Isnin, 10 Oktober 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full content generated by Get Full RSS.

Briged Al-Akhdor LR2

Posted: 10 Oct 2011 02:41 PM PDT

NEW DELHI, 10 Okt[themalaysianinsider] — Pihak berkuasa India memfailkan kes terhadap tokoh perniagaan Malaysia T Ananda Krishnan dan ketua eksekutif kepercayaannya Ralph Marshall bersama seorang bekas menteri telekomunikasi negara itu dan adiknya berhubung tuduhan konspirasi jenayah membabitkan urusan telekomunikasi Maxis dan Aircel.
Agensi berita Press Trust of India berkata tiga tiga syarikat termasuk Maxis telah disenaraikan dalam kes itu.
Dua syarikat lain ialah Aspro dan Sun TV dari India.
Bekas menteri India itu ialah Dayanidhi Maran dan adiknya bernama Kalanidhi.
Press Trust of India berkata Biro Siasatan Pusat (CBI) mengadakan serbuan ke atas premis kedua-dua beradik di Delhi dan Chennai.
"CBI telah memfaikan kes ke atas adik-beradik Maran, Ralph Marshall dan T Ananda Krishnan(gambar) dan tiga syarikat di bawah Seksyen 120b Kanun Keseksaan India yang dibaca bersama Seksyen 13(2) dan Seksyen 13 (1)(d) dan juga Seksyen 7 dan 12 Akta Pencegahan Rasuah.
"Kes ini didaftarkan pada 9 Oktober. Serbuan diadakan di New Delhi dan Chennai," kata jurucakap CBI Dharini Mishra hari ini.
Bekas ketua Aircel C Sivasankaran mendakwa bahawa Dayanidhi Maran ketika menjadi menteri telah bertindak memihak kepada Kumpulan Maxis dalam pengambilalihan syarikat itu dan sebagai ganjaran pelaburan dibuat oleh syarikat itu menerusi rangkaian Astro di Sun TV dimiliki oleh keluarga Maran.
CBI berkata selepas Aircel dijual kepada Maxis pelaburan dibuat oleh firma Malaysia ke dalam bisnes keluarga Maran.
Dalam pada itu jurucakap Maxis ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata pihaknya sedar tentang perkembangan tersebut.
"Kami sedar mengenainya dan kami akan menghubungi anda kemudian," kata pegawai komunikasi itu lagi.
Kumpulan Aircel merupakan rakan kongsi antara Maxis Communications Berhad dan Sindya Securities & Investments Private Limited dari India, yang mempunyai liputan perkhidmatan terbesar di negeri selatan Tamil Nadu.Full content generated by Get Full RSS.

Pulakdah!

Posted: 10 Oct 2011 02:19 PM PDT

Warga Emas MATI Selepas Anak Jual Lembu

Posted: 09 Oct 2011 11:42 PM PDT


ALOR STAR: Seorang warga emas merajuk hingga mati apabila mayatnya dijumpai di Kampung Kubang Lintah, Padang Perahu, dekat sini, semalam, selepas dia meninggalkan rumah sejak enam hari lalu kerana merajuk dengan seorang anaknya yang menjual lembu miliknya.

Operasi mencari oleh 15 anggota polis diketuai Asisten Superintendan Mohd Khairi Kamil menjumpai mayat Mat Zain yang masih berpakaian lengkap iaitu berkemeja-T putih dan berseluar biru gelap serta memakai but getah. Berdasarkan keadaan tubuh mayat yang ditemui, polis mengesahkan mangsa telah meningal dunia dalam tempoh masa lebih 24 jam. Terdapat juga kesan kecederaan di tangan kirinya dipercayai akibat digigit haiwan liar.

Seorang saudara Mohd Ani Yahya, 67, berkata Mat Zain Mahmud, 80, dikatakan keluar dari rumahnya di kampung berkenaan Selasa lalu selepas kecewa dengan tindakan seorang daripada lima anaknya menjual sebahagian daripada tujuh lembu yang dipelihara tanpa pengetahuannya.

Mangsa telah keluar berjalan kaki ke ladang getah dan hutan berhampiran rumahnya sebelum mayatnya yang lengkap berpakaian dijumpai kira-kira jam 11 pagi semalam, 500 meter dari rumahnya.

Polis dengan bantuan anjing pengesan menemui mayat Mat Zain dalam keadaan mengiring di dalam hutan berkenaan.

UMNO Gangster Dalam Filem BINI-BINIKU GANGSTER

Posted: 09 Oct 2011 06:51 PM PDT

Zul Suphian (kiri) bersama Boy dalam salah satu adegan filem Bini-biniku Gangster

Nampaknya imej Umno adalah gangster, dan gangster sebagai Umno tidak dapat dipisahkan. Filem aksi komedi terbaru terbitan Metrowealth Pictures iaitu Bini-Biniku Gangster dengan jelas menunjukkan watak seorang anggota kumpulan gangster yang dilakonkan oleh Zul Suphian dalam filem ini kerap kali dilihat memakai logo 1Umno pada bajunya.

Persoalannya, kenapa Logo 1Umno yang dipakainya.
Bukan logo PAS?
Bukan logo PKR?
Dan juga bukan logo DAP??

Apakah watak jahat dan gangster itu terlalu sinonim dengan Umno?. Mungkin jika dilihat dalam siri keganasan di dalam program Ceramah Pakatan Rakyat baru-baru ini yang disertai oleh Md Sabu samada di Seremban, Rembau dan terbaru di Labis ia memang terbukti tepat dan benar. Mungkin program ceramah malam ini di Kg Tahang Rimau, Segamat (Rumah Cikgu Natrah) juga kita akan dapat saksikan insiden keganasan serangan daripada ahli Umno ini berulang semula.

Ya benar, walaupun program ceramah itu mendapat kebenaran dan permit daripada Polis, puak-puak samseng ini tetap menyerang dengan angkuh dan ganas seolah-olah kebal daripada tindakan pihak berkuasa. Jika itu yang hendak digambarkan di dalam filem yang diarahkan oleh pengarah berprofil iaitu Ismail Bob Hasim ini maka setinggi terima kasih saya ucapkan kepada pengarah ini kerana berani menonjolkan satu metafora yang tepat.

Tiada ulasan:

Pengikut