Rabu, 7 September 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


DUNIACACAMARBA

Posted: 07 Sep 2011 03:55 PM PDT

[KD] KUALA LUMPUR: Perjanjian damai yang ditandatangani kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) di Haadyai pada 1989, juga boleh ditafsir sebagai pengiktirafan kepada komunis, kata Ahli akademik, Prof Dr Abdul Aziz Bari.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kritikan keras Umno terhadap Timbalan Presiden Pas, Mohammad Sabu yang menyifatkan Mat Indera sebagai hero sebenar dalam tragedi serangan di Rumah Pasong Bukit Kepong pada 1950.

"Memang benar, kerajaan Umno sendiri sebenarnya membuat perjanjian dengan PKM; ini pun boleh ditafsir sebagai mengiktiraf komunis sebagaimana mereka mengutuk Mat Sabu sekarang.

"Semua itu benar dan inilah hipokasi mereka. Umno boleh buat apa sahaja tetapi orang lain tidak. Beberapa tahun dulu polis menahan penyokong Pakatan kerana menganjurkan larian merdeka.

"Para pemimpin Pakatan juga tidak pernah dijemput dalam sambutan kemerdekaan. Pendeknya, mereka (Umno) mahu memonopoli sambutan merdeka," kata Aziz yang juga Pakar Perlembagaan dan Pensyarah Undnag-undang dari Universiti Islam Antarabangsa.

Antara lain, artikel 3 dalam perjanjian damai berkenaan menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia membenarkan bekas anggota PKM yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.

Manakala artikel 3.1 menetapkan bekas anggota PKM yang berasal dari Malaysia, dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang negara ini.

Kerajaan ketika itu menghantar enam wakil, antaranya Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Wan Sidek Wan Abdul Rahman, Ketua Polis Negara,Tan Sri Mohd Hanif Omar dan Jeneral Hashim Mohd Ali – Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia.

Turut hadir ketika itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Megat Junid Megat Ayub.

Manakala PKM pula diwakili Setiausaha Agungnya, Chin Peng, Pengerusi PKM, Abdullah CD dan Komander Rejimen Melayu ke 10- sebuah sayap Melayu dalam PKM, Rashid Maidin.

Mengulas lanjut, Aziz berkata, apa yang penting pada masa kini adalah menyatakan sejarah secara jujur dan menyerahkan perkara itu kepada golongan cendikiawan.

"Saya fikir apa yang lebih tepat bukan menulis semula tetapi menyatakan sejarah sebagaimana seadanya. Yang sebenar. Untuk ini mereka yang pakar perlu diberi peranan. Terpulang kepada mereka membuat tafsiran; pastinya di kalangan mereka mempunyai pelbagai perspektif," kata beliau.

Aziz dalam pada itu turut diminta mengulas pandangan tokoh budayawan, Prof Emeritus Dr Khoo Kay Khim yang menyatakan British tidak pernah menjajah tanah Melayu, sebaliknya menjadi negeri di bawah naungan negara eropah itu.

"Dari segi teknikal memang betul negeri-negeri Melayu tidak pernah dijajah kerana mereka hanyalah negeri lindungan (protected states) bukan tanah jajahan (colony) seperti Melaka dan Pulau Pinang.

"Tapi ini soal teknikal sahaja sedangkan yang memerintah dan mentadbir ialah British. Hatta dalam soal agama pun British sentiasa membuat pemantauan. Ini juga dicatat oleh sejarah. Sebab itu hukum Islam dan mahkamah syariah terpinggir," kata beliau.

"Apa pun yang menjadi isu penting sekarang bukan soal teknikal itu; yang penting segala keputusan penting waktu itu British yang menentukan. Ini yang Prof Khoo sengaja tidak mahu pandang," katanya lagi.

Sebab itu katanya, British menentukan soal pentadbiran termasuk sumber ekonomi dan kekayaan negara sebelum negara mencapai kemerdekaan.

"MCS (sekarang Pegawai Tadbir dan Diplomatik) sendiri ketika itu adalah alat pentadbiran British. Selepas merdeka baru ini semua 'diMalayakan'," katanya.

Ajijoi

Posted: 07 Sep 2011 03:41 PM PDT

Menurut beliau, PAS Perak harus memenangi kerusi-kerusi yang ditandingi pada pilihan raya umum akan datang kerana ianya akan mempengaruhi keyakinan rakyat terhadap parti itu dan ianya merupakan cabaran yang harus dipikul oleh semua pimpinan dan ahli parti khususnya di Perak.

Memetik ucapan beliau,

"Kemenangan pilihan raya jadi ukuran dalam konteks politik. Memanglah dalam Islam kita menang ke kalah kita kena istiqamah,tapi umum menilai kita bergantung kepada pencapaian dalam pilihan raya".

"Jadi kalau kita masuk pilihan raya tiba-tiba pencapaian kita rendah,akan ada kesan politik dan mempengaruhi keyakinan rakyat,"

Pesuruhjaya PAS Perak itu turut menyatakan, PAS Perak sentiasa memberi tumpuan kepada strategi memperkukuhkan peranan PAS dalam Pakatan Rakyat kerana PAS dikenali sebagai parti yang menjadikan Islam sebagai dasarnya.

"Kita kena terjemahkan supaya orang Melayu Islam khususnya, terus memberikan sokongan penuh kepada perjuangan PAS dan masyarakat bukan Islam turut yakin dengan agenda perjuangan PAS yang jelas mahukan sebuah negara yang adil dan berkebajikan yang sememangnya dituntut dalam Islam, jelas beliau.

Justeru beliau mengharapkan agar seluruh jentera PAS di seluruh kawasan di Perak memperhebatkan gerak kerja persiapan PRU 13, kerana kemungkinan besar PRU 13 akan berlaku pada bila-bila masa.

Tiada ulasan:

Pengikut