Ahad, 25 September 2011

Barisan Nasional

Barisan Nasional


AL-Kesah AloQStaQ

Posted: 25 Sep 2011 04:37 AM PDT

AL-Kesah AloQStaQ


Video Baru Terbit ! ... Bapak3 bikin Mat Sabu terkencit dalam seluar lagi !

Posted: 24 Sep 2011 10:10 AM PDT


Aku baru tonton satu video terbaharu dari Bapak3, kali ni mengenai komunis. Video yang patut kita sama-sama hayati dan amat baik untuk Mat Sabu study supaya lebih faham mengenai komunis ni.

Apapun, aku puji kerajinan Bapak3 menerbitkan video ini, rangkuman yang baik untuk segenap lapisan masyarakat di Malaysia memahami komunis dan Pakatan Rakyat itu adalah sama saja ... Dua-duanya haprak !


Keep up bro Bapak3 !

Disertakan video terbaharu daripada Bapak3 untuk sama-sama kita tonton dengan anak-anak & cucu-cucu (supaya depa semua paham dan tak buta sejarah, tak le jadi macam Mat Sabu yang Mukanya Maseh Bau BU*** Normah tu).




Untuk artikel blogger Bapak3 mengenai video ini, sila Klik SINI ...


AloQStaQ
Ahad
01:10 Pagi
25 September 2011

tunku

Posted: 25 Sep 2011 04:02 AM PDT

tunku


DAP Wants Emergency Meeting To Discuss Hudud Laws

Posted: 24 Sep 2011 09:14 AM PDT

GEORGE TOWN, Sept 24 (Bernama) -- The DAP has called on the Pakatan Rakyat to hold an emergency meeting to discuss and resolve PAS' controversial plans to implement Hudud laws.
DAP national chairman Karpal Singh said the party would always oppose the establishment of an Islamic state and that the Pakatan secretariat should arrange for an urgent meeting.
He said, any delay to address the contentious matter would severely erode public confidence, especially among non-Muslims, on Pakatan.
"An emergency meeting must be held immediately to publicly clarify Pakatan's stand on the issue and the controversy must end, once and for all," he told reporters here Saturday.
It was reported early this week that Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat had said that PAS would not back down from plans to institute an Islamic state and Hudud agenda, and that the DAP could leave the loose coalition of opposition parties, if it was against it.
However, Karpal, who is also Bukit Gelugor member of parliament, said an Islamic state could never be implemented in any part of the Federation of Malaysia because the Federal Constitution simply did not allow it.
The Pakatan coalition comprises the DAP, PKR and PAS.

tunku : dont worry dap, nik aziz is just trying to divert mat sabu's issue with this hudud. they have said it clearly at their "muktamar" that they won't proceed with hudud or islamic agenda. dap should just accept nik aziz's remark and support hudud.

bumiyang

Posted: 25 Sep 2011 03:36 AM PDT

Politik Harian

Posted: 25 Sep 2011 03:28 AM PDT

Politik Harian


Hudud: Pemuda PAS Kelantan Sokong Khairy

Posted: 25 Sep 2011 03:19 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Kelantan menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin agar kerajaan pusat meminda perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini, ketua penerangannya Ahmad Fadhli Shaari (gambar) berkata kenyataan Khairy tersebut mempamerkan sikap seorang jauh terbuka dan berani sebagai pemimpin yang berada di dalam Umno.

"Kita menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda Umno Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau," katanya.

Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.

Selain pusat, mereka juga mahu cadangan Khairy itu disambut baik oleh pemuda dan Umno Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan.

Video Seks Terbaru Anwar: Karpal Singh Jangan Terus Membisu - Razali Ibrahim

Posted: 25 Sep 2011 01:00 AM PDT


Dalam kesibukan melayan polimek isu hukum hudud , Karpal Singh tidak harus lupa pada pendedahan dakwaan skandal video seks melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim khususnya CCTV terbaru masuk keluar lif di apartmen di Jalan Ampang,Kuala Lumpur.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim mahu Pengerusi DAP itu turut memberi pendapatnya sebagai seorang peguam.

Razali yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan berkata jika Karpal Singh terus membisu, beliau sebagai seorang ahli politik dan peguam tidak akan berupaya menghormatinya sebagai seorang insan.

"Ini juga akan membuka mata masyarakat tentang kredibiliti, kepakaran dan keikhlasan seorang peguam serta ahli politik veteran bernama Karpal Singh," katanya.

Razali menyatakan demikian kepada wartawan pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di kediamannya di Kuala Lumpur Sabtu.

Baginya ini merupakan masa paling sesuai buat Karpal Singh tampil memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai pendirian dan pendapatnya dalam hal video itu berdasarkan kepakaran dalam undang-undang.

"Dalam budaya kita, diam tanda setuju,"katanya.

CCTV itu memaparkan dua lelaki yang seiras Datuk Sharzly Eskay Abdullah dan Anwar masuk dan keluar lif apartmen itu yang didakwa lokasi adegan video seks dirakam.

Ia dalam bentuk warna.

Pendedahan CCTV itu dan trailer satu babak lain yang dikatakan dirakam di Thailand telah menghangatkan balik isu video seks.

Anwar yang diminta ulas mengenainya bagi alasan beliau enggan layan.-Agendadaily

PERKASA Rentap PAS di Ceramah Mat Sabu #marksabu

Posted: 24 Sep 2011 11:00 PM PDT


Kejadian berlaku ketika Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi.

Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, dimana penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.


Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

PAS ganas simbah air panas.

Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

Kami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui," katanya.

Apa Dah Jadi Dengan Projek Baikpulih Jalan Negeri Selangor?

Posted: 24 Sep 2011 09:59 PM PDT


Inilah yang dikatakan projek baikpulih jalan?


Projek di Ijok yang merupakan kawasan DUN yang diwakili oleh MB Selangor Khalid Ibrahim. Baikpulih jalan ni ala kadar sahaja atau dia orang dah kebas duit projek jalan? Baca lagi di sini...

Panas: Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang, Sebulat Suara Setuju Pecat Dua Pemimpin Parti Tersebut

Posted: 24 Sep 2011 09:00 PM PDT


Mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri PKR Pahang semalam, sebulat suara mengambil keputusan untuk memecat Ahli Majli Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang iaitu Ponusamy a/l Govindasamy.

Turut dikenakan tindakan yang sama ialah Abd Rahman Othman (Bob Rahman) bekas Ketua Cabang PKR Pekan. Keputusan itu telah dibuat dalam mesyuarat yang diadakan di pejabat PKR Bentong dekat sini.

Keputusan itu dibuat gara-gara tindakan pemimpin terbabit yang dipercayai telah terlibat dan menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim.



Keputusan mesyuarat yang dipimpin oleh Datuk Fauzi Abd Rahman itu telah mengejutkan ramai pihak sebenarnya.

Sebelum ini memang sudah ada "khabar angin" mengatakan Ponusamy atau lebih dikenali sebagai Ram bakal meninggalkan PKR. Tambahan pula dia dilihat bersama Zaid ketika pelancaran Parti KITA di Batu Balai, Jerantut awal tahun ini.

Namun, beliau menafikan tindakan tersebut dan memberi alasan kehadirannya ke program berkenaan hanyalah sebagai menghormati jemputan kawan. "Saya hadir atas undangan sahabat dan tidak lebih dari itu.

Tiada kesalahan yang saya lakukan. Zaid juga adalah sahabat saya. Kenapa perlu kenakan tindakan terhadap saya", kata Ram ketika itu. Difahamkan, Ram dan Abd Rahman bakal bertanding untuk jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Cabang PKR Pekan pada Oktober ini.

Mereka akan menentang Roslan Mohd Tahir bagi jawatan Ketua, manakala Ram pula bakal ditentang oleh Mohd Kamal Yusof bagi jawatan Timbalab Ketua. Dengan keputusan MPN Pahang semalam, apakah ini bermakna mereka berdua juga tidak layak untuk bertanding bagi jawatan terbabit?.

Kami akan mendapatkan maklumat terkini tentang kedudukan kedua-dua pemimpin terbabit. Jika benar, keputusan mahu memecatkan mereka maka ia pastinya akan memberikan malapetaka yang lebih besar kepada parti PKR di Pahang secara keseluruhannya dalam masa terdekat ini.

Sumber: Pahangdaily Online.

Video Seks Terbaru Anwar Dipasaran

Posted: 24 Sep 2011 06:00 PM PDT



GEMPAR!! VIDEO SEX TERBARU ANWAR DI THAILAND

Macam Haram hahaha....



Anwar, Mat Sabu And Ambiga

English Premier League Result

Posted: 24 Sep 2011 11:45 AM PDT


Liverpool 2-1 Wolverhampton Wanderers


Newcastle United 3-1 Blackburn Rovers


West Bromwich Albion 0-0 Fulham


Wigan Athletic 1-2 Tottenham Hotspur


Chelsea 4-1 Swansea City


Arsenal 3-0 Bolton Wanderers


Manchester City 2-0 Everton


Stoke City 1-1 Manchester United

NASA's 6-Ton UARS Satellite Falls To Earth

Posted: 24 Sep 2011 09:32 AM PDT


A school bus size NASA satellite plummeted back to Earth overnight, being torn apart as it reentered the atmosphere and fell over the Pacific Ocean, the space agency said.

Exactly when and where the Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) fell, as well as the fate of any debris that may have made it all the way to the ground, was not yet known.

UARS "fell back to Earth between 11:23 p.m. EDT Friday, Sept. 23 and 1:09 a.m. EDT Sept. 24," NASA wrote on its website. "The precise re-entry time and location are not yet known with certainty."

UARS, which was launched on space shuttle Discovery in September 1991, began its uncontrolled re-entry over the Pacific Ocean, according to the Joint Space Operations Center at Vandenberg Air Force Base in California. NASA orbital debris scientists and U.S. Strategic Command had been carefully tracking UARS for the past two weeks after it was clear that the satellite's fall was approaching.

Prior to its plunge, UARS path around the planet meant it could have scattered its debris almost anywhere over the world's most populated regions. With a 1 in 3,200 chance that someone could have been struct by a piece of UARS, the satellite's descent into the atmosphere drew worldwide attention.


Agensi Angkasa Negara hari ini menasihatkan orang ramai agar tidak menyentuh, mengambil atau menyimpan objek luar biasa yang ditemui kerana berkemungkinan ia serpihan satelit milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA).

Sebaliknya, agensi itu dalam satu kenyataan di sini meminta agar penemuan berkenaan dimaklumkan kepada mereka bagi tindakan lanjut.

Satelit seberat enam tan yang dilancar pada 1991 itu jatuh ke bumi antara lewat Jumaat dan awal Sabtu.

Satelit itu dilapor memasuki atmosfera bumi dan jatuh melepasi Lautan Pasifik dengan waktu dan lokasi sebenar belum diketahui dengan tepat.

Hudud Hanya Taktik PAS Untuk Tagih Perhatian Rakyat - DS Najib

Posted: 24 Sep 2011 05:00 AM PDT


"Jika ditanya para ulama sekalipun, undang-undang Islam itu tidak boleh dilaksanakan melainkan kita sudah mengambil kira persekitaran dan realiti sebenar masyarakat ketika itu," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan langkah Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat.

Beliau berkata taktik ini dilakukan selepas parti itu menerima kritikan hebat daripada rakyat negara ini ekoran kenyataan Timbalan Presiden parti itu Mohamad Sabu yang mempertikaikan peranan anggota polis dalam peristiwa Bukit Kepong dan menyanjung pengganas komunis sebagai pejuang tanah air.

"Saya nampak ini taktikal, sebab parti PAS sudah menerima pukulan cukup hebat ekoran daripada kenyataan Mohamad Sabu yang menidakkan pejuang-pejuang nasionalis yang terbunuh dalam insiden Bukit Kepong dahulu. Ia telah menimbulkan kemarahan yang begitu dahsyat dalam kalangan orang Melayu.

"Mereka sedar bahawa sokongan kepada mereka dah merosot dengan begitu ketara, jadi mereka cuba timbulkan isu hudud ini dengan harapan bahawa isu Mohamad Sabu itu akan tenggelam dan cuba muncul sebagai parti memperjuangkan Hudud dan menawan hati orang Melayu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival 1Malaysia di Tanjung Tualang.

Datuk Seri Najib berkata isu hudud ini turut memperlihatkan kemelut persefahaman antara parti dalam pakatan pembangkang sudah tidak dapat ditutup lagi dan beliau yakin rakyat bijak menilai kelemahan mereka.
"Dalam soal undang-undang hudud ini, telah timbul satu keadaan di mana perbezaan ideologi mereka sudah tidak boleh ditutup lagi, tidak boleh diselindung di hadapan mata rakyat.

"Saya berharap ini dapat disedari oleh rakyat, kita tidak boleh meletakkan harapan kepada satu gabungan yang tidak sehaluan daripada segi prinsip dan ideologi.

"Walaupun mereka cuba mengaburi mata rakyat, tetapi lambat laun ia akan timbul bukan sahaja daripada segi hudud tetapi juga pembahagian jawatan dalam "Kabinet Bayangan" mereka. Mereka belum berani merangka Kabinet mereka," katanya.

Ditanya mengenai pendirian kerajaan berhubung hukum hudud, Datuk Seri Najib berkata undang-undang berasaskan hukum hudud tidak akan dilaksanakan di dalam negara ini kerana realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan.

Beliau berkata matlamat sebenar perlu dicapai, yang antaranya memastikan rakyat dan negara ini sentiasa aman serta sejahtera.

Hudud: Karpal Singh Mahu Adakan Mesyuarat Tergempar Pakatan Haram!

Isu Hudud: Karpal Singh Kata Nik Aziz Nyanyuk! Mudah Lupa!

Sahabat-Gunung

Posted: 25 Sep 2011 02:24 AM PDT

Sahabat-Gunung


Jermaint Pennant & Peter Crouch - Serasi Bersama

Posted: 24 Sep 2011 11:16 AM PDT

Satu perkara yang dapat aku perkatakan sewaktu menonton perlawanan bolasepak Live antara Man U menentang Stoke – bahawa Jermaint Pennant dan Peter Crouch merupakan pasangan yang cukup serasi ketika di atas padang.

Keserasian mereka ini bukan sahaja ketika bermain bersama dalam pasukan Stoke, tetapi sejak mereka bersama-sama dalam pasukan Liverpool lagi …..

Malam ini, beberapa kali gandingan mereka berdua hamper merobek gawang MU. Tapi takkanlah MU akan kalah kepada pasukan 'cikai' ini, sebab ada peminat MU dalam FB mengatakan bahawa Stoke merupakan pasukan cikai …. hehehehe

Kawan Aku Kata

Posted: 24 Sep 2011 10:24 AM PDT

Kawan aku kata:

DAP bekerjasama dgn PAS sebab nak jatuhkan UMNO dan MCA. DAP dah dekat dengan PAS, nampak lebih paham ISLAM sekarang, berbanding MCA dok kawan dgn UMNO.... makin kacau aku tgk, dok tak paham2 Islam lagi...

Kawan aku gak kata:

dengan kata lain mahu mendekati... janganlah disebabkan diorang bukan Islam kita jauhkan... kita kena dekatkan....dengan cara tu barulah mereka memahani betapa Indah Islam tu sendiri....bila kita yg Islam menolak hukum Islam.... Apa yg bukan Islam nampak?..."org Islam sendiri pun tolak Islam... aiyaaa.....".....

itu jer yang aku nak tulis malam nie sambil layan MU vs STOKE.

Orang Bodoh & Orang Pandai

Posted: 24 Sep 2011 10:17 AM PDT

Sengal Minda

Orang bodoh = pakai credit card sampai maximum, lepas tu takleh bayar (berlagak macam org banyak duit!)
Orang pandai = pakai credit card tapi orang lain bayarkan (pakai kad klon la tu!)

Orang bodoh = ada motor tapi gi kerja nak naik LRT jugak (kes suka 'bergesel'la ni)
Orang pandai = takde motor, takde kereta, takde LRT tapi ada otak (kes suka numpang kereta or motor kawan tapi tak reti nak hulur duit minyak!)

Orang bodoh = company dah sediakan nescafe, milo, biskut bla bla bla tapi gi minum gak kat cafeteria kena bayar plak tu
Orang pandai = tak minum kat cafeteria tapi company punya nescafe, milo, biskut bla bla bla angkut bawak balik !!!!

Orang bodoh = beli suratkhabar sebab nak tengok nombor ekor je pas tu buang
Orang pandai = orang yg tunggu org bodoh buang pas tu dia kutip... dapat baca semua sekali wo

Orang bodoh = kentut kuat² kat office pas tu bangga ngan baunya
Orang pandai = kentut senyap sunyi (takde bunyi) baunya... boleh buat unta sakit perut! dhab pun koma sekejap! pas tu bermati-matian salahkan member sebelah guess sapa member sebelah tu?...sibodoh yg kentut kuat tula!)

Orang bodoh = ada masalah cerita kat orang pandai
Orang pandai = dengar masalah orang bodoh pastu cerita kat orang bodoh yang lain, pas tu membodohkan orang bodoh tu...jadinya orang bodoh yang pertama tu jadi bodohs (plural)

Ada lagi...scroll down





Orang bodoh = orang yg buang masa baca cerita ni!
Orang pandai = saper yang forward cerita ni... há há há...aku la tu...
jadi yang mana satu pilihan bijak?
pandainyeeeeeeeeeeeeeeeeeeee

LEPAS BACA JANGAN MARAH.....NANTI KENA JUAL!!!!
****kalau nak jadi org yg pandai, cepat-cepat ler fwd cerita nih.......heheheheeeee..........

p/s: takkan nak kena sorang2 kan??? Kan?? Kan????
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Inilah Yang Dinamakan Komunis.... Bukti Kurang Ajarnya ADUN DAP

Posted: 24 Sep 2011 09:35 AM PDT


Ahli Dewan Undangan Negeri Berapit yang menaiki kereta milik kerajaan negeri Pulau Pinang telah melanggar kereta yang di lettakkan di tepi jalan di dalam kawasan Universiti Sains Malaysia pada petang tadi. Yang malangnya nasib yang menimpa rakan kita seorang pekerja kilang di kawasan perindustrian Bayan Lepas yang datang menyaksikan karnival bola sepak yang disertai oleh rakan beliau.

Lydia Ong dengan angkuhnya menyatakan kepada beliau sila laporkan kepada polis kejadian tersebut. Senangnya YB DAP cakap dah lah langgar kereta orang dan tidak langsung menunjukkan rasa bersalah.Inikah sifat yang ada pada YB DAP yang memang rasis bila berhadapan dengan orang melayu.

Jika kita terbalikkan cerita yang kena langgar kereta beliau dan yang melanggar kereta YB Melayu dari BN mesti berlaku pertikaman lidah. Fikirlah nasib pemilik yang keretanya dilanggar ini bukanlah orang kaya dari apa yang diceritakkan kepada saya dia mempunyai banyak tanggungan.


Hanya ini saja yang diberikan oleh beliau adakah ini cukup untuk apa yang dilakukannya?


Keadaan kereta Waja brother nie agak teruk tayar masuk kedalam dan langsung tidak dapat bergerak.

Lydia Ong telah menelefon kepada pihak kerajaan negeri dan pihaknya telah menghantar satu lagi kereta untuk menjemput beliau dan pergi begitu saja.

Inilah sifat kurang ajar ADUN DAP yang sungguh tidak bertanggungjawab.

Ustaz & Paderi berbicara soal 'Benda Sedap Ini Di Larang'

Posted: 24 Sep 2011 06:51 AM PDT

SENGAL MINDA:-

Dalam satu penerbangan dari negara padang jarak padang tekukur ke negara pasir dua butir, ada Paderi ‎​dan ustadz duduk berdampingan,,

Tak lama datang Pramugari,,

Pramugari : "Halo tuan-tuan, ada yang mau wine?"

Paderi : "Iya terima kasih, cik.. Tolong beri 2 gelas ya.
Ayo ustadz kita rayakan pertemuan ini dengan minum wine..!"

Ustadz: "Saya teh hangat saja, Paderi, terima kasih"

Paderi: "Wah, ustadz.., jgn segan2.. Bila lagi kita bole minum wine smpai mabuk..?"

Ustadz: "Maaf, agama saya melarang minum alkohol.. Terima kasih"

Paderi terdiam sambil menogak winenya..

Paderi :"Waduh, sayang sekali ustadz, benda sedap ini dilarang..."

Ustadz hanya menghela nafas...

Sampai di lapangan, mrk bersama2 berjalan ke tempat balai ketibaan dan dari kejauhan datang 4 wanita cantik yang masih muda2, sambil memanggil ustadz

Wanita2 : "Abah..! Abah.. ! Selamat datang.. (Muah..! Muah..! Sambil cium tangan ustadz

Paderi : "Wah, putri2nya cantik2.., masih belajar?"

Ustadz: "Ooo, bukan..!! mrk Istri2 saya semua, kenalkan Paderi..

Lah paderi tak ada isteri yg jemput ke?

Paderi :"Hmmmm..! Saya tdk punya istri, Agama saya melarang sy menikah...

Ustadz : "aduh.. Syg btl paderi.. Benda sedap ini dilarang".

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hudud & Negara Islam Hanya Sandiwara Pas Untuk Hadapi PRU

Posted: 24 Sep 2011 04:26 AM PDT

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan, mencabar agar sama ada Pas atau Dap keluar dari kumpulan pembangkang sebagai bukti keikhlasan Pas untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan.

"Nik Aziz telah diberi 5 kali peluang oleh rakyat dlm 5 pilihanraya umum sejak 1990 tapi masih tidak menunaikan janji utk laksanakannya.

Isu hudud & negara Islam hanya sandiwara politik Pas setiap kali bila hampir pilihan raya untuk meraih undi," ujarnya yang juga Pengerusi Biro Publisiti & Penerangan BN berhubung isu Pas-Dap mengenai penubuhan negara Islam & pelaksanaan hudud.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Aspirasi Bangsa

Posted: 25 Sep 2011 02:23 AM PDT

Aspirasi Bangsa


Masa meman*** Anuwar tak ingat hudud!!!

Posted: 24 Sep 2011 10:19 PM PDT

The Unspinners

Posted: 25 Sep 2011 02:21 AM PDT

The Unspinners


Komentar cam Sahibul Kastam di tempat kerja?

Posted: 24 Sep 2011 11:20 PM PDT

Hari Merdeka 2011: Fahamkah erti?

Posted: 24 Sep 2011 09:02 PM PDT

Agenda kehancuran yang dibawa Mat Sabu dan Mat Indera

Posted: 24 Sep 2011 06:14 PM PDT

Azwandin, JMM adalah "double agent" PKR

Posted: 24 Sep 2011 08:01 AM PDT

Hukum hudud PAS jayakan agenda negara kristian

Posted: 24 Sep 2011 06:00 AM PDT

سڬالاڽ موڠكين

Posted: 25 Sep 2011 02:17 AM PDT

سڬالاڽ موڠكين


MCA rasa dah kuat sangat ker?

Posted: 24 Sep 2011 10:20 AM PDT

Presiden MCA Chua Soi Lek hari ini memberi kata dua bahawa MCA akan keluar Barisan Nasional(BN) jika hukum hudud dilaksanakan oleh UMNO. Suara yang sama juga dicanang oleh Karpal Singh di dalam Pakatan Pembangkang yang menentang perlaksanaan hudud di Kelantan kerana bercanggah dengan perlembagaan negara.

Bezanya Karpal Singh bercakap di mana DAP mendominasi Pakatan Pembangkang yang menang besar dalam PRU 12 yang lalu. DAP adalah 'abang besar' dalam Pakatan Pembangkang berbanding PAS yang tidak mempunyai suara yang kuat di dalam Pakatan Pembangkang kecuali diperalatkan semata-mata. PAS hanya bertanding 66 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen. Di Dewan Rakyat PAS hanya ada 23 kerusi berbanding DAP 28 dan PKR 31 dalam PRU ke 12. Setelah ramai wakil rakyat PKR keluar BEBAS, DAP mengetuai jumlah kerusi terbanyak di kalangan Pakatan Pembangkang walaupun terpaksa mengekalkan Anwar Ibrahim PKR sebagai ketua pembangkang. Pendek kata, Karpal Singh menganggap PAS hanya ranking ke 3 di dalam Pakatan Pembangkang.

Berbanding dengan keputusan pilihanraya Umum ke 12, MCA kalah teruk di tangan DAP. MCA hanya menang 15 kerusi daripada 40 kerusi yang dicalonkan dan kehilangan banyak kerusi DUN daripada 90 kerusi DUN yang dipertandingkan. MCA mengalami kekalahan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, P. Pinang dan N. Sembilan. Dengan 15 kerusi daripada 222 kerusi di Parlimen atas kedudukan apa MCA boleh memberi kata dua kepada parti UMNO iaitu perti teras di dalam BN. Ada kerusi calon MCA yang hanya kerusi subsidi yang diberikan walaupun kawasan itu majoritinya Melayu. Kalau tiada kekuatan , mengapa Chua Soi Lek berani mengeluarkan amaran dan memberi kata dua?

Bukan Chua Soi Lek tak faham seperti yang dinyatakan oleh TPM, Muhyiddin Yassin. Bagi saya Chua Soi Lek amat faham dan yakin benar bahawa BN tidak akan melaksanakan Hudud dalam masa terdekat. Namun MCA tidak ada pilihan lain untuk membuktikan kepada masyarakat Cina bahawa bukan DAP saja yang berani menentang hudud malah MCA di dalam komponen BN pun tak kurang beraninya. Lawan MCA adalah DAP di kebanyakan kerusi. Jikalau MCA tidak bersuara, maka benar lah MCA adalah 'adik kecil' di dalam BN. Daripada memberi undi kepada 'adik kecil' lebih baik pengundi Cina memberi undi kepada 'abang besar' (DAP) di dalam Pakatan pembangkang.

Di Dalam PRU ke 12 lalu, pengundi-pengundi Cina banyak membantu PAS dan PKR ketika bertanding melawan UMNO. Kekalahan pemimpin-pemimpin UMNO di kawasan undi bercampur adalah disebabkan pengundi Cina telah beralih arah mengundi PKR / PAS. Pengundi Cina juga berperanan memenangkan banyak kerusi PAS terutamanya di kawasan Pantai Barat.

Semasa PRU ke 12, PAS agak berlembut dengan berkorban menukarkan manifestonya yang menjadi tradisi setiap kali pilihanraya daripada penubuhan negara Islam dan Hudud kepada yang lebih enak dan cucuk dengan masyakarat bukan Melayu. Hasil pengorban menggugurkan tujuan asas dan dasar PAS itu maka pengundi tidak lagi menganggap PAS sebagai Parti Islam yang tertutup.

Apabila Nik Aziz bermain dengan retorik hudud semula, maka MCA terpaksa menuruti DAP yang terang-terang menolak hudud. Kenyataan Soi Lek itu menunjukkan MCA masih berusaha menarik semula pengundi Cina balik kepada MCA. Apabila Nik Aziz bermain dengan isu hudud semula, pengundi Cina akan beralih arah dan tidak akan menyokong parti PAS ketika bertanding dengan UMNO. Di kawasan majoriti Cina mereka juga akan berpecah semula sama ada MCA atau DAP. Maka tindakan Chua Soi Lek itu adalah betul.

Jerkahan Chua Soi Lek itu adalah tindakan politik MCA sebagai usaha terakhir menarik semula pengundi Cina. Ianya bukan kerana MCA itu lemah tetapi atas dasar menang pilihanraya kerana MCA tidak mahu lagi menanggung malu. Chua sendiri pernah memberitahu kerajaan jikalau calon-calon MCA ramai yang kecundang dalam PRU 13, kerajaan boleh tidak memilih wakil-wakil MCA sebagai menteri atau timbalan menteri.

Kesimpulannya, bukan kerana MCA kuat atau tidak tetapi ianya adalah strategi politik MCA menjelang pilihanraya.

Amir Hamzah Mohamad
Batu Pahat

oyabun

Posted: 25 Sep 2011 01:54 AM PDT

oyabun


Agenda sulit Pakatan Haram Pembangkang kearah meREPUBLIKkan Malaysia!

Posted: 24 Sep 2011 08:33 AM PDT

Sudah terang lagi bersuluh. Walaupun tiada dokumen rasmi dengan tajuk 'Langkah-Langkah Untuk Menghapuskan Warisan Malaysia', namun tindak-tanduk pemimpin pembangkang sejak 'menang besar' pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 sudah cukup untuk menunjukkan apa yang bakal dilakukan jika memperoleh kuasa.

Jika ditakdirkan memerintah negara ini, mereka akan mengubah segala-galanya yang menjadi identiti kebangsaan Malaysia. Ini termasuk Perlembagaan Persekutuan; lambang utama negara seperti Jalur Gemilang, pemakaian songkok dan batik serta sejarah perjuangan menuntut kemerdekaan negara ini.

Tidak mustahil akan muncul juga 'idea gila' untuk menggantikan lagu Negaraku dan merobohkan bangunan Parlimen kerana dikatakan mempunyai hubungan secara langsung dengan Barisan Nasional (BN).

Perkiraan mereka cukup mudah. Apa sahaja yang didakwa mempunyai kaitan dengan UMNO dan BN perlu dihapuskan tanpa menghiraukan hakikat bahawa perkara itu tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia telah ditetapkan dan dipersetujui semua kaum sejak merdeka.

Terbaru, melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah daripada DAP, M. Manoharan yang menegaskan pihak pembangkang akan menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa pada PRU akan datang kerana ia mempunyai kaitan dengan BN dan meniru bendera Amerika Syarikat.

Peguam yang membuat kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya pada 15 September lalu bertindak mengedarkan bendera parti politik untuk sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia, sebagai ganti kepada bendera Malaysia yang ditentangnya itu.

Sebenarnya, Jalur Gemilang tiada kaitan dengan BN kerana ia dicipta dan dipilih oleh orang ramai menerusi satu pengundian yang dikelolakan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris. Ia kemudiannya diwartakan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja pada 1949, manakala gabungan parti komponen itu ditubuhkan pada 1974.

Pemimpin DAP yang aktif dalam pertubuhan haram, Hindraf itu sebenarnya tidak sunyi daripada kontroversi. Pada 2009, beliau telah meluahkan perasaan tidak gembira dengan syarat pemakaian songkok ketika istiadat pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Menurut beliau, syarat itu tidak perlu dipatuhi kerana orang bukan Melayu tidak diberikan status bumiputera dan masih dilayan sebagai kumpulan berbeza. Sehubungan itu, beliau menuntut kerajaan memberikan taraf bumiputera kepada bukan Melayu di negara ini yang lahir selepas 31 Ogos 1957.

Penentangan terhadap pemakaian songkok turut dikongsi oleh wakil rakyat DAP lain dan ia terbukti pada Jun tahun ini apabila 12 wakil rakyat parti itu tidak mengenakan pakaian rasmi dan songkok pada upacara pembukaan sidang DUN Sarawak Ke-17.

Dalam pada itu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim lain pula kerenahnya. Ketika menyampaikan syarahan bertajuk Kebebasan dan Musuh-Musuhnya sempena Festival Salihara 2010 di Jakarta, Indonesia pada Oktober tahun lalu, telah menghina batik yang menjadi warisan negara. Beliau menyifatkan ia sebagai jelik sebab ciri-ciri keseniannya cukup rendah sehingga menyebabkan dirinya lebih gemar memakai batik Afrika.

Pada masa sama, pada awal tahun ini, kerajaan PKR Selangor telah mencuba untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Pindaan itu bertujuan memberikan kuasa kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melantik tiga pegawai eksekutif negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan memastikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya memberi perkenan calon yang direstui kerajaan PKR sahaja.

Pengerusi Program Sains Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk yang diminta mengulas trend itu menyifatkan ia sebagai membimbangkan kerana perkara-perkara yang telah dipersetujui bersama sejak merdeka sepatutnya tidak diubah.

"Perkara-perkara ini seharusnya tidak diubah. Mengapa mempersoalkan kedudukan sultan dan bendera kebangsaan?" katanya.

Tegas beliau, langkah itu membuktikan pihak pembangkang tidak serius untuk mewujudkan sebuah kerajaan yang lebih baik berbanding kerajaan BN seperti yang dicanang-canangkan.

"Jika ingin mewujudkan kerajaan lebih baik pihak pembangkang seharusnya membangkitkan persoalan dasar dan bukannya mengenai perkara-perkara yang telah disepakati bersama," ujarnya.

Sementara itu, pihak Pas pula mempunyai perancangan lain iaitu bagi mengubah semula sejarah negara.

Ini terbukti dengan kenyataan Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu ketika satu ceramah di Pulau Pinang, 21 Ogos lalu, yang mahu pengganas komunis, Muhammad Indera yang mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Dalam kejadian menyayatkan hati pada 23 Februari 1950, 25 orang termasuk ketua balai berkenaan, Sarjan Jamil Mohd. Shah terbunuh.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd. Na'eim Ajis menyifatkan kenyataan Mohamad itu hanya akan mewujudkan perbalahan dalam masyarakat. Menurut beliau, malah kini telah muncul dua kelompok iaitu yang menyokong dan membantah kenyataan beliau.

''Saya melihat golongan yang menyokong Mat Sabu hanya menerima bulat-bulat apa yang dikatakan oleh beliau tanpa membuat kajian terlebih dahulu tentang fakta sejarah sedia ada," katanya.

Selain gerakan untuk mengubah lambang rasmi dan sejarah negara, terdapat juga trend di kalangan pemimpin pembangkang untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan, walaupun hasrat itu tidak diluahkan secara nyata kerana bimbang tidak mendapat sokongan orang Melayu.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika sesi Dewan Rakyat pada Ogos 2008 misalnya telah mempertikaikan mengapa isu ketuanan dan hak-hak Melayu diberi penekanan sejak kebelakangan ini berbanding perpaduan nasional. Isu terbabit sepatutnya tidak dibangkitkan oleh beliau kerana kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara lain yang termaktub dalam perlembagaan tertinggi negara itu yang sering dipertikaikan pihak pembangkang adalah mengenai tanah rizab Melayu, jaminan orang Melayu untuk mendapat lesen, permit dan kuota dalam perniagaan atau pendidikan serta keistimewaan mendapat biasiswa.

Segala tindak-tanduk yang ditunjukkan pemimpin pembangkang itu membuktikan jika mereka berkuasa, hak keistimewaan orang Melayu, budaya warisan bangsa, sejarah dan identiti Malaysia yang menjadi kebanggaan kita akan hilang.

Bukankah ini jelas agenda sulit Pakatan Haram Pembangkang yang dilihat dilakukan secara halus kearah me-REPUBLIK-kan Malaysia jika kita tidak bertindak dari sekarang. Fikir-fikirkanlah sebelum nasi menjadi bubur!

Wasabi Oyabun..

Daniel Arif

Posted: 25 Sep 2011 01:35 AM PDT

Daniel Arif


DS Miller Inc. Equivalent of TOSHIBA U405-S2915 Laptop AC Adapter in Kentucky

Posted: 24 Sep 2011 04:03 PM PDT

DS Miller Inc. Equivalent of TOSHIBA U405-S2915 Laptop AC Adapter

DS Miller Inc. Equivalent of TOSHIBA U405-S2915 Laptop AC Adapter

More photos

  • 12 Month Warranty
  • 19 Volts
  • ---

Full description

 

Buy DS Miller Inc. Equivalent of TOSHIBA U405-S2915 Laptop AC Adapter

Price: $50.00

PANEH MIANG

Posted: 25 Sep 2011 01:24 AM PDT

PANEH MIANG


KORBAN NAJIB

Posted: 24 Sep 2011 11:59 PM PDT

Laporan terkini daripada Pejabat Perdana Menteri ialah pengorbanan oleh pejuang tak di dendang. Pengorbanan dituntut oleh Negara kerana sengketa yang tidak padam oleh dendam kesumat dan sandiwara agung politikus jembel.

Siapakah korban ke-13? UMNO sudah lama berkorban! Kali ini UMNO menuntut MCA, GERAKAN, MIC dan PPP pula yang berkorban. Sanggupkah kalian korbankan identiti kalian agar tidak kelihatan kelibat dalam PRU-13?

Korban paling utama ialah korban pencalonan. UMNO kena korban calon-calon yang tidak disukai ramai. UMNO kena korbankan calon-calon bangang, sombong dan bodoh. UMNO kena korbankan calon yang kelihatan tidak bersih, tak pernah bersih dan sentiasa memberi masalah di peringkat akar umbi.

Kerusi Parlimen yang dominan pengundi Melayu, wajib dijadikan milik mutlak UMNO. Kerusi Parlimen yang dominasinya Cina dipertanggungjawabkan kepada MCA serta Gerakan; dan kawasan ramai India diberi peranan kepada MIC atau PPP. Suka atau tidak, andai tidak bersetuju, maka korban ke-13 pasti menimpa UMNO.

Apakah rakyat sudah bersedia wujudkan Kerajaan Campuran di peringkat Persekutuan? Atau Kerajaan Media Baru dengan pendekatan UMNO bergabung dengan PAS di peringkat Persekutuan?...kerana dijangka MCA, Gerakan, MIC dan PPP langsung corot tiada kerusi.

PkR tidak boleh bersatu kerana mereka pendukung fahaman plural dan liberal. DAP bukan pilihan Rakyat Raja kerana meroyan mahu bikin bendera, mahu bikin doktrin Komunis, mahu bikin bahasa Mandarin yang setara dengan Bahasa Melayu serta mahu bikin akta-akta baru antaranya Akta Patriot seperti Amerika yang lebih zalim dan tidak percaya kepada kuasa Pencipta.

Korban ke-13 bakal tercipta jika Najib dan Muhyiddin saling berbalah dan berbeza pandangan dalam perkara induk. Dua teraju BN ini bakal terkorban jika Najib dan Muhyiddin saling berprasangka ketika laksanakan urusan terutama dalam perkara ranting, jika Najib dan Muhyidin tidak cekap uruskan isteri serta rumahtangga, jika Najib dan Muhyiddin tidak beri amaran keras kepada barisan Kabinet dan Ketua Bahagian UMNO serta Sahabat BN yang menjadi "gunting dalam lipatan", "api dalam sekam", "musang berbulu ayam".

Korban ke-13 bukan milik rakyat jika rakyat benar-benar rasional ketika membuang undi. Andai korban-13 benar, maka, Kelantan masih Pas, Terengganu milik Pas, Kedah kekal Pas, Pulau Pinang (campuran), Perak (campuran), Negeri Sembilan (DAP), Melaka (DAP), Selangor (DAP) dan Pahang (campuran).

Berkemungkinan selepas PRU-13, Speaker Dewan Negara bakal seorang Keling DAP, Timbalan Speaker Cina (DAP) dan Timbalan Speaker 2 ialah Melayu (KITA). Ketua Kerajaan ialah Pas (Hassan Ali), Ketua Pembangkang ialah UMNO (Khairy Jamaluddin), Menteri JAKIM ialah MP PkR, manakala, Menteri MITI ialah DAP.

Di akhir episod Korban ke-13, apabila menjelangnya 2018, Kerajaan Malaysia bakal menjadi kerajaan paling bankrap di dunia.

Panglima Perang Cyber

Posted: 25 Sep 2011 12:13 AM PDT

Panglima Perang Cyber


Panasss : Video Terbaru Buktikan Samada Papagomo Atau Anwar Yang Menipu !!!

Posted: 24 Sep 2011 09:07 PM PDT





Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih.










Video Piala Malaysia - Kelantan VS Johor FC Seri 1-1

Posted: 24 Sep 2011 10:13 AM PDT




Kelantan dan Johor FC dari kumpulan C

Keputusan penuh klik sini


Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih

MERBOK TIMES

Posted: 24 Sep 2011 11:13 PM PDT

MERBOK TIMES


Konvensyen BN Kedah 2011 ceroi macam laksa Telok Kecai

Posted: 24 Sep 2011 08:24 PM PDT

Konvensyen BN Kedah 2011 pada 24 September 2011, tidak ada apa-apa impak kepada usaha menawan Kedah dari Pakatan Rakyat. Ucapan Pengerusi BN, Datuk Ahmad Bashah Abu Hanipah dilihat hanyalah ucapan ritorik kosong dengan bahan ucapan asyik diulang-ulang tanpa fakta atau realiti akar umbi yang sebenar.

Pengurusan pimpinan Kerajaan PAS dan Pakatan Rakyat yang mandom dan lemah tidak di 'address' oleh Ahmad Bashah secara bijaksana untuk menjadi bahan kempen kepada pimpinan akar umbi di kalangan UMNO, MCA, Gerakan dan MIC.

Ucapan yang hanya deras di atas pentas sebenarnya sudah lapuk dan primitif. Rakyat ingin melihat kewibawaan pimpinan dari BN sebagai alternatif kepada mereka untuk memilih dari Pakatan Rakyat kepada Barisan Nasional.

Ini yang gagal dipersembahkan oleh Ahmad Bashah sebagai 'MB' bayangan BN Kedah. Komponen BN yang duduk di belakang dewan ada yang ternga-nga mengantuk dan bertepuk hany kerana rakan-rakan yang lain bertepuk.

Ketidak hadiran pemimpin BN tertinggi diperingkat pusat menambahkan lagi "ceroi" nya konvensyen BN Kedah pada hari itu.

Kelembapan penganjur Konvensyen tersebut yang sebenarnya bermula dari peringkat awal lagi apabila perserta terpinga-pinga mencari tempat untuk mendaftar diri yang rupa-rupanya tidak ada pendaftaran. Sesiapa sahaja boleh berjalan lenggang kangkong boleh masuk ke dewan konvensyen tersebut.

Itulah cerminan BN Kedah apabila menjadi pembangkang. Ceroi macam kuah Laksa Teluk Kecai.

Belantan

Posted: 24 Sep 2011 11:12 PM PDT

Belantan


Soalan yang sering ditanyakan kebanyakan orang, mengapa kerajaan tidak melaksanakan hukum HUDUD!

Posted: 24 Sep 2011 07:43 PM PDT

Sudah dinyatakan bahawa tidak semestinya hudud itu perlu dilaksanakan sekaligus atau secara terus. Perlu ada perancangan dan perencanaan yang teliti dan rapi dibuat sebelum kita mahu melaksanakannya secara total di negara kita. Tidak boleh kalau kita perintah hari ni, terus laksana hudud sedangkan masih ramai lagi yang jahil dan belum memahami sepenuhnya mengenai hukum Allah yang maha adil ini.

Pelaksanaannya bukan boleh main-main atau untuk dijadikan modal politik. Ia berkaitan dengan pandangan masyarakat terhadap Islam itu sendiri. Jika pelaksanaannya gagal, maka tidak dapat tidak akan timbul salah faham di kalangan masyarakat bukan Islam dan Islam sendiri. Mereka mungkin beranggapan bahawa undang-undang Islam itu tidak adil dan kacau. Padahal hukum Islam itu memang perfect tetapi disebabkan implementasinya lemah dan tidak bijaksana maka ia akan mencacatkan matlamat perundangannya.

Pelaksanaan hudud bukan soal kewajipan seperti solat dan puasa. Ia berkenaan istitho'ah, kemampuan pemerintah melaksanakannya mengikut kesesuaian zaman dan tempat, sama seperti kewajipan ibadat haji. Suasana persekitaran yang tidak sesuai tidak memungkinkan pelaksanaan sesuatu undang-undang hudud. Ini pernah disebutkan oleh Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan, Datuk Shukri Mohamed.

Memang menjadi kewajipan pemerintah melaksanakan hudud sama seperti kewajipan ibadat haji itu sendiri. Menolak kewajipannya bererti kita terkeluar daripada akidah Islam dan dengan sendirinya dihukum murtad. Tidak melaksanakannya atau menangguhkannya itu lain cerita. Kalau ada pemerintah yang tak mahu laksana tapi tak mempertikaikan kewajipannya walaupun dilihat mampu melaksanakan sepenuhnya hukum tersebut, ia tak boleh dihukum murtad. Ia samalah dengan orang yang sudah mampu mengerjakan haji tetapi masih belum mahu menunaikannya, hukumnya berdosa besar.

Adapun mengenai menangguhkan atau melakukan pemeringkatan dalam pelaksanaan undang-undang Islam, ini tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Jika sesebuah negara itu masih belum mampu melaksanakannya ia tidak mengapa sama seperti hukum mengerjakan haji terbabit. Bahkan mengikut kaedah fiqh yang masyhur, "Setiap perkara yang membawa kepada suatu kesempurnaan suatu kewajipan, maka perkara tersebut menjadi wajib pula dihukumnya." Wajib bagi pemerintah menerapkan pemahaman secara berperingkat dan membuat perencanaan sebelum melaksanakan hukum hudud itu.

Ini telah pun dilaksanakan oleh kerajaan kita dan ianya terbukti apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad, di mana beliau mengakui bahawa kerajaan telah pun menghubungi kerajaan Arab Saudi untuk mendapatkan satu model yang boleh dijadikan contoh untuk pelaksanaan hudud. Bagaimanapun, masih belum diterima sebarang respon daripada Arab Saudi. Melalui pendidikan, kita boleh lihat melalui matapelajaran Tamadun Islam yang diperkenalkan di peringkat pengajian tinggi dan penyusunan semula sukatan Pendidikan Islam di peringkat sekolah menengah.

Berkaitan pemeringkatan dalam pelaksanaan hudud ini, Dr. Yusuf Al Qardhawi ada membincangkan di dalam tulisan beliau. Kata beliau, pemeringkatan itu merupakan salah satu sunnah Allah di alam semesta dan di dalam syariah. Allah telah menentukan pelbagai perintah dan mengharamkan perkara yang haram secara berperingkat sebagaimana diwajibkan puasa, diharamkan arak dan seumpamanya.

Alangkah baiknya di sini apa yang dinyatakan oleh para ahli sejarah tentang Umar bin Abdul Aziz sewaktu beliau menjadi Khalifah, setelah manusia menyeleweng daripada manhaj al Khulafa' ar Rasyidin, melakukan kezaliman, mencuaikan hak manusia dan melampaui hudud Allah.

Anaknya yang beriman lagi bertakwa bernama Abdul Malik datang menemui beliau dan berkata dengan penuh semangat, "Wahai ayahku, kenapa kamu lambat melaksanakan semua perkara ini? Demi Allah, saya tidak akan peduli sekiranya saya dan ayah mengelegak pada jalan Allah ini."

Lalu bapa yang bijaksana ini menjawab, "Wahai anakku, sesungguhnya Allah telah mencela arak pada dan ayat dan mengharamkannya pada kali ketiga. Sesungguhnya aku bimbang untuk membawa manusia kepada kebenaran secara sekaligus lalu mereka menolaknya secara sekaligus juga."

Jelas beliau berpandangan bahawa adalah suatu kebijaksanaan bersikap lemah lembut dan berperingkat dengan manusia sehinggalah mereka menerima kebenaran yang sepatutnya diterima.

Dalam masalah yang sama, Umar Abdul Aziz juga pernah berkata, "Sesungguhnya kaum kamu (Bani Umaiyah) telah mengikatkan perkara ini satu ikat demi satu ikat. Apabila kamu mahu memaksa mereka untuk menarik balik apa yang ada pada tangan mereka , maka saya tidak jamin mereka tidak akan menentang saya yang akan membanyakkan lagi pertumpahan darah. Demi Allah, runtuhnya dunia ini adalah lebih ringan bagi saya daripada ditumpahkan darah kerana saya! Tidakkah kamu redha sekiranya kamu datang pada setiap satu hari mendatangi ayah kamu melainkan kamu ini telah mematikan satu bidaah dan menghidupkan satu sunnah?"

Inilah dia pandangan realiti yang bijaksana yang diyakini, tetapi hendaklah difahami bahawa pemeringkatan (beransur-ansur) dalam pelaksanaan syariah bukanlah bererti membatalkan pelaksanaan hukum syariah atau menggantungkan pelaksanaannya hingga ke tempoh yang tidak ditetapkan. Bahkan ia sebenarnya bererti meletakkan perancangan rapi yang mempunyai peringkat yang telah ditetapkan bagi memindahkan masyarakat kepada Islam yang sebenar dengan memberikan keutamaan bagi sudut pendidikan, media massa dan thaqafah yang bekerja secara bekerjasama dan saling melengkapkan bagi membina manusia yang dikehendaki oleh Islam dan menyediakan suasana yang patut bagi memastikan seluruh syariat Islam itu dilaksanakan dengan jayanya.

Permulaan bagi itu semua ialah menghapuskan halangan di hadapan para pendokong Islam yang benar dalam bentuk individu dan kumpulan dan memberikan jaminan kebebasan yang perlu untuk mereka, supaya mereka dapat melaksanakan tugas mereka untuk berdakwah, memberikan kesedaran, pendidikan dan pembentukan diri. Ini semua adalah perkara yang paling utama.

Pemeringkatan yang perlu menurut Dr. Yusuf Al Qardhawi ialah dengan meletakkan matlamat di hadapan mata, berusaha keras untuk sampai kepadanya, tidak berlalu satu hari, sebagaimana yang dinyatakan oleh Umar bin Abdul Aziz, melainkan dia telah mematikan satu bidaah jahiliyah dan menghidupkan satu sunnah Islam.

"Ziad bin Hudair meriwayatkan bahawa Umar r.a. telah berkata kepadanya: Apakah engkau ketahui apa yang akan meruntuhkan Islam? Kata Ziad: Aku menjawab: Tidak! Beliau berkata: Islam diruntuhkan oleh kesalahan alim ulama dan perdebatan orang munafiq dengan al Kitab dan pemerintahan imam-imam yang menyesatkan." (H/R Ad Darimi : Sahih)

"Janganlah seseorang itu menuduh seseorang yang lain dengan tuduhan kafir atau fasik, maka perbuatan itu akan kembali kepadanya sekiranya orang yang dituduh itu bukan seperti itu (bukan golongan kafir atau fasik)." [H/R Muslim dan Ahmad].

Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

GERAKAN ANTI PKR

Posted: 24 Sep 2011 09:30 PM PDT

GERAKAN ANTI PKR


WEB PAKATAN SAHKAN PAS PENGKHIANAT RAKAN !

Posted: 24 Sep 2011 06:34 PM PDT

MAT SABU

Posted: 24 Sep 2011 11:01 AM PDT

SIAPA SEBENARNYA YANG TERDESAK ?

Posted: 24 Sep 2011 12:31 AM PDT

SEJAK BILA PULAK, PKR NI PRO ISLAM ?

Posted: 23 Sep 2011 09:32 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN

Posted: 24 Sep 2011 09:10 PM PDT

ANGIN PERUBAHAN


Penyakit Lidah Bercabang Lim Guan Eng Berulang

Posted: 24 Sep 2011 11:04 AM PDT

Perangai lama berulang lagi. Lim Guan Eng menafikan laporan yang dikeluarkan Bernama berhubung kenyataannya memburuk-burukkan Johor ketika ditemuramah oleh sebuah stesen radio di luar negara baru-baru ini (baca sini). Memang inilah penyakit yang dihinggapi oleh Guan Eng, kos rawatan Mat Sabu pun belum lagi dijawab oleh Guan Eng.

Inikan pula memburukkan negara di luar negara. Apa untungnya Guan Eng buat begitu? Sewajarnya Guan Eng pun perlu digantung sama 6 bulan seperti mana M. Manoharan yang menghina Jalur Gemilang. Apa istimewa Guan Eng untuk terlepas dari hukuman tersebut? Sebab dia anak Kit Siang?

Hudud: DAP Tetap Pendiriannya

Posted: 23 Sep 2011 11:21 PM PDT

Lakonan antara PAS dan DAP sudah nampak jelas bila DAP masih kekal menyatakan pendiriannya dan PAS kekal "takut" untuk berbuat apa apa dengan DAP. Pendirian kumpulan Anwarinas dalam PAS juga tidak berubah, mereka kekal berdiri teguh di belakang DAP bukannya bersama dengan Nik Aziz. Pilihan raya makin dekat, makin banyak lagi skrip skrip drama baru akan muncul nanti. Kita bersama nantikannya.

PISAU.NET

Posted: 24 Sep 2011 09:04 PM PDT

PISAU.NET


LGE sama LKY?

Posted: 24 Sep 2011 05:55 PM PDT


SEKALI lagi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (LGE) yang juga Setiausaha Agung DAP, bersikap mencurigakan.

Terbaru, terdapat laporan bahawa LGE mendakwa Johor bukan negeri yang selamat bagi pelabur asing kerana penuh jenayah termasuk kes culik berbanding Pulau Pinang.

Kenyataan tersebut dibuat oleh beliau dalam satu temuramah dengan stesen radio Australia baru-baru ini. Jika benar laporan itu, beliau perlu menarik balik kenyataannya dan memohon maaf terutama kepada baginda Sultan, kerajaan negeri dan seluruh rakyat Johor.

Pada Awang, kenyataan itu bersifat penghinaan malah tohmahan kepada Johor. Kadar jenayah termasuk culik di negeri berkenaan telah menurun sejak beberapa tahun lalu. Sebagai Ketua Menteri dan rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, LGE sepatutnya tidak memburuk-burukkan negeri lain.

Jika pun beliau ghairah mahu menarik pelaburan asing ke Pulau Pinang, lakukannya dengan cara budiman. Setiap pemimpin negeri tanpa mengira ideologi politik ketika misi pelaburan ke luar negara perlu menjaga imej dan nama baik Malaysia, bukan bertindak sebaliknya.

Itulah juga pegangan etika para pemimpin wilayah atau negeri di negara lain termasuk China, India dan Rusia. Dalam mereka mempromosi pelaburan wilayah atau negeri masing-masing ke luar negara, mereka tidak memburukkan atau melemparkan tohmahan kepada sesama negeri.

Lalu ingatan Awang mengimbas kepada kenyataan Menteri kanan Singapura, Lee Kuan Yew (LKY) tidak lama dahulu bernada sama ke atas Johor. LKY mendakwa Johor adalah negeri yang tidak selamat kerana banyak berlaku jenayah.

Ketika itu, reaksi rakyat Malaysia bangkit marah dan menyatakan bantahan sehingga mencetuskan kekecohan diplomatik antara kedua-dua negara. LKY kemudian memohon maaf kepada kerajaan dan rakyat Malaysia.

Persoalannya apakah LGE mengikut pemikiran LKY, seorang pemimpin asing yang kerap mengeluarkan kenyataan menyinggung Malaysia?

Apakah itu juga mencerminkan pendirian DAP untuk berkongsi aspirasi dengan PAP yang diasaskan oleh LKY? Berdasarkan sejarah PAP dan DAP daripada benih perjuangan yang sama iaitu bermula di tanah air ini ketika Singapura belum berpisah daripada Malaysia. Dalam isu jenayah di Johor, kenyataan siapa yang LGE mahu ikut dan percaya - pihak berkuasa di negara sendiri terutama Polis Diraja Malaysia atau LKY dari negara jiran?

Seperti biasa, LGE pasti ada alasannya jika tidak pun penafian. Tetapi Awang seperti juga ramai orang punya firasat yang selalunya tepat dalam menilai siapa sebenarnya pemimpin DAP itu.-AwangSelamat

GEMPAR!! VIDEO SEX TERBARU ANWAR DI THAILAND

Posted: 24 Sep 2011 12:09 PM PDT



CCTV Berwarna

Pisau kata " amboi ganaih aih"


Apabila Karpal Dah Mula Berdehem

Posted: 23 Sep 2011 11:09 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhmh-X3rbh1bM3FSi9MRP7ZeZNwsWIsS1GDKoNtdEpwzY2trnQ5vsdrJ0CRXLtgcViH8JSeJEVLqa-eeKllqGVIgfofZ1zyJlghDVSEDHkjDh-HLDdtGE6CzCPBAFPDFcMGcYvEAHVYP4g7/s1600/Karpal.jpg
Batuk dan berdehem paling berkuasa orang tua ini bisa menjatuhkan serban dan kopiah kaum puak khawarij PAS. Hudud ntah kemana..negara Islam ntah kemana..begitulah kaum puak khawarij betapa mereka begitu walaq kepada kepimpinan DAP ini.

Ahli Parlimen PAS Kota Bharu Datuk Wan Rahim yang sanggup mati untuk mempertahankan Karpal Singh? Apa hukumnya orang mengaku Islam tiba-tiba bersedia mati untuk Karpal kafir harbi yang terang-terang menentang Islam. Kalau Nik Aziz nak tahu, petang tadi Karpal buat statement menyatakan Nik Aziz jangan nyanyuk lupe pasal Perjanjian Persefahaman Pakatan pembangkang 18.12.2009 yang menolak Negara Islam & perlaksanaan syariat. Adakah menyokong kafir harbi macam Karpal dan sanggup mati untuk dia itu tidak menjejaskan aqidah?-zulnordin


Pisau kata "Nik Aziz dan Karpal macam berpakat, masing masing cuba tarik sokongan,Chua Soi Lek macam biasa dia gempak saja lebih"

Sri Tri Buana

Posted: 24 Sep 2011 07:39 PM PDT

Sri Tri Buana


Orang Luar

Posted: 23 Sep 2011 08:35 PM PDT

melayuangkat

Posted: 24 Sep 2011 03:58 PM PDT

melayuangkat


DS Najib pun Perdana Menteri PAS jugak....

Posted: 23 Sep 2011 05:49 PM PDT

Bukti PAS sokong PM kita...Syukur Alhamdulillah.

bERANIKAN hATI

Posted: 24 Sep 2011 03:24 PM PDT

bERANIKAN hATI


BONUS DAN KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM - NAMUN RASUAH AKAN TETAP KEKAL....

Posted: 23 Sep 2011 10:42 PM PDT


Foto PM gambaran dari media sosial pembangkang, 
apa tindakan siber tropper pro kerajaan terhadap tohmahan-tohmahan sebegini?



1. Salam. Beberapa hari tak menulis dan bukan mudah untuk menulis terutama bagi blogger bebas dan tidak ditaja oleh sesiapa,  namun atas nama perjuangan dan minat maka sesukar manapun tatap akan diteruskan.

2. PM cadang bonos dan kenaikan gaji lumayan tentu mengembirakan mereka yang disektor awam. (Baca sini) Namun saya tetap terkilan kerana nampaknya masih tiada pembelaan terhadap mereka yang berkerja sendiri dikampung-kampung. Ketika peneroka FELDA menerima itu dan ini, penduduk kampung tradisi masih dicengkam kepayahan hidup. Mungkin kerana undi mereka kurang bererti atau pihak kerajaan menganggap bahawa mereka bukan dari kalangan yang memprotes dan memberi masalah kepada kerajaan, justeru mereka dipinggirkan.

3. Nampaknya akan gembira sakanlah penjawat awak kelak. Mereka akan dapat bonos dan kenaikan gaji, kerja masuk jam 10 dan keluar tengahari, fail sudah bertambah dan betimbun-timbun. Duit kopi sentiasa datang kerana rasuah sudah jadi 'darah-daging' penjawat awak sebagai cara 'pemudahcara' dalam sagala macam urusan, dan yang lebih tidak wajar adalah mereka inilah kebanyakkannya yang tidak menyokong BN. Apakah ini satu rasuah yang ingin PM kita berikan kepada penjawat awam?

4. Di media-media sosial, penyokong pembangkang masih menguasai 'permainan'. Siber tropper BN ketara masih tidak tersusun dan lemah dalam strategi dalam peperangan maya. Mungkin kerajaan merasakan bahawa sudah cukup menguasai media sosial dengan menaja beberapa blogger tersohor sahaja? Mereka terlupa agaknya bahawa musuh bukannya hanya seorang.

5. Kebelakangan ini saya banyak menumpukan kepada fb dan sungguh ketara bahawa kita masih tidak berupaya menentang pembangkang. Kita sedar bahawa mereka mempunyai dana yang besar untuk menguasai media sosial sedangkan pihak BN masih lagi bermimpi dengan teori serta angan-angan bahawa BN akan tetap memenang PRU akan datang.

6. Mampukah BN bertahan ketika berontak jiwa rata-rata rakyat sedang memuncak? Seorang demi seorang pemimpin disemua peringkat dimalukan dengan salahlaku mereka selama ini. Apakah tindakan BN  dan PM sendiri ketika kebanyakkan rakyat berbicara tentang teori RAHMAN, bahawa DS Najib adalah PM Malaysia terakhir dari BN atau bahkan dari kalangan orang Melayu sendiri? 

7. Apa tindakan pemimpin-pemimpin lain ambil untuk meneguhkan 'barisan'? Yang ramai hanya mengambil sikap berdiam diri serta tunggu dan lihat atau bersedia dengan harapan untuk dapat melompat ke kapal baru kerana menyangka keadaan ini hanyalah satu 'permainan' dalam politik dan tidak akan memberi kesan besar kepada bangsa dan negara.

8. Saya juga sudah berputus harap pada perjuangan yang nampaknya sia-sia! Saya melihat kita sedang menggali lubang untuk kita sendiri.

Kita MESTI Selamatkan Melayu

Posted: 24 Sep 2011 03:11 PM PDT

Kita MESTI Selamatkan Melayu


Ade Yb Pkr Konfirm 12 & 13 Januari 2011 Anwar Ibrahim Langgan Pelacur Siam Kat Thailand.....

Posted: 23 Sep 2011 07:59 PM PDT

VIDEO pendedahan terbaru yang mencabar status moral Anwar melalui aksi hubungan seks beliau bersama 2 wanita thailand diceritakan bekas sahabat Anwar Dato' Eskay. Ini didedahkan oleh blogger RBF dan disokong oleh beberapa otai blogger.

Apa yang pasti tarikh 12 dan 13 Januari 2011 menjadi misteri dan tanda tanya buat beberapa individu yang hampir dengan Anwar termasuklah isteri beliau sendiri Wan Azizah. Sebenarnya pihak yang diberi amanah untuk mendedahkan perilaku sebenar moral Anwar ini memberi peluang kepada Ketua Pembangkang tersebut untuk mengatur strategi agar menampakkan kekeliruan status lokasi Anwar sebenar pada 2 hari tersebut.

Ini kerana Video itu hanya sekadar dipamerkan dalam beberapa saat selepas pendedahan Anwar bersama Dato' Eskay dilihat memasuki lif sebelum tiba di bilik tempat Anwar dikatakan melakukan aksi seks bersama China Doll.

Anwar dan beberapa kuncu2 beliau yang semakin berkurangan ini sedang bersungguh2 memperjelaskan kepada rakyat lokasi sebenar beliau pada 2 tarikh ini agar ianya dilihat bercanggah dengan waktu dan tarikh Video Seks ini didedahkan. Mungkin perana Johari Abdul bakal dicantas orang lain. Kerana strategi Video Seks pertama yang cuba dipesongkan Johari, memakan diri.

Persoalannya, adakah rakyat masih percaya? Atau tidak percaya? Atau tidak mengambil tahu langsung hal ini?

Ingat, Anwar sendiri kata Moral seseorang Pemimpin amat penting untuk dijulang sebagai Ketua Negara. Anwar tidak akan memberi contoh buruk beliau. Akan tetapi Najib dijadikan sasaran. Tanpa sebarang bukti jelas, Anwar di setiap sessi ceramah beliau sejak Kempen PRU12 cuba memperjelaskan perilaku Najib yang katanya amak jelak.

Anwar mengatur ayat yang amat 'cantik' mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya.

Apa buktinya? Gambar. Namun sehingga kini tiada gambar didedahkan Najib bersama Altantuya.

Kenapa masih ada yang percaya walaupun semakin berkurangan? Kerana orang yang menyebut itu adalah Anwar Ibrahim. "Everytime you're say it;s just like a gold come out from your mouth."

Namun, bagi mereka yang dahulu mendakwa Anwar sedemikian, kini memakan diri. Apabila Video ini didedahkan, sekurang2 nya ianya bukan didedahkan Najib. Akan tetapi daripada sahabat karibnya sendiri yang dinafikan beliau.

Sekurang2 nya, ada Video bukti yang mengiyakan dakwaan Dato' Eskay walaupun cuba dinafikan status individu di dalam Video tersebut.

Anwar? Ya, Anwar bijak berbicara. Anwar bijak memukau penonton sehingga ternganga melihat pemidato handalannya.

Anwar bijak bercakap. Namun, bak kata PAS terhadap Anwar m satu ketika dahulu, Setiap percakapan Anwar, setiap janji Anwar, merupakan Malapetaka?

Gelombang Rakyat

Mencari Damai Abadi

Posted: 24 Sep 2011 03:09 PM PDT

Mencari Damai Abadi


Orang Baru

Posted: 24 Sep 2011 04:59 AM PDT

Bismillah...


Dapat anak buah lagi..
Perempuan juga.. :)

KEPAL NASI KEPAL BERAS

Posted: 24 Sep 2011 03:08 PM PDT

KEPAL NASI KEPAL BERAS


BN - PAKATAN MAIN JONGKANG-JONGKIT..

Posted: 24 Sep 2011 03:28 AM PDT

Apakah kesan langsung yang bakal berlaku kepada pakatan pembangkang jika Anwar didapati bersalah dan di jatuh hukum oleh mahkamah?
Berapa ramai kalangan rakyat khususnya yang telah membuat pendirian untuk mengundi pakatan dalam PRU13 nanti memikirkan akan perkara ini secara rasional?
Berapa ramai pula mereka yang sudah tidak peduli dan akan terus nekad mengundi pembangkang walau apa pun yang bakal terjadi kepada Anwar dan pakatan pembangkang?
Ia amat bergantung kepada sejauh mana rakyat boleh membuat keputusan secara rasional dan realistik. Jika berlaku sebaliknya, iaitu mereka membuat keputusan secara emosi yang keterlaluan, maka apa pun yang bakal terjadi kepada Anwar tidak akan memberi kesan terhadap pendirian mereka.
Golongan ini juga tidak akan terkesan dengan apa juga dasar dan pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan.
Persoalannya, berapa ramaikah golongan yang berpendirian sebegini? Berapa ramai pula kalangan yang berpendirian atas pagar dan majoriti senyap yang akan terkesan jika Anwar disumbat ke dalam penjara?
Begitu juga, berapa ramai kalangan atas pagar dan majoriti senyap yang akan terkesan dengan dasar dan pembaharuan yang dilakukan oleh pihak kerajaan?
Bagi saya, golongan atas pagar dan majoriti senyap inilah merupakan lombong emas bagi BN mahupun pakatan. Golongan yang sudah berpihak tidak akan terkesan lagi dengan faktor-faktor dan sebarang perkembangan yang berlaku di kalangan BN atau pun pakatan. Golongan ini sudah dianggap sebagai Fixed deposit bagi ke dua-dua belah pihak. Masing-masing pihak sudah mempunyai deposit.
Fixed deposit sukar untuk dicairkan. BN atau pun pakatan tidak perlu membuat kerja bodoh untuk mencairkan sokongan golongan ini.
Isu komunis dan ISA adalah ibarat main 'jungkang-jungkit'. Tanpa komunis, ISA tidak akan lahir.
Mainan pihak pembangkang tentang isu komunis adalah percubaan untuk memberi persepsi dan gambaran baru terhadap komunis dan perjuangannya. Pihak ini membaca, jika persepsi ini dapat diolah dan diserap oleh rakyat pada tahap 'boleh diterima' daripada tahap 'pengkhianat', maka secara halusnya ia adalah percubaan untuk mengurangkan penghormatan dan pengiktirafan terhadap para pejuang kemerdekaan, khususnya pejuang tajaan UMNO. Apabila rasa hormat terhadap pejuang kemerdekaan tajaan UMNO dapat dihakis secara halus, maka sifat rasa 'terhutang budi' terhadap segala pengorbanan dan perjuangan bapa-bapa kemerdekaan negara juga akan beransur-ansur terhakis di dalam pemikiran rakyat.
Apabila ikatan 'termakan budi' rakyat negara ini terhadap perjuangan UMNO dalam membebaskan negara dari koloni penjajah dapat dirungkai, maka kejayaan terbesar pihak pakatan, khususnya PAS adalah 'kejayaan menyamaratakan tahap nilai dan pengorbanan UMNO dengan mereka.
Persoalan berbangkit di sini ialah sejauh mana isu ciptaan PAS ini berjaya menembusi pemikiran rakyat atas pagar dan majoriti senyap? Apakah perjudian PAS dalam isu ini bakal memberi pulangan yang baik kepada pakatan atau pun suatu perjudian yang 'makan pangkal'? Apakah ia suatu isu yang bakal memberi keuntungan atau ia akan menyebabkan pihak pakatan 'terkayu'?
Di pihak UMNO/BN pula, isu penghapusan ISA adalah sebahagian dari langkah dan tindakan politik untuk memulihkan sokongan rakyat terhadap tahap demokrasi dan transformasi politik yang sedang diusahakan oleh PM Najib.
Apakah benar isu penghapusan ISA mampu untuk menjadi senjata berkesan BN untuk mengembalikan keyakinan golongan atas pagar dan majoriti senyap terhadap UMNO/BN? Jika benar, maka perjudian BN dalam mendapat sokongan rakyat melalui penghapusan ISA adalah suatu perjudian yang berbaloi dan tepat dari segi langkah transformasi politik.
Jika sebaliknya, maka langkah pemansuhan ISA ini sama setaraf dengan langkah Pas dan Mat Sabu dalam percubaan untuk menjenama semula perjuangan komunis. Langkah ke dua-dua pihak boleh dikira 'terkayu'.
Ke dua-dua pihak harus sedar, setiap isu yang mahu diketengahkan kepada rakyat haruslah tepat kepada golongan sasar.
Adalah sia-sia membuat pelaburan lombong emas dengan nilai ratusan juta RM, tetapi akhirnya emas yang dihajati tidak terdapat di lokasi. Modal sedia ada 'makan pangkal', emas yang dicari tidak dijumpai.
Dalam demokrasi, pengundi atas pagar dan majoriti senyap adalah ibarat lombong emas bagi BN mahu pun pakatan dalam usaha meraih sokongan. Jangan disebabkan kesilapan sasaran, sokongan yang diharapkan tidak menjadi, sokongan sedia ada pula turut lenyap.
Persoalan yang harus difikirkan ialah siapa yang untung dengan isu komunis, siapa pengkhianat dan pejuang yang dibawa oleh PAS dan siapa yang untung dengan isu pemansuhan ISA yang dibawa oleh UMNO/BN?
Apa yang pasti jika rakyat atas pagar dan majoriti senyap duduk di pihak pakatan, maka tempat duduk BN akan terjungkit. Sebaliknya, jika mereka pakat duduk di sebelah BN, maka pakatan pula yang akan terjungkit.
Mari kita lihat BN dan pakatan main jungkang-jungkit.

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan

Posted: 24 Sep 2011 03:02 PM PDT

eXception - Bukan Sekadar Blog Picisan


Gaji Kakitangan Awam Dijangka Akan Dinaikkan?

Posted: 23 Sep 2011 09:40 PM PDT


Gaji Kakitangan Awam Naik? Siapa Paling Gembira?





KUALA LUMPUR: Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.

Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi.

Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.

Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam.

Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.

Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.

Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan.
Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.

Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.

Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.

Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM.

Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.

Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.

Sumber: Berita Harian




Pasti kalangan kakitangan awam gembira mendengar berita ini termasuk eXception juga. Dengan kenaikan gaji ini di harap dapat menampung hidup seiring dengan peningkatan kos sara hidup. Walaupun ianya hanya jangkaan tetapi kita masih boleh mengharapkan ianya menjadi kenyataan lebih-lebih lagi menjelang PRU 13 nanti.

Walaupun begitu disebalik kegembiraan kakitangan awam, ada lagi yang lebih gembira apabila mendengar khabar ini... Iaitu... Kalangan pemborong, pembekal dan peruncit yang terdiri dari kalangan kaum cha ya nun alif...


THE FLYING KICK

Posted: 24 Sep 2011 02:02 PM PDT

Tiada ulasan:

Pengikut