PEJUANG BANGSA Posted: 17 Nov 2011 11:45 AM PST BN Perlis guna formula calon kitar semula untuk kemenangan di PRU 13 Posted: 17 Nov 2011 10:30 AM PST Barisan Nasional (BN) Perlis mungkin meletakkan calon "kitar semula" pada pilihan raya umum ke-13 jika calon berkenaan boleh membantu membawa kemenangan, kata pengerusinya, Datuk Seri Dr. Md Isa Sabu hari ini. Menurutnya, apa yang lebih penting ialah setiap calon BN perlu diterima rakyat dan para pengundi serta calon itu berupaya membantu kemenangan BN walaupun ada yang melihat faktor umur sebagai penghalang calon tertentu. "Mungkin akan berlaku "re-cycle" atau kitar semula calon yang bermakna bekas wakil rakyat juga boleh dicalonkan semula jika berpotensi membawa kemenangan," katanya kepada pemberita semasa diminta mengulas kriteria calon BN bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang. Beliau yang juga Menteri Besar Perlis mengambil contoh dirinya yang dicalonkan semula pada pilihan raya umum lalu setelah berehat selama satu penggal apabila tidak lagi menjadi wakil rakyat. - Bernama | 15 gadis dibogelkan gara-gara nak jadi model Posted: 17 Nov 2011 09:32 AM PST KUALA LUMPUR: Tertarik untuk menjadi model profesional dengan pendapatan lumayan, seorang lelaki menyamar penguji bakat memperdaya sekurang-kurangnya 15 gadis untuk dirakam gambar bogel sebelum melakukan hubungan seks dengan mereka sejak awal tahun ini. Lelaki terbabit yang berusia 30-an dan menyamar penguji bakat di sebuah syarikat peragawati terkenal 'mengumpan' mangsa melalui laman sosial dengan menawarkan pendapatan lumayan dengan hanya bergaya di depan kamera. Terbaru, dua pelajar masing-masing berusia 18 dan 19 tahun menjadi mangsa lelaki terbabit sebelum mereka membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin. Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, dalam kejadian jam 2 petang, 30 Oktober lalu, kedua-dua mangsa yang mengenali lelaki terbabit melalui laman sembang sosial diminta ke tingkat tujuh sebuah hotel di ibu kota untuk sesi uji bakat. "Kedua-dua mangsa yang berminat menjadi model profesional tanpa ragu-ragu pergi ke sesi uji bakat berkenaan secara berasingan. Sebaik tiba di sebuah bilik di hotel berkenaan yang kononnya digunakan untuk sesi uji bakat itu, suspek mengarahkan mangsa menanggalkan pakaian Read more: http://celahgelegar.blogspot.com/2011/11/sesi-model-serah-tubuh.html#ixzz1dxYEWzmi | Video gol kemenangan Malaysia menewaskan Indonesia 1 - 0 Posted: 17 Nov 2011 08:30 AM PST Tahniah skuad Harimau Malaya yang berjaya mematahkan sayap Garuda di Gelora Bung Karno malam tadi dengan kemenangan 1 -0 hasil jaringan Mohd Syahrul Azwari Ibrahim di minit ke 17 . GPB yakin skuad negara kita mampu pertahankan pingat emas Sukan Sea ke 26 ini di Jakarta - Palembang . | Guan Eng jadi batu api , tuduh UMNO dalang Tsu Koon tak bertanding ! Posted: 17 Nov 2011 07:30 AM PST DAP memang tidak boleh lari dengan sifat angkuh , rasis & ultra kiasu mereka . Bila Tsu Koon umumkan mengundur diri daripada bertanding PRU 13 , Guan Eng paling awal sekali menyalahkan UMNO sebagai dalang akan keputusan ini . Apa sebabnya Guan Eng panas sangat bila Tsu Koon membuat keputusan drastik ini ? Mengapa UMNO pulak dituduh oleh DAP ini ?? Ini semua adalah strategi DAP mahu lagakan UMNO dengan Gerakan . Walhal yang mendesak Tsu Koon tidak bertanding dalam PRU 13 adalah dari Ketua Wanita Gerakan semasa perhimpunan agung mereka . Jadi , mengapa Guan Eng menuduh UMNO pulak sebagai dalan ? Jelas satu pembohongan & fitnah jahat DAP yang cuba mainkan sentimen rasis .
Guan Eng pernah hina Tsu Koon ..sekarang bila tak bertanding dituduh pulak UMNO dalang . | Tahniah blogger Penang ! Label kerajaan DAP melekat dikalangan orang Melayu ! Posted: 17 Nov 2011 06:30 AM PST Nampakanya medium blog di PP yang dikuasai blogger Pro UMNO seperti Dr MIM , Generasi Pejuang Bangsa , MPP , Empayar Pemuda , Pisau.net , Mat Kilau Penang, Anak Seberang terhadap kerajaan regim DAP diketuai Guan Eng berjaya . Melabel kerajaan Negeri sebagai kerajaan DAP setiap hari di blog termasuk bantuan di media arus perdana akhirnya melekat dalam minda orang Melayu P.Pinang. Itu belum lagi dikira kezaliman kerajaan DAP terhadap orang Melayu di negeri ini seperti merobohkan gerai-gerai mereka . Guan Eng sememangnya akan terus dilihat sebagai mengancam Melayu kerana jelas terbukti DAP memang menjadi UMNO sebagai musuh ketat mereka. Sebagai parti Melayu yang terbesar di negeri , jika DAP menyerang UMNO ,maka diibaratkan juga mengancam orang Melayu ! | Kajian pencacai Pakatan yang akan buat Guan Eng tidur lena di P.Pinang Posted: 17 Nov 2011 05:05 AM PST Bila hasil kajian UIAM yang bentangkan kajian tentang populariti PM meningkat hari ini , Kerajaan regim DAP di PP pun mahu tunjuk juga kaji selidik mereka . Satu kajian dijalan oleh Ilham Centre ( pro pakatan ) menyatakan majoriti bangsa Melayu di PP tak yakin BN mampu menang di PP . GPB tidak bersetuju sekali bila hanya keputusan kajian hanya 720 responden dari 2 parlimen dan 1 DUN ditunjukkan bahawa majoriti Melayu PP . Bagaimana pulak dengan Melayu yang tinggal di sebelah pulau ?? Bagi GPB kajian itu tidak sedikit pun perlu dibimbangi oleh para pendokong UMNO dan BN di PP . Ini semua kajian kerajaan DAP saja . Sebenarnya masih ramai lagi orang Melayu bergantung harap kepada UMNO jika melalui kajian mereka ini dan bukannya kerajaan regim DAP. | Guan Eng tak simpati tapi berang bila Tsu Koon tak terajui BN P.Pinang Posted: 17 Nov 2011 04:05 AM PST Dalam nada dan kenyataan yang agak pelik tetapi benar, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berpendapat, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon perlu diberi peluang kedua bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) bagi menebus kekalahannya pada pilihan raya yang lalu. Sambil menyatakan rasa simpatinya kepada presiden Gerakan itu, Guan Engberkata, Tsu Koon seharusnya dibenarkan bertanding memandangkan beliaujuga kini merupakan seorang menteri kabinet. "Saya rasa simpati kepada beliau, sepatutnya beliau diberi peluangbertanding lagi. Kalah dan menang dalam pertandingan adalah perkara biasa. "Kalau kali kedua pun kalah lagi, tak mengapalah. Lepas itu kalau mahubersara dalam politik pun tidak mengapa," katanya di lobi Parlimen disini, Khamis. Guan Eng mengulas mengenai pengumuman Tsu Koon yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berhubung keputusannya untuk tidak bertanding dalam PRU-13 nanti sama ada di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ataupunParlimen demi menyelamatkan Gerakan dan Barisan Nasional (BN). Bagaimanapun Tsu Koon akan terus berada dalam politik termasuk mengetuai Gerakan, BN Pulau Pinang dan kedudukannya sebagai naib pengerusi BN Pusat. Pada PRU-12, Tsu Koon yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang tewas dikerusi Parlimen Batu Kawan kepada calon DAP. Mengulas lanjut, Guan Eng yang kini mengambil alih tempat Tsu Koon di Pulau Pinang mendakwa keputusan untuk tidak bertanding itu bukan kehendak peribadi Tsu Koon sebaliknya dibuat selepas menerima tekanan daripada parti-parti komponen BN. "Perkara ini merupakan tekanan terhadap beliau oleh BN terutamanyamedia yang dikawal Umno dan MCA. "Saya simpati dengan layanan yang diterima beliau. Jelas sekali keputusan itu merupakan misi berjaya bagi Umno yang tidak mahu beliau terus bertanding. "Sebagai menteri dan presiden sebuah parti komponen, sudah pasti beliau nak bertanding lagi," katanya. Sementara itu ditanya mengenai kesan pengunduran Tsu Koon dalam pilihan rayananti kepada kedudukan DAP di Pulau Pinang, Guan Eng berkata: "Setiap pilihan raya adalah sukar. Tak kisah sama ada Dr Koh Tsu Koon bertanding atau tidak. "Kesukarannya ialah bagaimana kita nak yakinkan rakyat dan buktikan bahawa kita boleh berkhidmat." Komen GPB Guan Eng sebenarnya bukan simpati pun tapi semakin serabut & pening bila Tsu Koon tak terajui lagi BN P.Pinang . Agak pelik sekali bila Guan Eng membuat kenyataan paling bangang sekali bila berdepan musuhnya . Beliau sebenarnya tahu ramai rakyat negeri ini terutama kaum Cina tidak sukakan Tsu Koon , tetapi bila keputusan mengejut ini diketahui , GPB yakin Guan Eng dan DAP terpaksa rombak semula strategi mereka untuk pertahankan PP . Rakyat yang undi DAP pada 2008 sebenarnya banyak mengundi protes dan terpaksa undi DAP yang memang diketahui parti ' cakap tak serupa bikin " saja . Bagi pihak BN P.Pinang , parti Gerakan dilihat sudah mendapat nafas baru bagi menghadapi PRU 13 akan datang bersama kompone parti yang lain . Cuma sekarang ini perpaduan antara sesama parti terutama Gerakan - UMNO dalam komponen BN PP harus diperkuatkan kerana DAP memang tidak senang akan hal ini . | Rahsia besar Anwar & Pakatan kantoi hari ini menjelang PRU 13 Posted: 17 Nov 2011 02:55 AM PST Anwar dan konco2 nya kantoi lagi ! Bukan mai lagi merek ugut kerajaan supaya laksana dakwat kekal sedangkan dakwat itu tak kekal pun ..kah kah kah .. Blog PAPA Gomo telah berjaya dedahkan pembohongan Pakatan menjelang PRU 13 ini .. Dakwat Kekal namun ianya tidak kekal dan tidak sesuai untuk digunakan oleh Malaysia dalam menghadapi proses Pilihanraya. Penggunaan Biometrik disarankan untuk ketelusan pengundian. Dibawah ini Video yang Gomo rakamkan lewat pagi tadi mengenai Demo cara cara Dakwat Kekal digunakan jika berlangsung pilihanraya dan juga Cara cara menghilangkan dakwat kekal tidak sampai 5 Minit. Pohon saksikan sehingga tamat apa yang berlaku. MACHO BETUL SUARA PAPA GOMO ...HAHAH Jelas terbukti buat kita seluruh rakyat Malaysia bahawa Dakwat yang dikatakan kekal ini adalah tidak Kekal sama sekali sepertimana yang dinyatakan oleh pemimpin Pembangkang. Malah tuntutan pihak BERSIHyang mendesak SPR menggunakan Dakwat Kekal pada PRU 13 juga jelas terbukti agenda Jahat yang dirancang bersama PKR, PAS dan DAP demi memenuhi hasrat mereka menjatuhkan kerajaan dengan cara yang tidak sihat. Indelible Ink Dikeluarkan oleh syarikat GLC Mysore Paints & Vanish Ltd dari negara India. - Sebotol Indelible Ink mampu menampung seramai 700 orang pengundi -Kekal 2 ke 3 di jari hari tampa menggunakan apa apa pencuci. Cleaning 1 - Mengandungi Sodium Hydroxide Solution yang boleh diperolehi di farmasi, Hardware Cleaning 2 - Mengandungi Alcohol with Turtentine yang boleh didapati di Farmasi dan kedai Hardware Panic Stone - Sering digunakan untuk membersihkan Kuitik Kapas - Boleh diperolehi di Farmasi
Diatas ini merupakan bahan bahan yang mana terdiri dari Dakwat Kekal (Tak kekal pun) dan alat serta bahan peluntur yang digunakan bagi menghilangkan Dakwat yang dituntut oleh PAS,PKR dan DAP pada PRU 13 nanti. APA MOTIF PAS, PKR & DAP YANG SEBENARNYA DALAM ISU DAKWAT KEKAL? KLIK DISINI SETERUSNYA | Kerajaan bidas fitnah pembangkang wang bantuan persekolahan RM 100 adalah haram Posted: 17 Nov 2011 12:01 AM PST Kontroversi pemberian wang bantuan persekolahan sebanyakRM100 kepada setiap pelajar seperti yang diumumkan pada perbentanganBajet 2012 terjawab apabila pembayaran serta-merta itu dibuat secara sah menggunakan peruntukan sedia ada dalam kumpulan wang AkaunPenyelesaian Utama Perbendaharaan 2011. Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, prosespemberian wang berjumlah RM530 juta itu tidak bertentangan denganPerlembagaan ataupun membelakangi Parlimen walaupun Bajet 2012 masihbelum diluluskan Dewan Rakyat. "Memang betul sekiranya kita mengeluarkan wang untuk (bajet) tahun depan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. " Tapi apa yang berlaku ialah kita gunakan kaedah menggunakan duit sedia ada dengan kelulusan daripada Jabatan Akauntan Negara danKementerian Kewangan. Maka persetujuan dan kelulusan telah diberidengan mewujudkan akauan amanah. " Ia menggunakan wang semasa dan bukannya wang daripada peruntukantahun depan," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undangPerbekalan 2012 bagi Kementerian Pelajaran peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat pada Rabu. Kontroversi pemberian wang bantuan persekolah ini ditimbulkanpembangkang apabila menyifatkan ia salah dan tidak mengikut peraturankerana Bajet 2012 masih belum diluluskan. Mengulas mengenai isu berkenaan, Wee berkata tindakan kerajaanmenggunakan Akaun Penyelesaian Utama Perbendaharaan bagi tujuanpembayaran wang itu bagi memastikan bantuan tersebut dapat disalurkankepada ibu bapa dan pelajar sebelum sesi persekolah 2012 bermula tanpamenyalahi undang-undang. "Tujuan kita nak ringankan beban dan persoalan timbul mengenai kaedahbagaimana kita mahu beri bantuan sebelum sesi persekolahan tahun depanbermula pada 2 Januari 2012. Kalau ikut proses sehingga dapat perkenanYang di-Pertuan Agong, mungkin awal tahun depan baru lulus. "Jadi kita sebagai manusia perlu berfikir bagaimana kita nak bantu selesaikan masalah ini. Maka dengan adanya persetujuan Perbendaharaan,pihak Kementerian Pelajaran telah diberi kelulusan untuk menggunakanwang semasa," katanya. Minggu lalu Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, TanSri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bantuan RM100 kepada pelajarakan disalurkan kepada akaun sekolah masing-masing serta merta. Bagaimanapun bantuan persekolahan itu akan disalurkan kepada pelajar Tingkatan Satu hingga Tahun Lima, dan dari Tingkatan Satu hinggaTingkatan Empat bagi sesi persekolahan 2011. Sementara bagi pelajar Tahun Satu dan Tingkatan Satu sesi pesekolahan 2012,pembayaran bantuan persekolahan akan dibuat pada Januari tahun depanbagi memastikan pelajar sudah mendaftar di sekolah masing-masing untukmemudahkan pembayaran. | PANAS ! Pemuda UMNO P.Pinang belasah NGO Melayu talibarut regim DAP ! Posted: 16 Nov 2011 10:23 PM PST GPB dah lama perhatikan NGO KMPP ini .. .Hari ini depa dah tunjuk belang untuk memecahbelahkan perpaduan dalam BN P.Pinang dengan menggunakan media Meloyakini iaitu gesa UMNO mengetuai BN negeri . Selalunya siapa yang suka sangat cetuskan isu bahawa UMNO hendak jadi Ketua Menteri PP ?? Jawapannya ialah DAP BANGSAT !! ..Ini supaya mereka boleh memainkan sentimen tahap RASIS terhadap pengundi Cina bahawa UMNO akan ambil jawatan Ketua Menteri jika BN menang di PP. Lihat tak game DAP menggunakan NGO Melayu yang menjadi talibarut kerajaan DAP ini . Memang wajar sekali Pemuda UMNO belasah KMPP ini yang memang mempunyai agenda jahat pecahbelahkan BN . | Nurul Izzah jangan lari, jawab isu duit jutaan dollar di akaun bank Israel ! Posted: 16 Nov 2011 08:32 PM PST Disebalik tuduhan fitnah Nurul Izzah bersama Tony Pua tentang KR1M , ada lagi isu besar yang beliau perlu jawab persoalan ini . Mengapa Nurul Izzah ada akaun Fixed Deposit di Israel National Bank semasa tahun 96 -97 ?? Semasa itu Anwar masih lagi menjadi TPM dan negara ketika itu dilanda kegawatan ekonomi yang meruncing . Siapa yang fund masuk duit dalam jumlah jutaan dollar ini ke akaun Nurul Izzah ? Adakah rakan baik bapanya di Barat atau Yahudi yang memasukkan wang ini ? Nurul Izzah perlu jawab isu !! PENDEDAHAN NURUL IZZAH MEMPUNYAI AKAUN BANK DI ISRAEL !! 7. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime Minister Passport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) ... 3 years Account No : C-719-418-210 (M) - Amount : USD 13,000,000.00 Date of opening account : 17/06/96 - Date of Maturity : 17/06/99 8. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime Minister Passport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 3 years Account No : F-817-200-11 (C) - Amount : USD 12,500,000.00 Date of opening account : 03/12/96 - Date of Maturity : 03/12/99 9. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime Minister Passport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 5 years Account No : G-211-922-718-2 (D) - Amount : USD 15,000,000.00 Date of opening account : 12/07/97 - Date of Maturity : 12/07/02 10. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime Minister Passport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 1 years Account No : F-3532-3310-501 (NG) - Amount : USD 15,500,000.00 Date of opening account : 21/09/98 - Date of Maturity : 21/09/99 11. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime Minister Passport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 3 years Account No : DA-9159-7211-819 (M) - Amount : USD 4,500,000.00 Date of opening account : 20/05/96 - Date of Maturity : 20/05/99 12. Name : Ms Nurul Izzah Bte Anwar - Post : Daughter of Deputy Prime Minister Passport No. : R 671918 (M) - Bank : Israeli National Bank Type of Account : Fixed Deposit (Foreign Currency) - 3 years Account No : ME-3138-5144-219 (A) - Amount : USD 10,000,000.00 Date of opening account : 08/09/97 - Date of Maturity : 08/09/00 BACA DI SINI | PANAS ! Lagi sekali Anwar tuduh video seks adalah konspirasi jahat UMNO Posted: 16 Nov 2011 08:03 PM PST Nak aibkan saya sekali lagi...kita akan tentang keras dan lawan mereka dalam pilihan raya...mereka sudah gentar hadapi kita dalam pilihan raya...ini cara kotor jahat UMNO." Itulah bunyi Datuk Seri Anwar Ibrahim bila mengaum kepada para wartawan sejurus keluar dari memberi keterangan hampir sejam di Balai Polis Kepong, Kuala Lumpur petang Rabu berhubung kes dakwaan beliau membuat laporan polis palsu mengenai video seks yang didedahkan oleh trio Datuk T. Apa yang menjadi persoalan bagi orang yang ' ada akal' ialah siapa nak aibkan siapa? Bukankah video seks dengan pelacur China itu sudah disahkan 99.9 peratus tulen oleh pakar luar negara. Bukan setakat video seks malah CCTV yang merakamkan lelaki wajah seiris Anwar sedang naik turun lif apartmen berkenaan bersama Datuk Sharzly Eskay Abdullah juga ada. Sebaliknya Anwar cuba mempertahan diri dengan mendakwa pihak polis tidak bertindak terhadap laporan polis yang dibuatnya pada 22 Mac lepas di Balai Polis Dang Wangi berhubung ugutan supaya beliau dan isterinya (Datin Seri Wan Azizah) melepaskan jawatan politik sekiranya tidak mahu 'keburukan' dirinya didedahkan. " Itu ugutan...tiada tindakan undang-undang," katanya Juga Anwar mendakwa dirinya pula hendak dianiayakan lagi dengan siasatan untuk mengenalpasti siapa dalam video tersebut. Menurut Peguam Anwar, S. Sivarasa, Anwar disoalsiasat oleh Pegawai Penyiasat ASP the Boon Ang dari Balai Polis Sentul di bawah Sesyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan tidak betul kepada kakitangan kerajaan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dihukum enam bulan penjara atau denda sebanyak RM2,000. Ditanya mengenai soalsiasat tersebut, Sivarasa berkata, "Polis telah diperalatkan oleh UMNO/Barisan Nasional (BN) dalam satu percubaan untuk menghalang tugas Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan pemimpin Pakatan Rakyat." Katanya lagi, "laporan polis dibuat sebagai pengadu telah bertukar jadi semacam dia (Anwar) pula jadi pesalah, ini menunjukkan bahawa ada campurtangan politik." "Sekarang tuduhan polis yang buat dan kita menolak sama sekali tuduhan itu," ujarnya. Ada yang berkata Anwar dan orang-orangnya lupa mereka sudah membuat pelbagai tuduhan liar bukan saja terhadap UMNO/BN tetapi terhadap pasukan polis. Dakwaan ini perancangan UMNO dan berkonspirasi dengan polis memang senang cakap.Siapa saja boleh main tuduh. Siapa nak bertanggungjawab ke atas dakwaan itu semua? Perlu atau tidak UMNO dan pasukan polis khususnya mempertahan imej dan integritinya? Faktanya di depan mata semua rakyat Malaysia ialah video seks berkenaan jelas menunjukkan lelaki itu seiras dengannya. Mahukah Anwar secara gentlemen mengaku macam Datuk Seri Chua Soi Lek kalau benar itu dia? Kata orang mati hidup balik sekalipun ...tidak. Kalaulah betul beliau aktornya dalam video itu ...juga kata orang awak sedap-sedap belasah pelacur China....sekarang main sedap mulut nak tuduh orang dan persalahkan orang lain. Bukankah kita ada kata-kata popular: berani buat berani tanggung. Jawabnya sendiri buat sendiri aib. Hakikatnya dalam sistem perundangan negara, penentu benar tak benar...salah tak salah ialah mahkamah. Kalau setakat cakap di luar sahaja tak laku. Pencuri mana nak mengaku dia mencuri. Tugas polis ialah menyiasat.Itu pun nak marah. Jadi Anwar nak ikut sistem perundangan mana? Bukankah kalau siasatan akhirnya mendapati bukan beliau dalam video itu...maka bersihlah namanya. Jadi kenapa takut?...ibarat perpatah...takut kerana salah dan berani kerana benar. Siapa tahu kalaulah pembangkang berkuasa di negara ini...Anwar kelak boleh umum tiru macam saya. Kalau tidak boleh juga masuk sebagai salah satu lagi perkara baru dalam Buku Jingga. Kena tuduh saja...dakwa polis berkomplot...ada konspirasi blah..blah..blah.. buat demonstrasi. Apa macam penyangak, penyamun, pembunuh, perogol, pembelit, peliwat....syok dak dapat ikut stail Anwar nanti ? Video yang nampak hidup-hidup aksi kata besi...tak boleh jadi bukti...CCTV yang tunjuk orang bergerak tu kata temberang. Tak hancur negara,jawabnya.-16/11/2011 - AGENDA DAILY | Orang Johor dituduh murtad oleh Ostat Bob Lokman !! Posted: 16 Nov 2011 07:01 PM PST Tahniah PAS ! ...Rupa-rupanya Bob Lokman masuk PAS bukan saja dapat duit hasil ceramah ,tapi juga sijil besar mengkafirkan orang lain . Semakin besar kepala nampak Bob Lokman ini setelah menjadi penceramah hebat PAS .. Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram, Jam 5 pagi dah keluar dari rumah, 7 pagi dah sampai tempat kerja. Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?" Ujarnya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!! , pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia (rakyat Johor) qado sembahyang, dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!" Katanya lagi "dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia(rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad" Dengan angkuh dan dengan sifat ujub Bob Lokman mengaku didepan hadirin kononnya beliau baru mendapat hidayah! KLIK DI SINI SETERUSNYA | Nik Aziz belum mimpi lagi ,PM Pakatan diketahui selepas menang PRU 13 ..haha Posted: 16 Nov 2011 06:10 PM PST Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat takut kepada DAP apabila gagal menyatakan pendirian sebenar berhubung siapa bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti. Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, Nik Abdul Aziz seolah-olah masih meraba-raba mencari jawapan dan tidak pasti mengenai pendirian Pas berhubung perkara itu apabila menyatakan ia hanya akan diketahui selepas pilihan raya umum berlangsung. "Rakyat pasti hendak tahu sekarang. Kenapa Nik Aziz tidak nyatakan sahaja bahawa Datuk Seri Abdul Hadi Awang?. Bukankah beliau Presiden Pas? "Dan kalau Hadi jadi Perdana Menteri, maka bolehlah diwujudkan negara Islam dan laksanakan hukum hudud. Jadi tidak perlu salahkan orang lain mengenai pelaksanaan hudud," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas mengenai penafian Nik Abdul Aziz terhadap dakwaan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa ada usaha pihak tertentu di dalam pakatan pembangkang untuk mempelawa Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang atau wujud keadaan 50-50 pada pilihan raya umum akan datang. Ibrahim berkata, penafian Nik Abdul Aziz itu membuktikan bahawa Menteri Besar Kelantan itu takut kepada DAP untuk menyatakan pendirian sebenar Pas itu. "Ia sekali gus memperlekehkan pucuk pimpinan parti itu sendiri. Amat memalukan. Jika hendak tunggu selepas pilihan raya umum, macam-macam boleh berlaku. Tidak mustahil Lim Kit Siang (Penasihat DAP) jadi Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri," katanya. Ibrahim turut mempersoalkan mengapa Nik Abdul Aziz tidak menamakan sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga untuk menjadi Perdana Menteri sebelum ini. Katanya, perkara itu membuktikan bahawa banyak perkara berhubung dasar-dasar antara parti di dalam pakatan pembangkang yang tidak jelas dan tiada kesefahaman sesama sendiri. "Maka hasilnya akan timbul kekecohan sehingga menjejaskan kestabilan politik negara," katanya. | Terowong RM8 billion kerajaan DAP sempena hadapi PRU 13 ?? Posted: 16 Nov 2011 05:03 PM PST Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasional cadangan pembinaan laluan ketiga termasuk terowong di Pulau Pinang bernilai RM8 bilion, sedangkan projek Jambatan Kedua belum siap. "Apa tujuan (Ketua Menteri Lim) Guan Eng buat terowong, apakah maknanya sudah sesak sangat sehingga projek kedua (jambatan) yang kita sedang bina tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan bandar rayaGeorge Town. "Sepatutnya kita benarkan dulu projek Jambatan Kedua siap, kita akan memerhatikan mungkin kesan daripada projek kedua itu sudah pun mencukupi, jadi apa perlu membelanja wang agak lebih besar yang dikatakan bernilai sekitar RM8 bilion," katanya Muhyiddin berkata projek Jambatan Kedua, yang dijangka siap pada 2013, sudah mengambil kira unjuran kegunaannya bagi tempoh jangka panjang. "Seperti jambatan pertama, setelah puluhan tahun, barulah kerajaan putuskan untuk bina (jambatan) yang kedua, jadi sekarang ini yang kedua pun belum lagi siap dan mungkin (kegunaannya) sudah diunjurkan untuk 10 hingga 20 tahun akan datang. "Jadi, apakah perlunya projek itu, saya tak tahu. Mungkin dia kata ini hak dia, kerajaan negeri boleh membuat keputusan, itu terserah pada dia tetapi rakyat harus membuat penilaian sama ada wajar atau sudah sampai masanya Pulau Pinang memerlukan terowong itu ataupun sudah mencukupi jambatan kedua untuk setidak-tidaknya bagi tempoh 10 atau 15 tahun akan datang," katanya. Pada Isnin, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan mengumumkan pelan RM8 bilion untuk membina empat jalan utama dan projek terowong bertujuan mengurangkan kesesakan lalulintas di negeri itu. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dilaporkan berkata bahawa projek itu akan memudahkan lagi pergerakan antara pulau tersebut dan tanah besar. Projek yang dicadangkan itu adalah terowong ketiga yang menghubungkan Persiaran Gurney ke daerah Seberang Perai Utara, jalan pintasan menghubungkan Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, jalan hubungan antara Bandar Baru Air Itam ke lebuh raya itu serta satu lagi jalan ke jalan pantai dari Tanjung Bungah ke Teluk Bahang, menurut portal berita itu. Komen GPB Selepas projek kayakan kroni seperti SPICE , Theme Park Teluk Bahang ..dan kini terbaru Terowong RM8 Billion hubungkan Georgetown dengan Butterworth . Sudah nak siap Jambatan Kedua yang dibina 2.4 Billion oleh kerajaan BN , buat apa perlu bina terowong lagi yang lebih mahal ?? Nampaknya dalam menghadapi PRU 13 , banyak projek mega segera nak dibikin kerajaan regim DAP . Semua ini untuk cari dana menghadapi PRU 13 ka ?? Bijak betul kerajaan yang senang bertukar dari berjiwa rakyat ke berpeniagaan ...hahaha KRONI dapat projek , komisyen masyuk banyak !!! ...hahaha...... | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan