Khamis, 29 September 2011

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil

Dewan Pemuda Pas Kawasan Bukit Katil


Melaka vs Kelantan Menujukkan Ali Rustam Jahil Matematik

Posted: 29 Sep 2011 07:30 AM PDT



Polis diminta jangan bersikap berat sebelah dalam menangani isu berkaitan memburukkan negeri seperti yang didakwa oleh Lim Guang Eng tempoh hari. Ia seolah-olah menampakkan polis di bawah bidang kuasa UMNO/BN sedangkan polis merupakan agensi kerajaan yang tidak sama fungsinya dengan mana-mana parti politik dalam negara.

Sebelum ini pun aku mempersoalkan tindakan polis mahu bertindak terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan memburuk-burukkan negeri Johor. Ingatkah anda sebelum ini bahawa Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pernah memburukkan Kelantan sebelum ini. Namun setelah sekian lama, Ali Rustam menarik balik larangan tersebut ibarat menyedut hingus ke dalam mulut.

Di sini aku ingin membuat perbandingan mengenai jenayah indeks yang berlaku antara negeri Kelantan dan Melaka bagi Januari sehingga Mei 2010/2011 dan jenayah jalanan bagi bagi Januari sehingga Mei 2009/2011. Namun aku akan buat perbandingan ini mengikut kapasiti kepadatan penduduk bagi kedua-dua negeri mengikut sumber Jabatan Perangkaan Malaysia 2010 supaya Ali Rustam dan UMNO/BN Melaka tidak buta angka.

Klik imej untuk pembesaran


Klik imej untuk pembesaran

Bagi statistik indeks jenayah negeri Kelantan pada Januari sehingga Mei 2011 adalah sebanyak 178 kes jika dibandingkan dengan Melaka yang mencatat 232 kes pada tahun yang sama. Jika mahu diambil kira jenayah pada Januari sehingga Mei 2009 pula, Kelantan mencatatkan 144 kes berbanding Melaka 217 kes dan jika diambil kira kapasiti penduduk pula jumlah penduduk Kelantan adalah 1.54 juta berbanding Melaka yang hanya 0.85 juta penduduk dan beza penduduk Kelantan dengan Melaka ialah 53.23%.

Kesimpulannya, jenayah di Melaka lagi teruk di Kelantan kalau dikirakan nisbah jenayah kerana jumlah kes bagi kedua-dua tahun tersebut bagi Kelantan adalah 322 kes bersamaan 1.54 juta penduduk jika dibandingkan dengan Melaka dengan 449 kes bersamaan 0.84 juta penduduk. Sekarang Ali Rustam kena belajar statistik supaya tidak lagi menunjukkan kebodohannya sebagai Ketua Menteri Melaka.

Jika dikira semua kes di atas bagi kedua-dua tahun tersebut untuk Kelantan ialah 5915 kes dan Melaka pula  ialah 4895 kes dan harus diingat bahawa kapasiti penduduk di Kelantan lebih ramai berbanding Melaka. Ali Rustam patut malu kerana Melaka paling banyak jenayah berbanding Kelantan. Kelantan tiada pusat judi seperti yang Ali Rustam bimbangkan sehingga meminta Tenaga Nasional Berhad dan Syarikat Air Melaka Berhad memotong bekalan elektrik.

Kelantan tiada pusat hiburan sehingga jam 3 pagi seperti yang dicadangkan oleh kerajaan Ali Rustam. Ali Rustam diminta bertaubat dan jangan tunjukkan kebodohan dalam membuat statistik. Jika masih lagi tidak faham dengan angka itu, boleh belajar kelas matematik dengan pelajar Pusat Asuhan Tunas Islam beserta doa harian yang akan diajar oleh kanak-kanak 5 dan 6 tahun.

Sumber: kijang59

Kerajaan Melaka Buat Web Negeri Macam Bapak UMNO Punya

Posted: 28 Sep 2011 01:52 AM PDT

Melaka Sifar Pembangkang. Mungkin itu tagline bagi kerajaan UMNO/BN di Melaka yang ingin melihat keadaan di Melaka bebas dari pembangkang dan sampai bilakah UMNO/BN mahu bersikap seperti kebudak-budakan ini. Setelah dibuat tinjauan ke atas tiga laman web negeri yang diterajui oleh PAS (Kelantan) dan 2 negeri yang diperintah UMNO/BN iaitu Perlis dan Melaka, hanya web kerajaan Melaka sahaja yang syok sendiri menjadikan web itu milik UMNO.

Cuba kita perhatikan dengan tindakan 'menyifarkan' pembangkang oleh kerajaan negeri Melaka itu sedikit sebanyak menafikan hak rakyat yang memberikan mandat kepada lima ADUN Pakatan Rakyat dari DAP. Adakah DAP memenangi pilihanraya lalu mendapat mandat dari makhluk asing sehinggakan dinafikan demikian? Sememangnya sifar pembangkang jika lima ADUN tersebut tidak disenaraikan namun ia tidak menunjukkan sifar yang nyata sebaliknya ada parut yang mencacatkan web tersebut.

Klik imej untuk pembesaran

Mari kita lihat dan perhatikan tindakan kerajaan negeri Melaka menjadikan pembangkang sifar di lima DUN yang dimenangi oleh DAP/PR. DUN yang dimenangi tersebut ialah di N.15 Bachang - YB Lim Jak Wong, N.16 Ayer Keroh - YB Khoo Poay Tiong, N.19 Kesidang - YB Goh Leong San, N.20 Kota Laksamana - YB Betty Chew Gek Cheng dan N.22 Banda Hilir - YB Tey Kok Kiew. Kerusi DUN di Melaka mempunyai 28 kerusi yang mana 5 kerusi telah dimenangi oleh DAP/PR atau dalam peratus yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat di Melaka ialah 17.56%.

Bukan setakat menafikan ADUN-ADUN DAP tersebut, web kerajaan itu juga memasukkan pautan UMNO seperti dalam gambar di bawah ini. Nampak gayanya UMNO/BN Melaka semakin takut pada bayang-bayang sendiri walhal mereka yang memerintah Melaka. Itu baru lima ADUN DAP/PR yang mendapat mandat, jika mandat dapat kepada semua PR maka UMNO/BN Melaka boleh jadi gila meroyan kerana tidak dapat menerima hakikat kejayaan PR ini.

Klik imej untuk pembesaran

Apakah motif pautan tersebut dimasukkan bersama dalam laman web kerajaan negeri? Adakah UMNO tiada jentera untuk membuat pautan dalam blog atau lain-lain medium sehinggakan terpaksa menggunakan laman web rasmi kerajaan. Adakah mungkin yang bekerja dalam jabatan kerajaan terutama unit I.T dalam kerajaan Melaka budak hingusan yang tidak dapat membezakan laman web rasmi atau web sebuah parti. Mungkin juga unit I.T tersebut hanya tahu dalam Melaka hanya UMNO sahaja yang wujud maka senarai lima ADUN DAP/PR tlah dinyah dari laman tersebut.

Sekrang kita cuba tengok perbandingan antara tiga buah kerajaan yang satu kerajaan PAS (Kelantan) dan dua kerajaan yang diperintah UMNO/BN (Perlis dan Melaka). Berikut ialah laman web tersebut:-

1) Kerajaan Negeri Kelantan [PAS]

Klik imej untuk pembesaran

Portal rasmi Adun Kerajaan Negeri Kelantan. Adun UMNO dipamerkan dan diperkenalkan. Tiada tanda salah guna kuasa (pautan PAS) di laman web berkenaan. Tahniah Kepimpinan Kerajaan Negeri Kelantan. 

2) Kerajaan Negeri Perlis [UMNO/BN]

Klik imej untuk pembesaran

Portal rasmi Adun Kerajaan Perlis. ADUN PAS dipamerkan dan diperkenalkan. Malah tiada salah guna kuasa (meletakkan pautan Parti UMNO) pada portal. Tahniah Kepimpinan Kerajaan Negeri Perlis. 

3) Kerajaan Negeri Melaka [UMNO/BN]

Klik imej untuk pembesaran

MasyaALLAH.. Portal rasmi Adun Kerajaan Melaka. ADUN DAP tidak dipamerkan dan tidak diperkenalkan. Malah salah guna kuasa (meletakkan pautan Parti UMNO) pada portal. Apa sudah jadi dengan UMNO Melaka?

Sumber: kopokamu

Tiada ulasan:

Pengikut