Ahad, 23 Oktober 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerajaan BN roboh gerai Melayu di Johor

Posted: 22 Oct 2011 07:02 PM PDT



Banyak betul gerai peniaga Melayu diroboh sekarang ini. Di Johor pula tu. Gerai Melayu, bukannya gerai Pendatang Asing. Beginilah nasib Melayu ketika ini, di Malaysia, di Tanah Melayu di negeri Melayu yang paling kuat memperjuangkan hak orang Melayu. Sebelum ini peniaga Melayu di Negeri Sembilan juga mengalami nasib yang sama.

Kisah gerai peniaga Melayu di Jelebu, Negeri Sembilan dirobohkan di http://amkns.blogspot.com/2011/10/kerajaan-bn-roboh-gerai-dan-nak-roboh.html

MBJB didakwa roboh gerai tanpa notis
Harian Metro 23 Okt 2011

JOHOR BAHRU: Tindakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) merobohkan tiga gerai di Kampung Melayu Majidee Baru di sini, tanpa notis pemberitahuan mengundang rasa tidak puas hati beberapa pemilik gerai terbabit.

Lebih mengecewakan apabila pemilik gerai itu mendakwa, MBJB merobohkan gerai mereka ketika pelanggan sedang menikmati juadah menyebabkan peniaga kerugian ribuan ringgit.

Peniaga, Mohd Fuad Jais, 29, berkata, 15 penguat kuasa MBJB datang ke gerainya kira-kira pada jam 10.30 pagi dan tanpa berlengah merampas barangan perniagaan seterusnya merobohkan gerainya.

"Ketika itu, beberapa pelanggan sedang makan di gerai dan saya terkejut apabila tanpa sebarang pemberitahuan, kumpulan penguat kuasa itu datang lalu merobohkan gerai saya dan dua gerai bersebelahan.

"Memang saya hampa dan sedih atas perkara ini kerana gerai makan ini adalah sumber mata pencarian saya sekeluarga, kami sudah berniaga di sini hampir 23 tahun," katanya ketika ditemui di tapak bekas gerainya, semalam.

Menurut Mohd Fuad, dia berasa ditindas oleh MBJB kerana tidak menerima notis pemberitahuan atau amaran terlebih dulu.

Seorang lagi peniaga, Hassan Osman, 52, berkata, tindakan merobohkan gerai buah-buahan miliknya yang diusahakan sejak setahun lalu benar-benar menghampakan.

"Dengan hasil menjual buah-buahan inilah yang saya gunakan untuk menampung kehidupan saya sekeluarga.

"Kini saya tidak tahu di mana perlu mengadu dan apa yang perlu dilakukan, cuma saya berharap ada pihak atau individu yang tampil untuk membantu kami menyelesaikan perkara ini," katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MBJBdidakwarobohgeraitanpanotis/Article/index_html

Tiada ulasan:

Pengikut