Jumaat, 23 September 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Rakyat makin susah dapat bas, menteri apa peduli

Posted: 22 Sep 2011 08:05 PM PDT



Buatlah berapa banyak sekali pun aduan, laporan akhbar mengenai kesengsaraan rakyat untuk mendapatkan pengangkutan awam terutamanya bas, namun keluhan mereka tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pemimpin Melayu yang berkuasa. Hanya satu cara untuk mengajar pemimpin Melayu macam ni. Tukar saja parti yang memerintah baru mereka sedar tinggi rendahnya langit. Kalau tak laporan akhbar dan aduan dibawah ini hanya umpama anjing menyalak bukit.

Tak percaya ? Baca saja laporan-laporan, aduan-aduan dan keluhan-keluhan yang sebelum ini di :
- Susahnya rakyat mendapatkan perkhidmatan bas di http://pasns.blogspot.com/2010/04/perkhidmatan-bas-di-nsembilan-teruk.html
- Dua jam tunggu bas nak ke bandar di http://pasns.blogspot.com/2011/09/dua-jam-tunggu-bas-nak-ke-seremban-maju.html
- Daif sungguh bas, kerajaan BN tak prihatin di http://pasns.blogspot.com/2011/08/daif-sungguh-bas-di-seremban-kerajaan.html
- Pengusaha bas sengsara, rakyat merana di http://pasns.blogspot.com/2011/07/pengusaha-bas-sengsara-rakyat-nsembilan.html
- Perkhidmatan bas masih teruk di http://pasns.blogspot.com/2011/06/perkhidmatan-bas-masih-teruk.html
- Kami mahu perkhidmatan bas di http://pasns.blogspot.com/2011/03/kami-mahu-perkhidmatan-bas.html

20 PERATUS SYARIKAT BAS GULUNG TIKAR
23 Sep 2011

PERAI – Persatuan Pengusaha-pengusaha Bas Se-Malaysia (PMBOA) mendakwa kira-kira 20 peratus syarikat bas yang menjadi ahli persatuan itu terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu meneruskan persaingan dalam industri itu dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini.

Presidennya, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, situasi itu berlaku apabila syarikat bas henti-henti yang beroperasi di bandar-bandar kecil tidak lagi mampu untuk menanggung kos operasi yang semakin meningkat selain kesukaran mendapat bantuan daripada kerajaan.

Menurutnya, walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pengusaha syarikat bas untuk terus beroperasi termasuk mengurangkan jumlah perjalanan dan membeli alat ganti secara hutang, ia masih mendatangkan kerugian kepada syarikat.

"Syarikat bas henti-henti memang tidak mampu untuk bersaing dengan syarikat bas milik kerajaan kerana tidak mampu membeli bas baharu berbanding syarikat milik kerajaan yang mempunyai dana yang besar malah kami juga tidak mampu menanggung kos operasi yang semakin meningkat selagi kadar tambang tidak dinaikkan.

"Tindakan mengeluarkan permit kepada syarikat bas henti-henti baharu untuk beroperasi di laluan yang sama juga memburukkan keadaan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0923&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Pengusaha bot dan nelayan Melayu makin terhimpit

Posted: 22 Sep 2011 08:04 PM PDT



Buatlah berapa banyak sekali pun aduan, laporan akhbar mengenai kesengsaraan pengusaha bot dan nelayan Melayu, namun nasib mereka tidak akan mendapat perhatian yang sewajarnya oleh pemimpin Melayu yang berkuasa. Hanya satu cara untuk mengajar pemimpin Melayu macam ni. Tukar saja parti yang memerintah baru mereka sedar tinggi rendahnya langit. Kalau tak laporan akhbar dan aduan dibawah ini hanya umpama anjing menyalak bukit.

Tak percaya ? Baca saja laporan-laporan, aduan-aduan dan keluhan-keluhan yang sebelum ini di :
- Jeti di Terengganu usang, berbahaya dan memalukan di http://amkns.blogspot.com/2011/09/jeti-di-terengganu-usang-berbahaya-dan.html
- Jeti daif dan uzur di Terengganu di http://amkns.blogspot.com/2010/11/jeti-daif-dan-uzur-di-terengganu.html

PENGUSAHA BOT TERHIMPIT
23 Sep 2011

KUALA TERENGGANU: Ketiadaan sebuah benteng pemecah ombak di muara Sungai Merang menyebabkan rezeki pengusaha bot pelancong dan pemilik pusat peranginan di Pulau Redang dan Lang Tengah, semakin terhimpit kerana muara cetek menyukarkan bot keluar masuk, sekali gus menjejaskan kedatangan pelancong.

Mereka berpendapat, penyelesaian jangka panjang perlu dirumus di kawasan berkenaan untuk kebaikan semua pihak terutama sektor pelancongan Terengganu yang disasarkan menjadi antara enjin utama penggerak ekonomi Terengganu.

Pengusaha bot pelancong, Ya Salleh, 59, berkata rintihan peserta industri pelancongan di kawasan itu seperti tidak didengari pihak berkuasa berkaitan kerana tiada rancangan penyelesaian jangka panjang diambil, sebaliknya kerja mengorek pasir mendalamkan muara sejak lapan tahun lalu tidak berhasil, malah sungai menjadi semakin cetek sehingga menyukarkan laluan bot.

Berita Harian difahamkan, kerajaan pusat membelanjakan RM10 juta untuk kerja mendalamkan muara sungai Merang sejak lapan tahun lalu, tetapi masalah muara cetek semakin serius menyebabkan pengusaha bot pelancong mencadangkan agar benteng pemecah ombak dibina bagi menyelesaikan masalah itu.

Ya berkata, cadangan supaya kerja mendalamkan muara dan pembinaan benteng pemecah ombak pernah disuarakan kepada pegawai Kementerian Pelancongan yang secara kebetulan singgah di jeti itu untuk menaiki bot ke Pulau Redang pertengahan tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan susulan dilakukan dan kerja mendalamkan muara sungai itu diteruskan sehingga Julai lalu, tetapi dihentikan sebulan kemudian.

"Nasib kami pengusaha bot pelancong diibaratkan sebagai sudah jatuh ditimpa tangga kerana selain masalah jeti usang diperbuat daripada kayu dan papan lapis yang belum diatasi, kini timbul pula masalah perjalanan bot tersekat berikutan muara semakin cetek.

"Lebih malang, kontraktor yang diberi tanggungjawab melakukan kerja mendalamkan muara sungai itu, meninggalkan dan melabuhkan kapal korek di tengah muara menyebabkan laluan bot untuk ke jeti terganggu," katanya.

Tinjuan Berita Harian mendapati kerja menyedut pasir untuk mendalamkan muara sungai itu dihentikan dan kapal korek dilabuhkan di tengah sungai, manakala paip yang digunakan untuk menyalurkan pasir ke tebing sungai dibiar menyebabkan perjalanan bot terhalang.

Pengusaha bot, Tawang Ali, 58 berkata, keadaan muara sungai yang semakin cetek menyebabkan bot pelancong bersaiz besar tidak boleh masuk untuk mengambil dan menurunkan pelancong di jeti.

"Berikutan keadaan muara semakin cetek, kita terpaksa melabuhkan bot besar di laut dan kerja mengambil dan menurunkan pelancong terpaksa dilakukan menggunakan bot gentian kaca sebelum menaiki bot besar," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Pengusahabotterhimpit/Article

RM3000 duit milik rakyat 1Malaysia hilang di Balai Polis

Posted: 22 Sep 2011 05:45 PM PDT



Apa nak jadi da sekarang ini. Macam-macam cerita pelik bin ajaib akhir-akhir ini melibatkan PDRM, SPRM dan ATM. Macamana lebih RM3,000 boleh lesap di balai polis ni, ada toyol atau orang minyak atau hantu bonceng di balai polis ni?

Sebelum ini cerita pegawai SPRM jadi penyamun, pegawai Polis jadi pengedar dadah, anggota Tentera jadi perompak yang dilaporkan di http://amkns.blogspot.com/2011/09/sprm-penyamun-polis-pengedar-dadah.html

DUIT LESAP DI BALAI POLIS
23 September 2011

Seorang tukang cat membuat laporan polis mendakwa lebih RM3,000 wang miliknya lesap di balai polis ketika dia menjalani ujian air kencing. Leong Kok Hoong dari Bgan Ajam mengatakan polis telah menahannya di sebuah sekolah di Jalan Raja Uda susulan aduan oleh seorang pengawal keselamatan.

Leong mendakwa dia memasuki kawasan sekolah setelah mendapat kebenaran pengawal keselamatan tetapi ditahan oleh pengawal keselamatan lain yang memanggil pihak polis.

Dua orang anggota polis datang dan membawanya ke balai polis.

Setibanya di balai polis dia meletakkan semua barangan peribadi di atas meja antaranya beg sandang, dompet yang mengandungi Mykad, lesen memandu dan wang tunai RM1,000. Dia juga meletakkan wang tunai RM4,000 dari kocek seluarnya.

Kemudian dia dibogelkan, ditutup mata dan diarah mengadap dinding.

Setelah dia dibenarkan memakai pakaian dia memeriksa beg sandangnya dan mendapati dompetnya telah lesap. Lebih RM2,000 dari RM4,000 yang diletak atas meja pun lesap.

Dia kemudian membuat laporan polis di balai polis Butterworth

PAINTER: MONEY WENT MISSING AT POLICE STATION
Friday September 23, 2011

BUTTERWORTH: A car painter has lodged a police report claiming that more than RM3,000 of his money went missing at a police station where he was taken in for a urine test.

Leong Kok Hoong, 39, from Bagan Ajam here claimed police had earlier arrested him at a school in Jalan Raja Uda following a complaint by a security guard.

Leong said he went into the school compound with permission from the guard after he saw someone resembling his friend walking into the school but another guard stopped him and called the police.

"Two policemen came in a patrol car and took me to the police station for a urine test," Leong told a press conference called by Bagan DAP secretary Francis Ong Koon Liak yesterday.

On said that at the police station, he was told to place his belongings on a table. He said he put a slingbag which contained his wallet, MyKad, driving licence and RM1,000 on the table.

He also said he placed RM4,000, which he had kept in his trouser pocket, on the table.

"After that I was told to strip naked, blindfolded and asked to face the wall," he said.

He said that after he was allowed to wear his clothes, the policeman asked for his MyKad.

"I then checked my slingbag and found the wallet missing. More than RM2,000 of the RM4,000 I placed on the table was also missing," he said.

He later lodged a report at the Butterworth police station.

North Seberang Prai Deputy OCPD Supt Sukri Awang confirmed that a report had been made.

http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nation&file=%2F2011%2F9%2F23%2Fnation%2F9559901

Tiada ulasan:

Pengikut