Kemunculan hantu dua kali di luar pintu 7E pada 0:40 dan sekali lagi pada 5:38. Kemuncaknya pada 6:56.
Kejadian ini berlaku di Paka, Terengganu sekitar 23-24 Oktober 2011 dan telah di uploadkan di Youtube pada 25 Oktober 2011. Video ini di rakam melalui CCTV kedai dan di rakam semula melalui kamera telefon.
Dengan jelas bagaimana satu objek di jolok masuk ke dalam lubang dubur Gaddafi. Berkemungkinan apa yang disumbat itu adalah merupakan pisau atau banet senjata yang menunjukkan darah membasahi seluar Gaddafi yang kelemahan tidak bermaya.
Laporan juga mengatakan Gaddafi telah ditembak oleh seorang tentera bernama Senad El Sadok El Ureybi yang mengaku telah melepaskan tembakan pada kepala dan dada Muammar ketika tentera lain mengheretnya.
Mengapakah manusia ini bernafsukan syaitan sanggup menyiksa mangsanya seperti binatang?? perbuatan ini adalah amat zalim sekali!
UMNO Selangor menasihatkan kerajaan PKR Selangor agar tidak mengheret mana-mana anak syarikat kerajaan negeri ke arah ke'bankrapan' semata-mata mahu melaksanakan apa-apa program untuk meraih populariti serta kepentingan politik.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Safarizul Mustaffa berkata, amalan menggunakan anak syarikat kerajaan negeri untuk tujuan sedemikian adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab selain memudaratkan prestasi kewangan syarikat terbabit dan ekonomi negeri.
"Kerugian sebelum cukai tahun 2009 yang dialami Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) sebanyak RM 122.25 juta kerana menanggung program air percuma yang dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 adalah bukti jelas kerajaan negeri tidak mengambil kira kesan sampingan daripada pelaksanaan program tersebut.
Pemberian air percuma yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang ini dilihat sebagai satu 'kebajikan melulu' kerana ia tidak memberi manfaat secara keseluruhan. Kerajaan negeri hanya memikirkan kesan dan keuntungan politik semata-mata tanpa melihat kesan kewangan yang ditanggung oleh anak syarikat," ujarnya mengulas kerugian KDEB sebelum cukai pada 2009 sebanyak RM122,25 juta.
Tambahnya, jika program air percuma untuk kebajikan rakyat, maka ia harus diberikan penekanan kepada golongan pendapatan rendah dan miskin.
Saya merujuk kepada cabaran daripada Adun Sri Muda yang mempertikaikan insentif kepada petani yang gagal dibayar sebanyak RM110 Juta yang dibentangkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.
Terlebih dahulu kita perlu faham bahawa ketirisan dan hutang adalah dua perkara yang cukup berbeza, malangnya tidak difahami oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Suhaimi Shafie.
Akibat mahu 'menunjuk pandai' dengan cuba menyalahkan pihak lain kononnya berlaku ketirisan dalam pembayaran insentif kepada petani, saya sarankan supaya beliau belajar makna ketirisan dan hutang terlebih dahulu.
Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Selangor perlu membaca lebih teliti Laporan Audit Negara sebelum membuat kenyataan tidak cerdik yang boleh memalitkan arang di mukanya sendiri.
Laporan Ketua Audit Negara menyatakan bahawa kerajaan tidak membayar insentif berjumlah RM110 juta itu bukan bermaksud berlaku ketirisan.
Ketirisan boleh dikelasifikasikan sebagai berlaku penyelewengan dalam sesuatu peruntukan yang akan diberikan kepada rakyat.
Apa sebenarnya berlaku adalah wang peruntukan untuk petani tersebut telah habis dibayar selaras dengan bajet yang diperuntukkan kepada kementerian.
Malangnya jumlah insentif adalah melebihi jumlah yang yang diperuntukan oleh kerajaan dan ini bermakna kerajaan masih berhutang lagi dengan petani dan peruntukan telahpun diberikan oleh YAB PM pada bajet 2012 untuk menyelesaikan baki tersebut.
Kita juga harus melihat lebihan permintaan insentif kepada petani adalah satu kejayaan Kerajaan Pusat yang bersungguh-sungguh mahu meningkatkan hasil pertanian melalui Dasar Jaminan Bekalan Makanan yang memperuntukkan sebanyak RM1.6 billion hanya untuk memastikan hasil petani semakin baik dari masa ke semasa.
Kerajaan juga mensasarkan peningkatan pada pada tahun 2010 iaitu sebanyak 2.95 juta tan berbanding 2.57 juta tan setahun pada tahun 2008. Maklumat lanjut berkenaan Dasar Jaminan Bekalan Negara boleh dirujuk di laman web rasmi kementerian. Sila klik sini.
Kerajaan juga telah membekalkan pelbagai jenis bantuan seperti baja-baja yang berkualiti, bantuan kapur, kawalan serangga perosak, menaik taraf sistem saliran dan sebagainya tidak termasuk bantuan subsidi lain untuk kemudahan petani di seluruh negara.
Ini jelas menunjukkan bahawa perancangan yang dibuat telah membuahkan hasil dan buktinya adalah peningkatan permintaan insentif petani melebihi daripada peruntukan yang dicadangkan oleh kementerian kepada Kerajaan Pusat.
Kenyataan dangkal Suhaimie itu jelas sebagai satu cubaan untuk menutup isu kenaikan elaun kepada wakil rakyat Selangor tetapi didakwa oleh MB Selangor sebagai insentif.
Ini juga salah satu kenyataan hipokrit pemimpin PKR yang hanya nampak 'kuman di seberang laut tetapi bangkai gajah depan mata' buat tidak tahu sahaja.
Suka saya cadangkan kepada Suhaimie Shafei supaya membuat kajian terperinci sebelum mempetikaikan sesuatu yang akhirnya memperlihatkan sikap kurang cerdik beliau kepada rakyat khasnya.
Seorang pemberontak muda Libya dengan bongkaknya mengaku dalam video yang disiarkan di internet bahawa dialah orang yang melepaskan peluru sehingga membunuh Muammar Gaddafi.
Sanad Al-Sadek Al-Ureibi, 22 berkata "Kami mengheret Gaddadi dan saya memukul mukanya. Ada pemberontak lain yang mahu membawa Gaddafi pergi. Kemudian saya melepaskan dua tembakan, satu di kepala dan satu lagi di bawah bahu."
"Gaddafi tidak mati serta merta, mungkin setengah jam selepas itu."
Adakah Sanad Al-Sadek ini seorang hero atau seorang lelaki bodoh yang mengaku melakukan pembunuhan?
Apapun, pemuda ini baru sahaja 'menjemput' keluarga Gaddafi mencari dan membunuh diri dia sendiri.
Sebuah NGO yang berpangkalan di Pulau Pinang kecewa dengan tindakan ahli-ahli politik Melayu yang tergamak melemparkan dakwaan keji serta menjijikan berbentuk seksual bagi menamatkan kerjaya politik lawan masing-masing.
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang, Rahmad Isahak berkata permainan politik ini "desperado" itu tidak akan memberi manfaat kepada masyarakat.
"Orang Melayu harus diyakini bahawa politik lucah dan porno bukanlah falsafah perjuangan pemimpin-pemimpin Melayu di Malaysia," kata Rahmad pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.
komen aku: inilah realiti politik, politik dulu bersih, tapi pas kata politik itu kotor, sekarang ni politik dah jadi betul-betul kotor, ini semua pas punya pasal.
Maklumat terbaru yang aku dapat dari penganjur debat rakayat, GAPS, mereka di maklumkan yang hasan ali tidak dapat berceramah bersama zul nordin malam ini di gombak.
Menurut sumber dari pihak penganjur, hasan ali memberitahu pihaknya yang dia mendapat tekanan dan ugutan dari berberapa individu dalam pas selangor dan pas pusat supaya tidak hadir dan memberi ceramah di pentas debat rakyat malam ini.
Amatlah rugi rakyat selangor tidak mendapat cerita sebenar mengenai isu gereja DUMC dari mulut hasan ali sendiri, mungkin penceramah malam ini akan mengulas cerita hasan ali di ugut oleh pimpinan pas.
Kuala Lumpur 25 Okt Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menegaskan beliau sedia untuk bertanding menentang Ketua Menteri Lim Guang Eng demi maruah parti selepas mendapat sokongan dari pelbagai pihak agar beliau bertanding pada pilihan raya umum ke-13.
Menurutnya Tan Sri Dr Tsu Koon beliau telah memaklumkan harsat menentang Lim Guang Eng pada PRU 13 kepada YAB Perdana Menteri dan juga kepada seluruh kepimpinan Gerakan. Menurut beliau lagi PRU 13 mesti bersedia meletakkan calon yang lebih agresif membawa pembangunan secara total kepada masyarakat di Pulau Pinang dan beliau sanggup mengambil amanah tersebut dengan bertanding menentang Lim Guang Eng yang bukannya berasal dari Pulau Pinang.
"Saya secara peribadi berhasrat bertanding menentang Lim Guang Eng tidak kira dimana kerusi yang beliau akan tandingi di Pulau Pinang. Saya anak kelahiran Pualu Pinang dan bukan orang luar yang tidak mengeatahui bentuk persekitaran yang ada di negeri Pulau Pinang.
"Saya yakin dan percaya mempunyai sokongan penuh daripada masyarakat di Pulau Pinang walaupun pengundi cina masih kurang memberikan sokongan kepada Barisan Nasional" katanya sambil menambah beliau berbuat demikian bukan kerana desakan beberapa pemimpin Gerakan pusat sebaliknya matlamat BN meraih kembali sokongan rakyat Pulau Pinang".
"Saya tidak akan beritahu anda apa yang hendak saya lakukan dalam menghadapi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi saya memberi anda jaminan, saya bersedia untuk memastikan Liam Guang Eng tewas pada PRU 13 nanti," katanya.
Dalam sidang media itu juga Koh turut menemplak Lim Guang Eng yang masih lagi tidak melakukan kewajipan sebagai seorang Bapa dengan melaporkan kepada pihak Polis akan laporan yang dikeluarkan oleh Blogg Blogg mengenai insiden anaknya dilaporkan meraba payudara seorang remaja. Menurut Koh "sebagai bapa yang bertanggungjawap dalam keluarga beliau Ketua Menteri harus bertindak dengan membuat laporan Polis bagi memberikan ruang untuk PDRM menjalankan siasatan akan insiden tersebut. Jika ianya terbukti satu fitnah maka ianya terpulang kepada Ketua Menteri untuk mengambil tindakan yang selanjutnya ke atas para Blogger yang dinyatakan."
Turut di ulas Koh "Lim Guang Eng tidak mampu menyelesaikan isu keluarga dan adalah satu hal yang amat memalukan seluruh rakyat Pulau Pinang apabila sebagai seorang Ketua Menteri beliau tidak mampu membersihkan nama keluarga yang juga turut mewakili rakyat Pulau Pinang yang mana beliau selaku Ketua Menteri.
Sekali lagi pas menerima penampar jepun dari hasan ali, kalau sabtu lepas, exco kerajaan negeri selangor itu hadir ke perhimpunan sejuta ummat yang di fatwakan haram oleh dewan ulama pas, hari ini hasan ali buat kejutan lagi.
Beliau di jangka berkongsi satu pentas dengan zul nordin di program debat rakyat di parlimen gombak malam ini, setakat malam tadi selepas ceramah zul di meru, hasan ali nampaknya sudah menyatakan yang dia akan turun ke program itu jika tiada aral melintang.
Menurut GAPS selaku penganjur debat rakyat, sekiranya hasan ali turun berceramah malam nanti, pihak penganjur meminta dia memfokuskan ceramahnya mengenai isu yang terhangat di pasaran sekarang, isu gereja dumc.
Memang mantap kalau hasan ali boleh turun ceramah malam ini, kita semua boleh dengar sendiri cerita sebenar mengenai isu gereja dumc, harap-harap hasan ali tak keberatan untuk hadir malam ini.
Malaysian Insider membongkar kekantoian paling besar mahasiswa pro pembangkang dalam isu Aziz Bari.
Pembangkang menyangkakan bahawa isu Aziz Bari akan mewujudkan gelombang kebangkitan mahasiswa seperti mana yang berlaku pada zaman Reformasi.
Tak sampai seminggu, gelombang mahasiswa yang cuba dicipta secara penipuan terkantoi.
Yang kantoikan mereka tidak lain tidak bukan, portal pro pembangkang juga.
Guna stadium jika mahu juara kebebasan akademik, Hisham saran SMM
Oleh Yow Hong Chieh
October 26, 2011
Hishammuddin Hussein menerima memorandum daripada SMM di kampus induk UIA, Gombak malam tadi. ― Foto Jack Ooi
GOMBAK, 26 Okt — Kumpulan pelajar universiti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) boleh mengadakan perhimpunan besar-besaran berhubung kebebasan akademik bulan depan di stadium jika mahu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein malam tadi.
Seolah-oleh merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0 Julai lalu, beliau berkata, kumpulan hak asasi penuntut itu bebas untuk melahirkan rintihan mereka selagi tidak membahayakan publik atau menyebabkan ekonomi tempatan rugi berjuta ringgit.
"Jika anda mahukan sebuah stadium, dalam apa jua cara, anda boleh berteriak sepanjang malam," kata beliau kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini malam tadi.
"Itu yang dilakukan oleh Himpun dan ia tidak menyebabkan kesesakan lalu lintas, tidak mengakibatkan kerugian berjuta ringgit dan tidak ada kemungkinan tindakan balas sama ada agama ataupun perkauman," katanya.
Bagaimanapun beliau mempersoalkan agenda SMM dengan merujuk kepada anggota kumpulan itu yang masih menunggu di luar dewan selepas menyerahkan memorandum kepadanya ketika pertandingan akhir Debat Piala Perdana Menteri di kampus UIA di sini.
Perhimpunan Bersih di ibu negara awal Julai lalu disertai hampir 50,000 di sebalik sekatan dan tindakan keras pihak berkuasa.
Bersih 2.0 mahu menggunakan Stadium Merdeka tetapi pihak berkuasa, pada saat-saat akhir, sanggup memberikan Stadium Shah Alam tetapi ditolak penganjur.
Himpun atau Himpunan Sejuta Umat di Stadium Shah Alam Sabtu hanya disertai sekitar 5,000 meskipun penganjur menyasarkan 100,000 hadirin khusus untuk membincangkan isu murtad.
Hishammuddin menggantikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi, yang membatalkan kehadirannya, yang menurut SMM dibuat saat-saat akhir selepas ia mengumumkan akan mengadakan protes kedua selepas kali pertama Jumaat lalu.
Laporan media menunjukkan Najib berada di Riyadh semalam untuk memberi penghormatan terakhir kepada Putera Mahkota Arab Saudi yang mangkat.
"Tidak salah dalam melahirkan kritikan konstruktif tetapi selepas menerima memorandum, dengan hati terbuka, sesetengah mereka masih menunggu pada pukul 11.30 malam, menimbulkan persoalan mengenai motif sebenar mereka," kata Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno lagi.
SMM telah mengadakan protes ketika kunjungan beliau malam tadi dengan disertai hanya sekitar 40 pelajar berbanding 700 orang Jumaat lalu.
Kumpulan itu mengadakan protes ekoran tindakan UIA menjalankan siasatan ke atas pensyarah undang-undangnya Prof Dr Abdul Aziz Bari berhubung kenyataannya menyentuh titah Sultan Selangor.
UIA menggantung tugas Aziz sejak Rabu lalu tetapi ia ditarik balik kelmarin dan siasatan masih dijalankan.
Aziz juga disiasat oleh polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Malam tadi, SMM berkata Bersih 2.0, yang melahirkan sokongannya kepada gerakan anti-Lynas awal bulan ini telah bersetuju untuk menyertai perhimpunan kebebasan akademik bulan depan.
Daripada 700 orang turun sampai 40 orang penurunan yang sangat tinggi. Benarkah sampai 700 orang mahasiswa yang menyokong pembangkang pada Jumaat lepas?
Realitinya, bukan 700 orang yang menyertai demonstrasi pada Jumaat lepas tetapi hanya lebih kurang 100 orang. Lagi 600 adalah jemaah Solat Jumaat yang terperangkap dek kesesakan yang dicipta oleh balaci pembangkang di kampus.
Taktik ini adalah taktik lapuk yang digunakan oleh pemimpin mahasiswa terutamanya di Indonesia. Di Indonesia, apabila pemimpin mahasiswa yang telah dibayar mahu menganjurkan unjuk rasa (demonstrasi), pintu-pintu dewan kuliah di kunci oleh mereka. Maka, mahasiswa lain yang telah sampai ke kampus tiada pilihan lain selain berada di jalan raya kerana tiada tempat untuk mereka pergi. Lagi pun satu hiburan yang agak seronok bila melihat beruk-beruk terpekik terlolong atas jalan. Sama macam Mat Langau menonton aksi Mat Rempit di jalan raya. Penonton lumba haram juga dikira sebagai peserta.
Jadi, kalau mahasiswa pembangkang rasa pembongkaran yang MyMassa buat ini tidak betul, buktikan dengan menyambut cabaran Datuk Seri Hishamuddin. Buatlah di stadium. Jangan menggunakan ilusi persis ahli silap mata dengan membuat demonstrasi atas jalan yang memaksa orang lain menjadi peserta demonstrasi tanpa rela.
Siapa yang bodoh sekarang? Sudah tentu pencacai pembangkang yang bodoh.
*50 orang je yang hadir? Malu betul penganjur demo malam tadi ye.
Kupasan isu dalam akhbar Cina yang mendakwa nama baik negara tercemar:
Sinchew Daily News (m/s 24) bertarikh 18 Oktober 2011
Nama baik Tercemar Lim Sui Guan
Satu ketika dahulu, semasa Ling Liong Sik memegang jawatan menteri pengangkutan, rakyat Malaysia bersikap lemah lembut seperti umpama ternakan yang jinak, apabila mereka mamandu di dalam kenderaan, sikap buas binatang mereka muncul, sekarang ini rakyat Malaysia diibarat seperti setaraf dengan manusia yang kejam.
Kemboja membekukan pembantu rumah mereka datang ke negara kita adalah contoh yang terbaru, Masalahnya bukan kerana kehadiran pembantu rumah Kemboja ke sini dalam tempoh seminggu terus mati, dan tidak pernah berlaku pembantu rumah Kemboja dibunuh di negara kita, tidak juga berlaku penindasan pembantu rumah Kemboja walaupun dalam beberapa peratus dalama 30 hingga 40 orang pembantu rumah Kemboja yang terlibat, sebaliknya kini sering berlaku penindasan pembantu rumah yang lain-lain di negara kita tidak habis-habis. Sebelum ini pembantu rumah Indonesia, sekarang ini pembantu rumah Kemboja, jika kita tidak hapuskan nama buruk yang tercemar di negara ini, mungkin pada akhirnya nanti kita tidak dapat menjemput pembantu rumah negara asing lagi.
Nama buruk negara kita yang memalukan itu kini telah tersebar luas sedunia, rakyat Malayisa bukan sahaja hebat dalam menyeksa manusia, bahkan menyeksa binatang juga amat mengharumkan nama negara ini.
Negara kita hari ini juga menjadi terkenal sebagai sebuah negara transit perdagangan manusia, disenarai hitam oleh State Department of America; laporan dari jawatankuasa diplomat Amerika mengatakan pegawai Imigresen Malaysia bersekongkong dengan pihak Thailand, meminta duit kepada pendatang haram dan terlibat dalam memperdagangkan manusia.
Keldai dadah Malaysia juga sangat masyhur, 10 orang keldai dadah ditangkap di New Zealand, keldai dadah wanita yang tamak haloba juga ramai tidak terbilang, cara dan taktik orang asing transit dadah ke negara ini lebih menjolok mata kita semua.
Cara dan taktik rakyat Malaysia meyeludup sangat luar biasa hebat, kenderaan yang hilang dicuri boleh dipasarkan ke negara yang tidak ada hubungan diplomat dengan negara kita seperti Israel. Badan pengkaji binatang liar antarabangsa telah melabal negara kita sebagai transit gading gajah utama dalam penyeludupan barangan itu.
Teknologi pemalsuan oleh rakyat di negara kita lebih hebat dari orang-orang negeri China, sarang burung walid tiruan punyai status mahkota 4 bintang, ada juga pegawai kerajaan palsu yang memasarkan sarang burung walid di negeri China, sungguh mengagumkan kita.
Isu rasuah juga tidak kurang hebatnya, isu Bumiputera finance yang menggoncangkan mahkamah Hong Kong; peniaga Australia merasuah pegawai kerajaan negara kita untuk mendapatkan kontrak mencetak wang kertas, mahkamah federal Amerika di sebuah dokumen membongkar bahawa kakitangan kerajaan Malaysia pernah menerima rasuah.
Industri pelacuran juga tidak kurang hebatnya, wanita Uganda diheret menjadi pelacur. Pengalaman seks muda mudi rakyat Malaysia sangat luas, kita sepatutnya berterima kasih pada industri palacuran ini.
Kes buang bayi semakin hari semakin canggih, boleh disumbat ke lubang tandas dan dipam dengan air saluran tandas, dihumban dari tingkat atas ke bawah, dibuang ke sungai dan ditanam, oleh kerana tidak mahu bayi-bayi itu dibuang merata tempat, pihak yang berkenaan buat kotak penyelamat bayi untuk perikemanusuaan, namun negara kita tetap bukan pencipta kotak-kotak bayi yang pertama.
Selain dari itu, ada banyak jenis jenayah, kes ragut yang membimbangkan pelancong asing, penipuan di laman web juga naik setingkat demi setingkat luar biasa hebatnya, taktik mencuri keteta dan rampas kereta boleh dilakukan tidak sampai satu minit.
Kenapa negara kita boleh berlaku demikian yang menjijikkan? Ini adalah kesilapan besar pendidikan, kejatuhan akhlak, kehancuran sikap kemanusiaan, penguatkuasa yang tidak tegas, cuba melindungi orang salah, ataupun ini satu perubahan nilai-nilai dalam masyarakat hari ini?
Pihak yang berkenaan sepatutnya ambil berat, kenapa Australia hanya menghadkan negara kita sahaja untuk pertukaran pelarian? Sebenarnya ini bukan satu kebanggaan kepada kita.
Pegawai-pegawai kerajaan yang menerima rasuah jika tidak digempur dan dihapuskan, tidak mungkin negara kita dapat hilangkan nama buruk yang dilabel selama ini; jika kita tidak menghadang kebocoran di kawasan keselamatan, penjenayah antarabangsa akan gunakan negara kita sebagai kem perantaraan kegiatan mereka, dan negara kita yang mendapat nama buruk itu.
Menjelaskan kedudukan diri sendiri, meminta maaf, adakah itu boleh selamatkan kita, yang lebih penting kita ambil tindakan menyelamat, kita perlu tahu, kita masih belum terlambat umpama walaupun kambing itu sudah terlepas, kita tetap siapkan kandangnya dulu, kerana ia masih belum terlambat lagi.
Pada pandangan MyMassa, kebanyakan perkara yang dibincangkan di atas berkaitan dengan kaum tersebut. Terutamanya perkataan yang bertanda merah.
Di Malaysia, siapakah pemandu yang suka mencilok dan tidak hormat kepada pemandu lain?
Kematian dan penderaan pembantu rumah, siapa penyebabnya?
Rasuah? Siapa yang mengajar penjawat awam menerima rasuah?
Jika sebelum ini blog MyMassa ada menerbitkan beberapa segmen seperti Info MyMassa, Ranking MyMassa dan Edisi Dewasa, kali ini MyMassa akan menerbitkan satu lagi segmen iaitu Terjemahan Akhbar Cina.
Kalau team MyMassa dapat terjemahan Akhbar Cina, kami akan kongsikan bersama pembaca. Terjemahan yang dibuat oleh Akhbar Utusan juga akan kami kongsikan di sini.
Untuk edisi pengenalan, MyMassa kongsikan beberapa terjemahan yang pernah dikeluarkan di blog kami:
*Apabila kita baca apa yang dibincangkan oleh akhbar Cina, mungkin kita lebih memahami kaum tersebut. Untuk makluman pembaca, bukan semua orang Cina di Malaysia boleh baca akhbar Cina.
Kepada rakyat Selangor yang sayangkan negeri dan masa depan anak-anak kita, jadikanlah Laporan Ketua Audit Negara 2011 ini sebagai panduan utama anda untuk memangkah kertas undi pada PRU-13 kelak.
Jika BN sebelum ini bersusah payah membangunkan Selangor sebagai sebuah negeri yang MAJU dan KAYA, nampaknya puak-puak fuckatan ini sedang galak menarah habis-habisan hasil negeri yang tinggal untuk tembolok mereka sendiri. Mereka sedar peluang ini tidak akan datang lagi selepas ini.
Mereka menjajakan hasil negeri untuk rakyat, tetapi rakyat yang menikmatinya pula adalah terpilih-pilih. Nasib majoriti rakyat Selangor semakin kelam dari hari ke hari.
Tekadkanlah niat kita. Selamatkan masa depan anak-anak kita.
Bila aku baca terjemahan akhbar Cina, makin sakit hati aku.
Adakah benar pemikiran orang Cina sekarang macam ni?
MyMassa kongsikan terjemahan akhbar ini dengan pembaca blog ini.
Nanyang Siangpau m/s A14 - 23 Oktober 2011 (Ahad)
Ke Manakah Arah Tuju Gerakan Loh Hon Chew/ pengkritik semasa
Pada 5 September 2005 dalam rencana akhbar ruangan ketandusan, artikel Gerakan bertajuk "Ke mana arah panduan Gerakan" menyebut, Gerakan berslogankan sebagai parti untuk pelbagai kaum, itu adalah pegangan yang amat berat bagi mereka, kerana orang-orang Melayu tidak perlukan mereka sebagai mewakili orang-orang Melayu, kerana orang-orang Melayu ada UMNO ataupun Pas, orang Cina ada MCA dan DAP, orang-orang India pula ada MIC, sebab itu slogan mereka mahu menjadi wakil untuk pelbagai kaum, sebenarnya Gerakan tidak dapat mewakili mana-mana kaum, tidak ada satu kaum pun yang anggap Gerakan boleh mewakili mereka.
Hanya Tu Gan Huan (Terjemah Mandarin) Keluar BN
Selepas PRU 2008, saya sekali lagi menulis satu rencana, dalam rencana itu menyebut, selain daripada Gerakan laungkan slogan untuk pelbagai kaum, pemimpin-pemimpin Gerakan tidak langsung faham sikap orang-orang Cina yang boleh menggugat itu, menteri dari UMNO mahu hapuskan sejarah menenteng Jepun, sebaliknya Gerakan bertindak senyapkan diri, di satu perhimpunan pelajar Koh Tsu Koon bersama Hishamudin mangangkat dan menghunus keris. Tentang isu sekolah wasasan dan mata pelajaran menggunakan bahasa Inggeris mereka membelakangi masyarakat Cina, selepas itu baru berpatah balik.
Dalam beberapa artikel saya telah sentuh tentang sikap Koh Tsu Koon yang begitu lemah dan lembut, berkali-kali asyik beri muka kepada UMNO Pulau Pinang, ini menyebabkan perjalanan parti Gerakan semakin pudar, melangkah ke hadapan yang agak susah dan berat, laluan yang dihadapi oleh Gerakan amat getir.
Hari ini mereka laungkan mahukan perubahan, cara apa pula yang mereka mahu ubah, bentuk apa pula yang mereka mahu ubah, sedangkan mereka sendiri tidak boleh nak utarakan apa yang mereka mahu ubah.
Ketua wanita Gerakan Tan Lian Hua juga menuding Koh Tsu Koon lembik, menyebabkan parti berlaku kekeliruan, sepatutnya Koh letak jawatan, dan tidak sepatutnya bertanding pada PRU akan datang.
Walaupun serangan ini amat getir, namun Koh Tsu Koon tetap sebagai pengerusi Gerakan, masih berkuasa tentang kedudukan dan kerjaya Tan Lian Hua dalam politik, dengan itu Tan Lian Hua berpatah balik sejukkan keadaan, bersenyum-senyuman dengan Koh Tsu Koon, membersihkan suasana tegang itu.
Selepas PRU 2008 tamat, Tu Gan Huan dan Tan Lian Hua kemukakan keluar daripada BN, selepas itu Tan Lian Hua diberi jawatan Timbalan Menteri, tutup mulut tidak keluar BN, dia dapat jawatan dalam kabinet, akhirnya hanya Tu Gan Huan (terjemah Mandarin) yang bertindak keluar dari Gerakan.
Sebab itu ramai orang berkata, orang yang bijak melihat keadaan akan kekal dalam politik, orang-orang yang mahu tegakkan fakta biasanya akan kecundang dalam politik, Tan Lian Hua dan Tu Gan Huan adalah satu contoh yang nyata.
Masuk BN Seperti Terjerat Dalam Sangkar
Kelembutan sikap Koh Tsu Koon tidak pula kerana desakan Tan Lian Hua menjadi keras, dan tidak mungkin Koh Tsu Koon boleh jadi keras dan tegas.
Pada masa silam dahulu, Lim Chong Eu kerana tegas pendiriannya sehingga dapat menguasai kerajaan Pulau Pinang, itu kerana orang-orang Cina di Pulau Pinang amat sukai sikap Lim Chong Eu yang tegas semasa memimpin MCA itu, berani menentang Tunku Abdul Rahman, dia berani melawan arus mengumpulkan orang-orang Cina untuk menyokong parti Gerakan.
Sebaliknya pada masa itu Gerakan masuk BN, dengan itu sikap Lim Chong Eu beralih dan berubah menjadi kesederhanaan, tidak lagi jadikan UMNO sebagai musuh yang bertentangan, UMNO Pulau Pinang tidak berani usik kewibawaan Lim Chong Eu, tidak berani meminta yang bukan-bukan dari Lim Chong Eu.
Koh Tsu Koon Kehilangan Kubu Kuat
Masuk ke dalam BN seperti masuk ke dalam sangkar penjara, kerana kerusi negeri dan parlimen dikuasai dan diarah dari BN, tidak boleh bergerak secara bebas, termasuk penghormatan orang-orang Cina pada Lim Chong Eu tidak lagi seperti dahulu, kemajuan parti Gerakan seperti telah dihadkan oleh BN, tidak dapat melangkah keluar dari Pulau Pinang.
Selepas Lim Keng Yait menggantikan Lim Chong Eu, Lim Keng Yait hanya mengekalkan apa yang diturunkan oleh Lim Chong Eu sahaja.
Akhirnya sesiapa sahaja yang termasuk ke dalam sangkar penjara BN tidak dapat peluang untuk bergerak dengan bebas, dikatakan mereka dapat kekalkan apa yang ada di kawasan itu pun sudah cukup memadai. Tetapi dia telah tersilap langkah kerana tersilap memilih penggantinya.
Selepas Koh Tsu Koon ambil alih parti Gerakan, secara terang telah menunjukkan bahawa beliau bukan seorang pemimpin yang bijak untuk menguruskan parti, dan juga bukan orang yang bijak dalam pertahankan kedudukan parti, beliau tidak dapat melangkah keluar ke negeri-negeri lain untuk memperkukuhkan penguasaan parti Gerakan, di Pulau Pinang pula beliau tidak dapat pertahankan jawatan-jawatan kaum Cina dalam kerajaan, apabila beliau terima tekanan dari pihak UMNO, beliau terpaksa ubah organisasi Jabatan Air Pulau Pinang yang mengecewakan orang-orang Cina Pulau Pinang, UMNO Pulau Pinang di hadapan bekas Perdana Menteri Pak Lah memerli Koh Tsu Koon, Koh hanya gunakan kemahirannya yang bersikap berdiam diri, akhirnya pada PRU 2008 keseluruhan kubu Gerakan di Pulau Pinang terbungkas dan tersungkur.
Sekarang ini, pemimpin-pemimpin tertinggi Gerakan di Pulau Pinang sendiri tidak yakin mereka boleh rampas kembali kerajaan Pulau Pinang.
Jika perkara ini berterusan, ini bukan cara dan gaya Gerakan untuk terus bergerak ke hadapan, ini bersabit masalah berapa lama lagi parti Gerakan boleh bertahan.
Resume di atas bukannya kami yang reka. Ia disediakan oleh web rasmi PAS sendiri iaitu, PAS.org di pautan kenali menteri besar anda. Sila perhatikan di ruang seksyen pekerjaan.
Mungkin ramai di antara kita sudah pun mengetahui fakta bahawa MB Kelantan ini sebenarnya seorang bekas pegawai KEMAS. Dan sebagai tambahan kepada fakta di atas, Nik Aziz telah melepaskan jawatannya dalam KEMAS untuk menjadi calon PERIKATAN/BN pada tahun pilihanraya tahun 1974.
Ya, mungkin ramai juak totok PAS akan kata itu dahulu. Ketika Tok Guru mereka belum bertaubat. Namun apa yang sebenarnya kami ingin bangkitkan di sini adalah Datuk Najib tidak pernah melupakan jasa-jasa yang telah ditaburkan oleh Tok Guru ketika bersama BN, walaupun beliau sendiri sering mengajar pengikut dan penyokongnya untuk tidak bersyukur dalam tidak malu mengambil segala pemberian dan bantuan Kerajaan.
"Bagi kain pakai, bagi wang ambil, bila undi, pangkah bulan"
Nasib baik PM kita seorang yang sangat menghormati orang yang lebih berumur, walaupun orang tua itu sudah nyanyuk dan ganyut hendak mampus. Lagipun, kesian dekat Tok Guru, letih dia membodek PM hari itu.
Agak-agaknya SAM Ketot berani lagi tidak membantah selepas ini?!!
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Nampaknya Panglima perlu kembali menukar template baru dynamic view hari ini.
Meskipun ada sedikit masalah dengan dynamic-view tetapi ia lebih menarik lebih ramai pembaca dan membuka selera mereka membaca artikel-artikel yang ada.
Lihat hits terus merudum dan sebagai blogger, hits antara petunjuk pencapaian blog walau bukan sepenuhnya.
Masakan Panglima boleh diam apabila hits terus turun tatkala PRU 13 makin hampir kepada kita.
Maaf kepada kawan2 jika menghadapi kesukaran atau tidak selesa template baru blog panglima.
Teruskan membaca jika di sini tempat kesukaan anda.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Kena kenali logo-logo mereka jika anda berminat mengkaji lebih dalam puak-puak ini yang cukup teliti dan sukar dikenali kecuali AHLI MATA HATI atau AHLI ZIKIR.
Moga Allah tunjukkan kepada kita siapakah puak penyembah syaitan dan illuminati ini....
Lihat lebih awal dari itu bendera PAS juga seiras mata satu cuba perhatikan di bawah :
bukankah ada persamaan antara bendera PAS dan logo CBS ini di mana
semuanya bulat seperti anak mata ???
Masya Allah kita tidak sedar rupanya. Patutlah selama ini PAS yang menjadi petualang memecahkan umat Islam seperti yang dikehendaki musuh Islam dari Freemason dan Illuminati.
Wallahu A'la Wa A'lam...
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
Selepas beberapa minggu PAS menubuhkan kerajaan di Kelantan, iaitu dalam tahun 1990 dulu, YA.B. Menteri Besar PAS mengarahkan kepada semua wakil rakyatnya supaya jangan membeli kereta besar, hanya kereta proton saga sahaja yang paling besar.
Ada di antara wakil rakyatnya bersungut, bagaimana TokGuru jikalau kereta itu mati didalam perjalanan ?
Jawab YAB. : Itulah yang kita kehendaki, kita mahu rakyat melihat sendiri betapa miskinnya wakil rakyat PAS.
Selepas satu bulan sahaja, kebanyakan wakil rakyat PAS membeli kereta besar-besar.
Demikian juga dalam taklimat kemenangan PAS yang pertama di kediaman rasmi YAB. JKR 10., YA.B. MB berjanji tidak akan lulus balak secara mudah atau cara biasa, tetapi selepas beberapa bulan didapati sebahagian besar pemimpin PAS telah meniadi kaya raya hasil daripada pembalakan.
Betapa lidah bercabangnya pemimpin PAS. Sedarlah wahai penyokong-penyokong PAS!
Penulis menyeru kepada semua umat Islam supaya berhati-hati dengan penceramah yang hanya membaca buku dan menggunakan akal fikiran beliau untuk menyampaikan kepada audien nya. Apa yang cuba disampaikan bakal memberi kekeliruan kepada yang tidak mempelajari agama dengan mendalam dari guru-guru yang bertauliah dan benar-benar faham apa yang dibincangkan.
Nurul hanya membaca dari buku dan menyampaikan kepada pendengar. Ini amat mengelirukan dan ajaran Islam bakal disalah ertikan oleh mereka yang tidak berilmu.
Jangan kita terima bulat-bulat apa yang diperkatakan melainkan kita memperlajarinya dengan mendalam dari guru-guru yang arif tentangnya.
Jika kita teliti segala tindakan dan kata-kata Nik Aziz, adakah ianya menjurus kepada menegakkan atau memperjuangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Kenapa semua kata-kata atau tindakan Nik Aziz menampakkan yang ianya berlawanan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah? Kenapa agama hendak disamaratakan? Kenapa Pemimpin utama negara boleh diberikan kepada bukan Islam seperti di Pulau Pinang?
Apakah ini semua ada disebut dalam ajaran Islam? Kenapa Nik Aziz sangat condong menyebelihi HARBI dalam bab-bab yang melibatkan Islam? Contohnya murtad di Selangor, BERSIH diketuai Ambiga, Peliwat menjadi Perdana Menteri dan Lim Guan Eng ibarat Khalifah Umar.
Terlebih dahulu RajaBersiung memohon maaf bagi pihak Pang5Husin kerana sudah lama tidak mengemaskini blog ini. Dari statistik BLOGGER, masih ramai yang melayari blog ini. TERIMA KASIH Kerana masih sudi melawat. Pang5Husin sekarang ini amat sibuk dengan kerja-kerja harian serta pengajian yang dilalui. Bukan apa, mungkin umurpun dan bertambah, maka ilmu agama pun perlu ditambah. InsyaAllah, harapan RajaBersiung agar Pang5Husin menjadi manusia yang menyintai Allah. Semua yang dilakukan dan dikerjakan adalah kerana Allah.
Sebagai pemula penulisan yang sudah lama ditinggalkan oleh Pang5Husin, Raja Bersiung ingin memaparkan satu video yang dirakam di pengajian pondok yang kisahnya merujuk kepada beberapa kitab-kitab ulama Muktabar dahulu tentang HARBI.
Harbi adalah musuh wahid yang ingin memusnahkan Islam. Bersekutu dan bersubahat dengan mereka menjadikan kita seolah-olah musuh Islam. Musuh Islama wajib kita fisabilillah.
Mari kita dengan apa yang diterangkan dalam pengajian ini berkaitan Harbi dan musuh-musuh Islam. Kita patut fikir dan buka hati memikirkan apakah yang kita lakukan hari ini memenuhi kehendak Islam atau sebaliknya. Itupun jika kita mengaku kita ahli sunnnad wal jamaah.
LIEW Yeow Hooi merantai tayar kereta Toyota Fortuner milik Unit Perancang Ekonomi Negeri kerana diletak di tepi jalan dan mengganggu lalu-lintas di Georgetown, Pulau Pinang, semalam.
Sebuah kenderaan rasmi milik kerajaan DAP Pulau Pinang yang diletakkan sesuka hati di tepi jalan berhadapan Dewan Undangan Negeri (DUN), Lebuh Light di sini dirantai oleh orang ramai yang berang kerana menyebabkan kesesakan lalu-lintas.
Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi apabila Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia (PCM), Liew Yeow Hooi bertindak sedemikian selepas mendapat aduan daripada orang ramai.
Menurut Yeow Hooi, tindakan tersebut adalah sebagai pengajaran kepada pegawai dan kakitangan kerajaan negeri supaya tidak sewenang-wenangnya melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.
"Saya telah menerima banyak aduan daripada orang ramai mengenai isu ini. Jika orang awam yang melakukan kesalahan serupa, sudah pasti kenderaan mereka disita dan dikompaun.
"Ini tidak adil kepada rakyat. Maka saya hari ini mewakili penduduk negeri ini mengunci kereta kerajaan negeri demi menuntut keadilan sewajarnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati kereta terbabit bernombor plat PKC 3244 tertulis perkataan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Yeow Hooi mendakwa, tindakannya berniat baik iaitu mahu 'mendidik' pegawai dan kakitangan kerajaan DAP Pulau Pinang supaya mematuhi undang-undang.
"Saya akan terus mengambil tindakan untuk mengunci kereta milik kerajaan negeri sekiranya mereka berdegil dan masih meletakkan kenderaan sesuka hati," ujarnya.
Sementara itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. Pada masa sama, Wei Aik menyifatkan tindakan Yeow Hooi sebagai biadab.
"Ini kerana hanya pihak berkuasa seperti polis dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mempunyai hak berbuat demikian," jelasnya.
Penang Wasabi..
You are subscribed to email updates from PenangWasabi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Aziz Bari yang mengunakan khidmat peguam hanya untuk menjawab tuduhan beliau digantung dan telah dibebaskan. Menariknya jawapan beliau lebih kepada kebebasan bersuara artikel 10 perlembagaan. Beliau berasakan dengan mengunakan dalil itu beliau boleh memperlekeh dan mempertikaikan kuasa sultan Selangor mengenai hal agama Islam.
Kita boleh lihat Aziz Bari memberi jawapan yang melencong dari isu yang sebenar. Isu yang perlu ditekankan adalah beliau telah menghina sultan,bukannya kebebasan bersuara seperti yang dilakukan oleh Aziz Bari.Adakah dengan menggunakan artikel 10 perlembagaan kita bebas memperkatakan apa saja hingga boleh menghina Insitusi Raja berpelembangaan?
Pisau melihat ia lebih dipolitikkan untuk kepentingan pembangkang yang mahu mempertahankan tindakan evengelis yang menganjurkan majlis meraikan umat Islam yang murtad.
Kehadiran Menteri Dalam Negeri Ds Hishamudin menggantikan PM Ds Najib yang dijadualkan menghadiri ke majlis pengkebumian Putra Mahkota Arab Saudi tidak menghalang daripada gerembolan dari SMM bersama pelajar luar dari UIA seperti PMIUM,Unisel serta persatuan akedemi UIA untuk terus berkumpul di Masjid Ar Rahima,Pintu Masuk UIA dan di surau UIA.Mereka bagaikan menggila mempertahankan tindakan Aziz Bari menghina Sultan Selangor dan mahu menyerahkan memorandum kepada PM agar masuk campur didalam kes pengantungan Aziz Bari. Kesimpulannya mudah ,Mahasiswa dilihat mempertahankan Aziz Bari yang menghina Sultan Selangor mengenai kenyataan kes murtad DUMC. Mahasiswa yang hadir dilihat lebih condong mempertahankan orang Islam murtad berbanding melihat isu yang sebenar.Kebodohan orang pandai ini lebih teruk daripada mereka yang tidak berpelajaran yang tahu membezakan kepentingan agama daripada politik.
Pisau kata " siswa pun dah sokong orang islam murtad,kebebasan beragama?"
Read more about Haprakdaily slanderous spin, here.
What Haprakdaily actually not reported on Penang based on the same AG's report was:
Penang mistakenly overpaid 37 state officers amounting to RM109,170 and also underpaid 13 officers of amount totalling RM13,500.
Jalan Raja Uda was widened to accomodate more cars but could not be used because parking spaces were illegally used as parking.
Federal Government gave RM868,000 to Penang for replanting mangrove trees. However, only 24.5% of trees still alive.
Penang state debts increase drastically from 2006 to 2010 i.e. 2006 (RM442M), 2007 (RM497M), 2008 (RM625M), 2009 (RM684M) and 2010 (RM688M).
Penang didn't approve RM1M to upgrade and maintain Jalan Permatang Rawa, even though audit found out 18 potholes and endangering users.
Penang spent 18% less on low cost housing in 2010 compared to 2009.
Note: Credit to MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan for his comprehensive review.
I really cannot accept those who excessively preaching Penang's CAT is-all-the-great, which the truth are just unrealistic and bias.So much for your LGE's ass-licking, Haprakdaily!-cucutokselampit
Presiden Gerakan Dr Koh Tsu Koon dikhabarkan akan bertanding di Parlimen Bagan, menurut sumber dalaman,hasrat ini untuk merealisasikan matlamat Gerakan untuk berhadapan DAP secara menyeluruh di Pulau Pinang.
Koh Tsu Koon yang dilihat sebagai lemah dan tidak mempunyai arah tuju politik sebenarnya mempunyai perancangan untuk mengalahkan Lim Guan Eng,lawan yang mengambil alih kerusi ketua menteri dijadikan sasaran memandangkan beliau sendiri berkata sanggup mengorbankan dirinya demi kepentingan parti ketika persidangan Parti Gerakan baru baru ini.
Berdasarkan maklumat terkini ,DAP begitu gusar dengan kedudukan 5 kawasan DUN yang dimenangi di Pulau Pinang yang dilihat bakal tumbang.Langkah yang diambil oleh Presiden Gerakan untuk berhadapan dengan Lim Guan Eng sudah pasti akan menaikkan semangat ahli parti yang benar benar mahukan satu lonjakan memandangkan sasaran untuk merampas kembali kerusi yang kalah dan sasaran menumbangkan 5 kawasan yang dimenangi tipis oleh DAP.
Koh Tsu Koon yang baru baru ini dilaporkan terjatuh basikal merasakan mendapat semangat baru apabila melihat sokongan daripada ahli akar umbi ketika persidangan parti baru baru ini untuk melihat beliau bertanding secara anak jantan berdepan dengan setiausaha agung DAP pada PRU13 nanti.
MINGGU lalu Presiden Gerakan, Dr. Koh Tsu Koon menyatakan kesediaannya 'mengorbankan diri' sekiranya itu mampu memberi kejayaan kepada parti dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. Apakah bentuk pengorbanan itu? Ia masih rahsia.
Tsu Koon akan mengumumkannya kemudian selepas perincian dan perbincangan dilakukan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu menyatakan demikian pada ucapan penggulungan Persidangan Gerakan Ke-40.
Tsu Koon tewas pada PRU lalu kepada calon DAP, Prof. Dr. P.Ramasamy di kawasan Parlimen Batu Kawan dengan majoriti 9,485 undi. Angka itu lebih besar daripada majoriti yang dimenangi Gerakan pada PRU sebelumnya melalui Huan Cheng Guan yang menang dengan majoriti 8,998 undi.
Selepas kekalahan memalukan itu, beliau mahu meletak jawatan kerana ingin bertanggungjawab terhadap kekalahan teruk Gerakan terutama di Pulau Pinang yang menjadi kubu kuat parti. Bagaimanapun jawatankuasa tertinggi parti menolak kerana bukannya masa untuk menyalahkan mana-mana pihak sebaliknya bersatu memulihkan keyakinan rakyat kepada parti.
Kini selepas tiga tahun, Tsu Koon, Presiden Gerakan Ke-4 selepas Prof. Syed Hussein Alatas, Dr. Lim Chong Eu dan Dr. Lim Keng Yaik terus dikritik hebat oleh kawan dan lawan. Malahan sebelum itu, Ketua Pergerakan Wanitanya, Tan Lian Hoe menyarankan supaya Tsu Koon tidak bertanding pada PRU13. Niat Lian Hoe hanya untuk menyuntik semangat parti. Sebenarnya apakah motif di sebalik kritikan terhadap Tsu Koon itu?
Sebagai ahli politik, Tsu Koon tentunya faham maksud tersurat dan tersirat dalam kritikan atau teguran terhadapnya. Beliau tentu lebih faham kehendak ahli-ahli parti serta rakan-rakan dalam parti komponen Barisan Nasional (BN). Lebih-lebih lagi BN pada PRU13 mahu menebus kekecewaan yang dicatatkan pada PRU12 yang menyaksikan parti komponen seperti MCA, Gerakan, MIC kecundang. Menyelak kembali keputusan PRU12 itu, tiga presiden parti komponen BN tewas iaitu Gerakan, MIC dan PPP. MCA bertanding 40 kerusi Parlimen tetapi menang 15, Gerakan 12 (menang 2), MIC 9 (3) dan PPP gagal di kerusi tunggalnya, Taiping.
Daripada tiga kerusi ditandingi di Perak, Gerakan hanya menang di Gerik, di Johor menang kerusi tunggal di Simpang Renggam. Parti itu tewas di semua empat kerusi di Pulau Pinang, di Selangor hanya satu kerusi ditandingi tetapi tewas. Begitu juga di kesemua tiga kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga kecundang.
Di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, Gerakan hanya mempunyai empat kerusi iaitu dua di Johor dan masing-masing satu di Kedah dan Pahang. Di Pulau Pinang, Gerakan bertanding 13 kerusi DUN tetapi semuanya tewas. Begitu juga tewas semua kerusi di Perak (4), Selangor (4), Negeri Sembilan (2) dan Melaka (1). Begitulah wajah lesu dan pengalaman ngeri Gerakan pada PRU lalu.
Justeru, apakah Gerakan kini sudah pulih dan terus relevan? Berdasarkan kenyataan Tsu Koon baru-baru ini, pendaftaran 30,000 ahli baru membuktikan Gerakan masih relevan. Tetapi jumlah ahli belum tentu menjamin kemenangan. Pengundi atas pagar, pengundi tidak berparti akan menentukan menang atau kalah calon. Justeru, Gerakan malahan parti komponen BN yang lain perlu melakukan sesuatu untuk mengembalikan kecemerlangan BN. Salah satu daripadanya ialah memilih calon yang boleh menang.
Dan bagi Gerakan, apakah langkah Tsu Koon seterusnya? Ada yang mahu beliau tidak bertanding. Ada juga yang mendakwa beliau akan berhijrah ke Simpang Renggam. Dan ada juga yang mahu beliau melakukan pertarungan 'hidup atau mati' dengan menghadapi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang. Mana satu pilihan Tsu Koon? Wajarkah beliau bertanding? Jika wajar di mana? Adakah untuk menyelamatkan maruah seorang presiden, ia perlu diperuntukkan kerusi yang selamat?
Dalam politik, kawasan yang dianggap selamat belum tentu selamat lebih-lebih lagi bagi 'orang luar' kawasan. Dalam hal ini, ia tidak seperti berlaku pada calon-calon pakatan 3P iaitu DAP, Pas atau PKR. Penerimaan pengundi terhadap calon 3P ini tidak mengambil kira dari mana asal usul mereka tetapi lain pula bagi calon-calon BN yang terlalu banyak 'masalah' sehingga calon yang boleh menang pun belum pasti menang. Inilah dilema BN.
Contohnya di Batu Kawan. Kenapa Tsu Koon yang popular dengan kedudukan KM tewas? Ramai yang melihat Batu Kawan kawasan selamat kerana sebelum ini menjadi milik BN. Dan Tsu Koon, jika mahu bertanding, eloklah kembali semula ke Pulau Pinang. Pilihlah mana-mana kawasan Gerakan yang kini dikuasai DAP sama ada Bukit Bendera, Batu Kawan, Jelutong atau Tanjong. Ada juga yang mencadangkan Tsu Koon memilih Bagan jika Guan Eng masih berhasrat bertanding di kawasan itu. Tetapi apakah keupayaan Tsu Koon? Di Bagan, pada PRU lalu, Guan Eng menang majoriti 22,070 undi mengatasi majoriti Lim Hock Seng (DAP) pada 2004, sebanyak 3,622 undi. Adakah menawarkan diri untuk bertanding di Bagan sebagai satu pengorbanan Tsu Koon?
Jika diselak rekod yang lalu, Tsu Koon mula menjadi ahli Parlimen Tanjong pada 1986. Beliau gagal mempertahankan kerusi itu apabila tewas kepada Setiausaha Agung DAP ketika itu, Lim Kit Siang yang berhijrah ke Pulau Pinang bagi menjayakan misi Tanjong I pada 1986. Tsu Koon berehat sepenggal dan menjadi setiausaha politik KM ketika itu, Chong Eu. Beliau kemudiannya bertanding di DUN Tanjong Bunga pada 1990 dan kejayaan berpihak kepadanya malahan dilantik sebagai KM bagi menggantikan Chong Eu yang ditewaskan oleh Kit Siang di Padang Kota. Pada 1995, di DUN yang sama, beliau menumbangkan Kit Siang dengan majoriti 7,703 undi dan kekal pada 1999 dan 2004 sebelum ke Batu Kawan.
Begitulah perjalanan politik Tsu Koon. Adakah PRU13 sebagai PRU terakhir atau PRU untuk beliau bangkit semula? - UM
Pisau kata " the real ninja turtle"
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempertimbang untuk memanggil sekurang-kurangnya tujuh kementerian dan agensi kerajaan bagi memberi penjelasan berhubung kelemahan pentadbiran kewangan masing-masing seperti yang dicadangkan Jabatan Audit Negara.
Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, perkara yang akan diberi perhatian ialah berhubung kelemahan berulang sistem pengurusan yang dilakukan kementerian atau agensi berkenaan.
"PAC akan berbincang semula untuk menentukan jabatan atau kementerianmana yang perlu kita panggil untuk dapatkan penjelasan daripada kelemahan yang ditimbulkan.
"Antaranya kita dapati masih wujud kelemahan yang berulang. Kita ambilperhatian kerana kita perlu lihat dengan lebih mendalam bagaimana untuk kita kurangkan kes-kes yang berulang walaupun ditegur setiap tahun oleh Jabatan Audit," katanya pada sidang media selepas taklimatoleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang di bangunan Parlimen disini, Isnin.
Tujuh kementerian dan agensi yang akan dipanggil memberi penjelasan berhubung perkara tersebut ialah Terminal Makan Negara (TEMAN) di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Kementerian Kesihatan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, KementerianPengangkutan, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Perbadanan Stadium Nasional.
Selain itu Azmi berkata, secara keseluruhan prestasi pentadbiran kewangan dan pengurusan dalam kerajaan bertambah baik berbanding tahun terdahulu.
"Sebanyak 43 kementerian dan agensi termasuk di peringkat negeri mendapat penilaian empat bintang, 60 kementerian dan jabatan mendapat tiga bintang dan dua kementerian mendapat dua bintang.
"Tak ada satu pun kementerian atau jabatan yang dapat bintang merah iaitu di bawah 49 peratus," katanya.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati pembelian 1,000 unit rak risalah Tahun Melawat Malaysia 2007 bernilai RM1.95 juta, telah dibuat secara rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.
Menurut laporan itu, perolehan tersebut dibuat oleh Pejabat Menteri Pelancongan dan pembayaran oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (LPPM).
Dalam Audit terhadap LPPM itu, didapati tidak ada perjanjian ditandatangani antara Kementerian Pelancongan atau LPPM dengan syarikat pembekal Leo Communications Sdn Bhd (LCSB), dan ia menyebabkan spesifikasi bekalan dan tempoh penghantaran tidak ditetapkan.
Laporan itu menyebut pihak Audit tidak dapat mengesahkan sama ada pengedaran rak risalah diedarkan sepenuhnya dengan disertakan risalah pelancongan.
Pihak Audit dalam laporan itu berpendapat Jawatankuasa Penyiasat perlu ditubuhkan bagi menentukan sama ada terdapat ketidakpatuhan peraturan kewangan dan juga unsur penyelewengan dalam pembelian rak risalah tersebut.
Laporan itu, bagaimanapun, dimaklumkan LPPM bahawa Kementerian Kewangan telah meluluskan pembayaran bagi 773 unit rak bernilai RM1.51 juta pada 18 Mac lepas dan pihak Kementerian Pelancongan mengeluarkan arahan mengingatkan pegawai berkenaan untuk mematuhi peraturan kewangan kerajaan.
Laporan itu juga mendapati pemasangan papan iklan di Indonesia tidak mengambil kira ulasan Pengarah Tourism Malaysia di Indonesia berhubung cadangan lokasi yang kurang sesuai.
Semakan Audit juga mendapati lima pemasangan papan iklan berjumlah RM3.64 juta di Medan, Surabaya dan Jakarta bagi tempoh setahun yang dibina pada 27 Jan 2009 telah dibuat secara rundingan terus tanpa kelulusan Kementerian Kewangan.
Pihak Audit berpendapat LPPM perlu melaksanakan perolehan papan iklan mengikut peraturan yang ditetapkan bagi memastikan harga yang diperoleh adalah kompetitif dan mendapat nilai yang berbaloi, selain memastikan lokasi yang dipilih adalah sesuai.
Lawatan Audit di sekitar Johor Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Lembah Klang juga mendapati pemasangan papan iklan dilakukan di tempat yang tidak strategik, ada yang runtuh dan tidak dipasang lampu. - BERNAMA
Hala tuju perjuangan Pas dilihat semakin kabur dan bercelaru apabila parti tersebut sanggup mengorbankan akidah semata-mata untuk tujuan politik.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, hala tuju perjuangan Pas yang kabur itu terbukti apabila parti berkenaan tidak menyokong Akta Murtad dan penganjuran Himpunan Sejuta Umat (Himpun).
Sebaliknya, beliau berkata, parti tersebut sanggup pula menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang dipengerusikan oleh Datuk S. Ambiga, individu yang menyokong tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) semata-mata demi kepentingan politik mereka.
"Apabila Himpun diadakan, apakah pendirian Pas? Apabila ada cadangan Akta Murtad perlu diwujudkan, apakah pendirian Pas?
"Tetapi, apabila perhimpunan haram Bersih diadakan, Pas menyokong dengan penuh semangat. Di manakah pendirian dan perjuangan Pas untuk membela Islam?
"Hala tuju parti tersebut semakin celaru, kabur dan saya percaya pemimpin-pemimpinnya juga kini keliru dengan perjuangan sendiri," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Menurut Mashitah, rakyat perlu sedar dan menilai sendiri kecelaruan yang sedang melanda Pas.
"Sekiranya Pas sebagai pemandu, ke manakah mereka akan membawa rakyat yang menjadi penumpang? Saya berharap rakyat boleh menilainya sendiri," ujarnya.
Berhubung hudud, Mashitah berkata, Pas perlu memperincikan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.
Katanya, ini bagi mengelakkan timbul masalah seperti fitnah dan sebagainya apabila dilaksanakan.
"Kami tidak menolak hudud. Kami cuma mahu Pas memperincikan terlebih dahulu hukum hudud yang ingin dilaksanakan supaya tidak timbul kekeliruan sehingga boleh menyebabkan fitnah.
"Sekiranya mereka mahu melaksanakannya juga, mereka boleh lakukannya di Kelantan. Kita telah mendengar perkara ini daripada dahulu lagi tetapi sehingga sekarang ia (hudud) tidak pernah dilaksanakan di negeri berkenaan," jelasnya. Utusan Online
1. Pada 19hb yang lalu saya berkesempatan berbual-bual dengan Sdr. Mustaffar Mat Arof. Beliau memaklumkan telah mendapat mandat dari Ketua UMNO Bahagian merangkap Ahli Parlimen Jerantut untuk menggerakkan media sosial di Jerantut yang selama ini terbiar tanpa halatuju. Beliau melakukannya atas kapasiti Ketua Unit Media Baru UMNO Bahagian Jerantut.
Saya menyatakan sokongann saya serta persetujuan untuk bersama-sama membantu selagi diperlukan. Banyak yang kami perbincangkan malam tu. Yang penting 'kita' masih tidak terlambat dalam mengorak langkah untuk memacu perkembangan media sosial Jerantut seterusnya memandu dan menentukan halatujunya terutama bagi membantu Kerajaan dalam mencapai sasaran pada PRU13 nanti.
2. YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Sains, Teknologi dan Inovatif Negeri Pahang juga sedang menganjurkan satu program berkaitan media sosial di peringkat nasional. Konvensyen Media Sosial 1 Malaysia yang akan diadakan pada 20hb November akan datang bertempat di PWTC nanti adalah satu pengiktirafan kerajaan terhadap peranan pengamal media sosial dalam menyebarkan maklumat dan khususnya menarik sokongan rakyat terhadap kerajaan dalam PRU akan datang.
3. Demikianlah, kerajaan dan para pemimpinnya sudah semakin sedar peranan media sosial dalam masyarakat. Tidak peka serta tidak endahkannya telah memberikan pukulan hebat kepada kerajaan dan ini jelas terbukti dengan kemerosotan undian kerajaan dalam PRU12 lalu.
4. Menurut blog resmi Pas Pahang, hari ini di Temerloh, Lajnah ICT PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Penerangan dan Jabatan Pilihan Raya Negeri (JPN) akan menganjurkan hi-tea perdana pada 25 Oktober ini bermula jam lima petang di perkarangan bangunan PAS Pahang, Jalan Dato Bahaman di sini. Menurut Pengarah ICT Negeri, Shamsuri Hussin, sempena majlis berkenaan satu diskusi bertajuk " Bloger: Peranan dan Cabaran Merealisasikan Pakatan Rakyat Melangkah ke Putaraja" dengan menampilkan bloger terkenal Hishamuddin Rais.
5. Nampaknya pihak kerajaan dan pembangkang sudah benar-benar memberikan perhatian dan ingin menarik hati pengalam media sosial. Tidak hairan jika beberapa blogger pro pakatan dikhabarkan menerima imbuhan yang memuaskan. Demikian juga dakwaan mereka bahawa terhadap yang pro kerajaan.
6. PRU13 nanti diramalkan sebagai kemuncak kepada perang siber dalam menghadapi PRU. Apakah menang jadi abu dan kalah jadi arang? Apapun, para penggiat media sosial sudah mula dihargai dan diberikan perhatian. Mungkin tidak semua mereka itu bernasib baik bahkan ada yang bernasib malang. Untung sabut timbul dan untung batu akan tenggelam! Wallahualam!
7. Jika ini kita namakan perjuangan, maka kita akan lalukannya hingga ke titisan darah yang terakhir. Selamat berjuang kepada semua sahabat!
Read more about Haprakdaily slanderous spin, here.
What Haprakdaily actually not reported on Penang based on the same AG's report was:
Penang mistakenly overpaid 37 state officers amounting to RM109,170 and also underpaid 13 officers of amount totalling RM13,500.
Jalan Raja Uda was widened to accomodate more cars but could not be used because parking spaces were illegally used as parking.
Federal Government gave RM868,000 to Penang for replanting mangrove trees. However, only 24.5% of trees still alive.
Penang state debts increase drastically from 2006 to 2010 i.e. 2006 (RM442M), 2007 (RM497M), 2008 (RM625M), 2009 (RM684M) and 2010 (RM688M).
Penang didn't approve RM1M to upgrade and maintain Jalan Permatang Rawa, even though audit found out 18 potholes and endangering users.
Penang spent 18% less on low cost housing in 2010 compared to 2009.
Note: Credit to MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan for his comprehensive review.
I really cannot accept those who excessively preaching Penang's CAT is-all-the-great, which the truth are just unrealistic and bias.So much for your LGE's ass-licking, Haprakdaily!
Perdana Menteri, DS Mohd Najib Tun Abdul Razak dijadualkan akan merasmikan upacara penutup Debat Perdana Menteri yang sedang berlangsung di UIAM pada pukul 8.30 malam ini, sebelum berlepas ke Riyadh. Satu kumpulan pelapis yang dibimbing oleh Anak Muda Keliru (AMK), P"Gay"R di bawah seliaan Shamsul Kemetot dijangkakan akan membuat kekacauan dan tunjuk perasaan.
Walaupun pada asalnya, tunjuk perasaan ini adalah bersempena memprotes tindakan UIAM mengantung Prof Kangkung, Abdul Aziz Bari, namun niat mereka itu tetap akan diteruskan walaupun Aziz Bari telah "dibebaskan" atas tekanan politik. Ini dapat dilihat melalui signal yang diberikan oleh penaung SMM, Shamsul Kemetot, di sini:
Seramai 500 pelajar daripada kampus sekitar Lembah Klang terutama daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris dan Universiti Selangor akan turun seawal pukul 7.00 malam bagi tujuan memalukan Perdana Menteri. CTS ingin bertanya apakah tindakan tidak dapat diambil ke atas pelajar-pelajar ini? CTS telah berjaya mendapatkan maklum balas daripada Timbalan Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, Dato Saifuddin Abdullah dan Alhamdulillah, beliau juga tidak bersetuju dengan tindakan pembangkang menggunakan pelajar-pelajar universiti ini untuk kepentingan mereka.
CTS akan mendedahkan di dalam posting-posting berikutnya siapakah dalang disebalik SMM, siapa penaja, bagaimana keputusan akademik pelajar-pelajar yang menganggotai SMM dan sebagainya. Siapa kata Akta AUKU menyekat pelajar-pelajar berpolitik? Siapa kata pembangkang ketinggalan di dalam meluaskan pengaruh-pengaruh mereka di kampus dengan dakyah-dakyah songsang mereka?
Kali inilah Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berperanan membela nasib ahli akedemik yang kononnya ahli akademik tu diiktiraf di peringkat antarabangsa "ditekan, dimalukan dan dihukum" atas tindakan memberi pandangan dalam subjek kajiannya.
Bila baca kenyataan pihak pembangkang yang cukup prihatindan ilmiah ini memang kejam sungguhlah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang bertindak kasar dan di luar jangka kepada Aziz Bari.
Sebenarnya ahli akdemik ini sangat lantang dan cukup berani dalam memberi pandangan atau persepsi dalam subjek kajiannya dan paling berani bila menyentuh peranan Sultan Selangor dalam bab " Aziz Bari: Tidak Salah Kritik Raja-Raja" yang mana beliau telah mempertikaikan kedudukan Sultan Selangor yang bertitah mengenai pemeriksaan Jabatan Agama Ilsam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.
Salahuddin turut menuding tindakan sedemikian terhadap Aziz Bari ia boleh mencemarkan reputasi Universiti Islam Antarabangsa yang nampak seolah-olah institusi pengajian tinggi itu bertindak atas tekanan politik.
Hebat sungguh Salahuddin membela nasib Aziz Bari. Tapi berbeza dengan tindakan mantan pemimpin PKR, Datuk Zulkifli Noordin yang mengutuk sekeras-kerasnya akan tindakan 'bijak' Prof Dr. Abdul Aziz Bari yang mempertikaikan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris berhubung isu pemeriksaan sebuah gereja oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Damansara Utara.
Ini adalah kenyataan Zulkifli "kenyataan yang dikeluarkan oleh Aziz Bari seolah-olah memberi bayangan bahawa Sultan Selangor mengambil sikap berpihak dalam memutuskan perkara tersebut".
Beliau turut menambah "dalam undang-undang Tubuh Negeri Selangor, hal ehwal agama Islam Selangor terletak di bawah kuasa Tuanku Sultan Selangor"..
Sumandak sudah lihat kalo ikut undang-undang kompom perkara ini memang sangkut dengan perlakuan Aziz Bari... tapi berapa orang yang hendak melihat undang-undang daripada melihat kepada kepentingan individu atau kumpulan yang jelas mahu membuat keadaan lebih cemas dan tegang.. Cubalah bawa bertenang kalau ahli akdemik ini betul baik berdepan dahulu orang kata digantung atau dikuarantin bukan semestinya salah jika tidak salah selepas siasatan bah bukan ndak biasakan SAMAN ja la SAMAN MALU sebab diaibkan.... senangkan cerita...
You are subscribed to email updates from SuRiA PaGi To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Khabarnya ada puak-puak pelajar yang berdemo bilamana Perdana Menteri hadir di sebuah pusat pengajian tinggi.
Inilah masalahnya bila orang yang menggelarkan diri mereka MAHASISWA dan MAHASISWI merasakan yang diri mereka terlalu bijak dan boleh mentadbir sesebuah negara dengan lebih baik.
Agak malang bila mahasiswa dan mahasiswi terlupa yang tugas utama mereka adalah belajar dan menimba ilmu bukan melolong menentang kerajaan. Tidakkah otak mahasiswa dan mahasiswi yang telah terasuh di pusat pengajian tinggi telah mendidik mereka untuk menjadi seorang yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beretika?
Di dalam berdemo itu alangkah baiknya jika mahasiswa boleh berfikir untuk beberapa ketika bahawa universiti yang mereka belajar itu juga didirikan oleh kerajaan dan PTPTN yang disediakan juga hasil inisiatif kerajaan.
Paling tidak sekalipun mahasiswa dan mahasiswi, ingat-ingatlah bahawa ibu bapa berhabis duit untuk menghantar anda ke universiti. Tujuannya hanya untuk anda menjadi manusia yang berguna dan boleh dibanggakan ibu bapa anda.
Sedarlah diri, bahawa nasi yang anda makan juga masih disuap ibu bapa dan tugas anda adalah belajar. Jika mahu menjadi pemimpin pun lunaskan dulu tanggungjawab anda pada ibu bapa.
Jika gagal dalam pelajaran nanti, apa yang anda akan beritahu pada ibu bapa anda? Salahkah kerajaan jika anda gagal? Kalau hidung masih berhingus jangan bicara soal mentadbir negara. Memimpin keluarga kelak pun anda masih belum tentu mampu.!!!
Seorang pemimpin Pemuda PAS menggesa kerajaan mengharamkan konsert Elton John bulan depan denagn mendakwa penyanyi gay itu menggalakkan maksiat. Namun, PAS tetap berketuakan Anwar, yang kini menghadapi kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Selain itu, Anwar juga berhadapan dengan kes moral lain, teramsuk melanggan pelacur, seperti mana dalam video seks yang didedahkan oleh Trio Datuk T pada April lalu.
Pengerusi Pemuda PAS Pahang, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz berkata konsert di tempat peranginan Genting Highlands pada 22 Nov akan merosakkan akhlak umat Islam muda kerana gaya hidup homoseksual penyanyi itu.
"Ia tidak baik. Dalam Islam homoseksual adalah haram," katanya kepada AFP.
"Apa yang dilakukannya adalah maksiat. Ini tidak baik bagi Islam."
Penyanyi warga British itu secara terbuka mengakui dirinya 'gay' dan telah melangsungkan perkahwinan sesama jantina pada tahun 2005 selepas undang-undang di Britain membenarkan perkara itu.
Penganjur konsert itu, Tune Live yang dihubungi AFP enggan mengulas.
Persembahan 'Greatest Hits Tour' John dijangka diteruskan. Beliau akan menyanyi di Singapura sebelum ke Malaysia dan kemudian menuju ke Jakarta.
PAS sering membuat bantahan berhubung konsert dengan mendakwa artis Barat menggalakkan seks secara rambang dan mencemarkan pemikiran anak-anak muda.
Bagaimanapun di sebalik ancaman bantahan itu, kebanyakan konsert diteruskan kerajaan persekutuan tanpa sebarang insiden yang tidak diingini meskipun penganjur terpaksa mematuhi peraturan yang ketat, termasuk tidak memakai pakaian yang terlalu mendedahkan dan bercium atau bercumbuan di atas pentas.- AFP
1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free for all its citizens.
2. There is no interest on loans, banks in Libya are state-owned and loans given to all its citizens at 0% interest by law.
3. Home considered a human right in Libya –Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home. Gaddafi's father has died while him, his wife and his mother are still living in a tent.
4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$50,000 ) by the government to buy their first apartment so to help start up the family.
5. Education and medical treatments are free in Libya. Before Gaddafi only 25% of Libyans are literate. Today the figure is 83%.
6. Should Libyans want to take up farming career, they would receive farming land, a farming house, equipments, seeds and livestock to kick- start their farms– all for free.
7. If Libyans cannot find the education or medical facilities they need in Libya,the government funds them to go abroad for it –not only free but they get US$2, 300/mth accommodation and car allowance.
8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price.
9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.
10. Libya has no external debt and its reserves amount to $150 billion – now frozen globally.
11. If a Libyan is unable to get employment after graduation the state would pay the average salary of the profession as if he or she is employed until employment is found.
12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to the bank accounts of all Libyan citizens.
13. A mother who gave birth to a child receive US$5 ,000
14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15
15. 25% of Libyans have a university degree
16. Gaddafi carried out the world's largest irrigation project, known as the Great Man-Made River project, to make water readily available throughout the desert country.
is this..who you call a monster? the news made him look like how most of us do.but the same source as to who the media belongs to are the same people that killed him.half of us could agree that the media's pure bullshit,don't we..i refuse to believe that cruelty is an attribute alongside humanity.today's day an age is an age we call ZAMAN FITAH,the age of LIES.
SURAT tunjuk sebab adalah perkara lain; demikian juga penggantungan tugas adalah berasingan. Melihat kepada cara UIA menanggani isu Aziz Bari, nampaknya pentadbiran itu, tidak mahir dalam sistem manajemen.
Isu Aziz Bari menjadi polemik, apabila pensyarah undang-undang itu memberi komen berhubung titah Sultan Selangor yang berkaitan dengan serbuan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama, pada Ogos lalu, kerana terdapatnya kegiatan memurtadkan penganut islam.
Sultan Selangor bertitah, bahawa memang terdapat unsur memesongkan aqidah umat islam oleh bukan islam, namun bukti kuat untuk dibawah ke mahkamah belum mencukupi.
Ekoran, komen Aziz terhadap titah Sultan itu, maka beberapa individu membuat laporan polis terhadapnya dan menuduh Aziz menghasut rakyat agar derhaka kepada raja-raja melayu.
Malah ada sebahagian pemimpin Umno, bersuara di dewan rakyat, meminta pihak UIA melakukan tindakkkan tata tertib terhadap Aziz, kerana mengeluarkan pendapat bercanggah dengan aspirasi universiti itu.
Ekoran laporan-laporan polis itu, maka pihak polis menjalankan siasatan termasuk merakam percakapan dengan Aziz.
Belumpun, siastan polis selesai, pihak UIA telah mengeluarkan surat tunjuk sebab dan kemudian menggantungnya daripada tugas.
Ekoran itu, maka desakan timbul daripada berbagai pihak, agar penggantungan Aziz ditarik balik.
Semalam, pihak UIA telahpun menarik balik penggantungan itu, sementara itu, Aziz juga sudah membalas surat tunjuk sebab sepertimana yang dikehendaki oleh majikannya.
AKHIRNYA jenazah bekas pemimpin Libya Muammar Gaddafi akan dikebumikan pada upacara ringkas di satu lokasi yang dirahsiakan di padang pasir negara itu, demikan menurut pegawai Majlis Peralihan Kebangsaan semalam.
Muammar yang memerintah negara itu selama 42 tahun terbunuh dengan satu kesan tembakan di kepala Khamis lalu.
Anak Gaddafi yang turut terbunuh pada Khamis, Mo'tassim juga akan dikebumikan bersama ayahandanya pada satu lokasi yang tida diketahui di kawasan gurun terbuka.— Reuters
"BARU sekejap tadi seorang pengarang sebuah portal berita menghubungi saya untuk meminta pengesahan berhubung seorang Menteri Besar yang dikatakan telah berkahwin seorang lagi. Kejadian itu berlaku pada bulan Ramadhan lalu. MB itu katanya ditangkap berkhalwat dengan perempuan yang kini sudah menjadi isterinya itu.
Isteri yang baru dikahwinkan itu merupakan yang ketiga. MB ini mencatat sejarah sebagai satu-satunya MB yang mempunyai lebih dari dua isteri dalam satu masa.
MB itu mengahwini perempuan itu selepas dua kali ditangkap khalwat. Semasa para pegawai agama menyerbu beliau memberi alasan perempuan itu adalah proksinya dalam perniagaan.
Kata Pengarang itu kisah ini didiamkan saja dan tidak dibawa ke mahkamah. Sudah ramai kalangan ahli politik yang separti dengannya tahu, tetapi seorang pun tidak berani mendedahkannya.
Kenapa? Tanya pengarang itu kepada saya. Saya menjelaskan tidak berapa pasti tetapi ada terdengar yang MB yang baru sepenggal itu ditangkap khalwat di sebuah hotel di ibu Kota Kuala Lumpur.
Hotel mana? Saya pernah berjumpa dengan MB berkenaan di hotel berkenaan lebih dari tiga kali. Setiap kali terserempak MB itu bersendirian saja dan keadaannya memang mencurigakan. Katanya kalau dia ada urusan di KL dia akan menginap di hotel itu. Hotel itu menjadi tempat fevourite nya sejak lama dulu.
Saya percaya isteri pertama dan kedua MB itu tidak mengetahui akan isteri baru MB itu kerana ianya masih dirahsiakan."
MB NEGERI MANA TU YANG KENA TANGKAP TU?DIKHABARKAN KES NI DIAM CAM TU SAJA DAN TIDAK DI BAWA KE MAHKAMAH.?BILA MB KENA TANGKAP JABATAN AGAMA DIAM SAJA KA?APA KERJA HAMPA?BILA ORANG LAIN KENA TANGKAP HABES SEMUA PAPER MASUK..BILA MB KENA HAMPA DIAM..SEELOK ELOKNYA BAWA REPORTER SKALI BARU LA TAU SAPA MB TU..
PMK NAK KAHWIN 4 PUN AKU X KESAH,TP YG SALAH TETAP SALAH.
Seramai 20 penyokong PAS dari Cawangan Kampung Padang Limau di Kota Kuala Muda dekat sini keluar parti itu dan menyertai UMNO hari ini.
Mereka menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri Kedah Datuk Othman Aziz dan turut disaksikan Naib Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani Datuk Mohammad Firdaus Zakaria.
Pada majlis itu di sini, 50 lagi anggota baru dari kampung itu dan Kampung Bukit Lalang menyerahkan borang keahlian UMNO.
Bekas Pengerusi Tetap PAS Cawangan Kampung Padang Limau, Mohd Akhir Hassan, 48, berkata dia yang menyertai PAS sejak 10 tahun lalu berasa tidak puas hati dengan kepimpinan PAS sekarang yang banyak menabur janji kosong tanpa menjalankan kerja dengan sempurna untuk masyarakat setempat.
"Yang saya paling geram apabila pada satu ketika ada individu dalam PAS ini kata kepada saya kalau hendak senang pergi masuk UMNO.
"Situasi ini menjadikan saya betul-betul kecewa dan mengambil keputusan untuk berhijrah ke dalam UMNO," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian.
Bekas Ketua Pemuda PAS Cawangan Kampung Padang Limau Mohamad Rizal Ramli, 33, berkata sistem pentadbiran PAS tidak sistematik dan gagal merealisasikan keperluan golongan muda pada masa ini. - Utusan
Untuk pengetahuan pada yang taktau. Kawasan Kuala Muda ni, kawasan kuat Pas. Kubu kuat tahap kronik. Hinggakan simpang lampu isyarat, petak besar tu depa cat bendera Pas. Apa depa ingat bapak depa buat jalan kot.
Ura-ura geng ni nak keluar parti, dah lama Mc dengar. Cuma masih teragak-agak. Tapi rasanya, ni bukan kumpulan yang pertama dan terakhir keluar parti. Akan ada peringkat seterusnya.. Tunggu dan lihat.
McTheory: Kawasan hitam, sudah boleh dikelabukan..
Tah apa la masalah dengan si Deris Hitam ni. Tak sudah2 nak pertikaikan MoU UMNO dengan PKC pada tahun 2010 dulu.
Apa sebenarnya yang si Deris ni tak puas hati? Jealous dalam bahasa melayu atau cemburu dalam bahasa englishnya. hehe..
Berapa kali nak terangkan, MoU UMNO dengan PKC adalah perjanjian diantara parti pemerintah China dan parti pemerintah Malaysia. Masing2 boleh bertukar pendapat, tukar pandangan. Sebab PKC punya cara pemerintahan dan layanan mereka terhadap pembangkang kat China sana, boleh tahan kerasnya.
Kalau tak salah Mc, Singapork juga ada MoU dengan PKC. Cuba tengok macam mana PAP mengawal parti pembangkang Singapork? Nak buat demo? Berkumpul lebih 5 orang pun dah kena angkut masuk lokap. Tindakan keras mereka menyebabkan pembangkang tunduk dan tak berani nak bersuara. Nak sentuh isu sensitif? Belum cakap dah masuk ISA kot. he he..
PKC dan PKM bezanya banyak, kalau negara China masih mengamalkan sistem dan ideologi komunis sampai sekarang, rasanya Malaysia takkan bersahabat dengan mereka. Bukan kata Malaysia, dunia pun takkan menjalinkan hubungan dengan negara China.
Tetapi selepas mereka membuka negara mereka dengan dasar2 baru. Barulah negara2 luar datang melabur dan menjalinkan hubungan dengan negara China dan PKC.
Jadi tak salah jika UMNO menjalinkan hubungan dengan PKC. Apa Pas sangat cemburukah bila melihat DS Najib buat MoU PKC?
Atau Pas hanya mahu memainkan isu ini disebabkan mahu tengelamkan isu Mat Indera?
Baru-baru ni DS Najib telah membuat kenyataan, dengan mengatakan pihak Polis ada video bukti pengakuan Mat Indera kepada polis bahawasanya dia adalah pejuang PKM. Malah dia mengaku dia telah membunuh polis-polis dan askar-askar melayu semasa dia menganggotai PKM.
Pengakuannya ini juga di akui oleh kepala perang PKM sendiri iaitu Chin Peng dalam tulisannya yang menyebut, Mat Indera ini seorang pejuang PKM yang gagah berani dan tersohor dikalangan komunis melayu.
Ini berbeza dengan kenyataan Pas dan Mat Sabu yang menyokong Mat Indera dengan mengiktirafnya sebagai pejuang kemerdekaan.
Tuan punya badan mengaku komunis, ketuanya pun setuju bahawa Mat Indera komunis, siapa Pas yang nak mempertikaikan segala fakta dan bukti yang ada?
Apakah Pas lebih komunis dari komunis?
Sebab tu Pas sokong komunis?
McTheory: Paling penting, rakyat takkan lupa apa yang Mat Sabu cakap mengenai perjuangan Polis di Bukit Kepong, si komunis di angkat, polis terus dihina!!
Sebenarnya Mc dah lama nak tulis pasal isu ni, berikutan isu ni telah tersebar sejak si blogger paling popular dari puak Pakatan telah menulis mengenai harga makanan di restoran 1Malaysia dan mempermainkan isu tu, sambil di sambut oleh dua tiga ekor blogger sebelah sana.
Blogger GWM menjawab balik fitnah Milo Suam dengan bahasa yang sepadan.
Dibawah adalah artikel dan tulisan dari blogger Milo Suam yang bernama Rejam, nama pun macam syaitan yang di Rejam. Confirm geng baik dengan syaitan lanih. Almaklumlah, penganut Pas ni dengan syaitan depa halal berkawan. Baca cerita dibawah,
HEBOH sejak beberapa hari lalu tentang dakwaan pelanggan yang berasa tertipu dengan harga makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia.
Di sebelah pintu masuk, tergantung sebuah banner yang menunjukkan harga sarapan pagi RM1.00 jika pelanggan memilih sekeping roti canai / kuih dan secawan teh tarik.
Manakala bagi juadah makan tengah hari, Restoran Rakyat 1 Malaysia ini menawarkan harga RM3.00 untuk nasi campur dengan lauk daging / ayam / ikan serta sayur dan papadom bersama segelas air sirap.
Cerita punyalah gempak dalam media-media pengampu, seolah-olah makanan di Restoran Rakyat 1 Malaysia ini semuanya murah. Tapi hakikatnya makanan murah di Restoran Rakyat 1 Malaysia hanyalah propaganda lunak terhadap "Gagasan 1 Malaysia".
Sudah baca artikel ... lihat pula gambar-gambar yang diambil ... perhatikan kotak-kotak merah yang di highlight ...
Nampak apa-apa perbezaan? Nampak Bengong betul blogger pakatan haram ni ...
Bang ... menu sudah tertulis, lu pun dah tulis nasi + lauk daging / ayam / ikan + sayur + papadom + air sirap = RM 3.00 (package price / harga pakej)
Lu pegi melantak nasi + 2 ketul daging + telur sambal + teh o ais ... harga pakej dalam menu ke bang?
Of course lah harga lain ... Astaghfirullahl'azim! Reti ke baca menu ni dalam standing banner? Menu Rakyat 1 Malaysia offer package price (harga pakej) ... package price!
Sama juga jika kita pesan McDonald Value Meal. Jika beli Big Mac, Coke dan French Fries secara berasingan, harga pun berasingan dan mahal ... lu tak faham terminologi harga pakej ke Milo suam!!
Milo Suam ni Melayu ka Bangla? atau Nepal? Sebab bahasa kebangsaan pun dia tak pandai baca. Terang dan jelas menu tu ikut package, lagi nak nak buat kecoh. Bodoh sokmo mu nih nate..
McTheory: Buat penat Pakatan bela blogger benok macam dia nih..
KUALA LUMPUR Okt. - Kumpulan mahasiswa, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengambil peluang atas kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) esok untuk mengadakan demonstrasi.
Rancangan berkenaan bertujuan menggesa UIA menarik balik tindakan penggantungan ke atas pakar undang-undangnya, Professor Abdul Aziz Bari.
SSM juga akan menghantar satu memorandum kepada perdana menteri berhubung isu tersebut, esok, kata Pengerusi SMM Ahmad Syukri Ab Razab lagi.
"Kita akan minta Perdana Menteri beri maklum balas terhadap isu ini dan supaya beliau dapat gesa Kementerian Pengajian Tinggi bertegas dalam isu kebebasan akademik."
Ahmad Syukri juga berkata gabungan kumpulan pelajar itu turut merancang untuk membuat satu lagi perhimpunan berhubung isu sama pada November.
Demonstrasi berkenaan merupakan kemuncak kepada kempen "solidariti kebebasan akademik. Kami bertegas dalam hal ini kerana tidak mustahil (penggantungan pensyarah) boleh berlaku di kampus lain," tambahnya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Terdahulu beliau bersama berapa orang wakil pertubuhan pelajar menghantar satu memorandum kepada wakil Menteri Pengajian Tinggi di bangunan sama.
Turut hadir ialah wakil pertubuhan yang menganggotai SMM - Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional, Pro-Mahasiswa Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia dan juga Persatuan Pelajar Kebangsaan Islam Malaysia.
Pada 21 Oktober lalu, ratusan mahasiswa menyertai SMM berdemonstrasi di masjid UIA selepas solat Jumaat berhubung isu yang sama.
Sementara itu, Malaysiakini difahamkan kumpulan itu akan berkumpul di pintu masuk kampus berkenaan di Gombak pada jam 7 malam.
Najib dijangka tiba di universiti berkenaan pada 8 malam untuk merasmikan majlis penutupan sebuah pertandingan debat.
Seramai 500 mahasiswa dari kampus sekitar Lembah Klang, Universiti Pendidilan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Selangor (Unisel) dijangka hadir untuk 'menyambut' kedatangan Najib. Mereka bercadang merentangkan kain rentang dan sepanduk membantah penggantungan Abdul Aziz. - KLpos
Beruk-beruk import ni pasti akan buat kacau di UIA. Namun Mc tak hairan akan kewujudan mereka, sebabnya golongan student yang seperti ini, tak ramai. Ni semua golongan yang dapat pointer cukup2 makan saja.
Mak bapa hantar suruh belajar, tapi mereka ni jadi beruk sokong pembangkang. Ini semua hasutan dan hasil didikan AMK Pkr dan pemuda Pas yang sering mengrekrut student untuk menjadi mangsa permainan politik mereka.
Yang student, bodoh2 ni pun, ikut saja apa yang di suruh.
McTheory: Buat malu muka mak bapak saja, kalau kena tangkap.
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Samsul pernah popular sekejap ketika Anwar Ibrahim tersingkir. Masa tu Samsul dianggap wira. Apabila Samsul berkata-kata, maka ujarannya dianggap bukti sahih atau saksi hidup.
Bukan sahaja Samsul, malah sesiapa sahaja yang berpeluang berhubungan langsung dengan Samsul juga dianggap keramat. Apa sahaja berita dianggap benar jika dinasabkan kepada Samsul.
Walaupun Demang tidaklah sekampung dengan Samsul namun oleh kerana dalam daerah yang sama, tempias glamor Samsul terasa juga.
Tapi, itu semua dulu. Dah jadi kenangan lalu kalaupun belum layak berstatus sejarah.
Itu sebabnya apabila Samsul berkata Najib adalah PM paling lemah, ramai yang menganggap Samsul merepek, kalaupun bukan merapu!
Kalau Anwar handal, kenapa menjadi bacul apabila dicabar Umi Hafilda Ali? Sebab Umi pompuan?
Kenapa bisu, kaku, dan kelu mendengar cabaran Ezam Mohd Nor, bekas ketua angkatan muda PKR?
Kenapa tak menguit apabila dicabar Zulikifli Nordin yang pernah jadi peguambelanya?
Kenapa?
Alih-alih nak berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia! Piiiirah!!!
You are subscribed to email updates from waadat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan