Khamis, 23 Jun 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


JANGAN TUNDUK KEPADA TEKANAN

Posted: 23 Jun 2011 01:21 AM PDT

JANGAN TUNDUK KEPADA TEKANAN

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor merakamkan ucapah TAHNIAH kepada YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di atas penegasan beliau untuk tidak tundak kepada tekanan pihak Alam Flora yang telah mendapat semakan penghakiman mencabar keputusan Kerajaan Negeri Selangor meminta PBT mengambil alih kerja-kerja pembersihan yang ketika ini dilakukan oleh Alam Flora. Pihak Alam Flora telah mendapatkan perintah mahkamah bagi menghalang Kerajaan Negeri dan PBT daripada meneruskan proses tender bagi kerja-kerja pembersihan. 

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersetuju dengan kenyataan YAB Dato' Menteri Besar bahawa tindakan Alam Flora berniat jahat dan cuba untuk mensabotajkan agenda kerajaan negeri di dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat pembayar cukai di Selangor. Alam Flora sebelum ini juga telah gagal di dalam melunaskan tanggungjawab mereka untuk memberikan perkhidmatan pembersihan kawasan yang terbaik kepada rakyat Selangor.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap semoga Kerajaan Negeri Selangor akan terus mempertahankan prinsip untuk membela rakyat dan tidak akan tunduk dengan tekanan mana-mana pihak yang cuba untuk "membuli" dan menzalimi rakyat. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berdiri teguh menyokong tindakan Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil tindakan saman balas terhadap pihak Alam Flora bagi menunjukkan ketegasan Kerajaan Negeri untuk tidak berkompromi terhadap sebarang agenda yang akan membebankan rakyat negeri Selangor.



HASBULLAH MOHD RIDZWAN   
KETUA DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI SELANGOR

23 Jun 2011

SOLAT HAJAT PERDANA “BERSIH 2.0” SELANGOR

Posted: 23 Jun 2011 01:20 AM PDT

SOLAT HAJAT PERDANA "BERSIH 2.0" SELANGOR

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyokong penuh kenyataan Dewan Ulamak PAS Pusat yang menyeru supaya seluruh pendokong PAS samada pimpinan, ahli dan penyokong mengadakan Munajat Perdana secara besar-besaran di stadium, padang-padang, markaz-markaz tarbiyah atau di mana-mana lokasi dan tempat yang sesuai sempena Himpunan Aman BERSIH 2.0 (Gabungan pilihanraya Bersih dan Adil) pada 9 Juali yang akan datang. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melihat saranan yang di buat oleh Dewan Ulamak PAS Pusat perlu dilaksanakan di setiap Negeri dan Kawasan-kawasan kerana pelbagai ancaman dan fitnah yang keterlaluan telah dilemparkan kepada rakyat yang berusaha untuk menBERSIHkan sistem pilihanraya dalam negara ini.

Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyambut baik saranan tersebut dan akan menganjurkan Solat Sunat Hajat Perdana "BERSIH 2.0" peringkat Negeri Selangor pada 2 Julai 2011, Sabtu bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam. Program akan bermula dengan tazkirah ringkas sebelum solat Maghrib, solat Maghrib dan Isyak berjamaah, solat sunat hajat tersebut akan dipimpin sendiri oleh YB. Dr. Abdul Rani Osman, Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan selepas itu akan diteruskan dengan ucapan pimpinan wakil parti, NGO dan wakil BERSIH 2.0.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor telah mengeluarkan pengarahan kepada seluruh Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan untuk menyebarluaskan maklumat program ini di kawasan masing-masing.  Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menjangkakan kehadiran seramai 100,000  rakyat Selangor ke program tersebut hasil dari gerakerja yang akan dilakukan oleh pemuda dan turut di bantu Dewan Ulamak PAS Negeri, Dewan Muslimat PAS Negeri serta Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor sendiri. InsyaAllah. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru kepada seluruh rakyat Negeri Selangor supaya dapat hadir ke Majlis Munajat ini bagi mempastikan supaya agenda Himpunan Aman BERSIH 2.0 dapat dijayakan dengan sempurna.


HASBULLAH MOHD RIDZWAN   
KETUA DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI SELANGOR

23 Jun 2011

KUNINGKAN NEGARA PADA SETIAP HARI SABTU

Posted: 22 Jun 2011 07:21 PM PDT

AYUH KUNINGKAN NEGARA PADA SETIAP HARI SABTU [ 25 hb JUN dan 2 JULAI 2011 ] 
SEBAGAI WARM UP HIMPUNAN BERSIH 2.0 [ 9 Julai ]



Sebagai suatu usaha menyahut seruan Himpunan Bersih 2.0 yang bakal diadakan pada 9 Julai 2011 di ibu kota Kuala Lumpur, saya menyarankan seluruh warga pemuda PAS di semua peringkat termasuklah anak-anak muda yang prihatin agar menjadikan 2 Julai 2011 sebagai Hari Pra Bersih 2.0 dengan memakai baju Bersih 2.0 (berwarna kuning). Ia sebagai 'warm up' (persiapan) bagi membangkitkan semangat dan persediaan seluruh rakyat bagi menyertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011.

Saya menegaskan bahawa pada 2 Julai 2011 tidak perlu diadakan sebarang himpunan. Cukup sekadar setiap warga khususnya anak-anak muda memakai baju kuning Bersih 2.0 sebagai tanda sokongan kita terhadap Himpunan ini serta persiapan mental dan spiritual sebelum turun ke medan Himpunan Bersih 2.0 kelak.

Ayuh kita bersama-sama kuningkan seluruh negara pada 2hb Julai 2011 ini.  Kepada mereka yang masih belum memiliki baju Bersih 2.0, sila dapatkannya di pasaran dan pastikan semua warga muda negara memakainya dan seterusnya turun ke Kuala Lumpur untuk menyertai Himpunan Bersih 2.0.

Rasional seruan saya ini adalah sebagai 'warm up' (raptai) permulaan bagi menghadapi Himpunan Bersih 2.0. Ia juga sebagai menunjukkan sokongan rakyat Malaysia terhadap Himpunan ini, yang membawa maksud mengharapkan Malaysia menjalankan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di masa akan datang. Ini juga membuktikan bahawa semua lapisan rakyat yang akan hadir ke himpunan Bersih adalah mereka yang cintakan keamanan dan keadilan sejagat tanpa menanam apa-apa sentimen sempit  dan ingin menunjukkan bahawa himpunan ini nanti tidak memberikan kesan negatif terhadap negara. 

Perlu diingatkan, bahawa himpunan aman pada 9 Julai 2011 adalah sebahagian daripada proses demokrasi yang matang dan menjadi hak rakyat Malaysia berhimpun bagi menunjukkan sikap dan perasaan mereka.

Disediakan oleh;


HJ NASRUDIN HASSAN
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Tiada ulasan:

Pengikut