Khamis, 27 Oktober 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Tragedi Deepavali

Posted: 26 Oct 2011 11:00 PM PDT


Gambar hiasan

Suasana meriah di Pantai Puteri bertukar hiba apabila seorang wanita tidak dapat menahan kesedihan dan pengsan sebaik melihat mayat anaknya yang lemas diangkat ke tepi pantai oleh anggota bomba, tengah hari semalam.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi, mangsa, Ajmal Afzan, 6, lemas ketika bermain air di pantai berkenaan bersama abangnya yang berusia tujuh tahun dan beberapa kanak-kanak lain.

Mangsa mengikuti ibunya, Zuhana Ayub, 32, berkelah di pantai itu bersama enam keluarga rakan sekerja ibunya sempena cuti Deepavali dan baru tiba di pantai itu kira-kira jam 10 pagi.

Malah ketika kejadian, ibu mangsa tiada kerana mengambil barang di rumah rakannya di Tangga Batu untuk membuat barbeku dan hanya menyedari kehilangan anaknya apabila tiba di lokasi kejadian.

Difahamkan, rakan ibu mangsa yang berada di lokasi menyangkakan kanak-kanak itu berada di tepi pantai lalu mencarinya di sekitar pantai, namun dimaklumkan abang mangsa bahawa adiknya hilang di dalam air.

Menurut rakan ibu mangsa yang juga saksi kejadian, Putri Nazhatul Shima Abd Habib, 34, ketika itu kanak-kanak terbabit bersama kira-kira 11 kanak-kanak lain berusia antara enam hingga 14 tahun mandi di pantai berkenaan.

"Kami hanya mengetahui kehilangan mangsa sejurus selepas ibunya kembali semula ke pantai apabila dia bertanyakan di mana anaknya.

"Ketika itu, barulah kami menyedarinya, lalu terus mencari anak rakan saya itu di kawasan darat sehingga kira-kira lebih satu jam, namun gagal menemuinya," katanya.

Sementara itu rakan mangsa, Siti Murnirah Soid, 10, berkata, ketika kejadian dia turut mandi di pantai itu bersama kanak-kanak terbabit, namun tidak mengesyaki mangsa lemas kerana sebelum kejadian Ajmal dikatakan sering berlakon seolah-olah lemas.

"Kami mandi bersama kawan yang lain. Sebelum kejadian, dia (mangsa) bermain dengan menyelam dan seolah-olah seperti lemas dengan tangan terkapai-kapai di atas air beberapa kali.

"Walaupun nampak tangannya ke atas selepas itu, tetapi saya tidak tahu dia lemas kerana menyangkakan dia bermain kerana dia tidak menjerit," katanya di pekarangan Bilik Mayat Hospital Melaka, semalam.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Mohd Farid Usop, 32, berkata, dia dimaklumkan mengenai kejadian oleh isterinya jam 11 pagi sebelum menghubungi bomba.

Katanya, setibanya di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah hari, mayat anaknya belum ditemui.

"Saya berada di Jasin kerana mempunyai urusan lain dan difahamkan Ajmal mandi bersama abangnya serta beberapa kanak-kanak lain dengan bermain seolah-olah menyelam, namun dia kemudian tidak timbul.

"Selepas itu, abangnya memberitahu isteri saya bahawa adiknya tiada. Mayatnya ditemui anggota bomba lima meter dari gigi air," katanya.

Sementara itu, Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Abdul Rashid Bechek berkata, pihaknya menerima panggilan jam 11.27 pagi dan memulakan operasi mencari jam 11.44 pagi.

"Satu jentera bersama sembilan anggota, termasuk pasukan skuba dikejarkan ke lokasi. Kami menggunakan teknik pukat untuk mencari mangsa dan mayatnya ditemui jam 12.40 tengah hari," katanya.

H/metro

Wanita Gelabah Positif Dadah

Posted: 26 Oct 2011 08:00 PM PDT



Seorang ibu beranak dua 'mati kutu' apabila ditahan dan keretanya disita dalam satu sekatan jalan raya oleh pihak berkuasa di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) arah selatan, di sini, malam semalam.

Wanita berusia 32 tahun itu bukan saja tidak mempunyai lesen memandu, malah cukai jalan Proton Gen.2 dipandunya tamat tempoh sejak Disember lalu selain tidak mempunyai insurans.

Kesalahan itu mengakibatkan keretanya terus disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk pemeriksaan lanjut.

Lebih mengejutkan, wanita yang difahamkan baru saja menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Taman Merdeka, dekat sini, sebelum ke tempat kerja di Melaka Raya turut didapati positif dadah dipercayai syabu dalam ujian saringan pertama yang dijalankan anggota Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Wanita berkenaan adalah antara sembilan yang ditahan berusia antara 20-an hingga 30-an kerana didapati positif dadah dalam operasi bersepadu dijalankan JPJ, AADK, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad).

Gila! Caj Cukai Hotel Melaka 11%

Posted: 26 Oct 2011 04:54 PM PDT



Kerajaan pimpinan Ali Rustam semakin dihimpit masalah kewangan sehinggakan mengenakan caj warisan bagi hotel dalam Melaka. Adakah industri perhotelan Melaka akan gulung tikar ekoran daripada caj yang dikenakan oleh kerajaan negeri yang sedikit sebanyak mengurangkan pelancong menginap di hotel.

Berikut adalah ketidakpuasan pihak hotel terhadap kerajaan negeri mengenai caj warisan yang dikenakan terhadap hotel-hotel dalam Melaka.

Tiga persatuan hotel enggan membayar caj warisan sebanyak lima peratus bagi semua jenis hotel yang ditetapkan kerajaan negeri berkuat kuasa September lalu.

Tiga persatuan itu ialah Persatuan Hotel Malaysia (MAH), Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MBHA) dan Persatuan Pemilik Hotel Malaysia (MAHO).

Pengerusi MBHA, Hendon Puteh berkata, keputusan mengarahkan pemilik hotel membayar caj warisan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dua bulan sekali itu tidak munasabah.

Menurutnya, caj itu dianggap membebankan pelancong yang berkunjung ke negeri itu terutama pada cuti hujung minggu dan cuti umum.

''Keputusan yang dibuat kerajaan negeri amat mengejutkan kerana pelanggan terpaksa membayar dua caj iaitu enam peratus cukai kerajaan dan tambahan lima peratus caj warisan," katanya dalam sidang akhbar di Hotel Casa De Rio di sini semalam.

Lebih membebankan kata Hendon, caj itu dikenakan mengikut jumlah hari pelanggan menginap.

''Keadaan ini boleh menyebabkan pelanggan mengurangkan tempoh menginap dan mungkin juga ada di antara mereka yang akan membatalkan hasrat menginap di hotel kerana bayaran yang membebankan," katanya.

Pengarah Eksekutif MAHO, Shaharuddin M.Said menyifatkan keputusan mengenakan caj tambahan itu boleh menjejaskan industri pelancongan di negeri ini.

''Walaupun mendapat keuntungan lebih sedikit melalui caj itu tetapi untuk jangka masa panjang semua pemilik hotel akan mengalami kerugian besar apabila pelancong enggan datang ke sini'' katanya.

Sehubungan itu katanya, tiga persatuan itu ingin mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.

Katanya, setakat ini sebanyak 137 ahli persatuan hotel bajet sebulat suara enggan melaksanakan caj warisan sebanyak lima peratus itu.

Tiada ulasan:

Pengikut