Selasa, 3 Mei 2011

Pakatan Rakyat

Pakatan Rakyat


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

DIALOG RAKYAT

Posted: 03 May 2011 03:13 PM PDT

Blog Tun Dr Mahathir Diserang Malware

Posted: 03 May 2011 05:05 AM PDT

BERNAMA

KUALA LUMPUR: Laman blog Tun Dr Mahathir Mohamad chedet.co.cc mengalami beberapa masalah akibat serangan malware.

Pegawai khas beliau, Sufi Yusof, berkata serangan pertama terhadap laman blog itu berlaku pada 7 April tetapi diisytihar "bersih" oleh enjin carian global Google pada 12 April.

Laman blog itu sekali lagi diserang malware pada 22 April dan langkah sedang diambil untuk mendapatkan pengesahan Google bahawa chedet.co.cc bebas daripada malware, katanya kepada BERNAMA hari ini.

Akibat serangan malware, kelajuan komputer semakin berkurangan terutamanya ketika melayari internet kerana dibebani parasit komputer.

Sufi berkata setelah laporan dibuat kepada Google, pihaknya memerlukan masa tiga atau empat hari untuk mendapatkan pengesahan bahawa tapak itu bebas daripada malware.

Katanya jika perlu, laman blog itu akan dipindahkan ke tapak lain. "Sekiranya kami tidak dapat selesaikan perkara ini dengan Google, mungkin kami perlu menimbang pilihan untuk memindahkan chedet.co.cc ke tapak lain memandangkan masa rosaknya menimbulkan keadaan kucar-kacir.

"Pembaca kami tidak dapat masuk serta membaca dan memberi komen, manakala pengiklan pula tidak boleh mendapat pendedahan melalui ruang yang mereka ambil.

Bagaimanapun, buat masa ini, kami menanganinya secara satu persatu dan pemindahan hanyalah suatu pilihan," katanya.

Pembaca dari seluruh Malaysia menghadapi masalah untuk melayari laman blog itu apabila cubaan mereka untuk masuk disekat.

Ujian Poligraf Bukan Isu - Anwar

Posted: 03 May 2011 04:59 AM PDT

PETALING JAYA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menolak cabaran Datuk Shazryl Eskay Abdullah supaya bersama-sama menjalani ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohong dalam isu video seks yang didakwa membabitkan dirinya.

Beliau menyifatkan isu tersebut sebagai satu perkara yang tidak perlu diberi perhatian.

"Itu (ujian poligraf) bukan isunya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat di sini, Selasa.

Anwar juga enggan menjawab sebarang pertanyaan yang dibangkitkan oleh pemberita mengenai ujian poligraf tersebut sebaliknya beliau membiarkan pimpinan PR menjawab bagi pihaknya.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula menyifatkan sumpah laknat yang dilakukan oleh Shazryl Eskay Jumaat lalu sebagai sumpah yang tidak betul.

"Dia (Shazryl Eskay) sudah melakukan sumpah yang salah. Kalau sumpah mesti kena pakai hukum yang ada dalamnya (al-Quran), tapi dia tidak pakai," katanya.

Beliau berkata, ada perkara yang lebih besar perlu diberi perhatian dan bukannya ujian poligraf tersebut.

Ditanya sama ada sumpah yang dilakukan oleh Shazryl Eskay itu sah atau tidak, Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata: "Tidak betul... tidak betul, angkat kitab sahaja tapi hukum di dalam tidak pakai."

Pada Isnin, Shazryl Eskay telah menyatakan kesediaannya mengambil ujian poligraf bagi memastikan beliau tidak bercakap bohong dalam isu video seks yang didakwa melibatkan Anwar.

Bagaimanapun beliau menegaskan akan hanya menjalani ujian poligraf itu sekiranya Ketua Pembangkang itu turut sama menjalani ujian tersebut.

"Saya mahu prosedur itu disiarkan secara langsung di televisyen. Saya mahu dunia lihat sesiapa yang benar dan berbohong," katanya.

Baru-baru ini, Ahli Jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa mencadangkan agar trio Datuk 'T' menjalani ujian poligraf bagi membuktikan mereka bercakap benar.

Shazryl Eskay; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim pada 21 Mac lalu mendedahkan kepada sekumpulan wartawan rakaman video kontroversi berkenaan.

Anwar kemudian membuat laporan polis menafikan bahawa beliau adalah pelaku dalam rakaman itu.

Husam yang dipetik dari sebuah akhbar berkata, Datuk 'T' perlu menjalani ujian berkenaan bagi membuktikan bahawa mereka tidak melakukan pendedahan semata-mata untuk kepentingan politik murahan mereka.

Mengenai Kabinet bayangan yang diumumkan oleh PR Sarawak, baru-baru ini, Anwar berkata senarai tersebut telah pun dipersetujui oleh semua parti komponen PR.

"Semua pimpinan parti di Sarawak telah bersetuju supaya senarai nama itu diisytihar dan ia masih dibincangkan lagi. Walaupun PAS tidak ada kerusi di Sarawak tapi atas semangat muafakat kita masih lagi turut sama berbincang mengenainya," katanya.

Ahad lalu, PR Sarawak mengumumkan pembentukan Kabinet bayangan mereka sebagai persiapan untuk menghadapi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijangka diadakan bulan depan.

Pembentukan Kabinet bayangan yang mengandungi 15 portfolio itu menyaksikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP mendominasi 12 daripadanya dengan Pengerusi DAP negeri, Wong Ho Leng dilantik menjadi Ketua Pembangkang.

Ho Leng ketika mengumumkan perkara tersebut berkata, penubuhan Kabinet bayangan yang berkuat kuasa hari ini disertai 16 anggota iaitu 15 ADUN pembangkang yang menang pada pilihan raya negeri lalu serta seorang wakil PAS.

Osamah Ben Ladin Sudah Mati?

Posted: 03 May 2011 04:25 AM PDT

MSO

Hari ini sekali lagi dunia Islam dikejtukan dengan berita kematian Osamah Ben Ladin. Saya tidak pasti berita seperti ini sudah keberapa kali diwar-warkan. Sebelum ini, beberpa tahun lalu sudah hebuh mengatakan Osamah Ben Ladin sudah mati. Sudah dibunuh. Yang menjadi juara fitnah menghebuhkan kesyahidan Osamah ialah Amerika Syarikat.

Hari ini sekali lagi berita Osamah Bem Ladin sudah mati tersebar di seluruh dunia. Seperti selalunya orang memberi tahu kematian Osamah ini ialah Amerika. Kali ini dari mulut presiden barunya Borack Obama.

Kata Obama, Osamah mati dalam satu serangan atas arahannya di Obottabad, Pakistan. Katanya serangan itu dibuat setelah tentera Amerikamengadakan pengintipan dan memastikan Osamahberada di situ berminggu-minggu. Ia adalah atas bantuan Presiden Pakistan, Asif Ali.

Apabila Obama mendedahkan bahawa kematian Osamah itu atas bantuan presiden Pakistan ia hendaklah diteliti sehalus-halus. Apakah motif Obama membuka mulut seperti itu. Tidak lain dan tidak bukan tujuannya iala mahukan umat Islam bergaduh sesama sendiri. Ia mahu memberi gambaran bahawa Osamah mati itu kerana orang Islam juga yang mahu mujahidin itu dibunuh.

Inilah tektik dan strategi Yahudi Amerika. Kalau umat Islam tidak berhari-hati khasnya di Pakistan dan di sebelah Asia Tenggara ini dengan maklumat Obama itu menyebabkan boleh timbul kekeliruan dan pergaduhan sesama sendiri.

Soalnya kini apakah Osamah benar-benar sudah mati? Atau seminggu dua lagi akan muncul beliau dalam klik video mendedahkan dia masih hidup. Kata Obama mayatnya ada dalam simpanan mereka. Untuk apa mayat itu disimpan tidak diketahui. Yang pastinya mayat itu belum dipersaksikan lagi kepada umum. Selagi mayat Osamah tidak dipersaksikan, umat Islam malahan orang ramai di seluruh dunia tidak akan mempercaya kerana mereka sudah arif dengan propaganda Amerika - Yahudi.

Kita berharap malam ini Obama akan menyiarkan mayat Osamah di televisyen. Kena sahkan juga DNAnya. DNA itu jangan pakai ambil di mana-mana saja tetapi biarlah tulen. Jangan pula kurung orang dalam lokap kemudian ambil DNAnya.

Menusia hari ini bukan mudah hendak menerima apa-apa berita kerana banyak orang fasik membawa berita benar yang palsu. Peralatan canggih hari ini boleh digunakan untuk mengabui mata rakyat. Pelacur yang senantiasa dahagakan wang juga banyak yang boleh dikutip dan dijadikan alat.

Seperti mana video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim dengan pelacur itu, ia bukan mudah untuk dipercayai. Kalau benar sekali pun ia tidak akan dipercayai kerana dunia hari ini sudah dibelit dengan pembohongan yang melampau. Apa lagi pendedahan video lucah itu dilakukan sendiri oleh Umno maka tahap keboleh percayaan itu boleh dipertikaikan. Inilah kalau belawak terlalu banyak dan jadi budaya, macam Zulkefli Nordin. Sebab itu Umno boleh menerima Zulkefli Nordin sebab mereka sama-sama melampau dan belawak.

Buatlah sumpah laknat ke sumpah khianat ke sumpah pontianak ke orang tidak akan percaya. Sebaliknya segala sumpah itu akan terpulang melekat kepada diri yang menyumpah. Saya ingat kekecohan yang Obama mengatakan Osamah Ben Ladin itu mati samalah dengan kekecohan yang Umno lakukan mengatakan video lucah yang ditayang di seluruh dunia itu adalah Anwar Ibrahim.

Cuma bezanya Umno menjaja maruah orang untuk kepentingan politiknya manakala Obama pula menjaja mayat untuk menunjukkan kehebatan Amerika. Kedua-duanya tidak bermaruah.

Keduanya tidak mudah untuk dipercayai selagi bukti-bukti sahih termasuk DNA sahih tidak dikemukakan. Kalau setakat sumpah laknat semata-mata go to hell dengan segala berita berita yang seolah-olah benar itu.

Bukankah Umno itu sendiri anak kepada Amerika? Dan sesungguhnya kalau Obama dijemput Allah untuk istirehat di syurga lokanya, tidak ada salahnya kerana setiap dari kita ini semuanya akan mati. Apa yang membimbangkan ke mana kita sesudah terpisahnya jasad dengan badan, apakah kembali ke alam barzah ataupun mati tergolek macam katak di tepi ril keretapi di Pasir Mas.

Tiada 'rakyat' untuk Utusan Rakyat, kata KDN

Posted: 03 May 2011 01:26 AM PDT

Kementerian Dalam Negeri menolak penggunaan perkataan "rakyat" bagi akhbar harian Utusan Rakyat yang dipohon.

NONEWakil daripada Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran memberitahu perkara itu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari dalam pertemuan di Putraja hari ini.

"Kementerian bimbang nama yang dicadangkan harian itu akan mengelirukan orang awam," kata Hata (kanan) dalam sidang media selepas mesyuarat itu.

Bagaimanapun, kedua-dua mereka yang merupakan orang penting di belakang penerbitan itu berkata, mereka akan mendesak untuk kekal dengan nama asal yang dicadangkan itu.

Nurul Izzah yang juga anggota parlimen Lembah Pantai berpendapat, rakyat patut mendapat penghormatan.

NONE"Nama itu (rakyat) sebahagian daripada jatidiri kamu," kata Nurul Izzah (kiri) sambil bertanya pemberita apa perasaan mereka sekiranya terpaksa menukar nama untuk penerbitan masing-masing.

Hata pula berkata, beliau menjelaskan kepada kementerian bahawa nama itu mewakili "jiwa" penerbitan itu yang berniat mengetengahkan peranannya yang prorakyat.

"Tanpa perkataan rakyat, ia tidak menggambarkan perkara itu. Jadi apa yang kita perlu gelarnya?

Utusan aaa, atau Utusan tut," katanya sambil berjenaka.


Cadangan penubuhan Majlis Media disambut dingin

Posted: 03 May 2011 01:23 AM PDT

Cadangan penubuhan sebuah Majlis Perundingan Media oleh kerajaan minggu lalu mendapat sambutan dingin oleh beberapa ahli veteran media yang beranggapan tindakan itu cuba mengekang lagi kebebasan bersuara di negara ini.

NONEBercakap di forum bagi menyambut Hari Kebebasan Akhbar Dunia di Universiti Industri Selangor hari ini, editor politik, the Sun Zainon Ahmad berkata penubuhan majlis berkenaan tidak seharusnya membabitkan pihak kerajaan langsung.

Malah, kata Zainon yang telah berkecimpung dalam industri berkenaan selama lebih tiga dekad, pihak media telah mencadangkan sebuah majlis yang ditadbir mereka sendiri sejak tahun 1970an tetapi tidak mendapat kelulusan.

"Hubungan media-kerajaan umpama landasan keretapi, selari tetapi tidak bertembung, jika tidak keretapi akan terbabas.

"Jika mereka (media dan kerajaan) bergandingan tangan dan jalan bersama, rakyat tidak akan dapat manfaat, tetapi di sini kedua-dua mereka pula saling berdakapan," katanya sambil disambut gelak ketawa oleh kira-kira 500 para hadirin.

azlanZainon berkata walaupun butiran penubuhan Majlis Perundingan Media itu masih samar, namun pengamal media terus sangsi kerana media di negara itu kini suudahpun dibelenggu oleh banyak undang-undang yang mengekangnya.

Katanya, beliau menjangkakan Kementerian dalam Negeri dan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebidayaan akan berjumpa dengan penerbit dan editor menjelang akhir bulan ini bagi membincangkan perkara berkenaan.

"Dengan dua menteri di sana, saya beranggapan para editor dan penerbit akan berkata 'Baik, Datuk Seri', tetapi saya berdoa apa yang saya katakan itu tidak akan jadi kenyataan," katanya.

Lagu PAS sertai BN datang lagi

Posted: 03 May 2011 01:21 AM PDT

Abd Shukur Harun
Kini terdengar lagi dongeng lama dari pemimpin Umno, kononnya 'marilah PAS bersatu dengan Umno', kalau tidakpun tinggalkan saja Pakatan Rakyat. Dongeng ini sangat popular, terutama dinyanyikan oleh pemimpin Umno di waktu-waktu tertentu atau di saat menjelang pilihan raya.

Dongeng politik murahan ini bermotifkan supaya Pakatan Rakyat berpecah apabila apabila PAS menarik diri dari Pakatan Rakyat, menjadikan PAS terpencil seorang diri, yang akhirnya, fikir mereka, PAS juga akan berkubur.

Umno tahu, dongengnya ini tidak semudah itu disambut oleh PAS, namun ia berusaha terus meneriakkannya. Oleh itu, para pendukung PAS waspadalah dengan pelawaan ini, justru ia hanya seruan politik untuk menunjukkan betapa Umno, kononnya, sangat inginkan perpaduan orang Melayu. Dengan bergabungnya Umno dan PAS, kononnya bersatulah Melayu dan kuatlah politik Melayu. Ini adalah sebuah kepalsuan.

Tetapi ramai yang belum lupa dan merasa pelik bagaimana Umno konon hendak menyatukan Melayu tetapi dalam masa yang sama rakyat Kelantan, yang majoriti besarnya Melayu, dinafikan haknya untuk mendapat royalti minyak.

Selain itu ada senarai panjang yang telah diketahui umum bagaimana kerajaan pimpinan Umno melakukan pelbagai diskriminasi terhadap Kelantan dan negeri-negeri lain dalam Pakatan Rakyat walaupun kerajaan Pakatan Rakyat dipilih oleh rakyat secara demokrasi dan berusaha berlaku adil kepada semua kaum.

Sudah tidak menjadi rahsia lagi bagaimana kerajaan Umno melakukan 'penderaan' terhadap kerajaan Pakatan Rakyat, di mana sebahagian orang Melayu juga berada dalam negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

Pemimpin Umno tahu bahawa seruannya supaya PAS bergabung dengan Umno tidak akan disambut oleh PAS. Namun seruannya ini diteruskannya juga sebagai suatu propaganda psaikologi untuk menimbulkan persepsi umum kononnya Umno sebuah parti yang sangat ingin kepada perpaduan Melayu. Dengan itu mereka akan dapat undi Melayu. Perkiraan ini sangat mudah dibaca dan difahami bukan saja oleh pemimpin dan pendukung PAS, tetapi juga oleh ramai orang.

Sudah tiga kali Muktamar PAS – di Perak, Selangor dan Kelantan – memperteguh ikrar PAS untuk terus menerus bersama dengan Pakatan Rakyat, malah bersama-sama memperkukuhkannya. Bulan depan, PAS sekali lagi bermuktamar - kali ini di Taman Melewar – di mana dijangka muktamar tersebut akan memperbaharui ikrar tersebut.

Ikrar ini tentunya mempunyai makna yang sangat besar dan penting. Ia adalah manifestasi kesetiaan PAS bersama rakan-rakan parti dalam Pakatan Rakyat, di mana janji setia ini menunjukkan kematangan PAS berpolitik, bahkan Islam sendiri mengajarkan umatnya supaya patuh kepada janji, memelihara setiakawan.

Perwakilan dalam Muktamar PAS nanti dijangka akan berhujah mempertahankan Pakatan Rakyat dan tidak akan terjebak dengan panggilan perkauman yang sangat merugikan.

Pakatan Rakyat adalah harapan masa depan rakyat Malaysia, bukan Barisan Nasional yang bersifat perkauman dan penuh dengan ketidak tentuan.

Selama memerintah Kelantan, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan dua tahun di Perak, Pakatan Rakyat telah menunjukkan kemampuan menjaga kepentingan rakyat, kauh lebih baik dari pemerintahan BN sebelumnya.

Pelbagai kemudahan telah diberikan kepada rakyat, tanpa mengira kaum dan agama. Ia telah memancarkan keadilan kepada semua, sementara pentadbirannya telus, terbuka dan penuh demokratik dengan pengurusan ekonominya dipuji oleh pelbagai pihak.

Memang diakui ada terdapat pelbagai kelemahan kecil dalam pemerintahan Pakatan Rakyat selama tiga tahun lebih itu, namun ada tanda yang amat jelas bahawa pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat sedang berusaha memperbaikinya.

Buku Jingga yang melakarkan agenda 100 hari Pakatan Rakyat jika berkuasa sangat mengejutkan pemimpin BN. Ia bukan sebuah angan-angan kosong dan tidak realistik seperti yang dicanangkan oleh golongan tertentu, namun ia sebuah perakuan yang menunjkkan Pakatan Rakyat sangat komited untuk membela rakyat.

Oleh itu Muktamar PAS bulan depan sedang diperhatikan sungguh-sungguh oleh rakyat bagaimana peranan yang akan dilakukan PAS untuk memperkukuh Pakatan Rakyat.

Pada pendapat saya, pendukung PAS tidak akan semudah itu termakan dengan dakwaan pemimpin Umno bahawa kononnya kononnya PAS hanya menjadi alat DAP dalam meneruskan agendanya untuk memerintah Malaysia. Hingga kini tidak ada satu buktipun bahawa DAP telah memnperalatkan PAS. Oleh itu dakwaan pemimpin Umno ini sama sekali tidak berasas.

Menjelang PRU Ke-13, sudah tentu Pakatan Rakyat akan menghadapi lagi pelbagai tekanan dan serangan berat dari pelbagai penjuru oleh pihak musuh untik menghancurkan Pakatan Rakyat.

Dari itu, baik PAS mahupun PKR dan DAP mestilah bersedia seutuhanya untuk menghadapi cabaran ini. Jalan untuk ke Puterajaya tidak semudah itu, namun kuncinya ialah perpaduan Pakatan Rakyat dan bekerja bersungguh-sungguh dengan padu dan berstrategi.

Kemenangan DAP yang besar dalam pilihan raya di Sarawak baru-baru ini – di samping kemenangan beberapa kerusi PKR – adalah isyarat jelas yang ditunjukkan oleh rakyat pelbagai kaum di pulau Borneo itu bahawa mereka mahukan perubahan.
Saya percaya, rakyat di Semenanjung juga mempunyai hasrat yang sama untuk melihat perubahan, justru PRU Ke-13 ini nanti adalah pintu gerbang rakyat melangkah kepada perubahan.

Dari itu, bagi mereka yang berfikiran waras, tidak perlu melayan seruan pihak tertentu supaya PAS atau DAP bergabung dalam Barisan Nasional. Pakatan Rakyat adalah masa depan rakyat Malaysia siapapun pemimpinnya.

Juak Umno jenis 'sex maniac'

Posted: 03 May 2011 01:20 AM PDT

Fakhri Ali

NIBONG TEBAL: Kemungkinan besar puak dan juak-juak Umno adalah sex-maniac sehingga mereka begitu seronok dengan berita, dakyah, fitnah, tohmahan yang bersandarkan kepada seks dan lucah.

Mereka juga tidak merasa malu apabila cerita-cerita aib yang memalukan itu didedahkan kerana beranggapan ia adalah suatu perkara biasa dan lumrah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata demikian ketika menyampaikan ceramah beliau di Dewan JKKK, Bukit Panchor, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan, malam tadi.

Katanya lagi, sepatutnya Umno sudah diarkibkan sebagai khazanah sejarah negara, setelah mereka tidak lagi mendapat sokongan majoriti rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Beliau menambah, berdasarkan kepada sejarah, telah terbukti Umno dan BN sudah sampai ke tahap bankrap kerana ketandusan modal untuk berpolitik.

Akhirnya, kata beliau isu jijik, rendah moral, celah kain dan seumpamanya dijadikan bahan utama bagi media arus perdana mereka tanpa mempunyai rasa malu sedikit pun.

"Inilah akibatnya apabila pemimpin dan parti yang meletakkan perjuangan Islam di belakang dan memartabatkan sekularisme sebagai paksi.

"Akhirnya politik negara kelam kabut, rakyat bercelaru dan tidak hidup dalam aman dan harmoni, " tambahnya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.

Kebebasan media: Malaysia setaraf dengan Angola

Posted: 03 May 2011 01:16 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Malaysia terus jatuh dalam senarai kebebasan media apabila diletakkan pada kedudukan 143 dari 196 negara yang disenaraikan sempena Hari Kebebasan Media hari ini.

Malaysia diletakkan setaraf dengan Angola dan Madagascar, dua buah negara Afrika iaitu dalam kategori tidak bebas.

Malaysia mendapat 64 markah dari 100 markah yang diberikan. Lagi banyak markah lagi tidak bebas sesebuah negara dalam medianya.

Indeks kebebasan media Malaysia terus menjunam dari tahun ke tahun berbanding di kedudukan 92 pada tahun 2006, 124 (2007), 132 (2008), 131 (2009) dan 141 (2010).

Menurut Wartawan Tanpa Sempadan (RWB), dua isu terkini yang menghambat kebebasan media di Malaysia adalah nasib yang menyelumbungi Hatta Wahiri, Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang kini dipecat oleh majikannya Utusan Melayu kerana mengkritik syarikat media milik Umno itu.

RWB juga menyenaraikan tindakan pihak-pihak tertentu menyerang beberapa laman web dengan D-DOS sepanjang pilihan raya Sarawak baru-baru ini dalam senarai peristiwa anti kebebasan medianya.

Semalam, Kumpulan Utusan telah memecat Hata Wahari kerana didapati bersalah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang dikatakan mencemari imej syarikat milik Umno itu.

Syarikat itu memaklumkan keputusannya itu dalam satu surat bertarikh 21 April 2011, yang ditandatangani oleh Pengurus Besar Sumber Manusia Mohd Nazlan Osman.

Pada 14 April lalu, panel siasatan dalaman Kumpulan Utusan mendapati Hata bersalah atas tuduhan memburuk-burukkan nama syarikat itu melalui laporan yang disiarkan beberapa media tempatan.

Hata, wartawan kanan akhbar Utusan Malaysia, berhadapan dengan lapan tuduhan yang dikemukakan berdasarkan lapan laporan berlainan yang disiarkan portal dan akhbar.

Hata sebelum ini sering mengutarakan pandangan yang lantang berhubung isu pemilikan akhbar Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' dalam kepengarangan akhbar berkenaan.

Dia telah digantung kerja sejak 11 Januari lalu oleh Kumpulan Utusan.

Pecat Hata bukti Umno kongkong kebebasan akhbar

Posted: 03 May 2011 01:07 AM PDT

Harakahdaily

SHAH ALAM: Keputusan Utusan Malaysia memecat Hata Wahari memaparkan satu lagi tindakan Umno mengongkong kebebasan akhbar dan mengaibkan hak rakyat menerima kewartawanan yang berhemah tinggi.

Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok (gambar) berasa kesal di atas keputusan akhbar Utusan Malaysia memecat wartawan kanan dan Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), Hata Wahari.

Katanya, Hata telah dipecat kerana berani mengkritik tindakan Utusan Malaysia yang sengaja mengapi-apikan sentimen perkauman melalui penerbitannya dan mengambil pendirian yang berat sebelah terhadap Umno di dalam laporan politiknya.

Tambahanya, tindakan Utusan Malaysia ke atas Hata sudah lama dijangka dan tidak menghairankan banyak pihak kerana dasar kewartawanan Utusan Malaysia memang tidak berlandaskan fakta dan kejujuran tetapi lebih berdasarkan pemeliharaan keperluan politik Umno.

Pada 1 Mac 2011, ketua pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak sendiri telah mengakui bahawa peranan Utusan Malaysia adalah untuk menyokong Umno dan Barisan Nasional. (Lihat: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/utusans-role-is-to-back-umno-says-editor/ )

Secara praktiknya, kata beliau peranan Utusan Malaysia ialah untuk menyemai perasaan syak wasangka, inferiority complex dan benci di kalangan kaum Melayu terhadap kaum lain, demi mengukuhkan sokongan orang Melayu terhadap Umno.

"Demi kepentingan politik Umno, hak rakyat untuk menerima maklumat yang tepat yang berlandaskan fakta dan berhemah, dan pembangunan intelek rakyat digadaikan," ujarnya yang juga ahli Parlimen Seputeh dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Oleh itu, kata Teresa isu pemecatan Hata Wahari bukanlah isu kecil pertarungan di antara seorang wartawan dan majikannya semata-mata.

Pemecatannya, tambah beliau harus dipandang berat oleh semua rakyat Malaysia kerana ia menonjolkan betapa tersekatnya kebebasan akhbar di Malaysia, dan monopoli media oleh Umno dan parti komponen Barisan Nasional yang lain.

"Saya ingin menyampaikan penghargaan dan penghormatan saya terhadap saudara Hata yang berani mengkritik Utusan Malaysia dan mempertahankan prinsip profesionalisme kewartawanan," ujarnya.

Tambahnya, tindakan Hata untuk bertentangan dengan pihak pengurusan Utusan Malaysia dan Umno ini memang bukannya senang kerana tindakan beliau bermaksud beliau akan dipaksa melepaskan jawatan tingginya, iaitu wartawan kanan di dalam Utusan Malaysia.

Menurutnya, Hata tidak membisukan diri demi melindungi mata pencariannya di dalam Utusan Malaysia, tetapi beliau memilih untuk bersuara lantang mengkritik dasar pelaporan berita Utusan Malaysia yang tidak bertanggungjawab.

Ini, katanya menunjukkan keberanian, prinsip kewartawanan dan profesionalisme yang dipegang oleh beliau.

Baginya, kes pemecatan Hata sudah pun menjadi satu kes yang penting dalam sejarah dan kajian media dan kewartawanan Malaysia.

Justeru,m beliau menggesa para penyunting dan wartawan di Utusan Malaysia untuk menyemak objektif mereka untuk menceburi bidang kewartawanan.

"Tibalah masa bagi mereka untuk menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pemberita yang berhemah, dan bukan sekadar mengikut arahan pemain politik atasan secara membabi-buta," katanya.

Katanya lagi, mereka haruslah sedar bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang berat untuk memberi laporan yang benar dan bernas, di samping menyemai nilai-nilai yang murni di kalangan masyarakat Malaysia.

"Memandangkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Akhbar Reporters Without Borders telah jatuh dari tangga 131 pada tahun 2009 ke tangga 141 pada tahun 2010, dan persepsi masyarakat antarabangsa terhadap kebebasan akhbar di Malaysia adalah amat negatif, saya menyeru para wartawan di Utusan Malaysia dan di media aliran utama untuk menjadikan Hata sebagai model wartawan mereka.

"Tibalah masa bagi wartawan di Malaysia untuk sama-sama berjuang untuk mengembalikan kebebasan dan kepertanggungjawapan akhbar di negara kita, di samping meningkatkan profesionalisme kewartawanan di Malaysia," ujarnya.

Osama terbunuh tapi amaran balas dendam 'segar'

Posted: 03 May 2011 01:05 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

Muka depan edisi khas majalah TIME bertarikh 2 Mei 2011, yang dikeluarkan ekoran kematian Osama semalam. — Foto Reuters
WASHINGTON— Pemimpin-pemimpin dunia memberi amaran kemungkinan tindakan balas dendam selepas Osama bin Laden terbunuh dalam serangan pasukan Amerika Syarikat di Pakistan awal pagi semalam meskipun usaha itu mengakhiri pemburuan ketua rangakain Al-Qaeda.

Presiden Barack Obama mengisytiharkan bahawa dunia ini sebagai tempat tinggal yang selamat dan "lebih baik" dengan kematian Osama.

Bagaimanapun sambutan di lokasi "Ground Zero" di New York akibat serangan 11 September 2001 tergangggu dengan panggilan mengenai kemungkinan adanya tindakan balas daripada kalangan pengikutnya.

Jenazah Osama disemadikan di laut dari kapal pembawa pesawat Amerika Syarikat dan dilaporkan dilepaskan di utara Laut Arab.

Kematian Osama menutup bab mengesan dan memburunya lebih satu dekad - sebahagaian perang menentang kumpulan pengganas, tetapi perkembangan terbaru ini belum dapat mengakhiri ancaman serangan-serangan baru.

Di bawah kepimpinan Osama, militan menyerang sasaran mereka — dari Indonesia sehinggalah Madrid dan London.

"Meskipun kita menganggap ini sebagai kejayaan, kita tidak harus lupa bahawa usaha menghentikan Al-Qaeda dan sindiket pengganas tidak akan berkhir dengan kematian Osama," kata Setiausaha Negara Hillary Clinton beberapa jam selepas Osama dilaporkan terbunuh.

Di Kuala Lumpur, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berharap kematian pengasas Al-Qaeda itu akan membuatkan dunia menjadi lebih aman, selamat dan adil.

Perdana Menteri juga berharap kematian Osama akan dapat memulihkan semula nama baik Islam yang tercalar ekoran imej negatif dibawa oleh pengasas Al-Qaeda itu.

Beliau bagaimanapun mengingatkan kepada semua pihak bahawa meskipun kematian Osama memberi tamparan hebat kepada al-Qaeda, namun itu tidak bermakna pergerakan tersebut akan terkubur sama sekali sebaliknya ia tetap boleh disusun serta digerakkan semula.

"Kita tidak boleh anggap segala-galanya telah tamat ekoran kematian Osama tetapi jelas kehilangannya merupakan satu kehilangan bagi pihak Al-Qaeda terutama dari segi kekuatan kepada pergerakan itu.

"Di peringkat negara pula tiada tanda pergerakan al-Qaeda wujud. Namun begitu pihak polis akan terus berada dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mengesan jika ada apa-apa tindakan daripada mana-mana pihak untuk menunjukkan simpati kepada kematian Osama,'' katanya.

Sementara keraguan berterusan di negara-negara Islam, seorang pegawai AS berkata ujian DNA menunjukkan "seratus peratus" wajah individu yang mati sepadan dengan Osama.

Gambar wajah individu yang terbunuh juga disiarkan media asing.

Obama, yang popularitinya merudum ekoran isu ekonomi AS, untuk tempoh jangka pendek dijangka akan menaikkan semula imejnya.

Pada masa yang sama beliau juga dijangka berhadapan dengan tekanan berterusan daripada rakyat AS supaya mempercepatkan rancangan membawa pulang askarnya dari Afghanistan, mulai Julai ini.

Bagaimanapun kematian Osama dijangka tidak akan membawa sebarang impak ke atas perang yang telah berlarutan selama satu dekad di Afghanistan di mana askar AS berhadapan dengan puak Taliban.

Ramai penganalisis melihat kematian Osama sebagai simbolik memandangkan dia sudah tidak lagi mengeluarkan arahan operasi kepada gabungan Al-Qaeda yang kini kelihatan bertindak secara autonomi.

"Adalah banyak lagi kumpulan seperti Al-Qaeda," kata Steve Clemons, seorang penganalisis Asia Barat di New America Foundation.

"Osama ada satu kekuatan memberi semangat tetapi ada cara-cara lain kumpulan ini memperoleh oksigen dan boleh kekal satu ancaman," katanya lagi.

Nasharudin mahu pertahan kerusi timbalan presiden PAS

Posted: 03 May 2011 01:00 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra


KUALA LUMPUR— Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini.

Nasharudin (gambar) berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.

"Insya-Allah saya akan pertahankan kerusi timbalan presiden kerana PAS kawasan mencalonkan saya untuk kerusi berkenaan.

"Tambahan pula mereka telah mencalonkan saya, lagipun kita mengamalkan demokrasi dalam parti, malah perlembagaan parti menyebut seseorang itu layak untuk dicalonkan dan mencalonkan seseorang itu bertanding," katanya yang menyandang jawatan itu sejak dua penggal lalu.

Dipetik Harakah edisi terbaru, Ahli Parlimen Bachok ini menambah beliau mahu mempertahankan jawatan itu bagi meneruskan agenda persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Saya mempertahankannya atas semangat untuk meneruskan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

"Ini yang saya akan teruskan bersama Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan juga seluruh pimpinan serta seluruh ahli PAS," katanya.

Menegaskan PAS bukan milik individu, beliau berkata, matlamat untuk menggerakan parti bukan milik individu sebaliknya ia perlu bergerak secara kolektif untuk membuat perubahan.

"Jika tidak matlamat yang hendak dicapai akan gagal, atas semangat itu parti boleh membuat perubahan dalam negara dan menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang releven dalam konteks politik di Malaysia," katanya.

Tambah Nasharudin, beliau bersedia untuk mempertahankan jawatan itu walaupun berhadapan dengan pertandingan satu lawan satu dengan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu.

Mohamad sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti.

"Saya memang terbuka untuk dilawan, malah pada kali pertama dan kedua berlaku pertandingan tiga penjuru.

"Dalam PAS ini apabila ada pertandingan, Alhamdulillah kerana kita bukannya berlawan dengan Umno, setiap kali pertandingan ada lawannya, masa pertandingan kali pertama Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama) dan Allahyarham Hassan Shukri dan kali kedua Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa," kata Nasharudin.

Kata beliau, sekiranya terpilih sekali lagi bagi jawatan itu beliau akan meneruskan agenda parti bersama Hadi.

"Fokus paling utama ialah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

"Semua ahli perlu memberikan tumpuan kepada perkara ini," katanya.

Dr Ling 'derita' kerana bicara kes PKFZ asyik ditangguh

Posted: 03 May 2011 12:57 AM PDT

TERKINI

Oleh Shazwan Mustafa Kamal


KUALA LUMPUR. — Tun Dr Ling Liong Sik yang berhadapan dengan tuduhan berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) hari ini secara terbuka berkata tidak harus ada sebarang kelewatan dalam perbicaraan sehingga menyebabkan tertuduh 'menderita'.

Justeru, bekas menteri pengangkutan ini menuding jari ke arah Jabatan Peguam Negara atas penagguhan terbaru kes beliau sehingga awal Ogos ini.

Dr Ling (gambar), 67, bekas presiden MCA mendakwa ketidakcekapan agensi itu tidak sewajarnya menyebabkan pihak lain menderita.

"Anda tidak boleh membiarkan seseorang itu menderita hanya disebabkan anda tidak cekap," kata Dr Ling kepada pemberita di pekarangan mahkamah hari ini.

Kesnya ditangguhkan sehingga 1 Ogos.

Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah dari pasukan pendakwaan berkata, pihaknya telah mengenal pasti 23 dokumen mesyuarat Kabinet, bertarikh antaar 24 Mac 1999 dan 4 Julai 2007, tetapi memerlukan masa untuk mendapatkan kebenaran daripada pelbagai kementerian bagi mengklasifikasikan semula dokumen-dokumen berkenaan.

Hakim Datuk Ahmadi Asnawi yang tidak puas hati dengan hujah itu mengingatkan pasukan pendakwaan bahawa penagguhan kali ini adalah yang terakhir.

"Sembilan bulan sudah berlalu. Saya kecewa (pasukan) pendakwaan belum bersedia lagi, sembilan bulan dan mereka masih belum dapat membekalkan dokumen-dokumen yang saya perlukan untuk membela diri saya.

"Apabila kali pertama saya dituduh Julai tahun lalu, saya dikenakan tuduhan yang dirangka dengan baik... saya fikir mereka mempunyai dokumen-dokumen yang (mereka gunakan) untuk mengenakan tuduhan," kata Dr Ling.

Dokumen-dokumen itu termasuk minit mesyuarat Kabinet, jawatankuasa Kabinet dan pasca-Kabinet mengenai projek PKFZ diklasifikasikan sebagai rahsia di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Tahun lalu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata, dokumen-dokumen itu akan dikeluarkan pada pertengahan Januari 2011.

"Saya percaya saya tidak bersalah dan saya mahu menghadapi kes ini untuk membersihkan nama saya," kata Dr Ling.

Pada 30 November lalu, kes Dr Ling dpindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dari Mahkamah Sesyen.

Ketika itu beliau juga berkata mahu mempertahankan dirinya dan mahukan satu perbicaraan yang cepat.

Beliau menghadapi pertuduhan penipuan terhadap kerajaan Malaysia dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Menurut pertuduhan utama, beliau didakwa menipu Kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah mengikut terma-terma yang dipersetujui antara Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) dan Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

Terma-terma dalam perjanjian termasuk:

a) saiz tanah 999.5 ekar atau 43,538,200 kaki persegi;

b) harga pembelian tanah RM25 satu kaki persegi yang berjumlah keseluruhan RM1,088,456,000;

c) tempoh pembayaran balik berdasarkan "pembayaran tertangguh" 15 tahun dengan kadar faedah 7.5 peratus setahun (jumlah RM720,014,600).

Dr Ling dituduh menipu Kabinet dengan memberikan kebenaran untuk membeli tanah itu mengikut terma-terma dengan secara tidak jujur menyembunyikan fakta bahawa penilaian oleh Jabatan Perkhidmatan Penilaian dan Hartanah, Kementerian Kewangan bagi tanah itu adalah RM25 kaki persegi untuk tempoh pembayaran balik selama 15 tahun, termasuk kupon dan faedah yang boleh dikenakan untuk tempoh pembayaran tersebut.

Dengan itu, beliau mendorong Kabinet untuk memberikan kebenaran dengan pembelian tersebut, sedangkan Kabinet tidak akan memberikan kebenaran jika fakta-fakta telah dimaklumkan kepada jemaah menteri.

Menurut pertuduhan itu, penipuan dilakukan dengan diketahui beliau (Dr Ling) yang boleh menyebabkan kerugian kepada kerajaan Malaysia, di mana beliau ada kepentingan dalam urusan berkaitan penipuan itu dan beliau terikat dengan undang-undang untuk melindunginya.

Dr Ling didakwa melakukan kesalahan itu antara 25 September dan 6 November 2002 di Level 4, Pejabat Perdana Menteri di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Jika sabit kesalahan, Dr Ling boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun, denda atau kedua-duanya.

Dr Ling juga menghadapi satu pertuduhan pilihan menipu kerajaan dengan mengelirukan Kabinet mengenai pengambilan tanah untuk projek yang sama di tempat dan masa yang sama.

Mengikut pertuduhan pilihan, beliau boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Penyair Kemala diumum Sasterawan Negara

Posted: 03 May 2011 12:55 AM PDT

TERKINI
THE MALAYSIAN INSIDER

Kemala — foto ihsan kavyan.blogspot
PUTRAJAYA— Penyair terkenal negara Datuk Dr. Ahmad Kamal Abdullah, yang turut dikenali sebagai "Kemala", diumumkan sebagai Sasterawan Negara ke-11 hari ini.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sebentar tadi.

Laporan Bernama memetik Muhyiddin berkata, anugerah itu diberikan kepada tokoh sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Tokoh yang dilahirkan di Gombak, Selangor itu mempunyai latar belakang kegiatan sastera yang luas, mula menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi dan kini merupakan Sarjana Tamu di Universiti Putra Malaysia.

Kemala telah menghasilkan 11 buku kumpulan puisi, 25 antologi puisi, 10 buku kajian sastera, empat buku kumpulan cerpen, lapan buah antologi cerpen, empat buah drama, tiga buku cerita kanak-kanak dan lebih 50 esei dan kritikan sastera.

Karya-karya Kemala terutama puisi telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa asing seperti bahasa Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, Sasterawan Negara itu akan menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan penerbitan 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan luas ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Sekretariat Anugerah Sastera Negara telah menerima sebanyak 14 pencalonan iaitu lima pencalonan baru sehingga tarikh tutup pencalonan pada 31 Mei lalu.

Sembilan calon daripada pencalonan terdahulu juga telah dipertimbangkan oleh panel penilai.

Panel Penilai Anugerah Sastera Negara Ke-11 dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan telah bermesyuarat sebanyak tiga kali, kata Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat akhir Anugerah Sastera Negara Ke-11 hari ini.

"Karya-karya tokoh ini bermutu tinggi, dalam daya renungnya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan.

"Karya-karyanya terutama puisi bukan sahaja diminati dan menjadi ikutan kepada generasi baru malah diminati sama oleh sarjana dalam dan luar negara," katanya.

Muhyiddin berkata Kemala mendapat banyak anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara antaranya Anugerah S.E.A Write Awards (1986) daripada kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

Beliau telah mengasaskan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (1993) dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986).

Dalam pada itu, Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) mengucapkan tahniah kepada Ahmad Kamal atas pemilihannya sebagai Sasterawan Negara.

Presidennya, Uthaya Sankar SB berkata walaupun pihaknya mencalonkan Prof Madya Dr Lim Swee Tin, Kavyan tetap menyokong pengumuman Kemala sebagai Sasterawan Negara kali ini.

"Kavyan juga menghormati keputusan panel yang terlibat dalam pemilihan itu serta meneruskan usaha menyaksikan Dr Lim Swee Tin muncul sebagai Sasterawan Negara Ke-12.

"Harapan Kavyan adalah agar nasib para Sasterawan Negara serta karya-karya mereka mendapat perhatian dan pembelaan sewajarnya daripada kerajaan menerusi agensi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.

Muslim Amerika: Kematian Osama ibarat 'pedang dua mata'

Posted: 03 May 2011 12:49 AM PDT


Patung kecil Presiden Barrack Obama dan ketua Al-Qaeda Osama bin Laden, yang ditembak mati semalam, dipamerkan di kedai cenderamata di Shanghai. Tulisan dalam bahasa Cina menyebut "jangan sentuh". — Foto Reuters
WASHINGTON, 3 Mei — Masyarakat Islam Amerika Syarikat (AS) menyambut kematian Osama bin Laden awal pagi semalam dengan harapan perkembangan itu akan menghakis stigma melekat di kalangan komuniti itu sejak serangan 11 September satu dekad lalu.

"Ini satu perkembangan baik. Setiap orang meraikan," kata Sam Elhaf, 44, yang memperlihatkan perasaan gembira ketika ditemui di bandar Dearborn, Michigan - kawasan yang mempunyai komuniti Islam terbesar di AS.

Pun begitu, umat Islam bertambah kecewa apabila kecaman mereka ke atas Osama dan rangkaian Al-Qaeda tidak dipedulikan memandangkan sesetengah warga Amerika mengaitkan Islam dengan mesej jihad keganasan dibawa Osama.

"Ini telah memberi kesan buruk terhadap Muslim untuk menjelaskan kepada orang Amerika bahawa Islam tiada kaitan dengan Osama. Kami telah berusaha keras untuk meyakinkan masyarakat bahawa umat Islam bukan satu kumpulan monolit yang menyokong mereka," kata Imam Muhammad Musri dari Pertubuhan Islam Florida Tengah.

"Kami juga menjadi mangsa ideologi kebencian Osama. Orang itu menjaja agama kami, jenayah yang dilakukan atas nama agama kami dan telah menyebabkan kerosakan terbesar bagi komuniti Muslim Amerika dan Islam," katanya.

Muhammad dan beberapa pemimpin Islam lain mengatakan bahawa kematian Osama semalam di tangan pasukan AS di Pakistan memberi peluang peluang kepada umat Islam Amerika dan rakyat AS yang lain untuk memperbetulkan salah faham dan menghubungkan perbezaan.

"Muslim... terus menjadi mangsa dalam (persekitaran) Islamofobia yang semakin menebal, maka tindakan mengeluarkan Osama, yang pastinya di peringkat simbolik, dalam jangka pendek, mengatasi tekanan yang dilalui," kata John Esposito, profesor agama dan hal ehwal antarabangsa di Georgetown University.

Terdapat lebih tujuh juta umat Islam di AS dan kebanyakan merasakan secara tidak adil disamakan dengan Muslim Arab, yang didakwa merancang dan melaksanakan serangan berani mati 2001.

Pengumuman oleh Presiden AS Barrack Obama tengah malam (waktu Washington dan tengah hari waktu Malaysia) bahawa Osama telah dibunuh oleh pasukan negara itu telah membawa kepada panggilan-panggilan bersifat 'benci' terhadap satu kumpulan hak-hak sivil Muslim.

"Sejak kematian (Osama) diumumkan, kami telah menerima sejumlah panggilan ada yang melahirkan rasa benci, kebanyakannya melahirkan rasa gembira bahawa dia (Osama) telah dibunuh, dengan merujuk dia sebagai 'pemimpin anda'," kata Ibrahim Hooper, jurucakap Majlis Mengenai Hubungan Amerika Islam.

Sayyid Syeed dari Pertubuhan Islam Amerika Utara, kumpulan Musliam AS terbesar berkata laungan "AS, AS" ketika himpunan di jalan-jalan di luar White House dan di seluruh negara itu adalah sesuatu yang boleh difahami.

"Amerika telah memperkatakan tentang dia (Osama), belajar daripada tindakan maut ini," kata Sayyid.

Di New York, di tapak menara Pusat Dagangan Dunia yang ranap, ahli farmasi dari Toronto, Jaqani Amin berkata dia "lega."

"Kami gembira. setelah melihat berita, kami terus menuju ke Ground Zero untuk memberikan penghormatan. Kami gembira sebagai orang New York City," kata Jaqani, 39.

"Ini adalah hari yang baik bagi umat Islam di mana-mana sahaja," kata Mahmood Rahman, pemandu teksi New York City.

Majlis Hal Ehwal Awam Muslim berkata protes demokratik yang menggegarkan Timur Tengah sejak beberapa bulan lalu telah menunjukkan mesej keganasan dibawa Osama sebagai muflis.

"Kami berharap ini adalah titik tolak dari era gelap dekad lalu, di mana Osama digambarkan sebagai wajah jahat keganasan global," kata Presidennya, Salam Al-Marayati.

Majed Moughini, seorang peguam di Dearborn, 40, yang membakar patung Osama di belakang rumahnya pada 11 September lalu berkata, dia bimbang tentang kemungkinan tindakan balas dendam.

"Ini adalah pedang dua mata. Saya gembira dia sudah pergi tetapi saya takut akan kesannya... apa yang orang-orangnya akan lakukan dalam respons mereka," katanya.

Shamsul: PKR tak akan minta maaf, kecoh bukan kerana kami

Posted: 03 May 2011 12:46 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR— Sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempertahankan tindakan membantah upacara sumpah laknat oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah walaupun berlaku kekecohan di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul pada Jumaat lalu - yang didakwa dilakukan penyokong parti itu.

Justeru tegas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin, pihaknya tidak akan meminta maaf berhubung kekecohan itu sambil menyifatkan ia bukannya dicetuskan oleh penyokong beliau.

Sebaliknya, kata beliau, kekecohan itu timbul ekoran provokasi penyokong Umno dan Perkasa yang turut berada dalam masjid ketika itu.

"Isu minta maaf ini tidak timbul sebab kekacauan yang berlaku itu adalah kerana propaganda yang dilakukan penyokong kerajaan apabila ada penyokong yang kita syaki daripada Umno dan Perkasa cuba menghalang jemaah daripada keluar daripada masjid.

"Jadi kekecohan yang berlaku disebabkan provokasi yang dilakukan ini dan ia telah menyebabkan ketengangan berlaku, malah mereka juga menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sesuai.

"Yang kita syaki kekecohan itu berlaku disebabkan penyokong Umno dan Perkasa, itu yang berlaku... bukan kita yang sebabkan kekecohan itu berlaku," katanya kepada The Malaysian Insider.

Jumaat lalu, sebelum Shazryl bersama dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim tiba di Masjid Amru al-As, kekecohan tercetus ekoran tindakan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan ketiga-tiga individu itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan qazaf terhadap "Datuk T" sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Selain Shamsul, turut berada dalam masjid itu timbalannya Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan naib ketua Azmizam Zaman Huri.

Ekoran kekecohan di Masjid Amru al-As itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membuat laporan sejak itu, Tambah Shamsul, beliau menafikan sekeras-kerasnya pihaknya cuba menghalang Shazryl melakukan sumpah laknat tersebut.

"Saya nafikan sekeras-kerasnya kami menghalang Datuk Eskay (Shazryl) lakukan sumpah, isu ini tidak timbul sebab akhirnya Datuk Eskay bersumpah juga, kita tidak halang pun.

"Kita perlukan qazaf bukan sumpah, kita tidak halang Datuk Eskay angkat sumpah," katanya sambil menambah pihaknya tidak akan dikenakan sebarang tindakan walaupun laporan polis dibuat terhadap mereka.

"Mengenai laporan polis yang dibuat saya rasa tiada tindakan yang akan diambil sebab kita bukan lakukan rusuhan tapi kita hanya nyatakan pendirian kita sahaja," tambah Shamsul.

Tegas beliau, pihaknya juga mempersoalkan kehadiran Jawi dalam upacara sumpah laknat itu dan mendakwa jabatan agama itu yang mengatur agar ia berjalan dengan lancar.

"Jadi apa yang kita lakukan adalah menuntut Pengarah Jawi (Datuk Che Mat Che Ali) melakukan qazaf bukan membenarkan sumpah dilakukan, bila ia berlaku kita syak Jawi bersekongkol atas majlis angkat sumpah Datuk Eskay ini.

"Apa yang kita lakukan adalah menuntut tindakan qazaf dilakukan terhadap Datuk T ini dan ketika di dalam masjid kita ternampak Pengarah Jawi," katanya.

Sumpah laknat bagaimanapun berjaya dilafazkan Shazryl kira-kira pukul 4.15 petang dengan ditemani Rahim dan Shuib.

Ketiga-tiga mereka memakai baju kalis peluru, dipercayai bimbang diserang ekoran kekecohan yang berlaku selepas solat Jumaat itu.

Sepanjang proses itu berjalan, polis mengawal ketat keselamatan kerana dikhuatiri bimbang insiden yang tidak diingini.

Bagaimanapun, sebaik sahaja ketiga-tiga individu itu cuba meninggalkan masjid penyokong-penyokong Pakatan Rakyat mula menimbulkan semula kekecohan yang memaksa polis masuk campur bagi menghalang insiden tidak diingini berlaku.

PKR tolak desakan baru minta Anwar lakukan ujian poligraf

Posted: 02 May 2011 07:21 AM PDT

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

PETALING JAYA — Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan pihaknya tidak akan melayan desakan terbaru "Datuk T" yang mahu ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim turut melakukan ujian poligraf berhubung rakaman video seks yang didedahkan Mac lalu.

Sambil menyifatkan cadangan tersebut tidak perlu dilayan, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, ketiga-tiga "Datuk T" itu seharusnya didakwa di mahkamah syariah dan dikenakan hukuman qazaf kerana membuat tuduhan fitnah.

"Ini bukan soal siapa bohong siapa tidak, tetapi sepatutnya ia kena ikut hukum qazaf dan syariat Islam sebab kesalahan fitnah itu tergolong dalam hukum qazaf.

"Jadi saya ingin tegaskan kita perlu laksanakan hukum qazaf dan ikut prinsip syariat Islam yang telah ditetapkan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru kata Ahli Parlimen Gombak itu, pihaknya tidak akan tunduk kepada desakan terbaru yang dibuat ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

"Kita tidak akan tunduk kepada desakan terbaru ini, ini bukan yang sepatutnya.

"Kita mahu qazaf dilakukan dan kita mahu ia dilakukan prinsip dan syariat Islam, kita juga mahu Datuk T ini didakwa di mahkamah syariah," katanya.

Semalam Shazryl, salah seorang "Datuk T" berkata beliau bersedia untuk melakukan ujian poligraf bagi membuktikan kebenaran berhubung rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar.

Bagaimanapun tegas Shazryl, Anwar yang juga Ketua Umum PKR perlu melakukan ujian poligraf selain proses itu perlu disiarkan secara langsung di televisyen.

Ini kerana beliau berkata, tujuan mengenakan dua syarat itu bagi mengelakkan sebarang penipuan dan konspirasi yang mungkin akan timbul jika ujian poligraf itu dilakukan.

Dua lagi "Datuk T", bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Jumaat lalu, Shazryl melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As walaupun cuba dihalang penyokong PKR.

Terdahulu pada sidang media, Azmin mendakwa seorang pegawai kanan polis mendalangi agenda fitnah Umno terhadap Anwar dan cuba menghasut warga pendidik atas nama seminar keselamatan negara.

Jelas beliau, seminar yang diadakan di Kelantan itu dengan menggunakan tajuk "Seminar Isu-isu Keselamatan Negara Masa Kini" sebaliknya menjurus kepada isu video seks dan kes liwat Anwar.

"Saya dimaklumkan empat siri seminar ini dijalankan dengan membabitkan 2,000 pengetua dan guru-guru dari seluruh Kelantan dan setiap sekolah diwajibkan menghantar pengetua dan lapan orang guru.

"Pembentangan pegawai kanan polis ini bukan tertumpu kepada isu keselamatan negara sebaliknya menjadi ejen Umno dengan mengupas isu-isu seks dan lucah yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim... pegawai kanan polis ini telah menghukum Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah sebagai peliwat dan juga pelanggan pelacur," katanya.

Oleh demikian beliau mempersoalkan penglibatan polis dalam isu rakaman video seks dan menuntut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail memberi jaminan badan kerajaan itu tidak disalahgunakan untuk kepentingan Umno-Barisan Nasional (BN).

"Mengapa seorang pegawai kanan polis terlibat menyampaikan ceramah politik yang mengulangi propaganda murahan Umno-BN? Bagaimana polis dapat menjalankan siasatan yang telus dan profesional dalam isu video seks jika pegawai pegawai tertinggi terlibat dalam agenda fitnah dan keji ini? Mengapakan institusi polis disalahgunakan?

"Saya menuntut ketua polis negara menjawab persoalan-persoalan ini dengan jujur agar kita dapat hentikan penyalahgunaan jentera kerajaan khususnya polis dan jabatan pendidikan untuk tujuan agenda fitnah Umno-BN," katanya sambil menyifatkan Umno-BN semakin terdesak.

ALHUSSEYN

Posted: 03 May 2011 03:06 PM PDT

Gambar diatas ini menunjukkan pada website yang berbeza yang mengaku sebagai mayat Osama telah menggunakan dua imej yang berbeza, yang telah digunakan secara online selama dua tahun terakhir.

Imej yang mendakwa untuk menunjukkan mayat Osama bin Laden telah berada di internet sejak tahun 2009.Beberapa laman web surat khabar Inggeris telah menggunakan foto tersebut di halaman depan mereka, namun dengan cepat mereka terpaksa menghilangkan imej tersebut setelah didedahkan melalui Twitter ianya sebagai gambar palsu

The Guardian berkata foto palsu tersebut pertama kali digunakan pada "themedialine.org," surat khabar onlie Timur Tengah, pada tarikh 29 April 2009. Editornya telah menyatakan bahawa, dia tidak dapat memastikan apakah gambar yang diterbitkan itu adalah asli atau palsu.

Sejak tahun 2009, beberapa forum konspirasi menegaskan bahawa foto tersebut tidak palsu dan telah sesuai mendakwa bahawa pemimpin Al-Qaeda terbunuh.

Gambaran sebenar telah diambil dari Osama pada tahun 1998 dan digunakan oleh agensi berita Reuters.

Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengumumkan pada hari Isnin kelmarin bahawa bin Laden terbunuh oleh pasukan AS pada hari Ahad selepas dia dijumpai bersembunyi di sebuah kompleks di Pakistan.

Sementara itu, seorang pegawai Amerika mengatakan mayat Osama telah ditanam di laut, menyatakan bahawa pengebumian tergesa-gesa itu adalah sesuai dengan undang-undang Islam, yang memerlukan pengebumian dalam masa 24 jam selepas kematian.

Pengebumian di laut bukanlah amalan Islam (Osama kononnya mati didarat) dan Islam tidak menentukan jangka masa untuk pengebumian.

"Jika benar mayat itu (Osama) telah dicampak ke dalam air, maka Islam menentang sepenuhnya perkara itu," kata Mahmud Azab yang juga merupakan penasihat Imam Besar Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb.

Penganalisis bertanya-tanya mengapa para pegawai AS telah menanam tubuh Osama di laut, kerana mereka boleh menerapkan ujian DNA pada mayatnya untuk mengesahkan kematiannya. Sumber

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Pengikut