Ahad, 16 Oktober 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG

Posted: 16 Oct 2011 03:24 AM PDT

ANGKATAN MUDA keADILan CABANG PARIT SULONG


HUDUD : MALAYSIA PATUT CONTOHI BRUNEI

Posted: 15 Oct 2011 10:21 AM PDT


KUALA LUMPUR, 14 Okt: Muslimat PAS menyokong penuh titah Sultan Brunei agar pemerintah negara itu melihat keperluan untuk melaksanakan undang-undang syariah dengan segera,serentak dengan undang-undang sivil di negara itu.

Ketuanya, Siti Zailah Mohd Yusof sambil mengucapkan tahniah kepada Sultan Brunei berkata, negara-negara Islam yang lain khususnya Malaysia seharusnya mencontohi Sultan Brunei yang prihatin terhadap tuntutan Islam.

"Saya bagi pihak Dewan Muslimat mengucapkan syabas di atas kesungguhan dan ketegasan Sultan Brunei dan ia seharusnya dicontohi oleh Raja-Raja yang lain," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Kelmarin, Sultan Brunei yang bertitah di mesyuarat Majlis Agama Islam di negaranya berkata, perlaksanaan undang-undang Islam tidak harus lagi ditangguh lebih lama kerana kelengkapan untuk melaksanakannya sudah ada.

Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia.
Siti Zailah turut berkata, sekiranya sesebuah negara Islam itu berjaya melaksanakan undang-undang Islam dalam negaranya, ia dengan sedirinya akan memartabatkan golongan istana kerana Sultan merupakan ketua agama Islam.

"Sekiranya terlaksananya undang-undang syariah ini ,ia sebenarnya akan memartabatkan lagi kedaulatan Raja-Raja yang menerima mandat yang besar ini," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang.

Undang-undang syariah pelihara wanita

Sementara itu, menurut Siti Zailah juga, umat Islam khusunya golongan wanita tidak seharusnya ragu-ragu dengan pelaksanaan undang-undang Islam kerana ianya adil kepada semua.

Katanya, melihat kepada kejadian jenayah yang kebanyakannya melibatkan wanita, dan seolah-olah tidak terbendung lagi, amat sesuai jika undang-undang Islam dilaksanakan ketika ini.

"Undang-undang Islam ini adil dan memelihara maruah wanita itu sendiri.

"Selama ini kita melihat ekspolitasi terhadap maruah wanita, dan purata dalam sehari 10 wanita dirogol dan kes-kes yang melibatkan rompakan, ragut, simbah asid, kebanyakan mangsanya ialah wanita.

"Dengan adanya undang-undang Islam akan menimbulkan rasa gerun orang untuk melakukan kejahatan," katanya sambil berkata skop Mahkamah Syariah di negara ini sangat kecil iaitu merangkumi hal-hal kekeluargaan dan rumah tangga sahaja.

Di samping itu katanya, orang bukan Islam akan turut berasa selamat dengan keadilan undang-undang syariah ini.

"Secara kasar, golongan bukan Islam banyak memiliki harta kekayaan jadi dengan adanya undnag-undang syariah yang dapat membendung kejadian curi dan rompak, mereka rasa selamat dalam menjaga harta benda,

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 15 Oct 2011 11:39 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


MATCW PKR Cabang Bentong - 14.10.11

Posted: 15 Oct 2011 09:53 AM PDT

Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita PKR Cabang Bentong
Haji Suhaimi Said, Naib Pengerusi PKR Negeri Pahang merasmikan MATCW PKR Cabang Bentong
Kehadiran MATCW PKR Cabang Bentong


PACABA dan Sukarelawan Untuk JDM Penderas ditubuhkan

Posted: 15 Oct 2011 09:15 AM PDT

Azmi Zainun, Naib Ketua PKR Cabang Kuala Krau, memberikan taklimatnya
Sukarelawan yang berdaftar untuk JDM Kg Penderas
Kin Kasim, Ketua PKR Ranting Kg Penderas
Sukarelawan
Haji Suhaimi Said bersama PACABA dan sukarelawan Kg Penderas

Seramai 28 orang sukarelawan termasuk 8 orang PACABA telah didaftarkan untuk bertugas di JDM Kg Penderas bagi menghadapi Pilihanraya Umum akan datang. Pendaftaran ini dibuat semasa pertemuan diantara PKR Cabang Kuala Krau dengan anggota-anggota PKR Ranting Kg Penderas pada malam ini 15.10.11.

Kumpulan ini akan disertai oleh seramai 6 orang lagi PACABA dari Kg Pasu dan 15 orang sukarelawan yang bertugas untuk dua buah kampong, iaitu Kg Penderas dan Kg Pasu bagi JDM Kg Penderas. Perjumpaan khas dengan PACABA dan Sukarelawan Kg Pasu akan dibuat pada 25hb Oktober 2011.


Wee Choo Keong

Posted: 15 Oct 2011 03:38 PM PDT

Wee Choo Keong


Dr Wafi: MAS employees questioning the wisdom of the “matrimony”

Posted: 14 Oct 2011 11:01 PM PDT

Below are the latest exchanged of e-mails between Dr Wafi Nazrin Tan Sri Abdul Hamid (Dr Wafi) and En Matdiah Mohammad, the Secretary of MASE. By right Dr Wafi should not feel so jittery about the outflow of informations from MAS if the secret MAS – AirAsia share swap really meant to save MAS i.e. [...]

BULETIN RAKYAT

Posted: 15 Oct 2011 11:53 AM PDT

BULETIN RAKYAT


Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru

Posted: 14 Oct 2011 06:49 PM PDT

Bersyukur dan tahniah: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya Jumaat (14 Oct) bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru

YB AMIRUDDIN SHARI ~ ADA BEZA KERAJAAN PR DAN BN

Posted: 14 Oct 2011 06:04 PM PDT

BATANG KALI – Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) perlu menjelaskan perbezaan antara kerajaan PR dan Barisan Nasional (BN) supaya penilaian rakyat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) memihak kepada PR.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves, Amirudin Shari berkata, penjelasan itu penting supaya rakyat tidak terpengaruh dengan isu-isu dibawa BN.

"Jelaskan yang kita sudah berikan setengah bilion iaitu RM465 juta terus mengalir kepada rakyat menerusi program-program Kerajaan Negeri.

"Malah, kita tidak miskin kerana sudah ada 1.1 bilion tambahan rizab di Selangor dan ini yang perlu kita perjelaskan," katanya.

Sambil menyifatkan sudah tidak ada formula untuk BN menang, beliau mahu tiga elemen iaitu calon, jentera dan pengundi diberi penekanan untuk menjamin kemenangan PR pada PRU13 kelak.

Sementara itu, PR melihat inilah masa dan peluang terbaik wajar digunakan untuk merampas Kerajaan Pusat daripada BN.

Amirudin berkata, rakyat kini sedang menilai kedua-dua kerajaan dan masa yang tinggal sebelum tibanya PRU13 menjadi ruang penentu penilaian muktamad rakyat sebelum tukar kerajaan.

"Kita berusaha ambil alih Parlimen Hulu Selangor dan merampas ketiga-tiga Dewan Undangan Negeri (Dun) kawasan ini yang dikatakan menjadi kubu kuat BN.

"Inilah satu-satunya peluang untuk rampas Kerajaan Pusat kerana beberapa mitos dan andaian pemerintah sebelum ini telah lebur," katanya ketika berucap pada Perhimpunan PR Parlimen Hulu Selangor di Dewan Dato Abd Hamid, Batang Kali pada 2 Okt 2011 lepas.

Hadir sama, Ketua PKR Cabang Hulu Selangor; Mohamed Nazar Yakin, Yang Dipertua Pas Kawasan Hulu Selangor; Muhammad Idrsi Ahmad, Ketua Whip DAP Hulu Selangor; Chng Boon Lai, Pengarah-pengarah Jentera Pilihan Raya Dun Batang Kali, Kuala Kubu Bharu dan Hulu Bernam serta pemimpin cabang dan ranting.

Katanya, antara mitos dan andaian Kerajaan Pusat yang lebur sebelum ini seperti meletakkan hanya apabila BN memerintah negara akan aman dan sebaliknya, jika PR memerintah berlaku huru-hara.

Bagaimanapun katanya, andaian itu meleset kerana setelah beberapa tahun PR memerintah dan mentadbir Selangor tidak pernah berlaku rusuhan kaum.

"Tetapi, BN yang cuba memanipulasi isu sama ada isu Melayunya, isu raja-raja, isu kuil seperti kejadian mengusung 'kepala lembu', laungan azan dan terbaru isu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng yang kononnya tidak menjaga kepentingan orang Melayu.

"Tapi semua ini sementara. Tidak ada lagi masalah kaum kerana kita di PR walaupun diuji dengan banyak isu dan ditekan dengan laporan media melampau namun kita mampu memperjelas dan rakyat menerimanya," katanya.

Beliau berkata, pemimpin di peringkat cabang dan ranting sewajarnya menggunakan senjata sedia ada untuk melemahkan musuh seperti memperjelas program kerajaan yang dikatakan sudah jauh melangkah ke hadapan berbanding BN.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 15 Oct 2011 11:02 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Ceramah Melayu DAP 28 Okt 2011 di Jelebu

Posted: 15 Oct 2011 06:29 AM PDT



CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT
Penceramah :
YB Taufek, ADUN Paroi, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan
Chegubard, Ketua PKR Rembau
Kolonel (B) Roseli Abd Ghani, DAP www.facebook.com/colroseli
Tarikh : 28 Okt 2011, Jumaat
Masa : 9 mlm
Tempat Kg Gagu, Jelebu, N.Sembilan

Para guru dianiaya oleh Jabatan Pelajaran N.Sembilan

Posted: 15 Oct 2011 06:27 AM PDT



Cikgu misteri di N. Sembilan?
Utusan Malaysia - 14 Oktober 2011

KAMI guru-guru kanan matapelajaran yang telah 'dilantik' pada Ogos tahun 2008 ingin menyatakan rasa dukacita yang teramat sangat kepada Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan (JPNS) kerana mengarahkan kami melalui kerani sekolah masing-masing, memulangkan semula Elaun Tanggungjawab sebanyak RM120 dari mula kami dilantik sehingga Ogos 2011.

Pihak kami sudah meminta penjelasan daripada JPNS melalui Unit Perkhidmatan. Mereka akui berlaku kesilapan sewaktu mula pelantikan kami pada 2008 kerana alasan sekolah Gred B difahamkan waktu itu tidak layak menerima Guru Kanan Mata Pelajaran melalui pekeliling Kementerian Pelajaran tahun 2002. Namun perkara itu baru disedari pada tahun 2011 oleh pengurusan yang baru.

Walaupun kami merayu, namun jabatan mahukan kami memulangkan elaun tersebut secara potongan ansuran dari gaji kami selama enam bulan atau merayu memanjangkan tempoh. Dari kiraan kami jumlah bayaran balik mencecah RM5,000. Ini amat membebankan. Tidak adil. Sebagai satu cubaan bersikap lepas tangan.

Dalam usaha pihak kerajaan memperbaiki kebajikan guru, nampaknya, pihak jabatan sendiri secara tidak langsung telah menganiayai hampir 200 orang Guru Kanan sekolah Gred B khususnya di Negeri Sembilan yang dilantik secara 'misteri' oleh mereka.

Bagaimana mereka boleh tidak tahu pekeliling tersebut amat mendukacitakan kami sama sekali. Ini satu kerja lalai yang amat serius sama sekali.

Apa yang lebih mendukacitakan ialah tenaga Guru Kanan tersebut telah dipergunakan sepenuhnya oleh Pengetua sekolah terbabit selama tempoh 'pelantikan misteri' tersebut sehingga ada antara sekolah Gred B tersebut mendapat Penghargaan Baiah seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran baru-baru ini. Kemudian mereka diminta pulangkan balik elaun tersebut setelah tenaga mereka dipergunakan?

Puncanya ialah sekolah terbabit Gred B. Kenapa sekolah ada unsur diskriminasi? Difahamkan di Seremban sahaja ada sekolah Gred B seperti Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi, Senawang dan SMK Seremban Jaya. Murid mereka mencecah seribu lebih. Bagaimana pula di Jelebu, Jempol dan lain-lain?

Kami dengan ini meminta Menteri Pelajaran menyiasat, meneliti dan menimbangkan semula perkara ini dengan serius kerana kesilapan dan diskriminasi sebegini telah menjatuhkan maruah dan menganiayai guru-guru terbabit dan bertentangan dengan akta pekerjaan dan dasar integriti nasional serta dasar rakyat didahulukan.

GURU KELIRU
Negeri Sembilan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1014&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

Kerajaan tak prihatin Bekas Tentera Tidak Berpencen BTTB

Posted: 15 Oct 2011 06:26 AM PDT



Veteran tentera tidak berpencen mohon pembelaan
Utusan Malaysia 13 Okt 2011

ZAMAN Darurat (23 Jun 1948 hingga 31 Julai 1960), zaman Konfrantasi (20 Januari 1963 hingga Ogos 1966) dan zaman ancaman komunis (1930 hingga tamat ancaman Komunis, letak senjata pada 2 Oktober 1989).

Ketiga-tiga zaman tersebut semuanya adalah tempoh bekas-bekas veteran tentera melawan komunis termasuklah Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Komunis Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) hingga tertubuhnya Rejang Area Security Command (RASCOM) di Sibu, Sarawak.

Jika kerajaan tidak mampu membela semua bekas tentera tidak berpencen (BTTB), kerajaan boleh memulakan dulu dengan membantu BTTB 'Warga Emas' yang masih hidup dan pernah berkhidmat di mana-mana tiga zaman tersebut dengan memberi Elaun Bulanan Saraan Hidup Sepanjang Hayat.

Kini mereka (yang berkhidmat di zaman Darurat) sudah berumur 69 tahun ke atas dan hampir semua sudah meninggal dunia), di zaman Konfrantasi dan ancaman Komunis pula, mereka sudah berumur 50 tahun ke atas, atau warga emas atau sudah mati.

Ada juga di kalangan mereka itu uzur, atau OKU, atau sedang menderita dengan pelbagai kecacatan akibat kemalangan semasa dalam perkhidmatan dulu yang wajar diberi pembelaan oleh kerajaan.

Ahli sukan, nelayan dan johan musabaqah pun dapat elaun bulanan, bekas tentera dalam tiga zaman itu pula macam mana?

HAMID DAUD
x-Airborne

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_04.htm

Tiada ulasan:

Pengikut