Khamis, 30 Jun 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


Layan lagu BERSIH

Posted: 29 Jun 2011 11:36 PM PDT

Presiden PAS seru semua ahli sertai Bersih 2.0

Posted: 29 Jun 2011 11:25 PM PDT

Pelekat Bersih palsu untuk kelirukan rakyat

Posted: 29 Jun 2011 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS mendakwa terdapat usaha pihak tertentu mengelirukan rakyat dengan mengedarkan pelekat kenderaan palsu berlogo Bersih dan berwarna kuning.
Namun pelekat berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan apabila tertera ayat "Bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang!" dan Buktikan kita mampu seperti Libya!".
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat sebuah kilang di Johor yang mencetak pelekat berkenaan dalam kuantiti yang banyak diercayai turut dicetak di seluruh negara.
"Ini satu perancangan rapi dan teliti yang tujuannya untuk sabotaj program Bersih 9 julai ini dan ini merupakan usaha pihak tertentu untuk menimbulkan satu keadaan dan suasana yang tegang," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Justeru beliau berkata PAS akan berbincang dengan peguam mereka untuk membuat laporan polis berhubung perkara ini.
"Mungkin esok melalui peguam kami akan membuat laporan kepada polis dan saya yakin ini bukan kerja seketariat Bersih 2.0  walaupun latar belakang pelekat ini kuning," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.
Sementara itu, seorang lagi naib presiden, Datuk Mahfuz Omar menegaskan himpunan 9 Julai ini bukan untuk menurunkan kerajaan sepeerti yang berlaku di Mesir sebaliknya hanyalah untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.
"Himpunan ini bukan untuk turunkan kerajaan tapi nak tuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Kita anak jantan nak turunkan BN melalui peti undi. Tak ada dalam tuntutan Bersih pun nak turunkan kerajaan," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berpandangan, tindakan mengelirukan rakyat ini hanyalah untuk mewujudkan satu alasan agar kerajaan menghalang ianya daripada berlaku.
"Mereka mahu pihak berkuasa menggunakan ini sebagai hujah bahawa himpunan ini lebih daripada satu himpunan aman dan mahu mengaitkan himpunan ini dengan himpunan di negara lain," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mencabar Pemuda Umno untuk memastikan perhimpunan mereka berlangsung aman.
"PAS cabar pemuda Umno dan khairy untuk memastikan himpunan mereka juga aman kerana kita menuntut pilihan raya yang bersih. Kita mahu pilihan raya di atas padang yang sama rata.
"Siapa menang, siap kalah, biarkan rakyat yang membuat pilihan," katanya.

Fomca-kesal-kenyataan-penasihatnya

Posted: 29 Jun 2011 07:14 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca)
kesal dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh penasihatnya, Chua Kim Tee mengenai himpunan
aman Bersih 2.0.
Kenyataan tersebut tidak sepatutnya dikeluarkan oleh Chua Kim Tee kerana ia bukanlah
kenyataan rasmi Fomca, sebaliknya hanyalah kenyataan peribadinya sahaja.

Pengarah Komunikasi Fomca, Mohd Yusof Abdul Rahman (gambar)
menegaskan, Fomca adalah sebuah badan yang berpegang teguh
kepada prinsip Perlembagaan Negara, tetapi kenyataan Chua ternyata telah menimbulkan imej negatif kepada pertubuhan itu.

Menurut beliau, sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan, kenyataan Chua pasti tidak dipersetujui oleh Fomca kerana Fomca
sendiri adalah badan yang berkecuali dengan sebarang pertubuhan politik.
Katanya, Fomca seperti yang diketahui umum adalah badan yang hanya
mempunyai kepentingan dengan isu-isu pengguna sahaja dan tanpa
memihak kepada sebarang parti-parti politik.
"Namun kenyataan Chua Kim Tee telah menyebabkan orang ramai keliru dengan Fomca yang
seolah-oleh seperti Fomca telah memihak kepada parti tertentu, pada hal ia hanyalah kenyataan
peribadinya sahaja.
"Sesuai dengan kedudukan Fomca sebagai badan yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan,
Fomca menyokong penuh kenyataan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) baru-baru
yang menggesa kerajaan membenarkan sebarang perhimpunan aman termasuk Himpunan
 Bersih 2.0 yang akan diadakan 9 Julai ini," katanya ketika menghubungi Harakahdaily, hari ini.   
Semalam, Malaysiakini atas tajuk 'Fomca Mahu Bersih 2.0 Disekat' melaporkan, Gabungan
Persatuan-persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca), tidak rela perhimpunan Bersih 2.0
diadakan di ibu negara berikutan ia bakal mengundang bala petaka buat golongan peniaga.

Penasihat Fomca, Chua Kim Tee berkata, banyak yang akan menerima kesan kerana selain
boleh menyebabkan kerugian kepada peniaga, orang ramai di kawasan berhampiran juga terpaksa
hidup di dalam kebimbangan.
Justeru, katanya, tindakan tegas wajar diambil kerajaan bagi menyekat penganjuran perhimpunan
Bersih yang dirancang pada 9 Julai depan.

Menurut Chua, pihak terbabit sepatutnya menggunakan saluran lain untuk menyuarakan ketidakpuasan
hati mereka, termasuk di dalam Parlimen.
Menurut Mohd Yusof, oleh itu, orang ramai diharap tidak tersalah anggap dengan Fomca berhubung
dengan kenyataan Chua yang disiarkan oleh Malaysiakini itu kerana ia tidak sekali-kali membayangkan
pendirian rasmi Fomca.

"Sejak dulu, Fomca sudah dilihat oleh orang ramai sebagai badan yang hanya mempunyai
kepentingan dengan isu-su pengguna sahaja, tetapi tidak dalam politik.

"Jika dalam politik, kenyataan yang disokong oleh Fomca hanyalah yang dikeluarkan oleh
Suhakam sahaja kerana itulah kenyataan yang selaras dengan pendirian Fomca sejak ditubuhkan
dulu yang berpegang kepada prinsip Perlembagaan.

"Sokongan Fomca ke atas kenyataan Suhakam itu kerana perhimpunan yang akan diadakan
oleh Bersih pada Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai nanti adalah perhimpunan aman.

"Jika perhimpunan aman, ia tidak patut disekat oleh kerajaan kerana ia selaras dengan peruntukan
yang terdapat dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang membenarkan orang ramai
mengadakan sebarang perhimpunan aman tanpa senjata bagi menyuarakan pandangan, pendapat
untuk kebaikan negara," tegas beliau.

Tiada ulasan:

Pengikut