Pakatan Rakyat |
Posted: 12 May 2011 01:14 AM PDT Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan Islam Negeri Pahang (NGOs) akan menganjurkan Siri "Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat - Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk" seperti yang dinyatakan di bawah. Program ini terbuka kepada semua rakyat berbilang kaum dan agama seluruh Negeri Pahang khususnya, dan Malaysia amnya. Tarikh: 15 Mei 2011 Masa: 0200 Petang - 0500 Petang. Tempat: SEKILAU SEAFOOD RESTOREN, Jalan Haji Ahmad, Kuantan, Pahang. (Bersebelahan Stesyen Minyak Petronas) Ahli Panel: YB DATO' SERI ANWAR IBRAHIM - Ketua Umum PKR/Ketua Pembangkang. YBHG UST DATO' TUAN IBRAHIM TUAN MAN - Naib Presiden PAS Pusat. YBHG DR MUHAMMAD NUR MANUTY - Timbalan Presiden WADAH. YBHG US NASRUDDIN HASSAN AT-TANTAWI - Ketua Pemuda PAS Pusat. | ||||||||||
Posted: 12 May 2011 01:14 AM PDT | Pemimpin Kristian Luah Rasa Tak Puas Hati Pada Najib Posted: 12 May 2011 12:44 AM PDT Pemimpin agama Kristian hari ini meluahkan rasa tidak puas hati mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung 'pemberitaan tidak bertanggungjawab' yang mendakwa 'konspirasi Kristian' yang disiarkan oleh sebuah akhbar arus perdana milik Umno. "Kami hanya beritahu kami agak terganggu dan tidak puas hati... tidak bertanggungjawab, kata-kata fitnah yang berpotensi menyebabkan rusuhan sepatutnya tidak diterbitkan oleh media arus perdana ataupun di mana-mana media sekalipun," kata bishop Ng Moon Hing yang mewakili Persekutuan Kristian Malaysia (CFM). Ng memberitahu wartawan beliau menganggap pertemuan 45 minit dengan perdana menteri itu sebagai berhasil kerana ini kali pertama kumpulan agama itu dibawa berbincang.
Dalilnya mereka cuma sekeping gambar kabur yang didakwa sebagai pakatan rahsia antara DAP dan paderi Kristian di sebuah hotel di Pulau Pinang, minggu lalu. | Buku Fitnah Anwar Pulak.. Takut Sungguh Puak Umno Nie.. Posted: 12 May 2011 12:33 AM PDT Serangan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim diperhebatkan dengan pengedaran buku berjudul 'Tuhan, Politik dan Seks' pada sambutan ulangtahun ke-65 Umno di Kuala Lumpur malam semalam. Buku setebal 555 halaman dalam bahasa Melayu itu dikarang oleh penulis kontroversial Syed Hussein Al Attas dan diberikan kepada semua hadirin sebagai cendermata yang dimasukkan dalam sebuah beg. Ia dikatakan mempunyai butiran terperinci dakwaan salah laku dan orientasi seks pemimpin pembangkang itu. Pada muka hadapan buku itu tertera gambar palsu Anwar yang berambut panjang perang, bergincu serta berkuku merah dan label "18SX".
Beberapa gambar Anwar ketika menjadi timbalan perdana menteri juga diterbitkan semula bagi mendedahkan kononnya hubungan beliau dengan beberapa wanita. Buku ini juga banyak memaparkan gambar dengan keterangan yang jelas juga mempersendakan ketua umum PKR itu.Antaranya gambar Anwar dan Azizah dengan keterangan: "Anwar Ibrahim tersenggih setelah melarikan Azizah dan menikah di Siam. Bagaimanapun ibu Anwar, Hajah Che Yang mengadakan kenduri doa selamat untuk mereka di rumah mereka di Cerun Tok Kun, Bukit Mertajam." Jantan mahu, perempuan pun mahu... Satu lagi berbunyi: "Jantan mahu, perempuan pun mahu salam juga. Salahkah jika kata Anwar biseksual? Tengok buruknya perangai Anwar semasa jadi TPM". Turut dihentam dalam bukunya ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Syed Hussein memperuntukan satu bab dengan tajuk "Nik Aziz: Ulamak Nyanyuk". Antara petikan yang dilihat mempermainkan menteri besar Kelantan itu berbunyi: "Siapa kata saya nyanyuk? Kalau saya nyanyuk tentu PAS tidak pilih saya kekal di kerusi Mursyidul Am PAS untuk satu penggal lagi." Skandal presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengaku bahawa beliau lelaki yang terbabit dalam DVD seks juga disebut dalam buku itu. Malah Syed Hussein memuji Chua sebagai pemimpin sebenar. "Bila dia berani mengaku dia ada skandal seks, dia dipilih menjadi Presiden MCA, sungguh luar biasa keberanian Chua tetapi dia tak buat kerja luar tabie," tulisnya. Syed Hussein, 74, juga dikenali sebagai Pak Habib, adalah seorang penulis buku politik yang telah menghasilkan tidak kurang 60 buah buku. Namun tidak kurang juga pengkritik yang menganggap beliau tidak layak digelar penulis politik dan melabelkan tulisan picisannya itu lebih sebagai seorang penulis upahan. | Task Force Umno Siap Untuk Singkirkan Musa Aman Posted: 11 May 2011 08:44 PM PDT TASK-FORCE UMNO UNTUK GULINGKAN MUSA? SETELAH beberapa kali sesat di belantara politik dan sering menemui kegagalan untuk merintis jalan pulang ke Sabah, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kini menubuhkan Task Force UMNO; konon atas restu Presiden UMNO bagi menggulingkan Datuk Seri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah. Jika sebelum ini, Shafie menggunakan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin dan Adun Pantai Manis Datuk Abdul Rahim Ismail sebagai 'kuda' dan 'keldai' politiknya, namun sering menemui kegagalan, menyebabkan Shafie terpaksa menukar 'Modus Operandi' dengan menjual nama Presiden UMNO untuk memberi kekuatan dan memastikan cita-cita menumpaskan Musa Aman di luar gelanggang menjadi kenyataan. Pengkhianatan Shafie begitu ketara pada Pilihanraya Umum Ke 12 apabila langsung tidak membela pemimpin USBO sekalipun sebagai Penasihat USBO beliau telah berjanji untuk memastikan bahawa pemimpin tertinggi USBO akan tetap dipilih sebagai calon; namun ketika senarai calon diumumkan, nama Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said, Tan Sri Pandekar Amin Haji Mulia dan Datuk Amir Kahar Tun Mustapha tercicir dan tersingkir. Task Force UMNO (KDM) yang dibentuk Shafie akan mengguna platform Perayaan 'Pesta Menuai' untuk melancarkan 'Saiwar' bagi meraih sokongan akar umbi dan pemimpin bahagian agar berpaling tadah daripada menyokong Musa Aman. Sebagai bukti kesungguhan Shafie, Task Force UMNO (KDM) yang diketuai 'Bapa Ayam' John Ambrose dengan bantuan 'Raja Kelab Malam' Peter Anthony akan mengadakan Majlis Penyerahan Sumbangan Pelajar Termiskin Luar Bandar dan Sumbangan Sekolah Sempena Pesta Kaamatan 2011 pada 15 Mei 2011 di SK Our Lady Fatima, Kampung Kelatuan, Papar yang dirasmikan oleh 'Ketua Menteri Sabah Dalam Penantian', Datuk Seri Haji Mohd Shafie Hj Apdal, yang juga Menteri KKLW. Saiwar politik ini amat menarik kerana majlis berkenaan diadakan di Parlimen KImanis ketika Ahli Parlimennya, Datuk Anifah Aman yang juga adik Musa Aman berada di luar negara kerana menjalankan tugas rasmi. Menurut maklumat dalaman KKLW, John Ambrose dan Peter Anthony diberi projek bernilai NKRA RM300 juta sebagai dana untuk memperkukuhkan operasi Task Force UMNO (KDM); terutama memastikan arahan 'Perdana Menteri' yang disampaikan melalui Shafie dijayakan dengan sempurna. Penggulingan Musa Aman menjadi agenda utama Task Force UMNO (KDM) dan dimulai dengan menyerang kawasan Pro-Musa Aman iaitu Kimanis, Tenom, Beluran, Papar dan sebagainya bagi melumpuhkan pengaruh Musa Aman untuk memudahkan beliau melalukan kudita (coup-de-taat) dengan restu 'Big Brother', Najib Tun Razak. Penggunaan gambar Najib dalam poster majlis berkenaan memang disengajakan atau direstui Perdana Menteri kerana masih teragak-agak membuat keputusan sehingga Chin Su Phin menjadi burung kakak tua menyuarakan hasrat Shafie dengan menjadikan pilihanraya umum Sarawak sebagai peluru untuk menembak Ketua Menteri Sabah. Oleh: MOHD YATIM SUHAILI (sabahkini) | Hata: Editor Utusan wajar dikenakan ISA Posted: 11 May 2011 08:27 PM PDT Presiden Kesatuan Wartawan Nasional (NUJ), Hata Wahari mencadangkan pengarang berita yang tidak mengamalkan etika kewartawanan dalam menyampaikan isu semasa didakwa di mahkamah atau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Ini kerana, menurut beliau berita-berita yang mengandungi unsur fitnah dan hasutan dengan mudah boleh membakar sentimen rakyat yang akhirnya menjejaskan keharmonian negara. "Sebenarnya tindakan lebih keras patut diambil dan memastikan editor yang bertanggungjawab terhadap pengeluaran berita-berita tersebut, bukan sahaja didakwa di mahkamah atas Akta Fitnah tetapi patut ditahan di bawah Akta ISA kerana cuba mencetuskan pergolakan perkauman dan keagamaan di negara kita," katanya dalam wawancara dengan TV Selangor.
Bagaimanapun sehingga ke hari ini tiada sebarang bentuk tindakan dikenakan atau diambil ke atas Utusan, mahu pun blogger terbabit. "Saya menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang agar Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan terhadap Utusan atas laporan yang tidak bertanggungjawab dan mengenepikan prinsip-prinsip kewartawanan itu sendiri," kata Hata. Malah menurut beliau, bukan sahaja kerajaan Pulau Pinang yang meminta KDN mengambil tindakan terhadap Utusan, tetapi banyak lagi pihak lain termasuk NUJ akan berbuat demikian. Ini kerana katanya, tindakan Utusan itu adalah melampau dengan kerap bermain dengan isu agama dan perkauman. Hata: Najib tetapkan agenda Utusan Jelasnya lagi, Utusan kini semakin jelas tersasar daripada landasan yang sepatutnya dalam memberi informasi yang berguna kepada rakyat, sebaliknya pula meniup api kemarahan rakyat dengan memainkan isu-isu sensetif sebegini. "Kita mempersoalkan bagaimana sebuah akhbar bertindak sebagai tidak bertanggungjawab dan mengenepikan kepentingannya kepada orang ramai? "Sekiranya KDN terus diam membisu tanpa mengambil tindakan tegas terhadap Utusan maknanya mereka sebenarnya menyokong apa-apa tindakan yang dilakukan oleh editor-editor Utusan ini," katanya lagi. Sementara itu, portal berita Free Malaysia Today (FMT) memetik Hata berkata, agenda mingguan akhbar Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Najib Razak. Dakwa bekas wartawan kanan Utusan itu, ketua pengarang yang ada sekarang akan menerima arahan daripada mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap hari Isnin malam. FMT melaporkan bahawa selain Najib, timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, naib presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein dan Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan juga hadir. Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat ini akan disampaikan kepada ketua pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri. | Kristian-Islam: Blogger 'Bigdog' tidak akan mohon maaf Posted: 11 May 2011 05:37 PM PDT KUALA LUMPUR, 12 Mei — Dengan mempertahankan tulisannya, penulis blog "Bigdog", yang mencetuskan provokasi berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara menegaskan, dia tidak akan membuat permohonan maaf atas laporannya, yang disifatkan banyak pihak sebagai fitnah. Selain menjadikan Kristian agama rasmi negara, penulis blog itu juga mendakwa ia akan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu. Ekoran pendedahan penulis blog "Bigdog" itu, Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk "Kristian Agama Rasmi?" yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).
Penulis blog tersebut yang enggan namanya didedahkan menerusi entri bertajuk "Making Christianity the official religion?" mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu. Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama. "Tidak (akan minta maaf), atas alasan apa saya perlu minta maaf? Kenapa saya perlu minta maaf? Kepada siapa saya harus minta maaf? "Saya tidak akan minta maaf, saya tidak tahu sebab apa (perlu minta maaf), mereka perlu baca balik laporan saya itu, kalau tidak faham saya boleh jelaskan," kata penulis blog "Bigdog" kepada The Malaysian Insider. Ditanya sama ada laporan yang ditulis itu benar atau palsu, penulis blog "Bigdog" enggan memberikan sebarang komen. Sebaliknya hanya berkata: "Saya tidak boleh cakap, sebab ia sudah jadi kes polis, sudah ada laporan polis dibuat. "Jadi biar polis siasat dulu," katanya. Selain enggan meminta maaf, penulis blog itu juga enggan menarik balik laporan yang telah ditulis itu sambil menyifatkan tiada alasan untuk dia berbuat demikian. Sebuah lagi blog yang turut mendakwa kewujudan konspirasi itu telah memadamkan entri-entri itu. Selain blog "Bigdog", blog "Marahku" merupakan blog yang dipetik Utusan Malaysia yang dalam laporan itu menuduh DAP mungkin terlibat dalam konspirasi tersebut. "Buat apa saya perlu tarik balik? Saya tidak akan . . . biarkan sahaja ia di situ," kata penulis blog "Bigdog". Blog "Bigdog" juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu. Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan. The Malaysian Insider pagi semalam melaporkan sebuah blog pro-Umno mengecam pendedahan provokasi yang dibawa blogger "Bigdog". Blogger "Papa Gomo" menerusi entri "Negara Kristian — Tangkap Sumbat Dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) Si Bigdog Ini" mengecam tindakan yang dilakukan "Bigdog" atas alasan mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar. Selain itu, penulis itu juga mahu "Bigdog" ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah. | Marah Sudah Hilang Atau Telur Yang Hilang? HaHaHa.. Posted: 11 May 2011 09:31 AM PDT "Konspirasi Kristian' dipadam di blog 'Marahku' Ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin mempersoalkan tindakan seorang penulis blog yang memadamkan semua posting berhubung artikel kontroversinya "konspirasi negara Kristian". Shamsul Yunus, yang menulis di blog Marahku, adalah antara dua penulis yang dipetik oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia dalam laporannya yang menuduh DAP berkemungkinan bersekongkol dengan paderi untuk menjadikan Kristian agama rasmi persekutuan dan membolehkan penganut agama itu dilantik sebagai perdana menteri. Blog Shamsul di marahku. blogspot.com didapati kosong sejak semalam. Semua posting juga didapati telah dipadamkan. Utusan memetik postingnya yang berjudul "Agong under threat? DAP wants to make Christianity the official religion of Malaysia?" yang membidas DAP kerana cuba meminda perlembagaan persekutuan bagi membolehkan penganut agama Kristian menjadi perdana menteri. Namun artikel berkenaan masih boleh dibaca di bebeberapa laman lain yang telah menyalinnya. | Utusan Malaysia Terima Arahan Terus Dari Ibu Pejabat Umno Posted: 11 May 2011 07:04 AM PDT Gempar!! Najib Adalah Ketua Pengarang Akhbar Utusan Malaysia Yang Sebenar!! KUALA LUMPUR: Bekas wartawan kanan Utusan Malaysia, Hata Wahari berkata, agenda Utusan Malaysia ditetapkan oleh Biro Politik Umno yang dipimpin Presidennya, Datuk Seri Najib Razak. Hata berkata, Ketua Pengarang Utusan pula akan menerima arahan dari mesyuarat Biro Politik Umno yang bersidang setiap malam Isnin, lapor sebuah portal berita, Free Malaysia Today. Selain Najib, hadir dalam mesyuarat itu adalah timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin, Naib Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamudin Husein, Datuk Seri Safie Apdal serta Setiausaha Agung, Datuk Tengku Adnan Mansor dan Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan. Agenda mingguan yang diputuskan dalam mesyuarat itu katanya, akan disampaikan kepada Ketua Pengarang Utusan melalui pejabat Perdana Menteri. Hata dalam temubual itu berkata jumlah jualan akhbar itu merosot secara konsisten dan mengalami kerugian sehingga RM20 juta sejak 2009. Angka dari Audit Bureau of Circulation (ABC) menunjukkan jualan harian akhbar itu pula merosot sebanyak 20 peratus di antara Jun 2006 dan Jun 2010. Manakala 50 peratus daripada jualan Utusan pula, kata Hata, dibiayai kerajaan. "36 kementerian melanggan Utusan dan kerajaan berbelanja RM50 juta setahun untuk iklan. Inilah sahaja keuntungan Utusan kerana kebanyakan organisasi enggan beriklan dengan mereka," katanya. Setakat Jun 2010, Utusan Malaysia mencatat purata jualan 170,558 naskhah berdasarkan laporan ABC. Daripada angka itu, di antara 70,000 dan 80,000 naskhah diedar kepada vendor akhbar setiap hari, tetapi menurut Hata hampir separuh dipulangkan semula pada hujung hari. Jumlah naskhah tidak terjual yang paling tinggi adalah di Kuala Lumpur. Hata yang juga Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) dipecat Utusan Melayu berhad 1 Mei lalu, dua hari sebelum Hari Kebebasan Akhbar sedunia yang disambut pada setiap 3 Mei. Alasan Utusan adalah kerana Hata mmeburukkan imej majikannya itu, menerusi beberapa kenyataan media yang mengkritik pengurusan editorial utusan. Utusan mendapat serangan dari pelbagai pihak sejak kebelakangan ini ekoran tindakannya mensensasikan pelbagai isu yang dianggap tidak wajar. Yang terbaru isu "Kristian menjadi agama rasmi" sehingga MCA, rakan kongsi Umno dalam Barisan Nasional (BN) juga tidak percaya lagi kepada akhbar itu. | Posted: 11 May 2011 05:38 AM PDT Bloggers UMporNO buat apa pun semua tak salah, kalau PR siappp... Nasib gua tak sebaik nasib para blogger UMNporNO... Maksud gua, bukan nasib gua sorang je, malah nasib semua blogger pro Pakatan Rakyat tidak sebaik nasib blogger PenChaChai UMporNO... Kalaulah kami mengedar gambar-gambar super-impose pimpinan tertinggi politikus Negara Malaysia - Hari ini kami sudah berada dalam Kem Kamunting menikmati hari-hari indah sebagai tahanan ISA (tanpa bicara). Kalaulah kami mengedar "video seks" yang dikaitkan dengan pimpinan tertinggi politikus Negara Malaysia - Hari ini kami sudah berada dalam Kem Kamunting menikmati hari-hari indah sebagai tahanan ISA (tanpa bicara). Kalaulah kami menulis apa-apa artikel yang berbau sentimen keagamaan - Hari ini kami sudah berada dalam Kem Kamunting menikmati hari-hari indah sebagai tahanan ISA (tanpa bicara). Blogger pro UMNporNO ini: Selepas menulis artikel fitnah dalam blognya... Hari ini blogger ini masih bebas menulis. Oleh: Perisik Rakyat | Ulama Umno Meluat Dengan Fitnah Umno Posted: 11 May 2011 05:24 AM PDT Dakwaan fitnah ke atas pemimpin politik melalui penyebaran rakaman video seks tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bertentangan dengan prinsip Islam, kata ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya dalam satu forum hari ini. Fathul Bari berkata, hukum mengaibkan seseorang seperti itu merupakan salah satu daripada dosa besar di sisi Islam dan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh Umno. "Kita sepatutnya menutup keaiban manusia dan bukan membukanya," katanya dalam satu forum yang diadakan sempena ulangtahun Umno ke-65 di ibu pejabat parti itu hari ini. Katanya lagi, kesahihan berhubung pelaku di dalam video seks berkenaan juga sepatutnya diserahkan kepada siasatan pihak berkuasa. "Saya tidak tahu video itu benar atau tidak. Saya tidak tengok, kita serahkan kepada pihak berwajib," katanya lagi dalam sesi soal jawab di forum anjuran satu gabungan NGO Melayu itu. Pandangannya itu disambut oleh seorang lagi anggota panel, Datuk Ahmad Maslan yang berkata isu rakaman video seks itu tidak melibatkan presiden Umno Datuk Seri Najib Razak, parti BN ataupun Umno sendiri. Katanya, Umno adalah "dua kali bodoh" jika menggunakan kaedah sama dengan mengaibkan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi, memandangkan Umno telah menghadapi kesannya dalam pilihan raya umum 1999. Hinggakan, sesetengah pemimpin Umno "tinggal seluar dalam sahaja" kerana undi yang tidak memihak kepada mereka di kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar. Jelasnya, pengundi Melayu pada masa itu memilih pembangkang kerana marah dengan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar. Namun, isu sebenar berhubung dakwaan melibatkan Anwar sumpah laknat yang dilakukan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang mendakwa turut berada di lokasi rakaman video aksi seks tersebut, kata Ahmad. Tuduhan melibatkan Anwar juga melibatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan berhubung kes Liwat II yang kini sedang dibicarakan, tambahnya. Maka, cara terbaik bagi Anwar untuk menepis dakwaan tersebut adalah dengan turut membuat sumpah laknat bagi menafikannya, kata Ahmad lagi. Seorang lagi ahli panel dalam forum yang dihadiri kira-kira 100 orang itu ialah seorang wakil NGO dariapda Majlis Perundingan Melayu, Hasan Mad. | Pandi Kutty: Kenapa Najib begitu terasa? soal Azizah Posted: 11 May 2011 03:33 AM PDT Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail 'hairan' mengapa Utusan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak begitu 'melenting' dengan perkataan 'pandi kutty' yang disebut suaminya pada ceramah di Kelang, Sabtu lalu. "Kalaulah Perdana Menteri Najib kata Anwar kata dia 'pandi kutty', Anwar tak kata dia. Anwar kata siapa yang rasuah, siapa yang buat fitnah, siapa yang bunuh, itulah perangai 'pandi kutty'. "Yang mereka nak terasa kenapa? Siapa makan cili dia yang terasa pedasnya," kata Azizah dalam siri ceramah Jelajah Selangor di Meru di Klang, malam semalam kepada TV Selangor. Berasaskan laporan Utusan itu, perdana menteri dan juak-juak Umno membidas Anwar tanpa usul periksa mengenai kesahihan laporan berkenaan. Melemahkan Melayu Najib juga menuduh Anwar sebagai mengamalkan politik tak beretika kerana kononnya menggunakan perkataan kesat itu terhadap beliau. TV Selangor dalam laporannya semalam berkata rakaman penuh yang dibuat menunjukkan Anwar tidak menggunakan perkataan itu terhadap Najib tetapi terhadap taktik-taktik jijik yang digunakan, khususnya video lucah untuk menjatuhkannya. "Maknanya kalau kita lawan dengan parti yang terdesak, mereka menjurus kearah perbuatan terdesak termasuk video. Azizah kata sekarang jangan makan banyak sebab nanti sama dengan dalam video. Ini betul-betul "pandi kutti. "Ada orang kata Anwar cakap kasar. Macam mana tidak kasar. Ini kerja gila. Anda tahu sejarah India, Cina, Melayu Arab, adakah anda lawan politik begitu kotor macam Datuk Najib buat? Tidak ada," kata Anwar di Dewan Hamzah Kelang, Sabtu lalu. Azizah juga berkata Utusan gagal menurut tujuannya iaitu membina wacana orang Melayu sebaliknya melemahkan lagi pemikiran dengan isu remeh.Merujuk berita muka hadapan Utusan 9 Mei lalu, katanya, akhbar itu menyiarkan permintaan bekas ahli PKR Aminah Abdullah yang mahu beliau bercerai dengan Anwar kerana video seks yang diuar-uarkan itu. "Apa hal 'pandi kutty' pun nak jadik berita besar? Cik Aminah (Abdullah), orang Meru pun tak kenal Cik Min, boleh jadi muka depan suruh (saya) cerai. Ini pun jadi berita. Apa jadi dengan Utusan Malaysia? Sepatutnya menjana pemikiran orang Melayu. Apa orang Melayu tak ada pemikiran? Apa beginikah cara menjamu pemikiran orang Melayu?" soal Azizah. Beliau juga kesal kerana media arus perdana termasuk Utusan cuba mengalihkan rakyat daripada masalah-masalah yang mencengkam kehidupan harian seperti kenaikan harga gula dan ketirisan kewangan di bawah pentadbiran Umno-BN. |
You are subscribed to email updates from Pakatan Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan