terma yang sama diberikan kepada NFC.
Apa yang mengecewakan, selepas kerajaan Pusat membantu kerajaan PAS Kelantan, Menteri Besarnya Nik Aziz sebagai pemimpin negeri Kelantan tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir dan tidak pernah buat kenyataan akhbar tentang pertolongan kerajaan pusat kepada kerajaan negeri Kelantan.
Apabila ditanya mengapa tiada satu pun ucapan terima kasih diucapkan oleh pemimpin dan penyokong PAS, mereka menjawab di pentas-pentas politik dengan mengatakan PAS tidak perlu berterima kasih kepada manusia tetapi cukup mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahuwata'ala sahaja.
Begitu sekali sikap pemimpin dan penyokong PAS. Adakah ajaran Islam mengajar umatnya bersikap sedemikian, atau adakah itu ajaran pemimpin parti berkenaan?
Episod beban hutang ini berlanjutan apabila Nik Aziz tanpa rasa bersalah meminta pertolongan Tengku Razaleigh Hamzah menjadi orang tengah untuk berjumpa dengan Tun Mahathir sebelum beliau meletak jawatan sebagai PM pada 2003.
Pertemuan itu adalah atas permintaan Nik Aziz yang mewakili kerajaan negeri Kelantan yang merayu supaya sebahagian hutang kerajaan negeri Kelantan (RM500 juta) dapat dilupuskan oleh kerajaan pusat.
Harapan Nik Aziz dan kerajaan Kelantan supaya diterima oleh Tun Mahathir seperti mana beliau membantu Nik Aziz dan kerajaan Kelantan pada pertengahan dan akhir tahun 1990an (isu air) dahulu hampa, kerana Perdana Menteri tidak dapat menunaikan permintaan tersebut dengan alasan jika RM500 juta hutang kerajaan Kelantan dihapuskan oleh kerajaan pusat, maka ada 13 buah negeri di bawah Persekutuan Malaysia, termasuk Wilayah Persekutuan akan meminta perkara yang sama dan adalah tidak adil jika hanya Kelantan diberi keistimewaan seperti itu.
Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan sebagai PM Malaysia barulah Nik Aziz mengakui kerajaan Kelantan pernah mendapat bantuan dari kerajaan pusat berjumlah RM600 juta berhubung isu air di Kelantan.
Nik Aziz dalam wawancara dengan akhbar arus perdana itu mengakui bahawa Tun Mahathir seorang yang baik dan hatinya putih kerana pernah membantu kerajaan Kelantan yang pada masa itu menghadapi krisis kewangan.
Persoalannya, kenapa selepas Tun Mahathir meletakkan jawatannya sebagai PM baru Nik Aziz menghargai jasa-jasa beliau dan sekali gus mengakui bahawa kerajaan pusat pimpinan Tun Mahathir pernah membantu kerajaan Kelantan ketika susah dahulu dengan sejumlah wang yang banyak (RM600 juta) walaupun kerajaan Kelantan parti pembangkang dan tidak satu aspirasi dengan kerajaan pusat (BN).
Jawapannya, mungkin anda semua dah tahu.
Inilah fakta-fakta yang cuba dipadamkan oleh pemimpin dan penyokong PAS, supaya mereka boleh mengambarkan UMNO yang mengetuai kerajaan pusat adalah zalim dan perlu ditukar.
Itu sebab PAS mengunakan slogan 'PAS GANTI UMNO', tetapi mereka lupa bahawa sebenarnya 'DAP yang akan meng- GANTI PAS'.
Ini adalah fakta.
*Artikel ini pernah keluar di blog MyMassa. Ianya terpaksa dikeluarkan semula bagi menyedarkan pemuda PAS yang mengalami sindrom BEBALISME kerana buta sejarah negeri Kelantan itu sendiri. Bukan Kerajaan Pusat tidak mahu tolong, tetapi Kerajaan PAS ternyata gagal walaupun diberi pinjaman RM600juta ketika itu (bersamaan lebih RM1 billion nilai matawang ketika ini). Harap fakta pemberian pinjaman oleh Kerajaan BN kepada PAS disebarluaskan oleh blogger dan media cetak bagi membuka mata rakyat.
Hebat! Memang hebat! Jika suatu masa dahulu, rakyat Malaysia sendiri malu untuk menyarung jersi kebangsaan, kini pasukan dari kelab England bukan sahaja mempromosi nama negara, bahkan menjadikan warna tradisi Harimau Malaya sebagai warna rasmi jersi kelab mereka! Siap jadikan Limited edition lagi!
Hebat! Tahniah buat Datuk Chan Tien Ghee, usahawan negara yang kini pemilik kelab Cardiff City.
Tidak dapat tidak, kita sebenarnya perlu berterima kasih kepada Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin kerana memulakan langkah pertama transformasi dalam FAM beberapa tahun yang lalu. Lebih tepat lagi selepas Malaysia diaibkan pada kempen piala Asia 2007 yang lalu.
Idea-idea bernas beliau semasa menjawat Timbalan Presiden FAM telah melahirkan dua generasi pasukan negara yang mantap yang mampu merampas kembali pingat emas Sukan SEA sebanyak dua kali berturut-turut selain Juara AFF 2010.
Langkah transformasi yang dimulakan beliau telah mendapat sokongan padu daripada Presiden UMNO Malaysia, YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang sememangnya dikenali sebagai peminat sukan bolasepak yang fanatik akan sentiasa memberikan perhatian yang istimewa dalam setiap perlawanan yang melibatkan pasukan negara. Walaupun ketika beliau sedang menghadiri urusan rasmi di luar negara.
Contoh terbaik ketika sidang pemimpin ASEAN di Bali, Indonesia baru-baru ini, beliau tetap mencari ruang untuk bersama-sama rakyat Malaysia menzahirkan sokongan padu terhadap perjuangan Harimau Muda di Sukan Sea walaupun dihimpit dengan jadual yang penuh.
Dan siapa yang tidak boleh lupa bagaimana ADUN TEMPLER daripada UMNO, Datuk Subahan Kamal berpadu tenaga dan buah fikiran bersama-sama Datuk K. Rajagopal untuk memastikan Malaysia berjaya meraih kejuaraan pertamanya di Piala AFF semenjak dianjurkan buat pertama kali pada tahun 1997?
Dan kini momentum kecemerlangan skuad bolasepak negara diteruskan lagi oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Shabeery Cheek dengan dibantu penuh oleh timbalan beliau, Datuk Razali Ibrahim.
Ya, inilah hasil usaha keras pemimpin UMNO untuk terus menaikkan nama negara di mata dunia. Bolasepak kini bukan sahaja dapat meningkatkan imej negara, bahkan ianya turut boleh mewujudkan lebih banyak ruang peningkatan kepada ekonomi negara. Oleh kerana itu, para pemain negara bukan sahaja bertanggung jawab untuk menggalas maruah negara, bahkan merekalah sebenarnya duta kita untuk membawa jenama negara di mata dunia. Syabas UMNO, dan setinggi-tinggi penghargaan buat Harimau Malaya!!!
Kepada pemimpin fuckatan yang kini cuba mengambil kesempatan di atas usaha keras orang lain, renungilah kembali tindakan anda yang menyebabkan pemain-pemain negara diancam bunuh dan dicaci keji sepanjang berjuang!
Nurul Izzah Penderhaka Negara - Zahid Hamidi
Khamis, 19 Ogos 2010 04:29
BAGAN DATOH, 19 Ogos - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menyifatkan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sebagai penderhaka kepada negara kerana mengeluarkan kenyataan palsu mengenai aset pertahanan negara di luar negara.
"Kenyataan itu amat jijik, tidak bermaruah dan beretika yang bertujuan memburukkan imej negara di mata dunia," katanya kepada pemberita selepas berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Jamek, Sungai Keli Hutan Melintang, dekat sini, malam tadi.
Beliau mengulas tuduhan Nurul Izzah dalam temubual bersama akhbar Kompas di Indonesia pada 4 Ogos lalu kononnya kapal selam negara, KD Tunku Abdul Rahman, masih tidak boleh menyelam selain mendakwa aset canggih Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu sebagai usang dan terpakai.
Berikutan kenyataan itu, Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dilaporkan berkata Ketua Sel Pasukan Kapal Selam TLDM, Kapten Abdul Rahman Ayub, membuat laporan polis berhubung pembohongan wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Balai Polis Hulu Kelang.
Ahmad Zahid berkata, beliau kesal dengan kenyataan palsu berkenaan dan menegaskan seseorang Ahli Parlimen sepatutnya mempunyai tata etika dan bercakap sesuatu yang benar mengenai negara ketika berada di negara luar.
"Tetapi cara beliau (Nurul Izzah) memburuk-burukkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kerana mempunyai agenda politiknya tersendiri.
"Kedudukan kapal selam KD Tunku Abdul Rahman sudah beberapa kali saya jelaskan di Parlimen, saya sebut kapal selam itu boleh menyelam, kalau tak mana boleh sampai dari Perancis hingga ke Teluk Sepanggar di Sabah," katanya.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata tindakan TLDM membuat laporan polis amat wajar bagi membersihkan nama baik ATM.
Beliau memberi amaran kepada semua Ahli Parlimen terutama dari parti pembangkang supaya jangan cuba mempolitikkan isu pertahanan negara yang boleh menganggu-gugat keselamatan negara.
"Walaupun ahli politik mempunyai perbezaan pendapat tetapi janganlah cuba mengeksploitasi perkara yang benar dengan kenyataan berunsur palsu," katanya.
Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh melawat Ketua Kampung Kota, Syed Shabahar Syed Mohamad, 45, cedera ditembak lelaki tidak dikenali di hadapan rumahnya pada 9 Ogos lalu.
Ikuti luahan hati Presiden SM Mohamed Idris, Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM).
Pulau Pinang sedang berdepan dengan pencabulan alam sekitar memandangkan kerosakan yang meluas disebabkan oleh pembangunan tidak terkawal yang mengakibatkan cerun bukit menjadi tandus dan hakisan tanah sering berlaku di kawasan bukit yang sedang dimajukan.
Pembangunan pesat di Pulau Pinang telah memberikan kesan buruk kepada alam sekitar pulau dan turut menjejaskan penduduk yang sudah pun berdepan dengan lebih banyak kemerosotan alam sekitar dan kesesakan lalu lintas.
Pembangunan terbaru ialah Resort Taman Tema Escape yang dicadangkan berdekatan Hutan Simpan Teluk Bahang, Taman Negara Pulau Pinang dan Empangan Teluk Bahang.
Tanah seluas 12.14 hektar untuk pembangunan taman tema itu adalah milik Perbadanan Air Pulau Pinang dan telah dipajak kepada Sim Leisure Consultants.
Apa yang menghairankan ialah rasional bagi membina taman tema ini, yang antara lainnya bertujuan untuk membina taman air di dalam hutan dengan kolam berombak, luncuran, sungai dan kawasan permainan.
Kenapa kita memerlukan taman tema buatan manusia ini apabila alam sekitar semulajadi di luar sana tersedia untuk pencinta alam dan mereka yang gemarkan cabaran? Kenapa kita perlu menukarkan hutan kepada "tarikan seperti karnival"?
Model atau olok-olok?
Adakah pelancong membanjiri Pulau Pinang untuk mengunjungi taman tema atau hutan hujan tropika, pantai, warisan budaya dan makanan kita yang menarik pelancong asing dan tempatan?
Taman tema ini disanjung sebagai projek contoh. Sama ada ia adalah model atau olok-olok, ia kekal dilihat dan dalam proses itu alam semula jadi kita tidak seharusnya menjadi mangsa.
Menurut laporan berita, pemaju projek mendakwa bahawa Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang telah mengisytiharkan projek itu sebagai mesra ekologi dan tidak memerlukan laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dilakukan.
Memandangkan dekatnya taman tema yang dicadangkan itu dengan tiga kawasan alam sekitar yang sensitif dan kawasan tadahan air, projek ini seharusnya disediakan EIA, walaupun tidak diwajibkan di bawah perintah EIA.
Laporan EIA penting untuk orang awam untuk membuat keputusan berpengetahuan berhubung sama ada projek itu akan memberikan kesan terhadap sumber air dan alam sekitar.
Begitu juga adakah kita mempunyai penilaian kesan lalu lintas yang lengkap untuk mengukur bagaimana projek ini akan menjejaskan keseluruhan keadaan lalu lintas di Pulau Pinang.
Mekanisme penyertaan awam
Jawapan kepada kesesakan lalu lintas di bahagian Pulau Pinang ini ialah dengan tidak membina lebih banyak jalan atau melebarkan jalan sedia ada kerana ia akan memburukkan lagi alam sekitar yang sudah pun terjejas.
Kita memerlukan lebih banyak mekanisme yang berkesan untuk merancang, memantau dan mengawal pembangunan untuk mengekang kemerosotan alam sekitar di Pulau Pinang. Rakyat Pulau Pinang perlu dirundingi dalam perkara berkaitan pembangunan seperti taman tema ini.
Selaras dengan dasar Kecekapan, Kebertanggungjawapan dan Ketelusan (CAT) kerajaan negeri Pulau Pinang, mekanisme penyertaan awam paling utama. Kerajaan negeri Pulau Pinang perlu mengotakan apa yang dikata dan mendengar suara rakyat.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Sahabat Alam Malaysia (SAM) tidak menyokong projek Resort Taman Tema Escape di Teluk Bahang. Kerajaan negeri dan Perbadanan Air Pulau Pinang tidak seharusnya memajak warisan alam semula jadi kita untuk keuntungan ekonomi daripada pelancongan.
CAP dan SAM menggesa Kerajaan Negeri membatalkan projek ini dan mengambil langkah untuk menghadkan pembangunan di sini, untuk melindungi dan menjaga alam sekitar semula jadi.
Malam sudah semakin larut, tetamu lain sudah balik, tinggal adinda dan kekanda sahaja di ruang tamu.
Kekanda : Adinda saya, tolonglah saya, saya perlukan wang segera?
Adinda : Bawa bertenang kekanda saya, awat kek wat ne. Nak berapa banyak? Pasai apa?
Kekanda : Saya dengan Man dalam bahaya ne, saya perlu 1 Juta, please adinda, kalau tidak pecah rahsia kita orang...
Kekanda semakin gusar menggelabah sambil tangan kanannya memegang-megang janggutnya yang sedikit banyak itu, sambil tangan kanannya memegang-mergang lutut kirinya. Matanya semakin mengecil, sekecil anak guli..
Adinda tersenyum lebar, perangkap sudah masyuk, kekanda sudah terjerat, kekanda boleh dijerat lagi...
Adinda : Ok Ok, hang nak bayaq sapa ne?
Kekanda : Adinda, janganlah banyak soal lagi, please kita orang perlukan 1 Juta sahaja...
Adinda memandang tajam ke dalam mata rakan politiknya itu, sambil berkata-kata di dalam hatinya; inilah peluang aku hancurkan si hijau ini, hang ingat aku bodoh, hehe aku tau hang nak bayaq sapa hehe...
Adinda : Baiklah kekanda, esok pagi pukul 10, datang pi restoran Han Cing Yu, sebelah itu Jalan Ma Kan Yu. Kita jumpa sana.
Kekanda ; Tq Tq adinda, kita orang tak akan lupakan adinda...
Dalam surat ini, pelajar tersebut menceritakan betapa sukarnya hidup selepas MUZAHAROT TAHRIR (rusuhan Tahrir).
Jika Harakah memaparkan surat ini ertinya Harakah mengakui bahawa demonstrasi bukanlah perkara yang baik dan akan menghancurkan sesebuah negara. Selain itu, demonstrasi juga akan menghancurkan sistem pendidikan tinggi.
Ertinya apa yang sedang dibuat oleh Kerajaan sekarang ini dengan memperkenalkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2012 amat tepat dengan keadaan semasa.
Surat ini juga perlu diedarkan kepada semua mahasiswa terutamanya yang termakan racun anarki yang disebarkan oleh pembangkang. Jika negara ini dilanda revolusi, masa depan mereka juga entah ke mana.
Kepada Harakah, MyMassa ucapkan tahniah kerana anda telah sedar bahawa apa yang PAS perjuangkan selama ini (politik rusuhan) adalah salah dan membawa kehancuran.
*Sebar-sebarkan.
You are subscribed to email updates from MyMassa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Hassan Ali mendedahkan betapa kerja menjaga hal ehwal agama Islam didalam kerajaan pakatan sudah tidak boleh di lakukan berdasarkan perkiraan agama sebaliknya kehendak pakatan rakyat haruslah melalui perkiraan politik.
Justeru soal akidah tidaklah berapa penting berbanding keuntungan sokongan yang boleh meraih undi.Dalam pada itu Hassan Ali turut mendedahkan PAS sekarang lebih mirip kepada DAP. Perjuangan agamanya sudah tidak ada dan lebih perjuangan ideologi politik DAP .
Inilah yang dikatakan PAS sebenarnya bertahaluf siyasi 'Malaysian Malaysia'. Apa pendapat korang?
Hassan Ali Kesal Pihak Utamakan Politik Daripada Dakwah
Oleh Nur Atiqah Abdul Samad
Shah Alam - Datuk Dr Hasan Ali mengaku amanah yang dipikulnya dalam menegakkan syiar Islam selaku Exco Hal Ehwal Islam dan Adat-Adat Melayu di Selangor memberi kesan kepada hubungan beliau dengan pemimpin PAS.
Hasan menegaskan beliau sentiasa bersedia menerima teguran dan kritikan namun kecewa kerana adakala tindakannya, walaupun betul daripada segi menegakkanIslam, ditolak atas perkiraan politik.
"Saya mengalu-alukan (pendapat), saya bukanlah seorang yang apa yang saya katakan itu benar semuanya dan juga tidak mengatakan apa yang saya lakukan itu salah semuanya,"kata Hasan dalam wawancara dengn Antarapos.com.
"Tetapi Ini… kadang-kadang yang benar pun atas nama politik kita tak sokong nampaknya. Bahkan kita ingin pula bukan saja tidak sokong tapi kita sebarkan supaya orang menentang kita." tambah beliau.
Dalam wawancara itu, Hasan turut menzahirkan karenah wakil-wakil komponen Pakatan Rakyat yang cuba menjadikan perkara-perkara yang jelas dalam Islam sebagai isu hak asasi.
Hasan berkata istilah-istilah seperti hak kebebasan dipergunakan sehingga menyekat beliau dalam menjalankan amanah yang diberi kepadanya.
"Saya tidak sangat bimbang mengenai hak kebebasan,keadilan, ketelusan dalam kerajaan dan sebagainya yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat, saya tidak ada masalah tentang itu," kata beliau.
" Hanya yang jadi masalah saya apabila kita panjangkan pengertian hak kebebasan itu hinggakan saya sebagai exco agama tersekat-sekat kebebasannya.
"Sebagai contoh, kita mencegah orang minum minuman keras di khalayak ramai, dia kata tak boleh dicegah kerana ini adalah pilihan dia, hak asasi dia jadi kita mesti izinkan dia berbuat demikian sedangkan ini bertentangan dengan Enakmen kita,"kata Hasan.
Dalam wawancara lebih sejam di rumahnya, Hasan diajukan beberapa persoalan "tajam" mengenai kebertanggungjawaban beliau selaku Exco Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu.Beliau turut menjaga portfolio infrastruktur dan kemudahanawam.
Hasan ditanya mengenai kekangan dan kecaman yang sering diterimanya bersabit isu-isu pelaksanaan undang-undang syariah dan hukum Islam di Selangor.
Ini termasuk usaha melarang penjualan arak di kedai Seven Eleven di Shah Alam, mempertahankan tindakan JabatanAgama Islam Selangor bersabit isu Gereja Methodist Damansara Jaya (DUMC) dan pendedahan beliau mengenai cubaan untuk mengkristiankan orang Islam di Selangor.
Yang terbaru, ialah tindakannya menyertai gerakan HIMPUN bulan lalu bagi membicarakan isu murtad walaupun PAS bersama parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat untuk tidak menyokong perhimpunan itu.
Dua bulan lalu, Hasan di ganti sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor dengan ADUN Meru, Dr Rani Osman dalam satu rombakan yang disifatkan "biasa" oleh pimpinan PAS.
Dalam wawancara itu, Hasan menegaskan keperluan parti komponen pembangkang untuk lebih terbuka dalam perjuangan Islam yang diisytiharkan oleh PAS.
"Bagi saya, kalau teman-teman dalam komponen Pakatan Rakyat dapat terbuka sikit, misalnya kalau nak laksanakan(negara) Islam (tak boleh) kata 'over my dead body" (langkahmayat saya dulu)," jelas beliau.
" Ini, rasa saya, tidak cantik dan kita harus menghormati(perjuangan PAS). Kalau Pas tidak memperjuangkan Islam,jadi apa itu Pas? Saya tidak nampak apa yang ada pada Pas,"katanya.
Kenyataan yang dirujuk oleh Hasan itu diluahkan Pengerusi DAP Karpal Singh pada tahun 1999 sebelum beliau memohonmaaf dua tahun lalu. Namun Karpal dan pimpinan tertinggi DAP masih bertegas tidak menyokong undang-undang Islam.
Hasan akur bahawa Portfolio Agama dan Adat resam Melayu yang dipegangnya menjadikan beliau sentiasa "diteropong"dan menjadi sasaran kritikan dan teguran pelbagai pihak termasuk dari PAS.
Namun apa yang mendukacitakan ialah keghairahan untukmelempar tuduhan dan kritikan tanpa fakta dan tanpamendapatkan penjelasan daripada beliau.
"Kalau ada teman-teman yang tidak suka dengan saya, sila jumpa saya untuk berbincang. Pintu pejabat dan rumah sentiasa terbuka, tetapi sehingga hari ini orang membuat kenyataan-kenyataan dan lemparkan tuduhan mengenai apayang saya cakap terutama mengenai Islam dan Melayu…(mereka) tak jumpa saya tetapi dah bercakap dengan akhbar,"kata beliau.
"Inilah masalah yang saya hadapi dan saya ingat kalau kita betul ikhlas dan kadang-kadang saya persoalkan mengenai kejujuran orang-orang yang membuat komen dan ulasan-ulasan negatif tanpa menyelidik dulu. Tetapi sayang, kerana sudah menjadi kelaziman dalam masyarakat seronok hentam orang," tambahnya.
Dalam wawancara itu, Hasan tidak menafikan bahawa beliau dikehendaki oleh pihak Istana Selangor untuk "lebih tegas dan tuntas" dalam menangani pelbagai isu membabitkan kedudukan Islam dan adat Melayu.
Hasan berkata segala tindakannya setakat ini, walaupun sederhana namun terlampau "pedas" untuk ditelan pihak yang mempunyai kepentingan diri.
"Apa yang saya lakukan setakat ini rasanya saya di peringkat sederhana, itu pun mendapat tentangan, kontroversi dan hiruk-pikuk," kata beliau.
"Apatah lagi kalau nak kata lebih tegas lagi, tegas yang bagaimana? Tegas itu relatif, selama ini Hasan Ali tak tegas ke? Lembik sangat ke? Tak bermaya ke? Tak bernafsu ke nak menjalankan kerja dan sebagainya," tambahnya.
"Saya rasa apa yang dimaksudkan oleh Istana itu ialah bertegas pada waktu dan ketika kita bertegas, berlembut pada waktu kita harus berlembut. Jadi inilah metadologi yangdigunakan Nabi Muhammad s.a.w..
"Kalau nak tegas dan agresif sepanjang masa, itu bukan HasanAli. Kalau nak lembut dan melutut sepanjang masa tu pun bukan saya. Tapi ada masanya kita berkeras dan ada masanya kita berlembut. Saya fikir itulah metadologi Hasan Ali."Tegas beliau.-Antarapos
Anak sulung peliwat nombor satu negara hari ini diajar bagaimana untuk faham bahasa. Malang buat pengundi beliau punyai seorang ahli parlimen yang dilihat cuba membebalkan diri asalkan mahu memperlihatkan lawan mereka bersalah.
Penjelasan demi penjelasan diberikan dia buat tak reti juga. Nah dalam parlimen dia kena sekolah lah.Kalau anda nak tau sebelum ini SUARAM heboh kononnya peguam Perancis nak sapina DS Najib ,tapi sampai sekarang semua diam kenapa?
Road Tour Kapal Selam oleh Suaram berhenti kenapa? Ini semua baling batu sembunyi tangan semata mata permainan bangkitkan persepsi buruk..
Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang berterusan mahu mempolitikkan isu pembelian kapal selam mendapat pengajaran bermakna di Dewan Rakyat semalam, apabila beliau 'dibelasah' Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Ahmad Latiff Ahmad.
Abdul Latiff yang tidak senang dengan pelbagai tuduhan tidak berasas Nurul Izzah walaupun isu tersebut telah dijelaskan berulang kali berkata, kontrak perolehan setiap kementerian dibuat mengikut prosedur yang sama, tetapi kenapa hanya kementerian itu menjadi mangsa.
"Ini bukan komisen, semua yang berkait dengan pembelian termasuk kos latihan kepada kru kapal selam di Perancis tertera dalam kontrak. Bodohlah kerajaan kalau selepas kontrak tersebut sudah diberi kepada Syarikat Peri Mekar kemudian kita beri lagi komisen Yang Berhormat,'' tegasnya semasa menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa kementerian itu, di Dewan Rakyat hari ini.
Abdul Latiff menegaskan perkara tersebut telah diterangkan berulang kali menerusi jawapan lisan tetapi Nurul Izzah tidak hadir dalam Dewan.
''Berbuihlah mulut kalau kita nak bercakap benda yang sama berulang kali. Yang Berhormat apa yang saya katakan adalah benar, benar, benar dan benar belaka.
"Kalau Yang Berhormat rasa kerajaan kita ini bodoh sangat nak bagi komisen suruhlah peguam dari Perancis itu sapina. Bukan setakat Menteri Pertahanan, sapina saya pun tiada masalah," tegasnya - UM
Pisau kata " orang pkr kata buat malu parti depa ja "
KOTA BAHARU, 23 Nov – Kerajaan persekutuan menyalurkan RM35.6 juta kepada 79 sekolah agama di Kelantan, termasuk RM25.1 juta yang telah dibelanjakan untuk projek menaik taraf infrastruktur dan pembinaan bangunan baru sekolah.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kesempatan sempena lawatannya ke Kelantan untuk menyerahkan peruntukan RM10.5 juta kepada sekolah-sekolah berkenaan pada majlis perjumpaan bersama 1,000 warga pendidik sekolah agama di sini hari ini.
Daripada bantuan RM10.5 juta itu, 51 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) menerima RM140,000 setiap sekolah, 22 Sekolah Agama Rakyat (SAR) mendapat RM100,000 setiap sekolah dan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) mendapat RM200,000 setiap sekolah.
Sebanyak RM25.1 juta dibelanjakan sebelum ini untuk enam projek menaik taraf infrastruktur dan membina bangunan bagi sekolah SABK. Kesemua projek itu siap tahun lepas.
Ia melibatkan Sekolah Menengah Ugama Arab (SMUA) Darul Iman, Bachok; SMUA Al-Kauthar, Kota Baharu; SMUA Al-Falah, Pasir Mas; SMUA Tengku Amalin Aishah Putri, Kota Baharu; SMUA Darul Salam, Kuala Krai; dan SMUA Saadatul Qura, Kuala Krai.
Dalam ucapannya, Muhyiddin berkata kerajaan pusat amat mementingkan pembangunan Islam kerana ia membantu pembangunan modal insan yang seimbang.
"Kerajaan pusat tidak pernah meminggirkan Islam dalam pembangunan negara kerana Islam menuntut umatnya supaya menjadi maju. Islam tidak mahu umatnya hidup dalam kemunduran," katanya.
Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Muhyiddin berkata beliau tidak memandang perbezaan politik dalam soal pendidikan Islam kerana baginya, ilmu agama berfungsi membentuk sahsiah dan moral golongan pelajar yang bakal meneraju negara.
"Saya tak pandang dia Pas ke Umno. Yang saya pandang dia Islam. Saya tak mahu perbezaan politik, lebih-lebih lagi (soal) pendidikan Islam kerana ia wajib dan merupakan fardhu kifayah untuk ditunaikan kepada rakyat," katanya.
Beliau berkata penekanan aspek agama juga dapat melahirkan insan yang mencintai negara selain menghalang anasir tidak sihat daripada memecah-belahkan perpaduan kaum dan umat Islam di negara ini.
Dalam sesi dialog bersama warga pendidik itu, Muhyiddin meminta pihak berkuasa sekolah agama persendirian di Kelantan yang belum berdaftar dengan Kementerian Pelajaran supaya berbuat demikian bagi memudahkan urusan penyaluran peruntukan.
"Kerajaan pusat tidak mahu ambil alih pengurusan sekolah ini. Kita cuma hendak beri bantuan supaya kualiti ilmu tidak terjejas," katanya.
Muhyiddin berkata kerajaan juga sedia memberikan kursus kepada guru sekolah agama supaya dapat mendidik pelajar dengan lebih baik.
Pisau kata " lebih banyak daripada peruntukan regim DAP Penang"
Wali selipar kesayangan khawarij PAS berkata kerajaan negeri Kelantan akan membubarkan DUN serentak dengan kerajaan Pusat.
Ini amat berbeza sekali dengan pendirian yang diambil oleh kerajaan negeri Selangor dan regim DAP Pulau Pinang.Dua kerajaan negeri pakatan ini berpendapat mereka masih dalam tempoh edah dan tidak perlu membubarkan DUN.
Nik Aziz sebelum ini mengelar umat Islam yang berbeza politik sebagai murtad dan kafir. Sekarang beliau sudah gelarkan mereka sebagai hantu dan syaitan.Menteri Besaq ini menegaskan beliau akan tetap bertanding dalam PRU13 nanti kerana cita cita murni beliau ingin membawa gelaran ini hingga ke lubang kubur.
Ketakutan akan kehilangan kuasa dan tahta menyebabkan beliau tidak sanggup mengadakan pilihanraya berasingan daripada kerajaan pusat.Memandangkan momentum sokongan terhadap BN di Kelantan sudah meninggkat dengan mendadak sekali.
KOTA BHARU 23 Nov. - Kerajaan Pas Kelantan tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) secara berasingan jika kerajaan Pusat membubarkan Parlimen sebelum Jun tahun hadapan.
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan sebegitu akan mengundang padah kerana ia membolehkan pihak lawan yang disifatkannya sebagai 'syaitan dan iblis' menumpukan seluruh kekuatan mereka merampas kerajaan negeri.
Justeru, beliau berkata, adalah lebih wajar bagi semua negeri yang dikuasai pembangkang untuk membubarkan DUN serentak dengan masa kerajaan Pusat membubarkan Parlimen.
"Daripada pengalaman saya, lebih baik bubar sekali (serentak). Sebabnya kalau kita bubar sendirian segala iblis, segala syaitan akan datang ke sini semuanya, tidak berdaya kita hendak melawan, lebih baik sekali," katanya.
Nik Abdul Aziz berkata demikian selepas Majlis Perasmian Serentak Publisiti Rancangan Tempatan (RT) Jajahan Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Puteh dan Tanah Merah di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas keputusan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa kerajaan negeri itu hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen, jika ia dibubar sebelum bulan Jun, bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun hadapan.-utusan
Pisau kata " dia lebih takut DAP daripada tuhan"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua kononnya susu rumusan tumbesaran bayi yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) telah melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 kerana mengandungi lapan kali lebih banyak vitamin A daripada had yang dibenarkan adalah tidak benar dan hanya bertujuan memutarbelitkan fakta semata-mata.
Hasil pemeriksaan Kementerian Kesihatan terhadap susu tersebut mendapati, kandungan produk itu tidak berbahaya kepada kesihatan dan kandungan vitamin A dalam produk susu itu adalah sebanyak 3240 I.U bagi setiap 100 gram. Ia tidak melebihi daripada had sebenar iaitu sebanyak 5,000 I.U bagi kuantiti yang sama.
Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kilang yang mengeluarkan produk itu juga didapati melaksanakan sistem jaminan keselamatan makanan dan mempunyai sijil ISO 9001:2008
"Mengikut peraturan kandungan susu rumusan bayi, had maksimum vitamin A yang dibenarkan ialah sebanyak 500 I.U," katanya pada sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.
Baru-baru ini, Tony mendakwa, kandungan vitamin A dalam susu itu adalah 6012 I.U bagi setiap 100kcal atau 802 peratus di atas had maksimum yang dibenarkan.
Jelas Tiong Lai, tindakan Setiausaha Publisiti DAP itu mengelirukan rakyat dengan mengemukakan peraturan kandungan susu rumusan 'tumbesaran' (growing formula) itu dengan peraturan susu rumusan bayi (infant formula).
Sementara itu, tambahnya, pemeriksaan terhadap produk KR1M lain seperti krimer pekat manis, krimer sejat, teh, bihun dan bes minuman buah-buahan blackcurrent didapati tidak berbahaya dan mematuhi Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Beliau bagaimanapun berkata, pemeriksaan terhadap produk sos tiram mendapati kandungan protein dalam produk tersebut tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan.
Menurut beliau, keputusan analisis dua produk sos tiram itu menunjukkan produk itu masing-masing mengandungi sebanyak 0.8 dan 1.0 peratus protein berbanding standard iaitu tidak kurang daripada 2.5 peratus protein.
Justeru, beliau telah memaklumkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya mengambil tindakan kepada pengeluar produk itu dan mengarahkan ia ditarik daripada pasaran serta-merta.
"Kementerian Kesihatan tidak sekali-kali akan bertolak ansur terhadap pihak yang mengeluarkan produk makanan yang boleh membahayakan kesihatan rakyat," kata beliau.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Setiap hari, kita akan mendengar, membaca, menonton mahupun diberitahu tentang penderitaan yang dialami oleh umat Islam di seluruh negara. Di sebalik keupayaan negara untuk berada di atas landasan ke arah sebuah negara yang penduduknya berpendapatan tinggi, ternyata penderitaan serta ancaman kemiskinan masih sukar dihapuskan.
Hampir setiap masa, kita akan diperdengarkan dengan dalil-dalil kononnya kemiskinan tegar telah dapat dihapuskan dan berada pada paras paling minima. Semuanya adalah berkat kesungguhan dan iltizam pihak kerajaan.
Sebagai umat Islam, ada satu kemudahan yang Allah Taala sendiri letakkan di dalam sistem kehidupan kita apabila ianya membabitkan wang ringgit iaitu ZAKAT. Di negara ini, pengurusan zakat merupakan antara yang terbaik kalaupun bukan di dunia, tetapi sangat teratur dan tersusun selain memberi kemudahan kepada pembayar-pembayar zakat melunaskan tanggungjawab mereka sebagaimana yang diperintahkan oleh-Nya.
Namun, apabila mendengar cerita tentang kesusahan dan penderitaan umat Islam, terutama yang bersangkutan dengan hospital serta perubatan, ia membuatkan saya tertanya-tanya di mana dan apa sebenarnya peranan zakat yang dikutip oleh badan yang dipertanggungjawabkan itu.
Kemiskinan mendekatkan kepada kekafiran... itu mafhum hadis yang sentiasa saya ingat. Saya tidak fikir, hadis ini dianggap sebagai hadis daif atau palsu sehinggakan Pusat-Pusat Zakat di seluruh Malaysia mengambil pendekatan yang kelihatan lebih mirip kepada bank-bank kapitalis.
Kemelut JAIS-DUMC yang lepas mempunyai sangkut-paut dengan amalan yang dilakukan oleh Pusat-Pusat Zakat. Kesombongan, kebongkakan dan kurang ajar serta biadapnya kakitangan Pusat Zakat menguruskan orang ramai yang datang mendapatkan bantuan, bukan cerita baru atau cerita dongeng.
Saya tidak pasti, apakah sistem Zakat di Malaysia berada dalam kategori One-Off, memandangkan perkara terpenting zakat adalah CUKUP HAUL dan CUKUP HISAB. Pembahagian wang zakat kepada 8 asnaf pula, adakah berdasarkan CUKUP HAUL dan CUKUP HISAB atau ONE-OFF?
Tidak keterlaluan kalau saya membuat kesimpulan peribadi, setiap orang miskin yang menjadi kafir, keluar dari Islam dan menganggap Islam sebagai agama opressor, maka kesalahan tersebut jatuh ke atas Pusat Zakat dan Baitulmal memandangkan mereka inilah yang menguruskan DANA AWAM yang diperintahkan Allah Taala.
Perkara paling pelik untuk kita lihat menerusi amalan zakat di Malaysia ialah, tidak sedikit orang yang diamanahkan untuk menjaga wang zakat, melihat wang zakat sebagai modal perniagaan, membina bangunan, mencipta aset mahupun membina hospital yang kemudian mengenakan bayaran tinggi kepada para pesakit dan seandainya pesakit tidak mampu membayar, maka surat saman dari peguam akan menyusul.
Bagaimana atau atas pertimbangan apakah, anak Khalid Samad yang bapanya lebih dari mampu untuk menanggung pengajian ke luar negara, diberikan wang zakat atas asnaf fisabillah? Bagaimana pula dengan anak orang miskin yang tidak mampu menanggung pengajian dan lebih menepati asnaf, tetapi diabaikan oleh pihak yang menguruskan dana itu?
Sehingga sekarang, pihak Lembaga Zakat Selangor terus tutup mulut walaupun pendedahan telah dibuat.
Itu hanyalah bilangan kecil masalah yang membabitkan pusat zakat dan baitulmal. Barangkali kalau dikumpulkan semua kes, barangkali sehingga pangkal akhirat pun, tiada sesiapa yang mampu menjawab segala permasalahan dan keciciran tersebut.
Saya melihat reformasi terhadap sistem baitulmal dan pusat zakat perlu dilakukan secara besar-besaran. Selagi pusat zakat dan baitulmal ditadbir oleh golongan yang berkepentingan dan melihat wang zakat sebagai wang keuntungan, selagi itu, golongan sebenar penerima zakat terus dipinggirkan, golongan yang berkemampuan pula yang diberi kelebihan.
Dan yang paling penting, reformasi besar selain terhadap sistem, juga terhadap kakitangan pusat zakat serta baitulmal sendiri. Seharusnya mereka keluar mencari-cari orang miskin bukannya hanya mengharapkan orang miskin datang ke pejabat, mengisi borang untuk diherdik dan disindir-sindir, walhal gaji mereka sendiri datangnya daripada zakat.
You are subscribed to email updates from rbf online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
1. Di Konvesyen Media Sosial 1Malaysia di PWTC baru-baru ini saya berkesempatan bersembang dengan YB Dato' Shahaniza ADUN Kuala Sentul, Maran Pahang. Beliau meminta saya menulis sesuatu yang menyokong DS Shaharizat kerana sebelum isu NFS saya asyik 'menghentam' beliau kerana amalan politik 'cas keting' nya. Saya pertahankan Dato' Shahaniza dan Dato' Maznah Mazlan kerana saya percaya khidmat mereka masih lagi diperlukan dan mungkin masih belum ada yang mampu menggantikan mereka dalam masa terdekat ini.
2. Selama ini saya tidak memberi sebarang respon mengenai isu NFS kerana beranggapan 'rakan blogger' lain yang diamanahkan untuk tugas itu sudah menjalankan tugasnya, sesuai dengan 'tanggung-jawab' yang telah 'diberikan' kepada mereka. Saya tidak diberi 'tanggungjawab' itu, justeru saya tidak patut bersama menulis isu berkenaan dalam waktu sama kerana bimbang ada yang terkeliru dan menganggap bahawa saya juga telah diberikan 'tanggungjawab' seperti mereka juga.
3. Dalam suasana sibuk dimana 'ahli politik menjual blogge'r serta 'blogger menjual sesama blogger' saya perlu berhati-hati agar tidak lagi tersepit seperti satu ketika dulu. Jika saya perlu memikul, biarlah kerana tangan saya sendiri yang mencincangnya, maklumlah blogger pun sudah pandai berpolitik bahkan ada antaranya juga sudah berangan-angan jadi calon PRU, selaras dengan resolusi dalam konvesyen baru-baru ini. (Klik Sini) - (Perhatikan Resolusi ke-7! Ada 'bunga' dalam hati para blogger, atau politikus akan turut jadi blogger kerana ingin dicalonkan! Habislah peluang blogger 'cari makan')
4. Isu NFC jelas bukanlah NFC itu sendiri sasarannya, tetapi DS Shahrizat adalah sasaran pembangkang yang sentiasa pandai mengambil kesempatan. Seperti saya katakan sebelum ini, segalanya adalah konspirasi ciptaan Anu arr. Blog-blog pembangkang ada yang mendesak supaya DS Shahrizat letak jawatan sebagai Ketua Wanita UMNO. Kita tertanya apakah kena mengena jawatannya sebagai Ketua Wanita UMNO dengan NFC ini? Jelas usaha ini adalah hanya untuk melemahkan UMNO menjelang PRU nanti. Baca di Sini.
5. Baca juga pandangan lain di Sini, Sini, Sini, Sini, Sini dari beberapa penulis berbaza dan pendapat dari suduh yang berbeza juga.
6. Untuk menarik isu itu jadi panjang maka PKR menpelawa KJ untuk berdebat yang pastinya satu perbuatan yang sia-sia. (Klik Sini) Apakah masalah dari isu sebenar akan selesai melalui perdebatan itu nanti? Sudah tentu tidak, tetapi apa yang mereka (pembangkang) cari adalah peluang untuk mengutuk kerajaan dan para pemimpinnya secara terbuka dan didengari oleh banyak pihak. Sudah tentu juga dalam debat itu nanti mereka tidak akan peduli kepada kerosakan yang akan terjadi. Mereka hanya mahukan menang sorak biarpun kelak kampong akan tergadai. Anu arr adalah Pak Kadok zaman moden ini!
7. Kepada sahabat blogger, usah terpedaya pada hasutan dan tohmahan pihak pembangkang. Mereka sengaja mencurah minyak pada api yang sedang membakar. Konspirasi politik mereka menjahanamkan negara dan bangsa. Terus-terusan 'menghentam' DS Shahrizat adalah agenda pembangkang, mereka akan gembira dan ketawa bahawa kita sudah terjebak. DS Shahrizat perlu dipertahankan demi satu tujuan - untuk memperkukuhkan UMNO dan menumbangkan Anu arr si-'binatang politik' yang terbukti rakus dan keji.
8. DS Shahrizat perlu dipertahankan. UMNO mesti dipertahankan. Perpaduan Melayu mesti dikukuhkan. Kali ini saya berdiri dibelakang Kak Ijat dan menyokong beliau kerana saya tahu dan sedar bahawa segala tohmahan terhadapnya hanyalah atas niat jahat semata-mata. Saya bukan 'dipertanggungjawabkan' untuk menulis tetapi menulis atas kesedaran diantara kebenaran dan kepalsuan.
1. Politik negara semakin huru-hara dan kacau-bilau. Semuanya gara-gara Anu arr. Politik Anu arr adalah Perjuangan diri. Membersihkan diri dari salah-laku penyalahgunaan-kuasa penyelewengan wang berjuta-juta ringgit. Mensucikan diri dari perlakuan seks dan seks diluar tabii. Segalanya hanya untuk memastikan beliau akan dapat berkuasa dan menjadi orang Pertama di Putrajaya sebagai Perdana Menteri Malaysia.
2. Beliau sedar dan tahu bahawa peluang baginya sudah berlalu. Beliau juga tahu bahawa beliau adalah 'orang mati' atau sudah jadi hantu kerana itu beliau tidak peduli pada apa yang akan terjadi. Apa kesan kepada rakyat dan para sahabat. Yang dicarinya hanya satu; melepaskan diri dan berkuasa. Beliau membawa beban yang berat dan dendam yang sarat. Justeru jika beliau berkuasa semula sudah tentu musuh-musuhnya dan sesiapa yang di musuhinya akan berikan pembalasan. Ini politik balas dendam.
3. Anu arr juga tidak peduli pada apa akan jadi pada rakyat, bangsa dan tanahair. Kerana itu diluar negara Anu arr mencanang keburukan negara 'kununnya' negara itu dan ini. Segalanya tentang keburukan, dan tidak ada yang molek melainkan buruk belaka. Anu arr rela menjahanamkan sahabat-sahabatnya dulu sekiranya mereka tidak bersama beliau. Kerana itu bukan sedikit para menteri-menteri jadi kecamana beliau, yang dulu dipandang elok kini sudah dikatanya buruk. Untuk mendapat undi dan sokongan sesuatu kaum beliau sanggup mempertaruhkan maruah bangsa dan agama. Beliau sanggup mengadaikan tanah sekangkang-kera. Beliau sanggup lakukan apa saja.
4. Ketidak-stabilan politik yang berlaku sekarang ini adalah kerana politik konspirasi Anu arr. Anu arr memburukkan segalanya dan telah merancangnya satu-persatu, berturutan sehingga PRU. Supaya rakyat mengingatinya, supaya rakyat melihatnya sebagai dewa kebenaran, supaya rakyat melihatnya benar-benar sebagai anu-gerah Tuhan.
5. Satu demi satu masalah diciptanya. Terbaru berkenaan projek NFC. Anu arr menghentam DS Shahrizat sedangkan dia sembunyikan banyak lagi penyelewengan dan penyalahgunaan yang dilakukannya untuk kepentingan diri dan kroni. Anu arr menuding kesalahan kepada orang lain supaya orang lain tidak melihat kesalahannya sendiri. Politik Anu arr politik konspirasi.
6. Kenapa ketika Pak Lah Perdana Menteri Anu arr tidak memburukkan DS Najib? Kenapa apabila DS Najib dilantik sebagai Perdana Menteri maka baru DS Najib diburuk-burukkan? Apabila susah untuk mencari kesalahan dan keburukan DS Najib maka DS Rosmah juga di 'conteng arang' ke muka. Hakikatnya, walau siapapun yang dilantik sebagai Perdana Menteri pasti Anu arr akan memusuhinya kerana pada pendapat beliau hanya beliau saja yang layak sebagai Perdana Menteri kerana dia adalah anu-gerah Tuhan. Anu arr tak peduli apapun asalkan dapat jadi Perdana Menteri, walaupun dari pintu belakang!
7. Kegawatan politik ini Anu arrlah puncanya. Manusia yang tidak berpuashati kepada orang lain bahkan kepada diri sendiri. Anu arr membuatkan politik negara jadi kacau-bilau dan caca-marba. Anu arr berkonspirasi politik secara berterusan dan berpanjangan. Apakah Anu arr dan pengikutnya fikir jika Anu arr jadi Perdana Menteri negara dan kita semua akan aman? Cuba kita lihat kepada Mesir dan Syria! Mereka memakan 'buah-buah buruk' dari pohon yang selama ini mereka tanam. (Klik Sini) dan (Sini)
8. 'Buah Buruk' yang kita ada disini, biarlah Anu arr sendiri memakannya kerana dia yang menanamnya! Buah ini bukan 'Ahmad Albab' yang punya, tetapi Anu arr yang punya!
9. Jangan kita terbawa dengan arus politik Anu arr. Baca tentang Anu arr di SINI, SINI, SINI, SINI,
Aziz Bari sudah terlalu hebat lagi kebal - hampir semua pihak tidak lagi berupaya "menyentuh" dirinya lagi - hatta Sultan Selangor pun seolah-olah tidak mampu berbuat apa-apa terhadap penghinaan serta kritikan demi kritikan yang dilemparkan oleh Profesor serba tahu ini terhadap kesultanan dan institusi Islam Selangor.
Bagi Aziz Bari apa-apa sahaja yang melibatkan tindakan Sultan Selangor hampir semuanya serba tidak kena di sisi undang-undang. Dengan kata lain, hanya tafsiran beliau sahajalah yang betul lagi tepat dari segi perundangan dan kehakiman - pooorahhh.
Sejak beliau "bebas" daripada hukuman UIA - egonya makin menyerlah - sehingga barangkali, rakyat Selangor sudah mula membuat sindiran pedas, "Siapa sebenarnya Sultan Selangor?
Aziz Bari atau Sultan Sharafuddin?" Malah ada juga yang sinis berkata, Profesor Undang-undang itu sudah pun memiliki gelaran baharu, iaitu "Raja Abdul Aziz Bari" - hebat, sungguh hebat Aziz Bari.
Elok sangatlah Malaysia mempunyai banyak profesor yang menjunjung kebebasan akademik dan bersuara seperti Aziz Bari ini - lagi cepat negara ini lingkup dan jahanam. Di tambah lagi dengan manusia seperti Ambiga - pejuang homoseksual. Lepas ini Majlis Peguam diminta memperjuangkan pula hak asasi kumpulan manusia yang melakukan seks dengan binatang - barulah lengkap!
SHAH ALAM, 24 Nov – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini melahirkan rasa dukacita baginda berhubung dakwaan pensyarah Prof Abdul Aziz Bari kononnya laporan kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bebas daripada diaudit.
Sultan Selangor bertitah kenyataan itu tidak tepat kerana baginda disembah maklum akaun kedua-dua badan kerajaan negeri itu yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara serta mendapat sijil bersih daripada Ketua Audit Negara setiap tahun.
"Beta sangat dukacita apabila Beta dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ada membuat kenyataan bahawa akaun Majlis Agama Islam Selangor dan Lembaga Zakat Selangor tidak diaudit dan bebas daripada audit.
"Justeru, beta berharap Prof Abdul Aziz Bari jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum beliau mendapat fakta-fakta tepat dan betul," titah baginda ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.
Dalam titah baginda lagi, Sultan Selangor menyarankan agar setiap jabatan dan agensi di Selangor mengambil iktibar daripada kelemahan-kelemahan yang dinyatakan oleh pihak audit agar masalah seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan dapat dielakkan.
"Beta berharap ketua-ketua jabatan dan agensi di negeri ini sentiasa memberi perhatian kepada hal-hal berkaitan dengan kewangan dan memastikan segala peraturan dan prosedur kewangan dipatuhi agar tidak ditegur audit," titahnya.
Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang dalam ucapannya berkata pembinaan Wisma Audit seumpama ini adalah yang ketiga selepas Perak dan Negeri Sembilan.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pilihan raya umum akan datang merupakan masa yang terbaik buat rakyat Kelantan menyatakan pendirian selepas mereka diabaikan PAS yang memerintah negeri ini sejak 1990.
Timbalan Perdana Menteri berkata tidak ada sebab lagi bagi rakyat Kelantan untuk terus memilih PAS, yang ternyata menzalimi mereka selama ini.
"Sudah sampai masanya rakyat Kelantan untuk menukar kepimpinan. Dengan apa yang berlaku rakyat Kelantan sudah pun jelak dan mereka perlu lakukan sesuatu agar Kelantan tidak terus ketinggalan.
"Kelantan masih jauh tertinggal ke belakang seperti masalah air yang masih belum selesai. Kerajaan Pusat telah menyalurkan peruntukan RM600 juta untuk selesaikan masalah air tetapi kerajaan Kelantan masih gagal menyelesaikannya," kata Muhyiddin.
Kemelut dan krisis dalaman termasuk agenda menjatuhkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bukanlah satu cerita baru atau dakwaan palsu yang kononnya direka oleh UMNO terutama Barisan Nasional (BN) di negeri itu.
Ini adalah satu hakikat atau pekong yang sememangnya sukar untuk ditutup lagi sejak pakatan pembangkang menguasai Selangor
"Ini bukan cerita yang direka UMNO atau BN, Khalid Ibrahim sendiri mengakui bahawa wujud usaha tertentu dari kalangan pemimpin PKR yangcubamenjatuhkan beliau. Ini disahkan sendiri oleh Anwar dan Azmin Ali.
"Soal siapa dan kenapa Khalid Ibrahim perlu dijatuhkan, adalah perkara dalaman mereka. Biarpun ada berteori orang tertentu mengidam jawatan Menteri Besar, itu semua adalah sebahagian gambaran sebenar PKR yang selama ini mendabik dada bahawa parti mereka paling syumul di muka bumi ini," demikian pandangan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman.
Tegas beliau lagi hakikatnya Khalid Ibrahim jelas gagal mengemudi bahtera Selangor sebagai Menteri Besar.
"Tempoh lebih tiga tahun Khalid Ibrahim khususnya pakatan pembangkang mengemudi Selangor apa yang jelas kelihatan adalah kerajaan negeri diwarnai dengan pelbagai skandal pentadbiran, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sehingga membuatkan ada di kalangan ahli pakatan kurang selesa.
"Malah Khalid sendiri dilihat sekadar menjadi boneka pihak-pihak tertentu dalam pentadbirannya", ujar beliau.
Terang Satim pelbagai isu seperti pemulangan arak, projek pasir, perumahan rakyat, kebanjiran pusat hiburan dan rumah urut termasuk isu DUMC–JAIS membuktikangayasebenar Khalid Ibrahim yang jelas menjadi keldai tunggangan kepada DAP sehingga sanggup membelakangkan baginda Sultan Selangor.
"Kini semuanya semakin bercelaru. Permasalahan rakyat yang kononnya menjadi perjuangan mereka sudah hilang entah ke mana. Perebutan kuasa dan politik sepak terajang di kalangan mereka sudah sampai ke tahap retak menanti belah.
"Jika Khalid dan konco-konconya benar-benar menjadi pemimpin yang bertanggungjawab, sudah pasti beliau tidak akan mengabaikan kepentingan rakyat dengan menjual bangunan milik PKNS demi untuk menunjukkan kewangan negeri semakin kukuh, tidak akan tergamak menyusahkan pelajar dengan menutup asrama milik Yayasan Selangor dan sudah pasti beliau akan menghormati Sultan Selangor atas sifatnya sebagai Ketua Agama Islam di Selangor dalam hal berkaitan akidah umat Islam!
"Namun beliau memilih untuk membelakangi rakyat dan Sultan demi untuk menjaga hati konco-konconya," katanya yang juga merupakan ADUN Seri Serdang.
Tambah beliau lagi hari ini Khalid Ibrahim telah menjadi liabiliti kepada pakatan dan dibenci oleh rakyat Selangor kerana sikapnya yang keterlaluan menjaga kepentingan pihak tertentu.
"Maka usaha-usaha untuk menjatuhkan beliau sedang giat dijalankan kononnya untuk menyelamatkan kerajaan pakatan.
"Ironinya, di sebalik semua ini mungkinkah ada tangan ghaib yang sedang mengintai peluang untuk menjarah segala hasil mahsul milik rakyat Selangor?
"Segala masalah yang selama ini membelenggu kerajaan pakatan dilonggokkan di bahu Khalid Ibrahim sebagai kambing hitam. Ini adalah sebahagian putaran ganas permainan politik pakatan. Jelas mereka ini gagal membawa kemakmuran kepada rakyat negeri Selangor sebagaimana yang diharapkan oleh pengundi," ujarnya. - MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan