Khamis, 2 Jun 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DUNIACACAMARBA

Posted: 02 Jun 2011 03:04 PM PDT

Ingat Kes Remaja Diperkosa 11 Kali oleh Ayah Tiri, Si Ibu Minta Bersabar? Berita Susulannya di Sini...

Posted: 02 Jun 2011 05:06 AM PDT

DCM ada menyiarkan berita awal kes ini di sini.

Saya petik:

[HM] AMPANG: Ibu kandung dan bapa tiri seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang mendakwa dijadikan hamba seks bapa tirinya itu sejak Mac lalu di rumah ditahan untuk siasatan lanjut, kelmarin.

Lebih malang, siasatan awal polis mendapati ketika perbuatan terkutuk itu dilakukan, ibu kandung mangsa yang berusia 30-an ada di rumah, tetapi tidak melakukan sesuatu bagi menghalang perbuatan terkutuk suaminya itu.

Difahamkan, ibu mangsa yang juga seorang ustazah hanya mampu mendiamkan diri kerana takut dia ditinggalkan suaminya itu.

Pasangan suami isteri itu ditahan di sebuah rumah di Kajang, kira-kira jam 8 malam. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md Nazri Zawawi ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan terbabit dan memberitahu mereka akan direman sehingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan.

P/s: Si ibu dikatakan seorang ustazah. Namun, demi  sayang akan jantan durjana, anak sendiri dibiar menjadi korban. Bingai punya perempuan!

Salah Satu PUNCA Tarif Elektrik NAIKKKKKKKKKKKKKKKKK!

Posted: 02 Jun 2011 03:30 AM PDT

P/s: Sila perhatikan nama CEO dalam senarai teratas! Yang ini data lama. Cuba congak berapa gaji Melayu ini sekarang?

Perbicaraan Skandal Scorpene Julai, Najib Dicabar Tunjuk Pasport....

Posted: 02 Jun 2011 02:00 AM PDT

Saya petik:

[KD] KEADILAN mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan rekod perjalanannya bagi membuktikan dirinya bukan individu ketiga yang dikatakan bersama Razak Baginda dan Altantuya Sharibuu dalam penerbangan ke Macau.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata, Najib perlu tampil memberi penjelasan, sebelum perbicaraan skandal rasuah pembelian kapal selam Scorpene itu dimulakan di Mahkamah Perancis, Julai ini.

"Saya harap Jabatan Imigresen tidak memadamkan rekod itu. Najib bukan sahaja perlu dianggap bersih, tetapi dia perlu dilihat bersih," kata Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution pada sidang media di ibu pejabat Keadilan.

Pendedahan itu berikutan siasatan pihak berkuasa Perancis terhadap skandal rasuah Scorpene- yang membawa kepada penemuan tiga e-tiket penerbangan ke Macau pada 2002.

Perjanjian RM6.27 bilion pembelian kapal selam berkenaan ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan syarikat Perancis, DCNS di mana Perimekar Sdn Bhd bertindak selaku orang tengah.

Perimekar dimiliki Ombak Laut, kepunyaan Abdul Razak Baginda dengan pemegang saham terbesar syarikat itu adalah isteri Razak.

Suara Rakyat Malaysia (Suaram) sebelum ini membongkar bahawa Razak, bersama Altantuya Shariibuu dan individu ketiga tidak dikenali, telah terbang ke Macau dipercayai berkaitan dengan urusan pembelian kapal selam berkenaan.

Ia didedahkan Pengarah Urusetia Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Cynthia Gabriel.

Dalam sidang media hari ini, Saifuddin turut mendedahkan individu terbaru yang dipercayai berperanan dalam urusniaga pembelian kapal berkenaan, iaitu Timbalan Pengerusi Bousted Holdings Bhd, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin.

Lodin juga dikatakan seorang pegawai di Kementerian Pertahanan yang turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia melalui Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Saifuddin berkata, maklumat itu dibocorkan oleh kabel diplomatik Wikileaks melalui pendedahan Kedutaan Amerika Syarikat.

"Nordin adalah watak penting sewaktu Najib menjadi Menteri Pertahanan ketika urusniaga itu dilakukan pada tahun 2002," katanya.

P/s: Jangan demam, PM! Kah kah kah!

Selepas Indonesia, Pakistan Pula Turunkan Harga Minyak, Malaysia?

Posted: 02 Jun 2011 01:00 AM PDT

Indonesia Turun Harga Petrol 2 Kali Seminggu, Malaysia Berura-ura Naikkan Harga Minyak!

Posted: 02 Jun 2011 12:15 AM PDT

Hari ini kecoh fasal Indonesia  menurunkan harga bahan bakar kali kedua dalam tempoh seminggu. Kelmarin, PT Pertamina Indonesia mengambil tindakan untuk kali kedua dalam tempoh seminggu menurunkan harga petrol antara Rp 200 hingga Rp 600 per liter atau dalam RM0.07 hingga RM0.21 seliter.

Saya tidak mahu mengulas lanjut fasal hal ini.

Saya cuma tertarik kenyataan pemimpin PR bahawa harga minyak di Malaysia sekiranya pengurusan ekonomi negara tidak pincang selama lebih 50 tahun boleh dijual sehingga serendah RM 0.60 seliter atau pun dengan harga  semahal sekarang.

Anda persoal kenyataan itu? Jika begitu, tolong undi PR dalam PRU 13 ini dan biar mereka membuktikan kenyataan yang telah dibuat. Boleh?

Telefon Bimbit Penyebab Kanser

Posted: 01 Jun 2011 11:30 PM PDT

Saya petik:

[Kosmo] PARIS – Pengguna-pengguna telefon bimbit berisiko menghidap kanser otak dan mereka dinasihatkan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan alat pendengaran telefon, kata beberapa pakar barah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menurut WHO, penggunaan SMS dan alat pendengaran telefon itu akan mengurangkan si pengguna terdedah pada gelombang telefon bimbit.

Medan frekuensi elektromagnetik radio yang dibebaskan telefon bimbit berisiko menyebabkan kanser pada manusia," kata kenyataan Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) selepas persidangan lapan hari diadakan di Lyon Perancis kelmarin.

Pakar-pakar membuat rumusan itu berdasarkan penelitian ke atas kajian melibatkan manusia dan kajian epidemiologi yang menunjukkan peningkatan berlakunya glioma iaitu sejenis kanser otak," kata Presiden IARC, Jonathan Samet.

Dua kajian utama menunjukkan mereka yang paling kerap menggunakan telefon bimbit lebih berisiko dijangkiti kanser otak, katanya dalam satu sidang akhbar melalui telefon.

Beberapa individu berisiko tinggi yang dipantau dalam kajian-kajian tersebut telah menggunakan telefon bimbit mereka pada kadar purata 30 minit sehari selama 10 tahun.

"Kami tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku sekiranya orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk tempoh masa yang lebih lama dan sepanjang hayat mereka," kata Samet.

Terdapat sekitar lima bilion telefon bimbit berdaftar di dunia dan jumlah itu serta masa penggunaannya semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Jelas IARC, bukti saintifik menunjukkan telefon bimbit berpotensi menyebabkan kanser tetapi ia masih perlu dibuktikan. – AFP

P/s: Kali ketiga DCM menyiarkan artikel yang memerihalkan isu yang sama. Sila ambil perhatian!

Awas, Produk Makanan Tercemar dari Taiwan!

Posted: 01 Jun 2011 10:15 PM PDT

Saya petik:

[BH] PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan melakukan pemantauan rapi terhadap produk makanan keluaran Taiwan yang tercemar di pasaran tempatan, malah akan merampas produk itu selepas arahan penarikan balik dikeluarkan kepada pengimport.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, tindakan undang-undang juga boleh diambil mengikut Seksyen 13(1), Akta Makanan 1983 yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga 10 tahun. Menurutnya, hukuman denda dan penjara itu boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang bersabit kesalahan pengimportan, penyimpanan, penyediaan, pengedaran dan penjualan produk membahayakan kesihatan. 

"Kementerian sudah menghubungi semua pengimport produk terbabit untuk melaksanakan tindakan pemanggilan balik produk makanan berkenaan yang berada di pasaran dengan segera.


"Dalam pada itu, kementerian juga akan menjalankan pemantauan dan sekiranya produk berkenaan masih dijual, tindakan rampasan akan dijalankan," katanya, melalui satu kenyataan dikeluarkan, di sini, semalam.

Beberapa produk makanan dari Taiwan seperti minuman tenaga, jus buah, jeli, jem, yogurt dan bahan aditif makanan (clouding agent) baru-baru ini dilaporkan tercemar dengan di(2-ethylhexyl) phthalate (DEHP) dan di-isononyi phthalate (DINP).


Susulan itu, Kementerian Kesihatan sudah dimaklumkan Pengurusan Makanan dan Dadah (FDA) Taiwan mengenai makanan yang disahkan tercemar dengan DEHP dan dieksport ke Malaysia untuk tindakan selanjutnya.


Produk berkenaan ialah jus Sunkist Lemon, Sunkist Lemon Juice Drink With Aloe Vera Pulp, Sunkist Orange dan Sunkist Orange Juice Drink, yang dikilangkan Country House Inc, Taiwan dan dieksport oleh Sunlight Foods Corp. 

Selain itu, jus asparagus Uni-President dengan tarikh luput sebelum 18 Mei 2012, dikilangkan Uni-President Enterprises Corp, Taiwan.

Liow berkata, semua pengimportan produk terbabit sudah dilarang masuk ke negara ini manakala produk makanan lain dari negara berkenaan akan dipantau rapi di pasaran dan pintu masuk.


Menurutnya, DEHP dan DINP adalah sejenis bahan kimia yang digunakan dalam pembuatan plastik untuk menjadikannya lebih lembut dan ia boleh dipindahkan kepada makanan dalam proses pembuatan, pembungkusan dan penyimpanan.

"DEHP berkemungkinan menyebabkan kesan karsinogenik ke atas manusia. Namun, masih kekurangan bukti saintifik terhadap kesan berkenaan," katanya.


Beliau berkata, mengenai produk minuman sukan keluaran Young Energy Resource Co Limited, yang dikesan mengandungi DEHP, iaitu Speed Sports Drink 600 mililiter (ml), Speed Sports Drink (perisa lemon) 600ml dan Dong Nung 1000 Sport Drink tidak diimport ke negara ini.


"Orang ramai tidak perlu khuatir keselamatan makanan yang diimport dari Taiwan memandangkan kawalan dikenakan ke atas makanan terbabit. (Namun), pengguna yang membelinya dinasihati tidak memakan produk berkenaan," katanya.


Pengguna yang memerlukan maklumat lanjut boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan di talian 03-88833652 atau melayari laman web http://moh.gov.my atau http://fsq.moh.gov.my.

P/s: Sila ambil perhatian!

[Gambar] Iblis Campak Bayi dari Pangspuri

Posted: 01 Jun 2011 09:00 PM PDT

Saya petik:

Bayi baru lahir maut dicampak dari balkoni pangsapuri

[BH] KUALA LUMPUR: Apalah dosa seorang bayi lelaki cukup sifat yang baru dilahirkan hingga ada manusia tergamak mencampaknya dari tingkat atas sebuah pangsapuri di Sentul di sini, ke atas permukaan jalan, hingga bayi malang itu ditemui mati dengan kepalanya pecah, malam kelmarin.

Bayi masih bertali pusat yang dibungkus dalam plastik itu ditemui tertiarap dalam keadaan menyayat hati oleh penduduk Pangsapuri Sentul Utara pada jam 11.45 malam, di tempat letak kereta, kurang dua meter dari tong sampah.
 

Polis percaya bayi itu dicampak dari balkoni laluan tangga pangsapuri berkenaan dengan pelakunya dipercayai cuba membuang bayi terbabit ke dalam tong sampah, namun tersasar ke permukaan jalan. 

Pemeriksaan polis turut menemui titisan air dipercayai air ketuban di tangga tingkat empat pangsapuri 15 tingkat itu.

Mayat bayi itu ditemui hanya 16 jam selepas penemuan mayat seorang bayi perempuan yang tersangkut di celah batu di sungai berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pagi kelmarin.

Sambil menyifatkan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu sebagai amat hina dan keji, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan, berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan bayi itu milik penduduk pangsapuri berkenaan.

"Selain itu, kita juga menyiasat kemungkinan bayi malang ini dibawa oleh orang luar sebelum dibuang di kawasan ini. Berdasarkan kesan kecederaannya, kita percaya bayi ini jatuh dari tempat tinggi iaitu dicampak ke bawah dari pangsapuri ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
 

Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai khususnya penduduk pangsapuri itu yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Saksi kejadian, Ahmad Azhari, 34, berkata beliau baru pulang dari pejabat dan terkejut apabila melihat bungkusan berisi seperti anak patung berhampiran tong sampah, ketika melalui kawasan itu.

"Hancur hati saya melihat rupa-rupanya bungkusan itu berisi bayi baru dilahirkan dengan kepalanya pecah," katanya.

 P/s: Lahanat!

Penarik Beca Berahi Dipenjara Rogol Remaja Bawah Umur

Posted: 01 Jun 2011 08:09 PM PDT

Saya petik:

[Kosmo] Seorang penarik beca dijatuhi hukuman penjara lapan tahun serta dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas didapati bersalah merogol seorang remaja bawah umur pada April lalu.

Hakim Ahmad Sazali Omar menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, M. Hararna Jeet Singh, 56, selepas meneliti semua fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat.

Mengikut pertuduhan, M. Hararna didakwa merogol mangsa berketurunan India Muslim berusia 14 tahun di sebuah bilik di sebuah rumah beralamat T472, Jalan Chan Koon Cheng di sini pada pukul 10.15 malam, 27 April lalu.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Terdahulu tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya meminta mahkamah meringankan hukuman terhadapnya dengan alasan dia sudah berumur.

"Saya juga sudah insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi," katanya.

Utusan Kempen untuk Nasa, Blog UMCO Fitnah Husam

Posted: 01 Jun 2011 07:35 PM PDT

Saya bukanlah orang yang berpengetahuan atau layak membicarakan soal pemilihan PAS dan hal-hal yang berkaitan. Namun melihat situasi semasa, pemilihan PAS kali ini bukan sahaja melibatkan kempen dalam kalangan ahli parti itu namun, UMCO melalui medianya juga hebat berkempen untuk memenangkan calon pilihan mereka. Mengapa calon-calon yang dipilih itu perlu dimenangkan? Anda mungkin tahu jawapannya. Mengapa ada calon-calon perlu dipastikan tewas? Anda juga tahu jawapannya. 

Jika kita lihat gambar di atas, Utusan Malaysia media milik UMCO jelas "berkempen" untuk Nasa. Kalau kita perhatikan, Nasa juga mendapat kempen percuma sewaktu pemilihan di muktamar yang lalu. Di ruang blog, Datuk Husam difitnah hebat oleh blog pencacai. Isu yang diketengahkan oleh mereka kononnya Kickdefella menerima RM300 ribu daripada orang Husam, yang tidak lain tidak bukan, kononnya untuk membantu Husam memenangi pemilihan jawatan yang ditandinginya. Tuduhan berbiat jahat itu dinafikan oleh Husam  di sini.

Mengapa UMCO cukup gerun jika Mat Sabu dan Husam menang pemilihan PAS kali ini? Tepuk dada UMCO, tanya selera mereka! Namun, secara kasarnya, dua orang tokoh ini dilihat cukup hebat menentang kemungkaran UMCO, penyatuan UMCO-PAS, dan beberara isu lain yang merugikan UMCO.

[PERHATIAN] Jumpa Doktor Jika Cirit Birit Berdarah Selepas Pulang dari Eropah. Mengapa? Baca!

Posted: 01 Jun 2011 06:38 PM PDT

Saya petik:

[Bernama] KUALA LUMPUR: Orang ramai yang telah mengunjungi Eropah sejak 1 Mei lepas dan pada masa yang sama mempunyai gejala cirit-birit berdarah dinasihatkan untuk menjalani ujian pemeriksaan kesihatan di pusat-pusat kesihatan yang berhampiran.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pihaknya telah menerima laporan daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai satu kes wabak penyakit 'sindrom uremik haemolytik' (HUS) yang berpunca daripada pencemaran bakteria 'Enterohaemorrhagic Escherichia Coli' (EHEC).

Satu kes wabak penyakit itu telah dilaporkan di negara Jerman, katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

"Untuk makluman, wabak penyakit ini adalah satu sindrom dengan ciri-ciri darah merah pecah dan menyebabkan anemia (menyebabkan kekurangan jumlah pigmen hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah), kegagalan ginjal akut dan kekurangan sel darah pembeku," katanya.

Dr Hasan berkata tanda-tanda seseorang itu telah dijangkiti wabak penyakit itu adalah seperti sakit perut, muntah-muntah dan cirit-birit berdarah.

Gejala gejala yang dinyatakan di atas juga boleh menyebabkan dehidrasi, keletihan, kelesuan, anemia, 'uraemia' (kehadiran urea dan sebatian buangan bernitrogen lain dalam darah dalam jumlah berlebihan) serta 'kecenderungan pendarahan, katanya.

Menurut beliau, punca wabak penyakit itu yang menjangkiti mangsa adalah menerusi makanan yang dicemari dengan bakteria E. Coli.

"Gejala penyakit ini dapat dilihat dengan ketara dalam tempoh tiga hingga lapan hari. Selalunya mangsa akan sembuh dalam tempoh 10 hari dan tanpa sebarang komplikasi selepas dijangkiti wabak penyakit ini," katanya.

Selain itu, sebahagian kecil wabak penyakit ini turut melibatkan kanak-kanak dan warga tua yang boleh membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti penyakit buah pinggang pada tahap kronik.

Kadar kematian yang berpunca daripada wabak penyakit ini berada pada kadar antara lima hingga 10 peratus.

Dr Hasan berkata kajian awal mendapati pesakit yang terlibat dengan wabak ini didapati berkemungkinan memakan sayuran mentah iaitu tomato, timun dan daun salad.

Berikutan itu, katanya, kementerian sedang memantau pengimportan timun ke dalam negara ini tetapi maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia menunjukkan tiada timun yang diimport dari Jerman atau Sepanyol. Kejadian wabak penyakit ini dilaporkan bermula pada 25 April lepas dengan mangsa mengalami gejala cirit-birit berdarah.

Kerabu Bersuara ®

Posted: 02 Jun 2011 03:04 PM PDT

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

بسم الله الرحمن الرحيم

Firman Allah SWT yang bermaksud : Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), Maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam Jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)". Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam firdaus, dan selamatkanlah Aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah Aku dari kaum yang zhalim. 12. Dan (Ingatlah) Maryam binti Imran yang memelihara kehormatannya, Maka kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari ruh (ciptaan) kami, dan dia membenarkan kalimat Rabbnya dan Kitab-KitabNya, dan dia adalah termasuk orang-orang yang taat.

• Terima kasih kepada pengerusi majlis

• Yang Berbahagia al-Fadhilah Ustazah Nuridah binti Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat dan saf kepimpinan Dewan Muslimat PAS Pusat

• Yang Berbahagia Wakil Dewan Harian PAS Pusat

• Seluruh ahli-ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat

• Yang diraikan tetamu-tetamu jemputan khususnya khususnya kepimpinan wanita Pakatan Rakyat

• Ketua-ketua Dewan Muslimat Negeri-negeri bersama ahl-ahli jawatankuasanya

• Para perwakilan

• Muslimin dan muslimat yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur kita panjatkan kepada Allah SWT yang telah memberikan kita kesempatan untuk bersama-sama berada di dalam majlis perasmian muktamar tahunan Dewan Muslimat PAS Pusat untuk kali ke 51 pada malam ini. Saya mengucapkan terima kasih kerana dijemput untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan muktamar ini. Sekalung tahniah kepada Dewan Muslimat PAS Pusat di atas kejayaan mengadakan agenda tahunan ini sekaligus melepasi usia setengah abad dengan bermuktamar untuk kali ke-51 pada hari ini, alhamdulillah. Saya utuskan dua rangkap rangkap pantun sebagai pembuka kepada ucapan saya pada malam ini :

Pulang petang gadis sekawan,

Anak Telosan di Padang Rata

Hamba datang kerana tuan

Untuk berpesan sepatah kata

Datang berteduh di pinggir rimba

Mencari kawan di tengah dangar,

Tinggi sungguh harapan hamba,

Agar tuan sudi mendengar

MENYERTAI PAS SATU IBADAH

Para perwakilan, pemerhati serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Saya ingin mulakan ucapan ini dengan mengingatkan kita semua bahawa perjuangan kita Parti Islam Semalaysia (PAS) ini merupakan satu ibadah di medan siasah dan dakwah pasti akan diganjari oleh Allah SWT dengan kebaikan insya-allah. Perlulah diingatkan PAS adalah Gerakan Islam yang menyertai pilihanraya dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Biarpun ruang demokrasi itu kian sempit namun perjuangan untuk membebaskan umat Islam dari kepungan jahiliyah moden ini berpandukan syara' mesti diteruskan walau dengan apa cara sekalipun.

Justeru, penyertaan dan penglibatan msulimat bersama PAS dalam pilihanraya bukanlah didorong oleh inginkan kemenangan pilihanraya sebaliknya ia didokong oleh prinsip syariat Islam agar mengisi ruang sistem bernegara dan menggantikan sekularisme yang menjadi anutan kerajaan yang ada pada hari ini. Sesungguhnya penyertaan PAS dalam seluruh kegiatan politik dakwah hari ini adalah bertujuan ke arah memenuhi tuntuan pengabdian diri kita kepada Allah SWT. Maka muslimat juga bertanggungjawab memastikan matlamat, objektif, strategi dan seluruh aktiviti mestilah berlandaskan al-Quran, al-Sunnah dan prinsip berjemaah.

Saya menyatakan perkara ini sebagai satu penegasan agar PAS mampu berdepan dengan penjajahan pemikiran dan gelombang sekular yang datang dengan pelbagai warna, ada yang biru dan ada yang merah. Walau apa jua warna sekalipun, ia tetap merupakan gelombang jahiliyyah yang mesti ditolak. Maka mantapkanlah perjuangan kita sebagai satu ibadah demi mengembalikan kesemua aspek kehidupan manusia ke bawah naungan redha Allah SWT.

Firman Allah SWT :

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ، لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

- سورة الأنعام، أية 162-163

Yang bermaksud : Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.

MUSLIMAH SEBAGAI NADI JEMAAH

Para perwakilan, pemerhati serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Penglibatan golongan muslimah di dalam gerakan politik dakwah merupakan sumbangan besar di sisi Islam. Mereka adalah sayap pengimbang di dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT. Sebagaimana seekor burung tidak mungkin terbang dengan sebelah sayapnya, demikian juga sebuah jemaah yang berentap di pentas demokrasi seperti di Malaysia, sudah tentu berfungsi dengan baik dengan adanya sayap yang bernama muslimah.

Di dalam sejarah, pernah wujud golongan wanita yang mengkhianati perjuangan suci suami-suami mereka. Ayat yang telah saya bacakan di awal ucapan tadi menceritakan bagaimana kisah dua orang wanita iaitu isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh alaihimassalam yang telah menolak dakwah suami mereka dan menjadi penentang utama terhadap risalah yang dibawa oleh suami mereka. Lalu Allah SWT mencampakkan mereka ke dalam neraka. Begitu juga tidak kurang kisah para isteri yang terus menerus berdiri di atas jalan yang benar sekalipun ditentang hebat oleh suami mereka seperti kisah Asiah isteri kepada Firaun.

Oleh yang demikian, menjadi satu tanggungjawab muslimah pada hari ini untuk menjadi wirawati dan pejuang yang berjiwa Asiah di zaman Firaun dan bukannya menjadi petualang dan pengkhianat seperti isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Demikian pula bagaimana hebatnya saiyidatina Khadijah binti Khuwailid sebagai muslimah pertama yang menyahut seruan Iman dan Islam menyokong perjuangan suci suaminya iaitu Rasulullah SAW sehingga sentiasa dikenang-kenang baginda sepanjang hayat.

Sabda Rasulullah SAW :

لا والله ما أبدلني خيرًا منها، آمنت بي حين كفر الناس، وصدقتني إذ كذبني الناس، وواستني بمالها إذ حرمني الناس، ورزقني منها الولد دون غيرها من النساء – رواه أحمد

Yang bermaksud : Tidak demi Allah, tidaklah Dia menggantikan untukku wanita yang lebih baik darinya (yakni Khadijah), dia beriman denganku ketika manusia mengkufuri aku, dia membenarkan aku ketika manusia menolakku, dia menolongku dengan hartanya ketika manusia memencilkan aku dan Allah mengurniakan zuriat kepadaku daripadanya dan tidak daripada wanita yang lain.

Selain Khadijah, kita juga sering mendengar nama-nama seperti, saiyidatina Aisyah RA sebagai gedung ilmu dan pusat sumber maklumat, Ummu Ammarah Nusaibah binti Ka'ab yang bermati-matian di medan Uhud dan Sumaiyah Ali Yaasir sebagai orang yang pertama mendapat gelaran syahidah. Demikian juga wirawati seperti Khaulah binti Azwar yang tangkas di medan perang dan juga pengarang syair yang hebat. Kesemuanya membuktikan peranan muslimah adalah begitu luas, bukan sekadar di dalam rumahnya semata-mata.

Apa yang penting golongan muslimah sudah melakar sejarah yang begitu hebat maka muslimat PAS diharapkan turut mencipta sejarah bagi meneruskan peranan beralaskan iman dan taqwa kepada Allah SWT.

PAS MENGHARGAI PERANAN MUSLIMAH

Para perwakilan, pemerhati serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Di dalam PAS, Dewan Muslimat telah diberikan peranan yang cukup penting di dalam menjayakan perjuangan. Justeru, Dewan Muslimat telah melahirkan ramai tokoh pejuang. PAS pernah memberikan amanah kepada almarhumah Khadijah Mohd Sidik untuk bertanding di dalam pilihanraya umum 1959. Beliau memenangi kerusi tersebut di dalam pertembungan tiga penjuru menentang Perikatan dan Front Sosialis. Di dalam pilihanraya tersebut, PAS juga telah menurunkan Fatimah Bahari sebagai calon bagi Dun Terentang, Negeri Sembilan namun beliau tewas. Pada pilihanraya 1964, sekali lagi PAS meletakkan Khatijah Sidek bertanding dan kali ini di dalam dua kerusi sekaligus iaitu Parlimen Johor Timor dan Dun Plentong, Johor.

Selepas pilihanraya 1964, PAS mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon ekoran permainan politik kotor UMNO dan Perikatan pada masa itu. Amalan politik samseng, buas dan ganas menyebabkan PAS berpendirian bahawa wanita kurang selamat untuk diletakkan sebagai calon. Sehinggalah pada pilihanraya 2004, PAS mula meletakkan semula calon wanita apabila melihat politik samseng yang diamalkan oleh Barisan Nasional mula kendur dan berkurangan.

Justeru, kita saksikan di dalam pilihanraya umum 2008 yang lepas, seramai 13 orang calon Muslimat PAS diberikan kepercayaan untuk bertanding di seluruh negara. Alhamdulillah, hasilnya enam orang calon kita telah menang dan masing-masing seorang diberikan amanah pula untuk menggalas jawatan sebagai ahli exco kerajaan negeri di Kelantan, Kedah dan Selangor. Selain itu, buat kali pertama juga di dalam pilihanraya umum yang lepas, kita menyaksikan kemunculan seorang calon yang diiktiraf mewakili Kelab Penyokong PAS yang sekarang dikenali sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) adalah dari kalangan wanita iaitu Cik Kumutha Raman, yang bertanding di Dun Tiram, Johor.

Sementara itu, antara sumbangan bermakna PAS Kelantan kepada Dewan Muslimat PAS ialah melantik pimpinan muslimat sebagai ahli Dewan Negara iaitu sebagai Senator. Ia bermula dengan Ustazah Jamilah Ibrahim diikuti dengan Ustazah Noraizah Mohd Nor, Ustazah Siti Zailah Yusof, Hajah Wan Ubaidah Omar dan sekarang Hajah Mumtaz Mohd Nawi.

Alhamdulillah, kini mulut-mulut luas yang suka melemparkan tohmahan buruk terhadap PAS kian sempit. Bahkan PAS boleh dianggap lebih terkedepan daripada UMNO apabila menyaksikan kerusi Naib Presiden pernah ditandingi oleh seorang Muslimat PAS. Demikian juga dengan siri pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum 2008, kita pernah membariskan calon wanita di DUN Tenang pada saat Pergerakan Wanita UMNO masih gagal menampilkan calon mereka di dalam pilihanraya kecil.

Para perwakilan, pemerhati serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Hakikatnya, pemberian kerusi di dalam pilihanraya bukanlah menjadi ukuran sebenar kejayaan perjuangan muslimat. Apa yang lebih diharapkan, Dewan Muslimat PAS hendaklah konsisten dalam menjuarai pelbagai program politik dakwah. Natijahnya, Muslimat hendaklah berperanan sebagai penggerak masyarakat memacu kemenangan PAS di dalam meraih kemenangan terdekat pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

PENGALAMAN KELANTAN MENJAGA KEBAJIKAN GOLONGAN MUSLIMAH

Para perwakilan, pemerhati serta hadirin yang dikasihi sekalian.

PAS bersama Pakatan Rakyat insya-allah, jika diberikan peluang mentadbir negara pastinya akan memperkenalkan dasar-dasar yang lebih membela kebajikan wanita berbanding dengan apa yang ada pada hari ini. Wanita bukan bahan untuk eksploitasi dan diperalatkan semata-mata, tetapi untuk dihargai dan diberikan perlindungan sewajarnya.

Cita-cita ini sedang dijalankan di Kelantan. Kami memperkenalkan dasar-dasar mesra dan cakna wanita seperti cuti bersalin sehingga 60 hari daripada 40 hari sebelumnya yang akhirnya ditiru tanpa segan malu oleh pihak-pihak yang mengaku cerdik dan pandai. Kita juga merubah cuti bekerja kepada dua hari seminggu bagi memberikan ruang kepada wanita menumpukan perhatian kepada keluarga dan juga memendekkan masa bekerja kepada sehingga jam 3.00 petang pada bulan Ramadhan.

Selain itu, kita perkenalkan bantuan dan skim pembelaan untuk golongan armalah (ibu tunggal), memastikan golongan wanita tidak dieksploitasi dengan melarang gambar wanita yang mendedahkan aurat ditayangkan di papan-papan iklan dan dalam masa yang sama tidak menghalang wanita terlibat dengan aktiviti kebudayaan dan kesukanan. Di Kelantan juga, kita mendahului penganjuran Nisa' Games iaitu temasya sukan khusus untuk golongan wanita dan merupakan sukan wanita yang pertama di Malaysia. Alhamdulillah.

Pada kesempatan ini juga, sukalah saya mengulangi tekad kerajaan Kelantan untuk terus istiqomah melaksanakan sistem kewangan Islam. Selain berjaya menggerakan sistem perbankan tanpa riba dan pajak gadai ar-rahn, kita juga telah memperkenalkan mata wang syariah dinar dan dirham berasaskan emas dan perak. Alhamdulillah, kita telah mendapat persetujuan dari 20,000 pemilik kedai di seluruh negara yang sanggup menerima mata wang dinar dan dirham sebagai tukaran untuk mendapatkan barangan mereka. Sebagai tanda sokongan dari warga Dewan Muslimat PAS sekalian, saya mencadangkan agar setiap daripada kita seharusnya mempunyai sekurang-kurangnya sekeping dinar atau dirham di dalam poket masing-masing. Maka dengan ini, sebagai tanda kejayaan tersebut, saya bersedia menyumbangkan tiga dinar emas dan tiga dirham perak pada nilai hari ini untuk Tabung Pilihanraya Muslimat PAS Pusat, alhamdulillah.

PERSIAPAN UNTUK KE PUTRAJAYA

Para perwakilan, pemerhati serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Saya juga ingin mengambil kesempatan pada kali ini untuk menggesa agar Muslimat PAS dapat mempersiapkan diri untuk berjuang menuju Putrajaya. Firman Allah SWT :

وَأَعِدُّوا لَهُمْ مَا اسْتَطَعْتُمْ مِنْ قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ – سورة الأنفال : 60

Yang bermaksud : Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu sanggupi dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh Allah dan musuhm.

Hari ini, pada saat UMNO dan Barisan Nasional dilihat semakin hampir dengan ambang kejatuhannya, PAS semakin dilihat berpotensi untuk menggantikan UMNO. Disiplin, thiqah, dan keteguhan pimpinan dan ahli-ahli PAS adalah syarat yang perlu dipatuhi. Atas syarat inilah, kerajaan PAS di Kelantan mampu bertahan walaupun dengan majoriti satu kerusi sahaja. Prestasi ini dipandang tinggi oleh rakan-rakan kita di dalam Pakatan Rakyat. Tinggal lagi adakah kita bersedia menerima persepsi setinggi itu dan bersiapkan kita sebagai parti yang akan berada di Putrajaya kelak? Dalam hal ini, saya melihat Dewan Muslimat PAS Pusat boleh memainkan peranannya yang tersendiri.

Apa yang utama dalam siap siaga itu ialah Ahli-ahli Dewan Muslimat sewajarnya melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu untuk bersaing di peringkat nasional. Muslimat tidak boleh lagi menganggap diri mereka hanya sebagai pelengkap kepada golongan lelaki di dalam medan juang, tetapi mereka juga perlu berperanan sebagai tiang seri yang menongkat istana perjuangan. Muslimat bukanlah langsir yang menghiasi jendela semata-mata dan ditukar ganti apabila selesai digunakan. Hari ini, pada saat dunia berkembang pesat dengan segala arus kemodenan, muslimat perlu dilihat berketrampilan menguasai pelbagai bidang ilmu dan bahasa agar dilihat mampu bersaing dengan pergerakan wanita dari parti-parti lain.

Saya melihat Dewan Muslimat PAS pada hari ini semakin menarik minat pelbagai latar belakang untuk turut bersama dengan perjuangan ini. Tidak dilupakan, msulimat perlu kepada generasi pelapis. Sedekad ini saya menyaksikan ada perbezaan berikutan kehadiran pelbagai latar belakang dan bakat baru. Maka saya mengharapkan agar golongan senior di dalam Dewan Muslimat dapat membimbing bakat-bakat baru agar memahami perjuangan PAS dan terus istiqomah membantu bahtera PAS sampai ke pantai destinasinya. Kepelbagaian ini saya ibaratkan sebagai sejambang bunga yang menampilkan pelbagai jenis bunga dan wangian yang berbeza. Ia sama sekali tidak mencacatkan jambangan bunga bahkan ia menambahkan seri dan menaikkan perhatian orang yang memerhati. Muslimah ibarat bunga yang sedang berkembang mekar di jambangan yang namanya jihad, insya-allah jika dibajai dan dijaga bunga ini, wangiannya akan terus kekal semerbak sepanjang zaman.

Para perwakilan, pemerhati serta hadirin yang dikasihi sekalian.

Akhir kata, saya berharap agar muktamar pada kali ini dapat berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan PAS. Saya juga dimaklumkan bahawa akan berlaku pertandingan untuk jawatan-jawatan utama di dalam Dewan Muslimat pada kali ini. Harapan saya agar pertandingan berlaku secara adik beradik dan penuh harmoni dan semangat ukhuwwah. Bagi saya, pertandingan sebagai jalan meraih pahala dan rahmat Allah SWT. Semoga para perwakilan dapat membuat pilihan yang paling tepat untuk memilih pemimpin yang dapat menjalankan amanah sebaik yang mungkin di dalam mengemudi Dewan Muslimat PAS Pusat ini terus maju ke hadapan dalam arena politik tanah air.

Demikianlah amanah yang dapat saya sampaikan di dalam majlis ini. Saya berdoa agar kita semua dapat mengambil manfaat daripada apa yang telah saya sampaikan. Apa yang paling penting, ikhlaskanlah usaha kita kerana Allah. Semoga setiap usaha yang kita lakukan kesemuanya dikira amalan yang baik dan menndapat ganjaran di sisi Allah SWT. Saya sudahi dengan :

أقول قولي هذا وأستغفر الله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

TEKS UCAPAN

YANG AMAT BERHORMAT TUAN GURU DATUK BENTARA SETIA

AL-MURSYIDUL AM PAS

DI MAJLIS PERASMIAN

MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT KALI KE-51

PADA : 29 JAMADIL AKHIR 1432H / 2 JUN 2011 (KHAMIS)

JAM : 8.30 PAGI

BERTEMPAT DI : DEWAM JUBLI PERAK, KOMPLEKS SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI, SHAH ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut