Isnin, 30 Mei 2011

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KOTA RAJA


ISU KONSERT TERBUKA DI i-CITY, SHAH ALAM

Posted: 30 May 2011 01:26 AM PDT

 KENYATAAN AKHBAR DEWAN PEMUDA PAS NEGERI SELANGOR

ISU KONSERT TERBUKA DI i-CITY, SHAH ALAM

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor melahirkan rasa kecewa dan terkilan di atas kenyataan (melalui sidang media 18/5/11) yang dikeluarkan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan berkenaan penganjuran satu program hiburan bertaraf antarabangsa,  Konsert MTV World Stage di i-City, Seksyen 7, Shah Alam pada 24 Julai ini di atas nama mempromosi Bandaraya Shah Alam di peringkat antarabangsa. Antara artis yang mengesahkan penyertaan pada konsert itu ialah '30 Second To Mars' iaitu pemenang Band Rock Terbaik di MTV Europe Music Award 2010 dan band tempatan Pop Shuvit. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor meminta supaya Datuk Bandar Shah Alam menarik balik kelulusan penganjuran program tersebut kerana ianya bertentangan dengan Enakmen Kawalan Hiburan Negeri Selangor. Kami berharap semoga pihak MBSA ataupun pengurusan i-City dapat mematuhi garis panduan hiburan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri serta mencari kaedah yang lebih sesuai untuk mempromosi Bandaraya Shah Alam selain daripada menganjurkan konsert secara terbuka.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor amat bersetuju dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor, Sdr. Roslan Shahir (Utusan Online – 29/5/11) dan Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khalid Samad (Utusan Malaysia – 27/5/11) tentang betapa akan wujudnya pengaruh yang negatif berbanding positif hasil daripada penganjuran konsert tersebut. Janganlah kita menggadaikan maruah anak bangsa dan Negara hanya semata-mata untuk mendapatkan sedikit pengiktirafan dunia antarabangsa. Penganjuran konsert yang membabitkan artis-artis barat dan artis tempatan yang pro barat sudah pastilah berlawanan dengan hasrat Kerajaan Negeri di dalam melahirkan modal insan yang terbaik untuk negeri Selangor. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor cukup yakin bahawa penganjuran konsert ini pasti akan menimbulkan rasa resah, gelisah dan amarah khususnya kepada penduduk setempat dan kami dimaklumkan telah ada persatuan penduduk di persekitaran tersebut yang telah menyatakan bantahan mereka terhadap konsert tersebut.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor berharap semoga Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor mengambil tanggungjawab terhadap usaha-usaha mencalar imej dan agenda Kerajaan Negeri Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor bersama-sama dengan Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan juga akan mengambil inisiatif untuk menghantar MEMORANDUM BANTAHAN terhadap penganjuran konsert ini kepada Datuk Bandar Shah Alam dan Y.A.B Dato Menteri Besar Selangor dalam masa terdekat. 




HASBULLAH MOHD RIDZWAN  
KETUA DEWAN PEMUDA PAS
NEGERI SELANGOR

30 Mei 2011

MALAM INI : Kuliah Hiraki Ust Idris Ahmad

Posted: 29 May 2011 10:28 PM PDT


Kuliah Hiraki Ust Idris Ahmad

Tarikh: 30 Mei 2011
Hari : Isnin Malam Selasa
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Markas Pas Kawasan (Bukit Naga)

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir

Tiada ulasan:

Pengikut