"Persekitaran Malaysia tidak sesuai untuk Hudud?" kata Najib dan Menteri seantero BN? Adakah ini hujah yang bijak? Ini hujah yang membunuh. Buktinya Pembangkang yang kini tersepit dek kerana hudud yang mahu dilaksanakan PAS ditentang DAP dengan mudah menempelak BN. Jawapan tidak sesuai ini seperti menunjukkan bahawa Islam ini tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia. Hujah mudah pakatan rakyat, BN tolak hudud dan tolak Islam.
Bagi Isu Hudud ini aku lihat kegagalan BN untuk memanifilasi isu yang mudah. Cara menjawab sepatutnya adalah "kerajaan BN dalam usaha ke arah melaksanakan hudud di Malaysia." Buktinya mudah, dari sekolah agama rakyat hingga universiti Islam peringkat Antarabangsa semua dibuka BN bagi mewujudkan cerdik pandai ke arah mengenalpasti dan mengatasi masalah yang bakal ditimbulkan DAP jika BN laksanakannya kelak.
Usaha perlu digerakkan dari awal. Sediakan cerdik pandai, seterusnya ke arah melaksanakannya. Untuk laksanakan sesuatu yang baru bukan sekadar perlukan setakat sekolah pondok yang diwujudkan PAS tetapi sokongan kuat rakyat dari bangsa seagama yang memang telah berpecah 2 dek kerana parti yang berbeza agenda.
Tanpa penyatuan antara dua parti yang berbeza agenda namun terdiri dari bangsa dan agama yang sama, mana mungkin hudud dapat dilaksana.
Hudud : Dimana silapnya? PAS cenderun meletakkan BN bersalah kerana memberi jawapan yang salah, BN pula gagal memanifilasi isu hudud dengan meletakkan sebab yang mudah di'spin' PAS....
Selagi PAS bersama DAP, mana mungkin hudud dapat dilaksanakan. Fikir-fikirkanlah.
- Posted using BlogPress from my iPad
You are subscribed to email updates from Ohpolitik!™ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Dahlah Pembohong, Lim Guan Eng DAP Bongkak dan Sombong pula! Baca ayat yang digariskan di bawah. Ini bukan sumber dari TV3 tetapi daripada sumber Malaysiakini yang cuba mempertahankan penipuan Guan Eng. Kesimpulan ayat tersebut memberi maksud yang sama bahawa Guan Eng telah memburukkan Johor di mata pelabur. Hendak nafi apa lagi Guan Eng?
Sepatutnya Guan Eng saman Malaysiakini bukan Bernama dan TV3. Ini bukan kali pertama Guan Eng cakap berbelit. Dalam isu khutbah Jumaat, Guan Eng tipu. Dalam isu duit lumba kuda, taktik pembohongan yang sama digunakan Guan Eng.
Memang layak Guan Eng dilayak lidah bercabang dalam beberapa isu yang lain termasuklah kes ucapannya menghina Johor sebagai tempat tidak selamat. Kes jenayah berlaku merentas sempadan negeri, ianya adalah satu tanggungjawab bersama untuk diselesaikan. Malah di Pulau Pinang pun ada kes jenayah (baca sini). Di Kelantan yang banyak kes HIV/AIDS, hendak disalahkan siapa pula? Salahkan pihak yang telah mentadbir selama 21 tahun tersebut?
Rupanya Nasrudin salah faham... Ostaz PAS ni main terjah je rupanya, tak minta penjelasan dari Ahmad Idham dulu... Tak pasal-pasal ramai yang keliru!
Apa pun tak boleh!
Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.
"Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.
"Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat," katanya.
Minggu lalu, filem Hantu Bonceng dikecam oleh DPPM kerana dikatakan telah mempersendakan kalimah syahadah dan menghina agama Islam.
Dalam satu adegan filem itu, Zizan (membawa watak Amran) yang pengsan di hospital akibat kemalangan tiba-tiba terkejut selepas terbayangkan wajah hantu lalu menyebut "Asyhadu anna Muhammadar... Syaitan".
Pihak yang mempertikaikan dialog berkenaan mendakwa ia membawa maksud jika diterjemahkan seolah-olah berbunyi seperti "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu... Syaitan
Dalam pertemuan tersebut, Ahmad Idham turut berkesempatan memberi penerangan kepada DPP berkaitan senario industri perfileman tempatan.
Dalam kesempatan ini juga, kedua- dua belah pihak memohon agar isu berkaitan ini tidak lagi diperbesarkan dan dipertikai oleh mana-mana pihak kerana ia sudah diselesaikan dalam pertemuan berkenaan.
Amboi..amboi..ambooiiii Siapakah gerangan Mamat pakai spec sebelah sebelah Nurul Izzah tu? apakah hubungan mereka sehingga dilihat begitu mesra sekali?
Yang lebih menghairankan... kenapa gambar Nurul Izzah ini di mainkan di blog Pro Pakatanis?
Karikatur Utusan ini membuatkan Puak PAS panas punggung dan memberi tafsiran yang silap terhadap Utusan, biasalah diaorangkan anti Utusan, kalau Malaysiakini yang buat semuanya OK.
Polimek berkaitan hudud mula mendapat perhatian kembali setelah Nik Aziz menyuarakan untuk melaksanakannya sementara Pengerusi DAP, Karpal Singh melontarkan bantahan dengan disokong oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Hudud ini cuma mainan pembangkang dalam cubaan mendodoikan rakyat dengan irama mereka sedangkan jika benar Pas mahu melaksanakannya maka sudah pasti ia diusahakan telah lama dahulu.
Pas kembali menimbulkan isu lapuk mereka untuk dijadikan senjata dalam pilihan raya akan datang apatah lagi sejak kebelakangan ini keyakinan rakyat terhadap mereka semakin luntur ekoran terlalu tunduk kepada rakan sekutu dalam pakatan pembangkang selain aib yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpinnya.
Nik Aziz cakap tentang hudud kerana mereka cari peluang, kononnya bergaduh dengan Karpal Singh dan Guan Eng tetapi itu semua dirancang kerana bermotifkan politik murahan.
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat perjanjian projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) di Relau, yang didakwa merugikan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang Datuk Dr Teng Hock Nan berkata pembinaan SPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) itu dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemaju iaitu, Eco Meridian Sdn Bhd.
Katanya satu laporan berhubung perkara berkenaan akan dibuat secara rasmi kepada SPRM oleh Pemuda BN Pulau Pinang dalam masa terdekat.
"Terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada pihak pemaju projek terbabit dan ia menimbulkan persoalan kerana ada di antara syarat perjanjian yang ditandatangani pada 19 Ogos lepas akan menyebabkan hasil berjumlah RM488 juta yang sepatutnya dinikmati rakyat Pulau Pinang hilang begitu saja.
"Kami juga mempunyai alasan yang kukuh terdapat perjanjian yang boleh dipertikaikan yang membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), kerajaan negeri dan pemaju, jadi kami mahu SPRM menyiasat perkara ini," katanya.
Dr Teng yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata BN turut meragui penjualan tanah di kawasan pembinaan SPICE kerana ia dijual lebih murah daripada harga pasaran semasa kepada pemaju bagi tujuan pembinaan sebuah hotel.
"Tanah itu dijual dengan harga RM100 kaki persegi sedangkan harga pasarannya adalah RM300 kaki persegi, kenapa ia dijual dengan harga murah? Ini menimbulkan persoalan yang harus dijawab pihak berkenaan," kata beliau.
Katanya beberapa syarat dalam perjanjian itu juga memberi kelebihan kepada pemaju antaranya ialah pemberian tambahan 1,500 unit rumah kepada pemaju yang bakal menyebabkan rakyat negeri ini kehilangan RM450 juta.
"Rakyat juga bakal mengalami kerugian lebih RM10 juta berikutan tindakan kerajaan menyediakan tanah secara percuma kepada pemaju bagi membina sebanyak 450 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah bersaiz tidak lebih 650 kaki persegi berharga minimum RM72,500…syarat itu jelas merugikan rakyat," katanya.
Beliau berkata BN memperjuangkan isu berkenaan kerana ia merugikan penduduk Pulau Pinang dan hanya menguntungkan pemaju semata-mata.
"BN juga terima pelbagai maklum balas kurang senang daripada rakyat berhubung projek itu dan sebagai rakyat negeri ini, kami sudah tidak boleh bersabar dengan tindak tanduk kerajaan negeri dalam mentadbir negeri ini," katanya.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempersoalkan apa hubungan DAP dengan Islam sehingga pemimpin parti tersebut sanggup bertindak 'mengugut' akan meletakkan jawatan beramai-ramai jika Pas meneruskan hasrat melaksanakan hukum hudud.
Menurut Nik Abdul Aziz, tindakan pemimpin DAP itu amat menghairankan kerana hukum hudud yang hendak dilaksanakan oleh Pas adalah untuk orang Islam dan melibatkan mahkamah syariah yang hanya mengendalikan kes-kes membabitkan orang Islam.
Beliau juga secara sinis mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa, mana-mana pihak termasuk DAP yang menentang hasrat Pas itu ibarat "orang takut melihat hantu."
"Nak keluar kerana apa? Hudud untuk orang Islam, apa hubungan dia dengan Islam? Macam saya kata kelmarinlah, orang takut hudud macam takut hantulah. Tanya dia hantu benda apa, dia tak tahu tapi orang dah takut dia takut sama. Budak kecil takut hantu tapi tanya dia apa hantu, dia tak tahu tapi mengaku takut," katanya ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka kemarin.
Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semalam yang menegaskan, pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletakkan jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.
Panas! Tak dapat nak disorokan lagi apabila puak Nik Nazmi bertikam lidah dengan Puak Chegu Bard... Macam filem KL Gengster la pulak!
Yang powernya tu si Saifullah Zulkifli, Setiausaha Politik kepada ADUN Seri Setia di Pejabat Dewan Undangan Negeri Selangor bersungguh-sungguh melemparkan cemuhan dan hinaan kepada Chegu Bard dengan menggelar sesebagai ahli politik bodoh. Hahaha! Apa sudah jadi bro?
Dalam twitternya, Saifullah berkata "Mahasiswa jangan jadi balaci, terutama kepada ahli politik seperti Chegu Bard"! sorry la nama DS Najib aku potong sebab DS Najib tak bodoh seperti yang didakwa, jauh panggang dari api...
Saifullah kata Chegubard menggunakan mahasiswa ini sebagai balacinya. Apabila Chegubard menyeru supaya revolusi perlu didesak, beliau sarankan supaya mahasiswa gunakan akal dan jangan jadi balaci kepada politik individu.
Lebih hebat beliau turut menyindir SAMM ini berangan-angan dan ada hati hendak mengajak golongan mahasiswa ini berevolusi.
Saifullah juga menganggap Chegu Bard sebagai pengacau di dalam PKR dan kini pengacau kepada golongan mahasiswa.
Dia juga bertanyakan buku apa yang Chegubard baca sehingga terlalu sibuk hendak 'berevolusi' saja.
(Bak kata Lingam Correct, Correct, Correct)
Lepas tu apa lagi Chegu Bard pun mengarahkan budak-budak bloggernya yang ada 2-3 kerat untuk menyerang Saifullah di twitter dan blog!
Tak perlu nak dinafikan kedangkalan Chegu Bard memang terserlah dimana beliau sanggup dibodohkan oleh Anwar yang menjanjikan bermacam-macam ganjaran untuknya... Akhirnya Sam (Ketua AMK) yang dapat segala kasih sayang dari Anwar.
SAMM yang ditubuhkan oleh Chegu Bard adalah satu pertubuhan syok sendiri dan ianya dipinggirkan oleh orang PKR sendiri... bila lah Bard ni nak pandai sikit agaknya?
Buruk betul rupa bila budak PKR ni bercakaran! macam dot dot dot. Salah satu blog budak Chegu Bard yang hentam Saifullah baca di sini...
Tarikh 27/0/2011 Masa selepas solat maghrib Tempat Masjid Saidina Usman Bandar Tun Razak
Tajuk ceramah ...Adakah sah hukuman hudud dijalankan oleh Mujassimah Musyabbihah...?
Sejauhmana JAKIM dan majlis2 agama negeri bertanggungjawab dlm memartabatkan akidah ASWJ Asyairah serta membanteras ajaran sesat Wahabi ibn Taimiyah, Hizb Tahrir,Qutbiyyah, Syiah, Ayah Pin dll ajaran sesat
KONGRES MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SELURUH MALAYSIA
TARIKH: 26 SEPTEMBER 2011 (ISNIN); MASA: 11.30 PAGI
TEMPAT: DEWAN MERDEKA
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA, KUALA LUMPUR.
Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Segala puji tertentu bagi ALLAH Subhanahu Wata'ala yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagi Nya (pula) segala puji di akhirat, dan Dialah saja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuan Nya.[1] Hamba-Mu ini, dengan hati yang bening – ingatan yang hening, melafazkan seikhlas tutur dari denyut nadi – menzahirkan setulus kalam dari pancaran hati, kalimah kesyukuran yang setinggi-tingginya atas anugerah rahmat dari Mu jua Ya ALLAH, mengangkatkan martabat Hamba-Mu ini untuk menyempurnakan satu tanggung jawab fardu kifayah di pagi ini. Dengan segala kerendahan sifat – kelemahan kudrat, hamba-Mu mohon mendapat petunjuk dan panduan dari Mu jua.
2. Selawat dan kesejahteraan ke atas Junjungan Besar, Nabi Muhammad Sallallahu Alai Wassalam, semulia-mulia kejadian. Demikian juga ke atas keluarga dan para sahabat Baginda yang merupakan bintang-bintang penunjuk mencernakan cahaya, seterusnya ke atas sekalian para Tabiin dan para ulama yang berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. Semoga memperoleh ihsan daripada ALLAH Subhanahu Wata'ala sehingga ke hari kebangkitan.
" WALLAHI, WABILLAHI, WATALLAHI
Maka dengan lafaz ini berikrarlah kami dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya mengaku akan taat setia pada menjalankan dengan adilnya pemerintahan bagi Malaysia dengan mengikut sebagaimana Undang-undang dan Perlembagaan Negeri yang telah disah dan dimasyhurkan dan yang akan disah dan dimasyhurkan di masa hadapan ini. Dan lagi kami berikrar mengaku dengan sesungguhnya dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam dan berdiri tetap atas pemerintahan yang adil dan aman di dalam negeri."
3. Demikian lafaz ikrar sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong selaku Ketua Utama Negara. Status Ketua Utama Negara bukan sekadar simbol hiasan. Status Ketua Agama Negara menuntut kepada penyempurnaan tanggung jawab besar memenuhi amanah. Terkandung lima kata kunci dalam sumpah jawatan tersebut; ia itu: Undang-undang, Perlembagaan Negeri, Agama Islam, Adil dan Aman.
4. Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia yang berlangsung pada 26 dan 27 September ini, dianjurkan, menyusuli ketetapan yang telah diperkenankan dalam Persidangan Majlis Raja-Raja. Menjunjung titah Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Patik merafak sembah junjungan kasih setinggi-tingginya atas limpah perkenan Duli-Duli Tuanku, memberikan pengiktirafan ke atas batang tubuh Patik, menyempurnakan hasrat Duli-Duli Tuanku, untuk Patik menzahirkan Titah Diraja atas tema "MAJLIS AGAMA ISLAM PEMACU TRANSFORMASI UMMAH".
5. Setiap yang tersurat dizahirkan dari yang tersirat. Ketetapan Majlis Raja-Raja memperkenankan kelangsungan Kongres ini, perlu direnung secara tajam, diamati secara halus dan diselami secara mendalam; betapa keprihatinan yang tersirat dalam ruang minda Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja Melayu tentang senario semasa negara; senario semasa negara yang harus dirangkaikan dengan lima kata kunci yang terkandung dalam sumpah jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong; senario semasa negara berkaitan Islam, survival ummah dan perpaduan ummah, soal keluhuran Perlembagaan, soal kedaulatan undang-undang, soal keadilan, soal keamanan; serta lebih utama keprihatinan Duli-Duli Yang Maha Mulia itu, sebagai pewaris kepada Tujuh Wasiat yang telah diperkenankan kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu oleh sembilan Raja Melayu pada tarikh 5 Ogos 1957, lalu memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
6. Perlembagaan Persekutuan secara nyata menetapkan kewajipan penting Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, selaku Ketua Utama Negara untuk memelihara kesucian agama Islam pada setiap masa. Tanggung jawab penting tersebut didukung bersama oleh sembilan Raja Melayu di Negeri-negeri. Tanggung jawab penting tersebut telah sekian lama diamanahkan kepada Raja-Raja Melayu dan Raja-Raja Melayu telah menyempurnakan amanah tersebut dengan memastikan kesucian Islam tidak ternoda, syiar Islam terus dikembangkan dan umat Islam dilindungi dari penyerapan fahaman lain hingga boleh dimurtadkan. Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memberi kuasa kepada Negeri menggubal undang-undang untuk mempertahankan agama Islam dan penganutnya dari dipengaruhi unsur-unsur agama lain.
7. Islam mula berakar di negeri-negeri Tanah Melayu sejak kurun keempat belas. Islam terpahat kukuh di persada sejarah negara. Islam telah tersebar di negeri-negeri Kedah, Kelantan, Pahang dan Terengganu lebih awal dari Melaka[3]. Dengan pengislaman Raja Melaka dalam tahun 1409[4], Islam bertapak lebih kuat di alam Melayu[5], dijadikan agama rasmi Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1458)[6] Kesultanan Melaka dianggap sebagai salah sebuah Kerajaan Islam yang ulung di Asia Tenggara, berperanan sebagai pusat penyebaran Islam di Nusantara[7].
8. Risalah Islam memberikan impak besar kepada jiwa dan minda masyarakat Melayu. Islam mengisi kandungan rohani, begitu serasi – begitu sebati dengan jiwa dan budaya Melayu. Ajaran Islam diterima pakai sebagai asas yang mutlak dalam kehidupan umat Melayu di Malaysia. Islam mengubah anutan agama umat Melayu kepada satu agama wahyu yang ditanzilkan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala[8]. Proses pengislaman di alam Melayu berlangsung dalam masa yang singkat dan merupakan tenaga terkuat yang mencorakkan kepercayaan, nilai dan sikap masyarakat[9]. Ajaran Islam cepat menyerap di kalangan umat Melayu kerana Islam merupakan satu keratan lapisan yang diletakkan atas sistem kepercayaan yang sedia wujud, memperlihatkan kebijaksanaan umat Melayu melakukan asimilasi, menyesuaikan sistem kepercayaan lama dengan yang baru[10].
9. Islam memberi dimensi baru kepada minda Melayu. Ia telah mencetuskan satu revolusi pemikiran di kalangan umat, berupaya menyemai nilai dan semangat keagamaan yang luhur[11]. Islam telah merobah bukan sahaja struktur zahir masyarakat Melayu malah turut menyentuh struktur batinnya[12]. Berpalinglah pandangan hidup umat Melayu, gugur dari singgahsana alam seni dan mitos yang khayal, berpindah ke alam akal dan budi yang menuntut kepada gaya tertib yang lebih teratur, berjaya membina daya rasionalisme dan intelektualisme di kalangan umat, mengangkat adab dan susila serta kesedaran terhadap kemuliaan insan dan keagungan Tuhan[13].
10. Beberapa pengubahsuaian lantas berlaku dalam sistem pemerintahan dengan pengenalan identiti baru. Raja dan Kerajaan diberi taraf baru, menghapuskan konsepsi lama yang menganggap Raja sebagai 'penjelmaan tuhan di bumi', status yang meletakkan Raja sama taraf dengan tuhan, beralih kepada konsepsi bahawa Raja adalah 'bayangan ALLAH di muka bumi (zillulah fi al-Ard)"[14]. Hubungan batiniah Raja dengan para dewata ditinggalkan, di sebaliknya talian spiritual dirangkaikan dengan Allah dan Rasul serta kekudusan tokoh para aulia dan anbia[15]. Berdasarkan konsepsi baru ini, Raja hanya bertaraf wakil atau khalifah di bumi dengan sifat-sifat kemanusiaan. Kuasa Raja disandarkan dengan hukum kerana Raja juga tidak boleh mengingkari tuntutan syarak. Kemuliaan Raja dinilai dari sudut amal makruf Baginda menyempurnakan tanggung jawab, lantas menginsafkan Raja bahawa kuasa pemerintahan adalah satu amanah ILAHI yang sama sekali tidak boleh disalahgunakan. Raja wajib menjunjung amanah pemerintahan dengan melaksanakan keadilan untuk kesejahteraan rakyat mengikut hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala[16].
11. Islam dan Melayu adalah tunggak utama Tanah Melayu. Undang-undang Islam diguna pakai untuk mentadbir negeri-negeri di Tanah Melayu. Negeri Melaka telah mengkanunkan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka berdasarkan Hukum Syarak[17]. Di negeri Perak, Undang-Undang 99 juga digubal berdasarkan prinsip Hukum Syarak; Terengganu, Kelantan dan Kedah menyerap pengaruh Islam dalam pentadbiran masing-masing[18].
12. Selepas kejatuhan Melaka, kerajaan-kerajaan Melayu di Tanah Melayu meneruskan tradisi pemerintahan beraja yang kekal berpandukan undang-undang Islam sehingga munculnya penglibatan Inggeris dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu. Inggeris telah memisahkan urusan pentadbiran negeri dengan agama Islam. Proses peralihan kepada sistem pentadbiran perundangan Inggeris telah dilakukan dari negeri ke negeri. Hal ehwal Islam ditadbirkan secara berasingan dengan penubuhan institusi-institusi khusus untuk urusan Agama Islam dan adat istiadat Melayu.
13. Di negeri Perak, pentadbiran Islam dipertanggungjawabkan kepada beberapa Orang Besar Negeri yang dilantik oleh Sultan[19]. Salah seorang Orang Besar Delapan, Imam Paduka Tuan dilantik memegang jawatan Kadi[20]. Di pertengahan abad kesembilan belas, terdapat gelaran-gelaran Imam Seri Raja Kota Lama Kanan, Imam Siraja Pakih Kota Lama Kiri, Imam Malaikat Amin Ketior, Imam Siraja Diraja Geronggong, Imam Seri Jidin Sayong, Imam Siraja Mahkota Bota, Imam SyakuI-Islam Pasir Salak dan Imam Siraja Dalam Istana Sultan[21]. Dalam abad kedua puluh, Majlis Orang Besar-Orang Besar dan ulama ditubuhkan untuk mengambil tanggung jawab mengurus tadbir hal ehwal Islam di Perak[22].
14. Amat ketara, urus tadbir berpaksikan Islam yang merangkumi aspek perundangan, toleransi, ekonomi dan sosial ketika itu, telah diterima sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum dan berbilang agama di bumi ini[23]. Pengiktirafan tersebut selanjutnya diterjemahkan melalui kes Raman – lawan Laton, apabila Mahkamah Rayuan bagi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu memutuskan bahawa Islam adalah "lex loci of the land"[24]. Begitu ketara Inggeris mengakui hakikat bahawa Islam merupakan satu-satunya agama yang diiktiraf sebagai agama bagi negeri-negeri Tanah Melayu, berkedudukan tertinggi berbanding agama-agama lain.
15. Berasaskan hakikat tersebut, Hakim Abdul Hamid yang menganggotai Suruhanjaya Reid telah bersetuju dengan memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan supaya Islam dijadikan agama bagi Persekutuan Tanah Melayu. Parti Perikatan adalah gabungan parti-parti politik yang mewakili masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India, tiga kaum utama di kalangan penduduk Tanah Melayu. Dengan pertimbangan bahawa sudah terdapat 15 buah negara di dunia ketika itu meletakkan agama dalam Perlembagaan mereka, Hakim Abdul Hamid mengakui bahawa Islam memiliki kedudukan istimewa di Negeri-Negeri Tanah Melayu dengan menyatakan:
Petikan:
" If in these countries a religion has been declared to be the religion of the State and that declaration has not been found to have caused hardships to anybody, no harm will ensure if such a declaration is included in the Constitution of Malaya. In fact in all the Constitutions of Malayan States a provision of this type already exists. All that is required is to transplant it from the State Constitution and to embed it in in the Federal"[25]
16. Tradisi pengiktirafan Islam sebagai agama Negara telah diterjemahkan melalui persetujuan yang telah dicapai oleh kaum-kaum dan kumpulan- kumpulan agama yang menghuni Tanah Melayu untuk menerima Perkara 3(1), meletakkan di dalam Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Perkara 3(2) untuk menjamin hak-hak, keistimewaan, kuasa prerogatif Raja-Raja di Negeri-Negeri. Islam adalah 'Magna Carta', satu kontrak sosial yang tersirat, dan adalah komponen yang terkandung di dalam Perlembagaan, satu kontrak sosial yang tersurat di negara ini.
17. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang diperlengkap dan diperkukuh dengan beberapa peruntukan lain[26], telah memartabatkan Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan; dan hakikat akan penerusan kedaulatan Raja-Raja Melayu di Persekutuan Tanah Melayu yang kemudiannya di kenali sebagai Malaysia. Adalah penting untuk Perlembagaan Persekutuan ditafsirkan secara menyeluruh untuk memastikan kesemua peruntukan yang terkandung di dalamnya adalah berikat dan berkuasa.[27]
18. Perkara-perkara utama mengenai Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan tidak boleh ditafsir secara harfiah. Ia perlu ditafsirkan secara holistik, dikaitkan dengan peruntukan-peruntukan lain yang berkaitan, demi memastikan, tujuan sebenar peruntukan-peruntukan tersebut tidak dimanipulasikan hingga menidakkan hak yang nyata kepada umat Islam.
19. Dalam kes Dato' Menteri Othman bin Baginda & Anor melawan Dato Ombi Syed Alwi bin Syed Idrus[28], Ketua Hakim Negara ketika itu, Yang Amat Arif Raja Azlan Shah memutuskan antara lain:
Petikan:
" In interpreting a constitution two points must be borne in mind. First, judicial precedent plays a lesser part than is normal in matters of ordinary statutory interpretation. Secondly, a constitution, being a living piece of legislation, its provision must be construed broadly and not in a pedantic way – with less rigidity and more generosity than other Acts"
(see Minister of Home Affairs v Fisher (1979) 3 All ER 21)
Yang Amat Arif Raja Azlan Shah seterusnya menyatakan:
Petikan:
"It is in the light of this kind of ambulatory approach that we must construe our Constitution. The Federal Constitution was enacted as a result of negotiations and discussions between the British Government, the Malay Rulers and the Alliance Party relating to the terms on which independence should be granted. One of its main features is the enumeration and entrenchment of certain rights and freedoms. Embodied in these rights are the guarantee provisions of Article 71 and the first point to note is that, that right does not claim to be new. It already exists long before Merdeka, and the purpose of the entrenchment is to protect it against encroachment."
20. Segala yang terpahat di dalam Perlembagaan adalah dalam semangat menjunjung Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang secara tegas menetapkan antaranya, Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Tanah Simpanan Melayu diperuntuk dan dipertahankan, kedudukan istimewa Orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain dilindungi, kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah Negara kekal terjamin. Perkara-perkara ini tidak boleh dipinda di dalam Perlembagaan semata-mata melalui suara majoriti dua pertiga ahli-ahli Dewan Rakyat atau ahli-ahli Dewan Negara tanpa perkenan Raja-Raja. Perkara-perkara ini tidak boleh sewenang-wenangnya dijadikan modal politik untuk kepentingan politik. Perkara-perkara tersebut adalah prinsip asas, prinsip utama yang tidak boleh sama sekali diperdagangkan.
21. Islam adalah agama yang memiliki benteng perlindungan dan taraf keistimewaan mutlak di dalam Perlembagaan Persekutuan[29]. Yang Arif Hakim Mohd. Noor Abdullah dalam penghakiman kes Meor Atiqulrahman Ishak dan yang lain – lawan – Fatimah Sihi dan yang lain,[30] telah memberikan tafsiran berikut:
Petikan:
"… Peruntukan 'Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai' bermakna Islam adalah agama utama di antara agama-agama lain yang dianuti di negara ini. Islam bukan setaraf dengan agama lain, bukan duduk berganding bahu atau berdidiri sama tegak. Ia duduk di atas, ia berjalan dahulu, terletak di tempat medan dan suaranya lantang kedengaran. Ini bermakna Kerajaan bertanggung jawab memelihara, menyemarak dan mengembangkan Islam seperti mana yang termampu dilakukan oleh Kerajaan sekarang, dan agama-agama lain hendaklah diatursuai dan dihalatuju ke arah yang menjamin supaya ia diamalkan dengan aman damai dan tidak menggugat kedudukan utama agama Islam…."
22. Setelah lima puluh empat tahun tanah air mencapai kemerdekaan, setelah tiga belas Raja Melayu secara bergilir bertakhta di singgah sana Ketua Utama Negara, setelah dua belas kali pilihan raya umum dilangsungkan, dan setelah enam Perdana Menteri memimpin Kerajaan Persekutuan, pentafsiran Perlembagaan dengan perspektif yang menghormati sejarah penubuhan Malaysia, amatlah penting diperingatkan semula, malah wajib terus diperingatkan sepanjang masa. Segala persetujuan yang telah dicapai wajib dihormati. Prinsip-prinsip asas terutama menyentuh Islam dan Melayu tidak boleh sama sekali dikompromikan. Walau apa sekalipun alasan, walau apa muslihatnya, matlamat jangka pendek oleh mana-mana pihak, jangan sampai ke peringkat menggadaikan nasib ummah di hari ini dan di hari muka. Ummah wajib berdiri teguh – berpendirian tegas, tidak berundur ke belakang walau setapak sekalipun.
23. Pencerobohan-pencerobohan yang dilakukan di masa lalu, hari ini perlu dibayar dengan harga tinggi oleh ummah. Abdul'llah Munsyi mencatatkan bahawa dalam adat resam Melayu, pengajian Al-Quran diperkenalkan kepada anak sebelum mempelajari Bahasa Melayu; tetapi Rafles pada tahun 1810 telah menganjurkan supaya pelajaran bahasa Melayu hendaklah diasingkan dari dasar pelajaran Al-Quran[31]. Satu arahan yang pada hakikatnya merupakan senjata halus, memulakan pemisahan pengajian Islam dalam sistem pendidikan di kalangan ummah. Muhammad Nejatullah Siddiqi, yang dianggap penulis paling berpengaruh di kalangan generasi pertama ahli Ekonomi Islam, menghuraikan bagaimana sistem pendidikan yang diwarisi di negara-negara Islam memisahkan pendidikan sekular dengan agama lalu menghindarkan peluang kepada umat Islam menguasai pengetahuan ekonomi[32]. Pelbagai muslihat yang dilakukan di masa lalu, hari ini telah menidakkan ummah kepada haknya; betapa kedaulatan Kesultanan Melayu Johor terhakis sepenuhnya dari lakaran sejarah Singapura dan betapa pula Kedaulatan Kesultanan Melayu Kedah di Pulau Pinang turut dipadam, dan betapa Melaka pada hari ini sudah tidak beraja lagi; dan betapa Hukum Kanun Melayu dihakis dari menjadi sumber undang-undang setelah diketepikan dengan penerimaan Common LawInggeris.
24. Penghakisan martabat agama Islam di bumi ini bukanlah sesuatu yang tidak mungkin terjadi atau tidak dirancang secara tersirat baik dari dalam mahupun dari luar negara. Jika dihalusi, usaha-usaha pencerobohan terhadap Islam bukan sahaja tampak berlaku, tetapi berlaku dalam terang lagi bersuluh. Ia mungkin bermula dengan satu jamuan – satu nyanyian, satu perkhemahan – satu lawatan; ia mungkin bermula dengan segenggam garam – setahil emas, ia mungkin bermula dengan satu kalimah – satu ceramah.
25. Beta pernah menzahirkan peringatan bahawa pencerobohan besar bermula dari perbuatan kecil. Ia mungkin bermula dari sebuah surau, atau sebuah madrasah, atau sebuah masjid atau sebuah mimbar. Ia bermula dari satu ungkapan, satu ucapan, satu khutbah, satu tazkirah atau satu doa; ia bermula dari pencerobohan kecil dan jika dalam menghadapi pencerobohan kecil, umat Islam masih belum insaf, masih berdegil dan masih sombong mempertahankan ego, masih memilih untuk bertelagah, maka umat Islam sebenarnya telah memberikan petanda yang salah; petanda seolah-olah menggalakkan pencerobohan lebih besar boleh dilakukan ke atas umat Islam dan terhadap institusi Islam.[33]
26. Hari ini, kemusnahan ummah dan watan tidak lagi perlu menghadapi pencerobohan dari Alfonso de Alburque atau Rafles atau Francis Light atau Yamashita atau Mac Michael. Pencerobohan-pencerobohan baru boleh berlaku melalui manipulasi fakta sejarah, melalui perbuatan mempersendakan lagu kebangsaan, melalui penghinaan bendera negara, melalui pelanggaran menghormati kalimah suci ALLAH yang sekian lama eksklusif kepada umat Islam. Keangkuhan semakin berlaku - toleransi umat Islam semakin dicabar. Ummah kelihatan semakin dilemahkan, ia mungkin berpunca dari satu kenyataan, satu ungkapan. Ia mungkin berpunca dari satu kekaburan dasar atau satu tafsiran yang salah; ia mungkin berpunca dari perlakuan rasuah atau perbuatan pecah amanah. Walau apa puncanya, ia laksana anai-anai yang semakin membesarkan busut – yang semakin mereputkan ummah.
27. Umat Islam wajib menghayati semangat "BERSATU TEGUH-BERCERAI ROBOH". Umat Islam wajib mengambil iktibar dari peristiwa penyatuan yang dicerminkan oleh kaum lain dalam mempertahankan maruah mereka. Dua patah perkataan yang terselit di antara ribuan perkataan dalam sebuah novel, yang dianggap menghina kaum mereka, telah menyatupadukan warga berketurunan India Malaysia untuk membantah secara habis-habisan. Meskipun tidak ada niat penulis novel untuk menghina mana-mana kaum, tetapi atas semangat mempertahankan maruah bangsa, warga Malaysia berketurunan India dari pelbagai kumpulan politik, baik yang bersama kerajaan mahupun yang tidak bersama kerajaan, para akademia dan pelbagai organisasi, bercantum tekad – bergabung usaha, bersatu suara – bersatu tindakan atas nama mempertahankan maruah. Tuntutan mereka menghasilkan kejayaan. Semangat bersatu sedemikian atas nama maruah bangsa, sewajarnya dijadikan teladan.
28. Islam akan terhakis apabila tanggung jawab terhadap urusan Islam gagal dipantau secara tegas. Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa, sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada perkara-perkara prinsip menyentuh aqidah. Hari ini nama suci ALLAH, dilaporkan telah diguna pakai tanpa menghiraukan sensitiviti umat Islam – tanpa mengendahkan potensi yang boleh mengelirukan aqidah anak-anak Islam – tanpa mempedulikan betapa terhirisnya perasaan ummah. Nama suci ALLAH yang termaktub di dalam Al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. ALLAH adalah kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam, kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain. Kalimah suci ALLAH bukan sekadar "nama am" yang bermaksud "Tuhan" walau apa bentuknya. Kesucian kalimah ALLAH amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut bila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. ALLAH adalah nama khas, Tuhan Maha Suci – Tuhan Maha Agung. ALLAH adalah satu-satunya Tuhan berdasarkan Kalimah Syahadah yang dilafazkan:
"Bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH";
29. Amatlah bahaya jika prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik. Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku, merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini. Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini; ujian ILAHI terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya, di kalangan ummah, ulama, barisan pemimpin, organisasi politik hatta Raja-Raja. Ia adalah ujian terhadap ketegasan umat Islam untuk mempertahankan kalimah tauhid, KEESAAN ILAHI, ALLAH yang "SATU" lagi berkuasa di atas segalanya, ALLAH yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan. Dalam menghadapi cabaran besar ini, berpegang dan yakinlah kepada kalam ALLAH mengikut yang terkandung dalam ayat 26 Surah Al Imran yang bermaksud:-
Petikan:
"Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerinthan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki; Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu[34]"
30. BERPEGANGLAH kepada kebesaran ILAHI, dengan bersendikan keteguhan iman, untuk berani menegakkan yang hak, menentang perlakuan mungkar. Yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah ALLAH, datangnya dari ALLAH, dan ALLAH akan memberi berkat, memberi petunjuk, memberi perlindungan dan memberi kemenangan kepada mereka yang memiliki kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid. Hanya sanya kerana politik, umat Islam jangan sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang sesiapa sahaja "mengALLAHkan" apa sahaja yang mereka anggap tuhan. Satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan aqidah.
31. Sudah terlalu lama umat Islam di bumi ini, berfikiran selesa dengan status bangsa, status agama dan status sejarah. Sudah terlalu lama umat Islam berfikiran selesa sebagai pewaris kepada tanah air pusaka bangsa. Sudah terlalu lama umat Islam berpendirian selesa sebagai penduduk majoriti di sebuah negara merdeka, sudah terlalu lama umat Islam bersandarkan keselesaan kepada tiang politik yang disifatkan kukuh. Keselesaan umat Islam telah mengulitkan mereka leka tidur di siang hari bermimpikan bahagia. Hari ini segala-galanya telah berlalu. Tanpa sesuatu langkah strategik – langkah berani, umat Islam dibimbangkan sedang menghitung hari, berada di ambang untuk menghadapi nasib bermusafir kelana di rumah sendiri. Ada kalanya umat Islam yang berani bersuara tentang bangsanya dan umat Islam yang berpendirian tegas untuk mempertahankan kesucian agamanya, dianggap melakukan dosa kepada negara-bangsanya.
32. Ummah mengimpikan pencapaian ekonomi yang lebih baik, profesion pekerjaan yang lebih baik, taraf hidup yang lebih baik, urus tadbir negara yang lebih baik. Ummah mengimpikan pemerintahan adil lagi saksama; pemerintahan yang berlandaskan undang-undang yang tidak dilaksanakan secara diskriminasi, melalui badan kehakiman yang berintegriti; pemerintahan yang menghormati kesaksamaan gender, keadilan sosial, menyediakan kemudahan pendidikan yang dapat membangunkan potensi insan. Ummah mengimpikan negara yang bebas dari kekacauan dan persengketaan; negara yang mengagihkan kemakmuran secara saksama. Sesungguhnya masih ada jurang di antara menggapai harapan dengan realiti, lalu mencetuskan pelbagai reaksi – pelbagai kebimbangan – pelbagai keresahan.
33. Raja-Raja Melayu sejak zaman berzaman memiliki sifat prihatin terhadap kelangsungan bangsa dan kesucian agama, dua perkara yang begitu dekat di hati Raja-Raja Melayu. Rekod-rekod perundingan membuktikan, semasa era pentadbiran Inggeris, Raja-Raja Melayu senantiasa mengingatkan Inggeris untuk memastikan berlakunya perimbangan terhadap peribumi dalam program yang diperkenalkan oleh Inggeris baik dari segi pendidikan, pertahanan, pekerjaan, penghijrahan, pembukaan tanah dan pelbagai perkara lagi.
34. Raja-Raja Melayu sangat prihatin terhadap masalah perpaduan ummah di hari ini. Ummah kelihatan berada dalam babak yang begitu taksub untuk menang 'sorak' tanpa memikirkan kampung lamannya mungkin tergadai. Raja-Raja sedang memerhatikan pendirian taksub kepimpinan politik di kalangan ummah, memilih untuk berpatah arang berkerat rotan, bergembira melihat yang kalah menjadi abu dan berpuas hati walaupun yang menang akan menjadi puntung-puntung arang; pimpinan politik di kalangan umat Islam hari ini tidak lagi menghayati semangat biduk berlalu kiambang bertaut.
35. Dalam suasana pimpinan poltik di kalangan umat Islam tidak lagi mahu bersepakat, umat Islam perlu mempunyai platform penyatuan yang kukuh – platform penyatuan yang bebas dari politik berparti. MAJLIS di bawah payung naungan Raja-Raja perlu berada di barisan hadapan memenuhi peranan kritikal ini. Roh Islam wajib dikembalikan. Islam itu adalah sumber kekuatan perpaduan yang amat hebat. Islam berperanan sebagai penentu identiti, sebagai peta spiritual di dalam hidup, memberikan panduan dan makna, tujuan dan harapan, serta berperanan sebagai faktor tersangat penting untuk membina perpaduan. Dalam konteks negara ini, Islam memberikan identiti ummah dan identiti negara. Islam adalah benteng pertahanan kekuatan ummah, benteng pertahanan yang gagal ditembusi oleh setiap kuasa yang pernah melakukan penjajahan politik, penjajahan budaya, penjajahan ekonomi di bumi ini.
36. Islam tidak wajar dilihat melalui lensa politik, kerana lensa politik boleh berubah. MAJLIS AGAMA ISLAM (MAJLIS) adalah institusi bukan politik, institusi yang bertanggung jawab secara langsung kepada Raja-Raja sebagai Ketua Agama Negeri. MAJLIS AGAMA ISLAM diwujudkan melalui Undang-undang Tubuh Negeri sebagai Pihak Berkuasa Utama Negeri mengenai hal ehwal Islam selepas Raja Pemerintah. Institusi ini hendaklah berstatus bebas sebebasnya dari pengaruh dan campur tangan politik berparti; dan Raja pada setiap masa wajib memastikan takhta kekal di atas politik kepartian.
37. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI berada dalam kedudukan yang boleh memenuhi dua peranan secara bijaksana untuk memastikan kelangsungan Islam dan survival umat Islam di negara ini. Dalam perkara-perkara yang tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan dalam perkara-perkara yang tidak menderhaka kepada Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajiblah memenuhi peranan pelengkap, bekerjasama erat dengan Kerajaan yang dipilih secara demokratik; tetapi dalam apa juga usaha yang bercanggah dengan semangat asal Perlembagaan dan berunsur menderhakai Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu, 'MAJLIS' wajib secara tegas – secara lantang, berpegang kepada prinsip, menolak serta menentang; serta segera menyembahkan kepada perhatian Raja-Raja cadangan-cadangan alternatif demi mempertahankan syiar Islam – demi menjamin ummah tidak berakhir dengan nasib berdagang di bumi sendiri.
38. Peranan MAJLIS kini semakin kritikal dan masa tidak memihak kepada umat Islam kerana kekayaan ekonomi dan kekayaan intelek masih belum memihak kepadanya. MAJLIS AGAMA ISLAM wajib keluar dari kepompong pendekatan yang usang dan berani mencabar tradisi yang jumud. Dalam mendukung tanggung jawab besar terhadap ummah, 'MAJLIS' perlu melakukan perekayasaan, membawa minda keluar dari sangkar kurungan ciptaan Inggeris, mencelikkan pandangan untuk berupaya merangka rancangan dan tindakan yang lebih substantif.
39. Hassan Al Bana dalam Usul Ishrin menggariskan Islam ialah sistem yang syumul merangkumi seluruh aspek hidup, Islam adalah negara dan watan, pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan, rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang, ilmu dan kehakiman; Islam merangkumi material dan harta benda, usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah, tentera dan fikrah, akidah yang benar dan ibadat yang sah.[35] Insan yang menerima Islam sebagai pegangan agamanya, memiliki ikatan dan komitmen yang mendalam kepada Tuhan Maha Pencipta. Islam adalah Addin, satu cara hidup yang lengkap dan berkesinambungan, mengaitkan kehidupan di alam dunia dan di alam akhirat, perlu dibincangkan secara berintegrasi tanpa memisahkan komponen duniawi dengan komponen ukhrawi. 'MAJLIS' wajib menghayati tafsiran sedemikian dalam hasrat melakukan transformasi peranan, transformasi agenda dan transformasi pendekatan.
40. Justeru itu, peranan MAJLIS harus diluaskan, dimerdekakan dari minda lama yang dengan sengaja disempitkan oleh Inggeris. Peranan MAJLIS hendaklah ditakrifkan secara bijak, disuntik dengan tenaga pemikiran dan tenaga pelaksana berwibawa untuk menghasilkan idea bernas dan program dinamik. Selagi tindak tanduk MAJLIS tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan, Negara hendaklah mengiktiraf MAJLIS sebagai institusi strategik, berpotensi menyempurnakan tanggung jawab fardu kifayah, berperanan sebagai benteng terakhir dan terpenting untuk menjamin kelangsungan Islam dan survival ummah walau apa pun senario politik yang berlaku di dalam negara.
41. MAJLIS perlu menimbangkan empat platform untuk diberikan fokus utama untuk berperanan lebih berkesan dalam membela nasib ummah.
Pertama: menyemak dan menghalusi dasar-dasar negara dan pelaksanaan dasar agar tidak bercanggah dengan semangat Perlembagaan dan tidak bertentangan dengan wasiat Raja-Raja Melayu.
Kedua: mengenal pasti, memantau, membantu dan memperlengkap usaha-usaha Negara untuk membangunkan taraf ekonomi, taraf pendidikan dan taraf sosioekonomi ummah.
Ketiga: menerokai usaha untuk membangunkan modal insan dan modal sosial di kalangan ummah agar tidak tercicir dan ketinggalan dengan menyuntik perisian dan komponen latihan yang lebih relevan dengan keperluan guna tenaga semasa dalam institusi-institusi pendidikan agama di semua peringkat terutama di luar bandar.
Keempat: memaksimumkan kegunaan infrastruktur agama Islam yang sedia ada seperti masjid dan surau, dipelbagaikan aktiviti dan dibangunkan sebagai pusat pembangunan kecemerlangan ummah.
42. Kongres Ekonomi Bumiputera Ketiga yang dianjurkan dalam tahun 1992, dan Kongres Ekonomi Bumiputera Keempat yang berlangsung dalam tahun 1999, begitu juga Kongres Ekonomi Islam Ketiga pada tahun 2009, merumuskan resolusi khusus mengenai peranan masjid. Ditegaskan pentingnya masjid berperanan lebih aktif, sebagai pusat pembangunan ekonomi, perkembangan ilmu dan pembangunan sosiobudaya. Beta juga sering kali menzahirkan saranan supaya peranan masjid diperluaskan sebagai pusat pembangunan ilmu, pembangunan budaya dan pembangunan ekonomi. Banyak masa terlibat dalam urusan merancang pembinaan sesebuah masjid, banyak sumber digunakan untuk membina sesebuah masjid. Sebaik sampai ke Medinah, Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam tidak sekadar membina masjid, tetapi membangunkan masjid. Baginda lebih mengutamakan komponen perisian untuk memakmurkan masjid. Falsafah di sebalik pembinaan masjid harus diselami, supaya belanja besar membina bangunan tersergam, dilengkapi pendingin udara, dihamparkan permaidani tebal, dikilau cahaya chandelier, tidak menjadi monumen sepi, sekadar dimakmurkan seminggu sekali di hari Jumaat, tiga puluh malam setahun di bulan Ramadhan, dua pagi setahun di pagi Aidilfitri dan Aidiladha. Selebihnya, ia tinggal dalam isolasi sebagai bangunan sepi lagi sunyi. Banyak masa, banyak usaha, banyak belanja, banyak sumber digunakan di bumi ini untuk membina masjid tetapi sedikit sekali usaha dilakukan untuk membangun dan memakmurkan masjid.
43. Kongres Ekonomi Islam Ketiga berlangsung di Dewan Merdeka ini pada 12 hingga 15 Januari 2009. Ramai pemikir dalam bidang ekonomi Islam membentangkan pelbagai fakta, huraian, pandangan dan cadangan. Status pencapaian ekonomi umat Islam dibentangkan, ketidakcapaian matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dihuraikan, merangkumi tanggapan-tanggapan negatif terhadap DEB, terutama dari aspek penyelewengan dan ketirisan yang dilakukan oleh ummah yang mengutamakan kepentingan peribadi dan tergamak mengorbankan kepentingan ummah. Kongres menyedari pentingnya disedarkan ummah tentang cabaran sistem ekonomi persaingan yang dinamik lagi didorong oleh faktor pasaran.
44. Salah satu kertas yang dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga, melaporkan bahawa, dalam tahun 1999, jumlah dana masjid yang terkumpul dianggar berjumlah tiga ratus juta ringgit tetapi disimpan beku dalam akaun pelaburan [36], mencerminkan keterbatasan pemikiran, keterbatasan pengetahuan, keterbatasan pengalaman dan keterbatasan pendedahan di kalangan ummah untuk mengupayakan mereka melaburkan dana terkumpul tersebut secara lebih produktif yang dapat dimanfaatkan untuk pertumbuhan ekonomi.
45. Turut dipaparkan perkembangan data kutipan zakat di Malaysia, meningkat dari 320.4 juta ringgit dalam tahun 2001 kepada 806.3 juta ringgit dalam tahun 2007[37]; peningkatan kutipan 150 peratus dalam tempoh enam tahun, meningkat pada kadar purata 25 peratus setahun. Kutipan yang bertambah hendaklah diperlengkap dengan program yang memberi impak untuk membangunkan status ekonomi Islam. Zakat hendaklah dilihat dari lensa ekonomi yang lebih luas, dilakukan transformasi imej dan transformasi peranan, diuruskan secara lebih produktif sebagai sumber kekuatan membangunkan ekonomi ummah yang lebih bermakna hingga berupaya menjadi institusi paling berjaya membanteras kemiskinan.
46. Data di Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji, Jabatan Perdana Menteri menunjukkan pada tahun 2006, terdapat hampir lapan puluh sembilan ribu (89,000) ekar tanah wakaf di seluruh negara.[38] Sebahagian besar tanah tersebut tidak dapat dibangunkan secara produktif. Dilaporkan terlalu banyak halangan dari segi syarat dan hukum yang menyebabkan sumber ekonomi umat Islam ini terikat dan tidak dapat dimajukan. Senario ini tentulah menuntut kepada keperluan untuk para ulama dan umara di era ini melakukan ijtihad. Kertas-kertas yang dibentangkan dalam Kongres Ekonomi Islam Ketiga, di samping melaporkan status ekonomi ummah, mengandungi banyak saranan bernas; antaranya mengenai Yayasan Wakaf Tunai, Koperasi Islam yang sangat berpotensi untuk digerakkan, Potensi Membangunkan Tanah Wakaf, Pengukuhan Institusi Mal. Laporan lengkap Kongres setebal 875 halaman, membuktikan ummah sebenarnya tidak ketandusan idea. Kelompangan berlaku di peringkat melaksana, cabaran berlaku di peringkat membawa keluar pemikiran sebahagian ummah untuk bersedia dan berani melakukan tafsiran yang lebih relevan dengan suasana ekonomi, suasana politik dan suasana sosial di era globalisasi. Telah dua tahun sembilan bulan Kongres Ekonomi Islam Ketiga berlalu, sejauh manakah tindakan yang telah disusul? Institusi manakah yang telah mengambil tanggung jawab susulan secara serius? Hari ini umat Islam sekali lagi berkongres di Dewan Merdeka ini.
47. Sistem ekonomi Islam diturunkan oleh ALLAH Subhanahu Wata'ala kepada umat manusia melalui wahyu[39] . Ia adalah sebahagian dari ajaran Islam kerana itu segala hukum dan peraturannya adalah berasaskan Al-Quran, Al-Sunah, Al-Ijmak dan Al-Qias[40]. Kerana itu tindakan umat Islam dalam usaha melakukan pelbagai kegiatan ekonomi dikira ibadah dengan bermatlamatkan keikhlasan kerana ALLAH Subhanahu Wata'ala.
48. 'MAJLIS' sebenarnya menghadapi cabaran besar, cukup untuk mencetuskan perasaan keterujaan. Cabaran besar memerlukan institusi yang berwibawa untuk menghadapinya. Jika MAJLIS bersungguh mahu menghadapi cabaran besar ini, dan jika Negara ikhlas mahu melihat MAJLIS bertenaga dan berupaya melaksanakan tanggung jawab besar ini secara berkesan dengan memberi impak yang signifikan, maka MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI hendaklah dipertingkatkan keupayaan dan diperkasakan. Langkah-langkah awal berikut perlu dirintis:
Pertama: Mengemaskinikan Enakmen MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI untuk mempunyai bidang kuasa yang membolehkan MAJLIS berfungsi secara lebih berkesan, memiliki autonomi dan akauntabel kepada ALLAH dan Raja.
Kedua: Memastikan MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI bebas dan bersih dari sebarang pengaruh, campur tangan dan penglibatan politik kepartian serta memastikan keanggotaan MAJLIS tidak disertai oleh individu yang aktif dalam parti politik melainkan yang diperkenankan oleh Raja Pemerintah dilantik atas jawatan bagi mewakili Pihak Berkuasa Negeri atau sesuatu institusi yang penting kepada MAJLIS.
Ketiga: Melantik keanggotaan yang lebih representatif dengan bilangan yang cukup dan dari kalangan yang memiliki pelbagai kepakaran untuk menjadi tenaga penggerak berupaya melaksanakan aktiviti-aktiviti ekonomi, perniagaan, perdagangan, pendidikan dalam hasrat membangunkan taraf sosioekonomi umat Islam di samping melindungi kesucian Islam
Keempat: Menerokai kaedah dan pendekatan yang dapat memperkukuhkan kedudukan kewangan MAJLIS secara lestari.
Kelima: Menjadi pemegang amanah kepada institusi pendidikan, tabung kewangan, dan hartanah yang strategik untuk umat Islam.
Keenam: Memperkukuhkan sumber manusia pentadbiran Majlis secara kuantiti dan kualiti dengan imbuhan setimpal yang dapat menarik modal insan berkualiti tinggi.
49. MAJLIS hendaklah dirangka sebagai satu Dewan Pentadbiran Islam di bawah naungan, pengawasan dan pemantauan Raja, bertanggung jawab terhadap perkara berkaitan Islam. MAJLIS dapat berperanan sebagai jambatan penghubung di antara umat Islam dengan Raja, di antara umat Islam dengan Kerajaan pilihan rakyat dan di antara umat Islam dengan warga yang tidak beragama Islam. Negara wajib melihat MAJLIS sebagai rakan strategik yang boleh diberikan kepercayaan dan sokongan untuk kepentingan jangka panjang ummah. MAJLIS tidak harus dibiarkan hidup bagaikan musafir kelana bersendirian mengusahakan rezeki secara kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, terus berada dalam parameter sempit yang telah digariskan oleh Inggeris pada satu masa dahulu. Pembiayaan atau 'endowment' secara khusus wajib disediakan untuk akhirnya membolehkan MAJLIS mencapai status yang tidak lagi perlu membebankan negara.
50. Jabatan Agama Islam hendaklah memahami secara jelas akan maksud dan keperluan penubuhannya. Ia ditubuhkan untuk berfungsi kepada MAJLIS dan akauntabiliti Jabatan Agama Islam adalah berbeza dengan jabatan-jabatan Kerajaan yang lain. Bahawa dari segi rohnya, penubuhan Jabatan Agama Islam, adalah untuk melaksanakan dasar-dasar dan perkara-perkara yang diputuskan oleh Majlis.Tanggung jawab Jabatan Agama Islam adalah kepada MAJLIS dan kepada Raja. Untuk itu Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri perlu menghormati batas sempadan dan bidang kuasa yang terletak secara langsung di bawah budi bicara Raja, demi mengelak dari berlakunya keadaan satu kapal dua nakhoda. Apa jua hasrat Pihak Berkuasa Negeri menyentuh Islam dan Adat Melayu hendaklah disampaikan melalui saluran MAJLIS atau dipersembahkan untuk pertimbangan Raja Pemerintah.
51. Dalam urusan Agama Islam, Kuasa Raja Pemerintah berada di tahap paling tinggi dan wajib dipertahankan. Ummah hendaklah mempunyai fahaman dan melakukan tafsiran yang jelas bila merujuk kepada Raja Pemerintah; bahawa yang didaulatkan adalah Takhta Pemerintahan sebagai satu institusi negara dan hendaklah disisihkan dengan sebarang perasaan kurang selesa dengan mana-mana batang tubuh peribadi. Bahawa yang dipertahankan itu, bukan sekadar batang tubuh peribadi seorang Raja tetapi Kerajaan Baginda: kerana tanpa Kerajaan tidak akan wujud sebuah negara, tanpa negara apalah ertinya suatu bangsa[41] . Jika takhta pemerintahan ditiadakan, akan hilanglah payung negara – payung yang selama ini memberikan naungan kepada status Islam di negara ini. Tanpa institusi Raja berperanan sebagai Institusi Ketua Agama Islam, Islam akan berpecah kepada pelbagai puak – pelbagai kumpulan – pelbagai kabilah; masing-masing di bawah pimpinan yang berasingan; akibatnya kekuatan penyatuan usaha amar ma'ruf nahi mungkar akan beransur-ansur lemah. Islam akan menjadi agama yang diamalkan secara individu. Pada akhirnya Islam gugur dari tanggung jawab negara, tinggal sebagai amalan rakyat yang masih cintakan agamanya; sedangkan yang tipis fahaman agamanya, akan menjadi semakin liberal – semakin bebas, malah ada di antara mereka akan sampai ke peringkat melakukan perkara-perkara yang menodai kesucian Islam. Demikian nasib yang telah menimpa ummah di negara-negara tertentu di Asia Tengah; negara yang di suatu masa dahulu pernah menjadi pusat perkembangan tamadun Islam, melahirkan ramai ulama dan cerdik pandai Islam, kini segala-galanya hanya menjadi bahan kajian sejarah.
52. Agama Islam dan pegangan aqidah ummah wajib dipelihara dan dilindungi sepanjang masa oleh Ketua Negara. Islam InsyaAllah kekal menjadi identiti negara dan watan selagi kuasa dan tanggung jawab terhadap Islam kekal di bawah bidang kuasa Raja-Raja. Secara tersurat, sejarah mencatatkan bahawa dalam perjanjian dengan Inggeris, bermula dengan Perjanjian Pangkor, Raja-Raja menyerahkan kuasa mentadbir negeri kepada Inggeris dan Inggeris bersetuju mengekalkan Islam dan Adat Melayu di bawah kuasa Raja. Tafsiran yang tersurat harus juga menyelami kemungkinan-kemungkinan yang tersirat; bahawa dalam perkenan Raja menyerahkan kuasa-kuasa lain, mungkin Raja sendiri sebenarnya ada muslihat, berasaskan nasihat para ulama, berpandukan petunjuk dari ILAHI, telah tidak sama sekali memperkenankan urusan Islam dan Adat Melayu disentuh, satu pendirian berwawasan jauh Raja-Raja ketika itu, yang telah menyelamatkan agama dan ummah di bumi ini. Pernahkah digambarkan keadaan di negara ini dan nasib ummah di hari ini, jika Inggeris juga turut diberikan kuasa mentadbir urus agama dan adat. Tentunya hari ini, status Islam tidak akan termaktub di dalam Perlembagaan Negara; sementara umat Islam tidak memiliki kekebalan dari diayah fahaman lain; membolehkan murtad begitu mudah berlaku di kalangan ummah.
53. Betapa status Islam dan nasib malang yang bakal dihadapi oleh ummah jika institusi Raja ditiadakan, dan kerajaan pilihan rakyat yang berkuasa pada satu hari nanti, berpegang kepada doktrin pemerintahan, bahawa agama adalah urusan individu – agama adalah di luar bidang tanggung jawab negara. Akan berkelanalah ummah, Masjid Ubudiah, (begitu juga masjid-masjid lain), mungkin bertukar menjadi muzium, tempat para pelancong dimaklumkan bahawa di suatu masa dahulu, bangunan yang begini cantik seni binanya ini, adalah tempat 'pengikut ajaran Muhammad' menunaikan sembahyang. Barang dijauhkan ALLAH dari berlakunya senario menyayat hati itu. Untuk itu kuasa Raja Melayu dalam urusan Agama Islam dan Institusi Islam sangat perlu dipertahan dan diperkukuhkan, demi memastikan Islam terus kekal menjadi identiti Negara. Senario yang berlaku di serata dunia menunjukkan hanya negara yang masih memiliki sistem pemerintahan beraja yang dapat meletakkan Islam sebagai agama rasmi Negara. Dalam hasrat membina kekuatan ummah dan jati diri bangsa dan dalam hasrat memastikan kelangsungan ummah, kuasa-kuasa prerogatif yang kekal diperuntukkan kepada Raja-Raja wajib dirujuk secara bijaksana.
Ya ALLAH, Ya AZIM, Ya AZIZ, Ya MALIK, YA WAHID, TUHAN yang MAHA BERKUASA lagi MAHA MENGETAHUI
54. Kepada Mu jua hamba-Mu memohon agar ISLAM kekal menjadi identiti negara – identiti watan; identiti ummah – identiti bangsa. Kepada Mu juga hamba-Mu ini memohon agar melimpahkan kekuatan dan kegagahan, keberanian dan ketegasan di kalangan mereka yang telah Engkau angkatkan darjat menjadi khalifah, di kalangan mereka yang telah Engkau amanahkan dengan tanggung jawab sebagai ulama dan umara di bumi ini. Hamba-Mu amat insaf akan Firman Mu yang terkandung dalam ayat 72 Surah Al-Ahzaab; bermaksud:
Petikan: " Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggung jawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya) maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan[42]"
Kepada Mu jua YA ALLAH
55. Limpahkanlah segala nur dan petunjuk kepada Raja-Raja kami, demikian juga kepada para ulama dan umara kami, untuk bersatu niat – bersatu usaha; bersatu hati – bersatu jiwa, sama-sama berjaya membentuk sebuah negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Mu – 'BALDATUN TAYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR'[43] seperti mana yang Engkau gambarkan dalam ayat 15 SURAH SABA. Limpahkanlah segala ihsan Mu kepada Raja-Raja kami yang mendukung tanggung jawab berat selaku Amirul Mukminin seperti yang terkandung dalam lafaz ikrar sumpah jawatan untuk memelihara Islam – untuk menyempurnakan pemerintahan secara adil dan aman. Hamba-Mu amat insaf betapa amanah dan tanggung jawab tersebut akan dinilai di hari kebangkitan seperti peringatan Mu yang terkandung dalam ayat 9, Surah Al Imran bermaksud:
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada keraguan padanya, Sesungguhnya ALLAH tidak memungkiri janji Nya[44]"
Mohon kami YA ALLAH mendapat rahmat bimbingan dan pengampunan dari Mu jua. Amin, Ya Rabul Alamin.
56. Adat Melayu menetapkan tugas Raja di junjung, kerja sendiri dikendong. Dalam semangat adat Melayu itu, sekadar ini yang dapat Patik menjunjung titah menyempurnakan hasrat Duli-Duli Tuanku Raja-Raja Melayu untuk Patik menyampaikan amanat di Kongres ini. Dalam kapasiti patik selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak, patik merafak sembah penuh taat – penuh setia kepada Duli-Duli Tuanku, dan dengan limpah rahmat dari ILAHI juga, serta daulat dan perkenan Duli-Duli Tuanku, Patik dan ahli-ahli MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK akan setiap masa, berazam mempertahankan kesinambungan tradisi negara beraja – rakyat bersultan, agar kekal subur sepanjang masa dan akan pada setiap waktu menjunjung titah hasrat Duli-Duli Tuanku selaku payung agama dan payung negara.
[2] Sumpah Jawatan Yang Dipertuan Agong, Perkara 37, Jadual Keempat, Bahagian 1, Perlembagaan Persekutuan.
[3] Mahayuddin Haji Yahya, Penyebaran Islam Di Tanah Melayu Sebelum Lahirnya Kerajaan Melayu Melaka: Sejarah Dan Implikasinya dalam Polemik Sejarah Malaysia – Jilid 1, (Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia 2008) 31
[4] Encyclopedia of Islam, 1218
[5] Abdul Monir b. Yaacob, Undang-undang Islam Dalam Hukum Kanun Melaka Dalam Polemik Sejarah Malaysia-Jilid 1. (Kuala Lumpur: Arkib NegaraMalaysia, 2008), 319
[6] Abu Bakar Abdullah, Ke Arah Perlaksanaan Undang-Undang Islam di Malaysia: Masalah Dan Penyelesaiannya, (Kuala Terengganu: Pustaka Damai, 1986) 8.
[7] Abdullah Alwi Hassan, "Perkembangan Institusi Pentadbiran Islam Di Malaysia".
[8] A. Aziz Deraman, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Suatu Analisis Perkembangan Kebudayaan I Malaysia, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003) 109.
[9] Ibid 105.
[10] Ibid.
[11] Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, 19.
[12] Ibid 22
[13] Ibid 20.
[14] Abdullah Alwi Hassan, "Perkembangan Institusi Pentadbiran Islam di Malaysia", Konvensyen Kebangsaan Sejarah Malaysia, (Jabatan Sejarah, Universiti Malaya: 16-18 Ogos 1994), 1.
[15] Muhammad Yussoff b. Hashim, Kesultanan Melaka dan Budaya Politik dalam Polemik Sejarah Malaysia Jilid 1, (Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia, 2008) 192.
[16] T. Arnold, The Caliphate, (Karachi: Oxford University Press, 1965), 50; S,N.H. Naqvi, Ethicsand Economy: An Islamic Approach, (Leicester: Islamic Foundation, 1981) 45-47.
[17] Mahamad Naser bin Desa, "Kekebalan Islam Dalam Perlembagaan Persekutuan", Wacana Ilmiah, ILIM 2009, 1
[18] Ibid.
[19] Abdullah Alwi Hassan, opcit, 19.
[20] R.J. Wilkinson, Notes on Perak, History: Papers on Malay Subjects, History Pt. II, (Kuala Lumpur: F.M.S. Govt. Press, 1924) 69-71; E. Sadka, "The Journal of Sir Hugh Low, Perak. 1887", JMBRAS, Vol. XXVII, Pt. 4, No. 168 (1954), 107-108. dlm Abdullah Alwi Hassan., 19.
[21] R.J. Wilkinson, opcit, 72, dalam Abdullah Alwi Hassan, 19.
[22] Perak State Council Minutes, 1877-82, dicetak di dalam R.J. Wilkinson, Papers on Malay Subjects, Ser 1, History Pts 3 and 4, (1907-1909), Passim; Perak Annual Report, 1932, 3. dalam Abdullah Alwi Hassan, 20.
[23] Ibid.
[24] (1927) 6, FMSLR 128, dipetik dari Mahamad Naser bin Desa.
[25] Ahmad Ibrahim: The Position of Islam in The constitution of Malaysia, 213
[27] Abdul Kadir bin Sulaiman, Ucaptama: "Kedudukan Islam Sebagai Agama Bagi Persekutuan Dalam Perlembagaan Persekutuan", 4.
[28] (1981) 1 MLJ 29
[29] Mahamad Naser bin Disa, opcit, 6.
[30] (2000) 1 CLJ 393
[31] Syed Muhammad Naquib al-Attas, Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu, 62.
[32] Rodney Wilson, "The Development of Islamic Economics: Theory & Practice, in Islamic Thought In The Twentieth Century, ed Suha Taji-Farouki and Basheer M. Nafi (London: I.B. Tauris, 2004) 199.
[33] Raja Nazrin Shah, "Titah Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar" anjuran Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam, 30 Ogos 2010.
[34] Al-Quran, 3:26.
[35] Abdurrahman Haqqi, 'Lima surah sedia panduan bernegara', Berita Minggu, 9 Ogos 2009, 32.
[36] Fidlihan Muhammad, Mohd. Yahya Mohd. Hussin, Nurul Fadly Habidin, Mad Ithnin Salleh, Salwa Amirah Awang, "Pendidikan Pelaburan Dana Masjid: Keperluan Memperkasa Ekonomi Ummah Islam", Kongres Ekonomi Islam Ketiga, 12-15 Januari 2009, 701.
[37] Ibid
[38] Hasnol Zam Zam Ahmad, "Cabaran Dalam Mempertingkatkan Potensi Pembangunan Tanah Wakaf", Kongres Ekonomi Islam Ketiga, 12-15 Januari 2009, 661.
[39] Zainal Abidin Hashim, 'Memperkasakan Ekonomi Ummah Melalui Koperasi Islam: Satu Tinjauan Strategik", Kongres Ekonomi Islam Ketiga, 12-15 Januari 2009, 749.
[40] Ibid.
[41] Zurinah Hassan, petikan dari "Puisi Korban Hang Tuah", Pujangga Tidak Bernama, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994), 45.
Semalam Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki ditanya lagi berkenaan HUDUD di Masjid Al Adzim Pandan Indah Selangor walaupon tajuk asal ceramah adalah Menangani Krisis Ketandusan Ulama
Artikel ini pernah disiarkan di blog ini pada 16 September 2011
"Tuan Guru Sheikh Nuruddin al-Banjari al-Makki juga ada menjawab satu soalan yang dikemukakan oleh hadirin iaitu,
"Bagaimana kita mahu mewujudkan daulah Islamiyyah? bagaimana kita mahu mewujudkan hukum-hukum Islam di dalam pemerintahan"
Jawab Tuan Guru Sheikh Nuruddin di Masjid As Salam Bukit Sentosa yang lalu,
"Ingat balik pesanan al-Imam Hasan al-Banna, "bina Islam pada hati kamu, pada jiwa kamu, pada jasad kamu, maka Islam akan menerangi di sekitarnya"..
Apabila seseorang itu memahami Islam, kemudian dia menikah, maka keluarganya pula memahami Islam..kemudian dia bermasyarakat, maka masyarakatnya faham Islam..
Setelah faham Islam, maka soal aurat sudah terjaga, maksiat sudah tiada, segala kemungkaran tiada, maka ketika itu tidak ada hukum hudud pun tidak mengapa kerana masyarakat hidup benar-benar menghambakan diri kepada Allah..
Tuan Guru Sheikh Nuruddin menambah lagi, "ketika di zaman pemerintah Sayyidina Umar al-Khattab, ketika mana beliau menjadi hakim, ketika itu tidak ada sebarang kes yang berlaku, maka beliau meletakkan jawatan, hal ini menujukkan pembinaan Islam pada setiap tubuh manusia itu adalah lebih didahulukan dari segalanya"
Maka, fahamilah kepada kita semua, negara Islam tidak akan tertubuh melainkan ia bermula dari setiap tubuh muslim itu..
Maka, usahlah bertelagah tentang hal-hal yang membawa kepada kehancuran umat Islam, binalah tubuh kita dengan Islam, kemudian masyarakat kita..wallahua'lam..
Catatan dan sumber
Muhammad Tajuddin Al -Jawiy: https://www.facebook.com/Abdullah.mukmin... ..................................... Catatan penulis = Hukum Islam itu dinamakan Hudud- dan ia terbahagi pula kepada 3 bahagian iaitu Hudud, Qisas (hukuman setimpal dgn kesalahan seperti bunuh) dan Qiyas (Denda) Berkenaan Qisas dan Qiyas -ianya sudahpon di laksanakan di Malaysia
KOTA BARU: Datuk Nik Aziz Nik Mat has likened the DAP's response to the hudud issue as "a small child who is scared of ghosts."
The PAS spiritual leader contended that hudud, which was to be implemented in Kelantan, was fairer and "did not involve the non-Muslim community." As such, DAP had no reason to oppose it, he said.
"Why does the DAP want to leave (the opposition pact)? Hudud is for the Muslims.
"So, what is DAP's connection with the Muslims? Some people are scared of hudud like they're scared of ghosts," he told reporters at the Mentri Besar's residence.
Nik Aziz had said the hudud law would be implemented in Kelantan's syariah courts despite opposition from DAP.
DAP leaders had reportedly said that they would resign en bloc if hudud implementation was incorporated into the common policy framework of the opposition grouping.
tunku: pakatan has issued a gag order for the hudud issue but this old man still being stubborn and keep hitting at Dap. Looks like the ordet does not applied on him coz like karpal said the old man is seeking for attention. May be he is hitting at hadi awang.
You are subscribed to email updates from tunku To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Serdang, 27 September- Setelah Pakatan PKR, DAP dan PAS menguasai Selangor, mereka telah mengagihkan kuasa antara mereka. Menteri Besar diberikan kepada PKR. Jawatan Exco penting diberikan kepada DAP termasuklah exco yang bertaraf Timbalan Menteri Besar manakala jawatan menjaga hal ehwal agama diserahkan kepada PAS sesuai dengan minat mendalam PAS untuk menguasai pengurusan di masjid-masjid di Selangor.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berkata, selain dari jawatan-jawatan penting tersebut, jawatan lain seperti Penasihat Ekonomi Negeri telah diwujudkan.
"Jawatan ini khusus untuk membolehkan Ketua Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di lantik jawatan tersebut. Maka Menteri Besar Selangor telah mencanangkan ke seluruh pelusok negeri, rakyat Selangor begitu beruntung kerana tidak perlu menggunakan duit rakyat yang banyak untuk mendapatkan khidmat nasihat ekonomi.
Ada yang teruja. Apa tidaknya hanya dengan gaji RM1, Selangor mendapat khidmat Anwar yang pernah menjawat jawatan Pengerusi IMF, mantan Timbalan Perdana Menteri, mantan Menteri Kewangan dan macam-macam mantan lagi yang beliau pernah sandang termasuklah mantan penghuni Sg. Buluh," ujarnya.
Kempen 'Kenapa Bayar Lebih?' ini telah berjaya dipropagandakan ke dalam pemikiran rakyat Selangor yang telah dibuai dengan mimpi indah ibarat manusia yang telah diberikan ubat bius. Dalam keadaan rakyat jelata tengah berseronok itu maka penyamun-penyamun tarbusini menjalankan tugas mereka.
"Mungkin begitulah perumpamaan kisah Penasihat Ekonomi Selangor yang bergaji RM1. Lain yang disuruh, lain pula yang dibuat. Harapkan Pagar, Pagar makan padi. Itulah ungkapan yang paling sesuai digunakan. Benarlah apa yang dikatan oleh Tun dr Mahathir, dengan bayaran RM1, khidmat nasihat bernilai RM1 jugalah yang akan diperolehi dari Anwar!
Dalam beberapa hari ini angin rebut bertiup kencang membawa khabar tentang kisah skandal seks yang didakwa ada kaitan dengan penasihat ekonomi bergaji RM1 ini. Pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh blogger di alam maya menyebabkan penasihat ini senak perut dan sembelit. Bukan lagi ibarat jatuh ditimpa tangga tapi mungkin ditimpa lori kontena yang membawa video-video haram. Apa tidaknya, dengan perbicaraan liwatnya yang masih berjalan (dan dikhabarkan pelbagai usaha telah dibuat untuk menyelamatkan diri), kisah video Chinadoll tersebar dan kini video Thailanddoll pula akan keluar," tambahnya lagi.
Sudah barang pasti, apa juga yang berlaku akan dilonggokkan salahnya kepada UMNO. Itu pasti! Biarpun yang dedahkannya itu adalah rakan baik 'sepermainan' beliau sendiri. Bila dalam keadaan terdesak, beliau pernah menafikan mengenali Eskay dan apabila video terbaru keluar menunjukkan beliau bersama Eskay menaiki lif di hari kejadian, maka kita boleh menilai siapa yang benar dan siapa pula yang berbohong.
Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua. Itu pepatah orang-orang tua. Hari ini penasihat ini sudah tidak sanggup lagi untuk berhujah menegakkan benang yang basah diselaputi lendir kotor yang dihasilkannya sendiri.
"Sebagai Ketua Pembangkang di Selangor, saya kurang berminat dengan aksi hebat lakonan beliau dalam video yang didedahkan. Penasihat Ekonomi Selangor adalah jawatan penjawat awam dalam kerajaan negeri, maka beliau bertanggungjawab untuk membersihkan segala kekotoran yang ditimbulkan. Kita mempertikaikan kredibiliti Menteri Besar yang masih membiarkan jawatan penasihat ekonomi dipegang oleh orang yang terpalit dengan pelbagai skandal seks dan seorang pembohong.
Jika mereka mempunyai kredibiliti dan maruah, maka sewajarnyanya Menteri Besar perlu mengarahkan Anwar meletakkan jawatan sebagai penasihat ekonomi sehinggalah beliau benar-benar dibersihkan oleh mahkamah. Hakikatnya semua itu tidak akan berlaku sebab dalam pakatan mereka, hanya Anwar sahaja yang boleh dilantik ke jawatan tersebut biar apa pun yang berlaku. Mungkin jika ditakdirkan satu hari nanti Anwar dipenjarakan akibat kes liwatnya sekalipun maka Menteri Besar mungkin akan mempunyai penasihat ekonomi disebalik tirai besi Sg Buluh pula!," ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Puchong.
Dalam skandal ini, membuatkan penyokong Anwar pening lalat untuk mempertahankan pemimpin mereka. Apa juga cara terpaksa dilakukan untuk menutup segala skandal pemimpin yang semakin terdedah.
"Pepatah ada berkata, paku dulang, paku serpih, mengata orang dia yang lebih. Dunia politik mereka sudah semakin bercelaru, kini terpaksa mempertahankan pemimpin mereka. Namun apakan daya, bangkai gajah tidak mampu ditutup dengan nyiru! Biar apa pun kisahnya, UMNO tentu sudah bersedia untuk menerima satu lagi tuduhan… bahawa semua ini salah UMNO!," tambahnya.
Jika akhbar Utusan Malaysia semalam mengeluarkan kartun yang dilihat oleh puak-puak Pas sebagai menghina Hukum Hudud…. Bagaimana pula dengan kartun nie …
Aku rasa kalau kartun nie dikeluarkan Utusan Malaysia …. Confirm kena hentam gak nie …..
Dalam artikel blog tersebut, dia akan menyebut bahawa Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi adalah PENGACAU KECIL kerana mendesak kerajaan-kerajaan negeri yang diperintah PR untuk melaksanakan hukum Hudud bagi menangani masalah pembuagan bayi yang serius …. Dilihat sebagai BERNAS tetapi tak kena masa …
Hai, kata Hudud hukum ISLAM …. Tapi boleh plak kata BERNAS tapi tak kena masa ….
Cuba kalau akhbar Utusan Malaysia (UM) yang katakan seperti ini, dan keluarkan gambar seperti nie …. Confirm kata UM kafirlah, kenakan tindakan terhadap pelukis dan penulis lah ….
Penulis juga ada menyebut bahawa Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Pas, PKR dan DAP sudah bersetuju atas satu blue print tidak akan melaksanakan Negara Islam dan hukum HUDUD …. Eeerrr…
Apa jadah plak korang nie ? Nielah parti dan penyokong yang bermuka-muka ….depan hentam, belakang juga hentam asalkan PUAS ….
Tiba-tiba isu Hukum Hudud Pas dimainkan semula oleh Nik Aziz, dan seperti biasa, pelakon tambahan iaitu Dap melenting terhadap cadangan ini dan mula ugut-mengugut berlaku dalam satu pakatan yang dinamakan pakatan rakyat ….
UMNO juga mula memberikan komen-komen mengenai cadangan tersebut, malah MCA tiba-tiba memberontak untuk keluar BN jika UMNO menerima hukum Hudud Pas tersebut …
Yea, semua ini adalah sandiwara yang dimain pelakon utamanya PAS untuk kembali menarik sokongan orang Melayu/Islam untuk kembali menerima Pas manakala DAP dan PKR sebagai penyedap selera bagi merealisasikan hasrat rakan sekutu mereka itu …
Tapi bagaimana dengan UMNO…..
Percaya atau tidak, UMNO pasti akan terperangkap jika UMNO turut sama bermain wayang dan sandiwara Hudud Pas ini ….
Pada padangan aku, cukuplah sekadar di sini sahaja penglibatan UMNO dalam Hukum Hudud PAS ini, tak payah bersama-sama bermain wayang dengan mereka sebaliknya UMNO tumpukan pada kerja-kerja kemasyarakatan dan memastikanrakyat terBELA.
Wajah wanita misteri ini pernah mencetuskan fenomena dalam dunia blogger tanahair. Wanita ini telah menghiasi blog-blog yang ingin mengetahui wajah siapakah di sebalik wanita ini.
Dari apa yang Sahabat-Gunung faham, wanita ini mempunyai hubungan dengan Penasihat PKR, saudara Anwar Ibrahim.
Namun sehingga ke hari ini, misteri wanita ini masih belum terungkai …. Jadi apa salahnya Sahabat-Gunung bertanyakan semula milik siapakah gadis nie, apa hubungannya dengan DSAI, sejauh mana hubungan mereka….
Tak salah bertanyakan? Takut bertanya sesat jalan …. Buat sahabat-sahabat baik Anwar tu, kalau nak tolong jawabkan, apa salahnya …..
Pas hari ini dilihat sudah kehabisan modal untuk disogokkan kepada masyarakatdalam usaha mengekalkan populariti parti itu setelah melihat Model Negara Berkebajikan tidak mampu untuk melonjakkan sokongan terhadap mereka.
Bekas AJK Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Ghazali Ahmad berkata atas dasar itu, Pas terpaksa menggali semula isu Hudud dalam usaha mengekalkan momentum mereka untuk berdepan dengan pilihan raya umum akan datang.
Soalbeliau apakah Pas sedar atau tidak, hudud tidak lagi berada di dalam perjuangan Pas kerana mereka telah menukar konsep perjuangan kepada Negara Berkebajikan baru-baru ini dan perkara itu perlu difahami oleh kepimpinan Pas hari ini.
"Pelaksanaan Hudud itu di atas dasar Negara Islam..Tetapi hari ini bukankah Pas dah tukar kepada Negara Berkebajikan. Sepatutnya isu itu tidak timbul lagi.
"Apa yang patut diutarakan oleh Pas hari ini ialah bagaimana mahu melaksanakan konsep Negara Berkebajikan itu.Apa ciri-ciri serta pelbagai aspek lain yang perlu diberi penekanan. Mungkin mereka menyesal dengan menukar kepada konsep baru yang menyebabkan mereka hilang modal politik," katanya kepada UMNO-Online di sini.
Kemelut pelaksanaan Hudud timbul kembali hari ini dengan masing-masing mula membidas antara satu sama lain dan kepimpinan pakatan pembangkang dilaporkan menutup isu ini sehinggalah pendirian bersama dicapai 28 September.
Mengulas lebih lanjut, Datuk Ghazali seterusnya menegaskan Pas dan DAP hanya bersandiwara antara satu sama lain kerana mereka hanya mahukan populariti dan bukannya ikhlas dalam memperjuangkan yang diwar-warkan.
"Percayalah Pas dengan agendanya dan DAP pula dengan agendanya…Masing-masing hanya berlakon untuk memastikan undi mereka tidak lari.
"Kita jangan terperangkap dengan mainan politik lama Pas yang hanya menggunakan hudud untuk kepentingan politik mereka. Berhati-hati dalam mebuat kenyataan kerana dikhuatiri akan termasuk di dalam perangkap yang dipasang oleh Pas dan kuncu-kuncunya.
"Namun apa pun saya percaya Pas akan terjerat dengan isu ini dan akan mencari pihak lain untuk dijadikan kambing hitam. Tunggu dan lihatlah episod seterusnya nanti, " katanya. -MediaUMNO
Exco Kerajaan Negeri Johor, Md Jais Sarday berkata Lim Guan Eng harus membuktikan kebenaran sekiranya benar dia tidak pernah memburukkan negeri Johor semasa wawancaran sebuah stesen radio di Australia baru-baru ini.
Dalam wawancara tersebut, Ketua Menteri Pulau Pinang itu menyifatkan Johor bukanlah sebuah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding Pulau Pinang.
Kenyataan itu dibuat sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia di Johor ke Pulau Pinang.
Menurut Jais, Guan Eng hanya perlu mengemukakan bukti bahawa di berkata benar.
"Sebagai seorang pemimpin, walaupun berlainan parti, dia harus mempunyai kreadibiliti sebagai seorang pemimpin. Jangan suka tuduh sebarangan dan kemudian menafikan semuanya.
"Bagi saya, Guan Eng hanya mereka isu untuk mengalihkan perhatian rakyat dan menutup akan kelemahan dirinya dalam mentadbir Pulau Pinang dan dia gagal membawa pelaburan di negeri tersebut. Dari dulu, semua tindak tanduk dan percakapan Guan Eng hanyalah untuk kepentingan politik dan bukannya untuk negara dan rakyat," tambahnya.
Guan Eng tegas beliau lagi sepatutnya tidak perlu 'menyalak' sana sini untuk menafikan tuduhan berkaitan isu ini kerana apa yang lebih penting adalah membuktikan kebenarannya.
"Dia sendiri telah menyatakan bahawa ada bukti untuk menyokong penafiannya itu jadi tunjukkan bukti. Rakyat hanya percaya kepada fakta dan bukti. Saya percaya perkara ini tidak akan menjadi isu sekiranya benar Guan Eng tidak berbuat demikian. Dia harus sedar, memburukkan negeri Johor di luar negara sama ertinya dia memburukkan negara Malaysia itu sendiri.
"Sebagai rakyat Malaysia dia ibarat meludah ke langit dan terkena di muka sendiri. Apa yang pasti, pembangkang sebenarnya semakin terdesak kerana Pilihan Raya Umumsudah semakin hampir. Mereka akan melakukan apa sahaja untuk meraih perhatian rakyat," terang Jais.
10 ayat power Bapak Anwar Bin Ibrahim ketika masih berjawatan Timbalan Perdana Menteri:-
(i) Pas tidak menghormati peraturan dan prinsip moral Islam. (Berita Harian, 04/05/1991)
(ii) Pas has succeeded in poisoning the minds of its supporters by not allowing them to question the credibility of statements made by party leaders in Harakah. (New Straits Times, 17/04/1992)
(iii) Pas masih gagal melaksanakan program memaju dan membangunkan umat Islam sekalipun sudah menguasai satu negeri di negara ini. "Tiada gunanya asyik bercakap mengenai Islam sedangkan rancangan untuk mengangkat martabat umat Islam ke tahap tinggi tidak ada." (Berita Harian, 25/08/1993)
(iv) Anwar Ibrahim, membidas taktik kotor pemimpin Pas yang sanggup berbohong dan menipu rakyat menggunakan ayat al-Quran semata-mata untuk memenangi kerusi dalam pilihan raya. (Berita Harian, 24/01/1995)
(v) Pas hanya menyubur dan menonjolkan imej Islam palsu kerana dikalangan kepimpinannya penuh perbuatan menyeleweng, jahil atau menyembunyikan fakta sejarah dan kebenaran. Pemimpin Pas juga mempersendakan ayat Al-Quran dan hukum, suka memaki hamun tetapi tidak pernah mengemukakan cadangan bernas, tidak pernah serius memperjuangkan nasib rakyat, malah sebaliknya menindas serta memesongkan akidah mereka. (Berita Harian, 21/03/1995)
(vi) Pas rela menggadaikan masa depan umat Islam di negara ini apabila parti itu sanggup bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS), kata Anwar Ibrahim. Menurut Timbalan Perdana Menteri, tindakan Pas meletakkan calonnya di kawasan majoriti bukan Islam di Pulau Pinang dan Sabah dalam pilihan raya sebelum ini sama dengan mengkhianati agama, maruah dan masa depan umat Islam di negara ini. (Berita Harian, 03/04/1995)
(vii) Rakyat diminta menolak Pas kerana bersandiwara kononnya memperjuangkan kepentingan umat dan syiar Islam sedangkan pada masa sama membantu DAP melenyapkan kepentingan serta masa depan orang Melayu di Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. (Berita Harian, 19/04/1995)
(viii) Pas khianati orang Melayu apabila menggunakan perantaraan Parti Melayu Semangat 46 untuk bekerjasama dengan DAP. (Berita Harian, 20/04/1995)
(ix) Pas cemar ukhuwah Islam. Pas perlu menjalankan tarbiyah terhadap pemimpin dan ahlinya yang semakin ramai terpesong daripada ukhuwah atau persaudaraan Islam yang sebenar. Beliau berkata kebelakangan ini ramai pemimpin Pas mendakwa menjalankan prinsip dan perjuangan Islam, tetapi hakikatnya ia jauh menyeleweng. (Berita Harian, 20/04/1995)
(x) Pemimpin PAS tiada akhlak apabila Pas memburuk-burukkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dengan gelaran menghina, sebagai tidak berakhlak dan menunjukkan kelemahan parti itu yang mendakwa memperjuangkan Islam. (Harian Metro, 21/04/1995)
Sebelum terjah lebih elok kita fahami kandungan video diatas.
Perjuangan hudud PAS yang mula dicetuskan semula Nik Aziz seolah-olah siren kebangkitan PAS. Jangan salah tafsir siren itu bukan kerana komitmen perjuangan PAS yang tertinggal sebelum ini tetapi siren untuk memberitahu orang Melayu PAS masih lagi wujud dan bernafas di muka bumi ini.
Blog ini bukan mahu memperkecilkan perintah agama atau pun mentertawakan pelaksanaan undang-undang Islam. Sabar dulu brader jangan cepat melompat.
Parti Islam yang berusia 60 tahun ini makin dilupakan kerana kedajalan perjuangan yang mempermainkan agama untuk kepentingan politik.
Untuk apa lagi bukti yang mahu ditunjukkan perihal tidak konsisten PAS. Apa habis semua dibuang kerana taksub dengan keseronokan duniawi.
Komitmen tulisan ini bukanlah terletak kepada sokongan pelaksanaan hudud yang dibincangkan sekarang ini. Menyokong dan membangkang yang tidak ekstrem kerana apa yang keluar dari mulut PAS semuanya harus diteliti.
Yang dipersoalkan orang Melayu dan umat Islam ialah dimana keikhlasan PAS dalam menegakkan agama Allah?
Confirm puak-puak PAS kata ini semua ulama UMNO - ulama dunia, ulama su' yang tidak mencium bau syurga. Betul tak tuan-tuan? Cakap banyak pun tiada guna.
Sebahagian daripada beribu naskhah al-Quran yang dibuang di bangsal lembu di Bachok, Kelantan semalam.
BACHOK – Penduduk Kampung Pauh Sembilan dekat sini gempar apabila menemui beribu-ribu naskhah al-Quran yang ditinggalkan di sebuah bangsal lembu dipercayai untuk dilupuskan secara tidak sah. Seorang penduduk, Mamat Harun, 65, berkata, kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, sebuah treler telah memasuki kampungnya dan dia sempat melihat beberapa lelaki sedang memunggah kotak ke dalam sebuah lori kecil.
Inilah satu-satunya amaran Diraja yang paling jelas dan terang, sesungguhnya rakyat perlu menolak Pakatan Rakyat atau dengan kata mudahnya menolak Anwar Ibrahim serta semua bala tenteranya. Walau sejahat mana pun UMNO, walau sezalim mana pun UMNO - Pakatan Rakyat jauh lebih zalim dan jahat daripada UMNO. Baca kenyataan Raja Nazrin di bawah :
KUALA LUMPUR 26 Sept. - Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini bertitah Islam telah mula dijadikan instrumen bertujuan meraih pengaruh dan mendapatkan kuasa sehingga ke peringkat sedia berkompromi kepada prinsip-prinsip menyentuh akidah.
Pada masa sama baginda dalam titah ucapannya turut mengingatkan bahawa kemusnahan ummah bukan lagi menghadapi pencerobohan daripada Alfonso de Alburque atau Stamford Raffles atau Francis Light mahu pun Yamashita tetapi ia datang daripada pencerobohan baru melalui manipulasi fakta sejarah, mempersendakan lagu kebangsaan dan menghina bendera negara.
Baginda bertitah pencerobohan baru itu turut berlaku melalui perlanggaran penggunaan kalimah suci Allah yang telah sekalian lama menjadi hak eksklusif umat Islam tanpa menghiraukan sensiviti serta terhirisnya perasaan mereka.
''Nama suci Allah yang termaktub di dalam al-Quran diambil dan dijadikan terjemahan kepada perkataan God. Allah yang merupakan kalimah yang amat suci di kalangan umat Islam kini turut dinamakan kepada simbol pujaan agama lain.
''Kalimah suci Allah bukan sekadar nama am yang bermaksud Tuhan walau apa bentuknya. Kesucian kalimah Allah amat tinggi di sisi Islam. Kalimah tersebut apabila dicetak pada kertas, tidak boleh dipijak, tidak boleh dijadikan bahan bungkusan, tidak boleh dibawa ke dalam tandas. Allah adalah nama khas-Tuhan Maha Suci-Tuhan Maha Agong. Allah adalah satu-satunya," titah baginda.
Baginda bertitah ketika menyampaikan titah ucapan diraja yang bertajuk Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah sempena Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Pertama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Sehubungan itu Raja Nazrin berkata, adalah amat merbahaya sekiranya prinsip asas agama diredakan untuk dijadikan bahan tolak ansur politik.
''Sesungguhnya insiden yang sedang berlaku itu merupakan ujian besar kepada umat Islam di bumi ini. Ujian yang mungkin sengaja diturunkan oleh Allah terhadap umat Islam, menguji keikhlasan kepimpinan Islam di bumi ini. Ujian Allah terhadap ketegasan umat Islam keseluruhannya sama ada di kalangan ulama, barisan kepimpinan, organisasi politik hatta raja-raja.
''Ini juga merupakan ujian terhadap ketegasan umat Islam dalam mempertahankan kalimah tauhid, keesaan ilahi, Allah yang satu lagi berkuasa atas segala-galanya dan Allah yang mengamanahkan kuasa di kalangan mereka yang telah ditentukan," titah baginda.
Dalam menghadapi cabaran besar ini baginda menyeru semua umat Islam berpegang dan yakin kepada kalam Allah yang terkandung dalam petikan ayat 26 surah Ali Imran yang bermaksud 'Katakanlah (wahai Muhammad) Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki.
Raja Nazrin bertitah, yakinlah bahawa kuasa itu adalah amanah Allah kerana ia datang daripada Allah dan Allah sahaja yang boleh memberi berkat, memberi kekuatan untuk mempertahankan kesucian kalam tauhid.
''Hanya disebabkan politik, umat Islam janganlah sampai hilang pedoman untuk tidak menghalang kepada sesiapa sahaja 'mengAllahkan' apa sahaja yang mereka anggap tuhan. (Ia merupakan) satu keredaan yang membuka jendela kepada proses yang berpotensi menyimpangkan akidah," titah baginda.
Jawapan Dr Ahmad Kamal Ariffin Muhd Rus, pensyarah Jabatan Sejarah UM, yang membentangkan kertas kerja bertajuk Status Negara-Negeri Melayu pada Era Pentadbiran British, dalam Wacana Merdeka, Anjuran Jabatan Sejarah Universiti Malaya pada 13 September lalu berhubung benar atau tidak Tanah Melayu dijajah mampu memecahkan kebuntuan.
"Hampir mustahil untuk mendakwa kita tidak dijajah British," tegasnya, menjawab soalan. Beliau turut mengemukakan hujah yang selalu digunakan, iaitu Artikel 6, Perjanjian Pangkor (20 Januari 1874) bahawa segala nasihat yang diberikan Residen British hendaklah diambil tindakan oleh Sultan kecuali yang menyentuh soal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Kedudukan tersebut diperkukuhkan dalam Artikel 10 yang menyebut bahawa pungutan dan kawalan terhadap hasil pendapatan serta pentadbiran negeri hendaklah ditadbir dengan nasihat Residen.
"Dari segi undang-undang, kedudukan Negeri-Negeri Melayu (NM) pada era pentadbiran British sememangnya bertarafkan Negeri Lindungan. Namun begitu, dalam amalan, keseluruhan perjalanan pentadbiran dalaman NNM sememangnya dikuasai pihak British. Ini bermakna, disebabkan penguasaan itu, pada realitinya NNM sememangnya dijajah," kertas kerjanya dipetik.
"Meskipun terdapat perjanjian bagi membolehkan pihak British seolah-olah diberi izin oleh pihak yang berdaulat untuk menjalankan pentadbiran, namun dalam banyak hal kandungan perjanjian tersebut memberi ruang kepada pegawai British berperanan sebagai pemerintah de facto.
"Kawalan British terhadap dua elemen pemerintahan yang terpenting, iaitu kewangan dan undang-undang, dilakukan dengan seni muslihat yang paling licik. Malah pada 1909, Raja-Raja Melayu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pernah dilucutkan kedaulatan baginda terhadap undang-undang dengan kaedah yang sengaja ditaksakan biarkan disedari ia merupakan satu kesalahan," tegasnya.
Dr Ahmad Kamal juga menekankan bagaimana Residen British yang menguasai kawalan dan pengurusan kewangan Negeri-Negeri Melayu mesti mendapat kelulusan gabenor di Singapura ketika menyediakan belanjawan tahunan NNM.
"Malah Residen British diarahkan untuk tidak membentangkan draf belanjawan kepada pemerintah Melayu. Residen Douglas (Selangor) diberi amaran keras apabila mengajukan draf belanjawan kepada gabenor dengan cop mohor sultan. Douglas diingatkan beliau tidak berkhidmat di bawah cop mohor Raja-Raja Melayu," ujarnya. Ya... seperti kesimpulan Mohamad Abu Bakar: "Apakah orang Melayu akan mengatakan mereka dijajah hanya selepas dikenakan tindakan ganas dan buas?"
Apakah jika penjajahan itu dilakukan dalam bentuk halus dan licik, walaupun kesannya cukup sengsara dan pedih, maka kita dikira masih bebas dan merdeka? Tetapi, kalau tidak dijajah, mengapa ada gerakan kemerdekaan dan ada pula bapa kemerdekaan? (Baca di sini).
Oleh To' Ki (Utusan Malaysia) AMAT MENARIK ISU Hudud dibangkitkan semula oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diberi pandangan balas oleh Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, reaksi penentangan oleh Karpal Singh, provokasi oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dan sokongan Anwar Ibrahim secara peribadi terhadap pendirian Mursyidul Am Pas ini menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud di Kelantan.
Ia meletakkan pakatan pembangkang di suatu persimpangan bahawa muktamar Pas lalu seperti menunjukkan peralihan yang radikal daripada perjuangan negara Islam ke arah negara berkebajikan. Sehingga kini tiada huraian jelas bahawa Negara Berkebajikan adalah Negara Islam yang menuntut pelaksanaan hudud.
Apakah ia suatu taktik menjinakkan kelompok bukan Islam bahawa Pas sedang mengambil pendekatan sederhana untuk menyesuaikan diri dengan kelompok-kelompok lain? Umum mengetahui bahawa telah sekian lama Pas memperjuangkan Negara Islam. Adakah ia sungguh-sungguh atau lebih merupakan retorik politik semata-mata, ia memerlukan pemeriksaan dan penelitian.
Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menjadi lebih liberal. Tidak nampak secara tegas memperjuangkan Melayu dan Islam. Pemimpinnya Anwar akhir-akhir ini semakin liberal kalau tidak pun sedang mengarah kepada faham pluralis.
DAP tetap dengan keazaman melaksanakan konsep Malaysian Malaysia ikut acuan Sosialis Demokratik. Sepatah kata Karpal Singh "langkah mayat saya dulu" sekiranya ingin melaksanakan Negara Islam. Secara jelas pakatan pembangkang berada di persimpangan ideologi dan fahaman yang amat tajam.
Walaupun Anwar menjadi penghubung utama pakatan pembangkang dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi ideologi dan fahaman komponen politik pakatan tidak sekata dan sehaluan. Bayangkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin dekat, percanggahan mula timbul, apakah corak dasar dan manifesto yang bakal dirumus bagi meyakinkan rakyat bahawa ideologi dan fahaman yang berbeza boleh menghasilkan corak kerajaan yang kukuh dan teguh.
Pas dengan penguasaan kelompok Anwarinasnya sedang mengukuh pengaruh supaya ia selari dengan kehendak Anwar. Kelompok ulama semakin menjadi tidak berpengaruh dan sering terpapar nada sumbang dari Ketua Ulamanya, Datuk Harun Taib dan Ketua Pemudanya, Ustaz Nasrudin Hassan terhadap isu pemurtadan dan menyebabkan Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali semakin terpinggir.
Bila Anwar tidak bersetuju dengan usaha Hasan menubuhkan Unit Penyelarasan dalam portfolionya di Selangor, ia menunjukkan belang sebenar Anwar terhadap isu agama yang sangat sensitif. Apakah kenyataan Anwar terhadap isu hudud Nik Aziz bakal memerangkap diri dan menyebabkan keretakan dan akhirnya perpecahan dalam pakatan?
Bagaimana komponen pakatan yang mempunyai ideologi dan fahaman yang berbeza ibarat langit dengan bumi ini boleh mencapai suatu rumusan dasar negara apa yang bakal dibangunkan nanti sekiranya mereka menang dalam pilihan raya.
Anwar pada hemat penulis tidak akan selesa dengan konsep Negara Islam Pas. Hairannya, bagaimana Pas boleh menerima faham liberal-pluralis yang dianut oleh Anwar sedangkan konsep Negara Islam Nik Aziz jauh lebih rigid. Dalam masa sama, bagaimana Pas dapat bertolak ansur dengan DAP sedangkan DAP tidak pernah berkompromi dengan maksud Negara Islam yang dibawa oleh Pas.
Yang penulis amati adalah Pas memerlukan sokongan DAP supaya dapat memerintah Malaysia. Anwar dan PKR memerlukan Pas dan DAP supaya boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dan DAP memerlukan Pas dan Anwar supaya undi umat Melayu pecah.
Logik akal tidak mungkin tiga aliran fahaman ini boleh menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia. Sering dihubungkan pakatan ini ibarat tidur sebantal mimpi lain-lain. Citarasa politik menjadi tidak sama. Lambat laun ia bakal bercanggah dan pastinya membawa perpecahan. Penyokong Pas tidak mahu Pas cair dengan perjuangan Negara Islamnya.
DAP sedang menjinakkan ramai professional Melayu untuk terlibat dalam kepimpinan partinya supaya apa-apa berlaku ia boleh menjawab keperluan perlembagaan Selangor atau Perak kalau berbangkit isu pucuk kepimpinan negeri nanti. Anwar dengan isu mahkamahnya dan krisis dan kepimpinan Wan Azizah-Azminnya tidak mungkin melonjakkan PKR dalam keadaan lebih kuat seperti PRU Ke-12 dulu
Eksperimen kelainan ideologi dan fahaman ini adalah sesuatu yang berbahaya bagi Malaysia. Malaysia memerlukan asas kestabilan dan perpaduan yang tinggi kerana tidak mudah membangun Malaysia seperti yang kita lihat keadaannya hari ini.
Pendekatan sederhana dan tolak ansur amat perlu supaya maksud Islam dalam dasar membawa pendekatan ketamadunan bukannya retorik politik yang sifatnya memikat tetapi dari sudut program pembangunan Islami tidak berlaku.
Islam tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang rasis. Prinsip amanah, keadilan, keikhlasan, telus dan tulus sekiranya dapat dihayati oleh setiap tahap kepimpinan dan pengikutnya, ia mampu menjadi faktor penyatu masyarakat majmuk.
Ia boleh dibina sekiranya ada tekad politik yang tinggi untuk membawa Malaysia ke arah negara maju berasaskan acuan kita sendiri. Oleh itu Malaysia memerlukan suatu pendekatan yang lebih serasi dengan sifat masyarakatnya yang berbilang. Mengambil pendekatan rigid Nik Aziz tanpa berlakunya transformasi sosial, ekonomi, ilmu dan pendidikan dan budaya meletakkan suasana yang tidak kondusif dalam membangunkan syariah.
Kita tidak boleh berfikir simplistik bahawa laksanakan hudud akan selesai semua masalah yang berbangkit. Hudud adalah suatu kaedah hukuman Islamiah dari Allah. Kita wajib mengimaninya. Bagaimana hudud dapat dilaksanakan dalam realiti yang serba bejat atau tidak seimbang memerlukan penelitian ulama dan ilmuwan supaya maqasid syariah berlaku dengan tekad dan persiapan yang terbaik. Ini kerana keadilan tidak akan terjelma dan lahir sekiranya hudud hanya menjadi slogan politik untuk memikat dan mengekalkan pengaruh.
Sebagai rakyat Malaysia, badan yang bertanggungjawab terhadap hal ehwal Islam adalah Majlis Fatwa selain daripada JAKIM dan Jabatan Agama Islam Negeri. Parti politik hanya menggunakan isu tersebut untuk kepentingan politik mereka bukannya untuk kepentingan umat.
Klik untuk besarkan imej.
MyMassa rasa, inilah pendapat terbaik oleh ulama yang apolitical. Cuma sama ada penyokong pembangkang nak terima atau tidak, itu masalah mereka.
*Kerana politik, hukum Allah pun nak dijadikan modal.
*PAS Kelantan tak habis-habis main lagu hudud. Yang peliknya, dah lebih 3 tahun memerintah tapi PAS Kedah langsung takde usaha nak deraf undang-undang hudud. Tak takut kena hukum kafir oleh Amanat Haji Hadi ke?
Analogi mudah difahami oleh semua peringkat umur terutamanya kaki bola.
Semoga mesej ini sampai ke peringkat akar umbi.
Bagaimana memenangkan parti
PROFESOR MADYA DR. SIVAMURUGAN PANDIAN Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia.
DALAM Konvensyen Barisan Nasional (BN) peringkat Selangor minggu lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan jika mahu menang, semua perlu menerima keputusan yang dibuat oleh kepimpinan mengenai soal calon mahupun agihan kerusi.
Sifat 'syok sendiri' mesti digugurkan. Yang penting kata beliau adalah bagaimana untuk memastikan parti boleh menang dan tidak menjadi 'pembangkang' di Selangor. Pilihan raya semakin hampir, kata beliau lagi.
Keyakinan. Barangkali ini merupakan 'kata kunci' bila pilihan raya akan diadakan. Jika berkeyakinan tinggi, dengan motivasi, keazaman, kepercayaan dan kesungguhan; memenangkan parti menjadi mudah.
Ia tidak bersifat mempunyai kepentingan diri atau keperibadian menyelubungi parti tetapi tahap kesetiaan pada parti amat tinggi sehingga membelakangkan sebarang usaha untuk menghancurkan parti.
Kesepaduan dalam parti akan membolehkan sokongan bersama dimobilisasi atau digembleng agar sebarang usaha membawa kejatuhan parti dipertahankan bersama.
Kronologi kebangkitan berterusan pasukan bola sepak Manchester United (MU) boleh dikaitkan dengan BN.
Baik MU mahupun BN, kedua-duanya merupakan pasukan mahupun parti yang sudah sekian lama wujud. Masing-masing mempunyai penyokong tegar; penyokong yang menyokong ketika menang ataupun penyokong yang akan menyokong sesiapa sahaja melainkan MU.
BN juga berhadapan dengan keadaan sama. Ada penyokong setia, ada penyokong atas pagar dan kini muncul penyokong yang akan mengundi sesiapa sahaja tetapi bukan BN.
Maka, MU melakukan proses meremajakan pasukan tanpa melakukan perbelanjaan berlebihan ke atas pembelian pemain tetapi memberikan tumpuan ke atas 'keyakinan' kepada pemain yang bermotivasi dan mempamer prestasi berdasarkan kepada kesungguhan dan kecerdikan; tanpa bersifat cemas ataupun panik walaupun baru.
Yang penting, ketika berhadapan dengan gergasi bola sepak seperti Chelsea Ahad lalu dan pasukan lain sebelum ini, boleh dikatakan hampir keseluruhan pasukan memaparkan unsur taktikal dan skil berfikir yang tinggi, cergas, kombinasi antara pemain lama dan baru yang seimbang dan lebih daripada itu, walaupun setiap pemain memiliki keistimewaan skil permainan yang luar biasa, nilai 'pasukan' diutamakan dan bukan 'individu'.
Kesemua ini dilakukan supaya penyokong tegar akan terus setia, penyokong yang tidak ada pasukan pilihan akan melihat perubahan dalam MU sebagai 'cool' dan yang tidak menyokong selama ini akan mempunyai perasaan 'gerun' ke atas transformasi pasukan MU. Memenangkan pasukan adalah matlamat akhir mereka.
Bagi BN, sejak April 2009, parti ini dipimpin oleh seorang pemimpin serba-boleh, yang bersedia bertemu, berhadapan dan mengambil pelbagai pendekatan untuk menghampiri kumpulan sasar yang berbeza dalam stratifikasi masyarakat.
Yang terbaru kunjungan mengejut ke konsert 'Suara Kami' dan beberapa stesen radio popular susulan daripada temu bual di saluran berbahasa Cina beberapa bulan lalu. Beliau juga melakukan 'gotcha' di stesen radio Hitz.fm untuk menggenakan Jakeman, penerbit program di saluran tersebut.
Najib belum ditemubual oleh saluran radio Tamil. Thr Raaga merupakan saluran radio yang digemari masyarakat India yang turut mempunyai 'gotcha'nya dan jika Najib melakukannya di saluran ini; ia pasti meningkatkan nilai 'sempoi' dalam kalangan komuniti India sebagai melengkapkan momentum agenda setting dan pembinaan imej yang sedang beliau lakukan.
Najib berpengalaman luas, 35 tahun dalam politik sebagaimana Alex Furgeson pengurus pasukan pilihan beliau. Sejak mengambil-alih, beliau melakukan perubahan taktikal untuk memperlihatkan pembaharuan dan reformasi dan hari ini, beliau terus popular dalam kalangan massa.
Dilemanya, adakah lonjakan sokongan ke atas beliau yang dinamakan sebagai 'cool' dan 'sempoi' hari ini boleh diterjemahkan sokongan kepada BN? Adakah pasukan beliau baik dalam parti yang dipimpin oleh beliau ataupun parti komponen gabungan besar turut mempunyai aura 'sempoi' ini?
Memenangkan parti mesti menjadi matlamat baik ahli parti ataupun yang mesra kepada BN. Yang perlu diutamakan di samping mempertahankan penyokong setia adalah untuk berkomunikasi secara berterusan dengan golongan atas pagar. BN mempunyai penstrukturan parti yang amat baik berbanding dengan beberapa parti di luar lingkarannya.
Ia juga mempunyai bilangan ahli yang besar apatah lagi dana, jentera dan media turut menyebelahinya. Hari ini, pembangkang juga mempunyai cengkaman berbisa berbanding sebelumnya. Dana yang dimakmurkan oleh BN dikuasai oleh pentadbiran negeri di bawah kepimpinan parti pembangkang dan ini sekali gus membolehkan mereka turut memiliki jentera kerajaan negeri.
Mereka juga mengeluarkan terbitan mingguan ataupun brosur bertemakan isu yang boleh mempengaruhi persepsi umum.
Yang penting adalah membina motivasi dalam kalangan pemimpin akar umbi agar mereka diiktiraf peranan dan sumbangan untuk parti. Pilihan raya akan datang adalah misi hidup atau mati BN, bermakna motivasi pemimpin dan pengikut mesti serasi jika mahu memenangkan parti.
Ada tafsiran bahawa kalah sekalipun, jawatan parti akan membolehkan mereka terus mendapat perhatian dari kepimpinan pusat tetapi bagaimana jika di peringkat pusat sekalipun ditakdirkan tidak menyebelahi BN? Sikap terlalu selesa dan tidak mahu berfikir sebagai pembangkang boleh memakan diri sendiri.
Sudah tiba masanya pemimpin yang terlalu lama membuka ruang baru kepada pemimpin pelapis bertepatan dengan citarasa dan kehendak di peringkat pengundi tanpa perlu dipaksa atau digugur kerana itu akan menunjukkan perasaan ke atas parti melebihi diri sendiri.
Pemimpin ini boleh terus menabur bakti dengan bersama dalam jentera parti kerana penyokongnya juga perlu dikendur sifat emosinya. Memenangkan parti memerlukan sokongan pelbagai kumpulan termasuk bekas pemimpin, kumpulan pekerja awam, wanita, warga emas, orang kelainan upaya, badan agama, kumpulan profesional, sukan, muzik, akademik, sektor swasta, suri rumah dan pelbagai kumpulan lain.
Apa yang sedang dilakukan oleh Najib sebenarnya adalah untuk menunjukkan bahawa gaya kepimpinan sudah berubah dan kini disesuaikan dengan keperluan dan tuntutan semasa. Inklusif mendasari perancangan beliau dan tidak bersifat elitis.
Pengiktirafan wajar diberikan kepada usaha memenangkan parti. Jika beliau boleh menjadi idola dengan pengikutnya sendiri, mengapa tidak boleh pemimpin yang berkongsi kaedah beliau?
Memenangkan parti memerlukan komitmen dan rasa tanggungjawab kepada parti, pemimpin dan diri sendiri. Jika masing-masing sedar perlunya hubungan saling perlu-memerlukan bersifat resiprokal, ia boleh menjadi asas utama membina motivasi. Yang penting perlu ada faktor 'penyatuan' iaitu keinsafan sebagai sebuah parti dengan satu matlamat iaitu untuk memenangkan parti untuk terus mentadbir pasca PRU Ke-13.
Najib sudah memberi petunjuk bahawa bersandarlah kepada kepimpinan beliau dan jika setiap pemimpin walau berbeza pandangan dan penerimaan ke atas apa yang rancak dilakukan, pemimpin tersebut juga perlu bertanggungjawab mengenepikan kepentingan sendiri agar parti tidak berhadapan dengan masalah dalaman yang runcing ketika PRU.
Yang penting adakah keyakinan berbekalkan motivasi untuk menang yang perlu bersifat jujur dan ikhlas; bukan bersifat kosmetik dan retorik kerana akhirnya hayat parti yang menjadi taruhan.
Cuba bandingkan berita boleh pembangkang, dengan blog yang befakta.
Blog pembangkang.
Kapal TLDM rosak, kejar kapal perang China, mana Scropene?
Satu berita yang amal memalukan. Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia KD Pari telah rosak dan hampir tenggelam dalam kejadian mengejar kapal perang (frigate) negara China yang menceroboh perairan negara di Sabah. Mana kapal selam negara berharga hampir RM 5 billion. Dan kos untuk senggara kapal selam ini pula hampir RM500 juta yang ditambah dalam bajet 2011.
Hampir 5 peratus bajet pertahanan untuk senggara kapal selam saja. Sementara itu dilaporkan beberapa kerosakan kapal TLDM lain antaranya KD Serang mengalami lintar pintas, KD Todak kapal pemusnah periuk api dah 2 bulan tak boleh beroperasi selepas satu kemalangan.
Bukit Kepong telah menjadi sejarah dan pengajaran. Adakah kita ingin mengulangi sejarah Bukit Kepong dan Kalabakan dengan pertahanan negara yang lemah?
Letih saya membaca (dah tak lalu sebenarnya) cerita-cerita dan tuduhan mengarut yang disiarkan blogger-blogger mengenai KD Pari - Fast Attack Craft (FAC) yang tenggelam. Yang anehnya, semua 'tukang karut' tersebut, tidak langsung memiliki apa-apa pengalaman mengemudi kapal mahupun pengetahuan tentang kapal. Kadangkala, geli hati pun ada baca cerita-cerita yang disiarkan.
Kapal Peronda PRC yang kelihatan berhampiran Spratly's Island
Untuk makluman pembaca, setiap detik kemalangan berlaku (tak kira di mana jua) berpunca daripada pelbagai faktor (mekanikal dan human error) dan tidak terkecuali kepada KD PARI. Insiden separa tenggelamnya KD PARI berlaku sewaktu krew kapal hendak memenuhi keperluan tugas untuk melindungi perairan Malaysia daripada dicerobohi oleh kapal People's Republic of China (PRC).
Jatuhnya pesawat dari angkasa, tenggelamnya kapal (termasuk KD PARI), perlanggaran kenderaan dan sebagainya bukanlah satu insiden yang pelik. Ianya berlaku mengikut kehendak qada dan qadar Illahi jua, Apa yang pasti, diyakini pihak TLDM akan melaksanakan siasatan terperinci bagi menentukan punca sebenar kemalangan KD PARI.
Yang pelik dan anehnya, belum sempat pihak TLDM membuat siasatan terperinci, ada bloggers pro-pembangkang yang berkepentingan seolah-olah kemaruk untuk mensensasikan insiden ini. Pihak bloggers ini pula mendapat maklumat daripada individu yang bersifat anti-establishment dengan motif untuk discredit TLDM. Usahlah kita jadikan TLDM sebagai sasaran atau punching bag untuk memenuhi kepentingan peribadi dan politik. Apa jua keadaan, TLDM sebagai organisasi yang profesional dan komprehensif akan terus kredibel dan relevan dalam mempertahankan perairan negara.
Syabas dan Tahniah! kepada 9 Pegawai (terutama Pegawai Memerintah) dan 27 anak kapal KD PARI yang telah berjaya merapatkan kapal tersebut di jeti Pulau Layang-Layang dalam keadaan kapal yang amat kritikal. Kejayaan ini adalah hasil daripada tindakan pantas dan kecekapan krew kapal KD PARI termasuk bantuan penyelam TLDM yang mengapungkan kapal tersebut dengan menggunakan lifting bag. Tindakan ini turut mempamerkan tahap kompetensi, semangat juang dan kebertanggungjawaban untuk menyelamatkan harta kerajaan yang terhasil melalui latihan dan disiplin yang tinggi.
p/s: saya teringat kisah pemilik Honda Civic yang menampal keseluruhan keretanya dengan stiker mengutuk pihak Honda Malaysia ekoran breknya yang gagal berfungsi. Kebarangkalian kereta baru untuk rosak adalah mustahil. Tetapi, takkanlah kerana sebuah kereta, Honda keseluruhannya hendak disalahkan.. Saya punya ok je....
Busuk gila berita dari blog pembangkang. Yang tak tau pasal ketenteraan pun boleh sembang macam pakar. Sama la macam Prof Sayur Aziz Bari, entah bila jadi pensyarah sejarah sedangkan mengajar subjek undang-undang je.
Beginilah keadaannya ketika Anwar Ibrahim, Ketua Pakatan Pembangkang yang bertaraf Anu Ghairah Tuhan mengadakan Program Ceramah Perdananya di negeri kelahirannya pada 17 September lalu:
Program ceramah fitnah dan adu domba itu bukan sahaja tidak mendapat sambutan rakyat, bahkan kepimpinan negeri juga tidak hadir! Dikhabarkan tidak sampai 500 orang yang hadir dan kebanyakannya mula pulang apabila Anwar buka mulut. Kasihan...
Mengikut sumber akar umbi MyMassa, Guan Eng telah memilih untuk menemani papanya ke Singapura bagi menghadap tuan besar mereka di sana daripada bersama Anwar malam itu. Dan ini telah menyebabkan Anwar cukup bengang dengan Guan Eng dan DAP! Sebab itulah baru-baru ini Anwar boleh pula sokong Hudud Taliban ala PAS.
Namun, ketika program kayuhan Amal 1Malaysia YAB PM semalam, bukan setakat rakyat Pulau Pinang memberikan sambutan yang meriah, bahkan Guan Eng sendiri dengan tidak malu menempel muka untuk turut serta dalam program tersebut! Apakah ini bermakna DAP tidak lagi mengiktiraf Anwar sebagai Pemimpin Superior mereka?!!
Dan bukan setakat itu, beberapa ADUN dan wakil rakyat pembangkang juga telah bersungguh-sungguh menyelitkan diri mereka bagi menumpang glamor YAB PM sehingga menimbulkan kekecohan.
Apakah ini petanda jelas daripada DAP dan pemimpin liberal pembangkang yang sudah muak dengan politik hudud basi PAS sehinggakan berebut-rebut pula untuk menyertai program YAB PM dan BN?!! Terus-terang cakaplah, kami sebenarnya menjangkakan PAS yang akan keluar pembangkang apabila isu hudud ini timbul, tapi sudah ketentuan Allah SWT, DAP pula yang nampaknya bakal angkat kaki!
***Kalau hati dah menyampah, macam-macam alasan diberi untuk elak daripada bersua muka...
Jika kita masih ingat inilah propaganda yang dimainkan sebelum PRU ke-12 yang lalu. Tujuan mereka hanyalah satu iaitu supaya ketika pilihanraya diadakan, rakyat bangun membantah dan membuat undi protes terhadap BN. Dan ianya telah berjaya sehingga Pakatan Rakyat menang di lima buah negeri. Mungkin kebanyakkan rakyat tidak mengetahui sangat siapa yang sebenarnya mengawal harga barangan jika tidak peniaga-peniaga Cina yang didalangi oleh DAP! Sebab itu mereka kerap memainkan isu harga barang ini supaya pengundi dapat menyebelahi mereka!
Dan ketika kerajaan cuba membantu rakyat yang berpendapatan rendah mengurangkan beban belanja harian mereka, timbul pula seorang manusia bernama Tan Sri William Cheng iaitu Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) bersuara mengkritik kedai 1Malaysia.
Sebagai seorang Presiden ACCCIM, sepatutnya beliau bertindak menegur DAP dan bukannya mengkritik kerajaan dengan projek kedai 1Malaysia! Cheng mendakwa kedai 1Malaysia menjejas peruncit biasa, yang mungkin ditujukan kepada peruncit berbangsa Cina.
Cheng dipetik sebagai berkata, langkah kerajaan mewujudkan kedai-kedai 1Malaysia itu sedikit sebanyak menjejaskan operasi peniaga-peniaga runcit kecil di bawah naungan ACCCIM. Dakwa Cheng, kerajaan perlu berlaku adil dengan membekalkan produk harga patut yang sama kepada 30,000 kedai runcit sedia ada supaya mereka mampu bersaing.
Pertanyaan penulis kepada Cheng pula adalah jika kerajaan berlaku adil kepada 30,000 kedai dibawah payung ACCCIM, adakah ianya dapat memenuhi tuntutan DAP dan Pakatan Pembangkang supaya harga barangan harian dapat diturunkan! Adakah mereka akan menjual barangan yang dibekalkan mengikut harga kedai 1Malaysia?
Dan satu lagi pertanyaan kepada Cheng adalah bagaimanakah harga barang-barang yang dikenakan kepada peruncit-peruncit ACCCIM dari pemborong-pemborong sedia ada berbanding dengan harga yang dikenakan kepada peruncit-peruncit melayu! Adakah ianya sama? Buat pengetahuan Cheng peruncit-peruncit kecil Melayu peniaga kecil Melayu sebenarnya bergelut kerana keuntungan diboloti oleh pemborong yang kebanyakan mereka berbangsa Cina.
Buat pengetahuan, pekedai-pekedai yang cuba dilindungi oleh Cheng itu sebenarnya menjual barangan dengan harga yang ada kalanya tidak masuk akal, sehingga ada yang berani menyorok bagi memberi tekanan supaya kerajaan menaikkan harga barangan tertentu.
Malah ada peruncit-peruncit kecil Melayu mengadu, harga borong yang diperoleh mereka berbeza harga dengan pekedai lain yang sebangsa dengan pemborong itu. Jadi, peruncit Melayu hanya akan untung kecil saja atau tak untung langsung jika harganya terpaksa diselaraskan dengan kedai pesaing tadi. Mungkin William Cheng tidak menyedari akan berlakunya hal-hal seperti ini? Ataupun tahu, tetapi buat-buat tak tahu?
Cuba bayangkan jika kedai 1Malaysia dapat menjual barangan 30~40% yang jauh lebih murah dari harga pasaran sekarang, berapakah keuntungan yang didapati oleh peruncit-peruncit dibawah naugan ACCCIM jika menjual barangan yang sama?
Penulis amat bersetuju agar kedai 1Malaysia ini dapat diperluaskan keseluruh negara dengan seberapa segera yang dapat. Maklum balas yang penulis terima dari kedai 1Malaysia ini memang mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat. Harga berpatutan dengan barangan yang berkualiti.
Malah berita terkini yang baru penulis terima mengatakan bahawa lebih banyak Kedai 1Malaysia akan dibuka di seluruh negara termasuk di daerah-daerah bagi membolehkan orang ramai mendapat bekalan barang-barang keperluan dengan harga yang murah dan berpatutan.
Pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai bagi mewujudkan kedai-kedai tersebut. Sebanyak 60 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan di seluruh negara tahun depan. Sebanyak 25 buah kedai seumpama itu akan diwujudkan sebelum akhir tahun ini.
Yang pasti Kedai 1Malaysia ini dilihat dapat memberi pilihan kepada orang ramai untuk mendapatkan bekalan barang-barang keperluan mereka dengan harga lebih berpatutan!
AWAS!!! INI ADALAH CONTOH PROPAGANDA POLITIK MURAHAN YANG DIGUNAKAN OLEH DAP DAN PAKATAN PEMBANGKANG UNTUK MERAIH UNDI BAGI MENDAPATKAN KUASA. MEREKA SEBENARNYA BERSEMBUNYI DISEBALIK KEKUATAN EKONOMI YANG MEREKA KUASAI!!
Suara Politik Taminsari
You are subscribed to email updates from Belantan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Negeri yang mengaku sebagai serambi makkah sekali lagi mencatat rekod baru, kalau dulu negeri yang nik aziz kata tempat turunnya wahyu ni menduduki ranking pertama penghidap HIV AIDS di malaysia, semalam kita di kejutkan dengan berita, beribu-ribu naskah al-quran di buang di kandang lembu di sebuah kampung di bachok kelantan.
Mana perginya kesedaran pemimpin pas tentang kesucian al-quran ini? mereka mesama tarafkan al-quran dengan lembu dikandang, masyaallah.... tapi kita tak hairan kalau al-quran mereka sama tarafkan macam lembu, kalimah ALLAH pun mereka boleh gadaikan untuk kristian pakai, inikan pulak al-quran yang hanya di perbuat dari kertas...
Level pemikiran atau IQ penyokong pembangkang memang rendah, aku rasa beruk chimpanzee pun lebih cerdik dari puak-puak ni, hari tu ceramah pas di seremban tak dapat sambutan mereka salahkan perkas,malah ada seorang tu, mak dia pregnant pun dia kata ini perkasa punya pasal.
Tengok komen-komen dalam portal anti islam dan anti melayu, malaysiakini, berita gereja di serang bom di solo jawa tengah pun mereka salahkan perkasa. ada je jalan mereka untuk mengaitkan perkasa, ada yang menyokong pulak tu...
Nah korang baca sendiri komen-komen bodoh dari penyokong pembangkang yang sedia bodoh ni...
TPM Muhyiddin bersama-sama rakyat di dun meru, pada 23/09/2011.
Sebanyak 6.5 juta peruntukan yang kerajaan persekutuan berikan untuk sekolah-sekolah agama dan mahaad tahfiz di negeri selangor, kerajaan pakatan haram bagi berape?
Antara sekolah dan mahaad tahfiz yang menerima sumbangan terbanyak dari kerajaan persekutuan.
Geng-geng basikal antik
Dr rani sengaja mencari publisiti murahan, muhyiddin antara pemimpin bn yang di benci oleh dr.rani, tapi lihatlah banner ini, dia sengaja buat banner untuk claim milage, kononnya atas usaha dia, tpm datang dan bagi sumbangan.
Pagi ini ketika sedang mengikuti sesi perbincangan tentang maqasid syaraiah bersama Dr Farid dari UIAM panglima mendapati ulasan menarik beliau yang selari dengan bahan yang ada di laman pro Pas di Tranungkite.
Dalam laman tersebut disebut bahawa saidina umar menggugurkan had(hukuman) mencuri pada tahun yang dinamakan tahun kelaparan. Kerana disitu adanya syubhat...
ini adalah ijtihadnya...... dan ijtihad ini adalah bersesuaian dengan bermaksub: elakkan hudud apabila wujudnya syubhat dan juga..... jauhkanlah hudud apabila kamu dapati padanya yang boleh menolaknya....
Anda juga perlu sedar dalam suasana perkongsian kuasa antara parti berbagai agama dalam BN adalah mustahil untuk Umno dibenarkan melaksanakan hudud oleh rakan dalam BN. Ini kerana perbezaan agama antara parti komponen menghalangnya.
Namun dalam masa yang sama maqasid syariah (tujuan syariah) tetap terpelihara sehingga agama,nyawa,keturunan, harta dan akal dijaga dengam baik hingga hari ini oleh Pemerintah.
Jika Pas ikhlas mahukan hudud mereka perlu bersama Umno dalam menerajui Malaysia bukan menentangnya.
Juga perlu ditanya kenapa Presiden Pas Hj Hadi pernah mengatakan hudud adalah 0.001 dari syariah Islam ketika menang pada tahun 1999?
Adakah perkataan beliau sudah dimansuh atau masih terpakai?
Akhir sekali jika hudud dijalankan maka kes zina pernah dikenakan hudud walaupun tanpa 4 saksi. Ia berlaku pada anak Saidina Umar ra bernama Abu Syahmah yang mati selepas disebat 100 kali sebatan.
Jelas ia membatalkan pandangan yang mengatakan tidak ada hudud jika tidak ada 4 saksi kerana kaedah lain seperti qarinah dan pengakuan juga diterima dalam perundangan Islam.
Pernah seorang perempuan turut dikenakan hudud walau tiada saksi selepas beliau mengaku melakukan zina kepada Nabi saw.
Dengan kemajuan teknologi zaman sekarang seperti DNA,CCTV dan Alat Kesan Penipuan boleh diguna dalam perundangan.
Satu info telah diperolehi bahawa artis-artis kita telah menandatangani memorandum tentang gagasan 1Malaysia.
Mereka telah berkumpul di Banghuris Homestay Sepang dan telah pun bertemu Setiausaha Politik PM Datuk Shahlan.
Mereka juga telah berkumpul dibawa dengan bas JPM ke sana. Khabarnya lebih sejam mereka bertemu dalam sesi tertutup bersama SU Politik PM Datuk Shahlan dua hari lepas.
Lihat gambar mereka tandatangan papan tentang gagasan 1Malaysia.
Suspen ?
Saja ditulis begitu untuk tarik minat anda datang ke sini.
Perkataan di 'tentang' di atas bermakna berkenaan/berkaitan bukan 'bangkang'...
Alhamdulillah gagasan 1Malaysia rupa-rupanya sangat disokong oleh artis yang boleh anda lihat tandatangan mereka di bawah ini.
Meskipun mereka orang muda tetapi 35 artis muda yang hadir ke program seniman prihatin 1Malaysia anjuran btn dan finas di Banghuris Homestay Sepang sangat teruja untuk menzahirkan sokongan kepada 1Malaysia di signature board.
Panglima juga sempat meninjau program tersebut. Artis sangat gembira dapat mendengar penjelasan 1Malaysia dari mulut 'arkitek' utamanya Setiausaha Politik PM Datuk Shahlan sendiri selain dari ucapan KP BTN semasa acara perasmian. TKP FINAS juga turut hadir acara perasmian tersebut.
Ramai yang datang seperti Iqram Dinzly, Sabhi Saddi, Maulana, Dottie, Ekin AF, Maulana AF, dan lain-lain.
sedang makan nasi ambeng (nasi orang jawa) semalam
Turut hadir Adi dan Ila (Mentor) seperti gambar di bawah :
Adi dan adiknya Ila (Mentor) siap untuk sukan bersama penduduk kampung
Artis yang datang memberitahu mereka puas hati dapat bersama penduduk kampung. Dalam masa yang sama mereka diberi penjelasan kepentingan 1Malaysia kepada negara.
Mereka fahan tanpa 1Malaysia tentu masyarakat akan bergaduh dan berlakulah huru-hara. Semua akan hidup susah tak dapat kerja dan cari wang untuk makan.
Lihat tandatangan mereka yang menyokong 1Malaysia di bawah :
Turut hadir Puteri Umno yang mengadakan klinik pemeriksaan kesihatan percuma sebanyak 2 unit Exora kepada orang kampung.
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.
Bagaimana Anwar boleh mengambil seorang yang bukan pakar untuk membela kesnya? Apakah McDonald diambil kerana kelayakan atau sekadar saksi yang mudah dibayar oleh mana-mana pihak bagi membela mereka yang tidak sepatutnya. Dr McDonald ketika itu menjadi saksi pembela kepada Robert Charles Bropho, dalam kes BROPHO vs THE STATE OF WESTERN AUSTRALIA.
Bropho adalah seorang warga Australia yang didakwa seorang lelaki gila seks dan perogol bersiri gadis bawah umur yang selalu membayangkan dirinya sebagai 'bayangan Martin Luther King'.
Dalam pembelaan itu, McDonald mengemukakan kepada mahkamah berkenaan teori keputusan DNA dan statistik DNA dalam menentukan status bapa kepada kanak-kanak.
Ketua Hakim Daerah (District Chief Judge), Bruce James Hamilton Goetze (Goetze), menolak keterangan McDonald dengan merumuskan keterangan dan bukti DNA yang ditampilkannya tidak boleh digunapakai sebagai bukti di mahkamah kerana beliau bukan pakar sebenar dalam bidang tersebut.
McDonald bukan pakar DNA. Pakar pembohong macam Anwar Ibrahim juga.
Hakim Goetze berkata Dr McDonald mendakwa dirinya sebagai "Perunding Genetik Molekul", namun beliau hanya mempunyai pengetahuan asas dan tidak mempunyai kelayakan akademik dalam bidang tersebut.
Katanya, McDonald tidak mempunyai kelayakan atau latihan dalam bidang genetik populasi serta tidak mempunyai kelayakan atau latihan dalam bidang statistik genetik.
Goetze berkata beliau tidak tahu dari siapa dan bagaimana McDonald memperolehi 'kepakaran sebenar' di dalam DNA dan genetik molekul dan beliau juga tidak tahu apa yang Dr McDonald 'pakar' berkenaan DNA, genetik dan statistik populasi.
McDonald mendakwa sebagai Fellowship dari Pertubuhan Genetik Manusia (Human Genetics society), namun perlembagaan dan undang-undang pertubuhan tersebut tidak pernah memperuntukkan jawatan Fellowship.
Kata hakim, jika benar sekalipun beliau adalah Fellowship, tetapi bukti yang dihasilkannya masih belum cukup untuk membantu fakta.
Kata hakim itu lagi, McDonald seharusnya memberitahu bentuk latihan yang dipelajari secara jelas dan tidak mengharapkan mahkamah menerima bulat-bulat kepakaran yang didakwanya. Ini penting kerana dakwaannya bahawa beliau mempunyai Fellowship dari Pertubuhan Genetik Manusia, hakikat sebenarnya, jawatan itu tidak wujud.
Maka dengan kesimpulan itu, mahkamah tidak yakin dengan keterangan lisan dan kenyataan McDonald dan seterusnya membuat keputusan menolak keterangan tersebut. (Sumber AIDC)
Gambar Anwar dengan Azwan ini menimbulkan seribu satu persoalam. Apakah yang diperbincakan mereka setelah Anwar diasak teruk dengan kakak sulung Azmin dan pendedahan berani yang dibuat oleh Ummi Hafilda.
Sebelum ini, kira-kira 14 jam lalu, Azwan telah twitt Anwar bersama dengan foto mereka, "Slm. @anwaribrahim n Azwan Ali ! This 2 really Rocking the world ya! Aminnnn wt people say", kata Azwan.
"Tq-good meetg", balas Anwar yang memberitahu foto itu dirakam semasa program perjumpaan mereka. Azwan Ali adalah personaliti tv merupakan adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan juga merupakan abang kepada Ummi Hafilda, saksi penting kes liwat I, bekas Timbalan Perdana Menteri, kira-kira 13 tahun lalu.
Ada mesej jelas ingin disampai oleh mereka dalam foto dan kata-kata di atas serta seolah-olah tersembunyi satu strategi baru yang dirangka bersama, bakal mereka lakukan selepas ini. Sumber AIDC.
Pendekatan yang diambil oleh pihak kerajaan dengan memperluaskan rangkaian kedai 1Malaysia amat dinanti nantikan oleh rakyat.
Kita semua sedia maklum,inilah satu cara untuk menghalang sabotaj ekonomi untuk menjatuhkan kerajaan oleh para pemborong dan peniaga cina yang terkenal dengan sikap tamak dan menekan rakyat.
Adalah tidak mengejutkan apabila baru baru ini Tan Sri William Cheng iaitu Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) mengkritik kedai 1Malaysia.Sedangkan sebelum ini mereka tidak pula mengambil inisiatif untuk membantu rakyat dalam mengurangkan harga kos barang.
60 kedai 1Malaysia menjelang 2012, mudahkan pengguna dapat harga murah
BERA 26 Sept. - Sebanyak 60 kedai 1Malaysia akan diwujudkan di seluruh negara menjelang tahun depan bagi membolehkan orang ramai mendapat keperluan harian dengan harga lebih murah.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mengenal pasti beberapa lokasi yang sesuai untuk mewujudkan kedai tersebut.
"Antara lokasi yang dikenal pasti di Pahang ialah di Bera, Kuantan dan Pekan.
"Bagaimanapun, sehingga kini sebanyak 25 kedai akan beroperasi sebelum akhir tahun ini dengan empat daripadanya telah pun dibuka," katanya kepada pemberita ketika berucap di Majlis Hari Raya Peneroka Felda Tembangau 2 di sini, semalam.
Sementara itu, menurut Ismail Sabri, kerajaan turut menyasarkan sebanyak 1,000 kedai makan menu 1Malaysia dan 500 kedai harga patut diwujudkan di seluruh negara sehingga akhir tahun ini.
Tambahnya, beliau menafikan pembukaan kedai-kedai seperti itu akan menggugat kedai sedia ada.
"Semua terpulang kepada pengguna untuk membuat pilihan dan kewujudan kedai-kedai ini adalah untuk memberi kemudahan kepada pengguna bagi mengurangkan kos sara hidup mereka," katanya.-Utusan
Pisau kata "kedai 1 malaysia buat pakatan hilang modal untuk main politik perutism"
Menarik sekali apabila Pisau berkesempatan bersama seorang pemimpin PAS Pusat,beliau adalah penyokong kuat Nik Aziz di sebuah hotel(pisau namakan beliau datuk S) , kami berbual dan banyak persoalan diluar sana terjawap mengenai tindakan Nik Aziz berjaya dirungkai, kenapa dan mengapa gendang Hudud berbunyi semula .
Sebaik saja muktamar tamat,PAS mula bercakap mengenai negara kebajikan dan dalam masa yang sama mereka berubah prinsip hingga perjuangan sama seperti kehendak Malaysian Malaysia.
PAS seolah sudah berpatah arang,walaupun Nik Aziz dilihat secara berseorangan bercakap mengenai hudud namun suara Mursyidul Am ini punyai pengaruh yang kuat didalam parti mengatasi pengaruh presiden.
Perbualan kami pada mulanya berkisar mengenai sambutan hari raya,kemudian mengenai keluarga dan setelah itu barulah bercakap mengenai isu isu semasa yang hangat diperkatakan.
Kata Datuk S, PAS Kelantan jauh beza dengan PAS dinegeri lain,sebenarnya hukum hudud adalah kehendak Nik Aziz sendiri sejak dari dulu hinggalah sekarang dan menurut beliau isu ini ketika dibangkitkan semula bukanlah satu polemik politik seperti mana yang digembar gemburkan.
Pisau bertanya kepada Datuk S mengapa semasa konvensyen pakatan tidak lama dulu kelihatan PAS begitu bersetuju hingga menandatangani kesepakatan bersama DAP dan PKR hingga sanggup membuang hudud.Menurut beliau dalam masjlis seperti itu,mahu tidak mahu,PAS sama sama mahu menunjukkan kesepakatan walaupun realitinya tidak sama sekali.
Ia tak lebih daripada satu lakonan oleh presiden parti untuk mengambil perhatian pengundi bukan melayu dan bukan Islam yang menyokong kuat DAP dan PKR."Jadi ,datuk setuju ka ini semua pembohongan?" Datuk S " ini bukan pembohongan Pisau,ini semua cara bagaimana kita nak perolehi sokongan,gaya dan taktik perlu kena pada cara,dalam perang rasullulah pun buat perkara yang sama"
Dalam pada itu menurut Datuk S,sebenarnya PAS tidak memerlukan DAP dalam pentadbiran Kelantan untuk melaksanakan hudud,maka sebab itulah Nik Aziz berasakan beliau tidak perlu mengambil pandangan daripada rakan pakatan memandangkan di Kelantan ,PAS mampu untuk berdiri diatas kaki sendiri. Nik Aziz pernah berkata kepada beliau "Jika PAS hendak keluar begitu saja daripada pakatan nanti rakyat nampak tidak elok dan tak manis maka hal ini akan diperhalusi"
Datuk S berkata,isu Guan Eng dan rakan rakan DAP mengugut untuk keluar dari pakatan langsung tidak memberi kesan terhadap rancangan Nik Aziz.Memandangkan hudud adalah hidup mati PAS di Kelantan maka ia dilihat amat penting survival mereka di negeri itu.
Dalam pada itu Nik Aziz dikatakan begitu tidak menyenangi tindakan DAP terhadap isu bacaan quran pada waktu subuh kerana menurut Datuk S,memang wujud tangan ghaib dari DAP yang merencanakan tindakan tersebut. Malah Nik Aziz turut melahirkan rasa kurang senang mengenai isu gereja di Selangor.
"Jadi selama ni kenapa Nik Aziz cakap lain didepan media tok" ?? Jawab Datuk S,"ini semua politik ,Kamu harus faham Nik Aziz cukup halus permainan politiknya isu besar baru baru ini pun ada juga dia mendiamkan diri."
"Datuk,bagaimana pula isu Mat Sabu dengan komunis tu?" Jawab Datuk S," ini satu lagi bala kepada PAS, isu ini menyebabkan perpecahan yang teruk dikalangan penyokong PAS di mana terdapat ramai tokoh PAS yang tidak bersetuju dengan kenyataan Mat Sabu berhubung peristiwa Bukit Kepong." " PAS kehilangan sokongan umat Islam dan melayu kerana isu komunis,bukan senang nak perbaiki apa yang Mat Sabu buat,road tour ceramah seluruh negara sampai sekarang dia dok pertahankan komunis,ini semua kerja bodoh,Mat Indera tu hanya alasan,video pun dah ada nak kalih kot mana lagi,fakta sejarah jangan dibuat main,sentimen orang melayu jangan disentuh.Hilang undi nanti"
"Jadi yang ada semasa sidang media dengan Tok guru Hj Hadi dan yang lain lain tu cuma lakonan kah datuk?" Datuk S " biasalah ini semua game politik ,kamu harus perhatikan apa yang berlaku yang tersiratnya harus diperhatikan bukan yang tersurat"
"Banyak juga lakonan dalam politik PAS ni datuk?" jawab Datuk S " inilah politik,kamu kena tengok dan belajar bagaimana jemaah dan ulama kita bersilat"
Dalam hati Pisau terpikir,boleh tahan jugak taichi kaum puak ni..Pisau dan Datuk S order lagi minum makin rancak bila dah mula buka cerita Mat Sabu.
"Kenapa sekarang baru timbul mengenai hudud tok?", menurut Datuk S "sebenarnya Nik Aziz ingin menjaga kepentingan dan mengekalkan PAS di Kelantan sahaja,PAS di negeri lain adalah berbeza dimana contohnya di Selangor dan Kedah PAS perlukan kerjasama DAP untuk meraih kerusi majoriti."
"Datuk,tak nampakkah tindakan ni PAS bakal kehilangan kerusi dan paling teruk akan kehilangan negeri sebab kita tahu DAP pasti takkan setuju dan akan bertindak keluar dari pakatan", Datuk S " kamu harus faham ,Nik Aziz sanggup kehilangan kerajaan negeri Kelantan sekiranya semasa beliau memerintah beliau tidak dapat melaksanakan hukum hudud sedangkan beliau boleh melakukan kerana beliau tidak mahu menanggung dosa yang berpanjangan"
Dalam perbualan Pisau bersama Datuk S,banyak perkara didedahkan dan ada juga perkara yang tidak perlu didedahkan disini memandangkan belum sampai masanya.
Kesimpulannya,walaupun Nik Aziz kelihatan tidak tetap pendirian namun Pisau berasakan jika Nik Aziz mahu meneruskan niat beliau,maka kita harus menyokong ,tapi jangan la bila Karpal & Kit Siang berdehem pi tarik handbrake pulak.
* Islam PAS Kelantan lain,Islam PAS Kedah lain,Islam PAS di Selangor pun lain jugak,Sebab Nik Aziz cuma nak Kelantan menang!
Pisau kata " banyak skandal rupanya orang PAS ni..."
Seperti yang didedahkan sebelum ini:klik sini dan sini , ternyata CAT Lim Guan Eng hanya lebih banyak berbohong daripada bercakap benar,tiada ketelusan dan tidak mengamalkan akauntabiliti.
Sana sini Guan Eng berbohong dari Sarawak hinggalah ke Australia,bohongnya tidak berhenti disitu saja malah beliau melakukan fitnah untuk menutup penyelewengan yang dilakukan oleh regim DAP.
Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perjanjian projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) di Relau, yang didakwa merugikan rakyat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan, berkata pembinaan SPICE di tapak Pusat Arena Antarabangsa Pulau Pinang (PISA) itu dilihat hanya memberi kelebihan dan keistimewaan kepada pemaju iaitu, Eco Meridian Sdn Bhd. Katanya, satu laporan berhubung perkara berkenaan akan dibuat secara rasmi kepada SPRM oleh Pemuda BN Pulau Pinang dalam masa terdekat.
"Terlalu banyak keistimewaan diberikan kepada pihak pemaju projek terbabit dan ia menimbulkan persoalan kerana ada di antara syarat perjanjian yang ditandatangani pada 19 Ogos lalu akan menyebabkan hasil berjumlah RM488 juta yang sepatutnya dinikmati rakyat Pulau Pinang hilang begitu saja.
"Kami juga mempunyai alasan yang kukuh terdapat perjanjian yang boleh dipertikaikan yang membabitkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), kerajaan negeri dan pemaju, jadi kami mahu SPRM menyiasat perkara ini," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan mesra di Pasar Taman Chai Leng, dekat sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Penerangan BN Pulau Pinang, Datuk Dr Loga Balan Mohan.
Dr Teng yang juga Pengerusi Gerakan Pulau Pinang berkata, BN turut meragui penjualan tanah di kawasan pembinaan SPICE kerana ia dijual lebih murah daripada harga pasaran semasa kepada pemaju bagi tujuan pembinaan sebuah hotel. "Tanah itu dijual dengan harga RM100 kaki persegi sedangkan harga pasarannya adalah RM300 kaki persegi, kenapa ia dijual dengan harga murah? Ini menimbulkan persoalan yang harus dijawab pihak berkenaan," kata beliau.
Katanya, beberapa syarat dalam perjanjian itu juga memberi kelebihan kepada pemaju antaranya ialah pemberian tambahan 1,500 unit rumah kepada pemaju yang bakal menyebabkan rakyat negeri ini kehilangan RM450 juta.
"Rakyat juga bakal mengalami kerugian lebih RM10 juta berikutan tindakan kerajaan menyediakan tanah secara percuma kepada pemaju bagi membina sebanyak 450 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah bersaiz tidak lebih 650 kaki persegi berharga minimum RM72,500, syarat itu jelas merugikan rakyat," katanya.
Beliau berkata, BN memperjuangkan isu berkenaan kerana ia merugikan penduduk Pulau Pinang dan hanya menguntungkan pemaju semata-mata.
"BN juga terima pelbagai maklum balas kurang senang daripada rakyat berhubung projek itu dan sebagai rakyat negeri ini, kami sudah tidak boleh bersabar dengan tindak tanduk kerajaan negeri dalam mentadbir negeri ini," katanya. - BERNAMA
Mat Sabu sebenarnya berada dalam keadaan yang gusar gundah gulana,kerana jika hudud dilaksanakan sudah pasti beliau akan dikenakan tindakan setelah melakukan selingkohan bersama isteri orang.Ini kerana jika berjaya dilaksanakan hudud,ia amat berbeza dengan hudud versi khawarij PAS,hudud yang sebenar yang berlandaskan Al-quran pasti akan mengenakan tindakan terhadap kerja ngentot beliau bersama isteri orang.
Bukan sekali tetapi 2 kali,beliau dikhabarkan turut berselingkoh dengan seorang ustazah PAS di Kuala Kedah.Bagi kaum puak PAS yang berasa muskil sila sila rujuk dengan kawan kawan PAS kawasan di sana, gerangan siapakah Mat Sabu berselingkoh hingga mencetuskan kegawatan PAS di Kuala Kedah.Buktinya hinggakan pencalonan dan undi dari Kuala Kedah tidak diberikan kepada Mat Sabu semasa muktamar yang lepas.Ini semua kerana sipendek komunis ini dikatakan gagal untuk mengawal serakah apabila melihat yang putih putih dan yang gebu.
Mat Sabu bercakap soal keris Umno makan tuan disebabkan isu hudud,tapi dia lupa si keris ini tak pernah menghalang hudud,sebaliknya menghalang hudud versi khawarij yang semua orang tahu tidak menepati syarak.
Sudah sudahlah spin isu hudud,kalau nak buat sila teruskan tak ada siapa nak bantah,benda baik apa salahnya,tapi janganlah dipolitikkan bila hampir dengan pilihanraya.
Pisau kata " Karpal dah kawtim dengan Nik Aziz,lu lambung wa libas,sama sama ada untung"
Biasalah ,kaum puak haprak pakatan berjanji syurga,bulan dan bintang.Tapi bila dah jadi kerajaan apa diaorang buat?
Yang diaorang tau fitnah,bohong,belit,fitnah,bohong,belit itulah zikir tiap hari,pom pang pom pang last sekali apa pun tarak.
Pengerusi ANAK si Mazlan apa dia tau?bohong banyak perbodohkan peneroka,pakat dengan peguam sapu duit juta juta .Itu saja kerja yang dia tau.Awat dia tak pi desak kerajaan haprak pakatan mintak tanah untuk orang muda.Yang dok kacau tanah Felda buat apa?
Pembangkang dicabar sediakan tanah untuk generasi muda
BERA 25 Sept. - Kerajaan Pas Kelantan dan Kedah dicabar menyediakan tanah kepada generasi muda di negeri itu bagi mengelakkan rakyat mereka bertaburan mencari rezeki di tempat lain.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, negeri berkenaan yang berkuasa terhadap tanah perlu menjadi perintis kepada usaha meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat yang kebanyakannya miskin.
Menurut beliau, masih ramai orang muda dari Kelantan dan Kedah yang berhijrah ke negeri lain bagi mencari pekerjaan kerana di negeri sendiri tiada tanah disediakan untuk diusahakan bagi menambahkan pendapatan mereka.-utusan
Pisau kata "tanya wali selipar dia janji syurga,pi tanya ostad zizan nanti dia kata tak tau "
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
Sudah empat hari agenda daily dan tiga hari blog papagomo melaporkan tentang pengakuan saya yang menyatakan saya yelah menonton video ke dua yang membabitkan seorang lelaki yang saya yakin ianya Anwar Ibrahim bersama perempuan Thai.
Yang sebenarnya saya tidak berniat untuk menulis apa yang saya lihat atas beberapa faktor yang tidak perlu saya jelaskan di sini. Jika saya nak tulis sudah lama saya tulis kerana telah empat bulan saya menontonnya.
Tetapi oleh kerana sehari dua kebelakangan ini saya menyampah melihat gelagat Nurul Izzah yang meroyan apabila SKMM mengarahkan klip video undilah ditarik balik. Alang-alang dia nak bercakap pasal video , maka saya rasa lebih baik saya bercerita tentang apa yang saya lihat dalam klip video yang memaparkan seorang lelaki yang saya yakin itu papanya.
Nurul Izzah meroyan sebab dalam klip video undilah ada memaparkan gambarnya. Dasar gila glamor punya manusia. Punca sebenar klip video berkenaan ditarik balik untuk siaran tv kerana belum lagi mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem. Tetapi anak Anwar meroyan bagai nak rak dan berkata SKMM diperkuda demi permainan politik seorang menteri yang sudah jelas ketinggalan zaman, yang semakin hilang ditelan arus pemodenan corak politik tanah air.
Sekarang mari saya cerita pula kisah seorang ahli politik yang menghadapi masalah moral yang teruk sejak zaman-berzaman dan memperkudakan rakyat hanya semata-mata gila hendak jadi PM.
Saya telah menonton video berkenaan di Hadyai pada minggu terakhir bulan Mei 2011 ketika saya ke sana menemani isteri untuk membeli barang-barang perniagaannya. Ianya ditunjukkan oleh seorang rakan warga Thai.
Saya difahamkan video berkenaan di rakam di sebuah hotel yang bukan bertaraf lima bintang di Bangkok.
Ianya bermula dengan lelaki yang berpakaian kemas yang wajahnya sebiji seperti Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik berkenaan dari pintu bilik bersebelahan (connecting room). Terdapat dua perempuan di dalam bilik berkenaan. Saya difahamkan seorang perempuan tukang urut dan seorang lagi pelacur.
Kemudian lelaki yang saya percayai Anwar Ibrahim itu membuka pakaiannya dan memakai 'robe hotel'. Kemudian lelaki tersebut berjalan-jalan sambil memegang telefon tangan. Manakala perempuan pelacur diminta ke bilik sebelah kerana lelaki berkenaan hendak mengurut terlebih dahulu.
Selepas itu lelaki tersebut membuka jubah berkenaan dan tidur meniarap dalam keadaan berbogel, lalu diurut oleh tukang urut wanita berkenaan. Sambil diurut tangan lelaki itu sibuk melayan telefonnya. Mungkin dia sedang menghantar sms atau membalas sms-sms yang dihantar kepadanya atau sedang melayan FB dan mungkin juga sedang tweet.
Boleh jadi juga dia ingin membuktikan kepada isteri atau anak-anaknya dia tidak melakukan sebarang aktiviti tidak bermoral semasa di Bangkok kerana setiap minit atau selang beberapa minit dia sentiasa berada di talian.
Hanya setakat itu yang saya lihat, masa tidak mengizinkan kerana isteri saya sedang menunggu dalam kenderaan dan kami harus pulang segera ke Malaysia. Video tersebut panjang. Ianya memakan masa lebih daripada satu jam. Saya difahamkan selepas aktiviti urut mengurut selesai barulah lelaki berkenaan melakukan hubungan seks dengan pelacur yang sedang menunggu di bilik sebelah.
Saya ada meminta dari rakan berkenaan untuk menyalin video tersebut, tetapi beliau tidak dapat memberinya pada waktu itu dan berjanji akan menghantar kepada saya kemudian. Tetapi sehingga ke hari ini saya tidak menerimanya.
Maknanya video berkenaan tidak ada dalam simpanan saya sepertimana yang diberitahu oleh Papa Gomo. Dari mana beliau ada maklumat yang saya ada video berkenaan saya pun tidak mengetahuinya.
Mungkin beliau cuba serkap jarang atau hendak alihkan perhatian daripada beliau kepada saya. Ini kerana saya difahamkan Papa Gomo yang ada menyimpan video berkenaan , bukannya saya.
You are subscribed to email updates from rbf online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now.
BN perlu selamatkan sekurang-kurangnya 11 kawasan parlimen yang mempunyai majority lebih 50% melayu yang mana selama ini telah diberi kepada MCA dan Gerakan di atas prinsip perkongsian kuasa dan toleransi sesama komponen BN.
JIka pucuk pimpinan BN mengekalkan status quo semangat perkongsian kuasa ini, maka BN harus meletakkan 11 kawasan ini di dalam senarai hitam awal-awal lagi. BN juga harus bersedia dengan kemungkinan menanggung risiko kehilangan kuasa di peringkat federal buat pertama kali dalam sejarah.
Apa guna bersusah payah membuat percaturan yang sudah pasti akan membawa kekalahan? Ia umpama tindakan menyerahkan "teleher" untuk disembelih musuh secara percuma.
Ini tidak termasuk 9 lagi kawasan lagi yang mana Melayu merupakan kaum majoriti walaupun peratusannya tidak sampai 50%. Cuba lihat senarai di bawah:
1. Alor Star (Melayu 62.57 peratus)
2. Padang Serai (Melayu 54.72 peratus)
3. Gerik (73.49 peratus Melayu)
4. Tanjong Malim (51.23 Melayu)
5. Wangsa Maju (Melayu 52.45 peratus dan Cina 39.76 peratus)
6. Bandar Tun Razak (52.73 peratus dan Cina 39.47 peratus)
7. Alor Gajah (Melayu 57.81 peratus)
8. Ayer Hitam (Melayu 56.39 peratus)
9. Tanjung Piai (Melayu 50.16 peratus dan Cina 48.77 peratus)
10. Simpang Renggam (Melayu 54.51 peratus dan Cina 35.24 peratus)
11. Kuantan (Melayu 59.97 peratus)
12. Lumut (Melayu 48.77 peratus dan Cina 38.49 peratus)
13. Batu (Melayu 44.27 peratus dan Cina 40.77 peratus)
14. Selayang (Melayu 44.79 peratus dan Cina 38.24 peratus)
15. Pandan (Melayu 49.34 peratus dan Cina 45.04 peratus)
16. Kelana Kaya (Melayu 41.88 peratus dan Cina 38.72 peratus)
17. Petaling Jaya Selatan ( Melayu 39.62 peratus dan Cina 21.7 peratus)
18. Puchong (Melayu 43.58 peratus dan Cina 40.78 peratus)
19. Tebrau (Melayu 49.34 peratus dan Cina 36.97 peratus)
20. Raub (Melayu 49.12 peratus dan Cina 43.51 peratus)
9 dari 15 kerusi yang dimenangi MCA dan kesemua 2 kerusi yang dimenangi Gerakan pada PRU12 yang lalu adalah di kawasan dominasi melayu. Jika tanpa bantuan dan ehsan pengundi melayu, nescaya MCA hanya menang 6 kerusi sahaja, manakala Gerakan pula akan senasib dengan PPP.
Jika BN tidak menggunakan formula ini pada PRU12 yang lalu, mungkin hari ini BN masih memegang 2/3 majoriti di parlimen. Cuba lihat senarai kerusi yang di menangi oleh MCA dan Gerakan seperti di bawah;
MCA;
1. Alor Star (jumlah pengundi Melayu 62.57 peratus)
2. Lumut (jumlah pengundi Melayu 48.77 peratus manakala Cina 38.49 peratus)
3. Tanjong Malim (jumlah pengundi Melayu 51.23 peratus)
4. Pandan (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 45.04 peratus)
5. Alor Gajah (jumlah pengundi Melayu 57.81 peratus)
6. Ayer Hitam (jumlah pengundi Melayu 56.39 peratus)
7. Tebrau (jumlah pengundi Melayu 49.34 peratus manakala Cina 36.97 peratus)
8. Tanjung Piai (jumlah pengundi Melayu 50.16 peratus manakala Cina 48.77 peratus)
9. Raub (jumlah pengundi Melayu 49.12 peratus manakala Cina 43.51 peratus).
GERAKAN;
1.Tan Lian Hoe (Gerik - jumlah pengundi Melayu 73.49 peratus)
2. Liang Teck Meng (S. Renggam - jumlah pengundi Melayu 54.51 peratus : Cina 35.24 peratus sahaja)
Jaminan pucuk pimpinan untuk mengekalkan formula pembahagian kerusi ini hakikatnya sudah tidak relevan lagi. Rasional pembahagian kuasa, kononnya rakan komponen ini akan membantu membawa undi Cina di kawasan yang ditandingi oleh UMNO, juga sudah tidak relevan lagi.
Pucuk pimpinan BN harus kalkulatif dalam hal ini. Jangan berjudi kerana judi itu jelas haram hukumnya. Jangan tertipu lagi. Sejarah PRU12 dan siri PRK telah membuktikan bahawa undi cina sudah tidak lagi bersama BN.
Pucuk pimpinan berkali-kali mengingatkan kita agar belajar dari sejarah. Jika kita tidak belajar dari sejarah, bermakna kita sedang menyediakan diri kita untuk terus ditipu lagi.
Bertegas dengan memastikan UMNO diberi peluang bertanding di kawasan-kawasan yang dimaksudkan akan menyelamatkan BN dari 2 kemungkinan yang bakal terjadi;
1. JIka pada PRU 13 nanti BN hampir menang 2/3, maka BN akan menang 2/3.
2. Jika BN kalah tipis, menang di bawah paras 111 kerusi, maka BN masih boleh memerintah dengan tambahan 11 kerusi ini.
Sangkaan buruk saya dengan keihklasan MCA dan Gerakan terhadap UMNO semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.
Barangkali MCA dan Gerakan memang mahu membunuh BN dengan melakukan desakan secara tidak bermalu untuk terus meminta-minta kawasan subsidi untuk ditandingi.
Subsidi untuk orang melayu semua minta dihapuskan, tetapi mereka masih mahu bergantung kepada kerusi subsidi di atas ehsan UMNO dan orang melayu.
Akhirnya nanti, kerusi majoriti cina gagal dimenangi, kerusi majoriti melayu yang diberi secara subsidi mereka sumbangkan secara percuma kepada pembangkang.
Tak guna punya MCA. Tak sedar dek untung punya Gerakan!
Changkat Jering, 25 Sept:- Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Nizar Jamaluddin bersama Pas Kawasan Bukit Gantang pagi semalam, 25 September telah meraikan bakal jemaah haji daripada Parlimen Bukit Gantang.
Program berlangsung di Surau Qariah Batu 6, Changkat Jering. Seramai 42 bakal jemaah haji hadir dalam program tersebut.
Untuk maklumat seramai 79 orang bakal Jemaah Haji daripada Parlimen Bukit Gantang.
Dalam ucapannya Nizar memberi penegasan ,apabila Pakatan Rakyat mentadbir Malaysia, kuota jemaah haji insya Allah akan mencecah 50,000 orang.
Kerajaan baru nanti mempunyai banyak sumber dan langkah yaang membolehkan rakyat Malaysia menunaikan haji dalam usia lebih muda.
Menurut Nizar kuota haji sebanyak 50,000 akan dapat dicapai. Bagi Nizar, kerajaan BN tidak menjadikan Rukun Islam sebagai satu agenda utama.
Bagi Nizar Kerajaan Pakatan Rakyat akan mengambil langkah bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi untuk membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia yang muda menunaikan Rukun Islam itu.
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rakyat Selangor tertekan di bawah Pakatan Rakyat jauh terpesong dan membuktikan Umno-BN semakin terdesak untuk menagih simpati, kata pegawai kanan Menteri Besar hari ini.
Semalam, Muhyiddin berkata rakyat Selangor seakan-akan tidak sabar untuk menanti pilihan raya umum bagi menukar kerajaan negeri sekarang daripada pakatan PKR-DAP-PAS kepada BN.
Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN dan Timbalan Presiden Umno berkata rakyat Selangor mula sedar perbezaan pemerintahan antara pakatan tersebut dan BN dan telah bertanya kepada beliau bila pilihan raya akan diadakan.
Justeru, Setiausaha Politik Tan Sri Khalid Ibrahim, Faekah Husin berkata, mungkin situasi itu yang dimaksudkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, minggu lalu, yang orang Umno suka syok sendiri.
"Meskipun begitu kita tidak menolak sepenuhnya dakwaan ini kerana sememangnya ada golongan yang berasa tertekan ini semenjak kita (Pakatan Rakyat) menerajui pentadbiran negeri," kata Faekah dengan merujuk kepada para kroni dan suku-sakat Umno-BN yang selama ini telah mengaut kekayaan menerusi pemberian projek secara terus, menjadi orang tengah dan para pelobi.
"Mereka yang tertekan ini juga adalah ahli perniagaan yang merasuah pegawai kerajaan dan orang politik untuk mendapatkan pertolongan dan pengecualian dari beberapa polisi dan syarat-syarat termasuklah melibatkan perumahan kos rendah bagi mengejar keuntungan berganda," kata beliau.
Jelas Faekah, lebih malang lagi, projek disiapkan dengan ala kadar menjadikan golongan berpendapatan rendah semakin tertekan di bawah kerajaan Umno-BN.
"Ketika pentadbiran Umno-BN, ahli perniagaan ini 'terlalu berkuasa' dan undang-undang tidak mampu menakutkan mereka hanya kerana mereka ini mendapat 'keizinan' dan 'dilindungi' orang politik yang merestui perbuatan khianat ini.
"Golongan yang tertekan juga adalah individu atau kumpulan tertentu yang menjadi orang tengah untuk mendapatkan projek atau tender dengan cara membodek orang politik bagi mendapat bayaran komisyen tinggi," katanya.
Malah kata Faekah, golongan berkenaan juga tidak mempunyai modal atau kepakaran tetapi sekadar cukup "menjual air liur" kepada ahli politik Umno-BN.
"Golongan ini tanpa segan silu berkunjung dan bersidai di pejabat orang politik. Senario ini telah berlaku semenjak Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor dan budaya kotor ini masih berterusan sehingga sekarang," katanya lagi.
Tambah beliau, banyak projek besar bernilai jutaan dan bilion diberikan kepada kroni-kroni dan kemudian menjual tender ini kepada syarikat lain semata-mata untuk mendapatkan komisyen.
Justeru katanya, tinjauan pendapat mendapati rakyat Selangor gembira dengan corak pentadbiran dan pengurusan Pakatan Rakyat yang tidak membenarkan golongan-golongan tertentu bersidai di pejabat Menteri Besar atau pegawai kanan kerajaan. "Fenomena ini begitu meluas dilihat ketika pentadbiran Umno sebelum ini," katanya lagi.
Apa-apa pun, katanya, mereka yang tertekan di bawah Pakatan Rakyat hanyalah golongan kecil, yang tidak menjejaskan sokongan padu rakyat Selangor pada pilihan raya umum.
"Sudah tentu kroni-kroni Umno-BN ini tertekan kerana tidak lagi boleh membodek orang politik dan pegawai kerajaan kerana kerajaan Selangor mengamalkan pentadbiran yang telus dan bertanggungjawab.
"Manakala bagi rakyat biasa bila ditanya, sudah tentu Muhyiddin dan pemimpin Umno-BN lain akan terlopong melihat sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat yang telah berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat dengan pelbagai bantuan menerusi program Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya.
Beliau juga berkata, dalam tempoh empat tahun, kerajaan negeri telah berbelanja lebih RM500 juta untuk rakyat dan sebahagian besarnya disalurkan untuk skim pemberian air percuma.
"Mana mungkin rakyat Selangor tertekan dengan pemberian air percuma ini dan program-program kebajikan lain yang diberikan kerajaan Pakatan Rakyat.
"Amat memalukan apabila Muhyiddin sebaga orang nombor dua dalam pentadbiran negara dan nombor dua dalam parti membuat kenyataan sumbang sebegini dan memalukan dirinya sendiri," kata beliau.
"Namun begitu, kata-kata Muhyiddin ini kita percaya bagi mewakili kroni-kroni dan suku sakat Umno-BN yang merayu kerana tidak lagi boleh cari makan dengan cara haram, disebabkan pentadbiran bersih diamalkan kakitangan dan pegawai kerajaan serta pemimpin politik di Selangor," katanya lagi.
Dalam kenyataannya, Muhyiddin juga berkata, "bila ditanya mengapa mereka hendak pilihan raya cepat diadakan, ada yang berkata saya nak undi cepat rasa terseksa di bawah Pakatan Rakyat."
Beliau berucap menutup perhimpunan tiga hari Ahli Dewan Undangan Negeri BN dari seluruh Malaysia di Selangor, yang berakhir semalam.
Muhyiddin berkata pendekatan yang diambil ADUN BN iaitu tinggal bersama-sama dengan keluarga-keluarga angkat di 73 pusat daerah mengundi di seluruh Selangor akan membantu memberi gambaran sebenar landskap politik Selangor dalam membantu kepimpinan BN negeri merangka program berkesan bagi menghadapi pilihan raya.
Katanya, pendekatan tinggal dan makan bersama keluarga angkat masing-masing, akan membolehkan ADUN merasakan denyut nadi dan jantung masyarakat di Selangor.
"Tentulah ini akan memberikan kita pandangan yang lebih jelas mengenai aspirasi rakyat (dan) kehendak rakyat," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan