Sabtu, 11 Jun 2011

BLOG - BLOG PARTI PKR

BLOG - BLOG PARTI PKR


The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

Posted: 10 Jun 2011 11:48 PM PDT

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Tun Razak...oh...Tun Razak...

Posted: 10 Jun 2011 09:08 PM PDT

Tun,

Lihatlah kemusnahan yang dilakukan oleh manusia bernama Najib Tun Razak yang mengekalkan dasar Mahathir Mohamed.

Dasar yang Tun bawa untuk membasmi kemiskinan petani-petani luar bandar dengan menempatkan peneroka-peneroka kedalam kawasan tanah penempatan beramai-ramai telah berjaya dilaksanakan.

Tetapi pada tahun 1990, Dr Mahathir telah menyeleweng dari dasar yang diturunkan oleh Tun. Mahathir tidak lagi mahu menjadikan dasar membasmi kemiskinan dikalangan petani-petani luar bandar, dan sebaliknya mahu menggunakan Felda untuk tujuan menempatkan badan itu sebagai badan konglomerat pertanian yang terbesar.

Mahathir mahu Felda dijadikan badan korporat, terlibat dengan perniagaan dalam dan luar negara, beliau tidak mahu lagi petani-petani ditempatkan dirancangan-rancangan Felda, tetapi sebaliknya tanah-tanah yang diserahkan oleh kerajaan-kerajaan Negeri kepada Felda dijadikan ladang-ladang yang dikelola-urus oleh Felda sendiri untuk mendatangkan untung dan laba kepada Felda sebuah badan yang bertukar wajah menjadi badan konglomerat pertanian.

Dibawah pentadbiran Mahathir, golongan profesional seperti Taib Andak dan Raja Alias tidak lagi dilantik menjadi Pengerusi Felda dan ini diteruskan oleh anak Tun, Najib, yang terus melantik ahli-ahli politik menjadi pengerusi Felda, dan lebih teruk lagi dari itu, Najib telah melantik seorang Pengerusi yang telah didapati terlibat dengan rasuah yang dikenakan 6 tahun penggantungan oleh UMNO. Sekiranya kes ini dilapor kepada SPRM dan SPRM bertindak sebagai Badan Bebas sudah tentu orang ini dipenjarakan sebagai seorang yang dijatuhkan hukuman rasuah.

Semasa golongan profesional ini mentadbirkan Felda, bukan sahaja wang rezab Felda bertambah dari masa ke semasa dan mungkin pada hari ini sudah pun sampai ke tahap melebihi RM10 billion, tetapi dibawah Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab kepada Felda, wang rezab Felda menjunam jatuh dari RM4.3 billion kepada RM1.3 billion.

Sudah tentu berlaku penyelewengan yang melampau yang telah berlaku didalam pengurusan kewangan Felda ini, dan baru-baru ini Felda telah pula meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 billion.

Pinjaman itu untuk apa? Sekiranya pengurusan kewangan didalam pentadbiran Felda tidak diperbetulkan, maka pinjaman Felda ini akan terbeban kepada peneroka-peneroka untuk menjelaskannya.

Tun,

Peneroka-peneroka sudah sangat lama menderita dan berkorban demi masa depan mereka. Dan kini sudah mulai ternampak kesenangan itu.

Tetapi Felda telah memanipulasikan sekali lagi kedudukan peneroka-peneroka Felda.

Peneroka-peneroka yang sudah menjelaskan Bayaran Kembali kepada Felda dan menjelaskan bayaran cac (btd) melalui Felda masih lagi menunggu-nunggu geran tanah mereka yang sengaja dilewat-lewatkan oleh Felda. Walaupun dari segi GSA, Kerajaan Negeri berhak mengeluarkan geran tanah kepada peneroka-peneroka tetapi dari segi prosedurnya pihak Feldalah wajib membuat syor kepada Kerajaan Negeri supaya geran dikeluarkan kepada peneroka-peneroka.

Ada disesetengah rancangan Felda kelewatan ini sudah pun tertangguh melebihi 14 tahun, dan kelewatan tertangguh hingga 6 atau 7 tahun adalah perkara yang normal.

Apabila notis-notis dihantar kepada Felda, jawapan standard diberikan oleh Felda bahawa tindakan sedang atau sudah diambil, namun, geran-geran tanah peneroka berkenaan tetap juga tidak diserahkan kepada peneroka-peneroka.

Tun,

Tentu Tun masih ingat bahawa setiap peneroka Felda dikenakan bayaran RM4.00 setiap ekar setiap bulan selama 15 tahun bertujuan untuk dimasukkan kedalam Tabung Tanam Semula, sebagai kemudahan kepada peneroka-peneroka untuk menguruskan tanam semula apabila sampai waktunya.

Kepada mereka yang belum menerima geran tanah, Felda telah memanipulasikan pengurusan ini dengan mengadakan Perjanjian Tanam Semula dimana syarat-syarat dan terma-termanya sangatlah berat sebelah sehingga menyebabkan peneroka-peneroka menanggung hutang yang begitu besar diantara RM70,000.00 hingga RM120,000.00.

Ada juga peneroka-peneroka yang terpaksa menanggung hutang yang lebih besar kerana kebun-kebun mereka yang ditanam melalui Felda telah gagal ditanam semula walaupun pokok-pokok sawit atau getah mereka telah ditebang oleh Felda; mereka ini diberikan pinjaman elaun sara hidup sebanyak RM1500.00 sebulan tetapi kebun-kebun mereka tidak mengeluarkan sebarang hasil/pendapatan dan justeru itu mereka akan menanggung hutang dan tidak ada sumber menjelaskan hutang itu.

Bagi mereka yang tanam sendiri pula, Felda telah membuat manipulasi kewangan dengan gagal menjelaskan bayaran kembali dari Tabung Tanam Semula itu dan sesetengah dari mereka hanya dibayar separuh sahaja dari kewangan Tabung yang dicarumkan oleh peneroka-peneroka itu dan selebihnya dikehendaki mengambil input-input pertanian yang tidak dikehendaki oleh peneroka-peneroka kerana input pertanian yang dibekalkan oleh Felda adalah input yang mutu rendah.

Tun,

Berpuluh-puluh tahun Felda telah selewengkan pendapatan peneroka-peneroka kerana membayar peratusan perahan yang kecil berbanding peratusan perahan sebenar.

Felda memberikan peratusan perahan hanya diantara 17 hingga 18% sahaja sedangkan peratusan perahan yang disahkan oleh Makmal boleh meningkat hingga melebihi 30%. Ini bererti setiap peneroka telah ditipu sebanyak lebih dari RM1000.00 setiap bulan.

Dizaman Tun dulu tak pernah kita dengar peneroka-peneroka menyaman Felda. Tetapi dizaman Dr Mahathir dan dizaman Najib ini, peneroka-peneroka akan hanya mendapat keadilan dengan menyaman Felda.

Di Felda Kemahang 3 di Kelantan, Mahkamah Persekutuan telah menganugerahkan lebih RM11 juta kepada peneroka-peneroka disana kerana peratusan perahan yang jauh lebih kecil dari yang sepatutnya.

Di Felda Maokil, Johor seramai 650 peneroka-peneroka menyaman Felda, di Serting 1 dan 2 seramai 766 orang peneroka menyaman Felda, dan di kawasan Jengka diluar DUN Jengka, seramai 700 peneroka sudah pun melantik peguam untuk menyaman Felda. Seramai 1000 orang lagi di gugusan Bera dan 1000 lagi di DUN Jengka, 300 orang di gugusan Keratong sedang bersedia menyaman Felda.

Menyaman Felda bukanlah satu perkara yang menyeronokkan tetap satu perkara yang perlu dibuat kerana Felda tidak mahu berunding dengan peneroka-peneroka, dan Felda hanya tahu "bahasa" saman sahaja.

Disamping isu perahan ini, timbul juga isu buah-buah "muda", "mengkal" yang direject oleh Kilang-Kilang Felda. Setelah dibuat kiraan, tidak kurang dari RM20,000.00 kerugian menimpa peneroka-peneroka Felda kerana buah yang direject itu diproses bersama dengan buah yang normal yang dihantar kekilang, tetapi hasilnya tidak diberikan kepada peneroka-peneroka bahkan peneroka-peneroka itu pula dikenakan denda.

Pemeriksaan di Makmal mengesahkan bahawa buah-buah reject itu boleh mendapat peratusan perahan antara 19 hingga 21 peratus.

Tun,

Kadar Getah Kering yang disahkan oleh Makmal boleh mencapai hingga 62%, tetapi kilang-kilang getah Felda hanya membayar lebihkurang 45% sahaja.

Kajian sedang dibuat untuk mengumpulkan maklumat-maklumat untuk memfailkan saman di Mahkamah mengenai KGK ini.

Di seluruh rancangan-rancangan Felda di seluruh Negara kini peneroka-peneroka sedang mengambil tindakan untuk menyaman Felda samada berhubung KPG, KGK, kegagalan tanam semula oleh Felda, Tabung Tanam Semula, bayaran insentif tanam semula oleh MPOB, dan geran tanah.

Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku jika Felda yang Tun asaskan itu berperanan untuk melaksanakan tujuan asalnya iaitu untuk meninggikan taraf ekonomi peneroka-peneroka Felda.

Tun,

Ucapan Tun di Parlimen pada 27hb April 1960 adalah untuk semua tanah-tanah Kerajaan Negeri yang diserahkan kepada Felda jelas melarang Felda dari menyerahkan tanah-tanah itu kepada syarikat atau anak-anak syarikat. Dan setiap rancangan itu ditempatkan peneroka-peneroka.

Tetapi Dr Mahathir dan Najib telah menyelewengkan dasar itu dengan tanah-tanah itu diserahkan kepada Felda dan Felda menyerahkan kepada Felda Plantation, dan setelah 1990 Felda tidak lagi mengambil sebarang peneroka baru.

800,000 ekar tanah kerajaan Negeri itu dijadikan Felda Plantation, dan sekarang ini jumlah yang sangat besar dari kalangan generasi baru Felda yang tidak mempunyai pekerjaan dan tinggal dengan ibu-bapa masing-masing dengan tidak mempuyai masa depan, mereka kini menganggur dan separa-menganggur dengan pendapatan kecil.

Tun,

Jika 800,000 ekar itu diambil dan diagih-agihkan kepada generasi baru Felda, sebahagian daripada masalah generasi baru didalam rancangan Felda itu dapat diatasi, dan inilah keputusan yang diambil oleh Pakatan Rakyat.

Dari segi penempatan peneroka-peneroka baru Felda ini, dasar yang Tun perjuangkan adalah selari dengan dasar yang diambil oleh Pakatan Rakyat, dan saya amat yakin Tun sangat bersetuju dengan dasar Pakatan Rakyat ini.

Akhirnya Tun, saya masih mengingati Tun semasa saya bertugas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri dimana disetiap hari Ahad saya bertugas di kediaman Tun di Sri Taman.

Latarbelakang FELDA secara ringkas

Posted: 10 Jun 2011 08:40 PM PDT

Felda dikenali sebagai LKTP pada tahun 1956 telah ditubuhkan dibawah suatu Ordinan bertujuan memberikan jaminan kepada petani-petani luar bandar untuk memperolehi tanah melalui skim berkelompok untuk membasmi kemiskinan di luar bandar dan membenteras pengaruh komunis yang meresap dikalangan penduduk-penduduk yang miskin.

Pada tahun 1960 telah digubal undang-undang tanah yang baru bagi menyelaraskan pengurusan dan mempastikan keseragaman undang-undang dan dasar tanah bagi kawasan penempatan berkelompok dan syarat-syarat untuk pemberimilikan dan penempatan dikawasan tanah yang berkelompok tersebut.

Secara ringkasnya, apabila seseorang peneroka Felda diterima masuk kedalam sesuatu kawasan berkelompok dibawah jagaan Felda dan menandatangani Perjanjian Peserta Rancangan Kemajuan Tanah dan namanya tersenarai didalam Borang A Jadual 1 iaitu Daftar bagi kawasan rancangan berkenaan, peneroka tersebut disifatkan sebagai seorang yang menduduki dengan harapan mendapatkan hakmilik (occupier in expectation of title).

Setelah ia menjelaskan bayaran Consolidated Annual Charga (bayaran tahunan yang disatukan)(BTD), maka tanahnya (ladang dan kampong), kawasan rancangan itu secara otomatik kembali kepada pihak berkuasa negeri (PBN) dan hak Felda sebagai lembaga kemajuan dikawasan tersebut secara otomatik tamat.

Timbul isu-isu disini bahawa selepas CAC dijelaskan Felda masih mahu meneruskan pengurusan didalam rancangan-rancangan Felda, dengan pelbagai cara diantaranya:

(a) melambat-lambatkan pengesyoran kepada kerajaan negeri supaya dikeluarkan geran;
(b) mewujudkan perjanjian-perjanjian baru sebelum geran dikeluarkan bagi menambat peneroka-peneroka agar terus tertakluk kepada pengurusan Felda; seperti Perjanjian Tanam Semula yang menguntungkan Felda bilamana Felda mengenakan hutang yang tidak pernah diberikan Penyata Kira-Kira kepada peneroka dan Felda tidak membenarkan peneroka-peneroka menjalankan Tanam Sendiri.
(c) Felda memberikan elaun sara hidup kepada peneroka-peneroka dengan kadar dibawah kemiskinan (jika kadar kemiskinan Negeri Selangor digunapakai) dengan elaun yang dikirakan hutang sebanyak RM1500.00 sebulan dan Felda tidak pernah menyatakan berapakah sebenarnya pendapatan bulanan peneroka Felda, pendapatan peneroka Felda yang tanam sendiri adalah tidak pernah jatuh dari RM5000.00 sebulan dan sebahagiannya memperolehi lebih dari RM10,000.00 sebulan.
(d) Oleh kerana tidak ada Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan, hutang peneroka-peneroka kepada Felda meninggi sehingga antara RM70,000.00 hingga RM120,000.00 (suatu manipulasi angka yang dibuat sewenang-wenang oleh Felda).

Bukanlah menjadi tuntutan asas kepada peneroka-peneroka untuk tanam sendiri dan keluar dari Felda, tetapi menjadi tuntutan asas yang wajib ditunaikan oleh Felda agar Felda menjelaskan pendapatan bulanan kepada peneroka-peneroka sekurang-kurangnya RM5000.00 sebulan memandangkan rakan-rakan mereka yang tanam sendiri sedang memperolehi minima RM5000.00 sebulan setiap bulan.

Asas kepada penubuhan Felda adalah untuk membasmikan kemiskinan diluar bandar. Tetapi dengan cara pengurusan yang dilakukan oleh Felda pada hari ini hampir satu juta manusia didalam rancangan-rancangan Felda berada dikedudukan dibawah kemiskinan, dan ini tidaklah membanggakan rekod Felda yang dikatakan menjadi badan konglomerat pertanian yang memperolehi pendapatan berbilion ringgit setiap bulan.

Generasi Baru Felda

Posted: 10 Jun 2011 08:25 PM PDT

Terdapat kini seramai 800,000 generasi baru didalam rancangan dan mereka merupakan golongan majoriti didalam rancangan-rancangan Felda diseluruh Negara.

Mereka berhadapan dengan masalah pengangguran dan kebanyakannya masih tinggal dengan ibu-bapa dan tidak mempunyai peluang untuk mempunyai rumah sendiri. Sesetengah mereka terlibat dengan pekerjaan yang berpendapatan kecil. Ada diantara mereka bekerja di Felda Plantation sebagai boroh kasar yang dibayar gaji secara harian.

Oleh kerana keadaan mereka yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap ramai dari kalangan mereka terlibat dengan masalah sosial seperti gejala merempit dan gejala pengambilan dadah.

Pihak Kerajaan dan Felda nampaknya berpuas hati dengan apa yang mereka berikan sebagai gula-gula kepada generasi baru Felda ini memadai dengan penyediaan tempat-tempat bersukan seperti padang takraw, futsal dan mengujudkan persatuan-persatuan belia tetapi tidak ada bimbingan yang menyeluruh untuk memberi kemahiran kepada mereka dan tidak menyediakan ruang dan peluang bekerja dan ruang dan peluang untuk menjalankan sebarang usaha untuk mereka boleh berdikari.

Tuntutan yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat supaya memansuhkan Felda Plantation dan mengagih-agihkan ladang-ladang Felda Plantation adalah program yang berkesan untuk mengatasi sebahagian besar dari masalah-masalah yang dihadapi oleh generasi baru Felda ini.

Felda Holdings yang mempunyai puluhan anak syarikat dan yang sesetengahnya membuat keuntungan yang besar setiap tahun wajib memikul tanggungjawab menyediakan pekerjaan kepada anak-anak peneroka didalam syarikat itu dan anak-anak syarikatnya.

Pihak Felda dan Kerajaan perlu membuka pelbagai pusat latihan serta kemahiran untuk generasi baru Felda ini didalam bidang-bidang kemahiran seperti sekolah-sekolah vokasional melatih anak-anak muda Felda agar bukan sahaja mereka boleh mencari pekerjaan didalam sektor swasta bahkan boleh pula menjalankan usaha-usaha dibidang kemahiran.

Dan kemudahan perlu diberikan kepada mereka untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi membuka bengkel-bengkel ceburan mereka mengikut kemahiran yang mereka perolehi.

Dekatilah Peneroka Felda untuk mengetahui Masalah yang mereka hadapi

Posted: 10 Jun 2011 05:35 AM PDT

Kalau seseorang melihat dari segi luaran sahaja, ia boleh memberikan gambaran yang tidak betul apabila melihat kehidupan seseorang peneroka Felda.

Dipandang dari jauh, kita boleh membayangkan bahawa peneroka-peneroka itu hidup berbahagia. Rumah peneroka-peneroka Felda kelihatan besar dan hebat jauh lebih besar dan hebat jika dibandingkan dengan rumah-rumah orang-orang diperkampongan tradisional.

Disetiap buah rumah peneroka sudah pasti akan terdapat sekurang-kurangnya sebuah kereta dan 2 atau 3 buah motosikal. Sekira-kiranya rumah seumpama ini dan dengan kehadiran beberapa buah kenderaan tentulah penghuninya boleh dijumlahkan orang yang senang dengan hidupnya lebih dari sederhana.

Penelahan begini kadang-kadang tidak tepat. Si peneroka ini telah berjuang di ladang dengan penuh kesabaran dan dengan wang yang terkumpul hasil dari bekerja lebih dari 20 tahun, beliau berjaya membina rumah yang baik.

Namun begitu, tanpa disedari, si peneroka itu mempunyai 4 atau 5 orang anak yang menjadi bebanan kepadanya untuk difikirkan masa hadapan mereka.

Daripada 4 atau 5 orang anak itu, sesetengahnya sudah berkahwin dan mempenyai 4 atau 5 orang anak sendiri setiap seorang darinya, hanya seorang sahaja daripada mereka itu boleh mewarisi ladang dan kawasan kampong milik ibu dan ayahnya.

Anak-anaknya yang lain itu tidak dapat mewarisi hartanya itu. Lagi menyusahkan ibu bapa itu kerana anak-anak itu tidak mempunyai kerja dan pendapatan yang stabil.

Didalam suatu keluarga peneroka, terkadang-kadang mempunyai generasi ke-2 yang besar, 5 - 7 orang adik beradik, ada lelaki dan ada perempuan.

Daripada jumlah ini, hanya seorang sahaja boleh mewarisi tanah ladang dan rumah peneroka itu, maka yang lain-lain tidak ada harapan untuk memiliki ladang dan rumah ibu-bapa mereka.

Ibu-bapa mana yang boleh senang hati memikirkan nasib anak-anak mereka yang nantinya tidak bertempat apabila ibu-bapa itu meninggal dunia.

Bukan tidak ada anak-anak peneroka yang berjaya dari segi pendidikan dan sesetengahnya sudah menjawat jawatan yang tinggi samada didalam Kerajaan atau Korporat atau yang sudah berjaya didalam kerjaya perniagaan mereka. Tetapi berapakah jumlah yang berjaya ini? 20,000 orang?

Generasi Ke-2 dan Ke-3 sudah pun meningkat hingga 800,000 orang. Sekadar 20,000 yang berjaya adalah satu ratio yang sangat kecil; jumlah terbesarnya masih berada di rancangan-rancangan Felda menumpang kehidupan ibu-bapa masing-masing, tidak ada sebarang pekerjaan dan ramai pula yang terlibat dengan gejala sosial yang tidak memungkinkan mereka terlepas dari belenggu kemiskinan.

Kalau seseorang pergi ke rancangan-rancangan Felda dan disebelah petang akan terlihat kumpulan-kumpulan yang begitu besar menunggu-nunggu diatas motosikal di simpang-simpang masuk ke rancangan-rancangan itu; mereka ini tidak ada pekerjaan yang tetap dan hidup mereka terumbang-ambing, tidak mempunyai masa depan yang boleh menjaminkan.

Tidak kurang daripada mereka terlibat dengan kegiatan mengambil dadah. Kalau seseorang pergi pula meninjau di Mahkamah-Mahkamah Magistrate, daripada puluhan yang dihadapkan ke Mahkamah kerana pertuduhan mengambil dadah adalah terdiri daripada generasi ke-2 dan ke-3.

Gejala buruk ini berlaku kerana anak-anak muda itu tidak mempunyai hala tuju kehidupan yang baik. Mereka hilang panduan, mereka berhayal dan tidak mempunyai nilai didalam kehidupan.

Golongan inilah yang kita kena fokus didalam perjuangan kita. Ini bukan cakap kosong seperti UMNO dan Pesaka yang sentiasa bercakap tentang ketuanan Melayu, Hidup Melayu, Hak Istimewa Orang Melayu dan sebagainya. Tetapi ini adalah perjuangan yang nyata, suatu perjuangan untuk membela nasib rakyat Melayu muda yang menjadi terbiar dibawah sistem pemerintahan yang diperkenalkan oleh UMNO/BN.

Pakatan Rakyat menyediakan satu mekansima untuk mengatasi masalah pengangguran dan gejala sosial yang tidak sihat ini dengan menawarkan kepada generasi ke-2 dan ke-3 ini untuk hidup berdikari.

Pakatan Rakyat menawarkan untuk memansuhkan Felda Plantation dan ladang-ladang di ladang-ladang itu diagih-agihkan kepada generasi ke-2 dan ke-3 yang layak, lebihkurang 80,000 hingga 160,000 anak-anak peneroka boleh ditempatkan di rancangan-rancangan baru dari pemansuhan Felda Plantation itu.

Demi rakyat, tanah-tanah hutan dibeberapa buah Negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak boleh dibuka untuk rancangan-rancangan Felda baru dan boleh menempatkan bukan sahaja anak-anak peneroka bahkan golongan lain dari pelbagai kaum yang tertambat kepada pertanian tetapi yang tidak memiliki tanah.

Ini adalah polisi yang amat jelas dan positif untuk mengatasi masalah pengangguran dikalangan anak-anak muda di luar bandar yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat, dan Pakatan Rakyat menjanjikan bahawa proses pemansuhan Felda Plantation itu dilaksanakan didalam tempoh 100 hari Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Pembukaan tanah-tanah baru akan dilaksanakan peringkat demi peringkat didalam proses yang jelas mengikut polisi yang berpihak kepada rakyat dan bukan berpaksi kepada golongan korporat dan golongan kroni.

Rakyat sedang menunggu-nunggu supaya PRU-13 diadakan dengan seberapa segera yang boleh kerana rakyat sudah pun berkira-kira untuk memenangkan Pakatan Rakyat didalam Pilihanraya yang bakal tiba ini.

Anwar Ibrahim

Posted: 10 Jun 2011 07:43 PM PDT

Anwar Ibrahim


Ex-Cop Claims AG Concealed Billion-Ringgit Scandals

Posted: 10 Jun 2011 03:26 AM PDT

From The Malaysian Insider

A senior ex-cop has accused Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail of burying evidence of corruption by senior government leaders between 1994 and 1996, involving losses of at least RM12 billion in public funds.

Datuk Mat Zain Ibrahim said Abdul Gani, then a senior public prosecutor heading the prosecution division in 1994, was involved in covering up the roles of "ministers and chief ministers" in scandals such as the RM8 billion and RM4 billion losses incurred by Malaysia Airlines (MAS) and Perwaja Steel respectively.

"Between 1994 and 1996, Gani Patail was busy playing his role in closing cases or burying information that linked ministers or chief ministers who could be proven to have abused power or were corrupt. This includes the Perwaja case and also the one related to Tan Sri Tajuddin Ramli," the former Kuala Lumpur criminal investigation chief said in an open letter to the prime minister today.

Mat Zain was referring to MAS's claim that Tajuddin was responsible for RM8 billion in losses during his tenure as executive chairman of the national carrier from 1994 to 2001.

In the letter, he added that Tajuddin, who he refers to as TRI, used a similar modus operandi of "signing long-term and lopsided contracts" similarly used by Perwaja Steel as well as Tenaga Nasional Berhad in its power deals with independent power producers (IPP) that is said to cost taxpayers RM20 billion a year.

"There are similarities in the MO used by all three companies. A common factor may be found and we cannot ignore the possibility that the persons involved in all the agreements are the same," said Mat Zain, who headed the 1998 police probe into former deputy prime minister Datuk Seri Anwar Ibrahim's black-eye case.

He added that the 1994-6 period seemed rife with scandals, including holidays taken by former Chief Justice Tan Sri Eusuff Chin and former Attorney-General Tan Sri Mohtar Abdullah with lawyer Datuk VK Lingam, who was implicated in fixing judicial appointments.

Mat Zain had sent the letter to Datuk Seri Najib Razak today to state that the Malaysian Anti-Courruption Commission (MACC) operations evaluation panel had no power to clear Abdul Gani from allegations of graft related Tajuddin's tenure as MAS executive chairman.

He said the MACC corruption prevention advisory panel had concurred that the MACC Act did not allow the evaluation panel to review decisions made by the anti-graft body.

The country's top lawyer had met the MACC board and panel members for a dialogue in January and was cleared of "consorting with Shahidan Shafie, who is alleged to be a proxy for Tajuddin".

Mat Zain has repeatedly accused Abdul Gani of having deceived the federal government and recently called for a Royal Commission of Inquiry to investigate the Attorney-General's role in destroying public confidence in the police.

Jadual Siri Jelajah Dato Seri Anwar Ke Sepang Dan Port Dickson,10 Jun 2011

Posted: 10 Jun 2011 01:29 AM PDT

10 Jun 2011 (Jumaat)

Program 1 – Selangor

9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana 1

Lokasi : Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

Penceramah:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
  3. YB Teresa Kok Suh Sim
  4. YB Dr Xavier Jayakumar

Program 2 – Negeri Sembilan

9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana 2

Lokasi: Kampong Sirusa, Batu 4, Port Dickson

Penceramah:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YB Dato' Kamarul Baharin Abbas
  3. YB Loke Siew Fook
  4. YBhg Zulkifli Omar

Khutbah Jumaat Selangor Kecam Jenayah Qazaf, Sifatkan Dosa Besar

Posted: 10 Jun 2011 01:20 AM PDT

Dari The Malaysian Insider

Ketika isu rakaman video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum "sejuk", hari ini khutbah Jumaat rasmi negeri Selangor mengecam tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tanpa mempunyai sebarang bukti kukuh.

Kandungan khutbah itu menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.

"Mimbar hari ini berasa amat terpanggil untuk menjelaskan maksud dan kesan fitnah yang wajib difahami, jika kita benar-benar inginkan kesejahteraan dan keredhaan Allah di dunia, apatah lagi di akhirat kelak.

"Perhatian ini wujud kerana ada kecenderungan sebahagian umat Islam membuat kenyataan berbentuk fitnah yang sangat jelas bercanggah dengan syariat Islam tidak kisah sama ada ia dilakukan sama ada oleh individu, kumpulan, persatuan dan pihak-pihak lain," kata khutbah standard yang disampaikan di masjid-masjid di seluruh negeri Selangor, yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat, hari ini.

Keseluruhan teks khutbah yang diperoleh memfokus pada isu tersebut, dipercayai merujuk kepada rakaman video seks yang didedahkan "Datuk T" pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara.

Muktamar Tahunan PAS Ke-57 yang berakhir Ahad lalu juga meluluskan usul berkaitan tindakan fitnah itu.

Kata khutbah itu, sekiranya fitnah dilakukan ia boleh mendatangkan pertuduhan qazaf terhadap seseorang melakukan perbuatan zina atau liwat tanpa mengemukakan empat orang saksi yang adil.

"Fitnah ialah mengadakan satu berita palsu atau bohong terhadap seseorang yang mempunyai perasaan permusuhan dengan motif-motif yang buruk.

"Fitnah boleh menimbulkan qazaf dan ia bererti membuat pertuduhan terhadap seseorang melakukan zina atau liwat tanpa empat saksi adil dan orang yang menuduh telah melakukan jenayah qazaf dan fitnah," katanya.

'Datuk T' (dari kiri) — Rahim, Shazryl dan Shuib.
Sebelum ini, beberapa pihak termasuk sayap pemuda PKR telah memfailkan aduan qazaf kepada ketiga-tiga "Datuk T" iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Selain itu, Shazryl juga telah melakukan sumpah laknat bagi membuktikan rakaman video seks itu adalah benar dan Anwar adalah pelakunya.

Bagaimanapun tegas khutbah itu, pembuktian melalui cara bersumpah termasuk sumpah laknat adalah tidak relevan selain tidak menepati kehendak syarat.

"Termasuk dalam kategori ini mereka yang mendedahkan maklumat secara terbuka dalam pelbagai bentuk dengan niat menuduh melakukan zina juga telah melakukan jenayah qazaf.

"Malah mereka yang mempercayai fitnah tersebut dan menyebarkannya sudah pasti mendapat dosa, boleh dikenakan hukuman kerana gagal membuktikan mengikut ketetapan syarak," katanya.

Jelas khutbah Jumaat itu, fitnah yang dilemparkan termasuk dipaparkan melalui media akan menjatuhkan imej tertuduh.

"Lebih memburukkan keadaan apabila si pemfitnah enggan menerima kebenaran dan tidak mahu mengakui kesilapan atau mempunyai perasaan dendam serta hasad dengki terhadap orang yang dituduh.

"Pemfitnah sama ada sedar atau tidak telah melaksanakan sumpahan iblis dan syaitan yang memang ingin merosakkan iman dan akidah umat Islam sehingga hari kiamat," katanya.

Kata khutbah itu, sesiapa yang terlibat dalam jenayah qazaf telah melakukan perbuatan haram dan ia termasuk dalam tujuh jenis dosa besar.

"Oleh itu, mereka boleh dikenakan hukuman mengikut syariat Islam iaitu secara fizikal boleh dikenakan 80 sebatan, dari segi moral akan hilang kelayakan menjadi saksi selama-lamanya dalam semua perkara termasuk saksi perkahwinan.

"Dan, dari segi agama mereka ini tergolong sebagai orang yang fasik (pendusta)," katanya.

Justeru kata khutbah itu, umat Islam perlu mengetahui dan memahami peraturan-peraturan Islam yang menurut kehendak syarak.

"Bagi tujuan mendidik dan mengawal umat Islam daripada melakukan jenayah qazaf, yang mempunyai kaitan langsung dengan nilai, maruah dan keharmonian masyarakat, maka hendaklah diperjelas peraturan, larangan dan kesan jenayah qazaf serta hukuman yang boleh dikenakan menurut peraturan syarak.

"Martabatkanlah undang-undang Islam yang memberikan pengiktirafan dan hak kepada Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes jenayah syariah yang melibatkan orang Islam. Dengan ini, kita boleh melaksanakan sistem perundangan yang adil, diredhai dan patuh kepada hukum syarak," katanya.

Dato Seri Anwar Ibrahim At The Conference On Islamic Funding In Development,Kuwait,June 7th,2011

Posted: 09 Jun 2011 09:24 PM PDT

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang / Kedah / Perlis

Posted: 09 Jun 2011 08:08 PM PDT

11 Jun 2011 (Sabtu)

Program 1 – Pulau Pinang

4.00 – 6.00 ptg – Hi-Tea Bersama Masyarakat Tanjong Tok Kong

Lokasi: Flat Kampong Tanjong Tok Kong, Pulau Pinang

Penceramah:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YB Dato' Mansor Othman
  3. YB Jason Ong Khan Lee
  4. YB Liew Chin Tong

Program 2 – Kedah

8.00 – 11.00 Malam – Jamuan Makan Malam

Lokasi: Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, Pekan Rabu, Kedah

Penceramah:

1.    YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2.    YAB Dato' Seri Azizan Abdul Razak

3.    YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

4.    YB Lee Boon Chye

5.    YBhg N Surendran

Program 3 – Perlis

9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana

Lokasi: Kompleks  PAS Perlis, Kangar

Penceramah:

  1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
  2. YB Ustaz Hashim Jasin
  3. YB Dato' Mansor Othman
  4. YB Thomas Su Keong Sing
  5. YBhg Siti Aisyah Shaik Ismail

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Posted: 10 Jun 2011 07:04 PM PDT

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


JANGAN MAKAN CILI KALAU TAK NAK RASA PEDAS

Posted: 10 Jun 2011 01:20 PM PDT

Penerbit filem KL Gangster dan Kongsi, Datuk Yusof Haslam dan David Teo, menjelaskan filem-filem terbitan syarikat produksi mereka itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).

Penerbit Skop Productions, Yusof menegaskan, dia tidak mahu melayan dakwaan buruk terhadap filem arahan anaknya, Syamsul Yusof itu kerana ia hanyalah perkara remeh yang boleh merunsingkan fikiran.

"Kalau hendak fikirkan pelbagai komen orang terhadap filem atau drama terbitan saya, memanglah orang akan cakap macam-macam.

"Perkara ini bukan satu isu yang perlu diperbesar-besarkan. Filem KL Gangster hanyalah sebuah cerita rekaan dan tiada kena-mengena dengan mana-mana orang perseorangan atau pertubuhan.

"Kita sudah mendapat penapisan dan kelulusan daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM) dan Kementerian Dalam Negeri sebelum ia ditayangkan. Jadi saya tidak mahu layan perkara seperti ini," katanya yang dihubungi mStar Online, Khamis.

Sementara itu, penerbit Metrowealth Movies Production yang menerbitkan filem Kongsi, David Teo berkata, filem arahan Farid Kamil itu dihasilkan atas tujuan hiburan dan bukan untuk mempersendakan mana-mana pihak.

"Filem Kongsi hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak pun. Kita sama sekali tiada niat untuk mempersendakan mana-mana individu menerusi tema yang di paparan.


"Hakikatnya, isu gengsterisme berlaku di mana-mana negara atau bangsa pun dan bukan merujuk kepada pertubuhan tertentu.

"Ia tidak sepatutnya menjadi isu tetapi saya tidak boleh kata apa kerana itu hak mereka (Pekida). Cuma, kalau isu ini timbul lebih awal, pasti ia akan lebih membantu publisitiKongsi," katanya.

Pekida berhasrat untuk menyaman penerbit dan pengarah dua filem berkenaan kerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.

Pertubuhan itu akan mengadakan pertemuan dengan Pengerusi, Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM), Datuk Husin Shafie, Jumaat (hari ini) bagi mendapatkan penjelasan sebenar dan menuntut agar filem-filem yang sedang ditayangkan itu ditarik balik serta merta selain dilakukan penapisan semula. - mstar

POLIS KITA.... APAKAH PERASAAN ANDA JIKA INI BERLAKU DALAM KELAURGA ANDA???

Posted: 10 Jun 2011 01:17 PM PDT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT

Posted: 10 Jun 2011 01:17 PM PDT

Dari RAKYAT Kepada RAKYAT


Sapa yang ada parut Danok, parut Haadyai atau Betong..toksah berhajat nak jadi calon.

Posted: 10 Jun 2011 04:57 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang

Posted: 10 Jun 2011 11:48 AM PDT

Anak Muda Kampung Nak Senang


Umno dicadang tubuh Ulama SUU

Posted: 10 Jun 2011 02:53 AM PDT



Nampaknya Umno memandang serius penubuhan Ulama SUU, iaitu Sayap Ulama Umno. Apakah ianya akan menjadi kenyataan penubuhan Ulama SUU ini?

Sayap ulama boleh jadi penasihat UMNO
Utusan Malaysia 10 Jun 2011

KUALA LUMPUR 9 Jun - UMNO menyifatkan cadangan penubuhan sayap ulama sebagai satu usaha yang baik kerana golongan itu dapat membantu memberi panduan dalam pengendalian aktiviti parti supaya UMNO dilihat lebih serius menerapkan nilai-nilai Islam dalam agenda dan perjuangannya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sayap ulama juga boleh bertindak sebagai badan yang secara berkala memberi nasihat kepada pelaksanaan dasar-dasar parti.

Bagaimanapun katanya, jika cadangan itu direalisasikan, kedudukan ulama perlu dipastikan sesuai dengan peranan yang ditentukan Islam termasuk nasihat yang diberikan mengikut hukum Islam sebenar tanpa dipengaruhi oleh kepentingan politik.

"Ulama-ulama lazimnya tidak memihak dan memberi panduan mengenai hukum mengikut nas dan ijmak ulama. Lainlah kalau ulama yang menggunakan agama untuk kepentingan politik seperti yang terdapat dalam Pas," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada penubuhan sayap ulama UMNO yang dicadangkan Penolong Ketua Pengarang 1 Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan menerusi kolumnya, Cuit seperti yang disiarkan akhbar ini hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, penubuhan sayap ulama UMNO bagaimanapun perlu diteliti dengan mendalam termasuk dibawa ke mesyuarat Biro Politik dan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) agar tidak bercanggah dengan perlembagaan dan peraturan parti.

Dalam perkembangan sama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, penubuhan sayap ulama UMNO perlu disegerakan memandangkan Pas dilihat tidak lagi menerajui perjuangan Islam.

"UMNO sememangnya sentiasa berjuang ke arah kepentingan Islam dan perjuangan ini wajar diinstitusikan secara formal dalam bentuk majlis ulama yang dapat memberi nasihat kepada MT," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0610&pub=utusan_malaysia&sec=Politik&pg=po_06.htm&arc=hive

Ketua Menteri Melaka dah ada Facebook, WOW

Posted: 10 Jun 2011 01:00 AM PDT



Nampaknya Ketua Menteri Melaka dah mula nak berkempen guna Facebook. Biarkanlah, apa salahnya, negara demokrasilah katakan. Siap nak gajikan stringer (wartawan) untuk Facebook Ketua Menteri Melaka ni. Menteri Besar dan Ketua Menteri yang lain macamana, tak kiralah yang PAS ke, Umno ke, PKR ke? Atau cuma harap RTM, TV3, Utusan dan Harakah kempen untuk mereka?

Nak tahu Ahli Parlimen parti mana yang aktif berinteraksi di internet sila ke pautan berikut http://amkns.blogspot.com/2011/04/patutlah-pas-kalah-teruk-di-sarawak-tak.html

Sesiapa nak jadi Stringer untuk Facebook Ketua Menteri Melaka sila ke pautan berikut http://bumimelaka.blogspot.com/2011/06/hot-peluang-bekerja-dengan-ketua.html

Kenapa saya seorang Melayu sertai DAP

Posted: 10 Jun 2011 12:15 AM PDT



Roketkini.com - Saya adalah seorang Melayu yang dilahirkan di Kangar, Perlis pada tahun 1963. Kini saya adalah seorang ahli DAP cawangan Padang Besar, Perlis. Saya telah tertarik dengan DAP sejak kembalinya bapa saya ke rahmatullah pada tahun 2005. Sebelum ini adalah keberatan untuk saya meninggalkan UMNO kerana arwah adalah salah seorang pengasas UMNO bersama Tan Sri Sheikh Ahmad yang berjuang sejak Malayan Union dan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia.

Selama 30 tahun saya menjadi ahli UMNO sejak dari Kelab UMNO luar negara hinggalah tahun 2011. Saya pernah berkhidmat sebagai pegawai kerajaan, pegawai bank dan kini ahli perniagaan. Persekolahan saya adalah bermula dari Kangar English School, SMK Putra,SMK Derma hinggalah ke luar negara.

UMNO mulai zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman patut dikagumi kerana dasar tolak ansur Tunku sehinggalah mencapai kemerdekaan dan penubuhan Malaysia dan peletakan asas kepada penyatuan kaum di negara ini .Setelah peristiwa 13 Mei 1969 dan setelah negara bertukar perdana menteri kepada Tun Abdul Razak pelbagai langkah rangsangan dibuat untuk memajukan kaum yang dikenali sebagai Bumiputera bagi mengekang ketidakpuasan kaum ini hinggalah ke era pemerintahan Tun Hussein Onn.

Setelah itu tiba pula era Tun Mahathir yang genius dalam semua bidang di dunia. Hinggalah akibat hendak merealisasikan impiannya dengan pantas, rakyat telah diperlihatkan akan kehebatannya di peringkat negara dan persada dunia.

Namun pelbagai perubahan dan pembangunan yang dilakukannya telah membawa padah kepada rakyat dan negara dalam tempoh jangka panjang. Salah guna kuasa, korupsi, ISA, OSA, Akta Hasutan, kronisme, ketegangan hubungan antarabangsa khususnya dengan Amerika dan isu Palestin, peningkatan kos hidup, agihan ekonomi negara secara tidak adil,mengaut kekayaan untuk anak-anak adalah antara ciri-ciri pentadbirannya yang membinasakan negara yang kaya dengan hasil bumi ini di samping dasar penswastaan yang gagal dan membebankan rakyat serta isu kekebalan raja-raja Melayu yang akhirnya menyebabkan perdana menteri yang menjadi kebal.

Campur tangan politik yang keterlaluan dalam PDRM, kehakiman, peguam negara, SPRM, tentera dan jabatan-jabatan serta agensi-agensi kerajaan seperti SPR telah menambahkan kebinasaan kepada negara. Itulah antara sebab Malaysia menduduki antara tangga teratas korupsi dan penghantaran wang haram ke luar negara.

Oleh itu UMNO perlu muhasabah diri, salahkan diri sendiri, dan jangan salahkan pihak lain. Jangan gunakan kekerasan kerana ianya akan mengundang malapetaka seperti berlaku di Iran, Iraq, Mesir, Tunisia, Libya, Oman, Thailand, Filipina dan Indonesia sebelum ini di mana negara kecundang pemerintahannya akibat kebangkitan rakyat.

Sebenarnya DAP telah menunjukkan urus tadbir yang baik melalui sistem cekap, akauntabel dan telus (CAT) walau pun pelbagai fitnah dilemparkan oleh UMNO. Inilah satu-satunya cara untuk membela rakyat Melayu, Cina, India,dan lain-lain daripada kongkongan pemimpin BN yang angkuh.

Saya akan terus berjuang dalam DAP. Kebenaran dan keadilan akan terserlah jua akhirnya.

Abdul Manan
29 Mei 2011

Sumber : http://roketkini.com/2011/05/30/mengapa-melayu-mula-tertarik-dengan-dap/

Wanita tidak selamat lagi berjalan di Malaysia

Posted: 09 Jun 2011 05:54 PM PDT



Ini kes yang dilaporkan. Berapa banyak lagi kes yang tidak dilaporkan, dilaporkan tetapi tiada tindakan susulan, bilakah Malaysia akan aman, rakyat akan berasa selamat terutama para wanita apabila berada di luar rumah tanpa ditemani para suami?

JURURAWAT DICULIK NYARIS DIJUAL
Harian Metro 9 Jun 2011

Seorang jururawat berusia 22 tahun kini trauma selepas diculik sebelum dipukul sekumpulan tiga lelaki tidak dikenali ketika berada di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Difahamkan, selepas menculik wanita itu, kumpulan terbabit membawa mangsa ke lokasi tidak diketahui dan mahu menjualnya kepada individu lain yang sedia menunggu.

Namun, dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, urusan tiga suspek terkubur apabila mangsa berjaya melarikan diri.

Biarpun jururawat itu dikejar ketiga-tiga penjenayah terbabit, dia menyembunyikan diri di dalam stor sebuah kedai makan di kawasan berkenaan selama tiga jam dan sebaik merasakan selamat, dia keluar dan membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira jam 4.30 petang.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber polis berkata, mangsa yang berjalan sendirian di kawasan LRT berkenaan mendakwa dihampiri sebuah kereta BMW biru gelap dinaiki tiga lelaki sebelum pemandu kenderaan itu menegur mangsa.

http://www.hmetro.com.my/articles/Jururawatdiculiknyarisdijual/Article

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Posted: 10 Jun 2011 09:29 AM PDT

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


YB Chang Lih Kang: Pegawai SPRM “bukan saya, orang saya” yang bunuh Ahmad Sarbani!

Posted: 10 Jun 2011 12:53 AM PDT

YB Dr Lee Boon Chye: Tumbangkan UNMO untuk selesaikan Masalah Rasuah

Posted: 10 Jun 2011 12:53 AM PDT

YB Dr Lee Boon Chye: Polis patutlah tangkap Datuk T!

Posted: 10 Jun 2011 12:51 AM PDT

YB Dr Lee Boon Chye: Pastilah harga petrol akan turun kalau Pakatan Rakyat menang!

Posted: 10 Jun 2011 12:50 AM PDT

UMNO Gusar Bila Rakyat Makin Celik

Posted: 10 Jun 2011 12:44 AM PDT

电子媒体受促宣传电费涨价 工作者深感被迫替国能说话

Posted: 09 Jun 2011 11:17 PM PDT

【独家报道/本刊翁慧琪撰述】电费起价导致民怨四起,国家能源公司相信为了舒缓各界反弹声浪,透过通讯和多媒体委员会(MCMC)强制要求各电台和电视台传播电费调涨的消息,并胪列宣传内容,电台和电视台工作者有感被迫为国能"说好话"。 《独立新闻在线》得悉,国家能源公司(TNB,简称国能)要求通讯和多媒体委员会(MCMC)通过旗下受管制的电台和电视台广泛传播电费自6月1日调涨的消息,并阐明宣传内容。 电视台和电台消息人士证实,通讯和多媒体委员会的确致函,要求所有受管制的电台和电视台都要"听话",协助当局向人民传达电费涨价的消息。 他表示,通讯和多媒体委员会函中所要求并非打广告,纯粹是要电台和电视台在节目上或之间特别提到电费涨价的事情,存有类似替当局"说好话"的意思。 "(当局)因为民怨四起,所以希望媒体能够帮忙说话。" 他指,这已经非首次政府部门致函要求协助宣传,之前也曾来函要求勿炒作特定课题。 他认为,若真正有透明度,政府不应该做这些动作,而且这种强制服从的指示难免会引起反感。 政府在5月30日宣布国内电费将从6月1日起平均调涨7.12%,即每小时千瓦特(kWh)的收费调涨2.23分,即从目前的31.31元涨至33.54元。 政府指涨价主要是国油售卖给电力公司的天然气,价格从每mmBtu马币10.70元调涨到13.70元,并且每月调涨3元。 然而,此举不但引起朝野议员抨击,也导致人民怨声载道。 电台和电视台得合作传播 通讯和多媒体委员会工业监督和执行代高级经理朱卡乃因(Zulkarnain Mohd Yasin)于6月7日致函电视台和电台,声明国家能源要求新闻、通讯与文化部,通过通讯和多媒体委员会传达执行电费的新收费率。 "因此,基于政府待遇的特别执照条件,要求您的合作,报告和传播有关消息给旗下电台的观众与听众。" 同时,信函中还附上广播电台和电视台的文宣内容: 广播电台:(一)国能在2011年6月1日开始执行新收费率。国能客户受促拨电1300885454了解更多详情。专线每周一至周五从早上八时到下午五时运作。 广播电台:(二)国能众客户也可以参考国能网站www.tnb.com.my刊登的常见疑问。 电视台:(一)请拨电1300885454每周一至周五从早上八时到下午五时了解新收费率的更多详情。 电视台:(二)请浏览国能网站www.tnb.com.my了解有关新收费率的常见疑问。 在国能的网站中,有电费涨价的通告、电费涨价的理由以及新电费的收费制度。 据悉,通讯和多媒体委员会都已经给旗下受管制的电台和电视台发出这封信函,许多媒体都开始履行当局的要求。

Avatar Video Seks

Posted: 09 Jun 2011 08:09 PM PDT

OLEH HASMI BIN HASHIM "If they can make Avatar, they can make every thing". ~ Dr Mahathir Mohamad. Kata-kata itu tak kosong. Ia adalah sebuah keyakinan hati mantan perdana menteri ke-4. Samalah ketika ditanya apa yang beliau mahu selepas melepas jawatan Perdana Menteri, dengan nada seloroh dan jenaka katanya, "saya nak jadi Agong, mereka tak [...]

李文材质疑18汽车检验做法,促开放特许经营验车服务

Posted: 09 Jun 2011 08:05 PM PDT

(怡保9日讯) 针对贸消部强制规定所有二手车必须通过电脑验车中心(PUSPAKOM)的18项验车程序,务边区国会议员李文材医生质疑这项做法只是让垄断性服务的电脑验车中心从中受惠;并认为强制落实这项措施必定会导致劳民伤财的局面,同时背后可能会衍生更多的贪污舞弊的问题。 他认同必须确保二手车安全上路和保障消费者权利的做法,但是贸消部仓促落实这项措施的做法并不能够解决二手车的安全问题,相反地应该正视垄断性服务所造成的贪污问题,以及重新评估电脑验车中心的服务素质和水平,这些因素才足以解决上述问题。 "根据2011年1月内阁的最新决定,内阁已经批准电脑验车中心延长15年的独家经营合约,继续负责检验国内所有的注册交通工具;而在这之前只是以每5年更新合约、每3年可以调涨收费的方式进行。" 他质问内阁继续让验车服务被电脑验车中心垄断市场至2026年的做法,并认为政府必须开放特许经营权给部分私人公司,以解决验车中心成立至今受到各界质疑其服务素质和水平,以及长期以来发生"台底钱"的贪污问题。 "电脑验车中心曾经在2008年8月间发生数十名员工和跑腿被逮捕的事故,但是至今这个行业的"台底钱"问题依然狂肆,"成功"上路的二手车性能安全依然是个问题。" 另外,他也认为政府也必须解决新措施所调涨验车收费和额外缴付Motordata Research Consortium汽车车祸资料公司(MRC)的成本转嫁车主以及业者所担心21天试用期等等,让人引起种种疑惑和不满的问题。" 他呼吁贸消部和政府必须立刻收回成命,在落实这项新政策前认真探讨二手车业者和消费人组织的声明,同时开放垄断性的验车服务业以提高验车技术和素质。

Pertahan Prinsip Keluhuran Beragama dan Menyanggah Faham Melampau

Posted: 08 Jun 2011 08:07 PM PDT

Kita menyedari agama Islam mempunyai kedudukan yang unik di negara ini dan di rantau Asia Tenggara. Peranan mubaligh yang menerapkan pesan Islam secara aman dan berperingkat telah berupaya membentuk weltanschauung umat Islam yang terbuka dan toleran (tasamuh) terhadap kemajmukan budaya. Islam juga telah berperanan merungkai minda umat Melayu yang sebelumnya berasaskan mitos serta tahyul kepada pemikiran [...]

Najib’s Economic Advisers Feared NEM Just For Show

Posted: 07 Jun 2011 08:06 PM PDT

From The Malaysian Insider Datuk Seri Najib Razak's economic advisers were worried that the prime minister's New Economic Model (NEM) brainchild was just a short-term public relations exercise without any lasting policy impact, according to a leaked United States diplomatic cable. According to the cable released by whistleblower website Wikileaks, the National Economic Advisory Council (NEAC) [...]

Tiada ulasan:

Pengikut