Isnin, 13 Jun 2011

Apo Kono Eh Jang!

Apo Kono Eh Jang!


Petrol harga 16 sen seliter kalau Anwar jadi PM??

Posted: 13 Jun 2011 06:03 AM PDT

Dalam satu ceramah di Brickfields semalam, Anwar janji yang dia akan turunkan harga minyak petrol dalam masa 24 jam kalau dia jadi PM dan Pakatan menang PRU13. Spy nampak, Anwar dah mula pakai balik modal lama macam masa PRU12 dulu..

Anwar ni macam biasalah.. sapa boleh lawan dia punya jurus kungfu kencing kuat yang terkenal tu.. Tun Mahathir dulu pun hampir kena kencing dengan mat bontot ni. Tapi nasib baiklah Tun M lebih bijak tak bagi Anwar jadi PM.., kalau tak, susah kita baii..

Spy terfikir jugak.., Anwar ni tak sedar ke yang rakyat dah makin meluat pada dia? Tengok sajalah audience yang datang ceramah dia di Brickfields tu tak sampai pun 300 orang.. Dulu kalau Anwar buat ceramah, mesti ribu-ribu punya yang berduyun tiba.., tapi sekarang ni dah lain sebab ramai yang dah tak rela dibohongi oleh Anwar.

Lagi satu.., kenapa teruk sangat kena tunggu 24 jam kalau Anwar nak turunkan harga minyak bila dia jadi PM.? Kalau betul Anwar ni utamakan rakyat.., masa pengurus pilihanraya umum Pakatan menang majori nanti terus lah umum harga minyak turun.. Alahhh…, setakat janji je takkan lah tak boleh kot Anwar?

Spy nak tengok jugak kat mana Anwar nak gagau duit untuk tampung subsidi minyak tu nanti..

Sekarang ni Najib dok pening kepala fikir macam mana nak cover duit subsidi tu untuk jaga hati rakyat. Kan bagus kalau Najib pun pandai janji kosong macam Anwar…

Spy pun kadang-kadang pelik dengan manusia zaman sekarang ni.. Banyak sangat yang mudah terpedaya dengan janji kosong.. Anwar janji minyak turun dorang percaya…, Nik Aziz janji nak bagi syurga pun dorang percaya jugak.. Nasib baik tak ada orang yang janji mati boleh hidup balik kalau lawan kerajaan.., kalau tak, mesti ramai yang akan "syahid" masa lawan dengan FRU..

Kita janganlah jadi bodoh sangat untuk percaya pada janji-janji kosong dan tak masuk akal..

Anwar dan Nik Aziz tu sedang bodohkan rakyat bila dorang janji macam-macam untuk dapat undi..

Bila kita percaya, maknanya kita memang bodoh lah.. Kalau bodoh pun janganlah tunjuk sangat..

Malu baii…

Kita memang marah kalau minyak naik.., tol naik.., barang keperluan naik.. Tapi kita akan jadi lagi marah kalau kena tipu dan harga minyak, tol dan barang keperluan tak turun lepas kita bagi undi kita pada puak-puak yang pandai janji kosong..

Korang cuba fikir.., kenapa Anwar hanya berani janji minyak akan turun tapi dia tak pernah cakap berapa yang dia akan bagi turun? Sebabnya, kalau dia menang dan dia turunkan lima sen punnn..,

korang semua tak boleh kata apa.. Dia akan kata, dia dah penuhi janji dia..

Patutnya, korang kena mintak dia janji turunkan harga minyak macam di Venezuela.. Seliter minyak kat situ cuma 16 sen je baii.. Berani ke Anwar janji macam tu?

Dan satu lagi, Spy rasa Anwar tak payah nak susah-susah janji nak turunkan harga minyak kalau dia menang nanti.. Sekarang ni kan dia tu penasihat ekonomi di Selangor, jadi kenapa dia tak suruh balaci dia si Khalid Gagap tu turunkan harga makanan, barang keperluan dan jugak cukai di situ.?

Kan Selangor tu negeri paling kaya dalam Malaysia.., takkan lah Anwar tak boleh buat kot? Dia kata dulu dia adalah menteri kewangan yang terbaik di Asia Tenggara, jadi kenapa nak urus tadbir ekonomi Selangor pun Anwar tak mampu?

Tak payahlah Anwar nak sibuk janji ke hulu hilir nak turunkan harga minyak.., cukuplah dengan jaga kebajikan rakyat di Selangor tu.. Jadikan Selangor sebagai model pemerintahan kerajaan Pakatan.. Itu baru betul..

Ini tidak.., macam mana rakyat nak percaya kan Anwar kalau negeri-negeri Pakatan pun tunggang langgang macam diuruskan oleh orang gila? Kalau setakat pandai berjanji tapi tak pandai tadbir negeri.., Spy rasa Nik Aziz lagi hebat dari Anwar..

Anwar hanya mampu janji turunkan harga minyak.., tapi Pok Nik terus janji syurga dan pahala kepada sesapa yang join parti jumud dia.. So, sapa lagi hebat baii…? Kalau Spy, mesti pilih Pok Nik jadi PM sebab dia boleh bagi syurga… Ada bidadari ooooo dalam tuu… Hehehehehe…

Nizar meroyan: Kalah bertanding, terus kutuk Tun M..!!!

Posted: 12 Jun 2011 05:28 PM PDT

Kebodohan dan kedangkalan otak Nizar mungkin membuatkan dia kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden Pas baru-baru ini kepada Mahfuz. Meskipun Mahfuz berotak udang dan dikatakan hanya lulusan SRP, manakala Nizar adalah merupakan seorang Ir. dalam bidang kejuruteraan, tapi nampaknya otak Mahfuz lebih diterima pakai oleh ahli-ahli Pas. Itu jelas membuktikan Nizar seorang yang tidak berakal!

Baru-baru ini, Nizar mengulang tayang kebodohannya untuk membezakan antara yang benar dan yang salah. Katanya "Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak layak untuk dijadikan contoh dan pemimpin teladan walaupun telah memimpin negara selama 22 tahun."

Nizar berkata, Tun M bukan saja menolak hukum Islam yang cuba dilaksanakan oleh kepimpinan Nik Aziz di Kelantan, tetapi memperlekehkan hukum Islam apabila mengugut akaan menggunakan pelbagai cara serta peruntukan bagi menghalang pelaksanaan hukum itu. Kata Nizar…

"Kenyataan Nik Aziz bahawa beliau masih lagi menyimpan surat larangan untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan oleh Presiden Umno dan Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir bukan satu omongan kosong. Surat tersebut juga bukan satu cerita palsu yang direka seperti video seks lucah atau seumpamanya, tetapi ia adalah kenyataan yang tidak sepatutnya lahir dari seorang pemimpin yang mendakwa mereka memperjuangkan bangsa Melayu dan agama Islam dalam negara ini."

Lihatlah betapa bodohnya Nizar memberikan kenyataan. Dia kata Tun M tidak boleh menjadi teladan?

Tahukah dia bahawa Tun M itu menjadi idola ramai rakyat Malaysia? Tahukah dia bahawa Tun M itu sering didoakan kesejahteraannya oleh para ulama? Tahukah dia bahawa Tun M itu disayangi, dihormati dan disegani seluruh dunia, khususnya pemimpin dan umat Islam di negara-negara Islam?

Apa Nizar fikir, kita semua tidak ada surat Tun M yang dihantar pada Nik Aziz yang menolak draf hudud Pas Kelantan yang jelas menghina dan menunjukkan seolah-olah Islam tidak adil itu ditolak Kerajaan Pusat? Sila klik di sini dan Tun M pun sudah menjelaskan perkara ini di sini. Apa Nizar buta kayu atau tidak tahu membaca?

Apa yang ada pada Nizar? Apakah pernah ada mana-mana pihak yang mahu mengkaji minda Nizar sebagaimana minda Tun M? Apakah ada mana-mana pihak yang mahu meminjam Nizar untuk mentadbir negara mereka sebagaimana Tun M? Apakah jasa Nizar dan dasarnya begitu hebat sebagaimana Tun M?

Pada saya, sekiranya dibandingkan Tun M dan Nizar, sebesar hama pun sekali Nizar tidak mampu menyaingi Tun M!

Saya bukanlah taksub kepada Tun M, tapi Tun M merupakan idola saya sejak kecil. Saya membesar di zamannya menjadi Perdana Menteri. Saya merasai segala jasa dan sumbangan Tun M. Dan saya akui, bahawa mungkin beliau merupakan Perdana Menteri terhebat, seorang negarawan yang paling ulung, seorang ulama yang disegani oleh ramai tokoh-tokoh ulama dunia, dan seorang individu yang "simple" tapi begitu komited pada Islam, Melayu dan Tanah Melayu.

Siapa Nizar untuk mempertikaikan kewibawaan Tun M? Siapa Nizar untuk menyatakan sama ada Tun M layak dijadikan contoh atau tidak? Siapa Nizar untuk berkata itu dan ini terhadap Tun M?

Sedangkan bertanding Naib Presiden pun Nizar hanya mendapat undian yang paling corot dan jauh lebih rendah berbanding calon lain, apa haknya untuk memberi komen sebegitu terhadap seorang tokoh dunia seperti Tun M?

Apakah Nizar tidak tahu bahawa Tun M dihormati dan disegani ketokohannya diperingkat dunia?

Nizar tidak baca buku karangan Tom Plate, "Doctor M: Operation Malaysia", kah? Tidakkah dia tahu bahawa Tun M dapat pelbagai pengiktirafan dari pelbagai pihak dalam dan luar negara? Apa yang pernah Nizar dapat? Jangankan Nizar, Nik Aziz dan Hadi pun tak pernah dapat apa-apa! Anwar? Itu kena tanya Mat Sabu, lah. Dia yang gelar Anwar "Al-Juburi", bukan Tun M!

Pada saya, Nizar mungkin sudah meroyan ekoran kekalahan teruknya pada pemilihan Pas baru-baru ini. Dia fikir, dia "glamour" dikalangan ahli Pas? Tahukah dia bahawa puak-puak Pas Perak pun menyampah dengan kelaku Nizar masa dia bergelar MB Perak dulu? Tahukah dia bahawa ahli Pas Perak sendiri mengutuk dasarnya yang menjadi boneka DAP dulu?

Nizar harus bermuhasabah. Ada sebabnya dia kalah. Kalau kalah sekalipun, janganlah lepas geram pada Tun M. Tak ada faedahnya. Malah, jika Nizar mengutuk Tun M sekalipun, kutukannya itu akan berbalik kepadanya, "makan tuan" kata orang Melayu. Nizar tak layak pun bercakap mengenai Tun M..!!!

Tiada ulasan:

Pengikut